Jun 30, 2009

Mansuhkan terus ISA - PBRS

KOTA KINABALU 30 Jun — Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak perlu dikaji atau dipinda tetapi sepatutnya dimansuhkan terus, kata seorang pemimpin kanan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Naib Presiden I PBRS, Baharuddin Nayan berkata kerajaan juga tidak perlu mewujudkan Akta baru menggantikan ISA, jika sekiranya ISA dimansuhkan, kerana undang-undang sedia ada sudah mencukupi.

Beliau bagaimanapun menyokong cadangan untuk menyemak semula 32 Akta lain seperti yang diumumkan Menteri Dalam Negeri. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein baru-baru ini.

“Saya pernah menyuarakan ketidakpuashatian terhadap cara penyampaian Akta ini semasa tahun 1992. Ini kerana saya dapati tahanan ISA tidak diperlakukan dengan baik, dan ianya bercanggah dengan hak asasi manusia.

“Banyak pihak seperti NGO (badan bukan kerajaan) telah menyuarakan perkara yang sama dan mahu melihat Akta ini dimansuhkan,” katanya kepada Bernama. - Bernama

Kes liwat Anwar ditangguh jika rayuan tidak selesai

PUTRAJAYA: Perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadual pada 8 Julai depan akan ditangguhkan jika proses rayuan berhubung keputusan memindahkan kes liwat beliau dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi masih belum selesai.

Mahkamah Rayuan yang bersidang hari ini menetapkan untuk menyambung prosiding rayuan tersebut pada pagi esok.

Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Abdul Hamid Embong, bersama Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Datuk Jeffery Tan Kok Wha menetapkan untuk menyambung prosiding pada pukul 10.15 pagi esok.

Hakim juga meminta pihak pendakwaan dan pembelaan menyediakan hujahan yang memfokuskan mengenai pertikaian kesahihan sijil pemindahan yang ditandatangani oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, pengesahan jaminan yang diberikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada isteri dan anak perempuan Anwar, doktrin keperluan serta sama ada wujudnya berat sebelah semasa proses pemindahan kes ini dibuat.

Bagaimanapun pihak pendakwaan, yang diketuai Peguam Cara Negara II Datuk Yusof Zainal Abiden dan peguam utama pihak pembelaan, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah bahawa mereka perlu menghadiri perbicaraan permohonan untuk mendapatkan dokumen dan bahan bukti yang berkaitan esok di Mahkamah Tinggi.

Abdul Hamid bagaimanapun mengarahkan supaya hanya wakil bagi kedua-dua pihak untuk menghadiri perbicaraan itu.

Terdahulu dalam prosiding hari ini, Mohd Yusof berkata Anwar tidak perlu membuat rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi itu kerana tempat kes ini dibicarakan tidak menjejaskan pertikaian terhadap tuduhan berhubung kes berkenaan.

"Ia hanya semata-mata soal tatacara, tempat ia dibicarakan bukan persoalannya," katanya.

Bagaimanapun Abdul hamid berkata: "saya tidak fikir apa yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan ialah soal tempat ia dipindahkan, tetapi soal sama ada proses pemindahan itu berjalan mengikut proses yang betul ataupun tidak".

Anwar mencabar kesahihan sijil pemindahan yang ditandatangani oleh Abdul Gani kerana mendakwa Peguam Negara itu tidak boleh menandatangani dokumen itu kerana beliau masih disiasatoleh Badan Pencegah Rasuah yang kini dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung laporan polis Anwar mengenai insiden "kes mata lebam".

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.Ekoran itu, Anwar, 62, didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman penjara selama 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Nik Aziz tegaskan perjuangan PAS dan Umno jauh berbeza

KOTA BHARU, 30 Jun (Hrkh) - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak tanggapan pemimpin Umno yang mendakwa perjuangan PAS dan Umno adalah serupa.

"Saya tegaskan PAS dan Umno tidak serupa, bahkan dalam contoh orang yang sembahyang sendiri pun Allah swt menyediakan sebuah neraka.

"Mereka sembahyang, tetapi ada yang bersembahyang namun masuk neraka kerana lalai dalam sembahyang. Sesungguhnya orang yang bersembahyang ada (yang masuk) syurga dan (ada yang masuk) neraka, mana serupa," katanya ketika menggulung perbahasan pada persidangan Dun semalam.

Beliau juga merujuk kelakuan bapa saudara Nabi Muhammad saw ketika Perang Badar.

Katanya, bapa saudara baginda datang kepada Nabi dan bertanya kenapa Nabi enggan menerimanya sedangkan dia membantu orang ramai dengan memberi air kepada orang ketika menunai ibadat haji.

Nabi menjawab bahawa adakah perbuatan itu sama dengan beriman, tentunya tidak sama.

"Dan dalam konteks Umno, mereka tidak ada 'aamana' (tidak beriman). Ada Islam sahaja. Mereka menolak Islam, nak dikatakan beriman macam mana.

"Pada zaman Nabi Muhammad saw, seorang sahabat membina masjid, yang disebut Masjid Dhirar. Nabi membina masjid, dia membina masjid juga, tetapi akhirnya masjid itu dibakar. Kenapa dibakar sedangkan itu sama-sama masjid.

"Ini perkara yang tidak ada dalam Umno. Umno menerima Islam tetapi mereka tidak beriman. Iman mesti ada, selain daripada Islam ialah iman," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri Dr Mohd Fadzli Hassan berkata, manusia tidak boleh menutup perbezaan terutama perbezaan mengenai hukum hakam sebagaimana ditegaskan dalam Surah Al-Hujrat.

"Dan jika kamu terdiri dari golongan beriman, sekiranya berdepan dengan perselisihan faham dan berlaku peperangan di antara kamu, maka langkah pertama ialah mengambil sikap berbaik antara keduanya.

"Tetapi sekiranya masih bertelagah juga maka tempat rujukan untuk mencari penyelesaian dan perdamaian antara keduanya ialah kembali kepada Al-Quran dan Sunnah.

"Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, peruntukan Persekutuan untuk kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak disalurkan mengikut sepatutnya.

Menurutnya menjadi persoalan apabila wang yang telah diberikan disalur ke Kelantan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

"Begitu juga setiap projek yang disalurkan ke Kelantan, keputusan pemilihan kontraktor ditentukan kerajaan Persekutuan," ujarnya.

Mengenai cadangan pembangkang supaya dilantik wakil rakyat Barisan Nasional dalam PBT, kata beliau ia boleh dipertimbangkan.

Bagaimanapun katanya, Menteri Besar Kelantan sejak 1990 sehingga sekarang tidak pernah dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri.

"Demikian juga dalam Lembaga Kelantan Selatan (Kesedar), walau pun dalam Akta Kesedar peruntukan dua orang wakil kerajaan negeri mesti dilantik, tapi hanya dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri sahaja.

"Begitu juga dalam Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada), dua orang wakil kerajaan negeri mesti menganggotai lembaga pengarah Kada, tapi tak pernah dilantik," katanya.

Mengenai dakwaan pembangkang pembalakan di negeri ini dilakukan secara tidak terkawal, beliau berkata dakwaan itu sebagai satu penghinaan kepada Jabatan Perhutanan kerana ia tidak berlaku.

"Ini kerana Majlis Perhutanan Negara yang menentukan catuan dan had tebangan dan kayu balak tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya," katanya. - mj _

Konsep '1Kelantan' diperkenal sejak 1990

KOTA BHARU, 30 Jun (Hrkh) - Dasar Membangun Bersama Islam yang dilaksana kerajaan Kelantan sejak 1990 ternyata turut diterima rakyat pelbagai kaum di negeri ini.

Di mana ia mencerminkan seakan-akan konsep 1Kelantan apabila semua kaum dapat hidup dalam keadaan aman dan sentosa di bawah dasar tersebut.

Sedangkan konsep 1Malaysia baru diperkenalkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak selepas mengambil alih teraju pentadbiran negara daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi April lalu.

Anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Anuar Tan Abdullah berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) baru sedar konsep tersebut sedangkan ia sudah lama diamalkan di Kelantan kini hampir 20 tahun.

"Konsep 1Kelantan dibuktikan apabila masyarakat berbilang kaum di negeri ini dapat hidup aman damai. Mereka seperti satu keluarga.

"Keadaan itu berlaku kerana Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sejak awal lagi menekankan semua manusia adalah sama kerana berasal dari Nabi Adam dan Hawa," katanya ketika menjawab soalan Dato' Abdul Aziz Derashid (BN - Kuala Balah) pada persidangan Dun hari ini.

Beliau berkata, konsep 1Kelantan kini diterima pula rakyat di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak pada pilihan raya umum lalu setelah berjaya menolak kerajaan BN.

Menurutnya konsep perpaduan itu akan terus menular pada masa akan datang sehingga mampu menggugat kerajaan BN.

Perdana Menteri baru-baru ini melancarkan logo konsep 1Malaysia, dengan tema 'Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan'.

Bagaimanapun kata Anuar Tan majlis pelancaran tersebut sendat dengan hiburan seakan-akan program Citrawarna dengan menampilkan ramai artis.

"Konsep 1Malaysia Umno mengutamakan nyanyian dan tarian sedangkan 1Kelantan lebih menumpukan kepada keharmonian kehidupan masyarakat berbilang kaum," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, pelbagai undang-undang dan peraturan telah digubal bagi mencegah jenayah dan kemungkaran namun masih gagal mencapai matlamat.

Katanya, hanya dengan penguatkuasaan hukum Islam mampu mencegah segala kemungkaran dan gejala sosial yang berlaku sekarang.

Ketika menjawab soalan Haji Abdul Aziz Kadir (PAS - Jelawat) katanya, di setiap 12 pihak berkuasa tempatan di Kelantan ada skuad Amru yang berperanan mencegah perkara mungkar.

Beliau juga memberitahu Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam mempunyai pusat pemulihan yang terletak di Jalan Mustafa bagi memberi kesedaran agama kepada remaja yang ditahan di kawasan bandar. - mj _

Jun 29, 2009

Menggempur Umno di Manek Urai

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Manek Urai, Kuala Krai bermula 6 Julai ini harus dijadikan titik mula untuk membenam Umno-Barisan Nasional dipersada politik negara.

Dengan sokongan dan dokongan semua pihak, dari kalangan rakyat yang berbilang kaum dan agama, terutamanya daripada rakan-rakan Pakatan Rakyat, PAS seharusnya berada dalam kedudukan yang selesa berbanding Umno-BN.

PAS memperolehi keselesaan, apabila sudah tiada lagi isu-isu dalaman mahu pun luaran yang boleh dipergunakan Umno-BN untuk menyerang atau memecahbelahkan PAS, khususnya dalam isu yang berkaitan dengan Kerajaan Perpaduan.

Kepimpinan dan anggota Pakatan Rakyat, khususnya Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim juga sudah memberi akujanji untuk turun habis-habisan membantu kemenangan calon PAS.

Kesepaduan saf kepimpinan PAS sudah mulai terjalin. Tiada lagi kedengaran suara-suara teguran terhadap kepimpinan, lantaran kebijaksanaan Tuan Guru Mursyidul Am dan Tuan Guru Presiden merungkaikan isu Kerajaan Perpaduan.

Di kalangan rakan-rakan Pakatan Rakyat juga, sudah tiada lagi pandangan negatif terhadap PAS dan mula memahami sedikit sebanyak fungsi dan peranan PAS sebagai parti tonggak orang-orang Melayu yang bertunjangkan Islam.

Dalam konteks Manek Urai, sebuah kawasan majoriti Melayu-Islam. Sudah tentu isu-isu berkaitan agama, bangsa, pembangunan dan keadilan sosial bakal mendominasi kempen.

PAS dalam isu-isu berkaitan agama, jauh lebih terkehadapan daripada Umno.

PAS juga dalam isu-isu berkaitan kepentingan bangsa Melayu, juga lebih diyakini dan semakin mendapat kepercayaan rakyat, khususnya dalam memperjuangkan isu bahasa, pendidikan dan pembahagian ekonomi orang-orang Melayu.

PAS beruntung kerana keperibadian dan kepimpinan Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan, begitu disanjungi dan dihormati rakyat dari tahun 1990, kekal sehingga kini.

Namun, petugas-petugas PAS tidak seharusnya terlalu yakin dengan kelebihan yang ada. Mereka harus bekerja lebih keras untuk mempertahankan kemenangan PAS di Dun Manek Urai.

Mempertahankan kemenangan adalah lebih sukar daripada merebut kerusi yang dikuasai parti lawan.

PAS tidak seharusnya memandang ringan keupayaan Umno-BN. Sebagai sebuah parti yang mendominasi Kerajaan Pusat sekian lama, sudah tentu Umno-BN begitu mahir dan licik mengeksploitasi peluang.

Sejak sekian lama, sama ada Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil, Umno-BN sentiasa mengambl peluang untuk mengeksploitasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menyebarkan propaganda menerusi media arus perdana untuk menyerang PAS dan Pakatan Rakyat dan mempergunakan jentera kerajaan termasuk polis untuk kempen BN.

Semua institusi ini dipergunakan untuk mencemar dan memburuk-burukkan PAS dan Pakatan Rakyat yang dilabel sebagai pembangkang.

Setakat ini, alhamdulillah, walaupun kita sering bertembung 'di padang yang tidak sama rata', namun Pakatan Rakyat berjaya memenangi hampir kesemua kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Kecil.

PAS dan Pakatan Rakyat tidak harus berdiam diri, harus dituntut supaya Pilihan Raya Kecil ini dianjurkan secara adil, telus dan saksama.

PAS juga harus membuktikan bahawa ianya merupakan sebuah parti yang benar-benar bersedia untuk menggantikan Umno-BN.

Semua ahli, penyokong PAS serta Pakatan Rakyat harus mengambil peluang untuk menyanggah doktrin Umno-BN di Manek Urai, bekerja keras untuk memenangkan calon PAS, sekaligus memperkukuhkan pengaruh PAS di Kelantan Darul Naim._

Debat jalan terakhir selesai masalah ummah - Nik Aziz

KOTA BHARU, 29 Jun (Hrkh) - Umno kini benar-benar gelabah dengan pelawaan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berdebat mengenai isu mengapa Umno tolak Islam.

Rata-rata pemimpin Umno menolak pelawaan tersebut kecuali Timbalan Menteri Pelajaran, Dato' Puad Zakarshi yang kononnya sedia berdebat dengan Mursyidul Am PAS.

Sedangkan pada awal tahun ini beliau gagal hadir pada wacana di Kota Bharu dengan alasan yang diadakan-adakan, biar pun pada peringkat awal menyatakan persetujuan datang.

Menteri Besar berkata, kenapa pemimpin Umno menolak pelawaan untuk berdebat sedangkan debat merupakan cara yang paling baik untuk menyelesaikan sesuatu masalah sebagaimana tuntutan Islam dan demokrasi.

"Seperti mana di mahkamah, dua orang peguam berhujah mengemukakan bukti atau berdebat untuk menentukan samada salah atau tidak seseorang tertuduh," katanya pada persidangan media di pejabatnya hari ini.

Sabtu lalu beliau mempelawa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak berdebat mengenai sebab apa pemimpin parti itu menolak Islam.

Bagaimanapun pemimpin Umno termasuk bekas presiden, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi menolak cadangan tersebut.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, calon-calon presiden di Amerika Syarikat termasuk Barrack Obama sebelum ini berkempen secara debat.

"Begitu juga di Indonesia debat melibatkan calon-calon presiden dan calon-calon wakil presiden bagi menghadapi pilihan raya Presiden tidak lama lagi. Jadi mengapa pemimpin Umno menolak," kata beliau.

Sedangkan katanya, debat ialah jalan terakhir setelah nasihat dan pelbagai cara yang digunakan sebelum ini tidak diendahkan.

"Semasa Allah swt menjadikan Nabi Adam as, Tuhan berdialog dengan Malaikat seperti diceritakan dalam al-Quran.

"Islam menyuruh kita berdebat mengenai dasar kerana dunia ini kepunyaan Allah swt, maka kita perlu mengikut arahan atau pun kehendak-Nya, tidak boleh pandai-pandai malakukan apa sahaja.

"Allah swt mengutuskan Nabi Muhammad saw membawa Islam merangkumi iman dan ihsan supaya menjadikan perkara ini sebagai dasar dan bukannya berpandukan nasionalis semata-mata," ujarnya. - mj _

Jabatan Perangkaan, EPU sahkan Kelantan pengeluar minyak

KOTA BHARU, 29 Jun (Hrkh) - Sekiranya Kelantan tidak layak menerima royalti petroleum mengapa disenaraikan dalam Bank Data Malaysia sebagai salah sebuah negeri pengeluar minyak di negara ini.

Selain itu, berdasar kepada laporan Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri (EPU) bertarikh 16 Mac 2009 Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Kelantan dalam sektor perlombongan meningkat secara mendadak kepada 22.4 peratus.

Sedangkan sebelum itu, sektor berkenaan hanya menyumbangkan sebanyak satu peratus sahaja kepada KDNK Kelantan.

"Ini seolah-olah menggambarkan EPU telah menyenaraikan Kelantan sebagai negeri pengeluar minyak sama seperti Terengganu, Sabah dan Sarawak.

"Jadi mengapa ada menteri menyebut Kelantan tiada hak untuk mendapat royalti minyak," kata anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Husam Musa pada persidangan Dun hari ini.

Isu royalti minyak menjadi topik menarik perhatian ahli-ahli Dewan apabila Haji Abdul Fatah Harun (PAS - Bukit Tuku) membangkitkan perkara itu berikutan soalan asal ditanya Dato' Noor Zahidi Omar (BN - Pengkalan Kubur).

Menghurai panjang lebar perkara itu Husam berkata, Laporan Band Data Malaysia 2007 pada muka surat 187 secara jelas menyenaraikan Kelantan sebagai negeri utama dalam industri petroleum di negara ini sejak 2004.

Data tersebut menyebut nilai pertumbuhan industri petroleum di Kelantan, Sabah dan Terengganu sebanyak 62.5 peratus berbanding Sarawak (37.5 peratus).

Manakala nilai ouput (pengeluaran) tiga negeri berkenaan iaitu RM46.8 bilion berbanding Sarawak (RM14 bilion).

"Kita menuntut royalti daripada bahagian yang diterima Malaysia kerana kawasan pengeluaran minyak terbabit terletak di lokasi tuntutan bertindih dengan Thailand dan Vietnam.

"Kelantan tidak menuntut bahagian yang diterima Thailand, sebaliknya agihan diterima Malaysia selepas pembahagian dibuat antara tiga negara," katanya.

Baru-baru ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Mustapa Mohamed dilaporkan memberitahu kerajaan Kelantan tidak berhak menuntut bayaran royalti minyak dan gas kerana hasil petroleum itu diperolehi di kawasan bertindih.

Malaysia dan Thailand menandatangani perjanjian persefahaman pada 1979 berkaitan kawasan pembangunan bersama (JDA) yang diteroka kedua-dua negara.

Malaysia dan Vietnam juga bersetuju mengusahakan secara bersama cali gali minyak di kawasan berkenaan.

Husam berkata, sekiranya kawasan pelantar carigali minyak dan gas tersebut terletak di sebelah Thailand sudah tentu pelantar tidak dinamakan dengan nama Melayu iaitu Kekwa, Cakrawala, Seroja, Bintang dan Lawen.

"Sekiranya diukur jarak pelantar tersebut dengan pantai Kelantan hanya 170 km berbanding dengan Terengganu 220 km. Dan nilai pengeluaran gas dan minyak dari pelantar tersebut sejak 2004 sehingga tahun lepas berjumlah RM46.8 bilion.

"Sedangkan di perairan Terengganu sebanyak RM36 bilion manakala Sabah (RM5 bilion). Ini bermakna jumlah pengeluaran dari perairan Kelantan lebih besar," ujarnya.

Oleh itu beliau berkata, kerajaan pusat sewajarnya membayar royalti sebanyak 5 peratus setahun seperti termaktub di bawah Akta Petroleum yang dianggarkan melibatkan sebanyak RM850 juta sehingga RM1 bilion sejak 2004 sehingga sekarang.

Beliau juga berkata, Kelantan masih mengharapkan pertimbangan sewajarnya kerajaan pusat bagi membayar royalti petroleum tersebut.

Menurutnya biar pun ada cadangan supaya tuntutan itu dibuat melalui perundangan, namun kerajaan negeri masih memilih menggunakan kaedah rundingan.

"Kita berharap ketua pembangkang di Dun Kelantan, Dato' Md Alwi Che Ahmad membantu menyelesaikan tuntutan tersebut.

"Sekiranya ia menjadi kenyataan hasrat Adun Paloh, Dato' Nozula Mat Diah untuk mendapat kenaikan elaun boleh dipertimbangkan," katanya.

Manakala Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman (PAS - Mengkebang) mencadangkan kerajaan negeri menjemput alim ulama bagi menunaikan solat hajat dan menujat bagi melembutkan hati perdana menteri menimbangkan royalti minyak kepada Kelantan. - mj _

Dakwa borang ada lambang DAP, Ketua Pembangkang dibidas

PULAU PINANG, 29 Jun (Hrkh) Dakwaan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang, Dato' Azhar Ibrahim kononya borang miskin tegar yang diedarkan oleh Kerajaan Negeri mengandungi lambang parti DAP.

Speker Dun Pulau Pinang, Abdul Halim Husain ketika diminta menjelaskan tohmahan tersebut membidas dakwaan itu sekaligus meminta Dato' Azhar mengemukakan bukti apa yang diperkatakan.

"Jangan buat tuduhan melulu tanpa sebarang bukti kerana di borang itu hanya tertera lambang Kerajaan Negeri dan nombor siri untuk memudahkan urusan pentadbiran terutamanya bahagian rekod.

"Dato' Azhar kena tengok betul-betul borang itu mana ada sebarang lambang parti. Jika ada mungkin Umno yang buat dan memberikan pada Dato' Azhar untuk tujuan memburukan Kerajaan Pakatan Rakyat, " ujarnya.

Sementara itu Timbalan Ketua Menteri, Dr Mansor Othman ketika ditemui di forum Penerangan di tapak ekspo Seberang Jaya berkata, tuduhan yang dibuat oleh Dato' Azhar tidak lojik kerana beribu-ribu borang yang diedarkan tiada siapa membantah adanya lambang parti seperti DAP.

Jika ada pastinya MCA, MIC turun mengatakan bantahan yang sama tetapi kenapa parti itu tidak buat sesuatu sebaliknya Ketua Pembangkang pula yang kalut dan mengarut tidak tentu fasal.

"Sepatutnya beliau melihat dengan mata di mana lambang yang tertera bukan buat tuduhan melulu atau beliau sengaja mencari publisiti murahan untuk meningkatkan imej Umno yang telah pudar, " terangnya. - azm _

Alu-alukan sumbangan ke Tabung PRK Manik Urai

KUALA LUMPUR, 29 Jun(Hrkh) - Demi membantu dan memantapkan lagi jentera Pilihan Raya Kecil Manik Urai, PAS menyeru dan merayu kepada para pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat untuk sudi menyalurkan sumbangan dana ke Tabung Dana Pilihanraya yang telah pun ditubuhkan sebelum ini.

Bendahari PAS Pusat, merangkap Bendahari PRK Dr Hatta Ramli amat berharap kepada sokongan para penyokong untuk melancarkan operasi dan gerak-kerja jentera.

"Kita tidak seperti mereka yang mempunyai peruntukan yang banyak dan menggunakan jentera kerajaan untuk kempen berbanding kita hanya berharap semata-mata kepada sokongan rakyat.

"Sungguhpun begitu, tidak pernah kita patah semangat atau berundur malah dengan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi daripada penyokong dan rakyat keseluruhannya kita akan terus berjuang dan memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di Manik Urai," katanya kepada Harakahdaily.

Justeru, beliau merayu, agar semua pihak dapat membantu dan menyalurkan sumbangan dana atas nama Tabung Dana Pilihanraya di nombor akaun CIMB Islamic 1449-0000017-10-4.

"Kepada yang sudi membantu dan bersedekah, saya ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga. Semoga, pengorbanan semua pihak akan menjadi pencetus semangat kita untuk terus bekerja kuat sekaligus memastikan kemenangan berada di pihak kita," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai. - azm _

Jun 28, 2009

Manik Urai (6) : Zionis Mula Main Taktik Kotor, BN Gadai Ketuanan Melayu

PUTRAJAYA 27 Jun – Kerajaan akan mewujudkan satu kategori khas biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dikenali Biasiswa Nasional yang kelayakannya 100 peratus berdasarkan merit mulai tahun depan. Mengumumkan perkara itu malam ini, Najib n Razak berkata, kajian semula pengagihan biasiswa JPA itu menetapkan hanya pelajar yang meraih keputusan peperiksaan terbaik sahaja akan memperoleh biasiswa tersebut tanpa mengira kaum dan agama. ‘‘Jadi, siapa yang dapat biasiswa ini nanti adalah pelajar terbaik di antara yang terbaik. Inilah hasrat kerajaan yang mana rakyat didahulukan, kita mesti mengambil kira pertimbangan rakyat (seluruhnya),” katanya. Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam meraikan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri keenam anjuran MCA dan pertubuhan-pertubuhan komuniti Cina di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini malam ini. Sumber : Utusan Melayau (Melayu) ---------------------------------------------------------------- Tawaran RM300 kepada penduduk Manek Urai sahaja. Tidak usah pulang membuang undi pada pilihanraya kecil 14 Julai ini jika mahu ganjaran tersebut, lapor akhbar web PAS hari ini. Memetik kenyataan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman, Harakahdaily melaporkan wang itu sebagai habuan untuk menggalakkan pemilih memulaukan proses pembuangan undi. "Saya diberitahu agen-agen Umno bergerak mencari pengundi yang tinggal di luar cuba mempengaruhi pengundi terbabit supaya tidak pulang mengundi dengan membuat pelbagai tawaran," katanya. "Antaranya menawarkan wang tunai sebanyak RM300 dengan syarat tidak pulang mengundi. Sumber : Malaysiakini ------------------------------------------------------------------------ Kepada semua petugas - petugas Pakatan Rakyat, anak - anak muda yang tidak berparti, rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, Zionis BN telah memulakan kerja jahat. Artikel dahulu pernah memberi amaran agar semua rakyat Malaysia harus bersatu - padu untuk mematahkan serang orang gila dan samseng ini. Kepada semua petugas Pakatan, bagi tahu kepada semua warga Manik Urai, Zionis BN dan askar Umno telah mengadaikan Ketuanan Melayu. Bukan Pakatan Rakyat. Umno menipu orang Melayu. Ayuh, kita pertahankan Manik Urai!!!!

Anwar sokong syor Nik Aziz mahu debat dengan PM

PETALING JAYA: Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyambut baik cadangan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu berdebat secara terbuka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bagi menyelesaikan kemelut politik kedua-dua parti.

"Pada pendapat saya adalah lebih baik beliau berdebat secara terbuka kerana ini dapat mengurangkan media Umno-Barisan Nasional (BN) salah tafsir dan membuat fitnah terhadap kenyataan-kenyataan beliau (Nik Aziz)," katanya.

Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, mengulas kenyataan Nik Aziz semalam yang ingin mengadakan debat terbuka dengan Perdana Menteri bagi menyelesaikan kekalutan politik yang berlaku sejak sekian lama antara Umno dan PAS.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, draf surat jemputan rasmi kepada Presiden Umno untuk mengadakan perdebatan itu telah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, jalan terbaik adalah mengadakan dialog secara terbuka supaya tidak ada pihak yang boleh memutarbelitkan fakta dalam perkara berkenaan.

Dalam perkembangan lain, mengenai pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang akan berlangsung pada 14 Julai ini, Anwar berkata, PKR akan memberi sokongan penuh kepada PAS dalam membantu parti itu memenangi pilihan raya kecil tersebut.

"Kita akan beri sokongan penuh kepada PAS. Insya-Allah kita yakin PAS akan dapat pertahankan kerusi kawasan tersebut.

"Kita akan beri sokongan dalam apa jua bentuk kerjasama kepada calon PAS di Manek Urai," katanya. Kelmarin, pemborong ikan di Pasar Besar Kuala Krai yang juga Bendahari PAS Kawasan Kuala Krai, Mohd Fauzi Abdullah dinamakan sebagai calon parti itu.

Hari ini, Pengurus Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Tuan Aziz Tuan Mat, 39, dipilih sebagai calon BN.

Royalti Minyak: Umno-BN tipu rakyat Kelantan!

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Hrkh) - Pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) terus berbohong dalam kempen pilihan raya kecil DUN Manek Urai dengan mengatakan tidak wujud minyak dan gas serta industrinya di negeri Kelantan.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendedahkan beliau sendiri telah pergi ke pelantar cari gali minyak dan gas di perairan Kelantan sebaik sahaja mendapat berita tentang wujudnya 'emas hitam' itu di negeri tersebut, sedikit masa dahulu.

"Kebetulan saya duduk tepi pantai, bersama orang ke laut (nelayan) (saya telah pergi) melawat pelantar minyak, tengok pelantar minyak (dan) pelantar gas di situ.

"Dalam kawasan (perairan) Kelantan, bukan dalam perairan Siam dan perairan antarabangsa,"jelasnya ketika berucap dalam majlis perisytiharan calon pilihan raya kecil DUN Manek Urai, di Kampung manek Urai Lama,kelmarin yang dipetik Buletin Online.

Sehubungan itu, beliau berkata, Petronas wajib membayar royalti minyak sebanyak 5% kepada negeri Kelantan sebagaimana perjanjian di antara syarikat minyak itu dengan kerajaan-kerajaan negeri pada tahun 1975.

Sebelum itu, Pengarah Pilihan raya KeADILan, Saifudin Nasution berkata pengundi Manek Urai mesti menolak Umno-BN sekiranya mereka bertanding dalam pilihan raya kecil DUN tersebut.

Beliau berkata demikian, kerana kerajaan BN bukan sahaja tidak membayar royalty minyak, malah telah berbohong dan menipu rakyat Kelantan dalam Parlimen mengenai kewujudan minyak di Kelantan.

"Kita kemudian mendapati, bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak bercakap benar, dalam bahasa kasar, mereka telah memberikan jawapan bohong dalam Parlimen.

"Hasil kajian kita mendapati dalam buku Jabatan Perangkaan Kerajaan Malaysia yang dikeluarkan pada 2007 mukasurat 187, jadual 5.3 menyebutkan dengan jelas negeri-negri pengeluar minyak di Malaysia,"tegas Saifudin yang juga ahli Parlimen Machang.

Katanya Umno-BN hanya menipu rakyat Manek Urai dengan memasang papan tanda 'Rakyat di Dahulukan, Manek Urai Di utamakan', sedangkan mereka tidak membayar royalti minyak yang telah berjumlah RM 1bilion sejak tahun 2002.

Oleh itu katanya rakyat mesti menolak calon Umno-BN pada pilihan raya kecil Manek Urai pada 14 Julai depan.

"Rakyat didahulukan, Manek Urai diutamakan? Dia boleh pasang papan tanda banyak-banyak (dalam kempen pilihan raya),tetapi bukti ini (telah) menunjukkan bahawa kita (Kelantan) ada minyak, Umno tak bayar royalti minyak.

"Sebab itu kita mesti tolak calon mereka (Umno-BN) pada pilihan raya kecil Manek Urai pada 14 hari bulan nanti,"katanya. - mks._

"Kami hanya perlukan doa dari rakyat Malaysia"

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Hrkh) - "Kami memohon kepada seluruh rakyat Malaysia agar dapat berdoa kepada tuhan supaya diberi ketabahan melalui hidup ini, ini yang kami mahukan.

"Mereka tidak meminta bantuan dan kekayaan tetapi mengatakan nasib mereka perlu diberi perhatian daripada seluruh rakyat malaysia yang cintakan kedamaian,"demikian pengalaman yang diceritakan oleh Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid semasa menyertai rombongan ke tempat peristiwa berdarah di Masjid al Furqan di Cho Airong yang terletak 50 kilometer dari bandar Sungai Golok yang berlaku baru-baru ini.

Seramai 11 orang jemaah masjid berkenaan telah dibunuh secara kejam oleh 6 lelaki yang bersenjatakan rafile dan tidak berpuas hati dan masuk ke dalam sebelum melepaskan beberapa das tembakan bagi memastikan semua jemaah terbabit benar-benar mati.

Menurutnya yang membuat lawatan ke tempat kejadian pada 14 Jun lalu, mereka memohon kepada rakyat Malaysia agar dapat berdoa supaya dapat melalui hidup ini dengan tabah.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di Dewan Masjid Al Muhsinin, Taman Danau Desa, dekat di sini yang turut dihadiri oleh Presiden Sekretariat Himpunan Ulama Asia (Shura), Ust. Abdul Ghani Samsudin dan Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Dato' Md. Saleh Ahmad.

Katanya, ketika menceritakan pengalaman beliau semasa menyertai rombongan yang dianggotai oleh 15 dari 11 badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia, mereka diiringi oleh lebih kurang 30 anggota tentera dan polis serta ditemani oleh seorang Mejar Jeneral dari Bangkok.

"Mereka dihantar untuk mengiringi kami dengan kawalan keselamatan yang ketat dengan hampir 15 'check point' dan dari Patani ke Narathiwat tempat kejadian terdapat lebih kurang 10 'check point'.

"Ini sangat ketat serta sangat sukar untuk orang biasa untuk pergi ke tempat kejadian itu.

"Mereka mengawasi setiap pertemuan kita dengan penduduk kampung, tetapi alhamdulilah semasa kami pergi ke kampung tersebut tiada masalah dari segi kami hendak meyatakan rasa simpati atas yang yang menimpa," katanya.

Sambung beliau, kami juga menyampaikan derma sebanyak RM 30,000 hasil daripada kutipan derma rakyat Malaysia dan pihak berkuasa juga menyaksikan ketika kami menyampaikan derma tersebut kepada penduduk yang terlibat dalam pembunuhan kejam itu.

Suasana di sana katanya, sangat memilukan setelah mengadakan pertemuan dengan semua balu-balu kerana suami mereka semuanya berumur dalam lingkungan umur yang paling muda sekitar 33 tahun dan yang tua pula berumur dalam lingkungan 60 dan 70 tahun.

"Kami juga melihat sendiri keadaan masjid itu di mana peluru yang digunakan dengan begitu banyak dan kesannya dapat dilihat pada dinding masjid.

"Sama sekali kita merasa sangat-sangat sedih terhadap suasana masjid al Furqan itu yang dikelilingi oleh suasana kampung yang sangat damai tetapi mereka berhadapan dengan kejutan itu," katanya.

Namun katanya, mereka tabah menghadapi semua ini, masih lagi nampak kuat. Tetapi para balu itu mengatakan ini merupakan satu trauma yang sama sekali tidak akan hilang dalam hiudp mereka.

"Mereka juga memikirkan bagaimana hendak mengatasi kehidupan dengan menyara anak-anak yang menjadi yatim akibat peristiwa ini yang kami hitung lebih kurang seramai 22 orang," ujar beliau. - mks._

Penulis rencana Utusan didesak mohon maaf pada Nik Aziz

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Hrkh) - Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan mendesak penulis, Zaini Hassan memohon maaf kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menganggap Menteri Besar Kelantan itu seorang pengamal 'political animal'.

Beliau menyifatkan istilah 'political animal' yang digunakan oleh penulis tersebut dalam ruangan rencana Utusan Malaysia adalah berniat jahat untuk merendahkan kewibawaan Nik Aziz.

Dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, beliau berpandangan adalah tidak wajar penulis tersebut merendahkan kewibawaan Nik Aziz yang telah terbukti berjaya mendidik dan memimpin masyarakat dan rakyat di negeri Kelantan dan Malaysia seluruhnya.

"Kesediaan Tuan Guru menarik balik kenyataannya sebelum ini menandakan sikap rendah diri serta ketinggian budi beliau selaku seorang ulama dan pemimpin Islam yang baik.

"Sebagai manusia biasa yang tidak lepas daripada salah dan silap, beliau bersedia diperbetul dan diperbaiki dari masa ke semasa. Salah faham yang berlaku dalam PAS sebelum ini telah berjaya diselesaikan dengan semangat persaudaraan dan kasih sayang dengan baik tanpa sebarang dendam dan sengketa,"jelasnya.

Apa yang berlaku katanya, adalah satu hikmah yang memerlukan semua pihak mengambil pengajaran di sebaliknya.

Sehubungan itu beliau menasihatkan mana-mana pihak yang tidak memahami kedudukan sebenar apa yang berlaku dalam PAS tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sebelum mendapat penjelasan dan gambaran sebenar apa yang berlaku bagi mengelak sebarang kekeliruan dan salah anggap. - mks._

Jun 27, 2009

UMNO MASIH BERMIMPI DENGAN KERAJAAN PERPADUAN?

