http://www.bio-asli.com/gambar/rasmi-1.jpg
pas-for-all2
http://www.moh.gov.my/MohPortal/images/popup-h1n1.png

May 31, 2009

Calon KeADILan menang besar di Penanti

PENANTI, 31 Mei (Hrkh) - Calon Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dr Mansor Osman menang besar dengan menewaskan tiga calon Bebas, Aminah Abdullah, Nai Khan Ari dan Kamarul Ramizu Idris dalam pertandingan empat penjuru pilihan raya kecil yang berlangsung di Penanti hari ini.

Hasil pengiraan yang diadakan, Dr Mansor memperolehi 6,052 undi, manakala Aminah memproleh 392 undi, Nai Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Dr Mansor menang dengan majoriti 5,558 undi.

Jumlah pengundi keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini, menurut laporan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah sebanyak 46.15 peratus iaitu kira-kira 7,100 orang berbanding 82.13 peratus dalam pilihan raya umum ke-12 lalu, dan ia disifatkan terendah dalam sejarah negara.

Plihan raya kecil ini diadakan berikutan perletakan jawatan sebagai Adun Penanti oleh penyandangnya Mohamad Fairus Khairuddin daripada KeADILan awal bulan lepas.

Barisan Nasional (BN) memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihan raya kecil ini atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha KeADILan untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

BN juga mendakwa pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang. - mns_

Kisah Zambri & The Gang Kena Halau di Batu 8 Lekir

Salam Sejahtera...

Hari ini jam 2.30 ptg lebih kurang mungkin tercatat dalam sejarah Zambri selaku MB Mahkamah Rayuan telah dihalau oleh Tuan Tanah/Rumah di Batu 8 Lekir. Gambar sebelah kiri...Tuan tanahnya,.

Mengikut dari cerita salah sorang mengiringi DS IR Nizar kepada aku sebentar tadi, Zambri bersama Kong Chong Ha selaku AP Lumut yg juga Menteri Kerajaan Perumahan & Tempatan dan beberpa orang anggota polis yang mengiringinya ingin melawat ke sebuah rumah penduduk di situ yang rumahnya mengalami musibah akibat angin ribut malam tadi.

Disebabkan jalan untuk laluan kereta untuk ke rumah tersebut tak ada.. maka kereta Rasmi Zambri. Kong Cha dan Polis telah diletak di kawasan halaman rumah si tuan ni, tanpa minta izin kebenarannya. Apalagi tuan rumah ni terus minta keluar dari tanah kawasannya.. mereka tak indah larangannya.. malah mereka semakin gostan keretanya ke belakang, menyebab dia memekik tak faham bahasa ka sambil menepuk kereta tersebut.

Bila dah malu tak ada arah, mulalah cari pasal.. tanya kat tuan rumah ni, tanahnya tu bayar cukai ke tidak.. lagi la hangat tuan rumah, dapatlah maki percuma darinya "Pukimak hangpa", seawktu mereka nak keluar dari rumahnya ada lagi suara-suara mengatakan jangan layan orang tak betul...situan rumah balik balik sapa yang tak betul, kalau berani mari.. tak ada sapa yang beranila nak masuk.. dah bersalah.. nak tak nak mula tebal keluar balik... lawatan pun tak jadi..

Malu besarlah Zambri, kerana tak jauh dari situ kat Batu 10 Lekir adalah rumah mertuanya, tup-tup dia sendiri kena halau...

Pada sebelah petang DS IR Hj Nizar pulak pergi melawat ke situ, dah HJ Nizar pun risau juga pada mulanya.. takut kena halau.. sebab sangkaan mereka tuan tanah ni jenis orang tak betul... suspen aja mereka nak turun dari kereta,,, rupanya bila ia nampak Hj Nizar sampai berlari ia sambut Hj Nizarkat kereta, siap cium tangan lagi... berbangga dia dapat bertemu Hj Nizar dan ia menceritakan kisahnya yang berlaku pd Hj Nizar.. rakaman ceritanya bersama HJ Nizar ada di blog otai-manjung.

Tuan Tanah/Rumah ni menetap di KL.. entah habuannya nak jadi cerita balik kerumahnya dapat bertemu Zambri.. nasib Zambrilahhh... itulah MB yang bukan pilihan rakyat.. Padan muka kau Zambri... Kau dimalukan depan anggota polis.... depan Menteri Kabinet MCA...korang mereka tahu yang rakyat betul-betul tak suka...pi la ngadu kat Pak Mentua kau tu... apa dia nak kata....

sumber dari manjungmari

http://zulmamakpng.blogspot.com/

Mansor angkat sumpah TKM 1 Pulau Pinang Rabu

Sebagaimana dijangkakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti dalam saingan empat penjuru tanpa kehadiran Barisan Nasional (BN).

BUKIT MERTAJAM: Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Mansor Othman yang memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Penanti hari ini akan mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri I negeri itu Rabu ini.

Ia diumumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di sini malam ini.

Beliau berkata majlis angkat sumpah tersebut akan diadakan pada sebelah pagi.

"Saya akan syorkan supaya Mansor dilantik sebagai TKM1 nanti," katanya.

Dalam pada itu Lim turut mengucapkan tahniah kepada Mansor dan beranggapan bahawa kemenangan beliau itu adalah kemenangan rakyat.

"Ini adalah kemenangan rakyat, kita akan terus bekerja untuk rakyat," katanya.

Malah perkembangan itu turut dinyatakan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam laman blognya.

Mansor Othman, 59, memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti dengan majoriti 5,558 undi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang.

May 30, 2009

Selamat Mengundi kepada Warga Penanti & Tadau Kaamatan kepada Warga Sabah/Sarawak

Kempen di Penanti hari ini memasuki fasa akhir. Hari ini, para pengundi akan melaksanakan tanggungjawab mereka untuk memilih wakil rakyat masing-masing.

Sekali lagi saya nyatakan, calon Pakatan Rakyat, saudara Dr. Mansor Othman bakal dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang seandainya diberi kepercayaan oleh para pengundi esok.

Sehubungan dengan itu, saya memohon sokongan rakan-rakan pengundi DUN Penanti untuk memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat, inshaallah.

Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat meraikan Tadau Kaamatan buat semua teman-teman Kadazandusun di Sabah dan Sarawak.

Semoga rezeki yang dituai semakin berhasil serta bertambah baik dan lumayan.

ANWAR IBRAHIM - dari anwaribrahimblog

AHLI-AHLI UMNO PENANTI AKAN MENGAJAR PEMIMPIN MEREKA

"Kira-kira 5,000 ahli Umno tidak akan keluar mengundi dalam pilihanraya kecil Penanti esok kerana calon BN tidak bertanding, kata Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman. "Jika mereka keluar (mengundi), ia seolah-olah mengkhianati parti," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam. "Datuk dan nenek mereka adalah pengundi BN, jadi mereka setia kepada parti," katanya lagi. Di samping itu, katanya, tindakan tidak keluar mengundi itu boleh mengurangkan rasa sombong PKR yang didakwanya mengambil mudah terhadap pengundi."~~Sumber KLPOST/Malaysiakini.

Saya ingin mengambil sedikit petikan di atas untuk renungan kita bersama. Terbukti Umno tidak pernah berubah dan tidak akan berubah. Sifat suka menjadikan ahli-ahlinya seperti `kerbau dicucuk hidung' dan sikap menunjukkan kuasa serta tidak memperdulikan nasib rakyat menjadikan Umno kini parti yang ditolak rakyat.....

Baca seterusnya di: http://wfauzdin.blogspot.com/2009/05/ahli-ahli-umno-penanti-akan-mengajar.html

MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA

Najib tidak akan dapat tiru gaya Tun Razak - Mustafa Ali

PENANTI, 30 Mei (Hrkh) - Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS, Dato' Mustafa Ali berkata, sikap Tun Abdul Razak jauh berbeza dengan anaknya, Dato' Seri Najib walaupun beliau cuba meniru gaya pemerintahan ayahnya apabila memilih China sebagai lokasi luar negara pertama setelah diamanahkan menerajui negara.

ImageKepimpinan Tun Abdul Razak nampak santai kerana beliau gemar mendekati rakyat dengan memperkenalkan program seperti 'Buku Hijau' pembukaan kawasan Felda untuk rakyat yang miskin dan pertambahan pelaburan mengikut jadual.

Tetapi Najib bersikap keras pada rakyat sanggup menangkap rakyat yang berpuasa sunat, mogok lapar kerana sayangkan demokrasi, berpiket aman dan sebagainya.

"Najib cuba nak tiru gaya kepimpinan ayahnya, Tun Abdul Razak tapi dia lupa sikapnya tidak terbuka dan terlalu banyak skandal melibatkan namanya tidak dibersihkan," ujar beliau.

Lawatan pertama Najib ke China baru-baru ini bermatlamat membuka ruang pelaburan dan perniagaan di samping membina hubungan dua hala dalam bidang pelancungan.

Menurut Mustaffa yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Trengganu, Najib terpaksa ke China untuk mengembalikan sokongan masyarakat itu terhadap kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang nyata makin terhakis.

Sokongan masyarakat bukan Islam kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-12 lalu membuatkan BN hampir menjadi pembangkang di Malaysia maka langkah terkini ialah mengembalikan kepercayaan mereka pada BN.

"Najib berharap lawatan ke China akan membolehkan sokongan diperolehi semula sebelum pilihan raya umum akan datang. Jika tidak BN pastinya berputih mata melihat perubahan yang berlaku," kata beliau.

Walau apapun beliau berharap jentera Pakatan Rakyat bersatu tenaga untuk menentukan kemenangan berpihak kepada Dr Mansor Othman.

Jangan sekali-kali bertindak tanpa ikut arahan kepimpinan kerana ia bukan sahaja melemahkan organisasi parti malahan boleh mencetuskan rasa kurang senang di kalangan ahli gabungan Pakatan Rakyat, katanya.

Berceramah sama dalam program di Markaz Utama PAS N12 Penanti ialah Naib Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali, Naib Presiden PAS Pusat, Ustaz Ahmad Awang dan ramai lagi. - mns_

PAS Pahang hantar petugas ke Manek Urai bermula 9 Jun

TEMERLOH, 30 Mei (Hrkh) - PAS Pahang akan menghantar petugas ke Pilihan raya kecil Manek Urai secara berperingkat mulai 9 Jun depan.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim berkata, pilihan raya Manek Urai ini amat penting untuk mempertahankan penguasaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri yang di perintahnya, lebih-lebih lagi di Kelantan yang merupakan kubu kuat PAS.

"Pilihan raya ini penting untuk Pakatan Rakyat lebih-lebih lagi ia berlaku di Kelantan, kubu kuat PAS," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Negeri di pejabatnya.

Beliau berkata, Umno dijangka akan bertanding melawan PAS di Manek Urai itu kerana parti itu beranggapan pilihan raya kecil Manek Urai bukan suatu pembaziran berbanding pilihan raya kecil di Penanti, Pulau Pinang.

Katanya persepsi berbeza Umno itu memperjelaskan strategi memboikot pilihan raya kecil di Penanti bukanlah disebabkan isu pembaziran sebagaimana disebut-sebut Umno sebaliknya atas sebab-sebab lain.

Jelas Tuan Ibrahim, PAS Pahang telah mengarahkan PAS kawasan-kawasan menyediakan petugas untuk berjuang di Manek Urai bersama petugas dari negeri-negeri lain.

"Kita menjangka kira-kira 300 orang anggota parti akan bertugas di Manek Urai itu mengikut giliran yang ditetapkan Jabatan Pilihan Raya Negeri," katanya.

Ditanya mengenai persiapan beliau untuk Muktamar PAS Pusat di mana beliau akan bertanding jawatan Naib Presiden, Tuan Ibrahim menyerahkan kepada perwakilan untuk membuat pilihan.

