http://www.bio-asli.com/gambar/rasmi-1.jpg
pas-for-all2
http://www.moh.gov.my/MohPortal/images/popup-h1n1.png

May 18, 2009

Penjelasan terhadap kenyataan yang salah dalam Sinar Harian, 18 Mei 2009

i sini saya ingin perjelaskan kenyataan yang dikeluarkan oleh Sinar Harian 18 Mei, 2009 yang menyimpang langsung daripada kenyataan sebenar yang dibuat oleh saya.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Sinar Harian berbunyi, "Kemasukan ahli- ahli baru yang juga bekas ahli parti lain termasuk Barisan Nasional (BN) ke dalam PAS antara faktor menularnya amalan sagu hati atau sogokan kepada perwakilan menjelang Muktamar PAS Jun ini."

Kenyataan sebenar saya adalah, "Untuk memastikan PAS terus bersandar pada dasar yang sebenar seperti mana yang termaktub di dalam perlembagaan PAS itu menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai rujukkan maka PAS perlulah meneruskan proses pendidikan (tarbiyah) kepada ahli-ahlinya terutamanya kepada ahli-ahli baru yang mana kita tahu kebanyakan ahli-ahli baru datangnya dari berbagai latar belakang pendidikan dan fahaman politik termasuklah mereka yang datang dari Umno dan orang-orang yang tidak berparti. Oleh itu dengan proses tarbiyyah ini saja kita yakin PAS dapat membendung budaya-budaya yang tidak sihat daripada menular di dalam perjuangan PAS ini."

Tidak timbul langsung kenyataan saya yang mengaitkan ahli-ahli baru ini dengan gejala politik wang kerana saya percaya politik wang tidak wujud di dalam proses pemilihan kepimpinan di semua peringkat dalam PAS. Kenyataan yang dibuat oleh Sinar Harian ini berhasrat untuk menimbulkan konflik antara ahli PAS.

No comments:

Post a Comment