http://www.bio-asli.com/gambar/rasmi-1.jpg
pas-for-all2
http://www.moh.gov.my/MohPortal/images/popup-h1n1.png

Oct 13, 2009

Kenapa PAS Sengaja Tempah Kekalahan di Bagan Pinang?

Keputusan Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang sudahpun diketahui. Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (BN) menang besar dengan mendapat 8013 undi. Beliau mendapat undi majoriti sebanyak 5,435 ke atas calon PAS-Pakatan Rakyat yang hanya mampu meraih 2,578. Peratusan keluar mengundi ialah 82%

Seperti yang saya katakan dahulu, daripada kiraan Falaq, memang BN-UMNO boleh menang. Tetapi daripada segi lahiriah saya kira calon PAS boleh menang dengan majoriti antara 50 hingga 250 undi sahaja.

Apabila diisytiharkan kemenangan besar memihak Isa Samad, saya berani katakan bahawa itulah satu keputusan yang dirancang oleh pihak tertentu yang ghairah mahukan penyatuan UMNO dengan PAS untuk membentuk satu kerajaan perpaduan seperti yang dijaja oleh Nasaruddin Mat Isa, Haji Hassan Ali dan Mustahpa Ali satu ketika dahulu..

Kenapakah saya berpendapat begitu? Biar saya terangkan hujah berikut:

a) Inilah pilihan raya kecil yang pertama selepas jawatan Setiausaha Agung PAS bertukar tangan. Dulu kita ada Kamaruddin Jaaffar tetapi kini kita lihat Mustapha Ali berada di situ. Lantas Mustapha Ali sudah kena satu pukulan 1-0 kali ini.

b) Saya sudah berada di Bagan Pinang dua hari sebelum penamaan calon. Saya sudah menceritakan bagaimana Isa Samad telah menggantung poster ucapan Selamat Hari Raya di sekitar jalan Bagan Pinang. Menteri Besar Negeri Sembilan pun ada merentang poster ucapan selamat hari raya. Tetapi dia buat merentang di lokasi strategik di merata negeri. Isa Samad buat (poster gantung) di sepanjang kawasan Bagan Pinang. Pelik bukan? Kenapa dia tidak letakkan di merata negeri seperti yang dibuat oleh Mohd Hassan? Kenapa dia tidak gantung di Pasir Panjang dan Linggi? Yang lebih pelik, kenapa PAS tidak membuat bantahan kerana kalau poster itu dinaikkan sebelum hari penamaan calon, bererti Isa Samad sudah mencemar Undang-undang Suruhanjaya Pilihan Raya.

c) Apabila daftar pengundi diumumkan, PAS mendapati hanya sekitar 1,400 pengundi tentera yang menetap dalam kawasan Bagan Pinang. Ini bererti PAS mempunyai hak membantah pengundian pos (tentera) kerana kemungkinan berlakunya pencemaran oleh pengundi hantu adalah amat tinggi. Kenapa PAS tidak membantah lebih profesional selain mahukan mahkamah menunda tarikh mengundi? Apakah PAS tidak sedar tuntutan itu bukan mudah diperkenan oleh mahkamah kerana kesuntukan masa?

d) Kenapakah PAS tidak mengambil tindakan memboikot pilihan raya kecil itu? Apakah tidak ambil kira kemungkinan baki undi pos yang tidak bertuan itu akan digunakan oleh UMNO-BN untuk menang?

e) Pilihan raya kecil kali ini adalah yang paling ganas. Seperti yang saya tulis sebelum ini, nampak sangat satu agenda provokasi yang licik sudah diatur. Ia bermula dengan Ketua Putra dikatakan 'masuk hospital’ setelah dipukul oleh penyokong parti lawan. Tetapi segala rakaman video yang dibuat pada hari pencalonan menunjukkan beliau sihat segar-bugar sahaja.

f) Saya bernasib baik dapat berkhemah di sebuah rumah besar dan bertemu dengan beberapa anggota PAS dan PKR daripada Kedah dan Perak. Saya berbangga bertemu mereka. Semuanya dalam lingkungan 25-40. Mereka semuanya sungguh profesional dan bertenaga. Akan tetapi, Bilik Gerakan Pakatan Rakyat tidak mempunyai agenda secukupnya untuk menggunakan khidmat penyokong daripada luar untuk bertugas dalam meraih undi, seperti yang dilakukan oleh BN-UMNO.. Inilah julung-julung kali saya melihat Pakatan Rakyat tidak bermaya dalam persiapan berkempen. Apabila kita tanya apakah jadual seharian, mereka kata tidak ada yang baru. Cuma ceramah di beberapa tempat yang telah ditetapkan.

