http://www.bio-asli.com/gambar/rasmi-1.jpg
pas-for-all2
http://www.moh.gov.my/MohPortal/images/popup-h1n1.png

Dec 18, 2009

Rampas kereta jika isi lebih 20 liter


KUALA LUMPUR - Mana-mana kenderaan dari negara jiran yang didapati mengisi minyak lebih daripada 20 liter ketika keluar melalui sempadan negara mungkin akan dirampas.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) berkata, tindakan tegas itu terpaksa diambil untuk mematahkan kegiatan penyeludupan petrol dan diesel yang berleluasa ketika ini.

"Selepas warga asing beli minyak di beberapa stesen, dia terlepas tetapi di sempadan kita sudah beritahu kepada pihak penguat kuasa termasuk UPP (Unit Pencegahan Penyeludupan) dan kastam, mana-mana kenderaan yang disyaki bawa minyak berlebihan, kita berhak untuk rampas kereta mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan produk keluaran koperasi-koperasi dan pembiayaan kereta nasional di sini semalam.

Kosmo! pada 8 Disember lalu mendedahkan kegiatan 'penyangak minyak' yang mengaut keuntungan puluhan ribu ringgit sehari dengan menjual minyak dari Malaysia di negara mereka.

Ekoran daripada pendedahan tersebut, KPDNKK telah mengeluarkan arahan melarang penjualan petrol melebihi 20 liter kepada kenderaan asing dan seorang pengusaha stesen minyak di Bukit Kayu Hitam menjadi peniaga pertama dikenakan tindakan selepas larangan itu dikuatkuasakan.

No comments:

Post a Comment