Jul 31, 2009

PAS jamin himpunan secara aman - Salahuddin Ayub

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Hrkh) - Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tidak pernah mencabar mana-mana pihak bagi mewujudkan ketegangan dalam demonstrasi menentang Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) esok, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

"Saya hendak mengulas kenyataan polis semalam bahawa dua kumpulan saling cabar-mencabar. Saya tidak tahu (perkara itu).

"Saya rasa, sepanjang sidang media, ceramah atau sebarang sebaran yang kita keluarkan atas nama GMI, kami tidak pernah menggunakan kata-kata yang mencabar mana-mana pihak.

"Jadi tidak timbul masalah mengatakan kedua-dua pihak ini saling cabar-mencabar," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara hari ini, dipetik dari Malaysiakini.

Turut hadir dalam sidang media itu, Ketua Muslimat PAS Nuridah Salleh dan Setiausaha Pemuda PAS Kamaruzaman Mohamad.

Sambil menayangkan laporan Berita Harian hari ini yang berjudul 'Dua kumpulan saling mencabar', Salahuddin berkata, berdasarkan rekod terdahulu, pakatan pembangkang mempunyai pengamalam menganjurkan perhimpunan aman. Image

Tambahnya, ia terbukti dalam perhimpunan menuntut pilihanraya bersih pada November 2007 dan perhimpunan menuntut pemansuhan dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), Mac lalu.

Salahuddin mengulas kebimbangan polis terhadap kemungkinan berlaku ketegangan dalam demonstrasi esok akibat provokasi daripada dua kumpulan berbeza � GMI dan kumpulan penyokong akta itu Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris).

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini dilaporkan berkata, berdasarkan pemerhatiannya, sudah wujud unsur hasutan dan provokasi di antara kedua-dua kumpulan terbabit.

Sebagai pemimpin kanan PAS, Salahuddin juga menjamin perhimpunan esok akan berlangsung secara aman kerana ia telah dirancang sejak setahun lalu.

"Saya sebagai chief commander ingin perjelaskan bahawa himpunan esok akan diadakan secara aman. Notis ini telah kita berikan kepada rakyat Malaysia enam bulan lalu. Image

"Kalau ada pihak kata kita sengaja cari sebab bertembung dengan kumpulan satu lagi (Pewaris dan pro-ISA), saya ingin katakan, kita merancang program ini setahun lalu," katanya.

Pemimpin atasan Pakatan Rakyat, termasuk penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang akan menyerahkan "deklarasi rakyat" kepada pihak Istana Negara.

Perarakan ribuan penyokong pembangkang dan 83 NGO bersama Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), yang menganjurkan perhimpunan itu, bergerak mulai jam 2 petang dan dijangka sampai sejam kemudian di Lebuh Raya Mahameru.

Sementara kumpulan penyokongnya pula akan berhimpun di Padang Merbok, sebelah Bank Negara, dan Pasar Seni pada masa yang sama sebelum bergerak ke Dataran Merdeka dan kemudian ke Istana Negara bagi menyerahkan memonrandum kepada Yang di-Pertuan Agong.- azm _

Jul 29, 2009

Pakatan Rakyat desak Ketua Polis Negara dipecat!

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Hrkh) - Pakatan Rakyat semalam sebulat suara mendesak agar Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak dilanjutkan lagi khidmatnya dan perlu digantikan dengan KPN yang lebih berwibawa.

ImageMenurut Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, desakan itu dibuat selepas dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang dihadiri seluruh kepimpinan parti DAP, PAS dan KeADILan menyetujui bahawa Musa Hassan tidak berjaya mengurangkan kadar jenayah di negara ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang medianya bersama wartawan di Bilik Jawatankuasa 1, Bangunan Parlimen pada petang semalam.

Turut hadir ialah, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden KeADIlan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib-naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayob dan Dato' Mahfuz Omar; Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali, Dr Lee Boon Chye dan Sivarasa Rasiah; Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar; Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh; Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamaruddin; Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan dan ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin selain beberapa pimpinan PR lagi.

Menurut Anwar, masalah jenayah dan rasuah masih terus membelenggu negara hingga persepsi negara lain buruk terhadap Malaysia.

Tambahnya, Pakatan Rakyat akan meminta satu pertemuan diadakan dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak berhubung hal tersebut, dan meminta Perdana Menteri mempertimbangkan tuntutan itu.

Musa juga dakwa Anwar, terbabit dengan beberapa skandal yang hingga kini masih disangsikan beberapa siasatan yang tiada keputusan ke atasnya.

Pakatan Rakyat juga melihat, kegagalan Musa mengatasi kemelut jenayah yang berpanjangan dan semakin parah adalah satu kegagalan besar membuatkan rakyat kini semakin bimbang dengan masalah jenayah, katanya.

Sementara itu, Pakatan Rakyat turut memutuskan beberapa resolusi antaranya; Musa tidak sepatutnya memohon perkhidmatannya sebagai Ketua Polis Negara disambung dua tahun lagi; pelantikan ketua polis negara yang baru; Perdana Menteri patut memasukkan Indeks Prestasi (KPI) bagi pencegahan jenayah pelbagai kategori yang dicadangkan dalam Laporan Suruhanjaya Diraja Polis Dzaiddin dan Menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC). - mks. _

Hujah 'pergi jahanamlah Umno' wajar - Nik Aziz

KETEREH, 29 Julai (Hrkh) - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak akan menarik kenyataannya sebelum ini yang menyebut 'pergi jahanamlah dengan Umno' kerana ia dianggap wajar.

Menteri Besar Kelantan berkata, pemimpin Umno kelihatan kalut dengan kenyataan itu tanpa memikirkan tindakan pemimpin parti itu sendiri yang mencerminkan perkara tersebut.

"Umno langsung tidak pernah fikir ketika pemimpin parti itu memburukkan nama saya sebelum ini.

"Namun setelah pemimpin mereka ditegur sedikit riuh rendah jadinya," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada 215 mangsa ribut di Kampung Buloh Poh dan Kampung Lancang petang tadi.Image

Beberapa pemimpin Umno termasuk Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Dr Awang Adek Hussin sebelum ini dilaporkan kesal dengan kenyataan Mursyidul Am PAS berkaitan isu terbabit.

"Takkan saya mengeluarkan kenyataan yang agak keras tanpa sebarang sebab," ujarnya.

Beliau turut mempersoalkan kenyataan pemimpin Umno yang mendakwa seorang tok guru yang bergelar ulama tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Siapa ajar tok guru tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan Allah sendiri dalam al-Quran menyumpah manusia macam binatang.

"Ada juga ayat di mana Allah mengumpamakan manusia ini pekak, tuli, buta.

"Jadi sekiranya ada orang menghina kita, kita senyap tak berbuat apa-apa itu bukan merendah diri, tetapi menghina diri sendiri," tambahnya. - mj _

Kerajaan negeri ajak berbaik jangan Umno bermotif politik

Menteri Besar, Tuan Guru Dato� Nik Abdul Aziz Nik Mat menawarkan sikap berbaik dengan kerajaan pusat demi kesejahteraan rakyat Kelantan yang sepatutnya menikmati kemudahan sesuai dengan semangat konsep federalisme dalam penubuhan Malaysia dengan negeri lain dalam gabungan tersebut.

Sebagai parti yang menguasai pemerintahan negara tidak selayaknya Umno dilihat terlalu mendesak sehingga sanggup melacurkan parti untuk mengagih simpati PAS. Semua rakyat tahu apa maksud Nik Abdul Aziz dan putar belit Umno hanya menambah meluat dan kebencian rakyat terhadap Umno.

Motif politik Umno demi kepentingan parti mereka maka setiap perkara yang dibangkitkan kerajaan pakatan rakyat diselewengkan. Umno dilihat terlalu bermain politik sehingga melupakan tanggungjawab sebagai kerajaan pusat terhadap negeri dalam kekuasaannya.

Dengan itu hasrat yang diinginkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya orang Umno kembali menyokong parti itu, tidak akan tercapai.

Secara tidak langsung sambutan terhadap 100 hari pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digambarkan penuh dengan penindasan gara-gara Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed memanipulasikan kenyataan Nik Abdul Aziz.

Najib perlu melihat apakah Muhyiddin sesuai bagi pemerintahan beliau yang mahu membuat perubahan dengan slogan `satu Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan� kerana timbalannya sering menimbulkan masalah kepada Najib untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada Umno.

Nik Abdul Aziz sebelum ini menawarkan sikap berbaik dengan kerajaan pusat sesuai dengan konsep federalisme. Penghormatan kepada konsep tersebut amat penting kerana kerajaan negeri dengan kerajaan pusat adalah saling kait mengait dan memerlukan. Sebaliknya Muhyiddin dan Mustapa memanipulasikan kenyataan tersebut.

Kerajaan pusat perlu menghormati keputusan rakyat di negeri pakatan rakyat yang telah memilih parti selain Barisan Nasional (BN) memerintah mereka. Sebaliknya kerajaan pusat seolah mahu membalas dendam kepada rakyat negeri pakatan rakyat dengan peraturan yang bercanggah konsep federalisme.

Kerajaan pusat tidak menyegerakan wang peruntukan tahunan kepada kerajaan negeri malah terdapat negeri pakatan rakyat dinafikan perbelanjaan tersebut. Sebaliknya Kerajaan pusat tanpa segan silu tetap mengambil cukai di negeri pakatan rakyat.

Di Selangor umpamanya kerajaan pusat memperolehi hasil sehingga RM80 bilion setahun tetapi sehingga kini satu sen pun kerajaan pusat tidak curahkan kepada kerajaan negeri itu kerana sikap Umno bermotif politik disebabkan Selangor diperintah Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Kelantan pula hanya semasa pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, kerajaan negeri dapat mengecapi peruntukan perkapita sehingga RM6 bilion setahun sedangkan dalam masa 20 tahun pemerintahan PAS itu, Kelantan hanya diberi tidak lebih RM2 bilion dalam masa negeri lain dibawah penguasaan Umno mendapat peruntukan lebih RM6 bilion malah sampai RM11 bilion.

Apabila Nik Abdul menyuarakan hasrat berunding dengan kerajaan pusat ia sepatutnya menyedarkan Najib bahawa kerajaan pusat selama ini sudah jauh menyeleweng daripada konsep federalisme yang dipersetujui bersama.

Malah dalam setengah keadaan menteri dalam kabinet beliau pun bertindak jauh menyeleweng daripada konsep tersebut dengan menafikan hak kakitangan kerajaan daripada menyertai program kerajaan negeri dibawah pakatan rakyat.

Tugas kakitangan kerajaan pusat adalah saling memerlukan dengan kerajaan negeri bagi kepentingan rakyat sebaliknya Menteri Pertahanan, Dato' Zahid Hamidi dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Industri, Dato' Noh Omar membuat arahan bahawa pegawai kerajaan pusat tidak boleh hadir dalam mesyuarat dan kursus yang dianjur oleh kerajaan negeri yang diperintah oleh pakatan rakyat.

Alasan yang diberikan ialah kerana negeri pakatan rakyat tidak memberi dana untuk melaksanakan projek pertanian.

Dalam penubuhan agensi kerajaan terdapat senarai kerajaan pusat dan kerajaan negeri serta pengurusan bersama. Contoh polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tentera, bomba, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan lain-lain seumpamanya termasuk dalam tanggungjawab kerajaan pusat.

Bagi jabatan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Pertanian pula senarai bersama. Dalam hal ini, jika pegawai itu daripada pusat, gajinya dibayar dari kewangan negeri di mana dia bertugas. Tugasnya ialah membangunkan negeri tempat dia berkhidmat dalam ruang lingkup tanggungjawab jabatannya.

Pejabat tanah, pejabat daerah, jabatan bekalan air, jabatan agama dibawah tanggungjawab kerajaan negeri. Ini merupakan agensi dibawah kuasa kerajaan negeri dan menjadi sumber hasil yang boleh dibelanjakan terus oleh negeri.

Semua kutipan cukai serta bayaran seperti denda, saman dan sewa melalui agensi kerajaan pusat ini wajib dikembalikan kepada rakyat melalui geran wajib tahunan, peruntukan kementerian kepada jabatan dan projek pembangunan.

Bagi Zahid dan Noh, bagaimana sekiranya kerajaan negeri melarang kutipan cukai LHDN di negerinya dihantar kepada kementerian kewangan. Apa perasaan mereka? Tetapi bukan itu hasrat kerajaan negeri untuk melanggar peraturan dan ketetapan bersama.

Oleh kerana itu kerajaan pusat perlu kembali kepada konsep federalisme supaya keadilan dan hasil mahsyul dapat dikongsi serta dinikmati bersama.

Walaupun sehingga kini kerajaan negeri pakatan rakyat dinafikan hak sedemikian tetapi mereka tetap bersabar supaya kerajaan pusat tidak perlu gopoh untuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana ia akan memberi gambaran yang semakin buruk kepada Najib dan menyingkirkan Umno memerintah negara pada pilihan raya umum akan datang. _

Semua dijemput ke 'Himpunan Bubar Dun Perak' pada 2 Ogos

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Hrkh) - Sempena memperingati kemelut pencabulan demokrasi di Perak, Pemuda PAS Perak akan mengadakan satu program Himpunan Pemuda PAS Perak bertemakan '1 Hitam Perak-Bubarkan Dun Perak'.

Program tersebut akan diadakan pada 2 Ogos, jam 11 pagi sehingga 6 petang di Markas PAS Kawasan Bagan Serai.

Antara pimpinan yang bakal menyampaikan pidato pada sebelah siangnya adalah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub; Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad; AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu dan Dato' Seri Ir Mohamed Nizar Jamaludin.

Kemudian, pada sesi malamnya, terdapat beberapa ceramah yang diadakan di zon-zon tertentu.

Di Zon 1 iaitu sekitar Larut, ceramah akan disampaikan AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu; Penolong Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Kamaruzaman Mohammad; AJK DPPP, Adram Musa; Salman Saleh, Ustaz Nazri Din serta beberapa Exco Pemuda PAS Perak.

Manakala di Zon 2, Sungai Siput pula, barisan penceramahnya terdiri daripada Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad; Timbalan Ketua DPPP, Ustaz Azman Shapawi; Exco DPPP, Suhaizan Kaiat; Tengku Ahmad Al-Hiss serta Zairul Tambun selain beberapa Exco Pemuda PAS Perak.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi pula dijangka menyampaikan ceramah di Zon 3 yakni Lumut bersama exconya yang lain iaitu, Ustaz Kamal Shaari, Tan Sri Zawawi Hassan dan Ustaz Akmal As-Syriyun.

Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Ahmad Sabki Yusof bersama exconya, Khairul Faizi Ahmad Kamil, Ustaz Mohd Nur Amin, Aminudin Lawyer dan ahli parlimen Jerai, Ustaz Firdaus Jaafar di Zon 4 iaitu di Tanjung Malim selain beberapa exco pemuda PAS Perak.

Program ini adalah bertemakan pakaian hitam sebagai tanda era kegelapan pada sistem demokrasi di Perak. - mks._

Bantah ISA, Abdullah diajak ke himpunan Mansuh pada 1 Ogos

KOTA BHARU, 29 Julai (Hrkh) - Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, diseru hadir pada majlis perhimpunan membantah kezaliman ISA 1 Ogos ini, sekiranya benar mengakui akta berkenaan adalah zalim serta tidak relevan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan Dato' Husam Musa, berharap bekas Perdana Menteri itu dapat hadir sama pada majlis perhimpunan yang akan diadakan nanti bagi menyatakan kebersamaan hasrat bagi menentang kezaliman itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat exco, di sini hari ini sebagai mengulas kenyataan Abdullah yang menyarankan supaya kerajaan menimbang untuk memansuhkan ISA.

Bekas Perdana Menteri itu juga berkata, akta berkenaan sudah tidak relevan lagi untuk diterima pakai di zaman ini.

Sambungnya, sekiranya Abdullah dapat hadir pada perhimpunan itu, majlis berkenaan yang telah dirangka beberapa bulan lalu akan berjalan dengan lebih berkesan.

Katanya, penghapusan ISA sewajarnya ditentang semua pihak dan bukannya oleh perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata, kerana akta berkenaan ternyata telah menzalimi mereka yang telah ditahan di bawah akta terbabit.

Katanya, pandangan Islam termasuk hak asasi manusiapun akta zalim itu tidak lagi sesuai untuk diguna pakai dizaman ini.

"Jadi sokongan semua pihak itu merupakan perkembangan yang baik terhadap perjuangan yang telah kita perjuangkan selama ini,"ujarnya lagi.

Sambungnya, apa yang penting penderitaan yang dialami oleh mereka yang masih ditahan di bawah akta berkenaan perlu dihayati seperti 'Mat Sah' yang ditahan lebih lapan tahun lalu.

Tegasnya, sekarang sudah sampai masanya kerajaan membebaskannya termasuk tahanan lain.

Sehubungan itu, beliau turut menyeru semua masyarakat yang perihatin di Negara ini hadir untuk menyatakan pendirian sama bagi membantah akta berkenaan pada perhimpunan yang akan diadakan pada 1 Ogos ini. - mks. _

BN-Umno kini 'lemas' perlukan 'talian hayat'

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyifatkan Barisan Nasional (BN) dan Umno dalam keadaan 'lemas dan memerlukan 'talian hayat' untuk memberikan suntikan oksigen agar dapat terus bernafas' untuk mendapat sokongan masyarakat.

Beliau berkata demikian sebagai respons kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menganggap Menteri Besar Kelantan,Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menghulurkan tangan untuk berbaik-baik dalam konteks PAS-Umno sedangkan Mursyidul Am PAS itu menegaskan kerjasama yang akan dijalinkan antara Kerajaan Kelantan dan Kerajaan Pusat.

Jelas Idris, sebagai seorang Menteri Besar, Tuan Guru Nik Aziz menyatakan mengenai hak yang perlu diperolehi negeri berdasarkan konsep Persekutuan yang perlu difahami oleh pimpinan BN dan Umno hari ini.

"Apabila bercakap mengenai kerjasama antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri, ia amat berbeza dengan kerjasama antara PAS dan Umno atau BN. Apabila disebut Kerajaan Kelantan, sudah tentu rakyatnya termasuk juga orang-orang Umno dan BN atau 'orang atas pagar'.

"Amat jelas, Tuan Guru Nik Aziz hanya bercakap soal kerjasama antara kerajaan yang perlu diberi oleh kerajaan yang memerintah negara berdasarkan konsep Persekutuan yang perlu dihormati oleh kerajaan,"jelasnya sewaktu dihubungi Harakah.

Idris juga menyifatkan kenyataan Muhyiddin itu cuba untuk memecah belah keharmonian yang telah dibina dalam Pakatan Rakyat serta bertindak mengelirukan rakyat agar hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat.

"Biasalah orang yang dalam kelemasan. Apabila dia lemas, apa sahaja yang datang padanya dia bertaut untuk menyelamatkan diri. Termasuklah bertaut pada batang pisang atau pada buaya sekalipun dia sanggup.

"Orang yang lemas ini juga umpama orang yang 'gila talak'. Talak pula talak tiga. Sebab itulah BN dan Umno ini mempunyai tujuan untuk memecah belah perpaduan yang dibina antara Pakatan Rakyat,"katanya.

Idris turut menyelar kenyataan Muhyiddin yang seolah-olah ingin menggambarkan Melayu mesti bersatu dengan Umno.

Tegasnya, jika Umno sesama kepimpinan mereka sering bertelagah serta tidak bersatu, bagaimana parti itu boleh mengajak PAS untuk bersama-sama menyertai mereka. - mks._

Jul 28, 2009

'Umno kini tiada maruah, dulu 'tendang' kami keluar' - Nik Aziz

KOTA BHARU, 28 Julai (Hrkh) - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa hubungan yang terjalin sekarang ialah di antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan dan bukan hubungan dengan parti Umno.

"Hubungan negeri ialah dengan Kerajaan Pusat oleh kerana sistem yang diamalkan ialah sistem Federalisma, oleh itu tidak timbul hubungan dengan Umno,"kata Mursyidul Am PAS itu pada sidang media selepas melawat pameran ternakan di Padang Perdana dekat sini semalam.

