http://www.bio-asli.com/gambar/rasmi-1.jpg
pas-for-all2
http://www.moh.gov.my/MohPortal/images/popup-h1n1.png

Oct 31, 2009

AMK Selangor Desak ADUN Pelabuhan Klang Letak Jawatan ADUN Segera

KENYATAAN MEDIA

Angkatan Muda Keadilan Selangor mendesak agar ADUN Pelabuhan Klang,YB Badrul Hisham Abdullah untuk meletakkan jawatannya sebagai ADUN dengan kadar segera. Ini adalah untuk membolehkan seorang wakil rakyat baru dipilih setelah beliau gagal melaksanakan tugas dan amanah yang diberi rakyat dengan baik.

AMK Selangor amat menghargai ketegasan Dato’ Menteri Besar Selangor,Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim dalam isu YB Badrul Hisham di mana ADUN Pelabuhan Klang ini telah gagal menjalankan amanah rakyat yang diberi dan pelbagai masalah dan kerenah yang ditimbulkannya. Tindakan dan ketegasan Menteri Besar Selangor ini jelas mendahulukan kepentingan dan kebajikan rakyat adalah amat penting dan terutama daripada kepentingan politik semata-mata.

AMK Selangor membuat desakan kuat ini agar ADUN Pelabuhan Klang yang menang dalam Pilihanraya Umum ke-12 menggunakan tiket Parti Keadilan Rakyat apabila mengistiharkan dirinya keluar daripada PKR perlu melepaskan jawatan ADUN tersebut segera. Tindakan beliau tidak melepaskan jawatan ADUN tersebut dan menyokong pembangkang Barisan Nasionaldi Selangor seolah-olah beliau sudah tidak mempunyai harga dan maruah yang tinggi lagi.

AMK Selangor merasakan tindakan beliau semasa mengistiharkan keluar daripada PKR dan memilih untuk menjadi ADUN Bebas dengan menyerang kepimpinan tinggi PKR dan kerajaan Selangor, jelas membuktikan agenda perancangan busuk dan keji pihak tertentu untuk menjejaskan keutuhan dan kekuatan Pakatan Rakyat di Selangor. Malahan tindakan beliau seperti ‘kacang lupakan kulit’ yang sebelum ini memenangi jawatan ADUN Pelabuhan Klang menggunakan platform Parti Keadilan Rakyat.

Rakyat keseluruhannya dan pengundi di DUN Pelabuhan Klang sendiri sudah mengetahui segala-galanya berkenaan kegagalan total YB Badrul Hisham dalam melaksanakan tugas dan amanah yang diberi rakyat sejak sekian lama. Malahan kepimpinan parti dan juga negeri sudah beberapa kali memberikan teguran dan nasihat agar melaksanakan tugas dengan baik namun beliau sehingga kini gagal menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat seperti yang diharap-harapkan.

AMK Selangor berpandangan pemimpin yang mendatangkan terlalu banyak bermasalah,karenah dan menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat dan pengundi dalam melaksanakan tugas dan amanah perlu dihumban jauh-jauh daripada menjadi liabiliti kepada parti dan kerajaan. Dengan keluarnya YB Badrul Hisham daripada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor membuktikan bahawa Pakatan Rakyat amat mementingkan dan mutu kerja yang cemerlang,bertanggungjawab dan bersih. Tindakan beliau keluar dan menyokong UMNO/BN membuktikan dan menjelaskan lagi itulah wadah politik yang amat sesuai dengan imej kini UMNO/BN yang penuh dan terpalit dengan pelbagai skandal,penyelewengan,rasuah dan jenayah politik.

AMK Selangor yakin bahawa imej positif Pakatan Rakyat di Selangor semakin meningkat mendadak pada pandangan rakyat yang berharap pemimpin yang menerajui Selangor adalah kalangan yang bersih,bertanggungjawab dan melaksanakan tugas dan amanah yang diberi dengan penuh berhemah dan komitmen. Isu ini juga sebenarnya memberikan gambaran bahawa menjelang PRU-13 ini,Pakatan Rakyat akan diwakili oleh pemimpin yang lebih berkredibiliti dan mempunyai rasa amanah dan integriti yang amat tinggi kepada rakyat untuk memimpin arus perubahan besar negara kelak.

AMK Selangor berpandangan pemimpin yang berhak memimpin perubahan perlu mempunyai jatidiri,integriti dan komitmen yang kuat untuk memimpin rakyat dan perubahan. Pemimpin yang lemah,rasuah,mempunyai pelbagai masalah serta kerenah, tidak mempunyai jatidiri dan perjuangan yang kuat sepatutnya tidak layak untuk bersama-sama dengan arus perjuangan rakyat semuanya.

AMK Selangor melihat pelbagai ‘kemelut politik kecil’ yang disensasikan oleh media yang melanda khususnya Parti Keadilan Rakyat akan mematangkan lagi proses pengalaman politik PKR yang baru berusia 10 tahun. Sebuah parti yang langsung tidak diberi harapan langsung dalam PRU-12 tetapi membuat kejutan dan tsunami politik besar bersama-sama rakan Pakatan Rakyat daripada PAS dan DAP atas semangat dan kesedaran memuncak rakyat.

AMK Selangor berharap agar rakyat terus memberikan keyakinan dan sokongan kepada Pakatan Rakyat untuk terus memimpin dan membawa perubahan. Kejayaan parti baru seperti Democratic Parti of Japan (DPJ) yang menumbangkan seteru kuat politik daripada Liberal Democratic Parti (LDP) yang memerintah selama 50 tahun di Jepun membakar semangat dan iltizam baru seluruh rakyat dan pendukung Pakatan Rakyat untuk menerajui Putrajaya dalam PRU-13 ini.

AMK Selangor menaruh harapan yang amat tinggi bahawa semangat dan dokongan rakyat di Selangor akan terus meningkat kerana terbukti kini bahawa Pakatan Rakyat amat mementingkan individu pemimpin yang mampu menjalankan tugas, amanah, mempunyai integriti dan jatidiri unggul untuk memimpin arus perubahan dan kepimpinan negeri.

Ini jelas berbeza dengan dasar pemilihan kepimpinan UMNO/BN yang akan terus mendambakan pemimpin yang rasuah, menyeleweng kuasa dan penuh dengan pelbagai skandal keji dan jijik. Memang layak YB Badrul Hisham untuk menghuni parti seperti ini yang hanya menunggu masa sahaja untuk karam dan pupus daripada kamus politik negara.

Akhirnya,AMK Selangor mengulangi pendirian tegas mencabar YB Badrul Hisham jika masih mempunyai harga diri dan maruah yang tinggi untuk segera melepaskan jawatan ADUN Pelabuhan Klang dan bertanding semula atas tiket sendiri dalam pilihanraya kecil yang diadakan kelak.

Mohd Ezli Mashut Ketua Penerangan AMK Selangor

Ke Mana PAS Selepas Ini?

Tidak semena-semena Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan merangkap Menteri Besar Kelantan melemparkan bom jangka dengan meminta PAS Pusat mengadakan Muktamar Khas untuk menggantikan pemimpin yang tidak disukainya dengan mengikut kaedah yang dilakukan oleh MCA baru-baru ini.

Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mencadangkan dalam blognya www.bloktokguru.com supaya mesyuarat agung luar biasa (EGM) diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin parti itu yang bermasalah.

Tiga pemimpin yang dinamakan dalam blognya itu ialah Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali.

Seorang lagi Menteri Besar PAS, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah berpendirian bahawa EGM tidak perlu buat masa ini, dan yang perlu diadakan hanyalah mesyuarat Jawatankuasa Pusat. Beliau juga dilaporkan berkata, proses penggantian boleh diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat sahaja seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti.

Malah tidak pernah berlaku dalam sejarah parti PAS sebelum ini, Muktamar Khas diadakan untuk memecat pemimpin parti. Kemelut dalaman yang sedang dihadapi PAS perlu diselesaikan secara musyawarah dan bukannya menerusi penggunaan media massa dan media baru, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Manakala Ketua Dewan Ulamak, Datuk harun Taib yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu pula berkata parti hanya akan mengadakan EGM untuk meminda perlembagaan parti dan bukan untuk 'mengubat parti' yang dikatakan sedang berdepan masalah.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, berkata soal mengadakan EGM tidak lagi berbangkit, sebaliknya dalam pertemuan dengan Nik Aziz di Kota Bharu kelmarin, Menteri Besar Kelantan itu mahu beliau mengemukakan satu isu dalam mesyuarat khas yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Tindakan Mursyidul Am PAS kebelakangan ini jelas memeningkan ramai pemerhati politik dan juga ahli PAS sendiri bila beliau menganggap Muktamar Khas (EGM) dengan Mesyuarat Khas Pas Pusat itu sama sahaja, ia dapat dijadikan platform untuk menyampaikan hasratnya kepada kepimpinan parti.

Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad dalam kenyataan lima perenggan dalam blognya, pula berkata mesyuarat Majlis Syura dan Jawatankuasa Pas Pusat yang bakal diadakan dalam tempoh terdekat akan menilai sama ada wujud keperluan bagi mengadakan EGM atau sebaliknya.

"Pas amat menggalakkan perbincangan dan menghargai setiap pandangan atau kritikan. tetapi pada waktu ini setiap pimpinan diminta membincangkan perkara ini secara dalaman dan tidak menggunakan media termasuk blog dan Facebook yang boleh mendatangkan banyak persepsi negatif serta membuka ruang untuk media luar memutarbelitkan isu ini.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasruddin Hassan, berkata masalah dalaman parti perlu diselesaikan di peringkat dalaman, bukannya membincangkannya secara terbuka seperti mengadakan EGM.

Katanya, perbincangan secara terbuka atau EGM bertentangan dengan prinsip parti, apatah lagi kemelut yang melanda parti bukanlah isu besar yang perlu dihebohkan sehingga boleh menimbulkan kerisauan ahli Pas.

Setiausaha Agong Pas, Datuk Musyafa Ali berkata Mesyuarat Khas Jawatankuasa PAS Pusat Rabu 28hb. Oktober, 2009 akan membincangkan cadangan yang di minta oleh Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat agar diadakan satu mesyuarat agung luar biasa. Nik Aziz akan hadir sebagai Pesuruhjaya Kelantan dan jemputan khas bagi membolehkan beliau memberi penjelasan kepada ahli mesyuarat berhubung cadangan beliau dalam blognya agar diadakan satu muktamar agung khas.

19 tahun Nik Aziz memerintah Kelantan

Sepanjang pentadbiran Kerajaan Pas Kelantan selama 19 tahun di bawah kepimpinan Dato Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berbagai kejayaan telah dicapai. Kejayaan paling besar adalah tidak ada satu pun kes yang melibatkan wakil rakyat, Exco dan Menteri Besar yang disiasat kerana rasuah. Perkara itu dinyatakan oleh Exco Kelantan, Dato Mohd Amar Abdullah dalam jawapan Drs Zainudin Awang Hamat (Adun Limbungan) dalam sesi soal jawab dalam sidang Dun Kelantan baru-baru ini.

Kejayaan Nik Aziz bertahan selama 5 penggal (sejak tahun 1990 hingga sekarang) menerajui kerajaan merupakan satu rekod luar biasa bukan sahaja kepada PAS tetapi beliau sendiri berbanding dengan kerajaan PAS sebelum ini (1959-1978) selama 18 tahun sebelum ditumbangkan oleh UMNO/BN secara tidak demokratik.

Rekod dan kepimpinan kerajaan Pas Kelantan wajar menjadi ikutan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri lain dengan sentiasa mengambil berat dan mengutamakan rakyat. Ini merupakan contoh kepimpinan yang berteraskan lunas-lunas Islam yang mengutamakan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat.

- Kalam Perantau

Pemuda Gerakan cadang tubuhkan parti tunggal gantikan BN

KUALA LUMPUR: Pemuda Gerakan mencadangkan ditubuhkan parti tunggal yang mewakili semua kaum bagi menggantikan Barisan Nasional (BN) yang kini dianggotai parti-parti komponen yang mewakili kaum tertentu.

Ketuanya Lim Si Pin berkata penubuhan parti tunggal itu diyakini akan dapat menarik minat semua kaum untuk menyertainya dan dapat mengelakkan timbulnya sebarang masalah perkauman.

