WANITA muslim yang tinggal di Acheh Barat dilarang untuk memakai seluar ketat mulai 1 Januari tahun depan.
Sesiapa yang memakai seluar atau jeans ketat akan disuruh menukar pakaian tersebut kepada skirt labuh yang disediakan oleh kerajaan daerah itu.
Manakala seluar ketat itu pula akan dipotong dua dengan segera dihadapan mereka.
Kaum lelaki juga tidak terlepas kerana mereka tidak dibenarkan untuk memakai seluar pendek.
Tetapi, tidak dimaklumkan sama ada kaum lelaki akan diberi pakaian gantian jika mereka ditangkap memakai seluar pendek. Hukuman apa yang akan dikenakan buat lelaki Islam yang melanggar peraturan itu juga tidak dinyatakan.
Sementara itu, Ketua Daerah Acheh Barat Ramli Mansur berkata penduduk yang bukan beragama Islam tidak perlu mengikuti peraturan tersebut.
“Kami menghormati hak penduduk bukan Islam. Oleh itu, mereka tidak perlu risau mengenai peraturan baru ini,” jelasnya lagi.
“Kaum wanita hanya dibenarkan untuk memakai seluar sehingga buku lali mereka dan seluar itu juga mestilah longgar. Mereka hanya boleh memakai seluar di dalam skirt,” ujarnya lagi.
Menurut Mansur lagi, jika ada sesiapa yang membantah, dia berpesan kepada mereka supaya tidak marah terhadapnya kerana dia hanya mengikut tuntutan agama Islam.
A quite good story..
ReplyDeleteHarap blog ni sentiasa update info-info yang menarik.
don't forget to leave your comment in myutusanmalaysia.blogspot.com
Wani-dsp,
My Utusan Malaysia
terimakasih wani-dsp
ReplyDeletekerana melawat blog kami
jengok lah sentiasa walau sekejap
insyallah kami akan mengupdate sentiasa