http://www.bio-asli.com/gambar/rasmi-1.jpg
pas-for-all2
http://www.moh.gov.my/MohPortal/images/popup-h1n1.png

Sep 30, 2009

3 pemimpin Umno rebut jadi calon di Dun Galas

GUA MUSANG, 29 Sept: Impian tiga pemimpin Umno Gua Musang untuk menjadi calon sekiranya berlaku pilihan raya kecil di Dun Galas, kini ibarat bermimpi di siang hari.

Bagaimanapun isu perebutan menjadi calon di antara mereka kini sudah jarang kedengaran setelah Adun Galas, Chek Hashim Sulaima semakin sihat.

Sedangkan sebelum itu, Ketua Wanita Umno bahagian, Wan Hazani Wan Mohd Nor, Ketua Pemuda, Bazlan Baharuddin dan seorang lagi pemimpin di peringkat bahagian telah melakukan gerak kerja di peringkat akar umbi dengan harapan mereka dicalonkan.

Usaha-usaha mendekati pengundi dilakukan sebaik sahaja mendengar berita Adun Galas sakit Mei lalu.

Seorang pemimpin masyarakat India di sini, Amran Abdullah berkata, ketiga-tiga pemimpin terbabit masing-masing melakukan gerak kerja mendekati pengundi di Dun Galas.

�Harapan mereka apabila berlaku kekosongan kerusi Dun Galas nama mereka akan disenaraikan.

�Maka tidak hairanlah sudah tiga kali khabar angin disebarkan dengan mengatakan Adun Galas meninggal dunia. Namun apa yang mereka harapkan itu tidak menjadi kenyataan,� katanya di sini.

Bagaimanapun katanya kemunculan tiga pemimpin terbabit menyebabkan bekas Adun Galas, Mohd Saufi Deraman semakin terpinggir dan dikatakan membawa diri ke Kuala Lumpur.

Naib Yang Dipertua PAS Gua Musang, Hussin Embong juga mengakui Umno sudah melakukan gerak kerja parti dengan mendekati pengundi sejak awal lagi.

�Beberapa program bersama rakyat diadakan dengan harapan kalangan mereka dicalonkan sekiranya betul-betul berlaku pilihan raya kecil di Galas,� ujarnya.

Sementara itu di Kota Bharu malam tadi, Adun Galas tiba dari China selepas menjalani rawatan lebih dua bulan di Hospital Orient dan The First People's Hospital Fu San di Guangzhou.

Beliau tiba dengan penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur bersama isterinya, Che Bongsu Junoh, Setiuasaha Kerja Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Haji Shamsuddin Mat Daud dan seorang pemimpin masyarakat Cina dari Gua Musang.

Beliau bertolak ke Guangzhou pada 23 Julai lalu bagi mendapat rawatan lanjut.

Chek Hashim yang menderita penyakit barah paru-paru kini semakin sihat dan menyatakan sudah mampu berkhidmat kepada rakyat.

Ketika ditemui beliau berkata, keadaan kesihatannya sekarang sudah bertambah baik dan semakin bertenaga.

Malah rambut mulai tumbuh semula di kepalanya setelah gugur ekoran rawatan kimoterapi yang dijalani sebelum ini.

Biarpun agak keletihan kerana bertolak di Guangzhong jam 10 pagi dan sampai di Kota Bharu 8.45 malam, namun beliau tetap ceria bersalam dan berpelukan dengan orang ramai yang menunggu kepulangannya.

Hadir sama menyambutnya, Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota-anggota Exco dan wakil-wakil rakyat.

Manakala hampir 100 penduduk dan keluarganya dari Gua Musang termasuk masyarakat Cina datang sejak awal lagi.

Chek Hashim berkata, beliau begitu bersemangat untuk berkhidmat semula kepada rakyat selepas menjalani rawatan lebih dua bulan di China.

"Kalau keadaan yang mengizinkan saya juga akan ikut berkempen pada pilihan raya bagi membantu calon PAS pada pilihan raya kecil Bagan Pinang 11 Oktober ini,"katanya diikuti laungan takbir orang ramai yang hadir.

Chek Hashim dikesan menghidap penyakit barah paru-paru selepas batuk mengeluarkan darah. Ekoran itu beliau mendapat rawatan awal di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang dan sebuah hospital di Kuala Lumpur. - mks._

Sep 29, 2009

Nik Aziz jemput Mahathir lawat Kelantan

KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menjemput bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, melawat dan melihat sendiri pembangunan di bawah pentadbirannya di Kelantan.

Beliau berkata, tidak perlu bekas Perdana Menteri itu datang ke pejabatnya (secara rasmi) untuk meninjau sejauh mana kejayaan yang dicapai sepanjang mentadbir negeri ini yang dianggap mundur dan tidak membangun itu.

Nik Aziz mendakwa, pembangunan yang dibawa oleh kerajaan negeri ialah pembangunan dari segi fizikal dan pembersihan minda dan ini paling penting berbanding pembangunan fizikal.

"Kenyataan itu, (kononnya) kerajaan negeri di bawah tadbiran saya ini tidak maju dan mundur, tidak betul.

"Sebab itu saya jemput dia mari sendiri tengok dari segi pembangunan fizikal, sekarang ada KB Mall, ada Hotel Renaissance, ada pasar raya Tesco, ada Parkson, ada Nirwana, dia boleh tengok sendirilah," katanya kepada pemberita di pejabatnya, di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.

Nik Abdul Aziz diminta mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa Menteri Besar Kelantan itu harus bertanggungjawab terhadap kemunduran negeri itu di bawah pentadbiranya.

Dr Mahathir berkata, pada satu tahap tertentu, beliau (Nik Aziz) bertanggungjawab terhadap kemunduran Kelantan. Beliau perlu menerimanya. Di negara lain, orang akan letak jawatan jika mereka gagal.

Nik Abdul Aziz berkata tindakan perubahan utama yang dilaksanakan di Kelantan adalah membetulkan tauhid orang Islam di negeri tersebut termasuklah isu halal dan haram.

Antara perubahan yang dibawa adalah menutup premis judi nombor ekor, menghadkan penjualan arak, melaksanakan sistem gadaian Islam dan mengimarahkan masjid.

"Brain wash yang paling penting sekali, daripada syirik kepada tauhid dan Kelantan sekarang ni tegak di atas Islam, halal haram kami ambil peduli," katanya.

Mursyidul Am PAS itu juga memberi contoh pembangunan ala pembersihan minda yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri di bawah pimpinannya dibuat sebelum hari raya barubaru ini.

Di bawah program itu, belia Islam berkerjasama dengan belia Cina dan India membahagikan juadah dan air minuman untuk berbuka puasa di jalan Kuala Krai kepada pemandu kenderaan (anak Kelantan di perantauan) yang pulang berhari raya. BERNAMA

Mahathir diguna untuk selamatkan BN

PULAU PINANG,29 Sept: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu menegaskan, akhirnya Barisan Nasional (BN) terpaksa mengcugkil 'bahan purba' untuk menyelamatkan senario politik tanahair apabila Barisan Nasional (BN) dilihat tertekan dengan isu yang mencengkam peribadi kepimpinan.

Mantan Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang didakwa dapat meningkatkan sokongan ekoran terkenal dengan jolokan 'cucu Tok Guru' juga tidak berdaya menyekat kemaraan rakyat menolak BN setelah terbongkar menantunya, Khairy Jamaluddin menjadi pengerak utama pengtadbiran.

Malahan di era kepimpinannya, BN terus menjunam apabila kalah teruk pada pilihan raya ke-12 lalu walaupun pada awal penguasaanya menyaksikan peningkatan.

Di era kepimpinan Perdana Menteri sekarang, Dato' Seri Najib Tun Razak masih terpalit isu Antantuya, kapal selam dan sebagainya maka jalan pintas BN terpaksa memanggil mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berdiri di belakang untuk menguatkan hujah serta bercakap bagi pihak kerajaan.

"BN terpaksa mengeluarkan 'bahan purba' semula untuk selamatkan senario politik tanahair yang semakin meruncing dengan berbagai isu termasuk rasuah, penyelewengan, kroni, sistem kehakiman yang musnah, penindasan dan ugutan politik berleluasa, " terangnya dalam ceramah di Kampung Pelet, Penanti semalam.

Baginya, panggillah sesiapa pun kerana rakyat sendiri sudah muak dengan gelagat kepimpinan BN yang asyik mementingkan diri.

Pada tujuh pilihan raya kecil yang diadakan selepas pilihan raya umum ke-12 lepas juga memperlihatkan kecenderungan rakyat kepada Pakatan Rakyat yang berjaya merampas lima negeri daripada Umno dan BN.

Justeru itu sambungnya, Dr Mahathir dibenarkan memberikan kenyataan di siaran televisyen atau media cetak setiap malam mengulas atau memberi pandangan tentang keadaan politik atau permasalahan yang terjadi dalam BN.

"Dr Mahathir seolah nak jadi Perdana Menteri balik bila mukanya sering terpampang di kaca TV dan akhbar tidak sepertimana Pak Lah sepi umpama sudah meninggal, " tambahnya yang juga bekas Ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan dan Kuala Kedah, Kedah.

Najib ujar beliau, menyedari tidak mampu lagi mengetuai jentera pilihan raya kerana semuanya tewas dengan majoriti besar kecuali di Manik Urai, Kelantan sekadar 65 undi sahaja. - mks._

Penubuhan Makkal Sakthi, kaum India diingatkan jangan terpedaya

PULAU PINANG, 29 Sept: PAS mengingatkan ahli Kelab Penyokong PAS terutamanya masyarakat India supaya jangan terpedaya dengan cubaan Barisan Nasional (BN) mengelirukan mereka dengan penampilan parti baru 'Makkal Sakthi'.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusof berkata, penubuhan parti ini dibuat oleh mereka yang kecewa kerana tidak dapat jadi calon pilihan raya.

Menurutnya, BN sengaja mengatur strategi untuk memadam semangat masyarakat India yang nyata menolak parti berasaskan perkauman samada MIC, Parti Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF) ataupun Parti Progresif (PPP).

Justeru itu, BN terpaksa mencipta parti baru untuk mengembelengkan tenaga masyarakat India agar memberikan kepercayaan kepada parti baru kononnya hasil perjuangan rakyat akar umbi untuk menggantikan parti perkauman India lainnya.

Bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir menyambut baik penubuhan Makkal Shakti baru-baru ini.

"Ahli Kelab Penyokong PAS kena tetapkan pendirian dan jangan sekali-kali terpengaruh dengan dakyah BN yang memperkudakan parti tersebut untuk menarik kembali sokongan masyarakat India yang nyata terus semangat menyokong Pakatan Rakyat, " tegasnya ketika dihubungi.

Tambahnya,jika benar bekas pemimpin Hindraf yang kecewa hendak memperjuangkan keadilan dan kesejahteraan untuk masyarakat India mereka seharusnya memilih Pakatan Rakyat sebagai penasihat atau penaung bukan BN yang sedang menanti rebah dalam arena politik tanahair.

ImageAgak mengejutkan sambungnya, yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai, penubuhan parti baru itu begitu cepat didaftarkan semata-mata untuk menampung kehendak masyarakat India yang telah kecewa dengan parti berteraskan kaum India di Malaysia.

"Jangan ambil perhatian tentang penubuhan Parti Makkal Sakhti yang ditubuhkan oleh orang yang tiada pendirian. Bersabarlah dengan perjuangan PAS bersama Pakatan Rakyat. Kita akan mencapai kemenangan muklak nanti, " ujar beliau lagi.

Justeru itu, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang berharap, semua ahli Kelab Penyokong PAS di serata negeri bersatu tanpa mengira warna kulit di samping memperbanyakan program bersama masyarakat bukan Islam.

Cara itu tambah Dr Mujahid, dapat menambah kesepaduan, kematangan dan percambahan ilmu politik di samping mendapat penjelasan isu terkini mudah-mudahan pendekatan itu memberi ketabahan dalam usaha menarik seramai mungkin mereka yang masih tercari-cari wadah perjuangan.

Katanya,anggaplah penubuhan 'Makkal Sakhti' tajaan mereka yang kecewa itu sebagai sebuah lubang yang besar menanti BN jatuh untuk ditimbus oleh mereka yang menanti kepincangan serta kemusnahan BN secara menyeluruh.

"Kalau boleh ditakrifkan penubuhan Makkal Sakthi sebagai lubang besar untuk menimbus BN yang hanya ada nyawa-nyawa ikan sahaja. Biar rakyat yang tentukan kelak, " terangnya. - mks. _

Biar Ibrahim Ali jadi 'kupang tembaga'

PERMATANG PAUH, 29 Sept: Keceluparan Ahli Parlimen Pasir Mas, Kelantan, Dato' Ibrahim Ali yang kini sedang bertikam lidah dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ada hikmahnya kata, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat,Mohamad Sabu.

"Siapa tidak kenal Ibrahim Ali yang suka melompat parti dan termahsyur dengan bila bagi betis dia hendak peha walhal perjuangannya tidak lagi releven dengan politik semasa. Tambahan lagi kerusi bebas yang dimenanginya atas lambang PAS pada pilihanraya umum ke-12 lalu adalah restu Menteri Besar sendiri yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri.

"Biar dia terjun dengan labu-labunya kerana itu yang dia mahu. Dia seorang yang tidak tahu berterima kasih bahkan melawan dengan begitu celupar sekali. Itu satu hikmah kerana selepas ini jika dia bertanding juga atas tiket bebas sama ada kunci ke.. bas ke.. pasti kalah, " terangnya.