Kerajaan Perpaduan gagal kerana Umno enggan berubah
Oleh: WFAUZDIN NS
WALAUPUN Pas telah mengambil keputusan untuk menarik semula idea Kerajaan Perpaduan bersama Umno, nampaknya Umno terlalu mengharap kepada Pas. Harapan Ketua Penerangan Umno yang menganggap bahawa impian Kerajaan Perpaduan tidak berkubur begitu sahaja membuktikan bahawa Umno terlalu `lapar' kepada Pas. Alangkah baiknya jika ini berlaku empat lima tahun yang lalu di waktu Umno benar-benar dilihat terlalu gagah. Tahun 2004 sehingga awal 2008 adalah tahun Umno berada di kemuncak. Kerajaan Pas Kelantan ketika itu hanya bersandarkan kepada kelebihan satu kerusi untuk mengharungi segala perit getir di bawahan tekanan Umno. Di waktu itu, Umno sentiasa mencari jalan untuk meruntuhkan Kerajaan Pas di bawah Tuan Guru Nik Aziz. Tidak dapat dibayangkan deritanya MB Kelantan itu di dalam mempertahankan sebuah kerajaan negeri yang diharapkan menjadi model pemerintahan Islamik. Tidak mudah untuk kita lupakan bagaimana Umno menjalankan kerja gerak sarafnya dengan menggunakan segala bentuk jentera yang mereka kuasai untuk menumbangkan kerajaan negeri yang penduduknya hampir 100% Melayu Islam itu. Menjelang Pilihanraya Umum Ke 12, satu program dan misi khas telah direncanakan oleh Umno untuk merampas Kelantan dari Pas. Umno begitu yakin bahawa mereka mampu untuk mengembalikan Kelantan ke tangan mereka kerana kekuatan Umno ketika itu di Kelantan hanya kurang satu kerusi sahaja. MB Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz sering bertanya kepada Umno atas sebab apakah mereka bersungguh-sungguh untuk merampas Kelantan dari Pas. Adakah kerajaan Pas telah melakukan rasuah di dalam pentadbirannya? Jika Umno ikhlas untuk membela orang-orang Melayu seperti yang sering mereka laungkan, mengapa Umno sampai hati menganiayai kerajaan negeri tersebut sehingga ke peringkat bercita-cita untuk merampasnya? Bukankah Kelantan adalah sebuah negeri yang benar-benar boleh dikatakan negeri Melayu? Ini semua tidak dihiraukan oleh Umno kerana yang penting bagi mereka adalah kuasa. Pedulikan P.Pinang walaupun telah berkurun lamanya diperintah oleh bangsa asing, yang penting adalah kuasa. Kerajaan Kelantan di bawah Pas yang dipimpin oleh tokoh Melayu Islam bahkan seorang Ulamak mesti dirampas. Tidak terlintas ketika itu soal Kerajaan Perpaduan. Hasil keberkatan dan kesabaran MB Kelantan disertai dengan istiqamahnya rakyat Kelantan terutama ahli-ahli Pas dan pendokong-pendokong PR, di dalam Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu PAS telah mengajar kesombongan dan keegoaan Umno. Umno bukan sahaja terduduk di Kelantan, bahkan di empat buah negeri yang lain. Di saat itu, rakyat mula merasakan bahawa Umno bukan lagi parti `keramat' yang tidak boleh ditumbangkan. Umno bukan sahaja gagal membela nasib orang-orang Melayu, bahkan bangsa-bangsa lain juga merasai mereka teraniyai oleh Umno. Setelah merasakan kekuatan mereka hampir pupus dan mereka tidak lagi boleh berharap kepada kuasa dan jentera-jentera kerajaan untuk menarik sokongan rakyat, barulah Umno berani menyebut soal perpaduan. Memang benar, Pas yang memulakan idea Kerajaan Perpaduan ini tetapi Pas juga yang menutup isu Kerajaan Perpaduan tersebut memandangkan tidak sedikit pun Umno menunjukkan minat ke arah Kerajaan Perpaduan. Mereka hanya manis di mulut menyebut untuk sedia bekerjasama dengan Pas di dalam Kerajaan Perpaduan. Terlalu banyak perkara yang telah Umno lakukan yang tidak menunjukkan keikhlasan untuk bersatu di dalam Kerajaan Perpaduan. Maka, memang wajar Pas menarik kembali niat baik mereka. Walaupun Pas telah memutuskan tidak akan meneruskan agenda Kerajaan Perpaduan dengan Umno, tetapi sehingga kini Umno pula seperti `meroyan' mengulangi perkara tersebut. Tidak cukup dengan media-media yang mereka kuasai, Umno menggunakan pula beberapa pertubuhan dan individu untuk menyokong betapa baik dan mulianya jika Kerajaan Perpaduan itu dapat direalisasikan. Mufti Perak adalah satu-satunya tokoh ugama yang dilihat begitu bersungguh-sungguh untuk melihat Kerajaan Perpaduan ini seperti juga MP Pasir Mas Ibrahim `Al-Kataki'. Tidak tergamak saya untuk menyamakan Mufti Perak dengan `raja katak' tersebut, tetapi jika ada yang ingin menyamakan kedua-dua insan tersebut saya boleh bersetuju. Kerja Mufti Perak sekarang lebih banyak menyerang Tuan Guru Nik Aziz daripada berani menyerang Najib. Mungkin pada beliau begitu teruk dan `munafik'nya MB Kelantan itu daripada PM. Mufti Perak `buta' mata daripada melihat apa yang berlaku di Perak tempat beliau mencari rezeki. Apa yang berlaku di depan mata beliau di Dun Perak baru-baru ini sama sekali tidak berupaya `mencelikkannya'. Saya menasihatkan Umno agar lupakan sahaja impian untuk menjahanamkan Pas dan PR dengan menjual isu Kerajaan Perpaduan ini. Di dalam Pas sekali pun, sekiranya masih ada seorang dua tokoh yang berani menyebut dan mengulangi idea jahat tersebut, sudah pasti akan dicerca dan dihina oleh penyokong mereka sendiri. Umno perlu wujudkan perpaduan sesama ahli-ahli mereka sendiri termasuk parti-parti komponen Bn terlebih dahulu. Umno perlu `bersih'kan tangan-tangan mereka sebelum menghulurkan salam perpaduan bersama Pas./wfauzdin.blogspot.com

MB Selangor kosongkan Parlimen Bandar Tun Razak?

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menafikan spekulasi bahawa beliau berkemungkinan akan mengosongkan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak yang dipegangnya bagi memberi laluan kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim bertanding di kerusi tersebut.

"Isu besar seperti ini biasanya dibincangkan di peringkat Biro Politik PKR (Parti Keadilan Rakyat) tetapi perkara ini tidak pernah langsung dibincangkan," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas laporan bahawa beliau berkemungkinan mengosongkan kerusi itu selepas pilihan raya kecik Manik Urai Julai ini, bagi memberi laluan kepada Zaid bertanding sekali gus membantu memperkukuhkan PKR.

Abdul Khalid yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Selangor berkata, pihaknya berpendapat sekarang bukan masa yang sesuai untuk diadakan pilihan raya atas apa sebab sekali pun.

"Masanya belum sesuai. Ada sesetengah rakyat berasa tidak selesa kerana terlalu banyak diadakan pilihan raya. Kita perlu fokus kepada kerja yang dilakukan.

"Apa pun keputusan di peringkat biro politik, ia adalah keputusan bersama bagi memantapkan parti," katanya di sini hari ini.

Zaid turut dilaporkan terkejut dan menyangkal spekulasi terbabit serta mendakwa perkara itu adalah khabar angin yang sengaja dicipta dan diperbesarkan oleh pihak tertentu.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang dipecat daripada Umno pada Disember lalu menyertai PKR pada 13 Jun lalu.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mengumumkan perkara itu berkata, keanggotaan Zaid ke dalam parti itu adalah sebagai satu penghormatan dan lonjakan terhadap perjuangan PKR. BERNAMA

'Kenapa Umno tolak Islam' - Nik Aziz ajak Najib berdebat

KOTA BHARU, 27 Jun (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau bertekad untuk berdepan secara terbuka dengan Presiden Umno, DatO' Seri Najib Razak dalam masa terdekat menerusi 'mujadalah' (debat).

Beliau berkata, untuk tujuan itu draf surat rasmi telah pun disiapkan dan akan dikirimkan dengan kadar segera kepada Najib yang juga Perdana Menteri Malaysia itu.

"Hari ini saya nak beritahu bahawa saya sudah siapkan draf surat khusus untuk Presiden Umno.

"Saya nak minta Presiden Umno berdepan dengan saya bulat-bulat, secara terbuka, tidak secara sulit kerana perkara ini telah terbuka secara umum sejak 1951, tak habis-habis.

"Saya mahu penjelasan kerana apa Umno tolak Islam dan kerana apa Umno lawan PAS sedangkan PAS ini guna Islam (dalam dasar parti, perjuangan dan pemerintahannya).

"Saya nak tahu, tak kena di mana (ajaran) Islam menyebabkan Umno menolak Islam, sebaliknya guna (mengambil sistem) sekular dan kebangsaan," jelasnya pada sidang media selepas mengimamkan Solat Dhuha sempena Sambutan Bulan Sembahyang Peringkat Negeri Kelantan di pekarangan Masjid Al-Baraah, Pasar Besar Siti Khadijah di sini pagi tadi.

"Saya berhasrat benar-benar ingin tahu kenapa Umno yang sudah Islam 500 tahun, Melayu pun sudah Islam 500 tahun, menolak Islam, sedangkan Islam menyebut, 'rahmatan lil-'aalamin', rahmat bagi seluruh dunia, bukan laknatan,"katanya.

Tambahnya,Islam kini dianggap semacam satu 'laknat', (dan membawa kepada) pecah belah, dan (sekiranya) melaksanakan Islam itu tidak maju dan membawa kemunduran.

Image"Tuduhan seperti itu tidak akan selesai melalui suratkhabar, bahkan mesti berdepan dengan saya sebagai seorang pemimpin Islam di sini, dan dengan Presiden Umno sebagai pemimpin sekular, (secara) berdepan-depan.

"Ini (program dilakukan seperti ini) cara Nabi-nabi di mana Nabi Ibrahim berdepan dengan Namrud, Nabi Musa berdepan dengan Firaun dan Nabi Muhammad berdepan dengan Abu Jahal.

"Mengenai cara demokrasi, Amerika pun telah mengadakan debat terbuka di kalangan calon-calon Presidennya termasuk (yang dihadapi) Obama sendiri berdepan dengan calon Presiden Amerika dari parti lawannya, dan cara itu kini digunakan negara jiran, Indonesia.

"Pengamal demokrasi melakukan demikian oleh kerana negara ini disebut bukan (mengamalkan cara) Komunis.

"Cara mujadalah ini bukan pandai-pandai saya. Ini kerja Nabi, (oleh kerana perkara ini) ada Hadisnya dan ada Sirahnya.

"Oleh itu tidak ada sebab tidak mahu bermujadalah dalam satu saja isu iaitu 'Kerana Apa Umno Menolak Islam'.

"Saya nak tahu itu saja. Biar rakyat pun faham, biar masyarakat jelas oleh kerana (ketika berada) di akhirat kelak, tak selesai dengan mahkamah (dunia).

"Takkanlah dalam kubur nanti, saya nak kata; 'Ini keputusan Mahkamah Malaysia'.

"Apabila masuk kubur, (berdepan dengan) kerajaan lain, kerajaan Tuhan betul-betul. Tidak ada langsung sama ada Kerajaan Kelantan atau Kerajaan Kuala Lumpur, bahkan yang ada Kerajaan Allah SWT dan pada masa itu tidak laku keputusan yang dibuat dan bercanggah dengan Islam," tegasnya. - mks._

Umno mahu guna tentera menangi p'raya Manek Urai

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Hrkh) - Tindakan Umno yang mahu menggunakan tentera untuk memenangi pilihan raya kecil Manek Urai disifatkan bacul oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau menuntut Umno supaya tidak bersikap bacul dengan menyalahgunakan sumber-sumber ketenteraan dalam pilihanraya.

Untuk mengalahkan calon PAS di Manek Urai, Umno akan membawa masuk Angkatan Tentera Darat untuk meraih undi daripada penduduk, kata Mahfuz.

Ketika mendedahkan perkara itu dalam Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Pokok Sena itu mengemukakan pertanyaan kepada Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Dr Awang Adek Hussin yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan mengenai perkara itu.

Bagaimanapun, Awang Adek membisu. Malah, kesemua menteri dan wakil-wakil rakyat Barisan Nasional diam ketika Mahfuz mengemukakan pertanyaan mengenai dokumen Kementerian Pertahaanan itu.

Tidak puas hati dengan sikap membisu para pemimpin Umno terhadap apa yang dibangkitkannya itu, beliau kemudiannya mengadakan sidang akhbar mendedahkan perkara itu (video sidang akhbar di sini).

Operasi meraih undi untuk Barisan Nasional menetapkan misi khas kepada anggota tentera melalui perlaksanaan beberapa projek kebajikan di kubu kuat PAS di DUN Manek Urai untuk menyakinkan pengundi memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional, kata beliau.

Beliau memberikan bukti dalam bentuk salinan dokumen Kementerian Pertahanan yang memberi arahan khusus tentang perlaksanan projek itu.

"Bersama saya surat dari staf perisikan di Kementah kepada Panglima Angkatan Tentera, yang mengarahkan satu projek awam mesti dibuat di bawah Angkatan Tentera Darat di kawasan-kawasan peti undi kelabu dan hitam di mana Barisan Nasional (diharapkan) mampu memperkukuh tahap sokongan berdasarkan kepada keputusan Pilihan Raya Umum ke-12," kata Mahfuz.

Beliau berkata walaupun angkatan tentera melaksanakan projek-projek itu seolah-olah untuk membantu rakyat, dokumen berkenaan jelas menunjukkan tentera turut "diseret ke dalam kempen politik bagi menjayakan kemenangan Barisan Nasional".

"Ini ayat cukup jelas hasil dari Bahagian Risik dan dipersetujui oleh Pejabat Timbalan Menteri Pertahanan yang telah pun mengeluarkan arahan melaksanakan projek Jiwa Murni," tambah Mahfuz

Mahfuz berkata Projek Jiwa Murni dilancarkan bagi memberi kemenangan kepada Barisan Nasional pada pilihanraya kecil Manek Urai pada 14 Julai nanti.

Menurut beliau, antara kawasan yang disasarkan di bawah projek itu adalah Lata Rek, Laloh, Sungai Perial, Sungai Sok, Temalir, Chuchoh Puteri, Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru.

"Ini semua berkaitan dengan kajian kekuatan dan kelemahan Barisan Nasional yang dibantu oleh Bahagian Perisikan Tentera," kata Mahfuz.

Menurut beliau, mengheret angkatan tentera untuk menjayakan kemenangan Barisan Nasional adalah di luar dari bidang tugas tentera.

"Saya bukan menghalang mereka buat projek membantu masyarakat.

"Di sini jelas menyatakan arahan supaya projek itu tidak dibuat dekat dengan penamaan calon nanti akan dilihat mengatakan pihak tentera terlibat secara langsung," kata Mahfuz.

Arahan itu, katanya, jelas merupakan satu taktik untuk mengabui mata rakyat dan Pakatan Rakyat.

"Hakikatnya ialah ini adalah projek pilihanraya," kata Mahfuz._

Komunis tolak agama, Umno asingkan agama - Nik Aziz

KUALA KRAI, 27 Jun (Hrkh) - "Hendak sebut apa lagi kerana Umno benar-benar memisahkan agama dan politik. Umno buat kerja tidak serupa dengan kehendak Nabi Muhammad s.a.w."

"Tidakkah komunis juga tidak percaya kepada agama. Begitu juga dengan Umno yang menolak agama. Tidakkah perumpamaan itu hampir serupa. Serupa satu pun sudah cukup," kata Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am PAs mengulas tindakan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis terhadapnya berhubung kenyataannya yang menyamakan Umno seperti ajaran sesat Ayah Pin dan komunis.Image

Laporan tersebut dibuat Ketua Pemuda Umno negeri, Anuar Safian di Balai Polis Kota Bharu kelmarin.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, sekiranya salah satu daripada ciri-ciri yang ada pada komunis iaitu tidak mempercayai agama sudah ada pada Umno, maka tidak salah menyamakan mereka dengan komunis.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, rakyat di Manek Urai sudah membuktikan mereka mampu mempertahankan PAS ketika parti itu tinggal dua kerusi pada pilihan raya umum 1978.

Katanya, pengundi di Dun terbabit mencatat satu sejarah apabila berjaya menyambung hayat perjuangan PAS ketika parti itu tinggal dua kerusi sahaja di Kelantan pada pilihan raya tersebut.

Pada pilihan raya terbabit PAS hanya mampu bertahan di Dun Manek Urai dan Sering di Pengkalan Chepa. Umno berjaya merampas Kelantan pada pilihan raya tersebut selepas berlaku Mageran.

Kit Siang yang juga anggota parlimen Ipoh Timur berkata, pilihan raya pasca Mac 2008 memperlihatkan undi tidak percaya rakyat negara ini terhadap Umno dan BN.

Image Menurutnya lima pilihan raya kecil sebelum ini memperlihatkan berlaku penolakan rakyat terhadap Umno dan BN secara berterusan.

Malah katanya, Dato' Seri Najib Razak melengkapkan teori RAHMAN yang menggambarkan kehadirannya sebagai perdana menteri terakhir semasa di bawah kerajaan BN.

"Pakatan Rakyat telah bersiap sedia untuk mengambil alih kedudukan kerajaan pusat yang ada sekarang," katanya.

Presiden PAS, Dato' seri Abdul Hadi Awang yakin rakyat Kelantan lebih pintar dalam membuat keputusan pilihan raya sebagaimana dibuktikan pada pilihan raya sebelum ini.

Lebih-lebih lagi katanya calon yang ditampilkan bagi mempertahankan Dun Manek Urai, Haji Mohd Fauzi Abdullah seorang yang dikenali ramai di Manek Urai dan berkeyakinan boleh bekerja untuk rakyat.

"Saya berkeyakinan beliau boleh bekerja untuk rakyat Manek Urai bagi meneruskan usaha yang dilakukan Allahyarham Paksu Wil," katanya.Image

Beliau yang juga anggota parlimen Marang melahirkan rasa malu apabila Terengganu kaya dengan hasil minyak membuat stadium yang tidak mampu bertahan lama sehingga boleh runtuh dalam masa setahun.

Menurutnya sebagai rakyat Terengganu beliau merasakan malu dengan apa yang berlaku ke atas Stadium Sultan Mizan di Gong Badak, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Beliau juga berkata, Umno telah merompak royalti minyak ketika negeri itu diperintah PAS pada 1999 sehingga menafikan hak sebagaimana termaktub dalam perjanjian sebelum ini.

Sedangkan kata beliau setiap menteri-menteri besar telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan Persekutuan di mana apabila terdapat pertemuan minyak dan gas di perairan setiap negeri, mereka akan dibayar royalti sebanyak lima peratus.

Beliau juga memberitahu pernah melihat pelantar minyak di perairan Kelantan ketika melalui kawasan berkenaan sebelum ini.

Anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Husam Musa berkata, di perairan Kelantan sekarang terdapat enam pelantar minyak yang sudah dicarigali sejak 2004.

Menurutnya, berdasarkan kepada pengeluaran tersebut negeri ini sepatutnya dibayar royalti hampir RM1 bilion. - mj/mks. _

ISA: Bukan pinda tetapi wajar dimansuhkan!

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Hrkh) - Janji Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak sebaik sahaja mengambil alih pentadbiran negara untuk meminda Akta ISA, bagaimanapun parti KeADILan sekali-kali tidak akan menerima akta itu jika tiada pindaan yang menyeluruh.

Menteri Dalam Negeri, Dato' Hishamuddin Hussien Onn menegaskan di dalam Dewan Rakyat baru-baru ini bahawa Akta ISA akan dipinda dalam masa terdekat ini.

Bagaimanapun,Naib Presiden KeADILan, R. Sivarasa berkata, sudah tiba masanya kerajaan membawa sistem perundangan dan kehakiman negara ke tahap yang lebih matang seperti yang diamalkan negara-negara lain.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Subang menegaskan pendirian Pakatan Rakyat terhadap akta zalim itu adalah jelas bahawa akta itu melanggar prinsip hak asasi dan nilai agama .

"Kerajaan tidak patut pinda akta ini tetapi ia wajar dimansuhkan sahaja. Tidak payah bincang lagi dan nak kaji semula atau seksyen mana yang perlu dipinda,"katanya ketika ditemui di parlimen.

Beliau juga meminta kerajaan melihat negara jiran seperti Indonesia yang turut mempunyai pengganas bagaimanapun mereka sanggup dihadapkan ke mahkamah terbuka sehingga dibuktikan bersalah.

"Apabila ada bukti orang itu memang ada perancangan membuat ganas misalnya mahu meletupkkan bom, jadi mereka telah buktikan itu, macamana kita tidak boleh buat macam ini?

"Kenapa polis kita tidak boleh siasat? Kenapa institusi kehakiman kita tidak boleh menjalankan keadilan? Sebagaimana jiran kita Indonesia dan tak payah kita pergi jauh tengok contoh terdekat sahaja iaitu Indonesia,"katanya. - mks. _

Jun 26, 2009

Kaitkan Umno dengan komunis hanya kiasan - Nik Aziz

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kenyataannya pada 21 Jun lepas mengaitkan Umno dengan komunis dan ajaran sesat, hanyalah satu kiasan atau perumpamaan.

"Boleh jadi kerana saya kata nationalis dan komunis itu serupa, begitu juga dengan ajaran sesat, (bagi saya) semua fahaman yang menolak Islam, semuanya kita panggil ajaran sesat," katanya kepada Bernama di sini hari ini bagi menjelaskan ucapannya pada satu ceramah di Kuala Krai apabila beliau menyamakan perjuangan Umno seperti ajaran sesat Ayah Pin dan menyamakan Umno sebagai mempunyai ideologi sosialis kerana menolak agama dan prinsip ketuhanan.

Ekoran itu, Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian semalam, membuat laporan polis kerana menganggap kenyataan Nik Aziz itu berbaur hasutan dan boleh mencetuskan ketengangan.

Nik Abdul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, berkata beliau sedia menghadapi tindakan dan menjawab segala tuduhan Pemuda Umno.

Katanya beliau tidak takut kerana kenyataannya itu dibuat lebih berasaskan kepada kiasan terhadap sesuatu yang sesuai pada pandangannya.

Di Kuala Lumpur, Setiausaha Badan Perhubungan Umno WIlayah Persekutuan Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata Nik Aziz menjatuhkan harga dirinya sendiri dengan membuat tuduhan itu.

Sambil menggesa Nik Abdul Aziz segera meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan, Syed Ali berkata beliau tidak menolak kemungkinan Menteri Besar itu telah diperalat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga DAP untuk menghancurkan perpaduan Melayu.

Syed Ali meminta kepimpinan Pas menasihati Nik Aziz agar mengawal percakapannya bagi mengelak berlakunya perpecahan umat Islam.BERNAMA

Pakatan Rakyat ikrar bentuk kerajaan kukuh

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Hrkh) - Gabungan Pakatan Rakyat berikrar dan berazam akan terus bekerjasama untuk membentuk kerajaan yang baru dan kukuh selepas PRU ke-13 nanti.

Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat berkata ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat telah membuat ketetapan terus menjalinkan kerjasama menjatuhkan kerajaan BN.

Beliau juga difahamkan isu kerajaan perpaduan yang diperbesar-besarkan oleh media arus perdana sebenarnya tidak berbangkit memandangkan ia adalah isu lapuk.

Malah katanya, Pakatan Rakyat juga langsung tidak berminat membincangkan kerajaan perpaduan dengan Umno dan BN.

Beliau yang ditemui di parlimen berkata, Pakatan Rakyat mungkin akan terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan BN dalam isu kepentingan negara.

Jelasnya, isu kepentingan negara bukanlah kerajaan perpaduan tetapi ianya melibatkan masalah ekonomi negara, skandal PKFZ, kehakiman, kebebasan media dan institusi keselamatan yang dituduh melakukan bermacam-macam penyalahgunaan kuasa.

"Kami juga menandatangani persetujuan bersama dalam Majlis Pakatan Rakyat untuk membuat perbincangan tentang isu kepentingan negara,"katanya.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut berhubung perselisihan faham antara Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa yang menganggap ianya adalah masalah 'keluarga' yang berjaya diselesaikan dengan baik sekali.

"Itu kita anggap isu yang di dalam parti saya tidak mahu komen, bagi saya itu masalah dalam keluarga dan diselesaikan secara baik, elok selesaikan secara dalaman,"katanya. - mks. _

Bimbang bahaya penularan budaya Umno dalam PAS

Sewaktu pertarungan antara dua gergasi Umno, Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah dalam tahun 80-an, kelebihan ternyata berpihak kepada Dr Mahathir kerana ketika itu dia Perdana Menteri. Dengan kuasa yang ada di tangannya semua media utama negara diletak di bawah telunjuknya.

Setiap kali dia turun untuk road-show ke negeri-negeri, dia tidak menggunakan status Presiden Umno tetapi menggunakan kedudukan sebagai Perdana Menteri. Seluruh kakitangan kerajaan dan pencacai Umno diperalatkan untuk menaikkan sepanduk kononnya menyokong kepimpinan Dr Mahathir. Semua itu adalah perancangan tokoh-tokoh Umno dari kem Dr Mahathir.

Dari aspek propaganda, sokongan terhadap Dr Mahathir nampak hebat dan imej Tengku Razaleigh semacam berjaya dibenamkan. Namun persepsi orang yang berada di luar kandang Umno, ia menyerlahkan situasi bahawa Umno berpecah dan berpuak.

Memang Umno berpecah pun, tapi bijakkah bagi mereka 'memberitahu' seluruh dunia bahawa mereka berpecah? Umno beruntung kerana bagaimana berpecah pun parti yang mendominasi BN ketika itu, majoriti rakyat tetap menyokong mereka.

Bukan dalam isu beliau melawan Tengku Razaleigh sahaja, dalam pelbagai isu yang lain selepas itu, modus operandi yang sama digunakan juhalak-juhalak Dr Mahathir bagi melakukan propaganda kononnya dia mendapat sokongan yang padu dari rakyat atau ahli-ahli Umno.

Apabila Abdullah Ahmad Badawi cuba dijatuhkan selepas pilihan raya umum ke-12, Abdullah tidak pula menggunakan strategi Dr Mahathir, dengan embuat kerahan tenaga para penyokongnya berhimpun di lapangan terbang untuk menyatakan sokongan besar-besaran terhadapnya.

Zaman Abdullah, Umno lemah tenaga batin dan zahir. Dia bijak kerana tidak 'memberitahu dunia' perihal perpecahan dalam Umno, supaya Umno tampak hebat dan bersatu. Barangkali darjah keikhlasan dan jati diri Abdullah terhadap Umno lebih tinggi daripada Ghafar Baba, justeru biarkanlah dirinya ditolak ahli-ahli Umno asalkan rakyat menerima Umno.

Beberapa hari lalu, ramai terkejut dan tertanya-tanya apabila sebuah stesen media talibarut BN menyiarkan laporan mengenai terdapat beratus ahli-ahli PAS yang mengangkat sepanduk menyatakan sokongan terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am PAS sewaktu beliau tiba di Lapangan Terbang Kepala Batas, Kedah.

Tentulah peristiwa yang berlaku bukan atas kehendak Tuan Guru sendiri atau mana-mana pemimpin PAS Pusat, cuma ia inisiatif kalangan tertentu dalam parti yang ghairah sangat terhadap isu tertentu yang dilihat melanda parti.

Mereka yang meregang sepanduk adalah golongan yang ikhlas, cintakan jamaah. Cuma terlanjur, tanpa disedari tertiru budaya Umno, sedangkan jalan penyelesaian terhadap krisis yang berlaku dalam jemaah, sesama anggota jamaah bukan begitu.

Penularan budaya buruk Umno dalam masyarakat perlu dibendung. Apatah lagi jika tempiasan budaya tersebut dijangkiti oleh anggota jamaah Islam.

Mengadakan sidang media untuk mengumumkan pertandingan dulunya hanya dibuat oleh pemimpin BN, sekarang sudah menular ke dalam PAS. Dalam Islam, meminta jawatan tidak perlu dilakukan, maksudnya dalam kepimpinan organisasi Islam. Kalau berlawan dengan golongan yang menolak Islam atau golongan sekular itu cerita lain.

Bagi kepimpinan, mengambil pendirian secara individu atau sekumpulan individu dalam isu-isu besar tanpa merujuk kepada parti adalah cara Umno. Umno tidak perlu merujuk kitab kerana tiada institusi ulama atau majlis syura. Tiada perhitungan syarie, halal dan haram. Di zaman Dr Mahathir, keputusan dibuat oleh beliau seorang kemudian dibentangkan kepada Majlis Tertinggi untuk disetujui.

Mungkin ada yang bertanya, adakah antara kepimpinan parti yang mengambil sikap seperti itu? Jawabnya, takkan terbungkas habis pokok-pokok sampai heboh seantero negara baru-baru ini kalau tiada angin ributnya, sehingga memeningkan ahli-ahli bawahan.

Bagaimanapun, apa yang ditulis di atas adalah sekadar cetusan idea untuk tujuan 'mental exercise'. Jika ada pandangan kedua atau ketiga demi kebaikan bersama, berbincanglah dengan ikhlas. - mks._

Jun 25, 2009

Umno kecundang, pimpinan PAS lebih pintar - Anwar

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Hrkh) - "Umno kecundang lagi. Kali ini mereka tumbang dalam isu kerajaan perpaduan."

Menurut Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, strategi yang cuba dipasang oleh Umno tidak menjadi sebaliknya mereka kecundang.

"Umno kecundang lagi dalam isu kerajaan perpaduan. Strategi mereka untuk meretakkan hubungan Pakatan Rakyat berkecai,"jelasnya dalam satu catatan di blog peribadinya.

Menurutnya, sambutan pimpinan Pakatan Rakyat dan rakyat terhadap kenyataan bersama amat positif sekali.

"Alhamdulillah, sambutan pimpinan Pakatan Rakyat dan rakyat terhadap kenyataan bersama amat positif sekali. Saya berulangkali menegaskan bahawa permasalahan yang sengaja digembar-gemburkan di media Umno dapat dileraikan seandainya pimpinan bersama menanganinya secara bijak,"ulasnya.

Tambahnya, pimpinan PAS ternyata lebih pintar dan pastinya berpaut kepada prinsip perjuangan seperti, 'istiqamah' yang disebut oleh Tuan Guru Nik Aziz dan memperkukuh institusi kenegaraan seperti "membanteras rasuah, memperbaiki badan kehakiman serta Suruhanjaya Pilihan Raya yang bebas dan adil" yang diucapkan oleh Tuan Guru Abdul Hadi.

Selain itu, beliau turut menghargai peranan yang dimainkan oleh pimpinan tertinggi DAP seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan pimpinan KeADILan, Dr Syed Husin Ali,Azmin Ali dan Saifuddin Nasution dalam isu kerajaan perpaduan.

"Kocakan kecil ini malah lebih mematangkan dan memantapkan Pakatan Rakyat,"tegasnya. - mks._

Mufti Perak kurang terdedah sejarah politik Islam - Nik Aziz

KOTA BHARU, 25 Jun (Hrkh) - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dianggap tidak terdedah dengan sejarah politik Islam sehingga menganggap PAS sebagai punca perbalahan orang Melayu di negara ini.

"Kalau betullah PAS menjadi punca balah, maka Nabi Muhammad saw juga menjadi punca masyarakat Arab ketika itu berbalah.

"Ini kerana PAS meniru apa yang dilakukan Nabi Muhammad saw. Apakah Nabi Muhammad saw menjadi punca belah. Sedangkan apa yang berlaku punca pecah belah datang daripada orang yang lawan Islam," kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am PAS itu bertanya sekarang siapa punca berpecah belah, parti Islam atau parti kebangsaan yang berteraskan sekular.

Menurutnya, orang Islam kena tengok semula sejarah, adakah Nabi Muhammad saw menjadi punca perbalahan masyarakat ketika itu atau orang yang melawan ajaran dibawanya.

"Kalaulah Nabi Muhammad saw menjadi punca balah, maka apa yang dikatakan Mufti Perak itu betullah.

"Sedangkan baginda berbalah dengan bapa saudara dan masyarakat Arab bagi menegakkan Islam. Jadi siapa yang menjadi punca balah," katanya di sini.

Sebuah akhbar hari ini menyiarkan kenyataan Mufti Perak yang dianggap kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan bagi menegakkan ideologi politik mereka.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang Menteri Besar Kelantan berkata, PAS ditubuh di Pulau Pinang oleh alim ulama yang asal berada dalam Umno.

Namun katanya mereka keluar daripada Umno dan menubuh sebuah parti Islam pada 1951.

Beliau juga berkata, Umno ialah United Malay National Organization yang memperlihatkan parti itu berjuang berteraskan kaum.

"Jadi mengapa dia sibuk dengan kita, sedangkan dia parti Melayu. Pelawalah orang Melayu seramai yang boleh kerana mereka parti orang Melayu.

"Tetapi sekarang mengapa pula orang Melayu sudah ramai yang lari daripada Umno. Orang Melayu sudah lari kepada PAS, KeADILan dan DAP," tambahnya.

Menurutnya juga Umno selama ini secara jelas menyebut agama lain dan politik lain dalam perjuangan mereka.

Sedangkan beliau berkata, Islam meminta manusia berpadu sama ada dengan orang Melayu, Cina dan India.

"Kalau perpaduan sebenar biarlah semua kaum dalam BN dan Pakatan Rakyat berpadu," katanya.

Oleh itu beliau meminta supaya mufti terbabit supaya lebih baik menggunakan masa yang berharga untuk mempengaruhi Umno supaya tukar dasar kebangsaan kepada Islam.

"Berapa sen harga kaum Melayu atau bangsa Arab di Padang Mahsyar kelak. Dalam keadaan PAS masuk Perikatan dahulu lalu dengan dijemput pun PAS ditendang keluar.

"Inikan pula kita yang cuba sorong-sorong kepala. Sebab itu saya tengok sehari dua ini Umno macam orang gila talak pula," katanya.

Sebelum ini ketika mengadakan pertemuan dengan warga pendidik di Kuala Krai, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebut perpaduan hanya diminati antara PAS dan Umno sahaja dan bukan melibatkan parti lain. - mj_

Calon Manek Urai: Ada pemimpin Umno sudah kecewa

KUALA KRAI, 25 Jun (Hrkh) - Biar pun PAS akan mengumumkan nama calon bagi mempertahankan Dun Manek Urai malam esok, namun Umno masih lagi berteka teki.

Keadaan nampak bercelaru apabila Dato' Seri Najib Razak seakan-akan belum pasti bila calon Umno akan diumumkan.

Perdana Menteri sekadar menyebut hari Ahad ini, namun ia tidak lebih sebagai satu kemungkinan sahaja.

Presiden Umno juga seperti berlepas tangan apabila pengumuman calon tersebut hanya diwakilkan kepada timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ini memperlihatkan Umno tidak yakin untuk membawa cabaran di Dun Manek Urai, biarpun menguar-uarkan mampu merampas Dun terbabit.

Di tengah-tengah kekalutan itu pula kedengaran nada kecewa diluahkan beberapa pemimpin Umno kerana mereka seperti dipinggirkan.

Antaranya, bekas Ketua Pemuda Umno Kuala Krai, Zulkefli Omar yang juga bekas Adun Manek Urai pada penggal lalu.

Difahamkan beliau tidak lagi turun berkempen sebagaimana sebelum ini memandangkan namanya telah dicicirkan Umno Kelantan.

Sedangkan beliau dikatakan sudah lama keluar masuk kampung sebaik sahaja mendengar berita Haji Ismail Yaakob (Paksu Wil) terlantar sakit.

"Zuki datang menemui penduduk di banyak tempat termasuk di Kampung Budi, Chuchuh Puteri, Sungai Sok dan Manek Urai Lama. Beliau datang ke rumah penyokong Umno di kampung terbabit.

"Bekas Adun itu juga pernah ditemui di kedai kopi di Budi ketka mengadakan pertemuan dengan penyokong Umno di situ. Tetapi sehari dua ini beliau tidak kelihatan lagi," kata seorang penduduk di Manek Urai Lama.

Nama Zulkifli atau lebih dikenali sebagai Zuki di kalangan masyarakat dikatakan sudah tercicir, biar pun ada pengalaman untuk mewakili Umno pada pilihan raya kecil Dun berkenaan.

Manakala di Laloh di kalangan penyokong Ketua Wanita Umno Kuala Krai, Rohani Abdul Majid juga sudah kedengaran rasa kecewa apabila nama Kak Ani dicicirkan dari awal lagi.

Seorang penduduk memberitahu kemungkinan besar penyokong Kak Ani tidak akan bekerja membantu kempen Umno pada pilihan raya itu kerana Perhubungan Umno Kelantan mengenepikan Kak Ani.

Sedangkan katanya, Kak Ani seorang pemimpin tempatan yang mempunyai pengalaman luas di Manek Urai memandangkan terbabit dengan Umno sejak muda lagi.

"Kami sungguh kecewa dengan tindakan pihak atasan yang mengenepikan suara akar umbi kerana semata-mata mahu memberi laluan kepada pihak lain bertanding," kata seorang penyokongnya.

Situasi yang sama juga dikatakan berlaku di Manek Urai Lama, tempat Kak Ani tinggal.

Penyokong dan keluarganya dikatakan tidak lagi agresif berkempen.

Seorang penduduk memberitahu Umno Kelantan hanya mahu memberi peluang kepada bukan anak tempatan bertanding di Manek Urai seperti berlaku pada 2004 apabila Zuki yang tinggal di Kuala Krai bertanding di Dun berkenaan.

Katanya, anak tempatan di Manek Urai diketepikan begitu sahaja, sedangkan mereka juga sudah lama bergiat dalam parti dan mempunyai pengaruh di kampung tersebut.

Antaranya pemimpin bukan tempatan yang cuba diketengahkan di Manek Urai iaitu Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat dan bekas Adun Mengkebang, Azizuddin Hussien.

Manakala anak tempatan yang difahamkan mendapat sokongan padu Ketua Bahagian Kuala Krai, Dato' Ramzi Abdul Rahman iaitu naib ketua bahagian, Che Jalal Muda.

Beliau tinggal berhampiran Pejabat Perhutanan di Manek Urai Baru.

Namun beliau difahamkan kurang menjadi pilihan kepada Perhubungan Umno Negeri yang lebih cenderong kepada Tuan Aziz, yang kini berkhidmat sebagai pegawai Kesedar.

Tuan Aziz menjadi pilihan memandangkan Che Jalal mempunyai hubungan rapat dengan Ramzi yang pernah menjadi orang harapan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sementara itu, PAS akan mengumumkan nama calon malam esok bertempat di Markas Kampung Manek Urai Lama pada majlis ceramah yang diadakan.

Ketua Penerangan PAS Kuala Krai, Arifabillah Ibrahim berkata, pengumuman nama calon yang dilakukan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya, hadir sama pada program itu Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Pengarah Pilihan Raya KeADIlan, Saifuddin Nasution.

"Program tersebut dijangka mendapat sambutan ramai di kalangan penduduk tempatan kerana mereka mahu melihat dari dekat wajah pemimpin yang akan menggantikan Paksu Wil," katanya.

Kesesakan lalu lintas dijangka teruk berlaku petang esok sehingga berakhir ceramah memandangkan laluan ke kampung tersebut hanya melalui sebuah jambatan sempit yang merentangi Sungai Lebir.

Selain itu jalan di Manek Urai lama juga agak sempit agak sukar untuk menerima limpahan kenderaan. Apa yang pasti itulah sebahagian kemeriahan pilihan raya. - mj _

Guan Eng nafi isi borang DAP syarat dapat saguhati

PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menafikan dakwaan bahawa warga emas di negeri ini diminta mengisi borang pemberian saguhati tetapi disyaratkan supaya menjadi anggota DAP.

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, pihaknya tidak pernah meletakkan syarat seperti itu dan borang berkenaan juga tidak memerlukan warga emas menyatakan keangotaan mana-mana parti bagi mendapatkan saguhati berkenaan.

Katanya dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim berhubung perkara itu dilihat berunsur fitnah ke atas kerajaan negeri.

"Beliau (Azhar) jangan buat tohmahan atau fitnah yang melampau seperti ini kerana borang pendaftaran berkenaan tidak ada kaitan langsung dengan DAP dan ia dikeluarkan dengan lambang kerajaan negeri dan bukan lambang roket (DAP)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Lim berkata beliau mahu Azhar membuktikan dakwaannya seperti yang dilaporkan media hari ini mengenai perkara itu atau menarik balik dan memohon maaf jika tidak dapat membuktikannya.

Sementara itu, Lim berkata kerajaan negeri akan membantu 300 penduduk Kampung Lorong Buah Pala di sini yang terpaksa mengosongkan kediaman mereka selepas gagal mendapatkan kebenaran untuk mengemukakan rayuan terhadap perintah Mahkamah Rayuan sebelum ini.

"Satu jawatankuasa telah ditubuhkan diketuai Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman bagi membantu dan mencari jalan penyelesaian penduduk kampung berkenaan," katanya.

Semalam, usaha 45 keluarga penduduk kampung berkenaan untuk terus mempertahan kampung mereka menemui penghujungnya apabila terpaksa mengosongkan kediaman selepas usaha untuk mendapat kebenaran mengemukakan rayuan terhadap perintah Mahkamah Rayuan hari ini ditolak Mahkamah Persekutuan.

Hakim Datuk Seri S. Augustine Paul, Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff sebulat suara menolak permohonan mereka bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memihak kepada pemaju.

Dalam perkembangan lain, Lim berkata kerajaan negeri menganjurkan pertandingan merekacipta Maskot CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus) dengan peserta hanya boleh menghantar satu rekacipta dan perlu memilih sejenis binatang daripada keluarga kucing yang dapat menggambarkan imej Pulau Pinang.

"Seramai tiga pemenang akan dipilih dan setiapnya akan terima wang tunai RM1,000, manakala karya pemenang yang dipilih sebagai maskot CAT akan menerima hadiah wang tunai tambahan RM1,000," katanya.

Tarikh tutup pertandingan adalah pada 31 Julai ini dan peserta yang berminat boleh menghubungi 046505112 atau emel sebarang pertanyaan kepada thingsiewshuen@penang.gov.my. BERNAMA

Jun 24, 2009

PAS tidak pernah langgar janji, tinggalkan kawan - Idris Ahmad

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Hrkh) - PAS yakin dengan terlerainya isu membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno yang telah disepakati oleh tiga pimpinan utama Pakatan Rakyat, isu ini tidak akan diperkatakan lagi.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad merakamkan kesyukuran kerana keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada 22 Jun lalu yang menolak pembentukan kerajaan perpaduan kerana mengambil kira suara rakyat khususnya penyokong Pakatan Rakyat.

