http://www.bio-asli.com/gambar/rasmi-1.jpg
pas-for-all2
http://www.moh.gov.my/MohPortal/images/popup-h1n1.png

Dec 23, 2009

Sikap Dr. Rosli wajar dipuji- Ahmad Baihaqi

KOTA BHARU, 23 Dis: Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah, ketika dihubungi melahirkan rasa bangga terhadap bekas Ketua Penerangannya, Dr Ahmad Rosli Allani Abdul Kader yang sanggup meletak jawatan kerana tidak mahu mengaitkan parti dengan masaalah peribadi. Menurutnya, tindakan itu sebenarnya amat wajar dipuji walaupun ianya bukan bermakna sebagai tiket untuk membuktikan bekas anggota Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS itu telah melakukan kesalahan. “Bagaimanapun berhubung masaalah peribadi yang dihadapinya kini kita memang benar-benar simpatilah dan berharap ianya dapat diselesaikan dengan baik,” ujarnya. Ketika diminta mengulas berhubung kesediaan Rosli untuk terus bersama parti walaupun melepaskan kesemua jawatannya, beliau berkata hasrat itu amat wajar dipuji biarpun berhadapan dengan masaalah peribadi, namun beliau tetapi istiqamah dalam perjuangan. Dalam perkembangan sama, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, memberitahu beliau belum menerima surat perletakan jawatan dari bekas Rosli. Beliau yang enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu bagaimanapun memberitahu, sebelum beliau (Rosli) mengumumkan perletakkan jawatannya semalam, pada malamnya Rosli ada menghubunginya mengenai hasratnya untuk melepaskan jawatan. “Selepas itu dan sehingga sekarang, saya belum lagi menerima sebarang surat perletakkan jawatan sebagaimana yang dimaksudkan,” ujarnya. Manakala Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini ketika diminta mengulas berhubung perkara itu bagaimanapun enggang mengulas lanjut. Menurutnya, ia adalah masaalah peribadi dan amat wajar diselesaikan secara peribadi. Semalam, Rosli yang juga bekas Pegawai Khas salah seorang anggota exco kerajaan negeri mengistiharkan perletakkan semua jawatan yang disandangnya sewaktu sidang medianya. Dr Rosli sebelum ini telah memegang jawatan sebagai Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri, Anggota Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Negeri dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu.

No comments:

Post a Comment