"Kerajaan Pusat ada kewajipannya kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri pula ada kewajipannya terhadap Kerajaan Pusat, maka kenapa mahu disekat (hubungan itu).

"Kerjasama Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri hendaklah menyentuh isu penubuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di Kelantan," katanya.

Dalam pada itu Nik Aziz berkata, tindakan parti lain di peringkat Pusat yang menghalang Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dari mendapat kemudahan daripada Kerajaan Pusat itu adalah tidak menurut Perlembagaan.

"Tidak terdapat dalam Perlembagaan dan tidak terfikir pada akal fikiran manusia bahawa negeri Kerajaan Pakatan Rakyat dihalang oleh parti lain di Pusat dari mendapat kemudahan sepatutnya.

"Kenapa peruntukan Kerajaan Persekutuan tidak diberi terus kepada Kerajaan Negeri sebagaimana dilakukan Kerajaan Pusat ketika Kelantan diperintah Umno dahulu. Kenapa kini ditubuhkan JPP?

"Apa kata kalau parti lain (Kerjaan Pakatan Rakyat) menguasai Pusat lalu menubuhkan juga JPP di negeri yang di perintah Umno, apa perasaan mereka," katanya sambil menyifatkan konsep Satu Malaysia dan demokrasi yang dilaung-laung bercanggah dengan tindakan dilakukan Umno Pusat ke atas Kerajaan Negeri.

Oleh itu katanya, selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Kerajaan Pusat mesti membantu Kerajaan Negeri, dan urusan membantu mana-mana Kerajaan Negeri bukan dilakukan dengan sukarela, tetapi melalui peruntukan Perlembagaan.

"Kalau dia (Kerajaan Pusat) tidak buat juga, kita gulinglah. Pandailah kita guling.

"Terbaru, ada Menteri yang tidak mengizinkan pegawai dia di Kelantan ini bekerjasama dengan Kementeriannya. Itu bukan sifat seorang Menteri,"katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa dasar perjuangan Umno dan PAS memang selamanya tidak sama.

"Umno memang tidak serupa dengan PAS, bahkan pada setiap kali diadakan pilihan raya sama ada Pilihan Kecil atau Pilihan Raya Umum, Umno tetap melawan PAS.

"Kerana apa Umno melawan PAS, setiap tahun sama ada pilihan raya kecil atau pilihan raya besar sedangkan sekiranya di dunia ini tidak ada Umno, (andai kata), orang Melayu boleh hidup molek, bahkan Islam itu sendiri boleh berkembang dengan baik, tegasnya

Menteri Besar turut mengulas perkembangan mutakhir mengenai surat yang dihantar kepada Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak bertujuan untuk bermujadalah.

"Menerusi surat itu, saya bertanya dia kenapa Umno menolak Islam dan menggantikannya dengan 'Kebangsaan'.

"Dan kenapa Umno melawan PAS. Di mana tidak kenanya kedudukan PAS khususnya dari segi agama dan Perlembagaan. Di mana tidak kena kedudukan PAS dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Sehingga kini dia tidak jawab-jawab pun (surat itu)," katanya.

Dalam perkembangan politik semasa, beliau turut mengulas tindakan meninggalkan parti oleh anggota pimpinan Umno-BN termasuk mantan Menteri Kesihatan dan bekas Naib Presiden MCA Dato' Chua Jui Meng dan mantan Naib Presiden MIC, Dato'S S Subramaniam.

Kedua-dua mereka memasuki Parti Keadilan Rakyat (KeADILan).

Terdahulu mantan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga mantan Ketua Umno Bahagian Kota Bharu Dato' Zaid Ibrahim memasuki KeADILan.

"Insya-Allah, ramai lagi orang Melayu, Cina dan India yang sedar, mereka akan meninggalkan Umno-BN," katanya.

Beliau mempertikaikan cadangan bekerjsama dengan Umno walaupun ada dakwaan bahawa dengan itu akan lebih memudahkan lagi kerjasama antara pemerintah.

"Umno sekarang sudah tidak ada maruah. Nak minta bekerjasama dengan orang PAS). "(Tetapi) waktu kamu gagah dahulu kamu tendang aku (PAS) (keluar daripada Kerajaan Pusat). Saya ingat perkara itu," tegasnya sambil mengingatkan bahawa PAS menyertai Kerajaan Pusat ketika itu dengan jemputan daripada Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri. - azm/mks. _

Tuntutan royalti: Tindakan akhir guna mahkamah - Nik Aziz

PENGKALAN CHEPA, 28 Julai (Hrkh) - Kerajaan Kelantan tidak menolak kemungkinan menyelesaikan isu tuntutan royalti minyak ke mahkamah sekiranya rundingan gagal antara kedua-dua pihak.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sekiranya usaha penyelesaian cara rundingan dengan kerajaan pusat buntu, kerajaan negeri tidak teragak-agak mengambil tindakan melalui undang-undang.

Malah kata beliau sekiranya mahkamah tempatan tidak juga dapat menyelesaikan tuntutan itu, ia mungkin akan dibawa ke mahkmah antarabangsa.

"Bagaimanapun sebelum tindakan akhir dibawa ke mahkamah kerajaan negeri akan menyelesaikan secara rundingan dengan kerajaan pusat bagi mendapatkan royalti.Image

"Sekarang masih ada jalan mudah iaitu rundingan, maka tiada sebab kenapa ia perlu diselesaikan di mahkamah pada peringkat ini," ujarnya ketika ditemui selepas merasmikan sambutan Hari Yayasan Islam Kelantan (Yik) di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan hari ini.

Baru-baru ini Menteri Besar menghantar surat tuntutan royalti minyak kepada Perdana Menteri memandangkan terdapat pelantar carigali yang di kawasan perairan Kelantan.

Bagaimanapun surat tersebut belum dijawab perdana menteri sehingga sekarang.

Sebelum ini Petronas Carigali Sdn Bhd mengadakan usahasama dengna Shell Exploration dan Production Malaysia B.V menemui gas di Blok PM301 yang difahamkan terletak dalam kawasan perairan Kelantan.

ImageTelaga Bunga Anggerik 1 memulakan penerokaan pada 21 November 2004 dan telah menggerudi sedalam 1,527 meter dan menemui empat zon gas.

Mengenai kenyataan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang berhujah Kelantan berhak mendapat royalti berkenaan Menteri Besar berkata, beliau bersyukur di atas keprihatinan bekas Menteri Kewangan itu.

"Tengku Razaleigh yang juga bekas Pengerusi Petronas memang mengetahui perkara sebenar dan sedar akan hak Kelantan," ujarnya.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga melahirkan rasa tidak puas hati terhadap cadangan Kementerian Pelajaran yang cuba menghadkan 10 subjek sahaja bagi calon SPM bermula tahun depan.

Katanya, tindakan itu secara tidak langsung mencantas daya saing seseorang manusia di samping merugikan masyarakat.Image

"Tindakan berkenaan merugikan bukan sahaja pelajar sebaliknya masyarakat memandangkan pelajar hari ini pelapis pemimpin pada masa depan.

"Antara sedar atau sebaliknya kerajaan pusat telah mematikan hasrat di kalangan pelajar yang mempunyai semangat berlumba bagi mencapai kecemerlangan dalam pelajaran," katanya

Menurutnya semangat ingin berlumba di kalangan pelajar perlu disemai serta dibajai dari awal lagi.

Pada sambutan itu anggota parlimen Pengkalan Chepa, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman diumumkan Tokoh Pendidikan Yik 2009.

Dengan anugerah itu beliau mendapat tiket mengerjakan umrah dan sijil penghargaan yang disampaikan Menteri Besar. - mj _

PAS Terengganu bersiap hadapi pilihan raya kecil

BESUT, 28 Julai (Hrkh) - PAS berkeyakinan pilihan terakhir bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak dan Terengganu sekarang dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) bagi membolehkan mandat baru rakyat diperolehi.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, krisis politik yang berlanjutan di kedua-dua negeri yang kini diterajui Barisan Nasional (BN) tidak mampu selesai tanpa diadakan pilihan raya.

"Kalau sebelum ini Perak disebut-sebut akan dibubarkan Dun dalam tempoh terdekat, masalah serupa juga berlaku di Terengganu," katanya�pada satu program di sini baru-baru ini.

Hadir sama Yang Dipertua PAS kawasan itu, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.

Menurutnya krisis yang berlaku antara Menteri Besar, Dato' Ahmad Said dengan bekas menteri besar, Dato' Seri Idris Jusoh tidak boleh diselesaikan lagi.

Oleh itu beliau meminta jentera Pilihan raya PAS Terengganu bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya peringkat negeri dalam masa terdekat ini.

"Semua ahli dan penyokong PAS hendaklah mendekati semua lapisan masyarakat bagi menarik mereka menyokong PAS.

"Janganlah kita memusuhi mereka kerana semata-mata mereka menyokong Umno sebaliknya perlu berusaha menarik mereka," tambahnya.

Lawatan presiden merupakan sebahagian program memperkasakan PAS Besut. Program dua hari itu diadakan pada 24 dan 25 Julai lalu.

Hadir sama Timbalan Presiden, Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh.

PAS sekarang mempunyai lapan daripada 32 kerusi di Dun Terengganu. - mj/mks

Sekat Ibrahim Ali daripada cetuskan huru-hara

ALOR SETAR, 28 Julai (Hrkh) - Tindak-tanduk Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali akhir-akhir ini lebih banyak menimbulkan kecelaruan dan kekalutan dalam masyarakat, berbanding usaha memperbaiki keadaan.

Demikian ulasan yang diberikan oleh Senator Ir. Zamri Yusuf yang juga merupakan Pengerusi Biro Latihan KeADILan Kedah kepada Harakah ekoran tindakan Ibrahim yang mahu menganjurkan perhimpunan menyokong ISA pada 1 Ogos nanti.

"Saya menyeru agar beliau segera menginsafi bahawa tindak tanduk beliau sebelum ini, dan sekarang lebih banyak menimbulkan kecelaruan dan kekalutan dalam masyarakat, berbanding usaha memperbaiki keadaan.

"Terkini, beliau seolah-olah mengugut utk menimbulkan huru-hara ketika rakyat berhimpun dan menghantar memorandum suara hati rakyat, yang tidak redha dengan undang-undang tahanan tanpa bicara seperti ISA dan undang-undang lain yang sepertinya," ujar Zamri.

Menurutnya lagi, Ibrahim harus lebih rasional dan insaf dengan suasana kebangkitan dan kesedaran rakyat. Keperihatinan jelas di kalangan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum, bahawa tindakan kerajaan sebagai penguasa, menyalahgunakan undang-undang zalim seperti ISA mesti segera dimansuhkan.

Rakyat, katanya akan turun berhimpun menggunakan hak dan peruntukan perlembagaan sebagai rakyat negara merdeka, untuk menyatakan pendirian bahawa, kezaliman dan penindasan keatas rakyat harus segera dimansuhkan.

"Saya menyeru kepada sukarelawan Gerakan Mansuh ISA (GMI) agar menyediakan petugas mencukupi, serta mengingatkan rakyat yg berhimpun supaya peka dengan provokasi yang mungkin diadakan dan disengajakan oleh pihak yg cuba menimbulkan huru-hara pada perhimpunan aman 1 ogos nanti.

"Ini susulan kepada sambutan yg begitu menggalakan dari kalangan rakyat seluruh malaysia, dengan jangkaan kehadiran boleh mencecah 500,000 orang," ujarnya.

Senator Zamri menyeru Kementerian Dalam Negeri supaya menunjukkan sikap sebenar, bahawa mereka bersedia mengkaji Akta ISA, seperti yang dinyatakan oleh Menteri Dalam Negeri di Parlimen baru-baru ini.

"Malah saya juga meminta agar KDN mengelakkan kalangan pengikut Ibrahim Ali dari menghampiri tiga lokasi himpunan aman serta Istana Negara, kerana tujuan mereka tidak sesuai dengan sikap KDN yang telah bersedia untuk mengkaji Akta ISA dan undang-undang yang telah tidak relevan ketika ini, khususnya yang melanggar Hak Asasi Rakyat sebuah negara merdeka seperti Malaysia," tegasnya. - tajdid _

Jul 27, 2009

Umno diingatkan jangan manipulasi kenyataan Nik Aziz

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Hrkh) - Umno diingatkan tidak memanipulasikan kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai kerjasama yang ingin dijalinkan yang bersifat antara kerajaan dengan kerajaan.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub menyangkal kenyataan yang dibuat Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ingin mengalihkan perhatian daripada isu pokok yang dibangkitkan oleh Ustaz Nik Aziz.

"Ini bukan masalah antara parti Umno dengan PAS, jangan alihkannya isu sebenar," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga ahli parlimen Kubang Kerian mempertegaskan bahawa hubungan yang dimaksudkan antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat dan bukan hubungan parti yang cuba diputar belit oleh Umno.

"Saya percaya tindakan Tok Guru adalah untuk menuntut peruntukan daripada kerajaan pusat yang merupakan hak kerajaan negeri Kelantan seperti royalti minyak dan gas.

"Sebagai Kerajaan Pusat, mereka perlu tunaikan tanggungjawab kepada kerajaan negeri dalam merealisasikan konsep federalisme atau persekutuan, bukan memutar belitkan fakta," ujarnya.

Kerajaan Pusat di bawah teraju Umno-BN seharusnya memainkan peranan membantu kerajaan-kerajaan negeri dalam Malaysia tanpa mengamalkan dasar diskriminasi terhadap pihak yang berbeza parti.

"Mereka sepatutnya membantu kerajaan negeri dan bukannya memberikan tekanan khususnya kepada negeri Pakatan Rakyat.

"Saya ingin mempertegaskan bahawa ia suatu kerjasama yang mesti dilaksanakan dalam prinsip kerajaan kepada kerajaan.

"Ia tiada kena mengena langsung antara PAS dan Umno," katanya lagi.

Beliau turut membidas kenyataan ahli Majlis Tertinggi Umno, Muhyiddin yang ingin membawa hal ini ke mesyuarat peringkat tertinggi parti itu.

"Kalau benar pentadbiran Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak ikhlas dan jujur dengan konsep rakyat diutamakan maka usahakan agar dialog antara kerajaan negeri.

"Segala bentuk bantuan kepada kerajaan, ianya perlu dilaksanakan tetapi tanpa amalan diskriminasi," tegasnya.

Beliau yang juga ahli parlimen menyatakan kesediaan untuk menjadi orang tengah kepada usaha dialog tersebut antara kerajaan negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat bagi menyelesaikan isu yang berbangkit demi kepentingan rakyat.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Umno memandang positif kesediaan Dato' Nik Aziz Nik Mat untuk melupakan sengketa politik kedua-dua parti demi perpaduan rakyat dan akan membincangkannya secara terperinci dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Jumaat ini. - mns _

Pemimpin Umno umpama Majnun gilakan Laila - Nik Aziz

KOTA BHARU, 27 Julai (Hrkh) - Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Inilah perasaan yang menimpa pemimpin Umno sekarang apabila sedaya upaya berusaha menjalinkan hubungan dengan PAS.

Sedangkan ia tidak lebih seperti bertepuk sebelah tangan.

"Saya pun tak faham kenapa perkara ini boleh berlaku, macam cerita Majnun pula apabila seorang pengembala kambing berhajat untuk mengahwini anak raja.

"Macam-macam kerenah yang dibuat oleh Majnun sehingga pada suatu hari dia duduk seorang diri di bawah pokok sementara menunggu kambing sedang makan rumput, Majnun bercakap seorang diri.

"Apabila kawan dia tanya kamu bercakap dengan siapa, lalu Majnun menjawab, saya sedang bercakap Laila, seorang anak raja.

"Macamana seorang pengembala kambing mahu mengahwini anak raja. Mahu tidak mahu dia menulis nama Laila atas pasir. Dia tulis nama Laila lalu dia baca sendiri berulang kali.

"Kawan dia bertanya lagi, kamu bercakap dengan siapa, lalu dia jawab lagi dengan Laila. Mana Laila, kawan dia tanya, ini� Majnun menunjukkan nama Laila yang dia tulis di atas pasir," katanya Menteri Besar Kelantan ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Sebelum ini pemimpin Umno beriya-iya benar mahu mengadakan kerjasama dengan PAS kononnya untuk perpaduan orang Melayu.

Impian itu dicetus semula pemimpin Umno ekoran kenyataan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta kerajaan pusat memberi kerjasama penuh kepada kerajaan negeri dan melupakan sengketa politik.

Ekoran itu Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, Umno akan membincangkan perkara tersebut dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno Jumaat ini.

Sebelum ini Umno amat mengharapkan perpaduan Umno dan PAS dijalin semula selepas idea kerajaan perpaduan yang dicetus ditarik balik.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, apa yang berlaku terhadap Umno sekarang hampir serupa kisah dengan Majnun yang tetap berkeras mahu berkahwin dengan anak raja.

"Walaupun dia tak dapat kahwin dengan anak raja, tetapi sekurang-kurangnya dia boleh menulis nama Laila dan bercakap dengan Laila seorang diri," katanya.

Beliau juga mempertikaikan laporan akhbar mengenai isu tersebut kerana apa yang disentuhnya sebelum ini hanya berkaitan hubungan kerajaan negeri dan pusat, bukan berkaitan parti.

Katanya akhbar menyebut mengenai perkara itu, namun beliau tidak tahu menahu pun tentang perkara tersebut.

"Sepatutnya perkara yang melibatkan saya kena tanya saya dulu. Orang lain tidak ada hak untuk menjadi jurubahasa kepada saya.

"Saya tidak pernah sebut lupakan perkataan sengketa lama. Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu sebagaimana yang disiarkan sebuah akhbar harian baru-baru ini.

"Tuan-tuan boleh check balik semula record pertemuan antara saya dengan Dato' Mustapa Mohamed di Kuala Lumpur sempena Fiesta Kelantan yang dianjurkan oleh sebuah syarikat baru-baru ini," ujarnya. - mj_

Kenyataan Tok Guru dimanipulasi, hubungan hanya antara kerajaan pusat dan negeri - Mahfuz

SEREMBAN, 27 Julai (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar membidas sikap media yang memanipulai kenyataan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Azizi Nik Mat berhubung muafakat kerjasama kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

Menurut Mahfuz, Tok Guru hanya menyatakan bersedia mengeratkan kerjasama dan berlapang dada bagi memperbaiki hubungan kerajaan negeri dan pusat.

Sebaliknya, media dan pemimpin Umno membuat tafsiran yang salah dan memainkan isu kononnya ia antara parti, walhal mengikut Tok Guru kerjasama itu hanya membabitkan kerajaan negeri dan pusat.

Ia katanya adalah untuk mendapatkan hak yang telah disekat oleh kerajaan pusat sejak memerintah Kelantan 20 tahun lalu.

Mahfuz berkata demikian hari ini mengulas kenyataan beberapa pimpinan Umno yang memainkan isu kononnya PAS mahu bincang kerjasama atau muafakat dengan Umno.

"Lebih-lebih lagi selepas sejak tahun 1990 (sejak PAS memerintah Kelantan), kerajaan Umno/BN telah mendiskriminasi kerajaan PAS di sana.Kini ia diteruskan lagi dengan penafian royalti minyak kepada Kelantan.Begitu juga kepada kerajaan Pakatan Rakyat lain di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor," katanya.

Kerajaan pusat melakukan penindasan ke atas kerajaan negeri, geran bantuan tahunan tidak pernah dapat tepat pada masanya berbanding negeri yang dikuasai Umno/BN, katanya.

Malah, bantuan pembangunan pula disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan yang mengambilalih tugas kerajaan negeri, ujarnya.

Bagi Mahfuz, sepatutnya kerajaan Umno/BN yang memerintah di persekutuan tidak melakukan hal sedemikian, kerana ianya hak kerajaan negeri yang telah dipilih oleh rakyat.