Jelasnya tindakan tersebut juga bersesuaian ke arah untuk menjadikan kerajaan yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat sebagai kerajaan menunggu dalam Pilihan Raya Umum yang ke 13.

Beliau juga menegaskan keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat itu juga merupakan salah satu usaha 'mematikan' pihak media yang dilihat melaga-lagakan antara pimpinan PAS.

"Kita juga telah melihat bagaimana kehebatan di kalangan pimpinan PAS yang telah berjaya merungkaikan kemelut yang timbul dalam masa yang singkat.

Penyelesaian yang ditangani dengan roh ukhwah Islamiah yang tidak ada pada Umno.

"Ini merupakan kehebatan yang ada pada pimpinan PAS dalam menangani krisis yang mana pimpinan Umno perlu mempelajari apa yang ditunjukkan oleh pimpinan PAS dalam menghadapi isu yang begitu besar,"katanya, sewaktu dihubungi Harakah.

Beliau percaya isu tersebut menjadi hangat kerana media telah mencorakkan pemikiran dan suasana politik.

Justeru beliau menaruh keyakinan isu tersebut tidak akan ditimbulkan oleh media kerana pendirian tegas Majlis Presiden Pakatan Rakyat itu telah memberikan satu jawapan 'TKO' kepada pimpinan Barisan Nasional dan Umno.

Idris turut menegaskan Barisan Nasional dan Umno bukanlah parti yang jujur dalam persahabatan.

"PAS yang terkenal sebagai parti yang tidak pernah melanggar perjanjian sewaktu berkawan dengan mana-mana parti yang mengikat perjanjian bersama.

Contohnya pada 1986, PAS telah membuat satu ikatan dengan parti-parti komponen kecil pembangkang seperti Nasma, PRSM, SDP. Jadi, bukan PAS yang ingkari perjanjian dengan mereka.

"Begitu juga pada 1989 sewaktu menubuhkan Barisan Alternatif. Bukan PAS juga yang telah meninggalkan kawan. Begitu juga pada 2004, kita tetap juga dengan semangat setiakawan sehingga hari ini,"tegasnya.

Justeru beliau berpandangan, semangat setiakawan yang ada pada PAS menyebabkan musuh-musuh PAS dan Pakatan Rakyat gagal meleraikan perpaduan yang dibina. - azm

PAS mesti rebut peluang 12 juta pengguna internet

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Hrkh) - PAS mesti merebut peluang yang terdedah dengan sejumlah 12 juta rakyat negara ini mengakses internet sekali gus mendekatikan parti itu dengan hubungan yang lebih luas, pantas dan berpengaruh.

Mantan Pengerusi Lujnah Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar yang kini Naib Presiden PAS berkata, pendekatan dan pencambahan teknologi maklumat dalam era globalisasi, kini memberi peluang kepada PAS untuk berada di sisi segenap lapisan masyarakat dalam negara ini.

Katanya, fenomena-fenomena seperi Facebook dan blog seharusnya dimanfaatkan oleh PAS bukan sahaja dalam konteks kekeluargaan dan pengajian tetapi dalam konteks lebih luas termasuklah panyaluran maklumat dalam bidang politik.

Dalam satu majlis ringkas penyerahan tugas, Mahfuz turut menyerahkan beberapa dokumen dan cakera padat yang mengandungi maklumat Lujnah Penerangan kepada pengerusi yang baru iaitu Ustaz Idris Ahmad di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, 22 Jun lalu.

Mahfuz juga mengharapkan Lujnah Penerangan dapat mewujudkan kumpulan pembaca dan penulis media utama sebagai usaha membentuk pemikiran dan fikrah rakyat terhadap persoalan dan isu yang berbangkit dalam negara.

Sehubungan itu, beliau juga yakin di bawah kepimpinan penggantinya, Idris Ahmad akan membentuk kumpulan penonton dan pemanggil khususnya dalam siri program realiti yang bersifat wacana intelektual.

"Kita memanfaatkan pendekatan ini supaya ada kumpulan penonton dan pemanggilan terus membuat panggilan terhadap rancangan yang disiarkan siaran langsung yang banyak membincangkan isu-isu semasa.

"PAS harus mengambil kesempatan ini dalam pelbagai bentuk strategi untuk menyampaikan pendapat dan pandangan dalam pelbagai isu," katanya.

Bahkan Mahfuz juga percaya dengan pendekatan ini PAS mampu menguasai pemikiran masyarakat walaupun tidak boleh memonopoli media.

"Kalaupun kita tidak boleh menguasai media arus perdana ini tetapi kita boleh menguasai pendekatan kumpulan pembaca," katanya yang mengharapkan pendekatan ini akan memberi lonjakan lebih besar untuk PAS mencipta kemenangan dalam PRU-13.

Dalam pada itu, Idris optimis rakyat akan berubah apabila ada maklumat benar yang disampaikan kepada mereka.

"Inilah tanggungjawab besar Lujnah Penerangan untuk memberi pemahaman kepada rakyat," katanya.

Idris tidak menafikan masyarakat luar bandar lebih mempercayai medium penyiaran yang dianggap paling berkesan mempengaruhi mereka, bagaimanapun PAS akan memastikan maklumat akan sampai ke akar umbi.

Bagaimanapun, katanya dengan wujudnya akhbar alternatif dan blog-blog di dalam internet sekali gus, maklumat itu disampaikan kepada ahli keluarga yang berada di luar bandar.

"Kita akan bekalkan maklumat ini kepada jentera penerangan di peringkat kawasan kita bekalkan isu peringkat nasional serta pendirian parti serta dasar," katanya. - mns

Jangka PRK Perak selepas Manik Urai

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Hrkh) - Pilihan Raya Kecil Negeri Perak dijangka akan berlaku selepas pilihan raya kecil Dun Manik Urai, demikian kata Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman.

"Saya menjangkakan pilihan raya Negeri Perak mahu atau tidak akan diadakan, sebab itu kita cadang mahu buat persiapan apa yang patut hadapi pilihan raya Perak.

Beliau melihat bertapa pentingnya kini JPP yang dikendalikan bersedia awal dengan memantapkan ahli-ahli jawatankuasa mengenai nilmu pilihan raya.

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara bersama Harakah di bangunan Parlimen baru-baru ini.

Beliau merupakan Pengarah JPP yang baharu sahaja dilantik selepas pemilihan jawatankuasa PAS Pusat pada Muktamar ke-55 yang lalu.

Menyentuh isu persiapan, ujarnya JPP akan meneliti dari segi 'finding' yang perlu dilakukan lebih awal agar ia tidak sekadar menjadi 'ad hoc' semata-mata.

Di Perak katanya pada pilihan raya umum yang lalu, PAS telah bertanding 21 kerusi dan hanya menang enam.

Namun ujar Ustaz Halim, ada beberapa kerusi lagi PAS kalah bawah 1500 undi, justeru kerusi-kerusi ini akan difokuskan.

"Kita kalah tipis dalam 10 kerusi. Jika boleh menang 6 lagi, boleh jadi 16 kerusi, di bawah 1500.

"Dalam PRK Bukit Gantang apa yang kami lihat ialah jentera di peringkat kawasan di sana tak begitu bermaya, kerja pilihan raya tidak berjalan dengan baik jika tiada bantuan negeri dan kawasan susahlah, kita kena melihat itu," katanya.

Begitupun jika diadakan pilihan raya kecil di Perak, Ustaz Halim yakin PAS akan menang lebih kerusi berbanding sekarang.

Tetapi katanya gerak kerja perlu dicantumkan dengan politik dan strategi dengan mengemuka calon bukan Islam dan taktikal strategi dengan soal wang semua perlu disiapkan.

"Selepas Manik Urai kita akan turun di Perak," ujarnya ringkas. - azm _

Jun 23, 2009

Umno cuba perbodoh pengundi Melayu di Manek Urai

KUALA KRAI, 23 Jun (Hrkh) - Faktor hampir 99 peratus pengundi di Dun Manek Urai daripada kaum Melayu menjadi sebab utama Umno bingkas semula selepas menyepi pada pilihan raya kecil di Penanti.

Umno masih menganggap orang Melayu mudah diperbodohkan dengan umpan kebendaan berbanding kaum lain. �

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, kedudukan posisi kaum di Manek Urai berbeza dengan pilihan raya kecil di tempat lain sebelum ini.

"Kalau sebelum ini kita lihat pilihan raya kecil lebih memihak kepada Pakatan Rakyat disebabkan pengundinya dari pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa.

"Namun situasi berbeza di Manek Urai kerana hampir keseluruhan pengundi orang Melayu. BN akan cuba menyogok seboleh mungkin untuk menawan hati pengundi," katanya.Image

Menurutnya faktor itu dilihat Umno boleh memberi kelebihan kepada mereka dengan mengumpan banyak kebendaan bagi menawan hati pengundi Melayu.

Berdasar kepada daftar pemilih sebelum ini daripada 12,272 pengundi di Dun Manek Urai bilangan pengundi bukan Melayu hanya seramai 88 orang, manakala pengundi pos sebanyak 83 orang.

Oleh itu Abdul Latif yang juga Yang Dipertua PAS Kuala Krai berkata, jentera kempen PAS dan Pakatan Rakyat terpaksa bekerja lebih keras bagi menjelaskan kepada rakyat umpan kebendaan yang sedang ditabur sekarang.�

Katanya juga motto yang digunakan sebelum ini iaitu 'beri gula kacau, beri kain pakai' boleh digunakan semula sebagai usaha untuk berdepan dengan politik kebendaan yang ditaja Umno. - mj _

Kenyataan media Nik Aziz terhadap Nasharuddin

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan menarik balik kenyataannya menggesa Timbalan Presiden, Ustaz Nasharuddin Mat Isa meninggalkan PAS dan meletakkan jawatan ahli parlimen Bachok jika menyokong cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Image

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan demikian dalam satu kenyataan yang dibaca selepas satu perjumpaan khas hampir dua jam, mulai 5 petang semalam di pejabat agung PAS di ibu negara.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

"Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di pejabat agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan perihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno. Image

"Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair.

"Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan.

"Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi."

Perjumpaan khas itu turut dihadiri oleh Nasharuddin, Dato' Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Mursyidul Am, Dato' Dr Haron Din; Naib Presiden - Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Dato' Mahfuz Omar, Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali, bekas naib presiden, Ahmad Awang, Ketua Dewan Pemuda PAS , Nasruddin Hassan dan Ketua Muslimat Nuridah Salleh. - azm _

Jun 22, 2009

Kerajaan perpaduan: Nik Aziz tarik balik kecaman terhadap Nasharudin

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menarik balik kenyataan yang dilemparkan terhadap Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa berhubung idea kerajaan perpaduan.

Malah pimpinan PAS yang bermesyuarat hari ini bersetuju sebulat suara untuk memberhentikan serta merta polemik kerajaan perpaduan.

"Oleh yang demikian saya selaku Mursyidul Am PAS menarik segala kenyataan saya terhadap YB Nasharudin dan dengan itu ianya tidak berbangkit lagi.

"Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa polemik kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang diputuskan oleh Presiden PAS bersama pimpinan Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di Parlimen yang menolak idea kerajaan perpaduan," katanya dalam sidang media di bangunan PAS di sini hari ini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata PAS juga bersetuju untuk melupakan perihal salah tanggapan yang berlaku antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politIk murahan Umno.

"Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu untuk terus memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulatkan Islam di persada tanahair," katanya dalam satu kenyataan empat perenggan yang dibaca dalam sidang media tersebut.

Dalam pada itu, Nasharudin yang ditemui selepas sidang media itu berkata hubungan antara beliau dan Nik Aziz tidak mempunyai masalah.

"Hubungan kami baik dan segalanya sudah selesai...itu sahaja, tiada lagi komen," katanya ringkas.

Tidak ada lagi bincang kerajaan perpaduan - Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) - Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini menegaskan pihaknya menolak sebarang usaha membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendieri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut.

Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno-BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media bersama Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Bilik Ketua Pembangkang, Bangunan Parlimen hari ini.

ImageTurut hadir ialah, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Dato' Seri Nizar Jamaluddin.

Sementara di pihak KeADILan, Presiden, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan, Dr Syed Husin Ali; Naib Presiden, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah; anggota MT KeADILan, Saifuddin Nasution, dan di pihak DAP pula, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng; Dato' Ngeh Ko Ham.

Sementara itu, Anwar yang membacakan kenyataan mewakili Pakatan Rakyat menyebut, akatan Rakyat menolak pengwujudan kerajaan perpaduan.

"Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan akan datang," katanya.

Majlis pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan Perpaduan dengan Umno-BN, yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan serta tindakan terdesak Umno mengugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat, tegas Anwar.

ImageMenyokong pandangan itu, Salahuddin Ayub pula menyatakan kenyataan tersebut sebenarnya adalah muktamad dan ini bermaka tidak akan ada lagi 'unity talk' dengan Umno.

Malah Salahuddin kelihatan gembira dengan perkembangan itu yang seterusnya dilihat akan membuatkan Umno kelemasan.

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Mahfuz pula memberi analogi bahawa 'Umno kini kehilangan tabung oksigen' apabila isu kerajaan perpaduan ini telah ditamatkan dengan kenyataan pimpinan pakatan.

Kenyataan itu juga sebagai satu usaha menutup talian hayat yang ada pada Umno/BN yang selama ini mengucarkacirkan pakatan dnegan penyelewengan isu kerajaan perpaduan, ujarnya./wann_

Tidak mudah lupa khianat Umno terhadap PAS - Nik Aziz

KOTA BHARU, 22 Jun (Hrkh) - Kini sudah terbukti Umno terlalu mengharapkan polemik kerajaan perpaduan benar-benar menjadi kenyataan.

Media harian yang menjadi alat kepada Umno mengharapkan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju dengan idea tersebut.

Maka tidak hairanlah apabila ada media membuat tafsiran sendiri Mursyidul Am PAS itu sudah berlembut dengan isu kerajaan perpaduan.

Rencana pengarang akhbar terbabit juga menganggap Menteri Besar Kelantan sudah hilang arah kerana menolak cadangan tersebut.

Sedangkan apa yang berlaku semalam Tuan Guru Nik Abdul Aziz menjelaskan beliau terus istiqomah membantah cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Menteri Besar menafikan tuduhan yang menganggapnya sebagai degil kerana menolak cadangan terbabit, sebaliknya beliau tetap istiqomah dalam perjuangan.

"Ini kerana istilah degil dimaksudkan mempertahankan sesuatu yang salah di sisi agama, namun sekiranya mempertahankan sesuatu yang benar dan hak, ia bererti istiqomah.

"Orang istiqomah dipuji Allah dan mana-mana mereka yang mempertahankan yang hak itu akan mendapat sokongan daripada malaikat secara berterusan.

"Apa yang saya lakukan hanya sekadar mempertahankan keputusan yang dibuat pada muktamar PAS di Ipoh tahun lalu iaitu PAS tetap akan bersama Pakatan Rakyat," katanya ketika ditemui pemberita di JKR 10 petang semalam.

Menurut beliau sekiranya ada pihak dalam PAS yang ingin mengadakan hubungan dengan Umno dan pada masa yang sama meneruskan hubungan dengan Pakatan Rakyat, ia adalah sesuatu yang kacau.

Bagaimanapun katanya sekiranya hasrat itu ingin diteruskan juga, ia harus dibawa dalam Muktamar PAS terlebih dahulu sebelum dibincangkan di peringkat negeri bersama Pakatan Rakyat.

"Ini tidak, rakan-rakan dalam Pakatan pun marah kepada kita, di mana Lim Guan Eng pernah mengeluarkan kenyataan PAS mesti menjelaskan isu tersebut," katanya.

Beliau juga turut mempertikaikan kenapa pemimpin PAS yang beriya-iya hendak menjalinkan hubungan dengan pemimpin Umno tidak mendesak pemimpin Umno menukar dasar pentadbiran negara kepada Islam.

Katanya PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam tidak boleh membicarakan soal bangsa semata-mata kerana Rasulullah saw tidak pernah mengutamakan bangsa Arab.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, PAS sebenarnya telah berjaya meredakan fobia kaum bukan Islam terhadap agama suci itu.

Ditanya impian Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Razak yang mengharapkan kerajaan perpaduan dilaksanakan segera, beliau enggan mengulas lanjut.

"Saya tak mahu cakap apa-apa lagi, saya tidak mahu langsung terlibat dengan Umno, biar dia bercakap dengan orang lainlah, tetapi saya nak jaga parti saya mengikut peraturan.

"Jika silap langkah PAS sama PAS berpecah, PAS dengan Pakatan juga berpecah akhirnya Umno akan berpesta di atas apa yang berlaku itu," ujarnya.

Katanya, PAS selamanya tidak akan mempercayai Umno kerana banyak sejarah yang berlaku tidak memperlihatkan kejujuran pemimpin Umno.

Kata beliau sampai bila-bila pun Umno tidak akan berubah tambahan pula parti itu juga menyingkirkan dengan aib bekas Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Sekiranya Pak Lah boleh mereka tendang, apa lagi PAS yang berada di luar kelompok mereka. Mana ada parti yang sanggup menendang keluar presiden mereka sendiri kecuali Umno," katanya.

Beliau juga mempertikaikan hasrat Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu PAS melupakan sejarah silam yang pernah dilalui ketika bersama Perikatan.

"Ia tidak mudah untuk dilakukan. Oh suruh lupa... oh senang aja suruh lupa, adakah manusia boleh lupa. Ingat ni barang automatik. Kalau lupa tak ada sejarahlah dan tak perlu buat sejarah. Lupa lupa begitu saja.

"Untuk bermaafan biar pemimpin parti itu itu mengaku terlebih dahulu kesalahan mereka lakukan sebelum ini," katanya.

Katanya, beliau boleh memaafkan sekiranya pemimpin Umno sanggup berbuat demikian. Bagaimanapun beliau yakin Umno tidak akan berbuat demikian. - mj _

PAS, KeADILan, DAP tolak gimik kerajaan perpaduan

KUALA KRAI, 22 Jun (Hrkh) - Impian Umno untuk bertapak semula di Manek Urai nampaknya semakin samar, apabila lautan manusia memenuhi padang Majlis Daerah Dabong di Laloh malam tadi bagi mengikuti ceramah tokoh utama Pakatan Rakyat.

Ternyata kehadiran Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan ahli parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw menarik perhatian pengundi di Manek Urai.

Ceramah perdana malam tadi dianggap rapat umum pertama Pakatan Rakyat dalam skala lebih besar bagi mempertahankan Dun Manek Urai pada pilihan raya kecil 14 Julai ini.

Kehadiran orang ramai itu juga memperlihatkan gelombang Mac 2008 belum surut lagi biar pun Umno cuba melontar isu kerajaan perpaduan dengan PAS, semata-mata memecah belah ikatan Pakatan Rakyat.Image

Namun malam tadi rakyat di Manek Urai mendengar sendiri komitmen memperkukuhkan Pakatan Rakyat yang diilafazkan pemimpin utama PAS, KeADIlan dan DAP.

Anggota parlimen Kepong berharap pengundi di kawasan tersebut memperbetulkan banyak kesilapan yang dilakukan pemimpin kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) melalui kertas undi pada 14 Julai ini.

"Kali ini rakyat di Manek Urai diberi tanggungjawab bagi memperbetulkan semula kepincangan kerajaan BN sekarang melalui kertas undi.

"Cuba adik kakak bayangkan duit rakyat sehingga RM12 bilion digunakan bagi membangunkan Zon Bebas Pelabuhan Kelang yang menjadi skandal besar negara sekarang.

Image"Duit sebanyak itu kalau dibawa ke sini sudah tentu dapat membantu penduduk dan mereka tidak perlu lagi keluar menoreh getah bagi mencari rezeki," katanya mencuit hati orang ramai yang hadir.

Anwar menempelak pemimpin Umno yang cuba menyembunyikan sikap rakus pemimpin mereka 'mengadaikan' tanah kerajaan kepada beberapa tauke Cina termasuk di Genting Highlands, Bukit Tinggi, Pulau Tioman dan Pulau Redang.

Sebaliknya kata beliau langkah yang dilakukan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak sebelum ini memberi tanah kepada penduduk Cina yang miskin dipertikaikan pemimpin Umno.

Menurutnya tanah-tanah yang diberi kerajaan Pakatan di negeri terbabit kepada rakyat yang miskin bagi mengubah taraf kehidupan mereka.

"Mengapa pemimpin Umno membantah tindakan dilakukan kerajaan Pakatan memberi tanah kepada penduduk miskin, sedangkan mereka berdiam diri apabila kerajaan BN memberi tanah kepada tauket yang kaya raya.

"Orang Cina yang tanam sayur yang miskin diberi lot tanah oleh kerajaan Pakatan, pemimpin Umno tidak boleh terima, sedangkan tanah seluas bukit diberi kepada seorang tauke judi disenyapkan begitu sahaja," katanya.

Oleh itu kata beliau tiada sebab Pakatan Rakyat berunding dengan Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan.

"Umno kena dihumbangkan terlebih dahulu sebelum keadilan Islam dapat ditegakkan di negara ini. Selagi ada Umno usaha ke arah itu sukar dilakukan," ujarnya.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, pemimpin Umno seperti bukan anak jantan apabila kelihatan susah hati apabila cadangan kerajaan perpaduan Imageditolaknya.

"Janganlah kita tunjuk lagak sudah seperti kebuluran apabila cadangan kerajaan tidak diterima PAS. Mengapa nampak susah hati sangat.

"Pemimpin Umno nampak macam kebuluran sekarang sehingga orang beri nasi dingin pun mereka sanggup makan. Sayur yang diberi tak sedap pun mereka sanggup makan," katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pemimpin PAS tidak mudah lupa sejarah lampau ditolak keluar dari Perikatan ketika Umno nampak berminat sangat membincangkan isu kerajaan perpaduan sekarang.

Malah katanya, Umno secara jelas seperti mengajar ajaran sesat apabila cuba mengasingkan agama dan politik. - mj _

Kelantan tuntut royalti RM1 bilion

KOTA BHARU, 22 Jun (Hrkh) - Slogan 1 Malaysia sebenarnya hanya retorik Umno-BN. Jelas rakyat Malaysia, khususnya di negeri Serambi Mekah, Kelantan dinafikan hak mendapat royalti petroleum.

Sedangkan anggaran pengeluaran petroleum di Kelantan dalam satu tahun kira-kira RM2.5 bilion.

Sehubungan itu kerajaan Kelantan akan membuat tuntutan sebanyak RM1 bilion kepada kerajaan pusat sebagai royalti minyak yang tertunggak sejak tahun 2004.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Dato' Husam Musa berkata, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak wajar menimbangkan tuntutan tersebut selaras dengan konsep '1 Malaysia' yang diperkenalkannya.

"Kerajaan negeri bersetuju supaya Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menulis surat rasmi kepada Perdana Menteri berhubung perkara tersebut," katanya selepas mesyuarat Exco Rabu lalu.

Menurutnya berdasar kepada laporan Jabatan Perdana Menteri yang diedarkan kepada pegawai kerajaan negeri, pengeluaran petroleum di perairan Kelantan sebanyak RM2.5 bilion setahun.

Kata beliau Kelantan antara negeri yang disenaraikan sebagai pengeluar petroleum sejak 2004 dan sepatutnya turut mendapat royalti seperti Sabah, Sarawak dan Terengganu.

Katanya, menurut Jabatan Perangkaan empat negeri terbabit disenaraikan sebagai pengeluar petroleum melalui buletin jabatan tersebut bermula 2004 sehingga sekarang.

"Tahun 2009 merupakan tahun keenam kerajaan pusat tidak membayar royalti kepada kerajaan dan rakyat Kelantan sedangkan hasil yang diperolehi setiap tahun bernilai antara RM2.5 hingga RM2.7 bilion.

"Adalah satu perkara yang sangat memalukan jika kerajaan pusat tidak dapat membayar wang royalti itu lebih-lebih lagi kerajaan kini mengutamakan rakyat," katanya.

Ketika ditanya mengapa mengambil tempoh lama untuk membuat tuntutan tersebut beliau berkata, kerajaan negeri baru menerima maklumat Mac lalu dalam mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri.- mr_

Jun 21, 2009

PACAK SATU LAGI BATU NISAN UMNO DI MANEK URAI

BIAR betapa hebatnya propaganda Umno dan media kawalan mereka mengatakan Pas terutamanya kini di ambang perpecahan, namun sebagai penyokong setia Pas dan juga PR termasuk Kelab Penyokong Pas harus berani turun membuktikan bahawa propaganda murahan Umno tidak laku di bumi Kelantan ini khususnya di Manek Urai. Memang benar, berlaku sedikit kocakan di dalam Pas dan tempiasnya dirasai oleh rakan-rakan di dalam PR, tetapi sehingga kini kesemua pimpinan Pas dan juga PR telah nekad untuk `menggali' satu lagi `kubur' buat Umno dan `batu nisan'nya telah pun ditempah.

Mahu tidak mahu, Umno terpaksa menggigit jari dan menelan air liur mereka untuk melihat Pas berpecah. Oleh itu, tidak hairan lagi di TV3 khususnya dan Utusan Meloya amnya, begitu hebat `lagu' ciptaan Tuan Guru Presiden Pas bertajuk `Kerajaan Perpaduan Umno-Pas' dimainkan, sedangkan sebenarnya `lagu' berkenaan masih belum dilengkapi dengan `irama dan lagu' hanya sekadar `lirik' yang tercipta, bahkan albumnya pun belum dikeluarkan. Tetapi `lagu' yang tidak siap berkenaan amat diminati oleh Umno kerana `ada udang di sebalik batu'. Dan yang terbaru seperti yang diumumkan oleh Setiausaha Agung Pas, `lagu Kerajaan Perpaduan' tersebut telah ditarik balik kerana tiadanya `irama dan lagu' yang bersesuaian buat tajuk `lagu' tersebut pada ketika ini. Maka, sumbanglah bunyinya `lagu' tersebut apabila Umno memainkannya........

Bacaan seterusnya di: http://wfauzdin.blogspot.com/2009/06/mesti-baca-pendedahan-sebenar-us-ahmad.html

MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA

Menang Sorak Manek Urai Tergadai

Johor Bahru - Dalam PAS giat memperkemaskan jentera dan kempen. Hari ini Umno yang akan mewakili Barisan Nasional, di Piliharan Kecil Manek Urai seperti lumrahnya 'berebut menjadi calon'. Johor Daily mendapati masalah utama Umno di setiap pilihanraya kecil ialah berebut menjadi calon wakil rakyat.
Pemerhati berkata , Umno bahagian kini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan Datuk Ramzi Abdul Rahman dan bekas ketua bahagian Datuk Wan Zaid Abdullah. Kedua-dua tokoh itu dikatakan kian akrab dengan pemimpin Umno pusat untuk melobi mejadi calon. Satu sumber berkata 28 daripada 42 cawangan Umno di Kurai Krai merupakan cawangan yang menyokong Wan Zaid sejak sekian lama. Dan selebihnya menyokong Ramzi. Umno juga mengalamai kegagalan di Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu juga disebabkan rebutan menjadi calon. Tidak mustahil jika di Manek Urai jika kalah juga berpunca dari calon yang dibantah oleh orang dalaman. Sementara itu poster dan bendera PAS dikatakan telah bertambah dari sehari ke sehari. Manakala jentera Umno menanti habuan dari lawatan pemimpin Umno pusat untuk bekerja lebih bersungguh-sungguh.

Anwar Ibrahim hangatkan kempen pilihan raya Manek Urai

KUALA KRAI, 21 Jun (Hrkh) - Kehangatan pilihan raya kecil Dun Manek Urai kini semakin terasa apabila kempen kedua-dua parti semakin agresif.

PAS sudah memulakan gerak kerja kempen sejak akhir Mei lalu di Kampung Manek Urai Baru yang disempurnakan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Begitu juga Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Mustafa Mohamed sudah beberapa kali datang ke Manek Urai.

Kelmarin Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan penduduk di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok.

Dun Manek Urai akan tambah sendat malam ini dengan kehadiran tokoh-tokoh pemimpin Pakatan Rakyat pada program ceramah perdana di Padang Majlis Daerah Laloh.

Kehadiran Menteri Besar bersama Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim tentunya menarik perhatian penduduk tempatan.

Anwar juga dijangka menziarahi keluarga Adun Manek Urai, Allahyarham Ismail Yaacob di Kampung Manek Urai Lama sebelum menyampaikan tazkirah di sebuah masjid.

Anwar dikatakan akan mengadakan pertemuan dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebaik sahaja tiba di Kota Bharu petang ini.

Beberapa penduduk di Laloh ketika ditemui petang semalam menjangka kampung tersebut akan sendat dengan limpahan manusia malam ini.

Beberapa peniaga termasuk dari Pulau Pinang sudah tiba sejak semalam.

Manakala petugas bahagian keselamatan PAS sudah memulakan gerak kerja sejak beberapa hari lalu bagi memastikan program tersebut berjalan lancar.

Pasukan polis juga sudah memasang khemah besar di simpang tiga Laloh yang difahamkan akan dijadikan markaz taktikal. - mj_

Penduduk Manek Urai pamerkan sikap dingin terhadap Umno

KUALA KRAI, 21 Jun (Hrkh) - Ketika Umno berhempas pulas merayu simpati pengundi, namun rakyat di Manek Urai terus memperlihatkan sikap dingin terhadap parti itu.

Situasi itu dapat dilihat apabila Jabatan Pelajaran Negeri terpaksa mengerahkan guru-guru yang mengajar di sekitar Dun Manek Urai hadir pada program bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Jumaat lalu.

Tidak cukup dengan arahan itu, ibu bapa pelajar juga dikerah hadir sama pada program yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok.

Begitu juga dengan anggota keselamatan memenuhi kawasan itu. Tiga helikopter digunakan mengiringi kehadiran Menteri Pelajaran tersebut ke Dun Manek Urai.

Manakala pada sebelah petang ketika bersolat Asar di Masjid Laloh, ramai anggota keselamatan memenuhi kawasan luar masjid.

Penduduk yang hadir solat di masjid tersebut seperti kurang menghiraukan kehadiran timbalan perdana menteri biar pun telah diumumkan imam masjid sebaik sahaja selepas selesai solat.

Sedangkan pada malam hari yang sama, ribuan penduduk memenuhi padang di Kampung Chuchuh Puteri B mengikuti forum perdana yang dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri.

Kehadiran Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, anggota parlimen Shah Alam, Ir Khalid Samad dan anggota parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli menarik perhatian penduduk tempatan.

Tuan Ibrahim berharap rakyat di Manek Urai tidak bersekongkol dengan pemerintah yang gemar membuat zalim dan melakukan banyak penyelewengan harta rakyat.

"Jangan kita cuba tolong orang yang derhaka kerana ia tidak membawa kita selamat di dunia dan akhirat," katanya.

Dr Mohd Hatta berkata, amalan pembaziran diteruskan kerajaan BN hari ini apabila rombongan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggunakan tiga helikopter semata-mata hendak datang menemui pengundi di Manek Urai.

Begitu juga dengan markaz taktikal polis yang kini sedang dibina di banyak tempat di Dun Manek Urai termasuk di Laloh dan Manek Urai Baru bagi menempatkan ribuan anggota polis.

Kata beliau kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja besar dengan kehadiran polis yang cukup luar biasa di Dun Manek Urai sekarang. - mj _

Jun 20, 2009

PAS Sudah Berdakwah kepada “Firaun” Selama 50 Tahun

Ketua Pemuda PAS telah memberikan satu temuramah yang begitu baik kepada MAlaysiakini, tempohari. Cumanya, saya ingin memberi maklumat tambahan kepada beberapa jawapan beliau yang perlu difahami oleh masyrakat ramai terutamanya ahli-ahli PAS. Beliau dilaporkan berkata: Soalan:Dengan gambaran negatif yang diberikan terhadap Umno-BN bawah kepimpinan Najib, bagaimana konteks idea muzakarah, dialog dengan Umno? Secara prinsipnya, bagaimana ustaz melihat isu ini? Tantawi:...Misalnya bagaimana Allah menghantar Nabi Musa berdepan dengan Firaun, di depan raja yang zalim, kenapa kita berhalangan mengambil sunnah yang sama untuk membawa risalah ini kepada mereka (Umno)? Sebaik-baik kalimah adalah di depan sultan yang zalim. Sampai ke depan pintu pemerintah yang zalim kita mesti pergi. Jadi, saya kira tidak menjadi halangan untuk kita berunding, berbincang, berdialog (dengan Umno). Cuma saya hendak menghapuskan persepsi yang menyatakan rundingan itu bertujuan menyertai (Umno – seperti isu yang berbangkit saat ini). Berunding tidak bermakna menyertai. Berunding, berbincang atau berdialog – itu bermaksud mengajak mereka memahami dasar perjuangan.” Saya ni berjuang semasa PAS ini parti bangsat. Pulak tu, arwah bapa saya bawa saya berjuang di Negeri Sembilan di mana PAS biasanya akan hilang wang pertaruhan. Bila saya baca kenyataan di atas, hati saya menderap-derap dalam kesedihan. Jelas, kenyataan ini dibuat oleh seoarang yang kurang berpengalaman dalam perjuangan PAS dan Islam di Malaysia. Saya cuma nak kata, bukankah PAS telah berdakwah dengan UMNO semenjak PAS mula2 wujud lebih 50 tahun yang lepas? Tn Haji Ahmad Fuad sanggup meninggalkan PAS dan kemudian telah menjadi salah datu tenaga kea rah penubuhan PAS. Kalau UMNO ini boleh didakwah, mengapa Tuan Haji Ahmad Fuad keluar UMNO dan menubuhkan PAS? UMNO Hargai Dakwah PAS? Kenapa Lulus 10 Lagi Lesen Judi? PAS telah berjumpa dalam gelap dengan UMNO semenjak PRU 2008 lagi. Tapi adakah dakwah PAS diterima? Semasa PAS menjalin hubungan dalam gelap dengan UMNO, Najib Tun Razak telah meluluskan 10 lesen “Special Draw” (Judi) di belakang pengetahuan pimpinan2 PAS. Adakah ini petunjuk yang UMNO menghargai dakwah PAS? (Rujuk juga: Antara Islam DAP dgn ISlam Tokeh Judi) Business Times Singapore telah melaporkan: ” KUALA LUMPUR, Feb 4 — Last October, the government quietly awarded three gaming companies 10 more special draws a year in a move to boost flagging government revenues ahead of a painful economic slowdown that could cost thousands of jobs. The move came a month after Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak assumed the finance portfolio and was probably not publicised as it would have invariably been attacked as unIslamic by the conservative opposition Pas.” Dalam senyap2 PAS berdakwah dgn UMNO dalam gelap, mereka telah meluluskan 10 lesen judi extra. Ini sahaja bukti jelas bahawa dakwah PAS tidak bermakna bagi UMNO. Saya nak Tanya Ustaz Nasruddin Tantawi, mampukan dakwah PAS ini melawan wang ringgit yang dicurah oleh tokeh2 judi dan arak di Malaysia? Biarlah kita berfikir secara praktikal dan berpijak di bumi nyata. Jelasnya, UMNO ini penipu dan Tok Guru Nik Aziz yang 60 tahun berdakwah pun tidak minat untuk berdakwah dengan UMNO. Apakah Dakwah itu Satu2 Jalan? Setahu saya, Firaun menolak dakwah Nabi Musa AS sehingga firaun telah mati di dasar laut Merah akibat kebongkakan beliau menolak dakwah Nabi Musa. Nabi Mohd SAW sendiri hanya berdakwah 10 tahun sahaja di Mekah. Selepas itu, Nabi tidak kembali semula ke Mekah dengan kumpulan pendakwah. Tapi Nabi kembali dengan tentera dan terus menakluk Mekah. Ertinya ada had di dalam berdakwah dan tidak boleh berdakwah terus menerus. Dalam kes Malaysia, jelas dan terang bahawa selepas 50 tahun merdeka, UMNO MENOLAK DAKWAH ISLAMIYYAH PAS. Tok Guru Nik Aziz yang 60 tahun berdakwah pun tidak minat untuk berdakwah lagi dengan UMNO. Kalau ada yang benar-benar telah berdakwah dengan UMNO, orang itu adalah Tok Guru Nik Aziz. Malahan, dalam isu hudud di Kelantan, Tok Guru Nik Aziz telah berdakwah kepada Dr. Mahathir sendiri. Dan Tok Guru yang sama yang tidak mahu PAS berunding dengan UMNO. Tujuan Sebenar Berjumpa UMNO bukan Untuk Berdakwah, Tapi Atas Dasar Perpaduan Melayu Itulah sebenarnya tujuan sebenar mahu berunding dan berjumpa UMNO. Juga diambil dari Penarik Beca@Bakaq: "Jawapan Anonymous (nombor 27) dalam posting bertajuk "Protes kerajaan perpaduan!":
Kepada ketua pemuda PAS ..boleh lah kalau nak berdakwah kepada umno macam nabi musa berdakwah dengan firaun ..TAPI apa yang nasa and cikgu pa buat bukannya nak berdakwah ke UMNO ...kalau pun nak berdakwah ya USTAZ ,orang tak main DALAM GELAP USTAZ OOOI ..biar logic lah sikit ...tak payah nak cover line lah ustaz..."

Kerajaan perpaduan: PAS adakan siri mesyuarat redakan ketegangan

KUALA LUMPUR: PAS, yang kini berhadapan dengan apa yang boleh dikatakan suatu krisis, bersiap sedia mengadakan siri mesyuarat dengan rakan pakatan parti pembangkang dan pucuk pimpinan tertinggi bagi meredakan ketegangan berhubung cadangan perbincangan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Pemimpin parti itu berkata, sekurang-kurangnya empat mesyuarat dijadual diadakan, bermula dengan mesyuarat pertama dengan rakan dalam Pakatan PAS-PKR-DAP di Parlimen pada tengah hari Isnin.

Mesyuarat itu, yang juga yang pertama di kalangan gabungan parti pembangkang selepas Muktamar PAS awal bulan ini, akan menjadi venue bagi parti berkenaan menyatakan pendirian jelas tentang isu perbincangan perpaduan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberitahu Bernama, selain beliau sendiri, PAS akan diwakili oleh Presiden parti Datuk Seri Hadi Awang, Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa dan dua naib presidennya.

Selepas itu, satu mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Pusat PAS akan diadakan di ibu pejabat baru parti di Jalan Raja Laut pada pukul 8.30 malam.

"Lazimnya, kami akan berbincang dengan panjang lebar... ini pastinya akan menjadi suatu mesyuarat yang lama," kata Mustafa.

Beliau enggan mendedahkan butiran mengenai mesyuarat itu tetapi sumber dalaman parti menyatakan, mesyuarat itu antara lain akan membincangkan mengenai bagaimana hendak meredakan keadaan berikutan cadangan kerajaan perpaduan dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar Kelantan yang naik berang dengan perkara itu.

Nik Aziz meminta Nasharudin meletak jawatan daripada parti dan menyertai Umno jika beliau terus mendesak meneruskan idea kerajaan perpaduan dengan Umno.

Selain daripada dua mesyuarat berkenaan, satu mesyuarat membabitkan Nik Aziz, Nasharudin dan Abdul Hadi turut dicadangkan bagi membincangkan perbezaan pendapat berhubung isu perbincangan perpaduan.

Mustafa tidak menyatakan bilakah mesyuarat itu akan diadakan tetapi menurut pemimpin parti, ia dijadual diadakan minggu depan.

Nik Aziz kini disertai 10 Anggota Parlimen PAS, yang diketuai Anggota Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Md Ramli, membantah gagasan kerajaan perpaduan, yang dikemukakan oleh Abdul Hadi.