"Kalau kita (parti-parti komponen) masih menggunakan cara perkauman untuk mengatasi masalah, kita hanya akan menjadi semakin mundur dan tidak dapat menuju ke hadapan," katanya dalam ucapan dasar pada persidangan Pemuda Gerakan di Menara PGRM di sini pada Sabtu.

Sehubungan itu, Lim mencadangkan satu jawatankuasa Pemuda Barisan Nasional (BN) ditubuhkan untuk mengkaji bagaimana struktur parti tunggal sedemikian dapat direalisasikan.

"Saya berharap, Pemuda BN yang kini di bawah pucuk pimpinan saudara Khairy Jamaluddin tidak mengambil ringan cadangan ini tetapi sebaliknya mengambil cadangan untuk menerokai kemungkinan diwujudkan satu parti sedemikian," katanya.

Sementara itu, Lim berkata kesepakatan dan kerjasama perlu dicapai antara semua parti komponen BN dengan menjadikan kekalahan pada pilihan raya umum ke-12 tahun lepas sebagai iktibar dan mendapatkan semula sokongan pengundi pada pilihan raya umum dan kecil yang akan datang.

Katanya keputusan pilihan raya umum ke-12 jelas menunjukkan bahawa aspirasi dan hasrat pengundi dan rakyat jelata telah menjangkaui batasan kaum.

"Banyak kerja pemulihan perlu dilaksanakan, misalnya semua rancangan sedia ada harus dikemaskinikan dan dikaji semula untuk meningkatkan semula imej parti Barisan Nasional," katanya.

Mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Lim berharap kerajaan dapat membuat pindaan yang menyeluruh ke atas akta itu dan bila tiba masa yang sesuai dimansuhkan dan digantikan dengan satu akta yang lebih berperikemanusiaan. BERNAMA

Hanya 24 unit rumah teres sahaja untuk penduduk Buah Pala

PULAU PINANG: Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang Bhd bersetuju membenarkan pemaju projek perumahan Kampung Buah Pala, Nusmetro Venture (M) Sdn Bhd mendirikan 24 unit rumah teres di atas tanah milik koperasi itu untuk bekas penghuni kampung berkenaan.

Dalam mesyuarat agung khasnya hari ini, koperasi berkenaan membuat keputusan untuk mengikut kehendak kerajaan negeri supaya bekas penduduk di situ diberikan rumah teres sebagai jalan penyelesaian terhadap isu perpindahan penduduk kampung berkenaan.

Pengerusinya, Abdul Razak Mansor bagaimanapun berkata koperasi memberikan syarat supaya 10 penduduk terawal yang menerima tawaran mengosongkan tapak rumah mereka itu dimasukkan dalam senarai penduduk yang bakal menerima 24 unit rumah teres dua tingkat berkenaan.

"Mesyuarat khas hari ini sebulat suara meluluskan pembinaan 24 unit rumah teres untuk bekas penduduk Kampung Buah Pala seperti yang diminta pemaju dan ia adalah muktamad.

"Tiada sebarang tambahan unit dibenarkan lagi selepas ini dan mana-mana penduduk yang tidak menerima tawaran perpindahan pemaju sebelum ini tidak akan diambil kira dalam pemberian rumah itu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.

Kerjasama penuh kepada siasatan Lembaga Disiplin

SHAH ALAM, 31 Okt: Ketika Lembaga Disiplin PAS mula bermesyuarat hari ini, Pemuda PAS Selangor menyeru semua ahlinya agar memberikan kerjasama sepenuhnya kepada lembaga ini.

Dalam kenyataannya, Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Hasbullah Ridzuan turut menyeru semua peringkat khasnya para blogger menulis untuk mencari titik penyelesaian dalam konflik yang ada.

"Kami menyeru agar semua ahli dan blogger yang cintakan PAS sebagai sebuah jemaah Islam serta harakah Islamiyyah yang sedang berjuang untuk mendaulatkan islam menulis dengan pendekatan mencari titik pertemuan, merapatkan jurang perbezaan bukan menjarakkan lagi jurang penyelesaian dan ukhwah," kata Hasbullah dalam kenyataannya itu.

Hasbullah dipercayai mengulas keputusan mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat baru-baru ini yang mengarah Lembaga Disiplin PAS menyiasat PAS Selangor.

Ini ekoran dari beberapa dakwaan yang melibatkan aktiviti, kenyataan dan tindak tanduk kepimpinan PAS negeri itu yang dianggap merugikan PAS.

Dalam kenyataannya kepada Harakahdaily semalam, Ketua Lembaga Disiplin PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, lembaga itu akan memulakan sidangnya jam 10.30 pagi hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak menyebutkan di mana sidang itu akan berjalan dan menegaskan tidak akan ada sebarang kenyataan kepada media sehinggalah keputusan diserahkan kepada Jawatankuasa PAS Pusat.

Menurut Hasbullah, Dewan Pemuda PAS Selangor menerima keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang berlangsung di Pejabat Agung PAS pada 28 Oktober 2009 bagi menangani persoalan dan kemelut dalam PAS yang berlaku sejak akhir-akhir ini.

Dewan Pemuda PAS Selangor, katanya, juga meraikan keputusan menyelesaikan permasalahan dalaman melalui siasatan oleh Lembaga Disiplin parti. Dengan ini, tidak berbangkit lagi soal EGM (mesyuarat agung luarbiasa) kecuali jika ada keperluan dan menepati syarat yang ditetapkan.

"Kami juga berbangga dengan kepimpinan PAS Selangor kerana telah akur dengan keputusan mesyuarat khas itu dan telah menyatakan kesediaan untuk disiasat serta memberi jaminan kerjasama yang baik demi membersihkan parti dari segala salah faham dan fitnah yang berlaku," katanya.

Sehubungan dengan itu, Pemuda PAS Selangor berharap dan menggesa ahli pemuda semua peringkat agar turut mematuhi keputusan mesyuarat khas tersebut dengan tidak membuat sebarang spekulasi, kenyataan peribadi atau menyalakan kembali api fitnah menerusi apa jua media terbuka yang tidak sepatutnya seperti blog dan lain-lain.

"Kami berharap, jika ada sebarang kes yang difikirkan perlu ditangani, hendaklah didahului dengan kaedah yang terbaik mengikut adab-adab berjemaah serta ukhwah islamiyyah yang telah digarap sekian lama. Sekiranya perlu, kumpul bukti untuk dikemukakan aduan kepada Jawatankuasa Disiplin Parti, agar jelas adakah ianya tuduhan yang berasas atau sekadar sangkaan yang keliru.

"Kami juga bersetuju dengan gesaan PAS Selangor agar Jawatankuasa Disiplin Parti membuat penyiasatan secara menyeluruh dan membersihkan PAS daripada anasir yang membarahi PAS seperti mengambil tindakan yang tegas terhadap ahli-ahli yang mendedahkan rahsia parti kepada umum melalui ceramah, penulisan, saluran media dan blog mahupun ulasan dalam akhbar dan lain-lain.

"Jika ada sepuluh orang yang bermesyuarat, jangan ada orang kesebelas yang mengetahui isi kandungan mesyuarat yang bersifat rahsia tersebut," katanya.

Dewan Pemuda PAS Selangor menyeru kepada semua ahli parti agar menumpukan gerakerja dakwah dan pengukuhan dalaman serta tidak membicarakan isu ini bagi mengelak berlaku salah faham dan kekeliruan yang berpanjangan sehinggalah proses penyiasatan dan pendakwaan selesai. _

Lembaga Disiplin PAS bersidang esok

KUALA LUMPUR, 30 Okt: Lembaga Disiplin PAS akan bersidang buat pertama kalinya esok mulai jam 10.30 pagi selepas mendapat arahan menyelesaikan segera beberapa isu dalaman PAS, kata ketuanya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Namun, dimaklumkan bahawa, tidak akan ada sebarang sidang media atau kenyataan media berkaitan dengan hal ini sehinggalah keputusan diserahkan kepada Jawatankuasa Pusat, katanya.

"Kami akan bermesyuarat esok dan akan melihat dokumen-dokumen yang ada sebelum membuat apa-apa tindakan lanjut," kata Tuan Ibrahim kepada Harakahdaily.

Lembaga ini, katanya, mempunyai lima anggota termasuk beliau. Mereka terdiri dari peguam, tokoh agama dan anggota veteran PAS.

"Namun saya tidak bercadang untuk mendedahkan nama mereka," kata Tuan Ibrahim.

Lembaga Disiplin PAS telah diarahkan bersidang segera bagi menyiasat beberapa dakwaan kepada PAS Selangor.

ImageArahan ini dibuat oleh mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat baru-baru ini. Ia dimaklumkan kepada media oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang medianya kira-kira jam 1.00 pagi 29 Oktober semalam.

Selain Lembaga Disiplin diminta bersidang segera, PAS juga akan mengadakan satu seminar khas yang bakal disertai lebih 1,000 pemimpin parti di semua peringkat 7 November nanti.

Ia akan diadakan di Dewan Datuk Fadzil Noor, Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar. Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub diamanahkan untuk menguruskan seminar ini.

Turut diputuskan dalam mesyuarat khas itu adalah, isu kerajaan perpaduan telah ditutup dan tidak akan dibicarakan lagi.

Menurut Tuan Ibrahim, beliau telah menerima beberapa dokumen yang disampaikan kepada beliau.

"Ada yang sampai melalui Setiausaha Agung. Dan ada yang disampaikan kepada saya melalui presiden sendiri," katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, lembaga ini akan meneliti segala dokumen itu apakah ia bertentangan dengan didiplin parti atau ia hanya ijtihad peribadi individu berkenaan sahaja.

Dari situ, katanya, lembaga ini akan membuat cadangan kepada Jawatankuasa PAS Pusat apakah bentuk tindakan yang akan diambil. _

Oct 30, 2009

Terimakasih lintah lintah UMNO

Terima Kasih..

Terima kasih Najib, Ezam, dan kepada sesiapa yang merancang beberapa ADUN PKR keluar parti.
Aku berterima kasih sebab biar bersih sikit parti ni dari barua - barua Umno dan anasir - anasir yang tidak sihat dalam parti tersebut.
Aku tahu ini merupakan tindak balas Umno kerana mereka berdendam dengan tindakan TG Nik Aziz memaksa diadakan EGM untuk memastikan PAS bebas dari pengaruh Umno.
Apa pun,
Dengan tindakan ini aku yakin dan InsyaAllah...sokongan rakyat akan bertambah kuat. Ya mereka fikir dengan tindakan seperti ini akan meranapkan pengaruh Pakatan Rakyat...tetapi..
Lupakah mereka dengan melompatnya Adun - adun yang bermasalah ini sokongan rakyat akan bertambah kuat??
Silakan...tolonglah...buatlah lagi..
Permatang Pasir satu pengajaran kepada Umno...jangan buat - buat lupa.
Oh ya kepada anasir - anasir Umno tahniah la...dahsyat kerja kamu semua. Silap - silap Tuhan pun korang nak beli.
Buat yang keluar Adun Perlabuhan Kelang...selamat percaya fitnah... sumber :/dragsuperstar

Nik Aziz puas hati perjalanan mesyuarat

BACHOK - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau berpuas hati dengan perjalanan Mesyuarat Khas kelmarin walaupun jawatankuasa memutuskan tidak akan mengadakan Muktamar Khas (EGM) seperti yang dicadangkan beliau baru-baru ini.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, dengan luahan pendapatnya serta dengan keputusan yang diambil Jawatankuasa Pas Pusat itu, segala gangguan fikiran dan masalah ditimbulkan dari artikel Profesor Dr Abdul Aziz Bari dapat diselesaikan dengan baik. “Puas hati dah... Mana ada pandangan semua orang terima, ada masa orang terima, ada masa orang tolak, sebab itu dalam artikel saya sebut Nabi Muhammad ditegur oleh Allah. “Kalau Nabi ditegur jadi pelik apa orang tolak EGM tetapi tukar alternatif dengan menganjurkan seminar,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Bakti Siswa Mesir 2009 di Masjid Kampung Bakong di sini, semalam. Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan Mesyuarat Khas Pas yang turut dihadirinya kelmarin yang mengambil ketetapan tidak akan mengadakan Muktamar Khas EGM) sebaliknya mengadakan seminar politik pada 7 November ini. Nik Abdul Aziz berkata, dalam keadaan kini, dua tiga kerat pemimpin bermasalah’ yang menyebabkan timbulnya konflik dalaman parti perlu insaf dan sedar bahawa perbuatan mereka itu boleh merosakkan parti. “Dr Aziz Bari menggunakan perkataan `kapten` (ketua) kepada ketiga-tiganya, saya guna perkataan sama. Insya-Allah, orang itu akan terasa, benda apa yang dibuat sehingga ditegur, kita nak muhasabah benda ni,” katanya. Mengulas mengenai siasatan jawatankuasa disiplin yang akan dilakukan terhadap Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Nik Aziz berkata, beliau tidak akan mencampuri urusan berkenaan. “Dia (Dr Hasan) bukan tajuk (perbincangan) saya, tetapi dia memang ditegur. Macam saya juga ditegur, tetapi saya tidak mahu cakap hal peribadi orang lain,” katanya.: Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz berkata, tindakan beliau keluar awal dari mesyuarat tersebut tiada kaitan dengan ketidakpuasaan beliau dengan sesi perjalanan mesyuarat sebaliknya kerana faktor kesihatan./Sinar

MKENYATAAN MEDIA PRESIDEN PKR Kiriman Oleh Din Binjai

KENYATAAN MEDIA Tarikh: 29 Oktober 2009

Rombakan kepimpinan Keadilan telah menimbulkan kekeliruan dan keresahan di kalangan tertentu. Saya sepenuhnya menyedari bahawa tidak semua akan berpuas hati dengan keputusan yang dibuat kepimpinan parti serta menghargai betapa sukarnya kami untuk membuat keputusan dengan meneliti setiap pandangan yang disampaikan, termasuk dari cabang-cabang yang menjadi tulang belakang parti, di samping memastikan parti mencapai matlamatnya.