"Perwakilan bebas memilih dan dipilih, kita tiada apa-apa kempen untuk merebut jawatan (walaupun kempen itu dibenarnya selagi ia berada diatas landasan yang sihat).

"Saya menerima pencalonan kerana menghurmati hasrat kawasan-kawasan yang mahukan saya bertandang jawatan berkenaan dalam muktamar kali ini," ujarnya.

Selain Tuan Ibrahim, dua lagi tokoh PAS Pahang yang bertanding di peringkat pusat ialah Ustazah Azizah Khatib Mat dan Dr Hamzah Jaafar. - mns_

Fatah Harun bidas Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Hrkh) - Pengarah jentera Pilihan raya PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Manek Urai, Abdul Fatah Harun menyelar kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali yang dilihat cuba untuk menyatakan sokongan kepada Umno apabila mengeluarkan kenyataan yang sinis terhadap parti yang diwakilinya itu pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

"Jika betul kenyataannya itu, saya minta Umno atau Barisan Nasional (BN) 'menggunakan beliau sebaik mungkin' untuk berceramah di Manek Urai. Jika BN sendiri mendengar idea atau pandangan beliau, BN sendiri akan terperangkap.

"Kenyataan Ibrahim Ali memang tidak boleh 'dipakai'. Sebenarnya kenyataan Ibrahim Ali ini sudah tidak didengar oleh rakyat Kelantan. Rata-rata pandangan masyarakat melihat sudah banyak pembangunan yang dilakukan sepanjang pemerintahan PAS di Kelantan. Begitu juga dengan kawasan Manek Urai yang kita lihat sudah banyak perubahan pembangunan yang berlau," tegas beliau sewaktu dihubungi Harakahdaily.

Ibrahim yang bertanding atas tiket PAS dalam PRU-12 yang lalu, dalam kenyataannya menyatakan Pilihan raya kecil Dun Manek Urai adalah landasan terbaik kepada Barisan Nasional (BN) mendedahkan kelemahan PAS mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.

Beliau juga menyatakan PAS gagal membawa perubahan serta memajukan ekonomi negeri itu, sebaliknya PAS berselindung di sebalik kelemahan Umno untuk meneruskan kelangsungan parti itu di Kelantan.

Ibrahim juga menganggap sepanjang PAS menerajui Kelantan, banyak perkara boleh dipersoalkan daripada segi ekonomi, peluang pekerjaan dan hasil negeri yang menurut beliau tidak menampakkan sebarang kesan. - mns_

May 28, 2009

Rombongan Umno sempena PRK Penanti

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Hrkh) - Usaha Umno untuk mengurangkan peratus keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Penanti diteruskan dengan pelbagai program lawatan ke luar Pulau Pinang.

Seorang pemanggil, Sham dari Kampung Pandan dekat sini mendedahkan maklumat yang diperolehi daripada kakaknya yang tinggal di Kampung Mengkuang Semarak (Mengkuang Dam), Penanti bahawa Umno menaja rombongan ke beberapa destinasi seperti Cherating, Pahang; Genting Highland, Pahang dan Nilai, Negeri Sembilan.

Rombongan menggunakan beberapa buah bas itu akan bertolak pada pagi Jumaat esok dan hanya kembali ke Penanti pada Ahad malam, 24 Mei selepas pusat pengundian ditutup.

Agen-agen Umno, katanya sudah berkeliaran di kampung-kampung antaranya Kubang Semang, Mengkuang Semarak dan Kampung Pelek sebaik selepas penamaan calon mempelawa para pengundi khususnya ahli-ahli Umno untuk menyertai rombongan yang ditaja sepenuhnya pemimpin Umno setempat.

"Dua buah bas yang ditaja bekas Adun Penanti yang juga Ketua Bahagian Umno, Dato' Abdul Jalil Majid akan bertolak ke Bukit Kayu Hitam pada pagi Ahad hari mengundi dari Kampung Mengkuang Semarak," katanya.- tajdid _

Kalau Tak Suka Husam, Undilah Mat Sabu. Jangan Bagi UMNO Menang

Saya tahu ramai yang sudah terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan kepada Husam Musa sejak tahun lepas. Sehingga ada blog "Anti Husam" yang diadakan khas untuk menyerang Husam Musa. Dan ada pula penulis upahan yang telah menulis buku untuk memfitnah Husam Musa dan akan dilancarkan sempena Muktamar depan ini. Ramai yang tak tahu, penulis upahan ini telah disaman oleh Husam Musa dua kali kerana beliau telah menuduh Husam tanpa bukti sebelum ini.

Saya meminta mereka yang meragui Husam Musa, supaya mengundi Abang Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden. Janganlah mengundi calon Timbalan Presiden yang disukai dan diidami oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Cukuplah perpecahan dan persengkataan dalam PAS yang ditimbulkan oleh golongan yang berkepentingan dan bernafsu besar seperti mereka yang terlibat dalam Fraksi UMNO ini. Mereka ini tidak membawa apa-apa kebaikan kepada PAS malahan mereka akan menjadikan PAS alat untuk menyelamatkan UMNO sahaja.

Fraksi UMNO ini adalah golongan yang tiada maruah dan mereka sanggup mengorbankan PAS semata-mata cita-cita dan kepentingan pribadi mereka sahaja.

Yang lebih menyedihkan, mereka sanggup menukar isu ini kepada kononnya menentang ulama. Sesiapa yang dilihat menentang usaha membawa PAS masuk UMNO akan di cop menentang ulama. Begitu lah jahat dan jijik taktik yang dibawa oleh Fraksi UMNO ini demi menyelamatkan UMNO yang tercinta.

Tidak disangka sebahagian dari ulama dalam PAS ini adalah dari jenis Harussani Zakaria dan mereka sanggup menjadikan PAS sebagai kuda tunggangan untuk menyelamatkan UMNO.

Husam menjadi mangsa mereka yang utama sebab tindakan Husam selama ini yang membawa PAS kepada arah yang lebih baik dan menurunkan populariti golongan totok dalam PAS. Pada PRU 2004, golongna totok ini menguasai keseluruhan imej dan tawaran PAS kepada umum. Hasilnya, PAS hilang Terengganu dan hilang semua kerusi di Perak dan Selangor.

Pada 2008, kaedah baru digunakan melalui usaha dan idea dari golongan "erdogan" atau "professional". Misalnya, digunakan slogan "PAS for All", di "engage" HINDRAFF, di tukar Negara Islam kepada Negara Berkebajikan.

Hasilnya, PAS mencatat kemenangan terbesar dalam sejarah PAS.

Sekarang golongan totok ini mahu "membunuh" golongan professional/ "erdogan" ini kerana:

a. Mereka mahu menyelamatkan UMNO b. Mereka mahu "hijack" kemenangan PAS ini dan menjadikan kemenangan ini seolah-olah hak mereka. c. Mereka mahu memastikan PAS kembali kepada PAS sebelum 2004 sebab cara baru PAS ini bukan idea dari mereka.

Bayangkan, orang yang bertanggungjawab ke atas kejatuhan Terengganu sekarang ini memacu usaha membawa PAS masuk BN.

Di Kelantan mereka memfitnah Husam Musa atas ke bawah sebab Husam Musa bertegas tidak mahu memberi balak kepada mereka ini. Kalau ditakdirkan Husam mengikut kehendak puak-puak ni, nescaya PAS akan kalah 2008 lepas. Maka Husam telah difitnah sehabis-habisnya untuk memastikan HUsam tidak naik dan penguasaan mereka terhadap balak di Kelantan dikekalkan.

Di peringkat nasional, sekiranya Husam Musa dipilih, nescaya UMNO akan tersunggkur PRU 13 kelak. Baru ni pun, Zahid Hamidi lari lintang pukang tak berani berdebat dengan Husam Musa setelah percubaan memfitnah Husam dengan tuduhan politik wang gagal.

Oleh sebab itu, saya menyeru kepada mereka yang tidak menyukai Husam Musa, supaya mengundi Abg Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden. Kalau tidak, maka PAS hanya akan menjadi kuda tunggangan UMNO sahaja dan akhirnya PAS terpaksa tunduk kepada tokeh judi dan arak, yakni yang menjadi pembiaya kepada UMNO.

Ingat, Najib Tun Razak tak sampai sebulan jadi MOF telah meluluskan 10 "Special Draw" yang baru.

Tolonglah jangan jadikan PAS sebagai hamba kepada tokeh2 judi dan arak macam UMNO.

http://www.malaysiawaves.com/2009/05/kalau-tak-suka-husam-undilah-mat-sabu.html

28.05.2009

Mahkamah isytihar kerusi Ladang tetap milik PAS

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu kawasan Ladang tetap milik PAS setelah mengetepikan rayuan Barisan Nasional Terengganu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak petisyennya mencabar keputusan pilihan raya umum ke-12.

Dalam penghakimannya, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, yang bersidang bersama Hakim Datuk S.Augustine Paul dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, mendapati tidak ada perbezaan besar daripada segi undi pos yang dikira memandangkan hanya tiga undi pos yang mungkin disalah kira dan ditolak disebabkan nombor siri yang tidak sama.

"Tiga undi ini tidak mengatasi majoriti 31 undi yang diperoleh responden (Datuk Tengku Hassan Tengku Omar daripada Pas). Oleh itu, keputusan Hakim Pilihan Raya itu dikekalkan," katanya dalam penghakiman yang dibacakan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Surita Budin.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas, Tengku Hassan menewaskan Datuk Wan Hisham Wan Salleh daripada BN dengan kelebihan 31 undi, tetapi BN menerusi ketua cawangan Umno Lorong Kemunting, Mahari Endut, memfailkan satu petisyen agar 127 undi pos yang ditolak pada hari pengundian itu, dikira semula.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menolak petisyen itu pada 22 September lepas kerana pempetisyen gagal membuktikan dakwaannya bahawa kerani Suruhanjaya Pilihan Raya tidak menjalankan tugasnya dengan betul dalam mengendalikan undi pos itu. BERNAMA

BUKIT MERTAJAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan dakwaan yang mengatakan parti itu melarang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Moha

BUKIT MERTAJAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan dakwaan yang mengatakan parti itu melarang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin daripada turut serta dalam kempen pilihan raya kecil DUN Penanti yang akan diadakan pada 31 Mei ini.

Pengarah Pilihan Raya PKR, Saifuddin Nasution berkata parti itu tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan supaya pemimpin-pemimpin tertentu untuk tidak turut berkempen.

"Tidak...tidak...tidak. Saya tolak (dakwaan), taka ada sebarang bentuk arahan yang mengatakan 'sipolan bin sopolan' tak boleh berkempen...tak ada," katanya dalam sidang media di Yayasan Aman di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan yang mengatakan Fairus tidak dibenarkan turut serta dalam kempen membantu calon PKR, Mansor Othman kerana boleh menjejaskan sokongan pengundi terhadap parti itu.

Fairus yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang meletakkan jawatan sebagai ADUN Penanti pada 16 April lalu kerana atas alasan ingin melanjutkan pelajaran di peringkat pasca ijazah.

Menurut sumber, Fairus kini sedang menyambung pengajiannya di Australia.

Pada pilihan raya umum 2008 Fairus, menang dengan majoriti 2,219 undi.

Jumlah undi yang diperolehi ialah sebanyak 7,346 undi.

Tambah Saifuddin tidak timbul larangan kepada mana-mana pemimpin agar tidak bertanding kerana semua pimpinan parti akan memberikan sokongan bagi membantu memenangkan calon yang mewakili parti.

"Secara kebiasaannya pemimpin dalam parti tahu akan tanggungjawab masing-masing.

"Pada dasarnya kita memerlukan semua pemimpin yang boleh membantu memberi kemenangan," katanya.

Ditanya sama ada PKR mampu untuk mendapat undian melebihi jumlah undi yang diperoleh Fairus dahulu, Saifuddin berkata bagi pihak parti beliau berharap agar jumlah undi yang bakal diperolehi akan meningakat.