Sumber dalaman parti berkata PAS juga merancang mengadakan permukiman khas pemimpin tertinggi parti selepas pilihan raya kecil Manik Urai bulan depan sebagai langkah mengukuhkan perpaduan parti.

Permukiman dua hari itu dijadual diadakan mulai 18 Julai di satu tempat yang tidak didedahkan, dengan Ketua Penerangan parti yang baru dilantik, Idris Ahmad, diberi tanggungjawab untuk menganjurkan acara itu.

Idris enggan mengulas perkara itu apabila dihubungi Bernama.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan sayap parti secara online Harakahdaily.net, Idris menyatakan ketegangan sebagai satu ujian kematangan kepimpinan.BERNAMA

PAS tidak lupa sengketa lama - Nasruddin Tantawi

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Hrkh) - Pemuda PAS menempelak kenyataan Timbalan Perdana Menteri Dato' Muhyddin Yasin yang mahu PAS melupakan sengketa lama bagi membina semula hubungan baru.

Ketuanya, Nasruddin Hasan Tantawi berkata meskipun PAS sebagai sebuah gerakan Islam harus mempraktikkan sikap terbuka dan memberi maaf kepada sesiapa jua, namun pada masa sama pihak yang memohon maaf perlu menghormati dasar serta prinsip perjuangan PAS.

"Bagaimana Muhiyidin boleh membangkitkan isu 'lupakan sengketa lama' sedangkan usaha untuk usaha-usaha yang Umno-BN lakukan selama ini langsung tidak menunjukkan ke arah untuk menamatkan sengketa itu, tindakan mereka ini tidak ubah seperti 'ajak-ajak ayam'," katanya kepada Harakahdaily.

Jelasnya, isu yang berlaku sekarang ini bukanlah sengketa lama tetapi Umno hendaklah menghapuskan punca sengketa tersebut.

"Kerana Pemuda PAS Pusat melihat punca itu ada pada Umno dan ianya bermula dengan BN, ianya masih kekal bersama BN," ujarnya mengulas kenyataan Muhiyidin yang mahu PAS melupakan sengketa lama.

Oleh yang demikian ujarnya, alternatif yang ada sekarang ini adalah yang pastinya akan mencederakan perasaan rakyat apabila meneruskan Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) dengan tangkapan-tangkapan yang kebanyakannya memangsakan pemimpin-pemimpin parti lawan (pembangkang) dengan tuduhan yang tidak munasabah dan tidak dibuktikan di mahkamah.

Selain itu, Umno juga diragui apabila tidak memansuhkan program Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris atau PPSMI yang telah banyak melukakan perasaan pejuang-pejuang bahasa.

"Ia turut memangsakan pelajar-pelajar di luar bandar dengan pelaksanaan PPSMI," katanya lagi.

Nasrudin menambah, begitu juga dengan beberapa kepincangan lain yang melibatkan isu institusi kehakiman dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

"Kesemua itu masih tidak dilihat kesungguhan Umno-BN untuk memperbaiki keadaan yang ada, oleh PAS dan rakyat.

"Jika Umno-BN hendak kita (PAS) bersikap terbuka, mereka juga perlu menghormati dan menerima dasar perjuangan PAS," demikian ujarnya. - mns_

Poster Nik Aziz punya nilai komersil yang tinggi kata Wan Rahim

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Hrkh) - Penasihat Jentera Operasi Pilihan Raya Dun Manek Urai, Dato' Wan Rahim Wan Abdullah menegaskan poster Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mempunyai nilai komersil yang tinggi bagi menarik pengundi.

Jelasnya, hanya poster Tok Guru Nik Aziz sahaja mempunyai nilai untuk menarik pengundi.

"Jadi dalam hal ini kita hanya menilai dari sudut komersil sebagai cara menarik pengundi di Manek Urai. Kita betul-betul eksploit gambar Tok Guru untuk pancing undi," katanya.

Wan Rahim mengakui Tuan Guru mempunyai tarikan tersendiri berdasarkan pengalaman dalam jentera parti sejak tahun 1982 semasa mencetak gambar Tuan Guru yang mengenakan serban di atas bahu.

Misalnya di Manek Urai, Wan Rahim terkejut apabila ada seorang imam di masjid Mukim Manek Urai menganggap seolah-olah mendapat pahala apabila memandang poster Tuan Guru Nik Aziz.

"Inilah bukti gambar Tok Guru mempunyai nilai yang tinggi di kalangan rakyat beliau," katanya ketika dihubungi.

Bahkan beliau turut menafikan ketiadaan poster Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang ada kaitan dengan isu kerajaan perpaduan yang digambarkan wujudnya pergeseran antara pimpinan tertinggi itu.

Dalam pada itu, Wan Rahim memaklumkan kesemua jentera parti Kelantan kini sudah berkampung di Manek Urai sejak 13 Jun, dan jenteri parti lain-lain negeri sudah mula membanjiri kawasan pilihan raya itu peringkat demi peringkat.

"Ada di kalangan mereka menetapkan tarikh masiang-masing untuk turun ke Manek Urai. Sebabnya kita kena faham ini satu pilihan raya yang tempoh masanya agak panjang.

"Kita tidak menggesa jentera negeri untuk datang awal sampai akhir ianya terlalu lama. Jadi mungkin jentera negeri akan hadir kemudian sikitlah memandangkan jentera parti Kelantan sudah berkampung," jelas beliau. - mns_

Media baru bakal pengaruhi pengundi Manek Urai

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Hrkh) - Pensyarah Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Ghazali Mayudin tidak menolak kemungkinan kehadiran media baru seperti internet dan blog secara tidak langsung boleh mempengaruhi pengundi di Manek Urai walaupun kawasan tersebut adalah kawasan luar bandar.

Beliau berpandangan, mungkin terdapat pengundi muda yang telah berhijrah ke bandar dan mempunyai akses terhadap internet dan maklumat yang diperolehi melalui media baru ini seterusnya akan disampaikan kepada ibu bapa atau penduduk di Manek Urai.

Bagaimanapun katanya, pendekatan peribadi seperti mencula undi dari rumah ke rumah yang dilakukan oleh parti-parti yang bertanding boleh menjadi efektif jika mengenai tempat dan sasarannya dalam mempengaruhi pengundi terutama golongan yang masih mencari-cari parti mana yang harus diundi.

"Pendekatan tersebut saya kira lebih berkesan dalam konteks pilihan raya kecil Manek Urai ini. Parti-parti yang bertanding mempunyai ruang yang kuat kerana dalam tidak mempunyai pilihan raya di tempat lain pada waktu ini.

"Sebagai contoh jika parti A menggunakan pendekatan peribadi dari rumah ke rumah, parti B juga harus berbuat demikian. Jika tidak, kempen secara langsung tidak akan berkesan," katanya sewaktu dihubungi Harakahdaily.

Dalam pada itu katanya, dalam menghadapi pilihan raya kecil, kehadiran media dan penyampaian maklumat akan memberi kesan kepada pengundi-pengundi yang belum tetap pendirian terhadap sesuatu parti atau 'atas pagar'.

Jelasnya, dalam mana-mana pilihan raya, akan ada golongan ini. Justeru katanya, golongan ini perlu diyakinkan dengan perjuangan dan matlamat parti agar mereka boleh mengundi kepada parti yang berkenaan.

Sama ada media ini memainkan peranan yang penting dalam sesuatu pilihan raya, beliau berpandangan, ia bergantung kepada golongan mana yang disasarkan oleh media terbabit.

"Sebagai contoh jika sasaran media itu kepada golongan penyokong kuat PAS, apa sahaja propaganda yang disampaikan oleh media arus perdana mungkin pengaruhnya sangat kurang terhadap mereka. Ini kerana mereka telah mempunyai pendirian yang tetap.

"Tetapi bagi golongan yang masih terumbang ambing dan masih berkira-kira parti mana yang mereka perlu undi, peranan media ini betul-betul mempengaruhi mereka," katanya. - mns_

Jun 19, 2009

TITISAN AIR MATAMU BERHARGA KETIKA SUSAH...

Tuan Guru...kami anak muda bersama Tuan Guru.
Kami akan ajar mereka yang boikot Tuan Guru...kami akan ingati setiap tangisan dan keluhan ketika saat Tuan Guru menghadapi kesusahan menghadapi kesialan dan kejahatan Zionis BN.
KAMI BERSAMA TUAN GURU!!!

KAMI BERPEGANG TEGUH DENGAN `AMANAT HAJI HADI'

"Percayalah, Perjuangan kita adalah jihad..." "Kita menentang Umno Bukan Kerana ianya Umno"... Amanat ini kami pegang walaupun ada pemimpin kami yang melupakannya.
Oleh: WFAUZDIN NS HANYA seminggu dua sahaja Umno merasa selesa untuk bernafas apabila menyaksikan Pas bergelut dengan isu Kerajaan Perpaduan. Syabas, buat penyokong setia Pas yang terus mara ke hadapan menjadi perisai agar tembok pertahanan Pas tidak ditembusi oleh Umno dengan propagandanya. Disaat pimpinan Pas lebih banyak mendiamkan diri, penyokong-penyokong setia Pas termasuk penyokong-penyokong kuat PR berterusan menjadi penghalang kepada objektif Umno untuk melihat Pas terkubur.
Meskipun Harakah, satu-satunya media Pas yang sepatutnya boleh diharapkan untuk mempertahankan maruah dan moral Pas dari di`jual' dengan murah kepada Umno, tetapi akhbar tersebut terikut dengan rentak pemimpin mereka. Lesu dan tidak bermaya malahan kadangkala kelihatan laporan atau beritanya saling tidak tumpah seperti Utusan Meloya pula. Mujur, usaha yang berterusan dari penyokong-penyokong bawahan yang mahukan Pas terus dihormati dan disegani bukan di`beli', disedari oleh Mursyidul Am Pas. Lantas, beliau mengeluarkan kenyataan yang agak keras bagi `mengejut'kan beberapa pimpinan yang mungkin `terlena' dengan mimpi indah bersama bakal `tunangan'nya bernama Umno. Selepas itu, barulah seorang demi seorang mengeluarkan pandangan masing-masing dari segala pelusuk negeri. Apabila terjaga dari `lena' barulah mereka tahu bahawa idea Kerajaan Perpaduan itu sebenarnya tidak pernah dibincangkan sesama pimpinan Pas apatah lagi bersama PR rakan yang banyak membantu Pas sebelum ini. Rahsia bahawa cadangan Kerajaan Perpaduan itu sebenarnya tidak pernah dibincangkan, bahkan semata-mata pendapat atau keinginan peribadi dua tiga orang di dalam Pas telah didedahkan di dalam Parlimen baru-baru ini oleh Ustaz Abdul Halim. Ketika itu, baru kita faham sebenarnya situasi yang berlaku walaupun sebelum ini beberapa pemimpin Pas mengutarakan berbagai helah dan dalil untuk meyakinkan kita agar menerima `jalan yang mudah' itu. Alhamdulillah, Tuan Guru Nik Aziz terlebih awal `menghidu' bau busuk dari idea tersebut walaupun Mufti Perak menghidunya sebagai wangi yang teramat harum. Setelah menyedari bahawa bukan semua penyokong dan ahli-ahli Pas boleh di`beli' dengan harga yang terlalu murah, Umno mula gelisah dan mahu tidak mahu terpaksa juga pemimpin-pemimpin Umno memuji melangit dua tiga tokoh Pas ini agar impian Umno akan menjadi kenyataan. Jika dahulu mereka mengecam tokoh Pas ini dengan menuduh fatwanya `mengkafirkan Umno' dalam amanat yang terkenal itu, kini mereka terpaksa menjilat ludahnya kembali. Umno tidak mengerti bahawa masih ramai di kalangan penyokong-penyokong dan ahli Pas yang masih memegang kuat fatwa `Amanat Haji Hadi' itu kerana mereka yakin bahawa itu adalah amanat yang betul dan tidak silap walaupun mungkin terdapat dua tiga tokoh Pas sekarang ini yang menganggap amanat itu tidak lagi releven. Kerana Amanat itulah penyokong-penyokong dan ahli Pas menentang keras sebarang usaha ke arah Kerajaan Perpaduan bersama Umno. "Kita menentang Umno bukan kerana ianya Umno". / wfauzdin.blogspot.com

BLOG SEBAGAI PENYAMPAI BERITA ALTERNATIF

Pada tahun 1998, selepas DS Anwar ditangkap di bawah ISA, laman web-laman web pro reformasi berkembang dengan pesatnya.Antara yang terkenal adalah laman Mahazalimtwo dan AlIslah. Maka bermunculanlah penulis-penulis laman web berkenaan seperti cucumatkilau, marhaentua, marhaen muda, jabat dan sebagainya.Sebahagian dari penulis-penulis yang tidak berbayar ini kemudiannya membuat laman atau blog sendiri yang berkembang pada alaf 21 ini.Mereka bebas menulis,mengulas keadaan politik semasa dan sebagainya.Mereka berkorban tenaga,masa dan wang ringgit untuk menyedarkan rakyat tentang penyelewengan pemerintah, kezaliman mereka dan sebagainya.Berkat usaha mereka itu, rakyat kini sudah semakin sedar tentang yang mana salah yang mana betul. Hasilnya kini Pakatan Rakyat menguasai 5 negeri, di mana satu darinya,Perak dirampas secara tidak sah oleh pemerintah, Barisan Nasional.

2. Sejak PRU ke 12, sudah enam kali pilihanraya kecil diadakan, disebabkan oleh kematian wakil rakyat atau mereka meletakkan jawatan. Dari 6 pilihanraya kecil itu, 5 dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Ini membuktikan betapa berkesannya laman-laman web pro Pakatan Rakyat dan blog-blog yang turut sama menyingkap kelemahan dan kebobrokan yang dilakukan oleh pemerintah yang hanya mementingkan kroni dan suku sakat mereka sahaja dalam agihan ekonomi negara. Rakyat yang tidak menyokong mereka dibiarkan hidup melarat. Hasilnya kerajaan semakin kehilangan sokongan dari masa ke masa, dan kemungkinan akan tewas pada pilihanraya akan datang. Pertukaran kerajaan adalah satu perkara biasa dalam sejarah. Jika UMNO-BN kalah pada pilihanraya akan datang dan kehilangan kuasa tampuk pemerintahan, mereka harus menerimanya sebagai satu putaran sejarah yang tidak dapat dielakkan. Sejarah adalah sesuatu yang sering berulang. Ia juga adalah pengajaran bagi mereka yang tahu menilainya.

3. Demikianlah kekuatan blog yang mampu membina fikiran dan mengubah pandangan masyarakat sehingga beralih arah kepada pembangkang yang kemungkinan akan menjadi kerajaan pada mada akan datang. Blog lebih bebas sifatnya, dan tidak begitu terikat dengan undang-undang yang sedia ada, kecuali undang-undang multimedia yang dikuasai oleh kementerian yang dipertanggungjawabkan. Namun ada juga para blogger diambil tindakan undang-undang, seperti apa yang dialami oleh Kickdefella dan Raja Petra Kamaruddin. Namun keseluruhannya laman blog lebih bebas dari media cetak dan media elektronik.

4. Oleh yang demikian, laman-laman blog lebih bebas menyuarakan pendapat dan pandangan, dan lebih dipercayai terutama oleh golongan muda dan berpendidikan. Sementara golongan tua dan konservatif lebih mempercayai media cetak dan media elektronik yang dikuasai oleh pihak kerajaan. Dengan begitu, peranan laman-laman blog dalam merubah pemikiran masyarakat adalah sesuatu yang tidak dapat diketepikan begitu sahaja, dan ada kemungkinan pengaruhnya lebih besar dari media cetak dan media elektronik. Oleh itu, para agen perubahan termasuk para pemikir masyarakat dan kaum intelektual haruslah memanfaatkan ruang siber ini untuk melakukan islah terhadap masyarakat umum, dan berusaha merubah kezaliman kepada keadilan.Kehidupan akan lebih bermakna jika negara kita lebih adail dan lebih telus dalam pembahagian kekayaan negara ini. Apa yang dilakukan oleh Kerajaan Selangor dengan memberikan kemudahan kepada rakyatnya termasuk 20 meter padu air percuma pada peringkat pertama, adalah satu usaha pengislahan yang dibuat melalui kuasa politik. Sebab itu kuasa politik penting untuk melaksanakan perubahan.

5. Blog adalah satu alat komunikasi. Dalam Ilmu Komunikasi, komunikasi itu sendiri terdiri dari lima unsur. Di antara unsur itu ialah saluran (channel), mesej, pengirim, penerima dan kesan yang terhasil dari komunikasi itu sendiri. Jika dikaitkan dengan laman blog ini, salurannya ialah blog itu sendiri yang dapat diakses melalui komputer yang ada talian dengan internet. Mesej ialah apa yang ingin disampaikan oleh penulis blog itu, samada soal politik, ekonomi, sosial, ugama dan sebagainya. Pengirim ialah penulis blog itu sendiri. Manakala penerima ialah pembaca dan pengunjung blog berkenaan. Kesan pula ialah apa yang terhasil selepas pembaca/pengunjung membaca dan meneliti blog berkaitan. Apakah ada perubahan minda atau tindakan dalam perlakuannya. Dengan segala ciri ini, dapatlah dikatakan laman blog adalah satu alat komunikasi yang lengkap yang dapat menyampaikan apa saja maklumat kepada audiennya. Dengan itu para pemikir, penganilisis politik, agen-agen perubah masyarakat, kaum intelektual dan budayawan seharusnya memanfaatkan laman blog sebagai satu saluran komunikasi yang amat berkesan pada dekad ini. Dengan ini laman-laman blog dijangka berupaya mengambil alih peranan media rasami seperti akhbar dan media elektronik, dan dapat memberikan berita-berita yang lebih benar dan memenuhi citarasa masyarakat kini, khasnya golongan muda.

6. Sebagai kesimpulannya, dapatlah dikatakan laman blog mempunyai ciri yang lengkap sebagai alat komunikasi dan berupaya menyaingi media rasmi yang sering diperalatkan oleh pihak berkuasa dengan agenda tertentu. Dengan begitu, blog berupaya merubah pandangan masyarakat terhadap sesuatu isu yang diketengahkan oleh pemerintah dan dapat menilai kesahihannya atau sebaliknya. Oleh itu blog sebagai alat penyampai berita alternatif adalah amat berkesan, dan para blogger hendaklah menggunakannya untuk mencapai kebaikan dan keadilan untuk semua golongan masyarakat.

AlKundangi, 19.6.2009

Melayu itu makin kuat. Ameno yang makin lemah

Harussani harini dipetik Utusan sebagai berkata bahawa Melayu dan Islam semakin lemah, dan hanya akan boleh kembali kuat kalau PAS dan ameno bergabung.

Aku terfikir pak syeikh ni mau lobi jadi calon Manik Urai ka? Heh.

Aku respek ulama’, dan oleh itu aku juga respek Harussani. Aku reserve komen aku pada beliau. Tapi aku cuma nak sentuh tentang Melayu dan Islam yang lemah.

Soalan : sejak bila Melayu gagah? Soalan tambahan : sejak bila Islam di bawah ameno ini semakin kuat dan disegani?

Seingat aku yang tak pernah tuang kelas sejarah masa kat sekolah dulu, Melayu ni kuat di zaman empayar Melaka saja. Kemudian akibat kebengongan para elitis dan oportunis, empayar itu retak dan kemudian hancur sehinga akhirnya meninggalkan Melaka sebesar titik noktah di atas peta Tanah Melayu.

Semasa sekelompok rakyat Tanah Melayu bersemangat melawan penjajah dan menghalau Jepun dulu, sekelompok elitis lain pula sibuk melutut depan British memujuk untuk datang dan terus menjajah bumi ini. Sewaktu sekumpulan rakyat yang terus berjuang mengangkat Islam di sini, golongan yang diberi kepercayaan untuk melaungkan Merdeka sibuk memaksa orang Melayu membuang kepiah dan tudung untuk bekerja di jabatan kerajaan.

Dan sewaktu ada sekumpulan rakyat yang begitu peka dan inginkin bahawa Melayu dan tulisan jawi terus dikekalkan, ameno inilah yang terus mengoyak dan membakar sebarang usaha untuk memartabatkan semula bahasa dan tulisan kita! Itu semua berlaku di zaman Pakatan Rakyat memerintah ka?

Selama lebih 50 tahun kita merdeka, ameno terusan mengatakan bahawa orang Melayu masih mundur. Orang Melayu masih bodoh. Orang Melayu masih malas. Dan orang Melayu masih miskin. Selama itu juga gerakan Islam terus ditekan, dan gerakan Melayu yang melawan dasar kerajaan disenyapkan.

Selama 50 tahun ameno memerintah, berapa orang nama Melayu yang tersenarai oleh Forbes antara yang terkaya di Tanah Melayu? Kalaupun ada, adakah mereka ini boleh hidup jika menongkah arus melawan ameno?!

Kemudian sekarang sibuk memperkatakan melayu semakin lemah dan berpecah? Sejak bila Melayu kuat? Melayu ini tidak pernah kuat! Yang kuat dan bongkak hanyalah elitis ameno yang kekayaan dan kekuasaannya berputar di kalangan kaum kerabat mereka selama 50 tahun.

Selepas kebangkitan rakyat Mac08, kita telah saksikan bahawa Islam dan Melayu yang dibawa oleh PAS itu diterima oleh Cina dan India. Melayu yang dibawa oleh PAS itu boleh diterima oleh semua bangsa. Bukan Melayu menolak ameno dan menyokong PAS, tetapi sekarang kamu mengatakan bahawa Melayu itu lemah?

Bukan Melayu yang lemah. Tetapi ameno yang lemah! Melayu sekarang semakin kuat bersama PAS. Bukan setakat Melayu, Cina dan India juga semakin kuat menyokong PAS dengan dasar dan agenda Islamnya yang lebih terbuka dan berkesan berbanding konsep pecah perintah yang ditaja ameno.

Melayu ini bukan milik ameno! Tanah Melayu ini juga bukan milik ameno! Milik Allah yang melantik semua hambanya sebagai khalifah di muka bumi ini. Ia tanggungjawab rakyat untuk memastikan bahawa ia dikelolakan dengan penuh amanah!

Rakyat semakin kuat bersatu di bawah Pakatan Rakyat. Cina dan India tidak lagi takut dengan Islam lantas mereka menyokong PAS. Siapakah yang menakut2kan bangsa lain dengan Islam jika bukan ameno sendiri? Parti “melayu” yang malu berbahasa melayu, dan parti “Islam” yang melawan hukum Allah.

Melayu dan Islam semakin lemah sekarang? My #ss! .

Untuk memberikan komen / maklumbalas, sila ke: http://jahilgoblog.net/?p=292

matkeri Sent via BlackBerry from Maxis http://www.jahilgoblog.net

Nizar mohon jawatan MB Perak digantung

PUTRAJAYA: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada Jumaat memohon supaya keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah, digantung sehingga rayuan di Mahkamah Persekutuan selesai.

Mohammad Nizar dalam permohonan untuk kebenaran merayu yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan, di sini, memohon perintah mahkamah supaya keputusan Mahkamah Rayuan pada 22 Mei itu digantung sekiranya, kebenaran untuk merayu dibenarkan.

Notis usul permohonan untuk kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan itu difailkan kira-kira pukul 3.30 petang tadi melalui Tetuan Leong & Tan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 9 dan 10 Julai ini untuk mendengar permohonan itu.

Dalam permohonannya juga, Mohammad Nizar turut menyertakan satu lagi permohonan kepada Ketua Hakim Negara supaya kes itu didengar di hadapan 11 hakim.

(Mahkamah Persekutuan ketika ini mempunyai 12 orang hakim)

Beliau memohon diberi kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan mengikut Seksyen 96 Akta Kehakiman Mahkamah 1964 terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan Dr Zambry ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mei lepas yang mengisytiharkan beliau (Mohammad Nizar) sebagai menteri besar yang sah.

Mohammad Nizar, 52, yang berpakaian baju Melayu kelabu, hadir di mahkamah hari ini.

Dalam permohonan yang disertakan dengan afidavitnya, Mohammad Nizar turut merangka beberapa persoalan undang-undang penting berhubung interpretasi benar berkenaan Fasal 16(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (UTKP) yang perlu diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan iaitu antaranya:

i. Dalam keadaan di mana Menteri Besar Negeri Perak ingin, dan telah memberi nasihat, untuk pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

ii. Dalam keadaan di mana tidak terdapat pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

iii. Dalam keadaan di mana tidak terdapat usul tidak percaya yang diambil dan diterimapakai dalam dan oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Menteri Besar;

iv. Dalam keadaan di mana tidak terdapat peletakan jawatan Menteri Besar; sama ada jawatan Menteri Besar boleh dan/atau telah dikosongkan;

v. Sama ada Fasal 16(6) UTKP memperuntukkan bahawa penentuan isu kepercayaan terhadap Menteri Besar perlu dibuat dalam persidangan Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak atau sebaliknya;

vi. Sama ada UTKP memperuntukkan sebarang kuasa untuk seseorang Menteri Besar dipecat atau jawatannya dianggap kosong atau dikosongkan.

Mohammad Nizar dalam afidavitnya menyatakan bahawa Fasal 43(4) Perlembagaan Persekutuan adalah sama dengan Fasal 16(6) UTKP dan sebarang keputusan berkenaan Fasal itu akan memberikan impak atau kesan berkenaan Fasal 43(4) Perlembagaan Persekutuan berhubung jawatan Perdana Menteri.

"Ini bermakna sekiranya Yang di-Pertuan Agong hendak memecat Perdana Menteri, Baginda boleh berbuat demikian. Baginda boleh menelefon Perdana Menteri dan memberitahu bahawa Perdana Menteri tidak lagi mendapat sokongan majoriti daripada Ahli Dewan Rakyat," kata Mohammad Nizar dalam sidang media selepas menfailkan permohonan itu.

Ketika ditanya mengapa beliau memohon supaya kesnya didengar di hadapan 11 hakim, beliau berkata: "Apabila ada ramai hakim, kita harap supaya dapat memberikan keputusan yang adil kerana rakyat negara ini sangat menagih keadilan."

Mohammad Nizar juga berkata beliau gembira kerana akhirnya permohonan itu berjaya difailkan walaupun keputusan hujahan bertulis oleh Mahkamah Rayuan masih belum diperolehi.

Pada 22 Mei lepas, Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Md Raus, dalam penghakiman lisannya memutuskan bahawa Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, membuat keputusan yang betul ketika melantik Zambry sebagai menteri besar yang baru, berdasarkan Perkara 16(2) Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak, selepas baginda berpuas hati bahawa Zambry mempunyai sokongan majoriti Anggota Dewan Undangan Negeri.

Ketika mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa Mohammad Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah,

Hakim Md Raus yang bersidang bersama Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop, mendapati bahawa Sultan Perak bertindak betul dengan bertanya sendiri untuk memuaskan hati baginda bahawa Mohammad Nizar tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti.

Pertikaian jawatan Menteri Besar Perak bermula apabila tiga daripada wakil rakyat pakatan DAP-PKR-PAS keluar parti dan menyatakan sokongan mereka kepada Barisan Nasional pada Februari lepas.

Mohammad Nizar, 52, kemudiannya memfailkan semakan penghakiman untuk memohon satu writ bersifat "quo warranto" atau "melalui kuasa apa" dikeluarkan terhadap Zambry bagi menyatakan tunjuk sebab atas asas apakah beliau menjadi menteri besar yang sah.BERNAMA

Nizar fail rayuan di Mahkamah Persekutuan sebentar tadi

PUTRAJAYA, 19 Jun (Hrkh) Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin hari ini memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan bagi permohonan kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan, yang mengisytiharkan Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

ImageMenurut Nizar, permohonan itu bakal didengar pada 9 dan 10 Julai ini dan beliau sangat berharap satu sejarah tercipta dengan 11 hakim diangkat mendengar permohonan beliau.

Nizar berkata beliau terpaksa bertindak demikian walaupun panel hakim Mahkamah Rayuan belum mengemukakan hujah bertulis mereka dalam membuat keputusan itu bulan lalu.

Datuk Md Raus Shariff, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop sebelum ini memberi jaminan untuk memberi hujah bertulis bagi menyokong keputusan mereka yang telah mengejutkan pelbagai pihak.

ImageBeliau kecewa ulasan penghakiman'yang masih tidak diterima selepas Mahkamah Rayuan membuat keputusan pada 22 Mei lalu.

Menurut Nizar, beliau hairan mengapa hakim berkenaan melewat-lewatkan penyerahan ulasan bertulis sedangkan ketiga-ketiga mereka hanya mengambil masa 5 minit untuk menyampaikan keputusan secara lisan.

Seolah-olah ada unsur ketidakadilan dalam aspek ini kerana rayuan Zambry mengambil masa 24 jam sahaja untuk dilaksanakan tetapi hal ini pula masih tertangguh�, kata Nizar lagi.

ImageUjar Nizar, kerenah hakim terbabit menjejaskan usaha beliau dan panel peguamnya untuk membuat rayuan untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu dengan memberikan alasan-alasan yang setimpal./wann_

Tuduhan terbaru Anwar episod ulangan konspirasi 1998

ANGKATAN Muda Keadilan Selangor menganggap tuduhan terbaru kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah episod ulangan konspirasi ala-1998. Tuduhan tersebut jelas membuktikan untuk menghalang Dato' Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri negara ini melalui satu perancangan konspirasi yang kotor dan jijik yang membabitkan individu penting negara ini yang menggunakan jentera kerajaan Malaysia.

AMK Selangor yakin episod ulangan konspirasi ala-1998 ini hanya akan memperkukuhkan lagi kekuatan Pakatan Rakyat untuk menumbangkan rejim Umno-Barisan Nasional sedikit masa sahaja lagi. Malahan tindakan terbaru pendakwaan terbaru ini hanya akan menjatuhkan imej dan kredibiliti kerajaan semasa khususnya parti Umno-BN di kalangan rakyat Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa.

Tidak senang duduk

Sokongan rakyat yang meningkat setiap masa kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim khususnya pasca pilihan raya umum ke-12 telah menyebabkan beberapa individu tidak senang duduk. Justeru, mereka bimbang sokongan yang meningkat ini akan mengancam kedudukan mereka kelak. Oleh itu, satu perancangan konspirasi oleh dalang yang sama pada tahun 1998 dipercayai dilaksanakan kembali.

AMK Selangor juga yakin kini majoriti rakyat Malaysia sudah tidak lagi mempercayai tuduhan tersebut kerana ianya adalah ulangan kepada episod konspirasi lama dahulu. Malahan AMK percaya juga sebahagian besar ahli parti Umno dan komponen BN di semua peringkat juga sudah tidak lagi mempercayai tuduhan tersebut yang jelas direka-reka untuk menjatuhkan keyakinan rakyat kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim merupakan bakal "Perdana Menteri Malaysia in-waiting".

AMK Selangor menaruh kepercayaan yang tinggi kepada rakyat Malaysia bahawa kini rakyat keseluruhannya sudah tidak mudah diperkotak-katikkan oleh media propaganda Umno-BN. Malahan perpecahan besar dalam Barisan Nasional dalam isu ini akan semakin jelas terserlah dari hari ke sehari pada waktu mutakhir kini. Penolakkan rakyat Malaysia kepada dalang konspirasi ini juga akan menyebabkan sebahagian ahli Umno-BN kini sudah berkira-kira untuk tidak sekali lagi bersekongkol dengan kezaliman para konspirator.

Malahan parti-parti dalam komponen Barisan Nasional juga perlu bertindak menyatakan pendirian mereka dalam isu ini. Semakin lama mereka berdiam diri akan menyebabkan mereka juga dianggap sebagai sebahagian komponen konspirator yang zalim. Yang jelas pilihan raya umum ke-13, rakyat Malaysia hanya mempunyai satu pilihan sahaja iaitu dengan memilih Pakatan Rakyat sebagai peneraju baru kerajaan Malaysia di masa hadapan.

Tidak diperkudakan lagi

AMK Selangor bertegas dan berharap agar badan perundangan dan kehakiman negara tidak diperkudakan sekali lagi untuk menjayakan perancangan konspirasi tersebut. Sebenarnya keyakinan dunia antarabangsa terhadap badan perundangan dan kehakiman negara sejak 1998 belum lagi pulih sehingga kini.

Justeru membiarkan badan kehakiman untuk bertindak secara professional adalah langkah segera dan terbaik untuk mengembalikan keyakinan dunia antarabangsa terhadap badan perundangan dan kehakiman negara.

AMK Selangor juga yakin kini sudah wujud gerakan secara senyap protes rakyat keseluruhannya terhadap dalang konspirasi terbaru ini. Protes secara senyap ini akan sampai ke kemuncaknya pada pilihan raya umum ke-13 ini yang akan terus menobatkan Pakatan Rakyat yang kini selaku "government in waiting".

Kita juga yakin gelombang rakyat yang lebih besar daripada gerakan reformasi 1998 akan muncul yang akan mendokong penuh semangat dan aspirasi Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk membawa harapan baru untuk Malaysia. Rakyat Malaysia era kini semakin bijak dan pintar dalam gerakan siasah. Mereka juga sudah tidak mudah diperkotak-katikkan oleh media-media propaganda Umno-BN.

Justeru, AMK Selangor mengingatkan agar parti-parti komponen dalam Barisan Nasional menilai kembali kerjasamanya dengan Umno. Semakin lama mereka merestui konspirasi ini, semakin jelas juga rakyat akan terus menolak parti-parti dalam komponen Barisan Nasional ini sehingga di Sabah dan Sarawak. Rakyat Malaysia tidak akan merestui mana-mana pihak yang sama-sama terlibat dalam konspirasi yang jelas jijik dan terkutuk itu.

AMK Selangor akan terus bersama-sama dengan perjuangan dan aspirasi yang dicetuskan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Sokongan dan dokongan daripada seluruh rakyat Malaysia dan juga dunia antarabangsa akan menjadi azimat keramat oleh anak muda AMK untuk berhadapan sebarang kemungkinan yang mungkin dikenakan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim. Semua pihak sentiasa mendoakan agar Dato' Seri Anwar Ibrahim dan keluarga sentiasa dilindungi daripada apa-apa cubaan dan dugaan.

Akhirnya, AMK Selangor sekali lagi mengulangi keyakinan bersama-sama rakyat Malaysia dan dunia antarabangsa bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah mangsa konspirasi ala-1998 yang cuba diulang kembali pada tahun 2009 ini.

AMK menggesa agar rakyat sekali lagi menunjukkan sokongan padu mereka untuk menghentikan satu lagi kezaliman yang cuba diulang pada masa kini. Merestui satu lagi kezaliman ini adalah tindakan yang zalim yang dosanya akan dikongsi secara bersama juga dengan konpirator yang zalim tersebut.

----

Mohd Ezli Mashut ialah Ketua Penerangan AMK Selangor_

Unit IT PAS sedia laman web PRK Manek Urai

KUALA LUMPUR,19 Jun (Hrkh) - Sempena Pilihan Raya Kecil Dun Manek Urai tidak lama lagi, Lajnah ICT PAS Pusat telah membangunkan satu laman web bagi memaparkan perkembangan terkini mengenai pilihan raya itu.

Pengerusinya, Ustaz Abdul Ghani Samsudin berkata laman web tersebut juga mengandungi maklumat serta bahan-bahan kempen yang boleh dimuatturun oleh penyokong dan pendokong bagi membantu aktiviti kempen.

"Laman web ini akan dilancarkan secara rasmi pada majlis pengumuman calon di Manek Urai nanti," katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya lagi, laman tersebut telah beroperasi sejak awal bulan lalu dikendalikan oleh pegawai IT yang bertugas.

"Kita mempunyai kira-kira 100 tenaga bagi menjalankan tugas tersebut termasuk pakar-pakar IT yang sedia memberikan perkhidmatan mereka tanpa mengira waktu," ujarnya.

Bagi yang ingin mengikuti perkembangan serta mendapatkan maklumat terkini mengenai situasi di Manek urai, boleh melayari http://prkn41.pas.org.my.

Ustaz Abdul Ghani berkata, web tersebut akan dilancarkan secara rasmi pada majlis pengisytiharan calon kelak.

Dalam pada itu, petugas IT di Manek Urai, Mohd Riduan Ilias berkata bilik gerakan IT akan beroperasi bermula 20 Jun ini.

Ujarnya, selain menyelenggara web pilihan raya kecil itu, antara perkhidmatan yang disediakan adalah mengemaskini data pengundi pada senarai semak daftar pemilih yang dibekalkan ke setiap bilik gerakan kawasan, cawangan dan Dun. - mks. _

Kerajaan Perpaduan: Hanya penjelasan kaedah terbaik

Jemaah PAS wajar mengakui bahawa wujud sedikit keributan dalam parti berpunca dari hadirnya dua aliran pemikiran strategik (isu ranting, bukan isu pokok), iaitu, sama ada PAS harus kekal dalam Pakatan Rakyat (PR) dan terus memperkasakan gabungan itu (Pro-Pakatan) atau menyertai parti yang memerintah melalui konsep "kerajaan perpaduan" (Pro-Kerajaan Perpaduan).

Pengenengahan idea kerajaan perpaduan dipelopori oleh Dato' Seri Presiden dan idea Pro-Pakatan oleh Tuan Guru Dato' Mursiydul Am. Masing-masing idea ada pengikutnya.

Malangnya, perbedaan pemikiran strategik ini telah membawa kepada persepsi bahawa wujud satu bentuk ketidaksefahaman di dalam parti lalu melahirkan dua golongan yang berlaga, iaitu, puak Pro-Pakatan di satu pihak dan Pro-Keraajan Perpaduan di pihak yang lain.

Maka, di dalam pertandingan pemilihan pimpinan kali ini wujud persepsi bahawa calon Pro-Pakatan berlaga dengan calon Pro-Kerajaan Perpaduan.

Memang Dato' Seri Presiden telah menarik balik idea Pro-Kerajaan Perpaduan itu tetapi pemilihan pimpinan parti di pelbagai peringkat, serba sedikit, dipengaruhi dan dicorak oleh pertentangan di antara dua aliran pemikiran strategik ini.

Dilaporkan ada kawasan yang telah mencalonkan Tuan Guru Dato' Mursyidul Am bertanding jawatan Presiden gara-gara dari gejala pertembungan aliran pemikiran strategik ini.

Penulis hanya mahu melafazkan: "Janganlah ada pihak yang sanggup melaga-lagakan pemimpin parti atas isu yang bukan asasi. Itu bermain ke galeri musuh namanya."

Penulis merasa terpanggil untuk menulis mengenai kerajaan perpaduan dengan bahan-bahan rujukan dipungut dari internet dan beberapa sumber lain dengan harapan bila perwakilan faham serba sedikit mengenai konsep kerajaan perpaduan ini, maka pemilihan akan berjalan secara rasional.

Mesti diakui dari mula, penulis bukanlah pakar dalam isu ini tetepi sekadar tahu serba sedikit kerana penulis pernah membuat kajian tentang konsep "proportional representation" (perwakilan berkadar) yang menjadi tonggak kepada konsep kerajaan perpaduan itu.

Kerajaan perpaduan atau dalam bahasa Inggerisnya "unity government" atau "national unity government" atau "national union government" atau "national government" bermakna sebuah kerajaan camporan yang meluas disertai oleh parti-parti politik utama atau semua parti politik yang mempunyai wakil dalam dewan parlimen (atau apa jua nama dewan yang sama dipanggil) biasanya dibentuk bilamana sesebuah negara menghadapi satu-satu keadaan kecemasan (atau dharurat) atau di dalam zaman perang.

Semasa Perang Dunia Pertama, kerajaan perpaduan dibentuk di Kanada. Kerajaan Konservatif pimpinan Sir Robert Borden telah mengajak Parti Liberal (parti pembangkang) pimpinan Sir Wilfrid Laurier untuk menyertai kerajaan tetapi ditolak.

Walau bagamanapun, Borden berjaya memujuk ramai pemimpin Parti Liberal secara individu menyertai kerajaan "Union Government" yang beliau bentuk. Dalam pilihan raya umum yang diadakan dalam musim luruh tahun 1917, Parti Liberal (yang enggan menyertai kerajaan perpaduan) telah kalah.

Dalam Perang Dunia Kedua, Parti Konservatif (parti pembangkakng ketika itu) berkempen di atas tiket "Unity Government" bagi membuka jalan ke arah pembentukan kerajaan camporan nasional tetapi dalam pilihan raya umum itu (1940), Parti Liberal menang majoriti dan membentuk kerajaan satu parti.

Di Luxumbourg, kerajaan perpaduan pernah wujud sebanyak dua kali. Pertama, semasa Perang Dunia Pertama (1916) bilamana semua parti-parti utama yang mempunyai wakil di dalam "Chamber of Deputies" menyertai kerajaan di bawah pimpinan Victor Thorn. Kerajaan Perpaduan itu kekal hanya selama 16 bulan.

Kedua, dalam tahun 1945, sekali lagi terbentuk kerajaan perpaduan di Luxembourg di mana kesemua empat buah parti yang mempunyai wakil di parlimen menyertai kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Pierre Dupong. Ia kekal sampai tahun 1947 sahaja.

United Kingdom juga berpengalaman dalam hal kerajaan perpaduan ini. Ia pernah wujud semasa Perang Dunia Pertama dan kerajaan perpaduan itu kekal sampai ke tahun1922. Di zaman kemelesetan besar, parti-parti Buruh, konservatif dan Liberal membentuk "National Government" dalam tahun 1931 tetapi ahli-ahli parti Buruh yang menentang penyertaan parti mereka dalam kerjaaan perpaduan itu telah meninggalkan parti lalu menjadi ahli pembangkang di dalam parlimen.

Di Amerika Syarikat kerajaan perpaduan hanya memngambil bentuk "rallied around the President" di saat negara menghadapi keadaan genting, misalnya semasa Pearl Habour diserang, pembunuhan Presiden Kennedy dan yang terkini ketika menghadapi peristiwa 9/11. Tidak pernah dua atau lebih parti yang ada perwakilan di Dewan Perwakilan bergabung membentu secara formal kerajaan perpaduan.

Di zaman kita ini, contoh terbaik kerajaan perpaduan ialah di Afrika Selatan di mana pernah wujud apa yang dipanggil sebagai "Government of National Unity (GNU)." Ketika kerajaan Afrika Selatan ditadbir di bawah Perlembangaan Sementara (April 1994 � Februari 1997), mana-mana parti politik yang mempunyai 20 atau lebih kerusi di National Assembly boleh menyertai kerjaan dan menuntut satu atau lebih portfolio lembaga menteri.

Dalam pilihan raya umum pada 27 April 1997, parti African National Congress memenangi kerusi majoriti di National Assembly dan boleh membentuk kerajaan satu parti tetapi Presiden Nelson Mandella, atas semangat kerjaan perpaduan, terus mengajak dua parti utama yang memenangi 20 kerusi atau lebih (National Party dan Inkhata Freedom Party) dan juga parti-parti kecil (yang memenangi kurang 20 kerusi) menyertai kerajaan dan pemimpin parti berkenaan mendapat jawatan dalam kabinet.

Contoh terbaik kerajaan perpaduan yang wujud pada masa ini ialah Kerajaan Parpaduan Nasional Iraq (National Unity Government of Iraq) yang ditubuhkan dalam tahun 2006. Kerajaan berkenaan disertai oleh semua parti yang menang di dalam pilihan raya umum dan membuat perishtiharan memberi komitmen kepada 34 prinsip yang menunjangi kerajaaan perpaduan itu.

Ruang tidak membenarkan kesemua prinsip ini disenaraikan di sini, cukup sekadar disebut di sini bahawa semua pihak yang bergabung membuat komitmen untuk melindungi kedaulatan negara Iraq, mengisi kemerdekaan dan memperkasakan perpaduan dan untuk menentukan bahawa kehadiran tentera asing di Iraq akan berakhir dan pasukan keselamatan Iraq mengambilalih tanggungjawab menjaga keselamatan negara dan sama-sama memerangi keganasan.

Dengar khabarnya, perwakilan parti telah pun mengadakan perundingan sulit dengan pihak Umno mengenai ura-ura penubuhan kerajaan perpaduan. Disebabkan lebih banyak isu yang tidak dipersejui berbanding isu yang dipersetujui bersama, maka idea kerajaan perpaduan mati separuh jalan.

Atas alasan ini dan juga atas alasan bahawa ahli jemaah belum memahami erti kerajaan perpaduan, maka Dato Seri Presiden telah menarik balik idea itu dan mengajak ahli-ahli parti melupakannya.

Amaran Tuan Guru Dato' Mursyidul Am supaya jangan membiarkan diri kita dipatuk (oleh Umno) di lubang yang sama dua kali dan pentingnya kita bersetia janji dengan rakan di dalam PR juga membunuh idea kerajaan perpaduan itu.

Kerajaan perpaduan melibatkan semua parti atau semua parti utama seperti yang wujud Di Afrika Selatan dan di Iraq. Kalau hanya beberapa parti menyertai, ialah lebih merupakan kerajaan camporan.

Di Malaysia, kerajaan perpaduan yang terbantut itu lebih merupakan kerajaan campuran di antara Umno-BN dan PAS. Lagipun, kerajaan perpaduan wujud di atas sebab yang mendesak seperti untuk menghadapi perperangan atau berdepan dengan kehadiran tentara asing dan keganasan dalam negeri seperti mana yang berlaku di Iraq hari ini.

Tidak ada isu yang cukup mendesak di Malaysia yang boleh memaksa semua parti politik bersatu di bawah sepanduk kerajaan perpaduan. Tidak ada alasan mendesak bagi PAS untuk menghulurkan pelampung keselamatan kepada Umno yang sedang lemas dengan mengkesampingkan rakan-rakan yang yang telah sama-sama menjana kemenangan dalam PR pada PRU12 yang lalu dan penyokong-penyokong bukan Islam yang menyokong PAS.

Walau bagaimanapun, ketelusan menuntut agar Dato' Seri Presiden mendedahkan perkara yang dipersetujui dan perkara yang tidak dipersetujui, termasuk bilangan jawatan menteri dan timbalan menteri yang ditawarkan kepada PAS, kepada ahli jemaah bagi menjernihkan segala kekeruhan dan meleraikan kekeliruan yang timbul gara-gara dari idea berkenaan. Forum terbaik untuk menjelaskan perkara ini ialah di Muktamar PAS. - mks.

Dhaka, Bangladesh.

Jun 18, 2009

Ahli PAS diminta bertenang, tunggu arahan rasmi

SEMUA ahli PAS diminta bertenang dalam menghadapi ujian yang begitu mencabar dalam kepimpinan parti. Semua ini akan menguji kematangan pemimpin untuk menguruskan krisis.

Insya-Allah PAS yang mempunyai bahtera yang kuat dan kukuh mampu untuk menghadapi semuanya ini. Kalau Umno-BN yang mempunyai bala tentera dan kewangan daripada "qarun-qarun" yang ada di atas muka bumi ini pun kita mampu hadapi.

Maka sudah barang pastilah masalah yang berlaku pada hari ini, insya-Allah dapat diatasi dengan baik dan elok.

Saya yakin bahawa ahli PAS yang matang dalam sepak terajang politik akan merasa tenang apabila kita tahu kekuatan yang ada pada PAS dan organisasinya.

Ini kerana PAS adalah milik kita semua. Ia tidak boleh dimonopoli oleh sesiapa pun. PAS ada peraturan dan perlembagaan yang kemas dan teratur.

Iltizam kita ialah bersama dengan Pakatan Rakyat dan berhadapan dengan Umno-BN dalam apa suasana sekalipun.

Media cuba memainkan isu bahawa PAS hendak mewujudkan perpaduan Melayu. Secara tidak langsung mereka cuba melontarkan fitnah bahawa PAS hendak meninggalkan Pakatan Rakyat. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato' Setiausaha Agung pada 17 Jun lalu telah menjelaskan kekeliruan ini.

Kerajaan Perpaduan hanyalah lontaran idea sahaja daripada Presiden PAS. Sebarang keputusan dan polisi parti yang hendak dibuat akan dibincang terlebih dahulu dalam parti.

Insya-Allah, segala keputusan yang diputuskan itu akan kita sampaikan kepada semua pihak sehingga ke peringkat akar umbi melalui majlis taklimat khas.

Yakinlah firman Allah SWT, yang bermaksud: "Hendaklah kamu bermesyuarat dalam urusan kamu." Dan maksud sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Berjamaah itu rahmat."

Oleh itu kita boleh berbincang untuk mendapat maklumat sahih melalui mesyuarat, muzakarah, usrah, liqa. Inilah mekanisme parti yang paling baik untuk kita menyuarakan masalah dan kritikan kepada parti. Sekarang zaman canggih, maka bolehlah kita hubungi pimpinan untuk mendapat penjelasan.

Bersandarkan nas syara'

Segala keputusan politik yang PAS buat selama ini semuanya bersandarkan kepada nas syara' dan fiqh siasi.

Kita bertahalluf dengan parti bukan Islam dan ideologi yang berbeza, semuanya merujuk kepada nas syarak. Bukan senang hendak meyakinkan ahli bagaimana kita dibenarkan mengundi calon bukan Islam yang bertanding atas tiket parti yang bertahalluf dengan kita.

Semua ahli PAS perlu berhati-hati dalam menghadapi isu ini. Ini kerana musuh sentiasa memasang perangkap untuk menjayakan misi mereka bagi memecah-belahkan di kalangan ahli dan pimpinan.

Dapatkan maklumat rasmi daripada akhbar rasmi Harakah, laman web Harakahdaily dan akhbar Siasah supaya tidak menimbulkan kekeliruan.

Tunggu dan sabarlah untuk mendapatkan penjelasan rasmi daripada pimpinan dalam isu ini. Rapatkan saf jamaah supaya syaitan tidak menyusup masuk ke dalam parti kita.

Ustaz Idris ialah Ketua Penerangan PAS Pusat_

Tutup pintu 'Kerajaan Perpaduan' jika hanya dengan Umno

KUALA TERENGGANU, 18 Jun (Hrkh) - PAS bertegas tidak akan berlaku 'Kerajaan Perpaduan' sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh pihak media jika hanya melibatkan kerjasama antara PAS dan Umno.

Jika berlaku penglibatan PAS-Umno itu merupakan 'campuran' dan bukan 'perpaduan' sebagaimana gagasan idea yang pernah dilontarkan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Harun Taib berkata demikian pada sidang medianya di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Terengganu, di Jalan Sultan Omar, dekat sini, semalam.

"Kerajaan Perpaduan itu bukan hanya PAS dengan Umno sahaja, tidak timbul soal PAS-Umno. Semua parti-parti politik terlibat sama dengan Parti KeADILan Rakyat (KeADILan), DAP, MCA, MIC, Umno dan parti-parti di Sabah dan Serawak baru jadi 'perpaduan'.

"PAS dengan Umno tidak timbul langsung dalam soal 'Kerajaan Perpaduan' dan jika hanya dengan PAS-Umno tidak perlu kita (PAS) heboh-hebohkan.

"Tidak berlaku 'perpaduan' jika hanya dengan Umno-PAS. Saya rasa tidak ada orang PAS yang berfikir begitu (gabung PAS-Umno) sahaja.

"Presiden PAS pun tidak bercakap begitu (PAS-Umno). Jika PAS bergabung dengan Umno pun tidak jadi Kerajaan Perpaduan lagi," jelasnya.

ImageKatanya, PAS sekali-kali tidak akan bergabung dengan Umno sahaja sebagaimana yang pernah dilalui oleh parti itu suatu ketika dahulu.

Menurutnya, kekeliruan yang timbul mungkin kefahaman terhadap konsep �Kerajaan Perpaduan� yang disama-ertikan dengan gabungan PAS-Umno.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu menjelaskan hanya Presiden PAS (Ustaz Hadi) yang layak untuk menjelaskan kekeliruan serta kekusutan berkait dengan isu tersebut.

Namun begitu, katanya sebahagian dari konsep Kerajan Perpaduan itu adalah melibatkan semua parti-parti politik di negara ini dan kerajaan tanpa pembangkang.

Menurutnya, kerajaan perpaduan tersebut mestilah dipandukan oleh Islam sebagaimana tema Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-55 iaitu 'Islam Memimpin Perubahan'.

"Jika semu orang (parti) menerima Islam Memimpin Perubahan itu. Sekarang ini yang mendepani kerja-kerja Islam dan perjuangan Islam ialah PAS. Jadi PAS yang akan memimpin 'Kerajaan Perpaduan'.

"Jika semua orang setuju, DAP setuju, PKR setuju, Umno setuju, MCA setuju, MIC setuju, parti-parti di Sabah, Serawak setuju dan semua setuju. Jadilah Kerajaan Perpaduan yang berlandaskan kepada Islam," tegasnya.

Maka, kata Dato' Harun kerajaan perpaduan tanpa pembangkang akan wujud serta tidak ada siapa lagi yang dianiaya dan dizalimi.

Menurutnya, jika berlaku sebarang perubahan kerajaan, badan kehakiman, suruhanjaya pilihan raya (SPR), perundangan, dasar ekonomi dan dasar luar negara sekali pun mesti dipandu dengan Islam.

Justeru itu, katanya isu kerajaan perpaduan merupakan satu saranan menarik pernah dikemukakan oleh PAS dan semua parti-parti lain serta rakyat Malaysia harus berfikir. - mks. _

"Kami berpegang teguh memperkukuh Pakatan Rakyat - Ahli Parlimen PAS

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Hrkh) - Ahli Parlimen PAS berpendirian berpegang teguh dengan keputusan Muktamar PAS yang sebulat suara mahu PAS memperkukuhkan Pakatan Rakyat (PR) dan menolak sebarang kerjasama dengan Umno/BN.

Demikian kenyataan yang dibacakan Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli yang juga ahli Parlimen Kuala Krai mwakili ahli-ahli Parlimen di Lobi Dewan Rakyat petang tadi.

Bercakap lanjut, Dr Hatta berkata, untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, pihaknya ingin menegaskan bahawa persoalan kerajaan perpaduan tidak pernah merupakan agenda PAS.

Ia selaras seperti yang dijelaskan oleh Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato Abdul Halim Abdul Rahman semasa berucap di Dewan Rakyat semalam (17 Jun 2009) sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan) 2008, ujar Dr Hatta.

"Kami juga menyokong penuh ketegasan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam menangani persoalan ini.

Kenyataan tersebut turut disokong oleh kalangan ahli-ahli Parlimen PAS._

Kelantan disenarai negeri pengeluar minyak di Malaysia

KOTA BHARU, 18 Jun (Hrkh) - Sekiranya benar slogan, rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan dalam gagasan 1 Malaysia mengapa rakyat Kelantan dinafikan hak mendapat royalti minyak.

Sedangkan anggaran pengeluaran petroleum di Kelantan dalam satu tahun kira-kira RM2.5 bilion.

Sehubungan itu kerajaan Kelantan akan membuat tuntutan sebanyak RM1 bilion kepada kerajaan pusat sebagai royalti minyak yang tertunggak sejak tahun 2004.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Dato' Husam Musa berkata, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak wajar menimbangkan tuntutan tersebut selaras dengan konsep '1 Malaysia' yang diperkenalkannya.

"Kerajaan negeri bersetuju supaya Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menulis surat rasmi kepada Perdana Menteri berhubung perkara tersebut," katanya selepas mesyuarat Exco semalam.

Menurutnya berdasar kepada laporan Jabatan Perdana Menteri yang diedarkan kepada pegawai kerajaan negeri, pengeluaran petroleum di perairan Kelantan sebanyak RM2.5 bilion setahun.

Kata beliau Kelantan antara negeri yang disenaraikan sebagai pengeluar petroleum sejak 2004 dan sepatutnya turut mendapat royalti seperti Sabah, Sarawak dan Terengganu.

Katanya, menurut Jabatan Perangkaan empat negeri terbabit disenaraikan sebagai pengeluar petroleum melalui buletin jabatan tersebut bermula 2004 sehingga sekarang.

"Tahun 2009 merupakan tahun keenam kerajaan pusat tidak membayar royalti kepada kerajaan dan rakyat Kelantan sedangkan hasil yang diperolehi setiap tahun bernilai antara RM2.5 hingga RM2.7 bilion.

"Adalah satu perkara yang sangat memalukan jika kerajaan pusat tidak dapat membayar wang royalti itu lebih-lebih lagi kerajaan kini mengutamakan rakyat," katanya.

Ketika ditanya mengapa mengambil tempoh lama untuk membuat tuntutan tersebut beliau berkata, kerajaan negeri baru menerima maklumat Mac lalu dalam mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri. - mj _

Muslimat tolak sebarang kerjasama dengan Umno-BN

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Hrkh) - Dewan Muslimat PAS Pusat dan Ahli Parlimen Muslimat PAS menolak sebarang kerjasama politik dengan Umno dan Barisan Nasional.

Sebaliknya sayap parti PAS itu membuat ketetapan mahu PAS bersama Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP di dalam gagasan Pakatan Rakyat.

Penegasan tersebut kata, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahamud dibuat sebagaimana keputusan muktamar PAS ke-55 pada 5 hingga 7 Jun yang lalu yang sebulat suara mahu PAS bersama Pakatan Rakat.

Beliau yang bercakap dalam satu sidang media di Lobi Parlimen berkata, mereka faham dengan kecelaruan yang berlaku di kalangan ahli-ahli akar Umno serta pimpinan peringkat bawah serta di kalangan penyokong dan pengundi PAS.

"Kami menyeru supaya ahli-ahli PAS, Kelab Penyokong PAS dan penyokong PAS bertenang dan tidak cemas dengan usaha-usaha pihak tertentu untuk memecah belah Pakatan Rakyat dan perpaduan dalam PAS," katanya yang turut ditemani, Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali, Ahli Perlimen Rantau Panjang yang juga Timbalan Ketua Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusuf dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi.

Malah Dr Mariah berkata, Muslimat menyeru kepada semua pimpinan PAS supaya tidak membuat kenyataan-kenyataan atau cadangan baru di luar keputusan muktamar atau perkara-perkara yang tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat atau Majlis Syura Ulama.

Dalam keadaan sekarang katanya, ahli-ahli PAS diminta terus bermunajat kepada Allah S.W.T. supaya memberi petunjuk dan hidayah kepad pemimpin-pemimpin PAS.

"Berilah sedikit masa kepada pimpinan untuk berbincang dan mencapai keputusan terbaik dan kata sepakat yang berhikmah untuk PAS menangani fitnah dan mehnah yang dihadapai sekarang," katanya.

Ujarnya, PAS sebagai parti yang sudah berusia 55 tahun dan sering berhadapan pelbagai cabaran politik memounyai pengalaman yang luas untuk menangani cabaran.

Beliau berkata, seharusnya pemimpin dan ahli melatakkan wala' dan thiqah (kesetian dan kepercayaan) kepada pejuangan jamaah.

Semua keputusan yang menyentuh dasar dan polisi yang diambil oleh pimpinan wajib berpaksikan kepada keputusan muktamar (yang merupakan kuasa membuat keputusan tertinggi dalam PAS). - mns_

Jun 17, 2009

Dewan ulama PAS cadang muktamar khas bincang kerajaan perpaduan

KUALA TERENGGANU: Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mencadangkan agar satu muktamar khas diadakan bagi membincangkan cadangan Presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi pembentukan kerajaan perpaduan kerana ia satu isu yang besar.

"Ini perkara besar dan baru, tidak boleh buat begitu sahaja...kena bawa ke peringkat akar umbi melalui muktamar khas. Bila muktamar khas sudah bersetuju, baru kita boleh laksanakan," katanya.

Beliau juga berkata Abdul Hadi dijangka memberikan penerangan secara terperinci kepada pemimpin-pemimpin parti itu berhubung cadangan berkenaan.

"Kita tunggu presiden pulang dari luar negara. InsyaAllah, selepas diberikan penerangan, kita bersedia turun padang menjelaskan mengenai perkara itu," kata Harun, yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu.

erajaan perpaduan: Anwar yakin 'konflik' Nik Aziz-Hadi dapat diselesaikan

KUALA LUMPUR: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya isu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang meminta Timbalan Presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa meletak jawatan berhubung isu gagasan kerajaan perpaduan boleh diselesaikan dengan baik.

Beliau berkata, apa yang dikatakan oleh Nik Aziz adalah pandangan peribadi.

Namun Anwar percaya pimpinan PAS akan berusaha untuk menyelesaikan isu.

"Itu pandangan beliau (Nik Aziz). Selalunya dalam sistem berpolitik sama ada dalam PAS atau Pakatan Rakyat, kita mengambil kira pandangan.

"Teguran beliau tentulah akibat daripada perasaan beberapa rakan PAS akar umbi.

"Saya ingat, beliau ada konteks berbangkit sebelum ini tapi saya penuh yakin Tuan Guru Nik Aziz dan Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dapat meleraikan isu ini dengan bijak," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Nik Aziz hari ini meminta Nasharudin melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden parti dan sebagai Ahli Parlimen Bachok jika berhasrat meneruskan agenda kerajaan perpaduan.

Semalam, Nasharudin berkata PAS berpendirian terbuka untuk perbincangan tentang perpaduan dan bukannya kerajaan perpaduan kerana parti itu melihat ada peluang untuk memberikan cadangan-cadangan baik kepada kerajaan bagi membantu menyelesaikan kemelut politik, ekonomi dan sebagainya.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, tindakan Nik Aziz itu bukan bermakna wujud pergolakan dalam PAS.

Katanya, tidak wujud kekeliruan berhubung isu kerajaan perpaduan kerana PAS telah menyatakan pendiriannya berhubung perkara itu melalui ucapan Presiden parti pada muktamar baru-baru ini.

"Pertama, PAS kekal dengan Pakatan Rakyat dan kedua, kemungkinan perbincangan diadakan dengan syarat Umno menjamin pilihan raya yang bebas, menghentikan tindakan zalim dan memastikan badan kehakiman bebas.

"Jadi perkara ini tidak sangat membimbangkan dari segi tafsiran kami, tak tahulah dari segi tafsiran orang lain," katanya.

Anwar berkata, Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat Isnin ini akan memberi penjelasan berhubung isu gagasan kerajaan perpaduan.

'Kerajaan perpaduan' perlu libatkan Pakatan Rakyat - Mustafa Ali

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Hrkh) - PAS menegaskan sebarang perbincangan mengenai kerajaan perpaduan bersama Umno-BN perlu melibatkan komponen Pakatan Rakyat iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Image

Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali berkata, BN perlu faham konsep kerajaan perpaduan yang sebenar iaitu perlu melibatkan parti-parti politik utama."

"Kalau nak buat kerajaan perpaduan, semua parti politik perlu terlibat.

"Oleh itu bincang dengan PAS sahaja untuk buat kerajaan perpaduan tak tepat," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurut laporan mstar online, beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak yang menaruh keyakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan kerajaan perpaduan seperti mana yang dicetuskan oleh Presiden parti itu, Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

Bagaimanapun Mustafa berkata, PAS tetap dengan pendirian mereka sebelum ini untuk terus bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat. Image

"PAS menjadikan Islam sebagai dasar, oleh itu dalam Islam kita hormati perjanjian... PAS tidak akan mengkhianati kawan dalam perjanjian.

"Oleh yang demikian jika Najib cakap tentang kerajaan perpaduan, tak boleh hanya dengan PAS, tetapi perlu bersedia dengan PKR dan DAP juga... itu Najib dan BN perlu faham.

"Kalau Najib tak sedia (bincang) dengan PKR dan DAP, PAS pun tak sedia nak bincang dengan Umno-BN," katanya.

Mustafa juga menjelaskan isu perbincangan antara PAS dan Umno yang berlaku selepas pilihan raya umum ke-12 sudah lama berakhir dan tidak perlu dibangkitkan lagi.

"Soal PAS-Umno dan BN dah lama selesai... kali ini perlu sertai semua sekali (Pakatan Rakyat)," katanya.

Walau bagaimanapun Mustafa berkata, PAS sentiasa bersedia untuk mengadakan sebarang perbincangan dengan kerajaan BN jika melibatkan isu-isu yang perlu diselesaikan untuk kepentingan rakyat.

Jelasnya perbincangan seumpama itu tidak perlu melibatkan rakan dalam Pakatan Rakyat. Image

"Perbincangan adalah berbeza, kita boleh berbincang apa pun isu... walaupun tak disertai oleh PKR dan DAP.

"Kita boleh cakap untuk isu-isu kepentingan bersama... perlu bezakan antara perbincangan isu dan kerajaan perpaduan," katanya.

Tambah beliau, PAS juga mungkin mempunyai pandangan berbeza dengan PKR dan DAP mengenai beberapa isu.

"Dalam Pakatan Rakyat pun kita ada perbezaan pendapat, contohnya isu untuk bawa balik bekas ketua Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng... PKR dan DAP setuju tapi PAS tak setuju.

"Kalau tentang Sekolah Agama Rakyat (SAR) takkan kita nak bincang dengan DAP dan PKR, itu sikap masing-masing... PAS sedia bincang isu-isu nasional," katanya. _

Antara dua Tok Guru: Penjelasan dan penjernihan terhadap konsep Kerajaan Perpaduan

SEJAK Tuan Guru Presiden, Dato' Seri Abdul Hadi Awang memperkenalkan konsep kerajaan perpaduan, ia telah menimbulkan satu polemik seolah-olah terdapat perbezaan pemikiran yang serius antara Tuan Guru Presiden dan Tuan Guru Mursyidul Am, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Walhal, secara realitinya perbezaan pemikiran dan sikap dua orang Tok Guru ini adalah mainan media milik Umno/BN.

Iklan

Kedua-dua Tok Guru sedar akan sepak terajang politik bikinan Umno/BN kerana kedua-duanya pernah mentadbir negeri. Kedua-dua Tuan Guru sedar bagaimana Umno/BN telah menganaktirikan Kerajaan Kelantan dan Terengganu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedar (di awal pemerintahannya) betapa peritnya apabila Umno menghentikan bantuan subsidi input pertanian (baja) kepada para penanam padi yang menyebabkan Kerajaan Kelantan terpaksa mengeluarkan baja sendiri yang melibatkan kos jutaan ringgit.

Tuan Guru Abdul Hadi juga merasakan keperitan apabila wang royalti petroleum ditarik balik oleh Umno dan digantikan dengan wang ehsan.

Umno meyindir begitu hebat sekali seolah-olah kerajaan negeri Trengganu pimpinan Tuan Guru Abdul Hadi adalah begitu miskin sekali sampai peringkat meminta sedekah kepada Kerajaan Pusat.

Tidak mungkin kedua-dua Tok Guru lupa akan pengalaman-pengalaman pahit ini. Ini sekadar satu contoh. Banyak lagi diskriminasi yang terpaksa dilalui oleh kedua-dua Tok Guru semasa memegang jawatan Menteri Besar.

Kedua-dua Tok Guru yang warak dan begitu hampir dengan Allah senantiasa memanjangkan tangan persahabatan kepada Umno atas nama perpaduan ummah. Mereka berdua peka terhadap seruan Allah untuk ummat Islam senantiasa berpegang kepada tali Allah (iaitu Agama Islam) dan jangan berpecah-belah.

Tangan persahabatan dihulur dengan satu syarat yang amat penting iaitu perbincangan mengenai penyatuan ummah Melayu mesti menjadikan al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan terpenting. Keenggangan Umno untuk menjadikan al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan asas dalam perbincangan mengenai perpaduan ummah yang menyebabkan persoalan berkaitan dengan perpaduan ummah adalah persoalan yang tiada penghujungnya.

Apabila Tuan Guru Presiden melontarkan idea kerajaan perpaduan, ia menunjukkan betapa besarnya jiwa Tuan Guru Presiden yang seolah-olah bersedia untuk memaafkan Umno di atas segala kejahatan yang dilakukan ke atas beliau.

Lontaran idea ini bukan sahaja kepada Umno tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia atas keyakinan beliau bahawa sudah tiba masanya untuk Islam (melalui PAS) memimpin perubahan dan salah satu perubahan yang dimaksudkan ialah kerajaan perpaduan. Hujah ini adalah selari dengan hujah Tuan Guru Mursyidul Am.

Tuan Guru Presiden adalah ikhlas dalam mengetengahkan idea kerajaan perpaduan. Sekiranya Umno ikhlas dalam hal ini, tindakan segera yang Umno perlu lakukan ialah jangan bertanding dalam pilihan raya kecil Manik Urai pada 14 Julai 2009 nanti.

Sekiranya Umno terus bertanding, maka Umno yang sebenarnya berpura-pura mengenai kerajaan perpaduan dan bukannya kedua-dua Tok Guru yang mereka ingin lagakan.

Takrifan dan latarbelakang sejarah

Kerajaan Perpaduan dapat didefinisikan sebagai "satu kerajaan campuran yang besar terdiri dari semua parti politik (atau semua parti politik yang penting) yang berada dalam satu Dewan Perundangan (legislature) dan biasanya dibentuk dalam masa perang atau lain-lain keadaan dharurat yang dihadapi oleh sesebuah negara."

Dari takrifan ini ia memperlihatkan bahawa kerajaan perpaduan bukanlah merupakan satu struktur politik yang kekal. Ia bersifat sementara, iaitu ia diwujudkan dalam keadaan-keadaan yang kritikal (seperti semasa perang dan krisis ekonomi yang meruncing) bagi menjamin kelangsungan negara itu sendiri.

Ini bermakna perbezaan pandangan antara parti yang memerintah dan pembangkang perlu dikesampingkan. Atas dasar inilah kerajaan perpaduan adalah sebuah kerajaan yang tidak mempunyai pembangkang.

Ia boleh menjadi satu struktur politik dan pentadbiran yang kekal sekiranya Islam dijadikan bahan rujukan dalam segala aspek pentadbiran negara, atas kesedaran bahawa Islam adalah satu sistem yang syumul dan paling sempurna yang diturunkan oleh Allah untuk manusia.

Dari segi sejarahnya, penubuhan kerajaan perpaduan bukanlah sesuatu yang baru. Ia pernah ditubuhkan di negara-negara seperti Kanada, Israel, Kenya, Lebanon, Luxembourg, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Sebagai contoh, di UK kerajaan perpaduan telah ditubuhkan semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua. Semasa Perang Dunia Pertama, kerajaan perpaduan di bawah pimpinan David Lloyd George mampu bertahan sehingga 1922.

Begitu juga semasa Zaman Kemelesetan (Great Depression) ekonomi yang menimpa dunia, sebuah kerajaan perpaduan telah ditubuhkan di UK pada tahun 1931 antara Ramsay MacDonald, Perdana Menteri dari Parti Buruh dan Parti Konservatif dan Liberal. Kerajaan ini bertahan sehingga 1945.

Terdapat juga contoh-contoh terkini penubuhan kerajaan perpaduan. Sebagai contoh, Afrika Selatan. Antara 27 April 1994 dan 3 Febuari 1997, Kerajaan Afrika Selatan telah ditadbirkan oleh sebuah perlembagaan sementara.

Fasal 88 perlembagaan sementara ini mensyaratkan mana-mana parti politik yang mempunyai 20 atau lebih kerusi dalam Dewan Perhimpunan Nasional (National Assembly) boleh menuntut satu atau lebih portfolio kabinet dan boleh bergabung dalam kerajaan yang memerintah.

Kerajaan yang ditubuh ini dikenali sebagai Kerajaan Perpaduan Nasional atau Government of National Unity (GNU). Di bawah pimpinan Presiden Nelson Mandela, GNU berkembang dan berfungsi dengan baik.

Pada pilihan raya 27 April 1994, Parti Kongres Kebangsaan Afrika (African National Congress) pimpinan Mandela telah memenangi majoriti kerusi di Dewan Perhimpunan Nasional dan boleh menubuh kerajaan tanpa bantuan parti-parti lain.

Walau bagaimanapun, dua parti lain, Parti Nasional dan Parti Kebebasan Inkatha telah menerima pakai peruntukan GNU dan memperolehi beberapa portfolio kabinet.

Presiden Mandela turut mengundang parti-parti lain menyertai kabinet sungguhpun parti-parti ini tidak memperolehi 20 kerusi minima sebagaimana yang diperlukan untuk membolehkan mereka menyertai GNU. GNU bertahan sehingga 1999.

Contoh kedua ialah Israel. Israel merupakan negara moden yang paling banyak menggunakan pendekatan "kerajaan perpaduan" sebagai kaedah menyelesaikan masalah dalaman mereka.

Secara lebih spesifik, menyelesaikan pertembungan antara Parti Buruh dengan Parti Likud. Kerajaan perpaduan yang dibentuk ialah kerajaan campuran antara dua parti yang dominan ini. Terkini usaha-usaha sedang dijalankan bagi menyatukan Parti Likud dengan parti Kadima.

Berbeza dengan Afrika Selatan di bawah Mandela, kerajaan perpaduan Israel tidak menjemput parti-parti politik lain yang lebih kecil menyertai kerajaan yang dibentuk. Kerajaan perpaduan yang dibentuk di Israel mempunyai motif politik yang tersendiri iaitu hanya memikirkan survival bangsa Yahudi sahaja.

Halangan ke arah pencapaian

Bukanlah sesuatu yang senang untuk mewujudkan satu kerajaan perpaduan terutamanya dalam sebuah negara seperti Malaysia di mana nilai-nilai politiknya adalah sarat dengan nilai-nilai perkauman.

Memahami betapa terdapatnya halangan-halangan yang serius bagi penubuhan sebuah kerajaan perpaduan di Malaysia, maka Tuan Guru Presiden menegaskan bahawa idea kerajaan perpaduan hanya merupakan satu lontaran idea. Tidak lebih dari ini.

Sekiranya ada pihak-pihak yang berminat, maka penerokaan yang lebih mendalam terhadap idea ini bolehlah diteruskan. Antara perkara yang perlu dibincang ialah bagaimana untuk mengatasi halangan-halangan yang sedia ada bagi membolehkan idea kerajaan perpaduan dipraktikkan.

Di Malaysia, antara halangan yang wujud ialah pertama, peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan dan dasar-dasar kerajaan sedia ada yang dilihat oleh sesetengah pihak (termasuk parti politik) sebagai menghalang perpaduan. Peruntukan-peruntukan yang dimaksudkan ialah: Islam sebagai agama Persekutuan; hak istimewa orang Melayu; Perkhidmatan Awam (termasuk polis dan tentera); DEB, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan lain-lain. Apakah perkara-perkara ini perlu dipinda? Atau di mansuh?

Halangan kedua ialah sistem pilihan raya yang berteraskan first-past-the-post. Dapatlah dihujahkan di sini bahawa sistem pilihan raya yang berteraskan prinsip 'perwakilan berkadar' (proportional representation) adalah lebih selari dengan konsep kerajaan perpaduan.

Halangan ketiga ialah sistem Federalisme ikutan Malaysia di mana terlalu banyak kuasa tertumpu kepada Kerajaan Pusat. Apakah ini sesuai dengan perjalanan 'kerajaan perpaduan'?

Halangan ke empat ialah peranan Ketua Whip di Parlimen; ia perlu dipinda. Begitu juga dengan peranan BBC. Ini adalah kerana kewujudan institusi ini menyebabkan ahli-ahli parlimen terpaksa akur kepada keputusan partinya sungguhpun ada ahli-ahli parlimen dari parti ini tidak bersetuju dengan keputusan atau dasar yang dibuat oleh parti mereka sendiri.

Kerajaan Perpaduan: Peranan PAS

Atas sifat Islam amat mementingkan perpaduan, maka secara jangka panjangnya, PAS boleh mempelopori idea kerajaan perpaduan atas usaha dan gagasan berikut: Pertama, bergerak cergas bagi merealisasi prinsip loyal opposition.

Kedua, mengemukakan contoh-contoh dari sejarah Islam bagi membenarkan hujah bahawa merealisasi prinsip keadilan yang melangkaui pertimbangan perkauman adalah kaedah terbaik mewujudkan perpaduan nasional.

Ketiga, kerajaan perpaduan perlu berpegang kepada prinsip 'pengislahan sistem politik dan ekonomi secara progresif'.

Ke empat, pendekatan Fiqh Keutamaan (Qaradawy) sebagai rujukan asas.

Kesimpulan

Berdasarkan kepada pengalaman negara-negara yang pernah bereksperimen dengan 'kerajaan perpaduan' memperlihatkan kepada kita bahawa kerajaan ini bersifat jangka pendek dan hanya bertahan semasa negara sedang mengalami suasana yang mencabar. Selepas keadaan kembali normal, ia tidak lagi relevan.

Sekiranya PAS masih berminat dengan idea kerajaan perpaduan, maka GNU pimpinan Nelson Mandela adalah model terbaik yang boleh dijadikan sebagai model dan perlu dikaji secara mendalam kesesuaiannya dalam konteks Malaysia.

Model ini sudah semestinya diterapkan dengan nilai-nilai Islam. Jangan juga lupa bahawa Sahifah Madinah yang dihasilkan oleh Rasulullah (saw) sendiri merupakan model terbaik kerajaan perpaduan. - mks.

(Penulis adalah Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPPP). _

Putar belit kenyataan: Nik Aziz cadang saman Utusan Malaysia

KOTA BHARU, 17 Jun (Hrkh) - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia yang dianggap memutar belit kenyataannya.

� Menteri Besar Kelantan itu berkata, berita yang disiarkan akhbar tersebut sebelum ini sebagai berniat jahat dan ingin memalukannya.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya menggunakan perkataan 'nasihat saya mesti didengar' sebagaimana yang dilaporkan akhbar berkenaan bertarikh 15 Jun lalu.

"Bukan watak saya memaksa orang lain mendengar cakap saya, bahkan ia�bukan sejarah dalam hidup saya untuk berbuat demikian seperti disiarkan akhbar terbabit," katanya selepas mesyuarat Exco, hari ini.

Akhbar terbabit pada 15 Jun lalu melaporkan Nik Abdul Aziz menegaskan kenyataan kerasnya terhadap mereka yang menyokong cadangan penubuhan kerajaan perpaduan oleh parti parti, hanya nasihat awal.

Menurut akhbar itu lagi beliau mengingatkan bahawa nasihatnya mesti didengar kerana mempunyai hujah jelas untuk menangkis cadangan yang dianggap sebagai ilham Umno.

Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz berita itu ditulis dengan memutarbelit kenyataannya, ditambah pandangan penulis sendiri.

Selain pembohongan, katanya ia juga berupa hasutan terhadap saya terutama disebut 'kenyataan Nik Aziz dianggap suci dan selari dengan Islam �oleh sebilangan besar pemimpin, ahli dan penyokong PAS yang ditulis dalam ruangan surat pembaca akhbar sama.

"Selain pembohongan untuk memburukkan nama baik saya, ia juga berupa hasutan supaya rakyat memandang buruk pada saya.

"Saya telah menyerahkan kepada peguam hari ini untuk mengambil tindakan ke atas akhbar terbabit dan penulis rencana (surat pembaca) terbabit," katanya.

Surat pembaca disiarkan akhbar terbabit pada 16 Jun bertajuk 'Nik Aziz memutlakkan nasihatnya bercanggah hukum-hakam.'

Ketika ditanya perasaan dalam menghadapi situasi berkenaan beliau melahirkan rasa dukacita serta rasa malu dengan apa yang berlaku.

Tambah beliau lebih mendukacitakan lagi apabila penulis terbabit �mengajak semua mufti termasuk alim ulamak untuk memberi pandangan berhubung masalah berkenaan.