Tatkala parti kita mulai berkembang dan menjelma menjadi sebuah organisasi yang disegani dan dihormati, sememangnya kita akan menempuh saat sukar untuk mencipta kesimbangan kepimpinan yang terbaik dan strategi yang ampuh untuk mengangkat kita ke tahap perjuangan seterusnya. Sepanjang itu kita telah menempuh pelbagai cabaran serta menemui bakat-bakat baru yang komited dengan perjuangan parti. Kita perlu bekerja kuat untuk mencapai apa yang dicita-citakan dan keputusan yang dibuat minggu ini dibuat selepas mendapat mandat dan berdasarkan semangat musyawarah dalam parti.

Keadilan ditubuhkan untuk menjadi wadah penyatu kepada semua Rakyat Malaysia merentasi batas agama dan kaum serta mengembalikan keutuhan keluhuran Perlembagaan Persekutuan. Perjuangan ini ternyata bukan tugas mudah dan merupakan satu tanggungjawab serta cabaran kepada semua pendokong Keadilan.

Beberapa tahun lalu ramai yang mencemuh kita kerana kesungguhan perjuangan Keadilan yang berhasrat untuk menamatkan politik perkauman sempit dan membanteras amalan rasuah. Namun bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, kita telah melakarkan kejayaan bersejarah demi memulihkan demokrasi, kebebasan dan kedaulatan undang-undang. Kejayaan tersebut kita kecapi walaupun tidak mendapat sokongan media arus perdana dan berhadapan dengan segala kekuatan serta serangan bertali arus institusi kerajaan yang dikongkong pimpinan Umno-Barisan Nasional.

Sememangnya kita terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah yang mengecewakan selepas pilihanraya umum Mac lalu. Perjuangan politik kepartian terbukti berhadapan dengan jalan berliku, dan permuafakatan politik tidaklah menjelma sekelip mata. Kekecewaan yang diluahkan oleh sebilangan rakan dan ahli parti ada asasnya. Walau bagaimanapun saya sedia berbincang dengan semua pihak didasari rasa hormat, persefahaman dan iltizam menegakkan keadilan.

Masa hadapan negara ini, perjuangan kita serta Pakatan Rakyat tidak bergantung kepada mana-mana individu. Saya menyeru agar semua berpegang teguh dan tetap bersabar memastikan kejayaan perjuangan kita demi Rakyat Malaysia.

WAN AZIZAH WAN ISMAIL Presiden Parti Keadilan Rakyat

Oct 29, 2009

Krisis satu proses matangkan parti

PENDAPAT

Mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat PAS malam tadi sekali lagi menegaskan usaha ke arah penubuhan kerajaan perpaduan tidak akan berbangkit lagi, selepas kebimbangan terhadap usaha itu ditimbulkan lagi oleh Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam blognya.

Isu yang timbul tidak lama selepas pilihan raya tahun 2008 itu membawa PAS kepada satu cabaran getir yang menyaksikan debat dalam kalangan pemimpin-pemimpin PAS secara terbuka.

Hari ini, selepas lebih setahun pilihan raya yang menyaksikan kemenangan besar PAS dan parti-parti Pakatan Rakyat, pengalaman demokrasi yang dilalui sepatutnya telah mematangkan setiap parti terbabit.

Debat berhubung proses politik negara kita adalah satu keperluan untuk parti-parti Pakatan Rakyat menilai dan memahami realiti dan keperluan negara ini, dengan setiap parti memahami sumbangan satu sama lain.

Dalam kes PAS, apa yang telah dilalui sejak Mac 2008 lalu sepatutnya membawa iktibar kepada parti, terutama berkaitan pentingnya parti mempunyai prinsip dan haluan yang jelas dalam meneruskan penyertaan dalam proses politik negara.

Selepas dua muktamar berlalu selepas pilihan raya 2008, PAS telah menetapkan pendirian untuk bersama pakatan politik PR dan mengukuhkan pakatan ini sebagai imbangan kepada pakatan Barisan Nasional yang secara tidak adil membolot peratus kerusi yang lebih besar.

Sebagai satu wadah politik dalam satu proses politik yang lebih besar, PR tidak terus wujud dan sempurna sebagai satu pakatan, seperti juga BN yang mengalami turun naik sebagai satu perkongsian politik yang melibatkan permainan kuasa dan tawar-menawar yang berterusan.

Dalam sejarah terkini, parti-parti pembangkang di negara kita bersatu dalam dua gabungan yang kemudiannya berpecah, sebelum wujud dalam bentuk terbaharu sebagai PR.

Secara mudahnya, PR ialah satu proses dan bukan satu matlamat. Kerana itu, debat untuk mengukuhkannya lagi hendaklah diteruskan, tanpa melihat kritikan yang adil sebagai tindakan khianat.

Matlamatnya masih jauh untuk dicapai, dan pasti tidak akan dapat dicapai dengan mudah dan tanpa usaha dan perancangan yang sepatutnya.

Atas sebab inilah PAS perlu mematangkan dirinya dengan politik semasa yang semakin kompleks dan memastikan mandat yang diamanahkan kepada PAS dapat menjadi satu bahagian penting dalam agenda PR.

Kerana inilah juga, PR perlu meletakkan kepentingan rakyat - yang digunakan pada namanya - sebagai sesuatu yang diutamakan dan bukan sekadar simbol dalam pemasaran politik.

Dalam satu aliansi politik, tidak ada ketetapan yang sedia ada melainkan semuanya dirunding berdasarkan proses biasa rundingan dan tawar-menawar politik, dengan setiap pihak tidak mendapat semua yang dikehendaki kerana perlu ada yang dikorbankan demi matlamat yang ingin dicapai melalui aliansi itu.

PAS sebagai parti yang sudah lama terlibat dalam proses politik negara ini perlu bertindak matang dan tidak membenarkan apa yang berlaku baru-baru ini membawa kepada pergeseran yang merugikan parti, ketika sejumlah besar rakyat meletakkan harapan pada parti ini.

Pertemuan yang bakal diadakan awal November nanti perlulah menjadi satu lagi proses debat dalaman yang sihat bagi PAS, yang mematangkan lagi parti ini sebagai salah satu pemain politik yang penting di negara kita.

Penggunaan pertemuan itu nanti untuk manuver politik kelompok hendaklah dielakkan. Tidak perlu lagi dakwaan dan label seperti pro-Umno dan menyokong kerajaan perpaduan - yang sering dikemukakan dengan konotasi negatif semata-mata - yang telah beberapa kali dinafikan dan tidak pernah terbukti.

PAS dan ahli-ahlinya - yang termasuk wakil-wakil yang dipilih rakyat - perlu bertanggungjawab dengan mandat yang telah diberikan oleh rakyat, ahli-ahli parti dan menyedari juga kedudukan PAS sebagai sebuah gerakan Islam. _

Seminar hapus persepsi salah terhadap PAS

KUALA LUMPUR, 29 Okt: PAS yakin keputusan menggantikan muktamar khas (EGM) dengan seminar pemerkasaan parti akan memberikan kebaikan kepada parti sekaligus melenyapkan segala tuduhan jahat pihak-pihak tertentu terhadap parti itu.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, matlamat seminar berkenaan adalah untuk menegaskan bahawa PAS akan memperkasakan kedudukan dan peranannya untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

"Apa yang hendak dicapai dalam seminar itu, untuk mempertegas bahawa PAS akan memperkasakan kedudukan dalam Pakatan Rakyat," katanya.

"Ini akan melenyapkan segala persepsi dan tuduhan yang dimainkan oleh pihak tertentu kononnya PAS tidak serius dan tidak begitu berminat untuk bersama Pakatan Rakyat," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di lobi Parlimen tengahari tadi.

Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian turut menyifatkan seminar berkenaan lebih efektif berbanding EGM kerana ia memberi peluang kepada orang luar berbanding EGM yang hanya terbuka kepada ahli sahaja.

Seminar itu juga kata Salahuddin membuktikan bahawa PAS sebuah parti yang terbuka dan sedia menerima segala kritikan orang luar untuk meningkatkan prestasi parti.

"Forum ni sangat sesuai supaya PAS dapat dengar dengan baik kritikan yang mungkin ikhlas dari orang luar dan boleh jadikannya pandangan kedua parti."

"Ini menunjukkan PAS parti terbuka, berlapang dada. Sebab itu kita adakan forum yang sesuai untuk orang luar datang dan memberikan pandangan," katanya.

Ditanya berhubung ketetapan mesyuarat malam tadi agar Lembaga Disiplin PAS menyiasat semua dakwaan terhadap PAS Selangor, beliau berkata perkara itu telah diserahkan kepada pengerusi Lembaga Disiplin Parti, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga naib presiden PAS.

"Mesyuarat malam tadi menyerahkan kepada Tuan Ibrahim untuk uruskan isu itu. Jadi bukan bidang kuasa saya untuk menjawabnya," ujarnya.

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa mesyuarat malam tadi diadakan bagi membuat keputusan untuk membuang beberapa pimpinan parti yang bermasalah.

"Isu kononnya PAS akan membuang beberapa kerat pemimpin parti tidak berbangkit langsung malam tadi," tegasnya.

PAS juga tegasnya menutup rapat isu kerajaan perpaduan yang dimainkan media dan memberi jaminan isu itu tidak akan berbangkit lagi.

Seminar dijadualkan berlangsung pada 7 November ini di Dewan Datuk Fadzil Nor, Markaz Tarbiyah PAS, Taman Melewar, Gombak bermula jam 9 pagi._

Oct 28, 2009

Notis makluman bubar DUN adalah palsu - Sivakumar

IPOH: Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar hari ini mendakwa beliau menjadi mangsa taktik kotor melalui penyebaran notis makluman sidang DUN palsu yang memaklumkan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Bercakap pada sidang akhbar di pejabat DAP di sini, Sivakumar menafikan yang beliau mengeluarkan notis itu.

"Saya akan membuat laporan polis berhubung perkara ini," kata Sivakumar yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh yang turut memberikan salinan contoh notis terbabit.

Notis menggunakan kepala surat Speaker DUN Perak bertarikh 23 Oktober 2009 itu memaklumkan bahawa sidang DUN hari ini akan diadakan di Hotel Heritage bagi membentangkan Bajet 2010 dan usul pembuburan dewan oleh Adun Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Notis berkenaan turut memaklumkan bahawa Sultan Azlan Shah telah berkenan menerima menghadap Mohammad Nizar di Istana Kinta di sini pada 3 petang hari ini bagi membubarkan DUN Perak untuk membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Sivakumar berkata beliau hanya mengetahui perkara itu ketika menghadiri sidang DUN di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri hari ini.

