http://www.bio-asli.com/gambar/rasmi-1.jpg
pas-for-all2
http://www.moh.gov.my/MohPortal/images/popup-h1n1.png

Jun 3, 2009

BN singkirkan Islam dan pinggirkan bahasa Melayu

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayob menyifatkan Umno dan Barisan Nasional (BN) menyingkirkan agama Islam dalam usaha untuk menarik sokongan bukan Islam.

Dalam ucaptama beliau sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin menyamakan usaha terdesak Umno/BN itu sebagai cubaan merasuah orang bukan Islam dengan menetapkan bahawa anak-anak kepada orang bukan Islam yang memeluk Islam perlu kekal dalam agama asalnya.

Kerana kehilangan sokongan bukan Islam tegas Salahuddin, Umno/BN sanggup melakukan apa saja termasuk menyingkirkan agama rasmi negara ini.

"Umno/BN kini dalam keadaan terdesak bila orang bukan Islam mula memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.

"Kerana faktor itu mereka sanggup menetapkan supaya anak-anak kekal dalam agama asal biarpun bapa memeluk agama Islam," tegas beliau.

Dewan Pemuda PAS tegas beliau kesal bila Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak gagal melindungi kepentingan agama Islam sebagai agama persekutuan.

Dalam soal bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan pula, Umno/BN tegas Salahuddin gagal menghormati Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Umno kata beliau yang sering melaungkan berjuang untuk orang Melayu tidak sanggup mempertahankan bahasa ibunda sendiri.

"Menerusi Akta Bahasa Kebangsaan 1967, Umno/BN menghapuskan tulisan jawi yang menjadi kebanggaan orang Melayu.

"Kini setelah lama berkuasa mereka berusaha pula untuk meminggirkan bahasa Melayu," ucap Salahuddin.

Keengganan Umno/BN menghapuskan dasar PPSMI, tegas beliau merupakan bukti parti pemerintah itu memandang rendah terhadap keupayaan bahasa ibunda sendiri.

Sebelum beliau menyampaikan ucaptama, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dan Salahuddin sendiri telah menerima kalungan bunga Malai dari Kelab Penyokong Muda India PAS.

Muktamar Dewan Pemuda PAS ke 50 diadakan di Dewan Dato' Haji Fadzil Noor, Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar. - mns _

1 comment:

  1. BARU-BARU INI SEORANG PEMUDA PAS YANG BERADA DIDALAM PAS MENGATAKAN BARISAN NASIONAL (BN) DALAM USAHA MENYINGKIRKAN ISLAM DAN PINGGIRKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI AGAMA PERSEKKUTUAN DAN BAHASA RASMI. PADA HEMAT SAYA PERKARA INI TIDAK BENAR SEBENARNYA KERANA KEADAAN YANG BERLAKU ADALAH SEBALIKNYA.




    AGAMA ISLAM DIJAGA DENGAN RAPI DAN TERLINDUNG SEBAIKNYA KERANA TIADA KUASA YANG BOLEH MENAFIKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA RASMI SERTA AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN.... KALAU BERANI TUNJUKKANLAH BUKTI DIMANA BARISAN NASIONAL MELAKUKAN PERKARA SEDEMIKIAN.




    SELAGIMANA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TERLINDUNG DAN TERPELIHARA, SELAGI ITU BAHASA DAN AGAMA KITA TERPELIHARA. YANG DI-PERTUAN AGONG MENJADI KETUA NEGARA DAN BERKUASA MELINDUNGI BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA RASMI SERTA AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN.




    INI SEBENARNYA CARA PEMBANGKANG UNTUK MENARIK PERHATIAN ORANG-ORANG UMNO SUPAYA MENYOKONG MEREKA DAN MENARIK PERHATIAN BANGSA LAIN SUPAYA MENYRTAI PAS. TEKTIK KOTOR MEMANG SUDAH BIASA DIGUNAKAN OLEH PEMBANGKANG.




    SEBENARNYA SALAHUDDIN AYOB TELAH MENYERTAI PERHIMPUNAN BERSIH DI KUALA LUMPUR DAN ADA KAITANNYA DENGAN SURUHANJAYA ANTARA AGAMA (IFC) YANG CUBA UNTUK MERUNTUHKAN KEAGUNGAN AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN. 14 TUNTUTAN MEREKA INI SALAH SATUNYA ADALAH " MANA-MANA ANAK YANG DILAHIRKAN DALAM KELUARGA ISLAM TIDAK SEMESTINYA MENGANUT AGAMA ISLAM". TUNTUTAN LAIN "PERKATAAN ISLAM TIDAK PERLU DITULIS DI DALAM MYKAD." SELAIN ITU "HASIL PUNGUTAN ZAKAT JUGA MESTI DIAGIHKAN JUGA KEPADA BANGSA / AGAMA LAIN (DIKONGSI BERSAMA."




    LIHAT LAH SENDIRI SIAPA SEBENARNYA YANG INGIN MENAFIKAN HAK AGAMA ISLAM DI MALAYSIA ITU SENDIRI?? ANWAR IBRAHIM SENDIRI MENGATAKAN SUPAYA AMBIL ATAU TERIMALAH IFC DI MALAYSIA... UNTUK APA? UNTUK SIAPA?? DAN DI MANA??




    HADI AWANG SENDIRI TIDAK PERNAH MENJAWAB MENGENAI ISU INI..... APATAH LAGI TUAN GURU NIK AZIZ... TERUS MENDIAMKAN DIRI, APA SEBENARNYA AGENDA POLITIK MEREKA INI?????

    ReplyDelete