Boneka-boneka UMNO perlu dikenalpasti dan disingkirkan dari kepimpinan PAS
Sebenarnya banyak perkara misteri belum terjawab terutama apabila terdapatnya dakwaan wujudnya faksi UMNO dlm kepimpinan PAS dan ini bukannya rahsia lagi apabila ianya dibuktikan dgn pengakuan lisan Ustaz Ahmad Awang (bekas Naib Presiden PAS). Saya rasa tak ada sesiapapun yang berani menolak kenyataan ini. Cuma dalam perkara yang serius seperti ini, apakah tindakan yang telah diambil oleh kepimpinan PAS Pusat?
Adakah ingin menyapu sampahkan kebawah karpet sepertimana lazim diamalkan oleh UMNO dan BN dlm menyelesaikan sesuatu masalah dlm BN? Fraksi UMNO dlm PAS bukannya isu kecil atau remeh kerana ianya adalah musuh dlm selimut, gunting dlm lipatan sepertimana kata Ustz Haron Din (Timb. Mursyidul Am PAS). Saya minta Ust Ahmad Awang berani tampil mendedahkan petualang sebenar dalam PAS ini tanpa kompromi atau dolak dalik demi meyelamatkan bahtera PAS yang kita sayangi.
Ingatlah kisah seorang anak kapal yang ingin mengambil jalan mudah utk mendapatkan air dgn cara menebuk lubang pada dasar kapal tersebut. Hakikatnya ia akan menenggelamkan kapal tersebut jika anak kapal itu bertindak bodoh bersendirian. Jika kapten kapal tidak bertindak apa akan terjadi kepada kapal tersebut? Tentulah kalau dibiarkan ia terus menebuk lubang, bahtera tersebut akan karam sekaram-karamnya.
Mursyidul Am PAS telah menyataan pendiriannya berpegang kpd syura muktamar iaitu memperkasakan PAKATAN RAKYAT (dan bukannya memperkasakan KERAJAAN PERPADUAN). Jgn jadi boneka UMNO. Saya pertegaskan; boneka-boneka UMNO perlu dikenalpasti dan disingkirkan dari kepimpinan PAS. Jika kepimpinan tidak bersedia membetulkan keadaan, maka ahli-ahli PAS mesti bertanggungjawab diatas kemungkaran yg berlaku iaitu melantik atau memilih pemimpin yang tidak beramanah!.
Benarlah apa yg disebut dlm hadis-hadis yg masyhur, ingatlah jika kamu melantik org yg bukan ahlinya (yg amanah) maka tunggulah saat kehancurannya!!! Apakah kita menunggu saat itu atau saat kehacuran itu sudah tiba? Nauzubillahi min zaalik! Kepada ALlah hambaMu memohon perlindungan dan keampunan. Moga diberi petunjuk dan hidayah Allah kepadaku dan pemimpinku yg kukasihi.
Aku bukanlah ulama atau profesional, aku hanyalah insan biasa yg ingin melihat kalimah Allah berdaulat di atas mukabumi Allah ini. Aku tak ingin melihat tangan-tangan syaitan menghalang perjalanan suci ini. Wallahu a’lam.
Dikirim dalam News & Politics
BISMILAH NIR RAHMAN NIR RAHIM
ReplyDeleteOrang2 yg dilabel sebagai boneka UMNO BN disuruh letak jawatan dalam parti SeMalaysia ( PAS) , saya rasalah kalau saya mati hidup kembali dan mati lagi dan terus di hidupkan kembali lagi , saya rasa boneka boneka UMNO BN tak akan letak jawatan . Mungkin boneka boneka parasit UMNO BN ini tunggu habuhan atau imbuhan dari UMNO BN barulah mereka ini akan meletak jawatan dari PAS dan lompat kat UMNO BN .
Tapi senjata yang ada kat kita seperti A.Samad Said kata dengan undi tak percaya atau jangan pangkah undi kepada boneka boneka UMNO BN ini semasa Pilihan Raya Umum YG Ke 13 nanti . Insyakallah . Moga Moga Allah SWT sihat kan kesitan dan di panjangkan umur kepada TG Nik Aziz.