Dalam perkembangan lain, Sivakumar mendakwa polis menggunakan kekerasan terhadap Adun pakatan pembangkang yang menghadiri sidang DUN di Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini dengan merampas peralatan elektronik seperti kamera, kamera video dan komputer riba.

Beliau turut mendakwa polis bertindak kasar semasa merampas Jubah Speaker yang dipakainya. BERNAMA

Wartawan penuh menunggu mesyuarat khas JK PAS Pusat

KUALA LUMPUR, 28 Okt: PAS mengadakan mesyuarat khas AJK PAS Pusatnya jam 8.45 malam dengan dipengerusikan oleh presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malam ini.

Turut serta di sebelahnya adalah Mursyidul Am yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz tiba ke pejabat agung PAS, Jalan Raja Laut jam 8.40 malam. Ia disambut oleh Abdul Hadi dan kedua-dua mereka berbual mesra sambil Abdul Hadi memerhatikan Nik Aziz makan malam.

Abdul Hadi sampai lebih awal dan telah selesai makan malam di situ.

Nik Aziz kelihatan makan nasi berlauk ayam goreng yang disediakan oleh pejabat Agung PAS untuk semua peserta mesyuarat itu.

Di pintu masuk Pejabat Agung, berpuluh-puluh wartawan dan jurugambar menunggu ketibaan para pimpinan PAS itu.

Bagi meraikannya, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali telah memutuskan untuk membenarkan kesemua mereka mengambil gambar pimpinan PAS itu sebelum mesyuarat bermula.

ImageMaka berlari-larilah para jurugambar memanjat anak tangga bangunan PAS itu ke tingkat lima, tempat mesyuarat berlangsung, menggunakan tangga.

Ini kerana, hanya satu lif sahaja yang ada di bangunan itu dan mereka bimbang tidak sempat merakamkan detik bersejarah dalam PAS itu.

Image

(Gambar:Abdul Hadi menyambut ketibaan Nik Aziz di luar bilik mesyuarat)

Namun, para petugas PAS telah bersedia menghadapinya dan hanya membenarkan mereka masuk mengambil gambar apabila kesemua mereka sudah berada di tingkat 5 bangunan PAS itu.

"Waw ramainya," sungut para pemimpin PAS yang memenuhi Dewan Mesyuarat Utama Pejabat Agung PAS itu apabila jurugambar menyerbu masuk.

Pelbagai ragam mereka mengambil gambar para pimpinan PAS. Yang menjadi fokus adalah Andul Hadi dan Nik Abdul Aziz yang duduk sebelah menyebelah dalam mesyuarat ini.

Mereka meminta kedua-duanya senyum, bersalam, memandang kamera dan sebagainya.

Semuanya dipatuhi dengan baik oleh kedua-duanya di samping timbalan presiden, Nasharudin Mat Isa dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.

Mesyuarat ini dijangka selesai menjelang jam 12 malam. Adalah dipercayai satu sidang akhbar akan dibuat selepas itu kerana wartawan penuh di hadapan bangunan PAS bagi menunggu keputusan mesyuarat khas ini.

Muhyiddin mula kemaruk publisiti

PENDAPAT TIMBALAN Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dilihat kemaruk publisiti sejak memegang jawatan nombor dua itu.

Di kalangan orang-orang Umno, Muhyiddin digelar sebagai 'raja yang tiada rakyat' kerana dialah satu-satunya Timbalan Presiden Umno yang menjadi Timbalan Perdana Menteri tanpa 'sesiapa di kiri dan di kanannya'.

Ketika semua orang sedang memperkukuhkan kedudukan dalam parti, Muhyiddin tetap keseorangan. Malahan, setiausaha-setiausahanya juga tidak tahu bergaul dengan orang ramai, hingga digelar 'angkuh' dan perasan.

Kini, terpancul dari mulutnya kononnya rundingan Umno-PAS masih terbuka sedangkan kepimpinan PAS sudah memberitahu secara terbuka 'sudah tutup buku' hal tersebut.

Kenapa Muhyiddin bersikap demikian? Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad menyifatkan Muhyiddin sebagai hidung tidak mancung, pipi tersorong-sorong.

Ketika pemilihan Umno Mac lalu, Muhyiddin secara jelas mahukan Mukhriz Tun Mahathir menang kerusi Ketua Pergerakan Pemuda Umno tetapi apabila Mukhriz tewas, khabarnya Muhyiddin kini mahu berdamping dengan Khairy Jamaluddin yang dikatakan cuba dikalahkan oleh Muhyiddin suatu ketika dahulu.

Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Pagoh sendiri mencalonkan Mukhriz sebagai calon ketua Pemuda, membuktikan Khairy bukan pilihan Muhyiddin. Namun, kemenangan selesa Khairy merisaukan Muhyiddin kerana pengaruh Pemuda dalam Umno sebenarnya tidak boleh dipandang sepi oleh calon Timbalan Presiden.

Membenarkan dakwaan beberapa pihak mengatakan Muhyiddin adalah 'raja yang tiada rakyat', hari ini pengaruh Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Afdal merisaukan Muhyiddin.

Sejak sekian lama, Muhyiddin memang dikenali sebagai pemimpin Umno yang keseorangan. Suatu ketika dia menang besar kerusi Naib Presiden (1993) tetapi kemudiannya dia kalah teruk (1996). Dia menang kembali kerusi Naib Presiden dalam tahun 2000 atas bantuan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu menjadi Perdana Menteri dan Ketua Umno Bahagian Kubang Pasu, apabila bahagian tersebut memberi pencalonan kepadanya.

Empat tahun kemudian, Muhyiddin menang di tempat ketiga sebagai Naib Presiden menyebabkan dia 'mengamuk'. Kemenangannya itu disifatkannya sebagai 'tidak menang tetapi terselamat' kerana walaupun mendapat pertolongan dari Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Muhyiddin hampir-hampir tewas di tangan dua muka baru, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Menjelang 2008, Muhyiddin tampil membuat desakan supaya Abdullah berundur dengan kata-kata 'kaji balik pelan peralihan kuasa' kerana Muhyiddin nampak Najib tidak mempunyai regi jika Abdullah berundur tahun 2009 dan dialah orangnya yang boleh menawarkan diri.

Dengan bantuan Najib, Zahid yang kepingin menjadi Timbalan Perdana Menteri terpaksa menarik diri dari persaingan kerusi Timbalan Presiden Umno, manakala Lembaga Disiplin Umno membantu Muhyiddin dengan menghalang Ali Rustam dari layak menjadi calon Timbalan Presiden.

Persaingan Muhyiddin dengan Tan Sri Muhammad Muhd Taib berlaku secara tidak sihat kerana Muhyiddin mendapat sokongan Najib secara senyap-senyap manakala Muhammad dilabelkan sebagai penyokong Abdullah yang sudah berada dalam 'zon senajakala'.

Khabarnya, kemahuan Zahid menawarkan diri bertanding kerusi Timbalan Presiden didesak oleh Abdullah yang tidak boleh menerima 'kehadiran' Muhyiddin tetapi disebabkan Zahid 'takut' dengan Najib, maka Zahid tidak meneruskan hajatnya itu kerana Najib memanggilnya ke pejabat sebelum Zahid mengumumkan hasratnya untuk menarik diri dan hanya menawarkan diri bertanding kerusi Naib Presiden.

Bagi orang-orang Umno, mereka tahu populariti Zahid, Hishammuddin dan Mohd Shafie. Contoh paling ketara, jika ketiga-tiga Naib Presiden ini menganjurkan Rumah Terbuka Aidil Fitri serentak dengan majlis anjuran Muhyiddin, dipercayai, kehadiran di rumah Muhyiddin yang paling kecil jumlahnya.

Itulah sebabnya, Muhyiddin terpaksa mengejar publisiti kebelakangan ini dengan menyebut perkara-perkara yang orang Umno lain tidak mahu menyebutnya, 'rundingan Umno-Pas masih terbuka' sedangkan ia sebenarnya hanyalah 'ibarat buih-buih di lautan'.

Muhyiddin tidak perasan kenapa Najib melantiknya sebagai Menteri Pelajaran sedangkan kelazimannya Timbalan Perdana Menteri menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri, Menteri Kewangan, Menteri Pertahanan atau Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Bercakap dari sudut mana sekali pun, Najib sebenarnya 'menurun pangkat' Muhyiddin yang sebelum ini tidak pernah melalui Kementerian Pelajaran sedangkan semua Timbalan Perdana Menteri sebelum ini, kecuali Tun Ghafar Baba (Allahyarham), pernah menjadi Menteri Pelajaran.

Hari ini, ketika Najib beria-ia mahu mengambarkan bahawa Muhyiddin adalah regunya yang terbaik tetapi tiada siapa percaya Muhyiddin boleh pergi lebih jauh dari kedudukan yang dia sudah capai sekarang.

Dengan barisan Setiausaha Politiknya yang 'putus darah', Muhyiddin seperti tersilap langkah menyediakan pasukannya untuk terus berlari dalam persaingan Umno.

Malahan, mereka yang menyokong Muhammad dan Ali Rustam masih tidak dapat memaafkan Muhyiddin hingga ada yang sanggup 'meninggalkan' Umno secara senyap-senyap.

Ada seorang ketua bahagian sudah melepaskan jawatannya secara diam-diam kerana 'meluat' dengan Najib-Muhyiddin.

Jika sekarang Muhyiddin mahu belajar untuk 'buat-buat mesra' dengan ketau-ketua bahagian, perbuatannya itu dilihat begitu janggal.

Malahan, ada yang mengatakan Muhyiddin mengada-ngada dan 'kesembongannya' selama ini nampaknya diwarisi oleh pegawai-pegawai yang mengelilinginya.

Kata mereka, bukan sahaja Muhyiddin tidak boleh didekati, pegawai-pegawainya juga menjadikan pejabat dan kementerian yang didiaminya sebagai 'kawasan larangan' dan hanya mereka yang tertentu sahaja boleh mendatanginya.

Sebagai bekas Menteri Besar Johor untuk dua penggal berturut-turut dan sudah menjadi Menteri di empat kementerian sebelum menjadi Timbalan Perdana Menteri � Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Pertanian dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, masih ada empat bahagian di Johor enggan memberi pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden Umno kepada Muhyiddin.

Bahagian-bahagian itu, Tenggara, Kota Tinggi, Johor Bahru dan Air Hitam telah membuktikan bukan semua ahli Umno Johor dapat menerima Muhyiddin. _

Oct 27, 2009

Dr Asri ulas krisis dalaman PAS

BEKAS Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin berpendapat krisis dalaman PAS kini amat berkait dengan ‘bisikan halus’ yang dibisikkan oleh pihak tertentu kepada ‘telinga’ di kalangan pemimpin utama PAS.

Bisikan ini, katanya, datang dari satu pihak yang mempunyai kepentingan atau agenda tersendiri dan mempengaruhi pihak-pihak tertentu.

‘Pembisik’ itu, menurut Dr Asri, hanya menumpukan perhatian kepada agenda politiknya sahaja.

Jika dalam sejarahnya, pihak pembisik ini pernah hampir merebahkan parti lain, maka tidak mustahil ia akan berlaku kepada PAS.

Namun krisis kali ini, menurut pengamatan beliau, agak serius.

"Ia mungkin boleh didramakan seakan sudah tamat, tetapi bak kata “I can forgive, but I cannot forget”. Luka ini akan terbuka pula di masa hadapan dan akan mempengaruhi secara langsung dan tidak langsung perhubungan, tindakan, kepercayaan dan perasaan antara sesama PAS," katanya.

Jelas Dr Asri, meskipun beliau mempunyai perbezaan pendapat dengan PAS dalam perkara-perkara tertentu, namun beliau akur kewujudan PAS dalam kerangka negara demokrasi adalah satu keperluan politik.

Ini, katanya, bagi mengimbangi monopoli politik yang akhirnya akan mencetuskan pemerintahan yang tidak memperdulikan hasrat dan cita rakyat.

"Sekalipun saya mempunyai pandangan yang berbeza dalam beberapa persoalan asas dan pendekatan, namun sebagai rakyat Malaysia saya melihat kejatuhan atau kemusnahan PAS dalam keadaan semasa boleh mengundang impak negatif dalam percaturan politik negara.

