![]() |
SULTAN KELANTAN (berkerusi roda) dan rombongan istana sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu semalam. |
KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra yang semakin sihat selepas rawatan intensif di Hospital Mount Elizabeth, Singapura selamat berangkat pulang ke Istana Mahkota, Kubang Kerian di sini semalam.
Baginda ditemani Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Hamid yang menaiki pesawat khas kerajaan Malaysia dari Lapangan Terbang Changi, Singapura dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini pada pukul 12.30 tengah hari.
Ketibaan Sultan Kelantan disambut oleh Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra dan Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry dan kerabat diraja.
Baginda yang mengenakan persalinan kemeja lengan panjang dan seluar hitam dilihat berkerusi roda dan dibawa menaiki kenderaan diraja ke istana.
No comments:
Post a Comment