Berdasar kepada kajian, peristiwa berdarah itu berlaku kerana polisi kerajaan yang tidak seimbang antara kaum.
Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, pemimpin Umno yang mengetuai kerjaaan Perikatan gagal mengurus penyusunan masyarakat sehingga menyebabkan orang Melayu dan orang Cina bermusuhan.
"Dan berlakulah peristiwa 13 Mei di mana sesetengah ahli sejarah mendakwa ia berlaku kerana kegagalan pemimpin Umno melahirkan keseimbangan dalam kehidupan masyarakat terutamanya di bandar-bandar besar.
"Sedangkan peristiwa berdarah itu tidak berlaku di Kelantan. Ini kerana sebaik sahaja tercetus rusuhan di Kuala Lumpur, Dato' Asri Muda memanggil semua penghulu dan mengarahkan mereka menjaga keselamatan mukim masing-masing," katanya di sini.
Menurutnya penghulu diberi tanggungjawab oleh kerajaan PAS ketika itu bagi memastikan tidak berlaku peristiwa berdarah seperti di tempat lain pada 13 Mei.
Beliau juga berkata, pemimpin PAS di Kelantan sejak awal lagi mengutamakan keseimbangan antara kaum bagi mengelakkan ada kelompok masyarakat yang tersisih.
Oleh itu katanya usaha kerajaan PAS mengadakan Deklarasi Perpaduan Nasional dan Keamanan 13 Mei 2009 baru-baru ini bagi mencetus langkah proaktif ke hadapan dengan meneroka politik baru di Malaysia.
"Dan oleh kerana itu, saya fikir Mursiydul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz telah mengambil inisiatif untuk menggagaskan konsep perpaduan nasional sebagai premis politik yang baru di negara ini," katanya. - mj _
No comments:
Post a Comment