Mahfuz juga melihat, isu ini sengaja diputarbelitkan oleh media dan pemimpin Umno hanya untuk memberi gambaran buruk kepada PAS yang kononnya mahu buat kerjasama dengan Umno.

Walhal, Umno kini menuju kepada kehancuran tatkala parti itu berhadapan dengan masalah, media pro Umno memainkan peranan memecahbelahkan Pakatan Rakyat, ujarnya.

Isu itu juga sengaja diheret bagi menggambarkan kononnya PAS setuju dengan kerajaan perpaduan, walhal dalam Retreat di Kedah baru-baru ini, Presiden PAS sendiri telah menegaskan bahawa isu kerajaan perpaduan sudah selesai.

Justeru, Mahfuz menyeru ahli dan penyokong PAS serta Pakatan Rakyat agar tidak terpengaruh dengan permainan media ini yang hanya untuk memburukkan PAS.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Umno memandang positif kesediaan Dato' Nik Aziz Nik Mat untuk melupakan sengketa politik kedua-dua parti demi perpaduan rakyat dan akan membincangkannya secara terperinci dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Jumaat ini./wann_

Pemimpin Umno benar-benar kemaruk isu perpaduan Melayu

KUALA KRAI, 27 Julai (Hrkh) - Lain yang dicakap, lain pula difahami. Itulah gambaran apabila pemimpin Umno tiba-tiba mengharap salam dihulur PAS benar-benar mencetus ke arah perpaduan Melayu.

Sedangkan apa yang diharap Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat kerajaan pusat benar-benar memahami konsep federalisme, di mana menghormati hak negeri di bawah kerajaan persekutuan.

Itulah isu sebenarnya yang dinyatakan Menteri Besar Kelantan sebelum ini, jauh sekali daripada membicarakan soal hubungan di antara pemimpin Umno dan PAS.

Anggota parlimen Machang, Saufuddin Nasution Ismail berkata, pemimpin Umno sekarang sudah benar-benar terdesak apabila gagal membezakan kerjasama di antara kerajaan dan parti.

"Apabila sahaja disebut perkataan kerjasama cepat-cepat mereka melihat dalam konteks parti di antara Umno dan PAS.

"Sedangkan apa yang disebut Menteri Besar sebelum ini kerjasama di antara kerajaan negeri dan pusat selepas banyak hak-hak negeri cuba dinafikan kerajaan persekutuan," katanya pada ceramah sempena kesyukuran kemenangan PAS di Laloh, malam semalam.

Program tersebut diadakan selepas PAS berjaya mempertahankan Dun Manek Urai pada pilihan raya kecil yang diadakan 14 Julai lalu.

Hadir sama Tuan Guru Nik Abdul Aziz, anggota parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli, Yang Dipertua PAS Kuala Krai, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman dan Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah.

Padang Majlis Daerah Dabong di Laloh penuh sesak dengan orang ramai mengikuti ceramah tersebut. Pada sebelah petang penduduk menikmati gulai kawah apabila enam ekor lembu dikorbankan.

Saifuddin yang juga Pengarah Pilihan Raya KeADILan berkata, pemimpin Umno amat mengharapkan kerjasama di antara parti dan bukan sekadar antara kerajaan negeri dan pusat sehingga sanggup menyelewengkan kenyataan Menteri BEsar.

Di KOTA BHARU, Setiausaha Politik Menteri Besar, Haji Anual Bakri Harun berkata, pemimpin Umno memahami di luar konteks kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebelum ini.

Katanya, tidak pernah berbangkit soal kerjasama di antara PAS dan Umno kerana apa yang disebut Menteri Besar mengharapkan kerajaan pusat melaksanakan tanggungjawab sebagaimana termaktub dalam perlembagaan.

"Hak kerajaan negeri sebelum ini banyak dinafikan sejak hampir 20 tahun. Penubuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan secara jelas bagi menafikan hak-hak kerajaan negeri.

"Dan terbaru pula royalti minyak kepada Kelantan cuba dinafikan kerajaan pusat secara sewenang-wenangnya, sedangkan sudah ada perjanjian royalti dibayar sebanyak 5 peratus kepada mana-mana negeri yang ada sumber petroleum dan gas," katanya.

Namun kata beliau apa yang berlaku sekarang pemimpin Umno cuba melencongkan kenyataan tersebut lebih jauh dengan menguar-uarkan kerjasama antara parti kononnya bagi mencapai matlamat perpapaduan Melayu.

Ramai pemimpin Umno mengharapkan kerjasama lebih terarah di antara parti dengan parti dan bukan sekadar antara kerajaan.

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan dilaporkan mahu pemimpin PAS melupakan sengketa dengan Umno.

Menurutnya beliau yakin Presiden dan Timbalan Presiden Umno bersedia berbincang mengenai perpaduan cuma bentuknya itu kita tidak tahu kerana ia melibatkan pimpinan tertinggi. - mj _

Jul 20, 2009

SPRM tidak dipercayai, tubuh Suruhanjaya Diraja segera - Husam Musa

KELANA JAYA, 20 Julai (Hrkh) - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Paduka Husam Musa menegaskan bahawa Suruhanjaya Diraja perlu ditubuhkan dengan segera kerana institusi lain seperti polis dan SPRM sudah lagi tidak boleh dipercayai.

Beliau yang tidak bersetuju dengan pihak polis sendiri yang menyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam isu berhubung dengan kematian pembantu exco kerajaan negeri selangor, Teo Beng Hock baru-baru ini ketika dalam tahanan siasatan SPRM.

"Kita tidak bersetuju polis menyiasat SPRM keranan sendiri buat salah dan sendiri siasat, sampai bila kita tidak akan jumpa jalan penyelesaiannya, polis dan SPRM adalah sama sahaja," tegas beliau.

Tambah beliau, pihak polis dan SPRM adalah sama sahaja bahkan polis kadang kala lebih buruk dari SPRM dan SPRM lebih buruk dari polis.

Beliau memberi contoh kes Kugan yang mati dalam tahanan polis sehingga sekarang tiada sebarang pembelaan.

"Apa jaminan polis siasat SPRM, mereka akan dakwa pembunuh Teo Beng Hock, tidak ada jaminan sama sekali.

"Kita tidak boleh mempercayai sesiapa sahaja, tidak kira polis, ketua hakim, SPRM hatta Perdana Menteri itu sendiri. Kami tidak menaruh kepercayaan kepada pihak-pihak ini.

"Kerana itu, kita minta satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan dengan segera supaya kita boleh menyiasat keseluruhan episod ini," katanya.

Sementara itu, beliau menyifatkan anak muda ini sebagai hero Pakatan Rakyat kerana menyekat niat jahat BN mahu merampas Selangor dan usaha yang dilakukan oleh teo patut dihargai.

"Kita mesti memperjuangkan keadilan kepada hero kita ini dan keadilan yang kita tuntut ialah dalam masa sekarang ini," katanya sambil menyifatkan kematian Teo Beng Hock dan keluarganya adalah hero Pakatan Rakyat.

Katanya, dengan berlaku kematian Teo, usaha Barisan Nasional (BN) untuk menjatuh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor seperti yang pernah dilakukan untuk menjatuhkan kerajaan Perak menemui jalan kegagalan.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Himpuanan Soldariti 'Keadilan Untuk Teo Beng Hock' yang diadakan di Stadium Kelana Jaya dekat sini semalam yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor.

Hadir sama dalam Himpunan Solidariti itu ialah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan semua Adun dan ahli exco kerajaan negeri Selangor.

Lebih 3,000 orang hadir memeriahkan solidariti ini dan diakhir perhimpuanan ini, ada pengunjung betindak membakar akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Tindakan ini berhubungan dengan kenyataan dalam akhbar tersebut mengenai kematian Teoh adalah berkenaan dengan isu perkauman.

Berkaitan dengan isu ini, Husam berkata, menurut Pengerusi SPRM, Ahmad Said Hamdan patut sedar bahawa isu kematian pembantu exco adalah bukan isu perkauman.

"Dia harus tahu bahawa Beng Hock adalah sama nilai nyawanya dengan nyawa orang melayu. Pedulikan melayu, cina dan india.

"Kita adalah anak bangsa Malaysia. Apabila salah seorang dibunuh kita wajib menuntut bela di sisi agama Islam," katanya sambil diiringi dengan tepukan yang gemuruh dari hadirin. - azm_

PAS beri amaran, jangan 'Melayu'kan SPRM dan Polis

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Hrkh) - PAS memberi amaran kepada pemimpin-pemimpin Umno agar tidak 'Melayu'kan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub menegaskan, pemimpin Umno sepatutnya menjaga imej dan integriti SPRM dan polis bukannya menjadikan kedua-dua institusi tersebut kuda tunggangan mereka.

Beliau juga menegaskan, pemimpin Umno sepatutnya tidak menjadikan kematian misteri Teoh Beng Hock di pejabat SPRM Selangor sebagai isu perkauman kerana tidak kira Melayu, Cina atau India jika berlaku kematian ia melibatkan kehilangan nyawa rakyat Malaysia.

"Kita (PAS) beri amaran kepada pihak-pihak tertentu agar tidak 'Melayu'kan SPRM dan Polis dan jangan jadikan kematian Teoh sebagai isu perkauman.

"Pemimpin Umno dan BN sepatutnya menjaga imej dan integriti SPRM dan polis dan tidak menjadikan kedua institusi ini kuda tunggangan mereka," tegas Salahuddin.

Beliau seterusnya menegaskan, usaha beberapa pihak yang cuba menyalahkan pemimpin Pakatan Rakyat sebagai melemahkan orang Melayu bila menuntut keadilan di atas kematian Teoh, sebenarnya telah menjatuhkan maruah orang Melayu.

Lebih buruk lagi, tegas Salahuddin bila ada pihak yang cuba menjadikan isu ini sebagai isu perkauman.

Beliau menyifatkan usaha menjadikan kematian Teoh sebagai isu perkauman dengan tujuan membangkitkan kemarahan kaum Cina terhadap orang Melayu sebagai satu tindakan terdesak BN yang semakin hilang sokongan.

Umno-BN, tegas beliau masih lagi leka dengan budaya politik perkauman yang lapuk sedangkan rakyat sudah pun beralih ke politik baru yang tidak membezakan mana-mana kaum sebaliknya lebh mementingkan kesejahteraan seluruh rakyat tanpa mengira agama dan bangsa. - mns _

Kesal sekolah agama diabai Umno - Gunasekaran

LABU, 20 Julai (Hrkh) - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Senawang, P.Gunasekaran, kesal kerana keselamatan Sekolah Agama Persekutuan Labu di kilometer 15, Jalan Labu, diabaikan apabila tembok pagar sekolah tersebut telah runtuh.

Menurut Gunasekaran beliau telah meninjau keadaan tembok pagar yang runtuh ini dan beliau telah menghantar surat aduan kepada Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan bertarikh 3 Julai 2009.

Gunasekaran juga berkata salinan surat aduan tersebut juga telah dihantar kepada ADUN Labu, Dato' Hasim Rusdi; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban, Dato' Abdul Halim Abdul Latif dan kepada Jabatan Kerjayaraya Negeri Sembilan.

Namun sehingga kini, tiada sebarang tindakan diambil oleh mana-mana pihak atau kerja pembaikan telah dilakukan.

" Tembok pagar sekolah yang runtuh ini menghadap laluan utama iaitu Jalan Labu, tapi saya berasa hairan bagaimana ADUN Labu yang sering menggunakan laluan utama ini tidak peka dengan keadaan tembok pagar runtuh ini?

" Yang paling mengecewakan ialah, beliau juga merupakan EXCO kerajaan Negeri Sembilan dan tidak mengambil sebarang tindakan sehingga ke hari ini," katanya.

Gunasekaran mengulas bahawa dengan tembok pagar yang runtuh ini, keselamatan pelajar sekolah dan harta benda sekolah sendiri berada dalam keadaan bahaya.

" Tembok yang telah runtuh ini sudah pasti memudahkan penjenayah untuk memasuki kawasan sekolah dan asrama Sekolah Agama ini.

" Keselamatan pelajar yang tinggal didalam asrama juga berisiko apabila keadaan tidak sempurna ini akan mengundang pelbagai anasir jenayah dari luar kawasan sekolah", kata Gunasekaran.

Sehubungan itu Gunasekaran meminta pihak yang bertanggungjawab segera membaiki tembok pagar yang runtuh ini sebelum sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. - azm _

Kecam tindakan wartawan menceroboh, cubaan murtad

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Hrkh) - Sungguhpun percubaan memurtad orang Islam adalah menyalahi Artikel 11(4) Perelembangaan Persekutuan namun tindakan dua wartawan menceroboh gereja untuk menyiasat perkara tersebut dikecam dan tidak boleh diterima sama sekali.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Bahru Zulkifli Nordin berkata Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk menceroboh hak peribadi dan rumah ibadat penganut agama lain malah ketika perang Nabi Muhammad s.a.w sendiri melarang tentera Islam daripada memasuki dan menganggu rumah ibadat agama lain.

Beliau mengulas tindakan sebuah majalah terbitan bulan Mei 2009, yang membuat 'berita siasatan' berhubung tindakan murtad remaja Islam di sebuah gereja.

"Jika benar ada percubaan untuk murtadkan remaja Islam kepada Kristian, jalan terbaik adalah menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan," katanya dalam satu kenyataan di dalam blog peribadinya.

Sungguhpun begitu, beliau juga berkongsi keprihatinan sebilangan masyarakat Islam yang kecewa dengan kelemahan pihak berkuasa mengambil tindakan di atas aduan yang diterima seperti yang berlaku dalam kes Azlina Binti Jailani @ Lina Joy yang telah menukar agama kepada Kristian di sebuah gereja.

Zulkifli turut menasihati agar rakan-rakan bukan Islam menjaga sensitiviti perasaan umat Islam.

"Bila berlaku kes Lina Joy, sekumpulan bukan Islam mahu menggunakan kalimah Allah, kumpulan NGO Islam dan Majlis Peguam bertindak menjadi juara menyokong hak untuk murtad...ketika itu anda akan melihat tindak balas daripada orang Islam

"Kita sepatutnya berbangga sebab hidup dalam suasana harmoni lebih setengah abad kerana menghormati dan bertolak ansur antara satu sama lain. Tetapi bila anda menggugat agama lain, anda mengundang masalah," katanya.

Dalam pada itu beliau turut menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan oleh dua wartawan itu 'tidak islamik' malah menggesa agar mereka meminta maaf kepada rakan-rakan penganut Kristian atas perbuatan mereka di samping menyeru agar pengarang majalah terbabit meletakkan jawatan. - azm _

Jul 18, 2009

Pelbagai kecederaan punca kematian Teoh - CPO

PETALING JAYA: Penemuan awal bedah siasat menunjukkan Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock mati disebabkan kecederaan yang pelbagai selepas terjatuh dari bangunan tinggi.

Sehubungan polis yang masih menyiasat punca kematiannya belum lagi menolak aspek khianat bulat-bulat.

Hasil siasatan awal diumumkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar di Banting tengah hari tadi.

"Sekarang kita tahu bahawa kematiannya adalah kerana pelbagai kecederaan selepas jatuh dari tempat yang tinggi, kita hendak tahu mengapa dia jatuh," katanya lagi.

Oleh itu jelas beliau, buat masa sekarang pihaknya tidak mahu menyatakan sama ada wujud unsur khidnat ataupun sebaliknya.

"... tunggu untuk laporan lengkap pakar patologi," kata beliau lagi.

Dalama pada itu, kata beliau, dua ahli patologi, masing-masing seorang dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya mengendalikan bedah siasat mayat Teoh, dan menjelaskan bahawa kerajaan Selangor diberi pilihan untuk mendapatkan ahli patologinya sendiri tetapi tiada yang datang.

"Laporan awal bedah siasat dari ahli patologi menunjukkan Teoh setakat ini tidak mengalami kecederaan luaran. Bagaimanapun, kami akan tunggu laporan penuh daripada ahli patologi terbabit beberapa hari lagi.

"Buat masa ini, kematian Teoh disebabkan 'pelbagai kecederaan akibat jatuh dari paras yang tinggi'," kata beliau dipetik Bernama.

Teoh, 30, ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam pada kirakira pukul 1.30 petang Khamis lepas setelah memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Teoh adalah seorang saksi dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri melibatkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Exco Selangor.

Khalid berkata, berdasarkan laporan awal bedah siasata itu, polis masih mengklasifikasikan kematian Teoh sebagai kematian mengejut.

"Ini hanya penemuan awal kami dan polis menyiasat kes ini secara menyeluruh daripada semua sudut," katanya sambil menjelaskan bahawa polis telah mengambil kenyataan dari 23 saksi termasuk 17 pegawai SPRM, tetapi tiada tangkapan dibuat.

Khalid berkata, polis juga menyiasat cara SPRM mengendalikan soal siasat dan turut mengambil rakaman kamera CCTV dari kawasan lif dan tempat letak kereta Plaza Masalam.

Beliau berkata, satu pasukan khas diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Hasnan Hassan akan mengendalikan siasatan kes kematian Teoh.

"Polis juga akan mengambil keterangan daripada rakan sekerja Teoh, anggota keluarga dan kawankawannya," kata Khalid dan memberitahu bahawa pejabat SPRM Selangor tidak mempunyai kamera CCTV.

Chua Jui Meng keluar MCA, sertai PKR

PETALING JAYA: Selepas menafikan dua hari lalu, petang ini bekas Naib Presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng mengumumkan beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Perkara itu diumumkan sendiri oleh beliau pada satu majlis PKR di sebuah hotel di Bandar Sunway di sini petang ini.

"Wujud banyak spekulasi sejak kebelakangan ini dalam media tentang apakah langkah saya yang seterusnya dalam bidang politik.

"Hari ini saya membuat keputusan paling penting dalam hidup saya, meninggalkan MCA dan menyertai PKR," kata beliau dalam ucapannya.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir dalam majlis itu.

Turut menyertai PKR adalah bekas Senator David Yeoh dan bekas Ahli Parlimen Lumut, Yap Yit Thong.

Pada sidang media selepas itu, Chua, 64, berkata, beliau menyertai PKR memandangkan wujud banyak persamaan antara aganda politik yang ingin dibawa beliau dan Anwar.

"Saya telah keluarkan manifesto pada 2005 dan 2008 dan saya membandingkannya dengan visi dan agenda Datuk Seri Anwar serta manifesto PKR pada pilihan raya umum lalu.

"Saya lihat ada banyak perkara yang kami punya persamaan dan itulah yang betul-betul meyakinkan saya bahawa PKR adalah parti yang tepat untuk saya sertai.

"Saya lihat semangat dalam diri Datuk Seri Anwar. Kita berbincang tentang agendanya, bertanya soalan dan saya memberikannya manifesto saya.

"Justeru, kita faham apa yang patut saya lakukan untuk membantunya dalam agenda Malaysia," katanya.

Chua yang juga bekas Menteri Kesihatan berkata, beliau akan menghantar surat keluar parti kepada MCA secara rasmi memandangkan beliau telah mengumumkan keluar daripada parti hari ini.

Ditanya mengapa beliau mengambil masa yang lama untuk menukar parti, Chua berkata, beliau sebelum ini berhasrat untuk melakukan reformasi dalam MCA.

Ditanya sama ada beliau akan berjumpa dengan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berhubung keputusannnya keluar parti dan menyertai PKR, Chua berkata:

"Beliau sahabat saya. Beliau seorang yang berpegang teguh kepada prinsip."

"Saya menghormatinya dan saya percaya beliau juga menghormati saya. Hubungan kami akan berterusan sebagai kawan," katanya.

Sementara itu, Anwar berkata, Chua adalah aset penting kepada PKR dan beliau akan mempelawa Chua untuk menyertai kepimpinan tertinggi parti itu.

"Hal itu memerlukan kelulusan biro politik parti dan seterusnya oleh Majlis Tertinggi," katanya.

NAFI 2 HARI LALU

Kelmarin Chua melepaskan jawatan Ketua Bahagian MCA Bakri.