"Walaupun tanpa Fairus, saya doakan peningkatan (undi) akan berlaku pada pilihan raya ini tidak kira siapa pun calonnya.

"Malah mana-mana parti yang bertanding yakin individu itu boleh buat yang lebih baik daripada pemimpin sebelumnya," katanya.

Nasihat tidak mengundi, seruan Khairy menghasut - Dr Hatta

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Hrkh) - Tindakan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang menasihatkan para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti tidak keluar mengundi Ahad ini dianggap keterlaluan dan bersifat menghasut.

Bendahari PAS Pusat Dr Hatta Ramli berkata seruan Khairy itu jelas menyalahi sistem demokrasi yang memberi kebebasan kepada rakyat untuk mengundi sekaligus memilih pemimpin mereka sendiri.

"Dia kata tidak mahu memperlekehkan institusi demokrasi negara ini tetapi seruannya jelas membuktikan, dia sendiri yang memperlekehkan sampai sanggup mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan itu.

Katanya sifat pengecut Umno itu sudah terbawa-bawa sehingga ke tahap 'bahaya' apabila cuba menasihatkan para pengundi yang sudah matang dan bijak berfikir setelah menyertai 12 pilihan raya umum dan kecil untuk tidak keluar mengundi.

"Saya minta pihak berkuasa. polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat kenyataan Khairy yang dilihat berbahaya, tidak demokratik dan tidak galakkan rakyat meneruskan amalan demokrasi yang sudah diguna pakai sejak sekian lama dan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada," katanya yang menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Khairy di sebuah akhbar hari ini yang menasihatkan pengundi tidak keluar mengundi kerana menyifatkan pilihan raya kecil yang diadakan di Penanti memperlekehkan institusi demokrasi yang diamalkan di negara ini.

Dr Hatta berkata, belum ada mana-mana pihak yang pernah memberi saranan seumpama itu sekaligus membuktikan Ketua Pemuda Umno itu sudah ketandusan idea untuk meraih sokongan sebaliknya mengunakan kaedah yang bertentangan dengan semangat demokrasi yang di dukung oleh semua rakyat dan Pakatan Rakyat.

Katanya situasinya pasti berbeza jika pihak Pakatan Rakyat yang mengeluarkan kenyataan seumpama itu dan sudah pasti pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas.

"Saya bimbang jika tidak dihalang dan tidak diambil sebarang tindakan, ianya akan berlanjutan sehingga ada pihak akan membuat ancaman ugutan pula kepada para pengundi.

"Kita tidak terkejut dengan tingkah laku parti yang cukup tertekan dan 'desperate' untuk melakukan apa saja untuk memastikan kekalahan Pakatan Rakyat yang kini mendapat tempat di hati seluruh rakyat di Malaysia ," katanya.

Sebelum itu, di Penanti 23 Mei lalu Dr Hatta menasihatkan sudah tiba masanya untuk rakyat dan penduduk Penanti 'bercerai susu' daripada Barisan Nasional (BN) dan tidak bergantung harap kepada parti yang sudah goyah dan tidak dapat menunaikan tanggungajawab kepada rakyat.

"Rupanya, tanpa BN di Penanti, kita menjadi lebih aman dan tenang. Sudah tiba masanya bercerai susu dengan BN yang tidak memberi manfaat pada rakyat.

"Kalau begitu tidak perlulah BN menyertai mana-mana pilihan raya supaya dapat mewujudkan suasana yang ada pada hari ini," katanya sambil disambut sorak sorai ribuan hadirin pada ceramah malam itu di Kubang Semang.

Pilihan raya Ahad ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara tiga calon Bebas dengan seorang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Empat calon tersebut ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Dr Mansor Othman, 59, bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56, bekas Ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari, 41, dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.

DUN Penanti mempunyai 15,384 pengundi biasa dan 24 pengundi pos dengan 72.68 peratus adalah pengundi Melayu, 24.22 peratus Cina, _

Umno hasut pengundi di Penanti tidak keluar mengundi

PENANTI, 28 Mei (Hrkh) - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Azmin Ali mendedahkan adanya usaha sulit Umno di Dewan Undangan Negeri (Dun) N12 Penanti untuk memastikan rakyat tidak turun mengundi pada 31 Mei ini dengan alasan KeADILan sudah menang setelah Barisan Nasional (BN) tidak menyertai pilihan raya kecil itu.

Katanya, rakyat di N12 tidak harus terjerat dengan usaha jahat Umno itu sebaliknya turun beramai-ramai menghukum BN yang zalim dan mengacau bilaukan politik di Perak.

"Umno sebenarnya teringin nak masuk pilihan raya tapi tak boleh sebab boss BN tak bagi sebab takut kalah. Bila dia dah bagi bendera putih dekat kita jentera Umno dah gelisah maka mereka merancang buat strategi buruk menyeru rakyat jangan keluar undi sebab KeADILan dan menang," tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Jelasnya lagi, rakyat di Penanti usah tertipu atau termakan dakyah Umno dan BN itu tetapi kena kuatkan semangat turun ramai-ramai menyokong calon Pakatan Rakyat, Dr Mansor Othman yang akan mengisi kekosongan kerusi Dun Penanti dan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Menyentuh mengenai peranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bertindak cepat bila ada laporan tentang Pakatan Rakyat dan tidak bertindak terhadap BN walaupun terbukti jelas, SPRM katanya, bekerja untuk BN dan mempertahankan hak BN bila tersepit. Mereka akan mencari berbagai alasan atau buat tidak peduli bila ada kaitan dengan kepimpinan mereka.

"SPRM jangan berat sebelah bila mendapat laporan sebaliknya kena bertindak tangkas bila ada laporan tentang kepincangan Umno dan BN," tambahnya.

SPRM sepatutnya, menjadi orang tengah yang adil dalam semua siasatanya tidak kira ia melibatkan orang politik mana sekalipun kerana salah tetap salah. - mns_

Ideologi komunis, nasionalis perlu ditolak rakyat - Nik Aziz

KOTA BHARU, 28 Mei (Hrkh) - Tuan Guru Dato� Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan sebarang ideologi yang jelas bertentangan dengan akidah Islam tidak boleh diterima rakyat di negara ini.

Mursyidul Am PAS itu berkata, fahaman-fahaman yang jelas bertentangan dengan Islam termasuk komunis dan nasionalisme perlu ditolak.

"Mengapa kita takut sangat hal ini. Rakyat negara ini bukannya buta sejarah, kita seharusnya sedar. Fahaman komunis hanyalah sebahagian sahaja dari pelbagai fahaman.

"Orang komunis dan nasionalis sama sahaja seperti adik beradik kerana sama-sama menolak hukum Islam.

"Orang nasionalis tolak hukum Islam dan ambil separuh sahaja," katanya selepas majlis penyampaian sumbangan bantuan Imam Al-Ghazali kepada 100 pelajar miskin di Dewan Teratai petang semalam.

Semalam Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak menjelaskan kerajaan tidak membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya, Ching Peng kembali ke negara ini kerana ia boleh menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat.

Sebelum ini Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Dato' Dr Teng Hock Nan dilaporkan meminta kerajaan membenarkan bekas pemimpin komunis itu pulang ke Malaysia.

Ketika negara dilanda darurat pada 1948 hingga 1960 kira-kira 2,500 orang awam dan 1,865 anggota pasukan keselamatan terbunuh angkara komunis.

Oleh itu Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menolak cadangan untuk membawa pulang bekas pemimpin komunis terbabit.

"Jangankan komunis perjuangan nasionalis pun saya tidak suka," katanya.

Menurut beliau kesengsaraan rakyat negara ini di zaman penjajah dan era keganasan komunis bukannya perkara yang boleh dilupakan begitu sahaja.

Ketua Pemuda PAS negeri, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, rakyat negara ini sudah serik dengan tindakan komunis ketika zaman darurat dahulu kerana telah menyulitkan rakyat.

Kata beliau isu terbabit tidak usah diperbesarkan kerana banyak lagi perkara lain yang perlu diselesaikan termasuk krisis politik di Perak dan keyakinan rakyat terhadap sistem kehakiman semakin terhakis.

"Kini rakyat didedahkan dengan pelbagai isu melalui blog-blog dan seharusnya mereka diberi peluang untuk berfikir secara matang kerana sejarah kezaliman komunis diketahui semua rakyat," katanya.

Ketika diminta mengulas cadangan supaya wakil rakyat PAS mengisytiharkan harta, khususnya calon-calon yang bakal bertanding pada muktamar tidak lama lagi Menteri Besar berkata, ia boleh dilakukan.

Namun beliau berkata, ia terpulang kepada mereka untuk melakukannya dan setahunya orang PAS bukannya kaya raya.

"Orang PAS ni mana ada harta sangat," ujarnya.

Abdul Latif yang juga Yang Dipertua PAS Kuala Krai berkata, terdapat tiga nama calon PAS yang telah disenaraikan pendekkan bagi mempertahankan Dun Manek Urai pada pilihan raya kecil 14 Julai depan.

Katanya, tiga nama tersebut kini diserah kepada Badan Perhubungan PAS Kelantan untuk dipertimbangkan PAS Pusat.

"PAS Kuala Krai akan akur terhadap siapa sahaja yang menjadi calon nanti. Apa yang penting kita perlu bekerja lebih keras bagi mempertahankan kerusi tersebut," katanya. - mj _

May 27, 2009

Komunis - 1Malaysia tidak bangang!

Zahid Hamidi sekarang dah mula nunjuk belang. Dah mula nak jadi panglima perang. Isunya? Komunis. Malam tadi dalam tivi bukan main lagi dok acah2 kata tentera kerjasama dgn polis nak lawan pengaruh komunis yang kononnya kelihatan semakin menular dalam negara.

Isu komunis ni bermula bila adanya tuntutan daripada bekas anggota Parti Komunis Malaya untuk kembali ke Malaysia setelah hidup dalam buangan. Dari situlah bermulanya isu komunis ini, sampai melarat-larat ke pihak polis.

Masalahnya di sini? Kerajaan cuba sekali lagi nak kompiuskan 1Malaysia. Nak gambarkan bahawa komunis akan kembali menapak di Malaysia. Huru hara akan berlaku, Tanah Melayu akan kembali darurat, dan Jins Shamsudin bakal mengarahkan Bukit Kepong 2 selepas ini. Bekas orang Parti Komunis yang dah betobat nak balik ke Malaysia, 1Malaysia ditakutkan dengan huru hara!

Rileksla Dol! 1Malaysia sekarang sudah faham perjuangan komunis di Tanah Melayu dulu. Mereka semua adalah penduduk Tanah Melayu yang bangun menentang penjajah dengan bekompromi dengan musuh penjajah. Kebetulan pada masa itu musuh Jepun adalah China dan musuh imperialis adalah komunis, dan kebetulan China adalah komunis dan boleh bekal senjata untuk melawan senjata, maka komunis lah jadinya. Cuba pada waktu itu Empayar Khalifah masih kuat, kemungkinan besar tak akam wujud Parti Komunis. Mungkin Jihad Islamiyah. :)

Dan 1Malaysia juga dah faham bahawa PKM bukan melawan kerajaan, tetapi sebaliknya menentang penjajah British, dan selepas merdeka mereka masih meneruskan penentangan kerana merea menganggap kerajaan selepas merdeka adalah kerajaan boneka penjajah. Mereka menjadi komunis sebab musuh emperialisma pada masa itu hanyalah komunis. Walaupun 1Malaysia tidak bersetuju dengan fahaman komunis, tetapi 1Malaysia tahu bahawa yang bersungguh2 lawan penjajah buku dengan ruas bukanlah ameno, tapi komunis dan parti2 yang enggan berkompromi dengan penjajah. Ameno adalah golongan elitis yang berakar dari budak suruhan British, dilatih, diajar dengan sistem Inggeris sehingga timbul rasa taksub kepada seluruh hidup bangsa penjajah yang akhirnya, sampai sekarang, walaupun 1Malaysia sudah konfiden, 1Malaysia sudah rajin dan bersedia, ameno masih terus2an merendahkan bangsa sendiri berbanding penjajah!