Menurutnya,sewajarnya Ibrahim Ali bersama Pakatan Rakyat selepas kemenangan di Pasir Mas itu bukan menyendiri atas tiket bebas kononnya untuk memperbetulkan mana yang salah tidak kira parti mana sekali pun dalam parlimen.

Biarpun kata Mohamad, beliau acapkali bertegang leher dengan kepimpinan BN mengatakan kebenaran tetapi perjuangannya bukan kerana menjagai hak malahan perjuangannya lebih kepada pentingkan populariti.

Tetapi beliau yakin pada pilihanraya umum akan datang Menteri Besar Kelantan itu akan berhati- hati memberi mandat pada sesiapa yang dipilih sebagai calon terutamanya membabitkan penggunaan lambang bulan purnama.

"Tengoklah nanti apa akan jadi padanya bila kalah pilihan raya. Umno pun tidak layan, PAS tidak bagi peluang kedua, KeADILan pun macam tu, DAP pun turut menolak perjuangan lompat melompat dia akan jadi 'kupang tembaga' bersendirian tanpa kawan, " jawabnya

. Pertikaman lidah berlaku apabila Menteri Besar Kelantan menasihati Ibrahim supaya kosongkan kerusi Pasir Mas kerana telah mengkhianati pengundi di situ apabila memberinya kemenangan untuk menyuarakan kebenaran bukan mencerca PAS dengan berbagai tuduhan yang kadang- kadang kenyataanya boleh meruntuhkan akidah.

Selepas teguran tersebut, Ibrahim Ali terus melatah dengan mendesak Menteri Besar Kelantan berundur kerana faktor tua, selalu sakit dan memberi peluang orang lebih muda menerajui Kelantan.

Bukan itu sahaja malahan beliau juga mengatakan 10 sebab kenapa Dato' Nik Aziz perlu letak jawatan sebagai Menteri Besar. - mks. _

Ibrahim Ali nyanyuk, bagai kacang lupakan kulit

KUALA KRAI, 29 Sept:Sikap kurang ajar Datuk Ibrahim Ali menghina Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di ibaratkan oleh Pemuda PAS Negeri sebagai Kacang Lupakan Kulit.

Ketuanya, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman berkata Ibrahim Ali telah melampau dalam tindakannya apabila mendesak Nik Abdul Aziz meletak jawatan bersandarkan beberapa tanggapan salah beliau sendiri.

katanya, Ibrahim Ali seperti seorang yang berjalan di siang hari tetapi asyik mendongak kepala ke atas sehinggakan tidak nampak apa yang berlaku di sekelilingnya.

"Ibrahim Ali boleh melihat dengan mata kasar pembangunan yang berlaku di negeri ini,begitu banyak sekali pasaraya yang timbul,pembangunan fizikal mestilah selari dengan rohani, bagi beliau hanyalah mementingkan kebendaan sahaja" katanya lagi.

Pemerintahan PAS di Kelantan bermula tahun 1990 hingga sekarang, berjalan dengan baik dan tidak adapun pembangunan yang tergendala.

"Saya hairan mengapa beliau mempertikaikan kesihatan seseorang sedangkan itu semua datang dari Allah, lagipun sehingga hari ini kita masih lagi dapat bersama dengan Tuan Guru dalam pelbagai program dan hari ini beliau ke Gua Musang dan singgah di Kuala Krai untuk sama-sama meraikan majlis Aidil fitri ini"katanya lagi.

ImageMenyentuh tindakan segera yang akan diambil oleh PAS Kelantan,Abdul Latiff berkata,peringkat awal ini, Pemuda PAS negeri menyerah sepenuhnya kepada Pemuda PAS Pasir Mas untuk mengambil langkah-langkah seperti turun ke peringkat akar umbi membuat bancian sejauh manakah sokongan rakyat di Pasir Mas menyokong Ibrahim Ali ini.

"Kita tidak akan mengikut rentak Ibrahim Ali ini yang seluruh rakyat negara ini sudahpun mengenali beliau yang suka merempuh apa sahaja di hadapan asalkan beliau dapat berdiri,kalau dulu dalam Umno pun kena tendang seumur hidupnya,menumpang pula di tangga PAS dan telah berikrar untuk bersama Tuan Guru tetapi kini beliau bukan sahaja tidak mengenang budi Tuan Guru malah telah menghina rakyat Pasir Mas sendiri"katanya lagi.

Sementara itu bagi Bendahari PAS Pusat,Dr.Mohd Hatta Ramli, tindakan Ibrahim Ali adalah keterlaluan tanpa mengambil kira sentimen rakyat Kelantan yang berdiri teguh di belakang Tuan Guru sehinggakan Pilihanraya ke 12 baru-baru ini PAS telah mencapai kemenangan besar di Kelantan dan ini juga hasil kebijaksanaan Tuan Guru dalam berpolitik dan mentadbir Kelantan.

"Paling tidakpun Ibrahim Ali seharusnya menghormati rakyat negeri ini dan tindakan beliau menghina Tuan Guru dengan panggilan yang tidak sewajar dikeluarkan kepada seorang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi amatlah dikesali."katanya lagi.

Sebelum ini kita lihat tindakan Ibrahim seolah-olah berunsur perkauman ketika perbahasan di Parlimen dan seperti tidak mengakui wujudnya masyarakat majmuk di negara ini sedangkan Tuan Guru begitu pintar dalam perjuangan untuk menyatupadukan pelbagai kaum dan kita boleh lihat perpaduan kukuh antara kaum di Kelantan ini.

Manakala bagi Ketua Pemuda PAS Kuala Krai,Mahadi Mat Zain berkata keperibadian Ibrahim Ali dengan Mursyidul Am PAS adalah amat tidak setaraf.

"Pemuda PAS Kuala Krai mendesak Ibrahim Ali agar memohon maaf secara bertemu dengan Tuan Guru dan menarik balik perkataan nyayuk yang dituju kepada Tuan Guru" ujarnya.

Ibrahim Ali telah mengeluarkan sepuluh sebab mengapa Tuan Guru patut meletak jawatan dan telah menghina seorang tokoh ulamak,sedangkan dalam Islam sendiri telah menjelaskan amat berbeza seseorang yang mempunyai ilmu dengan orang yang tidak mempunyai ilmu.

"Saya yakin ilmu Ibrahim Ali dalam bidang keagamaan amatlah nipis jika dibandingkan dengan Tuan Guru dan sifat nyayuk sememangnya tiada dalam diri seseorang yang tinggi ilmu agamanya" katanya lagi.

Bagi Pemuda PAS Kuala Krai,Ibrahim Ali adalah seorang yang mempunyai sifat nyayuk kerana tidak sedar siapa diri beliau dan siapa yang membantu beliau untuk menjadi Ahli Parlimen Pasir Mas.

"Ketika ramai rakyat negara ini memberi gelaran sebagai Katak Lompat amat tepatlah kerana tidak mempunyai parti yang diperjuangkan,seperti Umno,S46 dan Bebas dan jelaslah beliaulah yang nyayuk dan seharusnya meletak jawatan" ujar beliau lagi.

Dalam perkembangan lain,ustaz Abdul Latif Abdul Rahman yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kuala Krai berkata pada tahun ini sambutan AidilFitri digabungkan bersama semua Dun dan Parlimen dengan menyembelih dua ekor lembu serta menyediakan satay, lemang,roti jala dan kuih muih. Lebih 3000 masyarakat Kuala Krai termasuk kaum India dan Tionghua telah menghadirinya.-mks/mna_

Sep 28, 2009

PENYELEWENGAN UMNO TERHADAP ORANG MELAYU-ISLAM

UMNO berhempas pulas untuk mengekalkan kuasa dengan memperalatkan seluruh institusi-institusi kerajaan dan disokong oleh institusi istana tertentu bukanlah bermatlamatkan untuk membantu rakyat dan negara mengecapi pembangunan selari dengan pembangunan yang dicapai oleh negara-negara lain di dunia ini. Nawaitu utamanya ialah untuk terus berkuasa dan dengan kuasa itu UMNO dan para pemimpinnya [termasuk ahli-ahli keluarga institusi istana tertentu] dapat mengawal, mengepong dan monopoli kekayaan negara ini daripada melimpah keluar yang memboleh rakyat sama-sama berkongsi merasai nikmat kekayaan negara kerana di luar sana masih banyak rakyat dibelenggu dalam lingkaran kemiskinan.

Dalam erti kata lainnya, UMNO akan tetap memastikan kekayaan negara ini hanya beredar disekitar golongan mereka sahaja tidak kepada rakyat. UMNO dan para pemimpinnya tetap mahu menjadi ‘TUAN’ dan rakyat selama-lamanya terus menjadi ‘HAMBA’. Konsep feudalisma masih tebal dianuti dan dihayati oleh UMNO. Oleh itu, UMNO akan terus melaksanakan langkah-langkah membataskan reformasi pengagihan ekonomi yang adil, mengekang perjalanan demokrasi dalam negara ini dan mengawal institusi-institusi keselamatan dan keadilan supaya institusi-institusi tersebut kekal berpihak kepadanya. UMNO mahu rakyat berterusan berada dalam keadaan buta huruf dan berada dalam kemiskinan.

Dua keadaan inilah yang membolehkan UMNO mempertahankan kuasa sehingga kini. Paling disukainya ialah lebih ramai rakyat buta huruf dan berada dalam kedudukan kemiskinan [menjadi peminta sedekah], maka lebih baik baginya kerana dengan kedudukan sedemikian, maka UMNO boleh berlakon menonjolkankan imej baiknya itu dan ia menjadi semakin bernilai dan popular di mata rakyat khususnya dikalangan golongan ini yang agak besar bilangannya yang hidup dipendalaman, luar bandar dan dipinggir bandar di dalam negara ini.

Dua keadaan ini juga memudahkan UMNO untuk memunipulasikan isu-isu besar yang melibatkan penyalahgunaan kuasa, rasuah, pecah amanah dan berbagai perkara buruk lagi yang melingkari UMNO bagi menjadikan pandangan mata golongan ini kabur dan senantiasa berpihak kepadanya. Ini dapat dibuktikan dalam PRU ke-12 lalu, di mana golongan ini telah memberi kemenangan yang besar kepada UMNO sehingga dapat membentuk kerajaan, walaupun tanpa majoriti 2/3.

Orang Melayu-Islam luar bandar, pinggir bandar dan penduduk di pendalaman Sabah dan Serawak tetap memberi sokongan kepada UMNO [baca: BN] kerana UMNO berjaya melakonkan watak begitu realistik dan menyakinkan mereka. Berbeza dengan golongan yang berada di luar dua keadaan ini telah berjaya menghakis kekuasaan mutlak UMNO terhadap rakyat dan dalam sistem pemerintahan negara, tetapi masih tidak berupaya mempengaruhi golongan yang buta huruf dan miskin ini kerana banyak faktor yang menjadi penghalangnya.

Contohnya faktor orang Melayu-Islam [dalam golongan ini] menolak Islam yang dibawa oleh PAS kerana semulajadinya mereka telah dididik dan diasuh oleh UMNO menyatakan politik lain, agama lain. Politik dan agama [Islam] tidak boleh dicampur-adukan. Politik hanya untuk dunia dan Islam untuk hari akhirat kelak. Islam bagi fahaman golongan ini hanyalah ibadah khusus untuk individu mengerjakan fardhu Ain semata-mata dan tidak boleh melibatkan dengan politik yang mementingkan kehidupan duniawi sahaja. Golongan ini juga diasuh oleh para pemimpin UMNO supaya anti kepada pengajian agama [menuntut ilmu] yang diajar di masjid-masjid dan di surau-surau, di samping itu mereka juga digalakkan berhibur dan bergurukan tv, radio dan menjadi media massa yang dikawal oleh UMNO sebagai kitabnya, bukan al-quran yang diajarkan oleh Nabi Mohammad saw.

Sebaliknya, orang bukan Islam menyokong PAS menyebabkan PAS memenangi banyak kerusi di kawasan-kawasan yang taburan pengundinya seimbang di antara Melayu-Islam dan bukan Islam, Melayu-Islam tidak menjadi majoritinya. Bagi kawasan-kawasan majoriti Melayu-Islam melebihi 70 peratus, PAS mengalami kekalahan. Di negeri Kedah contohnya, PAS dan PKR memenangi banyak kerusi di Kedah Tengah dan di Kedah Selatan kerana di kawasan-kawasan ini terdapat ramai penduduk bukan Islam [Cina dan India]. Di Kedah Utara majoritnya Melayu-Islam, PAS mengalami kekalahan. Orang Melayu-Islam menolak PAS dan memilih UMNO yang banyak melakukan kerosakan di muka bumi ini kerana fahaman mereka terhadap Islam terlalu cetek akibat ajaran songsang yang dibawa oleh UMNO dan kerana kelalaian PAS sendiri.

