http://www.bio-asli.com/gambar/rasmi-1.jpg
pas-for-all2
http://www.moh.gov.my/MohPortal/images/popup-h1n1.png

Jan 23, 2010

PKR Selangor lebih utamakan bekerja untuk rakyat: MB

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor, yang ditadbir pakatan Parti Keadilan Rakyat-DAP-Pas lebih mengutamakan perkhidmatannya kepada rakyat dan bukan menyerang balas Barisan Nasional (BN), kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, hari ini. Khalid berkata sejak 22 bulan lalu, kerajaan pimpinan beliau tidak bersikap reaktif terhadap kritikan, sebaliknya memberi tumpuan terhadap tugasnya. "Saya rasa, mungkin BN cuba untuk menyingkirkan kami, tapi bagi kami pula, kami ingin terus bekerja. Rakyat Selangor mengundi kami untuk bekerja... rakyat Selangor tidak mengundi kami untuk berperang atau bergaduh dengan BN. "Sebab itulah kerajaan negeri menganjurkan seminar sehari ini (yang beliau rasmikan hari ini), khusus untuk wanita bagi menerangkan rancangan dan aspirasinya berkaitan mereka, bukan merancang strategi untuk menyerang balas BN," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Kepimpinan Wanita Selangor di sini apabila diminta mengulas kritikan penulis blog Raja Petra Kamarudin bahawa kerajaan pimpinan beliau agak perlahan dalam bertindak balas terhadap usaha BN melemahkan kedudukan kerajaan negeri itu. Terdahulu semasa berucap, Abdul Khalid berkata kerajaan Selangor merancang memberi lebih banyak peluang kepada wanita dalam membangunkan ekonomi negeri. - Bernama

No comments:

Post a Comment