Isu royalti minyak Kelantan bukanlah perkara baru. Ia sudah termaktub di antara perjanjian Petronas dan Kerajaan Kelantan. Pastinya Tengku Razaleigh lebih memahami masalah ini. Mantan PM Tun Mahathir juga mengetahui hal ini. Cuma Kerajaan Persekutuan tidak mempedulikan perjanjian itu, atau memicingkan mata terhadap perjanjian yang termaktub itu. Namun apabila Kerajaan Persekutuan bercadang untuk memberikan Wang Ehsan kepada Kelantan, maka timbullah pelbagai isu dan pandangan dari pelbagai pihak. Ada yang bersetuju dan ada yang tidak. Kerajaan Kelantan yang ditadbir oleh PAS tentu tidak bersetuju dengan Wang Ehsan ini. Pengalaman Kerajaan PAS Terengganu memberikan pengajaran yang amat berguna kepada PAS Kelantan.
2. Wang Ehsan, seperti yang diketahui umum tidak akan sampai kepada kerajaan negeri. Sebaliknya ia akan disalurkan melalui Jabatan Persekutuan yang diwujudkan khas untuk mengendalikan masalah itu. Sebab itu PAS menolak Wang Ehsan. Wang Ehsan bukan sahaja disalurkan kepada kroni dan suku sakat serta orang-orang BN, bahkan ia juga digunakan untuk melemahkan kerajaan PAS Kelantan. Inilah yang tidak persetujui dan tidak disukai oleh MB Kelantan itu.
3.Dan akhirnya TG Nik Abd Aziz memberikan kata dua terhadap isu wang royalti ini. Dia pun berdoa ke hadirat Illahi agar membukakan hati Najib untuk memberikan wang royalti itu kepada Kelantan. Jika Najib gagal memenuhi permintaan MB itu, ia juga turut didoakan supaya turut menanggung akibatnya dari penyelewengan yang terang-terangan ini. Apakah doa seperti ini salah dan bertentangan dengan ajaran Islam? Nabi pernah menyebut dalam sebuah hadithnya bahawa “ doa itu adalah senjata bagi orang mukmin.” Jadi pada pandangan penulis, doa itu adalah selaras dengan hadith Nabi berkenaan, tiada yang menyalahi hukum Islam dalam masalah ini.
4. Soalnya mengapakah UMNO/BN terlalu menggelabah dengan doa MB Kelantan itu. Apakah mereka takut menerima kenyataan yang mereka sebenarnya telah melakukan kesalahan dalam pembahagian wang royalti minyak ini. Doa itu belum tentu dimakbulkan Tuhan. Lalu apa yang ditakutkan? Apakah yang berdoa itu seorang Tok Guru, seseorang yang arif dan beramal dengan Islam? Apakah Najib takut dengan doa yang mungkin akan dimakbulkan Tuhan itu?
5.Masa masih panjang untuk memperbaikki keadaan.Sekiranya UMNO/BN takut dengan doa Tok Guru, maka ikutlah jalan yang betul dan salurkan wang royalti minyak kepada yang berhak menerimanya, bukan mempolitikkan isu itu sehingga menjadi Wang Ehsan dan disalurkan pula melalui Jabatan Persekutuan. Akhbar-akhbar rasmi pula tidak harus mempermainkan isu ini sehingga akhbar sudah hilang kredibilitinya di kalangan masyarakat, dan masyarakat terpaksa mencari media baru untuk mendapat berita yang lebih sahih lagi dipercayai. Tepuk dada tanyalah selera. Hendak menanggung akibat doa Tok Guru (jika dimakbulkan) atau hendak menyalurkan wang royalti itu kepada yang berhak menerimanya.
AlKundangi,
No comments:
Post a Comment