Semalam saya meronda sebahagian kawasan PRK Bukit Selambau bersama beberapa orang kawan untuk melihat suasana setelah beberapa maklumat negatif terhadap calon sampai ke telinga kita. Pertelagahan serta rasa tidak puas hati masih berlegar di kalangan petugas dan aktivis parti. Kenapa S Manikumar menjadi calon dan tidak ahli yang lebih aktif yang juga professional memang menjadi satu persoalan yang memerlukan jawaban.
Sebaik memasuki Jalan Kelab Chinta Sayang, perang poster telah mewarnai suasana PRK dengan meriah sekali. Tentunya hasil kerja dari pehak BN akan memenangi sekiranya ada pula pertandingan kecil bab hiasan atau alatan kempen pilihanraya. Memang banyak sekali poster calon yang bergantungan sana sini. Ya….. memang banyak kerana kita menghadapi situasi catatan rekod dunia dengan 15 pencalonan.
Sambil-sambil memusingkan stereng kereta, mata kita tertarik kepada satu poster besar yang sungguh nyaman penampilannya. Pada mulanya saya ingatkan poster berkaitan dengan acara mengingati kematian seseorang dalam agama Hindu atau sebagainya. Tajuk atasnya berbunyi “ Mohon Restu Rakyat” dengan gambar Dato’ S. Ganesan yang tersenyum tampan mengambil sekitar 55% keseluruhan keluasan poster.
Sebaik tersedar yang ianya poster pilihanraya calon, saya tertawa tanpa tertahan-tahan sambil ditegur rakan dengan soalan- “Awat yang hang gelak?”
Sambil menyeka air mata yang terbit secara automatis, saya mengatakan yang poster itu kelakar sungguh dan orang yang menerbitkan ide sebegitu memang seorang tokoh yang boleh diketengahkan dalam rancangan realiti Raja Lawak!!
“Sejak bila rejim UmnoBn memohon restu rakyat dalam pilihanraya?” soal saya. Apa yang saya tahu selama ini slogan mereka berbunyi yang gagah dan besar-besar nilai bahasanya. They never before stoop so low as they are doing now! Kenapa agaknya…..?
Kita belum melupakan slogan Tradisi Membela Rakyat dahulunya. Dalam PRU lepas pula kita dijual dengan slogan Aman Makmur Selamat. Ketika itu ianya menjadi bahan lawak dalam kempen pilihanraya yang hangat dengan isu Hindraf dan juga ketidak adilan sosial serta keganasan jenayah pembunuhan dalam kehidupan seharian seperti yang terpampang dalam dada akhbar. Begitu juga dengan isu Video Linggam dan Video iklan ubat seks Chua Soi Lek….
Sekali pandang kita lihat jentera saraf UmnoBn ketika ini cuba memancing simpati dari rakyat dengan antara modal besarnya ialah tertabalnya Najib Altantuya sebagai Presiden Umno yang baru dan katanya bakal menjadi Perdana Menteri. Sebagaimana kata Najib di dada akhbar- berilah peluang kepadanya dan menilai ketika ia sudah menjadi Perdana Menteri! Woi… kechut rasa buah kerandut dibuatnya.
Modal yang kita nampak sedang digunakan oleh pehak Umno ialah perubahan. Kalau bahasa rakyat marhaen ialah reformasi! Tak mungkin…… oh tak mungkin…! Bukankah itu perkataan yang amat mereka takut dan benci selama ini? Perubahan yang mereka laungkan itu akan merenggut jantung hati serta jati diri mereka sendiri? Perubahan itu akan mengikis buang perasuah, pengkhianat serta penyalahguna kuasa di kalangan mereka. Takkan lah itu yang mereka juangkan kini?? Hampehh……
Bagai kata pepatah- jerat tidak pernah melupakan pelanduk dan dipatuk ular dua kali dalam lubang yang sama. Ini mesti menjadi tangkal dan azimat kepada rakyat khususnya pengundi di tiga medan tempur PRK sekarang.
Sebenarnya rasa geli dan getik sekali melihat akan poster calon BN. Buang tabiat ka apa BN sekarang? Bukan main syahdu dan tangkap lentok tengok gambar Dato’ Ganesan. Macam tok sami baru balik bertaubat dari Madras atau Batu Caves. Apa hal minta restu ni? Nak kawin satu lagi ka? Hakikatnya semasa ia menjadi ADUN Lunas semasa PRU tahun 2004, bukan main sombong dan angkuh sehingga tak nampak batang hidung? Menyentuh tajuk ini, kita juga sekaligus mengingatkan ADUN Lunas sekarang YB Radhi supaya berubah dan jangan jadi seperti kaduk naik junjung! Turun lah ke lapangan dan melawat pengundi. YB Zulkipeliarq MP Dubai pun ambil lah peringatan ini!
Kita ingin menyoal satu dua soalan- ketika kerajaan UmnoBn naikkan harga minyak sedikit masa dahulu apakah mereka memohon restu atau keizinan rakyat? Semasa mereka sewenang-wenang tukar penggunaan Bahasa Melayu ke bahasa Inggeris dalam PPMSI adaka Che Det, PakLah dan Najib mai pohon restu kat rakyat Malaysia dan Bukit Selambau? Tak dak kan?!!
Semasa Tun Dr Mahathir buat macam-macam dasar yang mengembongkan poket kroni dan taukeh besar, ada dia mai pohon restu rakyat? Semasa dia tebus perniagaan anaknya yang kerugian dengan wang rakyat ada dia tampal poster pohon restu rakyat?
Begitu juga semasa PakLah beri peluang ekonomi untuk anak menantu, tak dengar pun ada majlis pohon restu. Atau ketika Najib berpakat dengan Razak Baginda membalun rasuah pembelian kapal selam dan Su-30MKM. Atau ketika Altantuya dibunuh dan diletupkan dengan C4, tak juga minta restu.
Apakah pendekatan merendah diri begitu merupakan jati diri baru rejim di bawah Najib Altantuya? Jika ianya benar, bagaimana pula mahu diterangkan dengan kerja hapraknya dalam menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak dengan merasuah/mengugut tiga orang dari mereka sepurnama lalu?
Pendek kata, panjang ceritanya. Anggap sahaja lah mereka ini sepertimana watak-watak jahat dalam filem Almarhum Tan Sri P Ramlee. Atau juga boleh dianggap sepertimana orang kelemasan yang sanggup berpaut pada apa sahaja untuk terus bernyawa.
Ada ka sampai pohon restu rakyat……….mabuk kot?
MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA
No comments:
Post a Comment