Sekiranya kita gagal membenteras penyelewengan yang amat besar yang telah dan sedang dilakukan oleh UMNO terhadap orang Melayu-Islam, maka golongan buta huruf dan miskin ini akan terus memberi sokongan kepada UMNO tanpa memikirkan kesan baik-buruknya terhadap tindakan-tindakan yang dilaksanakan oleh UMNO. Rakyat daripada golongan ini akan merestui apa jua tindakan UMNO lakukan kerana akhirnya mereka akan diberi sedikit habuan dalam berbagai bentuk yang diuruskan oleh badan-badan tertentu yang ditubuhkan oleh kerajaan dan diperalatkan oleh UMNO untuk kepentingannya. Umpamanya seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat yang menyalurkan berbagai bantuan kepada warga emas, OKU, fakir-miskin, ibu tunggal dan sebagainya. Jabatan/agensi kerajaan tertentu juga turut melaksanakan perkara yang sama.

UMNO sudah pun mengakui bahawa semuanya itu adalah datang daripadanya. Rakyat Malaysia telah lama diajar bahawa UMNO itu kerajaan dan kerajaan itu UMNO. Hal ini menyebabkan rakyat menjadi keliru terutama golongan yang kita bicarakan ini. Memang itu matlamat UMNO mahu mengelirukan rakyat sebab itu tercacak diseluruh negara setiap projek pembangunan dengan tulisan yang berbunyi :“ Satu Lagi Projek Barisan Nasional” seolah-olah seluruh rakyat Malaysia ini bodoh belaka boleh ditipu setiap masa. Wang bagi setiap pembangunan yang dilaksanakan adalah datang dari poket seluar seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik melalui kutipan pelbagai jenis cukai yang dikenakan ke atas kepala rakyat. UMNO jenis muka tembok tidak pernah tahu malu mengaku wang itu seolah-olah UMNO yang punya, sebaliknya rakyat yang punya.

Mereka adalah golongan ‘daif’ yang tidak mampu berfikir secara matang dan mereka menganggap habuan-habuan tersebut merupakan jasa besar UMNO kepada rakyat, di samping berbagai lagi kemudahan awam yang menjadi kewajiban kerajaan yang memerintah menyediakannya seperti jalan raya, api, air, sekolah, hospital dan sebagainya. Berbanding habuan yang para pemimpin UMNO terima hasil dari khazanah negara yang mereka rompak secara terhormat yang jumlahnya berlipat kali ganda apa yang golongan ini terima. Golongan ini menjadi ‘mangsa keadaan’ dan akan berterusan berada dalam kegelapan.

Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab semua rakyat yang berada di luar dua keadaan ini wajib bangkit membantu menyedarkan golongan ini. UMNO adalah pengkianat bangsa dan agama. Kaedah yang digunakan oleh UMNO sekarang adalah merupakan satu bentuk penyelewengan yang amat besar terhadap bangsa Melayu-Islam.

“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.

Selamat berjuang ke titisan darah terakhir.

MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA

Pemuda MIC bantah Makkal Sakthi sebagai parti alternatif

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda MIC tidak sedia membenarkan parti baru "Makkal Sakthi" yang dijangka dilancarkan tidak lama lagi menjadi parti alternatif kepada MIC bagi mewakili kaum India.

Ketuanya T.Mohan berkata walaupun parti itu dilaporkan akan dilancar 10 Okt ini oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak, Pemuda MIC tidak akan berkompromi sekiranya ia bertujuan menggantikan MIC dalam BN.

"Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia berhak untuk merasmikan mana-mana parti baru, tetapi adalah tidak wajar jika penubuhan parti itu adalah untuk menguburkan MIC yang telah berkhidmat untuk BN selama 63 tahun," katanya pada sidang media di ibu pejabat MIC di sini.

Mohan diminta mengulas laporan mengenai pelancaran "Parti Makkal Sakthi Malaysia" yang diketuai R.S. Thenenthiran, 47, bekas penyelaras kumpulan Hindraf yang diharamkan.

"Pemuda MIC sudah pasti akan protes penubuhan parti baru untuk menggantikan MIC walau apapun alasannya...tidak akan berkompromi," katanya.

Mohan berkata walaupun banyak parti bakal muncul pada masa akan datang, tiada jaminan parti berkenaan mampu meraih sokongan rakyat sedangkan sumbangan dan jasa MIC selama bertahun-tahun telah dilupakan. Mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang di Negeri Sembilan, Mohan berkata Pemuda MIC akan mengadakan banyak aktiviti keramaian seperti sukaneka, karnival dan konsert khas untuk meraih sokongan komuniti India di kawasan itu.

Antara kawasan ladang yang menjadi fokus jentera itu ialah Ladang Siliau, Brad wall dan Antherton yang didapati menyokong pembangkang pada pilihanraya lepas, katanya. BERNAMA

Sep 27, 2009

Toleransi kaum di Kelantan jadi contoh, kata Nik Aziz

KOTA BHARU, 27 Sept: Kejayaan PAS menerajui Kelantan hampir 20 tahun adalah kerana mendapat sokongan padu dari semua pihak termasuk masyarakat Tionghua, India dan Siam di negeri ini.

Ia juga terhasil dari perpaduan yang kukuh antara berbilang kaum dan sering berada semeja di antara rakyat menjadikan Kelantan sebagai model perpaduan kaum yang sejati.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika berucap di majlis Hari Raya Aidil Fitri anjuran Ahli Parlimen Kota Bharu bertempat di Dewan Perniagaan Cina.

Majlis tersebut diadakan khas untuk meraikan masyarakat Kota Bahru dari pelbagai kaum iaitu kalangan Tionghua, India dan Siam.

Nik Aziz juga berkata semenjak beliau mengambil alih pucuk pentadbiran negeri ini, sudah banyak perubahan yang dilakukan dan ia melibatkan semua kaum seperti wujudnya skim Kifaalah untuk warga emas, skim Armalah untuk kaum ibu tunggal, perlantikan penghulu dan ahli majlis Kerajaan Tempatan dari kalangan Tionghua, Siam dan juga India.

Dengan melibatkan semua kaum dalam pentadbiran kerajaan negeri, ia boleh membantu pihak kerajaan untuk menyampaikan pelbagai maklumat terus kepada masyarakat dan ini boleh menjauhkan prasangka dan iri hati dari semua kaum.

Menyentuh isu perarakan kepala lembu yang berlaku di negeri Selangor oleh pihak-pihak tertentu baru-baru ini, Nik Aziz melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada masyarakat India di Kelantan kerana tidak mengikut rentak yang berlaku di negeri lain.

Image(Gambar:Sebahagian orang ramai dari pelbagai kaum yang menyertai majlis Aidil Fitri anjuran wakil rakyat PAS Kota Bharu)

"Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada masyarakat India di Kelantan kerana masih dapat bersabar dan memahami suasana pentadbiran Kelantan berbeza dengan negeri-negeri lain dan ini adalah hasil persefahaman seluruh kaum di negeri ini dan di Kelantan, kita tidak pernah menimbulkan isu-isu sensitif menyentuh pelbagai agama lain,"ujar beliau.

Beliau juga berharap majlis aidilfitri seperti ini diperluaskan ke jajahan lain dalam menyatupadukan seluruh rakyat dan ini boleh dijadikan sebagai satu contoh bahawa Kelantan sememangnya mempunyai pelbagai kaum dan hidup dalam keadaan aman dan damai.

Ia dinikmati walaupun sebelum ini pelbagai rintangan timbul seperti isu pengharaman judi, penyekatan jualan arak dan lain-lain lagi.

"Kini apa yang kita lakukan pada awal pemerintahan di tahun 1990 dulu masih lagi dapat dikekalkan, judi kita haramkan terus penjualannya dan mendapat sambutan baik dari kaum lain, manakala penjualan arak pula kita hadkan premis jualannya juga tidak menimbulkan kemarahan masyarakat bukan Islam,"katanya lagi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Bharu,Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah ketika berucap meraikan kedatangan masyarakat kaum lain ke majlis tersebut berharap keharmonian kaum di Bandar Kota Bharu menjadi lambang perpaduan kukuh di antara kaum di negeri Kelantan.

"Saya ingin menarik perhatian rakan-rakan dari DAP dan Parti Keadilan Rakyat di negeri luar daripada Kelantan agar sering mendamping rakan-rakan dalam PAS dan menyeru mereka menjadikan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz sebagai contoh kepada penggerak perpaduan kaum,"katanya.

Seramai 600 orang dari pelbagai kaum hadir di majlis tersebut. Turut hadir di majlis Aidil Fitri Bersama Ahli Parlimen Kota Bharu ialah ketiga-tiga Adun di Parlimen Kota Bharu, Datuk Annuar Tan Abdullah (Kota Lama), Datuk Takiyuddin Hassan (Bunut Payong) dan Hajjah Rohani Ibrahim (Tanjong Mas) wakil Dari DAP, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng, wakil dari PKR, Ahli Parlimen Tanah Merah, Amran Abdul Ghani, wakil Konsul Thai di Kota Bharu dan Yang diPertua MPKB-BRI Ismail Mahmood. _

Pengundi kecewa Ibrahim Ali khianati amanah

KOTA BHARU, 27 Sept: Tanpa lambang bulan sudah pasti Datuk Ibrahim Ali tidak akan merasai kedudukan seperti sekarang, sebagai anggota parlimen Pasir Mas, namun beliau melupakan segala-galanya dan 'menggigit tangan yang menyuapkannya makanan'.

Ini kerana sokongan padu penyokong PAS dan Pakatan Rakyat membolehkan merasai kembali jawatan itu selepas menang di atas tiket Semangat 46 pada 1990.

Namun Ibrahim melupakan segala jasa dan keringat ahli dan penyokong PAS yang bekerja keras memenangkannya pada pilihan raya umum ke-12 Mac 2008. Kata orang tua-tua, ibarat kacang sudah lupakan kulit.

Pengundi di Pasir Mas ketika ditemui menyokong penuh saranan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Ibrahim meletak jawatan kerana telah mengkhianati amanah rakyat.

Pesara kerajaan, Mohamad Osman, 67 dari Kampung Kasa berkata, hanya pemimpin yang tiada maruah sahaja sanggup mempertahankan kedudukannya biar pun dicemuh seluruh pengundi.

"Tindakan Ibrahim sekarang seolah-olah membunuh karier politik sendiri. Selepas ini siapa lagi yang mempercayai pemimpin seperti itu," katanya di sini.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan hari ini sekali lagi mengulangi pendiriannya supaya Ibrahim menggosongkan kerusi parlimen Pasir Mas memandangkan sikap dan tindak tanduknya bertentangan dengan perjuangan PAS.

"Saya akan terus mendesaknya melepaskan jawatan wakil rakyat di Pasir Mas kerana dia bertanding atas tiket PAS. Namun kini menentang menentang dasar PAS dan kerajaan negeri.

"Wakil Rakyat macam ni orang tak boleh terima sebab tak ada pendirian dan prinsip perjuangan," katanya ketika ditemui media di majlis Hari Raya Aidilfitri PAS Kelantan di Dataran Stadium Sultan Muhammad ke-IV hari ini.

Ekoran desakan Tuan Guru Nik Aziz sebelum ini, Ibrahim mahu Menteri Besar Kelantan itu meletak jawatan dengan dakwaan gagal membawa kemajuan dan pembangunan di negeri ini.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, rakyat di Pasir Mas telah meluahkan rasa kecewa kerana anggota parlimen yang mereka pilih telah menggadai prinsip perjuangan.

Ibrahim merupakan bekas Ketua Bahagian Umno Pasir Mas telah dilucut keahlian seumur hidup kerana bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya umum 2004. Manakala pada pilihan raya kecil Dun Pengkalan Pasir pada 2005 sekali lagi beliau bertanding di tiket Bebas namun hilang deposit.

(Gambar:Nik Aziz memberikan duit raya kepada tetamu kanak-kanak yang hadir) Sementara itu lebih 5,000 rakyat Kelantan mengunjungi sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Badan Perhubungan PAS.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim berkata, setiap PAS kawasan ditugas menyediakan juadah antaranya nasi dagang, satay, lemang, Roti jala, martabak, kuih muih dan minuman.

"Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada seluruh pimpinan PAS kawasan yang sanggup menyediakan pelbagai juadah.

"Ini melambangkan perpaduan ahli di peringkat akar umbi begitu kukuh dan sanggup bekerja dalam menghadapi pelbagai cabaran," katanya. _

Pemuda Pakatan lancar jentera di Bagan Pinang

TELOK KEMANG, 27 Sept: Pemuda Pakatan Rakyat (PR) memulakan paluan �gendang perang� pilihan raya lebih awal dari jentera Barisan Nasional (BN) dengen melancarkan jentera pemuda Pajatan Rakyat di kampung Bagan Pinang dekat sini petang semalam, 26 September.

Ketiga-tiga ketua sayap pemuda parti komponen PR hadir dalam majlis perasmian dan pelancaran jentera serta pejabat gerak-gempur bersepadu pemuda parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan at-Tantawi menyeru semua pemuda supaya turun beramai-ramai dan bekerja dengan optimis, tanpa bersikap terlalu yakin (over confident) dalam pilihan raya kecil ini selepas kemenangan demi kemenangan sebelum ini.

Manakala Ketua DAPSY, Anthony Loke Siew Fook, melahirkan keyakinan pengundi-pengundi Cina di Bagan Pinang akan memilih calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat.

Turut berucap adalah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar, yang menggesa supaya pemuda Pakatan Rakyat bergerak pantas tanpa membuang masa untuk menjalankan gerak kerja kempen bagi mengalahkan Umno dan BN di kubu mereka ini.

Ketiga-tiga mereka juga menyeru semua pemuda Pakatan agar turun beramai-ramai ke sana terutama di hari penamaan calon 3 Oktober ini bagi memberikan sokongan moral kepada calon Pakatan dari PAS itu.