"PAS jika berpegang dengan prinsip Islamnya, dapatlah melindungi identiti Islam yang sepatutnya sentiasa zahir atau mendominasi keadaan negara dan masyarakat Malaysia. Maka adalah dibimbangi adanya usaha menghancurkan PAS secara langsung atau tidak langsung," jelasnya dalam kiriman emel sebentar tadi.

Walaupun demikian, Dr Asri berharap antara hikmah kejadian yang berlaku ini adalah dapat membuang perasaan fanatik sesetengah pihak yang berlebihan atau melebihi patut kepada pemimpin tertentu.

"Pendapat atau pandangan seseorang pemimpin bukan dinilai dari segi nama, atau gelaran, atau peribadi semata, tetapi yang paling mustahak dilihat alasan dan hujah yang dikemukakan dalam setiap pendapat.

"Apabila bertembung antara pemimpin dengan pemimpin, ahli PAS mesti menggunakan kebijaksaan, ketajaman minda, penilaian seimbangan dalam membuat keputusan, bukan hanya dengan emosi semata," kata tokoh agama yang disegani ini.

Satu perkara yang wajar PAS akui, jelasnya, ialah ramai orang dalam PAS yang sangat sensitif jika ada teguran luar. Jika tidak disambut teguran itu dengan maki hamun pun, unsur-unsur mengutuk pemberi pendapat itu akan muncul.

"Bukan sahaja orang bawahan, bahkan pihak atasan PAS. Sebagai contoh yang terkini, lihatlah jawapan Ketua Penerangan PAS Pusat terhadap pandangan seorang tokoh akademik yang terkenal cenderung kepada PR, Prof Dr Aziz Bari.

"Dalam menjawab kritikan kekalahan PAS di Bagan Pinang, Ketua Penerangan PAS itu menulis: “Sebagai seorang Prof dan ahli akademik janganlah mengambil data di tepi jalan yang tidak ada kesahihan. Biarlah tuduhan ini dibuat oleh mereka yang tidak bergelar Prof. Memanglah menjadi ahli akademik senang membuat hipotesis daripada bilik berhawa dingin.

"Tetapi menjadi ahli politik pembangkang berat lagi mata memandang maka berat lagi bahu memikul. Kita janganlah menjadi penganalisa politik yang tidak terjun medan, waktu kalah semua hendak menuding jari. Sewaktu menang di tujuh PRK tidak ada pula komen mengatakan pimpinan Pas cerdik, apabila kalah semua buat tuduhan. Prof Aziz tahu atau tidak keadaan demografi Bagan Pinang.

"Beliau pergi atau tidak ke kawasan pilihanraya tersebut. Berjumpa atau tidak dengan masyarakat pengundi Bagan Pinang. Tahu atau tidak berapa ahli cawangan Pas dan dan ahli umno di kawasan itu. Keadaan di Bagan Pinang kalau Prof Aziz Bari bertanding pun akan kalah...”

"Inilah layanan terhadap kritikan yang saya kira jujur dari Prof Dr. Aziz Bari," kata Dr Asri.

Dr Asri berkata, ini tidak bermakna beliau setuju atau tidak dengan pandangan Dr. Aziz Bari, tetapi cuma beliau hairan melihat bahasa sindir dan kutuk yang digunakan ke atas Dr Aziz pada hal tokoh akademik itu boleh dikategorikan sebagai rakan mereka.

"Jika pun kita tidak bersetuju, gunakanlah uslub atau gaya bahasa yang lebih terhormat," katanya.

Soalnya lagi, "Bagaimanakah nanti jika PAS berjaya membentuk kerajaan, dan orang-orang awam, ahli akademik serta berkecuali ingin menyampaikan pandangan? Saya bimbang ruang demokrasi atau bersuara akan menjadi semakin sempit. Pun begitu, alhamdulillah dalam suasana krisis ini, sudah ada pihak dalam PAS juga yang cuba menilai pandangan luar."

Akhirnya, kata Dr Asri, PAS hendaklah benar-benar tahu siapakah musuhnya yang sebenar.

Dr Asri turut menggariskan beberapa perkara berikut yang patut difikirkan oleh PAS:

1. Siapakah yang boleh mengheret PAS melanggar prinsip-prinsip Islam yang holistik yang bukan sekadar isu tahalluf siyasi semata?2. Siapakah yang ‘sebenarnya’ mencetuskan permusuhan dalaman secara langsung dan tidak langsung dalam PAS selama ini?3. Jika PAS berfikir ada pemimpinnya yang patut disingkirkan, maka penyingkiran itu adakah atas alasan pelanggar prinsip, atau sekadar pelanggaran pendekatan?4. Antara mengerat ‘orang dalam’ dan mengerat ‘orang menumpang’ yang menyusahkan; manakah yang patut diutamakan?5. Adakah PAS yang memerlukan PR atau PR memerlukan PAS?6. Adakah agenda Islamik itu yang lebih besar dalam PAS atau agenda politik PR?7. Apa beza dari masa depan Islam antara kerjasama dengan DAP dan PKR dan kerjasama dengan UMNO?

Nik Aziz sahkan sertai mesyuarat khas

KUALA LUMPUR, 27 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menyertai mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat malam esok.

Keputusan itu dibuat Nik Aziz hari ini walaupun sebelum ini beliau keberatan untuk menyertainya dan telah memberikan amanah kepada Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS yang menemui beliau baru-baru ini untuk menyampaikan pandangannya.

Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Politik beliau, Anual Bakhri Haron kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, Nik Aziz dikatakan keberatan untuk ke Kuala Lumpur kerana sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan sedang berlangsung.

"Saya telah sampaikan apa yang saya nak kata kepada Salahudin," kata Nik Aziz sebelum ini.

Namun, hari ini beliau membuat keputusan akan menyertai mesyuarat yang dianggap penting itu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ditanya bertalu-talu dalam sidang medianya semalam samada Nik Aziz akan datang atau tidak dalam mesyuarat khas esok.

Mustafa berkata, beliau tidak tahu samada Nik Aziz akan datang atau pun tidak tetapi sekurang-kurangnya dia telah memaklumkan pandangannya melalui Salahudin Ayub.

PAS memanggil mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat malam esok mulai jam 8.30 malam di Pajabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Mesyuarat ini dipanggil ekoran cadangan Nik Aziz agar PAS adakan satu mesyuarat agung luar biasa untuk memilih semula pucuk pimpinannya.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan agar diadakan mesyuarat khas untuk membincangkan perkara ini.

Mesyuarat ini akan mengambil keputusan samada perlu atau tidak diadakan mesyuarat agung luar biasa itu.

Selain AJK PAS Pusat, anggota mesyuarat ini adalah para pesuruhjaya PAS bagi setiap negeri.

Menurut perlembagaan PAS, mesyuarat agung luar biasa boleh diadakan dengan arahan presiden, permintaan satu pertiga ahli Jawatankuasa PAS Pusat atau permintaan satu pertiga dari kawasan-kawasan PAS di seluruh negara iaitu sekurang-kurangnya 57 kawasan. _

Rundingan Umno-PAS hanya umpan Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 27 Okt: PAS menyifatkan Tan Sri Muhyiddin Yasin umpama 'hidung tidak mancung, pipi tersorong- sorong' apabila mengambil kesempatan dengan cuba sekali lagi menawarkan rundingan Umno-PAS.

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataan mengingatkan Timbalan Presiden Umno itu agar tidak cuba mengeluarkan kenyataan memecah belahkan perpaduan antara PAS dan Pakatan Rakyat.

"Pas mengingatkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin jangan cuba mencari kesempatan untuk memecah belahkan perpaduan parti Pas dan Pakatan Rakyat, seperti yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia 26/10/2009.

"Muhyiddin jangan jadi hidung tidak mancung pipi tersorong-sorong," kenyataannya dipetik.

Katanya Pas berpendapat tindakan Muhyidin itu akibat berasa gelisah dengan perkembangan politik PAS di mana orang bukan Islam semakin menolak Umno dan menerima parti Islam itu.

Orang bukan Islam yang dahulunya ibarat 'tongkat sakti' dan 'balang oksigen' Umno kini katanya sudah hilang sakti dan kehabisan oksigennya.

Image Talian hayat Umno itu katanya kini sudah berpindah kepada Pas dan Pakatan Rakyat.

"Pas tidak lagi dipandang sebagai parti yang cauvanis perkauman, sebaliknya mereka melihat pas sebagai wadah baru mereka untuk mendapat keadilan di negara ini.

"Umno sedar bahawa tongkat sakti mereka sudah patah (iaitu pengundi bukan Islam), kerana selama ini umno hanya boleh bernafas dengan bantuan oksigen daripada balang oksigen pengundi bukan Islam," beritahunya lagi.

Umno kian bimbang katanya apabila menyedari generasi muda juga menyebelahi PAS.

Gabungan generasi muda, orang bukan Islam dan orang melayu menyokong PAS akan memberi kesan amat parah kepada parti pemerintah itu kerana jika Umno tumbang, penggantinya adalah PAS.

Oleh kerana ketakuitan itu katanya, Umno kini sedang memanipulasi isu Melayu Islam seolah olah Umno adalah harapan pembela Melayu Islam.

"Pas menyedari bahawa Umno sedang manipulasi isu melayu dan Islam, kononnya kalau Umno kalah melayu dan Islam akan hancur.

"Sedangkan apa yang berlaku kemusnahan kepada Melayu dan Islam adalah angkara Umno.

"Umno tidak boleh tudung bangkai gajah dengan tudung saji yang kecil, kerana yang menjahanamkan melayu dan Islam ialah angkara umno, bukannya perbuatan Pas," katanya lagi.

Muhyiddin seperti dilaporkan media arus perdana Isnin lalu membuat kenyataan bahawa 'rundingan Umno-PAS masih terbuka'.

Ianya sebagai memberi tekanan kepada PAS berhubung persoalan terbaru Muktamar Khas sepeti yang dicadang Mursyidul Am, Tuan Guru datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat minggu lalu.

PAS sebelum ini pernah terpalit isu kerajaan perpaduan apabila dimanipulasi Umno BN.

Namun ianya diselesaikan dengan baik oleh PAS dan mengumumkan untuk terus memperkukuh hubungan bersama Pakatan Rakyat.

Manakala terbaru, PAS sekali lagi berdepan isu hampir sama apabila Nik Aziz mengeluarkan cadangan supaya PAS mengadakan Muktamar Khas bagi menyelesai masalah kepimpinan parti.

Nik Aziz bagaimanapun bersetuju untuk hanya diadakan mesyuarat khas mengantikan muktamar seperti yang dicadangkan.

Manakala Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali semalam mengumumkan akan mengadakan Mesyuarat Khas Jawatan Kuasa PAS esok bagi membincangkan perkara tersebut.

Ianya juga bermaksud bahawa isu Muktamar Khas tidak lagi berbangkit.

Dalam perkembangan lain, PR akan mengadakan satu Konvesnsyen Pakatan Rakyat pada 13hb Disember ini di Shah Alam Selangor .

Ianya antara lain bertujuan untuk terus memperkasa pakatan sebagai sebuah kerajaan menunggu.

Syed Ali perlu faham sejarah Islam-Nik Aziz

KUALA LUMPUR, 27 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas kata-kata Ketua Umno Bahagian Cheras,Datuk Wira Syed Ali Alhabshee bahawa beliau adalah ulama' akhir zaman yang menentang penyatuan umat Islam.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Syed Ali terlebih dahulu harus menyedari siapa sebenarnya yang bertanggungjawab di atas perpecahan umat Islam yang berlaku di dunia ini, sebelum menuduhnya demikian.

"Saya nak beri salam pada dia (Syed Ali) balik, biar dia faham perpecahan yang berlaku atas dunia ini berpunca daripada Nabi Muhammad atau berpunca daripada puak-puak Syed lawan Nabi Muhammad?"

"Semua bapa saudara nabi adalah (keturunan) Syed. Syed ini kepala yang lawan Nabi Muhammad,"katanya ketika ditemui pemberita selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam.

Ujar Nik Aziz, beliau hanya menjalankan amanah sebagai umat Nabi Muhammad di muka bumi ini untuk menyampaikan ajaran Islam.

"Kalau dia cakap soal perpecahan jangan tuju kepada saya. Saya hanya tolong datuk nenek dia Nabi Muhammad. Dia yang melawan datuk nenek dia sendiri. Itu kena faham," tegasnya.

