Begitulah suara2 dari BN dan penyokong serta penjilatnya mengenai penggantungan MB dan Exco2 Palsu Negeri Perak oleh Speaker yang sah dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang juga sah itu...
Hmmm...baru sekarang cerita nak ikut peraturan...
Pecat Nizar macam tu sah ke? Ikut peraturan ke?
Bila terkena batang hidung sendiri pandai pulak....
Teman tertarik dengan komen Nazri Aziz mengenai kes ini yang tersiar dalam Malaysiakini....
Nazri berkata, seluruh episod itu adalah satu "komedi" kerana keputusan oleh Sivakumar itu "amat tidak masuk akal".
"Speaker bertindak sendiri menjadi hakim dan juri sedangkan beliau tidak langsung mempunyai bidang kuasa itu.""Ini benar-benar kelakar dan satu persendaan dalam seluruh episod," kata Nazri pada sidang akhbar di bangunan Parlimen.
"Saya rasa untuk menghentikan ini semua, anggota-anggota DUN Barisan Nasional hendaklah ke mahkamah untuk menyelesaikan kebuntuan dan menjelaskan situasi," kata Nazri.
Bukan episod ini aje komedi Nazri oii!! Episod lompat 360 degree...episod jadi MB lalu pintu belakang malah episod suruh Nizar berhentipun...kelakar juga. Kalu tengok Mr. Beanpun tak sekelakar ini...
Dan untuk menghentikan ini semua...bawalah ke mahkamah rakyat untuk menentukan...once for all yob!! Apa macam.? Takut ke?
http://kopitiam-bang-nan.blogspot.com/2009/02/tidak-ikut-peraturan-malaysiakini.html
MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA
Kiriman Firdaus - Kopitiam Bang Nan
No comments:
Post a Comment