Ya, terbukti 1Malaysia menolak komunis dan menerima demokrasi. 1Malaysia hanya mahukan kerajaan ameno mengiktiraf bahawa mereka yang dihalau ini juga telah berjuang melawan penjajah, buku dengan ruas, peluru dengan darah. 1Malaysia tidak menuntut ameno mengiktiraf parti komunis. 1Malaysia juga tidak mahukan fahaman itu dibenarkan dalam sebuah negara yang Bertuhan ini. 1Malaysia hanya mahukan ameno akui sejarah, akui kebenaran, dan akui fakta bahawa sedang ameno sibuk megampu penjajah dan berkowtim dalam menuntut kemerdekaan, ada golongan yang berkeras mempetahankan hak negaranya sehingga ke titisan darah yang terakhir!

1Malaysia menuntut agar sejarah ini tidak dikonfiuskan lagi demi untuk terus memperlihatkan ameno sebagai satu2nya yang berjuang menuntut kemerdekaan. 1Malaysia tahu bahawa ameno hanya berkowtim dalam mendapatkan kemerdekaan sedangkan tekanan sebenar datangnya daripada pejuang2 yang menuntut kemerdekaan mutlak. Kemerdekaan yang mana setiap tahun boleh membangkitkan semangat juang anak muda. Kemerdekaan yang boleh menjadikan rakyatnya berdiri megah dengan kekuatan menolak penjajaan. Kemerdekaan yang sebenar yang dikecapi oleh negara2 lain yang menghalau penjajah dengan peluru dan belantan.

Kerana 1Malaysia sudah muak disajikan dengan drama Bukit Kepong setiap kali sambutan kemerdekaan. Sebab 1Malaysia sudah faham, yang dilawan oleh komunis dan pejuang bukanlah rakyat Tanah Melayu yang merdeka, tetapi askar2 kepada kerajaan boneka.

1Malaysia menolak fahaman komunis. Dalam masa yang sama 1Malaysia mahukan sejarah tidak diputar belit. Kerana 1Malaysia bukan lagi bodoh seperti yang diharapkan.

Untuk memberikan komen / maklumbalas, sila ke: http://jahilgoblog.net/?p=287

matkeri Sent via BlackBerry from Maxis http://www.jahilgoblog.net

EZAM BERKOKOK SEORANG DIRI DI TV9

Awal malam tadi mungkin ramai yang tertunggu-tunggu rancangan Hujah di TV9 yang bakal menampilkan calon Timbalan Presiden PAS iaitu YB Husam Musa dengan Menteri Pertahanan iaitu YB Zahid Hamidi yang juga bekas anak didik DS Anwar. Saya terlalu yakin bahawa Zahid Hamidi pasti akan muncul dalam rancangan tersebut kerana beliau dikenali di dalam Umno sebagai tokoh politik yang berani, pandai berpidato serta kelihatan `bersih' keperibadiannya. Apatah lagi, topik yang akan dibincangkan adalah berkenaan dengan politik wang, masakan Zahid mahu mengelak diri dari memperkatakan topik tersebut kerana beliau sendiri pernah menyatakan Umno teramat serius untuk membenteras politik wang.

Sudah tentu bukan sahaja penyokong-penyokong pembangkang yang ingin melihat kehebatan Husam Musa di dalam mengulas isu ini, tetapi saya percaya ramai di kalangan ahli-ahli Umno dan Bn yang ingin mendengar bagaimana formula Zahid untuk menghapuskan politik wang yang sudah sebati dengan Umno ketika ini. Malang sekali, Menteri Pertahanan yang sepatutnya mempunyai jiwa keberanian umpama tentera, disaat-saat akhir menarik diri dari menyertai rancangan tersebut. Saya rasa semacam sudah menjadi `badi' pula buat Zahid dengan penarikan diri Umno untuk bertanding di dalam PRK Dun Penanti hinggakan terpaksa menarik diri dalam rancangan yang sudah diatur ini. Saya tidak ingin mengatakan Zahid pengecut, tetapi kalau ada yang berkata demikian sukar untuk saya menepisnya. Saya juga tidak tergamak menuduh Umno pengecut di Dun Penanti, tetapi jika ada yang beranggapan demikian mungkin saya terpaksa bersetuju. Pada anggapan ahli-ahli Umno, parti mereka adalah parti yang kuat dan gagah serta pantang dicabar, oleh yang demikan wajar Umno tarik diri dari bertanding di PRK Dun Penanti. Kelakar tapi tidak pelik juga.

Memandangkan rancangan Hujah TV9 telah diatur, maka terpaksa dibawa masuk Raja Sesumpah yang terlalu banyak jasanya kepada Umno itu. Atas kapasiti apa Raja Sesumpah itu dipanggil? Ketua Cawangan Umno? Ketua Pemuda Cawangan Umno? AJK Bahagian Umno atau Ahli MKT Umno ? Menteri atau Timbalan Menteri jauh sekali. Topik yang hendak dibincangkan adalah melibatkan dasar parti dan kerajaan, maka pelik juga mengapa sebarangan orang dibawa untuk mengulas isu tersebut? Apakah rancangan tersebut bertujuan untuk memperkecilkan Umno? Pada hemat saya, tindakan Husam Musa yang menangguhkan dahulu penyertaan beliau di dalam rancangan tersebut tepat sekali. Biar buku bertemu ruas, dan Husam akan membuang banyak masa melayani Raja Sesumpah yang mempunyai ` lidah bercabang' itu. Raja Sesumpah yang tiada jawatan di dalam Umno itu hanya sesuai berbicara atau bertegang urat di warung-warung kopi sambil kena teh tarik sahaja.

Saya berharap di lain masa, TV9 akan dapat mempertemukan tokoh-tokoh yang hebat di dalam rancangan tersebut. Penonton tidak mahu melihat pencacai-pencacai yang tidak ketahuan berbicara di dalam rancangan berbentuk ilmiah tersebut. Kita masih menunggu bilakah masanya TV9 akan mempertemukan dua tokoh iaitu Najib dan DS Anwar. Mungkin harapan kita ini seperti mengharapkan `kucing bertanduk'. Tetapi, ianya tidak mustahil berlaku sepertimana kita tidak pernah menjangkakan Speaker Dewan boleh `diragut' dan diheret keluar dari Dewan. Tiada yang mustahil di bawah PMR (Perdana Menteri Rakyat).

http://wfauzdin.blogspot.com/2009/05/ezam-berkokok-seorang-diri-di-tv9.html

Nota:

Tarik Diri Dari Hujjah Kenyataan Husam Dari Sri Pentas PDF Print E-mail Tuesday, 26 May 2009 21:25

Setelah tiba di Sri Pentas Bandar Utama, untuk menyertai program Hujjah secara langsung di TV9 jam 9.35 malam ini sebagai ahli Panel bersama Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, saya dimaklumkan oleh penerbit rancangan, YB Menteri berkenaan tidak dapat hadir kerana keuzuran.

Oleh yang demikian saya dengan rasa dukacita, menarik diri dari menyertai program ini dan menasihati penerbit rancangan supaya ianya ditunda kepada satu tarikh lain di masa hadapan yang sesuai dengan jadual YB Menteri. Ini kerana pengganti yang dijemput mengambil alih tempat YB Menteri, tidak memegang jawatan di dalam Kerajaan dan juga partinya yang memberi beliau keupayaan untuk bercakap bagi pihak Kerajaan atau partinya apalagi keupayaan untuk membawa perubahan kepada pentadbiran Kerajaan serta partinya.

Saya mencadangkan kepada penerbit rancangan supaya menjemput Pengerusi GERAK bagi menggantikan tempat saya. Ini amat sesuai memandangkan ahli panel yang menggantikan tempat YB. Menteri adalah bekas Pengerusi GERAK.

MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA

Anwar saman Anifah RM100 juta

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Menteri Luar Datuk Anifah Aman bagi menuntut ganti rugi RM100 juta berhubung kenyataan menteri itu pada satu sidang akhbar di Washington baru-baru ini.

Writ saman itu difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada 2.10 petang oleh firma guaman Messrs S.N.Nair & Partners.

Saman itu menamakan Anifah berdasarkan kedudukannya sebagai seorang individu dan Anggota Parlimen Kimanis sebagai defendan pertama, Menteri Luar sebagai defendan kedua, dan kerajaan Malaysia dinamakan defendan ketiga.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang menuntut ganti rugi pampasan RM100 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan injunksi untuk menahan Anifah melafaz, bercakap atau menulis atau menerbitkan perkataan fitnah itu.

Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar berkata bahawa pada 16 Mei lepas, Anifah membuat kenyataan di Jabatan Negara di Washington semasa sidang akhbar bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton bahawa Anwar ada menawarkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri kepadanya sekiranya pembangkang menubuhkan kerajaan pada 16 Sept tahun lepas.

Anwar juga berkata Anifah memfitnahnya dengan menyatakan beliau sedang membuat cubaan untuk membeli Anggota Parlimen dan Anwar memburukkan imej negara.

Anwar juga mendakwa Anifah telah mencetuskan kebencian dan kemarahan umum terhadapnya, merendahkan tarafnya, menggalakkan dan memulakan penghinaan politik serta mengaburkan kebenaran dan menyebarkan sesuatu yang palsu.BERNAMA

Ketua kampung di Perak saman kerajaan BN

IPOH, 27 Mei (Hrkh) - Ketua-ketua Kampung yang dilantik oleh Kerajaan Pakatan Rakyat seluruh Perak telah menfailkan saman ke atas Kerajaan Negeri Perak semalam di Mahkamah Tinggi Ipoh.

Saman tersebut telah dikemukakan oleh Mohd Ridzuan Asit yang mewakili kesemua Ketua Kampung seluruh Perak.

Semasa Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak mentadbir negeri ini seramai 817 orang ketua kampungg seluruh Perak telah dilantik setelah ketua kampung yang lama meletakkan jawatan.

Semua ketua kampung telahpun dilantik oleh Kerajaan Pakatan Rakyat pada 7 Ogos 2008 sehingga 31 Julai 2010.

Namun begitu apabila rampasan kuasa berlaku di negeri ini oleh Umno/BN perkhidmatan seluruh ketua kampung di negeri ini telah ditamatkan berkuatkuasa pada 16.4.2009 yang lalu.

Dalam saman yang dikemukakan oleh ketua-ketua kampung, mereka menuntut perintah bagi membatalkan tindakan kerajaan menamatkan perkhidmatan mereka,

Ketua-ketua kampung juga menuntut perintah mandamus yang mewajibkan kerajaan untuk melantik semula Ketua-ketua Kampung,

Mereka juga menuntut perintah deklarasi bahawa pemecatan atau penamatan perkhidmatan tersebut adalah batal dan tidak sah.

Dalam saman itu juga mereka menuntut perintah injunksi untuk melarang kerajaan dari melantik sesiapa yang lain sebagai Ketua Kampung.

Ketua-ketua kampung itu juga menuntut injunksi untuk melarang kerajaan dari membenarkan Dewan Orang Ramai dalam semua kampong dari digunakan oleh BN semata-mata.

Mereka juga menuntut ganti rugi punitif, keterlaluan dan teladan untuk dibayar kepada pemohon dan menuntut suatu siasatan dan taksiran ganti rugi kepada pemohon.

Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaludin Dato' Ngeh Ko Ham, Adun Lubuk Merrbau, Zainuddin Yusof dan Adun Pakatan Rakyat serta pimpinan Pakatan Rakyat yang lain turut hadir memberi sokongan moral dan semangat kepada ketua-ketua kampung. - mns_

Mufti Perak dicabar letak jawatan, bertanding pilihan raya

IPOH, 27 Mei (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPNP) melahirkan rasa sedih dan kesal di atas kenyataan Mutfi Negeri Perak, Dato' Seri Dr Harussani Zakaria, di dalam temubual beliau di dalam majalah Milenia Muslim (MM) keluaran Mei 2009 THN 7 Keluaran 82 yang cuba membangkitkan api perkauman di negeri ini.

Dalam temubual tersebut, Dato' Seri Mufti Perak jelas cuba membangkitkan api perkauman di antara kaum di Perak bahkan di Malaysia amnya. Rata-rata kenyataannya bersifat �racist� dan tidak memikirkan perasaan rakan-rakan non-muslim.

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Perak, Dr. Rahja Ahmad Al-Hiss dalam kenyataan medianya semalam.

Pemuda PAS Negeri Perak katanya, mempertegaskan bahawa Perlembagaan Malaysia telah jelas menerangkan bahawa Islam adalah agama rasmi dan agama lain bebas untuk diamalkan, begitu juga hak kaum-kaum lain untuk hidup saksama di negara tercinta ini.

Sehubungan itu Pemuda PAS Perak kesal dengan tindak-tanduk Dato' Seri Mufti yang kelihatan selesa menjadi boneka dan talian hayat Umno Perak sering mengeluarkan kenyataan yang memihak Umno/BN.

"Sifat kepura-puraan Dato' Seri Mufti Perak sangat dangkal dan menyedihkan rakyat dan umat Islam Perak dan Malaysia amnya.

"Pemuda PAS Perak mencabar Dato' Seri Mufti Perak untuk meletakkan jawatannya dan secara 'gentlemen ilmu' bertanding di mana-mana kerusi pilihan raya di Perak mewakili Umno/BN jika benar-benar mahu melihat Islam tertegak di Perak.

"Hentikan kenyataan-kenyataan berlapik yang membela Umno/BN," tegasnya. - mks. _

May 26, 2009

Aminah Tiru Cara saiful Cuba Perangkap PKR!

BUTTERWORTH - Calon Bebas bagi pilihan raya kecil negeri kerusi Penanti, Aminah Abdullah Isnin mengemukakan bukti rakaman audio berbentuk cakera padat (CD) berhubung dakwaannya menerima tawaran ganjaran wang RM80,000 serta jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang (TKM1) oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Aminah yang mendedahkan bukti itu kepada media hari ini mendakwa PKR menawarkan jawatan TKM1 sekiranya beliau menyertai semula parti itu, jika menang pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 31 Mei ini.

"Jika saya menarik diri daripada bertanding pula, mereka menawarkan untuk menggantikan wang deposit saya dan memberi wang sebanyak RM80,000 serta ditawarkan jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang atau Seberang Perai," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata rakaman selama kira-kira tiga jam itu dirakam di rumahnya di Jelutong, Pulau Pinang pada 13 Mei lepas.

"Pada 13 Mei lepas saya didatangi oleh dua wakil PKR, seorang ialah pegawai khas kepada exco negeri dan seorang lagi ahli majlis pimpinan tertinggi PKR untuk membincangkan beberapa tawaran jawatan dan ganti rugi," katanya.

Ditanya mengenai respons beliau terhadap tawaran itu, Aminah berkata beliau tidak menerima atau menolak tawaran itu.

Katanya beliau akan mengemukakan bukti itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok dan menyerahkan kepada suruhanjaya itu membuat laporan berhubung perkara itu kepada Suruhanjaya Percegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya juga akan membuat laporan polis berhubung perkara itu bagi memastikan keselamatan saya terjamin," katanya.

Johor Daily menghubungi ahli PKR di Penanti sebentar tadi bertanyakan situasi dakwaan Aminah, beliau berkata " Pekara ini sememang telah dirancang dari awal, masakan perakam dan dan juru kemera dah bersedia. kami tidak gentar dengan penipuan ini".

Beliau berkata lagi, "Perangkap Kak Min menjadi, tapi kita tunggu siapa akan terjebak nanti. Mungkin juga akan malu sendiri seperti Saiful ."

Dengan bergurau beliau berkata, " Nak makan cendoi pun mamak yang jual dok senyum sumbing. Dah la kalah, orang nak kasi 80 ribu tak mau kebas, dengaq la idea bodo si Ezam tu......."

http://johornews.blogspot.com/2009/05/aminah-tiru-cara-saiful-cuba-perangkap.html

johornews.blogspot.com

2 pemimpin PKR akui jumpa Aminah tapi nafi tawar ganjaran

PENGAKUAN... Anggota MT PKR, Cheah Kah Peng (tengah) hari ini mengaku yang beliau dan penolong exco kerajaan negeri Pulau Pinang, Peter Lim telah menemui calon Bebas Aminah Abdullah, 57, seperti yang didakwa Aminah semalam.

BUKIT MERTAJAM: Dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan mereka telah menawarkan ganjaran dalam bentuk ganti rugi kepada calon Bebas, Aminah Abdullah jika sanggup tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Kedua-dua pemimpin berkenaan, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Cheah Ka Peng, 43, dan Pegawai Khas kepada Exco PKR Pulau Pinang, Peter Lim Eng Nam, 32, mengaku mereka adalah dua individu yang terdapat dalam rakaman suara yang didedahkan oleh Aminah semalam.

"Kami tidak menawarkan apa-apa kepadanya... hanya berbincang perkara-perkara biasa," kata Cheah pada sidang media khas bagi menjelaskan mengenai isu tersebut di sini hari ini.

Selain itu mereka juga menafikan dakwaan Aminah bahawa kedua-dua mereka datang menemuinya.

Sebaliknya mereka menjelaskan pertemuan pada 13 Mei itu telah diatur oleh Aminah sendiri.

"Kak Minah (Aminah) sebelum ini selalu jemput saya datang ke rumahnya... jadi pada 12 Mei saya hubungi beliau untuk aturkan makan tengah hari keesokkan harinya dan Kak Minah minta saya ajak (Cheah) Ka Peng bersama.

"Kemudian pada pagi 13 Mei, Kak Minah hubungi saya semula untuk pastikan mengenai temu janji pada tengah hari itu.

"Beliau kata akan masak untuk kami, saya tak jangka kawan baik seperti kami telah digunakan dan dipermainkan oleh beliau.

"Beliau bukan hanya sediakan makanan, tapi juga sediakan perakam suara untuk kami... saya sangat sedih dan kecewa," kata Peter dalam sidang media tersebut.

Peter adalah Timbalan Ketua PKR Bahagian Batu kawan yang juga Pembantu Khas kepada Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Law Choo Kiang.

Beliau juga pernah bertanding di DUN Batu Maung pada pilihan raya umum 2004.

Semalam Aminah mendedahkan bukti berbentuk rakaman audio perbualan antara beliau bersama dua wakil PKR yang cuba menawarkan ganjaran kepadanya termasuk wang sebanyak RM80,000 dan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Bagaimanapun mereka enggan mengulas apabila ditanya mengenai kandungan rakaman tersebut yang menyentuh mengenai tawaran-tawaran tawaran tersebut.

"Itu (tawaran) apa yang awak fikir, apa yang awak tafsirkan.

"Mengapa anda tidak tanya beliau sendiri memandangkan beliau yang bangkitkan mengenai perkara ini," kata Cheah yang juga seorang peguam.

Katanya lagi perkara tersebut diserahkan kepada peguam untuk tindakan lanjut.

"Kami sudah berbincang dengan peguam, dan mereka akn selesaikan perkara ini," kata Chah.

Dalam sidang media itu juga Cheah menegaskan bahawa kehadiran beliau bersama Peter bukan mewakili PKR, sebaliknya atas kapasiti sebagai kenalan lama.

"Kami hadir dengan kehendak sendiri, bukan atas dorongan sesiapa dari parti," katanya.

Menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai pertemuan tersebut, Cheah berkata Aminah menunjukkan hasrat untuk kembali menyertai PKR.

"Beliau juga nyatakan mungkin tidak akan teruskan untuk bertanding sebagai calon, dia tanya sama ada perlu atau tidak untuk teruskan.

"Dia jemput kita untuk beri pandangan, kita kongsi pandangan kita sahaja...kami bercerita sebagai kawan dalam keadaan bergurau," katanya yang mengakui mengenali Aminah dan keluarga sejak tahun 1999.

Ditanya sama ada beliau akan terus menjalinkan persahabatan bersama Aminah dan keluarganya selepas isu ini dibangkitkan, beliau berkata "Kami masih kawan, tapi perasaan saya kini bercampur."

Debat Husam-Zahid malam ini tak jadi

KUALA LUMPUR: Debat membabitkan Naib Presiden PAS, Datuk Paduka Husam Musa dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam Program Hujah TV9 malam ini tidak menjadi kenyataan.

Husam yang ditemui tengah hari tadi berkata, beliau menerima makluman daripada stesen tersebut bahawa Zahid yang juga Menteri Pertahanan tidak dapat mengambil bahagian dalam program malam ini.

"Saya dah buat persiapan tetapi hari ini saya menerima panggilan daripada TV9 bahawa Zahid tidak dapat datang," katanya.

Sebaliknya TV9, kata beliau, mengesyorkan nama bekas Ketua Pemuda Keadilan, Ezam Mohd. Noor yang menyertai Umno setahun lalu, sebagai pengganti.

Bagaimanapun jelas Husam, beliau telah memaklumkan kepada TV9 bahawa sedia untuk berdebat dengan Zahid pada bila-bila masa kelak.

"Saya mahu berdebat dengan Zahid, bukannya Ezam," kata beliau.

Program tersebut yang dijadual untuk siaran pukul 9.30 malam menyentuh soal Rasuah Politik.

Semalam, Husam telah mengesahkan beliau akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS minggu depan.

Pengundi Penanti berhak tahu penyelewengan pemimpin BN

KETEREH, 26 Mei (Hrkh) � Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak mampu menutup diri daripada terdedah pelbagai penyelewengan biarpun tidak menyertai pilihan raya kecil di Penanti.

Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, N Gobalakrishnan berkata, Umno tidak mampu mengelak daripada dikaitkan dengan pelbagai isu yang berlaku sekarang kerana ia membabitkan pemimpin negara.

Katanya, rakyat perlu diberitahu tentang pelbagai penyelewengan yang berlaku kerana mereka ada hak di sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.

"Apabila rakyat sudah tahu mereka boleh membuat pilihan sendiri. Ini penting untuk membolehkan sebuah kerajaan yang adil dapat ditegakkan," katanya pada satu program di sini, baru-baru ini.

Program tersebut diadakan di Kampung Soko, Kok Lanas. Hadir sama anggota Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria dan Naib Yang Dipertua PAS Ketereh, Dato' Ahmad Rusli Ibrahim.

Semalam Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, KeADILan tidak ada modal apabila membelasah Umno dan BN pada kempen pilihan raya tersebut.

Menurutnya KeADILan sepatutnya menumpukan kepada isu pembangunan bagi membela nasib rakyat di Penanti.

Gobalakrishnan yang juga anggota Padang Serai berkata, alasan diberi Presiden Umno, Dato' Seri Najib Razak tidak mahu menyertai pilihan raya di Penanti kononnya tidak mahu membazir tidak lebih sebagai satu sandiwara.

"Mengapa baru sekarang mereka hendak bercakap soal pembaziran. Rakyat sudah tahu malah sudah masak dengan sikap hipokrit pemimpin mereka.

"Kalau Umno dan BN betul-betul tidak mahu membazir, kembalikan wang komisen yang telah dibazirkan membeli kapal selam dan Sukhoi sehingga mencecah puluhan juta ringgit," katanya.

Nasir ketika berucap pada majlis yang sama berkata, kejayaan Pakatan Rakyat memecah belenggu perkauman di negara ini telah menyuntik semangat rakyat sehingga berani bangkit membuat perubahan.

