Nov 28, 2009

Konspirasi Jatuhkan Tok Guru Berjalan Lancar

Banyak sangat kejadian pelik kebelakangan ini. Jika sehari dua tak baca akhbar atau melayarai internet nescaya kita akan ketinggalan berita dan maklumat sensasi yang berlegar di alam nyata dan maya. Walaupun berita ini melibatkan semua pihak tetapi kita lihat lebih banyak perhatian adalah kepada Pakatan Rakyat (PR) terutama PAS. Ini bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana dalam gelora politik negara hari ini, kedudukan PAS adalah kritikal kepada survival UMNO dan juga PR.

UMNO memerlukan PAS untuk menjadi batu loncatan dalam usaha memulihkan kembali imejnya yang teruk tercalar hasil daripada perbuatan mereka sendiri. Mengikut kajian penganalisa politik tempatan dan para bloggers (termasuk pengakuan daripada pimpinan PAS sendiri) ada beberapa kerat pimpinan tertinggi parti yang termakan umpan dan pujuk rayu UMNO. Biar pun mereka tidak mengaku secara langsung penglibatan ini, tetapi tindak-tanduk dan percakapan mereka jelas mengambarkan sumbangan mereka kepada agenda pemulihan UMNO. Isu kerajaan perpaduan, survival Melayu-Islam, propaganda kebencian DAP terhadap Islam dan lain-lain lagi adalah antara pendekatan yang membawa keuntungan kepada UMNO dan dalam masa yang sama merugikan PR.

Antara pimpinan yang paling tegas menghalang UMNO daripada terus menerus memperkudakan beberapa kerat pimpinan PAS ini adalah Tok Guru Nik Aziz sendiri. Beliau lantang di dalam menangani isu persepakatan politik dengan UMNO dan tidak berganjak walau seinci pun daripada sikap ini sehingga ke hari ini. Langkah tegas Tok Guru menyebabkan UMNO gagal mencapai hajat mereka ingin memusnahkan PAS. Anak Bapa yakin PAS akan musnah jika percaya dengan “keikhlasan” perpaduan tajaan UMNO kerana 3 perkara yang akan berlaku serta-merta. Pertama, orang-orang bukan Islam akan tinggalkan PAS secara berbondong-bondong, kedua, orang-orang Melayu termasuk pimpinan PAS akan berpecah dua, dan ketiga, majoriti orang-orang Melayu akan kembali menyokong UMNO kerana dasar Melayu-Islam lebih cocok dengan UMNO.

Jadi apa yang tinggal pada PAS? Perpecahan dan pergantungan mutlak kepada UMNO. Mungkin ada beberapa kerat pemimpin PAS yang menjadi menteri dan sebagainya atau mungkin Kelantan dan Terengganu dibenarkan melaksanakan hukum hudud. Tetapi semua ini hanyalah fenomena sementara yang akan berakhir secepat ia bermula. Pada penghujungnya PAS akan ditinggalkan seperti pengemis jalanan tanpa ada pembelaan daripada sesiapa.

Tok Guru nampak semua ini dan beliau berusaha keras untuk menghalang perkara ini daripada berlaku. Tok Guru tidak akan memarahi Ustaz Nasaruddin, Mustafa Ali dan Hasan Ali secara terbuka jika beliau tidak mempunyai maklumat yang tepat dan betul tentang apa yang sedang berlaku. Ini sememangnya bukan ciri Tok Guru.

UMNO sedar bahawa selagi Tok Guru ada maka cita-cita mereka untuk memporak-perandakan PAS tidak akan berjaya. Maka usaha rapi dibuat untuk meminggirkan Tok Guru daripada PAS dan seterusnya daripada PR. Dan tidak ada jalan yang paling baik selain daripada “character assassination” ke atas batang tubuh Tok Guru dan mereka yang rapat dengan beliau kerana hanya cara ini saja akan mencemarkan status Tok guru sebagai ikon PAS. Adalah sesuatu yang “naïve” bagi ahli-ahli PAS dalam menyangka bahawa serangan ke atas Tok Guru adalah secara kebetulan sahaja. Ia memang terancang, dirancang oleh UMNO dan mungkin dengan kerjasama beberapa kerat pimpinan PAS yang memang cukup benci dengan Tok Guru.

Anak Bapa tidak berkata Tok Guru itu maksum. Beliau pun ada buat silap. Sebagai contoh kisah pelantikan menantu beliau bagi memegang jawatan CEO Permodalan Menteri Besar Kelantan Berhad (PMBK). Anak Bapa tetap berpandangan ia tidak sesuai walaupun Ariffahmi layak. Ini lebih kepada tanggungjawap moral di dalam menjaga persepsi masyarakat bahawa kita bukan jenis jaga kroni. Begitu juga isu hadiah pakej pergi buat haji pun tetap Anak Bapa tidak bersetuju kerana pertama ia terlalu mewah dan kedua, walaupun pemberi hadiah berkenaan memang dermawan kepada Tok Guru sudah sekian lama tetapi beliau adalah penerima kontrak balak kerajaan negeri (mengikut makluman yang saya perolehi). Memang ada sedikit sebanyak kesilapan Tok Guru tetapi perkara ini diterima dengan baik oleh Tok Guru selepas teguran dibuat. Cuma Anak Bapa lebih suka pendekatan ayah-anak digunakan iaitu dengan memilih pendekatan penyelesaian secara dalaman kerana Tok Guru memang jenis yang “approachable” dan mudah dibawa berbincang. Kita merasakan serangan terbuka dan berterusan ke atas Tok Guru mempunyai agenda lebih besar, iaitu mencemar maruah beliau dan sekali gus meminggirkannya.

DAP dilihat lebih cerdik berpolitik apabila terus menyatakan sokongan bukan-Islam kepada kepimpinan Tok Guru. Anak Bapa tak lihat sokongan serupa daripada PKR dan juga pimpinan PAS. Adakah “dosa” Tok Guru dah terlalu besar sehingga kita hilang pertimbangan dan percaya Tok Guru dah jadi liabiliti kini pada parti. Kenyataan Nik Mohd Amar (walaupun ada kebenarannya di ketika yang lain) dan Nik Abduh adalah tidak bersesuaian dalam keadaan serangan bertali arus ke atas ikon jamaah kita ini. Ketumpulan pandangan politik kita di dalam melihat “the big picture” agenda UMNO untuk memusnahkan PAS adalah sesuatu yang amat mendukacitakan Anak Bapa dan juga sebahagian besar ahli dan penyokong. Pimpinan PAS perlu meneropong jauh di dalam diri masing-masing dan melihat semula keutamaan dan gerak kerja kita. Langkah “fire fighting” atau ad-hoc ini tidak akan membantu PAS di dalam melonjakkannya jauh ke hadapan. PAS yang telah lama kerkecimpung di dalam arena politik negara dan merupakan parti komponen PR yang besar perlulah juga memiliki jiwa yang “equally as big”. Selagi kita tak memperkemaskan saf dan kepimpinan kita maka keupayaan untuk menyekat UMNO/BN dalam PRU ke 13 menjadi persoalan besar. Kajian Dr. Abu Hassan yang dibentangkan di Seminar Politik baru-baru ini jelas menunjukkan bahawa persepsi masyarakat bahawa isu kepimpinan adalah isu besar yang melanda PAS. Persoalannya di mana kita bermula?

Anak Bapa: Islam yang kita bawa ini gagal mendidik pimpinan dan ahli daripada menjadi khairul ummah, di mana salahnya?

http://anakbapa.blogspot.com/2009/11/konspirasi-jatuhkan-tok-guru-berjalan.html

Kiriman: AnakBapa

Pengganti Tuan Guru: Hentikan berbalas kenyataan dalam media

KUALA LUMPUR, 28 Nov: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak sepatutnya ditekan untuk menamakan penggantinya dan semua kenyataan pemimpin PAS mengenai perkara itu mesti dihentikan, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar. "Jangan paksa Tuan Guru mencadangkan penggantinya. Beliau tentu mempunyai perkiraan, perhitungan dan kebijaksanaan sendiri untuk memilih masa yang sesuai untuk mencadangkan siapa penggantinya," kata beliau. Mahfuz menyifatkan tindakan berbalas-balas kenyataan mengenai perkara itu secara terbuka di dalam media memberi tekanan kepada Tuan Guru menamakan penggantinya sebagai Menteri Besar Kelantan. Walaupun tindakan menyuarakan pandangan mengenai perkara itu adalah hak demokratik masing-masing, kata beliau, tetapi berbalas-balas kenyataan sesama sendiri mengenai perkara itu secara terbuka di dalam media boleh mengakibatkan implikasi yang lain. "Lebih dari itu, semua pihak jangan membelakangi tertib organisasi di dalam PAS. "Dari segi peraturan berorganisasi di dalam PAS, Tuan Guru atas sifatnya sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan boleh mencadangkan nama penggantinya kepada dan di dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat untuk dipertimbangkan. "Begitu juga, ahli-ahli mesyuarat yang lain di dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat juga boleh mengemukakan cadangan untuk dipertimbangkan. "Tetapi, dari segi kaedah berjemaah di dalam PAS, keputusan mengenai perkara itu hanya boleh dibuat di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sebagai badan eksekutif yang dipilih oleh muktamar," katanya. Bagaimanapun, kata Mahfuz, pandangan dan hasrat Tuan Guru sebagai pemegang jawatan itu kini dan lebih dari itu sebagai Mursyidul Am biasanya diberi keutamaan untuk dipertimbangkan oleh mesyuarat tersebut. Mahfuz juga menjelaskan, setiap kali PAS mendapat kerusi majoriti di mana-mana negeri selepas pilihan raya, nama orang yang mendapat kepercayaan parti untuk menjadi Menteri Besar di kemukakan oleh Presiden PAS kepada Sultan negeri yang berkenaan. "Presiden PAS pula mengemukakan nama tersebut kepada Sultan yang berkenaan setelah dipersetujui oleh mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat,"kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Mahfuz meminta semua pihak agar memberikan kepercayaan kepada Tuan Guru untuk memilih masa yang sesuai bagi mencadangkan penggantinya sebagai Menteri Besar Kelantan dan juga kepada mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat untuk mempertimbangkan cadangan beliau dan membuat keputusan mengenainya. "Saya yakin semuanya akan berjalan dengan lancar mengikut tertib berjemaah dan berorganisasi di dalam PAS," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. :harakah

BTN tiada manfaat, hanya dakyah pesong semata-mata

SIJANGKANG, 28 Nov: Tiada manfaat dan hanya dakyah untuk memesong pemikiran belia-belia semata-mata. Demikian kesimpulan yang dapat dirungkaikan mengenai kursus Biro Tata Negara (BTN). Pembantu Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan,Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, amat jelas program BTN merupakan alat Umno dalam menyebarkan dakyah kepada belia-belia yang menyertainya. "Ramai pemimpin dalam kerajaan negeri kini yang pernah menyertai malah mengendalikan BTN dan daripada maklum balasnya kita yakin tiada manfaat jelas program sebegitu,"jelasnya semasa ditemui Harakahdaily di lokasi majlis korban di Dun Sijangkang sebentar tadi. Disebabkan itu katanya, kerajaan negeri mengambil keputusan untuk tidak lagi membenarkan 'anak-anak buah'nya menyertai kursus-kursus yang dianjurkan di bawah BTN. (Gambar: Dr Ahmad Yunus sedang melakukan ibadah korban dengan menyembelih lembu di Masjid al-Firdaus Kg Sg Rambai pagi tadi)

Dalam pada itu, Dr Ahmad juga menjelaskan bahawa, kerajaan negeri sendiri telah memperkenalkan programnya tersendiri dalam memastikan pembinaan modal insan para belia di negeri Selangor melalui program SPIES (Spiritual, Physical, Intellectual,Emotional, Social). "Kita telah lama wujudkan dan memang terbukti memberikan kesan yang baik berbanding dengan program-program seperti BTN,"katanya. Sebelum ini, Kerajaan Negeri Selangor melarang penyertaan kakitangan kerajaan negeri dan pelajar di institusi pengajian tinggi miliknya hadir di program anjuran Biro Tatanegara (BTN). Menurut Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali,keputusan yang berkuatkuasa serta-merta itu dibuat dalam mesyuarat exco kerajaan negeri susulan desakan sekumpulan ADUN Pakatan Rakyat di Selangor yang mendakwa program kendalian biro bawah Jabatan Perdana Menteri itu membangkitkan sentimen perkauman. Empat buah pusat pengajian tinggi yang dimiliki kerajaan negeri itu: Universiti Industri Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Kolej Antarabangsa INPENS dan Institut Kemahiran Yayasan Selangor. Selain menghentikan penyertaan pelajar, seperti didesak, keputusan itu turut meliputi kakitangan kerajaan negeri dan pegawai semua anak syarikat kerajaan itu, tambahnya. Dalam satu sidang media di Shah Alam baru-baru ini, Dr Halimah menyifatkan program BTN sebagai "indoktrinasi kerajaan (pusat) BN untuk menimbulkan fenomena yang agak racist (perkauman) seolah-olah ingin memecah belah penduduk pelbagai bangsa dan agama." "Rata-rata (peserta BTN) termasuk anak saya sendiri, mereka kadang-kadang dibekalkan dengan buku kecil yang mengandungi pelbagai perkara yang menimbulkan kebencian kepada (pihak) yang dikatakan pembangkang kepada kerajaan Malaysia,” kata wakil rakyat PAS itu. "Oleh kerana ia tidak memberi satu perkara yang positif, tambahan pula kepada minda yang begitu muda ini, maka kita rasa ia tidak perlu dan menghabiskan wang rakyat." Minggu lalu, sekumpulan wakil rakyat muda tiga parti dalam Pakatan menulis surat kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuat desakan demikian. ADUN-ADUN yang terlibat: Amirudin Shari (PKR-Batu Caves), Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku), Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Seri Setia), Jenice Lee Yin Ha (DAP-Teratai), Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP-Subang Jaya) dan Gan Pei Ni (PKR-Rawang).

:harakah

Nov 27, 2009

Perutusan hari Raya Aidil Adha

Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Pada hari yang sangat besar ertinya kepada umat Islam ini, ketika mana Allah menjadikan manusia dari pelbagai bangsa dan keturunan berhimpun di tempat letaknya kiblat umat Islam, kita dipersatukan dengan Islam yang menjadi panduan hidup manusia sehinggalah ke hari kiamat. Iman yang dimiliki oleh umat manusia inilah yang juga mempersaudarakan kalangan manusia dari pelbagai rupa bangsa samada dekat atau jauh, semuanya adalah bersaudara di antara satu sama lain. Kita membaca bagaimana umat Islam di zaman dahulu berpegang teguh dengan Al-Quran dan Hadis Nabi saw, termasuklah dalam perkara hubung-kait antara satu sama lain walaupun mereka berselisih pendapat dan berbeza pemimpin, mazhab dan guru tetapi mereka berkasih sayang dan bermaafan. Kalau mereka berselisih pendapat atau berkelahi dengan mudah sahaja mereka berdamai kerana mereka menyelesaikan masalah dengan kembali kepada kepada Al-Quran dan Hadith Nabi saw. Kepada seluruh ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS), marilah kita terus menerus memperkukuhkan parti kita dengan sama-sama kita mengikhlaskan niat perjuangan kita kerana Allah, dan seterusnya kita beramal dengan kaedah perjuangan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw. Marilah kita berpegang teguh kepada firman Allah dalam Surah An-Nisa’ ayat 59. “Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya” Juga sabda nabi s.a.w yang diucapkan ketika menunaikan haji selamat tinggal : “Janganlah kamu menyeleweng, menjadi kafir selepas aku wafat sehingga ada di kalangan kamu memancung leher dengan pedang-pedang di antara satu sama lain (Riwayat Imam Ahmad, Bukhari & Muslim) Ikhlas, Presiden PAS

Muhyiddin ingin gagalkan tuntutan royalti - Husam

KOTA BHARU, 27 Nov: Kesanggupan Tengku Razaleigh Hamzah untuk mengetuai Kaukus Parlimen berkaitan isu petroleum di negara ini sepatutnya mendapat sokongan dari semua pihak tanpa mengira parti kerana beliau adalah orang paling kanan dalam pentafsiran undang-undang yang berkaitan petroleum yang dikendalikan oleh Petronas. Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi,Kewangan dan Kebajikan Dato’Husam Musa ketika ditemui dimajis penyampaian sumbangan kewangan kepada warga Dun Salor di Surau berhampiran rumah beliau hari ini. Menurut Husam,tindakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ingin menghalang Ku Li daripada mengetuai Kaukus Parlimen tersebut adalah semata-mata ingin menggagalkan tindakan Kelantan yang ingin menuntut royalti dari Petronas. “Kaukus Parlimen yang ditubuhkan bukannya untuk kepentingan parti tetapi ia adalah satu tindakan bersama ahli parlimen tanpa mengira parti dalam sesuatu isu yang membabitkan parlimen dan dalam hal petroleum ini ia amat bertepatan kerana ia dibentangkan di parlimen sebelum ini”ujar beliau. Sebelum ini pihak pembangkang juga sering bersama kerajaan dalam sesuatu isu yang berkaitan negara dan juga luar negara seperti dalam isu menentang kezaliman Israel terhadap Palestin,bantuan bencana alam dan sebagainya. Husam juga berharap selain dari Ku Li yang menyertai Kaukus Parliemen ini,wakil-wakil rakyat dari negeri lain yang terlibat dalam isu petroleum juga patut menyertainya kerana ia melibatkan hasil sesebuah negeri. Menyentuh tindakan Muhyiddin yang mengganggap Ku Li melanggar prinsip BN,Husam berkata ini tidak timbul kerana Kaukus Parlimen sememangnya melibatkan semua ahli Parlimen dan Muhyiddin boleh dianggap tidak menghormati institusi Demokrasi Berparlimen. Sebelum itu,Husam telah menyampaikan sumbangan kewangan kepada 32 penerima dalam kategori sumbangan sosio –ekonomi kepada Armalah,Orang Kurang Upaya dan mangsa kebakaran dengan melibatkan RM 14 ribu yang telah mendapat kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Kota Bharu. Husam berharap dengan sumbangan tersebut mereka yang menerima akan menjadikan ia sebagai modal untuk membuat sesuatu perniagaan secara kecil-kecilan dan sempena menyambut Hari Raya Aidil Adha esok, beliau ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam.

Nov 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA BUAT SEMUA PEMGUNJUNG TERUSANLIAMBAT MAHAF ZAHAR & BATIN

Pemimpin parti politik wang tiada upaya selesai krisis MCA - Nik Aziz

KOTA BHARU, 26 Nov: Terlebih sudu dari kuah, mungkin ia dapat menggambarkan peringatan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menyelesaikan krisis dalaman MCA yang semakin parah sekarang. Sedangkan Umno sendiri banyak perkara yang tidak boleh diselesaikan, malah lebih teruk berbanding MCA. Ini dibuktikan dengan rekod pertembungan sesama pemimpin Umno sehingga membawa kepada pengharaman Umno pada 1987. Ketika itu berlaku perebutan jawatan presiden Umno antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah. Kemudian berlaku lagi pertembungan di antara Dr Mahathir dengan ramai pemimpin Umno lain termasuk Tun Musa Hitam, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pertelingkahan dalaman Umno sehingga membawa kepada pengharaman parti itu tidak pernah berlaku dalam sejarah parti politik di Malaysia. "Saya hairan tiba-tiba seorang pemimpin dari parti yang begitu tenat dengan masalah politik wang mampu menyelesaikan krisis MCA seperti yang dihasratkan Timbalan Perdana Menteri. "Bagi saya politik orang Cina lebih ke hadapan dan lebih matang. Macam mana Umno hendak ajar orang Cina berpolitik. "Apa perasaan orang Cina apabila Umno hendak ajar mereka berpolitik sedangkan rumah guru pun berselerakan," katanya di sini. Baru-baru ini Muhyiddin mahu diberi tempoh seminggu bagi menyelesaikan krisis dalaman MCA yang semakin tenat sekarang. Beliau membuat kenyataan itu selepas diberi amanah bagi menyelesaikan kemelut MCA oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kini sibuk ke luar negara. Ekoran kenyataan Muhyiddin tersebut ramai pemimpin Cina marah kerana memperlihatkan sikap Timbalan Presiden Umno itu seorang yang angkuh dan memperkecil keupayaan pemimpin MCA menyelesaikan masalah mereka. Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pemimpin politik Melayu Umno hanya masyhur mempertahankan politik wang. "Rekod pemimpin Umno cemerlang dalam sektor mengutip komisen. Sesetengahnya ada kelulusan sehingga peringkat PhD apabila mendapat kontrak memberi ali baba kepada pihak lain pula," tambahnya. Beliau juga berkata, sekiranya benar orang Cina mendengar nasihat pemimpin Umno, sudah tentu mereka telah memberi undi besar kepada Umno dan BN pada pilihan raya umum lalu. Sebelum ini Muhyiddin gagal menyelesaikan krisis Umno Terengganu yang kini terbelah kepada dua kumpulan iaitu Datuk Ahmad Said dan Datuk Seri Idris Jusoh.

:harakah

Pemangku Raja lakukan ibadat korban raya kedua

KOTA BHARU, 26 Nov: Rakyat Kelantan berpeluang bersolat Hari Raya AidilAdha bersama Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra di Masjid Muhammadi Jumaat ini bermula jam 8.30 pagi. Pengelola Istana D'raja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, selepas solat AidilAdha baginda akan berangkat ke majlis penghadapan di Istana Balai Besar. “Oleh itu muslimin dan muslimat serta penduduk bukan Islam boleh mengadap dan berhari raya bersama baginda selepas sembahyang hari raya di Masjid Muhammadi," katanya dalam satu kenyataan di sini. Pada hari raya kedua pula baginda akan berangkat ke kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra di Panji bagi menyempurnakan majlis korban. Manakala pada petang Khamis (sebelum hari raya) Pemangku Raja Kelantan akan berangkat ke makam Al-Marhumah Raja Perempuan Zainab II dan makam D’Raja Langgar dekat sini jam 5 petang.

Kaukus royalti: BN tidak sepatutnya menekan Tengku Razaleigh

KUALA LUMPUR, 26 Nov: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yakin Tengku Razaleigh Hamzah akan mengutamakan prinsip berpegang kepada kebenaran untuk mengetuai kaukus ahli-ahli parlimen berkaitan royalti petroleum. "Kaukus itu bersifat non-partisan di mana ia menghimpun Ahli-Ahli Parlimen tanpa mengira parti atau negeri. Ahli-Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak juga dijemput. "Dengan semangat dan sifat sedemikian, saya yakin Tengku Razaleigh akan mengetuainya kerana perjuangan kaukus itu ialah untuk memastikan kehendak Perlembagaan dan undang-undang terutama Akta Petroleum dilaksanakan," katanya. Salahuddin menyifatkan gesaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya Tengku Razaleigh Hamzah meneliti semasak-masaknya sebelum bersetuju mengetuai kaukus itu sebagai tindakan yang membelakangi tamadun dan kehendak undang-undang. "Saya berharap Muhyiddin tidak membawa pemikiran zaman batu yang primitif sehingga tidak boleh berkerjasama untuk kepentingan rakyat dan demi melaksanakan kehendak undang-undang. "Kita pun tahu bahawa Tengku Razaleigh adalah Ahli Parlimen yang mewakili Barisan Nasional (BN), tetapi jika PAS dan Umno boleh bersama-sama memperjuangkan hak rakyat Palestin di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri dahulu, mengapa pula tidak boleh berkerjasama demi kepentingan rakyat Kelantan dan rakyat negeri-negeri lain yang berhak di sini undang-undang untuk mendapat bayaran tunai royalti minyak sedangkan mereka adalah rakyat negara ini," tegas Ahli Parlimen Kubang Kerian itu. Menurut beliau, Tengku Razaleigh juga dijemput mengetuai kaukus itu atas sifatnya sebagai negarawan dan orang yang terlibat sejak dari awal lagi dalam isu royalti. "Adalah tidak matang bagi BN mengenakan tekanan kepada Tengku Razaleigh dan menghalang kerjasama anggota badan legislatif negara tanpa mengira parti untuk memperjuangkan kepentingan rakyat," katanya. Minggu lalu, Tengku Razaleigh mengulangi penegasannya sebelum ini bahawa Kelantan berhak mendapat royalti minyak. Bekas Menteri Kewangan itu terlibat mendrafkan Akta Petroleum yang memberi jaminan bayaran tunai royalti minyak sebanyak lima peratus kepada negeri-negeri pengeluar minyak. Pengerusi Petronas yang pertama itu juga menegaskan bahawa Kelantan berhak di sisi perlembagaan untuk menerima royalti minyak itu. Semalam, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Tengku Razaleigh bersetuju untuk menimbangkan pelawaan untuk mengetuai kaukus ahli-ahli parlimen berkaitan royalti petroleum itu. Hari ini, Muhyiddin membayangkan rasa tidak senangnya dengan tindakan Tengku Razaleigh itu. Beliau berkata, pada dasarnya BN tidak terlibat dengan perkara-perkara sedemikian kerana terikat dengan prinsip parti. "Eloklah Tengku Razaleigh teliti semasak-masaknya walaupun ia melibatkan negeri Kelantan tetapi ini ditaja oleh pihak parti pembangkang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri yang nak mengusahakannya. "Jadi, kalau atas dasar yang biasa, biasanya kita tidak fikir sesuai tetapi saya percaya Tengku Razaleigh faham tentang itu dan kita serah kepada kebijaksanaan beliau untuk teliti sebelum buat keputusan muktamad. "Saya fikir beliau orang lama dalam parti, dia tahulah keputusan apa yang dia nak buat," katanya. :harakah

Nov 25, 2009

USAHA MERAMPAS KUASA DI KEDAH

Mungkin ada yang tertanya,apakah PRK yang berlaku di kota seputeh akan mengembalikan kegemilangan kemenangan cemerlang kepada PR dalam pilihanraya kecil sebelum ini (tolak di Batang Ai & Bagan Pinang)?

Bagi aku sendiri,ini adalah medan yang pertempuran yang akan memanjangkan penguasaan semula era atau hayat politik keluarga Dr Mahathir setelah hampir disisihkan atau dipinggirkan oleh menantu Tun Abdullah iaitu Khairi Jamaluddin.

Sudah dijangka awal,jika kemenangan BN berlaku di PRK Pmtg Pasir setelah kematian ADUN Dato Haji Hamdan,sudah pastinya semangat itu akan di bawa di Kota Seputih.Malangnya kekalahan yang berganda serta tewas dengan majoriti yang tinggi (walaupun tidak melebihi daripada Majoriti 2008 akibat pilihanraya berlaku pada waktu bekerja).

Itulah yang menyebabkan kekosongan di DUN Kota Seputih tidak berlaku sehinggalah kemenangan bergaya BN di Bagan Pinang bagi menaikkan semangat petugas jentera BN ataupun isu penerimaan masyarakat di Bagan Pinang akan dibawa ke Kota Seputih.

Tujuan utamanya ialah bagi membawa Dato Mukriz Mahathir Ahli Parlimen Jerlun sebagai calon BN di Kota Seputih walaupun dinafikan oleh TPM Muhyiddin Yasin.Ini adalah usaha ataupun bakal digunakan kempen BN bagi memperingati jasa-jasa Dr Mahathir di Kedah ataupun sebagai mantan PM yang akan memberikan sedikit kelebihan kepada BN dalam sepanjang kempen nanti.

Kita juga perlu faham,dalam usaha BN merampas negeri yang dikuasai PR,Mukriz adalah calon terbaik di Kota Seputih memandangkan BN Kedah kena menonjolkan bakal Menteri Besar bagi pihak mereka supaya ianya dapat diterima rakyat negeri kedah.Ketahuilah,PR Kedah kena menilai kesemua aspek ini agartidak tergelincir daripada membaca taktik yang cuba dibawa BN di Kedah.Ayuh & Awas kepada pimpinan PR Kedah!!!

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/2009/11/usaha-umno-kedah-untuk-merampas-kedah.html

- Aloha2 - Malaysia Biz

ABIM Minta Perhalusi Pindaan Akta 164 Sebelum Dilaksanakan

KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menyarankan agar cadangan meminda akta untuk membaharui undang-undang perkahwinan dan perceraian 1976 diperhalusi sebelum dilaksanakan.

Abim secara umum bersetuju dengan cadangan untuk meminda sub seksyen 51(1) akta tersebut yang memperuntukkan hanya pasangan yang bukan Islam sahaja boleh memfailkan petisyen penceraian di mahkamah sivil.

Bagaimanapun menurut Abim, pindaan tersebut dilihat akan memberi impak terhadap seksyenseksyen lain dalam akta yang sama terutama yang melibatkan aset perkahwinan, pemberian nafkah, hak penjagaan anak, liabiliti dan tanggungan yang berkaitan dengan perceraian yang disebabkan oleh salah seorang pasangan memeluk Islam.

"Justeru Abim menyarankan agar pindaan ini turut diteliti memandangkan ia (pindaan) akan turut memberikan kesan terhadap peruntukanperuntukan yang terdapat dalam akta serta enakmen undang-undang keluarga Islam.

"Ini untuk mengelakkan pindaan ini daripada mengurangkan serta menjejaskan kredibiliti, hak dan bidangkuasa eksklusif mahkamah syariah," menurut ABIM dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, Abim juga mahu pandangan daripada Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Mufti mengenai pindaan tersebut dipertimbangkan bagi mendapat pandangan daripada segi hukum syarak dan implikasi pindaan ini terhadap hak beragama dan status agama anak-anak daripada perkahwinan tersebut.

Ini termasuk mendapat pandangan daripada pakar undangundang dan ahli akademik bagi mengharmonisasikan undangundang sivil dan syariah dan memastikan intipati dan hasrat perundangan syariah tetap dipertahankan walaupun prosiding dilaksanakan di mahkamah sivil, katanya.

Semalam, Peguam Kanan Persekutuan di Jabatan Peguam Negara Mohamad Naser Disa dalam satu taklimat mencadangkan agar Akta 164 iaitu Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1967 dipinda bagi membolehkan mereka yang memeluk agama Islam turut diberikan hak untuk memfailkan petisyen penceraian di mahkamah sivil.

Akta itu sebelum ini hanya terpakai kepada mereka yang bukan Islam sahaja memfailkan perceraian bagi perkahwinan sivilnya di bawah subsekyen 51(1). BERNAMA

Husam Tidak Mahu Jawatan MB Kelantan

KOTA BAHARU: Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Husam Musa berkata beliau akan menolak tawaran jika dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan, untuk menggantikan Datuk Nik Abdul Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata Datuk Ahmad Yaakob lebih layak menjadi Menteri Besar Kelantan kerana senioriti serta hiraki di dalam kerajaan dan parti iaitu sebagai Timbalan Menteri Besar dan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan.

"Semua calon layak, Timbalan Menteri Besar lebih layak lagi sebab dia paling senior.

"(Cuma) jangan calonkan nama saya cukup, kerana saya tidak mahu dicalonkan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada ibu tunggal yang terpaksa menanggung anak yang menghidap down sindrom di Kampung Becah Keranji, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Bernama semalam bahawa Nik Abdul Aziz tidak menolak wujud kumpulan pelapis dalam PAS Kelantan yang bakal mengambil alih tempatnya sebagai Menteri Besar sekiranya beliau melepaskan jawatan itu.

Bagaimanapun, beliau enggan membayangkan siapa nama yang disebut-sebut bakal menggantikannya, tetapi memberi gambaran ia tertakluk kepada hiraki dalam parti di peringkat negeri di mana wujudnya Pesuruhjaya, Timbalan Pesuruhjaya Satu hingga Tiga.

Pesuruhjaya PAS III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam laman web Malaysian Insider dipetik sebagai berkata Nik Aziz perlu mengumumkan calon penggantinya bagi mengelak perebutan dan konflik dalam PAS Kelantan apabila beliau tiada.

Sehingga kini Ahmad yang disebutsebut di kalangan pemimpin dan penyokong PAS Kelantan kerana ketokohan ulama dan dirinya yang dilihat tidak pernah dicemari dengan pelbagai isu kontraversi.

Selain Ahmad, Husam dan Mohd Amar turut disebutsebut sebagai bakal menggantikan Nik Abdul Aziz.

Husam, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri berkata, berkata isu itu tidak perlu dihebohkan, kerana siapa yang dipilih memegang jawatan itu beliau akan menyokong.

Husam berkata beliau akan mengkaji dengan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap laporan akhbar New Straits Times Press (NSTP) dan Utusan Malaysia yang menyiarkan berita berbau fitnah terhadapnya.

Katanya, beliau memberi tempoh seminggu ke atas keduadua akhbar itu untuk menyiarkan kenyataan permohonan maaf terhadapnya sebelum beliau mengemukakan saman di mahkamah.

Husam sebelum ini "diserang" oleh media tempatan dengan dakwaan beliau telah meletak jawatan dalam kerajaan dan politik berikutan konon beliau memberikan kata dua kepada Nik Abdul Aziz berhubung pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Abdul Ariffahmi Abdul Rahman yang di dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mengenai kenyataan Nik Aziz yang memuji beliau sebagai pemimpin muda PAS yang berkaliber, Husam berkata beliau berterima kasih di atas penghargaan itu.

"Saya ucap terima kasih kerana saya dua tahun menderita kerana (dikatakan) menentang kerajaan perpaduan dan saya difitnah kiri kanan, blog yang tidak ada nama hentam saya, macam-macam program diatur untuk menanyakan saya, tetapi saya tidak boleh balas balik kerana nak jaga perpaduan dalam parti dan imej parti," kata Husam. BERNAMA

Kerajaan Selangor Haramkan Kakitangan Negeri dan Pelajar IPT Milik Selangor Hadiri Kursus BTN

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor hari ini memutuskan bahawa semua penuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT), yang dimiliki oleh kerajaan negeri itu tidak dibenarkan mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN) yang dianjurkan oleh Kerajaan Persekutuan berkuat kuasa serta-merta.

Arahan tersebut turut melibatkan kakitangan jabatan Kerajaan Negeri dan pegawai dari anak-anak syarikat serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, perkara tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini pada Rabu.

Dr Halimah berkata keputusan itu diambil selepas beberapa kajian mendapati kursus BTN yang dijalankan merupakan satu proses ‘indoktrinisasi’ Kerajaan Barisan Nasional.

Ini, kata beliau, boleh menimbulkan fenomena yang agak rasis, seolah-olah ingin memecahkan penduduk-penduduk pelbagai bangsa dan agama di negara ini.

“Insya-Allah kita akan mengeluarkan surat arahan formaliti kepada institusi pengajian tinggi (IPT), jabatan serta agensi milik kerajaan negeri Selangor berhubung isu tersebut,” katanya.

Antara IPT yang terlibat adalah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Universiti Industri Selangor (Unisel), Institut Kemahiran Yayasan Selangor dan Kolej Inpens.

Menurutnya, kebanyakan peserta yang menyertai kursus BTN ini juga dibekalkan dengan buku kecil yang mengandungi pelbagai perkara yang menimbulkan kebencian kepada pihak pembangkang kerajaan di negara ini.

“Oleh kerana (kursus BTN) ini tidak memberi kesan yang positif terutamanya kepada golongan muda, kerajaan negeri membuat keputusan tidak perlu menghabiskan wang rakyat untuk kursus sebegini,” katanya.

Jelasnya, kerajaan negeri berpendapat adalah lebih baik jika mereka memberi peluang kepada golongan mahasiswa dan kakitangan kerajaan di negeri itu mengikuti kursus-kursus yang lebih membina dalam usaha memupuk perpaduan sejati di kalangan rakyat Selangor.

“Insya-Allah usaha sebegini akan melahirkan masyarakat cemerlang supaya Selangor boleh jadi benar-benar maju, sejahtera, berkebajikan dan idaman semua orang,” katanya

Selasa minggu lalu, sekumpulan wakil rakyat daripada parti gabungan pembangkang itu telah menulis surat kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuat desakan demikian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang telah membuat desakan itu ialah Amirudin Shari (PKR-Batu Caves), Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku), Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Seri Setia), Jenice Lee Yin Ha (DAP-Teratai), Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP-Subang Jaya) dan Gan Pei Ni (PKR-Rawang).

