http://www.bio-asli.com/gambar/rasmi-1.jpg
pas-for-all2
http://www.moh.gov.my/MohPortal/images/popup-h1n1.png

Dec 30, 2008

Kesan Perlaksanaan Hukum Hudud Kepada Masyarakat Bukan Islam.

Dilulus terbit pada Saturday, December 27 @ 09:00:05 MYT oleh TokPenghulu Artikel Oleh suhaizan " Pada 20.12.2008 suatu forum mempertemukan Dato’ Husam Musa Naib Presiden PAS dan Khairy Jamaluddin Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia telah diadakan di Kelantan. Seperti dilapor TV3, Khairy Jamaluddin mencabar Husam Musa menjelaskan adakah PAS akan melaksanakan hukum hudud jika memerintah Malaysia. Husam Musa telah mempertegaskan bahawa PAS akan tetap melaksanakan hudud. Malah beliau menambah tanggungjawab melaksanakan hudud bukan sahaja terletak kepada PAS tetapi juga UMNO yang sedang memerintah. Maka berlakulah polimik diseluruh negara khususnya daripada pemimpin DAP, MCA dan lain-lain lagi. Sehingga Pemuda MCA Wilayah Persekutuan datang ke pejabat PAS di Jalan Raja Laut menghantar memorendum membantah kenyataan Husam Musa. Persoalanya mengapa sebahagian masyarakat Malaysia membantah perlaksanaan hukum hudud?. Adakah mereka faham apakah kesan kepada mereka apabila hudud dilaksanakan ? Suka untuk saya menghuraikan kesan-kesan perlaksanaan hudud kepada masyarakat bukan Islam di Malaysia. Sebenarnya dalam hukum islam terdapat tiga jenis hukuman sahaja. Pertama hudud, kedua qisas dan ketiga ta’zir. Yang jatuh hukum di bawah hudud itu hanyalah tujuh kesalahan sahaja iaitu berzina, menuduh orang berzina tampa bukti, minum arak, mencuri, keluar daripada agama Islam, merompak dan menderhaka kepada negara. Qisas adalah hukuman balas iaitu bunuh balas bunuh, mencedera balas cedera dan meluka balas meluka. Hukuman ta’zir adalah hukuman denda bagi kes-kes diluar kes hudud dan qisas seperti kesalahan jalan raya. Walaubagaimana pun orang-orang bukan Islam di beri pilihan samaada mahu dihukum dengan hukum Islam atau dengan hukum sivil yang sedang berjalan sekarang. Hanyalah orang Islam sahaja yang tiada pilihan kecuali dihukum di bawah hukum Islam.. Kebaikkan Pertamanya: Menjaga Keturunan dan Kehormatan Sebab utama hukum ini diwujudkan adalah untuk mendidik masyarakat Islam atau bukan Islam agar hidup saling hormat menghormati bukannya untuk menghukum semata-mata. Islam tidak suka ada individu yang boleh mecabul kehormatan orang lain. Tentunya kita benci kalau ada orang merogol anak kita atau kakak kita atau emak kita. Kebaikkan hukuman hudud boleh dilihat daripada negara Arab Saudi yang melaksanakan hukum ini. Pada tahun 2002 bagi perbandingan 1 juta penduduk Arab Saudi hanya 2.39 kes rogol sahaja berlaku. Ini bermakna bagi setiap 1 juta penduduk Arab Saudi hanya 3 kes sahaja berlaku dalam tahun 2002. Cuba kita bandingkan dengan Malaysia yang tidak mengamalkan hukum hudud, bagi sejuta rakyat Malaysia terdapat sebanyak 51.60 kes berlaku pada tahun 2002. Jumlah tertinggi adalah Kanada yang langsung tidak mengamalkan hukum-hukum yang terdapat dalam Islam, bagi 1 juta penduduk di Kanada terdapat 727.62 kes setahun berlaku kes rogol di negara tersebut. Data bawah ini dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Maklumat lanjut boleh layari http://www.unodc. org/pdf/crime/ eighthsurvey/ 8sv.pdf
NegeraKes RogolTahun 2002Populasi PendudukKes/Populasi x 1 juta
Kanada24,35033,465,300727.62
Malaysia1,43127,730,00051.60
Jerman8,61582,127,000104.90
Arab Saudi5924,735,0002.39
United Kingdom13,39561,186,000218.92
Amerika95,136305,975,000310.93
Rajah 1 : Statistik kes rogol tahun 2002 bagi enam negara. Kebaikkan Keduanya: Menjaga nyawa dan hartabenda Hukum hudud ini dilaksanakan untuk menjaga nyawa dan hartabenda manusia. Jenayah yang berlaku dalam atau luar negara akan menyebabkan kehilangan hartabenda dan nyawa manusia. Lihatlah betapa seriusnya masalah jenayah yang berlaku di United Kindom(UK) bagi 1 juta penduduk disana terdapat 106,621 kes jenayah berlaku. Cuba pula kita lihat kes jenayah di Arab Saudi yang melaksanakan hukum Islam. Bagi 1 juta penduduk disana hanya terdapat 3,420 kes jenayah yang berlaku pada tahun 2002. Data bawah ini dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Maklumat lanjut boleh layari http://www.unodc. org/pdf/crime/ eighthsurvey/ 8sv.pdf
NegeraTahun 2002Populasi PendudukKes/Populasi x 1 juta
Kanada2,516,91833,465,30075,210
Jerman6,507,39482,127,00079,236
Arab Saudi84,59924,735,0003,420
United Kingdom6,523,70661,186,000106,621
Amerika11,877,218305,975,00038,818
Rajah 2 : Statistik Jenayah tahun 2002 bagi lima negara. Kebaikkan Ketiga : Perniagaan akan lebih maju Apabila jenayah dapat dikurangkan, perompak takut ingin merompak dan pencuri takut ingin mencuri maka peniaga-peniaga tidak perlu takut untuk berniaga. Keuntungan berniaga akan diperolehi sepenuhnya oleh peniaga tersebut bukannya terpaksa dikongsi bersama perompak dan pencuri. Modal perniagaan tidak hilang dan duit pusingan perniagaan dapat diperolehi semula setelah barang habis dijual. Pusat-pusat pernigaan tidak perlu membazirkan wang untuk membeli alarm, mengupah pengawal keselamatan dan membeli gril besi pagar.. Para ushawan tidak sakit jantung dan pening kepala memikirkan keselamatan kedai atau gedung-gedung mereka. Semua urusan pernigaan dapat berjalan dengan baik dan teratur Kebaikkan seterusnya akan bersambung.. ... KESIMPULANNYA MENGAPA KITA PERLU TAKUT DENGAN HUDUD ? Suhaizan Bin KaiatKetua PeneranganDewan Pemuda PAS PusatBlog : http://kentong- suhaizan. blogspot. com"

Dec 20, 2008

Lapan jenis manusia dan lapan perkara

Kata Sesetengah Ulama’:

Sesiapa yang duduk bersama lapan jenis manusia ini, Allah s.w.t. akan tambahkan baginya dengan lapan perkara:

1. Sesiapa duduk bersama pembesar-pembesar, Allah s.w.t. akan tambahkan kepadanya sifat membesar diri dan keras hati.

2. Sesiapa duduk bersama orang-orang kaya, Allah s.w.t. akan tambahkan kepadanya sifat tamak pada dunia.

3. Sesiapa duduk bersama orang-orang faqir, Allah s.w.t. akan tambahkan kepadanya sifat redha dengan apa yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.

4. Sesiapa duduk bersama kanak-kanak, Allah s.w.t. akan tambahkan kepadanya sifat suka bermain-main.

5. Sesiapa duduk bersama perempuan, Allah s.w.t. akan tambahkan kepadanya kejahilan dan nafsu syahwat

6. Sesiapa duduk bersama orang-orang soleh, Allah s.w.t. akan tambahkan kepadanya sifat suka beribadat.

7. Sesiapa duduk bersama ulama’, Allah s.w.t. akan tambahkan kepadanya ilmu dan wara’.

8. Sesiapa duduk bersama orang-orang fasiq, Allah s.w.t. akan tambahkan kepadanya dosa dan menangguhkan taubat.

Maka pilihlah apa yang engkau kehendaki sekiranya engkau mempunyai akal dan hati.