Ahmad Rusli pula memberitahu media dan mahkamah menjadi talian hayat Umno bagi membolehkan parti itu terus berada di pentas politik negara.

Menurutnya tanpa bantuan tersebut Umno sudah berada di muzium yang hanya diingati pada catatan sejarah sahaja.

Beliau juga berkata, rakyat perlu sensitif terhadap situasi yang berlaku dalam politik tanah air bagi membolehkan mereka membuat pilihan terbaik pada masa akan datang.

"Rakyat menolak Umno dan BN kerana kesedaran. Rakyat bijak menilai antara kaca dan permata. Kecerdikan rakyat tidak boleh lagi ditukar dengan wang ringgit," katanya. - mj _

May 25, 2009

SIAPA AMINAH UNTUK MINTA PKR DIBUBARKAN?

SIAPA Aminah Abdullah ? Beliau adalah salah seorang calon bebas yang akan bertanding di PRK Dun Penanti nanti. Beliau adalah bekas pimpinan PKR P.Pinang yang ditolak oleh PKR P.Pinang termasuk suaminya lantas keluar dari PKR. Beliau sememangnya seorang ahli yang senior dan lama bergiat di dalam PKR iaitu semasa era reformasi lagi. Beliau menyatakan bahawa Presiden PKR sendiri boleh mengesahkan bahawa beliau adalah `pejuang' lama di dalam PKR berbanding dengan Pengerusi Perhubungan PKR P.Pinang sekarang. Tetapi beliau lupa, di dalam perjuangan, `lama' bukan bererti bagus dan hebat. Kadangkala yang `lama' itu lah pembawa `karat' kepada perjuangan. Pada saya, Aminah Abdullah adalah pembawa `karat' kepada PKR.

Oleh sebab itu, Aminah langsung tiada idea untuk menambah baik perjuangan PKR sewaktu beliau berada di dalam parti PKR. Jika sekadar hadir berhimpun atau berdemontrasi, budak-budak bekerja `despatch' pun ramai yang menyertai perhimpunan. Tanyalah ahli-ahli PKR khususnya di P.Pinang, berapa ramai yang kenal Aminah ini. Saya juga sentiasa mengikuti perkembangan PKR di seluruh negeri bermula dari era reformasi, bermula dengan nama ADIL, kemudiannya dikenali sebagai KeADILan seterusnya kini PKR. Nama Aminah langsung tidak saya kenali sehinggalah beliau keluar dari PKR dan menjadi calon bebas. Bagi saya nama Nora atau Norazimah lebih wajar dikenang sebagai pejuang di kalangan wanita daripada Aminah walaupun kini Nora tidak lagi bersama PKR tetapi berjuang bersama PKR di dalam PAS.

Terbaru, Aminah menunjukkan kononnya sebahagian bukti yang beliau ada tentang sogokan rasuah oleh PKR kepada beliau. Bukti rakaman audio telah ditunjukkan kepada wartawan baru-baru ini untuk menunjukkan PKR benar-benar menagih jasa dan khidmatnya kembali. Bahkan, PKR kononnya menawarkan kepada beliau untuk jawatan TKM 1 P.Pinang. Hendak termuntah dan loya tekak saya bila memikirkan Aminah ingin ditawarkan jawatan tersebut. Bukan saya hendak menghina atau merendah-rendahkan Aminah, tetapi beliau seharusnya sedar diri beliau siapa sebelum `merepek dan merapu' tidak tentu pasal. Mengapa beliau menunjukkan bukti tersebut kepada wartawan terlebih dahulu, mengapa tidak terus melaporkan kepada pihak berkuasa? Mengapa masih tertunggu-tunggu? Bertindaklah pantas jika dakwaan itu benar, jangan sampai rakyat menggelarnya sebagai `pelacur politik' yang murahan. Saya teringat kisah beberapa tahun dahulu, terdapat rakaman audio perbualan telefon yang dianggap `feeling' antara DS Anwar dengan isteri Azmin Ali. Itu juga kononnya sebagai bukti menunjukkan skandal DS Anwar bersama isteri orang. Tetapi, apakah yang berlaku kepada bukti-bukti tersebut? Bagaimana pula dengan bukti-bukti video (CCTV) bergambar (bukan audio semata-mata) yang jelas menunjukkan perbuatan rasuah yang berlaku di Kedah sepertimana yang telah didedahkan oleh DS Anwar di dalam Parlimen? Jika bukti video pun tidak disiasat, tentulah ganjil bukti audio semata-mata boleh diterima.

Dunia politik di negara kita ini sudah terlalu ramai `pelacur politik' yang murahan samada lelaki dan perempuan. Kesemuanya ini akan `berdagang' apabila musim pilihanraya sahaja. Saya percaya dakwaan Aminah ini akan senyap dan hilang selepas pilihanraya Dun Penanti nanti. Bermacam-macam dakwaan muncul ketika menjelang pilihanraya dan ianya akan hilang selepas itu. Dakwaan Aminah ini sepantas kilat diulas oleh mantan MB selangor yang pernah menunjukkan `kehebatan'nya membongkar kisah lembu korban di Selangor. Sememangnya antara Aminah dan Khir Toyo banyak persamaannya. Siapa Khir Toyo yang mahu bercerita soal maruah PKR ? Semenjak bila Khir Toyo ada maruah ? Ahli-ahli Umno sendiri tahu siapa Khir Toyo. Mungkin `Mickey Mouse' pun kenal siapa Khir Toyo ini. Kerajaan Selangor di bawah pemerintahannya dahulu sangat berminat dengan `Mickey Mouse' dan penyapu. Nampaknya, Aminah ada pembela kuat iaitu Khir Toyo. Selepas ini, mungkin Raja Sesumpah serta rakan-rakan seperti Lokman Noor Adam akan mengangkat Aminah sebagai pejuang terhebat.

Saya mendapat tahu melalui blog Chegubard, ramai di kalangan wartawan yang mendapat salinan audio yang diberikan oleh Aminah tersebut ketawa besar bila mendengar bahan bukti berkenaan. Wartawan yang dikatakan ramai menulis di dalam akhbar media perdana sendiri pun merasa lucu dengan apa yang Aminah lakukan sepertimana lucunya mereka apabila mendapat bukti pendedahan surat DS Anwar kepada Tun Mahathir yang telah didedahkan oleh raja sesumpah sewaktu PRK Parlimen K. Terengganu baru-baru ini. Mungkin Aminah adalah anak murid raja sesumpah tetapi masih belum tamat pengajian lagi.

Kadangkala timbul rasa simpati terhadap Aminah yang begitu bersungguh-sungguh untuk melihat PKR berkubur. Jika mahu tunjuk bukti pun, mengapa perlu bersyarat agar PKR sanggup dibubarkan? Apakah tujuan syarat-syarat tersebut dan apa kena mengena dengan bukti yang kononnya beliau ada? Kini beliau adalah calon bebas dan beliau boleh dedahkan bukti-bukti yang beliau ada di merata pelusuk bumi Penanti, tetapi bukti itu tidak akan ke mana selagi Aminah kecut perut untuk melaporkannya ke pihak berkuasa. Saya bertambah simpati jika Aminah hilang depositnya nanti di PRK Dun Penanti, kemudiannya terpaksa pula membayar saman akibat tindakan bodoh beliau itu.

PKR telah masak dengan berbagai tuduhan oleh pihak-pihak yang cemburu dengan kebangkitan parti tersebut. Mereka gagal untuk meruntuhkan kerjasama padu PKR dengan PAS dan DAP. Sumpah laknat Saiful ternyata memakan tuan. Pendedahan surat DS Anwar kepada Tun Mahathir juga menjerat diri. Memfitnah Fairus Khairuddin juga gagal untuk mengkucar kacirkan PKR. Kini, Aminah terus mencuba dengan modal basi yang lapor dek zaman itu.

http://wfauzdin.blogspot.com/2009/05/siapa-aminah-untuk-minta-pkr-dibubarkan.html

PENANTI : Pengkianat muncul lagi.

Seronok juga kelmarin semasa hari penamaan calun. Aman tenteram dan tak ada hingar bingar angkara provokasi dari pihak gerombolan. Cuaca pun cerah secerah harapan calun Pkr yang bertanding akan menang dengan majoriti yang lebih besar. Di sebelah jalan mengkuang kibaran bendera Pke dan Pas berkibar dan disebelah jaln dari berapit terlihat bendera Dap yang berkibar. Bendera calun lain yang bertanding tidak kelihatan....Lupa plak yang gerombolan tak bertanding.......Kelihatan kelibat calun bebas datang bersama 3 ke 5 orang penyokong masing2. Alangkah seronoknya bila ada saja pilihanraya pihak gerombolan tak masuk bertanding. Tak payah lah ahli2 pakatan rakyat ramai2 datang untuk memeriah dan menghangatkan suasana. Maklumlah semuanya yang datang mengeluarkan duit dan perbelanjaan dari kantung sendiri. Begitu juga denga suasana jalan raya baik siang atau malam. Perjalanan pun lancar aje dan tak ada jalan jem. Begitu juga dengan kelibat anggota polis. Malah ada anggota polis yang berkata baiq Pkr menang tanpa bertanding dan boleh lah mereka balik ketempat kerja masing2 dan tak payah bertugas semasa tempoh berkempen. Malah ada sahabat polis kata terdapat subtec telah di tutup operasinya malah baki yang ada telah pun dikurangkan anggota yang bertugas. Ini buktinya tugasan PDRM hanyalah untuk menjaga kepentingan disebelah pihak gerombolan aje. Kepala gerombolan hendak keluar berkempen dikawal polis malah sehingga nak memasang bendera dan poster pun terpaksa polis mengawal mereka. Mereka menggunakan polis semaunya sehingga persidangan dun Perak baru2 ini pun pihak gerombolan terpaksa dan memaksa polis mengikut telunjuk mereka. Bayangkan jika polis bersikap profesional dengan tidak memihak saya rasa gerombolan terutamanya Ameno dsah lama lenyap di bumi Malaysia ini. Kalau ada pun hanyalah gambar2 kenangan mereka yang menjadi sejarah di tampal di penjuru muzium2 yang ada di Malaysia. Setaraf specis2 dinorsor trex dan diplodocus....... Saya sebenarnya malas juga nak menulis tetapi bila calun bebas iaitu mantan ahli PKR kononnya akan membongkar cerita semasa dia berada dalam parti dulu dan juga kononnya ada pihak dari PKR yang akan membelinya supaya menarik diri tiba2 teringat semula pada komputer usang saya lalu saya menaip untuk menerangkan kepada pembaca betapa dangkal dan angkuhnya hujah Aminah bte Abdullah ini. Kalau bagi penyokong gerombolan mungkin mengiakankan apa saja yang dikata tapi bagi yang mengenali beliau... krrrrrrrrr ptuihhhh......dah lah borang pencalunannya dihari sebelum pencalunan terpaksa mentor beliau iaitu si Zamil mengesahkan terlebih dahulu di Sg Petani..Sebenar2nya Kak Min ni dihasut agar bertanding oleh si Zamil yang menjalankan kerja2 pengkianatan di Kedah. Mereka selalu berbincang sejak tahun 2007 untuk mengharu birukan Pkr di sebelah utara. Lokasi pertemuan selalunya di rumah Mokhtar Mansur. Zamil dan kuncu2nya di Kedah dan Aminah Abdullah di Pulau Pinang. Tambahan pula mereka kalah semasa pertandingan pemilihan ajk bahagian ditempat masing2. Aminah ni kalau nak bercakap pun tergagap-gagap tambahan pula nak berpidato.....poyonya gua cakap sama lu... Macam mana nak jadi pemimpin dan wakil rakyat. Sudahlah Aminah diruang dan masa yang adalagi tariklah diri. Tak Payahlah bertanding. Buat habis duit kamu sahaja. Tak tau lah kalau duit yang kamu bayar pada spr itu adalah dari sumber2 zamil and co. Tak berapa undi yang kamu akan dapat malahan duit deposit kamu akan hilang dan yang pastinya kerja buat kamu untuk mengkianati perjuangan rakyat tak akan mudah hilang dari ingatan rakyat. Kelak kamu dibenci dan di cerca orang kemana dan dimana saja kamu pergi. Kamu pun bukannya ada pengikut dan nak harapkan ahli gerombolan mengundi kamu, mereka pun meluat tengok kamu. Ahli gerombolan Penanti pun akan pangkah calun Pkr Sdr Mansur Othman rada hari pengundian. Begitu juga dengan calun2 bebas yang lain pasti hilang wang pertaruhan. Rakyat dah muak dengan gerombolan. Calon tajaan mereka akan ditolak mentah2 oleh rakyat Penanti kelak. Ada yang kalah dapat 62 undi pun pi gagah nak bertanding juga. seolah-olah nak perbodohkan pengundi Penanti. Tak tau lah masih ada juga pengundi bangang yang akan memangkah mereka. Dalam situasi yang ada hari ini rakyat majoriti tak kira India, Malayu dan Cina sudah bosan dengan cara berpolitik Parti gerobolan BN sampai anak2 kecil pun tau betapa kotornya mainan politik mereka. Tak sabar rasanya nak menunggu pilihanraya umum 13 nanti. Rakyat terbanyak dah tak tahan lagi untuk mengkapan kan semua parti2 gerombolan. Rakyat mahukan yang terbaik...kembalikan biasiswa untuk pelajar, kembali belajar metamatik dan sains dalam bahasa Malaysia, Hapuskan tol di sepanjang lebuh raya, kurangkan tarif air dan eletrik, kurangkan harga minyak diesel dan petrol dan bermacam lagi yang membebankan kehidupan rakyat terutamaya golongan marhaen macam saya.........tiba2 teringat saya alangkan bahagianya rakyat jika projek 16 september benar2 terjadi..........