g) Tempat ceramah PAS amat lekeh, kalau dibandingkan dengan tempat ceramah BN-UMNO yang rata-rata telah berbelanja besar. Mereka sengaja menempah meja juga tapak bersimen yang ada di Bagan Pinang untuk menafikan PAS menyewa tapak itu. Akhirnya PAS terpaksa menyediakan tapak ala kadar. Mujur tidak hujan sepanjang waktu berkempen, jika tidak kita hanya mampu berkata masyaAllah sahaja. Di beberapa tempat ceramah PAS sistem audio amat lemah, kerana laungan pembesar suara penaja kaset adalah lebih berpengaruh daripada laungan sistem bunyi yang digunakan oleh penceramah. Hanya di markas DAP yang menjadi tapak ceramah malam akhir yang ditamatkan oleh ucapan DSAI mempunyai sistem bunyi yang selesa dan tempat duduk/berdiri yang sempurna. Ternyata sistem penajaan majlis oleh DAP adalah jauh lebih berkesan kalau dibandingkan dengan majlis tajaan PAS dan PKR.

h). PAS seolah-olah terjebak dengan provokasi kumpulan samseng UMNO dan Pekida. Apabila Ketua Polis N Sembilan dan PD keluarkan maklumat bahawa Salahuddin Ayub tidak juga datang ke balai untuk memberi maklumat mengenai kekecohan yang berlaku, TV dan radio mengulangi rakaman itu selalu. Salahuddin sebenarnya sudahpun pergi pada satu petang untuk memberikan versi alasan beliau. Namun, pihak TV dan radio tetap mengulang-ulang maklumat songsang polis itu. Kenapa PR tidak bertindak?

i) Pada malam Sabtu, saya terserempak Tuan Guru Nik Aziz makan malam di Restoran Teluk Kemang (MasyaAllah mahal sungguh harga makan di restoran ini?) bersama beberapa pemimpin PAS tempatan. Ke mana perginya Naib-naib Presiden dan Presiden parti? Kenapakah Tuan Guru tidak kelihatan sejak mula kempen.

j) Ke mana perginya Hj Hassan Ali dan Nasaruddin Mat Isa? Kenapa mereka tidak berkempen? Bukankah Nasaruddin Mat Isa anak kelahiran Negri Sembilan?

k) Kalau dibandingkan dengan pilihan raya kecil terdahulu, saya berani kata bahawa kali ini persiapan pihak BN-UMNO lebih menjurus mencetuskan provokasi. Dengan kata lain inilah pilihan raya kecil yang sungguh kotor. Nampak sangat pihak polis memihak kepada UMNO BN. Ada satu insiden pada malam Sabtu bila berlakunya provokasi Mat Rempit UMNO yang membawa parang dan pisau tajam sambil mundar-mandir dengan motor mereka di Teluk Kemang. Ini berakhir dengan salah seorang mereka terjatuh dan melambaklah pisau dan parang yang mereka bawa. Anggota polis nampak senjata itu tetapi membiarkan sahaja keadaan tanpa mahu menahan pemuda Umno itu. Malahan ada seorang pegawai polis (SB) yang dibelasah Mat Rempit pada malam itu. Yang mereka (polis) pentingkan ialah membawa FRU dan trak penyembur air asid untuk menyembur orang ramai yang menyaksikan peristiwa itu. Insiden buruk ini sudah diputar-belit oleh TV dan radio serta akhbar sebagai perangai buruk petugas PAS. Saya harap rakaman video yang disiarkan di YouTube akan menunjukkan keadaan sebenar.

Kita dapat bayangkan strategi sebenar provokasi UMNO-BN. Mereka acah petugas muda PAS-BN akan naik hangat. Supaya pergelutan akan memakan masa sehingga pagi. Di sebelah pagi petugas PAS akan berada di tempat tidur lagi dan tidak akan bertugas di pondok-pondok panas.

