Di pihak Pakatan Rakyat, beberapa nama disebut-sebut bakal menjadi calonnya. Sebelum ini Harakahdaily menyiarkan pandangan kolumnisnya yang meramalkan Datuk Zaid Ibrahim (gambar) bakal menjadi calon PKR.
Selain Zaid, turut disebut adalah nama Dr Halili Rahmat bekas calon PKR di situ dan Syamsul Iskandar Mat Akin, Ketua Angkatan Muda PKR.
Di pihak BN pula, usaha Umno Bahagian Hulu Selangor untuk membolehkan kerusi itu diserahkan kepada Umno kembali nampaknya tidak dipedulikan pimpinan Umno.
Namun begitu, usaha untuk menolak Timbalan Presiden MIC, G Palanivel sebagai calon menampakkan hasil kerana nama lain dari MIC telah disebut-sebuty bakal mengambil alih tempat beliau.
“Insya-Allah... 15 haribulan (April) nanti kita akan jelaskan, (beliau) juga orang tempatan... Insya-Allah,” kata Muhyidin memberikan ulasan ketika ditanya mengenai calon BN.
RESOLUSI MAHATHIR MENGARUT
3 months ago









No comments:
Post a Comment