http://www.bio-asli.com/gambar/rasmi-1.jpg
pas-for-all2
http://www.moh.gov.my/MohPortal/images/popup-h1n1.png

Mar 2, 2010

Seminar: Chit-Chat Cintamu Untuk Siapa?

“Tangan yang menghayun buaian itu bisa menggoncang dunia”. Namun sayangnya, dewasa ini dunia kita banyak di’goncang’kan dengan berita mengenai anak-anak gadis yang terlibat di dalam kegiatan yang tidak bermoral seperti terlibat di dalam gejala sosial, mengandung anak luar nikah, membuang anak, menagih dadah, dan sebagainya.

Alangkah sedihnya kerana terkadang kita hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala sahaja setiapkali terbaca berita-berita yang sedemikian. Sebagaimana yang kita telah sedia maklum, dewasa ini anak-anak kita banyak sekali didedahkan dengan gejala-gejala yang tidak sihat daripada Barat seperti seks bebas, pornografi, ketagihan dadah, dan sebagainya.

Sumber-sumbernya pula amat mudah didapati iaitu daripada cerita-cerita di televisyen, majalah-majalah selebriti Barat, internet, dan sebagainya. Sebagai ibubapa, kita kadang-kadang terlepas pandang dan sudah semestinya tidak boleh mengawal segala aktiviti anak-anak kita.

Tambahan pula, keadaan pada zaman ini yang menuntut ibubapa supaya mendidik anak-anak dengan cara yang penuh hikmah dan bijaksana, bukan secara kekerasan fizikal. Sebagai ibubapa, kita pastinya mahukan yang terbaik buat anak-anak kita, tidak kira dari aspek duniawi, mahupun ukhrawi.

Namun sebagai ibubapa, apakah usaha yang telah kita lakukan bagi membanteras gejala-gejala negatif yang sudah sekian lama memamah nila-nilai keislaman dan ketimuran yang sepatutnya diterapkan di dalam diri anak-anak kita?

Sudahkah kita dilengkapi dengan ilmu keibubapaan yang mantap bagi menangkis segala anasir-anasir jahat yang semakin hari, semakin mencengkam tatasusila anak-anak kita? The Little Khalifah Shop merupakan sebuah pusat jualan dan aktiviti untuk kanak-kanak Muslim yang telahpun beroperasi sejak 7 tahun yang lalu.

Selain menganjurkan aktiviti untuk kanak-kanak, kami juga menganjurkan seminar keibubapaan dan juga seminar untuk anak-anak remaja.

Di antara objektif-objektif penubuhan The Little Khalifah Shop adalah untuk menjadi sebuah pusat jualan dan aktiviti Islam, menjadi pusat pendidikan keibubapaan, untuk mendidik anak-anak supaya mencintai kebaikan dan ilmu pengetahuan serta mendidik anak-anak mengenai tanggungjawab dan kepentingan menjadi khalifah Allah di muka bumi ini. Sehubungan dengan perkara di atas, The Little Khalifah Shop akan menganjurkan dua buah seminar untuk anak-anak remaja (perempuan) dan juga seminar yang akan membincangkan mengenai isu selepas baligh untuk anak-anak remaja (perempuan) yang akan dihadiri bersama dengan ibu mereka. Seminar yang pertama ini adalah bertujuan untuk mengupas definisi cinta yang sebenar seperti cinta kepada Allah dan rasul, cinta kepada diri sendiri dan cinta kepada ibubapa. Seminar tersebut akan diadakan pada 20 Mac 2010 bermula jam 8.30 pagi hingga 12.45 tengahari di Dewan Masjid Asy-Syakirin KLCC. Antara aktiviti-aktiviti menarik di dalam seminar ini ialah seperti ceramah, slot tatacara penjagaan wajah, aktiviti menulis surat untuk ibubapa dan permainan Asma ul Husna. Penceramah-penceramah yang terlibat ialah Puan Rashidah Mat Taib dan Puan Sharena Abdullah yang mana kedua-duanya pernah bergiat aktif di dalam penganjuran program motivasi untuk ibubapa dan kanak-kanak di Khalifah Institute, sehinggalah sekarang. Maklumat lanjut berkenaan seminar ini boleh dirujuk di http://www.littlekhalifahshop.com

No comments:

Post a Comment