:mstar

Husam saman NST dan Berita Harian Singapura

KOTA BHARU, 25 Nov: Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa telah memfailkan saman kepada NST Malaysia dan juga Berita Harian Singapura kerana memfitnah beliau. Dalam muka hadapan akhbar berkenaan baru baru ini, Husam dilaporkan akan meletak jawatannya sebagai exco kerajaan negeri. “Saya hari ni melalui peguam Asri & Associate telah menghantar ‘Letter Of Demand’ kepada NST untuk dia minta maaf ‘front page’ dalam masa tujuh hari, termasuk berita harian di Singapura," katanya. Husam memberitahu, beliau menerima panggilan dari pelabur dari Singapura, Indonesia dan Mekah kerana telah membaca NST dan Mingguan Malaysia. “Dalam Letter Of Demand ni, empat lima ayat yang digunakan tu ternyata fitnah,” tegasnya. Sambungnya lagi, pada pagi hari Selasa beliau tidak berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerana berada di parlimen. “Pada hari Rabu pula ada mesyuarat exco dan Tok Guru keluar lebih awal,” katanya lagi. Beliau menambah, pada hari Khamis, beliau merasa kurang selesa pada bahagian kaki dan telah mendapatkan rawatan di hospital. “Doktor telah menasihatkan saya supaya berehat selama lima hari. “Saya hanya boleh masuk hospital pada hari Isnin kerana hari Sabtu saya seminar di Kuala Lumpur dan malam Ahad saya ada mesyuarat PAS Pusat yang saya hadir ke dua-dua program tersebut,” ujarnya lagi. Pada hari Isnin, beliau telah bercadang untuk masuk ke hospital untuk berehat. “Tiba-tiba pada hari Ahad telah keluar cerita dalam Mingguan Malaysia,kononya saya telah diarahkan bercuti kerana dalam proses hendak dipecat dan mengugut untuk letak jawatan. Saya rasa amat dukacitalah,” katanya lagi. Husam ditemui pemberita selepas melakukan lawatan ke atas pelajar miskin, Siti Zamanira Mat Zaib, pelajar tahun tiga jurusan Fiqh dan Fatwa, Falkulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, di Kampung Bechah Keranji, Melor. Sebuah rumah baru akan dibina untuk keluarga pelajar berkenaan berharga RM40,000 yang disumbangkan oleh seorang penderma. :harakah

Anwar menang saman, NSTP diarah bayar RM 100 ribu

KUALA LUMPUR, 25 Nov: Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan News Straits Time Berhad (NSTP) membayar ganti rugi berjumlah RM100 ribu kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR). Mahkamah turut mengarahkan NSTP membayar RM20 ribu sebagai kos mahkamah. Keputusan itu diumumkan Hakim Harminder Singh Dhaliwall di Mahkamah Tinggi Jalan Duta petang tadi. Pada 2003, Anwar memfailkan saman terhadap NSTP dan bekas ketua pengarang kumpulan Tan Sri Abdullah Ahmad, di atas artikel yang bertajuk 'Anwar’s Link To US Lobbyist' yang disiarkan pada 2002. Anwar menuntut RM100 juta bagi ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi tambahan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Artikel itu menyentuh dakwaan hubungan Anwar dengan pelobi Washington DC, hubungan kewa- ngan beliau dan organisasi dikenali Asia Pacific Policy Centre (APPC) dan tuduhan dalam akuan bersumpah oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid. :harakah

Muhyidin disifatkan masih amal politik primitif

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Tindakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta Tengku Razaliegh Hamzah berfikir dahulu menyertai Kaukus khas parlimen berhubung royalti petroleum disifatkan sebagai primitif dan masih megamalkan politik zaman batu. Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ketika diminta mengulas perkara itu berkata, sikap Muhyidin tidak memperlihatkan mahu memperjuang hak dan kepentingan rakyat sebaliknya masih terikat dengan stigma sempit kepartian. "Muhyidin ini bagi saya seorang TPM primitif yang amalkan politik zaman batu, di mana tidak boleh menerima pandangan orang lain untuk kepentingan rakyat dan negara," jelasnya. Muhyidin hari ini membuat gesaan kepada Ku Li, iaitu Ahli Parlimen BN Gua Musang supaya berfikir dan menjaga kepentingan parti sebelum menyertai kaukus tajaan pakatan rakyat itu. Gesaan itu dibuat setelah Ketua Pembangkang semalam mengumumkan Ku Li bersedia untuk bersama dalam kaukus tersebut. Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS menasihatkan Muhyiddin agar meninggalkan amalan politik secara primitif itu. "Dia (Muhyiddin) patut tinggallah politik primitif itu sebab negara sekarang sedang menuju pada suatu yang disebut politik baru, berasaskan maklumat, keadilan perlembagaan serta meletakkan kepentingan rakyat adalah segala-galanya." Ujar Mahfuz lagi, tindakan Muhyiddin itu menggambarkan bahawa beliau lebih pentingkan Umno dari rakyat. "Kalau Muhyiddin Timbalan Perdana Menteri 1Malaysia yang pentingkan rakyat, dia takkam halang Kuli...inilah wajah sebenar Muhyidiin (iaitu) lebih penting parti dari rakyat," jelasnya. Beliau juga menganggap Muhyiddin cuba mengkhianati prinsip persekutuan-negeri, seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Beberapa hari lalu, Ku Li dicadangkan mengetuai Kaukus Parlimen demi menyiasat keputusan kerajaan untuk memberi 'wang ehsan' hasil Royalti Minyak kepada rakyat Kelantan, tanpa melalui Kerajaan Negeri. Cadangan tersebut setelah Ahli Parlimen Pembangkan kecewa dengan keputusan kerajaan Persekutuan menafikan hak rakyat Kelantan untuk menikmati royalti minyak di negeri mereka. Kedudukannya sebagai bekas Menteri Kewangan era 1970an dan pernah mengikuti siri perjanjian persefahaman (MoU) Akta Pembangunan Petronas meletakkan beliau layak memimpin badan bebas di bawah kuasa Parlimen. :harakah

Pemuda PAS Kelantan seru rakyat boikot media fitnah kepimpinan PAS

KOTA BHARU, 25 Nov: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menyeru rakyat Kelantan khasnya dan Malaysia amnya supaya bertindak proaktif secara besar-besaran memboikot media massa arus perdana termasuk Mingguan Malaysia kerana laporannya kian hebat menyerang kepimpinan PAS khususnya di negeri ini. Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan Ahmad Baihaki Atiqullah dalam satu kenyataan medianya tengahari ini melahirkan kekesalan yang teramat sangat terhadap sikap media massa arus perdana yang melaporkan berita berunsur khabar angin dan spekulasi. “Kejadian terbaru berita muka hadapan Mingguan Malaysia 22 November 2009 yang memuatkan berita “Husam Letak Jawatan?”. Memuatkan berita berunsur provokasi dan murahan dengan hanya memetik dari sumber yang didakwa sebagai (sumber) ‘dalaman’, sedangkan pada hakikatnya isu berkenaan tidak pernah timbul dalam mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan. “DPPNK merakamkan kekesalan yang teramat sangat terhadap akhbar tersebut, lantaran tindakan media massa berkenaan melanggar etika kewartawanan apabila tidak melaporkan berita yang benar dan mempunyai integriti, bahkan ‘melacurkan’ dunia kewartawanan serta memalukan pengamal kewartawanan umumnya,” katanya. Ahmad Baihaki yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri menyifatkat akhbar berkenaan sebagai melampau dan keterlaluan di dalam mencari publisiti murahan serta bertujuan melariskan jualan akhbarnya. “Ini bukan kali pertama kepimpinan negeri Kelantan khususnya diserang dengan laporan sedemikian, bahkan sebelum ini Menteri Besar Kelantan Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri difitnah dengan isu ‘Tidak Masuk Syurga’ dan ‘Islam Plastik’ di mana terbukti akhirnya (diakui mereka) sebagai salah lapor dari akhbar. “Dengan ini DPPNK menyeru supaya boikot besar-besaran terhadap akhbar berkenaan dilakukan. “Ini sebagai hukuman daripada rakyat dan pengajaran kepada mereka bahawa rakyat Kelantan khususnya dan Malaysia amnya adalah bangsa yang bertamadun dan cerdik dalam membezakan yang mana (story berdasarkan) fakta dan (yang mana pula berdasarkan) khabar angin,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Demit Selain dari itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Demit menyatakan bahawa DPPNK menyambut baik keputusan Menteri Besar semalam berhubung dengan kontroversi yang melanda Kerajaan Negeri mutakhir ini. “DPPNK berharap dengan keputusan itu, segala kontroversi dapat dipadamkan dan jentera Kerajaan Negeri dapat ditumpukan bagi menjaga kebajikan rakyat,” katanya. :harakah

Nov 24, 2009

Kota Siputeh sama dengan 3 DUN di Perak

Pada hari ini Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menangguhkan keputusan mengosongkan kerusi DUN Kota Siputeh di Kedah minggu lalu. Sekarang nampak sungguh SPR sudah tersasar dari tugas sebenarnya dan betul-betul jadi barua Umno dan BN dengan berkerja kuat untuk mengelakkan berlaku kekosongan kerusi tersebut.

Walaupun gagal pada hari ini SPR memaklumkan akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung penolakan penangguhan tersebut.Berikut adalah beberapa kenyataan saya pada hari ini :-

1. Bukankah SPR kerjanya tidakb lebih dari menguruskan soal berkaitan pilihanraya. Atau sejak bila SPR sudah jadi satu entiti yang boleh mempertikaikan apa saja surat dan dokumen termasuklah kesahan dari segi undang-undang yang tidak selayaknya dipertikaikan oleh badan itu.

SPR kerjanya hanyalah mengurus soal pilihanraya. Sesudah menerima apa-apa makluman dari mana-mana Speaker SPR hendaklah bermesyuarat. Biasanya bila kita mendengar SPR ingin bermesyuarat semuanya rasa berdebar dan menunggu-nunggu apakah SPR menerima surat atau dokumen sebagai bukti kerusi itu dikosongkan. Ini adalah sudah salah dari pandangan yang sebenarnya kepada apa yang sepatutunya dimesyuarat.

2. Yang lebih malang ternyata SPR sudah jadi barua dan diperkudakan dalam banyak hal termasuklah apa yang berlaku di Perak.Dengan tidak profesionalnya SPR kemelut di Perak telah jadi "gila khinzir' sekarang. Tidakkah seperti yang disebutkan oleh hakim pada hari ini sangat jelas bahawa SPR bertindak tidak wajar dalam Kes Kota Siputeh. Bagi saya termasuklah di Perak.

Hakim menegaskan bahawa SPR bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih merupakan wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan.

Kata Hakim lagi pada hari ini, "Meskipun saya bersetuju bahawa SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan berlaku secara kebetulan, namun saya tidak berpendapat SPR dapat mengatasi kuasa Speaker mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah," katanya dalam penghakimannya.

3. Artinya kalau perkara ini di rujuk kepada kes Jelapang, Behrang, dan Changkat Jering jelas makluman Speaker Sivakumar mengenai perletakan jawatan, Hee, Osman, dan Jamaluddin mesti diterima oleh SPR sebagai makulmat dan SPR cuma bermesyuarat untuk menentukan bila tarikh penamaan calon, hari mengundi dan berbincang berbagi hal yang berkaitan dengan pengundian bagi 3 DUN tersebut.

4. Penghakiman pada hari ini bagi saya memberi jawapan bahawa SPR tidak ada hak untuk menafikan makluman Sivakumar di Perak dan satu laluan kepada pilihanraya di 3 DUN di Perak tersebut mesti disegerakan.

5. Oleh itu saya mendesak supaya kes semakan keputusan SPR yang difailkan oleh Sivakumar yang digantung tidak bertali dan masih belum dibicarakan dan diputuskan mestilah disegerakan. Ataupun dengan keputusan penghakiman pada hari ini SPR mestilah menyemak kembali keputusan silapnya dalam ke 3 DUN di Perak dan memaklumkan kekosongan 3 kerusi tersebut secepat mungkin.

Sekian terima kasih.

KENYATAAN MEDIA 23 November 2009

DRS. KHALIL IDHAM LIM, Ketua Penerangan PAS Perak/ Pengerusi PRBBC Perak/ ADUN Titi Serong..

Polis Huru-Hara Kerana Takukan UMNO

Pencatat ingin berbicara dengan pembaca tentang apa yang berlaku di Batu 31, Air Manis Kulai Johor pada 22hb. November 2009. Pencatat memerlukan pandangan semua.
Pertama. Ketua Polis dan anggota keselamatan telah berada sejak jam 5.00 petang. Ceremah YB. Tian Chua dan Mazlan Aliman dibenarkan. Apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba dilokasi, tiba-tiba Ketua Polis Kulai menghalang ceramah dengan alasan tiada permit. Kedua. Ceramah Anwar Ibrahim tidak dibenarkan sama sekali kecuali untuk meminta pengunjung untuk bersurai. Ketiga. Polis menghalang kenderan awam parking ditanah persendirian dan menyaman kenderaan yang parking ditepi jalan. Keempat. Polis menyelongkar kawasan persendirian dan merampas parang. Parang itu dirampas walaupun disimpan dalam keadaan selamat. Kelima. Polis tidak memberi permit dengan alasan bantahan Pemuda UMNO dan bukannya penduduk kampung. Apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta surat bantahan dan waran Mahkamah ceroboh premis persendirian. Pihak Polis tiada dokumen tersebut. Keenam. Pemilik tanah telah membenarkan kawasan tanah dikepung tanda kawasan persendirian. Polis telah menghalang jalan masuk dengan meletak lori dan kereta Polis. Ketujuh. Polis membenarkan ceramah selama 1 jam 15 minit dan memberhentikannya selepas tiada kekacauan berlaku. Kelapan. Polis membenarkan Pemuda UMNO melakukan provokasi dengan membenarkan bena berbentuk hasutan dipasang dibeberapa tempat. Kesembilan. Polis sengaja membenarkan pasukan Pemuda UMNO datang dilokasi ceramah untuk tujuan kekacauan-provokasi. Polis membiarkan sahaja Pemuda UMNO menjerit-jerit memaki hamun kami dilokasi. Kesepuluhan. Ketua Polis mengugut pencatat untuk mengambil tindakan keras jika meneruskan ceramah dua hari sebelum ceramah. Bukannya berunding untuk menyelasaikan masalah. Kesebelas. Jika Anwar Ibrahim dianggap penjenayah-peliwat. Apa moral Datuk Seri Najib Razak minum dan bersembang sambil ketawa bersama Anwar Ibrahim di Parlimen. Adakah Najib juga peliwat ? Pencatat meminta pendapat pembaca. Perlukah pencatat mengambil tindakan mahkamah atau biarkan sahaja peristiwa ini sebagai renungan.

Isu Nik Aziz dan menantu selesai - Hadi

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menganggap isu berhubung kedudukan menantu Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) telah selesai.

Beliau berkata campur tangan PAS pusat untuk menasihatkan Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul AM PAS bertujuan untuk menjaga nama baik parti dan juga kepimpinan parti. "Menteri Besar dah buat keputusan supaya pegawai berkenaan (Abdul Ariffahmi) letak jawatan sebagaimana pandangan (yang diberikan) Pas pusat. Ini menunjukkan semangat musyawarah yang ditanam dalam parti kita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan pembangkang di bangunan Parlimen di sini.

Abdul Hadi juga berkata keputusan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz adalah berdasarkan kehendak keseluruhan anggota parti dan bukannya berdasarkan kehendak individu.

Semalam, arahan untuk Abdul Ariffahmi meletak jawatan tersebut dikeluarkan oleh Nik Abdul Aziz selepas satu rombongan Pas pusat bertemu dengan beliau selama sejam di kediaman rasminya di Kota Baharu, Kelantan. BERNAMA

Dr Asri persoal pegawai JAIS 'kutuk' Hadi, Nik Aziz

KUALA LUMPUR, 24 Nov: Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin mempersoalkan tindakan seorang pegawai JAIS yang terlibat dalam kes beliau, yang turut mengutuk Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Pegawai terbabit yang juga AJK Pegawalan Aqidah Majlis Agama Islam Selangor dikatakan turut menyesatkan kedua-dua tok guru itu dengan tuduhan wahabi.

"Dii sini disertakan tulisan-tulisan pegawai JAIS yang terlibat dalam kes saya. Tulisan-tulisan ini dipetik dari blognya. al-Subki adalah nama penanya.

"Tulisan-tulisan menunjukkan beliau juga turut menyesatkan YAB Nik Aziz dan YB Hj Abd Hadi dengan tuduhan wahabi. 'Anak Pak Wahab' itu merujuk ke pengikut wahabi." kata Dr Asri kepada Harakahdaily.

Tinjauan Harakahdaily mendapati terdapat satu carian alsubki2.blogspot.com di bawah nama Ustaz Mahfuz Muhammad @Hj. Khalil, dipercayai AJK Pegawalan Aqidah Majlis Agama Islam Selangor terbabit.

Terdapat satu tulisan Mahfuz bertarikh 18 March 2009 dibawah tajuk "Dari blog Ahli Sunnah Wal Jamaah Diari - Mesyuarat Anti Wahabi" berhubung penentangan untuk mengekang gerakan fahaman Wahabi di negara ini.

"Untuk penjelasan lanjut, boleh layari laman blog sahabat saya al-subki.blogspot.com. yang membicarakan dengan lebih terperinci lagi mengenai fahaman ini. Atau sekiranya ada soalan, saya akan cuba memberi jawapan sebaik mungkin," tulis Mahfuz dalam blognya.

Harakahdaily bertanya kenapa blog asal al-subki ini telah bertukar, Dr Asri menjawab ianya disebabkan oleh satu kes yang berlaku, yang tidak mahu didedahkan beliau.

"Dia ini telah mengutuk dan menghina Ustaz Nik Aziz dan Ustaz Hadi lebih dulu daripada saya.

"Orang seperti ini tidak boleh dibiarkan, sehingga ramai marah dan jika dibiarkan akan semakin melampau," katanya yang merujuk keratan yang diemaikan kepada Harakahdaily.

Tiga keratan antaranya bertarikh 26 Jun 2008, membabitkan kutukan beliau terhadap Nik Aziz dan Abdul Hadi.

Salah satu keratan di bawah tajuk "Nik Aziz dan Allah duduk lendik atas arash" memuatkan petikan dipercayai daripada tulisan pegawai terbabit yang antaranya berbunyi :"Kalau di lihat sejarah beliau di Kelantan sejak pulang dari luar negeri telah dilihat membawa fahaman songsang..."

Dr Asri membangkitkan apakah pegawai JAIS 'dibiarkan' oleh Kerajaan Selangor dengan tujuan tertentu dan sewajarnya satu tindakan perlu diambil berhubung isu ini.

"Apakah ini pendirian Kerajaan Selangor, atau hanya JAIS?" katanya yang mahu perkara ini didedahkan untuk pengetahuan umum.

:harakah

Royalti Petroleum: Ku Li setuju sertai kaukus khas parlimen

KUALA LUMPUR, 24 Nov: Ahli Parimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bersetuju untuk bersama pakatan Rakyat dalam Kaukus Khas Parlimen berkaitan royalti petroleum. Ketua pembangkang di parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu memaklumkan perkara itu mencadangkan agar Tengku Razaleigh mempengerusikan kaukus berkenaan. "Saya dimaklumkan oleh Tengku Razaleigh, beliau setuju bersama dengan kaukus petroleum," "Kita (Pakatan Rakyat) cadangkan Tengku Razaleigh mempengerusikan kaukus ahli-ahli parlimen ini," katanya katanya dalam satu sidang media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di parlimen petang tadi. Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh yakin Tengku Razaleigh dapat membuktikan pentafsiran yang tepat berhubung perkara itu memandangkan beliau merupakan bekas Pengerusi Petronas. "Saya percaya dengan latar belakang dan pengalaman Ku Li beliau akan dapat membantu," katanya lagi. Menurut Anwar juga, kaukus berkenaan akan turut memanggil wakil dari parti komponen Barisan Nasional termasuk negeri-negeri pengeluar petroleum. "Kita akan mencadangkan supaya kaukus ini mewakili semua parti dan kita akan menjemput wakil Umno, MCA dan lain-lain selain Pakatan terutamanya negeri-negeri-negeri pengeluar minyak iaitu Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak," ujarnya. Anwar juga memberitahu, beliau akan memaklumkannya kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Muhammad Nazri Aziz yang menyelia hal parlimen. "Sebagai prosedur, selepas Pakatan bersetuju, kita akan maklumkan kepada Datuk Nazri sebagai menteri yang bertanggungjaawab kemudian kepada wakil parti yang lain.Selama ini belum ada kesediaan parti-parti yang lain yang turut hadir beberapa perjumpaan," ujarnya. Draf rang undang-undang mengenai petroleum juga ujarnya akan dibentangkan untuk dibahaskan pada sesi parlimen akan datang. "Draf rang undang-undang mengenai petroleum yang akan jelaskan kedudukan dan bidang kuasa negeri kita siapkan dan cuba kita bentangkan untuk dibahaskan dalam sesi parlimen akan datang," katanya. 18 November lalu, Anwar, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh bagi mencadangkan beliau mengetuai kaukus tersebut. Penubuhan kaukus khas parlimen ini dilihat mempu mencari jalan paling munasabah untuk menyelesaikan isu tersebut. :harakah

Nov 23, 2009

OH..MINGGUAN MALAYSIA - YB HUSAM

Mingguan Malaysia sekali lagi 'memandang tinggi' pada saya dengan berita provokatif muka depan. Dulu saya diserang bertubi-tubi menjelang Muktamar PAS. Agenda 'mematikan' saya nampaknya belum berakhir. Hari ini, Utusan cuba berbagai cara menghubungi saya untuk 'pohon penjelasan'. Semasa Utusan bersiap 'meletupkan' berita itu semalam sepatah penjelasan saya tidak diminta. Beratus sms, kegelisahan begitu ramai orang dan deringan talipon sejak awal pagi adalah bukti 'berita' yang sengaja dimasak sebegitu rupa telah mencetuskan kesan negatif yang bukan sedikit. Saya amat terharu dengan penjelasan segera bos, guru, rakan dan bapa saya - Tok Guru Nik Aziz. Saya sakit belakang. Jumpa doktor dan doktor minta saya dapatkan rawatan, rehatkan tulang belakang saya dan kurangkan aktiviti. Bila saya nak masuk wad untuk rawatan itu saya boleh tentukan sendiri ikut kelapangan saya, tetapi jangan kurang dari lima hari penuh. Jangan lambat, kata doktor. Saya maklumkan pada bos saya. Lima hari sebelum raya haji amat sesuai. Tetapi program saya kena tangguh dan mana mesyuarat yang saya ditugaskan wakili Tok Guru kena tukar kepada rakan yang lain. Apa kata Tok Guru bila saya terus jumpa beliau Khamis lalu? Jumpa doktor Di Pakar Perdana habis jam 12.30 tengah hari. Jumpa Tok Guru lebih kurang jam 1 sebelum zohor. "Tak boleh lok (tangguh). Buat (rawat) selalu (segera). Jangan jadi macam ana..." Saya bercadang masuk hospital hari Isnin. Keluar petang Khamis. Apa kena mengena sakit belakang saya dengan letak jawatan? Letak semua pulak tu? Mana perjuangan saya? Mana parti dan kerajaan yang saya membantu menjayakannya sekian lama? Di hujung jalan kami akan berpisah? Membuka ruang pada lawan menerobos masuk dalam detik yang kritikal ini? Tok Guru telah cuba dimalukan. Cuba dipinggirkan kerana pendiriannya yang tegas dan hasratnya yang jelas untuk membawa negara kita menuju perubahan. Saya sebagai murid dan 'budak' Tok Guru, mengangkat bendera putih semata-mata kerana Utusan cuba meng-agendakan kami? Sakit adalah lumrah insan. Letak jawatan tidak boleh diikat dengan satu dua hari di hospital - maka ia bukti Husam letak jawatan. Kepada teman dan rakan, sahabat dekat dan jauh, saya ucapkan terima kasih atas ingatan anda semua. Ustaz Aziz menalipon pagi hari dari Mekah kerana terbangun dari mimpi, saya hargai erti persahabatan. Bolehkah media kita diajar erti kredibiliti? Tanpa menyakiti Utusan, tetapi tulisan Art Harun dalam blognya Articulations, menulis tentang Utusan buat sedikit 'touch' untuk tukar gambar payung berlambangkan dacing dengan gambar payung biru tanpa dacing, barangkali cukup untuk kita merasa tertanya-tanya Utusan ini apa..?
Terdapat payung berlambang dacing di belakang pak cik yang ditangkap kerana membunuh isterinya yang minta cerai di Kedah. Gambar yang sama diguna pakai oleh Metro, The Star dan Berita Harian. Tapi demi maruah BN, Utusan menyiarkan gambar yang diubah seperti di bawah pada berita yang sama, 10 Nov 2009;

Malaysia Masih Hadapi Risiko Hadapi Gelombang Kedua H1N1

KOTA KINABALU: Walaupun gelombang kedua H1N1 belum sampai ke negara ini, orang ramai dinasihatkan terus berjagajaga oleh kerana kes influenza A (H1N1) masih aktif di Malaysia.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata walaupun bilangan kes H1N1 yang dimasukkan ke hospital telah menurun ke 30 hingga 40 peratus, ini tidak bererti Malaysia bebas dari gelombang kedua, yang telahpun melanda beberapa negara lain.

"Kita bersyukur (gelombang kedua) belum sampai...Tapi kita tidak boleh isytiharkan negara bebas H1N1 lagi kerana H1N1 di negara kita masih aktif, terdapat keskes H1N1 yang dilaporkan di beberapa negeri namun kadar kematian telah berhenti setakat 77 kematian sejak beberapa bulan lepas.

"Walau bagaimanapun kita tidak boleh berada dalam keadaan selesa, kerana kita masih perlu berhatihati mengambil langkahlangkah sewajarnya untuk tangani isu ini," katanya selepas melancarkan Persidangan Antarabangsa Kedua mengenai Perubatan Desa 2009 di sini hari ini.

Mengenai perkembangan berkaitan, beliau berkata Sabah telahpun menerima pakej pertama tidak lebih dari 2,000 dos vaksin dari sejumlah 400,000 dos yang dipesan oleh kementerian dari sebuah syarikat UK, yang akan diserahkan secara berperingkat. "Menjelang Januari kita akan mendapat seluruh pakej yang diperuntukkan kepada Sabah, sebanyak 20,000 dos," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata Sabah bukan negeri yang berisiko tinggi berbanding Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang merupakan laluan keluar masuk antarabangsa. Rosnah memberi jaminan kementerian akan terus memantau keadaan dan akan memesan lebih banyak vaksin jika perlu.

Mengenai Pusat Perubatan Sabah (SMC), Rosnah berkata mereka telah menyelesaikan pengambilan alih 100 peratus fasiliti dan kerja-kerja naik taraf bernilai RM90 juta sedang berjalan.

"Pihak kementerian seperti juga rakyat di negeri Sabah, menunggununggu siapnya SMC agar dapat memberikan perkhidmatan 100 peratus. Kami telah meminta pihak berkenaan untuk laksanakan kerja penambahbaikan secepat mungkin, kalau boleh kurang dari enam bulan," katanya.

"Sabah juga akan mempunyai tiga klinik 1Malaysia, iaitu di Tanjung Aru (KK), di Tawau dan Sandakan, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini," ujar beliau. BERNAMA

Nik Aziz setuju nasihat Ariffahmi letak jawatan

KOTA BHARU, 23 Nov: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bersetuju untuk menasihati Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Ekselutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Persetujuan itu diumum Nik Aziz pada satu sidang media selepas pertemuan dengan pimpinan PAS di kediaman Menteri Besar, JKR 10 pagi ini. Pertemuan tersebut disertai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din, Naib Presiden Salahudin Ayub dan Bendahari Dr. Hatta Ramli. Mereka telah mengemukakan cadangan kepada Nik Aziz agar menasihatkan Ariffahmi melepaskan jawatan.

(Gambar: Nik Aziz dan Ariffahmi dalam sidang media hari ini)

Menurut Nik Aziz, keputusan itu dibuat bagi menjaga nama baik pimpinan islam khasnya pas sendiri sekaligus menyelesaikan kemelut politik yang sedang berlaku di negeri itu. "Semua (yang hadir) menasihati saya supaya menjaga nama baik pimpinan Islam khasnya PAS sendiri untuk menasihat menantu saya supaya mengundur diri dari Perbadanan Menteri Besar (PKMB)," "Fitnah yang dilempar blogger , surat-surat layang, saya pun terima banyak, untuk jaga nama baik pimpinan Islam, maka saya dengan segala senang hati untuk jaga (elak) fitnah," katanya. Beliau dalam pada itu memberitahu akan meminta Ariffahmi yang juga menantunya berbuat demikian. Bagaimanapun, terserah kepada Ariffahmi bila dia mahu meletakkan jawatan tersebut. "Tarikh tu terserah kepada dia," katanya lagi. Nasihat peletakan jawatan itu juga tegasnya adalah disebabkan oleh fitnah dan kecaman yang terlalu banyak diterima Ariffahmi. "Masalah sekarang ini menantu saya tu terlalu banyak kecaman dilempar kepadanya oleh orang yang tak bertanggungjawab," Dalam pada itu, Ariffahmi yang turut hadir pada sidang media tersebut menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka memandangkan ianya dilakukan untuk menjaga nama baik banyak pihak. "Saya dapat terima keputusan dengan hati yang lapang, dan sedar keputusan dibuat untuk jaga nama baik kepimpinan dan jaga nama baik PAS, dan juga nama baik kerajan negeri Kelantan," katanya. Beliau turut berterima kasih kepada Nik Aziz yang memberikan kepercayaan penuh kepada kepadanya sepanjang berada di PMBK. "Saya juga berterima kasih kepada tuan guru kerana beri kepercayaan kepada saya untuk berada di PMBK selama 8 tahun, dan jawatan terakhir saya sebagai CEO semenjak Syawal, dan saya amat hargai kepercayaannya," katanya.

____

Transkrip penuh sidang media Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz

Bismillahirrahmanirrahim Hari ini saya sudah didatangani oleh pemimpin pusat yang mengandungi Presiden Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Harun Din, dan juga wakil parlimen daripada Kubang Kerian dan Kuala Krai. Semuanya menasihati saya supaya menjaga nama baik pimpinan Islam khasnya PAS sendiri untuk menasihati menantu saya supaya mengundur diri dari Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Sewaktu saya lantik dulu saya lantik dia dalam mesyuarat penuh, dalam mesyuarat itu ada LA, ada penasihat undang-undang, dan beliau tak ada komen apa, tapi oleh kerana fitnah melalui macam-macam surat layang dan sebagainya, maka saya dinasihati supaya elak diri dari fitnah ini berkembang. Itu sahajalah. Jadi menantu tok guru sekarang ini akan letak jawatan? Ya Bila nak letak tu? Tarikh itu terserah kepada dia. Tapi tadi tok guru kata apa yang brelaku fitnah dan bukan kebenaran, jadi kenapa pula disuruh letak jawatan? Saya lantik menantu saya ini, saya sebut dia menantu, tapi fitnah yang dilempar blogger , surat-surat layang, saya pun terima banyak, untuk jaga nama baik pimpinan Islam, maka saya dengan segala senang hati untuk jaga (elak) fitnah. Nabi kita pernah sebut kerpada Siti Aisyah, bahawa nabi bercadang nak roboh kaabah yang ada sekarang, nak bina balik supaya sama dengan kaabah zaman nabi Ibrahim, tapi tak jadi nak buat bimbang takut orang Arab yang baru masuk Islam, bawa fitnah dan sebagainya, Orang lain, blogger nak tuduh itu dia punya pasal la, dia tanggung dosa menyusahkan orang. Adakah tok guru lepas ini akan rombak juga pengurusan PMBK? Itu masalah kedua.Masalah sekarang ini menantu saya itu terlalu banyak kecaman dilempar kepadanya oleh orang yang tak bertanggungjawab. Jadi ini tak ada kena mengena dengan siasatan SPRM? Siasatan SPRM tu siasatlah. Itu kerja dia. Tapi fitnah itu yang jadi (punca suruh letak jawatan). Nabi kata fitnah ini benda tidur,sesiapa yang gerak dia akan dilaknat Allah, itu pemfitnah punya fasal. tapi (letak jawatan) ini nak jaga kepimpinan parti Islam Semalaysia. Yang mana satu tuduhan, tulisan itu fitnah? Terlalu banyak, saya pun terima terlalu banyak surat layang, surat layang tak ada tandatangan, zaman sekarang orang baca dalam internet seluruh dunia. Masa pelantikan (Arif) tok guru dapat pandangan dari semua pihak ya? Saya sudah sebut dalam mesyuarat,dan mesyuarat senyap, termasuk YB LA sendiri. Adakah dalam keadaan sekarang pimpinan PAS Kelantan tak beri sokongan pada tok guru, sebab tak ada pun yang beri kenyataan , bahawa sudah dibincang dalam mesyuarat, bahawa pelantikan (Arif) sudah dapat restu semua pimpinan? Itu tak payah. Saya tak perlu kenyataan (sokongan) terbuka begitu. Tapi oleh kerana fitnah yang dibuat oleh blogger semua sekali yang semua orang boleh baca.Dan nama baik kepimpinan Islam akan menjadi cacat. (setakat itu sahajalah)

Transkrip penuh sidang media Abdul Ariffahmi Macam mana pendirian saudara Arif? (gambar) Pertama sekali saya ingin nyatakan saya dapat terima keputusan dengan hati yang lapang, dan sedar keputusan dibuat untuk hjaga nama baik kepimpinan dan jaga nama baik Parti Islam Semalaysia, dan juga nama baik kerajaan negeri Kelantan. Saya juga berterima kasih kepada tuan guru kerana beri kepercayaan kepada saya untuk berada di PMBK selama 8 tahun, dan jawatan terakhir saya sebagai CEO semenjak Syawal, dan saya amat hargai kepercayaannya. Saya juga pohon sokongan dan dokongan dari semua pimpinan PAS samaada di negeri kelantan, atau di pihak PAS pusat untuk sama-sama berusaha hapuskan tuduhan-tuduhan yang saya sifatkan sebagai fitnah dalam blog tertentu dan saya yakin saya tidak bersalah. Penerimaan keputusan ini atas sifat jaga jemaah Pas sendiri, dan jaga kerajaan negeri dan jaga nama baik tok guru. Bila saudara akan lepas jawatan? Saya akan tengok rekod cuti saya, berapa hari ada, lepas itu saya akan kira, saya akan buat keputusan bila tarikh yang sesuai untuk saya lepaskan jawatan. Dalam hal ini adakah saudara dinasihat lepas jawatan atau saudara tawar diri untuk lepas jawatan? Saya hanya menerima arahan, saya seperti biasa saya sentiasa patuh kepada pimpinan, terutama arahan ini, gesaan ini keluar dari mulut tok guru sendiri. Saya sentiasa setia dan patuh pada dia, dan saya terima dengan hati terbuka. Kenapa saudara tak letak serta merta, bukankah itu lebih baik? Sebelum ini saya ada merujuk kepada dia, atas desakan yang dibuat ke atas saya, tapi pada masa itu dia minta saya tidak letak jawatan, dan atas asas itu saya teruskan tugas saya sebagai CEO kerana itu arahan dari beliau sendiri untuk teruskan. Tadi saudara sebut semua fitnah yang dilempar ke atas saudara dalam PMBK dan sebelum ini adalah fitnah, kalau itu fitnah adakah akan ambil sebarang tindakan undang-undang? Sebenranya beberapa orang peguam sedang kaji semua tuduhan dan saya sedang teliti dan akan dengar nasihat para peguam dan liohat secara teliti, dan pada masa sesuai nanti kita akan lakukan apa yang patut. Saya nak ulang lagi, apa yang dtulis dalam blog tertentu sebelum ini yang menyatakan saya telah diminta meletak jawatan dan rentetan itu arahan telah dikeluarkan, saya tak terima arahan itu, dan saya telah pergi ke KL merajuk, itu tak betul, saya hanya terima arahan pada hari ini sahaja, dan saya boleh terima keputusan ini dengan dada yang lapang dan insya ALLAH saya akan sentiasa setia, dan sentiasa hormati tok guru sebagai bapa mertua saya dan pemimpin kita semua. Apa rancangan masa depan? Itu belum pikir lagi, mungkin berniaga.

Mahkamah tolak permohonan tangguh pilihan raya di Kota Siputeh

UTRAJAYA, 23 Nov: Mahkamah Tinggi mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar mengadakan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh, Kedah segera dan menolak permohonan SPR untuk ditangguhkan. Ia perlu diadakan dalam tempoh 60 hari berkuat kuasa 16 November lalu, kata hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin dalam keputusannya hari ini. Bagaimanapun Jabatan Peguam Negara yang mewakili SPR mahu memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan. Seminggu sebelum itu, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa SPR wajar mengadakan pilihan raya kecil di kerusi berkenaan selepas didapati wujud kekosongan. Namun Jumaat, 20 November lalu, SPR memohon hakim itu agar menangguhkan keputusan tersebut. SPR memfailkan permohonan itu pada Rabu, 18 November selepas Alizatul mengisytiharkan kerusi DUN itu kosong dan memutuskan bahawa Datuk Abu Hassan Sharif bukan lagi wakil rakyat kawasan berkenaan selepas gagal menghadiri persidangan DUN dua kali berturut-turut tanpa kebenaran. Pada Sept 1, Speaker DUN Kedah memfailkan semakan kehakiman selepas SPR menerima sijil cuti sakit Abu Hassan berikutan ketidakhadirannya dalam persidangan DUN serta mengisytiharkan bahawa tidak berlaku kekosongan bagi kerusi itu dan wakil rakyat BN itu masih merupakan ADUN kawasan berkenaan.

Nov 22, 2009

Hassan Karim Sah Letak Jawatan Presiden PRM

PETALING JAYA: Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hassan Abdul Karim telah meletakkan jawatannya berkuatkuasa serta merta kerana setelah usulnya agar parti itu menyertai komponen Pakatan Rakyat ditolak.

Perkara tersebut disahkan oleh Setiausaha Agong PRM, Koh Swe Yong melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online petang Ahad.

"Ya, benar," katanya ringkas menjawab pertanyaan mStar berhubung berita mengenai perletakan jawatan Hassan.

Difahamkan Hassan telah menghantar surat peletakan jawatannya baru-baru ini.

Hassan telah mengemukakan usul agar PRM menyertai Pakatan Rakyat sewaktu menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Kongres Nasional PRM ke-41 yang di adakan 15 November lalu.

Bagaimanapun usul berkenaan telah ditolak oleh perwakilan kongres.

Dalam pada itu, melalui surat yang dihantar Hassan kepada Koh yang turut diedarkan kepada pihak media, beliau berkata peletakan jawatannya adalah bagi menebus maruah berikutan penolakan usul yang dikemukakannya.