Pilihanraya kecil ini akan diadakan 11 Oktober ini selepas kematian Adun BN baru-baru ini.

Pakatan telah menyerahkan kepada PAS untuk meletakkan calon bagi pihak gabungan tiga parti itu dalam pilihanraya kecil ini selepas calon PAS bertanding dalam pilihan raya lalu.

30 peratus pengundi di sini adalah India dan Cina yang dijangka akan memihak kepada Pakatan manakala 30 peratus lagi pengundi pos yang bakal dikawal BN.

Perebutan kini adalah terhadap 40 peratus pengundi Melayu yang bakal menentu Pakatan atau BN yang akan menang dalam pilihan raya kecil ini. - Buletinonline. _

Saiful muncul lagi menjelang pilihan raya kecil

KUALA LUMPUR, 27 Sept: Mohd Saiful Bukhari Azlan yang telah menjadi watak utama dalam kes yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelangnya pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh bulan Ogos yang lalu dijangka akan mengulangi watak utama menjelangnya PRK di Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang tidak lama lagi.

Jika dalam PRK di Parlimen Permatang Pauh isu Saiful telah dimainkan secara meluas termasuk oleh media arus perdana maka sekali lagi dalam PRK Bagan Pinang beliau akan dijadikan ikon sekali lagi bagi pemuda-pemuda untuk menjadi contoh bagaimana seorang anak muda yang rela untuk mendedahkan kejelekan dan keburukan yang ada pada dirinya bagi kepentingan politik sesetengah pihak.

Dalam konteks ini, Saiful dalam blognya telah melahirkan rasa bimbang diatas keselamatan beliau menjelangnya perbicaraan kes yang membabitkan Anwar pada 3 November yang akan datang.

Beliau juga mendakwa ketakutan ini kerana tidak mahu terjadi kes yang sama seperti apa yang berlaku kepada Teoh Beng Hock.

Kenyataan Saiful ini bukan saja mengundang keraguan malah menimbulkan prejudis apabila beliau mulai muncul tatkala akan diadakan PRK Bagan Pinang.

Namun begitu samada kehadiran beliau akan menjejaskan peluang kemenangan Pakatan Rakyat dalam mana-mana pilihan raya sudah terbukti sebelum ini.

Walaupun beliau bersumpah mubahalah menjelangnya PRK Parlimen Permatang Pauh dengan didokong oleh pemimpin Barisan Nasional ternyata rakyat sudah dapat membezakan antara sumpah beliau dan sumpah keramat yang dibuktikan oleh pengundi Parlimen tersebut.

Wujudnya Saiful menjelang PRK Bagan Pinang kali ini adalah umpama wujudnya Ezam Mohd Noor semasa PRK Permatang Pauh.Begitu juga dengan munculnya Tun Mahathir semasa PRK Bukit Selambau dan Bukit Gantang.

Namun begitu keputusannya telah terbukti bahawa rakyat tidak menerima kehadiran pelakon menjelang pilihan raya seperti ini. _

Sep 26, 2009

Umno tidak belajar dari pengalaman - Dr M

KUALA LUMPUR, 25 Sept: Umno menunjukkan kepada dunia bahawa ahli-ahlinya tidak belajar dari pengalaman apabila terus mendesak supaya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dicalonkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kritikan Dr Mahathir yang semakin lantang menjadikan laluan Isa semakin sukar untuk menjadi calon BN di Bagan Pinang walaupun percubaan demi percubaan dibuat untuk mencalonkan bekas Naib Presiden Umno itu dalam pilihan raya kecil tersebut yang akan diadakan 11 Oktober ini.

"Kita tak banyak belajar, sebelum ini kita meletakkan seorang pembohong menjadi calon, yang dipecat oleh Majlis Peguam, yang menggunakan duit pelanggannya.

"Jika kita meletakkan calon seperti itu, sudah pasti kita akan kalah," Malaysian Insider memetik bekas Presiden Umno itu berkata.

Dr Mahathir juga membidas para pemimpin Umno di Telok Kemang yang mengungkit bahawa beliau juga pernah diusir dari Umno oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman tetapi kemudiannya diterima semula ke dalam Umno.

"Saya diusir bukan kerana rasuah atau politik wang tetapi kerana perbezaan pendapat dengannya (Tunku).

"Bila saya kembali (ke dalam Umno), ia kerana pandangan saya diterima. Saya tidak pernah mencuri wang," kata bekas Pengerusi BN itu.

Rabu lalu, Ketua Pemuda Umno bahagian Telok Kemang Mohd Faizal Ramli mempertahankan keputusan untuk menamakan Isa sebagai calon BN bagi pilihan raya tersebut.

Isa digantung keahliannya dalam Umno selama tiga tahun 2005 lalu kerana dituduh terlibat dalam politik wang ketika beliau muncul sebagai pemenang jawatan Naib Presiden dengan undi tertinggi pada pemilihan parti itu 2004 lalu, iaitu sebanyak 1,507 undi mengatasi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (1,329 undi) dan Timbalan Presiden Umno kini, Tan Sri Muhyiddin Yassin (1,234 undi).

Beliau kini ialah Ketua Umno Bahagian Telok Kemang dan kawasan DUN Bagan Pinang berada dalam bahagian itu.

Isa sebelum ini menolak pandangan yang menyatakan beliau akan menjadi liabiliti kepada BN jika dicalonkan dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang.

"Dalam pembangkang, hatta bekas banduan pun boleh bertanding," kata beliau yang dilihat merujuk kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya bukan penjenayah," tambah beliau.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dilaporkan satu-satunya calon yang dikemukakan oleh Umno Telok Kemang kepada pucuk pimpin parti itu untuk dipertimbangkan sebagai calon BN dalam pilihan raya tersebut.

Bagan Pinang mempunyai 13,664 orang pengundi dan 4,604 dari jumlah tersebut adalah pengundi pos.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu, calon BN, Allahyarham Azman Mohd Nor memenangi kerusi tersebut dengan mendapat 6,430 undi mengalahkan calon PAS, Ramli Ismail yang mendapat 4,097 undi.

Pilihan raya kecil tersebut akan diadakan berikutan kematian Azman.

BN hanya memenangi kerusi Bagan Pinang dan Linggi dalam kawasan Parlimen Telok Kemang dalam pilihan raya umum lalu.-mna Kerusi Parlimen Telok Kemang, kerusi DUN Chuah dan kerusi DUN Port Dickson dimenangi oleh PKR manakala kerusi DUN Lukut dimenangi oleh DAP. Kemenangan BN di Bagan Pinang dan Linggi dipercayai berpunca dari undi pos. Linggi mempunyai 1037 undi pos._

PAS tetap komited bersama Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR, 25 Sept: PAS tidak pernah membuat keputusan untuk mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat (PR) di semua peringkat, tegas Naib Presidennya, Salahuddin Ayub.

"Oleh kerana PAS tidak pernah membuat keputusan sedemikian, perkara itu tidak timbul sama sekali dan tidak harus ditimbulkan sama sekali," tegas beliau.

PAS, kata beliau, tetap dengan komitmen untuk bersama-sama PR.

"Jika ada masalah yang berlaku, ia adalah perkara biasa. Dalam keluarga dua tiga orang pun ada masalah, apa lagi pakatan yang besar," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Sebarang masalah yang berlaku, katanya lagi, boleh diselesaikan dengan semangat setiakawan serta musyawarah dan bukannya melalui media.

Salahuddin bagaimanapun yakin rakyat tidak akan terpengaruh dengan sebarang spekulasi dan manipulasi yang cuba mendakwa kononnya PAS akan mengkaji semula kedudukannya di dalam PR.

"Apa jua keputusan mengenai perkara itu hanya boleh dibuat oleh mesyuarat peringkat tertinggi PAS," kata beliau.

PAS, katanya, tidak ada kaitan dengan sebarang dakwaan yang kononnya mahu mengkaji perkara itu.-mna_

Sep 24, 2009

Daisy dan Manohara masih belum jawab tuntutan Tengku Fakhry

KUALA LUMPUR: Walaupun hampir sebulan diserahkan writ saman fitnah, isteri dan ibu mertua Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra, masih tidak memfailkan penyataan pembelaan bagi menjawab pernyataan tuntutan yang dikemukakan anakanda Sultan Kelantan itu.

Peguam Mohd Haaziq Pillay, yang mewakili Tengku Fakhry, ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya telah menyerahkan writ saman itu kepada ibu mentua Tengku Fakhry, Daisy Fajarina dan isterinya Manohara Odelia Pinot melalui Tetuan Fakrul Hisham Abdullah & Associates, bulan lepas.

Mohd Haaziq berkata Tetuan Fakrul Hisham yang merupakan firma guaman di negara ini, dilantik oleh seorang daripada peguam Daisy dan Manohara daripada Indonesia untuk mewakili kedua-dua mereka dalam kes saman fitnah itu.

Beliau berkata mengikut prosedur, keduadua mereka mempunyai tempoh 14 hari untuk memasukkan memorandum kehadiran dan selepas itu 14 hari lagi untuk memasukkan pernyataan pembelaan selepas writ saman diserahkan kepada mereka.

"Bagaimanapun, keduadua mereka telah pun memasukkan memorandum kehadiran pada pertengahan Ogos, tetapi sehingga sekarang mereka masih tidak menfailkan pernyataan pembelaan bagi menyangkal pernyataan tuntutan yang dikemukakan Tengku Fakhry," katanya.

Peguam Noor Hisham Abdullah, yang mewakili Daisy dan Manohara, gagal dihubungi kerana masih bercuti Hari Raya.

Pada 20 Julai, putera ketiga Sultan Kelantan itu menfailkan saman fitnah RM105 juta di Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur, terhadap ibu mentuanya dan isterinya kerana didakwa memfitnahnya dalam sidang media pada April dan Jun lepas.

Saman itu difailkan setelah Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Safarudin Tambi pada hari yang sama membenarkan permohonan Tengku Fakhry selaku plaintif untuk memulakan prosiding saman fitnah itu terhadap Daisy dan Manohara sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Tengku Fakhry mendakwa pihak defendan telah secara palsu dan niat jahat melafazkan perkataan yang bersifat umpatan dan fitnah mengenai dakwaan penderaan seksual terhadap Manohara, semasa sidang akhbar antara April sehingga Jun lalu.

Plaintif mendakwa pernyataan fitnah itu telah diterbitkan semula dalam media elektronik seperti 'The Jakarta Globe', 'Banjarmasin Post', 'Detiknews', 'Kompas.com', 'Global TV' dan Malaysiakini, serta dilaporkan secara meluas dalam akhbar di Malaysia dan Indonesia.

Tengku Fakhry mendakwa "perkataan itu dirancang untuk memperkecilkecilkan dan mengaibkan saya di kalangan ahli kerabat di raja Kelantan, kerajaan Malaysia dan rakyat jelata."

Putera ketiga Sultan Kelantan itu seterusnya mendakwa bahawa dakwaan dan sindiran itu adalah tidak benar, tidak berasas dan menyebabkannya mengalami kerosakan serius kepada reputasi peribadi secara nasional dan antarabangsa.

"Defendan-defendan melafazkan perkataan-perkataan tersebut dengan didorong oleh keuntungan kewangan," dakwa Tengku Fakhry.

Plaintif menuntut ganti rugi teruk, teladan dan pampasan berjumlah RM105 juta, faedah, kos serta perintah injuksi menghalang keduadua defendan daripada terus mengeluarkan perkataan fitnah.

Tengku Fakhry, 31 dan Manohara, 17, yang memegang gelaran Cik Puan Temenggong, telah berkahwin pada 26 Ogos tahun lalu dan menetap di Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kelantan.

Selepas sembilan bulan berkahwin, Manohara telah pulang ke Indonesia secara mendadak tanpa kebenaran dan pengetahuan suaminya.BERNAMA

Salahuddin harap Umno ada calon bebas politik wang

KUALA LUMPUR, 24 Sept: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berharap Umno berjaya mengemukakan calon yang bebas politik wang dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang 11 Oktober ini.

Beliau berharap Umno mempunyai calon yang bersih dari politik wang untuk memenuhi keinginan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menekankan supaya Umno memilih calon yang bebas politik wang untuk pilihan raya itu.

"Sebelum ini, Dr Mahathir menyatakan bahawa 'Umno sudah jadi parti perasuah'. Mungkin hari ini Umno bukan lagi parti perasuah dan sebab itulah bekas Perdana Menteri menekankan supaya Umno tampil dengan calon bebas politik wang dalam pilihan raya Bagan Pinang.

"Mungkin juga Umno Bahagian Telok Kemang (di mana kawasan DUN Bagan Pinang berada) tidak pernah mengamalkan politik wang dan tokoh-tokoh Umno di bahagian itu bebas politik wang semuanya," kata Salahuddin yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS bagi pilihan raya kecil tersebut.

Mengenai persediaan PAS menghadapi pilihan raya itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, pihaknya akan megggerakkan seluruh kekuatan untuk mengajak rakyat di Bagan Pinang supaya bersama-sama dengan kehendak rakyat.

"Kita yakin rakyat di Bagan Pinang tidak mahu ketinggalan untuk bersama-sama dengan kehendak rakyat yang menolak Barisan Nasional (BN) dalam tujuh dari lapan pilihan raya kecil yang diadakan sejak pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas.

