http://www.bio-asli.com/gambar/rasmi-1.jpg
pas-for-all2
http://www.moh.gov.my/MohPortal/images/popup-h1n1.png

Dec 8, 2009

Letak jawatan untuk pemilihan MCA

SOI LEK (tengah) ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat MCA di Wisma MCA, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - MCA dijangka akan menggariskan beberapa pendekatan mengenai bagaimana pemilihan baru akan diadakan selepas beberapa isu teknikal yang penting diselesaikan dalam minggu ini.

Timbalan Presiden dan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Baru Parti, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, isu berkenaan termasuk tarikh dan metodologi pemilihan baru itu sedang dikaji oleh peguam parti.

"Dalam perbincangan (jawatankuasa semalam), ada isu-isu teknikal yang perlu dihalusi. Peguam yang hadir pada hari ini (semalam) akan mengkaji perkara-perkara ini dan memberi maklum balas kepada jawatankuasa dalam masa empat hari.

"Apa yang dibuat akan selaras dengan perlembagaan (parti)," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa itu di Wisma MCA di sini semalam.

Kesemua 12 anggotanya kecuali Ketua Pemuda, Datuk Wee Ka Siong dan Ketua Penerangan, Heng Seai Kei menghadiri mesyuarat itu yang berlangsung kira-kira sejam.

Ka Siong dan Seai Kei kini berada di luar negara kerana menjalankan tugas sebagai timbalan menteri.

Soi Lek berkata, beberapa isu penting dibangkitkan dalam mesyuarat itu yang turut meliputi mengenai kemungkinan mendapatkan cukup anggota jawatankuasa pusat (CC) parti untuk meletakkan jawatan bagi membolehkan pemilihan baru parti diadakan. - Bernama

No comments:

Post a Comment