KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah, hari ini berkata isu tuntutan royalti minyak harus diselesaikan secepat mungkin demi kepentingan rakyat khususnya golongan miskin.
"Kerajaan perlu mendapatkan nasihat yang sewajar supaya apa yang dimandat oleh bekas Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak, untuk membantu golongan miskin (menggunakan hasil minyak) dilaksanakan dengan cara yang dapat membawa manfaat kepada orang miskin.
"Saya rasa perkara ini perlu diselesaikan secepat mungkin. Ada ruang untuk berbincang. Perlu ada kesanggupan untuk bertolak ansur," katanya pada ceramah bertajuk "Conversations on the Constitution: 'Oil Royalty - A Constitutional Right?" anjuran Majlis Peguam Malaysia di sini hari ini. Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata sebagai orang yang menggubal undang-undang Petronas, beliau tidak faham mengapa masih ada orang yang mempertikaikan peraturan tersebut.
"Saya tidak tahu mengapa ada pihak yang mempersoalkan tafsiran saya mengenai undang-undang itu...Saya yang merangka perkataan itu," katapengasas Petronas itu.
Sebelum ini, Tengku Razaleigh membantah pendirian Kerajaan Pusat bahawa kerajaan Kelantan tidak mempunyai hak untuk menuntut royalti daripada minyak yang dicari gali di luar perairan negeri itu. - Bernama
No comments:
Post a Comment