http://www.bio-asli.com/gambar/rasmi-1.jpg
pas-for-all2
http://www.moh.gov.my/MohPortal/images/popup-h1n1.png

Apr 2, 2009

Hari ke-5: BN, PKR yakin menang

Selepas lima hari berkempen, Pakatan Rakyat dan BN masing-masing yakin mendapat sokongan rakyat untuk memenangi pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau di Kedah 7 April ini. Anggota Biro Penerangan DAP bagi pilihanraya kecil Bukit Selambau, K Athimoolam berkata tinjauan pihaknya mendapati sehingga ini ini 72 peratus pengundi menyokong Pakatan. bm version bukit selambau state seat 090209Manakala pihak Umno pula mendakwa, 70 peratus pengundi menyokong calon BN, Datuk S Ganesan. Menurut Athimoolam, antara strategi kempen pihaknya ialah bertumpu ke kawasan estet yang belum mendapat kemudahan asas. Menurutnya, terdapat 22 kawasan estet di Bukit Selambau yang membabitkan kira-kira 3,000 pengundi india "Berdasarkan tinjauan yang dibuat, 90 pratus pengundi di kawasan estet menyokong calon PKR, S Manikumar," katanya. Menurut beliau, antara estet yang menjadi tumpuan DAP untuk memberi penerangan ialah di Sungai Getah, Bukit Lembu, Sungkap Para dan Kongsi Enam. Pengundi sudah matang "Kebanyakannya penduduk India bekerja menoreh getah dan di ladang kelapa sawit," katanya yang setiausaha pemuda DAP Lunas. Menurut Athimoolam, pengundi di kawasan estet sudah matang dengan teknik dan "umpan BN". "Mereka ikut sistem Kelantan - bagi ambil, tapi pangkah pembangkang," tambahnya. Athimoolam berkata, semalam hampir 400 pengundi Tionghua menghadiri ceramah pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang di pekan Bukit Selambau. Sementara itu, seorang anggota pasukan gerak gempur BN yang dikenali sebagai Hamid, yakin BN boleh memenangi kerusi DUN Bukit Selambau Selasa depan. Menurutnya, berdasar maklum balas, kira-kira 70 peratus pengundi menyokong BN. "Lagi pula, katanya, calon BN, Datuk Ganesan merupakan penduduk tempatan di Bukit Selambau. Ini membantu. "Penduduk Bukit Selambau juga sudah jemu dengan janji-janji Pakatan Rakyat...apa yang mereka janji, mereka tidak tunai," tegasnya. Bergantung pada isu Bagaimanapun, seorang pemimpin Pemuda PAS Kedah memberitahu Malaysiakini bahawa sehingga ini, sokongan pengundi Melayu kepada BN dan PKR adalah 50-50. Katanya, sokongan pengundi bergantung kepada isu-isu yang dibawa oleh parti-parti yang bertanding. "Selalunya, pengundi Melayu membuat pilihan pada saat saat akhir," katanya. Menurutnya, dalam kempennya, PAS mengutamakan pengundi yang tinggaldi taman perumahan, terutama pengundi Cina dan Ini. "Mereka ini perlu diberi penjelasan mengenai isu-isu semasa. "PAS juga memberi tumpuan kepada pengundi muda yang boleh menerima program yang diadakan," katanya. "Mereka juga boleh menerima pendekatan yang kita bawa," katanya. Di segi kempen pula, katanya, pemasangan bendera sepanjang lima hari ini adalah seimbang antara BN dan Pakatan, terutama di kawasan pekan. Pengundi masih marah "Tetapi ia jelas merupakan pilihanraya Umno dan bukan MIC kerana bendera umno mendominasi bendera MIC," katanya. Bagaimanapun, pada keseluruhannya, beliau meramalkan peluang PKR untuk menang adalah 60-40 bila diambil kira sokongan pengundi bukan Melayu. "Lebih-lebih lagi pengundi masih marah dengan insiden terbaru semburan meriam air dalam satu ceramah di Taman Ria Jaya," katanya. Di samping itu, katanya, maklum balas pengundi, terutama kaum India menunjukkan mereka bersimpati dengan ADUN sebelum ini, V Arumugam yang didakwa diugut dan diancam keselamatannya. Selain itu, katanya, keputusan kerajaan Pakatan untuk membatalkan projek membina kandang babi yang dirancang oleh kerajaan negeri sebelumnya di Bukit Selambau, turut menarik sokongan pengundi, khususnya orang Melayu. Yang memberangsangkan, katanya, kaum Cina dan India kini sudah berani menghadiri ceramah anjuran PAS dan Pakatan. "Mereka kata, untung bila ada pilihanraya - dapat jalan baru dan sebagainya - tetapi hati tidak pilih BN. "Isu-isu rasuah dalam Umno juga turut digunakan untuk menarik pengundi menyokong Pakatan," katanya.

No comments:

Post a Comment