Bayangkan seorang warga emas yang memandu “kancil” dengan kibaran bendera PR telah disekat oleh Mat Rempit UMNO dan bendera itu telah dipatahkan. Dalam kereta itu ada beberapa cucu warga emas tadi yang ketakutan. Sudah pasti kanak-kanak itu menghadapi satu trauma sehingga hari ini. Kenapakah petugas UMNO tidak menyekat perbuatan ganas Mat Rempit itu? Saya difahamkan bahawa sebilangan Mat Rempit yang ganas itu datang daripada kawasan Khairy Jamaludin, dan bukannya pemuda Bagan Pinang.

l) Kalau kita tanya anak-anak muda yang menjadi pembantu kedai makan dan kedai 'bundle' di Bagan Pinang mereka akan menceritakan bagaimana wakil Isa Samad menemui mereka lebih empat kali sepanjang waktu berkempen dengan menghulur wang supaya mengundi dan memangkah calon BN. Begitu juga ketukan dari rumah ke rumah yang membawa “salam berduit” daripada Isa Samad. Ada pihak tertentu di Bagan Pinang menganggarkan Isa Samad telah mengeluarkan lebih sepuluh juta ringgit bagi tujuan ini.

m) Semasa waktu pengundian ditutup, peratusan pengundi dirakamkan sebagai 69.9 peratus. Tetapi SPRM mengisytiharkan 82 peratus. Bagaimana berlaku peningkatan peratusan itu?

n) Kita telah dimaklumkan bahawa sekitar 30 peratus pengundi tidak pergi membuang undi. mereka memprotes kemunculan Isa bertanding. Apakah kemungkinannya berlaku 'sewaan kad pengenalan' untuk dimanipulasi oleh pihak BN?

o) Pihak SPR berkata pengundi berjalan dengan telus dan lancar. Kenapa tidak digunakan dakwat untuk para pengundi ataupun kunyit seperti yang dibuat di Indonesia? Ini hanya kerana SPR merestui pembabitan pengundi hantu. Kalau Isa Samad mampu mengeluarkan wang yang banyak untuk menang dengan cara menghulur sumbangan beberapa kali di merata tempat, apakah tidak mungkin Isa Samad sudah membeli petugas-petugas PAS dan PKR di Bagan Pinang? Malahan sepanjang kempen, kerajaan Pusat telah membuat bermacam majlis yang mengumpan para pengundi. Contohnya majlis pecah tanah untuk membina sekolah Tamil, yang terang-terangan merupakan satu rasuah dan umpan memancing undi masyarakat India. Kenapakah para pemimpin PAS tidak membantah? Kenapakah isu maruah dan rasuah sengaja diperkecil oleh pemimpin tertentu PAS?

Kesimpulan

Kalau dirumuskan, segala insiden yang berlaku nampaknya semacam ditempah dan direstui oleh pihak tertentu. Saya tidak hairan kalau tempahan itu dibuat oleh Mustafa Ali, Hassan Ali dan Nasaruddin Mat Isa. Inilah trend pilihan raya kecil kali ini. kalau mengikut ramalan saya dahulu akan berlakunya pilihan raya kecil setiap seratus hari, besar kemungkinan pilihan raya kecil ini akan muncul di bahagian Selatan juga. Mungkinkah di Melaka ataupun masih di Negri Sembilan sekali lagi?

Saya amat takut, kalau beginilah sikap pemimpin PKR terutama sekali pemimpin PAS dalam menangani pilihan raya kecil, para pengundi akan naik jelak. Pengundi Melayu akan menghukum PAS satu hari nanti.

Lihat sahaja apa yang terjadi dengan penubuhan Makkal Sakhti Parti yang ditaja oleh Najib. Kononnya Tiga Puluh Juta sudah dijanjikan dalam usaha itu.. Jumlah yang sudah berbayar dikatakan lapan juta. Ini yang disiarkan dalam “Harakah”. Apakah kemungkinan Najib mengeluarkan 60 juta untuk memancing segelintir pemimpin PAS agar merencana satu agenda yang menjurus kepada penubuhan kerajaan Perpaduan PAS dan BN? Kita sudah melihat bagaimana Ezam Mohd Nor, Lokman Adam dan Roslan Kassim boleh cair dengan gula-gula Najib, adakah tidak mungkin ada pemimpin pucuk tertinggi PAS yang sudah pun berdarah manis dengan gula-gula semacam ini. Setakat ini mereka sudah berjaya melunturkan pengaruh Tuan Guru Nik Aziz dan mengetepikan hampir semua hulubalang beliau dalam barisan pucuk kepimpinan PAS. Khabar angin yang menjanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Hj Hadi Awang sudah lama berputar.

Begitu juga dengan kisah Hassan Ali mungkin naik menjadi Menteri Besar Selangor.

Presiden PAS, Hj Hadi Awang bersama kaki ampu beliau seperti Mustafa Ali, Hassan Ali dan Nasaruddin Mat Isa harus berani bersuara lantang menafikan dakwaan saya ini.

Marhaintua (semakan & suntingan WM M@rhaen)

No comments:

Post a Comment