Timbalan Presiden PAS: Mat Sabu lengkapkan saingan tiga penjuru

PETALING JAYA: Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu turut mengesahkan akan mencabar Nasharuddin Mat Isa bagi jawatan Timbalan Presiden PAS pada pemilihan minggu depan.

"Saya akan tetap bertanding dan tidak akan tarik diri," katanya kepada mStar Online ketika diminta mengulas pendiriannya untuk bertanding jawatan nombor dua parti itu.

Menurut Mat Sabu, beliau telah menghantar borang penerimaan pencalonan kepada jawatankuasa pemilihan parti tiga hari lalu.

Urusan penerimaan pencalonan pemilihan PAS ditutup hari ini.

Bagi jawatan Timbalan Presiden, lima orang calon layak bertanding iaitu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Timbalan Murysidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dan dua Naib Presiden PAS sedia ada, Datuk Paduka Husam Musa dan Mat Sabu sendiri.

Minggu lalu, Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah dan Haron Din telah mengumumkan tidak akan bertanding jawatan tersebut.

Kenyataan Mat Sabu itu melengkapkan saingan tiga penjuru bagi jawatan nombor dua parti itu.

Pagi tadi Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Salor turut mengesahkan akan bertanding jawatan tersebut.

Nasharuddin, Timbalan Presiden PAS sejak dua penggal, pagi tadi mengesahkan kepada mStar Online akan mempertahankan jawatannya buat penggal ketiga.

MB Selangor mahu kajian undang-undang perhimpunan awam dibuat

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor hari ini meminta kerajaan persekutuan dan polis supaya mengkaji semula undang-undang berkaitan perhimpunan awam di negara ini.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kajian itu perlu bagi menentukan kriteria dan syarat yang diperlukan bagi mendapatkan permit untuk mengadakan perhimpunan.

Kerajaan perlu merangka undang-undang berhubung perhimpunan awam yang mengikut piawaian antarabangsa, katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan jabatan kerajaan Selangor di sini hari ini.

"Kami hanya mahu wujudnya keadaan fleksibel berhubung dengan undang-undang yang membenarkan orang ramai mengadakan perhimpunan, katanya sebagai mengulas penahanan polis dan perintah reman terhadap 16 orang termasuk Anggota Dewan Undangan negeri (ADUN) Teratai Jenice Lee, kerana mengadakan perhimpunan sambil memasang lilin di Pandan Indah, malam Khamis lepas.

Perhimpunan itu sebagai protes terhadap kemelut politik di Perak dan diadakan di luar pusat khidmat ADUN berkenaan.

Ketua Siasatan Jenayah Ampang Jaya DSP Goh Lee Fook, berkata tiada permit dikeluarkan bagi perhimpunan itu.

Khalid berkata kes penahanan itu sepatutnya tidak berlaku memandangkan Lee dan yang lain berhimpun secara aman sematamata untuk melahirkan rasa tidak puashati dan tiada tanda-tanda bahawa perhimpunan itu mengancam ketenteraman awam. BERNAMA

Tengku Mahkota Kelantan dilantik Pemangku Raja

KOTA BHARU, 25 Mei (Hrkh) - Tengku Mahkota Kelantan kini dilantik sebagai Pemangku Raja memandangkan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra sedang gering.

Tengku Muhammad Faris Petra menjalankan tugas Sultan mengikut perenggan (b) Fasal (1) dan (3) Perkara 22A Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).

Pelantikan tersebut berkuatkuasa pada 24 Mei 2009 sehingga Tuanku Ismail Petra sembuh daripada kegeringan.

Pengisytiharan mengenai perkara itu dibuat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Mohd Aiseri Alias dalam satu kenyataan kepada media di sini, semalam.

"Hendaklah ada satu pangkuan Raja di dalam negeri apabila Sultan gering dan tidak boleh menjalankan tugas menjaga hal ehwal negeri, maka Majlis Perajaan Negeri hendaklah melantik seorang Pemangku Raja atau satu Majlis Pangkuan Raja," katanya

Kelmarin Majlis Perajaan Negeri mengadakan mesyuarat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bersetuju melantik Tengku Muhammad Faris, iaitu anakanda sulung kepada Sultan Kelantan sebagai Pemangku Raja.

Sultan Kelantan dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian sejak 14 Mei lepas bagi menjalani rawatan setelah mengadu mengalami masalah pernafasan.

Baginda kemudian didapati mengalami masalah jantung.

Bagaimanapun semalam baginda dihantar untuk rawatan lanjut di Hospital Mount Elizabeth, Singapura. - mj _

Mogok lapar di Perak - Ustaz Ahmad Awang beri penjelasan

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang menegaskan keputusan Badan Perhubungan PAS Perak untuk menganjurkan puasa sunat dan munajat sewaktu berhadapan dengan kemelut politik di negeri Perak adalah selaras dengan Islam.

Dalam kenyataannya sebentar tadi, Ustaz Ahmad berkata, hikmah berpuasa juga bertepatan dengan sunnah apabila umat Islam digalakkan berpuasa sunat tiga hari setiap awal bulan hijrah iaitu 1 Jamadil Akhir (esok).

Katanya, keputusan PAS selaras dengan hasrat parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang mahu menganjurkan mogok lapar tiga hari mulai esok sebagai membantah kezaliman Barisan Nasional terhadap rakyat di negeri itu.

"Saya sudah bertanya kepada rakan-rakan bukan Islam daripada DAP dan KeADILan, mereka mengatakan mogok lapar yang dianjurkan tidak dibuat sehingga menyeksa diri.

"Lagi pun mereka menyediakan khidmat doktor yang akan sentiasa memantau keadaan," katanya.

Sekaligus Ustaz Ahmad menolak kenyataan Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria yang mengatakan umat Islam haram melakukan mogok lapar.

"Jangan kita terperangkap dengan mainan media, kita orang Islam, sudah tentu kita faham beza antara mogok lapar dengan berpuasa sunat.

"Oleh itu kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasaruddin Hassan dalam sebuah akhbar harian hari ini yang menolak mogok lapar, saya fikir tidak sesuai," tegasnya.

Ustaz Ahmad memberitahu, beliau sudah mengarahkan PAS Kawasan-kawasan seluruh Perak untuk menganjurkan puasa sunat dan pada Khamis (hari ketiga berpuasa) malamnya diadakan solat hajat dan munajat.

Tegasnya, matlamat utama berpuasa sunat dan munajat diadakan ialah untuk memohon kepada Allah agar digerakkan hati pihak yang berkuasa bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri.

"Kita tidak mahu terlalu hampa dengan kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan, kita masih ada peluang di Mahkamah Persekutuan, apa yang kita mahu, sebagai orang Islam, kita mesti sentiasa dekat kepada Allah dan memohon pertolongan dari-Nya," tegas beliau.

Sehubungan itu beliau mempelawa umat Islam yang berpuasa di Perak untuk menyertai majlis berbuka puasa yang akan diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak selama tiga hari berturut-turut mulai esok. - mks._

Pilihan Raya Kecil lebih aman tanpa BN - Nizar

PENANTI, 25 Mei (Hrkh) - Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin berkata, pilihan raya kecil Dun Penanti nyata aman terutamanya apabila Barisan Nasional (BN) tidak bertanding.

Beliau berkata demikian ketika berceramah di Kampung Kubang Semang sempena kempen pilihan raya kecil (PRK) Dun Penanti pada 23 Mei lalu.

Ceramah yang diadakakan di Kubang Semang itu membariskan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim dan Saifuddin Nasution.

Ini kerana katanya, polis tidak akan 'sibuk' untuk menjadi penggempur dan bekerja untuk BN bagi memastikan kedudukan BN selamat.

"Sejak pagi tadi semasa penamaan calon suasana cukup aman, polis pun tak ramai yang datang, tidak sama seperti prk Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau sebelum ini.

"Ketika di Kuala Terengganu polis dihantar seramai mungkin hingga mewujudkan suasana seolah-olah Kuala Terengganu berada sebagais ebuah daerah polis," katanya.

Namun kali ini, suasana aman kerana tidak ramai anggota polis yang ditugaskan bagi mengawal keadaan.

"Kita yakin sebenarnya jika pilihan raya ini tidak diganggu dengan kehadiran polis yang terlalu ramai, ia akan berada dalam keadaan aman," ujarnya.

Menyentuh isu di Perak, Nizar menyifatkan rampasan kuasa yang dilakukan Barisan Nasional (BN) di sana sebagai satu 'perbuatan zalim' di abad ini.

"Tiada perbuatan lain yang sezalim ini, merampas hak rakyat yang memilih kerajaan yang sah dan menggunakan kuasa menghalalkan t]indakan zalim mereka ini," katanya.

Lebih dahsyat lagi kata Nizar, BN menggunakan gelanggang mahkamah bagi mengesahkan lagi tindakan rampasan kuasa itu sebagai satu tindakan halal.

Nizar yang nyata kesal dengan rampasan kuasa oleh BN di Perak itu memberi amaran bahawa tindakan itu hanya akan membuatkan rakyat semakin benci dengan BN.

"Saya menyeru pengundi di Penanti ini agar memberikan undi kepada calon Pakatan Rakyat dalam masa yang sama sebagai singnal kepada kekejaman yang BN lakukan terhadap rakyat di Perak dan rakyat secara keseluruhannya," katanya.

