Demikian kata, Timbalan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Faris Musa ketika berucap merasmikan Bilik Gerakan Utama AMK Pusat di Guar Jering semalam.
Jelasnya, satu kosong sudah cukup memberi kesan mendalam pada jentera BN yang selama ini berdendam dengan jentera Pakatan Rakyat setelah mengalami kekalahan demi kekalahan dalam pilihan raya kecil sebelum ini.
"Pakatan Rakyat sudah menang satu kosong dengan BN bila mana parti itu tidak meletakkan calon di Penanti. Kita mahu kalahkan mereka dengan agregat tiga kosong baru keadaan agak selesa bagi Pakatan Rakyat, Kita tengah berusaha keras agar mencapai hasrat itu, " katanya.
Kedatangan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaludin ke Penanti baru-baru ini bersama Ketua Wanita Umno, Dato' Sharizat Abdul Jalil meninjau akhirnya mendapati sokongan pada Umno dan BN tidak ke mana malah makin meruncing.
Tambahnya lagi, rakyat telah membuat pilihan terbaik pada pilhan raya umum ke 12 lalu serta pilihan raya kecil Permatang Pauh apabila menyaksikan kemenangan terus berpihak pada Pakatan Rakyat.
Cuma apa yang penting sekarang ialah perkemaskan gaya pendekatan, pertautan antara parti gabungan dan mengatur strategi berbentuk penerangan bukan lagi serangan memandangkan BN tidak bertanding.
"Memandangkan BN tidak bertanding kita akan tukar taknik pendekatan sepertimana yang diberitahu oleh Pengarah Pilihan raya Kecil Penanti, Saifudin Nasution Ismail, " jelas beliau yang juga Pengarah Pilihan raya AMK di Penanti.
Justeru itu, Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR) dikehendaki tidak mengikut telunjuk Umno dan BN tetapi mesti bersikap telus, adil dan saksama dalam membuat sebarang keputusan dan tindakan supaya hak rakyat di Penanti tidak teraniaya.
Kemenangan satu kosong itu, menandakan teori RAHMAN menjadi kenyataan apabila Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Rakyat mengakhiri penguasaan BN di Malaysia.
"Generasi Tunku Rahman, Abdul Razak, Hussein Onn, Mahathir dan Abdullah hanya dalam kenangan maka sekarang merupakan era Najib berkuasa. Insya-Allah penguasaannya tidak ke mana apabila terdapat skandal yang bakal meruntuhkan pengaruhnya, " ujar beliau. - mks. _
No comments:
Post a Comment