"Ini semua kerja yang tidak masuk akal lebih lagi bila saat nak menghadapi pilihan raya kecil.. macam ni lagilah untuk menambahkan rasa kebencian kepada saya dan PAS," ujarnya. - mj _

Umno perangkap PAS isu kerajaan perpaduan - Nik Aziz

KOTA BHARU, 17 Jun (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan isu berkaitan kerajaan perpaduan yang diriuh rendahkan sekarang hanya sekadar kenyataan peribadi pemimpin tertentu yang tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat.

Katanya setakat ini tiada sebarang kertas agenda yang dibawa dalam mesyuarat PAS atau bersama Pakatan Rakyat.

Oleh itu kata beliau isu tersebut tidak boleh dikaitkan secara langsung dengan PAS kerana ia merupakan satu padangan peribadi pemimpin tertentu sahaja.

"Kerana itulah pemimpin Pakatan Rakyat pun tidak tahu, begitu juga dengan pemimpin PAS yang lain. Jadi bagaimana nak hubungkaitkan dengan PAS berhubung isu kerajaan perpaduan.

"Bawalah dulu benda itu dalam mesyuarat parti, kemudian dalam Pakatan, kalau PAS dan Pakatan Rakyat bersetuju lainlah masalahnya.

"Ini dengan Pakatan tidak dibincang dalam parti pun begitu juga, macamana kita nak proses benda ni.. sebab tu saya kata benda ni direka oleh boneka Umno," katanya selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Sehubungan itu katanya, kalau semua pihak setuju, maka setiap wakil sama ada dari PAS, KeADILan dan DAP mungkin ada yang bakal menjadi menteri.

Kata beliau sekiranya perkara itu boleh berlaku barulah benar-benar dikatakan sebagai kerajaan perpaduan.

"Tetapi apa yang berlaku ini perpecahan. Umno sekarang sedang berpesta. PAS dah masuk perangkap. PAS sesama PAS dah nampak macam nak berpecah dah.. bercelaru.

"Begitu juga PAS dengan Pakatan Rakyat juga nampak bercelaru. Ini bererti mereka menganggap telah berjaya memecah belahkan PAS.

"Tetapi Alhamdulillah dapat dibendungkan dengan kenyataan saya sebelum ini," tambahnya.

Semalam Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak dilaporkan percaya PAS ikhlas untuk berbincang mengenai penubuhan kerajaan perpaduan yang dicetus presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. - mj _

Ustaz Halim tegaskan tidak pernah bincang kerajaan perpaduan

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Hrkh) - Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman ketika berucap di Dewan Rakyat hari ini menegaskan persoalan kerajaan perpaduan tidak pernah dibincangkan dalam Majlis Syura Ulama sebelum ini.

Ketika menjawab soalan dari ahli Parlimen BN Putatan, Marcus Mojinggoh di Dewan Rakyat, Ustaz Halim (PAS Pengkalan Chepa) menyatakan, adapun kenyataan balas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa adalah kenyataan peribadi dan bukan mewakili parti.

Untuk makluman, Ustaz Halim berbahas hari ini dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pindaan 2009.Isu kerajaan perpaduan dijawab selepas memberi respon kepada Marcus yang bertanyakan isu tersebut dalam perbahasan semalam.

Beliau merujuk pertanyaan beberapa ahli Parlimen BN yang mahu penjelasan mengenai kenyataan Ustaz Nasharudin yang dilaporkan berkata beliau positif ke atas kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak mengenai isu kerajaan perpaduan.

Kenyataan Ustaz Halim kemudian disambut oleh beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat, antaranya Lim Kit Siang (DAP Ipoh Timur) yang menyifatkan kenyataan Najib adalah hanya untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat sahaja.

Kit Siang seterusnya menyatakan, kenyataan Najib itu sebenarnya tidak terkesan kepada Pakatan Rakyat, sebaliknya hanya umpan sahaja.

Semalam, Timbalan Presiden PAS, dilaporkan menyambut baik kesediaan Najib mengadakan perbincangan mengenai isu kerajaan perpaduan.

Katanya, merupakan reaksi serius pertama dari perdana menteri terhadap cadangan kerajaan perpaduan itu.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak dapat bercakap bagi pihak PAS tetapi perlu membawa perkara itu kepada presiden dan pihak parti.

Namun begitu, katanya, PAS terbuka untuk mengadakan sebarang perbincangan dengan mana-mana pihak.

Terdahulu, Najib Razak berkata beliau melihat PAS ikhlas dalam cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang disuarakan oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Perdana Menteri berkata beliau tidak menolak sebarang kerjasama yang boleh memberi kebaikan untuk negara.

"Umno sentiasa bersikap terbuka dan bersedia untuk mendengar dan menimbang apa-apa cadangan yang dikemukakan oleh PAS," katanya selepas merasmikan Persidangan Menteri-menteri Pelajaran Negara-negara Komanwel ke-17 di ibu negara semalam.

Ditanya sama ada beliau yakin dengan cadangan itu, Najib berkata ini adalah satu titik permulaan tetapi beliau perlu juga melihat terlebih dahulu bentuk kerjasama yang sesuai antara kedua-dua parti itu. _

Jun 16, 2009

16 SEPT DAN KERAJAAN PERPADUAN TERLALU JAUH BEZANYA

Oleh: WFAUZDIN NS ADA pihak yang tidak menggunakan otak apabila menyamakan objektif 16 Sept yang ingin dibawa oleh DS Anwar dengan idea Kerajaan Perpaduan yang kini masih hangat diperdebatkan. Secara ringkasnya, saya sambil melelap mata boleh mengetahui di mana beza kedua-dua isu tersebut, dan mungkin banyak lagi perbezaan yang boleh kita lihat jika kita gunakan otak untuk mencarinya. Sasaran 16 Sept adalah pendekatan DS Anwar untuk mendapatkan sokongan MP-MP dari Umno/Bn secara terbuka iaitu mengistiharkan sokongan terhadap PR. Bukan bermatlamat DS Anwar bersekongkol dengan Umno/Bn atau berpakat bersama mereka, tetapi merekalah yang mesti masuk bersama PR. Pendekatan itu dibuat secara terbuka malah kerap diulang berkali-kali oleh DS Anwar sewaktu di dalam Parlimen dan juga di dalam ceramah-ceramahnya. DS Anwar juga sering berkata, beliau bukan bermusuh dengan ahli-ahli Umno di peringkat bawahan dan seringkali beliau mengajak agar ahli-ahli Umno/Bn kembali ke pangkal jalan samada untuk menyertai PKR, Pas atau DAP. Malangnya, rancangan 16 Sept gagal dari segi untuk melayakkan PR berkuasa di Pusat, tetapi banyak kejayaannya jika dilihat dari segi sokongan yang semakin bertambah di peringkat akar umbi. Mudah cakap, plan 16 Sept adalah plan yang dirancang secara terbuka malahan disokong sepenuhnya oleh pimpinan PR termasuk Pas sendiri yang juga mendapat faedah dari semakin ramai yang bersama Pas sekarang. Manakala, Kerajaan Perpaduanpula adalah satu pendekatan juga tetapi tidak pernah dibincang terlebih dahulu sesama rakan di dalam PR, bahkan ditolak oleh Muktamar Pas sendiri sewaktu Muktamar di Perak tahun sudah. Kerajaan Perpaduan bukan bertujuan untuk menarik ahli Umno/Bn ke dalam Pas, tetapi sebaliknya dilihat untuk mendekatkan Pas kepada Umno walaupun bukan untuk menyertai Umno. Punca mengapa kaedah ini disangsikan adalah apabila melihat cara ianya cuba dilakukan oleh beberapa kerat pemimpin Pas di Selangor sewaktu kerajaan Selangor dapat dirampas oleh PR. Apakah perbincangan mereka bersama pemimpin Umno Selangor serta Pak Lah ketika itu untuk menarik mereka menyokong PR atau menyokong Pas? Jawapannya tidak. Mereka berbincang bagaimana untuk mewujudkan kerajaan bersama Umno di Selangor, sekaligus menendang PKR dan DAP keluar. Ini fakta dan ramai pimpinan Pas sendiri tahu perkara ini. Oleh sebab itu, pemilihan dalam Pas baru-baru ini agak panas kerana ramai yang mengetahui `hubungan sulit' sedemikian rupa telah dilakukan. Di antara kedua-dua tersebut iaitu 16 Sept dan Kerajaan Perpaduan seperti yang secara ringkasnya dinyatakan, di mana letaknya persamaan? Mengapa apabila mereka ini terdesak setelah rahsia jahat mereka diketahui, mereka ingin samakan dengan projek 16 Sept itu? Mengapa sewaktu 16 Sept dirancang, mereka tidak membantah malah pimpinan tertinggi Pas pun menyokong atas dasar menyeru mereka dari Umno/Bn kepada PR dianggap jalan dakwah kerana ianya tidak melibatkan unsur rasuah? Tetapi mengapa apabila Kerajaan Perpaduan ini dicetuskan, maka berbagai bantahan didengar bukan sahaja dari rakan PR yang lain, tetapi pimpinan Pas tertinggi pun menentang seperti Mursyidul Am mereka? Ini jelas menunjukkan kedua-dua kaedah ini berbeza. Satu idea untuk kebaikan bersama di dalam PR, manakala satu idea lagi adalah untuk kepentingan diri dan pengkhianatan kepada rakan-rakan di dalam PR bahkan kepada semua yang selama ini menyokong PR dan Pas. Perbezaan yang paling ketara adalah idea Kerajaan Perpaduan ini tidak dihuraikan secara terperinci terlebih dahulu tetapi timbul pada muktamar. Sekiranya dihuraikan juga, sudah pasti hanya yang buta sejarah dan yang tidak mengenali Umno akan menyokongnya./ wfauzdin.blogspot.com

Walaupun dikecam Anwar tetap mahu Chin Peng dibenar pulang

KUALA LUMPUR: Di sebalik kritikan pelbagai pihak, Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendiriannya agar kerajaan membenarkan bekas ketua Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng pulang ke tanah air.

Anwar berkata, kenyataan beliau sebelum ini yang menyokong kepulangan Chin Peng bukan berkisar tentang keganasan yang melibatkan aktiviti militan PKM tetapi berlandaskan prinsip kemanusiaan.

"Malaysia telah menandatangani perjanjian, mereka (PKM) telah menyerahkan senjata dan pulang dengan aman.

"Sebahagian besar termasuk Musa Ahmad dan Shamsiah Fakeh telah pun pulang. Sebab itu saya fikir atas rasa peri kemanusiaan, (Chin Peng) perlu dibenarkan pulang," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Anwar menyatakan pendiriannya tentang Chin Peng Sabtu lalu.

Sejak itu beliau dikecam kerana membelakangi pengorbanan anggota keselamatan negara.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, sejak daripada kepimpinan Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein, Malaysia telah mengadakan pertemuan dengan parti komunis di China yang sememangnya diketahui menyokong PKM.

"Jadi pada pendapat saya, elok kita maju terus dan menyatakan sejarah sebagai satu realiti.

"Kita harus terus memberi pengiktirafan kepada usaha dan pengorbanan pasukan keselamatan tetapi jangan kita menunjukkan sikap kepura-puraan dan tidak konsisten dalam dasar ini," katanya.

Berhubung kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang menyatakan beliaumelihat PAS ikhlas dalam cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan dan tidak menolak sebarang kerjasama antara Umno dan PAS, Anwar berkata, kenyataan Najib adalah untuk meraih sokongan.

Katanya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menjelaskan kepada beliau bahawa jika wujud kerjasama antara kedua-dua parti itu, ia adalah berkisar mengenai sistem pilihan raya dan institusi kehakiman yang bebas.

Katanya, Abdul Hadi akan memberi penjelasan lanjut berhubung kerajaan perpaduan yang diutarakan parti itu pada mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat Isnin ini.

Sementara itu, Anwar berkata, beliau sedang menyediakan usul bagi memprotes tindakan junta tentera Myanmar terhadap pemimpin prodemokrasi, Aung San Suu Kyi yang menyekat beliau daripada memperjuangkan demokrasi dan hak-hak asasi manusia di Myanmar.

PAS dakwa tak tahu rancangan Nizar

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Pas Nasharuddin Mat Isa berkata Anggota Parlimen Bukit Gantang daripada parti itu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, telah berjaya dalam hasratnya untuk menarik perhatian dunia daripada tindakannya di Dewan Rakyat semalam.

"Beliau nak tarik perhatian dunia dan beliau sudah mendapat perhatian dunia," katanya merujuk kepada tindakan Mohammad Nizar memakai lilitan bertulis "Bubar DUN" pada songkoknya selain melaungkan "Hidup Rakyat, Bubar DUN" sebaik mengangkat sumpah memegang jawatan seamalam.

Akibat perbuatan melanggar peraturan itu, beliau digantung daripada menghadiri persidangan selama dua hari oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Nasharuddin berkata beliau tidak mengetahui sepenuhnya tindakan yang ingin dilakukan oleh Mohammad Nizar kerana beliau hanya dimaklumkan bahawa bekas Menteri Besar Perak itu akan memakai lilitan lengan, dan oleh itu terkejut apabila Anggota Parlimen berkenaan bertindak lebih daripada itu.

Ditanya sama ada beliau setuju dengan tindakan itu, Nasharuddin berkata oleh kerana kejadian itu telah berlaku, maka beliau menerima seadanya.

Beliau menolak kemungkinan bahawa Mohammad Nizar akan dikenakan tindakan disiplin oleh Pas berhubung kejadian itu.

Mengenai laporan portal berita Agenda Daily bahawa berikutan kejadian itu, beliau kini menjauhkan diri daripada Mohammad Nizar, Nasharuddin berkata beliau tidak pernah berkata demikian.

"Apa yang saya katakan ialah apa yang berlaku semalam merupakan respon Nizar untuk menunjukkan kepada dunia apa yang sedang berlaku di Perak, walaupun secara peribadi, saya tidak diberitahu perkara yang akan beliau lakukan semalam," katanya.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, berkata kekecohan yang berlaku semalam merupakan manifestasi masalah yang wujud di Perak.

"Apa yang dilakukan oleh Nizar semalam adalah perkara spontan. Ia menggambarkan betapa seriusnya situasi di Perak di mana ia boleh diselesaikan sebaik sahaja DUN Perak dibubarkan," katanya. BERNAMA

3,000 petugas Pemuda PAS akan ke Manek Urai

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Hrkh) - Pemuda PAS akan mengerahkan tenaga Pemuda seramai mungkin ke Manek Urai bagi mempertahankan kemenangan PAS pada pilihan raya kecil Dun Manek Urai pada 14 Julai akan datang.

Ketuanya, Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi berkata Pemuda akan mengerahkan Pemuda di seluruh negara agar turun membantu pilihan raya kecil itu.

"Kita akan mengerahkan semua pemuda di seluruh negara agar berkampung di Manek Urai untuk memastikan momentum sokongan rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13," katanya pada satu sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Sementara itu, Nasrudin turut menyatakan bahawa kira-kira 3,000 Pemuda akan turun berkampung di Manek urai bagi menjalankan agenda pemuda khususnya dalam memahamkan isu-isu semasa politik dalam negara mutakhir ini.

Selain itu ujarnya, Pemuda juga akan terus menguruskan kebajikan yang sedia menjadi agenda utama dalam pentadbiran kerajaan PAS di Kelantan.

"Pemuda akan turun mengikut negeri dan kawasan bagi membantu jentera PAS memenangkan kawasan tersebut dengan pendekatan yang ditetapkan," ujarnya.

Dalam perkembangan yang sama, Nasrudin berkata Jentera Pilihan Raya Pemuda Pakatan Rakyat akan dilancarkan pada 19 Jun di Lata Rek, Manek Urai. - mns_

MAFREL kurang setuju SPR adakan pengundian hari bekerja

KOTA BHARU, 16 Jun (Hrkh) - Malaysia For Free And Fair Election (MAFREL) akan membuat pemantauan sepanjang tempoh proses pilihan raya kecil Dun Manek Urai.

Ketua Misi Mafrel, Dr Abdul Halim Yusof berkata, pihaknya sedang dalam proses memohon akreditasi sebagaimana dilakukan pada pilihan raya lepas.

"MAFREL sudah mula bergerak. Pemantauan merangkumi fasa prapenamaan calon, fasa kempen, hari pengundian dan fasa pasca pengundian.

"MAFREL juga akan memobilisasikan sukarelawan terlatih seramai lebih 300 orang," katanya kepada media di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata MAFREL sebagai badan prihatin tentang hak-hak asasi berkaitan pilihan raya akan mengadakan sesi latihan bagi menjadikan pilihan raya benar-benar bebas dan adil.

Dr Abdul Halim berkata, bagi mencapai matlamat tersebut MAFREL berharap semua pihak menghormati undang-undang serta peraturan pilihan raya dengan jujur.Image

"Perkara yang kerap terjadi sebelum ini ialah penggunaan jentera kerajaan dengan sewenang-wenangnya kerana melibatkan dana awam yang lebih kepada gimik pilihan raya.

"Paparan gambar individu bukan calon pada banner dan banting termasuk edaran berita berunsur fitnah, pembohongan yang boleh mengelirukan rakyat," katanya.

Beliau juga berharap pihak keselamatan lebih berhemah ketika menjalankan tugas.

"Akhir-akhir ini kerahan terhadap anggota polis amat ramai di kawasan pilihan raya sehingga membazirkan wang serta menyusahkan rakyat dan penduduk tempatan," ujarnya.

Beliau juga berharap semua pihak memastikan penyokong bertindak rasional bagi memastikan proses pilihan raya mencapai tahap demokrasi sebenar.

Beliau turut melahirkan rasa kurang senang terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana menetapkan hari mengundi pada hari bekerja yang boleh menghalang pengundi keluar mengundi.

"Pengundi luar kawasan tentunya mengalami kesukaran untuk pulang mengundi," ujarnya.

Misi pemerhatian Mafrel itu turut dibantu Haji Nik Zulkifli Nik Salleh selaku Penyelaras Misi Mafrel Manek Urai. - mj _

Lee Kuan Yew diharap beri pandangan yang ikhlas

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Hrkh) - Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew diharap ikhlas dalam melahirkan pandangannya tentang pemerintahan telus PAS di Kelantan selama 18 tahun dan perbandingannya dengan wajah Barisan Nasional yang diselaputi korupsi.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman menegaskan kesediaan Lee Kuan Yew bertemu dengna pimpinan PAS membuka satu era politik baru Malaysia yang tidak harus dipandang ringan memandangkan selama ini beliau tidak pernah bersangka baik dengan PAS.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Johor berpandangan, jika kerjasama dapat dijalinkan selepas ini, beliau mesti bersikap jujur dengan negara jiran serta menangani beberapa isu yang tertunggak secara adil.

"Sikap angkuh yang ditunjukkan beliau laksana Israel di Asia mesti dihentikan. Protes Singapura terhadap pembinaan Jambatan Bengkok menggantikan Tambak Johor yang sesak wajar dihentikan.

"Kami mendesak Perdana Menteri, Dato' Seri Najib mendahulukan perbincangan untuk meneruskan pembinaan Jambatan Bengkok yang sangat mendesak ketika ini dengan Singapura daripada isu jambatan ketiga yang diuar-uar dari Pengerang ke Singapura," katanya.

Dalam pada itu katanya, hubungan dua hala Malaysia-Singapura yang berat sebelah boleh dibaiki walaupun perasaan rakyat Malaysia terguris dengan isu Pulau Batu Putih dan Iskandar Malaysia yang tidak akan padam sampai bila-bila.

Sehubungan itu katanya, sungguhpun mengalukan pertemuan bersejarah Lee Kuan Yew dengan pimpinan PAS, PAS Johor khususnya sentiasa berwaspada dengan agenda tersirat mantan Perdana Menteri Singapura itu. - mns_

Jun 15, 2009

Bidang tugas SPR untuk isytihar kekosongan kerusi, bukan Speaker

PUTRAJAYA: Ia merupakan bidang tugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan bukannya speaker Dewan Undangan Negeri Perak, untuk mengisytiharkan sama ada berlaku kekosongan kerusi atau pun tidak, demikian diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Nik Hashim Nik Ab Rahman, dalam penghakiman setebal 20 muka surat, berkata mengikut Seksyen 12(3) Akta Pilihan Raya 1958, SPR akan memastikan wujud kekosongan kerusi sebelum mengeluarkan writ pilihan raya kecil.

Oleh itu, speaker tidak boleh campur tangan dengan tugas perlembagaan SPR untuk memastikan sama ada berlaku kekosongan biasa.

"Mengikut Perkara 36(5) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, dibaca bersama dengan Seksyen 12(3) Akta Pilihan Raya, SPR yang mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan berlaku kekosongan biasa, kata Hakim Nik Hashim dalam penghakiman bertarikh 8 Jun, penghakiman terakhirnya sebelum beliau bersara pada 1 Julai.

"Oleh yang demikian, kami sebulat suara memutuskan bahawa keputusan speaker yang mengisytiharkan kekosongan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah tidak mengikut undang-undang dan dengan itu tidak sah dan batal kerana keputusan itu bercanggah dengan Perkara 36(5) Undang-undang Tubuh Negeri Perak," katanya.

Salinan penghakiman itu diedarkan kepada media pada Isnin.

Hakim Nik Hashim berkata penerimaan oleh speaker akan surat peletakan jawatan kononnya adalah daripada wakil rakyat berkenaan tidak menyebabkan kekosongan kerusi sepertimana mengikut Perkara 35 Undang-undang Tubuh Negeri Perak, peranan speaker hanya terhad kepada menerima surat peletakan jawatan secara bertulis itu dan menyerahkan surat itu kepada SPR.

Beliau berkata kemudian SPR, mengikut prosedurnya sendiri, akan menentukan sama ada atau tidak wujud kekosongan biasa.

"Sebaik sahaja kekosongan biasa ditentukan, kemudian adalah menjadi tugas SPR untuk mengisi kekosongan itu dengan mengadakan pilihan raya kecil. Dengan adanya ketetapan yang jelas antara bidang kuasa SPR dan speaker, kebimbangan berlakunya pencerobohan terhadap doktrin bidang kuasa yang berbeza antara satu badan dengan badan lain tidak timbul," katanya.

Pada 9 April, panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff memutuskan tiga wakil rakyat Perak yang keluar dari parti masing-masing untuk menjadi wakil rakyat Bebas boleh mengekalkan kerusi mereka selepas memutuskan SPR mempunyai hak untuk mengisytiharkan sama ada berlaku kekosongan kerusi DUN ataupun tidak.

Dalam keputusan penting itu, Hakim Alauddin membenarkan permohonan tiga wakil rakyat itu -- Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Capt (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) -- untuk mengisytiharkan yang mereka adalah wakil rakyat bagi ketiga-tiga kawasan itu.

Empat lagi hakim ialah Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria, hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Nik Hashim dan Datuk Seri S. Augustine Paul dan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk James Foong (kini hakim Mahkamah Persekutuan).

Ketiga-tiga wakil rakyat itu telah memohon supaya saman mereka terhadap Sivakumar dirujuk ke mahkamah tertinggi atas alasan ia melibatkan isu perlembagaan.

Mereka pada asalnya memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Ipoh bagi memohon diisytiharkan mereka adalah wakil rakyat yang sah bagi ketiga-tiga kawasan walaupun Sivakumar telah mengumumkan yang kerusi berkenaan kosong.

Hakim Nik Hashim berkata mahkamah bersetuju bahawa speaker berhak untuk menerima surat peletakan jawatan itu tetapi tidak bersetuju dengan tindakan speaker mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN itu kerana perkara itu tidak termasuk dalam bidang kuasa beliau untuk berbuat demikian.

Katanya pengisytiharan kekosongan kerusi berkenaan oleh speaker tidak boleh dikatakan turut termasuk dalam prosiding Persidangan Dewan Undangan Negeri (SLA) kerana ia tidak melibatkan dan merupakan sebahagian daripada prosiding SLA.

Oleh yang demikian, imuniti daripada proses sebenar mengikut undang-undang dengan kesahihan bagi mana-mana prosiding dalam sidang DUN yang dijamin mengikut Perkara 72(1) Perlembagaan Persekutuan tidak terpakai dalam kes ini, katanya. BERNAMA

Sudah tiga bulan Najib jadi PM, ada yang tidak kena!

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Hrkh) - "Kita telah masuk ke bulan ketiga sejak pelantikan Perdana Menteri yang baru. Kalau itulah ukuran sambutan orang terhadap Perdana Menteri yang baru maka sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena."

Demikian pandangan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu wawancara bersama Harakah baru-baru ini.

Menurutnya, ukuran Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri baru boleh dilihat berdasarkan sambutan masyarakat terhadapnya termasuk dunia luar.

"Dalam ukuran kepada populariti Perdana Menteri yang baru, kalau kita ambil daripada kaca mata "ucap tahniah" yang diterima oleh Malaysia, setakat ini yang saya diberi faham hanya Singapura, Brunei, dan baru-baru ini Amerika yang ucapkan tahniah. Hanya tiga pemimpin negara dari seluruh dunia yang menyampaikan ucapan tersebut.

"Kita telah masuk ke bulan ketiga sejak pelantikan Perdana Menteri yang baru. Kalau itulah ukuran sambutan orang terhadap perdana menteri yang baru maka sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena,"jelasnya.

Tambah Nik Aziz, jika diselidik,sudah pasti pergolakan bukan sahaja dalam komponen Barisan Nasional (BN) malah isu dalaman Umno sendiri boleh dianggap sebagai punca pelantikan Najib sebagai Perdana Menteri tidak diterima dengan baik.

"Apa agaknya yang tidak kena, jelaslah pergolakan dalaman seperti isu PPP dengan elemen dua presiden antara Murugiah dengan Kayveas belum lagi selesai.

"Begitu juga dengan perpecahan di Terengganu antara blok Ahmad Said dengan Idris Jusoh, laporan ancaman bunuh ketika hendak hadir mesyuarat sidang dun masih belum selesai,"jelasnya lagi.

Nik Aziz juga menerangkan, bukan sahaja satu atau dua perkara tetapi ia juga melibatkan hampir seluruh negara seperti,"di Pulau Pinang sendiri pun, usul tidak terima kepada kepimpinan majlis perbandaran menolak salah satu. Itupun ia masih dalam keadaan yang hangat.

"Jika kita tinjau di Perlis, keadaan yang hampir serupa. Di wilayah ini, keadaannya sama, orang yang boleh diharap dalam menyokong Najib hanya dua, tiga orang sahaja. Mungkin dia bekas setiusaha politik dia, Zahid Hamidi dan mungkin seorang lagi yang baru dilantik sebagai Senator. Selain mereka, saya lihat masih berkecuali dan kemungkinan tidak memberi wala' kepada Najib."

Dalam pada itiu katanya, desakan oleh pemimpin DAP, Lim Kit Siang agar Najib diuji di parlimen untuk melihat wujud sokongan atau tidak juga antara indikasi bahawa kepimpinan Najib benar-benar bermasalah.

"Sebab itu desakan yang ditimbulkan oleh Lim Kit Siang berasaskan kepada 45 peratus sahaja undi popular yang diperolehi. Najib sepatutnya diuji dalam sidang dewan yakni 'vote for non-confidence'.

"Kenapa ini tidak boleh dibuat? Ini perkara yang boleh dinilai tahap kekukuhan Umno buat masa sekarang ini,"tegasnya. - mks. _

Sekretariat Pakatan Rakyat perlu ditubuhkan segera - Tuan Ibrahim

TEMERLOH, 15 Jun (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan berpendapat, Pakatan Rakyat perlu menyegerakan penubuhan sekretariat tetap bagi menangani segera isu berbangkit di kalangan anggotanya.

Menurutnya, dengan adanya sekretariat tetap beliau percaya ia akan dapat memantapkan dan meningkat hubungan dua hala antara parti gabungan serta menjadi pusat pengumpulan maklumat terkini sebelum disalur dengan lebih cepat kepada kepimpinan parti tanpa menunggu lama.

Menurutnya, serangan gerak saraf pihak lawan terhadap mana-mana anggota Pakatan Rakyat mampu ditangkis dengan cepat oleh sekretariat berkenaan.

Beliau memberi contoh bagaimana serangan bertubi-tubi lawan terhadap PAS dalam isu Kerajaan Perpaduan. Sepatutnya isu berkenaan dapat ditangani dengan mudah jika Pakatan Rakyat mempunyai sekretariat tetap yang dibekalkan dengan maklumat lengkap isu berkaitan untuk dirujuk oleh semua pemimpin Pakatan Rakyat.

"Tidak timbul lagi isu kenyataan bercanggah para pemimpin ketika mengulas sesuatu isu kerana maklumat lengkap telah disedia pihak sekretariat," katanya.

Tuan Ibrahim berkata beliau kesal kerana ada di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat mengulas seuatu isu berkaitan tanpa mendapatkan maklumat lengkap sehingga bercanggah dengan hakikat sebenar.

"Kita tahu agenda utama media arus perdana ialah untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat, justeru jika pihak media bertanya sesuatu soalan ia harus dijawab dengan cermat dan teliti supaya tidak terperangkap dengan agenda Umno-BN," ujarnya. - mns_

Kepimpinan semua peringkat mesti hati-hati jawab media

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Hrkh) - Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani berharap para pimpinan PAS di semua peringkat lebih cermat dan berhati-hati ketika menjawab soalan para dari pihak media.

Katanya, Pemuda PAS mengambil sikap terbuka dan tidak memulaukan media tetapi akan lebih berhati-hati ketika memberikan jawapan kepada mereka.

"Pemuda mengambil sikap tidak memulau media. Cuma Pemuda berharap agar pimpinan PAS akan lebih cermat dan lebih berhati-hati dalam menjawab soalan-soalan daripada pihak media. Dan mereka (pemimpin) mestilah menjawab soalan berdasarkan maklumat dan ilmu," ujarnya sewaktu diwawancara di Markaz PAS Kawasan Dungun, baru-baru ini.

"Ada pun yang di luar daripada bidang maklumat mereka, yang mereka tidak tahu, kena serahlah kepada kepimpinan utama yang membuat satu penjelasan. Pemuda harap kepimpinan di peringkat pertengahan dan peringkat bawah, tidak ghairah sangat untuk bercakap kepada media terutama media-media arus perdana," tegasnya lagi.

Azman ditanya tentang sikap Dewan Pemuda PAS Pusat terhadap media arus perdana muktahir ini yang dilihat lebih cenderung untuk 'melaga-lagakan antara pemimpin-pemimpin PAS. Sesetengah pemimpin PAS pula ada yang terikut-ikut 'rentak' permainan media itu.

Beliau bersetuju dan tidak semua soalan-soalan yang dilambung oleh pihak media, perlu diberi jawapan. Kadang-kadang jawapan itu, tegasnya, akan 'memerangkap' PAS itu sendiri.

"Sebab itu, saya ulangi sekali lagi bahawa kita kena cermat terutama dalam perkara yang melibatkan perkara dasarnya. Kalau boleh biarlah kepimpinan utama parti yang membuat penjelasannya dan bukan orang bawah," katanya.

Menyentuh soal kerajaan perpaduan, Azman meminta ahli-ahli dan kepimpinan PAS di peringkat lain tidak memberi ulasan yang banyak dalam perkara ini.

"Pemuda kena serah dahulu kepada Presiden dan kepimpinan PAS yang baru untuk memberi penjelasan kepada akar umbi dalam parti tentang apa yang dikatakan kerajaan perpaduan. Saya rasa, Insya�allah apabila konsep kerajaan perpaduan ini difahami baik oleh kepimpinan dan juga ahli-ahli PAS.

"Insya-Allah ia tidak akan menimbulkan masalah kepada Pakatan Rakyat. Pemuda dalam masa yang sama mengambil sikap memperkukuhkan dan tidak sekali-kali khianat dengan hubungan baik dalam Pakatan Rakyat," tegas beliau.

Bagaimanapun ketika ditanya adakah terdapat ahli-ahli yang tidak wala' kepada pucuk pimpinan parti, Azman menyatakan isu itu tidak timbul sama sekali. Apa yang terjadi, terdapat perbezaan pendapat dan itu menjadi lumrah kepada manusia.

"Kita boleh tengok dalam Muktamar PAS baru-baru ini pun, semasa perbahasan macam-macam cara perwakilan termasuk kepimpinan yang bercakap dengan nada masing-masing. Tetapi selepas menutup muktamar, suasana itu menjadi senyap dan kita bersatu balik untuk melaksanakan tugas yang lebih penting. Jadi, dari sudut perbezaan pendapat itu perkara biasa," tegas beliau yang juga bekas Adun Rantau Abang itu. - mks._

Jun 14, 2009

lebih baik mereka jangan datang berkempen di Manek Urai – KPP Kelantan

Kami Kelab Penyokong PAS tidak mahu pemimpin yang bersetuju dengan pembentukan kerajaan perpaduan itu turut berkempen dalam pilihanraya DUN Manik Urai kerana ia boleh mengelirukan rakyat, khasnya pengundi PAS kawasan itu jika mereka memperkatakan isu itu - Yap Kok Seng

Kami Kelab Penyokong PAS tidak mahu pemimpin yang bersetuju dengan pembentukan kerajaan perpaduan itu turut berkempen dalam pilihanraya DUN Manik Urai kerana ia boleh mengelirukan rakyat, khasnya pengundi PAS kawasan itu jika mereka memperkatakan isu itu - Yap Kok Seng

Manek Urai: KPP minta penyokong k’jaan perpaduan jangan berkempen

Kelab Penyokong PAS (KPP) Kelantan meminta pemimpin PAS yang menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan, supaya tidak menyertai kempen parti itu dalam pilihanraya kecil DUN Manik Urai pada 14 Julai ini.

Timbalan Presidennya, Yap Kok Seng berkata ini kerana penglibatan sesetengah pemimpin itu hanya akan mengelirukan pengundi dan penyokong PAS di kawasan itu berhubung isu berkenaan, lapor Bernama.

“Kami Kelab Penyokong PAS tidak mahu pemimpin yang bersetuju dengan pembentukan kerajaan perpaduan itu turut berkempen dalam pilihanraya DUN Manik Urai kerana ia boleh mengelirukan rakyat, khasnya pengundi PAS kawasan itu jika mereka memperkatakan isu itu.

“Jadi, lebih baik mereka jangan datang berkempen dalam masa kempen pilihanraya DUN Manik Urai kali ini,” katanya.

Khamis lalu, Nik Aziz membidas pemimpin parti itu yang mempertahankan saranan membentuk kerajaan perpaduan dengan menyifatkan mereka “boneka Umno”.

Nik Aziz dilaporkan berkata beliau tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu untuk menyokong Pakatan Rakyat.

Beliau juga dilaporkan berkata suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno.

Laporan minggu lalu itu turut memetik Nik Aziz sebagai berkata, isu kerajaan perpaduan ini ditimbulkan oleh presiden PAS, bukannya menggambarkan kehendak PAS.

“Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi,” katanya dalam laporan tersebut.

http://www.malaysiakini.com

Khalid: Bukan niat PAS gesa SIS diharamkan

SHAH ALAM: PAS tiada niat langsung untuk menggesa kerajaan menggunakan kaedah keras terhadap Sisters in Islam (SIS) termasuk mengharamkannya sama sekali ekoran peranan badan itu yang disifatkan oleh parti itu sebagai sudah terpesong daripada syariat Islam.

Sebaliknya, Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad berkata, isu tersebut menjadi kontroversi sepanjang minggu lalu ekoran "kesilapan" bahagian tersebut.

Jelas beliau, wujud kesilapan dari segi penggunaan perkataan sesuai dalam usul berkenaan yang telah dihantar untuk tindakan susulan PAS Pusat.

Khalid menyatakan demikian kira-kira seminggu selepas usul berkenaan diterima tanpa bahas pada Muktamar Tahunan PAS Pusat Ke-55 di sini Ahad lalu.

"Niat kami bukan meminta agensi kerajaan mengambil tindakan kekerasan seperti mengharamkan, memenjarakan, menahan atau menangkap ahli-ahli SIS," kata beliau pada sidang media untuk menjelaskan keadaan sebenar di sebalik penerimaan usul berkenaan, di pejabatnya di sini petang tadi.

PAS Shah Alam mengadakan mesyuarat pagi tadi membincangkan isu berkenaan.

"Saya akui wujud kesilapan... kesilapan menggunakan perkataan yang sesuai sebelum dihantar kepada PAS pusat (untuk diterima ke muktamar)," katanya.

Khalid menjelaskan, beliau telah menyedari kesilapan menggunakan perkataan yang "agak keras" dalam usul tersebut ketika mesyuarat PAS Shah Alam pada 23 April lalu.

Sehubungan itu, katanya, beliau telah meminta Dewan Muslimat Shah Alam yang mengemukakan usul berkenaan supaya memperbaiki dengan menggunakan perkataan yang lebih lembut dari sudut "politik".

Bagaimanapun, usul itu telah dihantar terus ke PAS Pusat tanpa diambil tindakan pindaan yang diputuskan, kata Khalid.

Usul berkenaan dibawa oleh PAS kawasan Shah Alam. Khalid juga merupakan Ahli Parlimen Shah Alam.

Dewan Muslimat Shah Alam bermesyuarat pada 12 April dan dibawa ke Mesyuarat Tahunan PAS Shah Alam pada 19 April.

Kemudian usul berkenaan terus dipanjangkan kepada Jawatankuasa Usul Muktamar PAS Pusat dan dijadikan usul diterima tanpa dibahas.

Usul itu berbunyi:

"Menyedari bahawa aliran dan pandangan yang dibawa oleh Sisters in Islam boleh mengelirukan masyarakat;

"Menginsafi pendekatan mereka mudah meresapi pemikiran dan mengancam akidah umat Islam terutamanya golongan muda dan berpendidikan sekular;

"Maka Muktamar PAS Pusat yang bersidang hari ini di Stadium Malawati, Shah Alam mengusulkan dan membuat ketetapan:

"Mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya."

DIKECAM

Kandungan usul itu disokong banyak pihak dalam PAS.

Bagaimanapun ada juga pihak yang tidak bersetuju dengan kandungan usul sedemikian.

Ia juga dikecam oleh komponen Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PAS. Malah ada yang mengesyorkan nama SIS ditukar bagi mengelakkan salah tanggapan tersebut pertubuhan bukan kerajaan itu.

Pengurus Kanan SIS, Maria Chin Abdullah menegaskan, pertubuhan yang sudah wujud 20 tahun itu sentiasa berpegang kepada ajaran Islam sebagai agama yangmembawa keadilan kepada seluruh umatnya.

Jelas beliau SIS berpegang teguh dengan prinsip dan matlamat untuk membantu golongan wanita Islam yang beradadalam kesusahan.

KHALID TERKEJUT

Ketika mengulas lanjut, Khalid berkata, beliau sebenarnya terkejut apabila dimaklumkan kandungan dalam usul sedemikian oleh wartawan pada Ahad lalu.

Ini kerana katanya, beliau beranggapan bahawa usul tersebut telah dipinda dengan menggunakan kata-kata yang lebih sesuai.

Walaupun ada yang bersetuju dengan ayat asal berkenaan, jelas Khalid, dari segi politik perkataan "mengharamkan" membawa persepsi yang berbeza.

"Saya sudah lama dalam politik, saya tahu perkataan-perkataan yang boleh disalah tafsir... sebab itu saya meminta Dewan Muslimat melakukan satu pindaan dan saya serahkan kepada Dewan Muslimat untuk melakukannya," kata beliau.

Ketika ditanya mengenai kata-kata yang sesuai, Khalid memberitahu, pihaknya memutuskan agar digunakan ayat "mengambil tindakan yang sesuai" jika didapati melakukan perkara-perkara tidak betul.

Justeru, katanya, tindakan perbincangan dan perundingan bagi membetulkan peranan SIS adalah lebih baik berbanding penggunaan pendekatan keras seperti diharamkan.