"Malah di dalam kawasan Telok Kemang sendiri pun, tiga dari lima kawasan DUN di situ serta kerusi Parlimennya dimenangi oleh Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum yang lalu.

"Saya yakin sepenuhnya rakyat Bagan Pinang akan bersama-sama dengan kehendak rakyat hari ini yang menolak BN," kata beliau.

Dalam pilihan raya umum yang lalu, selain kerusi Parlimen Telok Kemang, kerusi-kerusi DUN Chuah, Lukut dan Port Dickson dalam kawasan Parlimen itu dimenangi oleh PR.

"Saya juga yakin, rakyat Bagan Pinang tidak sanggup menerima Umno yang pernah disebut sebagai parti perasuah oleh bekas Presidennya sendiri.

"Pandangan Dr Mahathir itu malah dikongsi oleh bekas Bendahari Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang berkata, punca rasa tidak puashati rakyat terhadap BN itu adalah persepsi bahawa mereka yang memegang kuasa adalah angkuh dan korup.

"Rakyat boleh melihat dengan terang dan nyata hakikat itu dan bukti terbaru dapat dilihat sendiri oleh mereka dalam dokumen kabinet mengenai Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) yang menunjukkan dengan jelas bahawa kabinet kerajaan Umno dan BN melakukan penyelewengan dan merestui rasuah," katanya.

Sebelum menekankan supaya BN meletakkan calon bebas politik wang, Dr Mahathir menolak pencalonan bekas Naib Presiden Umno yang juga Ketua Umno Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon BN dalam pilihan raya itu.

Beliau berkata, imej Umno akan terjejas jika bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dicalonkan kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.

"Isa sudah didapati bersalah, kalau Umno letak dia juga bermakna bahawa Umno tak ambil berat tentang kes-kes macam ini," kata beliau.

Bagan Pinang mempunyai 13,664 orang pengundi dan 4,604 dari jumlah tersebut adalah pengundi pos. _

Royalti: Kelantan tetap tuntut selagi tidak diberi

KOTA BHARU, 23 Sept: Kerajaan Kelantan akan terus membuat tuntutan selagi tiada sebarang jawapan kepastian dari kerajaan pusat untuk membayar royalti minyak sejumlah RM1 bilion.

Menteri Besar ,Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, selain prosedur biasa, kerajaan negeri juga tidak akan berputus asa bermunajat pada Allah agar dilembutkan hati kerajaan pusat bagi menunaikan hak rakyat negeri itu.

Beliau ditemui di majlis Mesra Aidil Fitri Pimpinan Kerajaan Negeri bersama Anak-anak Kelantan diPerantauan anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Persatuan Anak Kelantan Di Perantauan(Perakan) di Dewan Konvesyen Kelantan Trade Centre semalam.

"Rakyat Kelantan seharusnya bersabar dan diseru agar berdoa untuk melembut hati mereka agar dibayar tuntutan dan hak milik rakyat negeri ini" katanya.

"Kita tidak akan berputus asa dalam menuntut hak ini dan banyak lagi langkah yang akan diambil,tetapi yang penting sekarang ini ialah rakyat Kelantan bersabar dan terus berdoa" ujarnya lagi.

Menyentuh hubungan kerajaan negeri dengan Pusat,beliau berkata ia mesti diteruskan kerana Kelantan adalah sebahagian dari Kerajaan Pusat dan segala peruntukan hak negeri ini wajib disalurkan Pusat .

"Begitu juga dengan tuntutan yang kita buat ini, Tengku Razaleigh Hamzah, pengerusi pertama Petronas telahpun mengakui hal ini" jelasnya lagi.

ImageSementara itu ketika berucap meraikan perantau, beliau berharap rakyat negeri ini yang tinggal di merata negeri agar menjadikan konsep Membangun Bersama Islam dalam kehidupan harian mereka dan sentiasa menjaga maruah keluarga dan negeri ini.

"Saya amat berbangga kerana setiap kali musim Pilihanraya,rakyat negeri ini yang berada di luar sentiasa pulang memberi sokongan kepada kerajaan dan ini menggambarkan konsep Membangun Bersama Islam itu membawa erti yang besar kepada tuan-tuan semua"katanya lagi.

Kehadiran yang mencecah hampir 2000 anak Kelantan yang berada di luar menghadiri majlis tersebut adalah melambangkan sokongan padu mereka kepada kepimpinan Islam negeri itu.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Besar,Datuk Ahmad Yakob,Speaker Dun Kelantan Ustaz Nasrudin Haji Daud,Exco negeri, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Haji Shafie Ismail,Wakil Rakyat,Ketua Jabatan serta isteri masing-masing serta barisan Pimpinan PERAKAN yang diketuai oleh Timbalan Presiden Muhammad Radhi Yusof dan Setiausahanya Ir.Hamdzah Abdul Rahman.-mna _

Sep 20, 2009

Perutusan Hari Raya Mursyidul Am PAS

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada Bulan Ramadhan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (apabila berhari raya) kerana Allah berikan hidayah kepada kamu." (Surah Al Baqarah : 185)

Setelah kita berpuasa, bertarawikh, berqiyamullail, bertadarus, bersedekah, berzikir dan sebagainya sepanjang Ramadhan, Allah S.W.T menyuruh kita bertakbir dalam berhari raya.

Takbir ialah sebutan Allahu Akbar yang bermaksud "Allah Adalah Yang Terbesar". Manakala yang lainnya adalah yang paling kecil dan mesti dipinggirkan apabila bertembung dengan Kehendak Allah S.W.T.

Malangnya ramai orang yang menyebut Allahu Akbar sebagai satu tradisi sahaja. Inilah masalah besar yang berlaku di kalangan umat Islam sejak kebelakangan ini.

Hari Raya bukanlah tradisi ciptaan orang Arab, bukan juga tradisi ciptaan orang Melayu. Bahkan ia merupakan kehendak agama.

Antara nikmat berhari raya ialah kita boleh makan dan minum setelah sebulan penuh tak boleh makan harta sendiri. Nikmat ini tak dapat dirasai oleh orang yang tidak berpuasa. Orang yang perutnya kenyang sepanjang tahun, tak terasa sedikit pun kemanisan nikmat ini.

Apabila disebut hari raya, buka saja anak kecil bahkan orang tua dan orang sakit pun turut berseronok sama. Islam minta kita bersukaria dengan amalan ziarah dan bermaafan antara satu sama lain.

Pada hari raya kita tak dibenarkan berpuasa sekalipun puasa itu sendiri adalah ibadat. Tapi dalam persoalan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya, kita tak boleh buat pandai-pandai.

Apabila Allah Ta'ala minta kita mengerjakan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya mengikut cara dan masa yang telah ditentukan.

Begitu juga dalam kita berhari raya, tak boleh kita buat ikut pandai sendiri. Kita berseronok dalam lingkungan yang dikehendaki oleh Allah. Sebab itu kita tak boleh berhari raya dengan pakaian, pergaulan, makan minum dan hiburan yang terlarang dan berunsur maksiat.

Berapa ramai anak-anak mengalami putus jari tangan, buta mata, muka melecur dan sebagainya akibat bermain mercun tanpa kawalan pada setiap tahun.

Berapa ramai pula yang terlibat dengan kemalangan maut pada setiap musim perayaan akibat kelalaian dan tidak memperdulikan peraturan jalanraya sehingga mengorbankan ramai orang yang tidak bersalah.

Apabila hari raya, memang menjadi fitrah manusia suka berseronok. Tapi Islam mengajar kita mengikut peraturan tertentu supaya sambutan hari raya menjadi ibadat yang mendatangkan pahala. Antara jadual berhari raya, kita disunatkan mandi sebelum pergi ke masjid.

Kalau kita mandi biasa, tubuh kita saja yang bersih. Tapi apabila kita niat bahawa mandi sunat hari raya, bukan tubuh kita saja yang bersih dan berbau sedap bahkan kita dapat pahala.

Sesetengah orang tak berapa minat sangat nak cari pahala. Apa yang dia minat ialah cari duit dan harta saja. Kepada orang-orang sebegini, dia kena faham bahawa pahala adalah mata wang (currency) yang sangat berguna apabila kita masuk kubur. Apabila kita masuk kubur, kita tidak mati seratus peratus.

Yang mati dan hancur menjadi debu hanyalah jasad kita. Roh dan jasad kita akhirnya akan dibangkitkan kembali di akhirat nanti.

Sebagaimana jasad manusia di dunia ini berkehendak kepada makan minum. Untuk memenuhi keperluan fizikal di dunia ini, kita terpaksa gunakan wang untuk membeli makanan, minuman dan pelbagai keperluan lain.

Tapi apabila saja kita masuk ke dalam kubur, semua jenis mata wang dunia ini tidak laku lagi. Duit Amerika tak laku. Mas jongkong pun tak laku. Yang lakunya ialah pahala.

Pahala adalah aset dan mata wang yang kita sangat perlukan semasa berada di dalam kubur dan di Padang Mahsyar. Salah satu cara untuk kita mendapat pahala selain daripada berpuasa, bertadarus, bertarawikh ialah dengan kita berhari raya menurut cara yang telah ditunjukkan oleh Islam.

Kita diminta membayar zakat fitrah untuk membantu golongan fakir miskin. Tentunya oarng yang tidak berkemampuan tidak ramai.

Jadi, apabila semua orang yang berkemampuan membayar zakat fitrah, kita boleh fikir sendiri betapa banyaknya harta yang diberikan kepada fakir miskin yang membolehkan mereka tumpang berseronok sama.

Pada hari raya kita diminta memakai pakaian cantik, seboleh-bolehnya pakaian yang belum dipakai lagi. Kalau pakaian sudah dipakai pun tak apa, asalkan halal dan bersih. Kita tetap juga akan mendapat pahala.

Kita juga diminta membawa anak-anak ke masjid, ke surau, ke musalla untuk bertakbir mengagungkan Allah S.W.T dan seterusnya untuk mengerjakan sembahyang sunat hari raya demi untuk bersyukur di atas hidayah kurniaan Allah kepada kita dan juga untuk bertaqarrub kepada Allah 'Azza Wa Jalla.

Sembahyang sunat Aidilfitri ada bacaannya sepertimana yang dibacakan oleh Rasulullah S.A.W. Dalam sembahyang sunat Aidilfitri, Rasulullah S.A.W membaca Surah Qaaf dalam raka'at yang pertama dan Surah Al Qamar pada raka'at kedua. Kedua-dua Surah ini menyentuh tentang Kiamat.

Ketika umat Islam sedang berseronok, tiba-tiba Nabi kita membacakan Surah yang menceritakan tentang kedahsyatan huru-hara yang pasti akan berlaku pada Hari Kiamat nanti. Sekaligus ia bermaksud bahawa segala nikmat hidup di dunia ini pasti akan disoal dan akan dikenakan pembalasan.

Siapa pun yang hidupnya di dunia ini, apabila selaras dengan kehendak Al Quran akan dimasukkan ke dalam syurga. Apabila tak selaras dengan kehendak Al Quran, baik dalam masalah politik, ekonomi, kebudayaan, pendidikan, rumah tangga dan sebagainya dia akan masuk neraka. Wallahua'alam._

Sep 19, 2009

Ziarahi kubur amalan positif di pagi Syawal

KUALA LUMPUR, 20 Sept: Amalan menziarahi kubur di pagi Aidilfitri merupakan satu amalan yang positif, namun boleh bertukar kepada bida'ah jika ia dijadikan kewajiban kepada seseorang untuk melakukannya.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan, berkata amalan menziarahi kubur itu bagi mengingatkan manusia kepada kematian, namun terdapat sebahagian ulama yang meletakkan amalan tersebut sebagai bida'ah apabila mereka mewajibkan diri mereka untuk melakukannya.

"Melainkan jika seseorang itu pulang ke kampung dan mengambil peluang menziarahi kubur orang tuanya, maka ia bukanlah satu bida'ah," jelas beliau.

Tambah Ustaz Nasruddin lagi, sudah menjadi kelaziman bagi orang ramai untuk mengenang ketiadaan orang yang disayangi pada pagi raya, dan kemudiannya melanjutkan ingatan tersebut ke tanah perkuburan dengan menziarahi pusara.

Jelas beliau, amalan tersebut bukanlah satu kesalahan memandangkan ia mengingatkan kita semua kepada kematian, selain menjadikan Syawal itu bukanlah waktu bergembira tanpa batasan.

Ustaz Nasruddin turut mengingatkan amalan di hari Aidilfitri lebih baik dan penting dengan membanyakkan takbir, tasbih dan tahmid kerana ia merupakan hari kemenangan melawan nafsu di bulan Ramadan. _

Hukuman sebat, apa agenda SIS? - Teras

KUALA LUMPUR, 20 Sept: Tindakan Sisters in Islam (SIS) menfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan untuk semakan dan menangguhkan pelaksanaan hukum terhadap hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi dianggap sebagai satu agenda untuk menyekat sebarang hukuman jenayah berlandaskan syariah dikuatkuasakan di negara ini.

Menurut Presiden Teras,Mohd Azmi Abdul Hamid tindakan SIS adalah bersifat anti hukum syariah dan wajar dibantah dengan keras.

"Teras membantah keras niat SIS untuk terus bersikap anti hukum syariah. Pelaksanaan hukuman jenayah syariah adalah sah dan jelas termaktub dalam perlembagaan negeri dan Perlembagaan Persekutuan.

