Nov 21, 2008

SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH

ALLAH MAHA BESAR ALLAH MAHA BESAR

SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH ........

Assalam Mu'alaikum Wbrth! Dan Salam Sejahtera! Sahabat2 semua yang Islam dan juga yang Bukan Islam... bacalah Email ini dari sahabat yg menetap di US:

"Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang Doktor Neurologi . Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an" .

Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendap ati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!! !

Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam......Begitula h keagungan ciptaan Allah!!! tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!! Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini."

PETUA IMAM SYAFIE 4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan 1. makan daging 2. memakai haruman 3. kerap mandi 4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan 1. banyak berkelamin (bersetubuh) 2. selalu cemas 3. banyak minum air ketika makan 4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata 1. duduk mengadap kiblat 2. bercelak sebelum tidur 3. memandang yang hijau 4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata 1. memandang najis 2. melihat orang dibunuh 3. melihat kemaluan 4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran 1. tidak banyak berbual kosong 2. rajin bersugi (gosok gigi) 3. bercakap dengan orang soleh 4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR 1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi. 2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam. 3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA Miring ke sebelah kiri untuk menc erna kan makanan yang banyak dimakan. 4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka. * Kalau rajin .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati ..

Nov 18, 2008

Karpal gesa Ketua Hakim Negara letak jawatan

KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini menggesa Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Tun Azmi supaya meletak jawatan secara terhormat dalam masa tujuh hari berkuat kuasa hari ini.

Karpal yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, beliau membuat gesaan tersebut atas kapasiti Pengerusi Kaukus Integriti dan Kebebasan Kehakiman, berikutan kenyataan Zaki dalam satu persidangan integriti di Kuching pada 7 November lalu bahawa beliau pernah memberi rasuah

"Tiada ada keraguan lagi yang Tan Sri Zaki berkata perkara berikut : 'Ia mengambil masa enam bulan untuk menjadi baik, merasuah setiap individu supaya diterima semula sebelum fail-fail kami dilihat semula. Itu adalah adalah pengalaman peribadi saya, dan saya memberitahu perkara ini kepada semua kerani dan pendaftar supaya menghentikan perkara karut ini'.

"Tan Sri Zaki tidak boleh dan tidak seharusnya menafikan yang beliau telah mengungkap perkara itu," katanya kepada media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Karpal berkata, beliau mempunyai rakaman audio berhubung apa yang dikatakan Zaki itu namun enggan memberitahu daripada rakaman tersebut diperolehi.

Karpal berkata, penjelasan Zaki berhubung isu tersebut yang disiarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris juga adalah satu pembohongan yang mencerminkan kekurangan integriti dirinya.

"Dalam memberikan kenyataan itu, beliau (Zaki) telah mengelirukan seluruh negara. Justeru, beliau bukanlah orang yang layak memegang jawatan Ketua Hakim yang telah memalukan institusi kehakiman," katanya.

Karpal berkata, jika Zaki tidak meletak jawatan dalam tempoh yang diminta, beliau tidak ada alternatif lain selain membuat usul terhadap Zaki di bawah Artikel 127, Perlembagaan Persekutuan kerana telah mengelirukan negara dengan apa yang dipanggil Zaki sebagai penjelasan.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada 8 November lalu menyiarkan sebuah artikel berhubung pengakuan Azmi yang pernah menghadapi masalah korupsi di dalam mahkamah.

Pada hari berikutnya, Zaki membuat penjelasan dalam akhbar yang sama bahawa apa yang dikatakan beliau telah disalah tafsir oleh wartawan akhbar terbabit dan beliau tidak pernah memberi atau menerima rasuah.

Sementara itu, Karpal turut meminta Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) supaya menyerahkan nama ahli-ahlinya yang berminat untuk menyertai kaukus kehakiman.

Beliau berkata, kenyataan Pengerusi BNBBC bahawa hanya jawatan timbalan pengerusi kaukus dibuka kepada BN adalah salah.

"Pakatan Rakyat mempunyai 81 ahli dalam Parlimen. Hanya 55 tandatangan ahli Parlimen yang diperlukan bagi membentuk satu perempat daripada ahli Parlimen untuk membuat usul berhubung kelakuan seorang hakim di bawah artikel 127," katanya.

Pada Khamis lalu, Karpal telah membuat laporan polis berhubung kenyataan Zaki di Balai Polis Dang Wangi, di sini.

Dalam laporannya, Karpal menggesa pihak polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) menjalankan satu siasatan lengkap di bawa Akta Pencegahan Rasuah 1961 berhubung kenyataan yang dibuat Zaki.