Syed Ali seperti yang dilaporkan akhbar Sinar Harian kelmarin juga mendakwa Nik Aziz menentang segala usaha untuk menyatu padukan umat Islam sebaliknya bersubahat dengan bukan Islam.

Beliau juga mendakwa Nik Aziz harus dipersalahkan kerana kononnya beliau tidak boleh ditegur dan enggan menerima perubahan dan pembaharuan.

Tuduhan Syed Ali itu dilihat sebagai mengambil kesempatan di atas isu cadangan Nik Aziz agar diadakan Muktamar Khas (EGM) untuk menyelesaikan masalah kepimpinan parti sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi banyak pihak khususnya Umno Barisan Nasional yang sentiasa mencari kesilapan PAS.

Malah Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yasin Isnin lalu membuat kenyataan bahawa rundingan Umno-PAS masih terbuka.

Sedangkan bagi PAS sendiri, isu itu sudah selesai dalam muktamar PAS Jun lalu.

Nik Aziz sebelum ini pernah membuat kenyataan bahawa PAS hanya boleh menerima Umno jika parti itu menukar dasar kebangsaan yang dibawanya kepada dasar Islam.

Namun, Umno enggan berbuat demikian sebaliknya terus mendakwa PAS tidak mahukan perpaduan di kalangan orang Melayu.

Oct 25, 2009

Pemimpin Tertinggi UMNO Cuma Bawa Lari RM3 Trillion SAHAJA

i] Isu membolot wang rakyat dan perbendaharaan negara antara satu hingga tiga trillion ringgit oleh pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional sejak lebih dua dekad lalu dijangka menjadi topik perbahasan pada sesi persidangan Dewan Rakyat yang bermula 19 Oktobe lalu.

ii] Suara keadilan difahamkan pendedahan oleh pemimpin Pakatan Rakyat di Parlimen akan “menggegarkan” seluruh rakyat Malaysia dengan penyelewengan yang jauh lebih serius bebanding skandal PKFZ.

Skandal Umno BN Gelapkan RM 3 trilion [ Wang rakyat bakal didedahkan ]

Oleh DZULKARNAIN TAIB

Isu membolot wang rakyat dan perbendaharaan negara antara satu hingga tiga trillion ringgit oleh pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional sejak lebih dua dekad lalu dijangka menjadi topik perbahasan pada sesi persidangan Dewan Rakyat yang bermula 19 Oktobe lalu.

Suara keadilan difahamkan pendedahan oleh pemimpin Pakatan Rakyat di Parlimen akan “menggegarkan” seluruh rakyat Malaysia dengan penyelewengan yang jauh lebih serius bebanding skandal PKFZ.

Menurut sumber-sumber, pemimpin Umno dan BN tertentu telah mengumpulkan kekayaan melalui pelbagai tipu helah dan cara yang haram untuk memperkayakan diri, keluarga serta jaringan kroni masing-masing dan memindahkan wang itu ke luar negara.

Sejumlah besar dana itu disimpan di sebuah bank milik Zionis di Singapura.

Dana haram itu diperolehi secara licik engan membolot kontark-kontrak besar kerajaan yang nilainya sengaja ditambah berlipat ganda dan ditawarkan menerusi sistem tender yang tidak telus.

Kroni-kroni turut di anugerah projek penswastaaan yang dibiayai dengan suntikan modal awal daripada kerajaan sebelum diserahkan kembali kepada kerajaan setelah syarikat-syarikat itu “diperah secukupnya”.

Antara syarikat yang disasarkan pengendali sisitem transit aliran ringan, MAS, dan Indah Water.

Modus operandi juga melibatkan khidmat-khidmat syarikat tempatan dan luar pesisiran pantai yang dimanfaatkan untuk tujuan penyaluran wang ke luar negara atas alasan aktiviti perdagangan dan perniagaan.

Wang haram yang terkumpul kemudiannya disimpan di akaun luar negara seperti Switzerland dan Singapura.

Selain akaun simpanan tetap wang tersebut juga disembunyikan dalam pelbagai bentuk termasuk bon dan jaminan kertas kerajaan, ketulan emas dan logam berharga, hartanah dan pelaburan strategic dalam sector perbankan dan ekonomi negara asing.

Difahamkan Switzerland menjadi pilihan utama menyorokkan wang rakyat yang dibolot oleh kroni Umno-BN.

Disebabkan tahap keselamatan maklumat bank yang begitu ketat, negara itu menjadi tumpuan kebanyakan dictator dan pemimpin korup negara Asia, Eropah dan Afrika bagi melindungi kekayaan negara yang diambil dari khazanah negara mereka.

Semasa pilihan raya umum ke 10 pada 1999, blok pembangkang ketika itu, Barisan Alternatif, telah mendedahkan dalam sebuah laman web reformasi yang popular puluhan akaun bank di Switzerland yang dimiliki oleh anggota cabinet termasuk Dr Mahathir dan isteri beliau.

Maklumat mengenai identiti bank dan butiran pemilik akaun serta jumlah yang disimpan dalam setiap akaun dalam bank berkenaan dijangka didedahkan pada sesi Parlimen kali ini.

Beberapa anggota cabinet Najib Razak dan bekas menteri dipercayai terbabit dalam menyorok simpanan mereka dalam akaun-akaun luar negara.

25.10.2009

Majlis Syura dan Jawatankuasa Pusat bincang keperluan muktamar khas

KUALA LUMPUR, 25 Okt: PAS mengambil pendirian untuk membincangkan cadangan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tentang keperluan mengadakan muktamar khas "dalam tempoh terdekat ini."

Pendirian ini dinyatakan melalui satu kenyataan ringkas lima perenggan dikeluarkan Ketua Penerangan, Ustaz Idris Ahmad.

Kenyataan itu memberitahu cadangan Mursyidul Am itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Syura dan Jawatankuasa Pusat.

PAS juga akan mendapatkan penjelasan daripada Mursyidul Am berhubung pandangannya tentang keperluan mengadakan muktamar khas.

"Sama ada muktamar khas luar biasa itu perlu diadakan atau tidak, kita perlu dengar dahulu penjelasan daripada Mursyidul Am," kata Idris ketika dihubungi Harakahdaily.

Idris juga menggesa pemimpin-pemimpin PAS agar tidak membincangkannya secara terbuka untuk mengelakkan isu ini dimanipulasi.

"Adalah menjadi satu kewajipan untuk setiap pimpinan dan ahli bertenang dalam menghadapi isu ini serta tidak melatah hingga memberikan peluang kepada pihak luar melontarkan lebih banyak peluru atau prasangka yang boleh memburukan imej parti," tegas kenyataan itu lagi.

ImageNik Abdul Aziz dalam blog peribadinya menimbulkan cadangan untuk diadakan satu muktamar khas luar biasa bertujuan menolak beberapa orang pemimpin yang didakwa bermasalah.

Cadangan itu menerima respons pelbagai daripada banyak pihak termasuk pemimpin-pemimpin Umno peringkat pusat.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali akan mengadakan sidang media khas esok bagi menjelaskan sikap PAS dalam menghadapi serangan dari Mursyidul Amnya ini.

Menurut satu kenyataan, sidang media itu akan diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut mulai jam 11 pagi esok.

Harakahdaily difahamkan, sidang media ini dibuat untuk menjelaskan sikap dan pendirian pimpinan utama PAS ekoran cadangan Nik Aziz agar diadakan muktamar khas untuk memilih semula pimpinan parti Islam itu.

Ini adalah untuk kesekian kalinya Nik Aziz membuat kenyataan yang mempertikaikan kenyataan dan tindakan para pimpinan PAS. Ia dibuat dalam blognya 22 Oktober dan dipetik oleh kebanyakan media.

Dalam pada itu, sekurang-kurangnya dua pemimpin kanan PAS telah menemui Nik Aziz di Kota Bharu semalam untuk mendengar sendiri pandangan beliau mengenai perkara ini selepas tulisan beliau keluar dalam blognya.

Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa dan Naib Presiden, Salahudin Ayub telah bertemu beliau semalam.

Dalam pada itu, seorang AJK PAS Pusat, Mujahid Yusof berpandangan, PAS perlu menyelesaikan isu ini secara berorganisasi.

"Ia tidak boleh diselesaikan secara bertemu, peluk-peluk dan buat kenyataan yang masalah sudah selesai sahaja. Ia mesti dibincangkan secara terbuka oleh organisasi utama parti dan selesaikannya dengan cara yang baik," katanya.

Beliau mencadangkan, Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura perlu bermesyuarat segera dan bincangkan isu ini secara terbuka dan telus.

"Selepas itu barulah kita boleh pertimbangkan, perlu atau tidak mesyuarat agung khas sebagaimana yang dicadangkan oleh Tok Guru itu," katanya.

Mujahid yang mempunyai ijzah PhD dalam pengurusan organisasi dan telah menjadikan PAS sebagai rujukan tesisnya berkata, isu ini tidak boleh dibiarkan.

"Organisasi yang perlu bertindak segera bukannya individu. Barulah kita akn dilihat terbuka dan bertanggungjawab," katanya.

Menurut beliau, PAS perlu mengambil teguran Nik Aziz ini sebagai satu yang serius dan perlu dilihat menyelesaikan segala teguran dengan terbuka dan profesional.

Beliau bersetuju bahawa persepsi umum khasnya di kalangan bukan Islam terhadap PAS kurang baik sejak kebelakangan ini berikutan isu di Selangor.

Kekalahan PAS di Bagan Pinang pula telah dianggap sebagai pengesahan kepada persepsi negatif itu.

Adun BN mengaku bakar jentolak

KOTA BHARU, 25 Okt: Md Yusoff Abd Ghani (BN-Nenggiri) hari ini secara tidak langsung mengakui beliau antara orang yang terlibat membakar sebuah jentolak di Kampung Sungai Raya dalam Dun berkenaan pada tahun 2005 sebagai protes terhadap pemaju yang memajukan tanah yang diterokai mereka.

Md Yusoff secara spontan berkata "kalau saya terlibatpun (membakar jentolak) saya membela rakyat."

Beliau berkata demikian ketika Chek Hashim Sulaima, bangun bertanyakan soalan itu sewaktu Adun BN berkenaan berucap membahaskan Belanjawan 2010 di Sidang Dun Kelantan hari ini.

Pengakuan bekenan membuatkan dewan menjadi gamat seketika kerana secara tidak langsung beliau mengakui teka-teki berkenaan sebelum ini.

Ekoran pengakuan itu, beberapa pihak dikatakan akan membuat laporan polis kerana pengakuan Adun BN itu bermakna beliau mengaku membuat satu perbuatan jenayah.

Sebelum itu dewan juga menjadi gamat dengan kenyataan spontan Adun Nenggiri itu apabila beliau berkata �bila tuduhan tentu tidak ada bukti�.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk pada Abdul Latif Abdul Rahman (PAS-Mengkebang) apabila meminta Yusoff membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila mempunyai bukti kerajaan negeri merampas tanah rakyat untuk PMBK sebagaimana yang didakwa.

(PMBK adalah Perbadanan Menteri Besar Kelantan yang ditubuhkan kerajaan negeri untuk melaksanakan pelbagai projek untuk kepentingan rakyat dan negeri Kelantan. Ia diuruskan secara langsung oleh pejabat MB pimpinan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Antara projek utamanya dan memberikan hasil terbaik adalah PMBK Sawit yang mengurus ladang kelapa sawit yang banyak memberikan keuntungan kepada kerajaan negeri.)