"Saya tiada pilihan lain sebagai seorang pemimpin yang bermaruah melainkan satu pilihan sahaja iaitu meletak jawatan sebagai Presiden PRM, ahli Jawatankuasa Pusat dan semua jawatan saya di dalam parti berkuat-kuasa serta merta," kata Hassan dalam suratnya itu.

"Memandangkan saya ingin memberi kerjasama dan sokongan yang kuat kepada Pakatan Rakyat dan tidak mahu tindakan-tindakan saya itu nanti akan menjejaskan kedudukan dan pendirian pimpinan PRM maka saya dengan hati yang amat berat saya mengambil keputusan meninggalkan Parti Rakyat Malaysia yang saya sayangi ini dengan berkuat-kuasa serta merta juga," katanya.

Nik Aziz nafi laporan Husam mahu letak jawatan

KOTA BHARU, 22 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan desas desus bahawa Exco Kelantan, Datuk Husam Musa mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan seperti dilapor media Umno BN semalam. Bercakap pada sidang media di pejabatnya pagi ini, Nik Aziz memberitahu, Husam juga tidak pernah menghantar surat meletak jawatan sepeti yang didakwa. Media kerajaan semalam melaporkan Nik Aziz memberikan cuti selama lima hari bermula hari ini kepada Husam yang juga exco kanan kerajaan negeri untuk berehat dan menenangkan fikiran kerana didakwa mahu meletakkan jawatan. Menurut Nik Aziz, Husam diberi cuti rehat ekoran beliau perlu menjalani pembedahan tulang belakang selepas ditangguhkan sejak dua bulan lalu. Husam ujarnya ada bertemu dengan beliau di pejabatnya minggu lalu untuk memberitahu bahawa doktor menasihatkan beliau masuk hospital dan berehat selama lima hari kerana masaalah tulang belakangnya. “Itu lah sebenarnya tak lebih tak kurang. Masalah nak undur langsung tak timbul, baik dalam kepala dia, baik dalam kepala saya. “Saya baru terbaca sebuah surat khabar hari ini, saya rasa amat terkejut di atas laporan sebuah akhbar hari ini muka depan, tajuk dia Husam letak jawatan, walaupun ada tanda soal,”ujarnya. Nik Aziz berkata, tiada sebab Husam mahu melepaskan semua jawatannya termasuk sebagai anggota exco kerajaan negeri yang menjaga portfolio perancangan ekonomi dan kewangan. “Kalau benar sekalipun Husam memohon untuk melepaskan jawatannya, saya tetap tidak akan mengizinkannya, kerana kebijaksanaan dia telah berjaya menyelesaikan pelbagai masaalah rakyat sama ada di peringkat negeri mahupun politik Malaysia,”ujarnya. “Husam ni saya nak sebut, Allah Taala buat dia bukan sahaja untuk Kelantan, tetapi untuk Malaysia, budaknya cerdik, pengalamannya banyak, dan pemikirannya jauh ke depan. “Dan sekarang ni rakyat Kelantan banyak menerima buah fikiran yang baik dari Husam termasuk dengan mengambil tanah Felcra, termasuk mengadakan kifalah yang banyak sehingga dapat dimanafaatkan oleh wasi…OKU dan ramai lagi yang terima banyak manfaat hasil pemikiran Husam. Sebelum ni, tambahnya beliau tidak pernah menyebut perkara itu, (keistimewaan Husam) sebab takut perasaan anggota exco lain berkecil hati, lagipun exco lain mempunyai portfolio masing-masing. Tetapi, sambungnya portfolio kewangan yang dipegang oleh Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri banyak memberi manfaat kepada Kelantan dan rakyatnya. “Tiba-tiba orang kita suka buat cerita (Husam letak jawatan) letak muka depan ni akan mengguriskan hati orang sakit. "Sudahlah dia sakit, macam ni boleh menambahkan kerisauan dia, rungsing,”ujarnya lagi. Perkara itu katanya tidak seharusnya berlaku apa lagi sekarang umat Islam berada dalam bulan haji, iaitu bulan Zulhijjah. Sambungnya, sebagai umat Islam setiap orang dikehendaki membuat kebajikan, puasa sunat, sembahyang sunat, menderma kerana bulan ni bulan Allah Taala di mana bulan ini Allah telah menurunkan malaikat dari langit ke bumi untuk memimpin manusia menuju ke syurga. “Tetapi dukacitanya wartawan kita masih suka mengkrobek hal peribadi orang, termasuk menuduh orang-orang tertentu dengan sesuatu yang mengejutkan. “Wartawan kita suka mencari benda panas walaupun perkara tu tak betul tetapi panas, dia fikir untuk melariskan jualan akhbar dia, dia tak fikir ianya boleh melukakan hati orang lain, fikiran orang tergugat, dia tak kira. Ini suatu perkara yang dukacita dalam masyarakat wartawan kita. Pada masa yang sama beliau turut mempersoalkan kenapa wartawan Melayu bersifat sedemikian yang lebih mementingkan sensasi dari kebenaran sehinggakan pada masa yang sama beliau mempersoalkan wartawan berkenaan tidak mendapat kursus atau bagaimana. “Adakah wartawan ni hanya pandai ambil kalam… kertas dan tulis tulis… tiada kursus ke wartawan ni…apa ni lagu ni, malu kita pada wartawan cina, wartawan cina lebih pandai pada wartawan kita,”sambungnya lagi.

Datuk Husam Musa ketika dihubungi Harakahdaily bagaimanapun hanya menasihatkan semua agar tidak bimbang dengan perkembangan terbaru itu. "Harap semua jangan bimbang, baca posting saya dalam (blog) cetusan hati," katanya melalui khidmat pesanan ringkas, SMS.

Nov 21, 2009

Lemak manusia RM50,820 seliter - Makmal kosmetik di Eropah didakwa terlibat dalam sindiket bunuh penduduk Peru

SEPASUKAN polis mengumpul bahan bukti di satu lokasi pembunuhan di sebuah ladang koko berdekatan Huanuco, Peru baru-baru ini.

LIMA, Peru - Seramai empat suspek ditahan di Peru berhubung sindiket membunuh seramai 60 penduduk tempatan bagi mendapatkan lemak dan tisu manusia yang kemudian dijual sebagai bahan membuat kosmetik di Eropah.

Semua suspek ditahan di tengah Peru awal bulan ini manakala tujuh lagi anggota kumpulan itu termasuk dua warga Itali sedang diburu, kata Ketua Pendakwa Raya, Jorge Sans Quiroz kelmarin.

"Lemak (manusia) itu dibeli oleh konspirator Itali sebelum dihantar untuk pengkomersialan ke makmal di Eropah," kata Quiroz.

Beliau menjelaskan, geng itu menyasarkan peladang dan Orang Asli di kawasan terpencil yang terpedaya dengan tawaran kerja sebelum mangsa dibunuh.


Pendedahan rangkaian penyeludupan itu dipercayai dapat membantu menyelesaikan 60 kes kehilangan penduduk tempatan di Andes namun hubungan itu masih belum disahkan.

Polis mula membuat penahanan berikutan penemuan sebotol lemak manusia yang cuba diseludup keluar dari bandar Huanuco, Andes ke Lima baru-baru ini.

Petunjuk mengenai rangkaian penyeludupan lemak manusia pertama kali muncul dua bulan lalu, kata Ketua Jabatan Jenayah, Jeneral Felix Burga.

Ketua Jabatan Antipenculikan polis Peru, Kolonel Jorge Mejia menambah, seramai tiga suspek mengaku membunuh lima orang.

Kata Mejia, pihak polis menerima maklumat mengenai penjualan lemak manusia empat bulan lalu tetapi detektif penyiasat hanya berjaya menembusi kumpulan itu pada Ogos. - Agensi

Siapa dapat apa dalam urusniaga pembelian kapal selam?

Sebuah akhbar Internet bebas serantau bagi negara-negara Asia, Asia Sentinel telah mendedahkan beberapa persoalan yang timbul, ekoran pembelian dua buah kapal selam oleh kerajaan Malaysia. Dalam tulisan analisis akhbar tersebut mendedahkan, urusniaga pembelian dua buah kapal selam Scorpene yang berukuran 66 meter, berserta penyewaan sebuah kapal selam lama Agosta dari tentera laut Perancis bernilai USD 1 bilion (bersamaan dengan RM3.39 bilion). Dengan urusniaga itu, yuran sebesar € 114 juta, bersamaan RM 575,151,512.60 diperuntukkan kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh kawan baik dan bekas penasihat Najib, Abdul Razak Baginda. Pembelian kapal selam tersebut kini terus menjadi kontroversi yang dikaitkan dengan pembunuhan penterjemah dan kekasih Abdul Razak Baginda, Altantuya Shaaribuu. Altantuya, 28 tahun, berbangsa Mongol, dibunuh pada bulan Oktober 2006 oleh dua ‘pengawal peribadi’ yang pernah berkhidmat di pejabat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Razak, Selepas Razak meninggalkan Altantuya, beliau menyerahkan tanggunjawab menjaga Altantuya kepada ketua pegawai Najib, Musa Safri. Persoalan pembelian kapal selam yang menyebabkan kematian ‘perempuan simpanan yang ditinggalkan’, dianggap menjadi satu pengajaran kepada kerajaan Malaysia dan Perancis, oleh akhbar tersebut. Apatah lagi timbulnya perkaitan baru dengan kes tersebut minggu lalu, apabila dilaporkan penyiasat persendirian P. Bala mendedahkan, seseorang yang rapat dengan Najib bersedia membayar RM5 juta (US $ 1.48 juta) untuk melupakan kenyataannya tentang Najib dan Altantuya. BO Cherchez The French - Asia Sentinel

Anak exco bawa dadah

Kenyataan Media Angkatan Muda Keadilan Negeri Terengganu 19 November 2009 Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) Negeri Terengganu mendesak Ketua Polis Negeri Terengganu menjelaskan isu yang heboh diperkatakan bahawa seorang anak kepada seorang EXCO Kerajaan Negeri Terengganu ditahan baru-baru ini oleh pihak polis di dalam satu sekatan jalanraya. Dalam sekatan tersebut anak Exco itu dikatakan memandu kereta rasmi Exco milik kerajaan negeri dan pihak polis telah menjumpai dadah yang disembunyikan di bonet kereta tersebut. Jumlah dadah tersebut dikatakan jika disabitkan kesalahan boleh membuat hukuman mati mandatori. Berdasarkan laporan banyak blog-blog menyatakan Exco Kerajaan Negeri tersebut yang juga salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri di kawasan Parlimen Besut kini berada di Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji. Namun begitu pihak tertentu UMNO Negeri dikatakan sedaya upaya ingin menyembunyikan serta menutup kes tersebut agar tidak dihidu oleh rakyat bagi menjaga nama baik UMNO. AMK mengganggap sekiranya perkara tersebut benar-benar berlaku dan membabitkan penggunaan kereta rasmi EXCO Kerajaan Negeri Terengganu dalam tangkapan tersebut maka maka adalah wajar Ketua Polis Negeri Terengganu menjelaskan kepada umum kes tersebut kerana melibatkan penyalahgunaan harta rakyat . AMK memohon agar Ketua Polis Negeri Terengganu bertindak secara telus dan profesional tanpa mengambil sikap mendiamkan diri serta tidak bertindak menyembunyikan perkara tersebut dengan bersekongkol dengan UMNO bagi menutup kesalahan tersebut . Selamatkan harta rakyat Terengganu ( SEMARAK TERENGGANU ) Fariz Musa Ketua AMK Negeri Terengganu * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

PAS Kelantan Tidak Mahu Campur Isu Berkaitan Nik Aziz

KOTA BAHARU: PAS Kelantan tidak mahu mencampuri isu berkaitan yang dihadapi Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menyifatkan ia tidak ada kena mengenai soal politik.

Setiausaha Badan Perhubungannya Mohd Zaki Ibrahim berkata parti itu yakin Nik Aziz mampu menyelesaikan sendiri isu berkaitan menantunya Abdul Ariffahmi Abdul Rahman dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan tajaan menunaikan haji ke Tanah Suci.

"PAS Kelantan tidak pernah membincangkan soal ini kerana ia bukan perkara politik sebaliknya ia masalah pentadbiran yang boleh diselesaikan sendiri Tok Guru (Nik Aziz) selaku Menteri Besar," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat badan perhubungan parti itu di kediaman rasmi Menteri Besar, JKR 10 di sini hari ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan Nik Aziz selaku Pesuruhjaya PAS Kelantan tetapi enggan menemui pemberita atas alasan kesihatan.

Mengenai khabar angin Abdul Ariffahmi meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PMBK dan juga peletakan jawatan seorang Exco kanan kerajaan negeri seperti yang dilaporkan dalam blog tertentu, beliau berkata: "Ia khabar angin sahaja dan jika benar sudah tentu dalam mesyuarat hari ini ada dibincangkan (perkara ini)."

Pada mesyuarat itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Husam Musa tidak hadir dan dilaporkan sedang menerima rawatan di hospital atas sebab kesihatan. BERNAMA

Sisi hodoh demokrasi

Ketika waktu sekolah dahulu, tidak kiralah sekolah rendah atau sekolah menengah, ketua kelas kita biasanya dilantik oleh cikgu.

Walaupun ada sesetengah cikgu yang membenarkan pelajar kelasnya memilih ketua kelas mereka sendiri, kita sebagai pelajar tidak pula pernah mempertikaikan kuasa memilih cikgu itu andai dia kembali mahu pilihannya ditempatkan sebagai ketua kelas.

Ketika itu, demokrasi bagi kita tiada tempat dan tidak langsung dipertimbangkan. Begitu juga dengan kehidupan kanak-kanak kita di luar waktu sekolah di bawah seliaan ibu bapa. Ibu bapalah tempat rujukan kita, ibu bapalah tempat kita mohon pelepasan, ibu bapalah tempat kita minta kelulusan, ibu bapalah tempat kita mengabsahkan segala keputusan.

Walaupun kadang-kadang kita sebagai kanak-kanak bersikap degil dan ingkar arahan ibu bapa, kita yang kanak-kanak itu menerima bahawa keingkaran tersebut adalah satu kesalahan, bukan satu tunjuk perasaan menuntut kebebasan, menuntut demokrasi.

Dalam kamus kita sebagai kanak-kanak, demokrasi itu tidak wujud pun. Dalam kehidupan yang tiada demokrasi inilah kita membesar, jadi manusia juga, tiada cacat-celanya. Ramai kalangan kita yang asalnya kanak-kanak ini membesar menjadi orang yang bijaksana, melanjutkan pengajian ke universiti.

Di sini, di universiti inilah kita mula didedahkan dengan amalan demokrasi, pilihan raya kampus. Pilihan raya bagi memilih ahli majlis perwakilan pelajar dan juga pemimpin di peringkat kolej kediaman. Apakah niat baik boleh dicernakan melalui demokrasi? Apakah demokrasi menyokong pencernaan niat baik tersebut. Ada kalangan pegawai universiti ketika saya masih menyandang jawatan mahasiswa dahulu lebih suka jika pemimpin pelajar dipilih melalui temuduga, bukan pilihan raya.

Namun kerana pilihan raya kampus itu sesuatu yang sudah termaktub dalam akta, maka ia terus dilaksanakan sehingga sekarang. Waktu itu, rakan-rakan mahasiswa saya, pemimpin pelajar yang pro parti pemerintah dan pro pembangkang buat pertama kalinya cuba bergabung. Mereka menang besar dan bersatu membentuk kabinet majlis perwakilan pelajar. Malangnya niat baik mereka tidak kesampaian, penyatuan ini akhirnya pecah berantakan.

Demokrasi telah memusnahkan sebuah hasrat murni kerana ruang demokrasi jugalah yang mengizinkan mereka untuk belajar berpolitik. Saya menulis ini bukan kerana saya benci demokrasi, jauh sekali untuk menghentamnya. Saya juga seorang demokrat, ya mungkin saya berkata begini kerana saya membesar dalam sistem demokrasi.

Cuba kalau saya membesar di China atau Brunei, dalam sistem komunis atau monarki, saya mungkin akan menjadi komunis atau monarkis. Apapun, sama ada demokrasi, komunis atau monarki, semuanya adalah sistem. Memanglah setiap sistem ini saling berlumba untuk membuktikan merekalah yang terbaik dan sempurna, tetapi sebagai sistem, walau sesempurna mana sekalipun, tetap akan ada ruang yang rapuh dan longgar.

Ketika ruang rapuh dan longgar itu berada di atas dalam pusingan rodanya, masa itulah kita akan lihat sisi hodoh segala sistem ini. Negara kita adalah negara demokrasi, menariknya negara kita juga adalah negara Raja Berperlembagaan, maka ada sedikit pengaruh monarki. Dalam konteks tulisan ini, saya hanya mahu bercakap soal demokrasi.

Baik atau buruk, setakat ini demokrasi adalah sistem terbaik buat negara kita, sekurang-kurangnya atas alasan ia telah digunapakai semenjak negara kita merdeka. Sampai hari ini demokrasi telah begitu kuat menjalar dan mencengkam kehidupan masyarakat kita. Dari universiti tadi ia masuk ke parti-parti politik yang seterusnya berfungsi membentuk sistem pemerintahan negara kita.

Demokrasi adalah satu proses, ia bergerak, atau lebih tepat berpusing dalam kitaran hayatnya yang tersendiri. Seperti saya katakan, pasti satu masa ia akan mempamerkan sisi hodohnya kepada khalayak. Inilah yang berlaku kepada MCA, parti terbesar, atau lebih tepat parti tunggal kaum Cina di Malaysia. MCA sedang berhadapan dengan krisis kepimpinan yang panjang. Segala cara telah diusahakan bagi menyelesaikan masalah ini, tetapi kesudahannya kelihatan semakin bertambah buruk.

Presiden tidak mampu berbuat apa-apa, timbalan presiden yang bersilih ganti juga tidak dapat mencari cara, apalagilah naib-naib presiden dan ahli jawatankuasa pusatnya. Mereka hanya mampu menggagaskan cadangan, usulan, akhirnya sistem dalaman, iaitu demokrasi jugalah yang memberi kata putus. MCA memecat Soi Lek menggunakan instrumen demokrasi, iaitu mesyuarat majlis presiden hasil cadangan lembaga disiplin. Hal ini tidak menyelesaikan masalah, lalu satu lagi instrumen demokrasi, iaitu jawatankuasa pusat digunakan, maka keputusan memecat bertukar menjadi penggantungan.

Ia tidak juga menamatkan krisis, kerana itu satu EGM dipanggil sebagai instrumen demokrasi ketiga. Keputusannya di luar dugaan, Ong Tee Keat sebagai presiden diundi tidak percaya oleh perwakilan, sementara keahlian Soi Lek diberi semula, penggantungannya dibatalkan. MCA semakin serabut. Undi tidak percaya terhadap Tee Keat tidak cukup dua pertiga, dan kerana kehendak demokrasi MCA memerlukan dua pertiga untuk tujuan itu, Tee Keat bertegas mahu kekal di kerusi Presiden.

Akibat ketegasannya bukan setakat mahu kekal di kerusi itu tetapi mahu memanggil EGM kedua sebagai instrumen demokrasi keempat bagi memberi laluan pemilihan baru secara demokratik, Tee Keat tiba-tiba ditentang oleh komrad-komradnya yang paling setia selama ini, termasuk Timbalan Presiden yang baru dilantik menggantikan Soi Lek, Liow Tiong Lai. Idea EGM kedua mati sekejap di situ. Tanpa disangka, Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang berfungsi mengawalselia kedemokrasian pertubuhan-pertubuhan yang berdaftar di bawahnya mengambil keputusan yang agak memeranjatkan bila mengembalikan jawatan timbalan presiden kepada Soi Lek.

Ini bermaksud perlantikan Tiong Lai sebagai timbalan presiden tidak diiktiraf dan tidak disahkan oleh ROS, terbatal! Dalam kes MCA, demokrasi benar-benar teruji, mampukah ia disesuaikan dengan setiap keadaan dan setiap masa? Kemelut MCA makin memburuk tanpa ada sedikitpun bayangan pemulihan.

Adakah lagi instrumen demokrasi yang diperuntukkan oleh Perlembagaan MCA yang demokratik itu yang boleh digunakan? Sesetengah pemimpin MCA mencadangkan agar satu referendum dibuat.

Jika ia dilaksanakan, ia adalah instrumen demokrasi kelima yang akan digunakan oleh MCA. Namun melihat akan keadaan semasa MCA, berupayakah referendum ini menyelesaikan masalah? Atau MCA bakal tertolak ke jurang yang lebih dalam? Perkembangan terbaru semacam mengiyakannya, bila majlis presiden memecat sembilan anggotanya, termasuk pemimpin kanan parti iaitu Ketua Wanita dan Ketua Pemuda. Dan ini menyemarakkan semula gerakan dalaman MCA yang dipimpin oleh Tiong Lai dengan sokongan ketua wanita dan ketua pemudanya untuk meneruskan rancangan EGM kedua, instrumen demokrasi keempat seperti yang saya katakan tadi.

Mereka mengambil jalan demokrasi, tetapi mampukah nanti ia menenangkan gejolak yang sedang membara itu? Sebab saya yakin Tee Keat juga sudah tentu akan melakukan tindak balas. Demokrasi dalam insiden MCA menjadi sangat buruk, sangat lemah di mata masyarakat. Apakah ia kesalahan sistem, atau kesalahan kita yang mengabdikan diri kepada sistem tersebut?

Untuk jangka pendek, jelas MCA perlu melupakan instrumen demokrasi dan menjemput mediator luar bagi menyelesaikan masalah mereka.

Sementara untuk jangka panjang, mereka perlu belajar, bukan setakat dari krisis ini, tetapi juga dari krisis terdahulu seperti episod Neo – Tan, untuk mencari jalan penambahbaikan kepada sistem demokrasi dalamannya sambil menutup ruang rapuh dah longgar dengan sebanyak mungkin. Soalnya, apakah penambahbaikan sistem demokrasi dalaman parti itu adalah dengan membuka seluas-luasnya ruang perwakilan seperti yang dibuat Umno dan PKR? Saya jadi kabur dan mengaku rupanya saya masih di kelas tadika dalam sekolah demokrasi.

Jangan berdiam diri jika mahu perubahan, kata Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Nov: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pihak yang mahukan perubahan agar jangan berdiam diri dan sekadar menjadi penonton sahaja. "Mereka yang mahukan Perubahan tidak boleh lagi berdiam diri dan sekadar menonton. Mereka sewajarnya terjun ke medan, menyatakan pendirian dan bersama-sama mencorak ruang kerjasama parti serta Pakatan Rakyat. "Jangan lekas makan hati, kerana rakyat akan merasa mual. Bersegeralah memikul tanggungjawab memimpin walau sesederhana mana pun kekuatan di tempat masing-masing," kata Anwar dalam blognya. Menurutnya, pimpinan ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat menyedari permuafakatan yang berusia muda ini pasti akan berdepan dengan pelbagai cabaran dan halangan. "Pembentukan Pakatan Rakyat bercita-cita membawa Perubahan sedaya mungkin. Pastinya sepanjang perjalanan memperkukuh kerjasama akan ada perbezaan dan pertikaian serta mereka yang kecewa lalu meninggalkan perjuangan manakala berbondong bondong lagi hadir menyertai mendokong hasrat perubahan," katanya. Bagi beliau, perjuangan yang merentasi batas kaum, kepercayaan dan fahaman ini menimbulkan kegerunan kepada Umno-Barisan Basional. "Ianya kerana falsafah serta dasar permuafakatan kita mencerminkan kenyataan masyarakat majmuk di Malaysia," katanya. Menurut beliau, tidak mungkin wujud penjajahan dalam permuafakatan ini di mana satu parti menunjuki apa yang perlu dilakukan oleh parti yang lain. "Permuafakatan Pakatan Rakyat terbina dari asas untuk menghormati suara parti komponen dan akan berusaha bergerak dengan menggembeling dari kekuatan itu," katanya lagi.

Nov 20, 2009

Muka bengkak kerana pewarna rambut

WAJAH Abigail yang bengkak disebabkan penggunaan sejenis pewarna rambut.

SYDENHAM, England - Wajah seorang pelajar wanita di sebuah sekolah di sini, Abigail Colbourne kini seperti 'makhluk asing' kerana bengkak disebabkan alah kepada sejenis pewarna rambut.

Abigail yang berumur 15 tahun mewarnakan rambut perangnya supaya kelihatan hitam tetapi dia tidak melakukan ujian alahan terlebih dahulu.

"Mata saya seperti digam dan kepala saya bengkak. Ia merupakan sesuatu yang amat dahsyat," katanya seperti dilaporkan oleh sebuah akhbar semalam.

Doktor berjaya mengurangkan bengkak yang dialami oleh Abigail dengan memberikannya ubat tetapi ibunya, Joanna Leech berkata: "Orang ramai sepatutnya mengetahui kesan penggunaan bahan pewarna." - Agensi

Penduduk Korea Utara diminta berambut pendek

SEOUL - Media rasmi di Korea Utara, Rodong Sinmun meminta penduduk negara itu supaya berambut kemas bagi menunjukkan gaya hidup baik di negara itu.

"Berambut pendek merupakan satu gaya hidup asas untuk lelaki," kata akhbar itu yang dipetik oleh agensi berita Yonhap semalam.

Akhbar Rodong Sinmun menyatakan, rambut yang pendek menyebabkan golongan lelaki akan kelihatan tampan, ghairah dan bercita-cita besar.

Menurut akhbar itu, pelajar-pelajar wanita diminta berambut pendek manakala wanita pertengahan umur disaran mengikat rambut mereka.

Kehidupan sosial penduduk Korea Utara dikawal rapi oleh pemerintah komunis manakala filem dan drama ditapis bagi mengelak penyebaran kebudayaan negara-negara maju. - AFP

SETIAUSAHA POLITIK OTK LETAK JAWATAN

KUALA LUMPUR: Simon Lim, pembantu kanan presiden MCA dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat meletak jawatan selepas mesyuarat jawatankuasa pusat MCA pada Rabu lalu.

Lim, yang merupakan setiausaha politik kepada Ong, berkata beliau menyerahkan sendiri surat perletakan jawatannya, yang bertarikh 18 Nov kepada Ong dengan satu salinan kepada Perdana Menteri.

"Saya menyerahkan sendiri kepada beliau di pejabat beliau di Kementerian Pengangkutan selepas mesyuarat jawatankuasa pusat. Perletakan jawatan saya akan berkuatkuasa 1 Dis," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Lim berkata, beliau mahu kembali kepada bidang guaman di mana beliau pernah menjadi rakan kongsi kanan dalam syarikat guaman, Simon and Co.

"Sebenarnya saya merancang untuk kembali ke bidang guaman selepas mesyuarat agung luar biasa MCA yang lepas (10 Okt). Sekarang saya fikir ia adalah masa yang sesuai untuk berbuat demikian," katanya.

Selain menjadi setiausaha politik Ong, Lim juga adalah ketua Biro Petugas Khas MCA. BERNAMA

SPRM Tahan 6 Ahli Umno Bahagian Kota Tinggi

JOHOR BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan enam ahli Umno Bahagian Kota Tinggi, termasuk ketua pemudanya berhubung dakwaan cuba memberi rasuah berjumlah RM40,000 kepada tiga bekas ahli jawatankuasa (AJK) Pemuda bahagian itu. Anggota Pemuda yang berusia antara 30 dan 40 tahun itu ditahan di rumah salah seorang AJK Pemuda bahagian itu pada pukul 2 petang tadi selepas suspek didakwa cuba memujuk AJK berkenaan untuk menarik semula hasrat untuk meletakkan jawatan masing-masing.

Difahamkan suspek berbuat demikian kerana 18 daripada AJK Pemuda bahagian itu telah meletakkan jawatan mereka minggu lalu atas alasan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan suspek sebagai Ketua Pemuda. Sumber memberitahu, peletakan jawatan beramai-ramai itu menyebabkan suspek cuba mengadakan 'rundingan' dengan tiga AJK berkenaan bagi mengelakkan satu pemilihan baru diadakan. Sumber mengesahkan salah seorang daripada tiga orang AJK berkenaan didakwa telah menghubungi pihak SPRM sebelum proses rundingan itu berlangsung.

Suspek telah ditahan di Penjara Ayer Molek sebelum dibawa ke ibu pejabat SPRM negeri bagi menjalankan proses soal siasat. Ketua Umno Bahagian Kota Tinggi, Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika dihubungi berkata, beliau ada mendengar berita tersebut dan difahamkan kesemua suspek yang ditahan adalah daripada sayap Pemuda bahagian itu. "Saya menyerahkan kepada SPRM untuk menyiasat perkara ini. Saya berharap kebenaran akan muncul juga akhirnya," katanya. Penguasa SPRM Negeri Johor, Simi Abdul Ghani ketika dihubungi bagaimanapun enggan mengulas mengenai isu tersebut.

Nik Aziz disenarai 50 tokoh berpengaruh di dunia Islam 2009

KUALA LUMPUR, 20 Nov: PAS mendapat penghormatan dunia Islam apabila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah disenaraikan antara '50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia'.

Menteri Besar Kelantan itu, disenarai di tempat ke 42 dalam senarai '500 Muslim yang Berpengaruh Tahun 2009'. The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009. Para tokoh muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang. “500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai kategori muslim radikal.

(Nik Aziz ditangga ke 42 Muslim paling berpengaruh di didunia) Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal. Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia. Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam “Honorable Mention”. Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Datuk Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali. Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya. Dalam pengantar buku yang diterbitkan untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia. Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.

Muhyidin dan 9 yang lain disaman RM105 juta

IPOH, 20 Nov: 10 pihak termasuk Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyidin Yasin dan Komanden Kem 1Malaysia Kuala Dipang disaman RM105 sebagai gantirugi berikutan kematian tiga kanak-kanak selepas mereka jatuh dan hanyut berikutan jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang. Selain kedua-duanya, turut disaman adalah guru besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang Diawan, gurubesar SJKT Gopeng; Ketua Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan; Pengarah Pelajaran Negeri Perak; Yang Dipertua Majlis Daerah Kampar; Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak dan Komanden Kem 1Malaysia Kuala Dipang, penderma jambatan gantung itu iaitu syarikat GS Synergy Sdn Bhd, syarikat kontraktor CWL Enterprise dan kerajaan Malaysia. Tiga bapa kepada tiga peserta Kem 1Malaysia yang terkorban dalam tragedi jambatan gantung runtuh di pusat kokurikulum pejabat pelajaran daerah Kinta Selatan di Kampar pada 26 Oktober lalu, memfailkan saman menuntut gantirugi itu di Mahkamah Tinggi Ipoh. K Mageswaran, K Vasudevan dan T Nathan, bapa kepada tiga kanak-kanak yang mati akibat kejadian di pusat tersebut yang terletak berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang. Writ saman itu difailkan melalui Tetuan A.Sivanesan & Coi di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Ipoh pagi tadi. Selain menuntut gantirugi am sebanyak RM35 juta setiap seorang, mereka masing-masing menuntut RM19,120 bagi gantirugi khas, RM100,000 bagi gantirugi teladan, faedah 8 peratus bagi jumlah penghakiman dari tarikh kematian hingga tarikh penyelesaian sepenuhnya, kos guaman dan apa-apa relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Plaintif mendakwa, pada masa kejadian, kawasan itu dipercayai gelap gelita, tidak ada lampu besar yang dipasang untuk keselamatan murid-murid, dan ini menunjukkan kecuaian kerana dengan adanya lampu besar, kanak-kanak yang jatuh ke dalam sungai boleh dilihat dengan jelas serta mempunyai peluang yang lebih baik untuk menyelamatkan diri atau diselamatkan. Mereka juga mendakwa tidak ada seliaan atau kawalan yang baik di jambatan oleh pihak penganjur yang mana sepatutnya penggunaan jambatan perlu diawasi, dengan menentukan kapasiti iaitu bilangan murid yang boleh menggunakan pada satu-satu masa. Mereka juga mendakwa murid-murid tidak dilengkapi jaket keselamatan ketika menyeberangi sungai, guru-guru didapati tidak terlatih untuk mengendalikan kem seperti itu serta tiada doktor atau pegawai perubatan ditempatkan untuk keselamatan peserta kem tersebut. Plaintif juga mendakwa jambatan gantung tersebut tidak diperiksa oleh Majlis Daerah Kampar dan Jabatan Kerja Raya Perak bagi memastikan ciri-ciri keselamatan telah dipatuhi. Mereka juga mendakwa kematian anak-anak mereka amat menyedihkan dan telah mengancam ketenteraman mereka dan keluarga selain masih mengalami dan menanggung kehilangan dan kerugian.

Nov 19, 2009

SKMM Siasat 71 Kes Penyalahgunaan Internet Sebar Kandungan Lucah, Palsu dan Hina Islam

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sedang menyiasat 71 kes penyalahgunaan internet bagi menyebarkan kandungan lucah, palsu serta menghina Islam.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata daripada jumlah itu, lapan kes telah dikenakan tindakan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana kandungan yang menghina seseorang.

"Seorang telah mengaku bersalah dan didenda sebanyak RM10,000 dan mahkamah telah mengenakan syaratsyarat tertentu yang lain, manakala tujuh tertuduh lagi sedang menunggu perbicaraan," katanya semasa menjawab soalan Matulidi Jusoh (BN-Dungun) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Rais berkata tujuh kes pula terbabit dengan menyebarkan kandungan menghina Islam, termasuk satu kes di mana suspek yang telah pun dikenal pasti, melarikan diri bagi mengelak daripada dikenakan tindakan.

"SKMM sedang berusaha untuk mengesan suspek tersebut," katanya.

Rais berkata kementerian juga telah mengambil tindakan menurut Seksyen 263 akta tersebut terhadap tujuh laman web yang menghina Islam iaitu www.syurgaislam.blogspot.com, www.faithfreedom.org dan manatuhanallah.wordpress.com.

Laman web lain ialah adibahahmad.blogspot.com, surind.blogspot.com, tokbatinsenoi.blogspot.com dan www.malaysiatoday.net/2008/content/view/125.

Beliau berkata selain mendakwa mereka yang terbabit di bawah undang-undang, Seksyen 263 akta tersebut turut membenarkan SKMM dan pihak berkuasa lain untuk memberikan notis bertulis kepada pemberi perkhidmatan internet untuk mengambil tindakan sewajarnya dalam mencegah pelakuan atau cubaan pelakuan sesuatu kesalahan.

Semasa menjawab soalan Hamim Samuri (BN-Ledang) mengenai keberkesanan Pusat Jalur Lebar (PJK), Rais berkata sehingga kini terdapat 85 buah PJK beroperasi di seluruh negara dan tambahan sebanyak 89 PJK sedang dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya pada akhir tahun ini.

"Pertengahan tahun depan, penembusan jalur lebar akan jadi lebih hebat dan dijangka kelajuan daripada 4mbps meningkat kepada 10mbps akan kita capai, jadi PJK ini akan dilengkapkan dengan kemudahan sekurang-kurangnya bagi mencapai tahap kelajuan 4mbps," katanya. BERNAMA

Anwar Beri Jaminan Urusan Ambil Alih Hutang Talam Akan Dilakukan Secara Telus & Terbuka

PETALING JAYA: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hari ini, parti itu akan memastikan sebarang pemindahan wang kerajaan negeri dalam urusan pengambilalihan hutang Talam Corp Bhd dengan anak syarikat PKNS yang berjumlah RM 391 juta oleh Kerajaan Negeri Selangor akan dilakukan secara telus.

Malah katanya, segala urusan berkaitan isu itu terbuka untuk penelitian awam.

Sehubungan dengan itu katanya, para pemimpin dalam PKR berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung perkara tersebut.

“Tuntas dengan prinsip ketelusan dan pertanggungjawaban, Tan Sri Khalid Ibrahim memberi jaminan bahawa transaksi tersebut terbuka untuk penelitian awam,” kata Anwar dalam laman blognya hari ini.

Beliau menegaskan bahawa PKR telah membincangkan isu pinjaman yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil alih hutang Talam Corp Bhd dengan anak syarikat PKNS yang berjumlah RM 391 juta itu secara panjang lebar setelah ia dibangkitkan oleh Setiausaha Agung, Datuk Salehuddin Hashim melalui edaran e-mail kepada semua wakil rakyat parti itu beberapa hari lalu.

“Keadilan sememangnya menghormati pandangan yang dibangkitkan oleh pimpinan yang menyentuh dasar mana-mana negeri, termasuklah negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat(PR).

“Ini membuktikan iltizam kami untuk terus berpegang serta melaksanakan prinsip-prinsip asas demokrasi dan tadbir urus yang baik,” kata Anwar dalam tampalan pada laman blognya hari ini.

Menurut beliau, e-mail setiausaha agung PKR itu sebenarnya hanyalah untuk edaran dalaman sahaja dan ia merupakan pandangan peribadi bertujuan mendapat penjelasan daripada Khalid berhubung isu tersebut.

“Perlu ditegaskan di sini setiausaha agung PKR tidak menuduh wujudnya penyelewengan oleh menteri besar dan Kerajaan Negeri Selangor berhubung perkara ini,” katanya lagi.

Nov 18, 2009

APA YANG DI`GEGE' KAN OLEH KICKDEFELLA?