"Oleh kerana itu tidak ada hak untuk SIS cuba menyekat pelaksanaannya hanya kerana ia dikatakan sedang didebatkan di peringkat masyarakat terbuka dalam negara dan luar negara,"jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Tambahnya, Teras mempersoalkan atas hak apa SIS beria-ia mahu menyekat pelaksanaan hukuman syariah di negara ini.

Dakwa Azmi,pemikiran Barat yang berlandaskan faham liberal dan melihat bahawa Islam adalah soal peribadi dan tidak berkait dengan soal negara dan undang-undang menjadi latar belakang fikiran SIS.

"Oleh itu tindakan pihak SIS untuk mengheret perdebatan kes Kartika kepada Mahkamah Tinggi Syariah hanya bertujuan untuk mempersoalkan bidangkuasa mahkamah syariah.

"Teras dengan ini mengesa supaya pihak kerajaan tindak tunduk kepada tekanan mana-mana pihak. Undang-undang yang jelas diluluskan melalui perundangan negeri hendaklah dilaksanakan tanpa sebarang kekhuatiran.

"Walaupun enakmen jenayah syariah di peringkat negeri yang ada kini tidak seluruhnya menepati kehendak syariat Islam yang sebenar , namun bidangkuasa dan wibawa Jabatan Agama Islam dan mahkamah Syariah hendaklahlah dipertahankan,"tegasnya. - mks._

Samy liabiliti pada BN, perlu letak jawatan - Mahathir

KUALA LUMPUR, 20 Sept: Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu menerima tamparan hebat dalam karier politiknya apabila mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar pemimpin MIC itu sebagai liabiliti kepada Barisan Nasional (BN).

Dalam satu wawancara agensi berita, Mahathir melahirkan kebimbangan bahawa sokongan rakyat terhadap BN akan merosot dan BN akan menjadi mangsa pula kerana Samy Vellu masih lagi memimpin MIC.

Menurut Mahathir, Samy perlu melepaskan jawatan Presiden MIC kerana beliau perlu bertanggungjawab terhadap kegagalan parti itu dalam pilihan raya umum yang lepas malah beliau sendiri pun kalah.

"Kalau kita tengok di negara lain, apabila seseorang pemimpin gagal, dia dengan sendirinya letak jawatan. Kalau di Jepun, dia commit harakiri (bunuh diri). Kita tak suruhlah dia (Samy) commit harakiri.

"You (Samy) gagal pimpin MIC sampai you (Samy) sendiri kalah,"katanya.

Mahathir berkata, beliau berhak menegur sesiapa pun demi kebaikan BN, dan menambah,"Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) pun saya tegur, apa Samy Vellu saya tidak boleh tegur?"

Mahathir berkata, pemimpin perlu sedar bahawa mereka bukan dapat memegang jawatan secara seumur hidup.

"Ini ditujukan bukan kepada Samy Vellu seorang sahaja kerana ada yang lain pun macam begitu juga,"katanya.

Mahathir berkata, beliau sendiri hendak meletak jawatan pada 1998 tetapi disebabkan krisis ekonomi, beliau terpaksa terus memimpin negara sehingga 2003.

"Saya letak jawatan bukan bila orang kecam saya. Saya letak jawatan sebab saya duduk lama sangat.

"Pemimpin Malaysia ini belum faham apabila dia gagal, dia patut dengan sendiri letak jawatan, tak payah orang suruh. Bila you gagal, you punya parti gagal. Dia bertanggungjawab," katanya.

Ditanya apakah yang BN boleh buat memandangkan BN mempunyai prinsip tidak campur tangan dalam urusan parti-parti komponennya, Mahathir berkata, apabila ia sudah menjadi masalah kepada BN dan jika BN masih tak campur tangan, BN sendiri yang akan menjadi mangsa.

Mahathir berkata, pemimpin BN perlu menegur Samy Vellu kerana sebagai pemimpin BN, mereka bukan bertanggungjawab terhadap prestasi parti sendiri sahaja tetapi prestasi BN keseluruhannya.

�Kalau saya tahu seseorang itu akan menyebabkan kekalahan BN, itu sudah menjadi masalah BN. Bukan masalah MIC lagi. Kita tak boleh kata dok tak interfere (campur tangan) saja. Ini urusan BN. Kerana dia, BN kalah.

"Dulu mana ada Hindraf. La ni (sekarang) dah ada berpuluh (kumpulan pendesak masyarakat India). Kerana dialah pasal orang tak mahu dia tapi dia nak jadi presiden lagi,"katanya.

Mahathir berkata pemimpin yang menggunakan duit, tekanan, salah guna kuasa dan mengugut orang boleh kekal menjadi presiden parti tetapi tidak akan menang dalam pilihan raya.

Mengenai pemimpin pilihan Samy Vellu yang memenangi pemilihan MIC minggu lepas, beliau berkata, mereka boleh memenangi pemilihan parti tetapi akan kalah dalam pilihan raya kerana orang ramai tidak akan sokong.

Mahathir juga berkata, Samy Vellu tidak memainkan peranan untuk melarang pembinaan kuil tanpa kebenaran walaupun pernah berjanji untuk berbuat demikian.

Samy, kata Dr. Mahathir, menjadi popular dahulu kerana beliau (Dr. Mahathir) menolongnya.

"Dia nak buat universiti, saya pujuk kerajaan bagi peruntukan RM50 juta dan banyak lagi dia punya projek, saya tolong,"kata Dr. Mahathir.

Mengimbas tugasnya sebagai Perdana Menteri dahulu, Dr. Mahathir berkata, beliau terpaksa memujuk orang Melayu supaya membenarkan BN meletakkan calon MIC di kawasan majoriti orang Melayu kerana tidak ada satu kawasan pun di negara ini yang mempunyai majoriti orang India.

"Lebih dari itu, saya juga berusaha supaya calon-calon MIC ini disokong oleh orang Melayu. Tanpa sokongan daripada ahli Umno dan orang Melayu lain, MIC tak boleh menang. Jadi ini khidmat saya kepada MIC.

"Tapi apabila MIC membuat sesuatu yang akan menyebabkan dia tak akan disokong oleh orang India, baik orang Cina, baik orang Melayu, saya perlu tegur,"kata Mahathir. - mks._

Perutusan Hari Raya Presiden PAS

Image Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Ramadhan Al Mubarak telah pergi meninggalkan kita, setelah kita berpuasa sebulan dalam bulan yang diberkati ini. Moga-moga Ramadhan yang baru sahaja berlalu itu telah mendidik diri kita menjadi orang-orang yang bertaqwa sebagaimana natijah serta hikmat puasa itu sendiri.

Tanda orang bertaqwa pula ialah kita menjadikan Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. sebagai panduan yang hakiki dalam kita melayari bahtera kehidupan yang penuh dengan cabaran ini. Ianya merangkumi pelbagai cabang kehidupan kita : bukan setakat makan-minum-pakaian yang halal semata-mata, tetapi juga cara untuk menguruskan rumahtangga, berhubung sesama manusia sebagai rumpun jiran tetangga dalam sebuah masyarakat, bahkan hinggalah kepada cara bernegara.

Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal ini, marilah sama-sama kita membuktikan tarbiyah Ramadhan dengan kita terus istiqamah kepada panduan Al Quran dan Sunnah, marilah kita menguatkan persaudaraan di kalangan umat Islam, bermaafan dan berkasih sayang di antara satu sama lain, kunjung mengunjung dengan penuh tawadhuk dan berpandukan kepada akhlak Islam yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Dengan buah taqwa ini jugalah ianya mengajar kita untuk menyelesaikan semua masalah dan perkara yang menjadi perbalahan di kalangan umat Islam khususnya dalam perkara politik yang menentukan dasar dan halatuju negara dengan panduan Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan �Eid Mubarak� kepada seluruh ahli dan penyokong serta saf kepimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS), dan juga seluruh rakyat beragama Islam di dalam negara kita ini tanpa mengira fahaman politik mereka. Marilah kita sama-sama bermaaf-maafan dan menjadikan Syawal ini sebagai titik tolak kepada keyakinan kita bahawa Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. adalah panduan kita yang hakiki dalam kehidupan kita ini.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Ikhlas,

Presiden PAS

Obama sampaikan salam Aidilfitri kepada semua umat Islam

KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan isteri Michelle menyampaikan salam Aidilfitri kepada semua umat Islam di seluruh dunia termasuk rakyat Malaysia yang menyambut ketibaan Syawal esok.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Amerika Syarikat di sini hari ini, Obama berkata:

"Ketika umat Islam di Amerika Syarikat dan seluruh dunia menyempurnakan ibadat puasa dan menyambut Aidilfitri, Michelle dan saya ingin menyampaikan ucapan peribadi kami pada hari yang menggembirakan ini."

Obama berkata berkata Aidilfitri adalah masa untuk menyambut berakhirnya ibadat puasa dan sembahyang sepanjang bulan Ramadan.

"Ketika sambutan ini, umat Islam memperingati golongan tidak bernasib baik termasuk orang miskin dan mereka yang mengalami kelaparan, konflik dan penyakit. Sepanjang bulan Ramadan, masyarakat Islam memungut zakat supaya semua umat Islam dapat menyambut perayaan dengan gembira," katanya. BERNAMA

Ungku Aziz: Pejuang Melayu tulen

Profesor Diraja Ungku Aziz tokoh akademik terulung. foto THE STAR oleh SAM THAM

PROFESOR Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid, pasti akan dikenang sebagai orang yang paling banyak memperjuangkan nasib orang Melayu.

Walaupun usianya sudah mencecah 87 tahun, tidak pernah terlintas dihatinya untuk berhenti daripada mengkaji dan mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut yang melanda orang Melayu terutamanya masalah kemiskinan.

Oleh sebab itu setiap kali berbicara mengenai masalah pokok orang Melayu, jawapan ringkas yang pasti akan diberikannya ialah kemiskinan dan baginya jalan keluar daripada terus dibelenggu masalah ini pula ialah pendidikan.

Nama Ungku Aziz tidak boleh dipisahkan sebagai penggerak utama Dasar Ekonomi Baru (DEB), pengasas Lembaga Tabung Haji, iaitu salah sebuah oraganisasi yang menguruskan bakal jemaah haji terbaik di dunia dan Pusat Asasi Sains di Universiti Malaya (UM), yang telah melahirkan ribuan jurutera dan pakar perubatan tempatan.

Selain itu, sumbangan beliau yang lain termasuklah menjadi panel Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MAPEN) II, pencetus idea penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan juga Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (Angkasa).

Sebagai seorang cendekiawan beliau tidak pernah gentar memberikan idea untuk memantapkan sistem pendidikan, mengkritik pentadbiran kerajaan, dan juga memberi pandangan untuk merubah cara hidup orang Melayu walaupun kadangkala mengundang kontroversi.

Ringkasnya Ungku Aziz adalah seorang yang mementingkan pembangunan ekonomi luar bandar, pemantapan sistem pendidikan negara dan juga penubuhan institusi masyarakat.

Beliau telah mencatat sejarah negara apabila menjadi penerima pertama 'Anugerah Melayu Terbilang' sempena sambutan ulang tahun Ke-59 UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Latar Belakang

Naib Canselor Universiti Malaya yang paling lama berkhidmat iaitu hampir 20 tahun. foto THE STAR oleh Victor K.K. Ng

Tokoh akademik dan ahli ekonomi yang disegani ini dilahirkan di London pada 28 Januari 1922, merupakan keturunan diraja Johor dan mempunyai salasilah dari keturunan keluarga Turki.

Bapanya Ungku Abdul Hamid bin Ungku Abdul Majid merupakan seorang Leftenan dalam pasukan tentera dan ibunya bernama Hamidah Abdullah.

Beliau merupakan anak saudara kepada pengasas Umno, Allahyarham Datuk Onn Jaafar. Ini bermakna beliau juga adalah sepupu kepada Perdana Menteri Malaysia yang ketiga, Tun Hussein Onn dan bapa saudara pupu kepada Menteri Dalam Negeri sekarang, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau telah berkahwin dengan isterinya, Sharifah Azah Aziz dan telah dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara Malaysia sekarang.

Ungku Aziz mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Batu Pahat, kemudian menyambung pengajiannya di Raffles College.

Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Universit Malaya (UM) dan lulus dengan Ijazah kelas pertama pada tahun 1951 dalam bidang ekonomi.

Pada 1964, beliau mendapat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang ekonomi di Waseda University, Tokyo, Jepun.

Sewaktu di UM, beliau ditawarkan biasiswa melanjutkan pengajian di London School of Economic (LSE) tetapi menolaknya kerana lebih berminat memikirkan masalah kemiskinan orang Melayu.

Beliau menyertai Perkhidmatan Awam Johor (JCS) pada 1951, kemudian sebagai Pensyarah Ekonomi di UM, Singapura (dari 1952 sehingga 1961).

Pada tahun 1961 sehingga 1965, beliau telah dilantik sebagai Professor dan Dekan di Fakulti Ekonomi di UM, Kuala Lumpur.

Kemudian Ungku Aziz dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaya dari 1968 hingga 1988. Beliau merupakan Naib Canselor UM paling lama berkhidmat dengan universiti tersebut iaitu kira-kira 20 tahun.

Prof Ungku Aziz ketika menerima anugerah Profesor Diraja daripada Canselor Universiti Malaya. foto-THE STAR

Beliau dianugerahkan gelaran Profesor Diraja pada 17 Jun 1978.

