http://www.bio-asli.com/gambar/rasmi-1.jpg
pas-for-all2
http://www.moh.gov.my/MohPortal/images/popup-h1n1.png

Jun 17, 2009

Umno perangkap PAS isu kerajaan perpaduan - Nik Aziz

KOTA BHARU, 17 Jun (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan isu berkaitan kerajaan perpaduan yang diriuh rendahkan sekarang hanya sekadar kenyataan peribadi pemimpin tertentu yang tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat.

Katanya setakat ini tiada sebarang kertas agenda yang dibawa dalam mesyuarat PAS atau bersama Pakatan Rakyat.

Oleh itu kata beliau isu tersebut tidak boleh dikaitkan secara langsung dengan PAS kerana ia merupakan satu padangan peribadi pemimpin tertentu sahaja.

"Kerana itulah pemimpin Pakatan Rakyat pun tidak tahu, begitu juga dengan pemimpin PAS yang lain. Jadi bagaimana nak hubungkaitkan dengan PAS berhubung isu kerajaan perpaduan.

"Bawalah dulu benda itu dalam mesyuarat parti, kemudian dalam Pakatan, kalau PAS dan Pakatan Rakyat bersetuju lainlah masalahnya.

"Ini dengan Pakatan tidak dibincang dalam parti pun begitu juga, macamana kita nak proses benda ni.. sebab tu saya kata benda ni direka oleh boneka Umno," katanya selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Sehubungan itu katanya, kalau semua pihak setuju, maka setiap wakil sama ada dari PAS, KeADILan dan DAP mungkin ada yang bakal menjadi menteri.

Kata beliau sekiranya perkara itu boleh berlaku barulah benar-benar dikatakan sebagai kerajaan perpaduan.

"Tetapi apa yang berlaku ini perpecahan. Umno sekarang sedang berpesta. PAS dah masuk perangkap. PAS sesama PAS dah nampak macam nak berpecah dah.. bercelaru.

"Begitu juga PAS dengan Pakatan Rakyat juga nampak bercelaru. Ini bererti mereka menganggap telah berjaya memecah belahkan PAS.

"Tetapi Alhamdulillah dapat dibendungkan dengan kenyataan saya sebelum ini," tambahnya.

Semalam Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak dilaporkan percaya PAS ikhlas untuk berbincang mengenai penubuhan kerajaan perpaduan yang dicetus presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. - mj _

2 comments:

  1. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    Terguris hati saya apabila TG Haji Hadi < Mustafa Ali Dan Boneka UMNO Ustaz Nasarudin inginkan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO BN dengan alasan yang ditonjolkan kononya Parti Islam SeMalaysia boleh menglembutkan hati busuk UMNO BN dan insyakallah kata juak2 yang kemaruk dengan janji2 manis kaum UMNO BN boleh mengikut penghidupan cara islam sepenuhan dan insyakallah UMNO BN akan mewartakan atau melaksanakan hukum Hudud di Malaysia . Eh Eh Eh .Konsep kata2 dari boneka UMNO ini macam , kata2 mantan PM Chet Ded semasa membawa masuk kriket dari Isreal ke Mlaysia sewaktu dulu . Kata Chet Ded Siapalah tahu nanti orang2 Isreal ini akan berlembut hati apabila melihat sifat sopan santut rakyat malaysia ,Tapi sehingga hari ini sifat laknatullah kaum israel makin teruk bukat berlembut , So TG Haji Hadi , Ustaz nasarudin , Mustafa Ali , Dr Hasan Ali , YB Salahudin , Ustaz Idris (Perak) , YB Terengganu dan kumpulan yang sekutu dengan Ustaz Nasarudin , tolonglah jangan nak mengajar orang2 UMNO BN cara mentakbir Malaysia . "ALLAH TIDAK AKAN MERUBAH SATU KAUM E2 , MELAINKAN KAUM (umno bn) E2 MERUBAH SENDIRI," JANGANLAH MENGAJAR ITIK MENGAWAN ,ITIK PANDAI SENDIRI MENGAWAN .
    Kami faham kenapa sekutu sekutu Ustaz Nasarudin perlu Kerajaan Perpaduan dengan UMNO BN . Hanya lah Projek Mega UMNO BN ada, Duit UMNO BN ada . Jawatan Penting dalam Kerajan UMNO BN ada . Ialah Siapa nak hidup macam cara penghidupan TG Nik Aziz tak perlu kebendaan di dunia ini.Takkan Kais Pagi makan Pagi ,Kais Petang makan Petang . Tapi kami dari dari kumpulan DIE HARD FAN TG Nik Aziz tetap bershukur kepada Allah SWT dengan apa yang diberi kepada kami.Namun untuk hidup cara orang UMNO BN yang selalu bangga dengan dosa dosa yang mereka buat setiap hari .Kami Tak sudi.

    ReplyDelete
  2. betul kata HJ.
    ambo tetap dengan pendirian TGNA.
    bukan taksub tapi nilai nilai lah sendiri.
    hanya orang orang yg tamak sahaja tak pandai menilai.

    ReplyDelete