KOTA BAHARU: Polis menahan tiga lelaki yang dipercayai terbabit dalam kegiatan ragut dan samun di Kelantan, selepas berbalas tembak dengan ketiga-tiga lelaki berkenaan di Lorong Masjid, Kampung Padang Enggang, dekat sini, petang semalam.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amir Hamzah Ibrahim berkata ketiga-tiga lelaki itu ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota D9, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, dalam Ops Rentap dan Samun kira-kira pukul 4.15 petang semalam.
Beliau berkata polis masih berusaha menjejaki seorang lagi rakan mereka yang berjaya melepaskan diri dalam kejadian semalam, namun beliau percaya pihaknya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya 10 kes ragut dan samun bersenjata di Kelantan ekoran penangkapan tiga lelaki itu.
Katanya siasatan ke atas ketiga-tiga lelaki itu dilakukan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh, yang jika disabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun. BERNAMA
No comments:
Post a Comment