Chua, bekas Menteri Kesihatan, tewas dalam pemilihan jawatan Presiden tahun lalu dan 2005.

Beliau memimpin Bakri sejak 1988 dan menyerahkan tugas memimpin bahagian itu kepada Timbalan Pengerusi bahagian, Sia Ka Tuan.

Kelmarin Chua juga menolak desas-desus yang mengatakan akan keluar parti dan menyertai PKR, sebaliknya meminta supaya semua anggota jawatankuasa MCA bahagian itu menyokong penuh kepimpinan Presiden parti, Datuk Seri Ong Tee Keat.

"Sudah sampai masanya saya memberi laluan kepada orang yang lebih muda dari saya," katanya.

Katanya, beliau sudah memaafkan mereka yang mencabarnya pada pemilihan tahun lalu, dan kini hanya mahukan mereka memandang ke hadapan, jangan saling bertelagah disebabkan perkara-perkara kecil.

REAKSI

Di KUALA LUMPUR, Naib Presiden MCA, Datuk Seri Datuk Liow Tiong Lai berkata, beliau sedih dengan keputusan Chua.

Katanya, beliau sedih kerana Chua meninggalkan MCA ketika parti memerlukannya untuk memperkukuhkan parti selepas prestasi Barisan Nasional yang kurang menggembirakan dalam pilihan raya umum lalu.

"Kita seharusnya bersatu untuk menghadapi situasi sukar secara bersama.

"Saya sedih dengan keputusan beliau meninggalkan parti, tetapi saya mengucapkan selamat maju jaya kepadanya," kata beliau selepas merasmikan pembukaan kelab TSM Wellness Sdn Bhd.

SPRM mahu rampas kerajaan negeri Selangor?

MAJLIS Pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan rasa dukacita yang amat mendalam di atas kematian mendiang Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Selangor.

Mewakili seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, pihak Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.

Sebelum ini telah terdapat banyak kematian yang berlaku dalam tahanan pihak berkuasa seperti Allahyarham Rumie Azzan Mahlie dan mendiang Ananthan Kugan.

Kematian mendiang Teoh Beng Hock merupakan kemuncak kepada penyalahgunaan kuasa pihak berwajib dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan rakyat.

Sehingga kini pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah secara berterusan menjalankan siasatan dan membuat ancaman ke atas para pemimpin Pakatan Rakyat, sedangkan laporan demi laporan mengenai penyalahgunaan kuasa para pemimpin Barisan Nasional tidak diendahkan.

Ini adalah bukti kukuh bahawa suruhanjaya yang baru beroperasi selama enam bulan itu hanyalah dijadikan alat oleh Barisan Nasional dan Umno untuk melemahkan Pakatan Rakyat.

Jawapan tegas

Rakyat menuntut jawapan yang lebih tegas dari SPRM dan Perdana Menteri yang menjadikan SPRM sebagai kuda tunggangan Umno, dalam tindakan untuk merampas kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.

Badan seperti SPRM seharusnya bertindak profesional dan menyelamatkan integriti mereka dengan mengambil tindakan ke atas laporan terhadap para pimpinan Barisan Nasional yang telah diketahui umum terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

SPRM juga seharusnya memberhentikan teknik mendera dalam soal siasat mereka.

Dalam kes Mendiang Teoh, SPRM perlu mengenal pasti pegawai terlibat seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan.

Kami percaya bahawa rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap SPRM dan institusi lain yang dtubuhkan oleh kerajaan.

Pakatan Rakyat akan terus menerus menentang kezaliman dan salahguna kuasa institusi ini dengan mengadakan kempen di seluruh negara.

Sehubungan dengan itu Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini mendesak dan bertegas agar satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat kematian mendiang Teoh Beng Hock dan meneliti teknik dan kaedah siasatan SPRM selama ini. (17 Julai)

Kenyataan media ini dikeluarkan oleh:

Dato' Seri Anwar Ibrahim Ketua Umum KeADILan

Dato' Seri Abdul Hadi Awang Presiden PAS

Lim Kit Siang Ketua Ahli Parlimen DAP_

Kematian Teoh: Pemuda PAS akan serah memorandum pada Agong

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Pusat akan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi melakukan siasatan ke atas kes kematian Teo Beng Hock yang dipercayai terjatuh dari bangunan pejabat Suruhanja Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketuanya, Ustaz Nasruddin Hassan menegaskan penubuhan suruhanjaya tersebut amat penting kerana rakyat mengharapkan satu siasatan rapi, telus dan bertanggungjawab diambil oleh pihak kerajaan untuk menyiasat tragedi ini.

Dalam pada itu, beliau turut mencabar agar Pengerusi SPRM, Dato' Seri Ahmad Said Hamdan segera meletakkan jawatan bagi membolehkan satu penyiasatan telus dan teliti dilakukan.

Jelasnya, Ahmad Said mestilah mengambil tanggungjawab atas tragedi yang berlaku ke atas setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah itu.

Nasruddin yang dihubungi Harakah melahirkan kekecewaan kerana sehingga hari ini terlalu banyak tragedi malang seperti kes cedera dan kematian dalam tahanan.

Beliau menegaskan menjadi tanggungjawab penuh pihak yang menahan, menjaga keselamatan dan kebajikan tahanan sebelum ia disabitkan bersalah.

"Sekalipun pihak yang menahan tidak melakukan pembunuhan tersebut, keselamatan tahanan tetap di bawah jagaan mereka selama ia masih dalam tahanan atau premis tahanan.

"Seharusnya peristiwa seperti ini tidak berlaku apalagi dalam kawasan pihak yang menahan. Malangnya di negara kita hari ini , siapa jua yang ditahan tidak mempunyai jaminan keselamatan diri. Mereka seperti dihukum terlebih dahulu sebelum mereka disabitkan bersalah," katanya.

Sehubungan itu, kerajaan wajib mengeluarkan satu kertas putih berkaitan perkara ini memandangkan sudah banyak kes yang melibatkan kematian dalam tahanan. - mns_

Jul 14, 2009

Keputusan PRK manik urai

TAHNIAH

Umno terlepas peluang keemasan di Manek Urai

KUALA KRAI, 14 Julai (Hrkh)- Umno tidak mampu berbangga dengan peningkatan undi yang diperolehinya di Manek Urai memandangkan parti itu dibantu sepenuhnya jentera kerajaan.

Sebaliknya Umno boleh memenangi pilihan raya tersebut berdasar suntikan kebendaan yang diterima penduduk di Manek Urai lebih-lebih lagi pemimpin Umno sudah lama berkampung di sini.

Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar berkata, kemungkinan besar pengaruh kempen Umno yang mana kerajaan PAS tidak terjejas biar pun Umno menang di Manek Urai sedikit sebanyak mempengaruhi pengundi.

"Peluang yang ada pada Umno dengan peratusan pengundi Melayu ramai sehingga lebih 99 peratus Umno masih gagal menarik perhatian rakyat. Impian mereka belum menjadi kenyataan.

"Lebih-lebih lagi dengan janji Perdana Menteri di bawah pakej 1 Malaysia dan dibantu dengan propanganda media namun Umno masih gagal. Ini ternyata memberi satu tekanan hebat kepada parti itu," katanya di sini.

Pada pilihan raya itu PAS mendapat 5348 undi, manakala BN - 5283 undi dengan majoriti diperolehi Mohd Fauzi Abdullah sebanyak 65 undi. Pada pilihan raya umum 2004 BN menang 53 undi.

Peratusan keluar mengundi sebanyak 87.22 peratus dan undi rosak 92 undi. Daripada 9 peti undi PAS menang empat.

Mahfuz berkata, keputusan pilihan raya itu perlu dilihat secara serius oleh PAS bagi meningkat semula sokongan rakyat.

"Saya percaya PAs akan melonjat semula pada pilihan raya umum akan datang kerana jentera kerajaan tidak mampu lagi memberi tumpuan kepada Manek Urai sahaja berbanding sekarang," katanya di sini.

Pengarah Strategik KeADIlan, Tian Chua berkata, Umno terlepas peluang keemasan memenangi pilihan raya tersebut memandangkan peratusan orang Melayu hampir 100 peratus di Manek Urai. - mj _

SPR akui peraturan baru gagal dipatuhi

KUALA KRAI, 14 Julai (Hrkh) - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui beberapa peraturan baru yang diperkenalkan tidak memberi kesan positif ketika berlangsung sesuatu pilihan raya.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, peraturan menghadkan pos panas (barung) dengan jarak 50 meter dari pintu masuk ke pusat pengundian tidak memberi apa-apa erti kepada kedua-dua parti yang bertanding di Manek Urai.

"Beberapa kejadian secara jelas melanggar peraturan SPR seperti had kawasan, penggunaaan sebarang logo dan lambang parti tidak diendahkan langsung," katanya ketika ditemui media di sini.

Image Menurutnya beliau melihat banyak berlaku perlanggaran terhadap peraturan SPR kedua-dua parti yang bertanding.

Sedangkan katanya sebelum ini kedua-dua pihak berjanji dan bersetuju untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. - mj _

BN-Umno penyebab provokasi dan tragedi berdarah

MANEK URAI, 14 Julai - Kehadiran Barisan Basional (BN-Umno), menjadi punca kejadian pergaduhan hingga melibatkan dua orang petugas PAS cedera parah di pusat membuang undi Sekolah Kebangsaan Sungai Peria, tengahari tadi.

Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, Pilihanraya Kecil Dun Penanti dan Manek Urai sangat berbeza sewaktu BN mengambil keputusan untuk bertanding pada pilihanraya itu. "Suasana pilihanraya kecil di Penanti sangat aman sebab BN tarik diri, tapi bila BN bertanding di Manek Urai sampai ada petugas PAS cedera," tegasnya merujuk insiden yang berlaku tengahari tadi. Menurut perbandingannya, faktor penyertaan BN di Manek Urai kali ini punca segala provokasi yang berlaku. Tambahnya, beliau percaya provokasi itu sengaja diwujudkan pihak BN terhadap penyokong PAS dan Pakatan Rakyat, kononnya nak menghangatkan suasana tetapi yang berlaku sebaliknya. "Mereka sengaja buat bermacam-macam provokasi kepada kita, kononnya nak menghangatkan suasana, tapi akhirnya ada yang tercedera akibat insiden baling-baling batu dan botol itu," kata ahli parlimen Rantau Panjang itu lagi. Selain itu, Zailah khuatir budaya tidak sihat itu akan menular kepada rakyat Malaysia, terutamanya kepada golongan muda dan ia bertentangan dengan konsep 1 Malaysia yang dicanangkan Perdana menteri mereka, katanya. "Dan dengan kejadian ini, rakyat dapat menilai kenapa semua yang berlaku hari ini boleh terjadi," ujarnya merujuk insiden yang berlaku.

http://prkn41.pas.org.my/

Jul 13, 2009

PAS tergugat di Manek Urai?

KUALA KRAI: Kurang 24 jam, lebih 12,000 pengundi di Manek Urai akan menentukan wakil rakyat dan parti pilihan mereka Selasa ini selepas berada di bawah PAS.

Kalau sebelum penamaan calon, PAS mendahului dengan 60 peratus sokongan manakala 40 peratus pengundi memihak kepada Barisan Nasional (BN), namun jurang itu kini semakin rapat sehinggakan ada yang berpendapat BN boleh menggugat kedudukan PAS.

Ini kerana beberapa kawasan kubu kuat PAS misalnya di Chuchoh Puteri, Sungai Sok dan Lata Rek kini boleh dimasuki jentera BN. Perkara itu adalah mustahil sebelum ini. Faktor generasi muda yang dahagakan pembangunan juga menyumbang ke arah itu.

Tumpuan juga diberi kepada kawasan peti undi yang mempunyai populasi pengundi yang tinggi seperti di Sungai Perial dengan 2,019 pengundi, yang juga peti undi tertinggi daripada sembilan peti undi di Manik Urai.

Pemerhati politik melihat keadaan itu sebagai pengukur kepada kematangan politik pengundi selain tiada isu tempatan yang mendesak dibangkitkan kecuali keduadua pihak cuba memainkan isu yang dekat dengan pemikiran "Melayu Pantai Timur".

PAS masih bersandar pada isu Islam dan dakwaan kerajaan persekutuan menganaktiri rakyat negeri itu melalui tuntutan royalti minyak, manakala BN pula berjanji untuk membawa pembangunan dan menjadikan kawasan itu "anak emas" kerajaan persekutuan.

Sentimen pengundi pula dikatakan tidak "sehebat" ketika pilihan raya kecil Bukit Gantang sebelum ini yang "panas" dengan isu krisis perlembagaan selain demografi pengundinya yang berbilang bangsa.

Demografi pengundi yang bersifat "homogenus" dengan 99.2 peratus pengundi adalah Melayu, kebanyakannya daripada kelas bawahan seperti pekebun kecil dan penoreh getah menghadkan spektrum isu yang boleh dimanipulasikan di Manik Urai.

Anggota Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli mengakui persaingan sengit di Chuchoh Puteri, Laloh dan Manik Urai Lama, kawasan yang dipercayai mempunyai pengundi di atas pagar.

"Toughfight (persaingan sengit)," kata Bendahari PAS itu walaupun optimis partinya mampu mengekalkan Manik Urai yang dimenangi sejak 1959. Kawasan itu pernah jatuh ke tangan BN pada 2004 ketika Ismail Yaakob, yang meninggal dunia 22 Mei lepas, tidak bertanding.

Di atas kertas PAS hanya mempunyai kira-kira 700 ahli di Manek Urai dengan Umno mempunyai lebih 4,000 ahli, namun angka itu tidak menjanjikan laluan mudah buat calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, bekas pegawai Kesedar.

"Ahli kita sikit tapi penyokong kita ramai," kata seorang pemimpin PAS tempatan yang optimis pengundi luar kawasan, dianggar lebih 1,000 orang, akan mengundi Mohd Fauzi Abdullah, 50, seorang pemborong ikan.

Sungguhpun bilangan pengundi Cina dan India kecil, masing-masing 52 dan 28 orang, keduadua parti yang bertanding turut bersaha mendapatkan sokongan mereka melalui parti komponen serta kelab penyokong parti.

Kempen kedua pihak dilihat semakin intensif dengan beberapa kejutan diumum. BN hari ini mengumum akan membina jambatan baru di Manek Urai Lama jika parti itu menang selain mahu menjadikan kawasan yang didominasi pekebun kecil, penoreh getah dan peneroka itu sebagai "kota agropolitan".

"Kejutan" PAS dijangka diumumkan esok, kata pengarah pilihan raya PAS Kelantan Abdul Fattah Harun.

"Malam ini juga menyaksikan penceramah "heavyweight" pembangkang, termasuk Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan turun berkempen.

Persoalannya, mampukan kejutan PAS itu mengekalkan "status quo" di Manek Urai, 14 Julai ini, atau pengundi membuat pilihan sebaliknya selepas menjadi saksi kepada apa dilakukan parti itu yang memerintah Kelantan, sejak 19 tahun lepas. BERNAMA

Polis beri amaran jangan adakan perarakan kemenangan pilihan raya

KUALA KRAI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran kepada partiparti politik yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri DUN) Manik Urai supaya tidak mengadakan perarakan untuk meraikan kemenangan selepas keputusan diumumkan malam esok.

Ketua Polis Kelantan SAC 1 Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata tindakan itu bagi memastikan ketenteraman awam dipelihara dan menegaskan bahawa polis tidak akan teragakagak mengambil tindakan tegas kepada pihak yang engkar.

"Pihak polis akan hadapi sebarang kemungkinan. Kita akan bertindak tegas," katanya pada sidang akhbar di Markas Taktikal PDRM di Laloh, Manek Urai, dekat sini hari ini.

Beliau berkata kempen pilihan raya DUN Manek Urai setakat ini telah berlangsung tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Sebanyak 74 ceramah iaitu 39 ceramah PAS, 34 ceramah Barisan Nasional (BN) dan satu ceramah bebas diadakan sepanjang kempen berlangsung sejak hari penamaan calon pada 6 Julai lepas hingga malam tadi, katanya.

Mengulas mengenai hari pengundian esok, Abdul Rahim berkata tiada jalan utama akan ditutup tetapi PDRM akan menempatkan 70 anggota trafik di tempat-tempat strategik bagi mengawal lalulintas.

"Ini bagi memastikan keselamatan dan lalulintas di sepanjang 27 kilometer Jalan Kuala Krai-Gua Musang teratur," katanya menambah PDRM sentiasa siapsiaga dengan sebarang kemungkinan.

Beliau berkata sebanyak 17 laporan polis dibuat oleh anggota polis pemantau dan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai beberapa kesalahan sepanjang kempen berlangsung seperti ceramah tanpa permit.

Tindakan susulan akan diambil berhubung laporan itu, katanya.

Esok, 12,293 pengundi Manek Urai akan memilih wakil rakyat mereka berikutan kematian Ismail Yaakob daripada PAS, pada 22 Mei lepas, akibat sakit jantung.

BN diwakili Tuan Aziz Tuan Mat, 39, manakala PAS Mohd Fauzi Abdullah, 50. BERNAMA

Nik Aziz istihar esok cuti!

KOTA BHARU, 13 Julai (Hrkh) - Semua kakitangan kerajaan negeri, Persekutuan dan swasta yang bertugas di negeri ini mendapat 'cuti am' esok (14 Julai 2009) yang diambil atas 'Cuti Peristiwa'.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengumumkan perkara itu di pejabatnya kira-kira pukul 9.15 pagi tadi.

"Setelah menghalusi dan mempertimbangkan keadaan hari pembuangan undi pilihan raya kecil Manek Urai yang barangkali dilihat sedikit tidak cermat, yang jatuhnya pada hari bekerja dan boleh menimbulkan banyak kesulitan, maka bersifat simpati kepada para pengundi dan anggota keluarga terlibat, saya bercadang untuk mengistiharkan 14 Julai sebagai cuti am bagi seluruh negeri Kelantan,"ujarnya lagi.

Menurutnya lagi, dalam semangat pro demokrasi kerajaan negeri mengutamakan kepentingan rakyat dan mendahulukan pencapaian.

Katanya, cuti berkenaan diambil mengikut peruntukkan undang-undang kerajaan negeri, iaitu atas 'cuti peristiwa' di samping mendapat rungutan pelbagai lapisan masyarakat khususnya pengundi sendiri.

Tambahnya, sebelum ini beliau mendapat maklumat Kerajaan Pulau Pinang turut mengisytiharkan cuti yang sama bagi menghadapi pilihan raya kecil di negeri itu baru-baru ini yang juga jatuhnya pada hari bekerja.

Sambungnya, walaupun pilihan raya hanya diadakan di Dun Manek Urai, tetapi terdapat ramai juga pengundi yang berada di luar Kelantan, termasuk luar jajahan di samping.

"Lagipun ada juga pengundi di Dun Manek Urai terdiri dari pegawai kerajaan, oleh yang demikian bagi mengurangkan kesulitan mereka, kita mengisytiharkan cuti tersebut,"katanya.

Sambungnya lagi, tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengumumkan hari pengundian jatuh pada hari bekerja begitu pelik berbanding sebelum ini pilihan raya diadakan pada hari Sabtu.

"Saya pun tak tahu kenapa SPR buat cuti pada hari bekerja dan bukannya hari Sabtu sebagaimana biasa,"ujarnya lagi.

