http://www.bio-asli.com/gambar/rasmi-1.jpg
pas-for-all2
http://www.moh.gov.my/MohPortal/images/popup-h1n1.png

Apr 10, 2010

Umno-BN makin pening di Hulu Selangor

Menjelang tarikh penamaan calon pilihan raya kecil Hulu Selangor apa yang dilakukan oleh UMNOAPCO-BN semua macam tak kena. Presiden 1Malaysia sudah mengistiharkan bahawa calon BN adalah dari MIC. UMNOAPCO Hulu Selangor kembali berlembut untuk bagi laluan MIC bertanding tetapi dengan syarat bukan calon MIC sebelum ini Datuk G Palanivel. Tetapi MIC bahagian Hulu Selangor kata mereka hanya mencalonkan 1Calon sahaja untuk 1MIC Hulu Selangor, mereka tetap mahu G Palanivel. Palanivel malam tadi pula merayu-rayu diberi peluang kedua katanya kalau tak suka PRU 13 boleh buang. Keputusan MIC menyebabkan UmnoApco Hulu Selangor menolak kompromi yang dibuat sebelum ini. Jika begitu keadaannya maka UmnoApco kembali menuntut agar calon mereka bertanding. UmnoApco Hulu Selangor hanya ada satu nama sahaja sempena mengambil semangat 1Malaysia iatu tak lain dan tak bukan Tan Sri Muhd. Md. Taib.

Semua ini menyebabkan TPM 1Malaysia pening-pening ketika PM 1Malaysia bersama rombongan dan dua YB Lompat berjumpa Barrack Obama di Amerika untuk mendapat restu.Wallahualam. * Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

1 comment:

  1. 2 YB keparat yang dibawa ke US dengan rombongan PM yang bangang lagi bodoh tu, mungkin barua 2 ekor tu dilembukan untuk bercerita kat Obama kes DSAI le tu kat Obama,

    ReplyDelete