Inilah peluang kepada rakyat untuk terus menyatakan bantahan kepada kerajaan dengan memberi undi kepada Pakatan Rakyat, katanya lagi.- azm _

May 24, 2009

PAS ANJUR SAMBUTAN 25 TAHUN KEPIMPINAN ULAMAK DAN LANCAR DANA BINA KOMPLEKS 27 JUTA DI PUTRAJAYA

MENJELANG MUKTAMAR: PAS ANJUR SAMBUTAN 25 TAHUN KEPIMPINAN ULAMAK DAN LANCAR DANA BINA KOMPLEKS 27 JUTA DI PUTRAJAYA

Tulisan saya, Kepimpinan Ulama dipertikai, PAS Terengganu mula berubah? dalam Siasah Bil. 0148 (10-16 hb. Mei, 2009) telah mendapat reaksi oleh seorang blogger Zahid Yusof, mantan Setiausaha PAS Besut setalah artikel berkenaan dimasukkan ke dalam blog Cina Islam yang dikendalikan oleh seorang blogger Perakian, Drs Khalil Idham Lim, ADUN Titi Serong yang juga Ketua Backbencher ADUN Pakatan Rakyat Perak.

Saya tidak pasti kenapa blogger Cina Islam berminat dengan atikel berkenaan. Mungkin juiga kerana beliau hadir menjadi tetamu khas pada Muktamar PAS kawasan Marang menggantikan Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak yang sah pada 9 Mei, 2009 dan menyaksikan sendiri perubahan kepimpinan PAS Kawasan Marang daripada Ustaz Hj. Hassan Salleh yang berundur kepada Haji Yahaya Ali menyebabkan apa yang ditulis beberapa hari sebelum itu ternyata tidak meleset dan menjadi kenyataan.

Secara jujurnya saya belum berkesempatan membaca blog blogger berkenaan sebelum ini. Tetapi setelah diberitahu oleh Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berhubung dengan komen tersebut saya beluim berkesempatan membacanya. Tetapi bila pengendali blog kalamperantau.wordpress.com yang memuatkan tulisan-tulisan saya dari saya memberitahu saya kena jawab makan terpaksalah saya mencari blog tersebut untuk mengetahui isi kandungannya.

Bila saya amat betul-betul tiada apa yang dipertikaikan, cuma mengatakan ianya meleset kerana hanya dua Yang Dipertua sahaja bertukar, iaitu Besut dan Marang. Saya tidak berhasrat untuk berdebat dan mengulas apa yang ditulis mantan Setiausaha PAS Besut berhubung dengan perubahan apa yang dimaksudkan dalam tulisan tersebut. Bagi yang belum membacanya boleh layari blog Kalam Perantau di alamat, http://kalamperantau.wordpress.com untuk mengetahui isi kandungannya.

Begitu juga dengan frasa kata kepimpinan ulamak dipertikai yang tidak difahami oleh blogger berkenaa juga tidak perlu dijelaskan kerana seorang pengunjung blog beliau, Mohd Ali Muda telah memberikan komen berikut;

“Salam, Ustaz tak faham tulisan suhaimi dalam kalam perantau, dia sebenarnya ada 2 benda yang berbeza...ustaz kena amati betul2. Ustaz jangan keliru mcm saya mula2 baca juga. Maaf”.

Pemilihan Kepimpinan PAS

Saya melihat minat dan perhatian media kepada pemilihan PAS kali ini meningkat. Malah bila membaca akhbar-akhbar harian dan tabloid tertentu lebih menyerlah ulasan mereka berhubung dengan pemilihan kepimpinan PAS berbanding dengan akhbar Harakah sendiri.

Malah kalau membaca blog-blog dan laman-laman web di alam maya, keadaan menjadi lebih parah dengan bermacam-macam cerita. Ada satu atau dua blog yang konsisten membincangkan kepincangan kepimpinan PAS . Setiap satu tindakan yang dilakukan oleh pimpinan PAS tertentu yang mungkin bukan dari kumpulan mereka dipertikaikan.

Pada saya jika blog ini dikendalikan oleh ahli PAS atau pimpinan PAS adalah amat tidak wajar kerana menmdedahkan kelemahan PAS kepada musuh secara terbuka yang tidak pernah dilakukan oleh parti-parti lain.

Ketelusan PAS dalam era pendemokrasian maklumat seperti ini yang membenarkan maklumat-maklumat sulit yang sepatutnya diketahui oleh ahli yang hadir mesyuarat berkenaan sahaja tidak sewajarnya disebarkan secara meluas melainkan ada agenda terancang untuk memusnahkan parti berkenaan dalam jangkamasa panjang.

Perkara ini berlaku mungkin disebabkan tiada Akta Rahsia Rasmi (OSA) didalam parti PAS menyebabkan semua maklumat boleh diklasifikasikan sebagai maklumat umum. Sayab tidak pasti ada klasifikasi maklumat ataubtidak dalam PAS. Tetapi apapun klasifikasinya, dalam era kecanggihan teknologi mkaklumat dan komunikasi (ICT) ini, maklumat berhubung dengan perbincangan berkenaan boleh berada dalam internet sebelum habis mesyuarat berkenaan kerana ramai yang mempunyai blackberry dan sebagainya.

Satu trend yang saya perhatikan sejak dahulu ada dua perkara yang menjadi budaya kepada parti PAS. Satunya terdapat kalangan pemimpin-pemimpin tertentu yang menulis secara bermusim tertutama menjelang pemilihan dengan berbagai isu dan topik sama ada dalam akhbar parti ataupun internet.

Kedua adalah melancarkan program-program atau projek menjelang muktamar . Dua program saya dijemputdan hadir adalah pelancaran dana bika kompleks PAS bernuilai RM 27 Juta di Putrajaya disebuah hotel terkemuka dan kedua sambutan Jublee Perak kepimpinan ulamak PAS. Pada saya kedua-dua program ini adalah baik dan perlu diberikan perhatian. Saya cukup seronok dengan apa yang diperkatan oleh Presiden PAS, datuk Seri Hj. Abdul Hadi Awang bahawa PAS bebas politik wang.

Jika benar seperti yang disebutkan oleh Presiden PAS dalam petikan dari akhbar rasmi PAS, Harakah Bil. 1440 : 27-29 Mei, 2009 , “setelah mendengar taklimat dari Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat dan beberapa pimpinan PAS yang lain, setelah kita kumpul maklumat dari semua negeri yang telah bermesyuarat agung disemua peringkat, kita dapati tiada politik wang dalam PAS. Kita yakin PAS tidak akan dapat ditembusi dengan politik wang. Kita juga menafikan sekeras-kerasnya laporan media yang mengaitkan PAS dengan amalan rasuah dan politik wang”.

Mungkin sekarang PAS belum terpalik dengan politik wang kerana belum berkuasa memerintah negara. Kita lihat bagaimana wajah PAS selepas memerintah. Saya yakinj jika UMNO tidak memerintah, parti berkenaan juga tiada politik wang kerana pemimpin-pemimpin mereka tiada wang untuk dihamburkan kepada pengikut-pengikut mereka.

Rujuk blog http://kalamperantau.wordpress.com/ untuk artikel-artikel sebelum ini. .

- Kalam Perantau

ADUN Teratai DAP antara 16 ditahan dibebaskan

KUALA LUMPUR: Seramai 16 orang termasuk Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai Jenice Lee yang ditahan kerana terlibat dalam perhimpunan nyalaan lilin di Ampang, Khamis lepas dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi Bernama berkata kesemua mereka bagaimanapun dikehendaki hadir semula ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada 10 Jun depan bagi melengkapkan kertas siasatan.

Mereka yang terdiri daripada 12 lelaki dan empat wanita itu ditahan kira-kira pukul 8.45 malam Khamis lalu selepas mengadakan perhimpunan nyalaan lilin di luar pejabat DAP Ampang Jaya di sini.

Ini merupakan kali kedua dalam tempoh seminggu ADUN Teratai itu ditahan polis atas perbuatan yang sama.

Kali pertama ialah pada pukul 8.30 malam Rabu lepas kerana melakukan perbuatan itu di hadapan pejabat Anggota Parlimen Seputeh di Jalan Kuchai Lama, di sini dan dibebaskan pada 4 pagi Khamis.

Perhimpunan itu dipercayai diadakan sebagai bantahan terhadap situasi krisis politik di Perak. BERNAMA

Keputusan mahkamah satu skrip dan matinya demokrasi

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Hrkh) - Keputusan Mahkamah Rayuan yang memberi kemenangan 3-0 kepada Dato' Dr Zambry Abdul Kadir pada 22 Mei lalu adalah satu keputusan yang telah diskripkan.

Demikian kata Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu semasa diminta mengulas keputusan kes rayuan Dr Zambry bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan Dato' Seri Ir NIzar Jamaluddin selaku MB yang sah.

Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Mohammad Nizar Jamaluddin.

Mengulas lanjut Mohamad Sabu berkata, keputusan yang telah diskripkan itu menandakan matinya demokrasi di negara ini.

"Keputusan ini sangat pelik kerana ia telah bocor dahulu, seluruh media BN telah menanti hanya untuk umumkan sahaja, satu lagi tanda sebelum keputusan dibuat ramai Adun dan pemimpin BN hadir, tak macam semasa keputusan di Mahkamah Tinggi,"ujarnya.

Meskipun begitu Mohamad Sabu masih mengharapkan akan berlakunya pembubaran Dun oleh pihak BN.

Dalam keputusannya, panel tiga hakim yang telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya seharian pada 21 Mei sebulat suara menerima rayuan Zambry.

Dalam penghakimannya, ketiga-tiga mereka berhujah bahawa hakim mahkamah tinggi Dato' Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN.

Panel tiga hakim yang mendengar rayuan tersebut ialah Dato' Md Raus Sharif, Dato' Zainun Ali dan Dato' Ahmad Maarop.

Mahkamah senyap ketika penghakiman dibaca.

Nizar diwakili oleh sepasukan lapan peguam yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah, manakala peguam Cecil Abraham mewakili Zambry.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail - sebagai pencelah - turut hadir. Manakala peguam Mohd Hafarizam Harun, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan M Reza Hassan menjadi pemerhati bagi pihak BN. - mks. _

BN dan politik, perkara biasa di Malaysia

PENANTI, 24 Mei (Hrkh) - Setiausaha Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Barisan Nasional (BN) patut menganggap kejadian politik yang terjadi di Malaysia 'perkara biasa' yang tidak perlu dikelam-kabutkan.

Tetapi, apa boleh buat Barisan Nasional (BN) masih tidak boleh terima 'perkara biasa' yang ditentukan oleh rakyat apabila kalah pada lima buah negeri dalam pilihanraya umum ke 12 lalu.

Sebelum itu ujarnya, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Umno dan BN tidak pernah hirau apa yang berlaku terutamanya senario politik tetapi selepas mendapat tamparan hebat kalah banyak kerusi mereka bertukar kepada tidak dapat menerima hakikat.

"BN patut anggap perkara biasa apa yang terjadi di Malaysia, mereka kena anggap perkara biasa kalah di lima buah negeri, tidak bertanding di Penanti, hilang majoriti pun perkara biasa, setiap kali BN sertai pilihan raya kecil kalah pun perkara biasa dan BN patut adakah pilihan raya seluruh Perak pun satu perkara biasa yang patut diterima, " jelasnya ketika ditemui di pekarangan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBM) Penanti semalam.

Menyentuh mengenai keputusan kahakiman Mahkamah Rayuan Putrajaya beliau menambah, jika mahkamah memihak kepada Pakatan Rakyat pun jalan paling baik ialah bubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) serah pada rakyat menentukan kerajaan mana yang mereka inginkan.

Kuasa siapa yang berhak menerajui kepimpinan Perak sambungnya, bukan terletak pada dua atau tiga orang hakim sebaliknya terpulang pada rakyat yang telah memberi mandat pada pilihan raya umum lepas.

Jika Menteri Besar 'haram' Perak, Dr Zambry Abdul Kader menang beliau juga harus mengembalikan hak rakyat menentukan kerajaan BN atan Pakatan Rakyat yang akan jadi pilihan rakyat.

"Peliknya BN tidak boleh anggap semua kejadian politik perkara biasa sebaliknya mahukan mereka menang sahaja. Jika kalah mereka akan buat seriba macam usaha merampas kembali walaupun rakyat telah menolak mereka dalam semua aspek, " tegasnya. - mks._