http://www.bio-asli.com/gambar/rasmi-1.jpg
pas-for-all2
http://www.moh.gov.my/MohPortal/images/popup-h1n1.png

May 7, 2009

Mahkamah tolak perintah tahanan reman Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Hrkh) - Mahkamah Majistret Tanjung Malim petang tadi menolak permohonan tahanan reman polis terhadap Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu. dibebaskan dengan jaminan polis selama sebulan.

Menurut peguam yang mewakili beliau, Aminuddin Zulkifli mahkamah tidak berpuas hati dengan alasan-alasan yang diberikan oleh pegawai penyiasat.

Pegawai penyiasat mengatakan mereka memerlukan masa untuk menyiasat Mohamad yang dituduh melakukan hasutan supaya orang ramai menggagalkan sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak hari ini.

Pasukan peguam Mohamad Sabu kemudiannya membantah tuduhan tersebut kerana tertuduh hanya menyeru orang ramai supaya hadir ke majlis solat hajat dan doa munajat memohon agar Perak terus aman.

ImageLaporan maklumat pertama (FIR) terhadap Mohamad Sabu dibuat oleh Ketua Polis Perak sebelum beliau ditahan secara misteri petang semalam di Kuala Lumpur. - m

No comments:

Post a Comment