Oleh: WFAUZDIN NS `GEGE' bukankah bermaksud `leter' ? Saya pun baru hendak belajar `kecek' kelate semenjak 3, 4 bulan berada di bumi Serambi Mekah ini. Jika benar `gege' bermaksud `leter', maka nampaknya semakin `gege' kita melihat sahabat kita Kickdefella atau lebih manis saya gelar `syeikh' selepas ini. Di dalam blognya beliau `bergege' tidak mengapalah kerana kita faham situasi yang dihadapi oleh beliau pada saat dan ketika ini. Cumanya, setelah saya membaca tulisan `gege' beliau di dalam blognya bertajuk, 'Sayang..Laksamana mati dibunuh...' terlalu banyak kepincangan yang telah beliau laporkan khususnya berkaitan PMBK dan juga melibatkan Tok Guru Nik Aziz. Dikatakan beliau menentang Pak Lah sebab itu beliau lari ke Kelantan. Kini, difahamkan beliau dalam dilema kerana kelihatan padanya kepimpinan Tok Guru sama dengan Pak Lah. Bezanya, saya belum pasti samada beliau sudah lari keluar dari bumi Kelantan atau belum. Semua yang diperkatakan oleh Syeikh di dalam blognya itu peristiwa yang sudah lama berlalu dan baru kini beliau ingin `kitar' semula. Yakni, selepas beliau ter `kick' dari PMBK. Mengapa terlalu lewat wahai Syeikh? Saya tidak kata ingin percaya atau tidak segala apa yang ditulis oleh Syeikh tersebut, cuma saya rasa aduan secara `gege' melalui blog menampakkan Syeikh seperti ingin berkongsi dengan pihak yang dikatakan tidak betul itu. Syeikh wajib melaporkan semua itu ke pihak berkuasa jika Syeikh punyai cukup bukti dan maklumat. Bukankah Tok Guru sudah beri jaminan pintu buat SPRM atau sesiapa sahaja yang berkuasa untuk menyiasat sebarang kes penyelewengan di Kelantan terbuka 25 jam? Syeikh jangan lepaskan peluang ini. Tetapi jika sekadar `gege' di dalam blog, Syeikh tidak akan berjaya dianggap sebagai Wira Di Kelantan. Syeikh mahukan `orang besar' menjaga Syeikh. Bagaimana `orang besar' hendak menjaga Syeikh jika Syeikh lebih suka `gege' di dalam blog? Usahkan `orang besar', mungkin Bloggers pun sukar hendak membantu Syeikh yang dilihat seperti puak-puak sebelah yang suka `gege' melalui media pencacai mereka. Sekarang dikatakan SPRM sudah pun masuk menyiasat PMBK bahkan mungkin akan menyiasat pula tentang hasrat Tok Guru hendak ke Mekah hasil tajaan seseorang. Justeru itu, tidakkah ini kesempatan terbaik buat Syeikh untuk membuktikan bahawa kerajaan Tok Guru sama dengan Kerajaan Pak Lah yang Syeikh tentang dulu? Jika ianya terbukti, Syeikh mungkin boleh berpindah dari bumi Kelantan untuk bermusafir ke negeri lain untuk meneruskan perjuangan `maha suci' Syeikh itu. Tentunya Syeikh tidak mahu berada dalam negeri yang Syeikh anggap sama dengan kerajaan Pak Lah bukan? Sekali lagi, bersabarlah wahai Syeikh. Jawatan yang hilang itu anggaplah bukan rezeki Syeikh. DS Anwar hilang jawatan TPM tetapi terus berjuang tetapi beliau berjuang bukan secara `gege' di dalam blog sahaja. Beliau berjuang hingga terpenjara bertahun-tahun. Seorang pejuang ikhlas akan tetap dihormati kawan dan lawan meskipun bergelar bekas banduan. Tetapi jika berjuang dengan menggunakan modal fitnah, tiada bezanya perjuangan kita dengan puak sebelah. Maka, lebih baik kita berhijrah ke puak sebelah./Kembali ke laman asal.

Batalkan tunai haji selesaikan isu - Nazri Aziz

KOTA BHARU, 18 Nov: Keputusan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan hasrat mengerjakan haji ke Makkah tahun ini dianggap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz boleh menyelesaikan isu.

“Tindakan Menteri Besar Kelantan mengambil keputusan membatalkan hasrat mengerjakan haji memudahkan kerja kami. “Memang penajaan sebenarnya bukan rasuah, tetapi memandangkan Tuan Guru seorang Menteri Besar, ia tidak boleh berlaku perkara sedemikian. “Tidak ada masalah sesiapa pun nak menaja Tok Guru pergi ke Makkah, tetapi kedudukannya sebagai Menteri Besar,” ujarnya kepada media selepas mengunjungi Menteri Besar, di pejabatnya petang tadi. Jumaat lalu Tuan Guru Nik Abdul Aziz membatalkan hasrat menunaikan haji disebabkan isu ada pihak memperbesarkan isu tajaannya untuk ke Makkah. Nazri berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selaku badan bebas melakukan siasatan berdasarkan laporan dalam akhbar dan bukannya melalui mana-mana individu. Katanya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz sendiri mengeluarkan kenyataan beliau ditaja seseorang ke Makkah. “Pada saya, Nik Aziz mengeluarkan satu kenyataan tanpa rasa bersalah kerana kalau tok guru nak pergi, dia tak perlu cakap, tetapi dalam hal ni dia cakap dan dia sendiri bukan ada niat apa-apa. “Kalau dia betul nak pergi, dia tak payah cerita daripada mana dia dapat duit, kita pun tahu dia ada duit, tapi Tok Guru ni seorang yang lurus,” ujarnya. Beliau juga berkata, sebagai contoh jika seseorang itu memberikan rasuah dan meletak wang di atas meja tanpa diusik orang yang ingin dirasuah, ia belum boleh dikaitkan dengan rasuah.

MB Selangor dedah laporan kejadian tanah runtuh Bukit Antarabangsa

SHAH AlAM 18 Nov: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini sekali lagi menggunakan peruntukan sekysen 2C mendedahkan satu lagi dokumen di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 berkenaan laporan kejadian tanah runtuh yang berlaku di Taman Mewah, Bukit Antarabangsa Disember tahun lalu.

Menurut Khalid, faktor utama yang dikenalpasti penyebab runtuhan tanah itu berpunca dari kebocoran paip air dari saluran paip air yang aktif di rumah terbengakalai yang meningkatkan kandungan air dalam tanah di kawasan kegagalan cerun. Ini merupakan pendedahan keempat Pakatan Rakyat untuk memberi gambaran sepenuhnya mengenai kejadian yang mengakibatkan 14 buah rumah banglo musnah dan lima kematian pada hari kejadian. Menurut laporan Jawatankuasa Teknikal Kajian Runtuh, terdapat tiga gelinciran yang berlaku pada hari kejadian yang setiap satunya hanya berselang tiga ke lima minit. Beliau bersedia untuk bertemu dengan penduduk di Bukit Antarabangsa bagi mengkaji serta menyelesaikan permasalahan mereka. “Saya harap masyarakat di Bukit Antarabangsa akan mengetahui keadaan sebenar kejadian tanah runtuh tersebut dan kerajaan negeri akan membuat perjumpaan dengan mesyarakat disana pada awal Januari ini,bagi mengkaji semula apakah pengajaran yang kita dapati dan bagaimana cara untuk mengatasi masalah dicerun itu dan bagaimana cara untuk membantu mereka serba sedikit yang mengalami tragedi Bukit Antarabangsa,”katanya. Tan Sri Khalid berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di bangunan Setiausaha Kerajaan negeri Selangor, hari ini. Menurut Khalid lagi, kajian siasatan kejadian tanah runtuh adalah untuk mengenalpasti punca-punca kejadian tanah runtuh, faktor-faktor penyumbang kejadian tanah runtuh dan cadangan yang disyorkan untuk mengatasi. Salinan buku laporan tersebut boleh diperolehi daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya, mulai Isnin ini.

Nov 17, 2009

Hari Raya Qurban Ditetapkan Pada 27 November

KUALA LUMPUR: Hari Raya Qurban atau Hari Raya Aidiladha bagi Malaysia ditetapkan pada 27 November ini, bersamaan 10 Zulhijah, umum Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.

Engku Ibrahim berkata: "Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini diisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1430 Hijrah ialah pada 18 Nov 2009 Masehi.

"Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat, 27 Nov 2009 Masehi," katanya dalam siaran akhbar Jabatan Penerangan yang dikeluarkan di sini Shari ini. BERNAMA

Kalau Ada Kejadian Rasuah, Sila Lapor Tok Guru Pada SPRM

Benar. Saya sudah baca artikel dari Rocky Bru dan Syed Akbar Ali yang mahu menjadikan tajaan haji kepada Tok guru satu isu politik. Bagi saya, tak payah buat isu ke atas perkara ini. Kalau kamu ada bukti, sila buat laporan pada SPRM. Mudah sahaja. Rocky Bru melaporkan kononnya syarikat yang memberi tajaan pada Tok Guru telah mendapat konsesi balak dari Kerajaan Negeri Kelantan pada 2004 sewaktu Tok Guru menjadi Pengerusi SEDC Kelantan dan KPK. Kalau benar telah berlaku korupsi, sila laporkan perkara itu kepada SPRM? Bukankah JK Tender yang memberi konsessi kepada mana-mana pihak menyebabkan Kelantan mendapat laba yang besar dari balak berbanding dengan pentadbiran sebelum ini? KAlau benar ia rasuah, sila laporkan kepada SPRM? Dahulu, Norzula Mat Diah pernah membuat laporan berkenaan dengan tuduhan korupsi ke atas Husam Musa dan Husam telah disiasat atas bawah. Namun, tiada apa2 kesalahan yang dijumpai ke atas Husam Musa. Saya yakin, Tok Guru tidak takut mengaku menerima tajaan itu kerana bagi beliau syarikat yang menaja beliau tidak mendapat apa2 kontrak dan projek dari beliau. Mengapa beliau mahu bersikap buruk sangka terhadap syarikat ini? Sudah 19 Tahun Tok Guru Memerintah, Tiada Satu Pun Tuduhan Rasuah Orang yang korup, kita akan dengar cerita korupsi beliau secara berkala. Walaupun tidak dapat dibuktikan, namun, cerita korupsi terhadap beliau akan kerap naik. Bagi Tok guru Nik Aziz, sudah 19 tahun beliau menjadi MB. Kita tidak dengar satu pun kes rasuah dan salah guna kuasa yang dikenakan ke atas beliau. Ertinya, rasuah dan makan duit ini bukan amalan dan tabiat beliau. Mungkin beliau tersalah tengok atau tersalah lihat maka beliau telah menerima tawaran tajaan haji tersebut, tapi ia hanya menunjukkan beliau tersilap bukan korup. Juga, apabila ditegur "kesilapan" beliau, maka Tok Guru telah sanggup menukar keputusan awal beliau. Tiada silap pun, dari mula lagi kerana tiada bukti pun syarikat berkenaan mendapat kontrak serta projek dari Tok Guru? Bagi Tok Guru, syarikat tersebut adalah seperti mana-mana syarikat pun. Dan, kalau Tok Guru terima tawaran tersebut, tidak bermakna selepas ini syarikat tersebut akan mudah mendapat kontrak serta projek kerana penerimaan Tok Guru tidak bersyarat. Jadi, saya cabar mereka yang mahu membuat isu tajaan haji kepada Tok Guru ini supaya membuat laporan kepada SPRM atau Polis D5. Kalau tidak, tutup mulut kamu. Tok Guru pun dah batal hasrat beliau. Apa nak lagi? Tulang Besi

Anwar isytihar perang pertahan S'gor

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengisytiharkan perang terhadap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bercita-cita untuk merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat. "Serangan daripada pusat, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) kata nak rampas, walau tidak secara langsung tapi maksudnya begitu. Najib bukan saingan kepada menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.. "Sekarang silakan Najib. Masuk sahaja dan sentuh Selangor, kita bertempur habis habis-n," katanya. Najib juga merupakan pengerusi perhubungan Umno Selangor dan pengerusi BN.
Anwar berkata demikian dalam ucapatama dalam konvesyen PKR Selangor di Dewan Jubli Perak Shah Alam pagi ini. Kira-kira 1,500 perwakilan daripada 22 cabang PKR di negeri ini memberi tepukan gemuruh ekoran pengisytiharan perang itu. Anwar yang juga ketua pembangkang berkata serangan untuk merampas Selangor, dapat dilihat daripada beberapa isu yang cuba ditimbulkan untuk melemahkan kepimpinan Khalid yang juga pengerusi PKR negeri. "Hari-hari serang Tan Sri Khalid. Tak habis dengan isu lembu untuk hari raya korban, dia serang dengan isu kepala lembu. Kita jangan ingat (serangan) selesai. Kalau kita rasa selesai, kita silap. "Bila PM (perdana menteri) nak serang dan rampas, dia akan guna segala jentera. Mungkin dia gunakan kata-kata yang lunak, ia manis bagaikan madu tetapi ia umpama racun bisa bagaikan hempedu," katanya. Katanya, perkara itu juga menjadi antara sebab utama beliau menerima tawaran Khalid yang juga pengerusi PKR Selangor untuk menjadi penasihat ekonomi negeri itu. "Saya datang untuk bantu kerajaan negeri dan rakyat dan tidak mahu menimbulkan ketegangan politik. Saya mahu (tugas) menteri besar menjadi lebih kukuh. "Jangan ada anak-anak kecil yang nak bermain-main di sini, saya datang kerana ada pengalaman. Kalau ada anak kecil main-main, kita tangkap dan lempar keluar," katanya Anwar juga berjanji untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan mempertahankan ekonomi negeri itu. Beliau berkata, ini kerana laporan ketua audit negara menjelaskan bahawa prestasi dan rekod baik telah ditunjukkan oleh Khalid dan ia tidak pernah dicatatkan oleh menteri besar sebelum ini. Dalam ucapan itu juga Anwar optimis bahawa kerajaan Selengor di bawah Pakatan Rakyat dapat dipertahankan dalam pilihanraya akan datang dan prestasinya juga akan jauh lebih baik daripada pilihanraya Mac tahun lalu. "Ini markas kita, ini kubu kita. Dia datang sentuh, kita lesing dia," katanya yang sekali lagi mendapat tepukan gemuruh hadirin. Dalam sidang media selepas itu, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh menjelaskan bahawa pengisytiharan perang itu adalah tindak balas terhadap pengisytiharan Umno untuk merampas kembali Selangor. Bagaimanapun beliau tidak menolak kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang melibatkan pembangunan dan kepentingan rakyat. "Kita tentunya akan bertahan dan serang balas (jika ada serangan). Dan pendekatan kita dari awal, dari segi kerajaan adalah kerjasama, bukan lawan. Dan kerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuan. "Kalau urusan pembangunan ikut lunas yang baik dan lunas demokrasi, kita ikut dan bukan bermaksud untuk melawan," katanya./Malaysiakini

Pakatan cabar BN biarkan Dun Kota Seputeh kosong

KUALA LUMPUR, 17 Nov: Pakatan Rakyat mencabar Umno agar tidak membuat rayuan di mahkamah bagi membolehkan pilihanraya kecil di Dun Kota Seputeh berjalan sebagaimana yang sepatutnya.

Demikian kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi, selepas selesai mesyuarat Pakatan Rakyat di Parlimen. Turut serta dalam sidang media bersama PR itu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan beberapa pimpinan tertinggi parti masing-masing. Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menjelaskan bahawa PKR dan DAP sebulat suara akan membantu PAS, jika pilihanraya kecil berlaku kelak. Beliau juga turut menjelaskan beberapa isu kehakiman berbangkit, termasuk dalam isu keputusan "tergantung" pengesahan Menteri Besar di Perak. Ujarnya lagi, sistem kehakiman negara seharusnya hanya tunduk pada perlembangaan. Beliau juga mengkritik segelintir hakim yang dilihat tunduk pada kuasa eksekutif. Ditanya tentang konvesyen PR Disember depan, Anwar menjelaskan bahawa mesyuarat tersebut turut membincang isu-isu dasar yang disepakati bersama antara ketiga-tiga parti pembangkang tersebut. Dalam perkembangan berkaitan, mahkamah akan memutuskan rayuan BN agar pilihanraya kecil Dun tersebut tidak berlaku. Sekiranya mahkamah menolak rayuan BN sekali gus membangkitkan semula isu berkaitan yang lain, seperti di Dun Perak. Ini kerana, Speaker Dun Perak V. Sivakumar sebelum ini pernah menghantar Surat Pengosongan Dun kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) ekoran beberapa Adun tidak menghadiri sidang Dun dan gagal dikenal pasti kedudukan mereka. Namun, SPR mendahului kuasa mahkamah dengan memutuskan bahawa kepitusan tersebut adalah tidak sah. Akhirnya, keputusan mahkamah Jumaat ini dilihat penting untuk memulihara semula institusi kehakiman itu sendiri.

Pemuda PAS Johor bawa isu penemuan 14 kad pengenalan ke parlimen

KUALA LUMPUR, 17 Nov: Dewan Pemuda PAS Johor menyerahkan satu memorandum menuntut isu penemuan 14 kad pengenalan dan beberapa dokumen 6 Jun lalu yang didakwa ada kaitan dengan penyelewengan pilihanraya dibawa ke parlimen. Ianya ekoran masih tiada sebarang tindakan susulan diambil walaupun perkara tersebut telah dilaporkan kepada pihak Polis dan dimaklumkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negri Johor. Penyerahan memorandum tersebut diketuai Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil kepada Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub di lobi parlimen pagi tadi. Khairul Faizi dalam sidang media sebelum itu memberitahu, siasatan berhubung penemuan itu sangat penting kerana ianya membabitkan keselamatan negara. "Empat belas kad penganalan ini saya dapati tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan...setidak-tidaknya kad pengenalan yang tidak lagi dimiliki akan dipotong." Beliau juga tidak menolak kemungkinan, ianya ada kaitan dengan penyelewengan pilihan raya berikutan kad perwakilan Umno turut ditemui bersama. "Yang lebih mencurigakan kami, kad pengenalan masih elok dijumpai bersama dengan beberapa dokumen yang mengejutkan...termasuk kad perwakilan jentera (Umno) pilihanraya tahun 1995." turut dijumpai, bersama (adalah) kad perwakilan Umno yang tertera nama Norhashimah Abu Samah (iaitu) Naib Ketua Wanita (Umno) Cawangan Kampung Baru (Johor Bharu)," katanya lagi. Kesemua barangan tersebut didakwa dijumpai 6 jun lalu di satu kawasan tapak pelupusan sampah di Johor Bharu. Ekoran penemuan itu, beliau memberitahu telah membuat laporan polis pada hari yang sama. Namun melihat tiada sebarang perkembangan, mereka mula mengatur tindakan susulan termasuk menghantar memorandum kepada balai polis negeri dan kepada pihak lain yang bertanggungjawab. "Setelah tidak ada laporan (balas) Polis, kami telah hantar memorandum pada Ketua Polis Johor 19 Ogos." Tambahnya, hanya dua hari kemudian Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Jalaluddin Abdul Rahman menjelaskan bahawa kes tersebut bukan di bawah bidang kuasa polis dan telah menyerahkan kes itu kepada JPN Negeri Johor. Meliahat masih tiada sebarang maklumbalas, mereka sekali lagi menghantar memorandum bantahan sama kepada JPN negeri pada tarikh 17 September lalu. JPN Negeri dakwanya menjelaskan bahawa kes tersebut di bawah bidang kuasa Polis, kemudiannya menjelaskan bahawa kes itu sudah dipanjangkan kepada JPN Pusat di Putrajaya. Keadaan saling tolak menolak kes tersebut menyebabkan sehingga kini belum ada sebarang maklum balas positif dari kedua dua pihak tersebut. Dalam pada itu, Salahuddin ketika menerima memorandum itu berjanji untuk membawa kes tersebut ke Parlimen dalam masa terdekat. Beliau yang juga Naib Presiden PAS meminta Polis dan JPN mengambil bertanggungjawab menyelesaikan kes tersebut. Bercakap pada sidang media yang sama, Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul menyifatkan pendedahan tersebut merupakan salah satu penyelewengan pilihanraya menggunakan kad pengenalan.

Nov 16, 2009

Jangan sampai orang kata Najib mudah lupa

KOTA BHARU, 16 Nov: Para pegawai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta supaya memperingatkan Perdana Menteri bahawa dia menukar istilah 'wang ehsan' kepada 'royalti' minyak menjelang pilihan raya kecil Kuala Terengganu Disember tahun lalu.

Exco kerajaan negeri Kelanta, Datuk Husam Musa dalam blognya berkata, peringatan begitu adalah penting sebelum orang ramai menyamakan PM dengan Tun Abdullah sebelum ini yang mudah lupa. Menurut berita yang disiarkan pada 13 Disember 2008 lalu, akhbar berkenaan melaporkan: "Pada majlis itu, Najib yang juga Menteri Kewangan menyerahkan cek bayaran royalti minyak berjumlah RM408.6 juta kepada Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said. "Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz." Menurut Husam, hari ini, Tan Sri Nor akan beraksi di Parlimen, perbahasan peringkat Jawatankuasa JPM. "Ayuh, jangan Tan Sri Nor lupa apa Najib sendiri pernah kata. Rakan saya MP PR sudah tentu dah bersedia...." tulisnya lagi. Husam menulis, "Paling sedap apa dia kata: "We should not deprive the Terengganu people of their rights, neither should we give the impression that we are not confident of Terengganu's ability to manage the oil royalty," he said. "Di Parlimen, Najib kata kerana Terengganu dapat wang ehsan saja, Kelantan pun hanya akan diberi wang ehsan! "Tak sampai setahun Najib dah lupa?" tulis Husam. Beliau mempersoalkan, "Mana Press Sec PM? Mana Muhyidin dalam kabinet tak ingatkan PM bos dia dulu dah sebut wang ehsan dah, jadi royalti balik sekarang jadi ehsan balik. "Mana PM nak letak muka? TPM pun lupa sama dahsyat dengan PM? Hishamuddin lagi lupa. Shabery Chik pun tak tolong ingatkan PM pada hal dia pun ada masa Najib umum Terengganu dapat royalti semula. Menteri apa macam ni? "Kalau pun PM perlu berbohong, para pegawai PM kenalah buat homework sikit. Janganlah biarkan PM tersungkur macam ni. "Semaklah sikit paper cutting tu. Biar nampak coherent. Nasihat PM biar elok, jangan tak buat kerja. Kalau saya jadi Najib, saya hantar pegawai macam ni pergi tambah kursus. "Sebab tu saya kata, tak usah kelentong jauh sangat, bayar saja royalti seperti perjanjian. Nanti Najib sama imej dengan Pak Lah. Pelupa!" tulis Husam.

19 tahun PAS lulus KPI dengan cemerlang - Lim Kit Siang

KOTA BHARU, 16 Nov – Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyifatkan kejayaan PAS mentadbir Kelantan selama lima penggal berturut-turut adalah KPI cemerlang kerajaan PAS mengekalkan sokongan rakyat di negeri ini. Kejayaan tersebut seharusnya menjadi landasan kepada Pakatan Rakyat (PR) menghadapi pilihan raya umum akan datang dalam usaha untuk menumbang kerajaan Umno – Barisan Nasional (BN) seterusnya menguasai Puterjaya. Perjuangan ke arah itu mesti diperkasakan sepanjang masa demi menghapus ataupun melenyapkan sistem pemerintahan kerajaan Umno yang angkuh, sombong serta banyak menyusahkan rakyat. Lim menyedari banyak kepincangan berlaku di dalam pentadbiran kerajaan Umno terutama berkaitan struktur menangani sesuatu isu yang mana rakyat ingin melihat kesannya dari sudut yang adil seperti fungsi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Tegasnya, beliau tetap malah terus dengan pendirian bahawa penubuhan SPRM adalah semata-mata demi untuk menjaga kepentingan politik kerajaan Umno dan ianya jelas menyimpang dari prinsip asal penubuhannya. “Sampai ke hari ini kes penyelewengan jutaan ringgit dalam Umno melibatkan orang-orang ternama dalam politik Umno hanya bisu. Siasat juga, tapi siasatan tinggal siasatan sampai bertahun-tahun,” katanya pada satu majlis ceramah umum, dekat sini, malam tadi. Dalam pada itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, menyokong kenyataan Lim merujuk kepada beberapa isu seperti Perwaja, PKFZ yang hingga kini belum ada apa-apa tindakan terhadap mereka terbabit. Lalu Abdul Hadi menegaskan kezaliman serta pembohongan dilakukan kerajaan Umno tidak boleh dimaafkan kecuali Umno bertaubat kerana perbuatan khianat dilakukan melibatkan hak rakyat. “Kita mesti faham konsep ini, kalau sebut sahaja hak kerajaan, maknanya ia adalah hak rakyat,” katanya.

Sikap angkuh pemuda Umno diselar

KUALA LUMPUR, 16 Nov: Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar sikap pemuda Umno dan pihak tertentu yang menggesa Menteri Besar Kelantan disiasat kerana terlibat dengan rasuah berhubung isu penajaan haji. Bercakap di dewan rakyat hari ini, Anwar memberitahu banyak lagi kes-kes rasuah membabitkan pemimpin Umno Barisan Nasional dengan nilai yang lebih besar tetapi sayap Umno itu hanya berdiam sahaja. Namun apabila membabitkan pemimpin pembangkang ujarnya, pemuda Umno terus lantang bersuara seolah olah merekalah yang konsisten menjuarai isu rasuah. "Untuk pemuda-pemuda Umno, dengan kekayaan sedemikian, cara angkuh dan takabur, menyerang tok guru (Nik Abdul Aziz) itu sebagai perasuah, patut letak jawatan. "Tan Sri Yang Dipertua...kita cakap soal Melayu, ketuanan Melayu, harapan Melayu....bangsa apa ini yang boleh menghina seorang pemimpin," katanya di dewan rakyat hari ini. Beliau yang turut mendedahkan beberapa bukti kes rasuah berprofil tinggi dalam kerajaan siang tadi juga berpendapat adalah sangat tidak tepat untuk mana-mana pihak menyerang individu seperti Nik Abdul Aziz sebagai perasuah sedangkan perasuah besar lain dipencilkan. "Saya belum tahu, sejak saya terlibat dalam politik (tahun) 1982 atau sebelumnya, seorang tokoh politik yang ada jawatan besar yang hidupnya sederhana seperti Tuan Guru Nik Aziz. "Kalau orang macam itu pun diserbu, diaibkan dan diserang sebagai perasuah, mengapa lepaskan semua perasuah-perasuah besar lain. Semalam, Pemuda Umno Kelantan menyerahkan memorandum kepada SPRM mendesak siasatan dijalankan dan meminta Nik Abdul Aziz meletak jawatan sebagai menteri besar. Selain pemuda Umno, Anwar turut membidas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dilihat bertindak atas arahan politik dan memfokuskan tokoh tertentu khususnya pimpinan pembangkang. Perkara itu katanya kini menjadi pengetahuan umum dengan beberpa tindakan SPRM yang dilihat sangat obses terhadap pimpinan Pakatan Rakyat. "SPRM ambil tindakan atas arahan politik, kerana menuju kepada tokoh-tokoh tertentu untuk pertikai kredibiliti masing-masing. "Kalau tokoh melayu muslim begini pun diserang, ini apa nak jadi pada negara," tegasnya.

Guan Eng nafi bantu fakir miskin Islam di tokong

KUALA LUMPUR, 16 Nov: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan kerajaan negerinya memberikan sumbangan kepada fakir miskin Islam di tokong sebagaimana yang disebarkan melalui SMS.

Guan Eng ketika dihubungi Harakahdaily berkata, fitnah sebegini bukan pertama kali berlaku tetapi telah berlaku sebelum ini untuk memberikan gambaran buruk kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat. "Ia satu fitnah dan pembohongan oleh musuh politik kita," kata Guan Eng kepada Harakahdaily. Menurut Guan Eng, jika benarpun ada sumbangan yang diberikan di tokong sebagaimana yang didakwa ia bukan sumbangan kerajaan negeri tetapi oleh orang persendirian.

(Gambar hiasan: Lim Guan Eng [baju puteh] 'berbuka puasa' dengan Adun Permatang Pasir)

"Semua sumbangan kerajaan negeri kebanyakannya dibuat di dewan orang ramai. Kita tidak pernah bagi sumbangan kepada orang Islam di tokong tetapi kita pernah buat dalam masjid," katanya. Pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sedang menyebarkan sms kononnya bantuan fakir miskin Islam oleh kerajaan DAP Guan Eng mesti dibuat di tokong cina. Hari ini (semalam), menurut sms itu, 15 November jam 9.30 pagi bantuan fakir miskin Islam dari Tasek Gelurgor diberi di Tokong Telok Air Tawar. "Untuk fakir miskin Bagan di Tokong depan mahkamah," menurut sms yang disebarkan itu. "Saya harap rakyat tidak percaya dengan sms ini kerajaan kerajaan Pakatan Rakyat tidak akan buat diskriminasi kaum dan akan layan semua kaum dengan samarata," kata Guan Eng. Beliau menganggap pihak musuh yang cuba menyebarkan fitnah ini, namun beliau tidak menamakan pihak yang bertanggungjawab. "Siapa yang makan cili dia yang akan terasa pedasnya," kata beliau lagi.

Mahkamah arah pilihan raya kecil di Kota Seputeh

KUALA LUMPUR, 16 Nov: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya kecil untuk Dun Kota Seputeh Kedah.

Arahan itu dibuat oleh hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin siang tadi. Menurut hakim itu, Suruhanjaya Pilihan Raya telah melanggar sempadan kuasanya apabila menolak permohonan Speaker Dun Kedah agar diadakan pilihan raya semula di situ. Menurut beliau, peguam plaintif (Speaker Dun Kedah) telah berjaya membuktikan bahawa Datuk Abu Hassan Sarif, Adun Kota Seputeh telah tidak hadir dua kali sidang berturut-turut tanpa kebenaran Speaker. Ini bermakna, mahkamah bersetuju dengan keputusan Speaker Dun Kedah, yang memutuskan kerusi itu kosong berikutan kegagalan Abu Hasan (gambar) hadir dua kali berturut-turut ke sidangnya.

Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail menghantar surat kepada SPR memaklumkan mengenai kegagalan Abu Hassan hadir sidang DUN pada 19 April dan 16 Ogos lalu.

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan.

Kerusi itu dimenangi Abu Hasan dengan majorti 495 undi. Lawannnya, Ismail Wan Teh dari PAS menerima 7,665 undi.

Dalam sidang Dun Kedah baru-baru ini, Speaker menyifatkan Abu Hasan bukan lagi Adun Kedah yang sah.

Mengulas mengenainya, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata pegawai undang-undang SPR perlu meneliti secara terperinci desakan dibangkitkan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail sebelum membuat sebarang keputusan. Pada 18 Ogos lalu Abd Isa meminta SPR mengisytiharkan kerusi itu kosong atas alasan Abu Hasan tidak menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dua kali berturut-turut tahun ini. Peguam bagi Speaker, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah, Artikel 51 Undang Undang Tubuh Kerajaan Kedah menyebut bahawa “sekiranya mana-mana anggota Dewan Undangan Negeri tidak menghadiri dua sidang berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, kerusi mereka seharusnya dianggap kosong.” Abu Hasan tidak hadir pada sidang 19 April dan kemudian pada 9 Ogos tanpa izin Speaker. Sulaiman berkata, Abu Hasan tidak menafikan fakta itu. “Apabila syarat-syarat ini dipenuhi, kemudian perjalanan undang-undang ialah Artikel 51, di mana kerusi itu dengan sendirinya menjadi kosong,” kata Abdullah yang juga bekas Presiden Majlis Peguam di mahkamah sebelum ini. Namun, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Abu Hasan agar terus menghadiri sidang DUN negeri itu yang dijadualkan hari ini. Katanya, walaupun Speaker menganggap wakil rakyat itu hilang kelayakan sebagai Adun, namun BN memegang prinsip apa yang diputuskan oleh SPR bahawa tiada berlaku kekosongan kerusi DUN Kota Seputeh dan Abu Hasan adalah wakil rakyat BN yang sah. “Abu Hasan masih ahli Yang Berhormat secara sah dan Speaker (DUN) tidak boleh menghalang beliau dari menghadiri sidang dewan itu. “SPR umum tiada kekosongan dan tidak ada pilihan raya kecil, jadi apa kuasa Speaker itu saya tak tahu,” katanya selepas melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Gunung, Alor Setar. Muhyiddin berkata, Abu Hasan harus menghadiri sidang DUN itu bagi mengetahui apa yang sedang berlaku kerana beliau masih seorang Adun sehinggalah mahkamah memutuskan kedudukannya kelak. Abd Isa baru-baru ini berkata, beliau menyifatkan Abu Hasan bukan lagi Adun walaupun mahkamah belum membuat sebarang keputusan mengenai kedudukan wakil rakyat itu. Beliau sebelum ini memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan SPR yang mengekalkan Abu Hasan sebagai Adun kawasan Kota Seputeh.

Semasa kempen Bagan Pinang baru-baru ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengajak penyokong PAS dan Pakatan Rakyat ke Kedah pula untuk pilihan raya kecil Kota Seputeh.

"Ada pemimpin Umno kata saya membazir apabila melantik ramai peguam untuk kendalikan kes ini. Saya kata, saya rela membazir dari membayar gaji Adun yang malas (tidak hadir sidang Dun)," kata Azizan.

Nov 14, 2009

Politik Perkauman SMS UBN

Oleh: Nash Ar-Rawy

Satu Malaysia Sekular ( SMS ); begitulah kondisi dan situasi negara ini dulu dan kini.; sejak kolonial British keluar daripada tanah air. Jika anda mahu fenomena ini bertukar kepada Negara Berkebajikan dan keadilan untuk semua berdasarkan kepada prinsip-prinsip sejagat yang ada dalam Islam ( Pas For All ). Pastikan akan datang ; iaitu , PRU 13 kemenangan berada di pihak kebenaran dan musnahnya kejahatan, kerakusan , kezaliman , kemaksiatan, kebongkakan dan ego politik SMS UBN untuk selama-lamanya. Sebagaimana firmanul Lahu , “ wa qulja alhakku wazahaqal batil ‘’( apabila datang yang hak, maka musnahlah kebatilan ).

Setakat menjatuhkan UBN di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor sahaja tiada memadai kerna puak ekstemis nasionalis sekular; masih lagi menguasai kerajaan persekutuan dan menguasai semua kementerian . Termasuklah PDRM, SPRM, SPR, Mahkamah , petronas , khazanah dan kewangan negara .

Ini bermakna UBN masih lagi ada talian hayat melalui agensi kerajaan tersebut dan dengan menguasai khazanah negara; walaupun kecundang di beberapa buah negeri dalam PRU 12 . Tetapi, masih bisa lagi melakukan autokrasi ke atas rakyat dan tradisi politik wang dan kronisma.

Ini menyemerakkan lagi identiti kesekularan UBN kerna seharusnya , Allah dan Rasul di dahulukan dan Ad-deen Waddaulah diutamakan ; barulah keberkatan dan rahmah Allah melimpahi rakyat dan negara , insyaAllah. Yakni, menjurus kepada Negara “ Baidatun thoiyibatun warabbun grofur “ ( Negara yang kaya raya , aman damai dan mendapat keampunan ‘Dia’)

Tetapi, apabila UBN mengamalkan Politik SMS ( Sekular Satu Malaysia ) maka berlakulah kesyaitanan ke-Berhala-an sekularisme ialitu ; ‘ The End Justifies The Means “ ( Matlamat menghalalkan cara resepi politik Machievelli ) . Antaranya kudeta ( rampasan kuasa ) secara rakus , bongkak dan tiada berperlembagaan di negeri Perak . Menangkap 500 orang demonstran Anti ISA secara aman dan tanpa senjata . ISA itu sendiri adalah tiada Islamik kerna penangkapan dan penghukuman dalam tahanan ISA tanpa bicara adalah zalim dan tiada berperikemanusiaan dan melanggar prinsip –prinsip demokrasi sejagat dan peruntukan perlembagaan Malaysia sendiri; yang membenarkan kebebasan menyatakan pendapat , bersuara dan berpersatuan serta berkumpul secara aman ( ‘a peaceful unarmed assembly’ ). Yakni. jaminan perlembagaan.

Politik SMS meletakkan PM melalui perkudaannya iaitu; PDRM mengatasi perkara asasi dalam perlembagaan Malaysia yang lebih besar dariapada Akta Polis sekalipun dengan menyalahgunakan kuasa eksekutif . Memerintah polis melakukan pengekangan ke atas ceramah-ceramah Pakatan Rakyat dan menahan pencermah-pencermahnya. Akan tetapi, akhirnya Dr. Hatta memenangi kes beliau yang di tahan polis sewaktu berceramah . Keputusan mahkamah ini membuktikan bahawa ceramah di dalam premis sendiri tiada memerlukan permit polis.