Menyentuh tentang cuti am itu bakal menjadi rungutan khususnya bagi pihak swasta, beliau berkata,"yalah takkanlah pihak majikan nak kira untungnya sahaja,"ujarnya lagi. - mks. _

Jul 12, 2009

MANEK URAI - KITA SEMAKIN HAMPIR

Fatah: PAS hampir capai sasaran menang
Dua hari menjelang pilihanraya kecil DUN Manek Urai Selasa ini, PAS yakin telah hampir mencapai sasarannya bagi mempertahankan kerusi tersebut, kata Pengarah Pilihanraya PAS negeri, Fatah Harun. "Setakat ini, pada pusingan pertama, sasaran kita sudah sampai. Tetapi kita tidak boleh berdiam diri... kita kena terus juga (berusaha) supaya berada di tahap yang dikehendaki," katanya dalam sidang media harian PAS. "Hendak kata seratus peratus tidak bolehlah, tetapi hampir sampai ke matlamat dan sasaran kita," tambahnya. Mengulas lanjut peluang PAS, Fatah berkata, culaan mendapati pengundi Manek Urai yang berada di luar DUN itu, akan menyokong parti itu seperti dalam pilihanraya umum lalu, walaupun tidak diberikan sebarang subsidi untuk pulang mengundi. "Kita tidak ada apa-apa subsidi. Barangkali yang tuntut tambang itu bolehlah kita ikhtiar bayar," katanya sambil berkata kumpulan itu telah dihubungi melalui pelbagai kaedah, termasuklah mengadakan pertemuan, panggilan telefon dan SMS. Malaysiakini difahamkan, terdapat 1,300 pengundi parti itu di luar Kelantan. Manakala 400 lagi berada dalam negeri, tetapi di luar Manek Urai. Difahamkan juga, penyokong Umno di luar Kelantan pula seramai 500 orang. Mengenai kemungkintan berlakunya penipuan melalui pengundi hantu, Fatah berkata perkara itu "bukanlah isu sangat" di Manek Urai kerana penduduk kampung di sini saling kenal-mengenali antara satu sama lain. 'Kejutan PAS' "Penduduk kampung berbeza dengan penduduk bandar. Kadang-kadang (kediaman sejauh) sebatu, dua batu mereka sudah kenal. Kalau di bandar, kadang-kadang jiran pun tidak kenal. "Sebab itu, kalau ada pengundi tak betul, (mereka) akan dikenalpasti oleh ejen pengundian kita," katanya yang juga anggota biro politik PAS negeri. Sementara itu, disoal tentang "kejutan" PAS yang dijanjikan sebelum ini apabila memasuki tahap akhir kempen, Fatah masih mahu berteka-teki mengenainya. "Itu rahsia," katanya, sambil memberitahu esok merupakan masa yang paling sesuai bagi mengumumkannya. Beliau bagaimanapun menyifatkan kejutan itu tidak seperti "pengumuman besar" Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin - yang dijadualkan diumum jam 3 petang ini di Manek Urai Lama. "Kita ada cara lain. Bukan bermakna hendak seimbangkan dengan (pengumuman) BN. Kalau tidak ada timbalan perdana menteri pun (buat pengumuman pun), kita akan buat juga sesuatu." Diminta mengulas ketidakhadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak setakat ini, Fatah berkata: "Saya tidak boleh hendak jangka (kehadirannya). Perdana menteri tidak hadir, kemungkinan dia sudah tahu melalui risikannya, isu Altantuya yang berlaku sebelum ini, memang kita simpan. "Kalau dia mari, kita akan gunakan isu ini. Setakat ini kita akan bekukan dulu isu ini."/Malaysiakini

Mengapa Najib tidak muncul di Manek Urai?

KUALA KRAI, 12 Julai (Hrkh) - Mengapakah Dato' Seri Najib Razak tidak muncul-muncul di Manek Urai?

Ini persoalan yang belum terjawab biar pun sudah dilontarkan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada penamaan calon sebelum ini.

Kini tinggal sehari lagi kempen menjelang pilihan raya Selasa ini, namun Perdana Menteri tidak muncul.

"Mungkinkah Presiden Umno takut dengan bayangan Altantuya sehingga tidak kelihatan di Manek Urai sehingga sekarang?

"Ramai orang tertanya mengapa Perdana Menteri tidak kelihatan," kata Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Haji Abdul Fatah Harun pada persidangan media di Markas Induk PAS di sini, hari ini.

Perdana Menteri nampaknya menyerahkan tugas membawa cabaran Umno di Manek Urai kepada timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dan hari ini beliau hadir pada sambutan perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Kelantan di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru.Image

Umno terpaksa menggunakan orang di luar Manek Urai hadir pada program yang dianjurkan memandangkan penduduk tempatan seperti tidak menghiraukan sehingga kehadiran Muhyiddin pun kurang mendapat sambutan.

Hari ini ramai guru dari seluruh Kelantan diarah hadir bagi memperlihatkan program dihadiri Timbalan Perdana Menteri mendapat sambutan.

Malah guru yang hadir berada jauh dari khemah yang disediakan, seperti tidak menghiraukan ucapan pemimpin Umno.

Banyak pihak berhujah ketidakhadiran Perdana Menteri membayangkan BN menghadapi laluan sukar di Manek Urai. Ia juga menggambarkan pemilihan Tuan Aziz Tuan Mat seperti tidak mendapat perkenan Najib, sebaliknya pilihan Muhyiddin.

Abdul Fatah juga melahirkan rasa bimbang di atas kehadiran begitu anggota polis di Manek Urai sehingga menimbulkan kecurigaan kerana ramai di kalangan mereka difahamkan tidak mempunyai tugas yang khusus.

Katanya, banyak cawangan polis yang dihantar ke Manek Urai termasuk 'special branch', bahagian trafik dan lebih ramai yang kelihatan tidak mempunyai tugas.

Image"Kita tidak tahu apa fungsi mereka dengan kehadiran yang begitu ramai anggota polis. Kita akan cuba dapatkan maklumat mengenai apa sebenar peranan mereka," katanya.

Ditanya dengan kehadiran anggota polis yang kemungkinan wujud pengundi hantu kata beliau, PAS juga merasa bimbang kerana tidak tahu apa sebenar fungsi mereka sehingga terlalu ramai di Manek Urai.

Menurutnya kehadiran polis juga menimbulkan rasa resah di kalangan penduduk tempatan sehingga menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas terutamanya di Cabang Tiga Laloh.

Kata beliau, polis meletak kenderaan di tepi jalan sehingga menghalang lalu lintas.

"Kami berharap pihak berkenaan mengambil kira masalah yang dihadapi penduduk memandangkan kehadiran ramai polis menimbulkan rungutan masyarakat," katanya.

Beliau juga mendakwa ada sebuah rumah yang didiami isteri kepada seorang pegawai polis telah dijadikan markas Umno.

Abdul Fatah juga berkata, kerajaan pusat menggunakan secara berleluasan jentera kerajaan bagi membantu kempen BN termasuk Kesedar, Risda, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pertanian dan banyak lagi kementerian lain.

Menurutnya, sehingga kini kerajaan pusat dan Petronas belum lagi menjelaskan mengenai tuntutan royalti kepada kerajaan Kelantan. - mj/mks. _

'Tukar agama seketika tak apa' - kata petugas Umno

KUALA KRAI, 12 Julai (Hrkh) - "Tukar agama seketika, bukan lama sangat tak apa," kata seorang petugas di sebuah rumah pemimpin Umno di Kuala Lumpur ketika membahagikan wang tambang kepada pengundi Dun Manek Urai.

Kata-kata itu dilontarkan petugas berkenaan sambil tersenyum seakan berseloroh tanpa menyedari kata-katanya itu memberi kesan yang besar kepada dirinya sendiri.

Seorang penduduk yang enggan dikenali ketika mendedahkan perkara itu berkata, petugas berkenaan memberitahu pemberian wang tambang itu bukannya rasuah.

"Dia juga ada bertanya hendak undi parti mana. Malah ada nama yang disenaraikan mendapat tambang tersebut pada peringkat awal digugurkan apabila dia curiga tidak menyokong Umno," katanya di sini.

Menurutnya, setiap pengundi yang datang menemui petugas berkenaan di rumah seorang pemimpin kanan Umno di Kuala Lumpur memberitahu mereka diberi wang sebanyak RM200.

Katanya juga pemimpin Umno itu sebelum ini menghimpunkan pengundi-pengundi Manek Urai yang tinggal di Kuala Lumpur di rumahnya bagi mempengaruhi mereka supaya tidak pulang mengundi.

Bagaimanapun pada pertemuan kedua pemimpin itu melalui beberapa agen yang dilantik menyenaraikan nama-nama pengundi Manek Urai yang tinggal di Kuala Lumpur dan mahu pulang mengundi. - mj/mks. _

Islam jamin keadilan untuk bukan Islam

MARANG, 12 Julai (Hrkh) - Islam tetap akan memberi jaminan keadilan hak terhadap orang bukan Islam sebagaimana yang termaktub dalam al-Quran dan hadis Nabi s.a.w.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata hak orang bukan Islam di negara ini tetap dijamin dengan adil.

Oleh itu, katanya masyarakat bukan Islam tidak perlu bimbang dalam urusan kebebasan hak kehidupan, perkahwinan dan makanan.

"Kita (PAS) jamin boleh selesai kerana hak orang bukan Islam tetap dijamin dengan adil dalam keadaan kita memelihara masyarakat sekeliling.

"Apa lagi dalam suasana negara dilanda penyakit H1N1 pada hari ini dan itu perlu dipandang dengan serius.

"Kita tidak boleh haram (makan babi) walau itu membawa penyakit tetapi itu hak orang bukan Islam yang mesti kita beri kepada mereka," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS) merobohkan pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya, Alor Star, Kedah.

Ustaz Abdul Hadi berkata hak orang bukan Islam dijamin oleh al-Quran dan Hadis dalam masalah kehidupan, perkahwinan dan makanan mereka.

"Dijamin oleh al-Quran, dijamin oleh Hadis Nabi s.a.w. supaya hak orang bukan Islam dalam masalah kehidupan mereka, perkahwinan mereka, makanan mereka hendaklah diberi kebebasan dengan kawalan-kawalan yang manasabah.

"Kita (PAS) serah kepada Kerajaan Negeri Kedah untuk melaksanakan kawalan yang munasabah dengan tidak menafikan hak orang bukan Islam," ujarnya ketika ditemui di rumahnya, baru-baru ini. - mks. _

"Jika telus, tiada pecah amanah dan rasuah"

SHAH ALAM, 12 Julai (Hrkh) -"Islam amalkan ketelusan...tiada pecah amanah,rasuah jika amalkan ketelusan dalam setiap pekerjaan yang dilakukan."

Demikian pandangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam sewaktu merasmikan Kongres Pertama Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara (Ko-SPIN '09) yang dianjurkan oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis).

Kongres yang bertemakan 'Rejuvinasi Pendidikan, Memartabatkan Insan' telah diadakan di Auditorium Muzium Shah Alam dekat sini yang juga dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali.

Hadir sama dalam majis perasmian ini, Penasihat Ko-SPIN '09, Prof Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah; Presiden Gamis, Mohd Dzul Khairi Mohd Nor; Pengarah Ko-SPIN '09, Siti Nurul Munawirah Mohd Roslan dan wakil Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Azmi.

Dalam sidang media, Menteri Besar berkata, tujuan diadakan kongres ini adalah untuk mengalakkan mahasiswa agar dapat meluahkan pendapat dan mencari jalan bagaimana pendidikan Islam dapat dimasukkan ke dalam pendidikan Malaysia.

"Ini adalah kerana Islam mengamalkan konsep ketelusan, kita mahukan konsep ketelusan itu diamalkan dalam semua bidang perkerjaan supaya tidak berlaku pecah amanah, rasuah dan sebagainya.

"Seorang doktor itu tidak lagi payah belajar tentang rukun iman dan tajwid kerana sebab selepas dia mendapat sekeping ijazah kedoktoran, semua keilmuan Islam itu termasuk dalam sistem pendidikannya.

"Seorang akauntan sudah juga mempunyai kefahaman tentang islam dan memberi pandangan supaya tidak curang, tidak rasuah, banyak membuat bakti kepada masyarakat, usaha ketelusan dalam bidang perakaunan, kita mahu ketelusan,"jelasnya.

Dalam Islam katanya,"ketelusan itu sudah wujud, tidak boleh dipersoalkan lagi. Di sini kita berbincang mengenai etika perakaunan tapi dalam Islam sudah ada ketelusan tidak payah etika, etika itu telah wujud dalam islam jadi tak payah kita adakan satu kursus, bagaimana untuk jadi baik.

"Itulah keistimewaan Islam, saya menyokong penuh usaha mahasiswa dan mahasiswi untuk berbincang bukan merupakan satu perkara yang senang dan juga bukan satu konsep yang senang dilaksanakan dengan segera.

"Sistem itu, sudah terpahat dan bagaimana mengubah sistem itu supaya sistem itu dapat menerima aliran pemikiran yang baru dalam satu pertemuan secara mesyuarah bukan satu proses yang bertentangan maknanya kita menentang begitu sahaja,"katanya.

Tambah beliau, perubahan perlu dilakukan dengan cara yang betul, tertib dalam usaha kita melakukan dakwah dan berbincang mengenai cara untuk mudah difahami oleh semua masyarakat dalam sebuah masyarakat majmuk.

"Kehidupan dalam masyarakat majmuk, kita mesti tertib kerana kita tidak mahu mengatakan bahawa agama islam itu tidak dillihat sebagai satu agama kekerasan," katanya. - mks._

Jul 10, 2009

Kronologi/Chronology

Berikut adalah kronologi penjualan tanah Lot 698, Bandar Gelugor, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, Kampung Buah Pala daripada maklumat yang di-klasifikasikan:
11/07/2001 – Permohonan dikemukakan oleh Koperasi Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Pulau Pinang untuk membeli tanah seluas 6.5 ekar. Lesen Pendudukan Sementara (TOL) telah dikeluarkan kepada 30 penama dan terdapat 43 buah rumah di tanah tersebut.
16/07/2001 – Kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan menyampaikan kertas cadangan permohonan membeli tanah kepada Pejabat Tanah dan Galian. Permohonan telah ditolak kerana dua permohonan serupa sebelum ini ditolak.
01/09/2002 – Jawatankuasa Tanah memperaku untuk meluluskan permohonan oleh pihak Koperasi Pegawai Kanan Kerajaan Pulau Pinang, menyatakan sebab pemohon adalah koperasi.
11/12/2002 – Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri menangguhkan keputusan untuk menjual tanah tersebut. Ketua Menteri ketika itu Tan Sri Dr.Koh Tsu Koon meminta MMK (EXCO) mempertimbangan untuk memberi kelulusan kepada permohonan tersebut berdasarkan cadangan yang dikemukakan. Cadangan pembangunan yang dikemukakan adalah untuk membina Pangsapuri 247 unit – Kos Rendah, Pangsapuri 400 unit – Kos Sederhana, dan 12 Unit kedai.
18/08/2004 – Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Pulau Pinang meluluskan permohonan oleh Koperasi Pegawai Kanan Kerajaan Pulau Pinang untuk membeli tanah tersebut.
08/06/2005 – Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Pulau Pinang lagi sekali telah meluluskan permohonan untuk membeli tanah tersebut oleh Koperasi Pegawai Kanan Kerajaan Pulau Pinang.
12/07/2005 – Harga penjualan tanah ditetapkan sebanyak RM 6..42 juta. Pihak Koperasi membuat rayuan untuk mengurangkan premium sebanyak 50%.
09/04/2006 – Ketua Menteri Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon menyatakan penjualan tanah tersebut adalah sebagai ganti untuk sebuah bangunan di sebelah Dewan Sri Pinang, dan menyatakan persetujuan beliau untuk memberikan diskaun sebanyak 50% ke atas premium yang asalnya bernilai RM 6.42 juta. Dengan pemberian diskaun sebanyak 50%, maka kadar premium bagi luas sekaki persegi ialah RM 10. Ianya adalah terlalu murah untuk tanah yang berada di kawasan prima.
Cadangan Pampasan kepada penduduk yang dikemukakan oleh Koperasi Pegawai Kanan Kerajaan Pulau Pinang seperti berikut :-
1 rumah kos rendah yang bernilai RM 17,000
Subsidi Sewa Rumah sebanyak RM 750 selama 36 bulan
Kos Pemindahan Rumah sebanyak RM 1000
Atau
RM 90,000 Tunai sebagai ganti rugi
25/04/2007 – Timbalan Ketua Menteri, Dato Seri Abdul Rashid Abdullah menyatakan tawaran pampasan yang dibuat oleh Koperasi Pegawai Kanan Kerajaan Pulau Pinang adalah jauh lebih baik dari garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri dan mencadangkan tanah dijual pada harga RM 3.21 juta.
Oktober 2007 – Notis Pengeluaran telah dikeluarkan.
11/10/2007 – 14 buah rumah telah dirobohkan setelah pemilik-pemilik tersebut menerima tawaran yang telah dibuat oleh pihak Koperasi.
14/03/2008 – Koperasi Pegawai Kanan Kerajaan Pulau Pinang menjelaskan tunggakan premium sebanyak RM 2,247,000. Surat hak milik pajakan selama 99 tahun telah dikeluarkan.
27/03/2008 - Surat hakmilik didaftarkan sebagai PT 59 HS (D) 15868 Bandar Gelugor, Daerah Timur Laut, Pulau pinang. Jenis hakmilik ialah Pajakan Negeri 99 tahun dan jenis kegunaan tanah adalah "bangunan".
Sejak 2008 juga, ADUN dan Kerajaan Pakatan Rakyat telah menghentikan perobohan Kg Buah Pala sebanyak LIMA (5) kali.

Ahli, penyokong PAS diminta puasa sunat, solat hajat, 12 Julai

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan semua ahli, penyokong parti serta mereka yang bersimpati dengan perjuangan Islam agar melakukan puasa sunat pada hari Ahad, 19 Rejab bersamaan 12 Julai nanti.

Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali, dalam satu kenyataannya kepada Harakah, berkata puasa sunat bersempena pilihan raya kecil Manek Urai yang bakal berlangsung pada 14 Julai ini.

Beliau berkata, sehubungan itu, pada sebelah malamnya diminta semua ahli PAS solat hajat dan bermunajat untuk memohon kepada Allah agar diberikan kemenangan yang cemerlang kepada calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah dalam pilihan raya kecil tersebut.

"Semua ahli PAS diminta melaksana arahan daripada Mursyidul Am dan Presiden itu.

"Kerjasama dan komitmen semua pihak bagi memastikan kejayaan PAS dalam pilihan raya kecil itu didahului dengan ucapan Jazakallahu Khairan Khathira," ujarnya. _

DAP Kedah batal keputusan keluar Pakatan

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Hrkh) - DAP Kedah hari ini menarik balik keputusan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat selepas mendapat jaminan kerajaan negeri untuk menyelesaikan semua pertikaian yang dibangkitkan sebelum ini.

Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su berkata, keputusan tersebut diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa DAP negeri itu yang berakhir tengah hari tadi.

"Kita menarik balik keputusan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat yang kita buat sebelum ini," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Pada 1 Julai lalu DAP Kedah mengumumkan untuk keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran PAS di negeri itu antara lain termasuk tindakan merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya.

Bagaimanapun Thomas berkata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak telah memberi jaminan untuk menyelesaikan isu berkenaan secepat mungkin.

"Ada beberapa perkara yang kita bangkitkan sebelum ini telah diselesaikan dan ada yang akan diselesaikan kemudian.

"Sebagai contoh isu pusat penyembelihan babi, MB (Menteri Besar) telah memberikan kita tempat alternatif iaitu di sebuah kawasan di Gurun," katanya. - azm _

Jul 9, 2009

Pemansuhan PPSMI hasil perjuangan rakyat

Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengalu-alukan tindakan pihak kerajaan memansuhkan dasar PPSMI yang telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pelajaran sejak dari tahun 2003.

Image

Tindakan pemansuhan ini adalah juga hasil dari kempen berterusan dan perjuangan yang dilakukan oleh pihak pejuang bahasa, pakar pendidikan, pengkaji, ibubapa pelajar, badan-badan bukan kerajaan (NGO), parti politik seperti PAS dan pelbagai lapisan masyarakat.

Keputusan pemansuhan ini dilaksanakan setelah ratusan juta wang rakyat dihabiskan untuk melaksanakan satu dasar yang tidak mengalami proses kajian dan perbahasan yang teliti, di samping ianya adalah merupakan satu ujikaji yang akhirnya mendatangkan kesan yang buruk kepada generasi anak-anak. Image

Para pengkaji dan ibubapa juga sebenarnya telah menilai prestasi pelajar dan jurang pencapaian matapelajaran Sains dan Matematik yang semakin melebar di antara pelajar luar bandar dan di kawasan kosmopolitan.