Adun Nenggiri itu sebelum ini mendakwa kerajaan negeri menyalurkan pelbagai kemudahan kepada PMBK dengan nilaian yang berjuta ringgit termasuk merampas tanah rakyat. _

Oct 24, 2009

TOK GURU NIK AZIZ `GELENYAR' KATA MSO

Oleh: WFAUZDIN NS
"TIDAK PERLU ADAKAN MUKTAMAR", Itulah tajuk posting dari MSO (Mohd Sayuti Omar) di dalam detikdaily yang boleh dibaca di sini. Apabila terlihat saja tajuk posting dari MSO, saya sudah menjangkakan bahawa penulis murahan ini tentunya akan mengambil kesempatan untuk membelasah Mursyidul Am Pas. Maklumlah, hati mana yang tidak sakit bila teringat kisah silam. Semenjak bila pula MSO ini berkenan dengan Tuan Guru Nik Aziz? Semenjak dari kisah Kerajaan Perpaduan bersama Umno lagi MSO begitu bersungguh-sungguh mengkritik Tuan Guru Nik Aziz yang terang-terang menolak Kerajaan Perpaduan (UG). Ini bermaksud MSO begitu mengidam kepada UG dan selagi Tuan Guru Nik Aziz tidak berselera dengan Umno selagi itulah MSO akan terus mencari ruang untuk menyerang Mursyidul Am Pas tersebut. Saya tidak pasti berapa persen yang kita boleh dapat jika kita berusaha siang malam untuk membawa Pas ke pangkuan parti yang menolak Islam itu. Jika MSO tahu mungkin beliau maklumkan kepada kita semua.Justify Full Kata-kata MSO kepada Tuan Guru Nik Aziz yang dianggap `gelenyar' (gatal) itu sebenarnya memang sesuai lahir dari mulut MSO kerana semua orang tahu latar belakang MSO. Tuan Guru dianggap `gelenyar' oleh MSO semata-mata Tuan Guru Nik Aziz mencadangkan agar diadakan Muktamar Khas untuk membersihkan kepimpinan Pas dari penyakit yang dijangkiti dari Umno itu. Tuan Guru tidak sekali-kali berkata untuk mencadangkan agar Presiden Pas dilucutkan atau sesiapa pun yang sedang berada dibangku kepimpinan Pas sekarang. Beliau hanya mahu serahkan kepada ahli PAS untuk menentukan siapakah yang difikirkan oleh mereka sebagai parasit yang memusnahkan PAS selama ini untuk digugurkan dari pimpinan PAS. MSO terus menuduh Mursyidul Am PAS mahukan Presiden PAS ditukar beserta dengan Us Nasha, Mustafa Ali dan juga Hassan Ali. Keramat sungguh MSO yang tahu niat sebenar Mursyidul Am Pas tersebut. Benarkah Mursyidul Am PAS mendapat ilham terus dari Allah sebagaimana yang difikirkan oleh MSO itu? Atau betulkah Mursyidul Am PAS sekarang hanya bertindak seperti robot mengikut arahan seseorang? Tetapi, itulah yang ada pada tempurung otak MSO yang mungkin berada dilututnya sekarang. Kenapa susah sangat hati MSO jika Muktamar Khas ini boleh diterima dan diadakan? Mungkin beliau bimbang jika Muktamar Khas ini dapat diadakan, maka hancurlah segunung harapannya untuk melihat PAS dan Umno berpelukan dan tidor sekelambu. Jika dahulu sekadar berbincang dalam kelambu Umno di Selangor dan di Perak, kini harapan nampaknya mungkin pudar jika Muktamar Khas ini diadakan. Bukan Mursyidul Am PAS sahaja yang boleh merasakan sesuatu yang tidak kena dalam PAS. Ramai yang telah mula merasainya cuma dipendamkan sahaja kerana dikatakan pintu Kerajaan Perpaduan telah ditutup rapat. Benarkah ia telah ditutup rapat? Seperti juga apa yang telah dirasakan oleh Mursyidul Am PAS iaitu sesuatu yang pelik dan ganjil telah melanda beberapa orang pemimpin PAS terutamanya di Selangor juga telah kita rasakan dan telah kita lihat. Amat sukar PR bekerjasama dengan PAS di Selangor kerana adanya golongan-golongan parasit ini. Golongan inilah yang didewakan oleh MSO. Kenapa perlu takut untuk adakan Muktamar Khas dan kenapa masih kelu untuk menyatakan bahawa PAS kini sememangnya ada puak yang berselera dengan UG? Jika Muktamar Khas membuat keputusan di mana ahli-ahli PAS mahukan UG, Mursyidul Am PAS tidak boleh menentangnya. Itulah yang dikatakan oleh Mursyidul Am PAS di dalam blognya. Mungkin ada yang berfikir lebih baik bersama Umno untuk tegakkan keadilan Islam daripada bersama rakan di dalam PR sekarang. Jika begitu, apa susahnya hendak adakan Muktamar Khas dan mungkin harapan untuk bersama Umno boleh direalisasikan. Jadi, mengapa MSO dan Roslan SMS bimbang sangat jika diadakan Muktamar? Sekali lagi saya ucapkan syabas kepada Tuan Guru Nik Aziz yang walaupun berat dihati tetapi berani untuk bersuara demi untuk memelihara perjuangan PAS dari diresapi oleh parasit-parasit ini. Samada cadangan Tuan Guru diterima atau tidak, itu bukan soal beliau lagi kerana selaku Mursyidul Am PAS beliau wajib mengeluarkan nasihat dan pandangannya walaupun dikatakan `gelenyar'. Pada saya `gelenyar' lebih baik dari terus menjadi `pelacur murahan' atau penulis upahan./Kembali ke laman asal di sini.

Bajet sulung Najib: Macam ada tak kena

ANALISIS

YAB PM selaku Menteri Kewangan telah membentang Bajet sulungnya petang pagi tadi. Beliau sangat berhajatkan Bajet 2010nya itu disokong semua golongan dan lapisan rakyat kerana ia bertemakan 'I-Malaysia � Kemakmuran Bersama'.

Najib tidak melepaskan peluang ini untuk melonjakkan lagi momentum kemenangan Bagan Pinang seperti yang diungkapkan dihujung ucapan hampir 2 jam itu. Tampaknya dia puas dengan prestasi penyampaiannya dari wajah mukanya.

Umum mengetahui, seperti dirinya juga tahu, bahawa melepasi segala jenis 'imbuhan' serta pelbagai peruntukan fiskal samada berbentuk subsidi mahupun penurunan cukai kepada setiap segmen rakyat, realiti yang menanti tidaklah seindah yang cuba ditampilkan.

Defisit Bajet yang dianggarkan 7.6% dari KDNK tahun 2009 ini perlu ditangani, seperti juga beban hutang kerajaan Pusat yang mencecah 52.4% dari KDNK tahun 2009 melonjak dari 41.5% tahun 2008. Pendapatan dari cukai menurun sebanyak 8% - dari RM176.2 bilion yang diramalkan hanya RM162.1 bilion yang mampu dijana.

Kebergantungan pendapatan dari sumber minyak mentah dan gas dalam bentuk dividen, cukai, royalty dan duti ekspot minyak mentah dan gas sudah ke peringkat kritikal. Dari RM19 bilion pada 2004 kepada RM67.8 bilion tahun 2009 atau 43.5 % dari pendapatan kerajaan Pusat. Bukan sahaja ia satu yang tidak wajar, bahkan kita juga tidak menabung ketika sumber pendapatan ini lumayan. Kalau pada tahun 2005 Petronas menyimpan 42.5% dari keuntungannya, kini ia hanya menabung 21.1% dari keuntungannya. Bermakna kita telah membelanjakan kekayaan sumber anak-cucu kita.

Justeru, berlatarbelakangkan kesemua ini, Najib sudah tidak mampu lagi merumuskan Bajet yang 'populis' yang disorak dan ditepuk oleh semua pihak. Najib mahu sahaja meneruskan momentum kemenangan Bagan Pinang dengan menampilkan Bajet yang terus mengukuhkan sokongan semua rakyat. Najib tidak dapat mengel menyebutkan perkara itu dihujung penyampaian hampir 2 jam itu.

Image

(Gambar: Penulis, Dr Dzulkefli Ahmad)

Itulah yang sangat-sangat beliau hajati. Tapi apakan daya kedudukan ekonomi dan kewangan negara tidak mengizinkan sedemikian. Bahkan Najib diperingat bukan sahaja oleh pakar-pakar ekonomi antarabangsa bahkan juga think-tank tempatannya sendiri seperti MIER, bahawa ekonomi global mungkin sahaja akan mengalami pemulihan bukan berbentuk V, tetapi W yakni dua kali V, maksudnya kebarangkalian akan berlaku sekali lagi kemelesetan selepas pulih sebentar tidak dapat ditolak sama-sekali. Parah dan ngeri juga buat dirinya, tambahan kalau-kalau berhampiran dengan musim pilihanraya.

Berlatarkan kesemua senario dan unjuran yang kurang senang dan tidak menentu ini, Najib terpaksa menelan nafsunya untuk bermewah atau bermegah secara melampau dengan pemberian subsidi, imbuhan atau penurunan cukai.

Sebaliknya, Najib terpaksa mendepani realiti pahit ini. Peruntukan wang sebanyak RM 191.5 bilion, yang meliputi perbelanjaan mengurus sebanyak RM138.3 bilion adalah penurunan sebanyak 13.7% dari tahun lalu (RM160.2 bilion, 2008). Malang pengurangan mengurus ini tidak dapat disalurkan kepada belanja pembangunan. Belanja pembangunan juga mengalami penurunan sebanyak 4.4% atau RM 51.2 bilion berbanding RM 53.6% pada tahun 2008.

Penulis sedia mengakui bahawa Najib telah cuba memberikan, seperti mana-mana bajet yang dibentangkan setiap tahun, pelbagai pemberian 'penyedap hati'. Terlalu panjang kalau mahu dibsenaraikan akan seanika dan segala pemberian kepada setiap kelompok rakyat, atau lebih tepat lagi pengundi, samada kepada pelajar universiti, petani, nelayan, kakitangan awam, pesara, golongan pekerja persendirian yang tak berpencen, kelompok ibu yang punya anak kecil, pelepasan diri kepada pembayar cukai, kelompok miskin tegar, orang asli, OKU dan banyak lagi. Benar, pelbagai jaringan keselamatan sosial boleh dilaksanakan untuk kelompok yang 'vulnerable' dan sensitif.

Tegasnya semua dapat. Tidak ada yang wajar mengkritik kerajaan. Sepatutnya bersyukur. Bagi golongan berfikiran mudah atau simple, apa lagi yang tak cukup yang diberikan Menteri Kewangan? Itu tidak termasuk segala peruntukan RM 9 bilion tentang projek infrastruktur termasuk pembinaan jalan termasuk luar bandar/kampung, jambatan, bekalan air, perkhidmatan pembentungan, pelabuhan dan perkhidmatan laut, serta projek lapangan terbang.

Kesemua yang tersenarai di atas adalah perkara �regular� atau lazim dalam sebuah bajet. Bezanya hanyalah jumlahnya. Di segi itu, tidak ada yang luar biasanya bajet Menteri Kewangan ini. Sebab itu ramai yang tidak teruja dan tepukan dan sorakan tidaklah semewah yang dihajati pembentang. Malang.

Akan tetapi yang lebih merunsingkan ialah golongan yang lebih celik ilmu ekonomi dan kewangan yang menunggu-nunggu hingga ke hujung. Tegasnya, Menteri Kewangan membuktikan bahawa beliau hanya mampu memahami masalah namun tidak pula menampilkan penyelesaian.

Bahkan penyelesaian seperti yang disenaraikan di atas boleh sahaja dimuatkan dalam apa jua pembentangan Bajet. Sifatnya generik atau boleh sahaja digunakan dalam apa jua keadaan. Macam ubat generik seperti panadol untuk pening/sakit kepala. Tetapi sayugia diingatkan bahawa sakit kepala punya pelbagai puncanya? Mungkin juga migraine, stress, hipertensi atau lebih parah dari itu � kanser otak.

Begitu juga dalam hal perumusan belanjawan ini.

Najib mungkin mengenalpasti penyakit namun dalam banyak hal rawatan dan ubatnya gagal dipreskripsi.

Buat permulaan ambil sahaja isu 'Pergantungan kepada sumber Minyak'. Kalau sudah sampai ke tahap 43.5% pendapatan dari sumber minyak mentah, sayugia dingatkan kepada Najib, bahawa ekonomi negara ini masih lagi dikategori ekonomi tua atau 'Old Economy' yang berteraskan kepada sumber asli. Tepat sekali kerana sumbangan pendapatan lain juga turut bergantung kepada minyak sawit, getah, galian, kayu-kayan yang kesemua sifatnya tak boleh diperbaharui.

Image Sudah sampai masanya bahawa negara benar-benarnya beredar dari pergantungan kepada 'petroleum-based soucres' dan 'comodity-based sources' kepada teras yang lain yang menjadikan ekonomi kita tergolong dalam 'The New Economy' yang berteraskan kegiatan ekonomi yang sarat 'Knowledge' atau Pengetahuan.