Khalid berkata, memang banyak pendirian SIS yang PAS tidak setuju.

"Kita rasakan bercanggah dengan hukum Islam itu sendiri... tetapi apa yang dimaksudkan di sebalik usul itu supaya tindakan diambil dan diperbetulkan," katanya.

Khalid juga menjelaskan bahawa beliau hanya mengadakan sidang media hari ini untuk menjelaskan keadaan sebenar kerana pegawai PAS kawasan Shah Alam yang bertanggungjawab terhadap urusan usul sedang menunaikan umrah.

"Beliau sepatutnya balik semalam tetapi dimaklumkan hanya akan kembali Selasa ini, tetapi hari Selasa sudah lewat sangat dan saya memutuskan untuk menjelaskan isu ini hari ini," katanya.

DISABOTAJ

Bagaimanapun Khalid menafikan beliau telah disabotaj oleh pihak-pihak tertentu dalam parti dengan tidak mematuhi keputusan supaya melakukan pindaan sebagaimana dipersetujui.

"Tak ada, tak adalah... ini sebenarnya satu restu juga... kerana isu ini, sekurang-kurangnya bila isu ini timbul, saya dapat jelaskan kepada anda, lihat dari sudut positif," katanya lagi.

Khalid berkata, PAS Shah Alam akan menulis surat kepada pucuk kepimpinan pusat bagi menjelaskan keadaan sebenar.

Apabila ditanya sama ada akan menarik balik usul berkenaan, kata Khalid, pihaknya menyerahkan kepada pucuk kepimpinan untuk memutuskan soal tersebut.

Sama ada akan meminta maaf atas kontroversi ini, Khalid berkata:

"Kalau nak minta maaf, saya kena minta maaf pada PAS kerana disebabkan tindakan tidak betulkan usul ini, ia memberi persepsi yang salah kepada PAS."

Khalid juga mengakui kontroversi tersebut telah menyebabkan persepsi PAS "sedikit tercalar."

DIHUBUNGI SIS

Pada sidang media hari ini, Khalid memberitahu, PAS bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan SIS dan perkara itu juga telah dimaklumkan kepada pegawai kanannya.

Jelasnya, Pengurus Kanan SIS, Maria Chin Abdullah ada menghubungi beliau baru-baru ini mengenai isu berkenaan.

"Maria Chin ada menelefon saya dan saya memaklumkan beliau bahawa kalau nak adakan forum, saya sentiasa mengalu-alukannya," katanya.

Bagaimanapun jelas Khalid, satu panggilan itu tidak memberikan tekanannya sehingga terpaksa menjelaskan isu berkenaan.

Banyak pihak pertahan pendirian tegas Nik Aziz

KOTA BHARU, 14 Jun (Hrkh) - Mungkinkah perpaduan di antara PAS dan Umno boleh diumpamakan seperti persaudaraan di antara kaum Aus dan Khazraj serta Muhajirin dan Ansar ketika zaman awal kebangkitan Islam.

Sedangkan persaudaraan di antara kaum terbabit di atas dasar sama-sama mendokong penubuhan negara Islam Madinah. Sebaliknya Umno tidak pernah berhasrat melaksanakan Islam.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, kenyataan Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda Umno, Mohd Apandi Yusof yang menyifatkan PAS dan Umno seumpama Aus dan Khazraj tersasar jauh.

Semalam Apandi menyelar kenyataan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan golongan yang bersekutu dengan idea kerajaan perpaduan sebagai 'boneka Umno'.

Malah menurutnya di awal penghijrahan Rasulullah saw ke Madinah baginda mempersaudarakan di antara golongan Muhajirin dan Ansar tanpa sebarang syarat.

Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, sekiranya Umno benar-benar mahu menegakkan Islam mereka boleh melaksanakannya sekarang kerana sudah memiliki kuasa.

Namun katanya, apa yang berlaku sekarang Umno secara jelas menolak Islam.

"Hakikatnya Umno tidak pernah berhasrat melaksanakan Islam. Bahkan Islam Hadhari yang diuar-uarkan di era Tun Abdullah sudah berkubur dan sekarang timbul pula mazhab One Malaysia.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Hisham Fauzi berkata, Pemuda Umno tidak perlu mencampuri urusan keluarga Pakatan Rakyat kerana parti itu mempunyai mekanisma tersendiri bagi menyelesaikan perkara berbangkit.

Katanya, Pemuda Umno tidak perlu menjadi 'tikus yang mendakwa arif membaiki labu'.

Beliau yang juga seorang peguam berkata, lebih Mohd Apandi yang berkelulusan dalam bidang agama menumpukan usaha membersihkan Umno dari segala korupsi dan salah guna kuasa.

Hisham yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Tanah Merah menyokong penuh pendirian Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang menolak idea kerajaan perpaduan.

Sementara itu, Persatuan Anak-Anak Kelantan Di Perantauan (Perakan) turut menolak usaha mewujudkan kerajaan perpaduan.

Presidennya, Che Ariffin Che Mahmood berkata, sekiranya ada usaha-usaha yang cuba menzahirkan kerajaan perpaduan, Perakan akan menolak dengan tegas.

Katanya, idea kerajaan perpaduan secara jelas membelakangi rakan-rakan lain dalam Pakatan Rakyat dan melukakan perasaan masyarakat bukan Islam yang telah menolak Umno dan BN.

"Usaha mewujudkan kerajaan perpaduan seolah-olah membenarkan Umno merampas kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

"Malah banyak kerja-kerja jahat didalangi Umno seperti peristiwa Memali dan darurat di Kelantan pada 1978," ujarnya.

Beliau juga berkata, Umno sekarang berada dalam keadaan bercelaru dan hampir jatuh, tiba-tiba ada pemimpin Pakatan Rakyat yang cuba menghulur bantuan.

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kelantan, Yeap Kok Seng turut menyokong pendirian tegas Mursyidul Am PAS menolak usaha mewujudkan kerajaan perpaduan.

"Jika ada pemimpin yang ingin meneruskan usaha mewujudkan kerajaan perpaduan saya mencadangkan mereka elok masuk Umno," katanya.

Beliau juga berharap pemimpin terbabit tidak datang berkempen pada pilihan raya kecil di Manek Urai kerana khuatir boleh mengelirukan pengundi.

Pemimpin masyarakat India Kelantan, Musa Amin turut menolak usaha mewujudkan kerajaan perpaduan kerana ia boleh menjejaskan sokongan masyarakat India terhadap PAS. - mj _

Kebangkitan PAS turut menarik perhatian Lee Kuan Yew

KOTA BHARU, 14 Jun (Hrkh) - Kebangkitan PAS yang semakin hampir menggantikan Umno bagi mendominasikan kuasa politik negara turut mendapat perhatian menteri mentor Singapura, Lee Kuan Yew.

Selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru-baru ini, hari ini bekas Perdana Menteri Singapura itu mengunjungi Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaim.

Menteri Besar berkata, pada pertemuan itu Kuan Yew ingin mengetahui hubungan PAS dengan Singapura seandainya suatu hari nanti parti tersebut menguasai politik negara.

Menjelaskan perkara itu katanya, PAS mementingkan keharmonian kehidupan dalam masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.Image

"Masyarakat minoriti di negeri ini seperti kaum Cina dan India diberi layanan yang serupa sehingga mereka dapat hidup dalam suasana harmonis," katanya ditemui pemberita selepas menerima kunjungan tersebut.

Menurutnya, menteri mentor negara jiran itu juga memberitahu Kelantan semakin pesat membangun dan bukannya sebagaimana dilaporkan sesetengah media sebelum ini.

Katanya, beliau mendapati bandar Kota Bharu begitu bersih, bukan sebagaimana yang digambarkan sebelum ini. Di samping kehidupan rakyat juga berada dalam suasana aman.

"Allah mencipta orang Melayu, Allah juga cipta orang Cina, India dan sebagainya. Oleh kerana itu saya pandang semua rakyat di negeri ini sama sahaja tanpa mengira bangsa dan agama.

"Sesiapa yang berpegang teguh kepada jalan Allah akan mendapat balasan syurga tanpa mengira bangsa atau kedudukan, sebaliknya kalau dia bersalah dengan Allah walaupun keturunan Arab akan mendapat balasan neraka," ujarnya.

Pada pertemuan singkat yang penuh bermakna itu, Kuan Yew memberitahu antara tujuannya bertemu dengan Mursyidul Am PAS untuk meninjau perkembangan politik di Kelantan.

ImageBeliau juga berkesempatan melawat rumah ibadat masyarakat Buddha, dan menemui pemimpin pelbagai agama termasuk Kristian di sini.

"Saya pula menceritakan kepadanya antara negara pertama yang dilawati sewaktu mula-mula menjadi Menteri Besar ialah negara China. Ini kerana negara tersebut menerima Islam lebih awal berbanding Tanah Melayu.

"Saya juga menjelaskan Islam sejak awal lagi memberi kebebasan seperti hak beragama, beribadat, ekonomi dan berbagai lagi sejak awal lagi dan bukannya selepas PBB diwujudkan pada 1948," ujarnya.

Bagaimanapun katanya, PBB yang bertopengkan hak asasi manusia sebenarnya hanya dikuasai lima negara kuasa besar dengan diketuai Amerika Syarikat.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, beliau berbangga menerima kunjungan hormat bekas pemimpin yang bukan sahaja dikenali di peringkat ASEAN, sebaliknya peringkat antarabangsa.

Pada pertemuan terbabit Kuan Yew juga menjemput Menteri Besar Kelantan mengadakan lawatan ke Singapura.

Pertemuan hampir sejam itu turut dihadiri Menteri Kewangan Singapura, Tharman Shanmugaratnam, Menteri Pelajaran, Ng Eng Hen dan beberapa pegawai kedutaan Singapura.

Manakala Tuan Guru Nik Abdul Aziz ditemani Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco, Dato' Husam Musa, Dato' Anuar Tan Abdullah dan Dato' Mohd Amar Abdullah. - mj _

Pemuda PAS desak wajibkan mata pelajaran agama

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Pusat mendesak agar kerajaan mewajibkan mata pelajaran agama berbanding bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ketuanya, Ustaz Nashruddin Hassan menegaskan perkara itu sebagai respons terhadap cadangan pihak kerajaan untuk mewajibkan semua pelajar lulus bahasa Inggeris dalam peperiksaan SPM.

Beliau menjelaskan dalam keadaan masyarakat yang semakin hilang arah, mata pelajaran agama lebih penting kerana ia dapat mengisi jiwa dengan ilmu-ilmu kerohanian.

"Jika kerajaan mewajibkan pelajar SPM lulus bahasa Inggeris bermakna mereka wajib belajar bahasa Inggeris. Dalam soal ini Pemuda PAS berpendapat lebih wajar jika mata pelajaran Agama diwajibkan untuk belajar dan lulus dalam SPM.

"Tiada gunanya jika ramai pelajar yang mahir berbahasa Inggeris atau memperolehi markah tinggi tetapi akhlak dan moral mereka rendah," tegas beliau.

Negara-negara lain, jelas Nasruddin lagi, boleh maju dalam semua bidang tanpa mewajibkan pelajar-pelajar mereka lulus dalam bahasa Inggeris. Tetapi pencapaian mereka jauh lebih baik.

Beliau berpendapat Kementerian Pelajaran sewajarnya menyelesaikan terlebih dahulu isu PPSMI yang ditentang oleh banyak pihak dan rakyat di negara ini.

"Kerajaan sepatutnya peka dengan tuntutan rakyat bukannya menambahkan lagi bebanan mereka dengan cadang terbaru ini.

"Mewajibkan kelulusan bahasa Inggeris dalam SPM akan memberikan tekanan kepada pelajar-pelajar terutama pelajar di luar bandar,"katanya.

Mereka jelasnya, akan menjadi mangsa dasar ini seperti sengsaranya mereka dengan dasar PPSMI yang terpaksa dilalui.

Namun begitu, Nasruddin menegaskan Pemuda PAS tidak menentang usaha untuk memastikan pelajar menguasai bahasa Inggeris atau mempelajari bahasa lain tetapi perlu mengutamakan bahasa ibunda terlebih dahulu.

"Kami menyokong usaha untuk memastikan pelajar menuntut ilmu atau menguasai bahasa lain tetapi ia tidak seharusnya ke peringkat meminggirkan bahasa Melayu dan agama Islam," jelas beliau.

Justeru, tegas beliau, Pemuda PAS tidak bersetuju cadangan mewajibkan pelajar lulus bahasa Inggeris dalam peperiksaan SPM dan konsisten mendesak kerajaan memansuhkan PPSMI. - mks._

Jun 13, 2009

Azizah: PKR mahu laksana pemilihan langsung elak politik wang

NILAI: Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang melangsungkan kongres nasional khas bagi membincangkan pindaan perlembagaan parti itu, antara lain membolehkan 300,000 ahlinya memilih barisan kepimpinan pusat mulai tahun depan.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, langkah membolehkan pemilihan langsung akan membantu mengelakkan masalah politik wang.

"Sejarah membuktikan sebuah tamadun akan musnah apabila menularnya amalan rasuah dan diamal menjadi budaya.

"Justeru kita mengambil sikap proaktif dengan mencadangkan pindaan Perlembagaan ini," kata beliau dalam ucapan perasmian presiden sebentar tadi. Lebih 1,00 perwakilan menghadiri kongres khas hari ini, yang sepatutnya diadakan Februari lalu di Kedah.

Kongres diadakan di Pusat Konvensyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor di sini.

Pindaan yang dibincangkan hari ini merupakan paling komprehensif sejak parti ini ditubuhkan satu dekad lalu.

Pindaan sebelum ini diadakan pada 2001.

Antara pindaan lain yang dibincangkan ialah mengehadkan tempoh pegang jawatan presiden, menambah bilangan naib presiden, memperkenalkan istilah baru bagi menggantikan nama bahagian dan cawangan.

Wan Azizah menjelaskan, PKR akan memberi tanggungjawab secara langsung kepada seluruh ahli untuk memilih pemimpin yang mereka yakini.

"Sekiranya pindaan ini diluluskan para perwakilan, maka parti kita akan menjadi parti yang paling demokratik di Malaysia.

"Walau jiwanya muda namun langkahnya perkasa. Penghapusan sistem perwakilan dengan meletakkan hak dan tanggungjawap kepada setiap ahli akan mampu menghapuskan bibit-bibit politik wang dari mula berputik di dalam parti kita," kata beliau.

BERITA TERDAHULU

Kongres Khas PKR bahas pindaan perlembagaan

NILAI: Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang melangsungkan Kongres Nasional Khas bagi meminda perlembagaan parti itu.

Lebih 2,000 perwakilan menghadiri kongres khas hari ini, yang sepatutnya diadakan Februari lalu.

Kongres diadakan di Pusat Konvensyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor di sini.

Pindaan yang dibincangkan hari ini merupakan paling komprehensif sejak parti ini ditubuhkan satu dekad lalu.

Antara pindaan yang dibincangkan ialah mengehadkan tempoh pegang jawatan presiden, menambah bilangan naib presiden, memperkenalkan istilah baru bagi menggantikan nama bahagian dan cawangan.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, Parti Keadilan Rakyat akan memberi tanggungjawab secara langsung kepada seluruh ahli untuk memilih pemimpin yang mereka yakini.

"Sekiranya pindaan ini diluluskan para Perwakilan, maka parti kita akan menjadi parti yang paling demokratik di Malaysia.

"Walau jiwanya muda namun langkahnya perkasa. Penghapusan sistem perwakilan dengan meletakkan hak dan tanggungjawap kepada setiap ahli akan mampu menghapuskan bibit-bibit politik wang dari mula berputik di dalam parti kita," kata beliau dalam ucapan perasmian presiden.

Peruntukan memberi hak secara langsung memilih pemimpin pusat merupakan antara yang akan dibahaskan hari ini.

PKR mahu guna dakwat kekal dalam pemilihan parti

PERWAKILAN Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menghadiri Kongres Nasional Khas parti itu bagi membincangkan pindaan perlembagaan yang antara lain bagi membolehkan 300,000 ahlinya memilih barisan kepimpinan pusat mulai tahun depan.

NILAI: Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang membincangkan pindaan perlembagaan hari ini, kemungkinan akan menggunakan dakwat hitam dalam pemilihannya mulai Ogos tahun depan.

Parti itu hari ini membincangkan peruntukan baru bagi menyediakan pemilihan secara langsung membabitkan kira-kira 300,000 ahlinya.

Sistem itu menggantikan pengundian di kalangan perwakilan yang diguna pakai selama ini.

Ia diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan, R. Sivarasa ketika membentangkan senarai pindaan pagi ini.

"Ada orang tanya saya bagaimana kita hendak mengatasi masalah jika ada orang mengundi dua kali ini.

"Saya memberitahu bahawa kita kemungkinan boleh menggunakan dakwat kekal semasa pemilihan dan kita pun boleh mengajar SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) tentang soal ini," kata beliau yang juga Naib Presiden.

PKR dijadual mengadalan pemilihan pusat Ogos tahun depan.

Mandat semasa kepimpinan pusat akan berakhir tahun depan.

Penggunaan dakwat kekal yang sepatutnya diamalkan dalam pilihan raya umum lalu telah dibatalkan saat-saat terakhir sebelum hari pengundian.

Keputusan SPR itu turut dipersoalkan oleh pihak pembangkang.

Antara pindaan dibahaskan:

- Cogan perjuangan parti diubah dari Kesaksamaan Untuk Semua kepada Keadilan Untuk Semua

- Terma keahlian ditukar keanggotaan

- Terma ahli akan dikenali sebagai anggota

- Terma Majlis Pimpinan Tertinggi ditukar Majlis Pimpinan Pusat

- Terma Bahagian dikenali Cabang

- Terma Cawangan dikenali Ranting

- Jumlah Naib Presiden ditambah dari tujuh kepada sembilan

- Undian pemilihan pusat secara langsung babitkan setiap ahli

- Pemilihan presiden, timbalan presiden, empat Naib Presiden dan 20 ahli Majlis Pimpinan Pusat dibuat secara sulit

- Presiden parti tidak boleh memegang jawatan melebihi selama tiga penggal atau sembilan tahun berturut-turut

- Melaksanakan dasar penglibatan sekurang-kurangnya 30 peratus dari kedudukan kepimpinan di peringkat cabang, negeri dan pusat terdiri daripada kalangan wanita

- Lima Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, berbanding tiga sekarang - Had umur anggota Muda adalah 35 tahun berbanding 40 tahun sekarang

- Tiada had umur ditetapkan bagi seseorang anggota wanita memegang sebarang jawatan dalam Majlis Pimpinan Wanita

Zaid Ibrahim sertai PKR, dilantik anggota majlis pusat

BEKAS Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim bersalaman dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mengumumkan secara rasmi menyertai parti itu hari ini.

NILAI: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang dipecat dari Umno akhir tahun lalu telah memutuskan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ia diumumkan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui wartawan sempena Kongres Nasional Khas parti itu di sini hari ini.

"Satu berita yang menggembirakan berkuat kuasa hari ini... satu penghormatan dan lonjakan kepada perjuangan kita... perkembangan sangat positif untuk PKR," kata Anwar.

Zaid juga hadir pada kongres hari ini yang diadakan untuk membincangkan pindaan perlembagaan parti.

Anwar berkata, penyertaan Zaid akan berkuat kuasa sebaik sahaja penerimaan permohonannya ditandatangani oleh Presiden Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Malah Zaid juga akan dilantik sebagai anggota Majlis Pimpinan Tertinggi dan Biro Politik PKR, kata Anwar.

Anwar menambah, beliau akan memaklumkan penerimaan Zaid pada mesyuarat Pakatan Isnin.

Difahamkan Zaid juga akan diberikan peranan untuk memperkukuhkan Pakatan.

Zaid sebelum ini merupakan ahli Umno dan bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bahru dan pernah bertanding dalam pilihan raya umum 2004 atas tiket Barisan Nasional.

Beliau dilantik sebagai anggota Kabinet atas kapasiti sebagai senator oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas pilihan raya umum Mac 2008.

Bagaimanapun pada 15 September tahun lalu, Zaid bertindak meletakkan jawatannya dalam Kabinet selepas dipercayai tidak berpuas hati dengan penahanan tiga individu termasuk seorang wartawan di bawah ISA sebelum itu.

Beliau selepas itu mencetuskan kontroversi dalam Umno selepas dilihat secara terbuka menghadiri majlis parti pembangkang dan akhirnya dipecat daripada Umno pada 2 Disember kerana membuat tindakan yang bertentangan dengan etika parti.

Zaid berkata, beliau menyertai PKR kerana yakin dan percaya "dengan perjuangan parti berbilang kaum."

"Saya percaya kalau beri peluang, saya akan berusaha membantu Anwar dan kepimpinan lain yang berminat dan berhasrat kukuhkan Pakatan Rakyat," katanya.

Jun 12, 2009

Jambatan Ketiga Johor/Singapura - Shahrir Samad Sanggah Najib

Isu pembinaan jambatan ketiga mula kedengaran sekali lagi bilamana Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew melakukan lawatan seminggu ke Malaysia yang masih berjalan sekarang ini.

Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia dan Singapura sepakat untuk membina jambatan ketiga yang akan menghubungkan bahagian timur Johor dengan republik berkenaan.

 Dikhabarkan kos pembinaan jambatan tersebut akan ditanggung oleh kedua-dua negara dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop telahpun diarahkan untuk membuat kajian dengan melantik perunding dan berbincang dengan rakan sejawatnya dari Singapura.

Dengan perkembangan semasa tersebut PAS Johor Bahru sependapat dengan pandangan Ahli Parlimen Johor Bahru Dato Shahrir Abd Samad yang menyifatkan langkah pembinaan jambatan ketiga antara Malaysia dan Singapura di Timur Johor sebagai tidak wajar.

Dato Shahrir berkata pembinaan jambatan antara Singapura dengan Pengerang seterusnya Mersing itu bukan keperluan mendesak bagi rakyat negara ini dan pelancong dari republik itu. Tambah Dato Shahrir "sebaliknya kerajaan perlu meningkatkan kecekapan perkhidmatan feri atau menggalakkan penggunan kapal dan bot bagi menghubungkan kedua-dua negara. "Sepatutnya menjadi keutamaan kerajaan untuk membina jambatan baru bagi menggantikan Tambak Johor di pusat bandar raya sebagai mengatasi masalah kesesakan,"

PAS Johor Bahru berpandangan kerajaan cuba mengambil langkah mudah dalam isu-isu bertindih bersama antara Malaysia dan Singapura bilamana rundingan-rundingan yang dibuat selama ini lebih banyak menguntungkan negara republik tersebut.

Belumpun selesai isu jambatan bengkok termasuklah mengambil kira kos pembatalan jambatan bengkok pada tahun 2006 yang lalu iaitu sebnayak RM 740 juta dengan mengecualikan bayaran pampasan oleh Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri Johor sebanyak RM 380 juta.

Ini adalah kesinambungan dari salah satu projek Iskandar Malaysia yang tidak ada dalam benak fikiran mantan Perdana Menteri terdahulu Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Siapa nak kenal dengan PM Malaysia bernama Najib Tun Razak???

Sumber : Jundullah

Singkirkan Boneka-Boneka Umno dari kepimpinan PAS

boneka-boneka UMNO perlu dikenalpasti dan disingkirkan dari kepimpinan PAS. Jika kepimpinan tidak bersedia membetulkan keadaan, maka ahli-ahli PAS mesti bertanggungjawab diatas kemungkaran yg berlaku iaitu melantik atau memilih pemimpin yang tidak beramanah!. Benarlah apa yg disebut dlm hadis-hadis yg masyhur, ingatlah jika kamu melantik org yg bukan ahlinya (yg amanah) maka tunggulah saat kehancurannya!!! Apakah kita menunggu saat itu atau saat kehacuran itu sudah tiba?

boneka-boneka UMNO perlu dikenalpasti dan disingkirkan dari kepimpinan PAS. Jika kepimpinan tidak bersedia membetulkan keadaan, maka ahli-ahli PAS mesti bertanggungjawab diatas kemungkaran yg berlaku iaitu melantik atau memilih pemimpin yang tidak beramanah!. Benarlah apa yg disebut dlm hadis-hadis yg masyhur, ingatlah jika kamu melantik org yg bukan ahlinya (yg amanah) maka tunggulah saat kehancurannya!!! Apakah kita menunggu saat itu atau saat kehacuran itu sudah tiba?

Boneka-boneka UMNO perlu dikenalpasti dan disingkirkan dari kepimpinan PAS

Sebenarnya banyak perkara misteri belum terjawab terutama apabila terdapatnya dakwaan wujudnya faksi UMNO dlm kepimpinan PAS dan ini bukannya rahsia lagi apabila ianya dibuktikan dgn pengakuan lisan Ustaz Ahmad Awang (bekas Naib Presiden PAS). Saya rasa tak ada sesiapapun yang berani menolak kenyataan ini. Cuma dalam perkara yang serius seperti ini, apakah tindakan yang telah diambil oleh kepimpinan PAS Pusat?

Adakah ingin menyapu sampahkan kebawah karpet sepertimana lazim diamalkan oleh UMNO dan BN dlm menyelesaikan sesuatu masalah dlm BN? Fraksi UMNO dlm PAS bukannya isu kecil atau remeh kerana ianya adalah musuh dlm selimut, gunting dlm lipatan sepertimana kata Ustz Haron Din (Timb. Mursyidul Am PAS). Saya minta Ust Ahmad Awang berani tampil mendedahkan petualang sebenar dalam PAS ini tanpa kompromi atau dolak dalik demi meyelamatkan bahtera PAS yang kita sayangi.

Ingatlah kisah seorang anak kapal yang ingin mengambil jalan mudah utk mendapatkan air dgn cara menebuk lubang pada dasar kapal tersebut. Hakikatnya ia akan menenggelamkan kapal tersebut jika anak kapal itu bertindak bodoh bersendirian. Jika kapten kapal tidak bertindak apa akan terjadi kepada kapal tersebut? Tentulah kalau dibiarkan ia terus menebuk lubang, bahtera tersebut akan karam sekaram-karamnya.

Mursyidul Am PAS telah menyataan pendiriannya berpegang kpd syura muktamar iaitu memperkasakan PAKATAN RAKYAT (dan bukannya memperkasakan KERAJAAN PERPADUAN). Jgn jadi boneka UMNO. Saya pertegaskan; boneka-boneka UMNO perlu dikenalpasti dan disingkirkan dari kepimpinan PAS. Jika kepimpinan tidak bersedia membetulkan keadaan, maka ahli-ahli PAS mesti bertanggungjawab diatas kemungkaran yg berlaku iaitu melantik atau memilih pemimpin yang tidak beramanah!.

Benarlah apa yg disebut dlm hadis-hadis yg masyhur, ingatlah jika kamu melantik org yg bukan ahlinya (yg amanah) maka tunggulah saat kehancurannya!!! Apakah kita menunggu saat itu atau saat kehacuran itu sudah tiba? Nauzubillahi min zaalik! Kepada ALlah hambaMu memohon perlindungan dan keampunan. Moga diberi petunjuk dan hidayah Allah kepadaku dan pemimpinku yg kukasihi.

Aku bukanlah ulama atau profesional, aku hanyalah insan biasa yg ingin melihat kalimah Allah berdaulat di atas mukabumi Allah ini. Aku tak ingin melihat tangan-tangan syaitan menghalang perjalanan suci ini. Wallahu a’lam.

Makkal Sakhti

KARPAL JANGAN EMOSI SANGAT, KAMI PUN TENTANG KERAJAAN PERPADUAN

APABILA isu Kerajaan Perpaduan ini ditimbulkan oleh Pas, maka bagai nak kiamat dunia ini membincangkan isu tersebut. Bukan masalah perpaduan itu yang tidak diinginkan oleh rakyat. Siapa yang tidak mahu perpaduan atau bersatu? Jika ditanya pencuri atau perompak pun mereka pun mahu berpadu sesama mereka. Tetapi, perpaduan di dalam kaedah politik tentunya memerlukan kebijaksanaan dan perhitungan tertentu. Apatah lagi bukan baru Pas mengenali Umno, begitu juga sebaliknya.

Terima atau tidak, yang jelas isu ini sudah mahu dilupakan oleh Pas kerana tidak banyak menguntungkan Pas malahan merugikan parti tersebut. Bukan kerana rugi bersatu padu, tetapi rugi apabila perpaduan itu diterjemahkan dalam bentuk kerjasama politik. Bagi orang Islam, mana mungkin daging ayam boleh dimasak satu kuali dengan daging biawak untuk dimakan bersama-sama. Meskipun ramai dikalangan kita yang tidak bersetuju dengan Kerajaan Perpaduan ini, tetapi kita lihat di kampung-kampung dan di mana-mana jua tidak terdapatnya perpecahan di kalangan masyarakat. Di dalam mana-mana majlis kenduri kahwin umpamanya, keadaan seperti biasa tanpa mengira fahaman politik. Itu budaya kampong yang tahu membezakan mana satu politik dan mana satu semangat kejiranan serta adab sopan. Maka jelaslah, tiada apa faedah pun Pas untuk menggunakan label perpaduan ini sebagai modal politik. Memadailah kita perkuatkan apa yang ada untuk perjuangan yang masih jauh lagi.

Saya ingin mengulas sedikit tentang komen yang dikeluarkan oleh Pengerusi DAP YB Karpal Singh berkaitan Kerajaan Perpaduan ini. Saya lihat komen beliau agak tajam dan tidak sesuai dikeluarkan terhadap Pas. Saya pun tidak bersetuju banyak perkara tentang isu Kerajaan Perpaduan ini, tetapi kita boleh mengutarakan beberapa kritikan atau pandangan yang diakhiri dengan harapan agar kita kembali bersatu. Tetapi saya melihat kenyataan Karpal agak melampaui serta dipenuhi emosi. Saya faham mengapa beliau bersikap demikian, tetapi cara beliau memberi komen itu agak kurang enak untuk didengar apatah lagi untuk diikuti. Saya khuatir apa yang beliau perkatakan akan menjadi provokasi yang boleh menghangatkan keadaan yang ada.

Sehubungan itu, saya menyeru agar YB Karpal lebih dewasa di dalam mengutarakan pendapatnya. Beliau tidak boleh sama taraf dengan kami yang tidak berpendidikan tinggi serta tidak mempunyai apa-apa kepentingan politik sama sekali. Selaku tokoh politik senior di dalam negara, sewajarnya beliau patut memahami bagaimana untuk berhadapan dengan situasi sedemikian. Saya amat mengkagumi pendekatan yang dilakukan oleh DS Anwar yang sedaya upaya mengelak dari memberi ulasan atau komen yang boleh menghiris hati rakan-rakan seperjuangan. Kekentalan dan semangat yang berlebihan yang ada pada YB Karpal perlu digunakan apabila berhadapan dengan musuh sebenar kita.

http://wfauzdin.blogspot.com/2009/06/karpal-jangan-emosi-sangat-kami-pun.html

MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA

PAS kutuk serangan di Selatan Thailand

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Hrkh) - PAS mengutuk keras serangan yang dilakukan ke atas umat Islam di selatan Thailand.

Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang mendesak agar tindakan tegas diambil ke atas pihak-pihak yang melakukan keganasan tersebut.

"PAs mengutuk serangan yang berlaku di Selatan Thailand dan amat kecewa dengan apa yang berlaku.

"Kami juga mendesak agar siasatan segera dilakukan dan satu tindakan tegas perlu diambil ke atas pihak-pihak yang melakukan serangan ini," tegas Hadi.

Beliau juga menjelaskan, PAS bersedia untuk memainkan peranan penting untuk menyelesaikan konflik di Selatan Thailand jika mendapat jemputan.

PAS, kata Hadi, tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan mana-mana pihak di Selatan Thailand.

Selatan Thailand bergolak lagi pada 9 Jun lalu bila 11 jemaah ditembak ketika solat isyak di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan, Sungai Golok kira-kira pukul 8.50 malam (waktu Malaysia).

Setelah melepaskan tembakan dari dua pintu masuk masjid, enam penyerang itu dikatakan masih tidak berpuas hati dan masuk ke dalam masjid sebelum melepaskan beberapa das lagi tembakan bagi memastikan jemaah terbabit benar-benar mati.

Tragedi terbaru yang menjadikan masjid sebagai sasaran, berlaku pada hari yang sama Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva melawat Malaysia dan memperbaharui komitmen untuk mengakhiri konflik yang berlarutan sejak 2004 di wilayah bergolak itu.

Kejadian itu menambahkan jumlah korban yang kini mencecah lebih 3,700 orang dan masyarakat Islam di wilayah itu bimbang kejadian lebih buruk akan menyusul semula dan ramai yang percaya kejadian terbaru didalangi pihak berkuasa.

Bagaimanapun sehingga kini masih belum dapat dipastikan motif sebenar pembunuhan kejam itu tetapi ada yang berpendapat berpunca daripada dendam dan pihak tentera Thai menafikan sebarang pembabitan anggota mereka. - mns_

Ancaman meninggalkan solat Jumaat

MENINGGALKAN solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim.

Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah S.A.W, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya: "Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?" (Muslim)

Huraian

Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan.

Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah pintu hatinya lama-kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa-dosa yang lain.

Sesungguhnya orang yang dibenarkan meninggalkan solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syar'i sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan orang musafir.

Oleh itu sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan yang munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan solat Jumaat, maka hendaklah mereka mengerjakannya kerana solat Jumaat selain dariapada suatu kewajiban dalam beribadat kepada Allah S.W.T ia juga merupakan suatu syiar Islam yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama.

Putera Kelantan buat laporan polis nafi dakwaan Manohara

KUALA LUMPUR: Setelah pelbagai tuduhan dilemparkan oleh isterinya Manohara Odelia Pinot mengenai penganiayaan sepanjang perkahwinan mereka, akhirnya Tengku Temenggong Tengku Mohamad Fakhry Sultan Ismail Petra tampil membuat penafian.

Putera Sultan Kelantan itu semalam membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi kira-kira pukul 7 malam ditemani peguamnya, Mohd Haaziq Pillay.

Pada sidang akhbar sejurus selepas laporan dibuat, Mohd Haaziq berkata: "Satu laporan polis telah dibuat petang ini oleh YAM Tengku Temenggong Kelantan...kami akan menimbang tindakan undang-undang berhubung dakwaan palsu terhadap Tengku.

"Kita tidak mahu mengulas apaapa, biarlah pihak berkuasa siasat," katanya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan akan dipindahkan ke Balai Polis Kubang Kerian, Kelantan kerana kes itu didakwa berlaku di Istana Kelantan yang terletak dalam daerah itu.

Manohara, bekas model muda Indonesia, pulang ke Indonesia pada 31 Mei lepas dari Singapura ketika beliau berada di republik itu menemani suaminya melawat Sultan Kelantan di hospital Mount Elizabeth.

Sebaik saja berada di Indonesia, Manohara yang dikahwini Tengku Temenggong pada Ogos tahun lepas dilaporkan membuat pelbagai kenyataan di media Indonesia termasuk dakwaan dianiayai oleh suami.

Akhir bulan lepas, Istana Kelantan mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan isu Manohara merupakan urusan peribadi suami isteri. BERNAMA

Jun 11, 2009

ADUN Jawi serah surat peletakan jawatan kepada parti

PULAU PINANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, Tan Beng Huat telah mengemukakan surat peletakan jawatan tidak bertarikh kepada setiausaha agung parti Lim Guan Eng atas arahan DAP Negeri.

Pengerusi DAP Negeri Chow Kon Yeow berkata Lim mengarahkan surat berkenaan daripada Tan bagi menunjukkan kerajaan negeri itu mengamalkan konsep Keupayaan, Ketelusan dan Akauntabiliti (CAT).

"Kami memohon surat peletakan jawatan tidak bertarikh itu bagi membuktikan bahawa kami adalah telus dan Tan juga telah mengemukakan surat itu kepada parti," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat DAP Negeri di sini hari ini.

Semalam, Ketua Bahagaian DAP Nibong Tebal, Teh Hock Yong, menuduh Tan melakukan penyelewengan berhubung penajaan RM2,000 untuk sebuah pertubuhan amal tempatan.

Bagaimanapun, Tan menafikan dakwaan tersebut dan berkata beliau berharap parti itu akan menyiasat perkara itu secara saksama bagi membersihkan namanya.

"Saya berbesar hati untuk mengemukakan surat peletakan jawatan tidak bertarikh kepada kepimpinan parti kerana parti mempunyai hak untuk bertindak terhadap rasuah," katanya.

Tan berkata beliau akan membiarkan kepada parti untuk memutuskan nasibnya dan sedang memikirkan untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap Teh.

Sementara itu, Lim berkata beliau telah mengarahkan Pegawai Kewangan Negeri, Farizan Darus, untuk menyiasat perkara itu dan tindakan tegas akan diambil jika ada sebarang salah laku.

Sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris hari ini melaporkan bahawa Teh mendakwa set televisyen dan pemain cakera padat yang dibekalkan oleh Tan sebagai tajaan hanya bernilai RM450 tetapi Tan telah mengemukakan tuntutan sebanyak RM2,000 dari pejabat daerah.

Perkara tersebut telah dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). BERNAMA

Nik Aziz setuju jika terima Husam, Mohd Sabu

KOTA BHARU, 11 Jun (Hrkh) - Cadangan untuk menerima Dato' Husam Musa dan Mohamad Sabu dalam Dewan Harian PAS Pusat oleh Naib Presiden PAS baru, Dato' Mahfuz Omar dipersetujui oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut Tuan Guru, beliau telah mengenali kedua-dua tokoh tersebut agak lama kerana mereka berdua merupakan bekas Naib Presiden PAS sebelum pemilihan baru-baru ini.

"Saya amat bersetuju sekiranya Dato' Husam diterima sebagai salah seorang dalam Dewan Harian PAS Pusat kerana saya tahu latar belakangnya,beliau merupakan seorang Exco negeri Kelantan yang berkaliber dan sudah tentu pengalaman luas dalam pentadbiran dan politiknya amat berharga,begitu juga dengan Mat Sabu,beliau merupakan tokoh pemidato terbaik bagi saya dan penuh dengan hujah yang bernas,"ujarnya ketika ditemui di majlis penutup Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Agama Malaysia Zon Utara dan Timur Semenanjung kali ke-10 di Kampus Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian.

Nik Aziz juga berharap mereka ini diterima dalam Dewan Harian PAS Pusat kerana keduanya merupakan aset yang bernilai tinggi dalam perjuangan PAS dan amat mesra dengan kaum-kaum lain seperti India dan Cina.

"Kita kini dalam menuju ke arah Pilihan raya ke-13,amat wajarlah kedua-dua tokoh ini diterima dalam Dewan tersebut kerana mereka ini mempunyai idea dan pandangan yang luas dan amat rugi kalau tak ambil mereka ni,"katanya lagi.

Namun demikian ini adalah merupakan cadangan dan pandangan dari Naib Presiden PAS yang baru dan terserahlah kepada Presiden untuk mempertimbangkannya. Mesyuarat pertama dijangka diadakan pada hari ini.

Sebelum ini, Husam Musa dan Mohammad Sabu merupakan Naib Presiden PAS Pusat dan telah tewas dalam merebut jawatan Timbalan Presiden daripada Nasaruddin Mat Isa yang berjaya mempertahankan jawatan dengan undi sebanyak 480 undi. - mks._

Nik Aziz ingin lihat Cina Muslim pimpin PAS

MENTAKAB, 11 Jun (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ingin melihat suatu hari nanti PAS dipimpin oleh kaum Cina Muslim.

Berucap dalam majlis anjuran Badan Perhubungan PAS Pahang di Kerau, dekat sini beliau berkata, semasa melawat negara China beliau berkesempatan menziarahi makam sahabat nabi di negara berkenaan.

Ini, katanya menandakan Islam lebih dahulu bertapak di negara itu berbanding Malaysia iaitu pada zaman para sahabat lagi.

