Jan 30, 2009
Macam macam didunia ni ada...dari serban ke kugan ke....
Sejak lepas pulang dari KT ni bermacam cerita telah didengar dan berbagai geraklaku ahli masyarakat yang dapat kita renungi dan ulas, kadang-kadang rasa meluat membaca cerita dan berita sampai sakit kepala untuk difikirkan.
Masalah nak kaji samada serban boleh dipakai ke tidak bila menunggang motosikal, apakah mereka yang pakai serban perlu buka serban dan pakai topi keledar pula, akan dikaji oleh polis dan JPJ. Bagi ana memang tak perlu nak kaji la wahai yang nak mengkaji, kalau nak berhujah pakai statistik macam selalu diajar kepada masyarakat, cukup lihat statistik yang ada pada polis dan JPJ, mana lebih ramai yang mati accident, yang pakai serban atau topi keledar, mana yang lebih ramai jadi mat rempit ganggu tugas polis dan orang ramai tengah malam ,yang pakai serban atau yang pakai topi keledar.
Satu hal lagi, kalau kaum Sikh dikecualikan dalam semua bidang bila mereka nak pakai turban, apakah adil kalau orang Melayu yang pakai serban kita kenakan tindakan atas kesalahan pakai serban kalau mereka menunggang motosikal?. Bukankah pengecualian pakai topi keledar itu pun diberikan kepada mereka yang memakai serban setelah bantahan dilakukan diperingkat awal pemakaian topi keledar dulu setelah pengecualian diberikan kepada kaum sikh , setelah bantahan pemakai serban dilakukan, maka kerajaan pada ketika itu memberi pengecualian kepada pemakaian serban, tak semesti haji atau lebai atau bukan haji atau lebai, kerana serban ini layak dipakai oleh siapa saja yang ingin memakai, dan perlindungan bukan ada pada title haji atau lebai, tetapi ada pada lilitan serban dikepala. Ini juga adalah merupakan sunnah nabi yang dituntut. Jadi kita harap KPN faham la sikit, walaupun dia tak pernah dilihat pakai serban atau dalam keluarga beliau pun tak pernah dilihat memakai serban .
Perkara kedua yang ana agak heran ialah bila Ketua Polis Selangor kata Kugan yang mati adalah kerana paru-paru dimasuki air. Sebenarnya sebagai pengamal perubatan yang sudah 25 tahun mengamalkan ilmu perubatan, belum pernah ana lihat orang yang paru-paru ada air mati terkejut setelah minum air akibat jatuh dan air masuk paru-paru lalu mati terkejut, kecuali kes pulmonary embolism. Itu pun tidak ada parut dan luka dibadan saperti dalam kes ini. Case TB yang sering kami rawat, case canser paru-paru yang kami rawat, biasanya paru-paru mereka penuh dengan air, itu pun mereka penat dan setelah di X ray dan diagnosed dimasukkan chest tube dan drain keluar air, boleh sihat dan hidup insyaallah dengan dirawat dan diizin allah sihat segar bugar. Tapi bila lihat gambar yang didedahkan, maka ana rasa ada perkara lain yang mungkin menyebabkan beliau mati mengejut dan ada perkara yang hendak dilindungi oleh polis.
Kita sering mendengar orang yang sedang disiasat mati dalam lock up, tiba-tiba sebab kematian memang tak boleh diterima dek akal. Ana setuju kalau diadakan satu siasatan bebas dan post mortem kedua dilakukan sebagai second opinion. Lihat pada kesan lebam dan luka pada leher, kita sebagai doktor sudah boleh agak kenapa ia boleh mati terkejut atau tiba-tiba, begitu juga kesan luka yang lain dan kesan gari ditangan, boleh menceritakan berbagai perkara hasil dari gambaran yang dipamerkan itu.
Semua ini berlaku diketika KPN adalah orang yang dipertikaikan dan yang terlibat dalam kes usung tilam dalam perbicaraan bekas TPM. Maknanya sekarang Allah nak menunjukkan apa yang patut beliau lakukan dikala beliau menjadi ketua setelah pengalaman yang telah beliau alami semasa menjadi pegawai penyiasat dulu. Isu mata lebam, siapa yang lakukan kalau bukan KPN ketika itu, setelah ditubuh suruhanjaya diraja baru tahu siapa yang terlibat dalam kes itu sebenarnya. Kalau kepada bekas TPM pun ketua polis ketika itu sanggup lakukan, bayangkan kalau orang biasa macam kita yang tidak ada title ini !.
Kes lain adalah mengenai pengakuan orang kuat UMNO yang mengaku parti mereka sudah tidak ada daya penarik lagi, baik di Perlis, baik di Johor, baik di Selangor bahkan ini dikuatkan lagi dengan tindakan manusia yang kurang cerdik di JPM yang mahu menyekat semua kerjasama antara kerajaan pusat dengan negeri seolah-olah kerajaan pusat hidup tidak bergantung kepada negeri, semacam dia tidak tahu bahawa hasil getah,minyak, kelapa sawit yang dihasilkan di Malaysia ini ditanam atau diambil dari tempat lain bukan hasil negeri-negeri dalam Malaysia ini. Macamlah kilang-kilang yang mengeksport barang keluar itu tidak terletak didalam negeri-negeri didalam Malaysia ini, macamlah kilang itu tak terletak diatas tanah yang terletak didalam negeri-negeri didalam negara ini, macamlah gaji beliau itu hasil dari atas langitm bukan dari hasil negara yang diperah dari negeri-negeri. Begitu juga dengan cukai yang dipungut, semacam bukan dari rakyat dari negeri-negeri didalam Malaysia ini. Suatu tindakan yang amat sesuai untuk mempercepatkan pelupusan UMNO dan BN dari bumi Malaysia ini kalau diteruskan juga.
Kes rasuah politik yang sudah menjadi begitu hot dan memenuhi dada akhbar saban hari mutakhir ini, kalau diperhati huraian orang besar UMNO, memang nampak jelas bahawa saatnya sudah tiba bagi rakyat untuk menilai apakah jenis manusia yang dilahirkan oleh UMNO selama ini apabila salah seorang MP BN menyatakan penubuhan SPRM adalah untuk membersihkan UMNO dari gejala rasuah. Ana rasa satu kenyataan yang mengesahkan bahawa selama ini penyakit rasuah ini memang tidak dapat dibendung oleh BPR kerana tidak dapat bertindak kalau tidak mendapat restu daripada pemimpin besar mereka, tetapi bila SPRM yang dimahukan oleh pemimpin besar agar lawan politik beliau di perkenakan maka ramailah nanti yang akan di "dakwa" kononnya, lepas tu atas alasan tidak cukup bukti, lalu lepas bebas, bila lepas bulan Mac nanti, maka menanglah pemimpin besar ini dan terus-terusan dapat jadi Menteri Perdana, sebab itu kita dapati sekarang ini semacam ada trend hanya satu negeri saja yang terlibat dengan rasuah politik ini, walaupun Dr M pernah dedahkan bahawa di Kubang Pasu ada pemberian rasuah untuk mesyuarat agong bahagian suatu masa dulu. Tetapi tidak ada tindakan pun yang diambil, mungkin SPRM belum ada kut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment