Beliau berkata demikian ketika berceramah di Kampung Kubang Semang sempena kempen pilihan raya kecil (PRK) Dun Penanti pada 23 Mei lalu.
Ceramah yang diadakakan di Kubang Semang itu membariskan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim dan Saifuddin Nasution.
Ini kerana katanya, polis tidak akan 'sibuk' untuk menjadi penggempur dan bekerja untuk BN bagi memastikan kedudukan BN selamat.
"Sejak pagi tadi semasa penamaan calon suasana cukup aman, polis pun tak ramai yang datang, tidak sama seperti prk Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau sebelum ini.
"Ketika di Kuala Terengganu polis dihantar seramai mungkin hingga mewujudkan suasana seolah-olah Kuala Terengganu berada sebagais ebuah daerah polis," katanya.
Namun kali ini, suasana aman kerana tidak ramai anggota polis yang ditugaskan bagi mengawal keadaan.
"Kita yakin sebenarnya jika pilihan raya ini tidak diganggu dengan kehadiran polis yang terlalu ramai, ia akan berada dalam keadaan aman," ujarnya.
Menyentuh isu di Perak, Nizar menyifatkan rampasan kuasa yang dilakukan Barisan Nasional (BN) di sana sebagai satu 'perbuatan zalim' di abad ini.
"Tiada perbuatan lain yang sezalim ini, merampas hak rakyat yang memilih kerajaan yang sah dan menggunakan kuasa menghalalkan t]indakan zalim mereka ini," katanya.
Lebih dahsyat lagi kata Nizar, BN menggunakan gelanggang mahkamah bagi mengesahkan lagi tindakan rampasan kuasa itu sebagai satu tindakan halal.
Nizar yang nyata kesal dengan rampasan kuasa oleh BN di Perak itu memberi amaran bahawa tindakan itu hanya akan membuatkan rakyat semakin benci dengan BN.
"Saya menyeru pengundi di Penanti ini agar memberikan undi kepada calon Pakatan Rakyat dalam masa yang sama sebagai singnal kepada kekejaman yang BN lakukan terhadap rakyat di Perak dan rakyat secara keseluruhannya," katanya.
Inilah peluang kepada rakyat untuk terus menyatakan bantahan kepada kerajaan dengan memberi undi kepada Pakatan Rakyat, katanya lagi.- azm _
tak best la kalau ada rasa macam tu . sapa nak lawan sapa pun tak pa .pasai pa tolak demokrasi .selalu bukan main lagi . demokrasi la ,apa lg la , macam2 . Kita ni pun rakyat jg ,kita tak benci sapa2 . sapa menang walaupun dgn 1 kerusi dia ada kelebihan untuk memerintah . sdr nizar patut sedar ,yg bawa perkara ni ke mahkamah sapa . Jgn la baling batu sembunyi tangan .Rakyat tau . Kalau sdr Nizar dok diam2 dulu , rasanya rakyat lebih hormat tapi sekarang tak tau nak kata .Mungkin rakyat yg dapat tempoh pajakan 999 tahun aja la yg betui2 setuju dgn sdr Nizar . Pasai zalim ni , sdr Nizar lebih zalim bila meluluskan 999 tahun tempoh pajakan , kalau 99 tahun tu ok lagi la . Jd , sdr Nizar jangan la terlalu ikut perasaan , nanti makin terserlah perangai kita .Jangan kita dedahkan aib kita sedangkan Allah telah sembunyikan - Takbir .......... Allahuakbar .- mat memali
ReplyDelete