Karpal memfailkan laporan polis tersebut setelah usulnya supaya Dewan Rakyat membahaskan mengenai kenyataan terbuka Zaki itu ditolak buat kali kedua pada hari sebelumnya.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul tersebut mengikut Peraturan Mesyuarat 18(7)c) kerana ia melanggar syarat-syarat dalam Peraturan Mesyuarat.

Nov 7, 2008

Peruntukan khas bangunkan ICT di Kelantan

KOTA BHARU, Nov (Hrkh) - Perkembangan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) turut mendapat tempat di Kelantan apabila sentiasa diberi perhatian serius kerajaan.

Malah tahun lepas kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM0.5 juta bagi membangunkan ICT, selaras dengan perkembangan semasa.

Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri turut menyediakan peruntukan khas bagi tujuan itu bagi memastikan Kelantan tidak ketinggalan dalam bidang ICT.

"Memandangkan bidang tersebut begitu penting kerajaan negeri juga bersedia bekerja sama dengan semua pihak bagi membolehkan masyarakat menerima manfaat," katanya selepas merasmikan Karnival Sains dan Teknologi Peringkat Negeri Kelantan 2008, di Balai Islam, hari ini.

Karnival itu merupakan acara tahunan, ia berlansung hari ini sehingga Ahad. Sebanyak 60 gerai yang mempamerkan pelbagai produk disediakan.Image

Antara yang mengambil bahagian termasuk Darul Digital, MSC Malaysia, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Kolej Teknologi Darulnaim.

Timbalan Menteri Besar berkata, hasil bersungguh kerajaan negeri membangunkan bidang itu dapat dilihat apabila pelbagai lapisan masyarakat kini semakin peka perkembangan ICT.

"Tahun lepas kita memperuntukkan sejumlah RM500,000 untuk tujuan itu, bagaimanapun tahun ini jumlahnya menurun memandangkan masaalah kegawatan ekonomi," katanya.

Menurutnya kerajaan negeri juga memperuntukkan sebanyak RM120,000 untuk program ICT Desa bagi memastikan masyarakat di luar bandar turut celik ICT.

Terdahulu ketika berucap katanya, kerjasama semua pihak termasuk kerajaan negeri, Persekutuan dan swasta penting bagi membangunkan ICT di Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, golongan belia perlu mengikuti perkembangan bidang ICT memandangkan ia berkait rapat dengan kerjaya masa depan.

"Karnival Sains dan Teknologi merupakan satu strategi yang dirancang bagi menimbulkan minat terutama generasi muda dan menggalakkan mereka memilih kerjaya berasaskan sains dan teknologi," ujarnya. - mj _

Kota Bharu bakal dikenali 'Wi-Fi City'

KOTA BHARU, (Hrkh) - Kota Bharu kini melangkah setapak lagi ke arah memperkenalkan perkhidmatan Wi-Fi (akses internet tanpa wayar) secara percuma, kata anggota Exco kerajaan negeri, Dr Mohd Fadzli Hassan.

Beliau berkata, sebuah konsultan yang dilantik sedang mengkaji sejauh mana kemampuan perkhidmatan Wi-Fi dapat dilaksanakan di Kota Bharu bagi kemudahan orang ramai mengakses internet.

"Malah Kota Bharu mungkin bandar pertama di negeri ini yang menyediakan perkhidmatan Wi-Fi percuma, biar pun Pulau Pinang juga sudah mengisytihar kemudahan internet percuma.

"Wi-Fi City bukan sekadar mahu Kota Bharu dikenali dengan pelbagai panggilan seperti Kota Budaya atau sebagainya, tetapi Wi-Fi merupakan satu program baru yang dirancang kerajaan negeri," katanya di sini.

ImageMenurutnya sekarang beberapa tempat sudah dapat diakses internet secara percuma antaranya kompleks Kota Darulnaim, hotel-hotel dan restoran-restoran makanan segera.

Beliau berkata internet turut menyumbang kepada gejala negetif sekiranya pengguna sengaja mengakses kepada laman-laman web yang tidak bermanaat.

"Jika keadaan itu tidak ditangani dengan betul menyebabkan masyarakat menjadi porak-peranda terutama membabitkan perilaku seksual dan jenayah termasuk di kalangan remaja.

"Teknologi maklumat memberi kesan amat besar kepada status sosial, budaya dan kegiatan ekonomi rakyat," katanya.

Beliau yang juga pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi menjelaskan kerajaan negeri sentiasa mengikuti Imageperkembangan bidang sains dan teknologi.

Mulai Khamis ini akan berlangsung Karnival Sains dan Teknologi Peringkat Negeri 2008 bertempat di Balai Islam. Karnival itu diadakan sehingga 9 November.

Beliau juga berharap media nasional turut melaporkan secara jujur program-program yang dilaksanakan kerajaan negeri bagi membolehkan lebih ramai lagi rakyat mengetahui perkembangan yang berlaku. - mj _