Pada 1997, beliau telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Putra Jamalullail.

Kemiskinan orang Melayu jadi keutamaan kajian

Beliau mengambil masa selama enam tahun melakukan penyelidikan mengenai kemiskinan orang Melayu. Bermula di Ulu Tiram, Johor pada tahun 1963 sebelum Kedah dan Perlis.

Kajiannya diteruskan hingga ke Pantai Timur iaitu di Beserah, Pahang. Selepas setahun berulang-alik dengan seorang pembantu, kajian diteruskan pula di Kemaman, Terengganu dan Kelantan.

Daripada penyelidikan tersebut, beliau mendapati penduduk di Ulu Tiram yang rata-ratanya menoreh getah bernasib baik jika dapat makan nasi sehari sekali. Selebihnya mereka hanya makan lempeng sebagai pengalas perut. Keadaan yang sama turut dialami oleh masyarakat di negeri-negeri utara.

Manakala di Pantai Timur, pengalamannya lebih dahsyat apabila wujud kebuluran di Kemaman. Beliau mendapati, masyarakatnya menangkap ikan untuk dijual dan hasil jualan tersebut digunakan membeli barang keperluan terutamanya beras.

Menerusi kajian tersebut, lahirlah teori Indeks Sarong yang digunakan beliau sebagai pengukur tahap kemiskinan di Kelantan dan Terengganu.

Melihat dan memahami gaya hidup masyarakat desa membuatkan beliau sedih dan berfikir bagaimana mahu melepaskan orang Melayu daripada belenggu kemiskinan.

Caranya ialah menerusi pendidikan. Namun dapatan kajian komuniti itu juga menunjukkan bahawa faktor pemakanan mempengaruhi saiz tumbesaran penduduk.

Makanan yang tidak seimbang membawa kepada masalah cacing dan anemia dan tentu sahaja mempengaruhi kecerdasan mereka.

Selain kajian tersebut, Ungku Aziz turut menulis rencana berkaitan sebab-sebab orang Melayu terjerumus dalam kemiskinan.

Antaranya ialah masalah perpindahan mangsa banjir. Menurut beliau hingga ke hari ini, mangsa banjir masih lagi melibatkan 95 peratus orang Melayu.

Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Menurut Prof Ungku Aziz, beliau sudah membaca lebih daripada 70,000 buah buku sepanjang hidupnya. foto THE STAR oleh AZMAN GHANI

Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussin.

Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata.

Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991. Walaupun begitu elemen-elemen dasar ini masih lagi wujud dan akan diganti secara beransur-ansur apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri.

Ungku Aziz terlibat secara langsung dalam pelaksanaan DEB.

Menurut beliau, generasi pertama era DEB mula diperkenalkan telah mencapai kejayaan. Banyak pencapaian telah diperolehi terutamanya dalam bidang pendidikan dimana ramai doktor dan jurutera Melayu telah dilahirkan.

Dalam kajiannya,Ungku Aziz merumuskan orang Melayu masih belum bersedia untuk mengamalkan meritokrasi kerana jurang kemiskinan penduduk bandar dan luar bandar yang masih lagi begitu ketara.

Beliau dengan tegas mengatakan tujuan utama DEB ialah membasmi kemiskinan di luar bandar dan ia telah menyimpang jauh apabila peratus pemilikan saham bumiputera yang lebih diutamakan.

Ungku Aziz tidak pernah berganjak daripada pendiriannya mempertahankan DEB kerana baginya ia adalah satu-satunya cara supaya orang Melayu tidak hilang keyakinan dan dapat terus bersaing.

Tabung Haji

Tabung Haji ialah singkatan bagi 'Lembaga Urusan dan Tabung Haji' (LUTH) Malaysia yang peranan asalnya menguruskan perjalanan jemaah haji dari Malaysia pergi ke Mekah setiap tahun.

Perbadanan ini wujud hasil penerimaan kertas kerja Ungku Aziz bertajuk "Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal-bakal Haji" pada tahun 1959.

Menerusi Tabung Haji, nama Ungku Aziz terkenal diseluruh dunia. Ia merupakan antara organisasi pengurusan bakal jemaah haji yang paling efisien di dunia.

Melalui Tabung Haji orang Melayu bukan sahaja telah dididik untuk mengumpul wang bagi menunaikan fardu haji tetapi juga bagi tujuan pelajaran.

Kini hampir setiap satu-satu musim, 30,000 rakyat Malaysia boleh pergi menunaikan haji.

Pusat Asasi Sains, UM

Sumbangan beliau kepada negara tidak ternilai. foto THE STAR oleh IBRAHIM MOHTAR

Atas kesungguhannya membasmi kemiskinan, Ungku Aziz turut memainkan peranan apabila mencetuskan idea penubuhan Pusat Asasi Sains di UM.

Asal penubuhannya masih lagi berpegang kepada falsafah membantu golongan miskin. Menurut beliau, berdasarkan pengalamannya pada tahun 1970-an, kemasukan pelajar ke fakulti perubatan hanyalah seramai lima pelajar.

Melalui penubuhan institusi itu, pelajar yang ingin memasuki kursus perubatan, kejuruteraan dan sains akan dipilih dikalangan anak-anak orang kampung.

Halangan utama pada masa itu ialah mencari tenaga pengajar yang boleh mengajar dalam Bahasa Melayu kerana kebanyakan anak Melayu yang dipilih berfikir dalam bahasa Melayu.

Hasilnya, selepas tiga hingga empat tahun persiapan, pelajar Melayu tadi telah boleh menyerap istilah dan berfikir dalam bahasa Melayu.

Kemudian mereka juga mahir dengan istilah-istilah bahasa Inggeris setelah mendalami kedua-dua bahasa.

Hari ini, graduan Pusat Asasi Sains tersebut telah mencecah tujuh hingga lapan ribu orang. Malah ada yang telah menjadi pakar dan hampir mencecah usia persaraan.

Anugerah Merdeka

Sebagai mengiktiraf kecemerlangan sumbangan kepada negara, Petronas bersama Exxon Mobil dan Shell mewujudkan Anugerah Merdeka yang merupakan sebuah anugerah berprestij seperti mana konsep Hadiah Nobel di peringkat antarabangsa.

Anugerah tersebut merupakan anugerah paling berprestij di Malaysia. Ia diberikan kepada anak Malaysia yang mampu menghasilkan usaha yang luar biasa dan membentuk kesedaran baru di kalangan rakyat Malaysia.

Pada 24 November lepas, tokoh unggul, Ungku Aziz, telah dipilih sebagai penerima sulung Anugerah Merdeka bagi kategori Pendidikan dan Komuniti.

Berikut merupakan petikan Profesor Emeritus Datuk Abu Bakar A. Hamid dalam bukunya bertajuk 'The University in Pantai Valley: Glimpses of the past'.

"Seorang dari istana berkelakuan seperti orang istana itu perkara biasa. Seorang rakyat biasa berkelakuan seolah-olah ia orang istana itu luar biasa. Seorang dari istana berkelakuan seperti rakyat biasa, itulah Profesor Diraja Ungku Aziz".

Sep 18, 2009

Najib mesti letak jawatan jika pendedahan MT benar

KUALA LUMPUR, 17 Sept: Perdana Menteri, timbalannya dan semua menteri yang terlibat mesti meletakkan jawatan jika dokumen kerajaan yang didedahkan oleh Malaysia Today (MT) hari ini dalam artikelnya yang bertajuk "What the Cabinet hid from the Malaysian public" adalah tulen, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Dokumen yang didedahkan itu menunjukkan apa yang didakwa sebagai memorandum dari Menteri Kewangan supaya memberikan kelulusan secara retrospektif berhubung dengan peningkatan kos projek Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) dari RM1.088 bilion kepada RM4,632,732,000.00.

"(Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) perlu membuktikan tanpa sebarang keraguan yang munasabah kepada rakyat bahawa dokumen itu adalah dokumen palsu.

"Jika beliau gagal berbuat demikian dan dokumen tersebut memang benar dokumen kerajaan yang tulen, beliau dan semua anggota kabinetnya kini yang terlibat dalam memberikan kelulusan retrospektif itu mesti meletakkan jawatan serta merta," tegas Mahfuz.

Jika dokumen itu adalah dokumen kerajaan yang tulen, beliau mempersoalkan bagaimana Najib dan anggota kabinet pada masa itu boleh mempersetujui kelulusan retrospektif itu sedangkan banyak peraturan kewangan telah dilanggar termasuk dalam apa yang didakwa sebagai tindakan Menteri Pengangkutan memberikan surat jaminan kepada beberapa penerbitan bon yang boleh dianggap tidak sah.

Mengikut peraturan, surat jaminan sedemikian perlu mendapat kelulusan Jemaah Menteri terlebih dahulu dan surat tersebut hanya boleh dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan sahaja.

Mahfuz juga menuntut kerajaan menjelaskan adakah benar keseluruhan projek PKFZ dilaksanakan hanya dengan kelulusan dasar Perdana Menteri sahaja tanpa mematuhi prosedur yang sepatutnya?

Beliau juga mempersoalkan, mengapa kelulusan retrospektif yang dicadangkan oleh Menteri Kewangan itu diluluskan jika benar projek tersebut setelah dilaksanakan didapati tidak berdaya maju dan kos projek telah meningkat kepada lebih RM4.6 bilion.

"Jika dokumen yang didedahkan oleh MT itu adalah dokumen tulen kerajaan, rakyat kini boleh melihat dengan jelas mengapa Najib dan kabinetnya menubuhkan pasukan petugas khas serta-merta bagi menyediakan laporan berkaitan isu PKFZ.

"Saya telah nyatakan sebelum ini bahawa penubuhan pasukan itu sebenarnya bermotif politik iaitu untuk melindungi pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional dari disiasat atas dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan yang berlaku dalam skandal PKFZ," kata beliau.

"Dan, sebab itulah juga Najib dan kerajaan pimpinannya begitu takut untuk menubuhkan suruhanjaya di raja bagi menyiasat skandal PKFZ itu.

"Jika disiasat dan jika terdedah lebih banyak lagi dokumen dan hakikat yang disembunyikan dari pengetahuan rakyat, ia mungkin membuktikan lagi jenayah peringkat tertinggi dalam skandal PKFZ itu," katanya.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena sekali lagi menuntut sidang khas parlimen diadakan bagi membentangkan kertas putih menjelaskan keenganan kerajaan menubuhkan suruhanjaya di raja bagi menyiasat skandal PKFZ.

"Jika kerajaan enggan mengadakan sidang parlimen khas itu, kita yakin sidang parlimen yang dijangka bermula 19 Oktober ini hingga 15 Disember akan 'dibanjirkan' dengan isu PKFZ hinggalah Perdana Menteri, timbalannya dan semua menteri dalam kabinetnya kini yang terlibat memberikan kelulusan retrospektif kepada peningkatan kos projek PKFZ itu meletakkan jawatan," kata beliau.

Beliau juga mengulangi kenyataannya bahawa satu pasukan peguam PAS ditubuhkan bagi mengkaji peruntukan undang-undang untuk memastikan kerajaan menubuhkan suruhan jaya di raja bagi menyiasat skandal tersebut.

Projek PKFZ mencetuskan kontroversi apabila timbulnya pendedahan bahawa kos pembangunannya melambung daripada RM2.5 bilion kepada lebih RM4.6 bilion.

Siasatan awal keatas projek PKFZ mendapati ia terpaksa diselamatkan dengan pinjaman dari kerajaan.

Selain itu juga, siasatan juga mengesahkan kerajaan melalui Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membeli 404 hektar tanah dari KDSB pada RM25 setiap kaki persegi walaupun harga sebenar dianggarkan RM10 sahaja setiap kaki persegi. KDSB juga dilantik sebagai pemaju PKFZ.

KDSB pula membeli tanah tersebut dari Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Bhd (KPPLB) pada harga RM1.9 hingga RM2.9 sekaki persegi. Pengerusi koperasi tersebut ketika transaksi itu ialah Adun Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil.

Beliau juga adalah ahli lembaga pengarah LPK dari 1997 sehingga 2003

Laporan audit yang dikeluarkan pada akhir Mei oleh PriceWaterhouseCoopers (PwC), syarikat yang dilantik LPK bagi tujuan itu, menyebut tentang pembabitan beberapa ahli politik dalam projek berkenaan, yang menurutnya, mungkin menimbulkan percanggahan kepentingan._mna_

Najib diminta percepatkan bayaran Royalti minyak Kelantan.-Nik Aziz

KOTA BHARU 18 Sept: Menteri besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa kerajaan pusat pimpinan Datuk Seri Najib Abdul Razak mempercepat pembayaran balik sejumlah RM1 Bilion hasil royalti minyak milik negeri itu.

Bercakap ketika menyampaikan kuliah mingguan di Dataran Ilmu pagi ini, beliau berharap ia dapat disegerakan kerana tiada sebab untuk kerajaan memperlewat bayaran royalti memandangkan ia adalah dari dari Petronas dan bukannya dari dana kerajaan pusat.

"Saya amat berharap Najib dapat mempertimbangkannya untuk disegerakannya, peruntukkan pusat kepada kerajaan negeripun beliau dapat beri inikan pula duit secara terang-terang adalah milik Kelantan,jadi tiada sebablah beliau nak perlengahkan lagi." katanya.