Dec 19, 2008

Jangan sambut 1 Januari (New Year)

Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh saudara Zulkifli Nordin . Dibawah ini adalah intipati kuliah beliau yang sempat disalin. .. Diantara lain, beliau mengupas ayat 120, surah Al Baqarah, mafhumnya :- Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yg memberi)pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. Beliau juga menyebut hadith Rasulullah SAW yang berbunyi, lebih kurang : UmatKu dilalaikan tanpa disedari seperti semut hitam diatas batu hitam dimalam yang gelap. Siang ia Islam, malam ia kufur; dan siang ia kufur, malam ia Islam. Yahudi & Nasarah yang tidak redha akan Islam kita akan menggunakan apa saja cara untuk menyesatkan kita. Sekarang mereka menggunakan cara yang begitu halus sampai kita sendiri tidak sedar yang kita telah mengikuti mereka. Tengok saja disekeliling kita ... Contohnya,haribulan . Berapa ramai yang tahu bahawa cara tarikh Masehi ini ada kaitannya dengan tuhan mereka 21hb Ogos 2002 AD. Apa maksud AD dibelakang? Makna AD ialah "AnnoDomini" bahasa Latin yang bermaksud "Anno" ialah aku/saya dan"Domini" ialah tuhan dilahirkan. Jadi 21hb Ogos 2002 boleh diertikan sebagai"... beberapa hari setelah tuhan aku dilahirkan. "Nauzubillah ... . Insaflah kita kerana secara halus kita mungkin termasuk dalam kategori umat Nabi Muhammad SAW seperti diatas. Sebab tulah kita dianjurkan supaya beristighfar selalu. Bila sampai 31 Disember, berapa ramaikah umat Islam yang meraikan tahun baru?Tetapi sedarkah mereka bahawa telah difatwakan oleh Sheikh-ul-Azhar, Sheikh Tantawi, Sheikh Yusof Al-Qardhawi dan Ulama2 contemporary bahawa menyambut 31Dis. bererti menyambut ulangtahun hari jadi tuhan Yahudi & Nasarah? Bagi mereka yang tidak tahu, hukumnya fasik, tetapi bagi mereka yang tahu (kita sekarang sudah tahu) hukumnya ialah MURTAD. Nauzubillah.

Dec 8, 2008

Laporan Utusan Malaysia menyeleweng,PAS Selangor kesal

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Hrkh) - PAS Selangor kesal dengan laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia di bawah tajuk "PAS akui sukar tadbir Selangor bersama PKR,DAP" (bertarikh Sabtu, 6 Disember 2008) yang sesungguhnya tersasar dan menyeleweng sama sekali dari kenyataan sebenar Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Mohd Ali, di dalam sidang media PAS Selangor yang diadakan pada hari Jumaat 5 Disember, 2008 lalu.

Menurut Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Dato' Mohd Shahir, di dalam sidang media berkenaan Dr Hasan tidak pernah menyebut bahawa PAS menghadapi kesukaran untuk memperjuangkan serta mempertahankan hak orang Islam dan Melayu di Selangor sebagaimana yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia.

"Malah beliau menegaskan dalam sidang media berkenaan bahawa PAS tidak terpinggir dan sebarang anggapan sebegitu tegas beliau sebenarnya dimanipulasi oleh Barisan Nasional untuk menggugat kerjasama baik antara PAS, DAP dan KeADILan di Selangor,"jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Tambahnya,Dr Hasan juga tidak pernah menyebut bahawa kadang-kala PAS terpaksa melupakan matlamat perjuangan utama parti iaitu untuk menegakkan syiar Islam semata-mata kerana mahu mengambil hati KeADILan dan DAP sebagaimana dilaporkan oleh Utusan Malaysia.

"Malah yang sebenarnya beliau telah menggariskan dengan jelas bahawa PAS tidak pernah dan tidak akan bertolak-ansur dalam hal-hal berhubung Islam dan kepentingannya di Selangor,"katanya.

Katanya,PAS Selangor merasakan bahawa pihak Utusan Malaysia sangat tidak bertanggungjawab sehingga terlanjur mengeluarkan laporan yang sedemikian rupa yang mencerminkan rendahnya nilai profesionalisma di dalam akhbar berkenaan.

"PAS Selangor beranggapan laporan tersebut berunsur jahat kerana tidak ada mana-mana pihak dari media arus perdana yang turut hadir dalam sidang media berkenaan membuat laporan seperti itu di akhbar-akhbar mereka.

"PAS Selangor ingin menasihatkan pihak Utusan Malaysia agar lebih berhati-hati dimasa-masa yang akan datang dan tidak lagi mengorbankan etika dan profesionalisma kewartawanan ketika membuat laporan sebagaimana yang berlaku ini,"jelasnya lagi.

Tambahnya lagi, dalam pada itu PAS Selangor akan terus mengadakan sidang media setiap dua minggu sekali bagi memberi peluang kepada rakyat Selangor dan seluruh masyarakat Malaysia mendapat maklumat terus darihal peranan dan perkembangan PAS Selangor di dalam kerajaan Pakatan Rakyat negeri ini. - mks._