Selain dari penekanan bahasa Inggeris oleh pihak kerajaan, PAS juga berpendapat bahawa bahasa-bahasa ibunda yang lain juga perlu diberi ruang yang secukupnya untuk dipelajari oleh rakyat pelbagai kaum di negara ini.

PAS juga menyeru pihak kerajaan supaya memperbetulkan kesilapan lalu apabila pihak kerajaan pimpinan Umno juga meneruskan sistem yang melemahkan bahasa Melayu dan peranannya dalam ilmu sejak beberapa dekad yang lalu apabila digubal Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Image

Tindakan ini sangat memalukan kerana rakan-rakan kita kaum Cina dan India dapat mempertahankan tulisan dan bahasa masing-masing, sedangkan tulisan jawi Bahasa Melayu dipinggirkan oleh dasar yang digubal oleh Umno sendiri. Oleh yang demikian, penggunaan bahasa Melayu bertulisan jawi juga mestilah diperkenalkan semua.

PAS berpendapat bahawa episod ini menyerlahkan beberapa kepincangan dalam pengenalan dasar dan pelaksanaan oleh kepimpinan negara.

Pertama, dasar yang sebegini besar dan melibatkan beberapa generasi pelajar khususnya, seharusnya melalui proses kajian dan perbahasan yang lebih mendalam sebelum ianya dapat dilaksanakan. Image

Ianya bukan sahaja melibatkan perbelanjaan yang menjangkau ratusan juta ringgit, tetapi juga telah menjadikan pelajar sebagai satu objek ujikaji dengan membuat dasar berpandukan kepada pandangan satu dua orang pemimpin negara semata-mata.

Dalam hal ini juga, pihak kerajaan hanya memandang sepi dan menunjukkan sikap berdegil terhadap semua pandangan yang mempertikaikan keberkesanan PPSMI di awal pengenalannya.

Kedua, pihak kerajaan tidak mempunyai satu mekanisme yang cekap dalam membuat penilaian segera terhadap pengenalan dasar ini, terutamanya dari segi keberkesanan dan juga audit perbelanjaan peruntukan yang telah dibelanjakan sewenang-wenangnya.

Seluruh episod ini sebenarnya menyebabkan kita juga berhak mempersoalkan kewajaran dasar-dasar besar yang lain, samada telah melalui proses-proses yang ketat sebelum ianya diperkenalkan. _

Pertemuan Ustaz Azizan & Lim Kit Siang: Masalah di Kedah selesai

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Hrkh) - Segala masalah yang timbul dalam Pakatan Rakyat Kedah sudah selesai jelas Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Razak.

Iklan
Image

Beliau yang mengadakan pertemuan dengan Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang menjelaskan satu jalan penyelesaian telah dicapai demi untuk memastikan kestabilan pentadbiran Pakatan Rakyat Kedah.

Untuk mencapai tujuan tersebut sebuah sekretariat Pakatan Rakyat Kedah ditubuhkan untuk menyelesaikan segala masalah yang timbul selepas ini.

"Masalah yang timbul telah selesai dan semua pihak (DAP dan PAS) telah menjelaskan apa yang berlaku.

"Ini soal 'rumahtangga' kita selesai sendiri tak perlu orang lain nak risau dan heboh-heboh," jelas beliau. Image

Azizan juga menjelaskan dalam pertemuan tersebut, beliau telah menerangkan mengenai isu kuota rumah kepada Lim Kit Siang dan pemimpin DAP yang turut hadir.

Pemimpin DAP, tegas beliau dapat memahami apa sebenarnya berlaku dan menerima penjelasan beliau termasuk soal kuil yang turut dibangkitkan dalam pertemuan tersebut.

Menjelaskan mengenai isu pusat penyembelihan babi, Azizan menjelaskan pihak kerajaan negeri telah mencapai kata sepakat bersama Persatuan Penyembelih Babi di Kedah untuk membina satu pusat penyembelihan yang berteknologi tinggi.

"Pusat penyembelihan baru itu nanti berteknologi tinggi dan ia tidak akan menganggu penduduk dalam soal bau busuk dan persekitaran," jelas beliau dalam satu sidang media bersama Lim Kit Siang di sini petang semalam Image

Sementara itu, Lim Kit Siang dalam sidang media itu menjelaskan DAP Kedah telah membentangkan memorandum isu yang menjadi perhatian rakyat dalam pertemuan hampir sejam bersama Menteri Besar Kedah itu.

Beliau turut gembira dengan hasil pertemuan tersebut kerana ia memberikan gambaran Pakatan Rakyat mampu menyelesaikan masalah yang timbul dalam masa yang singkat.

Ahli Parlimen Ipoh Timur itu juga menjelaskan, beliau akan memastikan akan ke Kedah sebulan sekali untuk memastikan kerjasama antara Pakatan Rakyat dapat dikukuhkan lagi.

"Segala masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan bijak dan saya gembira dengan pertemuan ini.

"Hasil pertemuan ini ialah mengambil satu tindakan yang boleh mengatasi masalah yang dihadapi rakyat," jelas beliau.

Beliau juga menjelaskan, kerjasama kukuh antara parti dalam Pakatan Rakyat akan diteruskan untuk memastikan Barisan Nasional dapat ditumbangkan dalam Pilihan Raya umum ke 13 nanti. - azm_

Koh Tsu Koon, BN punca isu Kampung Buah Pala

PULAU PINANG, 9 Julai (Hrkh) - Barisan Nasional (BN) dan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon merupakan punca sebenar konflik yang berlaku di Kampung Buah Pala, Gelugor ketika ini dan bukannya Kerajaan Pakatan Rakyat sepertimana yang gambarkan oleh media.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam sidang medianya tengahari semalam menyifatkan, kenyataan Koh Tsu Koon yang menyalahkan Kerajaan Pakatan Rakyat kerana tidak memperdulikan keresahan penduduk di kampung terbabit adalah taktik terbaru bagi menutup kesilapannya menjual tanah tersebut pada sebuah syarikat swasta setelah hak milik tanah ditukar kepada Koperasi Pegawai Kerajaan sepenuhnya apabila baki premium dibayar pada 27 Mac 2008.

Jelas beliau lagi, sepatutnya Koh yang juga Ahli Parlimen dari negeri ini tambahan lagi pernah menjadi Ketua Menteri harus masuk campur dengan membawa usul ini ke kabinet agar penyelesaian dapat diatasi.

"BN, Koh Tsu Koon dan barisan exconya kena dipersalahkan dalam hal ini kerana tindakan mereka menyebabkan penduduk Kampung Buah Pala dalam dilema. Padahal peristiwa melaksanakan projek besar tidak timbul sekiranya kerajaan BN waktu itu bersikap mesra dan tidak menipu, " ujarnya.

Beliau juga mengesahkan Kerajaan Pakatan Rakyat tidak mampu menyelamatkan kedudukan kampung terbabit kerana ketandusan kewangan melainkan berharap Kerajaan Pusat menebus kembali dengan membayar pampasan kepada syarikat Nusmetro Venturues (P) Sdn Bhd kerana didakwa mengalami kerugian tidak menjalankan projek yang dirancang ekoran penduduk menghalang dengan membawa ke mahkamah.

Namun, pada awal Jun lalu setelah syarikat berkenaan berjaya mengemukakan penghujahan di Mahkamah penduduk masih tidak mahu keluar dari kawasan seluas 6.5 ekar berikutan hak mereka dinafikan menerusi jalan penipuan sedangkan mereka tinggal di situ melebihi 100 tahun.

"Sebagai kerajaan baru yang memerintah, kita tidak boleh buat apa-apa kerana Pejabat Tanah dan Galian Negeri telah memberikan hak milik tanah kerajaan kepada Koperasi Pegawai Kerajaan bertarikh 9 Januari menerusi rujukan mereka PTG/PMP/DTL/274 yang ditandatangani oleh Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang, Haji Arifin Awang, " terangnya.

Lim dalam kenyataan juga menyebut Kerajaan Negeri akan menggunakan Akta Kanun Tanah Seksyen 116 di mana sekyen 116 (1) (D) menyebut mana-mana tanah yang menjadi milik kerajaan apabila hendak dibangunkan mesti mendapat kebenaran secara bertulis sebelum pembangunan dibuat.

Beliau juga menafikan Kerajaan Negeri cuba lari daripada tanggungjawab sebaliknya Kerajaan Negeri sedaya upaya mencari jalan bagaimana untuk menyelamatkan kedudukan kampung itu daripada terus ditipu oleh BN.

Kerajaan Negeri juga berpendapat sekiranya mana-mana keluarga mahukan pampasan mereka harus bersabar kerana kerajaan sedang berusaha mendesak pemaju membayar pampasan sebanyak RM200 ribu kepada setiap keluarga.

Perkara itu sedang dibincangkan dengan semua pihak termasuk pemaju sehingga tarikh 2 Ogos akan datang dan selepas itu kerajaan akan mengkaji pampasan yang akan diberikan.

Menyentuh mengenai tuduhan seorang penduduk yang mengatakan jangan persalahkan Najib dalam hal ini sebaliknya menunding jari pada Kerajaan Pakatan Rakyat kononnya menandatangani perjanjian dengan pemaju pada 27 Mac 2008 iaitu selepas peralihan kuasa beliau berkata, Kerajaan Negeri tiada sebarang urusan dengan pemaju melainkan Kerajaan BN terdahulu bersama Koperasi Pegawai Kerajaan.

Ini bermakna Exco Kerajaan BN telah meluluskan dua kali tanah tersebut pada Koperasi iaitu pada 2004 dan 2006.

"Kerajaan Negeri Pulau Pinang sekarang tidak pernah merestui peristiwa yang berlaku di Kampung Buah Pala tetapi apa boleh buat nasi sudah jadi bubur. Kerajaan BN patut bertanggungjawab dalam kes ini, " katanya penuh harap.

Turut hadir dalam kenyataan akhbar itu ialah Timbalan Ketua Menteri, Dr Mansor Othman dan Profesor Ramasamy serta Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh. - mks. _

Jul 8, 2009

4 ADUN `KATAK' DI PERAK TIDAK LAYAK BERADA DALAM PR

Oleh: WFAUZDIN NS
URA-URA tersebar luas kononnya terdapat Adun Bebas di Perak akan kembali ke pangkuan PR. Berita tersebut telah dinafikan oleh mereka, Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana perkara ini tidak berlaku. Pada saya biarlah kita kehilangan kuasa di Perak daripada kita memegang kuasa tetapi dalam masa yang sama kita memelihara manusia `spesis' seperti ini. Apa jaminan manusia seperti ini boleh diharapkan untuk menyelamatkan rakyat di Perak? Pada mereka, diri sendiri lebih penting dari segalanya. Dua Adun tersebut adalah dari PKR, satu dari DAP manakala satu lagi dari Umno kemudian PKR dan kemudiannya Umno kembali. Spesis katak 4 ekor ini akan dikenang sebagai peruntuh segala amalan demokrasi di Perak serta punca segala yang berlaku di Perak. Bukan sedikit dosa mereka kepada rakyat Perak apatah lagi kepada Tuhan mereka. Mereka boleh insaf dan bertaubat kerana itu adalah hak mereka, tetapi usaha untuk membawa mereka masuk kembali ke dalam perjuangan kita di dalam PR hendaklah ditentang. Tumpuan kita sekarang adalah untuk memulihkan kembali demokrasi tulen di Perak dengan menuntut Dun Perak dibubarkan serta merta. Jangan kita membuang banyak masa untuk melayani keempat-keempat manusia ini. Biarkan mereka dengan haluan dan habuan mereka di dunia ini. PR di Perak seharusnya `berputus arang dan berkerat rotan' dengan manusia jenis ini kerana kita tidak mahu PR dipandang hina umpama `pelanggan kepada beberapa pelacur murahan'. Kita perlu terus berjuang dengan sabar. Kita tidak perlu mengambil jalan singkat dan mudah tetapi pada akhirnya merosakkan parti kita sendiri. Lupakan sahaja mereka dan anggap sahaja mereka sudah tidak wujud lagi di dalam kamus PR. PR boleh menerima sesiapa sahaja dari Umno/Bn yang ingin bersama kita memperjuangkan nasib rakyat di Perak, tetapi bukan mereka yang empat `spesis katak' ini. Kita cuma boleh mendoakan agar mereka insaf sebelum mereka menemui Tuhan mereka.

PPSMI: Muhyiddin jelaskan Mahathir perubahan dasar

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad secara umumnya menerima hakikat bahawa dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) perlu diubah.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata beliau sebelum ini telah mengadakan perbincangan lebih tiga jam bersama Dr. Mahathir bagi menjelaskan mengenai kesukaran yang dihadapi oleh banyak pihak termasuk keupayaan guru untuk menjayakan dasar yang diperkenalkan beliau itu.

"Saya berkesempatan untuk memberi taklimat kepada Tun sebagai menghormati bahawa beliaulah pencetus idea PPSMI.

"Segalanya telahpun kita jelaskan, saya dan beberapa pegawai telah menunjukkan tentang apakah kemajuan ataupun masalah yang dihadapi oleh pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan misi beliau.

"Sebenarnya sukar untuk diteruskan...tapi umumnya beliau menerima hakikat ini," katanya dalam sidang media khas di Kementerian Pelajaran di sini hari ini.

Beliau sebelum itu mengumumkan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan akan dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia berkuat kuasa pada 2012.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil pula akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing.

PPSMI diperkenalkan pada 2003 sewaktu Dr. Mahathir masih menjadi Perdana Menteri dan kumpulan pertama murid-murid yang mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sejak Tahun Satu ialah mereka yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lepas.

Bagaimanapun Muhyiddin berkata kerajaan mengambil kira pandangan Dr Mahathir dalam memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris termasuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi serta dengan mewujudkan makmal bahasa.

"Tun juga bagi pandangan supaya kita guna ICT yang lebih interaktif untuk menguasai bahasa Inggeri dan menyediakan makmal bahasa...itu pandangan yang kita terima," katanya.

Sementara itu Muhyiddin menafikan keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI adalah berdasarkan pertimbangan politik.

Jelasnya kerajaan membuat keputusan itu berdasarkan kepada kajian saintifik terhadap perkara tersebut.

"Ia dibuat bukan kerana faktor politik atau pilihan raya kecil Manek Urai. Ia dibuat kerana kepentingan negara.

"Keputusan kerajaan itu sejajar dengan kajian Unesco yang menunjukkan adalah lebih mudah pelajar menguasai ilmu di peringkat awal persekolahan dengan menggunakan bahasa ibunda," katanya.

PPSMI dimansuh, Sains dan Matematik dalam BM, bahasa ibunda pada 2012

PUTRAJAYA: Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan akan dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia manakala di SJK Cina dan Tamil akan dikendalikan dalam bahasa ibunda masing-masing.

Perkara tersebut diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata pelaksanaan tersebut akan mula dikuat kuasa pada 2012.

"Pelaksanaan akan diadakan secara bertahap di Tahun Satu dan Tahun Empat di sekolah rendah dan Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di sekolah menengah bermula tahun 2012.

"Perubahan ini bagaimanapun tidak melibatkan Tingkatan Enam dan Matrikulasi," katanya pada sidang media khas di Kementerian Pelajaran hari ini.

Jelas Muhyiddin, Kabinet hari ini meluluskan cadangan strategi Kementerian Pelajaran untuk memartabatkan Bahasa Malaysia dan memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan.

Katanya, strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran mengenai dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak 2003.

"Untuk memastikan pelaksanaan strategi baru itu tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti PPSMI, pengajaran dan pembelajaran untuk kedua-dua mata pelajaran itu akan dibuat dalam dwibahasa sehingga kohort terakhir PPSMI tamat pada 2014," katanya.

Beliau berkata, kerajaan mengambil keputusan itu setelah meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan mengenai PPSMI yang menunjukkan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan seperti mana yang dihasratkan.

"Apa ysng dilaksanakan ialah PPSMI/BM iaitu guru-guru mengajar pelajaran Sains dan Matematik dalam dwibahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia," katanya.

Bagaimanapun Muhyiddin berkata, kerajaan memutuskan agar pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan dimantapkan dengan memperkenalkan beberapa langkah antaranya seperti berikut:

- Menambah bilangan guru Bahasa Inggeris seramai 13,933. Jumlah itu termasuk 1,000 orang guru luar negara, 6,000 orang guru bersara dan 12,333 guru tambahan daripada IPGM, IPTA dan IPTS.

- Peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi sekolah kebangsaan Tahap I ditambah sebanyak 90 minit daripada 240 minit menjadi 330 minit seminggu. Manakala bagi Tahap II ditambah sebanayk 90 minit daripada 210 minit menjadi 300 minit seminggu.

- Peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi SJK Cina dan Tamil Tahap I ditambah seratus peratus iaitu daripada 60 minit menjadi 120 minit seminggu manakala bagi Tahap II ditambah sebanyak 30 minit daripada 90 minit menjadi 120 minit seminggu.

- Peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi Tingkatan Satu hingga Enam ditambah sebanyak 80 minit daripada 200 minit menjadi 280 minit seminggu.

- Peruntukan waktu bagi MUET untuk Tingkatan Enam ditambah sebanyak 80 minit daripada 320 minit menjadi 400 minit seminggu.

- Peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi matrikulasi ditambah seratus peratus iaitu daripada tiga jam menjadi enam jam seminggu.

Tambah Muhyiddin, pemantauan kementerian pada tahun lalu mendapati hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran Sains dan Matematik.

"Secara purata, peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53-58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.

"Selain itu hanya sebahagian guru Matematik dan Sains di sekolah menengah dan rendah yang mengambil ujian Penilaian Tahap Profisiensi bahasa Inggeris pada tahun lalu mencapai tahap profisiensi," katanya.

Menurut beliau, peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran sains dalam UPSR tahun lalu telah merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus bagi sekolah luar bandar.

"Bagi mata pelajaran Matematik, pencapaian murid bandar telah merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus manakala pencapaian murid luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus.

"Malah jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa PPSMI dilaksanakan," katanya.

Kedah MB says differences settled with state DAP

KUALA LUMPUR, July 08 (ES) - The Pakatan Rakyat coalition has agreed to form a state level task force in the northwest state of Kedah to iron out any differences among its members.

Kedah Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak said existing differences among the Pakatan's member have also been solved amicably.

In a press conference held here today, Azizan played down the differences between the three parties that made up the coalition as merely a storm in a teacup.

The Pakatan Rakyat coalition which comprised of Islamic Party of Malaysia (PAS), Democractic Action Party (DAP) and People Justice Party (PKR) currently administers the state after winning the majority of seats in the last general election.

Azizan who is also a PAS central working committee member is unpertubed by the possibility of BN controlled mainstream media from continuing to playing up several issues to drive a wedge between the parties in the fledgling government.

"No problem, no problem. It's over," said a smiling Azizan after a 40-minute meeting with DAP parliamentary leader Lim Kit Siang.

Azizan said he would look into claims by Kedah DAP in relation to some of his more unpopular policies.

Kedah DAP quit the state Pakatan Rakyat coalition on July 1 after complaining about some of Azizan's policies.

The latest source of disagreement was over the demolition of the sole pig abattoir in the state.

Azizan said that an alternate site has been found for the abattoir.- ES _

MB-Wakil rakyat jangan mudah lupa diri

SHAH ALAM, 8 Julai (Hrkh) - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengingatkan semua wakil rakyat supaya tidak mudah lupa dengan amanah rakyat setelah bergelar `Yang Berhormat' untuk melaksanakan dan mengutamakan tugas serta tanggungjawab membela nasib rakyat.

Dalam ucapan khas sempena sambutan 50 tahun Dewan Negeri di sidang Dewan Negeri Selangor, beliau berharap seluruh Adun dan exco kerajaan negeri tidak lupa dengan falsafah dan dasar perjuangan parti serta maksud kedudukan seorang wakil rakyat.

