May 25, 2009
PENANTI : Pengkianat muncul lagi.
Seronok juga kelmarin semasa hari penamaan calun. Aman tenteram dan tak ada hingar bingar angkara provokasi dari pihak gerombolan. Cuaca pun cerah secerah harapan calun Pkr yang bertanding akan menang dengan majoriti yang lebih besar. Di sebelah jalan mengkuang kibaran bendera Pke dan Pas berkibar dan disebelah jaln dari berapit terlihat bendera Dap yang berkibar. Bendera calun lain yang bertanding tidak kelihatan....Lupa plak yang gerombolan tak bertanding.......Kelihatan kelibat calun bebas datang bersama 3 ke 5 orang penyokong masing2.
Alangkah seronoknya bila ada saja pilihanraya pihak gerombolan tak masuk bertanding. Tak payah lah ahli2 pakatan rakyat ramai2 datang untuk memeriah dan menghangatkan suasana. Maklumlah semuanya yang datang mengeluarkan duit dan perbelanjaan dari kantung sendiri. Begitu juga denga suasana jalan raya baik siang atau malam. Perjalanan pun lancar aje dan tak ada jalan jem. Begitu juga dengan kelibat anggota polis. Malah ada anggota polis yang berkata baiq Pkr menang tanpa bertanding dan boleh lah mereka balik ketempat kerja masing2 dan tak payah bertugas semasa tempoh berkempen.
Malah ada sahabat polis kata terdapat subtec telah di tutup operasinya malah baki yang ada telah pun dikurangkan anggota yang bertugas. Ini buktinya tugasan PDRM hanyalah untuk menjaga kepentingan disebelah pihak gerombolan aje. Kepala gerombolan hendak keluar berkempen dikawal polis malah sehingga nak memasang bendera dan poster pun terpaksa polis mengawal mereka. Mereka menggunakan polis semaunya sehingga persidangan dun Perak baru2 ini pun pihak gerombolan terpaksa dan memaksa polis mengikut telunjuk mereka. Bayangkan jika polis bersikap profesional dengan tidak memihak saya rasa gerombolan terutamanya Ameno dsah lama lenyap di bumi Malaysia ini. Kalau ada pun hanyalah gambar2 kenangan mereka yang menjadi sejarah di tampal di penjuru muzium2 yang ada di Malaysia. Setaraf specis2 dinorsor trex dan diplodocus.......
Saya sebenarnya malas juga nak menulis tetapi bila calun bebas iaitu mantan ahli PKR kononnya akan membongkar cerita semasa dia berada dalam parti dulu dan juga kononnya ada pihak dari PKR yang akan membelinya supaya menarik diri tiba2 teringat semula pada komputer usang saya lalu saya menaip untuk menerangkan kepada pembaca betapa dangkal dan angkuhnya hujah Aminah bte Abdullah ini. Kalau bagi penyokong gerombolan mungkin mengiakankan apa saja yang dikata tapi bagi yang mengenali beliau...
krrrrrrrrr ptuihhhh......dah lah borang pencalunannya dihari sebelum pencalunan terpaksa mentor beliau iaitu si Zamil mengesahkan terlebih dahulu di Sg Petani..Sebenar2nya Kak Min ni dihasut agar bertanding oleh si Zamil yang menjalankan kerja2 pengkianatan di Kedah. Mereka selalu berbincang sejak tahun 2007 untuk mengharu birukan Pkr di sebelah utara. Lokasi pertemuan selalunya di rumah Mokhtar Mansur.
Zamil dan kuncu2nya di Kedah dan Aminah Abdullah di Pulau Pinang. Tambahan pula mereka kalah semasa pertandingan pemilihan ajk bahagian ditempat masing2. Aminah ni kalau nak bercakap pun tergagap-gagap tambahan pula nak berpidato.....poyonya gua cakap sama lu... Macam mana nak jadi pemimpin dan wakil rakyat.
Sudahlah Aminah diruang dan masa yang adalagi tariklah diri. Tak Payahlah bertanding. Buat habis duit kamu sahaja. Tak tau lah kalau duit yang kamu bayar pada spr itu adalah dari sumber2 zamil and co. Tak berapa undi yang kamu akan dapat malahan duit deposit kamu akan hilang dan yang pastinya kerja buat kamu untuk mengkianati perjuangan rakyat tak akan mudah hilang dari ingatan rakyat. Kelak kamu dibenci dan di cerca orang kemana dan dimana saja kamu pergi. Kamu pun bukannya ada pengikut dan nak harapkan ahli gerombolan mengundi kamu, mereka pun meluat tengok kamu. Ahli gerombolan Penanti pun akan pangkah calun Pkr Sdr Mansur Othman rada hari pengundian.
Begitu juga dengan calun2 bebas yang lain pasti hilang wang pertaruhan. Rakyat dah muak dengan gerombolan. Calon tajaan mereka akan ditolak mentah2 oleh rakyat Penanti kelak. Ada yang kalah dapat 62 undi pun pi gagah nak bertanding juga. seolah-olah nak perbodohkan pengundi Penanti. Tak tau lah masih ada juga pengundi bangang yang akan memangkah mereka.
Dalam situasi yang ada hari ini rakyat majoriti tak kira India, Malayu dan Cina sudah bosan dengan cara berpolitik Parti gerobolan BN sampai anak2 kecil pun tau betapa kotornya mainan politik mereka. Tak sabar rasanya nak menunggu pilihanraya umum 13 nanti. Rakyat terbanyak dah tak tahan lagi untuk mengkapan kan semua parti2 gerombolan.
Rakyat mahukan yang terbaik...kembalikan biasiswa untuk pelajar, kembali belajar metamatik dan sains dalam bahasa Malaysia, Hapuskan tol di sepanjang lebuh raya, kurangkan tarif air dan eletrik, kurangkan harga minyak diesel dan petrol dan bermacam lagi yang membebankan kehidupan rakyat terutamaya golongan marhaen macam saya.........tiba2 teringat saya alangkan bahagianya rakyat jika projek 16 september benar2 terjadi..........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment