Apr 29, 2009

PAS minta pimpinan negeri anjur solat doakan kesejahteraan Sultan Selangor

PETALING JAYA: PAS Selangor meminta pimpinan parti negeri itu supaya menganjurkan solat hajat mendoakan keselamatan dan kesejahteraan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang akan menjalani pembedahan di Amerika Syarikat.

Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS negeri, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali telah mengeluarkan arahan supaya solat hajat perdana dan munajat itu diadakan di setiap kawasan negeri itu.

"Ahli dan penyokong PAS diminta melakukan solat yang sama sepanjang baginda menjalani pembedahan dan seterusnya dalam proses penyembuhan supaya segera sembuh dan kembali memayungi rakyat Negeri Selangor dengan penuh kasih sayang, keadilan dan kesaksamaan," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau turut meminta ahli dan penyokong PAS supaya sentiasa mendoakan agar Tuanku menjalani proses rawatan dengan penuh ketabahan dan sentiasa mengharapkan keredahan Allah.

Enggan saman isu Altantuya, Najib rahsiakan sesuatu?

KUALA LUMPUR, 29 April (Hrkh) - Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali menyokong cadangan Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar agar Majlis Raja-raja menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi memulihkan nama baik negara. Kata Mustafa Ali, cadangan itu wajar kerana nama negara kini kian tercemar akibat laporan media antarabangsa yang melibatkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Walaupun sebelum ini terdapat desakan oleh pelbagai pihak agar Najib atau kerajaan Malaysia menyaman akhbar-akhbar asing yang membuat laporan itu.

Namun kata Mustafa, Najib atau kerajaan masih terus berdiam diri, dan hanya membuat penafian sahaja.

"Penubuhan suruhanjaya ini wajar kerana sebelum naik jadi PM lagi, Najib memiliki 'bagage' yang sarat dengan isu-isu yang dikaitkan dengannya," kata Mustafa ketika temui di Pejabat Agung PAS baru-baru ini.

Beliau juga melihat, semacam ada kebimbangan atau rahsia yang disimpan apabila Najib enggan menyaman akhbar asing berhubung tuduhan ke atas Perdana Menteri itu.

Malah beliau juga melahirkan persoalan samada ada perkara yang disembunyikan agar tidak terdedah berikutan keenganan Najib atau kerajaan membersihkan namanya dengan landasan undang-undang.

"Najib atau kerajaan boleh memanggil kedutaan negara-negara yang mana akhbar mereka melaporkan isu tersebut untuk meminta kerjasama memberi penjelasan," katanya.

ImageNamun hingga kini, tindakan tersebut juga gagal dilakukan Najib hingga pelbagai persepsi atau spekulasi yang timbul kerana kegagalan itu.

Terdahulu, Mahfuz bersama Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub telah menyerahkan memorandum kepada Majlis Raja-raja Melayu segera menubuhkan sebuah Suruhanjaya DiRaja bagi memulihkan nama baik negara.

Kata Mahfuz, penubuhan Suruhanjaya DiRaja itu perlu ditubuhkan setelah nama negara kini kian tercemar akibat laporan media antarabangsa yang melibatkan Perdana Menteri.

Beliau menegaskan isu pembunuhan Altantuya Shaariibu dan pembelian kapal selam yang dikaitkan oleh media antarabangsa dengan Najib menyebabkan nama baik negara kini tercemar. - mks. _

Dr Mansor Othman calon Pakatan Rakyat di Penanti

PERMATANG PAUH, 29 April (Hrkh)-Teka-teki siapa calon N12 Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti sudah terjawab apabila bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Negeri Pulau Pinang, Dr Mansor Othman diumumkan sebagai calon Pakatan Rakyat oleh Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim di Yayasan Aman, Penanti semalam.

Beliau di antara nama yang disebut-sebut sebelum ini untuk mengisi kekosongan kerusi Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang menggantikan Mohamad Fairus Khairudin yang meletakkan jawatan pada 19 Mac lepas.

Isu ini makin jelas apabila beliau dikatakan menolak jawatan Senator yang ingin diberikan kepadanya oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang semasa persidangan Dun minggu lalu.

Anwar semasa berucap menegaskan, jika sekiranya beliau memenangi pilihan raya kecil Penanti yang akan diadakan pada 31 Mei depan, KeADILan akan mengemukakan namanya sebagai cadangan kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk mengisi jawatan nombor dua yang ditinggalkan oleh Mohamad Fairus yang berhenti ekoran hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, menumpukan pada keluarga serta membersihkan namanya daripada tohmahan yang dilemparkan kepadanya sebelum ini.

Bagi Dr Mansor pula dalam kenyataan pertamanya pada media berkata, beliau akan melaksanakan tugasnya dengan baik, turun padang dan mampu menang di Penanti.

Walaupun beliau bukan 'orang Penanti' namun beliau yakin menang hasil sokongan parti gabungan dalam Pakatan Rakyat.

"Saya ucap terima kasih pada Dato' Seri Anwar kerana memilih saya sebagai calon untuk bertanding di Penanti. Insya-Allah apa yang diamanahkan kepadanya nanti cuba dicurahkan kepada rakyat Penanti dan Permatang Pauh amnya, " jelas beliau.

Antara kepimpinan KeADILan yang hadir memberikan sokongan moral terhadap calon Pakatan Rakyat ialah Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali; Pengarah Pilihan raya KeADILan, Saifudin Nasution Ismail; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Penolong Setiausaha DAP Pusat, Choong Eng; Ketua Perhubungan KeADIlan Negeri, Dato' Zahrin Hashim dan lain-lain kepimpinan parti-parti gabungan Pakatan Rakyat. - azm/mks._

Apr 27, 2009

Demi politik, Najib gadai Islam

KUALA LUMPUR, 27 April (Hrkh) - Demi 'survival' politik, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak sanggup mengadai kepentingan agama Islam.

Keputusan kabinet yang membenarkan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama merupakan petanda jelas Umno sanggup mengadaikan agama semata-mata kerana mahu mendapatkan sokongan masyarakat bukan Melayu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar menegaskan selama ini Najib dan pemimpin Umno yang lain sering menuduh PAS mengadaikan agama Islam bila bekerjasama dengan DAP tetapi keputusan kabinet itu membuktikan sebaliknya.

"Ini bukti bahawa yang mengadaikan agama Islam untuk kepetingan politik adalah Umno bukan PAS kerana kita (PAS) komited dengan perjuangan menegakkan Islam.

"Mereka (Umno) menuduh kita (PAS) mengadaikan agama di Perak bila memberi tanah kepada penduduk Kampung Baru yang terdiri masyarakat Cina dan juga kepada sekolah Cina sedangkan apa yng kita lakukan itu adalah demi keadilan yang dituntut oleh Islam," tegas beliau.

Mahfuz juga menegaskan keputusan kabinet itu bertentang dengan pasal 12(4) perlembagaan persekutuan yang mengizinkan salah seorang ibubapa menentukan agama anak.

Keputusan tersebut tegas beliau menafikan hak bapa atau ibu untuk menentukan agama anak-anak mereka jika berlaku perpisahan.

Mahfuz juga menegaskan keputusan kebinet itu mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab kerajaan untuk memberi perlindungan terhadap orang yang menukar agama.

Sehubungan dengan itu beliau mendesak agar kerajaan segera membatalkan keputusan tersebut untuk menghormati perlembagaan negara.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mendesak supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Jamil Mohd Khir yang dipertanggung jawabkan menjaga hal ehwal agama Islam agar segara tampil membuat pembelaan dalam isu ini.

Pada 23 April lalu, kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak memutuskan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat kabinet pada tarikh tersebut. - mks. _

Isu lembu: MB Selangor saman fitnah Ketua SPRM

KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyaman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), ketua pesuruhjayanya dan kerajaan berhubung pendedahan hasil siasatan suruhanjaya itu terhadap dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh Menteri Besar Selangor itu.

Writ saman itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada 2.45 petang hari ini oleh firma guaman Messrs S.N.Nair & Partners.

Dalam writ yang menamakan Datuk Ahmad Said Hamdan, suruhanjaya dan kerajaan sebagai para defendan, Khalid mendakwa pendedahan yang dibuat oleh Ahmad Said pada 21 Februari lepas mengenai hasil siasatan suruhanjaya itu adalah berunsur fitnah.

Khalid memohon ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, ganti rugi am dan ganti rugi khas dan juga injunksi untuk menghalang para defendan daripada mengulangi kenyataan memfitnah itu. Beliau tidak menyatakan amaun yang dipohon.

Ahmad Said telah membuat kenyataan mengenai hasil siasatan suruhanjaya itu mengenai dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh Abdul Khalid berhubung penyelengaraan bagi kereta peribadinya dan pembelian 46 ekor lembu bagi Hari Raya Aidiladha untuk kawasan Parlimen Bandar Tun Razak yang diwakili Abdul Khalid.

Dalam pernyataan tuntutannya, Abdul Khalid mendakwa perkataan memfitnah yang dikeluarkan oleh Ahmad Said, yang telah menyebabkannya diterbitkan oleh media, berniat untuk merendahrendahkan kapasitinya secara peribadi dan rasmi.

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Ijok itu mendakwa SPRM telah bertindak di luar bidang kuasa mereka, telah secara efektif merampas kuasa dan fungsi Peguam Negara.

Beliau mendakwa para defendan sepatutnya tahu bahawa kuasa mereka terbatas secara eksklusif kepada penyiasatan sahaja dan hanya jika disokong oleh Peguam Negara, mereka boleh menjalankan pendakwaan.

Katanya, melalui peguam belanya, beliau telah meminta penjelasan berhubung tindakan para defendan tetapi mereka (para defendan) gagal memberikan jawapan.

Beliau juga mendakwa para defendan juga enggan memenuhi tuntutannya supaya menarik balik kenyataan itu.

Peguam yang mewakili Abdul Khalid, Sankara N.Nair, dalam kenyataan media berkata motif anak guamnnya memfailkan saman untuk bukan untuk kepentingan wang ringgit tetapi untuk membersihkan namanya. BERNAMA

BERITA TERDAHULU

PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengemukakan saman fitnah terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said dan dua yang lain kerana mendakwa menyalahgunakan dana kerajaan bagi membiayai pembelian 46 ekor lembu korban dan menyelenggara kereta.

Kes saman fitnah difailkan di Kuala Lumpur hari ini.

"Tan Sri Khalid tidak memohon pampasan kewangan, beliau mahu nama baiknya dibersihkan," kata peguamnya, Sankara Nair kepada wartawan selepas memfailkan writ saman di Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pukul 3 petang tadi.

Sankara berkata, Ketua Pesuruhjaya SPRM, di bawah Akta SPRM tidak diberikan kuasa menyatakan kepada media mengenai hasil siasatan.

"Oleh itu mereka telah melanggar akta tersebut," katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kata beliau, kuasa mutlak untuk menentukan sama ada terdapat cukup bukti terletak pada Peguam Negara.

"Tindakan Ketua Pesuruhjaya (SPRM) mendakwa anak guaman saya telah terlibat dalam salah laku, dalam kenyataan rasminya pada 21 Februari lalu, merupakan satu serangan ke atas reputasi dan bertujuan memfitnah beliau," katanya.

Khalid yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi tumpuan berhubung isu menggunakan dana kerajaan untuk membiayai usaha pemberian lembu-lembu korban bernilai lebih RM110,000.

Dana itu dikatakan daripada sumbangan daripada enam anak syarikat dan syarikat bersekutu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), yang ingin mengagihkan lembu berkenaan di surau-surau di kawasan Parlimennya, Bandar Tun Razak, pada Hari Raya Aidiladha, Disember lepas.

Sebelum ini, Khalid menafikan dakwaan sedemikian.

Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) hari ini membuat aduan kepada SPRM Selangor dan meminta badan itu menyiasat kemungkinan wujud unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam urusan pembelian lembu korban itu.

Pada 20 Februari lalu, Ahmad Said mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya ada bukti dan keterangan kukuh berhubung dakwaan Khalid menyalah guna wang kerajaan negeri bagi menyelenggara kereta peribadi dan pembelian 46 lembu untuk korban sempena Aidiladha Disember lalu.

Keputusan kabinet Najib takutkan rakyat memeluk Islam

KUALA LUMPUR, 27 Apr (Hrkh) - Mereka yang berhasrat untuk memeluk agama Islam mungkin akan membatalkan niat kerana takutkan keputusan kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengenai status anak mereka, kata Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar.

Kabinet Najib memutuskan bahawa anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka semasa melangsungkan perkahwinan.

"Tidak ada ibu bapa yang mahu terpisah walau dalam apa jua cara dengan anak-anak mereka. Berpisah agama tentulah lebih menakutkan lagi.

"Sebab itulah keputusan kabinet Najib itu membuktikan Umno dan Barisan Nasional (BN) semakin kasar terhadap rakyat sehingga ke peringkat merampas hak ibu bapa ke atas anak-anak mereka," tegas beliau.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu menolak tanggapan bahawa Umno dan BN cuba bersikap demokratik apabila memutuskan anak-anak tersebut dibesarkan dalam agama asal dan membiarkan mereka membuat pilihan agama mereka apabila sudah cukup umur.

"Ia tidak demokratik kerana merampas hak ibu bapa ke atas anak-anak mereka. Merampas hak rakyat adalah perbuatan paling tercela dan tidak demokratik!" tegas beliau.

Mahfuz juga melihat keputusan itu bertujuan melakukan provokasi terhadap orang-orang Islam.

"Bila orang-orang Islam marah, Umno dan BN berharap orang-orang bukan Islam merasa bahawa mereka terpaksa berada di bawah kerajaan Umno dan BN juga demi kepentingan kepercayaan mereka.

"Perkara itu tidak benar kerana orang-orang bukan Islam juga turut menjadi mangsa keputusan itu," kata beliau yang menyifatkan Umno dan BN kini begitu terdesak dan begitu kemaruk kepadsa sokongan pengundi bukan Melayu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, mesyuarat baru-baru ini turut memutuskan mana-mana pasangan yang memeluk Islam harus menyelesaikan segala isu berkaitan perceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah sivil dan bukannya mahkamah syariah.

Katanya, langkah itu selaras dengan pendirian Kabinet bahawa undang-undang syariah hanya boleh digunakan terhadap perjanjian berkaitan perkahwinan yang dibuat bermula dari tarikh individu itu memeluk Islam dan bukannya sebelum itu.

"Kita juga memutuskan bahawa perkahwinan individu yang memeluk Islam yang dibuat menerusi proses sivil tidak akan terbatal secara automatik.

"Ini bagi memastikan tiada mana-mana pihak yang tidak bersalah diperlakukan secara tidak adil dan mengelak pasangan menggunakan alasan memeluk Islam untuk lari daripada tanggungjawab," katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Beliau memberitahu, keputusan itu dibuat sebagai penyelesaian jangka panjang bagi menangani isu tukar agama dan terbaru berkaitan dengan kes K. Pathmanaban dari Ipoh yang membawa tiga anaknya memeluk Islam, baru-baru ini.

Kata Mohamed Nazri, keputusan itu adalah berdasarkan pandangan jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyelesaikan kes Pathmanaban atau nama Islam, Mohd. Ridzuan Abdullah, 40.

Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Nasional dan Pengurusan Prestasi), Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon turut disertai Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Tiga kanak-kanak berkenaan iaitu Tevi Darsiny, 12; Karan Dinesh, 11 dan Prasana Diksa, setahun, yang dibawa memeluk Islam oleh Mohd. Ridzuan pada 12 April lalu dengan hanya menggunakan bukti sijil kelahiran._

BN wajar calon Dr Mahathir tanding di Dun Penanti

BESUT, 27 April (Hrkh) - Umno wajar mencalonkan Tun Mahathir Mohamad bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan (Dun) Penanti 31 Mei depan memandangkan mantan perdana menteri itu ghairah mahu Barisan Nasional menyertai pilihan raya terbabit. Anggota Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail berkata, pemilihan Dr Mahathir sebagai calon BN sesuai kerana pengaruhnya sudah ada dalam kepemimpinan Dato' Seri Najib Razak sekarang.

"Oleh kerana Dr Mahathir bersungguh-sungguh meminta BN menyertai pilihan raya kecil tersebut walaupun Najib membayangkan BN mungkin tidak akan bertanding," katanya pada ceramah di Markaz PAS�Dun Hulu Besut, baru-baru ini.

Bekas Perdana Menteri keempat itu sebelum ini mahu BN meletak calon pada pilihan raya kecil berkenaan tersebut.

Sedangkan Perdana Menteri baru mahu BN mengkaji sama ada menyertai atau tidak pilihan raya kecil Dun Penanti yang dianggap membazirkan duit.

Kenyataan Najib itu turut disokong Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan beberapa lagi pemimpin BN lain.

Kata Saifuddin pertama kali dalam sejarah negara apabila BN mengeluarkan kenyataan tidak berminat untuk menyertai pilihan raya kecil semenjak lebih 50 tahun memerintah negara ini.

Dun Penanti terletak di kawasan Parlimen Pemantang Pauh yang diwakili Penasihat Parti KeADIlan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Manakala Dun Permatang Pasir diwakili PAS (Hamdan Abdul Rahman)�dan Dun Seberang Jaya dimenangi melalui Dato' Arif Shah Omar Shah.

Turut hadir pada ceramah tersebut, penceramah bebas Ustaz Hamid Derani, Pengerusi MTD Dun Hulu Besut, Salahuddin Jaafar dan bekas calon PAS DUN Besut Ustaz Mohd Zain Hassan. - mj _

Pilihan Raya Kecil Penanti 31 Mei

KUALA LUMPUR, 27 April (Hrkh) - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri N.12 Penanti, Pulau Pinang pada 23 Mei ini, dan jika ada pertandingan hari mengundi pada 31 Mei.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tarikh keluar writ ditetapkan pada hari ini manakala tarikh notis dikeluarkan pada Khamis ini.

"SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 17 April berhubung dengan kekosongan kerusi bahagian pilihan raya N.12 Penanti berikutan peletakan jawatan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri berkenaan Mohammad Fairus Khairuddin melalui suratnya bertarikh 19 Mac 2009.

"Sehubungan ini, setelah meneliti pemakluman oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang serta salinan surat peletakan jawatan oleh ADUN berkenaan yang dilampirkan bersama pemakluman tersebut maka SPR dengan ini bersetuju bahawa kerusi bahagian pilihan raya DUN N.12 Penanti adalah disahkan kosong berkuat kuasa 17 April lalu," katanya pada sidang akhbar yang dipetik Bernama di sini hari ini.

Mohammad Fairus, 33, daripada KeADILan mengumumkan peletakan jawatannya pada 16 April lalu dengan alasan untuk melanjutkan pelajaran, selain membersihkan namanya daripada segala tohmahan.

Beliau sebelum itu turut meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang berikutan dakwaan terlibat dengan rasuah.

Khamis lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagaimanapun menjelaskan ia tidak ada asas untuk mendakwa beliau.

Pada pilihan raya umum tahun lalu, Mohammad Fairus memenangi kerusi tersebut dengan 7,346 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dengan majoriti 2,219 undi.

Abdul Aziz berkata Daftar Pemilih yang akan digunakan pada pilihan raya ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) tahun lepas yang dikemaskini sehingga 16 April lalu, yang mengandungi 15,384 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 15,360 pemilih biasa dan 24 pemilih pos.

Daripada jumlah itu, katanya 72.68 peratus adalah pengundi Melayu, 24.22 peratus Cina, 2.39 peratus India dan 0.71 peratus lain-lain bangsa.

Beliau berkata SPR mensasarkan kira-kira 80 peratus jumlah pengundi yang akan keluar mengundi pada hari tersebut memandangkan hari mengundi adalah hari Ahad, di mana sebanyak 82.1 peratus pengundi keluar mengundi untuk kawasan itu pada pilihan raya umum lalu.

Katanya SPR akan menggunakan Dewan Besar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam sebagai Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi manakala bagi urusan pengundian pos, proses pengeluaran dan pengiraan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah. - mks._

Apr 26, 2009

Timbalan Menteri "tangkap" doktor HKL baca akhbar 20 pesakit menanti

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan hari ini "menangkap" dua doktor di jabatan kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana membaca akhbar dan melakukan kerja peribadi, bukannya merawat lebih 20 pesakit yang menunggu dalam kesakitan untuk mendapat rawatan.

Penemuan yang memeranjatkan Saravanan itu berlaku kira-kira 10.30 pagi ini apabila beliau pergi ke hospital berkenaan untuk melawat seorang pelajar universiti yang cedera selepas dilanggar kereta yang dipandu oleh pemandu beliau (Saravanan).

"Saya juga menunggu seketika untuk pelajar perempuan itu mendapat rawatan dan setelah menyedari tidak seorang pun pesakit dipanggil masuk oleh doktor, saya terus membuka pintu bilik rawatan.

"Saya terkejut apabila mendapati seorang doktor sedang membaca surat khabar dan seorang lagi buat hal sendiri dan melakukan kerja peribadi.

"Ada lebih 20 pesakit yang menunggu di luar untuk mendapat rawatan. Ini bukanlah cara seseorang doktor bekerja. Pesakit sepatutnya diutamakan. Lagi pun, ini adalah unit kecemasan, yang sepatutnya pantas dalam memberikan rawatan," kata Saravanan, yang jelas kelihatan kesal, kepada Bernama.

Saravanan berkata beliau menegur doktor terbabit kerana kelakuan mereka dan mendesak untuk berjumpa pegawai atasan mereka, yang muncul 30 minit kemudian.

"Selepas itu, pesakit yang menunggu pun segera diberi rawatan. Tak bolehkah doktor itu melayani pesakit dulu? Ini bukan sepatutnya cara perkhidmatan di hospital kerajaan dilaksanakan," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam satu daripada lawatan mengejutnya ke pusat bandar semalam, berkata beliau mahu barisan hadapan institusi kerajaan di ibu negara supaya meningkatkan perkhidmatan mereka kepada rakyat.

Saravanan berkata, sungguhpun beliau "menangkap" doktor terbabit secara tidak sengaja, mulai sekarang beliau akan kerap melakukan lawatan mengejut ke jabatan di bawah kementeriannya bagi memastikan kakitangan di barisan hadapan melaksanakan tugas mereka untuk berkhidmat kepada masyarakat.

"Ini adalah pembuka mata. Kami, sebagai pemimpin, tidak boleh hanya menabur janji sahaja dan tidak memeriksa sama ada kerja dilaksanakan oleh kakitangan kerajaan di barisan hadapan. Kami mesti turun ke bawah (ke akar umbi) bagi memastikan penyelesaian segera ditemui untuk masalah rakyat.

"Apatah lagi dalam keadaan ini apabila orang sedang sakit dan menanggung penderitaan akibat kesakitan itu. Jika mereka tidak sakit, mereka tidak akan datang ke unit kecemasan. Ini adalah pengajaran untuk semua hospital. Tolong bekerja untuk rakyat jika anda menganggotai perkhidmatan awam," katanya.

Sementara itu, Pengarah HKL Datuk Dr Zaininah Mohd Zain berkata, hospital itu akan mendapatkan maklumat lanjut berhubung insiden terbabit, dan jika terdapat elemen tidak bertanggungjawab, HKL akan terlebih dahulu mengambil tindakan sewajarnya.

"Mengenai insiden itu, siasatan kami menunjukkan terdapat hanya lapan pesakit, 20 sanak saudara dan tidak ada yang menanggung kesakitan kerana kami mengamalkan khidmat jagaan kesakitan holistik dan kesakitan pula sebagai tanda vital kelima.

"Doktor kami yang sentiasa bekerja keras juga manusia biasa, membaca akhbar semasa tiada kes untuknya tidak boleh ditafsirkan sebagai mengabaikan tanggungjawab.

"Kami tidak membiarkan doktor yang malas atau tidak bertanggungjawab tetapi doktor yang memahami, mengambil berat dan bekerja keras juga menjadi tanggungjawab kami," katanya menerusi mesej teks kepada Bernama.

Dr. Zaininah berkata, Jabatan Kecemasan HKL adalah sebuah jabatan yang sangat sibuk yang menguruskan 550 kes sehari dan enam pegawai perubatan bertugas bagi setiap syif lapan jam (tiga syif sehari) dengan seorang pakar, seorang pakar runding dan seorang pakar runding kanan mengelola setiap hari.

"Cabaran daripada jumlah pesakit semakin bertambah, meningkat sehingga 30 peratus ekoran krisis ekonomi semasa. "Meskipun dalam keadaan ini, kami memberikan perkhidmatan terbaik berdasarkan kaedah sistematik menerusi sistem agihan untuk mengagih dan menguruskan pesakit berdasarkan keutamaan," katanya.

Dr. Zaininah berkata, HKL akan terus menilai, mengelola dan mengekalkan kualiti perkhidmatan yang tinggi namun sokongan serta pemahaman daripada orang ramai amat penting bagi mengekalkan mutu perkhidmatan secara berterusan. BERNAMA

PAS 'tolak ansur', mahu benarkan calon bukan Islam guna lambang Bulan

PETALING JAYA: PAS mengambil satu lagi langkah 'bertolak ansur' dengan mahu membenarkan calon bukan Islam menggunakan lambang parti itu ketika pilihan raya dalam usaha menarik lebih ramai penyokong bukan Islam.

Ketika mengesahkan perkara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Salahuddin Ayub berkata, cadangan membolehkan calon-calon bukan Islam untuk menggunakan lambang parti itu akan diputuskan secara muktamad oleh Majlis Syura Ulamak yang akan bermesyuarat selepas Muktamar tahunan parti bulan Jun ini.

"Perkara itu (cadangan untuk membenarkan calon bukan Islam menggunakan lambang PAS) telah dibincangkan secara serius dalam mesyuarat bulan Jawatankuasa PAS pusat bulanan minggu lalu.

"Kami (Dewan Pemuda PAS pusat) menyokong penuh keputusan yang telah diputuskan oleh jawatankuasa pusat," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, Majlis Syura mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak cadangan yang dikemukakan itu.

Majlis Syura Ulamak PAS dianggotai oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Harun Din dan Abdul Ghani Shamsuddin.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, dalam mesyuarat jawatankuasa pusat itu hampir kesemua sayap parti itu bersepakat untuk bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan itu.

"Ahli-ahli parti juga tidak ada masalah berbangkit dalam hal ini. Mereka memberi sambutan yang hangat terhadap isu ini.

"Mungkin ini masa yang sesuai untuk pucuk pimpinan menimbangkan dengan lebih mendalam mengenainya," katanya.

Pada pilihan raya umum ke-12 Mac tahun lalu, buat pertama kalinya PAS membenarkan calon bukan Islam daripada Parti Keadilan Rakyat bertanding di kawasan kerusi 'milik' PAS iaitu bahagian Dewan Undangan Negeri Seri Medan, Johor.

Bagaimanapun calon tersebut, Saja @ Mearaj Patani tewas kepada Ahmad Zahri Jamil dari BN dan Umno.

Ditanya adakah perkara tersebut akan mengubah perlembagaan PAS sekali gus membuka keahlian parti itu kepada masyarakat bukan Islam, Salahuddin berkata:"Setakat ini belum ada lagi. Namun kita tidak menolaknya. Kita perlu lihat kepada pendekatan politik semasa."

"Jika pendekatan itu mampu menyatupadukan rakyat tanpa mengira kaum mungkin ia akan dipertimbangkan," katanya lagi.

Media usah ganggu rumahtangga Tengku Temenggong Kelantan

KOTA BHARU, 26 April (Hrkh) - Anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Husam Musa berharap media tempatan dan luar negara menghentikan tindakan memburukkan rumahtangga Tengku Temenggong Kelantan.

"Ini kerana hubungan baginda dengan isterinya kelihatan sentiasa mesra sejak berkahwin tahun lalu.

"Sebelum ini pasangan diraja tersebut sering hadir pada program anjuran pihak istana dan kerajaan negeri. Jadi tidak timbul lagi ia berlaku sebagaimana dilaporkan sesetengah media sebelum ini," ujarnya pada majlis kenduri sempena perkahwinan anaknya di sini, semalam.

Tengku Muhammad Fakhry Petra bersama isteri, Cik Puan Temenggong yang berasal dari Indonesia turut berangkat ke majlis kenduri di rumah Husam di Kampung Kota kira-kira jam 1.30 petang.

Sebanyak lima ekor lembu dan tiga kambing dikorbankan bagi jamuan orang ramai yang datang bertali arus.Image

Kenduri kesyukuran itu diadakan sempena menyambut menantu iaitu isteri kepada anak sulungnya Ahmad Syafi�, 21 - Indah Purnama Sari, 19 juga berasal dari Indonesia.

Sebelum ini ibu kepada Cik Puan Temenggong, Manohara Odelia Pinot, Daisy Farajina mendakwa sebagaimana disiarkan media di Indonesia anaknya menghadapi masalah rumahtangga.

Sehubungan itu Husam yang juga Naib Presiden PAS berharap pihak tertentu supaya tidak lagi menyebar berita negatif terhadap pasangan terbabit.

"Biarkan pasangan diraja berkenaan hidup dengan aman dan melayari bahtera rumah tangga mereka tanpa campurtangan pihak lain," katanya.

Sementara itu, anak Husam dan pasangannya diijabkabul di Banten, Tangrang, Jakarta pada Disember lalu.

ImageIndah Purnama Sari anak kedua daripada tujuh adik beradik merupakan anak kepada pegawai kerajaan Republik Indonesia, Haji Didin Solahuddin Aep Hasbuna.

Pada majlis itu Tengku Temenggong kelihatan mesra dan sesekali ketawa bersama isterinya.

Pasangan diraja itu sempat meraikan pengantin dan beramah mesra dengan Husam dan isterinya, Datin Rohana Abdul Rahman serta tetamu lain. - mj _

Perwakilan diingat jangan ambil kesempatan pecah belah parti

SUNGAI BESAR, 26 April (Hrkh) -Timbalan Pesuruhjaya PAS 3, Negeri Selangor, Dr Rosli Che Mat mengingatkan perwakilan PAS Kawasan Sungai Besar supaya tidak mengambil kesempatan untuk memecah belahkan kesepaduan ahli PAS dengan adanya pertandingan pimpinan di semua peringkat

Menurut beliau, ahli dan pimpinan PAS merupakan pejuang Islam dan perlu mengambil konsep demokrasi dalam memilih pemimpin tanpa memecahbelahkan perpaduan ahli PAS.

Ini kerana katanya, ada pihak media yang mengambil kesempatan untuk terus memecahbelahkan ahli PAS dengan mendakwa pimpinan PAS di peringkat negeri dan Pusat berpecah dua.

"Saya ditanya oleh media sama ada berpihak kepada golongan erdogan atau Ulama. Saya tanya semula kepada media tersebut siapa Ketua pimpinan golongan erdogan," katanya ketika merasmikan mesyuarat PAS Kawasan Sungai Besar kali ke-6, di Dewan Orang Ramai Simpang Lima, pagi tadi.

Bagaimanapun, beliau menegaskan dalam PAS dari dulu hingga sekarang tidak pernah wujud golongan yang menyokong pimpinan (erdogan) dan (Ulama).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Hulu Langat berharap perwakilan dalam mesyuarat itu dapat memilih pemimpin secara demokrasi supaya tiada rasa dendam dikalangan mereka yang tidak terpilih.

Selain itu Dr Rosli turut mengingatkan ahli dan pimpinan PAS supaya terus mendekati anak-anak muda dan golongan yang atas pagar dan masih belum menyokong PAS dengan memberi penjelasan berkenaan PAS dengan benar.

Sementara itu, Yang Dipertua PAS, Ustaz Fadzlin Taslimin dalam ucapan turut mengingatkan ahli dan perwakilan PAS supaya jangan membesarkan masalah remeh temeh kerana ada perkara yang lebih besar perlu diselesaikan.

"Ahli PAS jangan mudah putus asa, kecewa dan iri hati dalam perjuangan kerana Rasulullah s.a.w dalam peperangan Badar tetap teruskan perjuangan walaupun ada dikalangan sahabat tidak mematuhi arahannya," katanya.

Beliau berkata, selepas Selangor mencapai kemenangan ahli PAS perlu bekerja keras untuk terus mengekalkan kemenangan kerana ia merupakan satu kerja yang susah.

Dalam mesyuarat agung ke6 itu semua pimpinan di peringkat Kawasan telah dipertandingkan kecuali Naib Yang Dipertua telah dimenangi tanpa bertanding iaitu, Cikgu Mohamad Saleh Husin.SH _

Apr 25, 2009

Tak mustahil BN rampas semula Pulau Pinang, kata bekas PM

KUALA LUMPUR: Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata tidak mustahil Barisan Nasional (BN) merampas semula pemerintahan kerajaan Pulau Pinang tetapi dengan syarat parti itu perlu mempunyai kerjasama mantap bukan sahaja daripada Umno, malah parti komponen lain.

Bekas Perdana Menteri berkata, amat penting kesilapan dan kesalahan yang berlaku yang menyebabkan BN kalah di Pulau Pinang diambil perhatian serta diperbetulkan selain perpaduan BN diperkukuhkan dan diperbaiki.

"Bukan mustahil ambil balik Pulau Pinang. Yang perlu kerja bersungguhsungguh dan cukup perlu ialah perpaduan muafakat bukan sahaja antara Umno tetapi anggota komponen BN di Pulau Pinang.

"Itu penting jika muafakat tak ada payah nak buat kerja, kerja yang disusun tak dapat dilaksana sebaiknya," kata Abdullah kepada pemberita selepas majlis sambutan 100 tahun Pertubuhan Pengakap Malaysia di sini hari ini.

Abdullah yang juga Presiden Agung Kehormat Pengakap Malaysia berkata beliau menyambut baik pelantikan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang menggantikan beliau.

"Saya gembira dan percaya beliau mampu memberi kepimpinan (yang baik) kepada Umno Pulau Pinang. Sebelum keputusan itu dibuat, saya dah sampaikan hasrat saya letak jawatan itu," katanya.

Abdullah enggan mengulas ketika ditanya mengenai keputusan bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan dalam kerajaan negeri dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti.

"Saya tak nak komen. Itu dia orang punya pasal dan biarlah dia selesaikan masalah dia," katanya.

Berhubung pilihan raya kecil yang bakal diadakan di Penanti, Abdullah berkata Majlis Tertinggi Umno membuat keputusan semalam yang menyerahkan keputusan itu kepada Biro Politik dan yang paling penting parti mesti mematuhi sebarang keputusan yang dibuat.

Ketika ditanya pendapat peribadi beliau sama ada BN perlu bertanding atau tidak, Abdullah berkata: "Ia tidak membawa apa-apa makna sekarang".

Mengenai kedudukan beliau yang bakal berubah dalam persidangan Dewan Rakyat Jun depan, Abdullah berkata: "Sebelum ini, saya pernah menjadi penyokong kerajaan, itu tidak mengapa. Anda mesti tahu apa yang perlu dibuat dan yang perlu diperkatakan.

"Hanya apabila anda enggan menerima perubahan dan mula bercakap serta melakukan perkara yang tidak betul, maka ia akan menimbulkan masalah," katanya. BERNAMA

Anwar, jangan urus PKR sebagai "kedai runcit", nasihat Raja Petra

PETALING JAYA: Editor Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin, yang telah dikeluarkan waran tangkap oleh mahkamah kelmarin, terus memuatkan tulisan beliau sambil menggesa pengunjungnya agar memberi komen yang konstruktif, bukannya ulasan yang boleh 'memusnahkan' laman web tersebut.

Malah, Raja Petra yang kini berada dalam "buangan kendiri" di luar Selangor ekoran perselisihan dengan Kerabat Diraja negeri itu menekankan, Malaysia Today bukan merupakan laman web yang propembangkang ataupun antikerajaan semata-mata.

Selain itu, dalam tulisannya semalam beliau menggesa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak menguruskan parti itu seakan-akan sebuah kedai runcit.

Beliau mengemukakan pandangan itu bagi mewajarkan bahawa Malaysia Today bukan laman web yang memuji atau mengecam satu-satu pihak sahaja.

"Tidak... Malaysia Today bukan propembangkang dan antikerajaan semata-mata.

"Apatah lagi bukan kesemua negeri berada di bawah Barisan Nasional (BN). Beberapa negeri berada bawah Pakatan Rakyat.

"Jadi, Pakatan Rakyat juga kerajaan. Dan, kita kita mengkritik kerajaan-kerajaan negeri, bermakna Paktan Rakyat," katanya.

Walaupun Pakatan Rakyat hanya berusia setahun, berbanding BN, terdapat aspek yang sudah cukup untuk dikritik.

Sebagai contoh katanya, Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat, mengendalikan PKR sebagai 'entiti kawalan peribadinya'.

"Kemungkinan 10 tahun lalu, pada 1999, ia mungkin boleh diamalkan. Ketika itu, Parti Keadilan seperti kedai runcit. Jadi anda boleh kendalikan parti seperti kedai runcit," katanya.

Bagaimanapun menurut beliau, sepanjang satu dekad yang lalu PKR telah berkembang daripada sebuah "kedai runcit menjadi pasar raya besar."

"Tetapi Anwar masih menguruskan parti ini seperti kedai runcit, bukan seperti pasar raya besar yang ia telah berkembang sehingga sekarang," katanya lagi.

Beliau tidak merujuk kes-kes khusus bagi menggambarkan amalan "kedai runcit" di pihak Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sehingga 1998.

Sambil menekankan ia sebagai satu kegagalan Anwar, Raja Petra menulis lagi, "beliau (Anwar) menganggap beliau sebagai pemimpin seorang yang bagus."

"Seorang pemimpin yang bagus bukan hanya mengendalikan partinya seorang diri. Seorang pemimpin yang bagus adalah pemimpin yang menguruskan orang dalam parti," jelas Raja Petra yang pernah digambarkan sebagai penyokong kuat Anwar dan PKR serta Pakatan Rakyat.

Oleh itu tambah beliau, Anwar mesti belajar untuk menguruskan orang-orang di bawahnya dengan baik.

"Terdapat ramai yang berbakat dalam partinya. Turunkan tanggungjawab kepada mereka dan biarkan mereka menguruskan parti menggunakan kebijaksanaan dan pertimbangan masing-masing," katanya.

Mahkamah Sesyen di sini mengeluarkan waran tangkap terhadap Raja Petra selepas beliau tidak hadir untuk perbicaraan kes hasutannya kelmarin.

Hakim Rozina Ayob juga mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada isteri Raja Petra, Mable @ Marina Lee, selaku penjamin.

Peguam Raja Petra, J. Chandra memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak dapat menghubungi anak guamnya dan tidak dimaklumkan mengenai sebab penulis blog itu tidak dapat hadir.

Bagaimanapun, katanya, Raja Petra menulis alasannya pada blognya pagi kelmarin dengan menyatakan bahawa diri dalam buangan daripada negeri Selangor kerana ada isu dengan Sultan Selangor.

Raja Petra, 59, didakwa menerbitkan satu artikel bertajuk ""Let's Send Altantuya Murderers To Hell" yang mengandungi ayatayat menghasut di laman web http://www.Malaysia Today.com.Dia didakwa melakukan perbuatan itu dirumahnya di No.5, Jalan BRP 5/5, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, pada 25 April tahun lepas.

Rozina menetapkan 22 Mei untuk sebutan kes.

Zaid: Saya tiada hasrat nak jatuhkan sesiapa termasuk Najib

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, beliau tidak berhasrat menjatuhkan sesiapa, sekalipun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi hanya memberi respons terhadap pertanyaan akhbar asing berhubung pandangannya mengenai dasar-dasar kerajaan.

Zaid menjelaskan pendiriannya itu dalam kenyataan akhbar yang difaks kepada Bernama dengan menyatakan, "saya tidak berbuat begitu (respons kepada interbiu akhbar asing) untuk menghina atau memburukkan Datuk Seri Najib secara peribadi... setakat menyatakan pandangan saya yang begitu diketahui umum untuk pemulihan kebebasan akhbar, kewibawaan kerajaan dan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang begitu digeruni."

"Datuk Seri Najib sendiri mahukan pemulihan ini dan saya mahu beliau berjaya dalam usaha itu", katanya.

Beliau juga mengulas sebagai "jahat dan satu pembohongan" anggapan bahawa beliau terlibat dengan media asing untuk menghina dan menjatuhkan Najib.

Dua hari lepas di Melaka, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mencabar Zaid ke debat umum kerana menganggap Zaid, yang sering disebut oleh media asing, adalah di belakang pandangan mereka.

"Jika beliau (Rais) ingin berdebat secara umum dengan saya mengenai tajuk yang sesuai mengenai pemulihan saya sedia memenuhi kehendaknya. Di mana saja, bilabila masa saja," kata Zaid. BERNAMA

Kabinet Umno, perangi rasuah dan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia

DATO' Seri Najib Razak seperti mahu menekankan beliau sememangnya serius untuk melakukan perubahan dalam Umno, sambil menyampaikan mesej jelas bahawa beliau turut berusaha keras bagi menawan semula empat negeri yang kini dikuasai Pakatan Rakyat, melalui rombakan besar barisan pengerusi perhubungan dan jawatankuasa pengurusan parti itu, Jumaat lalu.

Meskipun gimik perubahan yang cuba dicetuskannya pada hari pertama mengangkat sumpah sebagai perdana menteri telah ditolak oleh pengundi Bukit Gantang dan Bukit Selambau, Najib masih menyandarkan harapan agar team barunya ini dapat mengembalikan sokongan rakyat kepada BN. Namun formula pembaharuannya tidak menjadi; imiginasi rakyat gagal menjangkau apa yang diangan-angankannya.

Tarik sokongan pengikut Anwar

Pemerhati politik melihat Najib seakan mahu menarik sokongan pengikut Dato' Seri Anwar Ibrahim apabila melantik beberapa tokoh muda yang dilihat pernah cenderung dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu dalam Kabinet dan juga memberi jawatan strategik dalam parti kepada mereka. Malah, kalau mahu disenaraikan, rasanya agak ramai juga menteri dan timbalan menteri di bawah Najib yang dikatakan pro-Anwar satu ketika dahulu.

Walaupun dilihat ada elemen perubahan semasa melantik Menteri Kewangan II, Dato' Ahmad Husni Hanadzlah sebagai Bendahari dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan sebagai Ketua Penerangan, namun apabila mengekalkan ahli politik kontroversi, Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai Setiausaha Agung, keputusan Najib itu tidak jauh bezanya dengan kelaziman perdana menteri sebelum ini yang meletakkan orang yang berkeupayaan melakukan misi "yang dikehendaki" meskipun ianya mempunyai imej negatif.

Najib juga melantik pengerusi perhubungan Umno yang baru untuk negeri-negeri Pakatan Rakyat, iaitu Dato' Mustapa Mohamad (Kelantan), Dato' Seri Mohd Shafie Apdal (Kedah), Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Pulau Pinang) dan beliau sendiri di Selangor, selain Tan Sri Muhyiddin Yassin di Wilayah Persekutuan, yang menyaksikan hanya satu kerusi Parlimen, Setiawangsa, dipertahankan BN.

Erti mengekalkan Ali Rustam

Bagaimanapun, tindakan Najib mengekalkan Dato' Seri Mohd Ali Rustam, tokoh yang digugurkan kelayakan untuk bertanding Timbalan Presiden Umno walaupun mempunyai harapan cerah untuk menang, kerana disabit dengan politik wang, bagi mengetuai Umno Melaka, maka janji perubahannya memang ternyata retorik kosong.

Kita teringin juga mendengar komentar pengerusi badan disiplin Umno, Tengku Ahmad Rithauddin mengenai pengekalan jawatan Ali di Melaka itu. Mungkin veteran Umno itu perlu meletakkan jawatan atau sekali lagi membuat cadangan menggemparkan sepertimana beliau pernah mengesyorkan agar sayap Puteri, Wanita dan Pemuda dimansuhkan bagi membanteras amalan rasuah politik.

Jika Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin tidak dilantik apa-apa jawatan dalam Kabinet kerana dikaitkan dengan dakwaan bahawa beliau membeli undi dan mengamal rasuah politik dalam pemilihan lalu, apa pula alasan Najib untuk tidak menyingkirkan Ali? Begitu juga dengan perlantikan Tan Sri Rafidah Aziz sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT), yang selama ini terpalit teruk dengan tuduhan "menjual" AP oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, dan sebelum itu dikaitkan dengan amalan rasuah di Miti, seperti didedahkan Anwar kepada BPR.

Tentunya tidak mudah untuk meneka apakah kayu ukur yang dipakai Najib bagi melantik anggota jemaah menteri atau barisan pimpinan Umno. Pastinya ia tidak disandarkan kepada sejauh mana seseorang itu bersih daripada rasuah atau salahguna kuasa. Seperti presiden Umno terdahulu, kriteria terpenting tidak lain adalah kesetiaan dan keupayaan melakukan "misi yang dikehendaki".

Najib-Muhyiddin pasangan sementara

Misalnya, dalam kes Muhyiddin, yang dipilih Najib sebagai regunya, walaupun ramai menjangkakan mereka hanya "pasangan sementara". Najib terhutang budi kepada Muhyiddin disebabkan kelantangannya mendesak Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur segera daripada jawatan no 1 dalam kerajaan dan Umno, malah lebih cepat daripada perancangan awal.

Apabila Zahid mengumumkan untuk bertanding merebut jawatan timbalan presiden Umno, Najib khabarnya segera menitahkan bekas Ketua Pemuda Umno itu mengadapnya. Najib dikatakan memarahi Zahid, yang tidak memaklumkan hasrat untuk bertanding jawatan no. 2 itu kepadanya. Disebut orang bahawa tokoh yang meminta Zahid bertembung dengan Muhyiddin adalah Abdullah sendiri. Zahid pernah menjadi setiausaha politik Najib dalam jangka waktu yang agak lama. Meskipun berpotensi dapat mengatasi Muhyiddin, Zahid akhirnya terpaksa menarik diri.

Perlantikan Rafidah juga dikira mempunyai elemen sama, yakni difaktorkan oleh, antara lain, rasa terima kasih Najib atas kelantangan bekas Ketua Wanita itu untuk menggesa Abdullah bersara lebih cepat. Tengku Adnan yang dikaitkan dengan klip video VK Lingam juga dilihat mampu menjadi panglima paling setia kepada Najib dan sanggup melakukan "taktik kotor" untuk menjayakan misi presiden parti.

II. Apa nak dirayakan pada Hari Kebebasan Akhbar Sedunia

Pada 3 Mei depan, seluruh dunia akan menyambut Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, yang diiktiraf secara rasmi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mulai 1993. Menurut PBB, 3 Mei adalah hari untuk: (1) menggalakkan dan membina usaha bagi menyokong kebebasan akhbar; (2) menilai kebebasan akhbar di seluruh dunia; (3) mengingatkan kerajaan masing-masing agar menunjukkan iltizam untuk menghormati kebebasan akhbar; (4) menyedarkan orang ramai betapa pentingnya akhbar itu bebas; (5) mengingatkan petugas-petugas media dan menggalakkan debat di kalangan mereka betapa pentingnya kebebasan akhbar dan etika kewartawanan; (6) mengenang jasa wartawan yang terkorban di seluruh dunia; dan (7) menyatakan sokongan kepada media dan petugas media yang menjadi mangsa tindakan-tindakan menghalang, atau usaha menghapuskan, kebebasan akhbar.

Semasa saya mengetuai Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) pada 2001, beberapa program khusus dianjurkan, antara lain mengadakan siri pertemuan dengan Suhakam, khususnya bersama Naib Pengerusinya, Almarhum Tan Sri Harun Hashim. Suhakam digesa memainkan peranan aktif untuk campur tangan setiap kali wujud kes-kes penutupan akhbar dan majalah di negara ini. Ketika itu kecoh soal pengharaman majalah Detik dan Wasilah yang saya sendiri kendalikan (permit disewa daripada rakan-rakan pemegang permit). Akhbar mingguan politik, Eksklusif turut dibatalkan permit penerbitan, manakala Harakah dicantas kekerapan penerbitannya, daripada dua kali seminggu kepada dua kali sebulan.

Apa kuasa Suhakam

Tidak banyak yang boleh dilakukan Suhakam bagi mempromosikan kebebasan akhbar di negara ini, apatah lagi mengembalikan permit penerbitan yang diharamkan KDN. Justeru, dalam satu pertemuan dengan Harun Hashim, secara spontan saya memberikan gred merah D kepada prestasi Suhakam. Saya kira usaha paling berkesan untuk memperjuangkan hak media adalah dengan penggemblengan suara rakyat dan masyarakat sivil yang lebih teratur dan sistematik.

Ramai masih tidak jelas apa yang mahu dituntut oleh pejuang kebebasan akhbar. Malah, rakyat mungkin kurang menyedari kepentingan atau peri mustahaknya media diberikan ruang secukupnya untuk melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan. Media independen dapat memastikan gejala rasuah dan salahguna kuasa dapat dibanteras, selain menyuburkan amalan demokrasi yang matang.

Menurut Jeremy Pope dalam bukunya Strategi Membanteras Korupsi, yang diusahakan bersama dengan Transparency International, media yang bebas sama pentingnya dengan kehakiman yang independen. Tingkat kebebasan media adalah tingkat yang dapat dicapainya untuk melaksanakan fungsi pengawasan masyarakat yang efektif atas perilaku kakitangan awam. Dikutip pandangan seorang editor Time Inc, Henry Grunwald bahawa "pemerintah yang terpilih secara demokratis dan patuh sekalipun dapat dengan mudah menjadi pemerintah yang korup bila kekuasaannya tidak diawasi oleh akhbar yang bebas".

Setelah sekian lama menyepi, tiba masanya KAMI kembali berperanan, sekurang-kurangnya untuk merayakan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia tahun ini, walaupun saya sendiri kurang arif, ya ... apa yang mahu dirayakan sebenarnya? _

Apr 24, 2009

Kekal ADUN: Fairus serah pada PKR, Speaker kata tak boleh patah balik

PETALING JAYA: Dilihat sebagai perkembangan mengejutkan, bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin menyerahkan kepada pucuk kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung soal sama ada perlu kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti ataupun sebaliknya.

"Saya menyerahkan kepada pucuk kepimpinan untuk menentukan (sama ada tarik balik surat ataupun sebaliknya)," kata Fairus yang ditanya sama ada beliau bersedia untuk menarik balik keputusannya untuk melepaskan kedudukan sebagai ADUN Penanti.

Ketika ditanya sama ada reaksi itu bermakna beliau bersedia untuk kembali kekal sebagai wakil rakyat kerusi berkenaan, Fairus mengulangi bahawa "saya menyerahkan kepada pucuk kepimpinan."

Dan, apabila ditanya sama ada masih ada ruang untuk kembali menarik balik keputusannya melepaskan jawatan ADUN, Fairus sekali lagi menekankan beliau menyerahkan kepada PKR untuk menentukan.

Malah beliau juga berkata bahawa bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan kepimpinan PKR berhubung perkara tersebut dalam waktu terdekat.

Bagaimanapun beliau tidak menyebut bila pertemuan itu akan diadakan.

Dalam pada itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Abdul Halim Hussin hari ini berkata, Fairus tidak boleh menarik semula surat peletakan jawatannya sebagai ADUN Penanti.

Ini kerana surat letak jawatan Fairus yang dihantar kepada beliau turut disertakan dengan surat akuan bersumpah yang menyatakan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang 1 itu ingin meletak jawatan sebagai ADUN Penanti kerana mahu menyambung pelajaran.

"Daripada segi perundangan, beliau tidak boleh menarik semula peletakan jawatannya sebagai ADUN kerana surat peletakan itu disertai dengan pengakuan bersumpah.

"Bila sudah buat perakuan bersumpah, ia memang sudah jelas (meletak jawatan).

"Kita juga sudah menghantar surat kepada SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) memaklumkan kekosongan kerusi DUN itu.

"Jadi tidak timbul soal untuk menarik semula surat peletakan jawatan itu," katanya.

Perkembangan itu dilihat kemungkinan berlaku ekoran keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah memutuskan keterangan yang diperolehnya berhubung siasatan terhadap Fairus tidak mempunyai asas untuk mendakwanya.

Keputusan itu dibuat setelah SPRM meneliti kes itu dengan mendalam dan mengambil kira keseluruhan keterangan yang terdapat dalam siasatan itu.

SPR bakal mengadakan pilihan raya kecil berikutan Fairus, 33, meletakkan jawatan pada 16 April lalu dengan alasan untuk membersihkan namanya daripada segala tohmahan selain bagi membolehkan beliau melanjutkan pelajaran.

SPR sepatutnya mengumumkan tarikh pilihan raya hari ini tetapi ditunda sehingag Isnin ini.

SMS ugut ADUN: Polis Terengganu cari bekas calon BN

KUALA TERENGGANU: Polis sedang mengesan bekas calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-12 lepas, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir bagi membantu siasatan berhubung kes penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berbentuk ugutan kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Mohd Fauzi Abduri berkata, Ahmad Ramzi yang pernah menjadi Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh, dicari untuk diambil keterangan bagi melengkapkan siasatan kes tersebut.

"Ahmad Ramzi dicari kerana beliau adalah antara individu yang mengeluarkan kenyataan kepada media pada malam ketiga-tiga Adun itu menerima SMS ugutan berkenaan.

"Polis ingin mendapatkan kepastian sama ada Ahmad Ramzi turut menerima SMS berkenaan atau sebaliknya kerana beliau turut memberi kenyataan kepada media pada malam tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini, Mohd Fauzi berkata, polis telah berusaha mencari Ahmad Ramzi di rumahnya tetapi tidak berhasil.

Ahmad Ramzi bertanding pada kerusi Parlimen kawasan Marang pada pilihan raya umum lepas tetapi tewas.

Pada 13 April lalu, ADUN Ajil, Datul Rosol Wahid, Zakaria Abdullah (Paka) dan Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) menerima ugutan SMS yang mengancam keselamatan mereka yang dipercayai berhubung isu polik di Terengganu.

Sebelum ini, polis telah menahan seorang kerani syarikat swasta berusia 31 tahun di Bandar Baru Bangi, Selangor Isnin lepas kerana disyaki menghantar SMS ugutan itu.

Mohd Fauzi berkata, perintah tahanan reman ke atas kerani itu dilanjutkan selama tiga hari lagi bagi membolehkan pihaknya melengkapkan siasatan.

"Polis Terengganu juga telah menghantar anggota untuk mengambil komputer di pejabat kerani itu bagi membantu siasatan yang dijangka selesai dalam tempoh beberapa hari lagi," katanya.

Beliau berkata, setakat ini, pihaknya belum mendapat petunjuk sama ada ADUN-ADUN di negeri itu terlibat dalam kes tersebut atau sebaliknya. BERNAMA

Mahathir atau Najib PM?

KUALA LUMPUR, 24 April (Hrkh) -"Seolah-olah macam dia Perdana Menteri pula sekarang ini."

Demikian pandangan yang dikemukakan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa kepada Harakahdaily dalam satu wawancara semalam.

Menurutnya, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini dilihat mempunyai pengaruh ke atas Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

"Saya melihat unsur mempengaruhi itu ada dalam kabinet Najib ini.Mutakhir ini saya tengok makin banyak kelibat Tun Mahathir di atas pentas.

"Dia juga buat kenyataan dalam akhbar, hadir dalam program-program besar kerajaan dan mendapat liputan yang agak menyerlah di dalam media.Seolah-olah macam dia (Mahathir) pula PM sekarang ini,"jelasnya.

Dalam pada itu, Nasharuddin dalam mengulas mengenai kabinet 'Mesra Rakyat' yang dibentuk Najib menjelaskan, memang wujud pertikaian terhadap anggota kabinet yang dilantik.

"Berkenaan kabinet mesra rakyat,bagi saya ada lagi yang boleh dipertikaikan terutamanya pelantikan mereka yang telah ditolak oleh rakyat, dalam kabinet hari ini mereka bukan sahaja ditolak oleh parti tetapi rakyat.

"Tanpa saya menyebut nama sesiapa pun menteri atau timbalan menteri, kita semua sudah mengenai hal tersebut.Ada di kalangan menteri atau timbalan menteri yang dilantik itu yang menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat,"jelasnya lagi.

Tambahnya, memang tidak dapat dinafikan bahawa ada perubahan yang mahu atau cuba dibuat oleh Najib dalam peringkat awal pemerintahannya.

"Tetapi saya rasa masih terlalu awal untuk dinilai sama ada positif atau sebaliknya perubahan yang cuba diusahakan Najib,"tegasnya. - mks.

(Ikuti wawancara sepenuhnya dalam Harakah cetak akan datang) _

'Jom Heboh': Zambry ingkar arahan Mufti

IPOH, 24 April (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) kesal dengan kelulusan yang telah diberikan untuk penganjuran Konsert Jom Heboh TV3 yang bakal diadakan di Pengkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Lumut pada 25 dan 26 April ini.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Ipoh Timur, Salman Salleh dalam kenyataan akhbarnya semalam.

Menurutnya merujuk kepada keputusan Majlis Mufti-Mufti Malaysia yang dibuat pada 30 Julai 2004 memutuskan bahawa konsert �Sure Heboh�(sebelum ditukar nama Jom Heboh) TV3 adalah haram kerana ia melalai dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda.

Beliau melahirkan rasa kesal dengan sikap Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir kerana tidak mendapatkan nasihat terlebih dahulu daripada Mufti Perak, Dato' Seri Haji Harussani Zakaria berhubung perkara tersebut.

"Pemuda PAS Ipoh Timur memohon agar pihak Kerajaan Negeri memperjelaskan kelulusan yang telah diberikan tanpa mendapat nasihat daripada Mufti Perak dan Jabatan Agama Islam Perak," katanya.

Beliau turut meminta supaya pejabat Mufti Perak dan Jabatan Agama Islam Perak memberikan garis panduan yang jelas kepada Kerajaan Negeri tentang konsert yang boleh diadakan di masa akan datang. - mns_

Rakyat mahu perubahan,bukan lawatan mengejut!

KUALA LUMPUR, 24 April (Hrkh) -Transformasi yang cuba dibuat oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dalam memperkukuhkan pentadbiran barunya hanya dilihat sebagai satu kosmetik semata-mata.

Menurut Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub apa yang berlaku adalah segala yang digalaskan di bahunya kini sarat dengan bebanan yang ditinggalkan bosnya dahulu.

"Bagi saya apa yang Najib buat itu bukan dalam satu konteks perubahan ataupun soal yang dinanti-nanti dan diharapkan rakyat,"jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Mengulas mengenai lawatan Najib ke Perumahan Vista Angkasa, Kampung Kerinci dan tempat tumpuan orang ramai di Jalan Petaling selepas dilantik sebagai Perdana Menteri, Salahuddin menganggap ia sebagai bukan satu pembaharuan.

"Itu bukan satu perubahan. Itu cuma beberapa program mengejut yang melibatkan hanya aktiviti harian seorang menteri.

"Apa yang rakyat hendak visi dan gagasan besar Najib yang rakyat mahu melihat satu perubahan untuk kepentingan negara dalam skala yang lebih besar,"jelasnya lagi.

Tambahnya, rakyat mahu misalnya, melihat agenda memerangi rasuah dan agenda menaik taraf kehidupan rakyat termiskin dalam negara ini.

"Rakyat mahu melihat satu bentuk agihan sistem ekonomi yang lebih adil dengan melihat bagaimana gagasan kerajaan dalam menghadapi masalah perpaduan negara.

"Itu sebenarnya gagasan-gagasan yang rakyat tunggu. Bukan sekadar lawatan-lawatan mengejut begitu sahaja,"tegasnya. - mks.

Apr 23, 2009

Pengumuman pilihan raya Penanti ditunda kerana urusan pentadbiran

PUTRAJAYA: Penundaan pengumuman mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, yang sepatutnya diadakan esok kepada Isnin ini, adalah kerana urusan pentadbiran, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata sehingga ini SPR belum menerima kenyataan bertulis daripada pemilikpemilik bangunan yang akan digunakan termasuk bagi penamaan calon dan pengiraan undi, juga kenyataan bertulis mengenai persetujuan pegawai pengurus pilihan raya dan penolongpenolong pegawai pengurus pilihan raya untuk mengendalikan pilihan raya itu.

"Bila urusan pentadbiran belum selesai bagaimana kita nak umumkan?" katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Abdul Aziz menolak tanggapan kononnya terdapat "pengaruh luar" yang menyebabkan penundaan tersebut.

"Ini tidak ada kenamengena dengan pengaruh politik, ini isu dalaman kami sendiri. Kami sudah bersedia untuk mengadakan pilihan raya dan sebaik sahaja kami dapat pengesahan mengenai perkara-perkara ini maka kami akan umumkan," katanya.

Penundaan pengumuman tarikh pilihan raya itu menimbulkan spekulasi beberapa pihak termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dipetik oleh akhbar parti itu, Harakah, sebagai berkata SPR kini sudah tidak bebas dan ada orang belakang yang menentukan hala tujunya.

Pilihan raya itu bakal diadakan berikutan peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin, 33, dari Parti Keadilan Rakyat pada 16 April lalu dengan alasan untuk membersihkan namanya daripada segala tohmahan selain bagi membolehkan beliau melanjutkan pelajaran.

Beliau sebelum itu turut meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I sebelum itu berikutan dakwaan terlibat dengan rasuah tetapi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini menjelaskan ia tidak ada asas untuk mendakwa beliau.

Abdul Aziz hari ini turut mempengerusikan mesyuarat bersama wakil partiparti politik daripada Barisan Nasional (BN) dan pembangkang mengenai penguatkuasaan sepenuhnya Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 termasuk bagi melarang sebarang bentuk kempen pada hari mengundi.

Bagaimanapun, katanya, larangan bagi mengelak sebarang masalah daripada segi keselamatan awam dan pengundi itu belum dapat dilaksanakan kerana kata sepakat masih belum dapat dicapai.

"Ini merupakan perjumpaan pertama dan kita akan terus berbincang. SPR perlu melihat perkara ini secara mendalam supaya ia tidak menimbulkan sebarang masalah apabila dilaksanakan nanti," katanya.

Mengenai dakwaan beberapa pihak kononnya SPR mengikut nada BN dalam mencadangkan agar pindaan terhadap akta bagi menghalang wakil rakyat mengosongkan kerusi tanpa sebab munasabah, Abdul Aziz berkata ia hanya pandangan SPR sebagai badan yang melaksanakan pilihan raya di negara ini bukan kerana dipengaruhi manamana pihak.

Beliau berkata walaupun ia merupakan hak individu untuk meletakkan jawatan sebagai anggota DUN, namun untuk mengadakan suatu pilihan raya bukan mudah dan melibatkan banyak kerja, lebih-lebih lagi apabila ia berlaku secara berterusan.

"Kita perlu lihat masa yang sesuai, sama ada ada program-program lain atau musim-musim tertentu seperti musim tengkujuh, kena tentukan tempat-tempat pengundian, pengurus-pengurus pilihan raya, tentukan daftar pemilih, kursus latihan kepada kakitangan dan belanjawan.

"Perbelanjaan juga semakin meningkat apabila semakin banyak pilihan raya diadakan, jadi kita harap perkaraperkara sebegini dapat dikurangkan," katanya. BERNAMA

Tanding di Penanti: Guan Eng serah kepada PAS, PKR putuskan

PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, beliau tidak dimaklumkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1) bakal diisi oleh calon PKR jika ia menang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

"Saya tidak dimaklumkan bahawa ADUN Penanti akan jadi Timbalan Ketua Menteri," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Lim berkata, beliau belum menerima nama calon TKM1 daripada Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Diminta mengulas mengenai permintaan PAS supaya calon parti itu bertanding pada pilihan raya kecil DUN Penanti, Lim menyerahkan kepada keduadua parti itu untuk membuat keputusan.

"Disebabkan ia kerusi PKR sebelum ini, PAS akan berbincang dengan PKR untuk menentukan siapa yang akan bertanding. Akar umbi akan membincangkan perkara ini bagi mendapatkan kata sepakat sebelum keputusan muktamad diputuskan oleh Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat," katanya.

Minggu lepas, Mohammad Fairus Khairuddin melepaskan kerusi DUN Penanti itu dengan alasan mahu melanjutkan pelajaran.

Beliau sebelum itu meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang. BERNAMA

Krisis politik Terengganu menghala ke arah pembubaran Dun?

BESUT, 23 April (Hrkh) - Mungkinkah krisis politik yang melanda Terengganu sekarang akan membawa kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri (D

Ia dianggap sebagai langkah selamat bagi meredakan keadaan.

Teori itu boleh menjadi kenyataan sekiranya Dato' Ahmad Said digugurkan sebagai pengerusi Perhubungan Umno Terengganu. Ahmad tentunya tidak akan mudah menyerah kalah.

Apa yang berlaku di negeri minyak tersebut hampir serupa dengan situasi di Perak apabila Menteri Besar cuba disingkirkan.

Biar apa pun krisis politik dalaman Umno Terengganu mungkin tambah membesar esok.

Pengumuman siapa dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri akan menentukan pemenang di antara Ahmad atau Dato' Seri Idris Jusoh.

Atau kedua-duanya terpinggir. Mungkin juga tokoh baru akan muncul dari kalangan 22 Adun Barisan Nasional (BN yang ada sekarang.

Sekiranya telahan itu menjadi kenyataan selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno esok, Terengganu sudah pasti akan mendapat Menteri Besar yang baru tidak lama lagi.

Kedudukan Ahmad sudah gonyang ekoran 10 Adun BN yang pro Idris memulaukan persidangan Dun baru-baru ini.

Dan keadaan tambah celaru apabila tiga rakan mereka dikatakan menerima ugutan bunuh melalui SMS yang hantar seorang individu.

SMS tersebut dikatakan sebagai tindak balas memandangkan ada hasrat Adun terbabit membawa usul undi tidak percaya terhadap Ahmad di persidangan Dun baru-baru ini.

Manakala Idris pula tidak disenangi pihak istana biar pun menang sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno pada perhimpunan Mac lalu.

Anggota Parlimen Machang, Saifuddin Nasition Ismail berkata, Terengganu hampir pasti akan mendapat menteri besar baru selepas Mei ini sekiranya Ahmad tidak dilantik semula sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri.

"Mungkin muka baru dari kalangan Adun BN akan dilantik ke jawatan tersebut.

"Adun yang akan dilantik nanti boleh jadi bukan lagi Ahmad dan Idris sebaliknya salah seorang daripada 22 Adun BN," katanya pada ceramah di Markaz PAS Dun Hulu Besut di Kampung Lubok Kawah, malam tadi.

Bagaimanapun katanya adakah Ahmad akan menyerah kalah begitu sahaja tanpa menggunakan kuasa membawa ke arah pembubaran Dun.

Spekulasi pertukaran jawatan menteri besar bertiup kencang di Terengganu ekoran krisis perebutan kuasa di antara Idris dan Ahmad.

Ahmad dilantik sebagai menteri besar selepas pilihan raya umum ke-12 Mac tahun lalu memandangkan pihak istana tidak berkenan kepada Idris.

Saifuddin yang juga Pengarah Strategik KeADILan berkata, pemulauan 10 Adun BN pada persidangan Dun baru-baru ini menyebabkan lapan Adun PAS menguasai keadaan.

"Selepas Tuan Guru Abdul Hadi berucap, Dr Syed Azman pula bangun diikuti Haji Wahid Endut, Ustaz Harun Taib dan lain-lain lagi Adun PAS," katanya.

Krisis kepemimpinan kerajaan Terengganu terus berlarutan apabila Adun pro Idris mendesak Ahmad meletak jawatan kerana mereka mendakwa memperolehi sokongan 18 Adun BN.

Ahmad sebelum ini pernah mengugut akan memecat mana-mana Adun yang membawa usul undi tidak percaya terhadapnya. - mj _

un).

Hari akhir Annuar Musa di Perhubungan Umno Kelantan!

KOTA BHARU, 23 April (Hrkh) - Nampaknya debar Perhimpunan Agung Umno pada Mac lalu belum lagi reda. Debaran bagi mereka tewas dan tidak bertanding pada persidangan tersebut semakin kencang.

Hukuman seterusnya menanti mereka esok. Bagi yang masih berada di kerusi Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, namun tidak mendapat sebarang tempat pada persidangan tersebut debaran sudah mengocak jantung.

Lebih-lebih lagi kedudukan mereka di atas ihsan presiden Umno sebelum ini. Kini Dato' Seri Najib Razak perlukan pasukannya sendiri. Bukan lagi orang Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Antara yang mungkin bakal menerima berita duka esok, Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa. Mesyuarat Majlis Tertinggi baru diadakan esok.

Semua orang tahu beliau rapat dengan Abdullah. Menurut cerita hubungannya bermula ketika Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood dirawat di luar negara.

Menurut sumber, dari situlah hubungan erat Annuar dan Abdullah bersemi. Kehadiran Annuar menyebabkan Dato' Mustapa Mohamad terpinggir.

Sedangkan Mustapa berjaya memulihkan reputasi Umno dan BN Kelantan pada pilihan raya 2004.

Kerusi yang diduduki Mustapa di Perhubungan Negeri ditukar Abdullah. Keringat Mustapa apabila hampir menumbangkan PAS pada pilihan raya umum ke-11 seperti dipersiakan.

Mustapa seolah-olah diperlekehkan Abdullah. Annuar dibawa menggantikan tempat Mustapa.

Pernah disingkir Mahathir

Sedangkan Annuar pernah disingkirkan Dr Mahathir sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan. Annuar berada di posisi itu sejak awal 1990-an.

Turut terpinggir bersama Annuar ketika itu, Tuan Hashim Tuan Yaakub, Dato' Dr Nik Husien Nik Abdul Rahman dan Dato' Ismail Mamat.

Tempat Annuar diganti Dato' Zaid Ibrahim pada 16 Januari 2003. Mustapa sebelum itu menggantikan Tengku Razaleigh Hamzah di Perhubungan Umno Kelantan.

Biar pun Ku Li senang dengan slogan 'makan gaji buta' yang ditulis di merata tempat bagi memperhodohkan wajah kerajaan PAS, namun beliau tetap gagal menawan Kelantan pada pilihan raya umum 1999.

Sebaliknya ketika di bawah Ku Li, PAS dan KeADILan mendapat lonjakkan semula selepas agak gersang pada pilihan raya 1995.

Menjelang pilihan raya 1999, Ku Li berjanji mahu mengulangi lagi kejayaannya merampas Kelantan pada 1978. Namun impian itu tidak berpijak di alam nyata.

Kehadiran Ku Li di pentas politik Kelantan tidak lagi seghairah ketika berada dalam kabinet di era Tun Razak Husien.

Sentuhan Mustapa lebih berjaya berbanding Ku Li. Beliau melonjatkan pengaruh Umno sehingga dapat menawan 22 kerusi Dun dan sembilan kerusi parlimen.

Annuar orang Abdullah

Annuar didatangkan Abdullah bagi mengemudikan Umno Kelantan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-12.

Hampir empat tahun Annuar berhempas pulas sebagai Pengerusi Umno dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada). Namun Umno di Kelantan makin gerhana.

Pelbagai isu dalaman membelit Umno Kelantan. Antara paling ketara diperkatakan dakwaan duit peruntukan pilihan raya yang ditinggalkan Mustapa di Perhubungan semakin mengempis.

Biar pun satu demi satu masalah berlaku, Abdullah masih mempertahankan Annuar. Di sepanjang tempoh itu, acap kali kedengaran khabar angin rombakan di Perhubungan Umno Kelantan.

Beberapa nama muncul, antaranya Dato' Fatmi Che Salleh dan Dato' Dr Awang Adek Hussin.

Angin kencang yang sudah lama bertiup hanya mungkin menjadi ribut esok.

Esok nasib Annuar dalam politik akan ditentukan. Beliau pernah diselamatkan dalam isu penyelewengan dana program pembangunan rakyat termiskin (PPRT) ketika menerajui Kementerian Luar Bandar.

Khabarnya dana itu melibatkan wang kerajaan lebih RM35 juta.

Dan pada pemilihan 24 Mac lalu, Annuar tidak bertanding sebarang jawatan. Ini menggambarkan Annuar sudah merasakan hubungan dinginnya dengan Najib.

Kalau benarlah begitu, maka hari ini detik akhir Annuar berada di puncak kuasa di Kelantan.

Ada ahli nujum meramal Awang Adek bakal mengetuai Badan Perhubungan Umno. Manakala timbalannya mungkin Fatmi.

Mustapa pula sudah selesa di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Annuar pastinya akan terus mengigit jari. - mj/mks. _

Laporan polis palsu GMP terhadap Malaysiakini

KUALA LUMPUR, 23 April (Hrkh) - Keghairahan 'membela istana' mendatangkan musibah kepada Gagasan Melayu Perak (GMP) apabila pertubuhan NGO itu bertindak membuat laporan palsu terhadap laman berita portal internet, Malaysiakini.

Dalam laporan palsunya itu, Presiden GMP Mohd Hilmi Ismail mendakwa kononnya Malaysiakini telah menerbitkan artikel yang "menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, dan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

Artikel bertajuk "Raja Nazrin defends monarchy against ridicule" (Raja Nazrin pertahan institusi Diraja daripada dipersenda) kononnya diterbitkan Malaysiakini pada Selasa lalu.

Bagaimanapun pemeriksaan yang dilakukan laman web terbabit mendapati tiada berita seumpama itu diapungkan pada tarikh berkenaan.

Bagaimanapun seksyen Bahasa Malaysia Malaysiakini telah menyiarkan versi bahasa Melayu berita tersebut dengan memetik laporan Bernama pada 19 April.

Pengerusi Bernama ialah Dato' Seri Anuar Zaini, seorang 'penasihat' istana Perak.

Mohd Hilmi dan gerombolannya telah membuat laporan palsu itu di Balai Polis Sungai Senam dekat Ipoh pada jam 5 petang semalam.

Laporan Bernama menyebut, Mohd Hilmi memberitahu wartawan bahawa laporan polis dibuat kerana GMP menganggap berita yang disiarkan Malaysiakini itu sebagai biadap dan tidak menghormati institusi istana Perak.

Mohd Hilmi juga berkata, GMP berharap Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Budaya mengambil tindakan terhadap laman sesawang terbabit kerana menyalahgunakan teknologi maklumat tanpa memikirkan implikasinya terhadap keselamatan negara.

hanya dimaklumkan kakitangan

Malaysiakini yang kemudiannya menghubungi GMP pagi tadi bagi mendapatkan penjelasan berhubung laporan polis palsu itu dimaklumkan Mohd Hilmi bahawa beliau "tidak menyedari Malaysiakini telah menyiarkan berita seumpama itu sebelum membuat laporan polis".

"Saya tidak tahu menahu tentang artikel itu. Saya diberitahu oleh kakitangan saya dan membuat laporan polis," ujarnya.

Ketika ditanya sama ada beliau menyedari bahawa laporan polis palsu itu boleh memburukkan reputasi Malaysiakini, Mohd Hilmi bertanya:

"Bukankah Malaysiakini sama dengan Malaysian Today atau blog lain?"

Sehubungan itu Malaysiakini menuntut Mohd Hilmi menyiarkan permintaan maaf kerana membuat laporan palsu.

Laman sesawang itu juga berkemungkinan akan mengambil tindakan terhadap Mohd Hilmi dan GMP.- tajdid _

Apr 22, 2009

SMS ugutan ADUN Terengganu: Kerani 31 tahun ditahan seorang blogger

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri, Abd. Halim Jusoh menunjukkan salinan aduan polis dan SMS ugutan yang diterimanya selepas membuat laporan polis di Kuala Terengganu pada 13 April lalu.

KUALA TERENGGANU: Seorang kerani syarikat swasta yang ditahan untuk membantu siasatan berhubung penghantaran SMS ugutan kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu (ADUN) awal minggu lalu dipercayai juga merupakan blogger yang menulis tentang isu-isu Terengganu.

Suspek tersebut kini ditahan selama empat hari untuk membantu polis Terengganu menjalankan siasatan mengenainya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Terengganu, ACP Fauzi Abduri berkata, lelaki berusia 31 tahun itu diberkas di sebuah rumah di Bandar Baru Bangi, Selangor pada 9.30 pagi dua hari lepas.

Lelaki berkenaan berasal dari Seri Kembangan, Selangor.

"Kami yakin dapat menyelesaikan kes ini dalam beberapa hari lagi," kata beliau di sini hari ini.

Selepas ditahan di Bandar Baru Bangi, kata beliau, suspek berkenaan telah membawa polis ke rumahnya di Seri Kembangan di mana komputer riba, perkakasan komputer dan komputer peribadi turut dirampas.

"Kita telah menubuhkan sebuah pasukan khas untuk menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan dan insya-Allah ia akan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat," katanya.

Pada 13 April lepas, tiga ADUN Barisan Nasional terdiri Datuk Rosol Wahid (Ajil) Zakaria Abdullah (Paka) dan Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) membuat laporan polis selepas menerima SMS yang mengancam keselamatan mereka.

Penghantaran SMS itu, dipercayai merujuk kepada desas-desus mengenai pembentangan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Ahmad Said pada persidangan Dewan Undangan Negeri yang berlangsung minggu lepas.

Dalam pada itu, Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan pula berkata, polis telah mengenal pasti bahawa SMS itu bukannya dihantar oleh pegawai kanan di pejabat Menteri Besar seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Dalam reaksinya, Menteri Besar pula berkata, beliau lega dengan tangkapan suspek berkenaan manakala kakitangan pejabatnya tiada kaitan dengan penghantaran SMS berkenaan.

"Kebenaran akhirnya terbukti... Allah Maha Berkuasa... saya tahu bahawa ini akan diketahui satu hari nanti selepas pegawai pejabat saya memaklumkan saya bahawa perisian telah disalahgunakan oleh pakar IT di Kuala Lumpur," kata beliau apabila dihubungi.

BERITA TERDAHULU

KUALA TERENGGANU: Seorang kerani berusia 31 tahun ditahan di Seri Kembangan, Selangor bagi membantu siasatan berhubung khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan yang diterima oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu minggu lalu.

Kerani berkenaan ditahan semalam, kata Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Shukri Dahlan.

Pada 13 April lalu, tiga ADUN Barisan Nasional (BN) Terengganu membuat laporan polis selepas menerima SMS berbaur ancaman terhadap keselamatan mereka.

SMS berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan kemelut politik terbaru di negeri ini.

ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu di Kuala Berang, kira-kira pukul 12.45 tengah malam.

Ia diikuti ADUN Paka, Zakaria Abdullah dan ADUN Permaisuri, Abdul Halim Jusoh yang membuat laporan sama di IPD Kuala Terengganu kira-kira pukul 12.55 tengah malam.

Mereka membuat laporan berkenaan selepas menerima SMS tersebut kira-kira pukul 11.20 malam tadi.

Abdul Halim berkata, beliau menerima SMS tersebut yang berbunyi "Baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?"

Beliau mendakwa SMS tersebut diterima daripada individu yang dikenalinya iaitu seorang pegawai kanan kerajaan negeri selepas membuat semakan nombor telefon pada diari rasmi kerajaan negeri.

Wakil rakyat itu percaya ia merujuk kepada desas-desus mengenai pembentangan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Ahmad Said pada Persidangan DUN.

Tiga sayap Umno Besut nafi sokong Ahmad Said

BESUT: Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Besut hari ini menafikan kenyataan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan bahawa ketiga-tiga sayap parti itu menyokong kepimpinan Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar.

Mereka juga dukacita dengan tuduhan oleh Rosli dalam laman web berita Malaysiakini semalam bahawa Ketua Umno Bahagian Besut Datuk Seri Idris Jusoh sebagai perancang sehingga berlakunya kemelut politik di Terengganu sekarang.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Besut, Mahadi Musa berkata kenyataan Rosli itu satu pembohongan dan sengaja dibuat bagi menjatuhkan imej Idris dan Umno bahagian berkenaan.

Beliau berkata ketigatiga sayap parti itu sentiasa berdiri teguh di belakang Idris dan tidak menyokong kepimpinan Badan Perhubungan Umno Negeri sekarang.

"Kita kesal dengan kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri mengenai perkara tersebut," katanya.

Pada 14 April lepas, 10 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Terengganu tidak menghadiri persidangan Dewan Negeri kerana mendakwa keselamatan diri mereka terancam.

Tindakan Adun itu berikutan khidmat pesanan ringkas (SMs) berbentuk ancaman yang diterima Adun Ajil Datuk Rosol Wahid, Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), dan Zakaria Abdullah (Paka) berhubung kemelut politik di negeri ini.

Pengiriman SMS itu dipercayai ekoran daripada kenyataan Menteri Besar untuk mengambil tindakan tegas termasuk memecat Adun BN jika mereka membentangkan usul tidak percaya terhadap beliau pada persidangan berkenaan. BERNAMA

'Jangan campur tangan kerja Speaker' - V.Sivakumar beri amaran

IPOH, 21 April (Hrkh) - "Jangan campur tangan kerja kerja saya sebagai Speaker dewan Undangan Negeri Perak, saya bukan budak kecil dan tidak berpendidikan, saya tahu apa yang dibuat, pihak lain tidak perlu mempengaruhi saya."

Demikian ditegaskan Speaker DUN Perak, V. Sivakumar dalam reaksi awalnya kepada Timbalan Presiden Gerakan, Dato' Chan Koy Youn yang menyatakan Speaker DUN Perak membenarkan pihak lain membuat keputusan bagi pihaknya.

Sivakumar memberi amaran kepada Chan Koy Youn dalam kenyataan medianya di sini semalam.

"Saya akan membuktikan bahawa kenyataan akhbar yang dibuat oleh Timbalan Presiden Gerakan Dato' Chang Ko Youn adalah tidak berasas," tegasnya.

Chan Yoy Youn dalam kenyatannya sebelum ini mendakwa Speaker Negeri Perak membenarkan pihak lain membuat keputusan bagi pihaknya.

"Tidak ada sesiapa yang memberi nasihat kepada saya, kecuali peguam-peguam saya berkaitan dengan hal-hal undang-undang ini satu tomahan untuk menjatuhkan kredibiliti saya, saya memberi amaran kepada beliau supaya jangan campur tangan dalam kerja-kerja saya sebagai Speaker Negeri Perak.

"Saya bukannya budak kecil dan tidak berpendidikan.Saya tahu apa saya buat. Pihak lain tidak perlu mempengaruhi saya," tegasnya.

Menurutnya, beliau menjalankan tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat Perak kerana itu beliau mahu kemuliaan Dewan Negeri Perak tidak dicemari oleh mana-mana pihak kerana persaingan politik.

"Saya hanya tunduk kepada demokrasi dan keadilan," katanya.

Menurut Dato' Chang, Sivakumar akan membuat satu keputusan dan kemudiannya beliau akan mengubah keputusan itu selepas betemu dengan pemimpin-pemimpin DAP.

"Dalam kata lain, beliau menuduh saya sebagai seorang yang tidak mempunyai pendirian, ini adalah satu kenyataan yang berbau fitnah," katannya.

Mengenai isu notis yang dikeluarkan oleh Setiausaha Dewan tanpa berunding dengannya, Sivakumar mencabar Setiausaha Dewan untuk membuat kenyataan akhbar tentang apa yang sebenarnya berlaku.

"Saya akan membuktikan beliau salah jika mengikut telunjuk mana-mana pihak dan mengatakan rundingan telah dibuat terlebih dahulu sebelum mengeluarkan notis persidangan," jelasnya

Sivakumar mendakwa beliau juga mempunyai banyak bukti-bukti bahawa notis dikeluarkan tanpa berunding dengannya dan beliau sanggup dan bersedia untuk menyakut cabaran daripada Setiausaha Dewan jika beliau cuba menafikan kenyataannya.

Beliau sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak pernah berunding denngan mana-mana pihak mengenai penetapan tarikh persidangan , malah ia tidak memberi arahan untuk mengeluarkan notis tersebut.

"Semuanya dibuat dibelakang saya. Saya diabaikan sama sekali dalam soal ini," katanya.

Selepas membuat kesilapan besar, pihak tertentu sekarang ini katanya sedang melakukan pelbagai usaha dibuat untuk memperkecilkan keupayaannya dan mahu memalukan beliau.

"Ini merupakan satu strategi untuk menjatuhkan akhlak peribadi saya," tegasnya. - azm_

Lelong Camry kemudian beli Mercedes?

KOTA BHARU, 22 April (Hrkh) - Membazir atau belanja berhemah apabila mahu melelong kereta yang baru dibeli.

Tentunya sesuatu yang agak janggal kerana kebiasaan kereta kerajaan yang dilelong sudah berusia dan tidak ekonomik lagi untuk digunakan.

Sebaliknya 16 kereta Toyota Camry 2.4 yang digunakan anggota Exco Pakatan Rakyat di Perak tidak sampai setahun sudah mahu dilelong kerajaan kudeta Barisan Nasional (BN).

Tetapi itulah yang berlaku di Perak apabila kerajaan BN yang mendapat kuasa melalui rampasan secara paksa mempamerkan keanguhan biar pun baru dua bulan mentadbir.

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, apabila dilelong sudah tentu kenderaan yang baru pula akan dibeli kerajaan BN di Perak dengan harga lebih tinggi.

"Apabila kereta Camry dilelong harganya tentu menjadi lebih murah berbanding harga asal.

"Lainlah kalau kerajaan negeri membeli proton Exora yang baru dilancarkan, barulah munasabah.

"Nanti pendapatan hasil lelongan tersebut digunakan untuk membeli kereta yang lebih mahal, ia tentunya akan merugikan lagi," katanya selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Kerajaan kudeta di Perak dilaporkan akan melelong 16 Toyota Camry 2.4 yang sebelum ini digunakan anggota Exco Pakatan Rakyat. Tender lelongan tersebut juga sudah dibuka.

Camry tersebut dibeli kerajaan Pakatan bagi menggantikan Proton Perdana V6 yang telah lama digunakan kerajaan BN sebelum Pakatan menerajui Perak Mac tahun lalu.

Pembelian dibuat memandangkan kos penyelenggaraan sebuah Proton V6 sehingga mencecah RM80,000.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan Kelantan berkata, sebelum ini Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Razak menjelaskan BN akan mengkaji kemungkinan tidak menyertai pilihan raya kecil Dun Penanti kerana tidak mahu membazir.

"Kenyataan itu jelas satu 'double standard' kerana dalam masa yang sama kerajaan BN di Perak pula mahu melelong kereta yang baru dibeli.

"Sekarang mereka berfikir seakan-akan menggunakan law of jungle pula," ujarnya.

Beliau juga percaya kemuncak krisis politik di Perak akan berlaku 7 Mei ini apabila diadakan persidangan Dun Perak, yang tentunya akan berlaku sesuatu.

Adun Gual Ipoh, Wan Yusof Wan Mustapha berkata, tindakan kerajaan kudeta BN di Perak melelong kereta baru dibeli sebagai tindakan mundur ke belakang.

Menurutnya begitu rendah harga diri kerajaan BN di Perak kerana bukan sahaja dendam kepada Exco Pakatan Rakyat tetapi marah juga kepada kereta Camry.

"Lebih parah lagi kalau mereka mahu menukar kepada kereta Mercedes selepas Camry dilelong. Di Perak sekarang yang tidak betul dijadikan betul dan yang betul dikatakan tak betul," katanya.

Menurutnya juga rakyat tidak timbul soal kereta, sebaliknya menuntut Dun dibubarkan. - mj _

Apr 21, 2009

Toyota Camry bekas Exco Pakatan Perak dilelong

Kereta Toyota Camry 2.4 yang sebelum ini digunakan sebagai kenderaan rasmi exco pakatan pembangkang ketika menerajui pentadbiran kerajaan negeri akan dilelong oleh kerajaan negeri Perak.

IPOH: Kerajaan negeri Perak akan melelong 16 buah kereta Toyota Camry 2.4 yang sebelum ini digunakan sebagai kenderaan rasmi exco pakatan pembangkang ketika menerajui pentadbiran kerajaan negeri.

Menurut kenyataan tender terbuka yang dihantar ke bahagian iklan sebuah akhbar berbahasa Melayu di sini hari ini, lelongan kereta itu akan berlangsung di tempat letak kereta Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini mulai 9.30 pagi hingga 4 petang pada 4 hingga 18 Mei ini.

Kenyataan tender yang dikeluarkan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak itu menyatakan kenderaan berkenaan boleh dibeli secara pukal atau seunit dengan harga rizab RM148,000 sebuah.

Kereta itu adalah yang menggunakan nombor pendaftaran AGS10, AFD11, AFD22, AFD33, AFD55, AFD66, AFD77, AFD88, AFD99, AFD333, AFD999, AFF33, AFF88, AFF99, AGS828 dan AEU606 yang kesemuanya didaftarkan pada 9 Jan tahun ini.

Kenyataan tender itu turut menyebut, semua kenderaan itu adalah baru yang digunakan antara satu hingga dua bulan, perbatuan rendah dan masih dalam tempoh jaminan tiga tahun oleh syarikat pengeluar.

Selain itu ia turut menyebut kenderaan berkenaan juga mempunyai nombor pendaftaran orang kenamaan, cermin 'tinted' yang bernilai RM2,000 serta bebas daripada sebarang kejadian kemalangan.

Bagaimanapun, difahamkan kereta rasmi yang bernombor pendaftaran AGS10 yang digunakan oleh bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tidak akan dilelong kerana beliau dikatakan telah membuat tempahan membeli kereta tersebut.

Dokumen tender boleh didapati pada waktu pejabat mulai 4 Mei hingga 18 Mei ini di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Bahagian Pengurusan, Aras 3, Bangunan Perak Darul Ridzuan dengan harga RM20 senaskah.

Mereka yang ingin membeli kenderaan berkenaan perlu menghantar kembali surat tawaran tender itu sebelum pukul 12 tengah hari pada 18 Mei ini. BERNAMA

Media asing sudah mula burukkan imej Najib, kata Mahathir

PETALING JAYA: Belum pun tiga minggu Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengambil alih kepimpinan sebagai Perdana Menteri yang keenam, tetapi media Barat sudah memulakan langkah memburuk-burukkan beliau, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dr. Mahathir menambah, dari Perancis sehingga ke Britain dan Australia, rencana-rencana yang disiarkan membawa mesej yang sama dengan dipercayai maklumat disalurkan oleh rakyat tempatan.

Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 3 April lalu.

"Perdana Menteri yang baru dikatakan amalkan rasuah dan terlibat dalam kes bunuh.

"Penulis Australia mengatakan bahawa Malaysia adalah negara pariah," kata Dr. Mahathir sambil menambah, "saya tidak boleh percaya usaha memburuk-burukkan yang begtiu banyak berlaku pada waktu yang sama secara kebetulan."

Turut disertakan dalam usaha mengecam Perdana Menetri baru ialah dakwaan bahawa beliau akan membawa kembali konsep kepimpinan "Mahathirism".

"Dengan ini, akhbar Barat nampaknya cuba menunjukkan yang Perdana Menteri keempat (Dr. Mahathir) merupakan seorang diktator yang menangkap orang tanpa sebab, memanipulasikan kehakiman, mengawal media dan sebagainya," katanya.

Justeru kata Dr. Mahathir, beliau menyerahkan kepada rakyat Malaysia untuk menghakimi dan mendefinisikan konsep "Mahathirism".

"Mereka adalah pengundi yang Najib perlu mengambil berat. Media asing mempunyai agenda sendiri," kata beliau dalam blognya.

Rakan-rakan media Barat di Malaysia pula menyalurkan dengan berita anti-Najib, jelas beliau.

Katanya lagi, Najib boleh menjangkakan lebih banyak laporan sedemikian daripada akhbar-akhbar asing.

Pun begitu, apa yang rakyat Malaysia fikir adalah penting dan Perdana Menteri perlu membersihkan imejnya dari segi persepsi mereka.

Waran tangkap Mohamad Sabu, 9 aktivis dibatalkan

SUNGAI BAKAP, 21 April (Hrkh) - Kes Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan sembilan aktivis lain kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dihari penahanya di Plaza Tol Bukit Tambun pada 9 Disember 2007 lalu ditunda lagi pada tarikh 28, 29 dan 30 September 2009.

Semalam Mahkamah Masjestrit Jawi memutuskan mengeluarkan waran tangkap ke atas kesemua mereka kerana tidak hadir ke mahkamah kerana kesilapan taknikal.

Sembilan lagi yang dituduh melakukan kesalahan tersebut ialah Fauzi Saharat, Mohd Saleh, Mohd Lazim Osman, Abdul Rahim Mohd Arif, Zairul Azrun Zainol Abidin, Mohd Subri Mohd Said, Abdul Razak Ramli, Mohd Biyamin Ishak dan Zamirul Aini Abdul Malek.- mns_

Pakatan Rakyat cadang mengadap Sultan Perak

KUALA KANGSAR 21, April (Hrkh) - Pakatan Rakyat berhasrat untuk mengadap dan berbincang dengan Sultan Perak Raja Azlan Shah berhubung kemelut politik negeri ini sejak rampasan kuasa oleh Umno-BN lalu yang telah banyak menyusahkan rakyat.

Exco Kerajaan Perak, Mohd. Zainuddin Mohd. Yusof menyatakan hasrat dan usaha gigih Pakatan Rakyat untuk mententeramkan keadaan suasana politik negeri itu selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Sayong Lembah dekat sini semalam.

"Sejak kejadian tersebut sehingga kini rakyat merasa resah dan kedudukan pendirian yang tidak menentu melihatkan keadaan politik Perak kini kucar-kacir dengan bertambahnya dua orang Menteri Besar itu, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Dato' Seri Zambery Abdul kadir (BN)," tegasnya.

Katanya, Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk mengadap Sultan Perak di Istana Iskandariah dalam masa terdekat untuk menyampaikan hasrat dari keseluruhan rakyat pelbgai bangsa untuk mengubarkan DUN sekaligus mengadakan pilihan raya seluruh negeri untuk memuaskan hati kehendak rakyat.

"Biar rakyat yang menentukan siapa yang akan memerintah negeri Perak. Beri kebebasan untuk rakyat memilih!,"tegas Zainuddin.

Sehubungan itu, beliau menyatakan bahawa pimpimnan Pakatan Rakyat masih kekal mengeratkan silatulrahim dan tidak menaruh prasangka terhadap Sultan.

"Sebagai bukti betapa baiknya kami dengan Sultan apabila baginda sendiri telah mengundang kesemua kami menghadiri ke majlis Istiadat Penyampaian Anugerah Pingat dan upacara rasmi di Istana Iskandariah yang berlangsung sempena Hari Keputeraan Baginda ke-81 di Bukit Chandan baru-baru ini," katanya.

Sebelum itu disebelah paginya Zainuddin telah merasmikan majlis Sambutan Maulidur Rasul Anjuran PAS Cawangan Kampung Cheh di Suraunya dekat sini dengan diraikan oleh 100 murid-murid lelaki dan perempuan pra-sekolah yang mengambil bahagian dalam bacaan al-Quran, nyanyian nasyid serta syarahan-syarahan di majlis tahunan itu. - azm _

Apr 20, 2009

Muktamar Pas 2009; suatu transformasi akan berlaku!

Bagi ahli-ahli Parti Islam Se Malaysia (PAS), tahun 2009 adalah merupakan tahun yang penting bagi kalendar ahli PAS kerana pada tahun ini perwakilan akan membuat pilihan mereka secara demokrasi yang sihat untuk memilih pemimpin baru bagi PAS.

Muktamar yang akan dilansungkan pada bulan Jun ini bertempat di Stadium Malawati Shah Alam Selangor akan menjadi medan untuk bermuhasabah secara jujur dan telus bagi mengkaji keupayaan PAS untuk terus kekal relevan dalam arus perdana politik Malaysia.

Slogan “PAS untuk semua” yang diketengahkan pada Pilihanraya Umum tahun lalu akan terus dipraktikkan bukan sahaja sebagai slogan pilihanraya bahkan dalam polisi kerajaan-kerajaan negeri yang diperintah secara kolektif dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Di samping melakukan muhabah dan post mortem untuk mempertahankan survival parti sebagai parti politik dan dalam masa yang sama sebagai sebuah gerakan Islam yang diiktiraf di peringkat global, muktamar yang akan berlansung ini juga akan memilih pemimpin-pemimpin baru yang diyakini sebagai sebuah team yang akan berhadapan dengan pilihanraya umum yang dijangkakan akan diadakan dalam tempoh setahun Najib Razak menjadi PM.

Cakap-cakap di peringkat grassroot parti, majoriti ahli-ahli PAS nampaknya mahukan supaya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi sebagai Presiden parti yang baru bagi menggantikan Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk memimpin PAS dalam menjana arus perubahan politik nasional dalam PRU yang akan datang.

Manakala bagi jawatan Timbalan Presiden pula, ahli-ahli parti mahukan supaya Haji Mohammad Sabu yang lebih dikenali sebagai Bang Mat diberikan peluang untuk memegang amanah tersebut yang dalam masa yang sama menjadi seorang Timbalan Presiden yang berkesan kepada Presiden parti. Ianya ibarat Tok Guru Haji Hadi kepada Almarhum Ustaz Fadzil Noor suatu ketika dahulu.

Sementara itu, bagi jawatan Naib Presiden pula, ahli-ahli akan terus mengekalkan Haji Husam Musa di samping mengangkat muka baru termasuk Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin dan Prof Dr Mahfuz Muhamad.

Haji Husam yang mempunyai rekod dan prestasi yang baik dalam parti dan kerajaan negeri Kelantan dilihat akan terus kekal manakala Haji Nizar pula bintangnya yang semakin cerah berikutan krisis perlembagaan dan politik di Perak dan Prof Dr Mahfuz Muhamad mewakili ulama profesional yang ketika ini memegang jawatan sebagai Pesuruhjaya PAS Johor. Beliau adalah bekas Profesor Syariah Universiti Malaya.

Ustaz Haji Ahmad Awang yang ketika ini menjawat sebagai Naib Presiden difahamkan akan mengubah haluan untuk memimpin Dewan Ulama PAS Pusat dalam usaha untuk memperkasa Dewan Ulama mendepani pelbagai cabaran dan isu syariah ketika ini.

Manakala rata-rata ahli akar umbi pemuda PAS mahukan supaya Dr Mujahid Yusuf Rawa memimpin Dewan Pemuda PAS Pusat bagi berhadapan dengan Ketua Pergerakan Pemuda Umno yang baru iaitu Saudara Khairy Jamaludin Abu Bakar. Dr Mujahid tidak asing lagi bagi Dewan Pemuda PAS kerana beliau pernah menjadi Exco Dewan tersebut selama beberapa penggal. Dengan latar belakang pendidikan beliau sehingga ke peringkat doktor falsafah, beliau diyakini mampu bersemuka dan berdebat dengan Sdr Khairy yang berkelulusan Oxford di samping meningkatkan lagi tahap sokongan pengundi muda kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Bagi Dewan Muslimat PAS Pusat yang setiap kali pemilihan tidak pernah sunyi daripada pertandingan itu difahamkan akan berlaku pertembungan bagi jawatan Ketua Muslimat pada kali ini di antara penjawat sekarang dengan Dr Siti Mariah Mahmud yang pernah bertanding sebagai Naib Presiden PAS pada pemilihan yang lepas.

Bagi jawatan AJK PAS Pusat pula, antara yang akan diketengahkan adalah gandingan muka lama dan baru antaranya ialah Sdr Salahudin Ayub, Ustaz Muhamad Daud Iraqi, Dr Hatta Ramli, Sdr Anuar Tahir, Ustaz Azizan Abdul Razak, Haji Mahfuz Omar, Ir Khalid Samad, Sdr Ann Wan Seng, Ustaz Ismail Kamus, Dr Dzulkifli Ahmad, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Dr Lo’ Lo’ Ghazali, Ustaz Nik Amar Nik Abdullah, Sdr Kamarudin Jaafar, Ustaz Idris Ahmad, Sdr Anuar Tan, Dr Syed Azman Nawawi, Ustaz Taib Azzamudin dan beberapa orang lagi.

Adalah sesuatu yang perlu dipertegaskankan di sini bahawa tohmahan yang dilakukan oleh beberapa media massa dan penulis politik upahan pihak tertentu yang mendakwa bahawa pertembungan dalam PAS kali ini adalah di antara pro Pakatan Rakyat dengan Pro Muqabalah atau di antara Pro Liberal dengan Ustaz Ulama adalah mainan jahat mereka kerana seperti mana yang telah diperjelaskan oleh Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa di dalam PAS tidak ada sama sekali Team A atau Team B.

Sesungguhnya di dalam PAS sekiranya terdapat sesuatu perbezaan pendapat atau percanggahan ijtihad ianya adalah suatu rahmat yang tidak sesekali akan membawa kepada perpecahan kepada PAS itu sendiri. Ianya adalah kerana ahli-ahli PAS telah dipadukan dengan wehdatul fikri demi memastikan tertegaknya di Malaysia sebuah negara yang disifatkan oleh al Quran sebagai baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur!

Nukilan oleh: Ustaz Haji Idris Mohammad Al Haqqani 24 Rabiulakhir 1430 bersamaan dengan 20 April 2009

Najib: ”Amerika Mempunyai Aksess yang Terbaik Kepada Maklumat..

Ini bukan cakap saya tapi sebahagian dari ucapan Najib Tun Razak di Heritage Foundation seperti yang tercatat di: http://www.heritage.org/research/asiaandthepacific/hl742.cfm.

Dalam ucapan Najib ini dengan bangga Najib menggariskan beberapa ”kejayaan Malaysia” di dalam menjayakan operasi serta penguatan ketenteraan Amerika Syarikat. Intipati ucapan Najib itu antaranya:

a. Ia berbangga bahawa segala maklumat perisikan Malaysia adalah terbuka kepada Amerika Syarikat. b. Najib berbangga US Navy SEALS menjalankan latihan di Malaysia dua kali setahun c. Najib berbangga tentera US mengadakan latihan ketenteraan bersama tentera Malaysia setiap tahun d. Najib gembira yang pesawat Tentera Amerika terbang melalui angkasa Malaysia lebih 1000 kali setahun. Malahan selepas September 11, jumlah itu makin bertambah e. Najib berbanggan seorang tentera Malaysia terkorban apabila cuba menyelamatkan tentera-tentera Amerika yang terperangkap hasil dari serangan militan Somalia pada tahun 1993. f. Najib juga gembira atas kerjasama Malaysia-USA di dalam memerangai jaringan pengganas di rantau Asia Tenggara. (Walaupun beratus orang yang tidak berdosa menjadi mangsa ISA. Misalnya, di Selangor, seorang telah ditangkap ISA atas dasar melawan pengganas tetapi hakikatnya beliau ditangkap kerana usaha beliau membela hak setinggan)

Dan yang Najib tak sebut adalah:

a. Betapa UMNO telah memberhentikan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat demi menyedapkan hati Amerika kerana pada waktu itu semua SAR dianggap sekolah pengganas oleh Amerika. b. Kesannya, BANYAAKKKK SAR yang tutup. Di Perak, diberitakan, hanya 3 SAR sahaja yang masih hidup c. Semua dilakukan oleh UMNO dan Najib untuk menyenangkan hati Amerika dan Bush d. Menangkap orang-orang yang tidak berdosa hanya kerana Amerika mahukan mereka ditangkap. Gayanya seperti Suharto yang telah membunuh 100,000 orang atas arahan CIA dan mengikut senarai yang CIA keluarkan e. Memberi kebebasan yang luas kepada puak-puak liberal di Malaysia untuk mengutuk dan menghina Islam tanpa apa-apa tindakan diketuai oleh Marina Mahathir dan Zainah Anwar

Dan banyak lagi kita boleh nyatakan. Cukuplah stkt ini.

Kesimpulannya, UMNO ni adalah parti Paku Dulang Paku Serpih, parti Muka Tembok, parti Hidung Tak Mancung Pipi Tersorong-Sorong, parti Pencacai Tua Angkat Najis, parti ”Kecik-Kecik Tak Nak Mampus, Dah Besar Menyusahkan Orang”(bak kat director Ahmad Nisfu) dsbnya.

Dia sebuk fitnah Anwar agen Amerika tapi sebenarnya dia yang lebih. Anwar dipecat kerana Anwar tidak mahu menyelamatkan bisness dan kroni DAIM dari bangkrap dengan menggunakan duit rakyat.

Selepas Anwar dipecat, beribu-ribu juta wang rakyat digunakan untuk menyelamatkan kroni serta proksi Daim Zainuddin. Misalnya, MRCB telah berjaya mendapat RM200 juta ”bail-out” tanpa sebab yang konkrit. Sepatutnya, bagi MRCB bangkrap sahaja dan itu lebih baik.

Wang RM200 juta itu digunakan untuk melahirkan korporat2 dan peluang2 bisness yang lain bagi Bumiputra. Tapi Dr.M dan Daim tak mahu dan sanggup menggunakan wang tersebut untuk kepentingan tembolok dan poket mereka.

Dan yang lebih menyedihkan kita lihat ahli-ahli UMNO yang telah ”dilembukan” untuk menyebar fitnah kononnya Anwar agen Amerika. Mereka ni satu sen habuk pun tak dapat tapi mereka jadi lembu tolong sebar fitnah pasal Anwar Ibrahim.

Memang mereka ni semua lembu..

- Tulang Besi

Penghakiman kes Speaker Dun Perak, mahkamah salah masuk?

KUALA LUMPUR, 20 April (Hrkh) - Dalam membuat keputusan yang menghukumkan Speaker V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa menggantung Dato Dr Zambry Abdul Kadir, Mahkamah Persekutuan mengambil sikap yang berbeza dengan keputusan mahkamah sebelum ini yang mengambil kira kedudukan Perkara 72(1) Perlembagaan Persekutuan.

Kata Prof. Dr Abdul Aziz Bari ketika ditanya mengenai permohonan 10 perintah yang belum kesemuanya dikeluarkan. Perkara 72(1), kata Aziz, jelas memberi imuniti kepada prosiding dewan.

"Oleh kerana Tan Sri Alauddin Sheriff masih belum memberikan penghakiman bertulis, sebenarnya kita masih kabur. Tetapi ini mungkin dibangkitkan oleh peguam Sivakumar dalam prosiding di mahkamah berkenaan," katanya lagi.

Apa pun, kata pakar perlembagaan itu, keputusan mahkamah dalam kes-kes terdahulu seperti Lim Cho Hock (1979), Tun Datu Haji Mustapha (1986) dan Haji Salleh bin Jafarudin (1986) menjunjung peruntukan dan semangat Perkara 72(1) yang tidak membenarkan mahkamah menyentuh perjalanan dewan.

"Ini menyebabkan ramai yang terpinga-pinga dengan keputusan mahkamah berkenaan, sebab itu jelas menyalahi sesuatu yang telah termaktub dan diamalkan," kata beliau.

Aziz juga menimbulkan persoalan tentang kedudukan perintah-perintah yang dipohon itu di sisi undang-undang. Katanya mahkamah tidak boleh mempersoalkan kewajaran tindakan badan perundangan.

"Sebab itu mahkamah enggan membincangkan soal apakah sesuatu undang-undang itu adil atau sebaliknya", tambahnya.

Beliau berkata mahkamah, dalam melakukan semakan kehakiman, selalunya menangani soal bidang kuasa.

"Selagi sesuatu undang-undang itu masih di dalam bidang kuasa dewan berkenaan maka mahkamah akan melaksanakan undang-undang itu biar bagaimana tidak adil sekalipun", katanya.

Perintah-perintah seperti injuksi dan seumpamanya selalunya dikeluarkan ke atas badan-badan atau agensi yang diwujudkan oleh badan perundangan, baik parlimen maupun DUN.

"Jadi saya berasa musykil bagaimana peguam berkenaan boleh memohon supaya mahkamah mengeluarkan perintah ke atas speaker yang merupakan sebahagian daripada dewan", tambah Aziz.

Beliau berkata perintah juga boleh dikeluarkan ke atas menteri tetapi tidak ke atas kabinet yang merupakan badan eksekutif.

"Jadi keputusan Mahkamah Persekutuan di Perak ini amat ganjil kerana ia tidak selaras dengan peruntukan perlembagaan dan amalan yang telah berjalan selama ini".

Aziz juga menimbulkan sikap salah seorang hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin yang bersetuju dengan Tan Sri Alauddin Sheriff. Kata Aziz ini tidak konsisten kerana di dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim (2006) Zulkefli tidak memberi perhatian kepada soal prosedur yang dibangkitkan oleh Anwar dalam pemecatannya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pada 1998.

"Dalam kes saman Anwar ke atas Mahathir itu Zulkefli merujuk kepada kuasa mutlak Perdana Menteri. Sepatutnya dalam kes Sivakumar ini Zulkefli harus mengambil pendekatan yang sama dan menentang keputusan Alauddin dan tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang lain," katanya.

Aziz berkata kes-kes perlembagaan perlu ditangani dengan prioriti yang betul; soal prosedur harus tidak menjadi halangan kepada isu pokok.

"Prosedur dan isu teknikal bertujuan membantu dan meregulisasi bukan menafikan hak," tegasnya lagi.- TMJ_

Membazir, BN dicabar jangan letak calon!

PENANTI, 20 April (Hrkh) - Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim mencadangkan, Umno dan Barisan Nasional (BN) jangan meletakkan calon di Dewan Undangan Negeri (Dun) N12 Penanti pada hari penamaan calon nanti selaras tindakan Presidenya, Dato' Seri Najib Tun Razak yang mahu tumpukan pada menjana ekonomi negara daripada menghabiskan wang rakyat disebabkan pilihan raya kecil.

Mengulas kenyataan Najib kononnya tindakan Fairus Khairudin meletakkan jawatan merupakan helah politik pembangkang serta pembaziran wang rakyat dan masa beliau menambah, jika begitu permintaan mereka Pakatan Rakyat cukup gembira kerana tidak payah berhadapan dengan karenah Umno dan BN lagi bila mana diistiharkan menang percuma.

"Saya sebagai Ketua Pembangkang ucap terima kasih pada Perdana Menteri yang mengatakan situasi ini adalah helah politik pembangkang, membazir wang dan masa. Bukan waktu nak berpolitik sebaliknya kena tumpukan pada ekonomi dan baik pulih sistem yang telah tempang. Maka, saya cadangkan BN dan Umno jangan letak calon di Penanti nanti, " tegasnya diiringi tepukan orang ramai.

Menurutnya, Umno dan BN tidak layak bercakap tentang pembaziran wang rakyat kerana selama ini parti itulah yang mempergunakan wang rakyat melawan pembangkang.

Mereka sambung Anwar, gunakan jentera kerajaan untuk turut berkempen, program masyarakat, projek mee segera seperti membaiki jalan, pasang tiang elektrik, paip air serta perbelanjaan pasukan polis yang berkampung terus di setiap lokasi pilihan raya kecil.

Semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh dulu di mana sahaja dapat lihat projek dibuat begitu juga di Kuala Terengganu terlalu ramai polis dikerah ke sana dan terbaru di Bukit Gantang dan Bukit Selambau semua peruntukan digerakkan untuk mencapai kemenangan bagi membaiki imej BN dan Umno yang kini berada di tahap merudum.

"Rakyat di Penanti khususnya waktu inilah minta apa yang patut. Nak baiki surau, jalan kampung, ternakan ayam itik, peluang perniagaan dan sebagainya mintalah pada BN. Biar mereka pening tapi jangan lupa undi Pakatan Rakyat masa hari pengundian nanti. Itulah yang boleh buat sebab kita tak dapat bagi duit, " ujarnya lantang.

Menyentuh mengenai pemilihan calon beliau berkata, ia akan dibuat secepat mungkin bersama gabungan dalam Pakatan Rakyat dan akan disambung semula selepas kembali mengerjakan Umrah bersama isterinya, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sejurus menghadiri program di Timur Tengah.

"Calon mestiah individu yang sering turun padang, orang tempatan, kepimpinan kanan, mempunyai idea yang jitu membantu Kerajaan Negeri dan mempunyai sikap kerjasama yang kuat sejajar dengan slogan Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT), " katanya ketika memberi ucapan ringkas di Yayasan Aman sebelum ini.

Hadir sama dalam taklimat itu ialah keseluruhan pimpinan KeADILan Negeri. Turut kelihatan ialah Pesururhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri, Mohd Fazhil Kemi dan Adun Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman. - mks._

Apr 19, 2009

Mahathir: BN perlu tanding Penanti, jangan mengaku kalah

RAUB: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Barisan Nasional (BN) tidak sepatutnya mengaku kalah, sebaliknya perlu meletakkan calon bertanding jika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang diadakan.

"Saya fikir kalau kawasan itu kawasan Umno, kita tentu bertanding, ini pasal kita ingat ini kawasan parti lawan, kita tak nak bertanding.

"Jadi kalau kita nak tunggu kawasan Umno, nanti tidak ada kawasan Umno, kita tak bertandinglah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada forum Arah Tuju Melayu Muda anjuran Pemuda Umno Raub di sini, Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa BN akan meneliti sama ada mahu menyertai pilihan raya kecil DUN Penanti atau sebaliknya.

Kerusi itu kosong selepas bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan sebagai Adun Penanti pada Khamis lepas.

Sebelum itu dalam ucaptamanya, Dr Mahathir berkata, BN tidak pernah takut untuk meletakkan calon di mana-mana kawasan termasuk kubu kuat PAS di Kelantan.

Katanya, Umno perlu bertanding, jika tidak ia akan mengecewakan ahli dan penyokong BN di kawasan tersebut selain mencemar semangat dan maruah pejuang parti terdahulu.

"Apabila kita tidak bertanding ini akan menunjukkan kemerosotan Umno di mana-mana kawasan yang ada pilihan raya," katanya.

Dr Mahathir juga berkata ahli Umno dan BN perlu terus membuat teguran jika terdapat kesalahan yang dilakukan pemimpin parti.

"Kita perlu bersikap kritis secara baik dan tidak hanya setia kepada pemimpin walaupun mereka jelas melakukan kesilapan."

Selain itu, beliau turut mengingatkan pemimpin Umno terutama generasi muda supaya tidak mencari jalan mudah untuk memperoleh kedudukan dan kuasa termasuk melalui amalan rasuah yang akhirnya akan membinasakan parti.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada projek jambatan bengkok menyeberangi Selat Johor perlu disambung semula pembinaannya, Dr Mahathir berkata pembinaannya tidak sepatutnya dihentikan langsung.

"Bohong kalau kata rakyat Johor tidak mahu jambatan ini dibina," katanya.

Baru-baru ini terdapat banyak gesaan terutama daripada kalangan ahli politik dan perniagaan dari Johor, supaya kerajaan menimbangkan semula keputusan yang dibuat pada 2006 untuk membatalkan projek jambatan bengkok itu. BERNAMA

Penanti: Pakatan dakwa BN bimbang

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Barisan Nasional (BN) sebenarnya takut untuk menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, justeru menyatakan kemungkinan tidak akan meletakkan calon.

Pengarah Strategik PKR, Saifuddin Nasution berkata, kekalahan BN kepada Pakatan Rakyat dalam empat pilihan raya kecil secara berturut-turut sebelum ini iaitu di Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang serta DUN Bukit Selambau menyebabkan BN tidak yakin untuk terus bertanding.

"Tindakan itu didorong oleh keadaan politik semasa yang mana mereka diselubungi kebimbangan kerana tumpas dalam empat pilihan raya kecil sebelum ini.

"Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara, BN tumpas secara berturut-turut seperti itu," katanya ketika dihubungi mStar Onlinen hari ini.

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata, berkemungkinan BN tidak akan meletakkan calonnya pada pilihan raya kecil DUN Penanti jika mendapat konsensus semua parti komponen.

Kerusi DUN Penanti yang berada dalam bahagian Parlimen Permatang Pauh kini kosong ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin atas alasan ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat pascasiswazah.

Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, jika BN bertanding di Penanti, parti itu akan bertanding sebagai calon 'underdog' dan hal itu akan memberi keadaan yang tidak selesa kepada BN.

"Soal pembaziran wang rakyat dan PKR main-main seperti yang dikatakan Najib itu tidak timbul sebenarnya.

"Alasan sebenarnya adalah BN tidak mahu masuk sebagai calon underdog," katanya.

Beliau berkata, jika BN tidak meletakkan calon sekali pun, itu tidak bermakna proses demokrasi dalam negara ini sudah mati.

Katanya, kenyataan Perdana Menteri yang menyatakan pilihan raya kecil hanya perlu diadakan jika berlaku kematian juga tidak boleh diterima kerana sejarah menunjukkan pilihan raya kecil juga pernah diadakan bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Abu Hassan Omar yang ketika itu seorang Ahli Parlimen bertanding di DUN bagi membolehkan beliau dilantik menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Muhammad Muhd Taib pada 1997.

"BN tidak boleh lupa sejarah. Pilihan raya kecil DUN itu juga sengaja diadakan, bukan disebabkan ada kematian," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw berkata, beliau berasa hairan dengan kenyataan Mohd Najib itu kerana katanya, BN adalah parti yang paling berminat untuk bertanding sekiranya berlaku pilihan raya kecil.

"Sejak 50 tahun lalu, setiap kali adanya pilihan raya kecil, BN lah yang paling berminat untuk meletakkan calon.

"Kenapa kali ini tidak berminat pula? Itu betul-betul membingungkan saya," katanya.

Dr. Tan yang juga Ahli Parlimen Kepong berkata, tindakan Fairus meletakkan jawatan sebagai ADUN Penanti adalah disebabkan tidak tahan dengan tekanan yang dihadapi berikutan siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tuduhan rasuah.

"Siapa yang menghebohkan perkara itu kalau tidak Umno.

"Janganlah sudah baling batu kemudian sembunyi tangan. Selepas sudah memberi tekanan, kini tidak mahu bertanding pula," katanya.

Beliau berkata, alasan BN bahawa pertandingan itu nanti hanya membazirkan wang rakyat juga tidak harus timbul kerana perkara itu tidak pernah dibangkitkan sebelum ini.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, beliau amat menyokong tindakan BN untuk tidak meletakkan calon di DUN Penanti.

"Jika alasannya adalah tidak mahu membazir, saya amat menyokong kerana ia adalah satu tindakan politik yang rasional.

"Tidak semestinya setiap kali pilihan raya kecil, parti pemerintah mesti meletakkan calon," katanya.

Beliau yang juga ADUN Salor berkata, tindakan itu pastinya akan memberi laluan mudah kepada PKR untuk mempertahankan kerusi DUN tersebut.

Sidang Dun Perak: Speaker dihina?

IPOH, 19 April (Hrkh) - Speaker Dun Perak, V. Sivakumar melahirkan rasa kesalnya di atas tindakan Setiausaha Dun, Haji Abdullah Antong yang memanggil persidangan Dun tanpa pengetahuan beliau.

"Adakah ini usaha untuk memperkecil dan memperbodohkan Speaker?" soal V. Sivakumar mengenai prosuder penghantaran surat panggilan Sidang DUN pada 7 Mei akan datang.

Beliau memaklumkan kepada media bahawa beliau tidak tahu langsung mengenai tarikh persidangan yang sepatutnya dibincang terlebih dulu dengannya kerana sifat Speaker sebagai "ketua" Dun.

"Saya baru tahu tarikh sidang setelah menerima surat yang dihantar oleh Haji Abdullah Antong pada jam 10.30 pagi kelmarin.

Beliau tidak berminat untuk mengulas mengenai 7 Mei yang telah mendapat perkenan Sultan. Yang penting katanya "wrong approach" dan tidak ikut protokol "memaklum perkenan itu kepada Adun".

Sivakumar juga mempersoalkan tarikh sidang yang ditetapkan yang disifatkan sebagai berkata "kenapa kelam kabut?"

Sebagai perbandingan dia bertanyakan sekiranya Speaker Dewan Rakyat, Pendekar Amin menghadapi apa yang dialami beliau adakah dia boleh berdiam diri?

Demikianlah beberapa perkara besar yang menjadi kontroversi mengiringi tarikh sidang yang kononnya ditetapkaan oleh pihak "perampas kuasa" tanpa pengetahuan Speaker di Negeri Perak pada 7 Mei akan datang.

Semasa ditanya kepada Adun Titi Serong yang juga merupakan Pengerusi Kelab Penyuokong Kerajaan (BBC) Pakatan Rakyat Perak, Drs. Khalil Idham Lim mengenai adakah Adun PR akan hadir pada sidang 7 Mei katanya, "perkara itu tidak berbangkit kerana sekarang kita mempersoalkan bagaimana surat panggilan sidang itu disampaikan kepada kami, sah atau tidak". - mns_

Terpulang akar umbi calonkan Ketua Pemuda PAS baru

KOTA BHARU, 19 April (Hrkh) - Kini terpulang kepada akar umbi untuk membuat pilihan siapa yang akan menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pemuda PAS Pusat.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub berkata, beliau tidak akan memberi garis panduan ciri-ciri yang perlu ada pada Ketua Pemuda kerana bimbang akan menjadi petunjuk terhadap siapa yang sepatutnya menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Beliau yang juga anggota Parlimen Kubang Kerian mengisytiharkan pada 15 Febuari lalu tidak akan mempertahankan jawatan yang disandang sebelum ini.

Menurutnya dalam PAS tiada kumpulan atau bersikap berpuak-puak dan propaganda seperti yang dimainkan akhbar harian dan ia amat tidak berasas.

"Setiap kali ada pertandingan dalam PAS, isu yang sama dimainkan pihak tertentu dengan menggambarkan seolah-olah ada kumpulan atau team, sedangkan kami hanyalah menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.

"Kami bukannya seperti Umno yang sering dikaitkan dengan politik wang," ujar beliau ketika ditemui di mesyuarat PAS Kubang Kerian di Sekolah Menengah Ugama Taqaddum Maarif, semalam.

Menyentuh mengenai pencalonannya sebagai Naib Presiden PAS beliau berkata, ia terpulang kepada kawasan dan beliau akan membuat keputusan setelah sampai masanya.

"Walaupun muktamar kali ini akan ada pemilihan, ia adalah perkara biasa dalam mana-mana pertubuhan dan PAS juga tidak ketinggalan dalam era pertandingan ini, namun ia merupakan pemilihan yang sihat tanpa melibatkan politik wang atau pun melobi untuk dicalonkan," katanya._

Umno canang modal lama lagakan pimpinan PAS

KOTA BHARU, 19 April (Hrkh) - PAS menjangkakan Umno/BN tidak akan meletak calon bagi merebut kerusi Dun Penanti yang dikosongkan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairuz Khairuddin.

Presiden PAS, Dato' Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata, sekiranya Umno mengatakan pilihan raya kecil di Penanti membazirkan wang kerajaan, ia menggambarkan mereka telah mengaku kalah sebelum bertanding.

"Maka wajarlah kemenangan diberi kepada Pakatan Rakyat.

"Pakatan Rakyat tetap bersedia menghadapi pilihan raya di Dun Penanti walaupun ada desas desus yang mengatakan BN tidak akan meletakkan calon," ujarnya ketika ditemui di mesyuarat Agung PAS Kubang Kerian kali ke-35 di Sekolah Menengah Ugama Taqaddum Maarif Pasir Tumboh di sini semalam.

Menyentuh tentang propaganda media harian yang mengatakan terdapat kumpulan tertentu dalam pemlihan pimpinan PAS kali, Ustaz Abdul Hadi berkata itu adalah modal lama Umno/BN.

"Saya tidak melihat pertandingan dalam PAS sebagai merebut jawatan yang melibatkan politik wang dan lobi melobi, Umno saja yang dok kalut mengatakan kita ada kumpulan tertentu.

"Sebab itu saya mengatakan modal lama, dulu pun mereka kata kita ada golongan ulama bertembung dengan golongan profesional, kini golongan pro muzakarah dengan yang menentangnya, itu adalah karut," katanya.

Menurut beliau jawatan presiden dalam PAS boleh ditandingi dan beliau beranggapan ia seperti sebuah rumah yang mempunyai atap, tingkap, dinding dan tiang, sesiapa yang berada di tahap atap ia akan lebih memikul tanggungjawab sehinggakan panas dan hujan tetap utuh di atas. - mns_

Apr 18, 2009

Tarif elektrik kekal - TNB

KUALA SELANGOR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan mengekalkan kadar tarif elektrik sedia ada selagi harga minyak, gas dan arang batu tidak berubah, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh hari ini.

Beliau berkata, apa yang penting bagi agensinya sekarang adalah memastikan keberkesanan penggunaan elektrik.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mengadakan perbincangan bersama TNB baru-baru ini berhubung isu (kenaikan kadar tarif elektrik) dan maklum balas yang saya bagi ialah TNB akan cuba mengekalkan kadar tarif elektrik sebaik mungkin," kata Che Khalib kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pemantapan Program Pintar TNB di sini, hari ini.

Kerajaan menerusi Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi baru-baru ini mengumumkan penurunan kadar tarif elektrik sebanyak 3.7 peratus daripada 32.5 sen/kWj kepada 31.31 sen/kWj, mulai 1 Mac 2009.

Bekas menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor dilaporkan berkata, tarif bagi pengguna domestik turun purata 2.54 peratus manakala tarif untuk pengguna komersial dan industri masing-masing turun 2.7 peratus dan 5 peratus. BERNAMA

Penanti: BN mungkin tidak tanding Pakatan menang mudah?

PETALING JAYA: Buat julung kali dalam sejarah pilihan raya negara ini, Barisan Nasional (BN) sudah mula mengkaji langkah untuk menolak 'tawaran' bertanding pilihan raya kecil.

Lazimnya, BN akan menang tanpa bertanding kerusi pada hari penamaan calon pilihan raya umum, malah tidak pernah melepaskan peluang mencuba nasib pada pilihan raya kecil yang diadakan dari semasa ke semasa.

Kali ini suasana agak berlainan.

Penanti salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam bahagian Parlimen Permatang Pauh yang disandang oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak membayangkan BN berkemungkinan tidak akan meletakkan calon bertanding pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti jika mendapat konsensus semua parti komponen BN.

Jika ia menjadi kemungkinan apakah Pakatan Rakyat, yang akan menurunkan calon PKR, akan menang mudah tanpa bertanding?

Ataupun pertandingan tetap diadakan jika ada calon Bebas pula yang turun gelanggang.

Najib, yang juga Pengerusi BN berkata, BN perlu melihat terlebih dahulu sama ada pilihan raya kecil itu menguntungkan rakyat atau sebaliknya.

"Tak tahu lagi (sertai atau tidak) kita tengok dulu tapi saya tak ketepikan apa juga kemungkinan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Sambutan Meraikan Perdana Menteri peringkat Parlimen Pekan di Kuantan hari ini sempena pelantikannya sebagai Perdana Menteri pada 3 April lalu.

Sehubungan itu, Najib yang juga Presiden Umno berkata, beliau akan mengadakan mesyuarat dengan Majlis Tertinggi (MT) Umno dan bertemu dengan presiden-presiden parti komponen BN bagi membincangkan perkara itu.

"Saya akan bawa perkara ini kepada mesyuarat MT akan datang, kalau tak sempat saya akan bawa kepada Biro Politik, dan juga bincang dengan presiden-presiden parti komponen BN," kata beliau dipetik Bernama.

Banyak pihak mengesyorkan agar BN tidak meletakkan calon bersaing di Penanti atas beberapa alasan.

Ini termasuklah bagi mengelakkan pembaziran wang dan masa. Sejak pilihan raya umum Mac 2008, negara telah menyaksikan lima pilihan raya kecil termasuk penggunaan wang lebih RM30 juta oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dan polis untuk mengendali dan memastikan kelancaran pilihan raya kecil.

Malah syor yang sama pernah diutarakan ketika kerusi Permatang Pauh dikosongkan bagi membolehkan Anwar bertanding Ogos lalu.

Ketika itu syor agar Umno dan BN tidak meletakkan calon diutarakan oleh Pengerusi Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa.

Kali ini, Najib berkata, BN akan sepakat berhubung pilihan raya kecil itu.

"Sebab kita perlu kuat kata sepakat, dalam hal ini jelas sekali ini satu mainan politik mereka (pembangkang), dengan tujuan mereka itu kita dapat mengesannya.

"Ini bukan sebab peruntukan Perlembagaan Negara, kalau disebabkan perlembagaan negara, kita tetap hormati," katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, terlalu banyak masa, tenaga dan wang ringgit dibelanjakan untuk pilihan raya kecil yang sebenarnya tidak perlu diadakan.

Najib menekankan bahawa pilihan raya kecil itu sepatutnya hanya diadakan apabila seseorang wakil rakyat itu meninggal dunia.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual mengadakan mesyuarat Rabu ini bagi menentukan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti di Pulau Pinang ekroan keputusan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan kelmarin.

"Peletakan jawatan ini merupakan keputusan politik dan boleh disifatkan sebagai mainan politik untuk tujuan tertentu. Jadi rakyat pada umumnya tidak suka pilihan raya kecil yang sengaja diadakan," kata Najib.

Malah semalam, Najib juga berkata, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan selain daripada kematian, sebab-sebab lain yang membolehkan pilihan raya kecil diadakan ialah jika seseorang ADUN dan Ahli Parlimen itu diisytiharkan bankrap atau tidak berupaya untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya kerana faktor-faktor tertentu.

Bagaimanapun, beliau berkata meletak jawatan adalah bertentangan dengan konsep demokrasi berparlimen.

Khamis lepas, Mohammad Fairus mengumumkan peletakan jawatan sebagai ADUN Penanti.

Mohammad Fairus, 32, yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, berkata langkah beliau itu adalah bagi membersihkan namanya daripada segala tohmahan selain bagi membolehkan beliau melanjutkan pelajaran.

Zambry dan enam Adun BN tidak boleh hadiri sidang Dun Perak

Saya sedar ramai yang ingin tahu kesan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu yang memutuskan bahawa keputusan V.Sivakumar, Speaker Perak menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya hadir di Dun Perak selama 18 bulan dan 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

Ramai yang bertanya saya adakah keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam exconya kini boleh menghadiri sidang Dun Perak?

Jika kita melihat kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar pro-Umno seperti Utusan Malaysia (17.4.2009) mereka dengan tidak bertanggungjawab menyatakan bahawa Zambry dan enam exconya kini dibenarkan menghadiri sidang Dun Perak yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.

Sebagai salah seorang peguam yang terlibat dalam kes tersebut, saya menasihati rakyat agar tidak terkeliru dengan kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar Umno tersebut. Banyak yang mereka sembunyikan dan tidak jelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Mahkamah Persekutuan pada tarikh tersebut.

Marilah kita mulakan dengan melihat apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya di dalam saman yang mereka kemukakan ke atas Sivakumar di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya didengar di Mahkamah Persekutuan.

Sebenarnya Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:

Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan.

Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah

Itu sahaja dua perintah yang Mahkamah Persekutuan benarkan pada 16 April lalu. Tidak lebih dari itu. Apa sahaja kenyataan dari peguam Umno selain dari dua perintah tersebut bukanlah perintah Mahkamah sebaliknya adalah kenyataan mereka yang tidak berasas.

Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar.

Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan? Mari sama-sama kita saksikan lapan perintah yang TIDAK DIBENARKAN tersebut.

Meskipun peguam Umno berhempas pulas dan bermati-matian berhujah, Mahkamah Persekutuan TIDAK MEMBENARKAN perintah-perintah berikut:

1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.

3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.

5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.

6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.

7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009.

8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.

Sekali lagi saya ingin tegaskan di sini bahawa lapan perintah di atas yang Zambry dan enam exconya pohon TIDAK DIBENARKAN oleh Mahkamah Persekutuan.

Atas dasar itu jika peguam Umno atau akhbar pro-Umno mengatakan bahawa Zambry dan enam exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak, jelas kenyataan itu bukan datang dari mana-mana perintah Mahkamah sebaliknya ianya hanya kenyataan tidak berasas dari peguam Umno dan akhbar mereka.

Kenyataan tersebut tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi undang-undang. Rakyat tidak perlu melayan kata-kata mereka yang dibuai khayalan tersebut.

Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya.

Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang Dun Perak.

Saya harap penjelasan di atas sedikit sebanyak dapat menjelaskan bahawa apa yang Umno kata di media massa adalah tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku.

Sivakumar masih Speaker dan beliau masih berbisa. Jika Umno terus mengeluarkan kenyataan mengelirukan tidak mustahil mereka mungkin akan dipatuk oleh Sivakumar dan saya percaya patukan selepas ini akan membuat Umno menderita lebih panjang.

Saya juga ingin tegaskan di sini apabila Zambry dan enam exconya membawa kes mereka di Mahkamah dengan mencabar keputusan Sivakumar sebagai Speaker yang sah, mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan satu kesalahan kerana mendedahkan dokumen-dokumen rasmi Dun Perak tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Sivakumar sebagai Speaker.

Marilah kita sama-sama tunggu dan lihat apakah yang berlaku selepas ini.

Nota: Penulis ialah Pengerusi Lajnah Undang-undang dan hak Asasi Manusia PAS Pusat.- tajdid_

Nizar mohon mengadap Tuanku Sultan sekali lagi

IPOH, 18 April (Hrkh) - Sekali lagi Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mohon mengadap sembah DYMM Tuanku Sultan Perak Darul Ridzuan setelah permohonan mengadap sembah bertarikh 11 Mac lalu tidak mendapat sebarang jawapan dari pihak istana.

Dato' Seri sekali lagi memohon mengadap bagi menyembah maklum keputusan Ahli-ahli Yang Berhormat Pakatan Rakyat dalam Sidang Dun Tergempar yang lalu.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Penerangan PAS Perak, Misbahul Munir Masduki sebagai reaksi terhadap permohonan yang lalu tidak mendapat reaksi daripada pihak istana.

Surat permohonan telahpun difaxkan oleh beliau selaku Setiausaha Politik melalui Kol. Dato' Abdul Rahim Mohamad Nor, Setiausaha Sulit kepada DYMM Tuanku Sultan Perak jam 3.40 petang semalam.

Pada 16 April lalu Mahkamah Persekutuan telah membatalkan keputusan Speaker yang menggantung Dato' Zambry dan enam orang Exco daripada memasuki sidang dewan. Ekoran daripada itu, krisis Perak tetap tidak ada kesudahannya.

Menurutnya beberapa pihak melihat kuasa Speaker telah dinafikan oleh mahkamah, Speaker yang mempunyai kuasa dalam memberi tafsiran terhadap Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Perak telah hilang kekuasaannya.

"Speaker kini tidak ada imuniti terhadap keputusan yang dibuatnya," jelas beliau.

Penyelesaian yang paling adil dalam mengatasi kemelut politik di Perak katanya, ialah mengadap Tuanku bagi mohon perkenan supaya Dun Perak dibubarkan, biar rakyat yang menjadi hakim terhadap kemelut ini.

Semua pihak sama ada Pakaran Rakyat mahupun BN perlu menyerahkan semula mandat ini kepada rakyat untuk memilih semula Kerajaan di Perak, katanya.

"Apapun keputusan rakyat, semua pihak hendaklah akur dengan kehendak rakyat," jelasnya.

"Ini yang kita mahu, jangan jadikan Perak negeri yang mencetus sejarah dengan membelakangi kepentingan rakyat dan undang-undang, rakyat hakim yang paling adil dalam menyelesaikan isu ini," tegasnya. - mns _

Najib sakit hati bila ada pilihan raya kecil

Bila dimaklumkan kemungkinan akan berlaku pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti di Pulau Pinang, ramai yang mula bersungut keletihan. Malah setengahnya pula menyalahkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana tidak berhati-hati mengambil calon semasa pilihan raya umum lalu.

Apakah PKR hanya menyediakan calon bidang terjun kerana keghairahan mahu kerusi lebih apabila mengadakan perundingan dengan parti lain iatu PAS dan DAP? Apakah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kepercayaan terhadap kelayakan calonnya yang lain sehingga gagal mengemukakan mereka yang sesuai mengisi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1.

Apakah tidak ada jalan penyelesaian sehingga bekas Timbalan Ketua itu, Mohammad Fairus terpaksa meletakkan jawatan sebagai Ahli Dun, Penanti? Kalau dalam isu Elizebeth Wong, PKR dapat mengatasi supaya tidak berlaku pilihan raya kecil kenapa tidak di Penanti.

Banyak persoalan berlegar disebabkan kegagalan Anwar sendiri? Bagaimanapun persoalan tersebut boleh menjadi kabur bila mendengar rintihan dan keluhan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersungut tentang pilihan raya kecil yang terlalu terlalu banyak buang masa, tenaga dan wang ringgit dibelanjakan.

Kenyataan Najib mula mendedahkan bahawa Barisan Nasional (BN) sudah tidak mampu menyekat kemaraan pakatan rakyat. BN hanya menunggu masa mahu tumbang.

Hilang segala keletihan maka timbul semangat untuk terus beriltizam membangkit suasana politik yang sentiasa panas secara tidak langsung memingkatkan kesedaran rakyat tentang arus politik perdana sehingga melahirkan hilang kepercayaan kepada BN untuk terus memerintah negara.

Bercakap kepada pemberita di Klang, Najib berkata, keputusan yang dibuat oleh Fairus, adalah satu keputusan politik.

"Terlalu banyak masa, tenaga, wang ringgit dibelanjakan untuk pilihan raya kecil yang tidak perlu sebenarnya," katanya selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian China Malaysia di sini, semalam.

Najib mula terseksa dan perit akibat tekanan daripada empat kekalahan dalam pilihan raya kecil selepas pilihan raya umum Mac 2008. Bermula pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh diikuti Parlimen Kuala Terengganu dan Bukit Gantang serta Dun Bukit Selambau.

Pakatan rakyat mengekalkan tiga kerusi di Parlimen Permatang Pauh dan Bukit Gantang serta Dun Bukit Selambau manakala Parlimen Kuala Terengganu yang dimenangi Umno dalam pilihan raya umum Mac 2008 dirampas oleh PAS. Percapaian BN kali ini hanya dapat mempertahankan satu kerusi Dun Batang Ai di Sarawak.

Mengapa Najib mula merintih dan mengeluh sedangkan beliau beria-ia sangat mahu merampas kerajaan dan kerusi yang dimenangi pakatan rakyat. Najib juga berkata lebih baik menumpukan ekonomi dan menyifatkan perletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti sebagai satu mainan politik untuk tujuan-tujuan tertentu.

Perkembangan politik bagi BN juga menunjukkan amat berbeza dengan masa dahulu dimana BN amat berminat dengan pilihan raya kecil kerana sering menang. Sebaliknya sekarang ia bertukar wajah dan amat berbeza untuk dihadapi Najib.

Terdapat dua perkara utama yang menyakitkan hati Najib tentang pilihan raya kecil. Pertama ia mendedahkan kelemahan BN dan kedua ia menyusutkan wang kerajaan. Walaupun terdapat banyak alasan yang boleh dihuraikan tetapi memadai untuk membincangkan dua perkara pokok yang menjadi Najib gundah gulana.

Sebagai parti memerintah, BN tidak mahu mendedahkan keadaannya yang sedang nazak politik kerana ia boleh menjatuhkan kredibiliti pemerintah. Sekiranya suasana pilihan raya kecil berterusan dan Umno mengalami kekalahan berpanjangan maka akan wujud hilang keyakinan kepada kerajaan.

Keadaan ini mengwujudkan saling tuduh menuduh dalam BN yang boleh menambah parah perpecahan dan hilang keyakinan dengan Umno sebagai parti tunjang BN. Umno juga dilihat sudah tidak mampu memenangi hati rakyat dan hanya menunggu masa untuk jatuh. Maka kebergantungan kepada BN sudah tidak relevan lagi.

Namun begitu perkara yang paling sukar bagi Najib dalam menghadapi dilema itu ialah soal kewangan. Setiap kali pilihan raya umum dan kecil, BN menggunakan jentera kerajaan. Dalam pilihan raya kecil di Parlimen Kuala Terengganu, sebanyak RM15.153 juga dibelanjakan untuk operasi polis di situ sahaja.

Perbelanjaan tersebut hanya operasi polis sahaja belum termasuk jabatan lain dan tuntutan menteri serta pegawai kerajaan bila turun di program rasmi kerajaan. Bagaimana pula dengan projek yang disifatkan Najib `projek mee segera�. Sudah tentu melibatkan wang jutaan ringgit.

Dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Kerajaan BN memberi enjin bot percuma dan wang sebanyak RM600 seorang kepada golongan nelayan di Kuala Sepetang. Pengundi di Changkat Jering pula dapat basikal percuma dan wang RM400 seorang.

Bagaimana pula dengan wang petugas BN? Terdapat laporan semua wang petugas dikebas oleh pemimpin setempat Umno maka petugas bawahan tidak dapat merasa duit yang dikatakan upah kerja pilihan raya.

Itu cuma sebahagian kecil daripada laporan bagaimana wang dibelanjakan kerajaan BN dalam pilihan raya. Boleh dibayangkan jutaan ringgit wang kerajaan dibelanjakan bagi hanya satu pilihan raya kecil.

Namun begitu yang menjadi pelik kepada Umno makin banyak wang dicurah BN makin kalah. Inilah perkara yang sukar diterima oleh Najib. Bagi Najib, ia sudah hilang kepercayaan kepada rakyat.

Bagaimanapun harus juga disedari oleh PKR jika parti tersebut sengaja mengundang berlakunya pilihan raya kecil secara berterusan ia amat dibimbangi boleh menampah kebencian rakyat akan lahir kebosanan akibat kegagalan PKR menyediakan calon yang baik. _

Apr 17, 2009

Nik Nur Madihah pilih Jordan lanjutkan pelajaran

MADIHAH (tengah) melihat buku Catatan Hati Nik Nur Madihah yang dilancarkan di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Muhd. Kamal, 18, memilih Jordan untuk melanjutkan pelajaran di bawah biasiswa Bank Negara Malaysia.

Menurutnya, keputusan itu dibuat setelah melakukan solat Istikharah dengan memilih bidang Fizik Islam.

“Saya akan berlepas ke sana pada bulan Ogos atau September ini.

“Buat masa ini saya sedang membuat penyelidikan bersama pihak Bank Negara untuk memilih universiti terbaik dalam bidang Fizik Islam,” katanya.

Nik Nur Madihah berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan buku kisah hidupnya bertajuk Catatan Hati Nik Nur Madihah terbitan Hijjaz Records Publishing (HRP) di sini semalam.

Turut hadir pada majlis itu ialah ibu dan bapanya, Mariyani Omar dan Nik Muhd. Kamal Husin.

Nik Nur Madihah yang fasih berbahasa Arab memberitahu, dia masih tidak percaya kisah hidupnya dibukukan dan berharap pembaca akan mengambil ilmu dalam buku itu sebagai pengajaran dalam hidup.

Buku berharga RM25.90 itu akan mula dijual hari ini dan ia diterbitkan oleh Pengurus HRP, Faizal Osman dengan dibantu oleh Ummu Hani Abu Hassan.

Najib: Belum lawan dah banyak alasan!

Jadi, secara tiba2 pilihanraya menyusahkan rakyat? Laki si Rosmah dan seluruh menteri2 kabinet Ikea hari ni secara bersatu hati mengatakan bahawa pilihanraya menyusahkan rakyat dan membuang masa. Sekali dengaq macam orang takut pun ada.

Kenapa laki si Rosmah ni kata pilihanraya menyusahkan dan membuang masa? Apa pulak kaitan pilihanraya dan buat kerja urus ekonomi negara? Yang nak bertanding nanti bukannya Negara, bukannya Parlimen. Yang nak mengundi nanti cuma rakyat kat satu ADUN saja. Apa yang nak kalut sangat?

Ekonomi? Hang dok la pejabat PM nanti buat kerja. Dok kalut turun kempen buat apa? Bukan tempat Mat Yakob yang nak bertanding ni. Bukan Zeti yang nak jadi calon. Bukannya duit kempen mai dari MARA ataupun kerajaan. Buat la kerja urus ekonomi. Pasaipa nak gelabah marah2 tuduh pilihanraya ni berunsur politik?

Lagipun dengan adanya pilihanraya kecik ni secara tak langsung menggalakkan pelancongan domestik. Merancakkan ekonomi setempat. Dan dapat mempromosikan kawasan2 terpencil kepada dunia luar. Nah, apa yang nak dirisaukan dengan ekonomi?

Menyusahkan rakyat? Sapa yang suruh buat pilihanraya pada masa orang bekerja? Buatla hari cuti. Nak lagi senang, buat 1 Mei nanti - hari pekerja. Sapa pun tak susah nak lari keluaq pejabat pi mengundi. Kalau kata sesak lalulintas sebab dok buat ceramah, bagi la semua parti masuk tivi. Buat debat dalam tu. Bagi permit penyiaran untuk ceramah time tu. Bagi masuk radio. Bagi ruang dalam paper. Kurang la ceramah. Lapang la jalan. Apa masalahnya?

Membazir duit? Kurangkanlah lori dan trak FRU yang mai dok bagi gempaq orang kampung. Lagipun ni cuma ADUN, bukannya Parlimen. Tempat pun besaq kelemboi saja. Bazir banyak mana sangat?

So, apa masalahnya sekarang? Aku tak nampak masalah pun. Yang nampak ialah alasan. Dan orang penakut memang banyak cari alasan untuk tamau lawan.

Penakut ka? Sudah pasti. Sebab kalau berani, takkan mudah2 boleh jadi Perdana Menteri? Hehehe

Untuk memberikan komen / maklumbalas, sila ke: http://jahilgoblog.net/?p=284

Kerusi Penanti: SPR bertemu Rabu

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas Rabu depan untuk menentukan sama ada perlu mengadakan pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti ataupun sebaliknya.

Bagaimanapun SPR hanya akan mengumumkan keputusannya dua hari kemudian.

Menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof, pihak sudah dimaklumkan oleh Pejabat Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang petang ini bahawa surat makluman tentang kekosongan sudah pun diterima daripada Speaker.

"Isnin ini, Pengarah Pilihan Raya Negeri akan membawa surat kepada kami dan kami akan bermesyuarat Rabu depan dan pada Jumaat kami akan memaklumkan kepada umum," kata beliau ketika dihubungi.

Lazimnya SPR akan mengumumkan hasil mesyuarat pada hari yang sama tetapi kali ini mengambil masa dua hari.

Mengenai tempoh dua hari yang diambil untuk pengumuman, beliau memberitahu, SPR memerlukan masa untuk membincangkan banyak perkara mengenainya.

Terdahulu, Timbalan Pengarah Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang, Mohd. Faiz Syazwan Zainal Abidin ketika dihubungi berkata, pihaknya telah menerima notis makluman kekosongan pukul 10.43 pagi tadi.

"Saya sudah menerima surat daripada Speaker pagi tadi dan ia akan dipanjangkan kepada Ibu Pejabat," katanya.

Ketika ditanya mengenai surat itu, beliau mengesahkan ia ditandatangani oleh Mohammad Fairus Khairuddin.

Bagaimanapun beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenainya.

Fairus yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang semalam mengumumkan yang beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti.

Ia berkuat kuasa semalam juga.

ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR)itu, dalam kenyataan empat perenggan yang dihantar melalui emel kepada Bernama berkata, keputusan itu dibuat bagi membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usahanya melanjutkan pelajaran ke pasca siswazah dan sekaligus memberikan masa kepadanya untuk bersama dengan keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasannya.

Fairus, 32, telah meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan Pengerusi Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat Negeri berkuat kuasa 8 April lalu.

Kata beliau, tindakannya itu dibuat setelah mengambil kira landasan perjuangan dan kepentingan rakyat yang beliau wakili serta demi memelihara kepentingan PKR

Pilihan raya kecil: SPR mahu hadkan kehadiran penyokong

SUASANA pada hari penamaan calon pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 16 Ogos 2008. Persekitaran tegang termasuk kehadiran beribu-ribu penyokong berakhir dengan serangan terhadap dua wartawan.

PETALING JAYA: Jika selama ini hari penamaan calon dan hari pengundian berwajahkan seolah-olah pesta atau keramaian, persekitaran ketika tiga pilihan kecil serentak baru-baru ini nampaknya yang terakhir dalam sejarah pilihan raya negara ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang memikirkan kaedah untuk mengehadkan bilangan kehadiran penyokong ketika hari penamaan calon, semasa pengundian dan lokasi pengumuman keputusan rasmi.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengesahkan yang pihaknya sedang memikirkan perkara tersebut dan akan dibincangkan secara mendalam Rabu depan.

Kata beliau, perbincangan juga akan diadakan dengan parti-parti politik bagi mendapatkan pandangan dan kerjasama apabila pendekatan itu dikuatkuasakan kelak.

"Pendekatan baru ini akan dibincangkan pada Rabu depan," kata beliau ketika dihubungi sebentar tadi.

"Pendekatan baru ini bertujuan mengehadkan kehadiran penyokong parti-parti politik yang bertanding," katanya lagi.

Menurut beliau, makin lama makin ramai yang datang ketika hari penamaan calon dan hari pengundian.

"Jumlah yang datang semakin meningkat dari satu pilihan raya ke satu pilihan raya lain... adalah ini sesuatu yang perlu, ini dilakukan untuk menunjukkan kekuatan parti politik masing-masing," kata beliau sambil menambah, "bagaimana hendak mengawal jika jumlah yang datang sampai 100,000 atau 200,000."

Sejak pilihan raya umum ke-12 Mac 2008, negara telah menyaksikan lima pilihan raya kecil iaitu Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

Suasana tegang disaksikan pada hari penamaan calon di Permatang Pauh dan Bukit Gantang.

Malah kehadiran ribuan penyokong juga menyebabkan kesesakan lalu lintas pada hari pengundian selain 'perang mulut' di kalangan peraih undi yang kebanyakannya merupakan orang luar.

Abdul Aziz menjelaskan, perbincangan akan diadakan dengan parti-parti politik sejurus selepas perbincangan peringkat SPR selesai.

Jelas beliau, mesyuarat tersebut akan turut mencari jalan untuk mengelak terlalu ramai penyokong parti menjadi peraih undi pada hari pengundian.

Selain pada hari penamaan calon, menurut beliau, soal peraih undi ini perlu diteliti kerana pengalaman pada pilihan raya kecil 7 April lalu menunjukkan bilangan peraih undi yang terlalu ramai telah menimbulkan masalah seperti mengganggu pengundi dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas di pusat pengundian.

Malah, di kawasan Parlimen Bukit Gantang pasukan keselamatan terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk meleraikan ketegangan antara penyokong BN dan Pakatan Rakyat.

Kata Abdul Aziz, bilangan peraih undi yang ramai pada hari pengundian turut menyukarkan pihak polis untuk mengawal keselamatan orang ramai.

SPR akan mengumumkan pada Jumaat depan sama ada DUN Penanti akan menyaksikan pilihan raya kecil ataupun sebaliknya.

Rabu depan SPR mengadakan mesyuarat untuk membincangkan tarikh pilihan raya kecil itu.

Kerusi itu kosong ekoran tindakan Fairus, 33, daripada Parti Keadilan Rakyat, turut meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan ADUN.

Zambry dan enam Adun BN tidak boleh hadiri sidang Dun Perak

Saya sedar ramai yang ingin tahu kesan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu yang memutuskan bahawa keputusan V.Sivakumar, Speaker Perak menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya hadir di Dun Perak selama 18 bulan dan 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

Ramai yang bertanya saya adakah keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam exconya kini boleh menghadiri sidang Dun Perak?

Jika kita melihat kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar pro-Umno seperti Utusan Malaysia (17.4.2009) mereka dengan tidak bertanggungjawab menyatakan bahawa Zambry dan enam exconya kini dibenarkan menghadiri sidang Dun Perak yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.

Sebagai salah seorang peguam yang terlibat dalam kes tersebut, saya menasihati rakyat agar tidak terkeliru dengan kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar Umno tersebut. Banyak yang mereka sembunyikan dan tidak jelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Mahkamah Persekutuan pada tarikh tersebut.

Marilah kita mulakan dengan melihat apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya di dalam saman yang mereka kemukakan ke atas Sivakumar di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya didengar di Mahkamah Persekutuan.

Sebenarnya Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:

Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan.

Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah

Itu sahaja dua perintah yang Mahkamah Persekutuan benarkan pada 16 April lalu. Tidak lebih dari itu. Apa sahaja kenyataan dari peguam Umno selain dari dua perintah tersebut bukanlah perintah Mahkamah sebaliknya adalah kenyataan mereka yang tidak berasas.

Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar.

Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan? Mari sama-sama kita saksikan lapan perintah yang TIDAK DIBENARKAN tersebut.

Meskipun peguam Umno berhempas pulas dan bermati-matian berhujah, Mahkamah Persekutuan TIDAK MEMBENARKAN perintah-perintah berikut:

1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.

3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.

5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.

6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.

7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009.

8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.

Sekali lagi saya ingin tegaskan di sini bahawa lapan perintah di atas yang Zambry dan enam exconya pohon TIDAK DIBENARKAN oleh Mahkamah Persekutuan.

Atas dasar itu jika peguam Umno atau akhbar pro-Umno mengatakan bahawa Zambry dan enam exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak, jelas kenyataan itu bukan datang dari mana-mana perintah Mahkamah sebaliknya ianya hanya kenyataan tidak berasas dari peguam Umno dan akhbar mereka.

Kenyataan tersebut tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi undang-undang. Rakyat tidak perlu melayan kata-kata mereka yang dibuai khayalan tersebut.

Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya.

Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang Dun Perak.

Saya harap penjelasan di atas sedikit sebanyak dapat menjelaskan bahawa apa yang Umno kata di media massa adalah tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku.

Sivakumar masih Speaker dan beliau masih berbisa. Jika Umno terus mengeluarkan kenyataan mengelirukan tidak mustahil mereka mungkin akan dipatuk oleh Sivakumar dan saya percaya patukan selepas ini akan membuat Umno menderita lebih panjang.

Saya juga ingin tegaskan di sini apabila Zambry dan enam exconya membawa kes mereka di Mahkamah dengan mencabar keputusan Sivakumar sebagai Speaker yang sah, mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan satu kesalahan kerana mendedahkan dokumen-dokumen rasmi Dun Perak tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Sivakumar sebagai Speaker.

Marilah kita sama-sama tunggu dan lihat apakah yang berlaku selepas ini.

Nota: Penulis ialah Pengerusi Lajnah Undang-undang dan hak Asasi Manusia PAS Pusat.- tajdid_

Kes MB Perak vs Sivakumar undang bahaya

KUALA LUMPUR, 17 April (Hrkh) - Keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan penggantungan terhadap Menteri Besar Barisan Nasional Perak, Dato' Zambry Abd Kadir dan enam ahli exconya daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak didakwa memberi implikasi 'bahaya' selepas ini.

Demikian kata peguam muda, Abdullah Abdul Karim kepada Harakahdaily ketika diminta mengulas isu tersebut.

Bagi Abdullah, ia memberi implikasi kepada persoalan 'separation of power' (pengasingan kuasa) iaitu kuasa Speaker itu sendiri sudah boleh dibawa ke mnahkamah untuk dicabar.

Kes ini katanya menjadi 'precedent' (kes duluan) dan tidak mustahil akan berulang selepas ini.

"Nampaknya dewan itu sendiri kini tidak bebas, dan kuasa speaker boleh dicabar.Ia akan menyebabkan tidak ada lagi keistimewaan kepada Speaker.Ini akan mengundang bahaya," katanya.

Teori pengasingan kuasa yang biasa diamalkan di negara Komanwel hari ini sudah tidak dipakai lagi dengan keputusan ini, katanya.

Maknanya selepas ini di Dewan Rakyat sekalipun,sebarang tindakan yang dibujat Speaker Dewan akan terdedah untuk dibawa ke mahkamah,katanya.

Sebelum ini, Zambry dan enam exconya itu, sebelum ini memohon kepada Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan keputusan Speaker DUN Perak, V Sivakumar yang menggantung mereka selepas BN menubuhkan kerajaan negeri di Perak Februari lalu tanpa pembubaran Dun. - mks.

(Ikuti berita sepenuhnya dalam edisi cetak Harakah akan datang)_

Apr 16, 2009

ADUN Penanti letak jawatan, pilihan raya kecil keenam

LETAK JAWATAN... Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti berkuat kuasa hari ini.

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti berkuat kuasa hari ini.

Keputusan itu, yang diumumkan sembilan hari selepas pendiriannya melepaskan jawatan Exco dan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang berkuat kuasa 8 April lalu, akan membuka laluan kepada pilihan raya kecil.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat menentukan tarikh pilihan raya sebaik sahaja menerima notis kekosongan daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

"Kami akan mengadakan mesyuarat sebaik sahaja dimaklumkan oleh Speaker... SPR tidak akan melewatkan pilihan raya kecil," kata beliau ketika dihubungi.

Kerusi DUN Penanti terletak dalam bahagian Parlimen Permatang Pauh yang disandang oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam kenyataan dikeluarkan pagi tadi, Fairus berkata: "Keputusan ini bertujuan untuk membolehkan saya memberikan tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat pascasiswazah dan sekali gus memberikan masa kepada saya untuk bersama dengan keluarga."

Jelas beliau, peletakan jawatan tersebut adalah sebagai langkah membersihkan nama baiknya yang tercemar selama ini.

"Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tomahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini," katanya.

Dalam kenyataan itu juga Fairus merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan sokongan kepadanya sepanjang tempoh perkhidmatannya.

"Keputusan ini adalah untuk kebaikan semua, PKR dan perjuangan serta kepimpinan di bawah teraju Datuk Seri Anwar Ibrahim demi menegakkan kebenaran dan keadilan," katanya.

Fairus yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri I sejak penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang pada Mac tahun lalu, meletak jawatan berkuat kuasa 8 April lalu.

Beliau juga melepaskan jawatannya sebagai Exco kerajaan negeri.

Ketika ini, Fairus disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dijangka dihadapkan ke mahkamah pada bila-bila masa.

'One Malaysia': Najib akui BN gagal!

KUALA LUMPUR, 16 April (Hrkh) - Konsep 'One Malaysia' yang dibawa oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dianggap sebagai satu akuan oleh Barisan Nasional dan kerajaan akan kegagalan segala dasar yang pernah diperkenalkan sebelum ini

Menurut Pengerusi Institut Modeniti dan Tamadun Melayu (Cesmacs), Dr Muhammad Nur Manuty, konsep 'One Malaysia' adalah satu 'rebranding' yang biasanya dibawa oleh pemimpin baru.

"Pemimpin yang baru akan bawa konsep baru dan benar ini adalah satu penanda bahawa BN gagal dalam dasarnya sebelum ini,"jelasnya kepada Harakahdaily dalam wawancaranya sebentar tadi.

Tambahnya, walaupun selama ini kerajaan telah perkenalkan pelbagai dasar tetapi dengan ungkapan Najib ini jelas bahawa beliau akur dan mengakui kegagalan yang dihadapi oleh BN.

"Walaupun sudah 50 tahun memerintah ternyata mereka gagal. Bermakna memang benar seperti yang disebut bahawa konsep 'one malaysia' adalah satu rebranding kerana sebelum ini ternyata BN dan kerajaan gagal dalam melaksanakan konsep kesamarataan terhadap rakyatnya,"katanya terhadap persoalan bagaimana gagalnya BN dalam dasar-dasar sebelum ini.

Selain itu katanya, konsep 'One Malaysia' itu adalah konsep lama yang sudah wujud dalam falsafah perpaduan di negara ini.

"Idea ini yang saya tahu datang dari penasihat-penasihat kalangan media dalam dan luar negara yang mencadangkannya kepada Najib tatkala krisis kepercayaan kalangan bukan Melayu terhadap BN memuncak," katanya.

Dalam pada itu katanya, konsep 'one Malaysia' ini adalah konsep yang telah dicadangkan pemimpin terdahulu iaitu integrasi kaum untuk mewujudkan perpaduan.

Idea ini bagi Dr Muhammad, tidak nampak sebarang pembaharuan,sedangkan Umno/BN sendiri hari ini masih mengamalkan politik perkauman yang akhirnya mencetus kemelut antara kaum.

Justeru Dr Muhammad Nur merumuskan, idea ini sebagai satu pengulangan konsep lama yang akhirnya tidak akan mengubah apa-apa jika pelaksanaanya gagal. - mks. _

Mahkamah tolak rayuan, pemimpin Hindraf terus ditahan ISA

KUALA LUMPUR, 16 April (Hrkh) - Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan pembebasan tiga pemimpin Hindraf dan memutuskan untuk terus ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama dua tahun.

Bernama melaporkan,Hakim Dato' Nik Hashim Nik Ab Rahman, yang mendengar rayuan mereka, bersama hakim Dato' Seri S Augustine Paul dan Dato' Hashim Yusoff, berkata asas penghakiman sebulat suara itu akan diumumkan kemudian.

Tiga tahanan itu ialah M Manoharan, 48; P Uthayakumar, 47, dan K Vasantha Kumar, 36.

Mahkamah itu juga menolak rayuan dua lagi pemimpin pertubuhan haram berkenaan selepas peguam yang mewakili mereka Karpal Singh memohon menarik balik rayuan kerana mereka sudah dibebaskan daripada ditahan mengikut ISA.

Peguam R Kengadharan, 42, dan V Ganabatirau, 36, adalah antara 13 tahanan ISA yang dibebaskan oleh Dato' Seri Najib Razak selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 5 April.

Kelima-lima mereka mengemukakan rayuan bagi kali kedua di Mahkamah Tinggi Ipoh pada 30 Mei tahun lalu selepas permohonan sama ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Mahkamah Persekutuan.

Mereka dikenakan perintah tahanan selama dua tahun di Pusat Tahanan Kamunting di Taiping, Perak pada 13 Disember 2007 kerana didakwa terbabit menganjurkan tunjuk perasaan jalanan di Kuala Lumpur pada 25 November 2007 dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap kerajaan.

Permohonan pertama mereka bagi mendapatkan pembebasan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 Disember 2007, ditolak mahkamah berkenaan. - mks. _

Apr 15, 2009

Isu Baca Ayat Quran: Ustaz Nik Aziz Lebih Tinggi Ilmunya daripada Harussani

Buat apa kita nak risau isu Nga Kor Meng baca ayat Quran. Ustaz Nik Aziz dah kata perkara tu tak salah. Dan Ustaz Nik Aziz ilmu dia lima pukul kali ganda berbanding Harussani Zakaria

Ustaz Nik Aziz bukan sahaja lulusan Darul Ulum di India, tetapi mendapat kelulusan Master's dari Universiti Al Azhar. Beliau fasih banyak bahasa terutamanya bahasa Arab.

Berbanding dgn Harussani Zakaria yang tidak pun melanjutkan pelajaran agama beliau ke mana-mana universiti dalam dunia ini. Beliau hanya lulusan KIK Kelang sahaja dan jelas ilmu beliau tidak mungkin setaraf dengan Ustaz Nik Aziz Nik Mat. (Sila rujuk biodata beliau)

Bagi saya, lebih selamat kita mengikut ijtihad Ustaz Nik Aziz dalam isu ni kerana bukan sahaja ilmu Ustaz Harussani lebih rendah daripada Ustaz Nik Aziz, Ustaz Harussani juga adalah pengempen serta penyokong kepada UMNO.

Saya hairan di mana Harussani apabila orang Islam yang tidak berdosa dibunuh di Memali satu masa dahulu? Bukankah pada waktu itu beliau telah pun menjadi mufti Perak dan duduk di dalam Majlis Fatwa Kebangsaan?

Bukan Majlis Fatwa tu jugak ke yang kata Ustaz Ibrahim Libya tidak Syahid sedangkan pada masa itu, Tok Guru Nik Aziz dengan jelas menyatakan bahawa mangsa Memali adalah Syahid?

Dan bukankah Harussani pernah memberikan fatwa mengutuk Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di dalam isu kafir mengkafir dahulu?

Nampaknya ini kali kedua perlawanan ilmu antara Ustaz Nik Aziz dengan Harussani Zakaria..

- Tulang Besi

KENYATAAN MEDIA ELIZABETH WONG

Press Statement

15 April 2009

These past two months have been more than an ordeal, one which I would never have wished for any citizen to have to suffer through.

I have been stripped bare publicly – both figuratively and literally – by force and against my will. My personal life has been violated and assaulted by none other than criminals. Even up to this evening, I continue to receive threats from unknown persons.

This is not a scandal, as some have suggested, but a clear criminal act. This is no less a form of criminal intimidation, a form of political violence, and one which, if I chose to retreat into silence, would in turn indirectly affect women, especially women politicians.

Gutter politics is not and should not be part of our political culture, and for those who depend on exploiting and supporting such a crime, is an indication of the kind of politicians and persons they are.

I stand for a person’s right to privacy. I stand for ‘New Politics’ – a politics that encourages intellectual discourse, reasoned polemics and ideological debates, not one which resorts to gutter-level politicking which seek to smear, to slander and to violate one’s privacy to score political points.

This is the hardest decision that I have to make in my life and it is with the greatest humility that I accept the Selangor state’s offer to remain in office.

I wish to thank Menteri Besar and the Selangor Exco, my staff, my fellow ADUNs, fellow politicians from Pakatan Rakyat and Barisan Nasional, PKR leaders, the Women’s wing of PKR and the grassroots, and my legal team for their support and guidance.

Respectfully, I wish to thank HRH the Sultan of Selangor for his guidance.

I am humbled by the encouragement and support shown by the media, my family and friends, the NGOs, the tens of thousands of people who signed the petitions on my behalf and who wrote to me, and especially my constituents who stood by me in these trying times.

I also wish to thank the Police for their professionalism in addressing the issue at hand and I look forward to them apprehending and charging the criminals soonest.

My only wish is to serve my constituents and the state to the best of my abilities and with the help and cooperation of the people, to make this state, this country a better place for all. The struggle continues, and our work has just begun.

ELIZABETH WONG

ADUN BUKIT LANJAN

EXCO for Tourism, Consumer Affairs and theEnvironment

Elizabeth setuju kekal jawatan Exco, ADUN

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Elizabeth Wong bersetuju untuk menerima tawaran kerajaan negeri Selangor hari ini agar kekal sebagai Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan.

"Ini adalah satu keputusan yang berat dalam hidup saya dan dengan penuh rasa rendah hati saya menerima tawaran yang diberikan oleh kerajaan negeri untuk kekalkan jawatan saya.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar dan Exco Selangor, kakitangan saya, ahli politik dari Pakatan rakyat dan Barisan Nasional, pemimpin-pemimpin PKR, sayap wanita PKR, ahli akar umbi serta pasukan perundangan yang banyak memberi sokongan dan bimbingan kepada saya," katanya.

Pejabat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengesahkan pihaknya sudah menerima persetujuan Wong untuk kekal Exco dan ADUN.

Justeru, Wong akan kembali bertugas pagi esok.

Dalam kenyataan dikeluarkan kira-kira pukul 5 petang tadi iaitu empat jam selepas tawaran diberikan oleh Khalid, Wong berkata:

"Hasrat saya mahu berkhidmat kepada pengundi-pengundi saya dan negeri (Selangor) sebaik yang mungkin dan dengan bantuan dan kerjasama orang ramai, untuk menjadikan negeri ini, negara ini tempat terbaik bagi semua.

"Perjuangan berterusan dan tugas kita baru sahaja bermula," kata beliau dalam kenyataan satu halaman itu. Terdahulu pada sidang media Khalid berkata, keputusan supaya Wong meneruskan khidmatnya itu dibuat dengan mengambil kira pandangan semua pihak.

Ketika ditanya sama ada Wong, 37, yang sebelum ini bertegas mahu meletak semua jawatannya, telah memberikan jawapan sama ada akan kembali bertugas, Abdul Khalid berkata : "Anda kenalah datang esok."

Katanya, jika Wong menolak tawaran untuk meneruskan tugasnya, beliau perlu meletakkan jawatannya seperti yang dinyatakan dalam suratnya dahulu.

"Kerajaan negeri tidak akan memberikannya pilihan seperti melepaskan jawatan exco tetapi mengekalkan jawatan ADUN Bukit Lanjan," kata Khalid.

Pada pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas, Wong yang juga Ketua Penerangan Wanita Parti Keadilan Rakyat, mengalahkan calon Barisan Nasional Datin Paduka Yong Dai Ying dengan majoriti 5,155 undi.

Agenda jatuhkan pemimpin pro Pak Lah bermula?

KUALA LUMPUR, 15 April (Hrkh) - Krisis dalaman Umno Terengganu dan Perlis pasca pemerintahan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi seolah-olah wujud unsur dendam dalam era awal pemerintahan perdana menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak, dakwa Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.

Beliau berpandangan mungkin ada suatu agenda nasional akan dirancang untuk menjatuh pemimpin-pemimpin yang dikatakan pro bekas perdana menteri kelima negara.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, mendakwa mereka akan menggunakan mekanisma jahatnya seperti mana dilakukan di Perak sebagai satu pendekatan kepada negeri-negeri lain biarpun ia satu pertembungan sesama dalam Umno.

Malah dakwanya yang dihubungi Harakah Selasa lalu, pertelagahan tersebutmenggambarkan mereka sebenarnya yang menjadi penderhaka.

Cuma katanya, dalam konteks Perak, Umno manipulasi perkataan 'sembah derhaka' yang digunakan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Muhamad Nizar Jamaluddin.

"Di segi realiti sejarahnya apa yang mereka cuba buat hari ini menggambarkan dengan jelas dan tepat mereka yang menderhaka kepada institusi raja-raja Melayu," dakwanya.

Sementara itu, krisis dalaman Umno di kedua-dua negeri tersebut dipercayai kerana wujud rasa tidak puas hati terhadap kedua-dua menteri besar di negeri berkenaan.

Di Kuala Terengganu pada 14 April lalu laman web Buletin Online dipetik, seramai 10 Adun Barisan Nasional (BN) negeri Terengganu hadir dalam satu sidang media yang diadakan disebuah hotel.

Sidang media tersebut diadakan ekoran �ugutan bunuh� yang diterima oleh tiga ADUN, Badul Halim Jusoh (Permaisuri), Zakaria @ Mohd Ariffin Abdullah (Paka) dan Dato� Rosol Wahid (Ajil).

Krisis tersebut bermula pada 11 April lalu apabila Menteri Besar, Dato� Ahmad Said menegaskan Adun BN yang mengemukakan usul undi tidak percaya boleh dipecat.

Sementara itu, di Perlis, Ketua Penerangan Umno negeri, Dato' Hashim Suboh dipetik berkata, bekas menteri besarnya Dato'Seri Shahidan Kassim sepatutnya menjadi menteri besar kerana beliau dilantik sebagai pengerusi perhubungan Umno Perlis.

Malah beliau dilaporkan oleh satu laman web, menyifatkan Menteri Besar, Dato' Seri Dr Md Isa Sabu sebagai "produk haram".

Dalam pada itu, Salahuddin berkata, persengketaan Umno itu boleh disifatkan sebagai satu bom yang menunggu masa untuk meletup dan sekaligus menghancurkan Umno.

Dakwanya lagi, ini kerana Najib dipercayai menjadi pelengkap kepada keruntuhan Umno.

Apatah lagi dakwanya Najib dilihat sebagai perdana menteri yang dijadikan alat kawalan oleh Tun Mahathir.

Dalam isu tersebut katanya, tidak mungkin Najib akan dapat memfokoskan untuk menyelesaikan isu itu kerana perbalahan dalam pemilihan Umno baru-baru ini pun gagal diselesaikan.

"Mana mungkin dia mempunyai wibawa dan integriti untuk selesaikan isu di Terengganu dan Perlis," dakwanya. - azm _

Shahidan 'berang' Adun BN puji PAS

KANGAR, 15 April (Hrkh)- Mantan Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Shahidan Kassim yang juga Adun Tambun Tulang sekali lagi mempamerkan kehebatan beliau ketika berucap pada sidang Dewan Undangan Negeri Perlis.

Pada sidang 13 April lalu, Shahidan yang bangun membahaskan Rang Undang-Undangn Enakmen Perbekalan Tambahan mengambil masa kira-kira satu setengah jam untuk menghabiskan ucapan beliau yang dianggap tidak langsung mempunyai matlamat selain menghentam dan mengungkit.

Pada awal ucapannya beliau bertanyakan kenapakah pihak kerajaan seperti memusuhi beliau sampai menjadi algojo-algojo politik.

Setiausaha Kerajaan Negeri juga dianggap belia sebagai algojo kepada kakitangan kerajaan negeri.

Beliau kemudiannya meminta agar pihak kerajaan tidak memberi ruang yang lebih kepada pihak pembangkang sepertimana dakwaan beliau kepada Exco Kerajaan Negeri, Sabry Ahmad (BN-Santan).

Sabry telah didakwa memberikan pujian yang berlebihan kepada Adun PAS dari Simpang Empat, Rus'sele Eizan.

Pujian seperti itu menurut beliau boleh merugikan BN.

Kenyataan Shahidan itu kemudiannya disangkal Sabry sehingga menjadi pertikaman lidah antara mereka berlanjutan agak lama dengan masing-masing menuduh berburuk sangka serta membuat tohmahan.

Ini termasuk Shahidan yang menyuruh Sabry bertaubat.

Ucapan Shahidan kemudiannya ditujukan kepada dua orang wakil PAS iaitu Rus'sele dan Ustaz Hashim Jasin.

Ucapan yang menghentam dan mengkritik PAS itu kemudiannya membuatkan Ustaz Hashim bangun meminta laluan.

"Wakil dari Tambun Tulang ni seolah-olah nak ajak orang bertinju pula, tadi dia nak bertinju dengan Santan," kata Ustaz Hashim yang bangun mencelah.

Ucapan Shahidan kemudiannya turut menyentuh ketidakpuasan hatinya kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, perlantikan JKKK di Perlis di samping mengungkit apa yang pernah dibuatnya sebelum ini.

Apapun beliau tidak menjawab secara tepat apabila Rus'sele yang mencelah kemudiannya samada beliau bersetuju bahawa jawatan Pengerusi Perhubungan Umno diserahkan kepada Menteri Besar.

Menurut Ustaz Hashim, ucapan Shahidan itu turut tidak disenangi oleh wakil rakyat Umno-BN sendiri yang ditemuinya semasa dewan berhenti berehat. - azm _

Apr 14, 2009

10 ADUN 'boikot' sidang DUN Terengganu kerana SMS ugutan

KUALA TERENGGANU: Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk 'boikot' sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pagi tadi kerana menerima SMS mengancam nyawa berhubung desas-desus usul mahu menjatuhkan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid berkata, mereka mengambil keputusan untuk tidak menghadiri sidang DUN jika keselamatan mereka tidak terjamin.

Beliau berkata, tindakan itu dibuat kerana beliau bersama ADUN Paka dan Permaisuri telah menerima SMS berbentuk ugutan malam semalam, yang mengancam nyawa mereka.

Selain Rosol, mereka yang tidak menghadiri sidang DUN ialah ADUN Tepoh Muhammad Ramli Noh, Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Alias Abdullah (Alor Limbat), Zakaria Abdullah (Paka), Ramlan Ali (Jabi), Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih) dan Mohd Pehimi Yusof (Kota Putera).

Ketiadaan kesemua mereka pada sesi soal jawab pagi ini, yang dihadiri semua 10 anggota exco dan Menteri Besar, menyebabkan ia didominasi semua lapan ADUN dari PAS.

Hanya tiga wakil rakyat BN yang kelihatan menghadiri sidang Dewan pagi ini.

Pada sidang media di sini, Rosol yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Terengganu berkata, SMS yang dihantar oleh seorang pegawai kanan kerajaan negeri itu selepas disemak pada diari kerajaan negeri adalah serius kerana ia berbunyi: "Baik jangan teruskan niat Yb, YB tak sayang nyawa?.

Kesemua ADUN berkenaan kecuali Idris hadir pada sidang media itu yang diadakan di sebuah hotel di sini hari ini.

Rosol menambah, SMS ugutan itu dipercayai berkaitan dengan uraura kononnya ADUN BN akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar pada sidang DUN kali ini.

"Di sini saya ingin jelaskan bahawa kita tidak pernah berbincang, bertemu dan tidak pernah mengadakan mesyuarat berhubung perkara itu (usul tidak percaya terhadap Menteri Besar).

"Jadi saya tidak tahu di mana punca yang menyatakan bahawa akan berlaku undi tidak percaya pada sidang DUN kali ini," kata beliau dipetik Bernama.

Dalam pada itu semasa sesi soal jawab itu, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar (PAS-Ladang) turut bertanya kepada Yang Dipertua Dewan, Datuk Tengku Putera Tengku Awang mengenai ketidakhadiran ramai wakil rakyat BN itu.

Tengku Putera menjawab beliau pun tidak mengetahui sebabnya mereka berbuat demikian dan akan mendapatkan penjelasan daripada kesemua wakil rakyat berkenaan.

"Apabila saya masuk Dewan, saya lihat kesemua mereka tiada di tempat masing-masing. Selepas ini, saya akan tanya mereka," katanya.

Hentikan provokasi terhadap negeri Pakatan Rakyat - Mahfuz

KETEREH, 14 April (Hrkh) - Kejayaan Pakatan Rakyat dalam beberapa pilihan raya kecil selepas Pilihan raya Umum ke-12 kini menggambarkan Umno/BN sedang menuju kehancuran dan akan dikuburkan pada pilihan raya umum akan datang, demikian dinyatakan oleh Ketua Penerangan PAS Malaysia, Dato' Mahfuz Omar di Ceramah Isu Semasa di Kawasan Perumahan Kadok, Ketereh malam tadi. Turut hadir ialah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Pengerusi Perhubungan KeADILan Kelantan, Abdul Aziz Kadir, Yang Dipertua PAS Ketereh dan Timbalan, Wan Ismail Wan Jusoh, Haji Azemi Mohd Noor serta Senator Dato' Rosli Ibrahim.

Mahfuz juga berkata, Umno/BN sepatutnya sedar dan insaf bahawa zaman sekarang rakyat Malaysia tidak lagi boleh disogok dengan wang, hadiah dan janji kosong kerana rakyat di negara ini sudah tidak lagi menghiraukan budaya sogokan oleh Umno/BN. Kegagalan Umno/BN dalam pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau dengan penambahan majoriti yang besar kepada Pakatan Rakyat jelas bahawa rakyat di kedua-dua kawasan tersebut menolak politik sogokan yang dibawa oleh Umno/BN.

"Mereka kini sudah kehabisan cara untuk menawan Dun di bawah parti Pakatan Rakyat, malah kemelut dalaman politik mereka semakin jelas dan Timbalan Presiden Umno turut mengakui bahawa Umno memerlukan dua tahun untuk memulihkan parti mereka. Nampaknya parti Umno sekarang bagaikan Penagih Dadah yang dipulihkan di pusat serenti yang memakan masa dua tahun, itupun masih lagi gagal," ujar beliau dan disambut dengan laungan takbir oleh lebih 5,000 orang ramai yang membanjiri kawasan perumahan tersebut.

Mahfuz berharap Umno/BN dapat menghentikan tumpuan untuk merampas negeri di bawah Pakatan Rakyat, sebaliknya menumpukan perhatian memulihkan Umno yang kian nazak sekarang ini.

Beliau juga sekali lagi menegaskan bahawa kenaikan Najib sebagai Perdana Menteri pada masa sekarang dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong amat bertepatan kerana ia akan menyenangkan Pakatan Rakyat untuk menjelaskan kepada rakyat jelata tentang kepincangan peribadi beliau yang sampai sekarang masih lagi disangsikan oleh seluruh dunia terhadap tragedi pembunuhan gadis Mongolia, Altantuya Saariibuu.

"Saya berharap Dato' Seri Najib dapat mengambil tindakan membersihkan nama beliau dan negara ini dengan mengambil tindakan terhadap beberapa akhbar luar negara yang melibatkan beliau dengan beberapa kes," kata beliau.

Tindakan Umno yang menyatakan bahawa sokongan kaum Cina terhadap PAS di Bukit Gantang menyebabkan kekalahan mereka jelas menggambarkan Umno sudah tidak diterima oleh masyarakat umum negara ini.

Politik perkauman sempit yang diamalkan oleh parti-parti BN sudah ketinggal zaman, malah pendekatan Pakatan Rakyat seperti PAS yang menerima sokongan bukan Islam telah menaikkan martabat PAS di mata masyarakat bukan Islam dan seterusnya mereka menyokong perjuangan PAS walaupun berlandaskan al-Quran dan Hadis.

"Kenapa baru sekarang timbul PAS mendapat sokongan lebih 80 peratus sokongan pengundi Cina, sedangkan kita tidak pernah membangkitkan hal ini ketika mereka menang dulu, kita tak marah pada mereka, mereka kini telah mengatakan Melayu dalam darurat pulak bila kita dapat sokongan kaum Cina dan India, masa mereka dulu Melayu tidak dalam darurat, inilah fahaman politik perkauman sempit yang diamalkan oleh Umno," katanya lagi.

Menyentuh tentang cadangan supaya Dun Perak dibubarkan bagi memberi hak mutlak kepada rakyat memilih kerajaan, Mahfuz berkata ia sepatutnya diadakan secepat mungkin dan pimpinan Umno/BN boleh mengadap Sultan Perak untuk memberi cadangan tersebut. Ini adalah kerana rakyat sudah menunjukkan siapa yang sepatutnya mentadbir Perak dengan kemenangan majoriti besar di Parlimen Bukit Gantang baru-baru ini. Dato' seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang mendapat majoriti 2789 undi jelas menggambarkan penolakan budaya Umno/BN yang merampas kerajaan yang dipilih oleh rakyat pada PRU ke-12 dulu.

"Kita tidak halang BN untuk menawan kembali Perak tetapi ia mestilah melalui jalan demokrasi iaitu dengan mengadakan pilihan raya kecil bagi negeri tersebut dan kita lihat di antara BN dan Pakatan Rakyat,yang manakah akan menjadi pilihan rakyat Perak," kata beliau.

Mahfuz juga berkata teori RAHMAN bagi enam Perdana Menteri Malaysia kini akan berakhir dengan naiknya Najib sebagai Perdana Menteri ke-6 kerana ia bermaksud, Tunku Abdul Rahman, Abdul Razak, Hussin Onn, Mahathir Muhammad, Abdullah dan kini Najib.

"Kita bukannya percaya teori ini, tetapi inilah yang berlaku sampai sekarang, nampaknya Najib adalah Perdana Menteri terakhir dari BN, lepas ni ia akan diterajui pulak oleh Pakatan Rakyat," katanya.

Sementara itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pula berkata Umno/BN kini sudah masuk zaman kehancuran kerana orang Cina dan India sudah tidak lagi bersama mereka dan jelas sekali dengan penerimaan kaum Cina dan India di kedua-dua pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau baru-baru ini.

"Kini kaum bukan Islam telah dapat menerima PAS dan mereka kini tubuh pulak kelab Penyokong PAS di seluruh negara, Islam adalah untuk semua bukannya milik satu-satu kaum sahaja," katanya.

"Umno kini sedang tenat, lantik barisan kabinet pun masih dipertikaikan oleh rakan mereka dari parti komponen lain, dalam krisis ekonomi yang melanda negara, mereka masih lagi tidak dapat menjalankan tugas dengan sempurna malah MIC yang menang beberapa kerusi dalam PRU ke-12 pun berani minta kerusi lebih," kata beliau. - mns/mks._

Lapan Adun boikot, paksa MB letak jawatan

KUALA TERENGGANU, 14 April (Hrkh) - Lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) memulaukan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pagi ini yang bersidang buat hari kedua bagi memaksa Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said meletakkan jawatan

Menurut sebuah akhbar online kesemua lapan wakil rakyat berkenaan kini berhimpun di sebuah hotel utama di sini dan dijangka mengadakan sidang media kemudian.

Tindakan mengejutkan mereka itu berlaku ketika ada kenyataan sebelum ini bahawa tidak akan ada undi tidak percaya meminta Ahmad, yang dilantik sebagai Menteri Besar Mac 2008, agar meletakkan jawatan.

Tengah malam tadi pula tiga Adun BN Terengganu membuat laporan polis setelah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berbentuk ugutan, dipercayai berhubung kemelut politik di negeri ini.

Adun Paka, Zakaria Abdullah dan Adun Permaisuri, Abdul Halim Jusoh membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu kira-kira 12.40 tengah malam manakala Adun Ajil, Dato' Rosol Wahid pula membuat laporan sama di IPD Hulu Terengganu di Kuala Berang kira-kira 12.30 tengah malam.

Sabtu lalu, Ahmad berkata mana-mana Adun BN yang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap beliau bakal berdepan tindakan disiplin termasuk dipecat.

Persidangan Dewan Undangan Negeri selama tiga hari bermula semalam dengan dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman.

Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri serta Adun Kijal berkata, mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap seorang menteri besar dalam persidangan dewan adalah satu perkara serius.

"Jika usul itu datang dari pihak pembangkang, kami di dalam kerajaan akan menolaknya. Jika ia dikemukakan oleh wakil BN, dia akan dipecat, itu biasalah.

"Kalau mendapat sokongan, bubar dewan itu sahaja. Kita terpaksa menerimanya kalau dia nak buat..apa nak kata," katanya. - azm _

Abdullah paling gembira BN kalah 2 Bukit?

Percayalah, bahawa orang yang paling 'bahagia' dengan kekalahan BN di dua Bukit ialah bekas Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Nikmatnya mungkin terasa dari tulang sum-sum hingga ke lubuk nurani yang paling dalam.

Setahun Abdullah dipersalahkan oleh bekas pemimpin, pemimpin serta ahli-ahli Umno terhadap prestasi teruk BN dalam pilihan raya umum ke-12. Peralihan kuasa yang dirancang telah didesak supaya dipercepatkan sehingga terpancul amarah dari mulut Abdullah terhadap Muhyiddin Yasin, "Apakah Muhyiddin tidak sabar-sabar nak jadi Timbalan Perdana Menteri?"

Kemuncak segala penghinaan terhadap beliau tentulah apabila bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir keluar dari parti asobiyah Melayu itu hanya kerana tidak mahu berpresidenkan Abdullah.

Penganut Mahathirisme yang fanatik percaya apabila berundurnya Abdullah, maka kuatlah Umno dan BN. Mahathir diarak di dua Bukit bagai baru turun dari kayangan. Mereka percaya, pemulihan sokongan sudah berlaku. Pakatan Rakyat, kalau tidak hilang deposit pun, sekurang-kurangnya akan kalah teruk.

Nampaknya, apa yang diyakini mereka tidak berlaku. Pakatan Rakyat di dua Bukit menang dengan majoriti yang lebih besar berbanding dulu!

Sehebat mana pun kesetiaan Abdullah terhadap Umno, namun lubuk nuraninya tidak dapat berbohong dari merasa gembira dengan keputusan yang mengesahkan bahawa teruknya BN bukankerana Abdullah.

Terserlah sudah hakikat bahawa penolakan rakyat terhadap BN bukan kerana mana-mana individu dalam Umno. Bukan kerana Mahathir, Abdullah atau Najib. Bertukarlah sepuluh nahkhoda, sepuluh jong berlabuh, selagi anjing bercawat ekor juga, selagi itulah BN nazak dan menunggu saat datangnya sakratulmaut.

Maka faktor terbesar dan utama terhadap penolakan BN ialah kerana ia sudah sakit tua, nazak dan menunggu saat kematian. Meneliti keputusan pilihan raya kecil Bukit Selambau, terdapat empat petunjuk yang amat menakutkan Umno:

Pertama, kebangkitan pengundi muda. Mereka betul-betul tidak 'bagi muka' dengan BN. Di banyak daerah mengundi, BN kuat di saluran 1 tetapi teruk di saluran akhir. Tinjauan dilokaliti sepanjang pilihan raya berlangsung, para pemuda yang banyak berhimpun di markas Pakatan Rakyat. Sebahagian dari mereka adalah anak orang-orang Umno.

Kedua, pengundi bukan Melayu. Tinjauan sebelum hari penamaan calon agak merisaukan Pakatan. Pengundi kaum India dilaporkan kembali menyokong BN. Samy Vellu turun dengan duit yang banyak berjaya membeli ramai juga aktivis Pakatan Rakyat yang berpengaruh. Keadaan diburukkan dengan pengumuman S Manikumar sebagai calon. Beberapa pos KeADILan yang dibuka oleh kaum India ditutup. Beberapa ketua kampung Pakatan Rakyat kaum India berpaling tadah. Cemas juga dibuatnya.

Situasi yang berlaku tidak kekal dan berjaya dipulihkan. Markas kembali beroperasi danaktivis yang 'menghilang' kembali muncul satu persatu. "Jangan takut, kami cuma nak makan umpan Samy Vellu, tapi kail kami tak makan sekali," ujar seorang aktivis kaum India.

Drama politik begini pun ada juga. Macam filem Hindi. Lihat tiga contoh daerah mengundi di mana pengundi Indianya adalah yang tertinggi. United Petani (75% India) Pakatan- 427, BN- 236, Petani Para (69.89 %) PR-107, BN-97 dan Bukit Rusa (71.22%) PR-260, BN-185. Bagi kaum Cina yang mewakili 20 peratus pemilih, langsung tiada masalah. Dari awal hingga ke akhir sokongan mereka padu untuk Pakatan.

Khairy dipulau penyokong Mukhriz

Ketiga, pengundi Umno yang hilang kesetiaan. Sebenarnya selepas era Mahathir, ahli Umno sudah tiada jati diri. Zaman di mana jika diletak 'tongkol kayu' pun sebagai calon BN mereka akan sokong, nampaknya sudah berakhir.

Seorang pemimpin Puteri Umno Kedah menghubungi saya, melahirkan rasa kegembiraan tidak terhingga kerana BN kalah. "Padan muka Shahanim!" katanya. Musuh-musuh politik Dato' Mahdzir Khalid turut gembira kerana inilah peluang untuk jatuhkan beliau sebagai Pengerusi Perhubungan.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang hadir untuk membantu dipulaukan oleh penyokong Mukhriz yang begitu ramai di Kedah. Dia tidak mampu berbuat apa-apa dan pulang begitu saja.

Terdapat juga ahli-ahli Umno yang tidak berpuashati kerana BN letak calon MIC. Mereka berhujah kalau BN menang kali ini, maka sampai bila-bila pun Umno sukar nak tuntut kerusi tersebut. Satu gerakan dibuat dikalangan pengundi Umno supaya memilih Mejar (B) Anuar Abd Hamid. Dia adalah ahli Umno yang ikut Dr Mahathir keluar dari parti tersebut tahun lalu. Hasil gerak kerja dalaman ahli-ahli Umno yang memprotes, Mejar (B) Anwar mendapat 475 undi, merupakan undi tertinggi di kalangan calon bebas.

Keempat, pengundi yang berpendidikan. Terdapat ramai pengundi berpendidikan yang kebanyakan mendiami kawasan bandar iaitu di taman perumahan. Sebahagian besar taman-taman perumahan tersebut terdapat majoriti pengundi Melayu. Daerah mengundi yang terdiri dari taman perumahan ialah Taman Ria Utara, Taman Ria Jaya, Taman Ria Selatan, Taman Peruda, Taman Bandar Baru, Taman Tasek Apong, Jalan Badlishah, Sungai Lalang, Taman Desa Aman, Bandar Laguna Merbok dan Ambangan Height. Pakatan Rakyat menang di semua daerah mengundi tersebut!

Bukan tujuan untuk menghina, tetapi ianya realiti; Pakatan kalah di daerah mengundi Kuala Sin, Batu Belacan, Kampung Sungkap dan Bukit Selambau yang kebanyakannya rendah taraf pendidikan. Rupanya masyarakat yang ketinggalan taraf pendidikan adalah asset kepada BN.

Apapun halnya, itu semua cuma alasan yang muncul di saat kejatuhan empayar BN. Bila dah sampai ajal, apa-apa sebab saja boleh muncul. Termasuk yang 'membantu' kemenangan Pakatan Rakyat ialah anggota FRU yang menembak gas dan menyembur air kimia kepada orang ramai di Taman Ria Jaya. - azm _

Apr 13, 2009

SEEING IT MY WAY The Last UMNO Prime Minister

Newly-sworn Prime Minister Najib Razak created buzz when he released 13 prisoners detained under the Internal Security Act (ISA) and lifted the ban on Harakah and Suara Keadilan, publications of the opposition parties. He also promised “a comprehensive review” of the ISA, a statute long abused to silence the government’s critics.

Malaysians long yearning for a change applauded him. There were skeptics, of course.

Alas that was last week. This week the hopes of those citizens were cruelly crushed when they saw the real Najib with the announcement of his new cabinet. Far from being a team that would wow Malaysians, Najib’s cabinet was, as Tunku Aziz put it, “a team of recycled political expendables.” And a bloated one at that!

The skeptics were right; Najib’s earlier act was nothing but a big and cruel tease.

This roster of “political expendables” was the best that the man could offer, from a leader who only a week earlier warned his party that it should “change or be changed.” When given the ultimate freedom to choose his own team, Najib stuck to the tried and true, or what he thought to be so. So this was Najib’s brave version of “Berani Berubah!” (Dare to Change!).

Najib is incapable of change; there is nothing in him to suggest otherwise. He could not even recognize the need for one, much less respond to it. Change would be totally out of character for the man. Far from welcoming or be invigorated by it, change would threaten him.

Unfortunately for Najib, Malaysia has changed. Incapable of change, he is doomed to be changed come the next general elections, from Prime Minister to Leader of the Opposition. He will be our shortest serving chief executive, our Gerald Ford. Ford was the unelected American President who assumed office following Nixon’s forced resignation over the Watergate scandal. Like Ford, Najib too was not elected to the highest office. Ford was subsequently rejected by voters; the same fate awaits Najib.

For Malaysia, that would truly be a wasted decade, with the first half already being squandered by Najib’s predecessor, Abdullah Badawi.

The True Najib

Najib is the obedient first son, the loyal subordinate, and the traditionalist aristocrat. He even inherited his father’s ancient tribal title, Orang Kaya Indera Shahbandar! How quaint in this 21st Century! His career path has been straight and narrow, on a track that had been conveniently laid down for him by others who felt indebted or grateful to his illustrious father.

Najib has never shown a talent for striking new paths. Even his ascendance to the Prime Minister’s office was paved by others, in particular Tun Mahathir and Muhyyudin Yassin. Najib must remember that a favor offered is a favor owed.

Just as he was the obedient son, Najib was also the dutiful and loyal subordinate. His blind obedience to Abdullah Badawi drew the wrath of Tun Mahathir. As for experience, Najib has been dependent on paychecks from the public purse all his adult life. He never had to meet a payroll; he has no idea of the trials and challenges of that endeavor; nor does he appreciate the sense of accomplishments and independence of those who have.

This is not the profile of a leader capable of making radical changes that Malaysia so desperately needs now.

Unfortunately the track Najib is on now ends at his office. Ahead, for him and the nation, is uncharted territory, with steep hills to climb and wide canyons to traverse. Turning back is not an option, as that path so carefully crafted by earlier leaders is now destroyed for lack of maintenance and prudent use.

That Najib is now portrayed as an agent for change is more a tribute to his highly-paid public relations operatives and the all-too-eager-to-please toadies in the mainstream media. However, you could pedal a dud only for so long; sooner or later the ugly reality would emerge and the bubble burst.

When that inevitability happens, beware! Voters react with vengeance when they feel that they have been hoodwinked by their leaders. Ask Najib’s immediate predecessor, Abdullah. The by-election results since the last general elections are portends for Najib and his party.

Totally Inept and Inadequately Prepared

Najib assembled his cabinet only last week. Even then he spent that limited time talking with leaders of his Barisan coalition instead of with potential candidates. He is clearly being negligent. He knew he will be Prime Minster months ago; he should have been interviewing and short-listing candidates all along. Being unopposed as president of UMNO and thus freed from having to campaign, he had plenty of time to preview his choices prior to last week.

I am particularly concerned with the choice of his deputy. Did Najib have a private session with Muhyyudin before selecting him? Nowhere is it written that UMNO Deputy President should also be the Deputy Prime Minister. Najib is trapped by tradition.

Najib should have done a “Khairy Jamaluddin” on Muhyyudin, that is, keep him out of the cabinet and make him focus on rebuilding the party. God knows, UMNO needs intensive rehabilitation as much as its Youth wing, if not more so. Dispensing with Muhyyudin would strengthen Najib’s image as a reformer, quite apart from taking the sting out of having singly excluded Khairy from the cabinet.

Najib gave the very important Education portfolio to Muhyyudin. Is Najib assured that Muhyyudin agrees with him on the major policy issues, in particular the highly contentious matter of continuing the teaching of science and mathematics in English? Muhyyudin is unusually quiet on this.

It is equally hard to be enthusiastic on the rest of Najib’s team. This is what happens when you choose your cabinet based on pleasing others, especially those whom you owe favors.

Najib struggled to get his team, just like Abdullah and Mahathir before him. Like them, he too found the pickings slim as he fished only in the same polluted and shallow puddle of UMNO and Barisan. He did not have the courage to venture beyond.

Najib unwittingly revealed much in his first few days as Prime Minister. Thanks to his PR team, Najib managed to sound very positive, at with his promise of “a comprehensive review” of the ISA. That sent orgies of praise for the man in the mainstream media and elsewhere. The more perceptive (or skeptical) would note that he specifically did not mention anything about repealing it.

Then there was his announcement on the release of the 13 ISA prisoners “with immediate effect.” In Najib’s lexicon, “with immediate effect” means at least three days later! This shows how much he is in tune with the actual workings of the civil service.

If I had been Najib’s communications director, this is what I would have done. Knowing how easily our civil servants could screw things up, I would first check with the Home Ministry, specifically the Chief of Police and Prison Director, to arrange for the release of the prisoners. Send them to the nearby rest house at government expense if their families were not yet ready to receive them. I would then alert television stations and other news media so they would be there to cover it.

Only after assuring myself that all those meticulous preparations are in place would I have Najib make his announcement. Imagine the dramatic impact when the split screen on the nation’s television screens would also show the prisoners being released as he made the announcement. It would also showcase the crispness of Najib’s new administration. Had he done so, he would have been spared the embarrassment of his orders being delayed for days because of – you guessed it! – paperwork!

On the day Najib announced his new cabinet, the judge in the long running Mongolian model murder trial rendered his judgment. Najib had been trying hard to ignore the grizzly tragedy, but it kept cropping up at the most inopportune time. His strategy is to stonewall, banking that the success of his policies would make citizens forget the gruesome crime.

Najib is gravely mistaken in this. Even if his ethics were beyond reproach, Najib would find his policies a tough sell. Conversely, if he could clear up those sordid allegations (assuming of course he is innocent, a huge supposition) he would find that with his personal credibility now enhanced, the public would more likely buy into his policies. Stonewalling is no strategy.

As it now stands, Najib is doomed to be the last UMNO Prime Minister. He will not be even a “one-termer.” He will go down in history as our shortest-serving Prime Minister. Worse, it will be recorded for posterity that he was the Malay leader who brought down a once glorious organization, UMNO, an institution his late father was so instrumental in setting up. All destroyed in just two generations; the first to build it, the second to destroy. Truly a very Malay story!

For those who warmly applauded Najib on his first few days in office thinking that his was the dawn of a new day for the nation, I hope they would translate their disappointment into effective action. Deliver to Najib his own KPI (Key Performance Index) at the next general elections. It will be less than four years away; plenty of time to lay and grease the track for Najib’s (and UMNO’s) exit.

M. Bakri Musa

Analisis Keputusan PRK Bukit Gantang

PAS-PR menang di Bukit Gantang. Berbanding PRU 12, PAS mendapat tambahan 1,845 undi (Mac 2008 : 20,015 / April 2009 : 21,860). Majoriti kemenangan juga bertambah 1223 (2008 : 1,566 / 2009 : 2,789). Bukan PAS saja yang mendapat tambahan ungi malah BN juga mendapat tambahan 622 undi berbanding PRU12 (2008 : 18,449 / 2009 : 19071).

Kedua-dua parti mendapat tambahan undi kerana jumlah keluar mengundi meningkat daripada 72.6% (2008) kepada 75.1% (2009). Berbanding jumlah yang diperolehi dalam PRU12, undi PAS meningkat 0.092% manakala undi BN meningkat 0.033%.

Analisis awal oleh Pengarah Jentera PAS bagi PRK059 menyatakan sokongan pengundi Melayu kepada PAS merosot 4% daripada 47% (2008) kepada 43% (2009). Sebaliknya sokongan pengundi bukan Melayu meningkat 11% daripada 64% kepada 75%. Secara relatif, sokongan pengundi Melayu kepada BN meningkat 4% manakala undi bukan Melayu merosot 11%.

Jika peratus keluar mengundi mengikut bangsa dikira bersamaan dengan peratus keluar mengundi keseluruhan maka jumlah pengundi Melayu yang keluar mengundi ialah 26,364 manakala 15,295 pengundi bukan Melayu keluar menunaikan tanggungjawab.

43% Melayu undi PAS : 11,337 57% Melayu undi BN : 15,027

75% bukan Melayu undi PAS : 11,471 25% bukan Melayu undi BN : 3,824

Jika diguna-pakai angka seperti di atas, PAS memperolehi 22,808 undi manakala BN memperolehi 18,851 undi. Jumlah ini berbeza dengan angka sebenar yang diperolehi oleh kedua-dua parti. Ini bermakna peratus keluar mengundi mengikut bangsa sebenarnya tidak bersamaan dengan peratus keluar mengundi keseluruhan.

Di sebalik angka-angka tersebut ada beberapa perkara yang menjadi petunjuk berguna kepada Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

Mood rakyat masih kekal seperti kejutan yang berlaku pada 8 Mac 2008. Dalam tempoh setahun selepas tsunami itu, peralihan sokongan kembali kepada BN belum berlaku. Tambahan 622 undi BN pada 7 April 2009 datang daripada pengundi UMNO yang memboikot PRU 12 kerana isu calon luar. Kebanyakan daripada 1845 tambahan undi PAS diperolehi daripada pengundi Cina yang beralih sikap selepas melihat keprihatinan kerajaan Pakatan Rakyat Perak selama 10 bulan. Di sebalik tambahan sokongan pengundi Cina yang diulas oleh banyak pihak, sebenarnya undi PAS di kawasan Melayu tidak merosot. Cuma di kampung-kampung Melayu itu, peningkatan undi BN lebih banyak daripada peningkatan undi PAS.

Bolehkah dirumuskan secara pasti bahawa sokongan pengundi Melayu kepada PAS-PR merosot berbanding PRU13? Bolehkah dikatakan secara pasti bahawa kemerosotan itu berkadar 4%? Bolehkah dikatakan secara pasti bahawa undi itu beralih kepada BN?

Siasatan oleh team cBr7 mengesahkan tidak berlaku peralihan undi daripada PAS kepada BN. Kemerosotan undi PAS hanya berlaku di 4 daerah mengundi (pengundi Melayu 85% ke atas) pada kadar purata 2.19%. Siasatan mendapati kemerosotan itu disebabkan pengundi PAS yang bekerja di luar kawasan tidak dapat balik mengundi kerana gagal mendapat cuti daripada majikan. Faktor hari pengundian yang ditetapkan pada hari Selasa menjadi penyebab utama kegagalan hadir pengundi-pengundi ini. 9 daripada 10 pengundi luar yang tak dapat balik mengundi itu bekerja di Lembah Kelang dan Johor.

BN mendapat tambahan undi di 8 daerah mengundi pada kadar purata 3.72%. Tambahan itu datang daripada pengundi BN yang tidak mengundi pada PRU12 kerana memprotes pemilihan calon BN yang didatangkan dari luar Bukit Gantang (Abdul Azim Zabidi).

Peralihan paling besar yang berlaku dalam PRK 7 April ialah peralihan undi BN kepada PAS di kalangan pengundi Cina melibatkan antara 1,200 ke 1,300 undi. Baki tambahan antara 500 ke 600 undi PAS datang daripada pengundi Melayu di 9 daerah mengundi yang nisbah bangsanya hampir sama.

Oleh itu dakwaan UMNO kononnya pengundi Melayu telah beralih menyokong BN kerana tidak merestui pendirian PR berhubung krisis peralihan kuasa dan bimbangkan nasib orang Melayu di bawah pentadbiran kerajaan PR adalah tidak berasas dan hanya gimik politik.

http://cacamerbamakhlukpolitik.blogspot.com/2009/04/analisis-keputusan-prk-bukit-gantang.html

Nik Aziz: Hanya yang layak boleh tawar diri tanding

MACHANG: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan hanya mereka yang layak sahaja menawarkan diri untuk bertanding jawatan dalam pemilihan pada Muktamar PAS yang dijadualkan Jun ini.

Nik Aziz ketika mengingatkan perkara itu berkata beliau tidak mahu anggota parti itu yang tidak mampu menjadi pemimpin yang baik, membuang masa menonjolkan diri menarik sokongan.

"Kalau yang ada kemampuan, tak ada masalah untuk mereka tawar diri untuk bertanding.

"Kalau yang ada kemampuan menonjol tak apalah, (tapi) kalau yang tidak ada kemampuan tapi menonjolkan diri, tak payahlah undi dia," katanya.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Terbuka Loji Rawatan Air Merbau Chondong, sempena sambutan Hari Air Sedunia 2009 peringkat negeri di sini, hari ini.

Katanya, PAS turut memberi kebebasan kepada anggota akar umbi untuk memilih barisan pimpinan yang mereka mahukan dan menolak mana-mana pemimpin yang dirasakan tidak lagi diperlukan parti itu.

"Saya tak nak sebut apa-apa, nanti pengaruhi orang lain pula, biar saya senyap-senyap sudahlah. (Tetapi) kalau barang perlu diubah, ubahlah.

"Terserah kepada (anggota parti) dari peringkat cawangan untuk mengundi siapa," katanya.

Muktamar PAS dijadual diadakan di Shah Alam, Selangor Jun ini. BERNAMA

Kaji ISA hanya janji kosong Najib

KUALA LUMPUR, 13 April (Hrkh) - Suara Rakyat Malaysia (Suaram) cawangan Johor Bahru menggesa kerajaan membebaskan kesemua tahanan ISA supaya mereka dapat dibicara di mahkamah.

"Kami mengutuk segala cara yang memperalatkan tahanan sebagai aset politik atau mendapat faedah politik daripadanya.

"Kami berasa sangat dukacita bahawa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak hanya mengumum melepaskan 13 tahanan ISA, tetapi bukannya semua tahanan ISA." kata kenyataan Suaram Johor Bahru hari ini.

Selain itu, Suaram JB kesal dengan kenyataan Najib yang hanya mahu mengkaji semula akta ISA.

Sedangkan akta itu sepatutnya dimansuhkan kerana ia hanyalah alat politik untuk menjaga survival politik BN sahaja yang pastinya tidak akan dimansuhkan, katanya.

Walhal sejak pilihan raya umum lalu, keinginan perubahan di kalangan rakyat begitu kuat agar ISA itu dimansuhkan, katanya.

Sehingga 10 Disember 2008, masih terdapat 46 orang yang ditahan di bawah ISA.Mereka termasuklah 16 orang dari Jemaah Islamiyah, 13 orang ahli Darul Islam, 10 orang yang terlibat dalam aktiviti pemalsuan dokumen, lima pimpinan HINDRAF, dan dua orang lagi merupakan perisik dari luar Negara.

Suaram JB berpendapat bahawa, Najib hanya mengumum untuk membuat kajian semula terhadap akta ISA bukannya memansuhkan ISA.

Ia jelas menunjukkan kerajaan BN masih berniat untuk terus menggunakan akta ini sebagai alat untuk menindas kalangan rakyat, katanya.

Najib tidak memberitahu secara teliti tentang pelan yang lebih teliti dan objektif tinjauan tersebut, kata Suaram JB.

"Ini menunjukan niat kerajaan BN hanyalah mermotif politik untuk memujuk rakyat, bukannya betul-betul berhasrat untuk berubah.

"Mengikut rekod BN yang selalu memberikan janjian-janjian kosong, kita yakin bahawa BN tidak akan membuat sebarang tindakan untuk memansuhkan akta ISA," katanya.

Sehubungan itu Suaram JB menyeru bahawa rakyat haruslah terus menyokong tuntuatan GMI untuk memansuhkan akta ISA yang zalim.

Rakyat perlu memberi tekanan terhadap kerajaan untuk memansuhkan ISA sehinggalah akta zalim ini betul-betul dimansuhkan, katanya./wann_

Apr 12, 2009

Dakwa wujud krisis, PAS gesa MB Terengganu bubar DUN

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said digesa supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri untuk mengelakkan kebuntuan seperti yang berlaku di Perak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok dari PAS, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, Ahmad perlu mengambil langkah yang sewajarnya untuk menyelesaikan krisis yang wujud antara wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dengan membubarkan DUN bermula esok.

Jelas beliau Menteri Besar itu perlu bertindak bagi mengelakkan daripada berlakunya krisis perlembagaan berikutan sokongan yang semakin menurun terhadapnya oleh ADUN BN sendiri.

Syed Azman berkata demikian bagi mengulas spekulasi yang disebarkan bahawa ADUN BN akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Ahmad pada persidangan DUN yang akan bermula esok.

Persidangan DUN Terengganu mulai esok sehingga Rabu ini akan dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman.

Sabtu lalu Ahmad mengingatkan kepada mana-mana wakil rakyat BN yang cuba untuk membawa usul sedemikian bakal berhadapan dengan tindakan disiplin termasuk akan dipecat.

Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu menyifatkan usul sedemikian boleh menjejaskan kepimpinan BN di peringkat negeri.

Syed Azman bagaimanapun beranggapan bahawa keadaan ini mencerminkan kepimpinan Ahmad selaku Menteri Besar bukan sahaja tidak disukai oleh barisan pembangkang di negeri itu malah oleh barisan kepimpinannya sendiri.

Tambah Syed Azman, oleh yang demikian Ahmad perlu menerima hasrat yang disampaikan oleh wakil rakyat BN dengan membubarkan DUN.

Difahamkan juga empat wakil rakyat BN hari ini pergi ke Kuala Lumpur untuk menemui Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menyuarakan hasrat mereka.

Namun usaha untuk menghubungi keempat-empat mereka gagal.

Najib perlu ambil teladan apa yang berlaku di Pattaya

KUALA LUMPUR, 12 Apr (Hrkh) - PAS menggesa Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak mengambil teladan atas apa yang berlaku di Pattaya semalam.

Kebangkitan rakyat Thailand itu merupakan manifestasi daripada ketidakpuasan hati mereka terhadap rampasan kuasa dan usaha menjatuhkan pemimpin pilihan mereka.

Setiausaha Agung PAS Pusat, Dato' Kamaruddin Jaffar menegaskan tidak mustahil rakyat Perak akan melakukan perkara yang sama jika Dewan Undangan Negeri (Dun) tidak segera dibubarkan bagi membolehkan mereka memilih dan menentukan siapa pemimpin dan kerajaan mana pilihan mereka.

"Keputusan pilihan raya kecil Bukit Gantang merupakan referendum rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) yang telah merampas kuasa di Perak secara tidak bermoral Februari lalu.

"Jika Dun tidak dibubarkan, PAS bimbang apa yang berlaku di Thailand akan turut terjadi di Perak dan jika ianya berlaku ia akan memburukkan lagi keadaan.

"Perdana Menteri sendiri telah melihat kesannya di Pattaya bila rakyat tidak berpuas hati dengan rampasan kuasa jadi seharusnya beliau bertindak segera," tegas Kamaruddin kepada Harakahdaily.

Beliau juga menegaskan BN tidak seharusnya mengenepikan suara rakyat di Bukit Gantang yang jelas menolak mereka dan penolakan tersebut juga merupakan petanda mereka tidak menerima kerajaan haram yang diterajui oleh Umno di negeri tersebut.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-14 dibatalkan semalam selepas penunjuk perasaan antikerajaan merempuh pasukan keselamatan dan menggempur pusat media di lokasi sidang kemuncak itu berlangsung.

Penunjuk perasaan antikerajaan yang berbaju merah telah menyerbu pusat media berhampiran Hotel Royal Cliff sambil mengibarkan bendera dan menjerit slogan-slogan antikerajaan. Mereka turut memecahkan tingkap.

Sementara itu, tentera telah mengepung hotel tempat pemimpin-pemimpin ASEAN dijadual menghadiri makan tengah hari dan memutuskan sama ada akan meneruskan atau menangguhkan sidang kemuncak tersebut.

Berikutan itu, Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva mengisytiharkan darurat di Pattaya, resort tempat persidangan itu berlangsung, terletak kira-kira 150 kilometer dari selatan ibu negeri Bangkok.

Beliau turut mengisytiharkan darurat di kawasan sekitar wilayah Chonburi selepas penunjuk perasaan menggempur lokasi tersebut.

Pembatalan Sidang Kemuncak ASEAN itu merupakan kejadian memalukan buat kerajaan Abhisit yang mula memerintah sejak Disember lalu.

Sementara itu, seorang pemimpin pembangkang, Jakrapob Penkair menyifatkan, kumpulan antikerajaan telah mencatat kejayaan melalui pembatalan sidang kemuncak itu, namun katanya, bantahan akan tetap diteruskan sehingga Abhisit meletak jawatan. - mns_

Vokalis kumpulan Arrow sertai PAS, Amy Search cuma perhati

KOTA BHARU, 12 April (Hrkh) - Sempena program yang bertemakan 'Jom Sertai PAS', vokalis kumpulan rock Arrow, Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zin Ramli, 40 telah membut kejutan apabila secarah sah menyertai PAS.

Beliau menyerahkan sendiri borang keahlian itu kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri di atas pentas sebelum majlis berkenaan berakhir tengah hari semalam.

Turut menyaksikan majlis yang penuh bersejarah lagi ceria itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS, Dato' Ahmad Yaacob, anggota exco kerajaan negeri Haji Abdul Fatah Mahmood, Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Dato' Wan Abdul Rahim Abdullah di samping beberapa orang pimpinan peringkat parti.

Renggo yang berasal dari Tanah Merah Kelantan juga terkenal dengan jolokan raja syahdu adalah antara 50 orang golongan belia lain yang turut menyertai PAS sempena majlis yang julung kali pernah diadakan di peringkat negeri itu anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri.

Menurutnya, beliau bersedia menyertai parti Islam itu setelah tertarik dengan ucapan Tuan Guru ketika merasmikan majlis berkenaan, walaupun ringkas namun padat serta berisi dengan mesej yang baik.

Beliau yang tidak pernah mendengar ceramah agama dari pimpinan PAS sebelum ini, mengakui ucapan Tuan Guru cukup meresap dalam jiwanya.

Beliau hadir pada majlis itu hari ini bersama artis lagenda kumpulan rock, Amy Search sempena majlis Himpunan Belia Sambutan Jubli Emas Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

Bagaimanapun Amy Search yang menjadikan Tuan Guru sebagai 'idolanya' belum berbuat demikian.

Katanya, untuk ketika ini beliau ingin kekal imejnya sebagai seorang penyanyi rock dengan tidak menyertai mana-mana parti politik.

ImageKatanya, pergerakannya dilihat secara halus oleh peminatnya sendiri, jadi untuk ketika ini beliau ingin berdiri sebagaimana artis biasa.

"Namun pada masa hadapan saya belum dapat tentukan lagi keadaan saya, jika itu (sertai PAS) kehendak Allah tidak mustahil saya akan berbuat demikian," ujarnya.

Sambungnya, beliau bersedia menerima undangan Dewan Pemuda PAS Negeri atas dasar tanggungjawabnya tanpa melihat risiko pada masa hadapan, kerana beliau tidak pernah memikirkan soal itu.

"Tidak perlu fikir soal risiko sebab kedatangan saya ke sini langsung tidak pernah saya fikir ianya suatu risiko bahkan saya sebagai artis berhak ke mana-mana untuk tujuan yang baik dan untuk bersama peminat," ujarnya lagi.

Namun bagi Amy jemputan menghadiri program tersebut merupakan suatu rezeki Allah yang tidak ternilai, apa lagi dapat membuat persembahan di hadapan Tuan Guru.

Amy ketika berucap pada majlis itu turut menceritakan saat mula beliau bertemu dengan Tuan Guru yang turut hadir ke restorennya Cheng Ho di Kuala Lumpur.

Selepas itu bertemu lagi di tanah suci Mekah selepas tiga hari berada di sana untuk menunaikan umrah.

Peminat kedua-dua artis rock itu tidak melepaskan peluang untuk melihat Amy dan Renggo dari dekat di samping untuk bersalaman sehingga memaksa pengawal keselamatan bertindak untuk menjaga keselamatan Amy untuk menaiki kereta selepas majlis berakhir. - mns_

Apr 11, 2009

Azilah fail rayuan, Sirul menyusul Isnin

Kuldeep hadir di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam bagi memfailkan rayuan atas hukuman gantung yang dikenakan terhadap Azilah.

KERATAN Kosmo! semalam.

SHAH ALAM - Anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman, Cif Inspektor Azilah Hadri, 33, yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati kelmarin setelah didapati bersalah membunuh model sambilan Mongolia, Altantuya Shaariibuu, 28, memfailkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan semalam.

Peguam J. Kuldeep Kumar memfailkan notis tersebut di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini pukul 4.15 petang.

Ketika ditemui, Kuldeep enggan memberikan komen sebaliknya hanya memaklumkan tujuannya hadir ke mahkamah adalah untuk memfailkan notis rayuan terhadap keputusan yang dibuat Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin terhadap anak guamnya kelmarin.

Sementara itu, peguam Ahmad Zaidi Zainal yang mewakili Koperal Sirul Azhar Umar, 37, yang juga menerima hukuman sama memaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada wartawan semalam, pihaknya akan memfailkan notis serupa pada pukul 11 pagi Isnin ini.

Azilah dan Sirul dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas mereka didapati bersalah membunuh wanita terbabit.

Siapa dalang di sebalik meletupkan Altantuya menggunakan bom C4 - Kit Siang

Penasihat Dap Lim Kit Siang mahu campurtangan Suruhanjaya Siasatan Diraja menyiasat dengan teliti untuk membela nasib kedua-dua anggota Unit Tugas Khas Polis Cif Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam.

Dengan berakhirnya satu perbicaraan kisah pembunuhan wanita Mongolian Altantuya Shaariibuu yang diletupkan dalam hutan pada 20 Oktober 2006 lalu yang mendapat laporan meluas oleh media tempatan dan antabangsa yang mahukan keadilan dalam perbiracaan apabila mereka dapat menghidu banyak kepincangan sewaktu perbicaraan kes sedang dijalankan.

“Persoalannya bahawa siapa dalang di sebalik Unit Tindakan Khas Polis Bukit Aman dengan meletupkan Altantuya menggunakan bom C4,” kata Lim dalam kenyataan beliau itu.

“Sesiapa sahaja yang mengikuti perjalan kes tersebut tidak akan menolak kemungkinan malah lebih kuat menyatakan kes ini memang mempunyai pertalian dengan Perdana Menteri Najib Razak,” jelas beliau

Sementara menunggu kes ini dibawa ke Mahkamah rayuan oleh Azilah dan Sirul untuk merayu dalam kes dibawah Penal Kod seksyen 149 ini, keresahan rakyat amat ketara mahukan campurtanggan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk memberi pembelaan yang adil kepada kedua-dua mereka.

Petang semalam Najib mengumumkan barisan kabinet baru beliau selepas baru enam hari menjadi Perdana Menteri yang mana umum mengetahui kekalahan teruk oleh Barisan Nasional di Bukit Selambau dan Bukit Gantang.

“Pengumuman ini jelas bahawa beliau mahu menutup atau memesongkan pemikiran rakyat dari mempersoalkan kes terhangat ini dari menjadi bualan umum,” Lim berkata.

“Najib berterusan menafikan perbabitan beliau dan menyatakan beliau tidak terlibat dalam kes letupan C4 dan akan bertindak mematahkan siasatan Suruhajaya Siasatan Diraja ini yang menghantui beliau serta nama baik kerajaan Malaysia untuk selamanya,” tambah Lim.

“Walaupun hanya orang-orang tertentu yang boleh memberi arahan pengunaan bom C4, kehilangan rekod Imigersen kemasukan Altantuya ke dalam negara ini dan kehilangan perisik bebas Bala Supramaniam selepas membuat akuan bersumpah dalam pembabitan Najib dalam kes pembunuhan ini,” kata lim mengakhiri kenyataan beliau.

http://greenboc.blogspot.com

Malik dan Maktar calon Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang - Guan Eng

UTTERWORTH: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung, Abdul Malik Abul Kassim dan ADUN Sungai Bakap, Maktar Shapee adalah dua calon yang disenaraikan untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kepadanya bahawa bakal Timbalan Ketua Menteri adalah seorang ADUN daripada parti itu yang berbangsa Melayu.

"Kita ada dua sahaja Adun PKR yang berbangsa Melayu di Pulau Pinang. Siapa yang dipilih kita kena tunggulah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Guan Eng berkata walaupun beliau mempunyai kuasa melantik timbalannya, namun atas dasar setiakawan dalam Pakatan Rakyat, beliau meminta Anwar menamakan calon daripada PKR yang layak mengisi jawatan itu.

Khamis lepas, beliau memberi tempoh seminggu kepada Anwar untuk mengemukakan nama calon daripada PKR untuk menjadi TKM 1 bagi menggantikan Mohammad Fairus Khairuddin yang juga dari PKR yang meletak jawatan pada 8 April lepas.

Selain Abdul Malik dan Maktar, dua lagi nama yang disebut-sebut untuk mengisi tersebut jawatan itu sebelum ini ialah Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim dan timbalannya, Dr Mansor Othman. BERNAMA

Pemuda PAS beralih ke Sabah dan Sarawak, kenal pasti pemimpin tempatan

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat sedang mengkaji peluang dan kekuatannya di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak dalam usaha untuk mencari pemimpin baru yang lebih sesuai di kawasan-kawasan itu.

Ketuanya, Salahuddin Ayub berkata, usaha itu adalah sebahagian daripada persiapan awal Pemuda PAS untuk memastikan sokongan orang muda terhadap parti itu dan pakatan pembangkang dapat dikekalkan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang.

"Kita akan susun pimpinan baru, membuat kajian mendalam terhadap pendekatan baru yang akan kita lakukan nanti.

"Pendekatan ini akan lebih bersifat akademik dan lebih fokus kepada remaja," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat bulanan Dewan Pemuda PAS Pusat di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat di sini hari ini.

Katanya, pendekatan terbabit diambil hasil daripada indikator yang diperolehi sepanjang proses tiga pilihan raya kecil tempoh hari yang amat meyakinkan PAS dan pakatan pembangkang.

Beliau berkata, satu gerak kerja yang lebih gigih perlu dilakukan di Sabah dan Sarawak memandangkan pengundi di sana kurang mendapat maklumat seimbang tentang politik semasa ekoran masalah penerbitan media yang terhad.

Salahuddin juga menasihatkan bakal pimpinan PAS yang baru agar mengamalkan gaya hidup yang sederhana dan mudah didekati rakyat secara semula jadi dan bukan dengan niat menjadikan amalan itu sebagai satu strategi politik.

"PAS jangan sombong, jangan bongkak, jangan lupa diri. Atas sokongan yang kita terima ini sebenarnya adalah mandat daripada rakyat untuk tunaikan tanggungjawab mewakili mereka," katanya.

Katanya, PAS juga akan jatuh jika tidak mengekalkan identiti hari ini dengan cara hidup sederhana.

Pemuda PAS akan mengadakan muktamar tahunannya di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat di sini selama lima hari mulai 3 Jun. BERNAMA

Apr 10, 2009

TIGA TAMPARAN BUAT KJ

Semalam Najib telah umumkan senarai kabinet, jelas ia kabinet Mahathir. Kali pertama dalam sejarah Ketua Pemuda tidak ada dalam kabinet. Jelas ia kehendak Mahathir. Dr. Mahathir adalah diantara orang yang paling gembira dengan pengumuman kabinet baru Najib. Mana taknya, Najib mengikut arahannya agar tidak memasukkan Khairy kedalam kabinet. Yang lebih menggembirakan lagi apabila anak beliau, Mukhriz Mahathir yang mendapat kedudukan tercorot dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda Umno dipilih untuk menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa. Selesai tugasan Mahathir. Anaknya telah dihantar untuk meneruskan legasinya manakala legasi Abdullah telah berjaya dihentikan apabila Khairy Jamaluddin tidak masuk kedalam kabinet. Seperti kata sebuah tulisan yang disiarkan oleh Malaysia Today, Khairy seperti ditampar tiga kali semalam apabila Najib mengumumkan kabinetnya. # Pertama menantu bekas PM itu ditampar apabila beliau tidak dipilih menganggotai kabinet baru. # Tamparan kedua ialah apabila pesaingnya dalam merebut jawatan Ketua Pemuda Umno yang mendapat tempat tercorot, Mukhriz Mahathir dipilih menjadi Timbalan Menteri. # Tamparan ketiga ialah apabila Naib Ketua Pemuda Umno turut mendapat tempat didalam kabinet Najib. Belumpun genap dua minggu Abdullah turun takhta, Khairy telah diperlakukan sebegitu rupa. Belumpun lama beliau meraikan kemenangannya sebagai Ketua Pemuda Umno, hatinya dilukakan kembali. Apakah nasib menantu bekas PM selepas ini? Nampaknya Rosmah ada pesaing....Rosmah mahu mengawal sepenuhnya Najib dan dia tidak akan suka perihal Najib yang dikongkong Mahathir. Kali ini akan lebih teruk nasib Umno apabila pergaduhan akan datang ialah krisis antara Rosmah dan Mahathir..... http://zulmamakpng.blogspot.com/

Status tiga Adun Perak masih belum diputuskan mahkamah

Ramai ingin mengetahui sama ada keputusan Mahkamah Persekutuan semalam (9 April 2009) yang memutuskan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa menentukan status tiga bekas Adun Pakatan Rakyat yang melompat iaitu Hee Yit Foong (DAP-Jelapang), Jamaluddin Mohd Radzi (KeADILan-Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (KeADILan-Changkat Jering) menandakan berakhirnya isu status ketiga-tiga Adun tersebut? Sebelum saya menjawab soalan itu, ingin saya berkongsi dengan para pembaca tentang intisari keputusan Mahkamah Persekutuan itu. Keputusan tersebut boleh disimpulkan seperti berikut: 1. Pada 9 April 2009 Mahkamah Persekutuan SEKADAR mengisytiharkan bahawa SPR dan bukannya Speaker mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada sesuatu kerusi seseorang Adun seperti mana tiga kerusi Adun Perak tersebut kosong atau tidak. 2. Memandangkan Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa kuasa untuk menentukan sama ada sesuatu kerusi seseorang Adun di Perak kosong atau tidak adalah di tangan SPR, maka SPR berhak menentukan tentang status tiga kerusi Adun tersebut. 3. Memandangkan SPR telah membuat keputusan bahawa tiga kerusi Adun tersebut tidak kosong maka Mahkamah memutuskan bahawa ketiga-tiga Adun tersebut adalah kekal sebagai Adun. Itulah secara subtantifnya teras keputusan Mahkamah Persekutuan semalam. Persoalannya adakah keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut bermakna status ketiga-tiga Adun tersebut tidak boleh dipertikaikan selepas ini? Jawapannya, status ketiga-tiga Adun itu masih boleh dipertikaikan disebabkan alasan-alasan berikut: 1. Apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa SPR mempunyai kuasa menentukan sama ada sesuatu kerusi Dun kosong atau tidak, Mahkamah Persekutuan sekadar memutuskan pihak mana yang berkuasa (SPR atau Speaker) bagi menentukan kekosongan sesuatu kerusi Dun. Itu sahaja. Tidak lebih dari itu. 2. Mahkamah Persekutuan bagaimanapun TIDAK MEMUTUSKAN sama ada keputusan SPR ke atas status tiga Adun tersebut sah atau tidak sah di sisi undang-undang. 3. Isu sah atau tidak sah keputusan SPR masih boleh dicabar di Mahkamah melalui permohonan semakan kehakiman (judicial review). 4. Mahkamah Persekutuan sendiri mengesahkan bahawa keputusan Mahkamah semalam tidak memprejudiskan saman (Semakan Kehakiman) yang dikemukakan oleh Sivakumar ke atas SPR di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar keputusan SPR yang tidak mahu mengadakan pilihan raya kecil bagi ketiga-tiga Dun yang berkaitan. 5. Oleh yang demikian keputusan Mahkamah Persekutuan semalam tidak sama sekali menghalang Sivakumar untuk meneruskan saman beliau ke atas SPR yang telah ditetapkan untuk pendengaran pada bulan Mei 2009 ini. 6. Jika kita boleh membuat satu analogi (qiyas) keputusan Mahkamah Persekutuan semalam ia bolehlah diibaratkan seperti berikut: Hanya kerana seseorang suami diberikan kuasa untuk menceraikan isteri, tidak bermakna sebarang keputusan cerai yang dibuat oleh suami adalah sah dan tidak boleh dipertikaikan di Mahkamah. Jika misalnya sisuami membuat keputusan menceraikan isterinya di dalam keadaan mabuk atau dalam keadaan tidak waras atau di dalam keadaan dipaksa oleh pihak ketiga, Mahkamah masih boleh membenarkan isteri mencabar keputusan suami tersebut. 7. Begitulah juga keadaan di dalam kes ini. Hanya kerana SPR mempunyai kuasa menentukan sama ada kerusi tiga Adun Perak tersebut kosong atau tidak, ia tidak bermakna keputusan SPR tersebut adalah sah dan tidak boleh dicabar di Mahkamah. Dari segi undang-undang, Mahkamah masih boleh menyemak keputusan SPR tersebut bagi menentukan sama ada keputusan tersebut dibuat mengikut proses dan lunas undang-undang dan prinsip keadilan. 8. Sehingga Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan terhadap saman yang dikemukakan oleh Sivakumar ke atas SPR, maka keputusan SPR masih belum boleh dikatakan secara muktamad sah dan mengikut lunas undang-undang. Mungkin para pembaca masih ingin bertanya adakah keputusan Mahkamah Persekutuan semalam bermakna Sivakumar sebagai Speaker Perak tidak mempunyai kuasa selepas ini menghalang tiga-tiga Adun tersebut masuk ke dalam dewan Dun. Jawapannya Sivakumar masih boleh menghalang kerana Mahkamah Persekutuan tidak membuat sebarang perintah melarang Sivakumar dari menahan ketiga-tiga Adun tersebut dari masuk ke dewan Dun. Peguam Umno juga tidak memohon kepada Mahkamah bagi mendapatkan perintah halangan tersebut. Oleh itu Sivakumar tidak boleh dikatakan menghina Mahkamah jika selepas ini beliau menghalang ketiga-tiga Adun tersebut masuk ke dalam dewan Dun. Nampaknya sekali lagi keputusan Mahkamah tidak membantu Umno menyekat kuasa V. Sivakumar � individu yang memeningkan Umno sejak krisis Perak dicetuskan oleh Umno sendiri.- tajdid _