Politik SMS juga menjelekkan lagi demokrasi apabila speaker Kerajaan Negeri Perak yang sah iaitu, Sivakumar di heret keluar daripada Dewan Persidangan Negeri, dengan menggunakan bantuan polis yang tiada berhak berada di dalam dewan . Bahkan yang mempunyai otoriti di dalam mana-mana Dewan Perundangan Negeri di dalam dunia ini . Bukannya PM, SS, IGP , peguam negara atau hakim negara . Tetapi, adalah Speaker Dewan Perundangan Negeri . Ini ada kerna beliau adalah Pengerusi Badan Perundangan Negeri Bagaimanapun, politik SMS bisa digunapakai polis dan SS tangkap speaker . Jika Badan Perundangan Negeri tiada bisa dihormati lagi oleh PM , siapa yang gangster ! Inilah kerakusan politik SMS UBN . Jangan lupa rakyat bukannya warga tahun 70an yang bisa ditipu dengan salah informasi propaganda UBN . Tetapi, celik siber yang menunggu PRU 13 dengan penuh kesabaran untuk menamatkan riwayat UBN.dan politik SMS

Sehingga mutakhir ini, hak peuntukan petronas , 5% ke atas rakyat Kelantan masih lagi di kongkong dalam cengkaman politik SMS. Pengkhianatan ke atas peruntukan perlembagaan persekutuan dalam hal Bahasa Melayu masih lagi bersandiwara apabila penggunaan Bahasa Malaysia dalam mata pelajaran matematik dan sains ditangguhkan bukannya dimansuhkan kerna demi untuk memenuhi kontrak kroni UBN yang telah menelan belanja sebanyak RM 5 Billion sebagaiman pengakuan PM sendiri. Sewaktu perlaksanaannya mengapakah tiada bisa ditangguhkan ? Terus sahaja secara mendadak , gopoh dan rakus memaksakan perlaksanaannya ke atas guru-guru dan murid-murid ; sekalipun mendapat tentangan daripada pelbagai pihak ! Inilah dia politik SMS. Anak-anak bangsa yang akhirnya menjadi mangsa politik SMS UBN.

Politik SMS yang kononya untuk meraih sokongan bukan Melayu yang merosot sekali dalam PRU 12 . Namun, terbongkar rahsia politik perkauman SMS apabila problema ternakan babi di Kedah bisa diselesaikan dengan baik sekali oleh pimpinan PR yang tiada bisa ditangani oleh politik SMS UBN selama lebih daripada 30 tahun.

Kecundangan dengan semerak perkauman; permainan isu babi, politik SMS UBN cuba pula bermain dengan isu perkauman dengan masyarakat Hindu pula di seksyen 23, Shah Alam. Bukankah pimpinan PR telah berani turun ke padang berinteraksi dengan penuh hormat dengan masyarakat India untuk menangani isu perpindahan kuil ke tempat yang lebih baik sebagaimana perayaan pelita masyarakat Tionghua telah dipertempatkan di tempat yang paling kondusif dan menyeronakkan mereka; yang tiada bisa diperdulikan oleh politik SMS UBN , selama lebih 26 tahun. Tetapi, diadu-domba dengan politik perkauman SMS. Ini fakta yang diperhatikan oleh masyarakat satu Malaysia akan permainan kotor politik perkauman SMS UBN.

Semua orang tahu siapakah dalang disebaliknya kalau bukan kalangan ekstremis assobiyyah Melayu SMS Umno yang mengheret kepala lembu yang masih berdarah , tetapi cuba berpalit kepada Pas . Namun , identiti mereka mudah di kenali oleh masyarakat setempat.

Ternyatalah potitik SMS UBN ini hanya bisa hidup dengan talian hayat tradisi mereka iaitu, ‘ racist’ atau perkauman yang tidak bisa lagi dipakai dan di tolak oleh masyarakat satu Malaysia. Lawan kepada politik SMS UBN adalah politik “Ad-Deen waddaulah “ dan “ Ad-deen wa syariah “ yakni ; Islam For All ! PAS For All yang menghapuskan politk perkauman dan politik SMS UBN . Islam For All sebagai asas kemasyarakan, ketatanegaraan, perundangan, kepolitikan dan sosio –ekonomi dalam konteks “Ad- Deen Waddaulah” yang tiada memisakkan paksi dan panduan beragama dalam politk yang samasekali berbeda dengan politk SMS UBN ; matlamat menghalalkan cara yang memisahkan politik daripada agama.

Poltik Islam yang dibawa PAS sejak dahulu lagi adalah berasaskan kepada ‘ The Arts And Science Of How To Govern ‘ dengan mendahulukan Allah dan Rasul yakni, Kitabullah dan Assunnah sebagai teras pemerintahan negara bukannya poltik SMS UBN yang bernadikan dan hidup dengan perkauman dan ‘chaos’(mageran ) seperti yang pernah mereka lakukan di Kelantan . Tahukah anda politik SMS ini mencetuskan trajedi 13 Mei yang bisa berlaku dalam satu Malaysia; tetapi tiada pernah tercetus di Kelantan di bawah pemerintahan PAS walaupun orang Melayu adalah 90 %; kerna Islam menjamin keselamatan ummah dan semua kaum .

14.11.2009

Pemuda PAS Sifatkan Isu Baiah Talak Tiga Sengaja Digembar-gembur Untuk Gambar PAS Zalim

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi hari ini berkata isu baiah atau sumpah taat setia talak tiga di kalangan wakil rakyat PAS ke atas isteri masing-masing jika mereka keluar parti, sengaja digembar-gemburkan bagi menggambarkan parti itu sebuah parti yang zalim terhadap wanita.

“Ini adalah satu percubaan untuk menggambarkan PAS sebuah parti yang negatif dan buruk dan ia bukan perkara baru. Dulu kita pernah dilabel sebagai parti yang anti-wanita dan didakwa tidak memberi peluang kepada wanita dalam hireraki parti serta pilihan raya.

“Kita harap dengan penjelasan yang dibuat itu akan dapat menutup segala persepsi yang salah tentang PAS,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut di sini pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali semalam yang parti itu hanya mengamalkan baiah sumpah setia laknat bukannya amalan baiah talak tiga seperti yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad sebelum ini.

Semalam, Mustafa berkata, amalan yang dilakukan sejak sekian lama itu adalah bertepatan dengan dasar PAS yang memperjuangkan Islam di samping menunjukkan yang mereka sedia dilaknat sekiranya mengkhianati perjuangan Islam.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Nasrudin berkata, perkara tersebut juga merupakan satu usaha untuk mengelirukan persepsi masyarakat terhadap PAS.

“Alhamdulillah kita dapat selesaikannya dengan menunjukkan bukti kepada mereka apakah sikap sebenar PAS.

“Hari ini kita sudah ada pemimpin wanita di peringkat pusat bahkan ada yang sudah dilantik sebagai wakil rakyat dan Senator. Jadi tidak timbul soal kita (PAS) nak memperdagangkan kaum wanita bahkan kita memperjuangkan hak mereka (wanita),” katanya.

Oleh yang demikian Nasrudin berkata, jalan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan isu tersebut daripada berpanjangan adalah dengan merujuk kepada pucuk pimpinan parti terlebih dahulu sebelum mana-mana pihak mengeluarkan kenyataan.

“Apabila timbulnya sesuatu isu terutamanya isu baiah ini, ia cepat diperdebatkan oleh media, sedangkan pucuk pimpinan belum lagi keluarkan kenyataan.

“Sepatutnya pucuk pimpinan parti perlu dirujuk dan dijadikan sumber supaya dapat dijadikan pegangan dan apabila ia diabaikan maka timbul persepsi yang berbeza dalam hal ini,” katanya.

Nasrudin berkata, dengan keputusan yang telah diputuskan oleh pucuk pimpinan parti beliau yakin ahli-ahli parti akan dapat memahami dan masyarakat dapat menerimanya secara positif.

“Apabila keputusan sudah dibuat kita harap tidak ada lagi percanggahan. Ia merupakan satu mekanisma yang sepatutnya dihormati oleh semua pihak,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Nasrudin berkata, Dewan Pemuda PAS akan menganjurkan konvensyen bersama-sama dengan kira-kira 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam pada bulan Januari tahun depan.

Beliau berkata, konvensyen itu diharap dapat memberi ruang kepada PAS untuk menjelaskan mengenai prinsip perjuangan parti itu dalam menegakkan syiar Islam.

“Ia (konvensyen) akan dapat membetulkan persepsi masyarakat tentang tohmahan yang mengatakan PAS tidak lagi mempedulikan isu-isu Islam yang berkait dengan prinsip perjuangan parti.

“Ini kita akan perbetulkan semula. Kita perlu jelaskan bahawa PAS akan tetap bersama-sama dengan dasar dan prinsip perjuangan parti,” katanya.

Bagaimanapun Nasrudin berkata, perkara tersebut tidak akan menjejaskan hubungan PAS dengan parti gabungan dalam Pakatan Rakyat.

“PAS akan tetap memperjuangkan dasar dan prinsip perjuangan Islam namun hubungan kita dalam Pakatan Rakyat akan kekal harmoni dan kita akan saling hormat-menghormati dalam memperjuangkan prinsip perjuangan masing-masing,” katanya.

AZMIN JAWAB TUDUHAN VICKNESWARAN BERKAITAN SAHAM RM8.5 JUTA

PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali menegaskan laporan yang mengaitkan beliau dan isterinya memiliki aset dalam bentuk saham bernilai RM8.5 juta adalah tidak berasas sama sekali dan juga satu fitnah untuk merosakkan reputasinya sebagai seorang wakil rakyat.

Kata beliau lagi, dakwaan ini juga satu fitnah jahat untuk mengaibkan dirinya dan juga keluarganya.

“Sejak tahun 1998 saya dan keluarga sering menjadi sasaran fitnah bertujuan untuk mengaibkan saya dan keluarga. Saya diburu oleh pihak berkuasa seperti polis, Badan Pencegah Rasuah dan juga Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk menjalankan siasatan mengenai perolehan harta saya.

“Malahan alasan yang sama digunakan untuk menangkap dan menahan saya pada 16 sehingga 22 September 1998 (dan) saya telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa termasuk butiran lengkap aset kami,” kata Azmin dalam satu kenyataan petang Sabtu.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia, S.A. Vickneswaran semalam (Jumaat) yang mendakwa beliau telah menerima satu kiriman yang mengandungi dokumen berkaitan dengan pembelian saham melibatkan tiga individu termasuk Azmin, isterinya Shamsidar Tahrin dan Jamal Tahrin bernilai RM8.5 juta dari tahun 1992 sehingga 1994.

Antara tahun 1992 hingga 1994, Azmin berkhidmat sebagai setiausaha sulit kepada Menteri Kewangan Malaysia yang disandang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Vickneswaran mendakwa dokumen tersebut diserahkan kepada pengawal keselamatan kediamannya di Kota Kemuning pada lebih kurang jam 3 pagi.

Azmin dalam reaksi balasnya petang ini berkata, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk menyegerakan prosiding perundangan yang sewajarnya terhadap pihak yang membuat kenyataan fitnah tersebut.

“Saya percaya dokumen yang didedahkan oleh Vickeswaran itu dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengaitkannya (salah laku) dengan saya dan isteri saya,” katanya lagi.

Beliau juga menyatakan rasa kesalnya kerana apa yang berlaku ini menunjukkan usaha untuk melancarkan fitnah ini tidak henti-henti demi untuk menganggu keamanan, ketenteraman, mengaibkan dan mencemarkan nama baiknya dan juga keluarganya.

“Malah kenyataan berunsur fitnah dan berniat jahat itu jelas mempunyai motif politik bertujuan merosakkan reputasi saya selaku ahli Parlimen Gombak dan naib presiden PKR. Maka Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang dilemparkan oleh Vickneswaran ke atas saya,” tegas beliau.

Nov 13, 2009

Hasan Ali Nafi Arah JAIS Tangkap Dr Asri

SHAH ALAM: Exco Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali hari ini menafikan beliau mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menangkap bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin, kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah pada 1 November lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adatadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam itu juga menjelaskan pihak Istana, pejabat Menteri Besar dan pejabat Exco lain tidak terbabit dengan penahanan itu.

Beliau berkata 'tangan ghaib' yang didakwa wujud dalam kes tangkapan Mohd Asri itu merujuk kepada Peraturan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor (2003) dan Peraturan Tauliah (2008).

"Tiada tangan ghaib dari Istana, Pejabat Menteri Besar atau pejabat Exco (yang mengarahkan Mohd Asri ditangkap). Tangan ghaib yang dimaksudkan ialah Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Peraturan Tauliah," katanya pada sesi penggulungan Bajet 2010 kerajaan negeri Selangor pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.

Sebelum ini, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang Saari Sungib mendakwa wujud 'tangan ghaib' dalam kes penahanan Mohd Asri ketika menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah di sebuah banglo di Taman Seri Ukay pada 1 November lalu.

Hasan berkata pegawai penguatkuasa JAIS tidak membawa sebarang senjata ketika menahan Mohd Asri dan tangkapan itu juga dibuat secara berhemat serta berbudi bahasa.

Katanya pegawai penguatkuasa JAIS terpaksa meminta bantuan 20 anggota polis sebagai langkah persediaan menghadapi sebarang kemungkinan kerana ketika itu ada kira-kira 100 jemaah lain yang tidak memberi kerjasama.

"Dakwaan Mohd Asri dilayan seperti pengganas dan penjenayah tidak benar. Malah penguatkuasa tidak membawa gari tetapi hanya mengiringi Mohd Asri ke balai polis," katanya.

Hasan mengakui Peraturan Tauliah ada menyebut ulamak dan mufti boleh dikecualikan dari syarat berkenaan tetapi perkataan 'boleh' itu juga boleh menjurus kepada 'tidak boleh', bergantung kepada Jawatankuasa Tauliah. BERNAMA

Mustafa sambut baik cadangan Nik Aziz jadi ketua Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR, 13 Nov: Cadangan Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim agar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi ketua atau pengerusi Pakatan Rakyat pertama mendapat sokongan dari Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Mustafa mengakui bahawa Nik Aziz adalah antara ikon penting yang mengikat parti-parti dalam Pakatan Rakyat dan jika cadangan Zaid itu boleh diterima oleh lain-lain pimpinan Pakatan, beliau menyokong cadangan itu. "Bagaimanapun ia hendaklah mendapat sokongan dari semua pimpinan Pakatan terlebih dahulu," kata Mustafa kepada Harakahdaily. Datuk Zaid dalam blognya mencadangkan agar Nik Abdul Aziz menjadi ketua atau pengerusi Pakatan Rakyat.

Dalam poll yang dibuat oleh NTV7 malam ini, siapa yang sepatutnya memimpin Pakatan, Nik Aziz mendapat 44%, Datuk Seri Anwar 43%, Lim Kit Siang 17% dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi 6%.

(Gambar: Datuk Zaid calonkan Nik Aziz sebagai ketua Pakatan Rakyat) "Untuk menjayakan usaha ini, ia memerlukan “pengorbanan” dari (Datuk Seri) Anwar Ibrahim. (Datuk Seri Tuan Guru) Abdul Hadi Awang juga boleh membuat sumbangan besar dengan meminta Tok Guru Nik Aziz untuk menjadi Ketua atau Pengurusi kepada Pakatan Rakyat; sama seperti Mahatma Gandhi yang menjadi “spiritual leader” kepada parti Kongres India. "Lim Kit Siang pula boleh membuktikan semangat “statesmanship” dengan bersetuju dengan cadangan ini serta menjadi penasihat dalam hal-hal demokrasi dan hak asasi. Sekali gus tindakan ini akan melenyapkan sebarang agenda “unity government” dengan UMNO," tulis Zaid dalam blognya. Sebelum ini, Zaid bersama lima lagi pemimpin Pakatan iaitu dua dari setiap parti mendaftarkan secara rasmi Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti politik dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS). Zaid telah dinamakan sebagai pengerusi protem itu. "Satu wadah politik yang bernama Pakatan Rakyat Malaysia telah pun dikemukakan permohonan untuk kelulusan Pendaftar Pertubuhan 10 hari yang lalu. "Saya amat gembira dengan perkembangan ini; maklumlah ini adalah julung kali tiga parti pembangkang terbesar di tanah air kita bersetuju untuk bersatu di bawah satu kerangka yang sah serta mempunyai lambang dan matlamat perjuangan politik yang satu," tulis Zaid dalam blognya.

Dalam tulisannya itu, Zaid juga mencadangkan agar Tengku Razaleigh Hamzah dilibatkan dengan Pakatan Rakyat. Para pemimpin Pakatan sepatutnya berusaha lebih gigih dan bersungguh-sungguh supaya pemimpin politik seperti Tengku Razaleigh Hamzah masuk gelanggang bersama-sama dengan mereka, tulis Zaid. Pasukan Pakatan tentu masih memerlukan beberapa orang ’striker’ lain dari yang ada sekarang untok memperkuatkan pasukan. Ku Li memang orang lama; tetapi ada integriti dan pandangan politik nya kontemporari, tulisnya. Menurut Zaid, beliau tidak semestinya melompat parti kerana perjuangan untuk matlamat yang sama boleh diwujudkan melalui kerjasama yang lebih rapat. Ini boleh dilakukan dengan mengadakan ceramah dan kempen bersama, katanya. "Saya sedar Ku Li masih mempunyai impian untuk memulihkan UMNO, iaitu menghidupkan semula UMNO asal yang telah mati (dan kemudiannya menjadi alat untuk kroni-kroni parti dengan masalah politik wang dan rasuah). Bagi saya tidak ada salahnya kerjasama seperti itu kerana hasrat bersama kita ialah membuat pembaharuan ke arah sistem pemerintah yang bersih, cekap dan tidak rasuah," tulisnya lagi. Dalam tulisannya, Zaid mempunyai pandangannya tersendiri dalam usaha Pakatan Rakyat untuk mengembangkan sayapnya di Sabah dan Sarawak. "Realiti politik menunjukkan ia adalah usaha yang amat berat. Kesan buruknya sudah pun kelihatan sekarang apabila berlaku perebutan kerusi, sama seperti dalam pilihan raya umum 2008. "Hakikat politik juga menunjukan bahawa adalah lebih baik jika Pakatan memainkan peranan dengan memberi sokongan padu kepada parti-parti tempatan yang sehaluan dengan Pakatan di Sabah dan Sarawak. "Ini bukan sahaja langkah yang dilihat sebagai menghormati maruah dan kekuatan orang tempatan tetapi juga membawa kepada kesan yang lebih besar, iaitu membawa mereka bersama menjadi rakan kongsi dalam Pakatan. Bukankah ini lebih realistik?" tulis Zaid. Yang penting, bagi beliau adalah untuk menjadi ikatan kuat dalam Pakatan ialah kesanggupan semua pihak untuk bersetuju tanpa berdolak-dalik untuk memastikan wujudnya dasar-dasar negara yang baik dan dipersetujui bersama melalui perbincangan sebagai landasan perjuangan. "Hanya gabungan besar atau “grand coalition” seperti ini mampu mengatasi gergasi BN," katanya. "Sebaliknya jika para pemimpin besar ketiga-tiga parti ini masih lagi merasakan mereka sudah cukup kuat dan hebat, dan memadai dengan meneruskan cara lama, iaitu melalui pakatan pilihan raya atau “electoral pact” semata-mata, saya yakin impian ke Putrajaya hanya akan kekal sebagai mimpi di siang hari," tulisnya lagi.

Anwar digaji RM1 sebulan sebagai Penasihat Ekonomi Selangor

SHAH ALAM, Nov 13 - Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dilantik sebagai penasihat ekonomi kerajaan Selangor dan untuk tugasnya itu beliau akan dibayar gaji RM1 sebulan.

Demikian umum Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim ketika menggulung perbahasan belanjawan Selangor 2010 doi Dewan Negeri Selangor hari ini.

Katanya, perlantikan Anwar akan merangsang dan menjana pertumbuhan ekonomi negeri.

Anwar merupakan Menteri Kewangan sehingga beliau dipecat pada tahun 1998.

Semasa negara dilanda Krisis Kewangan Asia 1997, Anwar dalam kapasitinya sebagai Menteri Kewangan merumuskan pakej mendisplinkan kewangan negara dengan memotong perbelanjaan kerajaan sebanyak 18 peratus, memotong gaji para menteri dan menghentikan pembinaan projek mega. Anwar menyerang terus gejala rasuah yang berleluasa dalam struktur kerajaan dengan melaksanakan audit telus terhadap konglomerat dan empayar perniagaan yang beliau dapati mengelak dari membayar cukai dan mengenakan bayaran tinggi untuk projek-projek kerajaan. Majalah Times menobatkan Anwar antara 10 manusia paling berpengaruh di dunia ini, dan sejak Mac 2006, Anwar adalah Presiden Kehormat di Institut Account Ability Sosial dan Etika yang berpangkalan di London. Perlantikan ini penting bagi membantu kerajaan negeri meningkatkan pertumbuhan ekonomi melalui pelaburan dan juga mempromosikan Selangor sebagai pusat perbankan Islam di rantau ini. “Oleh sebab itu kita telah bersetuju, Pakatan Rakyat sendiri telah bersetuju supaya kerajaan negeri selain daripada melantik penasihat-penasihat tersebut, melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi kepada Kerajaan Negeri Selangor bagi maksud menjana pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan pelaburan,” kata Tan Sri Khalid Ibrahim. Anwar Ibrahim merupakan calon yang sesuai kerana beliau berpengalaman dalam bidang ekonomi dan pelaburan antarabangsa. Selain itu, Anwar juga merupakan penasihat kepada bank-bank Islam yang terbesar di dunia. “Saudara Anwar telah bersetuju dan menerima perlantikan ini dengan elaun tetap sebanyak RM1.00 sebulan kalau lebih dari itu dia tak akan kerja kita dah bersetuju dan berterima kasih kerana ada orang nak datang sokong kerajaan negeri Selangor dalam usaha ini, jadi kalau ada trip promosi pelaburan, kita akan bawa dia untuk dapat memperkukuhkan hubungan kita,” kata Khalid.

Tiada lafaz 'cerai talak tiga' dalam bai'ah PAS

KUALA LUMPUR, 13 Nov: PAS hari ini mendedahkan bai'ah (janji setia) dengan lafaz menceraikan isteri dengan talak tiga adalah bukan lafaz rasmi dari parti itu. Penafian itu dibuat Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali setelah beliau sendiri menyiasat dakwaan tersebut sebagaimana diarah Presiden Pas Datuk Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang. Menurutnya, kesemua negeri menggunakan lafaz bai'ah rasmi tersebut kecuali sedikit berbeza bagi wakil rakyat mereka di Selangor. "Presiden kata benda ini (bai'ah talak tiga) tidak berlaku dan dia minta saya siasat semua negeri." "Semua negeri mengikut rasmi, ikut pusat kecuali Selangor, ada kelainan sedikit." jelasnya. Dalam sidang media di pejabat Agung PAS pagi tadi, beliau turut mendedahkan beberapa skrip baia'ah rasmi PAS yang diguna Abdul Hadi, beliau sendiri dan Mohammad Sabu. Kesemuanya adalah sama dan tiada langsung berkait 'cerai talak tiga' kecuali yang ada hanya lafaz laknat jika mengkhianati parti. "WaLlahi wa biLlahi wa taLlahi. Bahawa saya, Hj. Mustafa bin Ali yang diamanahkan oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk bertanding dalam pilihanraya umu kali ke-12 dalam kawasan DUN N17 Alor Limbat bersumpah dengan nama Allah sama ada saya menang atau kalah di dalam pilihanraya ini, saya tidak akan mengkhianati parti dan perjuangan parti ini,iaitu Islam. "Jika saya mengkhianati parti dan perjuangan ini (iaitu Islam), maka saya akan dilaknat oleh Allah, para Malaikat dan para pelaknat, " lafaz baiahnya dibaca di hadapan wartawan. Jelasnya, bai'ah yang dilakukan PAS sekadar mekanisme biasa bagi mengikat wakil rakyat parti demi memastikan para mereka tidak mengkhianati amanah parti. "Oleh kerana PAS memperjuangkan Islam, maka menggunakan bai'ah...sama seperti BN sendiri, wakil rakyat yang menang diminta tandatangan satu surat tanpa tarikh yang ditujukan kepada Speaker (Dun dan Parlimen) memaklumkan bahawa dia meletak jawatan. Jadi, Surat itu digunakan bila wakil rakyat lompat parti." Tambahnya lagi, bai'ah PAS Selangor beberbeza dengan negeri-negeri lain mungkin disebabkan bimbang para wakil rakyatnya dibeli BN kelak. "Ada kebimbangan akan ada wakil rakyat lompat parti sebab yang beli biasa parti pemerintah (Umno dan BN)." Beliau juga menjelaskan bahawa beberapa pemimpin PAS yang menggunakan media untuk mengulas isu 'bai'ah talak tiga', telah pun diberi nasihat agar tidak mengeruhkan keadaan lagi. Beliau juga menasihatkan pihak media agar tidak memanjangkan isu tersebut, setelah mendengar penjelasannya hari ini.

Nov 12, 2009

Dewan Rakyat Ditangguh 10 minit, Kecoh Perkataan 'Anjing

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat terpaksa ditangguhkan selama 10 minit selepas timbul kekecohan ekoran perkataan 'kera dalam sarkas' dan peribahasa seperti 'anjing menyalak bukit' yang diucapkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar.

Keputusan itu diambil Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar selepas berlaku pertikaman lidah antara Noh dan anggota Parlimen pembangkang berhubung borang permohonan baucer program subsidi beras untuk rakyat (Subur) ketika menteri itu sedang menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 peringkat dasar hari ini.

Kekecohan bermula apabila beberapa anggota Parlimen pembangkang mempersoalkan terdapat ruang pada borang permohonan baucer itu untuk mendapatkan tanda tangan Ketua Umno Bahagian sebagai satu daripada syarat kelulusan, seperti yang didedahkan sebuah akhbar Cina tempatan.

MCA Boleh Digantung Pendaftaran Jika Kemelut Dalaman Berterusan

KUALA LUMPUR: Kemelut dalaman MCA yang kini berlarutan dibimbangi boleh menyebabkan parti itu digantung pendaftarannya, kata Ketua MCA Bahagian Tapah Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Beliau berkata pemimpin parti sepatutnya mengambil iktibar daripada apa yang berlaku kepada Umno yang digantung pendaftarannya pada 1988.

"Kalau kita tidak selesaikan perkara ini dengan sebaik-baiknya, saya bimbang MCA bukan saja menghadapi masalah keyakinan daripada rakyat, malah mungkin kita (MCA) juga akan menghadapi masalah teknikal sepertimana Umno telah digantung pendaftaran, kalau kita tak berhati-hati," katanya pada sidang akhbar di Lobi Parlimen di sini Khamis.

Ong yang juga bekas Setiausaha Agung MCA menasihatkan pemimpin agar melihat kembali punca masalah yang timbul dalam parti itu sebelum ia menjadi semakin rumit.

"Masalah asal adalah ada EGM (10 Oktober) dipanggil kemudian keputusan tidak dihormati, kemudian (ada) dua timbalan presiden, secara teknikal akan menjadi semakin besar, sampai satu hari apa terjadi kalau di luar kawalan sesiapa pun, maka kita mungkin hadapi masalah teknikal," katanya.

Ong berpendapat campur tangan ROS menyebabkan imej parti itu tercalar kerana ia menunjukkan pimpinan MCA tidak berupaya untuk menyelesaikan masalah itu.

Beliau menyokong cadangan 16 anggota Jawatankuasa Pusat untuk diadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pada 28 November ini sebagai jalan terbaik bagi menyelesaikan krisis dalaman parti.

Pemilihan baru dengan mengadakan EGM adalah langkah bijak dengan menyerahkan kuasa kepada 2,380 perwakilan untuk menyuarakan pendirian dan sokongan masing-masing, katanya. BERNAMA

umno tak kena gantung lagi

tapi tutp terus

Royalti: Najib digesa mohon maaf, tarik balik keputusan beri wang ihsan

KUALA LUMPUR, 12 Nov: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan menuntut agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menarik balik keputusan pusat membayar wang ihsan kepada karajaan negeri itu. Sebaliknya Najib tegas mereka harus membuat pengumuman baru bahawa Kerajaan Persekutuan akan membayar wang royalti seperti yang telah termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974. Pemuda Kelantan turut menuntut agar Najib membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Kelantan di atas tindakan kerajaan merampas royalti rakyat negeri itu. Tiga tuntutan tersebut dibuat dalam satu penyerahan memorandum kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di bangunan parlimen tengahari tadi. Ketua Pemuda Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman (gambar) dalam satu sidang media di lobi parlimen selepas penyerahan tersebut berkata, penyerahan memorandum berkenaan bagi menunjukkan kesungguhan mereka mewakili rakyat Kelantan menuntut agar kerajaan memberikan royalti, bukannya wang ihsan seperti yang diumumkan. "Kami dari Dewan Pemuda PAS Kelantan hari ini dapat menyerahkan memorandum kepada Datuk Seri Nazri Aziz, dan memorandum ini kami tujukan kepada Perdana Menteri sebagai usaha kami untuk menuntut supaya Kerajaan Pusat melalui Petronas mengkaji balik keputusan untuk memberi wang ihsan kepada rakyat Kelantan serta syarat tiga batu nautika plantar minyak dari pesisir pantai untuk melayakkan negeri pengeluar mendapat royalti,". katanya. Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) dalam satu sidang media yang sama berkata, ahli Parlimen Pakatan Rakyat khususnya dari Kelantan akan menanti penjelasan yang terperinci daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Datuk Nor Ya'kob. Nor Ya'kob sewaktu sesi perbahasan di peringkat dasar enggan menjawab walaupun sepatah berkenaan isu ini. "Kami ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat khususnya dari Kelantan akan meneruskan perjuangan ini di parlimen dan kami berjanji dalam sesi perbahasan bajet di peringkat jawatankuasa kita akan terus membahaskan isu royalti ini.Bagi kami kerajaan pusat seharusnya akur kepada perlembagaan negara dan mengikuti dengan serius apa-apa perkara yang terkandung dalam akta 144," Menurutnya juga, ahli parlimen dari Kelantan dan kerajaan negeri sendiri bersedia membuka pintu rundingan berkenaan pemberian royalti ini dengan Kerajaan Pusat "Atas nama pemberian royalti kami sedia pada bila-bila masa membuka pintu rundingan dengan kerajaan pusat," Ujarnya. Sementara itu, Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) kesal dengan jawapan Nazri yang meminta mereka merujuk perkara itu ke mahkamah yang disifatkan sebagai angkuh. Ujarnya, jawapan Nazri itu menunjukkan Kerajaan Pusat tidak menghormati perjanjian di antara Petronas dan negeri pengeluar petroleum bahawa tiap-tiap negeri akan menerima lima peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai atau diperoleh dalam kawasan atau di luar perairan negeri tersebut. Nazri sewaktu menerima penyerahan memorandum itu meminta kerajaan Kelantan menyerahkan kepada mahkamah untuk memutuskan samaada Kelantan berhak mendapat royalti atau pun tidak. "Saya nak meluahkan rasa kecewa saya terhadap respon yang diberikan Datuk Nazri tadi kepada kami.Bagi saya respon yang diberikan kerajaan seperti yang disebut oleh beliau (adalah) satu benda yang tidak sihat kepada konsep federalisme dalam negara kita.Ini akan memberi kesan buruk kepada pertumbuhan ekonomi dalam negara kita. Kerajaan akan dilihat begitu angkuh apabila sudah jelas mengenai pemberian royalti itu dari sudut akta dan perjanjian kerajaan negeri dengan Petronas," katanya. Turut bersama dalam sidang media tersebut ialah Dr. Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai), Khalid Samad (PAS-Shah Alam), Firdaus Jaafar (PAS-Jerai) dan Ketua Penerangan PAS Kelantan Ustaz Baihaqi Atiqullah yang juga Adun Pasir Tumboh.

Nov 11, 2009

Tiada Bai'ah Jatuh Talak Tiga Jika Keluar Parti

ALOR SETAR, 11 Nov (Bernama) -- Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata tiada amalan bai'ah yang menyatakan bahawa akan jatuh talak tiga sekiranya wakil rakyat Pas di negeri ini keluar parti. Azizan yang juga pesuruhjaya Pas Kedah berkata, sepertimana wakil rakyat lain, mereka memang ada melakukan bai'ah untuk taat setia kepada kepimpinan parti, tetapi tidak pernah ada bai'ah cerai talak tiga sekiranya mereka beralih ke parti lain. "Saya memang bai'ah lama dah...untuk taat setia kepada kepimpinan kami (Pas), tak mau khianat perjuangan, berkorban apa sahaja. "Sama macam pegawai kerajaan, macam Menteri Besar angkat sumpah depan raja, tanda hormat kepada perlembagaan," katanya ketika ditemui pemberita, di sini pada Rabu. Beliau mengulas pendedahan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mengenai wujudnya amalan bai'ah di kalangan calon wakil rakyat parti itu bahawa akan jatuh talak tiga kepada isteri masing-masing sekiranya keluar parti. Azizan berkata perkara berkenaan sepatutnya tidak perlu dibesarkan kerana ia belum tentu ada (berlaku) dan perlu dibuktikan siapa yang telah melakukannya (bai'ah jatuh talak tiga) terlebih dahulu. "Yang ada dalam undang-undang Malaysia ialah lafaz taklik semasa angkat nikah, sekiranya isteri ditinggalkan empat bulan tanpa nafkah, jatuh talak satu, kenapa yang tu tak bising? dahla kena tinggal, jatuh talak pula. "Hat ni belum tentu apa, riuh rendah pasai apa? masalah sekarang ni cuba buktikan tengok siapa yang buat?," katanya. -- BERNAMA

Menantu Nik Aziz Teliti Dakwaan Blogger Kickdefella

KOTA BHARU: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Mohd Ariffahmi Abd Rahman berkata beliau akan mendapatkan khidmat peguamnya bagi meneliti beberapa dakwaan bekas Pegawai perhubungan korporatnya, Syed Azidi Syed Abdul Aziz.

"Saya ingin katakan bahawa saya tidak boleh memberi banyak komen mengenai kes ini kerana pihak perbadanan kini sedang disiasat oleh SPRM.

"Adalah tidak adil bagi pihak perbadanan jika saya memberikan banyak komen mengenainya," katanya.

Hari ini Syed Azidi mendakwa beliau akan mendedahkan salah laku yang wujud di perbadanan itu khususnya mengenai kepincangan kewangan serta penyalahgunaan kuasa.

Syed Azidi juga lebih dikenali dengan nama penanya ‘Blogger Kickdefella’.

Bagaimanapun Ariffahmi menegaskan beliau tenang dengan kenyataan Syed Azidi kerana beranggapan berkas pegawai PMBK itu boleh untuk membuat apa-apa dakwaan.

"Saya tak lakukan apa-apa kesalahan," katanya kepada pihak media di rumahnya yang terletak tidak jauh daripada kediaman bapa mertuanya di Pulau Melaka di sini hari ini.

Ariffahmi yang juga menantu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan bahawa perkhidmatan Syed Azidi telah 'ditamatkan' dan bukannya diberhentikan.

"Syed Azidi telah menandatangani kontrak selama tiga tahun dan perkhidmatannya telah ditamatkan kerana prestasinya tidak mencapai piawaian perbadanan.

"Tapi kami masih memberikan beliau RM20,000 sebagai pampasan, semua ini telah dilakukan dengan kelulusan jabatan undnag-undang," katanya.

Bagi tuduhan mengenai pelantikkan sebagai CEO PMBK telah melanggari undang-undang kerana beliau merupakan menantu kepada Nik Abdul Aziz, Ariffahmi menafikannya.

Kata beliau pelantikannya telah mendapat persetujuan daripada penasihat undang-undang negeri dan PAS.

"Saya tak nampak mengapa pelantikan saya dipertikaikan, saya tak sembunyikan apa-apa.

"Malah saya telah berikan kerjasama yang sepenuhnya kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)," katanya.

Isnin lalu SPRM menemui Ariffahmi dipercayai untuk mengambil keterangan bagi membantu siasatan terhadap perbadanan itu.

Ceramah perdana sempena 19 tahun PAS tadbir Kelantan

KOTA BHARU, 11 Nov: Tanpa disedari usia kerajaan PAS di Kelantan kini sudah melewati 19 tahun. Ini bermakna hampir 20 tahun Umno gagal dalam misinya merampas Serambi Mekah.

Biar pun Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan sudah lima kali bertukar ganti, namun mereka masih dikecewakan rakyat di negeri ini. Mereka gagal mengulangi kejayaan 1978 apabila berjaya memecah PAS sehingga lahir Berjasa dan Hamin ketika itu. Kekuatan PAS Kelantan tetap dipertahankan biar pun Semangat 46 yang pernah bersama pada 1990 sudah lama dikuburkan. Mengambil kira kejayaan itu Badan Perhubungan PAS Kelantan akan mengadakan ceramah perdana sempena 19 tahun pemerintahan pada Ahad ini (15 November). Tokoh-tokoh utama Pakatan Rakyat akan ditampilkan termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Umum KeADIlan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Selain itu Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga hadir berceramah pada program yang akan diadakan Putik, Pengkalan Chepa. Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri, Wan Zulkefli Wan Mohamad berkata, program tersebut bermula dengan solat Maghrib. “Selepas itu akan diadakan kuliah Maghrib oleh pengkuliah jemputan. Selepas solat Isyak akan diadakan solat sunat hajat yang dijangka diimamkan Menteri Besar,” katanya di sini. Beliau berkata, program tersebut diadakan sebagai mengingati kejayaan kerajaan PAS di Kelantan sehingga mampu bertahan hampir 20 tahun. Sementara itu pada hari yang sama (Ahad) KeADIlan negeri akan menganjurkan konvensyen bertempat di Kelantan Trade Centre bermula jam 2 petang. Pada konvensyen tersebut beberapa kertas kerja akan dibentang termasuk oleh Mustafa Kamil Ayub, Fauziah Salleh, Tien Chua, Shamsul Iskandar dan Badrul Hisyam. Setiausaha Konvensyen, Wan Abu Bakar Wan Muhammad berkata, perasmian konvensyen itu akan dilakukan Anwar pada akhir program.