Tambahnya,di Tanah Melayu yang dibawa pedagang India ke Melaka hanya zaman pemerintahan Parameswara pada tahun 1414 terkemudian ratusan tahun berbanding dengan Islam di China yang dibawa para sahabat.

Katanya, di China juga terdapat ratusan masjid dan umat Islam boleh beribadah di dalamnya sama seperti di negara ini walaupun negara itu Komunis dan negara ini diperintah parti Nasionalis Umno-BN.

Nik Aziz juga menaruh harapan suatu hari nanti Cina Muslim turut memimpin dan menganggotai Dewan Ulama PAS yang kini dikuasai kaum Melayu Islam.

Turut berucap pada majlis berkenaan iaitu Pengerusi KaAdilan Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman dan Teo Kok Siong Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bahau, Negeri Sembilan.

Sementara itu pada majlis sama Nik Aziz turut diberi penghormatan menyampaikan sumbangan manfaat Takaful kepada lima waris peserta Dana Taqwa-iTQA, PAS Pahang yang meninggal dunia berjumlah lebih RM40,000, dua menerima RM19,000 manakala tiga lagi RM3,000. - mks. _

Jun 10, 2009

Kepimpinan DAP perlu beri penjelasan isu ADUN salah laku

NIBONG TEBAL: Ketua bahagian DAP Nibong Tebal Teh Hock hari ini membidas pucuk pimpinan parti itu di Pulau Pinang yang didakwanya gagal mengambil tindakan sewajarnya berhubung aduan salah laku terhadap seorang wakil rakyatnya.

Beliau mendakwa kepimpinan DAP terus membisu dan berdiam diri walaupun perbuatan wakil rakyat dari kawasan Seberang Perai Selatan itu telah dimaklumkan kepada mereka lebih dua bulan lalu.

Katanya, aduan berhubung salah laku itu, yang didakwanya berkaitan dengan peruntukan wakil rakyat, bukan sahaja dimaklumkan kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP, malahan kepada Pengerusi DAP Negeri, Chow Kon Yeow.

"Saya kecewa kerana tiada tindakan atau sebarang jawapan yang diberi berhubung aduan berkenaan dan tindakan itu adalah tidak betul. Kerajaan negeri mahu melaksanakan pentadbiran yang telus, cekap dan berakauntabiliti (CAT) dan kita tidak boleh biarkan orang sendiri buat perkara yang tidak betul," katanya pada sidang akhbar di bangunan Persatuan Hokkien, Nibong Tebal, di sini.

Menurutnya, beliau menerima aduan daripada seorang anggota jawatankuasa sebuah persatuan amal berkaitan dengan permohonan mendapatkan peruntukan sebanyak RM2,000 daripada wakil rakyat itu untuk membeli seunit televisyen, pemain DVD dan instrumen untuk aktiviti persatuan berkenaan.

Bagaimanapun, beliau mendakwa, nilai televisyen dan pemain DVD yang dibekalkan oleh wakil rakyat itu hanya sekitar RM450 tetapi tuntutan yang dikemukakan wakil rakyat itu kepada Jabatan Pembangunan di Pejabat Daerah SPS genap RM2,000.

Selepas menerima aduan itu, perkara berkenaan dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang dan beliau serta pengadu telah disoal siasat oleh pegawai suruhanjaya itu pada 15 April lalu.

Teh berkata, pada 17 April beliau menemani pegawai SPRM Ke Jabatan Pembangunan untuk mendapatkan dokumen tuntutan peruntukan yang dibuat wakil rakyat itu dan pegawai berkenaan telah mengambil gambar barang bukti serta menyoal siasat beberapa saksi di premis persatuan itu.

"Bulan lepas, saya tanya perkembangan perkara itu kepada SPRM dan saya dimaklumkan bahawa perkara ini masih dalam siasatan," katanya.

Katanya, setelah beberapa kali bertanya kepada pucuk pimpinan parti, beliau mendakwa diminta supaya tidak campur tangan dalam hal ini kerana ADUN itu adalah dari parti yang sama dan tidak mahu pilihan raya kecil berlaku lagi di negeri ini. Beliau berkata, tindakannya mendedahkan perkara ini kepada media bukan bermotifkan politik atau hendak memalukan parti dan kerajaan negeri tetapi mahu mereka membetulkan keadaan kerana bertanggungjawab kepada rakyat.

"Saya orang yang ikut buku. Kalau Barisan Nasional (BN) tidak betul kita akan tegur dan kalau parti sendiri tidak betulpun kita kena tegur juga," kata bekas tentera itu.

Katanya, beliau bersedia menerima hukuman daripada parti atau tindakan undang-undang berhubung pendedahan ini kerana sebagai rakyat bertanggungjawab, setiap sen wang rakyat harus dibelanjakan dengan cara yang betul.

Teh berkata, jika tiada jawapan daripada kerajaan negeri dan parti sehingga 15 Jun ini, beliau akan membuat aduan berhubung beberapa lagi dakwaan salah laku ADUN terbabit di ibu pejbat SPRM di Putrajaya dan membawa perkara itu kepada pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Latifah Md Yatim ketika dihubungi Bernama enggan mengulas mengenai perkara itu dan meminta mendapatkan pengesahan daripada pengadu sendiri manakala Chow juga tidak dapat dihubungi kerana sedang menghadiri mesyuarat exco di Komtar.

Sementara itu, wakil rakyat berkenaan ketika dihubungi menafikan dakwaan Teh itu dan menjelaskan urusan tender barangan yang dipohon oleh persatuan itu dibuat oleh Pejabat Daerah dan tiada kaitan dengannya.

"Saya serahkan permohonan mereka kepada pejabat daerah dan selepas itu, tidak tahu menahu lagi mengenai perkara itu kerana tendernya diuruskan pegawai pejabat berkenaan," katanya.

Katanya, beliau telah memberi keterangan kepada SPRM di Butterworth dua atau tiga minggu lalu dan gembira siasatan itu dilakukan kerana jika tidak orang akan percaya dengan tohmahan yang dilemparkan kepadanya.

Katanya, beliau akan melihat cerita yang keluar di akhbar mengenai perkara itu esok dan menentukan bentuk tindakan selanjutnya selepas itu.

"Hujah-hujah dia (Teh) tidak berasas. Kalau betul saya buat salah, SPRM tidak akan lepaskan saya,"katanya. BERNAMA

Karpal gesa Pas nilai semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang

KUALA LUMPUR: Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh hari ini meminta PAS menilai semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang berikutan hasrat parti itu untuk mengadakan perbincangan perpaduan dengan Umno.

Menyatakan kesabaran parti itu ada hadnya, Karpal berkata PAS tidak sepatutnya meneruskan agendanya itu yang akan menjejaskan lagi pakatan pembangkang.

Hasrat PAS untuk mengadakan perbincangan perpaduan dengan Umno merupakan penentangan serius terhadap keikhlasan yang diharapkan daripada PAS sebagai komponen pakatan pembangkang, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Karpal berkata PAS sepatutnya sedar bahawa ia bukan parti dominan dalam pakatan pembangkang kerana ia hanya mempunyai 24 kerusi di Parlimen berbanding dengan 28 kerusi yang dipegang DAP dan 31 kerusi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya PAS sepatutnya tidak bersikap keterlaluan dengan membuat kenyataan , terutamanya melalui presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengadakan perbincangan perpaduan dengan Umno.

Karpal turut menafikan kenyataan Abdul Hadi bahawa DAP bersetuju dengan cadangan mengadakan perbincangan perpaduan dengan Umno seperti yang dinyatakan secara terbuka oleh Abdul Hadi.

"Hadi memilih untuk mengelirukan bukan sahaja anggota dan pemimpin PAS tetapi juga rakyat. Secara terbuka mengaku telah menipu rakyat tidak akan memberikan kelebihan kepada Hadi," katanya.

Mengenai kritikan PAS terhadap SistersInIslam (SIs), Karpal berkata tindakan itu tidak akan menjadikan PAS lebih disayangi oleh mereka yang menyokongnya dalam pilihan raya umum Mac lepas dan begitu juga dengan desakan PAS supaya wartawan wanita yang membuat liputan Muktamar ke55 parti itu barubaru ini berpakaian "sopan".

Bagaimanapun, pendirian pemimpin PAS bahawa Malaysia akan dijadikan sebagai negara Islam sekiranya parti itu berkuasa, merupakan sesuatu yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang secara spesifik menetapkan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dengan agama Islam sebagai agama rasmi, kata Karpal. BERNAMA

BN tidak mampu retakkan Pakatan Rakyat - Anwar

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Hrkh) - Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim yakin Barisan Nasional tidak akan mampu meretakkan permuafakatan Pakatan Rakyat berhubung dengan isu Kerajaan Perpaduan.

Tegasnya, beliau bersama dengan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bertemu semalam bagi membincangkan isu yang hangat diperkatakan muktahir ini.

Menurut Anwar, Pakatan Rakyat percaya perselisihan yang berlaku hanyalah kecil tetapi digembar-gemburkan oleh media yang dikuasai Umno-BN.

Berikut disiarkan kenyataan penuh Anwar:

Kenyataan ini saya edarkan setelah berbincang dengan Ustaz Abdul Hadi Awang dan Sdr Lim Kit Siang semalam. Kami mengulangi komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama Pakatan Rakyat bagi menjayakan Agenda Perubahan.

Kami berpendapat adalah penting untuk memberi peluang dan ruang kepada rakan-rakan parti komponen untuk menjelaskan pendirian mereka berhubung sebarang isu yang berbangkit.

Kami percaya perselisihan kecil yang digembar gembur oleh media Umno-BN tidak akan meretakkan permuafakatan yang terbina dari iltizam untuk membawa Perubahan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

Perlu dijelaskan bahawa isu rundingan PAS-umno yang berbangkit dari kenyataan Ustaz Abdul Hadi pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar di muktamar tahunan baru-baru ini harus dilihat dalam konteks pidato Presiden PAS.

Dalam pidato tersebut Ustaz Abdul Hadi mengulangi komitmen PAS untuk memastikan Perubahan terlaksana melalui wadah Pakatan Rakyat dan menggariskan kewajaran muafakat antara parti bagi menyelesaikan krisis Perak melalui pilihan raya, menggesa agar badan kehakiman bebas dari sebarang kongkongan dan pilihan raya yang telus.

Insya-Allah permuafakatan Keadilan, PAS dan DAP akan bertambah utuh dari hari ke hari. Rakyat Malaysia mahukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, telus dan cekap mentadbir bagi kembali memacu negara ini ke persada. Pakatan Rakyat bersedia menggalas tanggungjawab demi memastikan negara ini berada di landasan yang tepat.

ANWAR IBRAHIM, KETUA PEMBANGKANG, DEWAN RAKYAT MALAYSIA. - mks._

Bahasa Melayu di Malaysia, satu gambaran kabur - Pak Samad

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Hrkh) - Sungguhpun Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak berucap sepenuhnya menggunakan Bahasa Melayu pada majlis penganugerahan ijazah doktor kehormat oleh Universiti Kajian Luar Beijing (BFSU) kepadanya semasa kunjungannya ke China baru-baru ini , ia belum dapat diterjemahkan bahawa terdapat bayangan beliau bersedia mengembalikan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu.

Demikian antara pandangan yang diutarakan Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said sebagai 'signal' yang boleh disampaikan kepada kerajaan Malaysia apabila Najib berucap dalam Bahasa Melayu di sebuah negara yang mengutamakan bahasa ibunda sebagai bahasa rasmi dalam segala urusan.

Jelas pejuang bahasa yang dianugerahkan Tokoh Bahasa pada Muktamar PAS ke-55 ini sewaktu dihubungi Harakahdaily, memandangkan Najib menerima ijazah doktor kehormat yang dikurniakan kepadanya, sudah tentu beliau menggunakan Bahasa Melayu dalam ucapannya.

"Penerimaan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia belum lagi menentukan itu akan dilakukannya di Malaysia. Selain itu saya juga melihat gambaran yang agak kabur.

"Di Malaysia ini, Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri memberi kenyataan kadang-kadang kita dapati seolah-olah akan mengembalikan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu. Tetapi kadang-kadang kita nampak seolah-olah ada keraguan akan menghapuskan PPSMI ini ,"tegasnya. - mks. _

Tubuh Suruhanjaya Diraja, bersihkan kerajaan Perak

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Hrkh) - Pemuda PAS Perak mendesak supaya ditubuhkan segera Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat perubahan kuasa di Perak ekoran rentetan perkembangan politik di negeri ini bermula awal Februari lalu hingga sekarang.

Setiausahanya Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata tujuan penubuhan badan itu adalah untuk menyiasat secara terperinci insiden 'rampasan kuasa' itu demi kepentingan rakyat dan perlu diperjelaskan serta dibersihkan oleh Kerajaan Negeri.

"Kita percaya ada unsur tertentu dan sebab kenapa tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat bertindak keluar parti dan menjadi ADUN Bebas pada awal Februari dahulu.

"Tindakan mereka itu jelas mengkhianati serta menafikan hak rakyat yang memilih mereka di atas nama Pakatan Rakyat dan demokrasi," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Pemuda PAS negeri itu katanya akan mempersembahkan cadangan tersebut kepada Paduka Seri Sultan Perak demi menegakkan demokrasi dan akan juga membersihkan pentadbiran Kerajaan Negeri di samping yakin usaha ini akan memberikan perkembangan positif kepada palabur dan juga pemulihan ekonomi kepada Kerajaan Negeri kelak.

"Kita amat yakin dan percaya jika usaha ke arah penubuhan suruhanjaya ini dan akan menjalankan siasatan yang bakal mendedahkan kepada seluruh rakyat bagaimana perubahan kuasa Kerajaan Pakatan Rakyat yang dirampas oleh Umno / Barisan Nasional (BN)," katanya.- azm _

Hentikan kenyataan keliru, tiada hasrat bawa PAS kepada BN - Timbalan Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Hrkh) - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa bersetuju dengan saranan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali agar seluruh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat menghentikan segala kenyataan yang boleh mengelirukan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat khususnya mengenai Kerajaan Perpaduan.

Jelasnya sewaktu dihubungi Harakah hari ini, isu kerajaan perpaduan ini telah menimbulkan banyak salah faham pelbagai pihak.

"Apa yang dimaksudkan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ialah PAS tidak menutup ruang perbincangan dengan sesiapa dan tidak pula menyebut hendak membawa PAS kepada Umno dan Barisan Nasional.

"Jadi, akibat daripada kekeliruan kenyataan ini, saya ingin menyebut sebagaimana saya nyatakan dalam ucapan penggulungan Muktamar PAS, PAS tidak pernah mempunyai hasrat untuk membawa PAS kepada Umno dan Barisan Nasional," tegasnya.

Nasharudin menjelaskan PAS tidak pernah membesarkan mengenai Kerajaan Perpaduan ini dan sehubungan itu katanya, tumpuan PAS ialah untuk memperkukuh parti dan Pakatan Rakyat serta bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Kecil Manik Urai. Image

Sementara itu, Mustafa dalam sidang akhbar yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini merayu seluruh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat supaya menghentikan kenyataan yang berkait dengan isu-isu yang boleh memberi kekeliruan kepada penyokong PAS khususnya berkaitan dengan kerajaan perpaduan.

"Saya menggunakan perkataan merayu kerana saya tidak ada autoriti untuk arah. Jadi saya merayu khususnya pimpinan PAS agar tidak ada sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan yang akan memberikan barangkali gambaran serta persepsi negatif.

"Tugas saya hari ini bersama jentera pilihan raya PAS ialah lawan dengan Barisan Nasional. Berbicara mengenai Kerajaan Perpaduan adalah tidak relevan pada waktu ini. Sebab apabila kita menggunakan apa istilah pun mengenai kerjasama ini, ia 'misleading'.

"Sebab kerjasama kita hari ini adalah dengan Pakatan Rakyat. Kalau 'engagement' ya. Kita nak bercakap dengan MCA dan MIC tidak ada masalah. Bercakap tidak salah,"katanya.

Dalam pada itu beliau turut memberi respons kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang meminta PAS memberi penjelasan mengenai pembentukan kerajaan perpaduan.

"Saya tidak salahkan Guan Eng membuat kenyatan itu. Saya tahu memang ada dilontarkan oleh Presiden PAS mengenai Kerajaan Perpaduan ini. Tapi ia hanya satu teori dan konsep. Pada saya sekadar melontarkan itu tidak salah,"katanya.

Jelas Mustafa, isu mengenai Kerajaan Perpaduan pernah dilontarkandalam mesyuarat PAS tetapi tidak pernah dibincangkan sehingga menjadi satu keputusan. Image

Mustafa juga menyatakan beliau dimaklumkan ada perbincangan antara Abdul Hadi dengan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim tentang konsep Kerajaan Perpaduan.

Beliau turut difahamkan Abdul Hadi, Anwar dan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi memberi penerangan mengenai perkara tersebut.

"Saya tidak tahu apa respons Tuan Guru Nik Abdul Aziz selepas itu. Dan selepas itu berlaku peralihan kuasa daripada Abdullah kepada Najib.

"Sebab itu, bagi saya mungkin Tuan Guru Abdul Hadi apabila beliau maklumkan perkara tersebut kepada Anwar sebagai pemimpin Pakatan Rakyat, mungkin dia mengandaikan maklumat tersebut sampai kepada DAP.

"Tetapi apabila DAP mengatakan tidak tahu mengenai perkara ini, maknanya maklumat tersebut tidak sampai kepada DAP," jelasnya.

Beliau berpandangan, kenyataan yang timbul adalah disebabkan berlaku salah faham mengenai isu Kerajaan Perpaduan ini. Bagaimanapun katanya, isu ini tidak akan berbangkit setelah diberi penjelasan.

Justeru katanya, dalam perjumpaan dengan pemimpin Pakatan Rakyat akan datang, isu mengenai Kerajaan Perpaduan ini akan dapat diterangkan oleh Presiden PAS. - azm _

Jun 3, 2009

Kenyataan Akhbar Penarikan Semula Tuduhan Fitnah Nozula Mat Diah terhadap Husam

"Kenyataan Akhbar Tetuan Saiful Kasri & Associates

Hari ini Selasa 2 Jun 2009 di akhbar Berita Harian di muka C12 suatu notis permohonan maaf telah dikeluarkan oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh. YB Dato Nozula Mat Diah kepada anakguam kami, YB Dato Paduka Husam b Musa.

Notis tersebut berbunyi:

"Saya, YB Dato Nozula Mat Diah dengan ini dan dengan sepenuh hati memohon maaf tanpa sebarang syarat kepada YB Dato’ Husam Musa kerana telah membuat laporan tidak benar dan tidak berasas terhadap beliau kepada BPR pada 2007. Saya dengan ini menarik balik segala tuduhan tersebut dan seterusnya menyatakan rasa kesal yang mendalam kerana pertuduhan tersebut telah menyebabkan tekanan kepada beliau dan keluarga beliau serta memburukkan keperibadian beliau.”

Pada akhir November 2007, 2 orang Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan daripada Barisan Nasional iaitu YB Dato' Nozula Mat Diah dan ADUN Bukit Bunga Muhd. Adhan Kechik telah membuat laporan kepada pihak BPR membuat tuduhan yang tidak benar dan tidak berasas terhadap anakguam kami.

Antara laporan tersebut adalah:

  • Laporan mengenai buku dan salah guna kuasa oleh ahli Exco kerajaan negeri Datuk Hussam Musa.
  • Laporan mengenai penyelewengan Pengarah Urusan Air Kelantan Sdn. Bhd.
  • Isu kegagalan pengurusan Air Kelantan Sdn. Bhd.
  • Isu Kedai Majlis Daerah Machang.
  • Isu Jamnapari membabitkan dana KPK.
  • Penyelewengan kawasan balak untuk ladang getah serta penyelewengan Pas mengutip dana.
  • Penyelewengan pembelian lot tanah mukim Gual Periuk, Pasir Mas oleh Syarikat Galeri Tanah.
  • Laporan ke atas Perbadanan Menteri Besar Kelantan Berhad dan Pengarah Urusan Kompleks Perkayuan Kelantan.
  • Isu Perbadanan Baru Tanjung cuba menjual rezab Melayu kepada Syarikat Kind Network Sdn. Bhd.
Pernyataan fitnah tersebut yang diucapkan dan diedarkan pada sidang akhbar tersebut telah mendapat liputan meluas di akhbar-akhbar utama tempatan dan telah disiarkan di televisyen serta boleh dimuatturun daripada laman sesawang yang pada masa yang relevan mempunyai jutaan pengguna, kesemuanya mempunyai akses percuma dan terbuka kepada fitnah-fitnah yang diadukan.

Tindakan kedua ADUN ini juga telah meletakkan anakguam kami dalam satu kancah pertikaian umum dan mengheret beliau dalam suatu skandal, fitnah konspirasi, jenayah, kebencian dan buruk sangka umum (odium), kehinaan (contempt) awam dan tekanan serta kemudaratan mental yang amat sangat akibat kegelisahan, kerisauan dan ketakutan akan ditangkap oleh pihak berkuasa, seterusnya beroleh keaiban umum.

Oleh itu beliau telah mengarahkan pihak kami mengambil tindakan undang-undang terhadap kedua Ahli Dewan Undangan Negeri berkenaan dan New Straits Times (M) Berhad. Akhirnya pihak ADUN berkenaan telah bersetuju untuk memohon maaf secara terbuka kepada anakguam kami serta menarik balik segala tuduhan yang dilemparkan.

Dengan Notis Permohonan Maaf ini maka terbukti bahawa segala tuduhan liar yang dibuat terhadap anakguam kami adalah fitnah semata-mata, tidak benar dan tidak berasas. Ini juga bermakna kerajaan negeri juga bersih dari segala salahlaku yang didakwa. Pihak kami akan membuat tindakan seterusnya bagi membersihkan nama baik anakguam kami. Kami juga dalam proses rundingan penyelesaian dengan para defendan lain.

Sekian, terima kasih.

Yang benar

Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek Peguambela dan Peguamcara Tetuan Saiful Kasri & Associates

Mantapkan fungsi PAS dalam Pakatan Rakyat, jangan gadai prinsip! - Salahuddin

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Hrkh) - Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub menggesa ahli dan kepimpinan Pemuda PAS agar melihat perkembangan pesaing utama di kalangan pemuda Pakatan Rakyat (DAPSY dan AMK) untuk memantapkan Pemuda PAS.

"Selain berhadapan dengan Pemuda Umno yang menjadi pesaing utama kepada Dewan Pemuda PAS, kita juga turut bertemankan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) yang menjadi komplimenter dalam memperkasakan Pakatan Rakyat.

"Saya teruja melihat pemimpin-pemimpin muda yang muncul dan memimpin AMK dan DAPSY pada masa ini. Mereka adalah generasi baru yang mewakili aspirasi baru Malaysia yang menolak gagasan sempit yang berasaskan kaum atau sentimen-sentimen sempit yang lain.

"Mereka sekarang sedang bercakap soal ketelusan pentadbiran, keadilan undang-undang, keadilan sosial, kecekapan kerajaan dan kestabilan ekonomi yang menjadi isu pokok ke arah Malaysia sebuah negara maju dan berkebajikan," kata Salahuddin dalam ucaptama sempena Muktamar Pemuda PAS ke-50 di Markas Taman Melewar hari ini.

Ujar beliau lagi, isu-isu yang bersifat perkauman, keagamaan yang sempit, sentimen kedaerahan dan seumpamanya sudah tidak relevan kepada generasi baru Malaysia. Inilah persoalan yang membuatkan parti-parti perkauman dalam BN kini kehilangan dukungan rakyat, khususnya golongan muda.

Bagi Dewan Pemuda PAS, perkembangan ini perlu dilihat secara positif, dan pemuda sendiri mesti berperanan secara positif juga supaya PAS terus diterima di pentas politik negara, katanya.

Beliau percaya AMK dan DAPSY telah mempunyai rancangan-rancangan kerja jangka panjang masing-masing bagi menangani perubahan ini, maka generasi baru Pemuda PAS juga perlu membuat kajian dan perancangan yang lebih strategik dalam memperkukuh Pakatan Rakyat, katanya.

"Kita bukanlah "sleeping partner" kepada Pakatan Rakyat atau sekadar pelengkap sahaja, tetapi Pemuda PAS mahu PAS menjadi tulang belakang kepada kebangkitan Pakatan Rakyat dalam menamatkan kezaliman, penindasan dan penyelewengan BN," katanya.

Pemuda PAS adalah tenaga utama dalam meningkatkan peranan PAS ini termasuk dalam kerajaan dan dalam pakatan untuk mengembleng rakyat semuanya yang perlu diberikan suntikan perangsang yang baru, katanya.

"Saya bukan bermaksud supaya PAS menguasai Pakatan Rakyat dan parti lain menjadi pengikut kita, kerana saya sedar semua parti adalah komplimenter antara satu sama lain. Tetapi saya mahukan dalam apa aspek pun peranan dan sumbangan gerak kerja PAS dalam memperkasakan Pakatan Rakyat dipertingkatkan," ujarnya.

Tujuan utama memberikan penekanan terhadap proses mempertingkatkan peranan PAS dalam Pakatan Rakyat ialah kerana mahu Pakatan Rakyat diperkukuhkan, ujarnya.

Pakatan Rakyat telah mendapat kepercayaan sebahagian besar rakyat di semenanjung ini dan BN kini hanya bertahan dengan sokongan pengundi dari Sabah dan Sarawak sahaja, katanya.

"Kita telah diberi peluang oleh rakyat untuk membuktikan apa yang kita war-warkan apabila lima buah negeri serta Wilayah Persekutuan telah berada di tangan kita dapat dimanifestasikan.

"Keyakinan rakyat ini mesti diterjemahkan kepada dasar-dasar kerajaan yang telus, bersih dan berkebajikan supaya kemenangan kita dapat dipertahankan. Memperkukuhkan Pakatan Rakyat adalah tanggungjawab kita bersama dan tidak timbul langsung soal kita ingin memisahkan diri daripada pakatan ini," tegasnya.

Salahuddin juga menyeru kepemimpinan tertinggi parti supaya dapat mengkaji secara mendalam peranan dan kedudukan PAS setelah setahun Pakatan Rakyat dibentuk, supaya dapat menilai dan memuhasabah pencapaian ke arah pembaikan.

Ahli-ahli juga PAS perlu memahami bahawa penglibatan PAS dalam Pakatan Rakyat bukanlah suatu yang tidak syar�ie atau dibuat semata-mata untuk kepentingan politik semasa sahaja.

Kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat adalah berteraskan prinsip yang berbeza dengan kerjasama BN, katanya.

PAS akan tetap berpegang teguh dan istiqamah dengan dasar perjuangannya tanpa menggadai prinsip.

Ujarnya inilah yang membezakan PAS dalam Pakatan Rakyat dengan Umno dalam BN kerana ujarnya Umno bergabung dengan BN tetapi tidak menguntungkan Islam dan orang Melayu./wann _

BN singkirkan Islam dan pinggirkan bahasa Melayu

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayob menyifatkan Umno dan Barisan Nasional (BN) menyingkirkan agama Islam dalam usaha untuk menarik sokongan bukan Islam.

Dalam ucaptama beliau sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin menyamakan usaha terdesak Umno/BN itu sebagai cubaan merasuah orang bukan Islam dengan menetapkan bahawa anak-anak kepada orang bukan Islam yang memeluk Islam perlu kekal dalam agama asalnya.

Kerana kehilangan sokongan bukan Islam tegas Salahuddin, Umno/BN sanggup melakukan apa saja termasuk menyingkirkan agama rasmi negara ini.

"Umno/BN kini dalam keadaan terdesak bila orang bukan Islam mula memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.

"Kerana faktor itu mereka sanggup menetapkan supaya anak-anak kekal dalam agama asal biarpun bapa memeluk agama Islam," tegas beliau.

Dewan Pemuda PAS tegas beliau kesal bila Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak gagal melindungi kepentingan agama Islam sebagai agama persekutuan.

Dalam soal bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan pula, Umno/BN tegas Salahuddin gagal menghormati Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Umno kata beliau yang sering melaungkan berjuang untuk orang Melayu tidak sanggup mempertahankan bahasa ibunda sendiri.

"Menerusi Akta Bahasa Kebangsaan 1967, Umno/BN menghapuskan tulisan jawi yang menjadi kebanggaan orang Melayu.

"Kini setelah lama berkuasa mereka berusaha pula untuk meminggirkan bahasa Melayu," ucap Salahuddin.

Keengganan Umno/BN menghapuskan dasar PPSMI, tegas beliau merupakan bukti parti pemerintah itu memandang rendah terhadap keupayaan bahasa ibunda sendiri.

Sebelum beliau menyampaikan ucaptama, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dan Salahuddin sendiri telah menerima kalungan bunga Malai dari Kelab Penyokong Muda India PAS.

Muktamar Dewan Pemuda PAS ke 50 diadakan di Dewan Dato' Haji Fadzil Noor, Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar. - mns _

Jun 2, 2009

Mahkamah diberitahu perlantikan Rajasekaran tidak sah

KUALA LUMPUR: Pelantikan G.Rajasekaran sebagai setiausaha agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) tidak sah kerana terdapat sekurang-kurangnya enam perwakilan yang tidak layak, mengambil bahagian secara tidak sah pada pemilihan jawatan MTUC, Mahkamah Tinggi diberitahu di sini hari ini.

Peguam R.Sivarasa yang mewakili plaintif; Kesatuan Pekerjapekerja Kelab Semenanjung Malaysia dan setiausaha agungnya Abdullah Sani Abdul Hamid; berkata enam perwakilan dari empat kesatuan sekerja dalam MTUC tidak layak mengundi pada pemilihan itu, di bawah Peraturan 6(6) perlembagaan MTUC yang berkaitan jumlah perwakilan yang dibolehkan untuk diwakili semasa pemilihan.

Sivarasa berhujah oleh kerana enam perwakilan itu tidak layak, mereka tidak boleh mengundi pada pemilihan itu.

"Oleh itu pemilihan jawatan dalam MTUC bagi penggal 20082010 yang diadakan pada 18 Disember 2007 bagi jawatan setiausaha agung, menyalahi Peratudan 6(6) perlembagaan MTUC," katanya.

Sivarasa berhujah demikian di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Ariff Md Yusof dalam perbicaraan saman pemula yang difailkan oleh plaintif terhadap Rajasekaran bagi membatalkan jawatan beliau sebagai setiausaha agung MTUC.

Kedua-dua pihak menfail saman pemula itu pada 29 May 2008 di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi, yang antara lain memohon pengisytiharan bahawa keputusan pengundian bagi jawatan MTUC untuk penggal 20082010 pada 18 Disember 2007 adalah tidak sah dan terbatal. Mereka turut memohon supaya MTUC mengadakan mesyuarat khas perwakilan bagi mengadakan semula pemilihan untuk jawatan setiausaha agung dalam tempoh 60 hari mengikut perintah mahkamah.

Sivarasa berhujah bahawa defendan juga gagal menyediakan senarai perwakilan yang hadir pada pemilihan itu bagi membolehkan plaintif mengesahkan sekiranya perwakilan berkenaan layak mengundi.

Beliau berkata oleh kerana senarai perwakilan yang hadir itu masih belum dikemukakan sehingga hari ini, mungkin ada lagi perwakilan tidak layak yang mengambil bahagian pada proses pemilihan itu, yang mereka tidak sedari.

Sementara itu peguam D.Kalai yang mewakili Rajasekaran berhujah bahawa berdasarkan kepada amalan MTUC semua perwakilan layak diwakili semasa pemilihan pada 18 Disember 2007.

Katanya berdasarkan kepada perlembagaan MTUC, ia tidak memberikan senarai perwakilan kepada sesiapa kecuali diminta berbuat demikian.

Beliau berkata sekiranya plaintif tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan, mereka seharusnya membangkitkan perkara itu sebelum atau semasa mesyuarat, dan bukannya selepas sembilan bulan keputusan dibuat.

"Plaintif juga seharusnya menulis surat kepada MTUC bagi memohon untuk mendapatkan senarai perwakilan itu, tapi mereka tidak berbuat demikian," kata Kalai dan menambah bahawa MTUC sudah mengumpulkan senarai nama perwakilan itu menerusi senarai borang, kerana ia tidak dikemaskini oleh komputer.

Ketika ini Mohd Ariff mencelah bahawa MTUC perlu menukar sistemnya kepada kepada sistem yang lebih terkini.

Perbicaraan bersambung pada 12 Jun ini bagi membolehkan pihak terbabit menyediakan maklumat mengenai senarai pencalonan keempat-empat kesatuan itu. BERNAMA

Muktamar ke 55 - Persediaan PAS untuk menggantikan Umno

Sesungguhnya Parti Islam Se-Malaysia (PAS), sedang berada di tahap paling baik dalam 58 tahun sejarah jatuh-bangun perjuangan politiknya.

Natijah dari pelbagai dinamika politik nasional dan hasil kesediaan kepimpinan memposisi kepentingan perjuangan, PAS kini berada sekali lagi di kedudukan penting yang sekaligus menuntut parti Islam ini terus membuat beberapa pilihan strategik.

Paling kritikal, atas pilihan strategik ini pula akan ditentukan keupayaan dan kelangsungan PAS, samada untuk terus mara menempah kejayaan yang lebih besar atau berpatah balik seumpama yang disaksikan pasca-kejayaan PRU ke-10, yakni keputusan PRU ke-11 April 2004 yang mengembalikan PAS pada garis sokongan tegarnya, tidak lebih dan tidak kurang dari itu.

Maka di ambang Muktamar ke-55 ini, punya cita-cita besar bagi meletakkan seluruh kepimpinan parti, aktivis, pendukung dan pencintanya, supaya sedar dan insaf, bahawa sekali lagi, kita berada di persimpangan kritikal ini.

Umum bahkan dunia, sedang memerhatikan penampilan serta pengolahan 'Risalah Perjuangan Parti Politik Islam' ini, dalam persaingan mendominasi kuasa abad 21 Masihi-15 Hijrah.

Khususnya di persada pertarungan politik sebuah negara-bangsa yang punya demografi cukup plural atau majmuk, di segi pertentangan pelbagai tuntutan agama, etnik dan budaya yang bersifat 60:40 Islam:Bukan-Islamnya. Cabaran inilah yang cuba digarap dalam penulisan ini, bagi menyambung penulisan lalu "Meniti Tuntutan Perjuangan Pasca Muktamar ke-55".

Penulis ingin pertama-tamanya merakamkan perasaan terkilannya, bahawa polemik kepimpinan Ulama-Profesional telah menelan waktu, tenaga dan penumpuan yang agak keterlaluan.

Yang lebih penting dari kesemua itu sewajarnya ialah menekuni serta mentakrifkan tuntutan perjuangan yang bakal dipikul kepimpinan yang akan dipilih.

Dengan kejelasan itu, akan terserlah gandingan pasukan kepimpinan yang diperlukan bagi memantapkan lagi kepemimpinan Presiden memacu dan melonjakkan parti ke garis prestasi ke keluk yang seterusnya.

Maka membicarakan pilihan strategik di ketika ini adalah satu yang 'dhoruri' dan paling tidaknya sangat dihajatkan parti dalam rangka tuntutan kebijaksanaan perjuangan.

Menggantikan kepimpinan Umno bagi kelompok Islam-Melayu

Seperti yang ditegaskan kepimpinan tertinggi parti umpama Pengarah JK Pilihanraya PAS Pusat, waktunya telah tiba untuk mengambil alih kedudukan Umno selaku parti politik pilihan nombor satu untuk kelompok demografi pengundi Melayu-Islam di Negara ini.

Meski pun telah acap disebut termasuk salah seorang calon Timbalan Presiden, belum ada satu kejelasan strategi yang pernah dilakarkan kearah itu.

Sementara PAS berada di tahap paling kukuh dan kuat, Umno sebaliknya sedang berada di tahap paling lemah dalam laluan usia politiknya. Sebelum kita dikatakan berkhayal, PAS (dan Pakatan) perlu mengalahkan Umno dalam pertandingan 72 kerusi parlimen yang memiliki 2/3 majoriti Melayu-Islam dan 42 kerusi di mana yang majoriti mudahnya adalah pengundi Islam-Melayu. Selebih 51 kerusi parlimen yang lain adalah kerusi majoriti Bukan-Melayu, di mana 18 adalah kerusi majoriti 2/3 dan 33 adalah kerusi majoriti mudah Bukan-Melayu.

Jumlah kerusi pertarungan di Semenanjung ialah 165. Nah, perhatikan baik-baik apa maksud untuk menumbangkan Umno sebagai parti untuk orang Melayu-Islam.

Penulis, seorang optimis tegar seperti didakwanya, yakin bahawa objektif tersebut mampu dilakukan.

Telahan para 'pundit' politik meramalkan Umno tidak akan dapat memugarkan atau 'reengineer' kembali perjuangan sehingga parti Melayu terbesar itu mengalami kekalahan kuasa di peringkat Pusat dan belajar semula selepas menjadi pembangkang untuk satu jangka waktu.

Menarik tesis tersebut. Tidak mustahil kerana kemenangan disilih gantikan Allah SWT. (al-ayat) .

Pun begitu, di segi perhitungan politiknya PAS perlu mengalahkan Umno dalam pertandingan pilihanraya umum akan datang. Untuk ingatan, PAS bertanding dalam 64 kerusi parlimen di Semenanjung, sementara memenangi 27 kerusi.

Umno sebagai perbandingan, menguasai 78 kerusi di Semenanjung. Sebutan mengambil alih kedudukan Umno sebagai parti pilihan orang Islam-Melayu wajar menyedari tuntutan realitinya.

PAS dalam ukuran politik hari ini sudah melepasi kekangan prestasi tradisinya. Dulu, PAS hanya mampu menang dalam pertandingan kerusi-kerusi yang berada dalam 'Malay Belt' atau Kawasan Melayu di Utara dan Pantai Timur.

PAS telah memecahkan tembok ini dalam pola Politik Baru dan bersedia memenangi kerusi-kerusi campuran 60:40 bahkan lebih �mixed� dari itu seperti kerusi Kota Raja. Tegasnya PAS telah menemui formula dan resepi kejayaannya.

Persoalan buat kepimpinan kini ialah: Apakah yang perlu dilakukan kepimpinan parti untuk seterusnya merealisasikan cita-cita mengambil alih kedudukan Umno? Apakah yang bakal menghalang pencapaian objektif ini?

Bersama menggandingkan kekuatan menjatuhkan Umno-BN

Muktamar ke-55 ini juga membawa erti besar untuk parti Islam yang terbesar di negara ini, sekali lagi mempertegaskan komitmennya untuk menyaksikan tumbang kuasa yang telah memerintah negara selama lebih 5 desawarsa.

Lanjutnya kuasa ini telah menafikan negara dan rakyat mengecapi kesejahteraan hidup sebenar sesuai dengan kedudukan negara yang memilikki sumber per kapita antara tertinggi di dunia kerana pelbagai kebobrokan gelagat segelintir pemerintah yang sarat rasuah, kerakusan dan mementing diri.

Amalan demokrasi rosak sementara institusi kehakiman terus reput dan badan legislatif dicekik kuasa Eksekutif.

Media Baru memerdekakan rakyat dan pengundi. Tekanan ke arah pertanggungjawaban dan ketelusan menuntut kerajaan mendedahkan segala kecurangan yang dilakukan pihak pemerintah. Terkini skandal besar PKFZ yang bakal menelan RM12.8 bilion, sebagai 'mercu tanda' pengurusan sarat rasuah Umno-BN.

Umno-BN sudah sampai ke penghujung usianya. Mereka wajib di kalahkan dalam PRU ke-13 bagi mengangkat martabat, maruah dan daya saing negara.

Tidak ada kemungkaran yang lebih jelek dan membinasakan watak negara-bangsa ini amnya dan ummat Islam khusu