Ini kerana katanya, apabila wakil rakyat itu sudah disahkan bergelar `Yang Berhormat' kadang-kadang mereka mudah lupa dengan maksud kedudukan tersebut.

"Lebih parah jika terdapat sebilangan wakil rakyat terlupa falsafah yang lebih mendalam dan pengertian tanggungjawab kita tentang amanah yang besar ini," katanya dalam ucapan khas dalam sidang Dewan Negeri, pagi ini.

Menurut beliau, tugas untuk menangani masalah dan isu yang timbul satu persatu memerlukan tuntutan tanggungjawab yang tinggi serta komitmen daripada wakil rakyat.

Beliau mengharapkan semua wakil rakyat terus memperuntukkan masa dan ruang bagi melakukan penilaian terhadap tugas dan sumbangan dalam membela dan membantu rakyat.

"Kita jangan terleka dengan momokan yang diuar-uarkan sekarang `rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' sedangkan hakikatnya nasib rakyat tidak dibela dan diutamakan," tegasnya.

Dalam mesyuarat kedua penggal kedua sidang Dewan Negeri ke-12 itu, beliau mengingatkan tentang kepercayaan rakyat yang memilih wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Beliau menegaskan, hal itu menunjukkan bahawa dalam pilihan raya rakyat yang berkuasa memilih wakil untuk menyuarakan suara hati mereka, mengetengahkan kehendak mereka dan mempertahankan milik mereka.

Justeru katanya, rakyat Malaysia mengetahui bahawa Pakatan Rakyat yang memperjuangkan wujudnya satu bangsa Malaysia yang menerima layanan adil dan sama rata dalam semua bidang pada kempen pilihan raya umum lalu.

Berikutan itu beliau bersyukur kerana majoriti rakyat Selangor khususnya mula menikmati limpahan pembangunan yang diagihkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat secara adil dan saksama tanpa perbezaan agama, kaum dan fahaman politik./SH _

80 ahli Umno cawangan Pondok Kempas keluar parti

MELAKA, 8 Julai (Hrkh) - Hampa dengan pemimpin atasan Umno Negeri Melaka yang tidak mengendahkan langsung bantahan penduduk kampung berkenaan pembinaan jirat Cina di kawasan majoriti orang Melayu menyebabkan 80 ahli Umno Cawangan Pondok Kempas mengistiharkan keluar parti sebagai tanda protes, di sini, baru-baru ini.

Menurut Bekas Ketua Wanita Umno Cawangan Pondok Kempas, Kalsom Rejab, bahawa mereka semua berasa kecewa disebabkan tiada seorang pun pemimpin negeri turun padang untuk menyelesaikan masalah yang berlaku sejak Mei lalu.

"Sebelum ini dua kali sudah kami mengadakan bantahan namun tiada seorang pun wakil rakyat atau pegawai yang terlibat berjumpa dengan bagi membincangkan permasalahan yang timbul agar dapat dicari jalan penyelesaiannya.

"Sebaliknya kami ditohmah dengan pelbagai tuduhan seperti melabelkan kami telah menyertai Pakatan Rakyat dan sebagainya serta pelbagai ugutan untuk menarik balik bantuan kerajaan atau akan ditangkap polis," katanya.

Beliau berkata, ini menunjukkan bahawa Umno di peringkat cawangan, bahagian dan juga negeri tiada berkemampuan mempertahankan dan membela nasib rakyat bawahan khususnya di kampung.

Tambah Kalsom, apa yang berlaku ini amat bercanggah sekali dengan konsep 1 Malaysia yang dicanangkan selama ini.

"Sepatutnya kami tidak diugut atau penghinaan sedemikian rupa tetapi duduk bersama berbincang bagi menyhelesaikan permasalahan tersebut.

"Kami adalah merupakan pengundi setia Umno di mana pada setiap pilihan raya Umno pasti berjaya memenangi kawasan ini yang merupakan kubu kuat Umno sejak dulu," ujarnya.

Tambahnya,pelbagai tindakan telah dilakukan oleh penduduk kampung yang terlibat kerana membantah pembinaan jirat Cina di kawasan majoriti penduduk Melayu itu seperti mengadakan demonstrasi bantahan, menghantar memorandum kepada Ahli Parlimen Jasin dan Ketua Menteri Melaka, namun ianya tetap diteruskan dan ini mengundang rasa tidak puas-hati di kalangan masyarakat setempat. - mks._

Jul 4, 2009

ALAAHAI...PAK BERAHIM KATAK SURUH PAS DEBAT DENGAN DAP PULAK!!

Oleh: Mandor
MASIH ingat lagi tak Pak Berahim raja katak Pasir Mas? Takkan tak ingat kot. Alaa..yang menumpang duduk atas kerusi Pas kat Pasir Mas tu la. Kali ini dia bercakap bagaikan seorang cerdik dan pintar, sedangkan orang ramai tahu setakat mana otak Pak Berahim ni. Siapa lagi yang nak guna otak dia melainkan pencacai media haprak sekarang? Dah nak dekat PRK Manek Urai ni memang la laku suara Pak Berahim katak tu kat TV, lepas ni masuk tong taik balik la suara dia. Kalau betul otak dia begitu bergeliga dan boleh pakai, takkan lah Umno sendiri sepak terajang dia dari kerusi Ketua Umno Bahagian Pasir Mas. Sendiri fikir tau la... Sebentar tadi aku tengok kat TV, Pak Berahim ni mencabar Pas supaya debat dengan DAP pasal Negara Islam. Lebih-lebih lagi dia mahu Pas debat dengan Karpal Singh yang pernah berkata `langkah mayat dia dulu kalau nak laksana hudud'. Betapalah Pak Berahim ni takut kalau Umno sahut cabaran debat dengan Pas, sanggup dia nak serah `button' tu kat DAP. Apa kena mengena nak debat pasal Negara Islam dengan DAP? Biarlah DAP nak kata apa pun tentang Islam kerana DAP tidak faham, dia tak baca Al-Quran dan dia tak beriman pun dengan Al-Quran. Peliknya, yang baca Al-Quran dan mengaku beriman dengan Al-Quran ni mengapa perlu terketar-ketar bila diajak berdebat pasal Islam? Pak Berahim berani ke? Atau otak Pak Berahim dengan puak-puak yang takut dalam Umno tu sama dengan DAP juga ke? Kalau Umno dah takut sangat untuk berhujah tentang Islam dengan Pas, janganlah memalukan Umno pula dengan cara menyerahkan `button' kepada orang lain apatah lagi kepada DAP untuk menjawab bagi pihak Umno. Peliharalah maruah Umno yang ada secebis lagi tu. Umno tidak terniat ke nak serah `button' kepada para-para Mufti? Itu pun kalau para-para Mufti sanggup bekerjasama dengan Umno untuk `menegakkan benang basah' mereka. Aku ucap tahniah pada Mursyidul Am Pas kerana ikhlas dan berani untuk mempelawa Umno berhujah dalam isu Islam ini. Soal samada Umno berani, jantan atau tidak kita serah je pada Umno. Kalau dia berani, sahut saja cabaran tu. Kalau rasa bukan anak jantan, jawab je la kat akhbar-akhbar atau TV, orang pun tak boleh nak tanya. Kalau rasa takut nak berdebat pasal Islan dengan Pas, Umno buat la pula debat pasal lain, pasal ekonomi ke, pendidikan ke, soasial ke, wanita ke, dan pelawa pembangkang untuk berdebat secara terbuka. Aku gerenti Umno pun tidak akan berani berdebat dalam soal itu semua kerana kesemua itu telah rosak punah ranap di bawah Umno. Pakatan pembangkang lengkap mempunyai pemimpin mereka yang boleh berhujah dalam apa jua aspek. Kalau selain dari Islam, pembangkang punyai ramai tokoh lain untuk berdebat dengan Umno. Sebut saja isu apa, aku berani bertaruh pembangkang bersedia untuk membela rakyat. /mandor.blogspot.com

PEMENTASAN DRAMA OLEH PELAKON JALALUDIN HASAN DI MANEK URAI?

Ehhh...macam ku kenal dia ni...sape yer??
Oleh: WFAUZDIN NS MANEK URAI kini menjadi tumpuan bukan sahaja oleh ahli-ahli politik, tetapi turut mendapat tempat di hati artis tanahair. Diberitakan seorang pelakon sudah agak veteren anak kepada tokoh agama Dato' Haji Hassan Azahari (seorang hakim Tilawah Al-Quran, Guru Al-Quran dan popular dengan siri Muqaddam di TV sewaktu ketika dahulu) dan beradik pula dengan Ketua Polis Negara, dan bekas YB Umno Datuk Fuad Hassan, beliau adalah Jalaluddin Hassan. Aktor yang sering berlakon membawa watak lelaki romantis dan kadangkala berwatak miang ini di dalam kesibukannya sebagai pelakon sempat hadir ke Manek Urai. Paling menarik, beliau pernah memegang watak `pondan' atau `bapok' dalam sebuah filem. Jangan tanya apakah hukumnya berlagak seperti pondan kerana beliau pasti tahu jawapannya, maklumlah anak seorang guru agama terkenal. Jalaluddin Hassan dilihat berada di satu majlis ceramah oleh Ibrahim Katak Pasir Mas bertempat di Kg Laloh. Sebagai satu keluarga dengan Datuk Fuad Hassan yang juga penceramah import dari Selangor, Jalaluddin Hassan sudah tentu akan menggunakan `glamour'nya sebagai pelakon untuk menarik undi masyarakat di Manek Urai untuk menyokong Umno. Sayang sekali, beliau salah tempat dan Kelantan bukan tempat untuk artis menonjolkan `glamour'. Kelantan hanya terbuka untuk artis yang sanggup berhijrah dan berlapang dada dengan Islam. Kelantan bukan untuk artis mengampu pemimpin kerajaan. Kehadiran beberapa artis yang lebih terkenal dari aktor veteren tersebut ke bumi Kelantan kesemuanya akur dengan Islam yang dibawa oleh Pas di bawah Tuan Guru Nik Aziz. Penyanyi seperti Amy Search dan juga Siti Nurhaliza jauh popular dari Jalaluddin Hassan dan mereka akur serta hormati kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz. Di Manek Urai rakyat berkesempatan untuk mengenali atau `berkenalan' dengan ahli keluarga Dato' Hassan Azahari. Kehadiran Datuk Fuad Hassan ahli politik veteren dari Umno Selangor, Jalaluddin Hassan juga pelakon veteren turut hadir. Tidak mustahil nanti rakyat di Manek Urai akan berpeluang melihat Dato' Musa Hassan Ketua Polis Negara berkunjung ke Manek Urai. Ini adalah kerana anak-anak buah Musa Hassan telah pun berkampong di Manek Urai sejak beberapa minggu yang lalu. Betapa hebat persediaan mereka di Manek Urai. Saya sarankan untuk menarik lebih ramai lagi rakyat di Manek Urai hadir dalam ceramah Umno, apa kata jika diadakan satu pementasan drama di Manek Urai dan dilakonkan oleh Jalaluddin Hassan sebagai pelakon utamanya. Tajuk drama terpulang kepada Umno untuk memikirkannya, jika tajuk drama tersebut adalah `tragedi pembunuhan Al-Tantuya', saya rasa mungkin akan dapat sambutan hebat. Jika tidak mahu tajuk berkenaan, Umno mungkin boleh memberi tajuk lain seperti `Hikayat Sang Katak'. Tentu Pak Berahim dari Pasir Mas bersetuju dengan tajuk tersebut. Asal jangan bawa watak `pondan' sudah lah. /wfauzdin.blogspot.com

Jul 3, 2009

Kenyataan Media Ketua Menteri Pulau Pinang

Kenyataan Media Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Georgetown pada 30 Jun 2009:

Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) perlu sedar bahawa Kampung Buah Pala masih utuh sehingga kini kerana Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang berjaya menghalang mereka daripada diusir pada pertengahan tahun 2008.

Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak pernah meluluskan mahupun membenarkan sebarang tindakan untuk merobohkan Kampung Buah Pala.

Sebarang tindakan yang diambil oleh syarikat pemaju (developer) adalah menerusi perintah mahkamah yang dikeluarkan oleh mahkamah-mahkamah yang berkaitan. Pampasan sehingga RM200,000 seisi rumah telah ditawarkan oleh syarikat pemaju kepada penduduk kawasan berkenaan yang kemudiannya dipersetujui dan diterima oleh kebanyakan keluarga kecuali penduduk-penduduk yang masih berada di Kampung Buah Pala.

Kerajaan negeri menghormati keputusan yang dibuat oleh mereka yang masih menghuni di Kampung Buah Pala untuk menolak sebarang tawaran pampasan dan melawan kes mereka di mahkamah.

Sekiranya Kerajaan Negeri tidak bersimpati dengan rintihan penduduk di situ, maka syarikat pemaju berkenaan sudah tentu telah berjaya mengusir penduduk-penduduk pertengahan tahun lalu sebaik sahaja mereka memperolehi perintah mahkamah.

Pengusiran tersebut berjaya disekat kerana usaha-usaha yang diambil oleh P. Ramasamy selaku Timbalan Ketua Menteri II dan Abdul Malek selaku Ahli Exco Pulau Pinang yang menghalang syarikat pemaju daripada memasuki perkampungan tersebut dengan jentolak beberapa kali di pertengahan tahun lalu.

Oleh yang demikian, kesemua pihak mestilah sedar bahawa hanya kerana usahausaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, penduduk Kampung Buah Pala masih berupaya menghuni di kawasan itu.

Tan Sri Koh Tsu Koon mesti menjelaskan sepenuhnya mengapa beliau menjual Kampung Buah Pala dengan harga RM10 sekaki persegi pada tahun 2007 tanpa rundingan dengan penghuni-penghuni di sana

Tanah tapak Kampung Buah Pala yang merupakan milik Kerajaan Negeri telah diberikan kepada Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang sebanyak dua kali oleh Exco Kerajaan BN Pulau Pinang yang diketuai oleh Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon pada 18 Ogos 2004 dan 8 Jun 2005 dengan premium berharga RM6.42 juta atau RM20 sekaki persegi.

Saya tidak memahami rasionalnya Kerajaan Negeri BN meluluskan projek ini tanpa berunding dengan penduduk-penduduk mahupun menjualnya pada harga serendah itu.

Lanjutan daripada itu, Exco di bawah Tan Sri Dr Koh Tsu Koon telah mengurangkan premium sebanyak 50% kepada RM3.21 juta atau RM10 sekaki persegi, mengikut 2 cadangan Timbalan Ketua Menteri dari UMNO.

Koh Tsu Koon perlu menjelaskan perkara ini kepada penduduk Kampung Buah Pala mengapa beliau menjual kampung tersebut pada harga yang murah iaitu hanya RM10 sekaki persegi pada 2007 apabila harga pasaran di kawasan perdana tersebut berkali-kali ganda dan jualan dibuat tanpa sebarang rundingan dengan penduduk.

Dalam usahanya untuk membantu penduduk Kampug Buah Pala, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak patut dipersalahkan dan menjadi sasaran oleh Hindraf

Masalah ini berpunca daripada BN, Gerakan, MIC, UMNO dan MCA yang menjadi dalang, mengabaikan kepentingan penduduk kampung, dan menjual tanah Kampung Buah Pala.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang berasa kecewa atas tindakan Hindraf yang tidak bertanggungjawab kerana mensasar Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas tindakan yang diambil oleh syarikat pemaju dalam pengusiran penduduk di Kampung Buah Pala.

Hindraf mahukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk bertindak melawan perintah mahkamah yang diperolehi oleh syarikat pemaju bagi mengusir penduduk di situ. Perkara ini adalah sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh Pakatan Rakyat yang mentadbir di bawah kedaulatan undang-undang dan terpaksa akur kepada perintah mahkamah yang dikeluarkan.

Selain itu, timbul cadangan supaya Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil tanah tersebut secara paksaan bagi tujuan awam di bawah Akta Pengambilan Tanah. Tetapi dengan melakukan sedemikian, pihak syarikat pemaju sahaja yang akan mengaut keuntungan yang banyak tanpa perlu membelanjakan sesen pun.

Sememangnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang mahukan penyelesaian yang baik, tetapi pengambilan tanah secara paksaan sepertimana yang dicadangkan itu akan melibatkan kos raksaksa di luar kemampuan kewangan Kerajaan Negeri. Kos pampasan yang terlibat bukan sekadar jutaan ringgit atau puluhan jutaan ringgit, tetapi jauh lebih tinggi lagi!

Jelas sekali bahawa Hindraf tidak dapat membezakan siapakah rakannya dengan membandingkan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dengan tindakan-tindakan zalim UMNO yang merobohkan kuil-kuil Hindu. Kita tidak nampak pun Hindraf menganjurkan protes besar-besaran terhadap perobohan beberapa kuil Hindu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kerajaan Pulau Pinang tidak sepatutnya dipersalahkan atau menjadi sasaran Hindraf bilamana kita sedang cuba membantu seberapa yang boleh dan tidak terlibat dalam perobohan mana-mana kuil Hindu di Pulau Pinang.

Mengapakah Hindraf tidak mengadakan demonstrasi terhadap UMNO atau Gerakan, MCA mahupun MIC yang menjadi dalang di sebalik isu Kampung Buah Pala?

Sikap seperti ini mencetuskan syak wasangka samada berkemungkinan Hindraf kini telah dipengaruhi MIC dan BN apabila mereka sepatutnya berjuang dalam mempertahankan perobohan kuil-kuil bukannya menentang Kerajaan Pulau Pinang yang sedang berusaha mencari jalan penyelesaian yang adil bagi penduduk Kampung Buah Pala.

Hindraf perlu mengiktiraf usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan Pulau Pinang untuk masyarakat India, kuil-kuil dan sekolah-sekolah rendah Tamil.

Kami bukan hanya mempunyai Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang kaum India yang pertama di Malaysia, malah kesemua 28 sekolah rendah Tamil telah diberi peruntukan tahunan sebanyak RM1.5 juta sama seperti yang diperolehi oleh sekolah rendah kebangsaan Cina, Sekolah Agama Rakyat, sekolah wawasan dam sekolah menengah bebas Cina.

Selain itu, Pulau Pinang telah mendirikan papan-papan tanda jalan (road signs) berbahasa Tamil yang pertama di negara ini bersama-sama tanda jalan dalam Bahasa Arab, Cina dan Inggeris di Georgetown. Sedangkan Hindraf tidak pernah membangkitkan perkara papan tanda jalan berbahasa Tamil.

Dengan menghentam Kerajaan Pulau Pinang, secara tidak langsung Hindraf membantu UMNO dan BN dengan meletakkan kesemua kejayaan yang diusahakan oleh Kerajaan Pulau Pinang dalam keadaan berisiko.

Kita mungkin tidak ada lagi Timbalan Ketua Menteri II berkaum India, tiada lagi peruntukan dana untuk sekolah-sekolah rendah Tamil dan tidak ada lagi papan tanda jalan berbahasa Tamil.

Hindraf sepatutnya rasional dan bukannya bertindan secara emosi dan marah, dan patutlah mengkaji semula siapakah musuh dan rakan sebenar masyarakat India.

Apa yang lebih mustahak ialah untuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang melayan masyarakat India samarata bersama masyarakat Cina dan Melayu sebagai warga Malaysia, di mana pemimpin Cina boleh menjaga masyarakat Melayu dan pemimpin Melayu dapat menjaga kebajikan masyarakat Cina.

Malah pemimpin India juga mampu untuk menjaga masyarakat semua kaum. DAP dan kerajaan Pakatan Rakyat tidak akan tunduk kepada BN atau diintimidasikan oleh BN, UMNO mahupun Hindraf yang melihat segala masalah daripada sudut sempit kaum Cina, India atau Melayu.

DAP dan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang percaya bahawa isu-isu India bukannya masalah masyarakat India, isu-isu masyarakat Cina bukanlah masalah kaum Cina mahupun isu-isu Melayu bukanlah masalah kaum Melayu. Kami menganggap semua masalah sebagai isu rakyat Malaysia.