Nizar cadang Akta Keselamatan dan Kesihatan untuk pengangkutan awam

KUALA LUMPUR, 11 Nov: Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin (PAS-Bukit Gantang) mengesyorkan agar Institut Keselamatan dan Kesihatan (NIOSH) turut mengadakan latihan dan kursus kepada pengusaha pengangkutan awam bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Nizar ketika mengajukan soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan juga mahu Akta Keselamatan dan Kesihatan 1994 diaplikasi melalui NIOSH. Ini kerana ujarnya, meskipun akta itu telah dinyatakan sejak sekian lama, namun ianya dilihat tidak dilaksanakan secara menyeluruh dalam beberapa aspek khususnya melibatkan keselamatan pengangkutan awam. Menurutnya, sejak tahun 2000 hingga 2005, kadar kemalangan di lebuhraya meningkat hampir 30 peratus, melibatkan kenderaan komersial. Kemalangan melibatkan pengangkutan awam seperti bas pula meningkat hampir 131 peratus dari dalam tempoh lima tahun tersebut. "Apakah cadangan daripada timbalan perdana menteri untuk melaksanakan akta tersebut kepada kesihatan dan keselamatan jalan raya kepada pengusaha-pengusaha kenderaan komersial dan kenderaan bas supaya kadar kemalangan itu dapat dikurangkan.Kita lihat setiap kali musim perayaan kadar kemalangan itu meningkat.Kempen demi kempen telah kita adakan. "Saya nak mengesyorkan dan saya nak dapatkan kepastian daripada kementerian boleh atau tidak akta itu diaplikasikan melalui NIOSH suapaya NIOSH melaksanakan jugak latihan kepada pengusaha kenderaan awam yang dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya," katanya. Bagaimanapun, Timbalan Menteri menjawab bahawa bidang kuasa itu merentasi sempadan Kementerian Sumber Manusia kerana ia juga melibatkan kementerian-kementerian lain. Terdahulu, Nizar meminta Kementerian berkenaan menjelaskan mengenai kontraktor-kontaraktor perkhidmatan bangunan kerajaan diwajibkan menghantar semua pekeja mereka menghadoiri kursus kemahiran di NIOSH untuk melayakkan mereka terlibat dengan sebaran tender. Beliau berkata, terdapat banyak rungutan daripada pelbagai pihak khususnya kontraktor bumiputera yang dipaksa mengeluarkan sijil-sijil tertentu khususnya sijil penyertaan dan sijil kehadiran dari NIOSH sebelum mereka ditawarkan kerja-kerja pengurusan atau perkhidmatan di jabatan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. "Jadi kalaulah ada jaminan daripada timbalan menteri tadi menyatakan NIOSH tidak menyatakan satu kemestian kepada majikan untuk menghantar pekerja-pekerja mereka untuk menghadiri kursus, saya anggap ianya baik kerana jika ia dijadikan satu syarat, maka ia akan menyusahkan kontraktor-kontraktor dalam pengurusan bangunan dan juga perkhidmatan-perlkhidmatan yang lain," katanya.

Mereka sedang pecahkan kita

KUALA LUMPUR, 11 Nov: Selain melaga-lagakan mereka dalam media, pihak lawan juga menggunakan risalah dan sebaran lain untuk melaga-lagakan pemimpin PAS itu.

Ia dipercayai bertujuan untuk memburuk-burukkan PAS di mata umum, kata anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali. Menurut Lo' Lo', kakitangan pejabat beliau menemui banyak risalah yang disebarkan di merata-rata tempat dalam kawasan Parlimen yang diwakili beliau iaitu Titiwangsa. Antaranya, poster dan risalah itu di gantung dan bertaburan atas jalan di Keramat dan sekitar. Poster itu berbunyi 'PAS pecahbelahkan Melayu' dan 'Anwar mainkan PAS'. Untuk pecahbelahkan Melayu, poster haram tanpa penerbit itu memaparkan gambar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Risalah Anwar mainkan PAS pula memaparkan gambar Abdul Hadi dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penasihat DAP, Lim Kit Siang. "Mereka cuba pecahkan kita," tulis Dr Lo' Lo' dalam pesanan ringkasnya kepada Harakahdaily.

Nov 10, 2009

KOMPONEN BN SEMAKIN RAPUH

Krisis yang dialami oleh parti-parti komponen Barisan Nasional menunjukkan bibit perpecahan yang ada dalam Barisan Nasional. Menurut Ustaz Abu Bakar Hussain Pesuruhjaya PAS Perak beliau menyatakan, “ kini semua orang dapat melihat bagaimana krisis dalaman yang berlaku kepada UMNO, MCA, MIC serta parti komponen BN begitu kronik sekali keadaannya” . “ Hampir kesemua komponen Barisan Nasional mengadakan Extraordinary General Meeting (EGM) kerana saling tidak mempercayai satu sama lain”

Krisis dalaman BN ini semakin teruk apabilabaru-baru ini ahli parlimen Sri Gading meminta Presiden Gerakan meletakkan jawatan.Mereka yang berada di dalam Barisan Nasional sendiri mempersoalkan kabinet yang telah mereka buat jelas Pesuruhjaya PAS Perak mengulas mengenai isutersebut. Menambah mengenai keampuhan Barisan Nasional, beliau berkata, Barisan Nasional sebenarnya masih belum berjaya mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia, sebaliknya UMNO yang kononnya bertindak sebagai ketua di dalam Barisan Nasional, walaupun 52 tahun Malaysia mengecapi kemerdekaan, kita boleh melihat bagaimana sifat perkauman masih menebal dalam hati setiap parti komponen BN terutamanya UMNO dan perkara ini jelas menunjukkan bagaimana mereka yang berjuang di atas nama perkauman, kebangsaan ataupun atas nama tanah air tidak akan kekal lama.

Krisis yang berlaku dalam komponen-komponen BN menunjukkan BN kini sedang berpecah. ”Empangan yang besar pecah bermula dari retak-retak kecil”, kias beliau mengenai Barisan Nasional yang kini dilihat tidak relevan buat rakyat Malaysia yang kini lebih terdedah dengan pelbagai sumber maklumat..

“ ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN ”

A.F USTAZ ABU BAKAR HUSSAIN Pesuruhjaya PAS, Perak Darul Ridzuan

Kecaman Kepada Pihak Yang Menyebar Risalah Fitnah Terhadap PAS

Berhubung dengan tersebarnya diberbagai tempat di Perak mengenai "risalah sampah" yang disiarkan dalam berbagai media termasuk dalam satu posting dalam blog ini, dengan ini saya ingin mengeluarkan beberapa kenyataaan :

1. Saya mengecam tindakan yang tidak bertamaddun pihak yang tidak bertanggung jawab dalam mencetak dan mengeluarkan risalah sampah itu. Sikap bacul dan penakut pihak yang terlibat sangat terserlah bila tidak ada cetakan dari mana pihak yang mencetak dan mengedarkan risalah tersebut.

2. Kesempatan ini nampaknya lebih mirip kepada keadaan politik di Perak yang mengambarkan pembubaran DUN makin hampir berlaku dan saya berharap semua jentera dalam komponen Pakatan Rakyat Perak khususnya PAS terus meningkatkan gerak kerja dalam menghadapi pembubaran DUN tersebut.

3. Diharapkan semua kawasan PAS dan cawangan-cawangan yang menjumpai risalah dan kain rentang yang digantung untuk memusnahkan dengan apa cara sekalipun kerana ianya adalah fitnah dan kerja jahat pihak yang tidak bertanggung jawab.

Saya memuji tindakan segera beberapa kawasan PAS dengan memusnah dan menurunkan kain rentang , juga membuat laporan polis .

4. Sesungguhnya apa yang di perkatakan dalam risalah itu adalah pembohongan kepada fakta, putar belit kepada keadaan yang sebenar dengan satu niat jahat untuk menjauhkan sokongan orang melayu kepada PAS. Sekaligus untuk menarik sokongan orang Melayu kepada UMNO/BN.

Namun tidakkah semua mengetahui, UMNO adalah petualang bangsanya sendiri dan penghianat kepada orang Melayu sendiri. Termasuklah di Kelantan. Di mana tindakan menafikan hak rolyati minyak kepada Kelantan oleh Presiden UMNO yang juga PM 1Malaysia adalah bukti terbaru bahawa UMNO adalah petualang kepada bangasa Melayu sendiri khususnya Melayu di Kelantan.

Sekian terima kasih.

DRS. KHALIL IDHAM LIM, Ketua Penerangan PAS Perak. Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan PR Perak/ ADUN Titi Serong/ Ketua Penerangan PAS Perak

Menyebar maklumat bohong ke neraka

Firman Allah SWT, “Dan siapakah lagi yang lebih indah cakapnya termasuklah lisannya daripada orang yang menyeru kepada agama Allah juga beramal dengan amalan yang soleh seraya menegaskan sesungguhnya saya termasuk dikalangan orang-orang menyedari Islam adalah sebenarnya.”

Pertamanya, saya mengucapkan tahniah bersempena dengan ulangtahun ke 10, penubuhan Jabatan IT PAS Pusat. Satu bahagian penting diwujudkan selaras dengan perkembangan semasa dan kemajuan teknologi moden yang wajib dimanfaatkan oleh PAS khususnya bagi menunaikan tanggungjawab menyampaikan mesej risalah Islam yang diamanahkan kepada kita sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW.

Ia bukan sekadar untuk menyampaikan maklumat tetapi untuk mengajak manusia disemua peringkat kepada Islam.

Dalam erti kata yang lain, mengislamkan manusia masyarakat dan negara khususnya dalam cara demokrasi barat yang memerlukan Islam mendapat sokongan yang ramai. Oleh itu, maklumat tentang Islam memang sangat penting untuk menyampaikan hidayah itu ke dalam hati manusia.

Sebenarnya, menyampaikan maklumat sehingga orang itu mendapat hidayah adalah agenda besar daripada pokok amal yang termasuk dalam jihad menghapuskan musuh sehingga meninggal dunia.

Islam memilih pendekatan damai lebih dulu daripada peperangan. Islam melaksanakan peperangan apabila dipaksa selagi ada muwajahah silmiyyah. Kita memilih cara damai.

Oleh sebab itu, semua gerakan Islam yang ditubuhkan atas konsep islah dan tajdid mengambil saluran demokrasi, menyampaikan dakwah, mengajak manusia kepada Islam. Penyampaian dakwah mestilah dengan maklumat, malah kita disuruh mengambil ruang maklumat untuk dimanfaatkan termasuklah dalam bidang IT.

Ia salah satu percapaian ilmu manusia yang terkini. Namun ia laksana senjata yang digunakan untuk mempertahankan diri atau digunakan sebagai senjata untuk melakukan kejahatan di muka bumi Allah SWT. Dalam hal ini, PAS sebagai parti Islam wajib mengarahkan seluruh jenteranya, beramal dengan akhlaq dan adab-adab Islam.

Sekiranya kita melaksanakan tugas dengan akhlaq dan adab-adab Islam, maka sangat besar pahalanya dikurnia oleh Allah SWT. Sekiranya kita memilih dari yang lain, iaitu untuk membawa fasad sesama manusia, maka celaka dan balanya pun besar. Marilah kita menghayati apa yang disabdakan oleh Allah SWT, “Jihad yang paling afdhal adalah berkata benar dihadapan pemerintah yang zalim” Jadikan ICT ini senjata untuk jihad menulis dan menerang, menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran.

Sangat besar fadhilatnya sekiranya kita berjaya menarik seseorang kepada perkara yang baik dengan ilmu dan tenaga yang ada pada kita.

Sabda Rasulullah SAW, “Demi sesungguhnya kejayaanmu menyampaikan hidayah kepada seseorang sehingga ia menerima petunjuk kepada Islam lebih baik jika dibandingkan dengan kenderaan yang paling mahal harganya”.

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat. Sesungguhnya, penyampaian melalui tulisan yang dicatit lebih berpanjangan dari ucapan yang diungkapkan. Maka, peranan ICT dalam menegakkan Islam sangat besar.

Terutamanya, teknologi maklumat menjadikan dunia yang lebih luas ini seolah perkampungan yang sempit.

Maklumat disebarkan dengan mudah, dicapai dengan mudah, maka kita juga menjadi sasaran.

Bukan sahaja kita menunaikan tanggungjawab menerang, tapi kita juga diserang. Disini, kita memerlukan kebijaksanaan dalam menangani keadaan semasa.

Kita diwajibkan untuk menggunakan uslub menerang lebih banyak daripada menyerang kerana matlamat kita adalah untuk menyelamatkan manusia.

Bukan untuk menuduh dan menghukum orang walaupun kita boleh menuduh dan menghukum orang itu.

Sekiranya menuduh dan menghukum itu membawa fitnah maka dosanya adalah besar. Sila buka kitab Riyaadus Solihin. Terjemahannya ada dalam bahasa kita. Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Disini, memberi peringatan kepada kita betapa kita perlu berhati-hati, apatah lagi kita adalah parti Islam yang menjadi model dan dilihat oleh orang lain.

Kesalahan satu titik dianggap kubah yg besar. Kesalahan yang kecil dibesarkan laksana bukit yang kukuh. Apa yang betul ditutup dan kita perlu bersabar dalam melaksanakan tugas. Peranan dalam ICT sangat besar. Kita melihat sendiri perubahan politik dalam negara kita.

Kita mencapai kejayaan di kawasan-kawasan bandar dan pinggir bandar. Mencapai kejayaan dalam kalangan mereka yang terpelajar tapi kita gagal mempengaruhi mereka yang jahil dan lalai.

Kejayaan itu kerana kita menganggap mereka yang menggunakan teknologi maklumat dan membawa kepada perubahan pemikiran.

Kita tidak cukup dengan itu sahaja. Kita perlu menambah kadar pengaruh kita dan memikirkan bagaimana maklumat kita dapat disampaikan kepada seluruh rakyat . Dengan sebab itu, kajian-kajian yang dibuat dalam masyarakat kita, tidak boleh samakan dengan masyarakat di barat. Iaitu masyarakat yang bermaklumat, berilmu dan mempunyai ilmu pengetahuan.

Kita hanya mengambil maklumat sekadar mereka yang mempunyai internet dan handphone. Itu hanyalah segelintir.

Sedangkan satu bahagian yang lebih besar, dikawasan-dikawasan pendalaman, di rumah-rumah setinggan, pekerja petani dan nelayan, merekalah yang menentukan perubahan politik dalam negara.

Muda-mudi pula dihantui dengan hiburan yang melekakan, kerana itu kita perlu selamatkan dan tanggungjawab kita dalam hal ini sangat besar. Dan terpenting, bukan sahaja kita bekerja dalam bidang teknologi maklumat tetapi kita mesti berusaha untuk menyampaikan maklumat itu ke bawah dengan seluas-luasnya.

Alhamdulillah, PAS sudah mencapai kemajuan dan mendahului parti-parti yang lain termasuk parti BN yg memerintah.

Mereka memang bergantung dengan jentera-jentera kerajaan. Tetapi, kita bergantung dengan jentera dan tenaga kta sendiri yang tidak seberapa.

Tetapi, sering kali Allah menjadikan kemenangan Islam itu dalam keadaan yang tidak seimbang.

Musuh yang lebih kaya, lawan yang lebih canggih alat yang lebih, kebendaan yang lebih banyak dan tenaga yang lebih ramai sehingga empat kali ganda. Tetapi Allah SWT menyatakan, “Dan bersedialah kamu dengan sekadar kemampuan kamu daripada kekuatan”.

Sering kali kekuatan itu ditafsirkan dengan alat senjata untuk berperang termasuklah kekuatan itu adalah alat untuk menyampaikan maklumat dan menyediakan kekuatan sekadar kemampuan yang ada pada kita.

Mereka yang mempunyai kelebihan mestilah menyumbang dengan ikhlas dan jangan menyembunyikan apa yang ada pada dirinya kerana kemampuan kita diketahui oleh Allah SWT.

Mereka laksanakan tugas dengan ikhlas, semua keikhlasan itu lahir dalam hati sanubari. Kita tidak boleh mengubah hati dan pemikiran manusia melainkan keikhlasan yang ada dalam hati sanubari kita. Disinilah rahsia kemenangan Islam. Kita melihat sendiri nikmat yang ada dalam PAS. Kita mencapai kejayaan yang besar lebih daripada jangkaan dan kekuatan yang sebenar.

Mengapa? Kerana disana ada pertolongan dari Allah SWT. Walaupun dalam perhitungan pilihanraya ada pasang surut. Ada musim kita menang dan kalah.

Pilihanraya kecil, ada kawasan yang kita menang dan kita kalah. “Itulah hari yang silih berganti dikalangan manusia” Namun kita perlu menyedari sebenarnya kemajuan kita berterusan.

Tiada berkurangan. Pilihanraya tidak boleh menjadi ukuran dan sukatan. Ukuran kefahaman masyarakat terhadap kita lebih penting.

Sebenarnya kita mendapat kemenangan moral dan besar di Bagan Pinang kerana BN terpaksa meletakkan calon yang tidak bermoral untuk mendapat kemenangan.

Walaupun kita merasakan natijahnya yang zahir namun disana terdapat kemenangan yang tersirat kurnia daripada Allah SWT. Perubahan boleh berlaku sekiranya maklumat dapat disampaikan kepada rakyat. Maka peranan ICT sangat penting dalam menyampaikan maklumat ini.

Tidak cukup dengan majlis ceramah dan usrah sahaja kerana kita tidak boleh masuk ke dalam semua rumah. Tetapi ICT boleh menyalurkan maklumat dengan pelbagai cara dan lebih luas dan moden.

Disini, pihak ICT perlu membuat muhasabah, kajian dan perhitungan. Kita tidak boleh melihat yang lama sahaja.

Kita mesti mengejar kemajuan yang dicapai dalam bidang ini dan bersama dengan kemajuan itu. Kalau boleh kita mendahului lawan dalam perkara ini. Alhamdulillah, Jabatan IT PAS Pusat sudah mencapai 10 tahun, satu usia yang sangat bermakna kepada kita.

Sudah tentu keadaannya lebih baik daripada mula ia ditubuhkan. Tidak cukup dengan keadaan yang ada bahkan mesti berusaha untuk mencapai yang lebh baik dan maju lagi.

Mudah-mudahan majlis ini diberkati oleh Allah SWT dan segala amal diterima olehNYA.

Sabda Nabi Muhammad SAW, “Teruskan perjalanan dengan mendapat keberkatan daripada Allah”. Kita rasmikan majlis ini.

Wabillahi Taufiiq Wal Hidayah, Assalamu’alaikum wrt wbt (Teks ucapan penuh Ucapan Tuan Guru Presiden PAS sempena Majlis Makan Malam 10 tahun JICT PAS)

MPKB-BI, MBSA dan MBAS juarai ceria bahasa

KOTA BHARU, 10 Nov: Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) sekali lagi telah menjadi johan Pertandingan Anugerah Ceria Bahasa Peringkat Kebangsaan Tahun 2009 bagi kategori Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Manakala Naib Johan pula dianugerahkan kepada Majlis Bandar Raya Shah Alam, Selangor dan tempat ketiga diberikan kepada Majlis Bandar Raya Alor Setar, Kedah. Apa yang menariknya, ketiga-tiga pemenang tersebut datangnya daripada negeri-negeri Pakatan Rakyat bermula dengan Kelantan diikuti Selangor dan diakhirnya dengan negeri jelapang padi Kedah. Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Korporat, MPKB-BRI Encik Azizan Haji Mohamed berkata, dua tahun lepas, MPKB-BRI telahpun dianugerah naib johan pertandiangan Program 5S Peringkat Kebangsaan bagi Katogori PBT. Menurut Azizan lagi, pertandiangan ceria bahasa tersebut terbahagi kepada beberapa kategori dan Kategori PBT adalah salah satu daripadanya yang melibatkan semua Dewan Bandaraya, Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran bertaraf ibu negeri di seluruh Malaysia. Majils penyampaian hadiah kepada pemenang telah dilakukan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong dan hadiah yang berupa sebuah piala serta sijil penyertaan diterima sendiri oleh Yang Dipertua MPKB-BRI Haji Ahmad Mahmood pada 3 November 2009 bertempat di Dewan Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Katanya, piala dan sijil penghargaan tersebut masing-masing telah ditaja oleh Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan DBP. Lawatan penilaian oleh dua orang Panel Penilai Anugerah Ceria Bahasa 2009 daripada DBP Ibu Pejabat telah diadakan pada 13 Oktober lalu bertempat di Pejabat MPKB-BRI di sini serta di lokasi-lokasi yang berkaitan di Bandar Kota Bharu. Penilaian dibuat berdasarkan kepada pengunaan tatabahasa yang betul, tiada pencemaran dan campuraduk dengan bahasa asing, tulisan di papan tanda di jabatan/ bahagian MPKB BRI dan Penggunaan bahasa dalam borang- borang urusan perkhidmatan Majlis. Turut dinilai mengenai papan tanda nama-nama jalan, papan tanda/ signboard premis-premis dalam Kawasan Majlis, penggunaan Bahasa Melayu serta kesungguhan MPKB-BRI memartabatkan tulisan jawi. Turut hadir sama di majils tersebut Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan Arpah Abdul Razak dan lain-lian lagi.

Bai'ah talak: "Tiada dalam kepala saya"-Nik Aziz

KOTA BHARU, 10 Nov: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa isu bai'ah menceraikan isteri dengan talak tiga, segaja ditimbulkan oleh pihak yang dengki kepada PAS. Dalam satu sidang media di pejabat Menteri Besar Kelantan siang tadi, Nik Aziz memberitahu perkara itu tidak ada dalam pengetahuan beliau dan tidak pernah kedengaran di negeri itu. “Benda ni tak ada dalam kepala saya, tidak ada bai’ah -bai’ah (talak tiga) ni, tidak ada bunyi khabar pun benda ni di Kelantan,” katanya. Isu tersebut dakwanya dicetus pihak sekular anti Islam yang berusaha mencari jalan untuk menggugat kedudukan PAS. PAS yang sedang berkembang menjadi sebuah parti Islam yang diterima semua kaum sudah pasti dicemburui oleh pihak lawan. Yang ada ujarnya sekadar bai'ah biasa bagi menunjukkan taat setia seperti akujanji yang dilaksanakan terhadap kakitangan awam. "Mana ada parti ke, kakitangan kerajaan ke yg tak buat bai'ah ni.....mcm aku janji lah, semua ada buat tapi tak sampailah bai'ah taklik," ujarnya lagi. "Kita kahwin dengan orang pun ada tanda tangan, ijab qabul, qabul tu baih'a lah," katanya. PAS minggu ini dipalit pula dengan dakwaan melaksanakan bai'ah menceraikan isteri dengan talak tiga kepada wakil rakyat mereka sekiranya berhenti dan keluar daripada parti itu. Selain Nik Aziz, setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sebelum ini juga menafikan wujudnya bai'ah taklik tersebut dan beliau diberi tanggungjawab untuk menyiasat dakwaan terbaru itu. Isu ini dikatakan mula tersebar selepas satu majlis dialog antara beberapa pimpinan PAS di Selangor dengan sembilan blogger. Kemudianya pula mendapat respon dari muslimat PAS dan dilaporkan secara besar-besaran oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

RM7 bilion pelaburan di Selangor sejak Mac 2008

SHAH ALAM, 10 NOV: Sejumlah 249 projek baru dengan nilai pelaburan bernilai lebih RM7 bilion diluluskan bagi tempoh Mac 2008 hingga Julai tahun ini di negeri Selangor. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan negeri, Teresa Kok Suh Sim berkata, daripada jumlah itu, kira-kira RM2.667 bilion terdiri daripada pelaburan tempatan manakala RM4.336 bilion adalah pelaburan asing. “Projek-projek baru yang diluluskan oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) ini mampu menyediakan sebanyak 18,166 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan di Selangor,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan M.Manoharan (DAP-Kota Alam Shah) yang mahu Kok menjelaskan jumlah kemasukan pelaburan baru di Selangor sejak pakatan pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan dari Barisan Nasional pada Mac 2008. Antara kawasan yang menjadi tumpuan pelabur asing di Selangor adalah Shah Alam yang mewujudkan 4,870 peluang pekerjaan, Klang (4,082) Pelabuhan Klang (1,404), Pulau Lumut dan Pulau Indah (655), Subang (783), Puchong (956), Semenyih (363), Banting (121) dan Kapar (477), Balakong (187) dan Kajang (340). Kok juga berkata Selangor adalah antara penyumbang terbesar perdagangan di Malaysia iaitu melalui projek pelabuhan Klang dan Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA. Ketika menjawab soalan Datuk Subahan Kamal (BN-Taman Templer), Kok yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kinrara berkata kerajaan negeri telah melaksanakan beberapa strategi pada tahun ini untuk meningkatkan jumlah perdagangan di negeri ini. Antara strategi itu adalah mempromosikan kawasan tertentu seperti Pulau Indah sebagai kawasan aktiviti perdagangan atau pun ‘trading hub’ bagi melaksanakan program berorientasikan jaringan perniagaan atau program temu suai perniagaan. Kerajaan negeri juga menganjurkan misi lawatan penggalakan pelaburan dan perdagangan ke luar negara yang berpotensi dan penyertaan syarikat-syarikat dari Selangor dalam pameran-pameran yang dianjurkan di dalam dan luar negara.

Nov 9, 2009

Perbezaan Antara PKR-PAS-DAP Akan Diselesaikan Pada Konvensyen Pakatan Disember Ini

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengalami masalah kesihatan minggu lalu berkata, beliau begitu terkejut apabila tejaga dari tidurnya dalam keadaan mulut dipenuhi darah.

Nik Abdul Aziz, 78, yang juga Mursyidul Am PAS mengakui situasi begitu mendebarkannya.

"Kira-kira pukul 1.30 pagi pada hari Khamis, saya terbangun dari tidur selepas saya merasakan terdapat darah dalam mulut saya.

"Ada banyak darah hingga saya tak boleh bercakap, saya jadi cemas dan kemudiannya jantung saya berdenyut kencang kerana ini pertama kali berlaku.

"Selepas saya dimasukkan ke hospital, saya terpaksa menjalani imbasan jantung, malah doktor telah letakkan sesuatu pada kerongkong saya tapi tiada apa-apa," katanya kepada wartawan di kediamannya di Pulau Melaka di sini.

Khamis lalu Nik Abdul Aziz telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana keletihan namun tetap menghadiri seminar politik PAS diadakan pada Sabtu lalu di Kuala Lumpur.

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengalami masalah kesihatan minggu lalu berkata, beliau begitu terkejut apabil

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengalami masalah kesihatan minggu lalu berkata, beliau begitu terkejut apabila tejaga dari tidurnya dalam keadaan mulut dipenuhi darah.

Nik Abdul Aziz, 78, yang juga Mursyidul Am PAS mengakui situasi begitu mendebarkannya.

"Kira-kira pukul 1.30 pagi pada hari Khamis, saya terbangun dari tidur selepas saya merasakan terdapat darah dalam mulut saya.

"Ada banyak darah hingga saya tak boleh bercakap, saya jadi cemas dan kemudiannya jantung saya berdenyut kencang kerana ini pertama kali berlaku.

"Selepas saya dimasukkan ke hospital, saya terpaksa menjalani imbasan jantung, malah doktor telah letakkan sesuatu pada kerongkong saya tapi tiada apa-apa," katanya kepada wartawan di kediamannya di Pulau Melaka di sini.

Khamis lalu Nik Abdul Aziz telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana keletihan namun tetap menghadiri seminar politik PAS diadakan pada Sabtu lalu di Kuala Lumpur.

Royalti: Nik Aziz akan hantar surat kedua kepada Najib

KUALA LUMPUR, 9 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi akan menghantar satu surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta agar satu rundingan diadakan supaya kerajaan pusat menukar pemberian wang ehsan kepada royalti. Sebelum ini, perkara sama dilakukan Nik Aziz sewaktu kali pertama menuntut bayaran royalti negeri itu. Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa ketika memaklumkan perkara itu optimis Najib akan membayar royalti berkenaan setelah berunding dengan kerajaan negeri. Beliau juga yakin keputusan Najib untuk memberikan wang ehsan kepada rakyat Kelantan adalah disebabkan tekanan daripada puak Barisan Nasional di negeri itu yang tidak mahu royalti diberikan kepada rakyatnya. “Saya yakin Datuk Najib selepas berunding dengan kerajaan Kelantan akan tetap membayar royalti kepada negeri. "Sekarang saya yakin Najib hanya lakukan satu step pertama (bagi) mengendurkan tekanan politik daripada orang-orang politik Kelantan yang menghendaki bayaran itu tidak dilakukan. "Ini permainan politik semata-mata, ia bukan berasas kepada undang-undang,” tegasnya dalam sidang media di lobi parlimen siang tadi. Beliau hadir parlimen hari ini bagi mendengar sendiri penggulungan perbahasan pada peringkat Jabatan Perdana Menteri oleh Menterinya, Tan Sri Nor Ya’kub mengenai perkara ini. Beliau berkata, isu tiga batu nautika untuk melayakkan negeri pengeluar mendapat royalti adalah satu hujah yang tidak berasas kerana syarat itu tidak termaktub dalam Akta Petroleum 1974. “Beliau akan sentuh semula mengenai royalti dan satu hujah yang digunakan (ialah ) ialah tiga batu nautika yagn tidak ada dalam mana-mana undang-undang. Kalau kita tengok undang-undang negara kita, yang ada hanyalah dua belas batu nautika. Tapi akta petroleum mengatasi segala undang-undang,” katanya. Beliau meminta perbahasan akta petroleum di Dewan Rakyat pada November 1975 oleh Ketua Menteri Sarawak ketika itu Tun Rahman Yaakob dirujuk kembali. Tun Rahman ketika itu menekankan dua unsur penting dalam akta petroleum 1974. “Bahawa beliau menekankan akta itu mempunyai dua unsur penting.Yang pertama kuasa petroleum sebelum akta ini adalah terletak di bidang kuasa negeri-negeri, sejak sebelum kita menyertai Malaysia dan Persekutuan Tanah Melayu. "Negeri Kelantan sama seperti Sarawak, (iaitu) negeri berdaulat dan mempunyai kuasa di atas petroleum dan kuasa ini hanya boleh diserahkan melalui satu perjanjian, dan perjanjian adalah mengikut akta 1974,” jelasnya. Unsur yang kedua pula jelasnya adalah selepas negeri meyerahkan hak ini, adalah menjadi tanggungjawab petronas membayar pampasan dalam bentuk wang tunai. “Adalah menjadi tanguungjawab petronas dalam bentuk ‘cash payment’, bukan royalti, bukan wang ehsan.ia mesti dalam bentuk tunai dan dibayar kepada negeri pengeluar. Beliau turut menyebut mengenai jawapan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak kepada soalan ahli parlimen Lim Kit Siang iaitu: “Tuan Yang di Pertua, Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan negeri tersebut, yang dijual oleh PETRONAS ataupun ejensi-ejensi ataupun kontrektor-kontrektornya. Tegasnya, kerajaan negeri bukan sekadar ingin menuntut wang yang sememangnya menjadi hak rakyatnya namun apa yang lebih penting adalah ketelusan kerajaan persekutuan dalam membela kebajikan rakyat. Beliau turut mempersoal mengenai laporan tahunan petronas yang tidak pernah dibentangkan di parlimen. “Kenapa petronas tidak boleh membentangkan di parlimen penyata petroleum di seluruh negara.Berapa pengeluaran setiap telaga pada setiap tahun dan berapa nilai pengeluaran tersebut. dan kedudukan tiap-tiap telaga termasuk bumi selatan yang disebut perdana menteri akan dibayar kepada Kelantan dalam bentuk wang ehsan,” soalnya. Sehubungan itu, beliau menegaskan, kerajaan negeri akan terus memperjuangkan tuntutan ke atas royalty demi keadilan rakyat Malaysia. Beliau juga berkata, kerajaan negeri akan memperhebat kempen mengenai isu ini bagi memberikan kesedaran kepada rakyat mengenai hak mereka.

Royalti jadi ehsan satu perbuatan khianat dan jahat

KUALA TERENGGANU, 9 Nov: Perbuatan mengubah pembayaran royalti minyak kepada wang ehsan yang dilakukan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional kepada negeri Terengganu dan Kelantan adalah satu pengkhianatan yang jahat.

Penasihat Lajnah Guaman dan Undang-undang PAS Terengganu, Datuk Wan Mutalib Embong berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Makan Malam yang dianjurkan oleh DUN Alor Limbat disebuah restoran dekat sini semalam. "Sepertimana apa yang dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Najib di Parlimen dua hari lepas, dia (Najib) kata, kita dah buat keputusan supaya hasil minyak yang dapat di perairan Kelantan itu di beri kepada rakyat Kelantan, tetapi cara dia kata, seperti mana kita beri kepada Terengganu iaitulah melalui wang ehsan. "Ini pengkhianatan dan jahat yang paling jahat!,"katanya ketika berucap dalam Majlis Makan Malam yang dianjurkan oleh DUN Alor Limbat disebuah restoran dekat sini semalam lapor Buletinonline. Menurutnya, Najib juga sehingga kini tidak mengotakan janjinya untuk memulangkan royalti minyak Terengganu, sewaktu berkempen dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Katanya, pemberian royalti bukan hak peribadi Najib, namun soal pemberian royalti adalah undang-undang menurut Akta Pembangunan Petroleum 1973. "Bukan soal bagi (beri royalti), bukan soal hak 'tok' dia, bukannya hak 'bapak’' dia, ini undang-undang, dalam undang-undang Akta Pembangunan Petroleum 1973,"tegasnya. Menurutnya, akta tersebut memperuntukkan setiap penyerahan hasil minyak kepada kerajaan pusat mestilah dibalas dengan pemberian royalti sebanyak 5% dan perkataan 'lima peratus' itu ditulis dengan terang dan jelas

Dr Asri sedia berceramah di Kelantan

KOTA BHARU, 9 Nov: Bekas Mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin bersedia menyampaikan kuliah pada mana-mana majlis Ilmu di Kelantan termasuk pada kuliah tetap Tuan Guru Nik Abdul Aziz setiap Jumaat. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz di pejabat Menteri Besar Kelantan, Kota Darul Naim pagi tadi. “Saya sanggup menjadi penceramah di Kelantan jika dijemput termasuk di Medan Ilmu. "Walapun jaraknya agak jauh, namun tiada masalah bagi saya,” ujar beliau. Dr. Asri ditahan oleh JAIS pada lewat malam 1 November lalu ketika sedang menyampaikan kuliah di sebuah banglow di Selangor kerana didakwa megajar tanpa tauliah. Sewaktu penahanannya oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Nik Aziz antara individu yang mempertikaikan motif penahanan Dr Asri. Dalam pada itu bekas mufti terbabit juga merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Johor kerana memberi kebenaran kepadanya meneruskan kuliah di negeri tersebut. “Ini menggambarkan keterbukaan intelektual kerajaan Johor dan diharapkan dapat dilakukan sama negeri-negeri lain,” katanya. Kuliah Jumaat di Medan Ilmu merupakan kuliah tetap Menteri Besar Kelantan yang turut dihadiri ribuan rakyat dari seluruh negeri kelantan dan dari luar. Dr Mohd Asri juga berkata, Kelantan sejak dari dahulu lagi mengamalkan keterbukaan di mana beliau pernah dijemput menyampaikan ceramah agama di negeri ini. Oleh itu beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Besar Kelantan kerana memahami suasana yang beliau alami. Beliau juga sebelum ini pernah menziarahi Tuan Guru Nik Abdul Aziz selepas keluar dari Intitut Jantung Negara

Nov 8, 2009

Pembuat Pintu Emas Kaabah Meninggal

MEKAH, 8 Nov (Bernama) -- Sheikh Ahmad bin Ibrahim Badr, tukang utama yang mereka bentuk pintu emas Kaaba, meninggal dunia pada usia 89 tahun di Mekah Jumaat lepas, demikian harian Arab Saudi berbahasa Inggeris, The Arab News melaporkan pada Ahad. Ahmad menghasilkan pintu Kaabah menggunakan emas tulen seberat 300 kg atas perintah Raja Khaled pada Oktober 1979. Kerja-kerja itu dijalankan di sebuah bengkel yang dibina khusus untuk projek berkenaan. Beliau juga memperkemas dan memperindahkan lagi meezab (saluran air di atas Kaabah) dan rangka perak Hajar Aswad. Beliau mempelajari seni berkenaan daripada bapanya, pereka dan pembina asal pintu berkenaan atas perintah Raja Abdul Aziz pada 1942, lapor akhbar itu. Ibrahim dan dua saudaranya, Mahmoud dan Ibrahim Badr, mengacu pintu berkenaan dengan emas tulen, mengambil masa setahun menyiapkannya. Tiang dalam dan meezab, dibuat daripada emas 24-karat seberat 25 kg juga disiapkan dalam tempoh berkenaan. Ayat al-Quran "Ya Hayy Ya Qayyum" (Wahai yang Maha Hidup, Maha Mendengar) dan perkataan "Allah" dan "Muhammad" diukir pada pintu. Kerja-kerja mereka termasuk rangka perak Hajar Aswad, lapor akhbar itu. Ahmad dilahirkan di kampung halaman datuk neneknya di permukiman Qashashiya di Mekah pada 1920. Selepas belajar di sekolah al-Falah tempatan beliau menyertai bapanya di bengkel emas dan perak pada usia 15 tahun. Ahmad telah bekerja di kedai bapanya "Sheikh Ibrahim Badr" di Goldsmiths' Street sepanjang hidupnya. Beliau lahir dalam keluarga pertukangan seni yang terkenal dengan kehalusan kerjatangan emas yang ekskuisit, kata akhbar itu. -- BERNAMA

Memperkasakan Pakatan Rakyat

Sudah banyak tulisan berhubung dengan kepimpinan Pakatan Rakyat. Tujuannya tidak lain ialah bagi memperkasakan parti-parti dalam pakatan supaya bersedia menghadapi kemungkinan mengambilalih tampuk pemerintahan kerajaan Malaysia menggantikan UMNOBN. Sebab selagi isu kepimpinan tidak dapat diselesaikan selagi itu akan menampakkan bahawa Pakatan belum layak untuk memerintah.