Tuan Guru juga turut memanjatkan doa kepada Allah swt dan turut diaminkan lebih 5000 yang hadir di kuliah mingguan tersebut agar membuka pintu hati Perdana Menteri supaya mempercepatkan pembayaran royalti minyak milik kerajaan Kelantan tersebut.

Sebelum itu, Nik Abdul Aziz turut merasmikan pelancaran Tabung Pelancaran Program pembiayaan Pelajar Palestin di negara ini yang dianjurkan oleh Misi Cakna Palestin Kelantan.

Seramai 24 pelajar dari negara Palestin yang sedang melanjutkan pelajaran di Universiti tempatan yang menduduki pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dan juga Doktor Falsafah telah dibiayai diantara RM500 hingga RM 2000 sebulan hasil sumbangan rakyat negeri Kelantan.

Sebelum ini,Misi Cakna Palestin telah berjaya mengumpul sejumlah RM1.4 juta dalam kempen Membantu rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Yahudi.

Turut hadir Timbalan Menteri Besar Kelantan,Datuk Ahmad Yakob,Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri,Mohd Zaki Ibrahim._mna_

Sep 15, 2009

Kalungan selipar: MIC gantung perwakilan kecam Mahathir

PETALING JAYA: Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu menggantung keahlian seorang perwakilan parti itu yang mencadangkan supaya kalungan selipar diletakkan pada gambar bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, kelmarin.

Tindakan itu berkuat kuasa serta-merta sementara menunggu syor Jawatankuasa Disiplin parti yang bakal dibentuk kelak.

Tempoh hukuman gantung itu tidak dinyatakan.

"Saya berharap dengan tindakan ini isu ini akan selesai," kata Samy Vellu dalam kenyataan ringkasnya hari ini.

Samy Vellu menambah, beliau juga telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin kanan parti itu yang turut bersetuju agar perwakilan berkenaan digantung.

Dia merupakan seorang daripada dua perwakilan yang mengkritik Dr. Mahathir sambil menyifatkannya mencampuri urusan MIC. Semalam Samy Vellu berkata, beliau amat kesal dengan kenyataan perwakilan itu dan akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti. Dalam kenyataannya semalam Samy Vellu menjelaskan, beliau telah meminta perwakilan itu menghentikan ucapannya sebaik sahaja mengeluarkan kenyataan tersebut berikutan pandangan bekas Presiden Umno itu yang didakwa mencampuri urusan dalaman MIC. Bagaimanapun, katanya, arahannya supaya perwakilan berkenaan menghentikan tindakannya itu tidak dilaporkan oleh media. Saranan perwakilan itu yang mengundang reaksi pelbagai pihak.

Pemuda Umno telah menyifatkannya sebagai biadap. Murutnya, beliau telah memberitahu perwakilan pada perhimpunan agung itu supaya memberi penghormatan tertinggi kepada Dr. Mahathir yang telah banyak berjasa kepada negara. Minggu lepas, Dr. Mahathir telah memberi pandangannya mengenai parti itu, Samy Vellu dan bekas timbalan presiden Datuk S. Subramaniam yang bertanding merebut jawatan nombor dua parti pada perhimpunan agung itu. Bagaimanapun, pandangan Dr. Mahathir itu tidak disenangi oleh perwakilan parti dan Samy Vellu sendiri.

Perarakan di London lebih bertamadun - Nik Aziz

KOTA BHARU, 15 Sept: Walaupun bimbang adanya dalang di sebalik tunjuk perasaan memperingati tragedi runtuh menara berkembar World Trade Centre (WTC) di London 11 September lalu, PAS menyifatkan ia lebih bertamadun berbanding perarakan kepala lembu di Shah Alam.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, perarakan di Shah Alam tidak bertamadun kerana ia membangkitkan isu perkauman dan penghinaan terhadap agama lain.

Baru-baru ini demonstrasi antiIslam diadakan berdekatan Masjid Utama Harrow, barat laut London dianjurkan Pertubuhan Hentikan Pengislaman Eropah (SIOE).

Seorang anggotanya, Stephen Gash dilaporkan menegaskan tidak mahu sebarang masjid dibina sehingga isu kebencian diselesaikan.

Demontrasi itu mencetuskan kemarahan kira-kira 1,000 pemuda Islam sehingga berlaku ketegangan antara kedua-dua pihak sehingga memaksa polis menahan 10 orang yang terlibat ketika menyuraikan keadaan.

Kebimbangan mengenai keganasan kian meningkat selepas berlaku pergaduhan ketika perarakan menentang fundamentalisme Islam oleh sebuah kumpulan pelampau kanan, Liga Pertahanan England di Birmingham.

ImageNik Aziz Khuatir kalau-kalau demonstrasi didalangi Yahudi yang mahu melaga-lagakan penganut agama Islam dan Kristian.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, sejarah menunjukkan terdapat seorang rabbi Yahudi mengakui menjadi punca kepada setiap kejahatan yang berlaku.

"Hal ini dicatatkan dalam sejarah pada zaman Rasulullah saw, di mana terdapat seorang paderi Yahudi yang bernama Kaab bin Ashraf pernah memberitahu mengenai perihal pengakuan kejahatan yang dilakukan pihaknya.

"Semua peristiwa itu terakam dalam ayat 51, surah An Nisa'," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini.

Oleh itu Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak menolak kemungkinan penglibatan Yahudi yang cuba untuk melaga-lagakan antara golongan Kristian dan Islam di London.

"Benarlah Yahudi merupakan golongan penghasut untuk mengadu domba dengan menggunakan pelbagai alasan yang remeh-temeh.

"Tunjuk perasaan yang berlaku di London sebenarnya bukan masalah keganasan yang dituduh terhadap umat Islam tetapi ia merupakan dendam kesumat golongan yang tidak suka kepada Islam," katanya.

Beliau juga berkata, keganasan sengaja dibangkitkan pihak tersebut sebagai kerana Islam kini semakin mendapat tempat dalam masyarakat di seluruh dunia.

Menurutnya puak pelampau terbabit sengaja menggunakan alasan memperingati tragedi serangan 11 September untuk menanam kebencian terhadap Islam.

Beliau juga berharap pendakwah-pendakwah Islam di London dan Eropah tidak lagi mengharap pendakwah yang datang daripada luar untuk menyebarkan agama suci itu di tempat mereka.

"Bahkan suatu hari nanti kita akan melihat orang-orang Inggeris menjadi pendakwah sesama mereka, lebih-lebih lagi orang Inggeris memiliki pemikiran yang terbuka," katanya.

Beliau juga mahu perbezaan agama diselesaikan menerusi perbincangan secara ilmiah. _

Rakyat akan tolak parti bodoh sombong - Dr M

KUALA LUMPUR, 15 Sept: Janji pembangunan dan perbuatan menabur wang tidak akan berkesan lagi apabila rakyat membenci parti yang bodoh sombong dan mengamalkan rasuah, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam apa yang dilihat sebagai respon segeranya terhadap sanggahan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu terhadap peringatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun semalam menulis mengenai "orang politik yang berpendapat jika dapat jadi Presiden parti maka kemenangan mereka dalam pilihan raya terjamin".

Walaupun tidak menyebut nama Samy Vellu, tulisan terbaru Dr Mahathir dalam blognya dilihat sebagai ditujukan kepada bekas Menteri Kerja Raya itu.

Sebelum itu, Samy Vellu membidas peringatan Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) ketika merasmikan Perhimpunan Agung MIC Ke-63 Sabtu lalu.

"Perdana Menteri cakap, bila popular di dalam parti sahaja tak mencukupi. Perlu popular di kalangan rakyat juga.

"Biar saya cakap ini. Kalau popular di dalam parti baru anda bercakap di luar, dengan rakyat. Kalau tak, mereka akan tanya, siapa kamu?" kata beliau.

ImageDalam responnya itu, Dr Mahathir mendedahkan, orang politik yang percaya kedudukan sebagai presiden parti akan menjamin kemenangan pilihan raya itu "berusaha untuk menentukan kemenangan mereka melalui penyingkiran ahli yang tidak menyokong mereka, mengguna wang untuk membeli sokongan atau mengguna apa-apa kuasa yang ada pada mereka untuk menyogok, menjanji sesuatu kepada yang akan menyokong atau mengugut".

Hasilnya, kata bekas Presiden Umno itu, mereka menang dalam parti.

"Tetapi rakyat memerhati segala tindak-tanduk pemimpin dan ahli seperti ini.

"Apabila rakyat lihat perjuangan parti bukan lagi untuk rakyat; apabila mereka lihat rasuah dan ugutan yang menentukan kepimpinan, maka kepercayaan kepada parti dan pemimpinnya akan terhakis dan mungkin hilang lenyap," katanya.

Beliau mengingatkan, apabila pilihan raya umum diadakan maka rakyat dan ahli-ahli parti sebagai pengundi akan menyatakan kekecewaan mereka walaupun mereka tidak dapat membuat apa-apa terutama apabila mulut mereka tertutup.

Perkara itulah yang telah berlaku pada Pilihanraya Umum ke 12 pada 8 Mac tahun lalu, katanya.

"Apakah kekecewaan rakyat disedari oleh pemimpin dan parti-parti politik. Hingga kini tidak ternampak yang parti dan pemimpin sudah betul-betul sedar.

"Yang merebut jawatan masih merebut dengan penggunaan cara-cara lama. Pembersihan parti tidak juga dilakukan. Pengamal politik wang masih diterima dan diberi tempat.

"Ahli-ahli biasa parti tidak memprotes sikap lama diteruskan. Bahkan ramai juga ahli yang berpendapat apa salahnya menabur wang. Mereka juga akan dapat sedikit habuan," kata Dr Mahathir.

Bekas Pengerusi BN itu mengingatkan bahawa kelebihan undi sedikit sahaja kepada parti lawan akan menyebabkan kekalahan.

Dr Mahathir bagaimanapun tidak mengulas luahan kemarahan seorang perwakilan perhimpunan MIC itu yang mahu mengalungkan selipar pada gambarnya.

Seolah-olah membela tindakan itu, anak lelaki Samy Vellu, Vell Paari berkata, tindakan itu adalah semata-mata luahan kekecewaan terhadap Dr Mahathir dan pihak-pihak lain yang cuba campur tangan dalam urusan dalaman MIC.

Apa yang disifatkan sebagai luahan kekecewaan oleh Vell Paari itu berpunca dari pandangan Dr Mahathir sebelum itu.

Ketika diwawancara akhbar Tamil, Makkal Osai, Dr Mahathir berkata, masyarakat India mengundi pembangkang dalam pilihan raya umum lalu kerana marahkan Samy Vellu.

"Jika masyarakat India mahu kemajuan dan melangkah ke hadapan, mereka mesti singkirkan Samy Vellu," katanya.

Vell Paari juga mengulas kenyataan Najib yang dibidas ayahnya.

"Para perwakilan juga kecewa dengan ucapan (perasmian) Najib yang tersirat kritikan terhadap Presiden MIC dan menggesa dilakukan perubahan di dalam parti, seolah-olah beliau mahu pasukan presiden dikalahkan," katanya.

Kecaman perwakilan MIC terhadap Dr Mahathir itu bukanlah kecaman pertama kali dari dalam BN terhadapnya.

Tiga tahun lalu, Dr Mahathir pernah merungut terhadap penghinaan dan sekatan Umno terhadapnya.

"Ada yang panggil saya beruk, ada panggil iblis, ini budaya Umno yang baru".

Beliau juga berkata: "Yang itu (sekatan) lebih pelik, lebih menghina saya bahkan jadikan saya pariah dalam Umno. Saya bekas Presiden jadi pariah dalam Umno". _

Pasar raya Kelantan diarah ditutup 1 Syawal

KOTA BHARU, 15 Sept: Semua pasar raya di seluruh Kelantan tidak dibenarkan beroperasi pada Hari Raya Aidilfitri yang pertama bermula tahun ini.

Anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan serta aduan pelbagai pihak.

"Walaupun tahun lepas kita membenarkan ia beroperasi bermula jam 11 pagi hingga 10 malam, namun berikutan beberapa aduan termasuk pekerja, kerajaan negeri terpaksa mengarah operasi perniagaan ditutup pada hari raya pertama.

"Tahun lepas kita beri peluang sebagai percubaan, namun memandangkan banyak perkara yang berlaku jadi kerajaan negeri menarik balik kebenaran yang diberi," katanya di sini.

Beliau berkata, sambutan Hari Raya Aidilftiri sepatutnya dihormati semua pihak.

Takiyuddin memberitahu antara rugutan diterima di mana majikan tidak mematuhi janji membayar gaji dua kali ganda.

Selain itu kakitangan bukan Islam juga mengadu kerana tidak dapat bercuti pada hari cuti umum.

Sementara itu dalam perkembangan lain beliau berkata, semua pemilik premis perniagaan yang ingin menggunakan papan iklan baru mesti mematuhi sepenuhnya Undang-Undang Kecil Iklan Pindaan 2007.

Peraturan itu mewajibkan tulisan jawi mesti digunakan dalam saiz yang sama besar atau lebih besar berbanding bahasa lain.

Selain itu, kedudukan tulisan jawi hendaklah diletakkan di bahagian atas.

"Tulisan jawi hendaklah diutamakan dalam papan iklan di mana ia hendaklah digunakan dengan tulisan yang lebih besar," katanya.

Manakala papan iklan yang tidak mempunyai tulisan jawi perlu meletakkan tulisan jawi menggunakan pelekat bermula 1 Januari 2010._mna_