Kita perlu bersatu sebagai rakyat Malaysia di bawah prinsip keadilan, kebenaran, kebebasan, demokrasi dan kebajikan rakyat bagi memastikan kita melawan rasuah dalam usaha menjana pertumbuhan dan kemakmuran di samping memastikan setiap rakyat dapat berkongsi keuntungan dengan adil.

Sungguhpun kami berasa kecewa terhadap kenyataan Hindraf yang mengutuk secara melulu terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang, pemimpin-pemimpin Hindraf mempunyai hak di bawah peruntukan hak asasi manusia untuk berhimpun secara aman dalam membangkitkan isu yang mereka prihatin.

Saya telah pun mengarahkan pegawai-pegawai saya supaya menghormati hak-hak mereka dan menerima sebarang memorandum yang dihantar selaras dengan prinsip tanpa keganasan Mahatma Gandhi.

Saya juga menyeru pihak berkuasa polis supaya tidak mengambil sebarang tindakan yang akan membawa kepada sebarang kejadian yang tidak diingini.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga tidak akan terjejas oleh tindakan-tindakan penduduk yang menuduh Kerajaan Negeri sungguhpun pelbagai bantuan telah dihulurkan. Kerajaan Negeri akan terus membantu penduduk-penduduk Kampung Buah Pala, dan akan membantu sekiranya penduduk yang daftar ingin menerima tawaran pampasan sehingga RM200,000 seisi rumah daripada syarikat pemaju Kampung Buah Pala.

Setakat ini, Kerajaan Negeri juga tidak memberi sebarang kelulusan mahupun persetujuan kepada syarikat pemaju untuk merobohkan mana-mana bangunan.

Sebarang tindakan sedemikian adalah atas keputusan syarikat pemaju sendiri mengikut perintah dan kuasa Mahkamah TInggi dan Mahkamah Persekutuan.

LIM GUAN ENG

Penduduk lega langkah roboh tempat sembelihan babi

ALOR SETAR: Penduduk Kampung Berjaya di sini meminta pihak berkenaan tidak mempolitikkan keputusan menutup tempat penyembelihan babi di situ kerana mereka sememangnya menyokong langkah itu.

Peniaga, Azizan Ahmad, 50, berkata kebanyakan penduduk di sekitar kawasan penyembelihan itu memang mahukan tempat berkenaan ditutup kerana berasa tidak selesa akibat bau busuk dan kotor.

Katanya rata-rata penduduk di kawasan berhampiran tidak menunjukkan tanda bantahan dan akur dengan perintah supaya tempat penyembelihan yang beroperasi sejak lebih 30 tahun lalu itu ditutup.

"Ia tidak harus dipolitikkan atau dijadikan sebagai alasan untuk DAP Kedah keluar daripada pakatan pembangkang di negeri ini," katanya kepada Bernama hari ini.

Basharudin Said, 65, berkata tindakan DAP itu seolah-olah ia tidak memikirkan kehendak penduduk setempat yang mahu tempat penyembelihan berkenaan ditutup.

"Tanya la siapa pun, semua setuju tempat tu tutup sebab busuk... kedai dekat-dekat sini pun merungut sebab pelanggan kurang makan minum di kedai mereka," katanya.

Seorang mekanik Tan Khien Hin, 48, menyifatkan tindakan DAP itu sia-sia kerana majoriti penduduk bersetuju dengan penutupan tempat penyembelihan berkenaan.

"Tempat tu memang wajar tutup sebab dah lama ada di situ, tidak sesuai dah dengan keadaan sekarang, lagipun ada tempat lain lagi untuk sembelih (babi)," katanya.

Rabu lalu, Pengerusi DAP Kedah, Thomas Su mengumumkan DAP keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan beberapa isu terutama tindakan merobohkan tempat penyembelihan babi di Kampung Berjaya.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika mengulas tindakan itu berkata DAP bebas membuat apa sahaja keputusan sama ada untuk kekal atau keluar pakatan kerana kerajaan negeri telah melakukan yang terbaik dalam memenuhi tuntutan mereka. BERNAMA

Nik Aziz jadi tumpuan di kubu Umno di Lela Jasa

KUALA KRAI, 3 Julai (Hrkh) - Biarpun Kampung Lela Jasa dianggap sebagai kubu Umno di peti undi Laloh, namun ramai penduduk hadir menemui Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika bertandang ke kampung tersebut hari ini.

Menteri Besar turut menyampaikan khutbah Jumaat di masjid kampung berkenaan. Kehadiran orang ramai agak luar biasa.

Selepas itu beliau hadir pada majlis kesyukuran di rumah seorang penduduk di kawasan berdekatan.

Sedangkan sebelum ini kawasan berkenaan menjadi tumpuan kepada pemimpin Umno apabila sering datang ke penempatan tersebut dan bermalam di situ. Antaranya Ketua Penerangan Umno Malaysia, Ahmad Maslan.

Ketika menyampaikan khutbah sebelum itu beliau berkata, ketaatan kepada Allah dan Rasul merupakan asas utama seseorang untuk menjadi pemimpin masyarakat.

Beliau berkata, umat Islam wajib memilih pemimpin yang taat kepada Allah kerana lebih amanah dan bertanggungjawab melaksanakan tugas. Image

Kata beliau berbeza dengan pemimpin yang tidak menjadikan agama sebagai pegangan hidup. Mereka boleh melakukan apa sahaja tanpa ada batasan hukum hakam.

Beliau juga berkata, khutbah Jumaat merupakan medan terbaik untuk menyampaikan mesej agama kepada umat Islam.

"Biar pun ada orang mengatakan khutbah dijadikan medan berpolitik, sedangkan apa yang disampaikan semuanya terkandung dalam al Quran dan Hadis yang menyentuh kehidupan harian.

"Sebenarnya khutbah ialah tempat menyampaikan semua aspek yang berkaitan dengan kehidupan manusia. Sebab Islam menyeluruh yang meliputi ekonomi, sosial dan politik," katanya. - mj _

Pembubaran Dun Perak pasti berlaku!

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Hrkh) - Selepas Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman mendedahkan akan berlakunya pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak, kini Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak pula yakin dengan pendedahan itu.

Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin yang juga ahli Parlimen Bukit Gantang melaungkan keyakinan keadaan yang kucar-kacir yang berlaku di Perak sejak rampasan kuasa berlaku kini semakin membimbangkan dan menyebabkan pembubaran Dun terpaksa dilakukan.

Keyakinan beliau itu berasas kerana prestasi kerajaan yang memerintah di Perak hari ini semakin dipertikai.

Kerajaan sedia ada juga dikatakan tidak mampu mentadbir dengan baik berikutan situasi yang tidak tentu hala yang melanda negeri tersebut.

Paling tragis katanya, dalam masa terdekat juga Sidang Dun Perak perlu diadakan berhubung kelulusan Belanjawan 2010 yang pastinya sekali lagi akan mengundang kekecohan.

Nizar mendedahkan beberapa ahli Parlimen dan wakil rakyat BN turut menyetujui kekalutan yang berlaku di Perak boleh diselesaikan hanya dengan pembubaran Dun Perak bagi membolehkan pilihan raya kecil negeri diadakan.

Sebelum ini, Ustaz Halim yang juga ahli Parlimen Pengkalan Chepa dalam wawancaranya bersama Harakah ada mendedahkan bahawa pembubaran Dun Perak mungkin akan berlaku selepas PRK Manik Urai.

"Saya menjangkakan pilihan raya Negeri Perak mahu atau tidak akan diadakan, sebab itu kita cadang mahu buat persiapan apa yang patut hadapi pilihan raya Perak,"tegasnya.

Beliau melihat bertapa pentingnya kini JPP yang dikendalikan bersedia awal dengan memantapkan ahli-ahli jawatankuasa mengenai ilmu pilihan raya. - mks. _

Kg Buah Pala: Jangan apikan isu perkauman

GELUGOR, 3 Julai (Hrkh)- PAS Pulau Pinang mengingatkan mana-mana pihak jangan mengapi-apikan isu perkauman terhadap kes Kampung Buah Pala, Glugor yang sedang berkocak sekarang.

Demikian ulasan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Dr Mujahid Yusuf Rawa terhadap isu melibatkan kaum India di Kampung Buah Pala.

"Ada unsur-unsur mengapi-apikan isu perkauman dalam kes Kampung Buah Pala.

"Pihak tertentu diharap jangan mempergunakan isu berkenaan untuk melebarkan pengaruh mereka semula tambahan lagi mengaitkan api perkauman, " ujarnya.

Pihak keselamatan tambah Mujahid, harus segerakan siasatan serta tindakan jika terdapat usaha pihak tertentu melagakan kaum walhal kes itu boleh diselesaikan dengan baik tanpa ada dorongan pihak tertentu yang sedang mencari publisiti.

Menurutnya, pihak pemaju Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhn wajar membayar pampasan secukupnya kepada penduduk sebelum memulakan projek pembinaan walaupun tanah itu merupakan tanah TOL.

Bukan itu sahaja sambung beliau, Kerajaan Negeri juga kena memperjelaskan kepada penduduk hal sebenar kerana apa yang terjadi adalah hasil peninggalan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang keluar rumah sambil meninggalkan 'najis'.

"Sekarang ini apa pun isu Kerajaan Pakatan Rakyat yang menanggungnya. Umno dan BN buat najis kita pula membersihkanya. Apa boleh buat kita menang waktu yang teruk, " tegasnya.

PAS rasa jika ada tolak ansur antara pemaju, penduduk serta campur tangan Kerajaan Negeri semua isu itu boleh diselesaikan dalam tempoh yang singkat. - azm _

Jul 1, 2009

Kelantan makan Kelantan

Dahulu apabila disebut sahaja ‘orang Kelantan’, maka terbayanglah semangat kerjasama dan bantu-membantu sesama sendiri biar di mana mereka berada. Hatta orang Kelantan ini pernah digelar dan dikenali sebagai mengutamakan kaum kerabat atau puak mereka sendiri. Namun di dalam politik Malaysia kini, semangat ini sudah banyak berubah. Tun Dr Mahathir Mohamed pernah membuat pengakuan bahawa Mustapa Mohamed ahli parlimen Jeli sekarang pernah mencadangkan kepada beliau untuk menahan dan memberhentikan apa-apa peruntukan kerajaan persekutuan kepada rakyat Kelantan sebagai hukuman tidak menyokong Barisan Nasional. Bukan setakat Mustapa, Dr Awang Adek Hussin juga pernah mahu mendera dan menyeksa penduduk negeri Kelantan demi memenuhi temboloknya sendiri. Beliau pernah dipetik sebagai berkata, jika Barisan Nasional berjaya membentuk kerajaan negeri, maka geran tahunan sejumlah RM400 juta yang diperuntukkan untuk negeri Kelantan akan ditambah menjadi RM1 billion. Bermakna, wang untuk pembangunan negeri dan rakyat Kelantan memang ada dan disediakan. Memandangkan kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat adalah kerajaan yang berlainan ideologi dengan kerajaan persekutuan dan berlainan fahaman dengan penerimaan Mustapa dan Awang Adek, maka rakyat Kelantan didera dan diseksa dari segi materialnya. Terengganu pernah dijadikan mangsa oleh kerajaan persekutuan pada pilihanraya kesepuloh yang lalu. Hasil sumber minyaknya dirampas ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri. Apakah rakyat Kelantan mahu sekali lagi menjadi mangsa kepada Tok Pa dan Awang yang sentiasa memberikan lampu hijau kepada kerajaan persekutuan untuk menindas dan mendera penduduk Serambi Makkah ini ? Rupa-rupa diamnya Mustapa dan Awang ada udang di sebalik batu. Dihadapan orang kampong mereka menjadi Lebai Ketayap tetapi ketika bersama pemimpin UMNO mereka menjadi pula Lebai Pulut. Pilihanraya kecil Manik Urai (N41) akan diadakan pada 14 Julai depan. Masih belum terlambat. Nampaknya rakyat Kelantan sekali lagi berhadapan dengan penipuan yang dibuat oleh UMNO dan Mustapa serta Awang Adek bilamana mereka bersekongkol lagi dengan kerajaan persekutuan bagi menafikan hak petroleum untuk rakyat dan negeri Kelantan. "Hasil kajian kita mendapati dalam perangkaan Kerajaan Malaysia yang dikeluarkan pada 2007 mukasurat 187, jadual 5.3 menyebutkan dengan jelas negeri-negri pengeluar minyak di Malaysia," kata Saifudin Nasution ahli Parlimen Machang. "Dianggarkan royalti minyak yang tidak dibayar oleh kerajaan persekutuan kepada Kelantan telah berjumlah RM1bilion sejak tahun 2002" kata Saifudin lagi. Penduduk Manik Urai yang mengambil keputusan untuk mengundi Mohd Fauzi Abdullah pastinya akan membawa satu isyarat kepada Mustapa, Awang dan kepada kerajaan peresekutuan bahawa masyarakat Manik Urai bukanlah “berminda kampong”. Jadi takkan mahu mendengar ayat, Kelantan makan Kelantan. Nyahkan pengaruh Tok Pa, Awang, UMNO dan BN di Manik Urai itu.

Ahli Parlimen PAS akan adakan 'perkampungan' di Manik Urai - Mahfuz

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Hrkh) - Ahli-ahli Parlimen PAS akan adakan program berkampung selama tiga hari di lokasi (dalam Dun Manik Urai) yang ditetapkan oleh pihak sekretariat bagi kempen pilihan raya kecil Dun Manik Urai.

Program 'berkampung' itu akan bermula pada 6, 7 dan 8 Julai ini sebaik selesai proses penamaan calon, kata Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar kepada Harakah.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata program itu akan menumpukan kepada gerak kerja kempen aktiviti kemasyarakatan khas di tempat yang telah dikhususkan.

Selepas program 'berkampung' itu, ahli-ahli Parlimen PAS bebas untuk berkempen di mana-mana kawasan lain di Manik Urai, katanya.

Program yang dikelolakan oleh Pengarahnya, Dr Hatta Md Ramli akan menumpukan kepada aspek khidmat masyarakat, program kesihatan, motivasi pendidikan, keagamaan dan program jumpa pengundi, ujarnya.

"Kita juga akan buat program hari keluarga untuk mendekatkan hubungan dengan rakyat di Manik Urai," katanya.

Program yang julung kali dibuat ini diharapkan mampu menjana kemenangan PAS yang lebih besar 14 Julai ini, ujar Mahfuz lagi.

Pilihan raya kecil Dun Manek Urai diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Ismail Yaakob pada 22 Mei lalu akibat serangan jantung.

Hari penamaan calon pilihan raya kecil itu diadakan pada 6 Julai dan jika ada pertandingan hari pengundian ditetapkan pada 14 Julai.

PAS menampilkan Bendahari PAS Kuala Krai, Fauzi Abdullah sebagai calon, sementara BN pula, Tuan Aziz Tuan Mat./wann _

Kerajaan dinasihatkan hormati hak hasil bumi gas dan minyak - Kamarudin Jaffar

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Hrkh) - Keputusan Majlis Raja-raja Melayu yang mahu kerajaan menanggugkan pembentangan pindaan Rang Undang-undang kekeluargaan Islam Wilayah Persekutuan disambut baik oleh Ahli Parlimen Tumpat, Dato' Kamarudin Jaffar.

Beliau melihat ia satu keputusan tegas dan berani yang sekaligus menolak kegopohan kerajaan Umno/BN yang mahu membentangkan pindaan itu dalam masa yang singkat.

Jelas keputusan Majlis Raja-raja Melayu itu adalah satu keputusan tepat oleh kerana persoalan agama Islam ini adalah hak Sultan dan negeri-negeri yang termaktub dalam perlembagaan, katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Lobi Parlimen semalam.

"Hal agama Islam adalah di bawah negeri tidak dapat dinafi keputusan Majlis Raja-raja Melayu ini selaras dengan perlembagaan, ini ingatkan kita bahawa negara kita negara persekutuan yang mana hak-hak kerajaan negeri dan negeri seperti agama, tanah dan sebagainya mesti dihortmati," katanya.

Begitu juga hak negeri berkaitan hasil bumi seperti gas dan minyak perlu dihormati kerajaan pusat, katanya.

"Sebab itu ini adalah satu peringatan penting kepada kerajaan persekutuan agar menghormati hak negeri bukan sahaja soal Islam tetapi juga hasil bumi seperti minyak dan gas," katanya.

Kamarudin mendesak kerajaan pusat supaya menghormati hak negeri dan dalam kes selain kes diputuskan Majlis Raja-raja Melayu iaitu kes hak royalti minyak, gas yang seharusnya telah lama diberi kepada Kelantan.

Dalam kes royalti minyak kerajaan Kelantan, isu ini juga perlu dipandang serius oleh Majlis Raja-raja Melayu, kata Kamarudin lagi.

Sementara itu, ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin pula menyifatkan isu royalti minyak di Kelantan bukan isu baru kerana ia pernah didedahkan sedikit masa dahulu.

Tambahnya, hasil minyak dan gas di Kelantan jika didaratkan di Kelantan ia bukan sahaja boleh memberikan rezeki kepada rakyatnya tetapi turut dirasai negeri sekitar dan seluruh negara.

"Namun oleh kerana Kelantan diterajui oleh Pakatan Rakyat dan rejim BN hampir hilang harapan untuk mengambil alihnya semula maka rejim ini yang menggali minyak dan gas di lautan Kelantan mengambil keputusan untuk mendaratkan hasil industri petroleum tersebut di Thailand," katanya.

Tindakan tersebut menggambarkan kebusukan hati pemimpin rejim BN yang sanggup beri untung kepada 'orang asing' dari melihat anak bumi sendiri makmur hasil dari anugerah Allah, ujar Badrul Hisham. - wann/mks._

Jangan harap Najib hendak berdebat

Kalau hendak bertanding di Penanti pun takut, tambahan pula hendak ajak berdebat. Tok Guru Nik Aziz tegas terus hendak berdebat, kerana ini salah satu penyelesaian yang selama ini terbuku dalam dada kedua-dua parti. Biarlah debat menjadi satu jawapannya. Jawapan Dato' Seri Najib dan pemimpin Umno yang sewaktu dengannya, dengan mengatakan bahawa debat tidak boleh selesai masalah. Sepatutnya Dato' Seri Najib kena beranilah debat isu yang dibangkitkan oleh Tok Guru Nik Aziz.

Memang pemimpin Umno payah hendak cari yang berperangai macam anak jantan. Dulu apabila timbul isu kafir mengkafir, PAS bersetuju untuk debat, tanpa syarat, atas apa tajuk sekalipun. Akhirnya diumumkan debat dibatalkan kerana lambang keris patah dan hilang sarungnya.

Memang Umno parti yang tidak ada dasar, dia takut hendak bersemuka dengan pemimpin PAS. Umno tidak ada hujah, kalau debat hendak dibuat malam hari, zohor dah Umno menyerah kalah.

Saya teringat sewaktu debat PAS dan Umno hendak diadakan pada tahun 1985 dahulu. Waktu itu saya baru tahun pertama di UKM. Umno telah panggil orang-orang agama dalam Umno termasuk pensyarah universiti yang pro Umno. Ada seorang pensyarah memaklumkan bahawa Umno memang tidak ada hujah untuk melawan dengan PAS. Kebetulan beliau salah seorang yang masuk dalam perbincangan untuk hendak membantu pendebat Umno.

Kita juga pernah melihat debat olok-olok yang pernah dirakamkan, bagaimana ulamak Umno berlakon sebagai ulama PAS dalam debat olok-olok. Dalam debat tersebut ulama Umno kalah. Itu baru ulama Umno yang berlakon jadi ulama PAS, macama mana pula kalau Tok Guru Nik Aziz yang menjadi wakil PAS sudah tentu berbuih pula mulut Najib hendak berhujah.

Bukan kita tidak tahu memang Umno parti penakut dan pengecut. Sudah berapa lama debat siswa diharamkan dengan menjemput parti pembangkang, apabila mereka melihat wakil Umno/BN lari tidak bertangga._