Terutama yang nampak goyah ialah kepimpinan serta YB-YB dari Keadilan dan kepimpinan PAS Pusat.

Artikel serta pandangan pemerhati politik terutamanya Prof.Dr.Aziz Bari(UIA) dan Dr.Abu Hassan (UM) cukup tepat. Iaitu pandangan mengikut senario sebenar dan semasa. Persepsi sebenar ahli parti dan lebih penting ialah pengundi-pengundi/penyokong parti yang bukan ahli tetapi merekalah yang banyak menentukan naik turun parti dalam pilihanraya.

Pimpinan perlulah mengambil sikap terbuka dan berlapang dada. Tidak boleh menurut kehendak hati atau penasihat di sekeliling. Lihatlah secara lebih luas. Perlu peka terhadap sebarang perubahan situasi dan mendengar dengan telinga bionik kepada sebarang pandangan massa. Massalah yang menentukan bukan pimpinan. Pimpinan cuma menjalankan tugas yang diamanahkan. Kuasa massa atau rakyat cukup kuat dan hebat, pada bila-bila masa sepanjang sejarah.

Angin perubahan mula bertiup beberapa tahun lepas, dan hampir diterjemahkan pada PRU12. Alhamdulillah, Malaysia belum jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Rupanya banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Rakyat mestilah nampak bahawa bila Pakatan memerintah, ada perbezaan , ada kelainannya. Bukan "cut and paste" dari pemerintahan terdahulu.

Menyentuh tentang pimpinan, kita terus akan tertumpu kepada Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi, Tuan Guru Nik Aziz dan Anwar Ibrahim selain kepimpinan DAP yang nampaknya lebih kolektif. Peribadi besar tersebut menjadi perhatian ahli dan rakyat setiap masa.

Dalam PAS, kita tidak dapat lari dari isu ugamawan. Tuan Guru Haji Hadi adalah tokoh yang hebat suatu masa dahulu dengan pidatonya sehingga dapat memenangi hati rakyat seterusnya mendapat kepercayaan ahli menggantikan Allahyarham Ustaz Fadhil Noor. Tuan Guru Nik Aziz pula menapak di negeri Kelantan sahaja, tidak menonjol di peringkat pusat sehinggalah dilantik sebagai Mursyidul 'Am.

Jarang kita dapati seorang ugamawan sekaligus mempunyai visi politik yang mantap dan tegas. Tidak semua orang ahli ugama, bijak dalam berpolitik terutama bagi menyelesaikan sesuatu isu yang timbul dengan bijak dan berhemah, bahkan dikehendaki "nampak" cukup bijak! Sebab itu timbulnya sikap "malu alah" ahli terhadap kepimpinan samaada negeri atau pusat bila seseorang itu sudah dikenali sebagai ugamawan. Inilah yang berlaku dan telahpun disebut secara jujur oleh Dr.Aziz dan Dr.Abu Hassan. Bukan atas dasar tidak menghormati tetapi kenyataan yang berlaku di depan mata. Tokoh seperti Tuan Guru Haji Hadi, Us.Nasharuddin, Mustapha Ali, Dr.Hassan Ali dan lain-lain yang menimbulkan persepsi kurang dihormati rakyat banyak haruslah mengundurkan diri secara terhormat demi menjaga sebuah jemaah demi masa depan rakyat.

Harus disedari ahli dan penyokong parti mempunyai banyak perbezaan. Yang paling ramai dari keduanya adalah penyokong parti. Iaitu rakyat ramai yang merupakan penentu sesebuah parti. Ahli adalah suatu kelompok elite bagi yang ingin berkhidmat kepada parti dan mempunyai matlamatnya masing-masing. Sedangkan rakyat penyokong terbanyak ingin melihat suatu keadaan yang berbeza dari berpayung di bawah pemerintah terdahulu. Jadi perbezaan itu mestilah jelas dan boleh dinampak oleh rakyat secara jelas. Keadaan aman damai, mempunyai peluang pekerjaan, mengamalkan ugama dengan tenang, bekerjasama tolong menolong dengan pelbagai keturunan bangsa, kehidupan berkeluarga yang baik, pendidikan anak-anak sempurna, perubatan dan kesihatan bertambah baik serta tidak membebankan, semua tender kontrak dibuat telus, harta pimpinan di odit secara telus dan benar....dan ini semua adalah impian rakyat terbanyak.

Alhamdulillah kita mempunyai tokoh muda sebagai pemerhati dari luar serta berminat dengan parti Islam PAS. Di atas keberanian mereka ini patutlah dipuji kerana tidak menjadi sebahagian "penjilat" . Yang memerhati dari luar kadang lebih luas pandangannya berbanding dengan tokoh politik dalam parti yang tidak nampak jelas apa yang berlaku di sekeliling. Dengan adanya medium massa baru maka segala maklumat dapat diketahui dengan cepat dan membolehkan pihak kepimpinan menyelesaikan dan bertindak cepat. Sekarang sebarang isu tidak boleh di "peram" begitu sahaja. Perlu tindakan segera dan tidak lembik.

"Insha Allah Islam Pasti Menang"!

- Ahmad Shuhaimi 08.11.2009

KOTAK PUTERA AL-KONDOMI DI TEMUI

AL-FARAJ – 6 Nov – Sebuah kotak milik Putera Raja Saudi telah ditemui oleh Fadiha al-Salwa terapung didalam tasik Al-kumbahan wal-tipuri. Tasik ini memang terkenal sebagai tempat percutian dan peranginan yang eklusif untuk orang kaya dan orang kayap kayap.

Tasik Al-kumbahan ini juga dianggap amat baik terutama untuk perempuan-perempuan gemok yang ingin merehatkan tubuh badan. Air dari tasik ini dikatakan boleh melangsingkan badan.

Salwa yang berumur enam tahun telah menemui kotak ini ketika dia bercuti di tasik ini. Dia melihat kotak ini terapung-apung. Awalnya Salwa menyangka yang terapung ini mungkin saekor anak badak. Apabila dihampiri maka baru di ketahui ianya sebuah kotak.

Apabila diselidiki maka barulah diketahui bahawa kotak ini dimilik oleh Al-Malik Sheikh al-kondomi salah dari ratusan putera raja Saudi. Salwa telah memulangkan kotak Sheikh al-kondomi.

Sumber dari Istana telah memberitakan Sheikh al-kondomi akan memberikan hadiah dua juta dan tiga dolar kerana kejujuran Salwa. Tiga dolar adalah lebih sedikit dari hadiah yang telah diberikan oleh abangnya Sheikh al-dildo kepada seorang perempuan gemok yang juga telah menemui sebuah kotak al-dildo beberapa minggu dahulu. ( Ajensi Berita)

Sumber: TukarTiub

... kotak ini, sekupang pun orang tak mau.......

Mau ikut sapa: TGNA atau TGHH?

Satu persoalan menarik yang ditimbulkan oleh wakil Negeri Sembilan dalam seminar pada hari ini.

Jemaah mau ikut cakap sapa?

Presiden atau Mursyidul 'Am?

Timbulnya perkara ini hasil dari teguran TGNA supaya diadakan muktamar khas membincangkan menyokong UG atau UG. Kalau tak sokong UG harap pastikan dan buang mana yang menyokong UG. Sebabnya bukan sekali dua timbul isu UG bahkan menjadi kata pengantar dalam ucapan Presiden semasa muktamar yang lalu. Walhal perkara tersebut telah pun disahkan dan muktamad semasa muktamar di Ipoh pada tahun lepas.

Sebagai Mursyidul 'Am beliau tidak perlu menegur atau mengambil tahu urusan pentadbiran Presiden dan pimpinan kecuali diminta nasihat. Jawatan Mursyidul adalah lantikan dan persetujuan majoriti pimpinan atas keperibadian, ketokohan, keilmuan serta dihormati.

Tapi bila berlaku sesuatu yang boleh menjejaskan perjuangan parti walaupun pada luarannya belum nampak, dengan firasat beliau tahu bahkan rakyat ramai pun nampak akan kelemahan pimpinan PAS sejak setahun dua ini. Kemenangan PAS dibeberapa negeri adalah lonjakan masyarakat awam / massa yang betul-betul meluat dengan UMNOBN serta disokong oleh kaum Cina/India maka dapatlah PR di 5 negeri, tapi bukan dengan kekuatan peribadi PAS(kecuali Kelantan), dibantu parti alternatif Keadilan/DAP.

Jadi pimpinan PAS tidak perlu mendabik dada, sombong dan bongkak. Belum apa-apa sudah menikam kawan dari belakang!

Kita tidak mahu terjadi "Menang Sorak Kampung Tergadai" sebagaimana yang berlaku di Terengganu dari dulu. Kalau dari segi ceramah memang sukar dikalahkan. Pegilah ke ceruk mana pun pasti berpusu-pusu penyokong, tapi semasa mengundi selalu kalah. Kena sedar pilihanraya dianggap macam berperang dengan musuh. Perlu ada strategi, perlu pandai bermuslihat, perlu kenal taktik dan teknik, riak lawan dan penyokong, kena tahu baca maklumat yang betul dan tepat. Inilah yang berlaku di Kelantan sejak 20 tahun di bawah pimpinan TGNA.

Pak Lah versi PAS yang dikatakan oleh Prof Aziz Bari mungkin betul. Tapi nasib ada orang yang berani bercakap yang benar walaupun pahit. Kita tidak mahu Presiden parti diseret turun sebagaimana yang berlaku ke atas Pak Lah. Itulah kelebihan PAS...menegur secara lembut. Lagipun sebagaimana kata beliau bukan mencerca atau menghina badan TGHH, tapi bab pimpinan sebelum orang lain nampak kita lemah lebih baik kita nampak awal dan dapat membetulkan keadaan sebelum berlakunya PRU13. Memang siapalah kita dari segi ilmu ugama berbanding TGHH, kita tak nafi tapi mantik ugama tak sama dengan mantik politik. Prof Aziz bercakap bukan atas kepentingan apa-apa ke atas PAS, jadi dengarlah dan renunglah jangan sampai tak boleh tengok muka Prof tu kenapa?

Alamak kecohhh betul.......

"KepadaMu Ya Allah tempat kami memohon keampunan dan Perlindungan"

Nov 7, 2009

AMK Selangor Berharap Agar Agensi dan Kakitangan Awam Kerajaan Negeri Selangor Terus Komited Dan Professional Melaksanakan Tanggungjawab

KENYATAAN MEDIA

Angkatan Muda Keadilan Selangor menaruh harapan yang tinggi kepada seluruh agensi dan kakitangan awam di bawah kerajaan negeri Selangor untuk terus komited dan professional melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan rakyat. AMK Selangor amat yakin dengan kemampuan dan prestasi yang amat baik dan cemerlang dalam melaksanakan agenda kerajaan negeri khususnya dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor selama ini.

AMK Selangor percaya bahawa agensi-agensi kerajaan negeri Selangor tidak sama sekali akan terlibat dengan cubaan pihak tertentu yang akan mempergunakan mereka untuk tujuan menjatuhkan dan memalukan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Kita juga berharap anggota perkhidmatan awam negeri Selangor menjadi contoh kepada penjawat awam di negera ini yang melaksanakan tugas dan dedikasi kuat kepada rakyat dan kerajaan dengan menunjukkan prestasi yang tinggi.

Kita juga berharap khidmat yang diberikan kepada rakyat Selangor agar terus dipertingkatkan untuk memenuhi harapan tinggi rakyat. Perubahan corak pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat yang berbeza dengan corak dan amalan di bawah Barisan Nasional lebih 50 tahun lepas merupakan cabaran besar anggota perkhidmatan awam negeri menunjukkan prestasi dan keupayaan mereka sebenar.

Penubuhan SELCAT jelas membuktikan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor amat komited dan bersungguh-sungguh membela dan memperbaiki mutu perkhidmatan kerajaan kepada rakyat. Dasar Pakatan Rakyat amat berbeza dengan konsep yang pernah dilaksanakan oleh Barisan Nasional dahulu yang lebih suka menghukum dan memalukan seperti memberi penyapu kepada yang tidak menunjukkan prestasi baik.

Sistem perkhidmatan awam negeri yang bermutu,mesra rakyat dan kurang karenah birokrasi merupakan harapan besar rakyat terhadap mutu kerja yang diharap-harapkan. AMK Selangor mencadangkan kepada kerajaan negeri Selangor agar menyediakan skim khas kepada perkhidmatan awam negeri untuk melanjutkan pendidikan dalam pengurusan pentadbiran awam negeri yang lebih baik. Malahan anugerah khas kecemerlangan setiap bulan dicadangkan untuk diberi kepada agensi,majlis tempatan dan anggota perkhidmatan awam negeri yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dan membanggakan.

Adalah perlu juga insentif khas diberikan kepada penjawat awam yang dapat mengemukakan idea-idea bernas dan terbaik untuk memperbaiki sistem pentadbiran dan penyampaian kerajaan negeri kepada rakyat. Anggota perkhidmatan awam perlu dihargai setiap idea dan usaha agar mereka terus-menerus memberikan sumbangan yang besar kepada kemakmuran negeri Selangor.

AMK Selangor juga mencadangkan agar pelaksanaan gaji minimum kepada anggota perkhidmatan awam negeri terus dilaksanakan dan kebajikan mereka diperbaiki daripada masa ke semasa. Kita berharap anggota perkhidmatan awam mampu menjadikan negeri Selangor ini menjadi negeri yang makmur,sejahtera dan berkebajikan dalam ertikata dan falsafah sebenarnya.

Justeru, AMK Selangor memberi dan meletakkan harapan besar kepada agensi dan kakitangan awam negeri Selangor untuk bersama-sama memikirkan,merancang dan melaksanakan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor membawa Selangor maju ke hadapan dan memberi kebajikan dan kemakmuran kepada rakyat Selangor.

Khairul Anuar Ahmad Zainuddin Ketua Angkatan Muda Keadilan Selangor Parti Keadilan Rakyat 07.11.2009

Seminar PAS luluskan lima resolusi

Hadi simpulkan seminar berjaya selesaikan masalah parti

KUALA LUMPUR: PAS menetapkan sasaran untuk meningkatkan semula sokongan golongan muda terutamanya bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Perkara itu merupakan satu daripada lima resolusi yang diluluskan pada Seminar Memperkasakan Parti anjuran parti itu hari ini.

Selain itu PAS juga akan mengukuhkan Pakatan Rakyat dan meningkatkan persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13 secara lebih proaktif.

PAS juga berusaha untuk meningkatkan sokongan bukan Muslim dengan bertindak aktif menubuhkan Kelab Penyokong PAS di kawasan masing-masing.

Resolusi lain yang dicapai ialah untuk memantapkan pendirian parti berdasarkan maklumat, informasi serta menguatkan parti di peringkat akar umbi seluruh negara.

Dalam pada itu, resolusi kelima yang diluluskan tanpa bantahan turut menggariskan usaha untuk membuat pelan tindakan antaranya menguatkan kempen nasional yang bertemakan 'PAS Untuk Semua'.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sidang media selepas seminar tersebut berkata, resolusi yang diluluskan itu akan digunakan oleh pihak pengurusan parti untuk tindakan dalaman.

Menurut beliau, kejayaan seminar pada hari ini menunjukkan parti itu sentiasa bersikap terbuka dalam menerima kritikan.

"Kita berjaya adakankan seminar dengan menghimpunkan jentera parti yang datang dari seluruh pelusok negara kerana keterbukaan secara demokratik

"Bukan sahaja memberi peluang dari dalam parti untuk mengkritik secara membina bahkah kita menerima teguran dari tokoh yang bukan di kalangan kita," katanya.

Abdul Hadi juga dengan kejayaan seminar itu juga akan memberi lebih semangat kepada PAS untuk terus memperkasakan parti bersama Pakatan Rakyat.

"InsyaAllah kita dapat menunjukan satu prestasi yang baik, mengukuhkan parti dan menghadapi cabaran yang akan datang bagi membuat perubahan bersama dengan Pakatan Rakyat.

"Kita konsisten dan teguh dengan Pakatan Rakyat dan kita anggap ini adalah bahtera baru yang kita bina... ia perlu dikukuhkan lagi untuk melayari perjuangan dan membuat perubahan dalam negara kita," katanya.

Ditanya tidakkah beliau rasakan kritikan yang diberikan oleh tokoh-tokoh akademik yang turut sama sebagai ahli panel pada seminar ini dilihat begitu 'keras' terutamanya melibatkan kepimpinannya, Abdul Hadi berkata perkara itu merupakan isu biasa.

"Kita anggap perkara biasa, kita matang dengan kritikan, yang benar kita ambil, yang tak benar kita jawab," katanya.

Lebih 1,000 berseminar tentukan halatuju PAS

KUALA LUMPUR, 7 Nov: Lebih 1,000 pemimpin PAS dari seluruh negara berhimpun di Dewan Datuk Fadzil Noor, Taman Melewar hari ini bagi menyertai seminar memperkasakan parti Islam itu. Mereka akan mendengar Ucap Utama Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang bakal membicarakan halatuju PAS dan usaha parti itu untuk mempertingkatkan lagi komitmennya dengan Pakatan Rakyat. Seminar ini diadakan ekoran tulisan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mempertikaikan beberapa pendekatan pimpinan utama PAS sehingga mencadangkan agar diadakan muktamar khas untuk memilih semula mereka. Nik Aziz akan memberikan ucapan penutup di seminar yang bakal menentukan sikap para pemimpin PAS di semua peringkat itu. Di tengah-tengah seminar, semua peserta akan mendengar pandangan secara langsung dari orang yang mencetuskan konflik ini iaitu Profesor Dr Abdul Aziz Bari. Beliau akan bersama dengan seorang lagi pengulas politik, Dr Abu Hassan Hasbullah yang dijangka akan juga memberikan pandangan-pandangan panas dari luar PAS. Kedua-duanya akan disertai sama oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS yang sedang mendisiplinkan para pimpinan dan ahli PAS. Apakah yang akan diucapkan Abdul Hadi dan apakah serangan baru Abdul Aziz Bari dan Abu Hassan Hasbulah bakal menjadi tumpuan hari ini. Para pemerhati akan melihat apa pula reaksi para pemimpin PAS dari semua peringkat terhadap kenyataan-kenyataan mereka bertiga. "Ini adalah satu lambang keterbukaan PAS dan PAS mahu ianya diselesaikan secara terbuka dan telus. Sebab itu kita bukakan semua peringkat seminar ini kepada pemerhati dan wartawan," kata Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS. "Saya yakin, PAS perlu menyelesaikan apapun masalahnya secara berorganisasi dan bukan menyapu segala masalah ke bawah permaidani," ulas Dr Mujahid Yusof, pemegang PhD yang kajiannya adalah tentang organisasi PAS. Seminar ini adalah yang pertama dibuat oleh PAS untuk membincangkan secara berdepan selepas konflik yang berlaku sejak pilihan raya 2008 lalu tidak selesai dengan tuntas. Ia sentiasa timbul walaupun cuba diselesaikan dengan cara tradisional iaitu melalui perbincangan secara tertutup dan melalui kenyataan akhbar.

PAS dibuka kepada semua

PAS mengambil langkah menyempurnakan dirinya dengan membuka keahliannya kepada sekalian rakyat Malaysia yang menerima dasar dan perjuangannya. Sekalian anggota Kelab Penyokong PAS yang terdiri dari bukan Islam dari semua kaum di Malaysia akan menjadi sayap baru bagi parti itu apabila muktamar khasnya meluluskan pindaan perlebagaannya nanti.

Adalah satu langkah berani dari gerakan Islam dalam rangka melakar satu pemikiran politik harapan dalam membentuk tamaddun masa depan Malaysia.

Islam adalah agama yang memimpin, sudah sewajarnya parti Islam itu melengkapkan dirinya menawarkan harapan politik masa depan bagi rakyat Malaysia mengikut roh dan ajaran Islam.

Malaysia tiada masa depan dengan corak politik pasca merdeka yang dikongkong pemikiran politik, ekonomi dan sosial lama, diselimuti pemikiran dan amalan perkauman acuan bekas penjajahnya, serta terbiar pula cengkaman rasuah yang menjelma menjadi budaya baru bagi bangsa itu.

Acuan lama pemikiran politik global tidak dapat memberi harapan masa depan kita justeru pemikian lama yang kekal dan berakar umbi itu tetap berada pada paksi pi mai pi mai tang tu jugak.

Maka PAS mesti membawa negara ini keluar dari kepompong politik lama itu dengan menyediakan dirinya sebagai wadah untuk s emua, membuka keahlian kepada semua adalah langkah mematang dan menyempurnakan kedudukannya.

PAS yang ada dengan keahliannya kepada umat Islam saja ditubuhkan ketika Tanah Melayu masih dimiliki sepenuhnya oleh umat Melayu Islam. Sekalipun kemerdekaan dan kedaulatannya dirampas penjajah British, tetapi wilayah itu tetap milik watannya. Tetapi apabila ia dimerdekakan, ia tidak lagi jadi kepunyaan orang Melayu saja, bahkan ia adalah milik semua.

Jika UMNO yang menjada Perikatan/BN mendakwa ia telah menyedarinya lebih awal atau hampir 60 tahun dulu, tetapi politik UMNO itu adalah mendahului masa, menerimanya sebelum ia menjadi milik semua atau ia bersetuju pusaka itu difaraid.

Mungkin langkah baru PAS itu dikira meniru pendekatan UMNO. Tetapi politik UMNO dulu itu bukan ia suatu realiti, bahkan ia politik terpedaya. Kalau PAS dikatakan membuntuti jalan yang dilalui UMNO setengah abad kemudian, ia adalah politik realiti.

PAS terbuka kepada semua dulu dan sekarang. Ketika ia ditubuhkan keahliannya adalah untuk semua. Keseluruhan rakyat masa itu adalah Melayu Islam. Sekarang rakyat negara ini bukan seluruhnya Islam. Keputusan terbaru yang PAS ambil itu adalah merealisasikan PAS itu adalah untuk sekalian rakyat pada masa ini.

Pemikiran itu telah lama terpancar. Ia pernah dicetuskan oleh Prof. Zulkifli Mohamad, Timbalan Presiden PAS ketika pimpinan Dr. Burhanuddin al-Hilmy. Pandangan itu tertangguh dan beliau pula menemui ajal lebih cepat.

Ketika mula masuk era kepimpinan ulama di bawah pimpinan Haji Yusof Rawa dalam tahun 80an, saya memberi pandangan supaya PAS membuka keahliannya kepada bukan Islam sebagai satu pendekatan dakwah bagi meraih sokongan masyarakat bukan Islam.

UMNO mengambil pendekatan menggunakan sekutu bukan Islam dalam Perikatan dan kemudiannya BN bagi mendapatkan sokongan bukan Melayu. Ia berjaya meraih kuasa. Dengan kuasa itu ia merosakkan perjuangan agama, bangsa dan negara. Ia memusnahkan tulisan jawi, mengkhianati perjuangan bahasa dan pendidikan Melayu. Majoriti buta jawi buta al-Quran. Generasi selepas merdeka buta sejarah dan pudar patriotismanya dan berbagai-bagai kepincangan lagi.

Kalau pendekatan yang sama PAS gunakan, PAS dapat meletakkan calon di tempat-tempat majoriti bukan Islam, jika PAS dapat meraih sokongan pengundi semua kaum, kuasa boleh jatuh ke tangan PAS. Dengan kekuasaan itu PAS dapat gunakan bagi menegakkan kebaikan dan kebajikan.

Ustaz Fadzil Noor minta Ustaz Harun Taib menyediakan kertas tentang perkara itu.

Dari kajian yang dibuat, PAS berpendapat perkara itu adalah harus. Perkara harus boleh dilaksanakan dan boleh tidak dilaksanakan bergantung kepada keadaan. Ia mesti difahami oleh sekalian ahli dan masyarakat supaya apabila dilaksanakan ia tidak menimbulkan kekeliruan dan pertelingkahan.

Pertengahan tahun 80an, beberapa seminar mengenai negara Islam, perundangan dan politik Islam dianjurkan oleh PAS kawasan Setapak yang kemudiannya menjadi PAS Kawasan Batu dan PAS kawasan Titiwangsa. Ia terbuka kepada semua kaum dan agama.

Dr. Tan Chee Khoon, seorang tokoh pembangkang Cina yang terkenal sebelum kemunculan Lim Kit Siang, Dr. Teh Chu Peh, seorang ahli akadamik yang kemudiannya jadi Setiausaha Agung MCA antara yang menjadi pengulas.

Ia menarik beberapa orang aktivis MCA dan belia Cina tertarik dengan kegiatan PAS dalam mendekati masyarakat berbagai kaum. Mereka mengikuti kegeiatan PAS di merata tempat hingga ada isteri yang merasa pelik dengan suaminya siang malam bersama PAS sedang semasa dalam MCA itu tidak begitu. Terang sang suami, dia ‘terpesona dengan politik Koran (Al-Quran).’

Seorang isteri lagi bimbang suaminya terlalu kuat menyokong PAS. Dia takut suaminya masuk Islam. Diingatkannya suaminya, pergilah bersama PAS tetapi jangan masuk Islam.

Dari perkembangan itulah terbentuk politik CCC, sekumpulan kecil masyarakat Cina menyokong PAS kerana tertarik dengan pandangan PAS tentang hak dan peranan orang bukan Islam mengikut ajaran Islam.

Menjelang Pilihan Raya Umum 1986 pemimpin Dewan Perhimpunan Cina dan persatuan sekolah-sekolah Cina sedia menawarkan calonnya menjadi calon PAS di semua kawasan pengundi Cina. Mereka sedia mengiklankan semua calon PAS dengan gambar sekali dalam semua akhbar Cina sepanjang kempen pilihan raya. Calon itu termasuklah calon-calon Cina yang mereka taja.

PAS belum bersedia kerana ia belum membuat persiapan bagaimana mahu melayan sokongan dan penyertaan Cina beramai-ramai dalam PAS itu. Adalah lebih baik ia ditangguhkan dulu hingga ia cukup persiapan.

Dari awal saya mencadangkan supaya keahlian PAS dibuka kepada semua. Ijtimak PAS Wilayah Persekutuan lebih sepuluh tahun dulu meluluskan cadangan itu sebulat suara. Justeru PAS lain-lain negeri tidak membuat keputusan seperti itu, perkara itu tertangguh.

PAS meninjau pandangan gerakan Islam di seluruh dunia tentang penyertaan bukan Islam dalam PAS. Semuanya tidak menentang. Banyak manfaatnya, tetapi mereka berpendapat dari segi Islam ia diharuskan.

Ustaz Fadzil Noor cenderung mengadakan kerjasama dengan parti-parti Cina seperti DAP atau Gerakan.

Keadaan politik membuka ruang kepada PAS mengadakan persefahaman terbuka dengan DAP. Ketika yang sama ia mewujudkan Kelab Penyokong PAS bagi mereka yang tidak sukakan parti-parti lain.

Menjerit UMNO meneriakkan PAS meniru UMNO. Kata mereka, dulu PAS salahkan UMNO kerana kerjasama dengan bukan Islam.

Persetankan teriak pekik mereka yang tujuannya hanya supaya kuasa tidak dirampas PAS. Mereka sangat takut kuasa jatuh kepada PAS dan rakan-rakannya dalam Pakatan. Bila mereka kata PAS gila kuasa, biarkanlah.

Sekarang PAS membuka keahliannya kepada semua dan pada masa sama mengekalkan muafakat dengan DAP, PKR dan badan-badan yang setuju dengannya. Ia adalah satu rangsangan politik harapan bagi Malaysia dan dunia yang lebih luas. Ia adalah jawapan dan gantian kepada politik beku, kaku dan buntu UMNO dan sekutu Barisan Nasionalnya.

Ketika kita PAS dan Pakatan bercakap tentang politik harapan yang penuh sangsangan, UMNO terus terkial-kial mempertahankan JKKKnya di kampung-kamping dan tadika Kemasnya.

Presiden PAS lancar wajah baru Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 7 Nov: Wajah baru laman web rasmi PAS, Harakahdaily hari ini dilancarkan secara rasmi oleh presiden parti, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Markaz Tarbiyah PAS Taman Melewar.

Pelancaran itu dibuat bersempena Seminar Pemerkasaan Parti yang diadakan bermula pagi tadi bagi membincangkan serta menentukan hala tuju parti dalam mendepani cabaran masa depan.

Sewaktu pelancaran, Abdul Hadi sempat meneliti wajah baru laman web tersebut seta membaca isi kandungannya.

Laman web baru tersebut mula dirangka dua bulan yang lalu atas persetujuan Ahli Lembaga Pengarah Harakah setelah berlakunya pengasingan antara akhbar rasmi parti, Harakah dengan laman portal berita online, Harakahdaily.

Pengasingan ini dibuat bertujuan meringankan beban kerja kakitangan akhbar Harakah yang terpaksa menyediakan berita untuk akhbar dan laman web.

Dengan adanya kakitangan baru yang bertugas sepenuh masa untuk laman web, menjadikan laman web ini sentiasa dikemaskini dengan berita-berita terkini tentang Pakatan Rakyat khususnya PAS.

Wajah baru ini diharapkan dapat memuaskan hati semua pengunjung setia Harakahdaily yang sentiasa memberikan sokongan untuk Harakahdaily terus maju, setanding dengan laman portal berita yang lain.

Kakitangan Harakahdaily juga berharap agar pengunjung dan pembaca laman web ini terus memberikan kritikan membina dan sokongan kepada Harakahdaily dalam menyalurkan maklumat yang tepat kepada rakyat sesuai dengan slogannya, 'Tepat Dari Sumber'.

Seminar yang bermula jam 9.00 pagi tadi dihadiri lebih 1,000 peserta dari semua negeri.

Tiga ahli panel diundang untuk membentangkan kertas kerja iaitu pensyarah dan pakar perlembagaan, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari, pensyarah Universiti Malaya Dr. Abu Hasan Hasbullah dan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Terus bersama Pakatan Rakyat - Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 7 Nov : "Bukan setakat mahu menang tetapi yang penting adalah mengisi kemenangan itu." Demikian antara kata-kata azimat Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang sewaktu menyampaikan ucaptamanya di 'Seminar Memperkasa Parti', di Markaz Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar, dekat sini pagi tadi. Kata Abdul Hadi, PAS sama seperti gerakan dan perjuangan Islam yang lain, senantiasa diasak dengan pelbagai fitnah serta mendapat tentangan hebat daripada masyarakat yang jahil dan parti memerintah yang tidak adil selama ini. Oleh yang demikian katanya, menjadi tanggungjawab PAS untuk memperkasakan ahli-ahli dan mengatur startegi sebaik mungkin bagi menghadapi sebarang cabaran dan ujian yang mendatang sekaligus mengajak umat Islam menjadi penganut yang kuat dan golongan bukan Islam menjadi penyokong kepada perjuangan ini. "PAS merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah yang ditubuhkan sejak dari tahun 1951 dan pernah berhadapan dengan suasana yang lebih getir dalam lipatan sejarah perjuangannya. "Semuanya berjaya dihadapi dan terus menerus mematangkan organisasi parti sehinggalah PAS mencapai kedudukan yang ada pada masa kini," katanya di hadapan lebih 1,000 peserta yang memenuhi ruang dalam dan luar Dewan Fadzil Noor hari ini. Walaupun, berdepan dengan demokrasi yang tidak adil di negara ini, PAS terus sabar dan cekal menyertai pilihan raya yang diadakan dan natijahnya, kini telah berjaya menguasai jumlah kerusi Parlimen yang besar dan lima negeri bersama Pakatan Rakyat, kata Abdul Hadi. Sungguhpun begitu, kata Presiden PAS itu, sebarang pencapaian kejayaan dan kelemahan mestilah dikaji semula untuk memastikan parti tersu kukuh dan kuat di persada politi tanah harir seterusnya dapat mencapai kemenangan yang besar dalam pilihan raya akan datang. "Kita mestilah memerangi penyelewengan, rasuah tanpa korbankan dasar kita," katanya. Sementara itu, beliau terut mengulangi pendirian dan menyatakan bahawa hasil daripada 'Tahalul Siyasi' dan kerjasama bersama Pakatan Rakyat telah berjaya melumpuhkan ego kerajan Barisan Nasinonal (BN) yang begitu takbur sebelum ini "Kita akan berdiri teguh dan terus bersama Pakatan Rakyat," katanya yang mahu ianya seiring dengan tujuan menguatkan perjuangan Islam yang menjadi dasar parti itu selama ini. "KIta mesti menguatkan PAS yang perjuangkan Islam. "Kita juga sentiasa terbuka dengan semua pihak demi untuk Islam dan hanya dengan Islam sahaja boleh memberi kemenangan dunia dan akhirat," katanya Beliau memberikan ucapan utama yang bertajuk 'Memperkasakan Peranan PAS Dalam Pengukuhan Pakatan Rakyat Mendepani Pilihan raya ke-13' sebelum sesi perbahasan dengan dua ahli akademik, Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangasa (UIA) dan Dr Abu Hassan Hasbullah (Universiti Malaya). Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz dijadualkan menutup seminar sehari suntuk ini yang bermula kira-kira 9.30 pagi. Ketika ini, majlis berehat seketika dan akan di sambung pada sebelah petang dengan perbahasan wakil daripada setiap negeri sehingga jam 4.30 petang ini.

Nov 6, 2009

Dr Asri akan kemuka saman, kesal sikap PGSM

PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis kesal dengan keputusan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), untuk terus mempertahankan kandungan memorandum yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong berikutan penawaran jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kepadanya.

Malah beliau juga kecewa kerana Presiden PGSM, Mohamad Isa Abdul Ralip memungkiri janji untuk mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepadanya berhubung isu berkenaan.

Oleh itu Mohd Asri berkata, beliau akan tetap meneruskan pendiriannya sebelum ini untuk mengheret PGSM ke mahkamah kerana mendakwa kandungan memorandum berkenaan mengandungi unsur fitnah.

"Saya kini sedang menunggu nasihat guaman berhubung perkara ini.

"Barisan peguam sedang berbincang dan meneliti beberapa perkara, kita akan berusaha untuk memulakan proses ini secepat mungkin," katanya kepada mSatar Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pendirian terbaru PGSM hari ini yang enggan menarik balik tuduhan yang terkandung dalam memorandum berkenaan.

Malah tiada sebarang permohonan maaf secara terbuka berhubung isu tersebut dikemukakan kepada Mohd Asri.

Dalam pada itu Mohamad Isa mendakwa Mohd Asri telah memungkiri perjanjian supaya kandungan pertemuan tertutup antara mereka yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Muhammad Sheikh Abdul Aziz yang diadakan di ibu negara semalam tidak didedahkan kepada media.

Bagaimanapun Mohd Asri berkata, isu berkenaan sengaja dibangkitkan oleh Mohamad Isa kerana menurutnya tidak wujud sebarang perjanjian seumpama itu dalam pertemuan semalam.

"Tidak timbul soal mungkir janji kerana tidak ada (perjanjian), sebaliknya mereka yang diminta memaklumkan kepada media.

"Selain itu, yang mula bercakap kepada media ialah menteri," katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Mohd Asri yang juga pensyarah universiti Sains Malaysia (USM) berkata, beliau ada menerima beberapa panggilan daripada ahli PGSM yang menyatakan pendirian mereka terhadapnya.

"Ramai ahli-ahli PGSM menghubungi melahirkan kekesalan di atas tindakan pemimpin mereka.

"Saya minta supaya rakyat dapat menilai sikap mereka ini malah saya juga sedar bukan semua peguam syarie begitu kerana hanya beberapa kerat saja," katanya.

Kerajaan Tarik Balik Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah bersetuju supaya pengenalan Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan ditarik balik setelah mengambil kira pandangan rakyat dan selaras dengan konsep rakyat didahulukan.

Sejak langkah itu diumumkan, kerajaan telah menerima banyak aduan dari orang ramai yang rata-rata tidak bersetuju dengan langkah pemeriksaan mandatori tahunan ini, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

MITI, pada 28 Oktober, telah mengumumkan Dasar Automotif Nasional (NAP) termasuk Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan yang memperkenalkan pemeriksaan mandatori tahunan sebagai keperluan pembaharuan cukai jalan untuk kenderaan berusia 15 tahun dan ke atas. BERNAMA

Royalti: PAS cabar pusat rujuk perjanjian petroleum 1974

KUALA LUMPUR, 6 Nov: PAS mencabar Kerajaan Persekutuan merujuk isu royalti petroleum kepada bekas ketua hakin negara, Tun Salleh Abas yang terlibat secara langsung merangka draf Akta Penggunaan Petroleum 1974 sewaktu menjadi peguamcara negara dan Tengku Razaleigh Hamzah yang ketika itu merupakan menteri kewangan.

Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan turut meminta supaya permohonan kerajaan Terengganu melalui mahkamah yang telah difailkan sejak bertahun-tahun lalu segera dibuka dan perbicaraan yang adil dan telus dilaksanakan, berdasarkan kepada konsep pemisahan kuasa antara badan kehakiman dengan pihak berkuasa mengikut amalan negera-negara demokrasi yang sebenar.

