http://www.bio-asli.com/gambar/rasmi-1.jpg
pas-for-all2
http://www.moh.gov.my/MohPortal/images/popup-h1n1.png

Dec 11, 2009

Utusan Malaysia mahu “rusuhan kaum” terjadi sekali lagi

Semenjak Tsunami politik yang berlaku di Malaysia pada 8 Mac 2008, Utusan Malaysia adalah akhbar yang paling konsisten mengapi-apikan sentimen parkauman. Orang-orang Melayu ditakut-takutkan bahawa mereka akan kehilangan kuasa, orang-orang Melayu disuruh agar membenci bangsa-bangsa lain yang berada di Malaysia.

Jika anda perhatikan secara teliti, kelihatan seperti “ada gerakan terancang” bagi memastikan usaha mebakar dan menghasut orang-orang Melayu untuk mengamuk dan sekaligus memulakan satu lagi rusuhan kaum. Yang hairannya, tidak pernah sekalipun pejabat Utusan Malaysia digeledah oleh Anggota Keamanan negara seperti Polis walaupun berita-berita dan rencana-rencana yang disiarkan oleh Utusan Malaysia menjurus kepada hasutan agar rusuhan kaum terjadi seperti apa yang berlaku pada 13 Mei 1969.

Contohnya seperti apa yang disiarkan oleh mereka disini dan disini. Tiada tujuan lain aritikel-artikel sebegini disiarkan melainkan mahukan orang-orang Melayu mengamuk mencederakan bangsa-bangsa lain.

Manakala artikel sebegini pula bertujuan untuk menyemarakkan kemarahan kaum lain terhadap orang Melayu. Klik disini.

Dengan harapan, selepas berlakunya rusuhan kaum, Darurat dapat diistiharkan dan dapatlah MAGERAN diwujudkan.

Tetapi sayang, Utusan Malaysia terlalu bodoh dan ketinggalan zaman. Tahukah mereka bahawa sekarang ni sudah tahun 2009?

Orang-orang Melayu tidak lagi bodoh dan mudah diapi-apikan. Lihat provokasi perkauman “geng kepala lembu” tidak mendapat sambutan. Nasihat saya kepada semua rakyat Malaysia terutamanya kepada orang-orang Melayu, jangan biarkan diri kita diperbodohkan. Teruskan memboikot Utusan Malaysia. Akan sampai masanya “bos Utusan” akan kehabisan modal untuk pam duit bagi menanggung kerugian akibat Utusan Malaysia yang tak laku. Teruskan memboikot. Daripada buang duit beli Utusan Malaysia, lebih baik beli karipap, goreng pisang atau beli rokok bagi perokok.

Boikot Utusan Malaysia!!! Akhbar tahun 60an!!!

Boikot Utusan Malaysia!!! Akhbar tahun 60an!!!

Boikot Utusan Malaysia!!! Akhbar tahun 60an!!!

No comments:

Post a Comment