KUALA LUMPUR, 4 Feb: Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini mengecam laporan akhbar Utusan hari ini yang disifatkan sebagai kotor, biadab dan jijik.
Menurutnya, laporan Utusan muka depan hari ini bertajuk "Tidak Rela Di Liwat Lagi" sebagai memetik kenyataan Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah cubaan fitnah kerana tiada dalam rekod mahkamah sepanjang perbicaraan semalam.
Sementara itu peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh pagi tadi memohon mahkamah mengenakan perintah menghina mahkamah terhadap akhbar tersebut Karpal berkata, laporan itu dibuat dengan niat jahat kerana apa yang tiada dalam prosiding perbicaraan kes liwat itu dilaporkan dalam artikel berkenaan.
Terdahuku perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar disambung semula jam 2.30 petang tadi dan mereka yang mempunyai pas sahaja dibenar masuk.
Perbicaran bermula selepas Anwar dan pasukan peguam ke Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansar di ibu negara.
Kondominium tersebut adalah lokasi Anwar dituduh melakukan kesalahan liwat tersebut
Selain mereka, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bersama pihak pendakwa raya serta penguam bela juga ke lokasi berkenaan.
No comments:
Post a Comment