PULAU PINANG, 5 Feb: Ahli Parlimen Pasir Mas, Kelantan, Datuk Ibrahim Ali diimpot menjadi dalang dalam apa yang dinamakan sebagai demontrasi ketidak puasan hati peniaga Melayu di Masjid Simpang Enam, Jalan Macalister selepas solat Jumaat tengahari tadi.
Selain beliau turut menonjol sebagai 'hero' ialah Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Karim.
Lain-lain organisasi yang dikatakan teraniaya hanya menghantar wakil tetapi tidak ke hadapan untuk menyuarakan hak mereka yang didakwa tertindas di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan
Eng sebaliknya menjadi pemerhati dari jauh.
Jelas sekali Ibrahim bagaikan 'burung kakak tua' apabila berucap berpandukan teks yang diberikan tidakbiasa dan sekaligus menunjukan beliau tidak memahami situasi politik sebenar serta tidak tahu hujung pangkal peristiwa terbabit.
Sepatutnya program disusuri dengan penyerahan memorandum yang ditandatangani oleh berbagai NGO yang kurang senang terhadap kepimpinan Ketua Menteri, namun ia selesai begitu sahaja walaupun pihak polis memberi ruang seluas-luasnya kepada mereka menunjukan bantahan.
Peristiwa itu boleh disamakan dengan bantahan di luar perkarangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bulan Disember tahun lalu di mana pasukan polis hanya berdiri 'tercegat'.
Suasana hiruk pikuk dengan teriakan maki hamun dan cerca mencerca dari pendemo membuktikan tindakan tidak beradap dan kurang ajar.
Paling mengejutkan kenapa tiba-tiba tokoh yang terkenal dengan 'politik lompat' berada di tengah-tengah pendemo yang rata-ratanya merupakan muka yang lazimnya mendapat habuan di era pentadbiran Barisan Nasional (BN).
Timbalan Yang Dipertua PAS Bukit Bendera, Saiful Lizan Mohd Yusuf ketika mengulas peristiwa tersebut berkata, pada dasarnya demontrasi itu tidak menepati sasaran sebaliknya lebih kepada 'demontrasi parpu' kerana tiada langsung memorandum yang ditandatangani oleh beberapa NGO yang kurang senang dengan tindakan Ketua Menteri.
Kemungkinan NGO yang dikatakan bersama tidak mahu dicap sebagai petualang membantu parti yang berkefahaman sempit atau parti yang sudah bocor, dayungnya patah, sauhnya tertanggal dan layarnya koyak rabak.
Beliau secara sinis mengajak Ibrahim Ali tinggal di Pulau Mutiara membantu masyarakat Melayu yang rata-ratanya daif dari segala segi ekoran perbuatan Umno sendiri yang berkuasa tetapi tidak menggunakan kedudukan untuk menyelamatkan bangsa sendiri.
"Mai lah duduk di sini dan memperjuangkan kedudukan Melayu jika gentlemen. Bila duduk sini dia akan tahu punca sebenar dan tentunya menghala meriam pada rakan taulan yang memimpin Umno pula, " tegasnya yang juga Ahli Jawatankuasa Lajnah Tanah dan Wilayah PAS Pusat.
No comments:
Post a Comment