Hadi yang juga ahli parlimen Marang berkata, pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memberikan wang ehsan kepada rakyat Kelantan bermula tahun depan telah menafikan kewujudan perjanjian petroleum antara negeri-negeri dengan Petronas yang ditandatangani oleh semua Menteri Besar.

Perjanjian ini juga telah dilaksanakan di negeri Terengganu dengan bayaran mengikut perjanjian royalti yang menjadi hak kerajaan negeri dan telah dibayar sejak dari tahun 1978 hingga Mac 2000.

"Hakikat wujudnya hasil royalti ini sebenarnya telah tercatat dalam penyata rasmi parlimen melalui jawapan rasmi menteri, ucapan Perdana Menteri sebelum ini dan ianya juga ditulis dalam bajet kerajaan negeri yang menerima royalti ini, termasuklah negeri Terengganu," katanya.

Bukti-bukti mengenai perjanjian ini juga katanya banyak tercatat secara bertulis dan boleh dibaca oleh rakyat.

Antaranya boleh dilihat dalam Penyata Rasmi Dewan Rakyat 19 Oktober 1993 dan 30 April 1997, Penyata Rasmi Dewan Negara 28 Julai 1999 dan lain-lain.

Dalam Penyata Rasmi Dewan Rakyat 19 Oktober 1993, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Datuk Wong See Wah) menyatakan : "..Sejak bulan Ogos 1975 sehingga bulan Februari 1993, PETRONAS telah membayar royalti sebanyak RM3.71 juta kepada Kerajaan Negeri Terengganu, RM1.49 ribu juta kepada Kerajaan Negeri Sabah dan RM2.79 ribu juta kepada Kerajaan Negeri Sarawak".

Sehubungan itu, pemngumuman pemberian wang ehsan oleh Najib ini telah membodohkan Perdana Menteri yang lalu,seolah-olah Perdana Menteri yang lalu telah mengambil tindakan yang salah dengan memberikan royalti minyak, bukan wang ihsan.

PAS juga yakin pembatalan royalti petroleum kepada kerajaan Terenggganu dilakukan atas sebab dendam politik Barisan Nasional setelah PAS memerintah Terengganu pada tahun 1999 serta desakan yang timbul dalam Perhimpunan Agung Umno.

Kini, rakyat negeri Kelantan pula yang menjadi mangsa dendam Umno BN

"Maka PAS beranggapan bahawa apa yang dilakukan kepada negeri Kelantan adalah berdasarkan alasan yang sama, iaitu tindakan politik balas dendam terhadap negeri Kelantan yang dipilih oleh rakyat secara sah melalui sistem demokrasi," katanya.

Saya bukan ajak tetapi suruh Asri masuk PAS - Harun Taib

KUALA TERENGGANU, 6 Nov: Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Ustaz Harun Taib yakin Dr. Asri akan menyertai PAS tidak berapa lama lagi. Namun beliau menegaskan,"Saya bukan ajak dia tetapi menyuruh dia masuk PAS."

Ustaz Harun yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu berkata demikian ketika ditemui laman web PAS Terengganu, Buletin Online di pejabatnya, di Taman Seri Intan, dekat sini, Khamis semalam.

Harun menemui Asri baru-baru ini dan gambar mereka berdua telah disiarkan Asri dalam blognya.

"Dia menjemput saya makan petang, minum petang di rumahnya,"kata Ustaz Harun memulakan cerita bagaimana beliau ke rumah Dr. Asri

"Memang dia jemput saya makan, melalui seorang kawan, saya pun pergi rumah dia, makanlah.

"seperti biasa saya berbual seperti zaman saya (mula) mengenal beliau, daripada sebelum dia masuk universiti, sampai keluar universiti,"terang Ustaz Harun.

Menurutnya, sejak Dr. Asri tamat pengajian di sebuah Universiti di Jordan, beliau belum bertemu dengan Dr. Asri, sehinggalah pada hari itu.

Image

(Gambar:Ustaz Harun bertemu Dr Asri di rumah Asri semasa pilihan raya kecil Permatang Pasir)

Ia berlaku sewaktu siri kempen Pilihan raya Kecil DUN Permatang Pasir di Pulau Pinang.

Katanya, rumah Dr. Asri berhampiran dengan kawasan Pilihan raya, dan sebab itu mungkin Dr. Asri menjemput beliau.

"Saya berbual ringkas, saya kata kepada dia, tidak sudah dengan duduk seorang (diri) maka lebih baik 'join' PAS,"kata Ustaz Harun sambil membaca hadis yang bermaksud (Wajib bagi seseorang kamu menyertai Jamaah Muslimin dan Kepimpinannya).

Katanya, Dr.Asri tidak menolak, cuma katanya beliau 'tunggu' dan berkata secara berseloroh, orang PAS sudah ramai.

"Saya belum terima jawapannya lagi,"jelas Ustaz Harun yang berkata beliau bukan mengajak, tetapi menyuruh Dr. Asri menyertai PAS.

"Saya bukan ajak, saya suruh dia menyertai PAS, ajak (bermakna) lain, kena duduk dalam PAS lah... saya kata,"tegas Ustaz Harun bila ditanya, adakah benar-benar beliau mengajak Asri menyertai PAS._

Nov 5, 2009

KERETA LAMA DAN MASA DEPAN

Industri automotif memang sedang berkembang pesat di negara kita sekarang ini, ditambah lagi dengan kereta-kereta import dari Jepun dan Barat. Bandar-bandar yang dulunya lenggang kini sudah mengalami kesesakan, adakalanya membosankan khasnya di musim-musim perayaan dan cuti sekolah.

2. Sebelum membentangkan belanjawan pada bulan Oktober baru-baru ini, kereta lama yang berusia lebih 20 tahun sudah pun di "blacklist" di mana amat sukar bagi pemiliknya memperbaharui cukai jalan, terpaksa mengambil insuran lain untuk pemandu dan penumpang (PA) mengakibatkan seseorang yang memilikinya terpaksa membelanjakan RM 400.00 untuk memperbaharui cukai jalan bagi tempoh setahun.

3. Selepas belanjawan 2010, kereta lama berusia 15 tahun pula bakal menjadi sasaran. Walaupun buat masa ini kerajaan menangguhkan pelaksanaannya akibat bantahan dari pelbagai pihak, namun cadangan itu akhirnya akan terlaksana juga seperti kereta yang berusia lebih 20 tahun.

4. Kereta lama yang berusia 15 tahun ke atas akan diwajibkan menjalani pemeriksaan di Puspakom dengan bayaran RM 50.00 setiap tahun bagi memperbaharui cukai jalan. Kebanyakan kereta lama, kecuali kereta antik, dipunyai oleh masyarakat luar bandar untuk memudahkan mereka bergerak, seperti menghantar anak ke sekolah, hospital, memasarkan barang-barang pertanian/ perusahaan mereka dan lain-lain. Cadangan kerajaan melaksanakan pemeriksaan kereta lama di Puspakom itu akan meningkatkan perbelanjaan pemiliknya, yang mana belanja baik-pulih juga agak tinggi setiap bulan. Akhirnya masyarakat marhaen seperti inilah yang menjadi mangsa di atas dasar baru automotif itu. Orang-orang politik dan orang-orang kaya tidak menyimpan kereta lama, sebaliknya mereka menyimpan kereta antik bagi yang berminat. Dan bagi mereka wang bukan masalah utama.

5. Soalnya di manakah slogan rakyat didahulukan dalam dasar automotif negara yang baru diumumkan itu? Apakah benar rakyat didahulukan dalam 1 Malaysia, atau hanya sekadar gimik politik sahaja? Di manakah rakyat marhaen yang tidak punya slip gaji itu meminjam wang untuk menukarnya dengan kereta baru dan mendapatkan rebet RM5000 yang ditawarkan oleh proton dan perodua itu? Apakah mereka mampu untuk membayar ansuran bulanan jika ada pihak yang setuju memberikan pinjaman kenderaan kepada mereka?

6. Satu hal lagi, mewajibkan pemeriksaan Puspakom itu dijangka akan meningkatkan amalan rasuah di agensi kerajaan itu. Selama ini pun, kalau pemilik kenderaan itu sendiri yang berurusan akan terpaksa berulang alik beberapa kali untuk mendapatkan kelulusan Puspakom. Namun jika mereka mengupah seorang 'runner' umpamanya, hanya dengan satu kali pemeriksaan, semuanya selesai. Namun untuk mendapatkan rebet RM5000 seorang pemilik kereta lama harus membayar RM500 kepada seorang 'runner'. Ke manakah wang itu pergi, kerana jika pemilik sendiri yang berurusan perbelanjaannya hanya RM50 sahaja? Namun oleh kerana terlalu rumit dan sukar, pemilik kereta lama yang ingin menukar dengan kereta baru lebih rela mengupah runner dari berurusan dengan Puspakom sendiri. Di manakah silapnya dasar ini? Siapakah sebenarnya yang mengaut untung dalam pelaksanaan sistem ini, pada masa ini dan di waktu-waktu mendatang? Apakah golongan marhaen yang sering ditipu dengan berbagai dasar baru kerajaan, akan tertipu lagi, atau inikah masanya untuk beralih arah? Fikir-fikirkanlah rakyat marhaen yang lemah ekonomi, dan lemah pula mental kalian. Masihkan tuan-puan ingin menyokong BN atau beralih menyokong PR yang menjanjikan dasar yang lebih adil dan saksama?

AlKundangi,

Wang ehsan: Kelantan cadang perjanjian carigali dibatal!

KOTA BHARU, 5 Nov: Kerajaan negeri akan melantik peguam bagi membuat kajian mungkin membatal hak carigali kepada Petronas yang ditandatangani pada 1975 sekiranya tuntutan royalti minyak tidak dipatuhi kerajaan pusat.

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, penal peguam terbabit akan membuat kajian terperinci berhubung tindakan yang perlu diambil berikutan royalti ditukar kepada wang ehsan.

Selain itu, kerajaan negeri juga mungkin mengambil tindakan mahkamah di luar negara termasuk perintah injunksi menghentikan pengeluaran di kawasan pembangunan bersama Malaysia-Thailand (JDA) kawasan pengurusan komersial Malaysia-Vietnam (CAA).

�Ini kerana CAA dan JDA adalah entiti yang melibatkan antarabangsa dan operator mereka juga ialah syarikat yang berdaftar di luar negara,� ujarnya selepas mesyuarat Exco Rabu lalu.

Di persidangan parlimen hari yang sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberitahu wang ehsan akan diberi kepada rakyat Kelantan dan bukan royalti sebagaimana dituntut kerajaan negeri.

Husam berkata, kemungkinan juga kerajaan negeri akan mendapat perintah injuksi pengeluaran sementara kepada operator pengeluaran sama ada di CAA dan JDA di mahkamah di luar Malaysia.

Bagaimanapun ia tertakluk kepada persetujuan panel guaman yang bakal dilantik nanti.

Bagaimanapun kata beliau usaha perbincangan dengan kerajaan pusat tetap diteruskan dari semasa ke semasa bagi mendapatkan hak royalti.

Katanya juga pembayaran royalti kepada Terengganu, Sabah dan Sarawak dibuat walaupun pelantar cari gali berada di luar tiga batu nautika.

�Persoalannya sekarang, kenapa Sabah, Sarawak dan Terengganu dibayar royalti sedangkan kedudukannya lebih daripada tiga batu nautika berbanding Kelantan hanya tiga batu nautika,� ujarnya.

Pada masa yang sama Husam turut melahirkan bimbangan jika kerajaan pusat tidak menyalurkan wang berkenaan kepada kerajaan negeri sebaliknya melalui agensinya.

Beliau yakin pembangunan tidak akan dapat dinikmati dengan baik rakyat di negeri ini seperti yang berlaku di Terengganu, biar pun negeri itu sudah 20 tahun mendapat royalti minyak.

�Ini kerana negeri itu masih tersenarai antara negeri yang mempunyai bilangan penduduk miskin ramai di negara ini,� ujarnya.

Tuntutan royalti sebanyak RM1 bilion yang dibuat kerajaan Kelantan sebelum ini berdasar laporan Jabatan Statistik yang mendedahkan negeri ini tersenarai sebagai negeri pengeluar minyak.

Isytihar cuti, pakej umrah bukti kerajaan PAS serius bangunkan sukan

KOTA BHARU, 5 Nov: Dakwaan kononnya kerajaan PAS Kelantan tidak membangunkan bidang sukan kini semakin jelas tersasar apabila pelbagai tawaran disediakan kepada pasukan 'Red Warriors' setelah berjaya melangkah ke pertandingan akhir Piala Malaysia.

Tawaran mengerjakan umrah dan pengumuman cuti peristiwa pada Ahad ini secara jelas menggambarkan kesungguhan kerajaan negeri di bawah kepimpinan ulama memartabatkan sukan.

Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Yunus berkata, buat pertama kalinya dalam sejarah Kelantan pengisytiharan cuti umum dibuat setelah mengambil kira kejayaan pasukan bola sepak di negeri ini.

"Pemberian cuti peristiwa dibuat setelah mengambil kira minat tinggi rakyat Kelantan dalam sukan bola sepak dan pencapaian pasukan 'Red Warriors'.

"Kerajaan mengambil kira aspek keselamatan penonton yang dijangka melebihi 50,000 orang hadir menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia di Bukit Jalil Sabtu ini," ujar beliau di sini.

Pada perlawanan akhir tersebut Kelantan akan bertemu dengan Negeri Sembilan.

Kelantan buat pertama kali dalam sejarah melangkah ke pusingan akhir selepas membelasah Perlis dengan agregat 5-1 pada perlawanan separuh akhir.

"Kita sedar bolasepak ialah satu cara menyatukan seluruh penduduk tanpa mengira idealogi politik,"katanya.

Perlawanan separuh akhir pertama menentang Perlis di Stadium Sultan Muhammad ke-IV baru-baru ini turut mendapat sokongan padu Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau juga menyampaikan cek kepada Persatuan Bolasepak Amatur Kelantan (Kafa) sebanyak RM5,000 sebagai insentif awal kepada pemain.

Biar pun kerjasama diberi kerajaan negeri, namun dalam banyak hal Kelantan diketepikan kerajaan pusat bagi membangunkan sukan di negeri ini.

Antaranya Menteri Besar tidak dilantik sebagai Pengerusi Majlis Sukan Negeri seperti di negeri-negeri lain.

Selain itu peruntukan bagi membaiki trek lumba lari di Stadium Sultan Mohammed Ke IV juga tidak mendapat kerjasama kerajaan pusat.

Dalam perkembangan lain, rakyat Kelantan yang tidak berpeluang untuk menyaksikan aksi pasukan Red Warriors di Bukit Jalil Sabtu ini masih ada peluang mengikutinya di Dataran Stadium Sultan Mohammad Ke IV.

Beberapa skrin besar akan disediakan di lokasi berkenaan untuk peminat bolasepak yang tidak berkesempatan ke Bukit Jalil.

Anggota Exco, Abdul Fattah Mahmood berkata, peminat bolasepak boleh memberi sokongan kepada pasukan Kelantan dengan hadir menyaksikan perlawanan tersebut.

"Mereka boleh juga memakai jersi atau baju warna merah sebagai tanda sokongan kepada Red Warriors dari jauh," ujar beliau di sini.

Beliau juga berharap peminat yang berkumpul di Dataran Stadium nanti tidak menimbulkan sebarang gangguan sehingga boleh menghalang lalu lintas.

"Saya juga berharap peminat bola sepak Kelantan yang akan ke Stadium Nasional di Bukit Jalil menjaga budaya tempatan yang terkenal dengan berbudi bahasa dan bersopan santun.

"Janganlah kita menjadi terlalu ghairah dan hendaklah sentiasa sabar di sepanjang menyaksikan perlawanan itu. Ini kerana kalah dan menang sudah menjadi adat pertandingan," katanya. _

Kedudukan MB Perak, mahkamah tangguh keputusan

|PUTRAJAYA, 5 Nov: Rayuan Datuk Seri Nizar Jamaluddin dalam menentukan kedudukan Menteri Besar Perak yang sah hari ini sedang didengarkan di hadapan lima panel hakim.

6.10: Mahkamah ditangguhkan dan keputusan akan diberikan dalam satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

3.55 petang: Peguam pencelah yang juga Peguam Negara, Ghani Patail memulai penghujahan sebelah petang selepas peguam Ds. Nizar, Hj. Sulaiman Abdullah menghabiskan penghujahannya.

3.45 petang: Mahkamah kembali bersidang selepas berhenti rehat sehingga jam 3,30 petang tadi. Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Nizar masih berada dalam mahkamah untuk terus mengikuti sesi yang sedang berlangsung.

3.00 petang: Sementara itu, Adun Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim yang turut berada dalam kamar mahkamah melaporkan sesuatu yang janggal dalam kes kali ini.

Menurutnya, kes pembicaraan MB Perak di Mahkamah Rayuan pada Mei lepas di tempat yang sama dengan Mahkamah Persekutuan hari ini, Keduanya di Istana Keadilan cuma tingkat satu dan dua sahaja. Pada dasarnya kehadiran ramai wartawan dan penyokong Pakatan Rakyat tidak dapat dinafikan pada kedua-dua pembicaraan itu.

"Namun pada hari ini yang tidak kelihatan ialah ADUN-ADUN BN, seorangpun tidak hadir. Seingat saya pada 22 Mei semasa mahkamah ingin memutuskan Zambry sebagai MB Perak saya melihat ada ADUN dari BN yang hadir disamping mereka yang kalah dalam pilihanraya yang lepas. Antaranya ADUN Manjoi dan ADUN Sungai Rapat.

"Hari ini seorangpun dari mereka tidak kelihatan. Cuma pada sesi pagi yang jelas mewakili Umno hanyalah Hamdan Taha dan kawan-kawannya yang datang. Mereka tidak ada apa-apa jawatan dalam Umno cuma yang pasti ada kepentingan,"jelasnya melalui catatan blog peribadinya.

Tambahnya,"keadaan ini menimbulkan banyak persoalan, adakah mereka sudah tahu keputusan awal sehingga seorangpun tidak kelihatan didalam kamar bicara. Yang jelas panel peguam sahaja yang mewakili Zambry termasuklah peguam pencelah, Ghani Phatail.

"Ramai yang bertanyakan kepada saya kenapakah ini berlaku, dan saya pun tidak dapat memberi jawapan yang pasti,"katanya.

12.45 tgh:Dalam pada itu, Nizar sewaktu ditemui menjelaskan, lima hakim yang ditetapkan tidak menggambarkan 1 Malaysia.

Katanya, jika kes dadah boleh didengar oleh lima hakim tentunya kes ini memerlukan hakim lebih besar kerana ia membawa kesan lebih besar.

"Sepatutnya ada hakim dari Borneo juga,"katanya semasa ditemui pada sesi rehat sebentar tadi.

Beliau berharap inilah peluang keemasan untuk membuat keputusan yang memulihkan sistem kehakiman negara.

12.00 tengahari: ImageSementara itu, menurut Hanifa Maidin yang hadir hari ini, permohonan untuk mendapatkan 11 hakim adalah untuk memastikan tiada unsur 'bias', para hakim membuat keputusan yang tepat dan tidak wujud unsur-unsur yang memihak apabila membuat keputusan.

Beliau juga melahirkan kebimbangan kerana lima panel hakim yang dilantik kini adalah hakim-hakim yang pernah mendengar kes terdahulu dan dibimbangi akan mempengaruhi kes tersebut.

Sementara itu, ditanya mengenai hujah yang dikemukakan oleh pihak Nizar, beliau mengulas bahawa antara yang ditegaskan oleh barisan peguam yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah adalah;telah termaktub dalam undang-undang bahawa Tuanku Sultan Perak tiada hak dan kuasa dalam memecat Menteri Besar dan juga jika ingin memecat maka mesti ada undi tidak percaya dalam dewan.

Tambahnya, berkemungkinan keputusan tidak akan diketahui hari ini, tetapi diharapkan Nizar akan menang bersandarkan kepada hujah-hujah yang dikemukakan.

Mahkamah ketika ini berhenti rehat.

Berita sebelum ini

10.15 pagi: ImageKetika ini, panel lima hakim sedang mendengar rayuan tersebut. Sebelum ini, Nizar memohon supaya panel 11 hakim mendengar kes rayuan tersebut tetapi telah ditolak oleh mahkamah.

Panel hakim tersebut diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Alauddin Mohd Sheriff. Empat lagi hakim ialah Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Nizar diwakili oleh sepasukan peguam yang diketuai oleh peguam kanan Sulaiman Abdullah, manakala peguam kanan Cecil Abraham mewakili menteri besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

9.00 pagi:Para wartawan dan orang ramai sudah tiba di kompleks mahkamah Putrajaya seawal jam 7 pagi, bagi mengikuti prosiding rayuan tersebut.

Kawalan keselamatan juga ketat di mana anggota polis dan anggota keselamatan mewajibkan mereka yang ingin masuk ke dewan mahkamah, mendapatkan pas khas

Jangan terperangkap! serang 'sahabat satu jemaah' lebih hebat dari serang musuh

KUALA LUMPUR, 5 Nov: Seluruh petugas PAS diingatkan jangan terperangkap dengan 'agenda musuh' sehingga mencetuskan polimik sesama sendiri dan lupa fokus paling utama untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sama ada sedar mahupun tidak, PAS katanya sedikit demi sedikit telah masuk ke perangkap musuh apabila menyerang 'sahabat dalam satu jemaah' lebih hebat dari menyerang musuh sebenar.

Selain merugikan jemaah, membuang masa, tenaga dan wang ringgit, tindakan itu juga seperti menghulurkan peluru kepada musuh untuk menyerang PAS itu sendiri.

"Jangan masuk perangkap musuh yang sengaja menimbulkan perpecahan di kalangan kita. Di mana ukhuwah jamaah, sehingga kita menyerang sahabat dalam satu jamaah lebih hebat dari kita meyerang 'musuh' kita sebenar.

Image "Apakah sudah hilang ukhuwah jamaah, sudah hilang rasa sayang pada saudara sesama jamaah, sehingga kita sanggup memberikan peluru kepada musuh untuk menyerang sahabat kita," tulis dalam blognya http://tuanibrahim.blogspot.com.

Beliau yang juga pengerusi Lembaga Disiplin PAS berkata, Petugas PAS perlu sedar bahawa Umno sudah menukar strategi mereka setelah melihat sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat semakin meningkat sejak PRU ke-12 dan tujuh pilihanraya kecil berikutnya.

Umno kini katanya menggunakan strategi menimbulkan pergolakan dalaman parti parti dalam PR sehingga timbul pelbagai pandangan dalaman yang berbeza yang mampu menggawatkan parti masing masing.

Strategi itu katanya dilihat berjaya apabila disokong sepenuhnya media arus perdana dan media baru yang mengalihkan perhatian masyarakat dengan menumpukan kepada krisis dalaman PR.

"Kaedah mengalih perhatian diguna sepenuhnya oleh media perdana dan media baru sehingga kini dilihat berjaya.

"Pengalihan pandangan dan pemerhatian ini menyebabkan seluruh pemerhatian tertumpu kepada soal krisis yang diciptakan menyebabkan terlalu banyak masa, tenaga dan fikiran tertumpu kepada perkara yang tidak sepatutnya dihabiskan," tulisnya lagi.

Namun katanya, keadaan masih belum terlewat untuk petugas PAS kembali kepada fokus sebenar iaitu merancang straregi menang PRU ke-13.

"Jangan kita terperangkap dengan agenda musuh agar kita menghabiskan masa kepada perkara yang bukan menjadi tugas kita.

"Dengan kata lain jangan anda habis masa, tenaga dan wang ringgit memikirkan masalah yang sebenarnya bukan masalah," tegasnya.

Keadaan yang berlaku pada PAS kini turut dianalogikan dengan kisah 'enam pelabur' bercadang menternak kambing.

Biarpun projek mereka belum berjalan namun masing-masing sudah bergaduh memikirkan pembahagian keuntungan.

Sehingga salah seorang dari mereka dilaporkan berkata:

"Kita nak bahagi keuntungan, tapi di mana kambingnya. Kambing pun tak ada lagi, dah bincang untung rugi". ceritanya dipetik.

"Barulah mereka sedar rupanya mereka bincang perkara yang tak ada. Menghabiskan masa, tenaga dan memeningkan kepala saja," katanya. _

Nov 4, 2009

Fahaman Wahabi

'Fahaman Wahabi Berasaskan Pemikiran Ibnu Taimiyyah' Oleh: Ghafani Awang Teh (JAKIM) Gerakan Wahabi diasaskan oleh Imam Muhammad bin Abdul Wahhab At-Tamimi (1703 – 1791 M) lahir di Uyaynah utara Riyadh di daerah Nejad Arab Saudi. Bapanya adalah seorang qadhi di Nejad yang berpegang kepada akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah. Selain berguru dengan bapanya beliau juga berguru dengan ulama-ulama Ahlu Sunnah Wal-Jamaah di Mekah dan Madinah. Gurunya yang terkenal di Madinah ialah Syeikh Muhammad Hayat yang menulis kitab Al-Hashiyah ‘Ala Sahih al-Bukhari. Imam Muhammad bin Abdul Wahhab merupakan seorang ulama’ yang banyak dipengaruhi Mazhab Hanbali tetapi pegangan tauhidnya berasaskan fikrah Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim yang juga bermazhab Hanbali. Beliau tertarik dengan pemikiran dua pemikir dan cuba menghidupkan kemabli konsep pemikiran Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim. Ibnu Taimiyyah ( 1263 – 1328 M) adalah seorang pemikir besar umat Islam. Pemikiran Ibnu Taimiyyah menimbulkan bantahan beberapa ulama berfahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang sedang menguasai pemikiran akidah pada masa itu sehingga ia di penjara, dilarang menulis dalam penjara dan akhirnya meninggal dunia dalam penjara di Damshik Syiria. Ibnu Qayyim (1292 – 1350 M) adalah juga murid kepada Ibnmu Taimiyyah. Secara umumnya Syeikh Mohammad bin Abdul Wahab muncul ketika pengaruh Mazhab Hanbali sedang merosot dan umat Islam pada masa itu banyak melakukan pencemaran akidah seperti khurafat, bid’ah dan wakil gabenor Turki pula terlibat dengan rasuah. Beliau telah melancarkan reformasi dan pembaharuan di semenanjung Arab dalam usaha membersihkan mengembalikan umat Islam kepada ajaran sebenar al-Quran dan Hadis Sahih Rasulullah s.a.w. Usahanya mendapat sokongan beberapa pemimpin kabilah Arab di Nejad. Berasaskan gerakan reformasi inilah maka ia beruasaha menghapuskan rasuah, segala macam bid’ah, khurafat dan pelbagai perbuatan yang membawa kepada syirik. Penegak-penegak fahaman Wahabi ini juga menamakan fahaman mereka sebagai kumpulan Salafi iaitu kumpulan yang tidak terikat dengan mana-mana mazhab seperti mana yang berlaku di zaman Rasulullah dan kepimpinan sahabat-sahabat selepasnya. Bagaimana pun terdapat juga penganalisis politik Arab bahawa gerakan Wahabi ini lahir sebagai usaha untuk membebaskan bangsa Arab dari pemerintahan Kerajaan Uthmaniah Turki yang menguasai negara Arab pada masa itu. Muhammad bin Saud (pengasas pemerintah Kerajaan Arab Saudi sekarang) telah memimpin kabilah Arab dan mendapat sokongan British berjaya memerintah Arab Saudi. Muhammad bin Saud dan pengasas fahaman Wahabi itu telah bersatu dalam usaha mengukuhkan kepentingan masing-masing dan usaha mereka berjaya. Kerajaan Uthmaniah Turki gagal mengawal kebangkitan Muhammad bin Saud dan perkembangan gerakan Wahabi kerana sibuk memnperkukuhkan penyebaran Islam di Eropah. Menurut sumber sejarah ulama Mekah dan Madinah pada awalnya menentang fahaman Wahabi di mana berlaku isu kafir mengkafir yang hebat di antara ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah dengan ulama Wahabi. Bagaimana pun gerakan Wahabi berjaya menawan dua tempat suci itu maka bermulalah fahaman itu bertapak kukuh. Pada prinsipnya fahaman Wahabi ini membuat terjemahan serta tafsiran al-Quran dan hadis sebulat-bulatnya mengikut fahaman pemimpin mereka serta ditegaskan dengan pendirian keras pergerakan itu. Mereka juga dikatakan menolak fahaman 4 Mazhab utama serta pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Menurut K.H Sirajudin Abbas seorang ulama besar Indonesia dalam buku 40 Soal-Jawab Agama menyatakan konsep moden fahaman Wahabi antaranya adalah seperti berikut: . Dalam mempelajari ilmu Usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan oleh Ibnu Taimiyyah. . Di dalam amalan fiqh pula tidak berpegang kepada mana-mana mazhab malah boleh menampal antara satu sama lain (Talfiq). . Berpegang kepada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada Ijmak dan Qias. . Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul (perantaraan). . Melarang ziarah kubur walaupun maqam Rasulullah s.a.w. Kerajaan Arab Saudi membenarkan Jemaah Haji dan Umrah menziarah Maqam Rasulullah itu adalah atas dasar menziarahi Masjid Nabawi. . Menghancurkan tugu-tugu peringatan kerana semua itu menjadikan umat Islam syirik. . Melarang membaca qasidah dan berzanji yang memuji Rasulullah s.a.w. tahlil dan seumpamanya. . Melarang umat Islam mengadakan sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti Maulid Nabi, Isra’ Mikraj dan lain-lain. Melarang umat Islam belajar sifat 20 dan seumpamanya. . Fahaman Asa’ari iaitu fahaman Ahlu Sunnah Wal-Jamaah dibuang jauh-jauh. . Imam dilarang membaca Bismillah pada permulaan Fatihah. . Tidak boleh membaca wirid-wirid yang memuji Rasulullah. . Tidak boleh melagu-lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan tetapi boleh baca dengan lurus sahaja. . Menghadakan majlis zikir secara berjemaah dilarang. . Amalan tariqah dilarang sama sekali. . Amalan berwirid selepas solat berjemaah dilarang keras. Fahaman Wahabi menjadi pegangan Kerajaan Arab Saudi yang menguasai Masjidil Haram Mekah dam Masjid Nabawi Madinah. Berdasarkan penguasaan dua tempat suci ini maka fahaman Wahabi terus bertapak kukuh. Malah Kerajaan Arab Saudi menjadi negara Islam paling banyak menyumbangkan dana-dana untuk perkembangan dakwah dan syiar Islam di seluruh dunia. Di negara kita Kerajaan Perlis Indera Kayangan satu-satunya negeri yang tidak berpegang kepada mana-mana mazhab. Mereka mendakwa berpegang kepada al-Quran dan hadis sahih sepenuhnya seperti mana yang diamalkan di Arab Saudi. Terdapat kalangan pelajar Malaysia yang belajar di Arab Saudi dan mahir dalam selok belok hukum tertarik dengan fahaman Wahabi dan mengembangkannya di Malaysia. Penerapan fahaman Wahabi di kalangan umat Islam di negara ini yang sejak berkurun lama berakar umbi dengan Akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah telah menimbulkan salah faham di kalangan umat Islam. Manakala bagi orang awam yang kurang mahir dalam selok belok mazhab maka lebih baik bertaqlid dengan pegangan mazhab sedia ada. Hakikatnya fahaman Wahabi tidak membawa pemikiran baru tentang akidah. Mereka hanya mengamalkan apa yang telah dikemukakan oleh Ibnu Taimiyyah dalam bentuk yang lebih keras berbanding apa yang diamalkan oleh Ibnu Taimiyyah sendiri. Perkembangan fahaman Wahabi dan penerapan mazhab lain dalam masyarakat Islam di negara ini tidak dapat dielakan kerana kesan pengglobalan ilmu di dunia hari ini. Malah dalam penghayatan muamalah dan sisitem perbankan Islam di negara ini dan di dunia sekarang banyak menggunakan kaedah yang terdapat dalam Mazhab Hanafi. Kesimpulannya dari segi tauhid fahaman Wahabi bukan ajaran baru dan juga tidak termasuk antara 73 cabang ajaran sesat seperti mana yang dijelaskan ulama berdasarkan huraian hadis penjelasan 73 ajaran sesat itu. Tarikh : 23 Disember 2006 Sumber : Pengarah Bahagian ILIM Editor : PRO JAKIM Hits : 12078 sumbar:/isuhangat.blgspt

700 anak luar nikah di Kelantan Labels: isu hangat

Tahniah kepada skuad bola Kelantan yang masuk ke akhir. Tahniah juga kepada penyokongnya cuma jangan terlalu fanatik sangat. Biasalah, kalau sebut Kelantan jer ramai juga yang bersifat pesimis dan suka kalau ada isu hangat negatif negeri Kelantan. KOTA BHARU 26 Okt. - Seramai 700 anak luar nikah atau tidak sah taraf didaftarkan di Kelantan dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar. Beliau berkata, keadaan tersebut membimbangkan dan kerajaan negeri telah mengambil langkah sewajarnya bagi mengatasi masalah tersebut kerana pihaknya percaya masih ramai lagi anak luar nikah yang tidak didaftarkan. Beliau berkata, kerajaan negeri melalui seminar, forum dan ceramah sentiasa menekankan kepada ibu bapa dan keluarga kepentingan pendidikan anak-anak dan bahaya gejala sosial di sekeliling mereka. ''Menerusi kursus bina insan dan kecemerlangan solat yang dianjurkan, kerajaan berharap para remaja dapat menjaga maruah diri masing-masing. ''Pengaruh dari kawan, cakera padat video (VCD) lucah, media amat kuat lebih-lebih lagi capaian kepada Internet yang semakin mudah menyebabkan kita sukar menyekat perkara yang tidak elok sampai kepada remaja. ''Namun demikian kita sentiasa berusaha dan bekerjasama dengan NGO dan agensi kerajaan untuk mengatasi masalah ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Wan Ubaidah berkata, berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan masalah anak luar nikah di negeri ini adalah yang terendah berbanding negeri lain tetapi kerajaan negeri tetap memandang serius dan merancang untuk membina sebuah pusat pelindungan sementara bagi golongan terbabit. Jika dibaca perenggan yang saya boldkan di atas, walau pun seramai 700 orang anak luar nikah di Kelantan tetapi masih yang terendah dari negeri-negeri lain. Berapa agaknya statistik anak luar nikah di Johor, KL dan sebagainya agaknya. Takutnya... dunia sudah akhir zaman.

Dr.MAZA dan DSAI Insan Yang Difitnah

Sebelum saya panjang lebar menulis mengenai dua tokoh anak muda Malaysia pada hari ini, janganlah kita lupa perbicaraan kes fitnah liwat DSAI pada 23 November 2009 nanti. Dapatlah kita turun beramai - ramai untuk memberi sokongan padu kepada beliau.
Hari ini, fitnah yang paling dahsyat telah berlaku sekali lagi pada tahun ini. Kedua - duanya melibatkan tokoh yang telah memberi inspirasi kepada anak muda Malaysia. Ya mungkin mereka ini tidak sama dalam arus perjuangan. Ada yang berjuang kearah pemutihan Islam. Ada yang berjuang kebebasan kepada rakyat Malaysia walaupun dikeji oleh teman - teman sendiri.
Tapi bagi saya dan mungkin juga anak Malaysia menganggap kedua - dua mereka ini sama saja kerana kedua - duanya menyeru kearah pembaharuan. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menyeru kearah TAJDID. Dato Seri Anwar Ibrahim menyeru kearah REFORMASI. Tapi kedua - dua mereka ini juga dikecam oleh masyarakat sekeliling yang buta kepada indahnya gerakan pembaharuan. Mereka dikecam kerana gerakan yang mereka bawa ini menyebabkan mereka yang tergolong sebagai benda busuk dalam masyarakat akan kehilangan pengaruh dalam masyarakat.
DSAI telah dihina sekali lagi pada penghujung tahun 2009. Fitnah yang paling jijik pada tahun 1998 diulang kembali. Tujuannya hanyalah satu. Supaya DSAI tidak mara kedepan lagi. Kemaraan insan yang bernama Anwar Ibrahim harus dihentikan. Baik cara baik mahupun jahat. Buat masa sekarang cara jahat yang kita nampak. Fitnah yang tidak masuk akal. Liwat yang melibatkan seorang yang sudah berumur dan anak muda yang masih kuat tenaganya. Jika benar Saiful dipaksa, sudah tentu cukup dengan satu penumbuk di muka DSAI sudah mampu menumbangkan DSAI dan sekali gus membiarkan Anwar Ibrahim pengsan dan berlumuran darah. Namun? Wayang...semuanya wayang.
Dr.MAZA, antara individu yang terbaru kerana fitnah maha dahsyat ini. Terbaru tuduhan yang paling jijik oleh pegawai JAKIM yang bernama Zamihan Mat Zain kononnya kelulusan Dr.MAZA adalah palsu walhal terang - terang bukti yang diberikan oleh Dr.MAZA baru - baru ini menunjukkan memang benar Dr.MAZA mempunyai dua kelulusan sekali gus.
Jika bukti yang diberikan ini jelas, sudah pasti pertuduhan ini dapat ditepis dengan tenangnya. Namun masih ada yang percaya kepada Ustaz Zamihan Al-Ghari yang giat mengajar di masjid - masjid sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Jika orang seperti ini terbukti menipu bagaimana pula ilmu yang diajar kepada masyarakat? Tepuk dada tanya selera.
Jangan kita terpengaruh dengan nama - nama arab dibelakang kononnya mereka ini tawaduk dan alim