http://www.bio-asli.com/gambar/rasmi-1.jpg
pas-for-all2
http://www.moh.gov.my/MohPortal/images/popup-h1n1.png

May 7, 2011

SELAMAT HARI IBU

Bulan Mei kembali lagi. Membawa sinar buat si ibu menguntum senyum. Direncanakan pada setiap Ahad, minggu kedua bulan Mei, Hari Ibu diraikan rakyat Malaysia. Di sana sini pelbagai aktiviti dirancang untuk meraikan insan tersayang bergelar "ibu, emak, mama, ummi, mummy, amma, ma" atau apa sahaja gelaran diberikan kepada golongan teristimewa ini. Tujuannya untuk menggembirakan dan menghargai jasa si ibu yang tidak ternilai dalam membesarkan anak-anak. Justeru senario pelbagai pakej menarik, promosi hadiah, tawaran hidangan istimewa di restoran dan diskaun harga, meriah mengisi ruang akhbar, Internet dan risalah untuk memikat anak-anak menerima tawaran ini buat ibu kesayangan mereka. Mungkin ada baiknya untuk anak-anak, namun fenomena sebegini juga dilihat cuba mengambil kesempatan mengaut keuntungan daripada sambutan itu. Pengorbanan ibu yang tidak ternilai harganya seperti sudah dikomersialkan oleh pihak tertentu dan ia bagaikan sudah tiada jiwa lagi dalam sambutan itu. Adakah itu yang sewajarnya mewarnai Hari Ibu atau bagaimana pula pilihan si ibu sendiri?

No comments:

Post a Comment