rtikel Malaysiakini
yang terbaru ini saya dapat hayati dengan baik. Saya melihat trend meminta kerja di luar negara ini semakin popular di kalangan professional Melayu di Malaysia. Malahan, yang saya tahu, ramai yang dihantar JPA atau university untuk mendapat PhD di luar negara tidak pulang ke Malaysia malahan sanggup bekerja di luar negara dan membayar hutang mereka kepada JPA atau pihak universiti.
Trend ini amat menghairankan? Ini kerana sepatutnya orang Melayu lah yang berebut-rebut untuk kembali dan bekerja di Malaysia. Bukankah orang Melayu ada perlindungan dari DEB?
Apa yang saya nampak, DEB lebih menguntungkan kroni dan UMNO. Segala projek2 yang besar-besar di beri atas dasar politik dan di “sub con” pada kroni. Hasilnya, segala kekayaan yang turun dari DEB hanya pergi pada sekumpulan UMNOPUTRA yang mempunyai koneksi dengan orang-orang yang berkuasa.
Hasilnya juga orang Melayu sendiri tertekan dari segi ekonomi apabila hidup di Malaysia. Kos hidup semakin tinggi dan gaji serta pendapat tidak berubah banyak sejak beberapa tahun lepas. Kos pendidikan tinggi juga meningkat dan kos menghantar anak2 ke sekolah juga semakin tinggi.
Yang lebih menyedihkan, kos perubatan juga semakin meningkat. Bukan kah sekarang ini kita harus membayar insuran bagi kegunaan kemudahan kesihatan anak-anak dan keluarga mereka.
Pendeknya, banyak sumber negara digunakan untuk membangun benda dan bangunan pada kos yang terlampau mahal dan membazir. Sedangkan sumber itu sepatutnya digunakan untuk membuat hidup rakyat Malaysia lebih baik dan terjamin.
Di negara-negara Eropah, walaupun rakyat mereka terpaksa membayar cukai yang tinggi, tapi:
a. Pendapatan rakyatnya tinggi
b. Kos sara hidup rendah kerana harga barang-barang murah
c. Pendidikan mereka percuma sehingga ke universiti
d. Tidak perlu risau pasal hari tua kerana di waktu tua, kerajaan akan memberi
wang untuk sara hidup
e. Korupsi berada di tahap minima
f. Kos perubatan percuma
g. Harga kereta dan rumah juga murah. Tak perlu bayar untuk 30-40 tahun untuk
memiliki rumah. Tak perlu tunggu 5 tahun untuk memiliki kereta.
Semua ini berlaku kerana korupsi di kerajaan mereka adalah minima serta rakyat mereka peka dengan apa yang dilakukan oleh para politikus mereka.
Ni negara kita, walaupun negara kaya dan rakyat tidak ramai, namun rakyat di bandar-bandar sudah merasai peritnya kehidupan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat serta ekonomi yang sudah berapa tahun tidak berkembang.
Sememangnya kita wajib menghapuskan korupsi dan salah guna kuasa. Perkara-perkara ini akan menghancurkan negara serta membuat kehidupan rakyat semakin melarat.
KErajaan Malaysia mahu mengadakan GST dalam keadaan pendapatan per kapita rakyat Malaysia tidak setaraf dengan rakyat di negara-negara Eropah. Alamat, lagi miskinlah rakyat Malaysia nampaknya.
No comments:
Post a Comment