Nampaknya ini hanya tinggal rhetorik dan impian untuk menjana �knowledge workers� adalah ungkapan molok pemimpin sewaktu seminar kerana sudah hampir sedekad lamanya istilah ini menjadi buah mulut pemimpin negara ini. Sejauhmana pencapaian di segi ini mampu kita banggakan? Penjanaan 'New Economy' juga dapat dibantu dengan 'internet connection' yang berkualiti di segi kelajuan. Tapi negara kita jauh kebelakang.

Kita beraleh kepada satu lagi mantra terkini yang kerap juga diulangsebut oleh pemimpin kerajaan terutamanya Menteri Kewangan sendiri. Dalam Bajet ini juga beliau mengulang sebut tentang membawa ekonomi negara ini dari 'Low-Income Economy' kepada 'High-Income Economy'. Benar bahawa ini adalah masalah kronik ekonomi negara ini. Benar juga kalau kita duduk di paras ini kuasa membeli dan permintaan domestik kita tetap tidak berupaya.

Pendapatan per kapita negara ini hanya RM15,819 setahun berbanding negara seperti Singapura atau Korea Selatan atau Taiwan yang 3 atau 4 kali ganda. Bajet ini hanya suka menyebutkan bahawa kita perlu menjadi ekonomi yang punya pendapatan tinggi, tetapi tidak jelas cara, kaedah dan pendekatan untuk menuju ke matlamat tersebut. Najib lebih tahu masalah dari penyelesaian. Mungkin juga kerana ini bajet sulungnya.

Tambahan dengan kebanjiran pekerja asing yang tidak punya ketrampilan, maka negara akan kekal dengan kegiataan nilai-tambah yang rendah dalam sektor pertanian dan pembinaan. High-Income Economy bermula dengan memperkasa pembinaan modal insan yang bebas dan kreatif serta digalakkan dengan iklim kebebasan yang mampu akses maklumat dan hak berkarya. Kesemua iklim tersebut adalah memerlukan kepimpinan yang memahami erti kebebasan dan kemerdekaan serta menghayatinya.

Najib meletakkan harapan yang tinggi kepada sektor swasta untuk memacu pertumbuhan kerana pihak awam (G-factor) tidak lagi mampu menjana pertumbuhan kerana terhalang dengan defisit melebar dan beban hutang yang menimbun. Najib memberitahu bahawa FDI jatuh ke paras yang teruk, RM3.36 bilion dari RM 19.7 bilion tahun lepas.

Apakah sebab utama pelaburan asing langsung tidak merasakan negara ini menarik? Apakah sebab yang diberikan oleh kajian World Economic Forum ketika Malaysia lucut 3 tangga? Disamping faktor keselamatan dan jenayah, utama ialah tanggapan 'institutional framework' yang bermasalah. Apakah SPRM atau MACC, MCMC, SPK, SPR, Institusi Judisiari atau Kehakiman? Mampu kah kerajaan merangsang pihak swasta untuk menjana pertumbuhan?

Mampukah kerajaan memujuk syarikat-syarikat milik orang malaysia yang beroperasi di luar negara dan negara jiran untuk pulang? Mengapa mereka selesa di luar bahkan khuatir untuk beroperasi di negara ini? Mutakhir ini, liberalisasi semacam menjadi penyelesaian mudah dan mantra terbaru buat pemimpin BN/Umno, namun penyelesaian tuntasnya adalah melewati kaedah meliberalisasi segala-galanya. Jangan terlalu ghirah.

Perlu ada kesediaan untuk menerima bahawa polisi-polisi Umno/BN-sentrik dan amalan patronage-kronisme Umno/BN telah menjadika negara kehilangan daya-saing sebenarnya. Penswastaan telah membebankan dan tidak mengurangkan kos kepada pembayar cukai dan perkhidmatan yang mahal dan dana rakyat ranap kerana kerajaan melakukan 'bail-out' dan memberi subsidi kepada pihak swasta seperti IPP dan pemegang konsesi Tol dan Air. Apakah akan berlaku gelombang penswastaan kedua?

Bajet telah dibentangkan. Harapan rakyat tinggi menggunung untuk mengecapi kemakmuran dan kesejahteraan. Telah acapkali rakyat dikecewakan. Kali ini Najib memohon untuk di berikan 'Benefit of Doubts' � bersangka baik oleh rakyat. Bagi melindungi kepentingan dan kemaslahatan rakyat, pemimpin Pakatan wajar terus menyemak-imbang pengurusan dan tabiat buruk pemimpin Umno/BN bagi melindungi kemaslahatan semua dan mengangkat dayasaing negara. _

Bajet besar tapi gagal lahir manusia berakhlak

KUALA TERENGGANU, 24 Okt: Walaupun kerajaan menyediakan peruntukan yang besar dalam Bajet 2010, namun gagal melahirkan manusia yang berwibawa, berakhlak dan beriman.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ini kerana mereka yang menjalankan tugas sebagai pemimpin kerajaan tidak melaksanakannya dengan betul.

"Belanjawan (Bajet 2010) besar, duit banyak, tapi (kerajaan) yang jalankan tugas tak betul, punca gagal untuk melahirkan manusia yang berwibawa, berakhlak dan beriman," ujarnya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bagi Mengisi Tabung Pembinaan Madrasah Darul Iman (MDI) di sebuah resort di sini, malam tadi.

Turut berucap ialah Setiausaha Perhubungan PAS negeri selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Marang, Haji Yahaya Ali. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali hadir sama pada majlis yang diserikan dengan persembahan kumpulan nasyid In-Team itu.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas ringkas Bajet 2010 dengan peruntukan RM191.5 bilion yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat, petang semalam.

Abdul Hadi yang juga Penasihat PAS negeri menambah, kegagalan melahirkan manusia yang berguna itu berpunca daripada kerajaan meninggalkan perintah Allah.

Sehubungan itu, beliau menggesa para hadirin supaya melibatkan diri dengan usaha mendirikan pusat pengajian Islam bagi melahirkan manusia yang bertanggungjawab kepada Allah.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah MDI, Ahmad Maarof Ismail memberitahu, pihaknya dapat mengumpul sekitar RM100,000 melalui majlis yang diadakan itu.

Namun begitu, katanya, pihak MDI masih mengharapkan sumbangan daripada orang ramai bagi menyiapkan pembinaan bangunan empat tingkat di Kampung Titian Baru, Marang yang berharga lebih RM1 juta.

Tambahnya, orang ramai yang ingin memberikan sumbangan dalam bentuk wang tunai bolehlah memasukkan terus ke dalam akaun MDI melalui Bank Islam yang bernombor 13017010809543 atau BSN bernombor 1111541000024903_

Oct 22, 2009

Kelantan kekal rekod 19 tahun sifar rasuah

KOTA BHARU, 22 Okt: Kelantan berkemungkinan besar akan mencatat rekod sebagai negeri pertama di Malaysia yang bebas daripada rasuah dalam tempoh 19 tahun pemerintahan PAS iaitu bermula pada tahun 1990 sehingga sekarang.

Bermula daripada wakil rakyat, anggota exco sehinggalah kepada menteri besar,tidak pernah tercatat rekod berkaitan rasuah di Kelantan.

Berbeza dengan negeri-negeri lain yang pemimpin-pemimpin politiknya seringkali disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah dan salahguna kuasa.

Anggota Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, walaupun pihak-pihak tertentu berusaha untuk memburuk-burukkan wakil rakyat PAS, namun semuanya gagal.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Drs Zainuddin Awang Hamat (PAS-Limbongan) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Dalam perkembangan lain, anggota Exco, Dato� Husam Musa memberitahu terdapat dua kesan positif ekspedisi rakyat Kelantan ke pelantar minyak yang diadakan pada 4 Ogos lalu.

�Iaitu terbukti dengan jelas pelantar minyak Cakrawala beroperasi sejak 2004 dan jarak dari pesisir pantai Kelantan lebih kurang 140 km sahaja,� katanya sebagai menjawab soalan Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria (PKR-Guchil) pada persidangan DUN hari ini.

Anggota Exco, Che Abdullah Mat Nawi pula berkata slogan "Bertani Satu Ibadah" merangkumi pelbagai aspek kerja yang memberi manfaat kepada rakyat.

Menurutnya slogan tersebut menggalakkan rakyat menceburi bidang pertanian tanpa meninggalkan amalan agama bagi mendapatkan manfaat di dunia dan akhirat.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman pula memberitahu pembinaan jambatan Sultan Yahya Petra kedua sudah beberapa kali ditangguhkan dan kali terakhir ditangguhkan pada Februari 2011.

Persidangan DUN Kelantan bermula pada Selasa lalu dan akan berakhir pada minggu hadapan._

Bekas Speaker Perak & 6 yang lain dapat kebenaran mahkamah cabar keputusan SPR

KUALA LUMPUR: Bekas Speaker Perak, V. Sivakumar dan enam lagi diberi kebenaran oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini bagi mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak.

Sivakumar, ADUN pembangkang Chen Fook Chye, Tai Singh Ng dan A. Sivanesan serta tiga pengundi Ahmad Sabry Wahab (Behrang), Abdul Latif Ariffin (Changkat Jering) dan Foo Hon Wai dari Jelapang diberi kebenaran untuk mengemukakan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan SPR itu.

Sebelum ini, SPR mengambil keputusan untuk tidak mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang berikutan wakil rakyat kerusi berkenaan menjadi ADUN bebas.

Hakim Lau Bee Lan membuatkan keputusan itu dalam kamar selepas menolak bantahan awal Pejabat Peguam Negara bahawa pemohon itu tidak mempunyai 'locus standi' atau hak undang-undang untuk mencabar keputusan SPR.

Sebaliknya, hakim itu memerintahkan bahawa Sivakumar dan enam lagi mempunyai 'locus standi' untuk berbuat demkian (mencabar keputusan SPR).

Berikutan keputusan hari ini, peguam pemohon, Ranjit Singh, berkata mereka akan memfailkan permohonan semakan kehakiman di mana mahkamah akan menentukan tarikh untuk mendengar perkara itu.

Hakim Lau juga tidak menerima hujah Pejabat Peguam Negara bahawa permohonan itu bersifat akademik semata-mata berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 April lepas bahawa SPR dan bukan Speaker mempunyai hak untuk mengisytiharkan kekosongan kerusi pilihan raya.

Pemohon berkenaan mengemukakan saman terhadap SPR dan wakil rakyat, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang).

Jamaluddin dan Osman memenangi kerusi DUN atas tiket Parti Keadlian akyat (PKR) dan Hee atas tiket DAP pada pilihan raya umum tahun lepas.

Kemudian mereka mengisytiharkan keluar dari parti masing-masing dan memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN), sekaligus membawa kejatuhan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS-PKR-DAP pimpinan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar.

Pada 3 Febuari lepas, Sivakumar memaklumkan kepada SPR mengenai kekosongan tiga kerusi itu selepas dikatakan menerima surat peletakan jawatan dari Jamaluddin dan Osman pada 1 Febuari manakala Hee pada 3 Febuari lalu.

Bagaimanapun, SPR sangsi dengan surat peletakan jawatan itu dan memutuskan untuk tidak mengisytiharkan pilihan raya kecil di kawasan-kawasan berkenaan.

Dalam permohonan meminta kebenaran, yang difailkan pada 10 Mac lalu, Sivakumar dan enam lain memohon deklarasi bahawa kerusi DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang menjadi kosong berikutan peletakan jawatan oleh Jamaluddin, Osman dan Hee.

Mereka juga memohon satu perintah injunksi untuk menghalang ketiga-tiganya daripada bertindak, menjalankan dan melaksanakan tanggungjawab, fungsi dan tugas-tugas sebagai ADUN.

Mereka juga turut memohon writ bersifat 'quo warranto' dikeluarkan kepada ketiga-tiga ADUN berkenaan dengan memerintahkan kesemua mereka memberikan tunjuk sebab dan maklumat bagaimana dan di bawah dasar atau kuasa mana kesemua mereka kononnya masih ADUN kawasan masing-masing dan bertindak menjalankan tanggungjawab, fungsi dan tugas sebagai wakil rakyat.