http://www.bio-asli.com/gambar/rasmi-1.jpg
pas-for-all2
http://www.moh.gov.my/MohPortal/images/popup-h1n1.png

Mar 17, 2009

Seri Mentaloon Mencatat Sejarah Lagi…….

Seri Mentaloon Mencatat Sejarah Lagi……. Pada 18 Januari 2009 yang lalu, Seri Mentaloon mencipta sejarah negara apabila Persidangan Menteri-menteri Besar dan Exco-exco lima negeri Pakatan Rakyat (PR) bersama pemimpin tertinggi parti PR menghasilkan Deklarasi Mentaloon. Persidangan itu turut disertai Dato’ Seri Nizar Jamaluddin, Kapten (B) Osman Jailu (mewakili Perak) dan Elizebeth Wong (Selangor) yang juga mencatat sejarah dalam politik Malaysia. Mempengerusikan persidangan itu ialah Dato’ TG Nik Abdul Aziz Nik Mat, disertai oleh Dato’ Husam Musa, Mejer (B) Anizam Abd Rahman dan Nik Amar Abdullah mewakili Kelantan. Kedah diwakili oleh Dato’ Seri Ustaz Azizan, Dato’ Phahrolrazi Zawawi, Dato’ Amiruddin Hamzah dan Dato’ Taulan Rasul. Menyertai Dato’ Menteri Besar Selangor ialah Taressa Kok, Elizaberth Wong dan Dato’ Dr Hassan Ali. Selain Dato’ Seri Nizar, Perak diwakili oleh Nga Kor Meng, Hj Zainuddin dan Osman Jailu. P. Pinang pula disertai oleh Lim Guan Eng, Fairuz, Abd Malik dan seorang EXCO yang saya tidak ingat namanya. Semua Setiausaha Politik Menteri Besar juga turut serta. Deklarasi Mentaloon mengandungi pembentukan satu Majlis Menteri-Menteri Besar Kelantan, Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang untuk menggubal kerjasama antara negeri-negeri PR dalam Persekutuan Malaysia. Satu Majlis EXCO PR antara negeri juga diwujudkan. Deklarasi dan persidangan ini adalah sau peristiwa besar dalam sejarah politik Malaysia. Pada hari ini, 15 Mac 2009, sekali lagi Seri Mentaloon mencatat sejarah. Sasterawan Negara (SN) A. Samad Said, dihadapan 1,000 hadirin yang memenuhi Dewan Besar Seri mentaloon mengistiharkan ’perang’ dengan UMNO/BN. Selepas membaca sarangkap puisi dari bukunya yang sukar difahami, beliau mengungkapkan satu frasa yang terang dan jelas. ”Saya minta tuan-tuan yang hadir pada malam ini menggunakan undi tuan-tuan untuk tidak mengundi UMNO dalam mana-mana pilihanraya dalam negara ini”. ”Saya namakan perjelajahan saya ini Kembara Bahasa, saya akan pergi ke mana sahaja saya dipanggil dan dijemput, dengan syarat tuan-tuan tidak mengundi UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang. Saya perlukan undi tuan-tuan itu untuk melawan pemimpin politik yang bongkak dan sombong, yang membunuh bahasa saya. Saya namakan perlawanan ini perlawanan antara pemimpin politik yang angkuh melawan pemimpin budayawan yang santun...” Luahan hatinya yang remuk dengan kedegilan pemimpin UMNO terhadap isu PPSMI. Ucapan selama 45 minit itu diselangi dengan bacaan puisi-puisi beliau yang sangat tinggi nilainya dan maknanya sejak 1996, 2002, dan 2003 berkaitan pengkhianatan bahasa dan sekolah agama rakyat yang dibunuh oleh pemimpin UMNO dan BN. Puisi-puisi beliau ternyata mendahului tindakan rakus para pembunuh bahasa dan sekolah agama, kerana sebuah puisi beliau tentang kegilaan para pemimpin kerajaan kepada bahasa Inggeris ditulis pada tahun 2002. Pada 2003, Dr Mahadhir telah melaksanakan PPSMI. Beliau berbaju ’T’ dan memakai jaket menyandang beg galas berwarna biru, di dalamnya terdapat beberapa buku dan kertas. Rambut dan jambang putih, dengan raut wajah yang bersih, menonjolkan keperibadian dan ketrampilan yang tersendiri. Itulah kali pertama saya menatapnya dari dekat. Saya mengungkapkan dalam ucapan aluan bahawa wajah ’seram’ beliau kini menjadi ikon perjuangan suci menyelamatkan bahasa dan semua yang ’dikendong’ oleh bahasa. Bagi pihak YAB Menteri Besar Kedah, saat ini adalah satu sejarah dan penghormatan yang sangat tinggi kepada perjuangan yang didokong oleh seluruh rakyat Kedah kerana turut dilibatkan dalam perjuangan beliau dalam isu PPSMI. Turut berucap dan mendeklamasikan sajak dan puisi ialah Azizi Hj Abdullah, Pak Salleh Bakar, Ahmad Kasim dan Cikgu Hj Mohd Azmi Hamid (Presiden TERAS). Seluruh hadirin bertepuk dan bertakbir menyambut kesedaran yang dilontarkan oleh Pak Samad pada malam ini. ’Saya tidak diperalatkan, malah saya dimanfaatkan. Saya akan naik ke mana-mana pentas keranan saya sedar saya memerlukan pentas. Saya sifatkan penglibatan saya di pentas politik sebagai win win situation kerana saya tidak rugi dan parti mendapat manfaat.’ Kata beliau lagi, dua parti politik yang boleh dipercayai dan dinaungi oleh seluruh rakyat negara ini pada waktu ini ialah PAS dan PKR. Jangan terpedaya lagi dengan UMNO dan BN. Bahasa Melayu adalah bahasa saya, saya amat yakin kepada bahasa saya sebagai bahasa tinggi untuk ilmu pengetahuan. Bahasa ini tidak lagi diyakini oleh UMNO. Kalau ada pemimpin UMNO datang berceramah di tempat tuan-tuan, jeritkan kepada mereka "berceramahlah dalam bahasa Inggeris, itu yang kamu mahu”. Beliau juga berharap Perhimpunan Agong UMNO pada bulan ini juga dijalankan dalam bahasa Inggeris kerana mereka gila kepada bahasa itu. Malam ini sangat bersejarah....... Terima kasih Pak Samad.

No comments:

Post a Comment