Banyak kesangsian dalam Kabinet Najib

ADA beberapa pemerhatian dan kesimpulan yang sepintas lalu dapat dibuat tatkala meneliti barisan Kabinet baru Malaysia seperti diumumkan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, petang tadi. Pertama, semacam ada rasa sangsi atau kepercayaan yang tidak bulat oleh Najib terhadap orang nombor duanya. Meskipun menepati ramalan meletakkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri, tidak ramai menyangka orang nombor dua itu akan diberikan tugas di Kementerian Pelajaran. Sudah lama kementerian itu tidak dipegang Timbalan Perdana Menteri. Orang nombor dua selalunya diberikan peranan paling mencabar. Kementerian yang lebih dianggap kanan, strategik dan berkuasa ialah Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kewangan. Bukankah di situ duduknya Najib selaku Timbalan Perdana Menteri dalam Kabinet Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini? Bukankah di beberapa kementerian itu juga Abdullah selaku orang nombor dua diletakkan Tun Dr Mahathir Mohamad? Najib memilih sepupunya, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk menerajui Kementerian Dalam Negeri, manakala bekas Setiausaha Politiknya, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengepalai Kementerian Pertahanan. Apakah dua pemimpin ini sebenarnya yang lebih dipercayai Najib berbanding Muhyiddin? Kedua, Najib tidak dapat mengelak daripada melantik pemimpin yang sudah ditolak rakyat. Ia bagaikan mengulangi tabiat Abdullah yang sebelum ini dikritik dan dikecam pelbagai pihak. Dalam ucapannya sebelum mengisytiharkan Kabinet baru itu, Najib mengungkapkan slogan "Satu Malaysia - Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan". Kesangsian segera muncul tatkala orang disenaraikannya termasuk mereka yang telah ditolak rakyat dalam pilihan raya. Justeru, 'rakyat' manakah yang didahulukan Najib? Antara pemimpin tersebut ialah Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Dato' Dr Awang Adek Hussein (Timbalan Menteri Kewangan) dan Datin Paduka Chew Mei Fun (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat). Apakah ini menggambarkan pengakuan bahawa dari lebih 100 Ahli Parlimen Barisan Nasional yang masih ada, tidak ada yang mempunyai wibawa dan keupayaan untuk mengisi jawatan Kabinet, sehingga memaksa dilantik mereka yang bukan Ahli Parlimen? Najib turut melantik pemimpin yang kalah dalam pemilihan parti, sekaligus membelakangkan mereka yang dipersetujui ahli-ahli akar umbi parti mereka sendiri. Mereka ialah Dato' Seri Dr Rais Yatim (Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Warisan) dan Dato' Mukhriz Mahathir (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri). Ketiga, tindakan nekad Najib melantik Mukhriz ke dalam Kabinetnya mengundang tafsiran betapa beliau berhasrat membalas jasa Mahathir. Ataukah beliau sebenarnya tunduk kepada saranan dan nasihat bekas Perdana Menteri itu dalam mencaturkan Kabinetnya? Kita tahu betapa besar peranan dimainkan Mahathir dalam mempercepatkan proses peralihan kuasa kepada Najib dalam parti dan kerajaan. Mahathir lah orang utama yang bertanggungjawab 'memanaskan punggung' Abdullah, sehingga terpaksa melepaskan jawatan lebih awal dari yang dirancangnya. Keempat, ketiadaan nama Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, turut mengundang pelbagai andaian. Selain sama taraf dengan naib presiden dalam parti, Khairy juga ada tiket selaku Ahli Parlimen Rembau. Ketiadaan namanya dalam senarai Kabinet dikaitkan dengan penyiasatan semula Lembaga Disiplin Umno berkaitan amalan politik wang dalam pemilihan Umno baru-baru ini. Desas-desus bertiup kencang kononnya Khairy bakal berhadapan tindakan tegas partinya, termasuk kehilangan jawatan yang baru dimenanginya itu. Andaian itu bagai disahkan apabila Najib tidak menyenaraikan Khairy. Najib dikatakan tidak mahu mengambil risiko menyenaraikan orang yang sedang disiasat. Mana tahu silap haribulan akan berulang peristiwa seorang menteri terpaksa melepaskan jawatan kerana bersalah atas dakwaan politik wang. Maka bagi mengelakkan Kabinetnya tercemar, Najib dikatakan siang-siang lagi enggan menyenaraikan Khairy. Namun ada juga yang menilainya sebagai bertepatan dengan hasrat Najib membersihkan Kabinetnya dari bayangan Abdullah. Jika nilaian itu benar, bermakna Khairy adalah mangsa keadaan hanya semata-mata dia adalah menantu bekas Perdana Menteri itu. _

Apr 9, 2009

Tahniah Untuk Semua Penyokong Pakatan Rakyat

Assalamualaikum wmbk Tuan Webmaster dan sekelian Muslim/Muslimat juga semua warga marhaen Malaysia yang dihormati ! Alhamdulillah berkat kerja kuat, istiqamah dalam mengejar kebenaran dan syariah Islamiah serta doa pada Allah SWT maka keputusan memihak pada PKR terutama pada Parti Islam Se Malaysia di Bukit Gantang di samping Bukit Selambau yang dihenyak secukup-cukupnya oleh parti lawan yang mengalahkan kejahatan parti Likud di Israel, ketentuan Allah SWT jua yang maha bijaksana lagi mengetahui dari kelicikkan manusia tambahan pula yang berniat jahat! Tahniah kerana mengundi Parti Islam SeMalaysia demi menuntut keadilan sejati, daripada pemerintah yang mengaku adil tapi zalim di sebalik slogan untuk membela rakyat dengan hamburan air berkimia, tindakan ganas oleh kepala-kepala merah terhadap para pendengar ceramah yang hanya mahu datang mendengar kisah-kisah benar di sebalik kisah putar alam oleh media-media pembodek cetak/elektronik kerajaan (dibaca umno/bn ), tanpa mengira tua muda atau kanak-kanak tindakan diambil begitu rakus dan brutal sekali! Walau berbagai ragam cara khianat, propaganda-propaganda media pengampu totok umno, semua jentera dan agensi lembu pawah digunakan tapi tidak dapat melawan kuasa Tuhan Rabbal Jalil yang menentukan, jutaan ringgit dicurah, pelbagai fitnah diputar dan reka demi memburukkan PKR! Pelbagai tuduhan dilempar seperti jadi boneka dan tunduk pada DAP, menjahanamkan kuasa dan hak orang Melayu juga menderhaka pada raja-raja Melayu, sungguh melucukan ibarat meludah ke langit kerana umum tahu siapa sebenarnya penderhaka pada raja dan sultan sejak dahulu lagi! Sehinggakan yang bukan-Islam pun dilarang menggunakan atau mengambil ayat-ayat daripada Al-Quran yang mulia sampai melapor pada polis! Berbagai spesis cari makan mengeluarkan hujah membalun pengunaan itu dari insan bergelar mufti sampailah pada para pemimpin-pemimpin pemerintah termasuk segala mangkuk-mangkuk pelbagai akademia dan martabat. Mereka menumpang semangkuk untuk jadi juara jurucakap parti penderhaka bergelar umno! Sampai amat melucukan mengalahkan raja badut pun dilakukan kerana takut kehilangan kuasa atau kerusi, yang tidak bertanding pun diserang teruk para pemimpin parti 'cilaka' perasuah termasuk media pengampu terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, padahal beliau tidak langsung bertanding! Bangangkah atau bahlul mereka ini menyerang sepuas-puas hati seperti DSAI bertanding di ketiga-tiga PRK itu! Punyalah mahu tunjuk jaguh dan gah masing-masing menunjukkan 'kepandaian' menghentam DSAI seperti tiada esok, daripada pecacai di akar umbi sampailah pada penderhaka tersohor mantan mamak bendahara mandaliar selama dua puluh dua tahun lebih terjun ke dalam mangkuk tandas fitnah dan serakah! Tanpa kemaluan pula secara sinis mengaku siapa yang tidak pernah buat silap! Hanya baghal atau lembu mungkin tidak faham atau mengerti maksud sebenar situa pengkhianat pada bangsa, agama dan negara termasuk raja-raja juga sultan. Mangkuk tua inilah bapa segala fitnah diteladani pula oleh para-para juak, perasuah kemudian. Bekas diktator tua yang masih riak konon ada berlambak juak-juak pengampu totok mungkin lupa rakyat kini sudah tahu menilai yang mana Muthu dan yang mana Maniam! Mungkin juga ribuan yang mengundi BN itu sama seotak dengan 2500 lebih para-para juak di PWTC tempoh hari yang tak ubah bersalak sebandar tapi lupa bontot selekeh dengan taik! Tahniah pada yang mengundi BN kerana anda semua masih lagi di dalam mangkuk tandas umno yang sangat najis dengan pemimpin-pemimpin rasuah dan khianat, termasuk penderhaka pada raja dan sultan juga khianat terhadap sekelian rakyat marhaen yang cintakan keadilan, ketelusan dan kesejahteraan. Di manakah kemaluan pengundi-pengundi yang menyokong calon dan parti dari BN? Yang dipenuhi perasuah, penyeleweng dan penyalahguna kuasa semata-mata. Relakah kita mengangkat pemimpin-pemimpin daripada golongan yang dipertikaikan kejujuran dan keikhlasannya, pemimpin yang tercemar dengan pelbagai tuduhan berat dan yang terlarang oleh agama Islam. Tidak pelik bagi pengampu-pengampu mengangkat perasuah jadi pemimpin tapi pelik pula bagi mereka bila non-muslim memanjangkan surah daripada Al-Quran walau mungkin silap dalam pertuturan atau bacaan . Macam satu dosa besar bagi umat Islam mendengar bukan-Islam menyampaikan isi surah tapi tidak pula menjadi salah atas segala fitnah, tuduhan derhaka pada raja, dan pembohongan sang pemimpin- pemimpin mereka yang konon Islam! Apakah telinga-telinga sudah pekak di dunia lagi sebelum pun menjenguk ke alam akhirat? Apakah taraf mereka yang mengakui sarjana, doktor, ulamak dalam Islam tapi membuat kerja dajal? Apakah Islam yang mereka bawa atau agama umno/bn yang dilafaz sebagai syahadah? Mukmin sebenar tidak akan berperangai macam setan bak kata Allahyarham Ahmad Nisfu, tapi mungkin agama umno matlamat menghalalkan cara sehingga bukan sahaja rakyat di akar umbi diredah malah segala jabatan, agensi, akta-akta dan undang-undang juga institusi diraja sekalipun habis digodam! Para perasuah merasa alangkah rugi besar jika hilang kuasa di tangan yang bererti ratusan juta malah berbilion yang akan difaraidkan hilang ibarat kisah seorang tukang gigi di Selangor yang sekelip mata menjadi jutawan hanya dengan memegang jawatan menteri memanda, habis diangkutnya rombongan daripada sekeluarga sampailah kepada pengasuh mengalahkan rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel! Tapi ia lebih terlampau lagi dengan menjelajah seantero dunia konon untuk 'kesedaran atau penyesalan' di samping lawatan makan-makan angin dari Disneyland hinggalah ke Timur Tengah di Dubai! Alahai adakah harta pusaka peninggalan orang tua tukang gigi ini? Yang berjuta-juta dipunahkan tanpa rasa malu atau kesal! Sehingga menjadi bongkak dan riak dengan memalukan insan lain dengan hadiah penyapu! Jenis apakah spesis ini? Para pengampu dan penyokong umno /bn perlu fikir sendiri jika pun mampu berbuat demikian dengan berlapang dada tapi mungkin sukar bila telah bertahun-tahun menelan bahan haram dari rezeki rasuah yang hanya menghitamkan hati-hati pemakannya untuk nampak kebenaran! Sekali lagi jutaan terima kasih pada semua yang memenangkan PKR dengan berkorban masa, wang ringgit serta tenaga kerja tanpa mengharap sebarang imbuhan hanya kerana ingin berkhidmat untuk ad'din yang mulia! . Wassalam Kini masa untuk ubah kerajaan kelentongan ! Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Oleh: jingoza

Apr 8, 2009

PM NAJIB: SATU MALAPETAKA BESAR

Lewat Jumaat lalu sebagaimana yang diwar-war akhbar dalam Negara sebagai Jumaat barakah untuk Najib, tercatatlah ia dalam sejarah Negara sebagai PM keenam dalam negara kita dari parti politik yang dikepalai Umno! Berbagai desas-desus yang kita dengar sebelum Najib berjaya mengucup tangan SPB Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan sebagai tanda era baru bermula. Dari 16 September sehinggalah kepada adanya pertemuan empat mata antara Tun PakLah dan DS Anwar Ibrahim sehingga lah kepada perjumpaan tidak dirancang antara mereka berdua di pondok seorang Guru Sufi di Selangor baru-baru ini. Bukan kepalang jumlah rakyat yang sangat menginginkan berlaku sesuatu yang luarbiasa sehingga Najib gagal menjadi Perdana Menteri. Di sudut hati mereka memang rasanya sudah tersurat untuk kita mendapat PM yang acuannya sama jenis dengan Tun Kepala Taik Dr Mahathir, hati kecil meronta-ronta agar ia tidak menjelma sebagai satu kenyataan. Anihnya, tercotoknya Najib di kerusi Perdana Menteri, rakyat seolah-olah hilang atau tiada rasa gumbira atau ‘euphoria’ akan perlantikannya itu. Lain rasanya kalau sekurang-kurangnya KuLi yang menjadi Perdana Menteri! Apatah lagi kalau DS Anwar yang menduduki kerusi itu. Mahu berbondong-bondong rakyat pelbagai kaum yang menziarahi Putrajaya untuk menyatakan rasa gembira dan menyampaikan ucapan tahniah. Ehemm.. apa yang nak dikata lagi? Seorang politikus yang tercemar dengan tuduhan terlibat dalam pembunuhan Altantuya serta rasuah pembelian kapal selam Scopene serta pesawat SU-30MKM serta pelbagai kerja rasuah dan penyelewengan lain akhirnya menduduki kerusi yang pernah disandang bapanya yakni Allahyarham Tun Abdul Razak! Apakah perlu untuk kita merasa bangga dan bergantung harap kepada Najib sebagai orang Melayu dan rakyat negara ini? Atau apakah kita perlu menyimpan rasa khuatir dan curiga untuk tahun-tahun ke hadapan? Hitam kah negara kita selepas ini? Masing-masing dari kita bebas untuk merasa mengikut naluri dan pegangan sendiri. Namun sebagai penulis bebas yang tidak terikat dengan rasa terhutang budi atau taat yang membuta tuli, kita merasakan perlu untuk menulis satu artikel seadanya kerana kita bukanlah seorang lulusan bidang kewartawanan rasmi yang kebebasannya terkancing. PRK di tiga tempat yang berlangsung dalam Negara berkebetulan pula dengan perlantikan Najib! Apakah ia secara kebetulan atau memang dirancang PRK itu sedemikian rupa, hanya Allah dan mereka-mereka yang terlibat sahaja tahu jawabannya. Mungkin juga penentuan tarikh itu melibatkan buah fikiran dari swami ji yang telah melakukan pooja dan mandi susu buang sial ke atas Najib! Ha… bertambah la iman Najib dengan tok sami itu! Ini cerita benar yang diperolehi dari saksi majlis tersebut. Ada dua slogan besar yang sedang digendangkan di khalayak sekarang yakni dalam PRK dengan kata-kata ‘mohon restu rakyat’ dan juga ‘Satu Malaysia’. Mak aih…. Hebat sungguh bunyinya. Kedua-dua slogan ini dipantiskan lagi dengan beberapa janji dan tindakan Najib seperti pembebasan 13 tahanan ISA, penarikan balik penggantungan akhbar Suara Keadilan dan Harakah serta kajian menyeluruh tentang ISA. Mahu percaya ka atau tidak? Ini satu persoalan yang tidak pun sukar menjawabnya. Memang kerja PM ni tidak lah susah sangat jika kita menurut acuan yang digunapakai kepimpinan Umno. Apakah kita akan terpesona dan terpikat dengan slogan yang dilaungkan Najib sebagaimana Islam Hadhari yang dijual PakLah sebaik mendapat kuasa dari Tun Mahathir sedikit masa dahulu? Apakah kita mahu terjerat dengan pembebasan 13 orang tahanan ISA yang begitu susah rakyat usahakan selama ini? Sebaik TKT Mahathir mendapat cokmar kuasa dari Tun Hussein Onn, bedebah ini juga menunjukkan kelakuan terpuji begitu. Beberapa kerat tahanan ISA dibebaskan dan menyalak perubahan-perubahan kearah kebaikan seperti membasmi rasuah. Namun sejarah telah mencatatkan sebaliknya. Seratus enam orang aktivis NGO, ahli politik pembangkang diborong ke Kamunting pada tahun 1987 dan hanya dibebaskan pada tahun 1989. Walhalnya, ketika itu berlaku krisis dalam Umno dan MCA. Yang anihnya, individu yang terbabit secara langsung bebas menghayunkan telornya seperti Datuk Lee Kim Sai. Mat Sabu, Dato’Mahfuz serta lain-lain menjadi mangsa rejim Mahathir. Manakala rasuah pula sudah menjadi darah daging di kalangan politikus Umno! Berbalik kita kepada apa yang sedang dijual Najib di khalayak. Beberapa siri rondaan di kawasan orang ramai seperti Jalan Petaling dan lain-lainnya akan digunakan sebagai hujah beliau PM berjiwa rakyat dan mudah mendekati rakyat. Betulka? Lepas ini mungkin diikuti program SEMARAK pula? Najib boleh buat apa sahaja sementara kuasa berada dalam tangannya. Bukan setakat majlis bersama rakyat malah program hiburan bersama Shah Rukh Khan pun boleh diatur dengan kerjasama Rosmah Mansor untuk menjulang popularitinya. Boleh masyuk lagi kantung lagi sebagai penajanya. Begitu juga dengan pembebasan tahanan ISA serta penarikan balik sekatan terhadap publikasi Harakah dan Suara Keadilan. Senyuman serta rayuan mohon restu rakyat yang menjadi modal pilihanraya kini tidak boleh menutupi kejahatan dan keganasannya dalam kes pembunuhan Altantuya Shaaribu atau Aminah Abdullah itu. Acara bersama rakyat yang dipaksa ke tengah masyarakat juga tidak dapat memadam pengkhianatan terhadap Dana Negara dalam isu rasuah membeli kapal selam Scopene dan pesawat Sukhoi SU-30MKM. Tak boleh….. Bagaimana pula mahu mengikis imej kotor dan jahat bagai Robert Mugabe akan penglibatannya menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak melalui ugutan dan rasuah? Melalui pemahaman kita setelah berbual dengan beberapa perwakilan Umno, jelas terbayang betapa nada mereka mengatakan seseorang PM semestinya punya sedikit ciri-ciri dictator baru lah boleh memerintah Negara dengan berkesan. Mereka menjadikan mantan PM Tun Abdullah sebagai contoh pemimpin yang lemah berbanding TKT Dr Mahathir. Artinya, mood kalangan pemimpin pertengahan serta atasan Umno mahu dan rela jika Najib berwatak dictator. Ini suatu yang amat menggerunkan! Jika kita mengimbas kembali dalam kes Altantuya yang diletupkan dengan C4, laporan mengatakan ada lebih dari enam DNA manusia lain di tempat kejadian malah diakui sendiri oleh dua anggota polis yang terbabit. Siapakah mereka yang malang itu? Apakah kesemua mereka berkait dengan Najib si Perdana Menteri atau sekongkolannya? Jika dictator menjadi pegangan dan direstui oleh Perwakilan Umno, kita menjangkakan suatu yang dahsyat dan sadis menanti kita di hadapan. Semasa TKT Diktator Mahathir mencengkam kuasa, sebaik sahaja membebaskan beberapa tahanan ISA, berlaku Peristiwa Memali yang menjadi satu dendam yang tidak pernah dilupai oleh aktivis PAS. Kemudiannya berlaku pula tangkapan borong ISA ekoran kemelut dalaman Umno serta pertelagahan MCA dan Umno. Apa agaknya yang tersimpan dalam kocek Najib untuk mencengkam kuasa sekurang-kurangnya menyamai TKT Dr Mahathir? Satu ribut secawan kopi dalam Umno dan diikuti kekecohan dalam MIC sebagai dalil mengisi 13 kekosongan di Kamunting? Kita harus faham, kedudukan Umno kini amat parah. Sokongan orang Melayu terlalu nipis kecuali kelompok Melayu kaldai atau pencuci bontot kaldai. Mereka masih bertahan kerana system kerajaan yang ada dicengkam sedemikian rupa sebagai anjing suruhan. Contohnya ialah PRdM, SPR, MACC, Kehakiman sehinggalah ke Angkatan Tentera. Parti politik Pakatan Rakyat bukan sekadar berhadapan UmnoBn sebagai musuhnya, bahkan juga semua system di atas. Begitu lah sukarnya apa yang dilalui Pakatan Rakyat yang diterajui DS Anwar Ibrahim dan rakan-rakan lainnya. Di belakang mereka, rakyat pelbagai kaum telah bersatu dan bermuafakat. Namun di hadapan mereka menanti UmnoBn dengan segala gerombolan jentera yang disalahguna. Pada hematnya, Najib Tun Razak memang tidak layak langsung sebagai PM. Malah sebagai pemimpin orang Melayu pun dia sudah gagal. Ini dibuktikan oleh PRU 10 apabila hanya menang dengan kurang lebih dua ratus undi. Itu pun kerana datangnya karung tambahan undi pos! selepas itu ia menikmati majoriti besar kerana program undi yang dipindahkan dari Kedah dan undi pos yang ditambah. Apa yang nak kita bangkitkan ialah imej Najib di luar Negara amat buruk. Dari Eropah sehingga ke seluruh Asia, akhbar-akhbar mereka menjadikan ia watak kartun yang dikaitkan dengan pembunuhan kejam Altantuya. Jika rasuah pun orang sudah loya melihat muka Najib apatah lagi dengan kes pembunuhan Altantuya. Memang dahsyat. Apa agaknya yang dibuat oleh kelompok agamawan dalam Umno? Mengira wang yang disuap atau apa? Sekiranya sebelum menjadi PM lagi Najib sudah begitu rakus dan jahat, apa kebarangkalian ia akan menjadi PM bertaraf wali? Atau sekurang-kurangnya PM berjiwa rakyat seperti bapanya dahulu? Jika Tun Abdullah Badawi dikaitkan dengan Khairy sebagai punca kelemahan dan kejatuhannya, anak lelaki Tun Razak ini mempunyai Rosmah sebagai ‘archilles tendon’ nya. Bukan lagi satu rahsia yang PM Najib amat takutkan isterinya. Semua kalangan pimpinan Umno dan yang rapat dengan mereka tahu akan perkara ini. Kerakusan wanita itu amat sangat. Jika tidak berhati-hati ia bakal menjadi seperti Imelda Marcos isteri kepada Ferdinand Marcos, mantan Presiden Filipina. Manakala kemasukan Tun Kepala Taik semula ke dalam Umno akan mengeruhkan keadaan dalam Umno mahupun kerajaan. Mungkin ada benarnya dikatakan doa Almarhum Fadzil Noor, mantan Presiden PAS yang membantah ketika orang berdoa agar Mahathir cepat tarikh arwahnya. Sebaliknya, Almarhum mendoakan agar panjang umur Mahathir supaya ia melihat kesan dari kerosakan yang dibuatnya samada secara sedar atau tidak. Ya….lah, kalau difikirkan pada tahap umurnya sepatutnya berkematu di surau atau masjid sambil menghabiskan masa mengerjakan umrah kerana ia mantan PM yang kaya raya. Namun sebaliknya terjadi. Beliau diusung sana-sini untuk bercakap tentang dunia, sedangkan dunia kata pergi dan kubur kata, mari…..mariii….. dalam kata lain TKT Mahathir sekarang sedang mengalami seksaan dunia tanpa disedarinya. Sudah banyak dia terpaksa bercakap lagak Negarawan menegur kepimpinan Tun Abdullah, sedangkan apa yang ditegur itu ialah kesalahan yang sering dilakukan dahulu ketika di puncak kuasa. Kekalahan anaknya baru-baru ini dalam Pemilihan Umno yang katanya secara tipu juga adalah balsan dosa atas penipuan yang dibuat beliau dalam Pemilihan Umno tahun 1987 terhadap tengku Razaleigh!! Kembali kita kepada watak utama dalam artikel ini. Sekali lagi saya ingin tekankan betapa Najib bukanlah seorang yang layak memikul jawatan Perdana Menteri apabila menambilkira latarbelakang peribadi dan kecacatan moral yang dikaitkan dengannya. Ini menjadikan ia lemah, tanpa kredibliti serta terdedah kepada ugutan luar peringkat tertinggi. Apatah lagi sekiranya perisikan luar mempunyai bahan bukti bergambar seperti KGB, M16 atau CIA. Keadaan ini telah pernah menimpa Tun Daim sehingga menyebabkan French Bank bertapak di Malaysia satu ketika dahulu. Cuba bayangkan jika bahan bukti kelemahan Najib itu disimpan pehak Singapura atau Thailand mahupun China, tentu sahaja keselamatan Negara akan terancam. Keduanya jika diambilkira mood perwakilan Umno yang mahukan ia menjadi separa dictator, kacau bilau dibuatnya politik Negara. Tidakkah TKT Mahathir membuktikan satu ketika dulu tatkala pergolakan berlaku dalam Umno. Ketiganya, ialah sekiranya peranan yang dimainkan Rosmah Mansor menyamai Imelda Marcos, kisah Altantuya hanya akan menjadi seperti kisah tadika sahaja. Akan menyusul yang lebih dahsyat. Kelima, penerusan dasar mewujudkan Panglima Ekonomi yang dahulunya dimulakan TKT Mahathir atas dasar kununnya untuk melahirkan ramai jutawan Melayu akan menjadi alat penyelewengan di sebalik topeng dasar pembaharuan DEB ala baru. Kini, kita menanti debaran pembentukan kabinet baru yang katanya akan dikecilkan serta lebih efisien. Memang tidak adil untuk kita memberi komentar kerana mereka belum teruji di bawah slogan ‘mohon restu rakyat’. Namun jika kita melihat kepada para pemimpin yang berconggok dalam hieraki tertinggi Umno serta ‘kapal’ Umno yang sama, kita memang perlu menyimpan rasa gusar dan waspada yang tinggi. Perkasakan Pakatan Rakyat - Dr. Nologareng

Azilah dan Sirul dihukum gantung sampai mati

SHAH ALAM: Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar hari ini dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam setelah didapati bersalah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu. Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin berkata kedua-dua mereka gagal membuktikan sebarang keraguan bagi kes dakwaan tersebut sebaliknya hanya menyalahkan antara satu sama lain.

Azilah: Saya ingin bebas

KUALA LUMPUR:: "Jika ditanya, saya memang ingin bebas daripada tuduhan ini," kata Cif Inspektor Azilah Hadri penuh harapan walaupun menerima hakikat dia bakal berhadapan dengan hukuman mati esok (Khamis) sekiranya Mahkamah Tinggi membuat keputusan sebaliknya. Azilah yang didakwa membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu tiga tahun lalu menyatakan demikian kepada Bernama pada hari terakhir perbicaraan membela diri di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Februari lepas. Kata-katanya itu disambut dengan senyuman oleh tunangnya Nur Azila Baharuddin yang sentiasa berada di sisi memberi sokongan. Dan menurut Nur Azila, sekiranya impian Azilah menjadi kenyataan, mereka akan berkahwin secepat mungkin. Nur Azila berkata dia amat berdebar dan takut untuk berhadapan dengan kenyataan esok. Koperal Sirul Azhar Umar, tertuduh kedua dalam kes ini, yang lebih pendiam berbanding Azilah, menyatakan perasaan yang sama apabila ditanya. Wajah seriusnya tiba-tiba berubah dan sambil tersenyum dia menjawab: "Insyaallah ada harapan." Kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) ini selesai memberi keterangan membela diri Februari lalu tanpa memanggil saksi lain selain mereka sendiri. Azilah, 33, yang diwakili dua peguam, Datuk Hazman Ahmad dan J. Kuldeep Kumar membela diri dengan memberi keterangan di kandang saksi manakala Sirul Azhar, 37, yang diwakili peguam Kamarul Hisham Kamaruddin, Hasnal Redzua Marican dan Ahmad Zaidi Zainal memilih untuk membacakan keterangan bertulis di kandang tertuduh. PENDAKWAAN TIGA TAHUN LALU Dalam kes yang pernah menjadi tumpuan media tempatan dan antarabangsa ini, keduadua mereka didakwa membunuh Altantuya, berusia 28 tahun, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini antara pukul 10 malam, 19 Okt dan 1 pagi, 20 Okt 2006. Sebelum ini, mereka dibicarakan bersama-sama Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC), Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya. Bagaimanapun pada 31 Okt 2008, penganalisis politik itu dilepaskan dan dibebaskan tanpa perlu membela diri setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat. Ketiadaan Abdul Razak menyebabkan perhatian masyarakat kian pudar terhadap perbicaraan kes ini dan ramai yang tidak sedar dua lagi tertuduh hanya baru tamat membela diri dan nasib mereka akan ditentukan esok. Media juga sejak itu tidak lagi memenuhi kamar mahkamah dan tiada lagi sebarang sekatan polis untuk mengehadkan mereka yang membuat liputan, kerana terlalu ramai, seperti mana peringkat awal dahulu.Abdul Razak kini melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah doktor falsafah (PhD) di Universiti Oxford, United Kingdom. KETEGASAN HUJAH PENDAKWAAN Sebagai tertuduh, Azilah dan Sirul Azhar yang mengaku tidak bersalah sudah berhujah dan mengharapkan pembebasan, tetapi bagi pihak pendakwaan, kedua-duanya ialah orang yang benarbenar terlibat dalam pembunuhan Altantuya hingga jasadnya berkecai akibat dibom. Pendakwaan yang dibarisi Timbalan Pendakwa Raya Tun Abdul Majid Tun Hamzah, Noorin Badaruddin, Manoj Kurup dan Hanim Rashid menegaskan di dalam hujahan mereka bahawa Azilah dan Sirul Azhar telah merancang pembunuhan Altantuya. Berdasarkan keterangan saksi semasa kes pendakwaan, bom yang digunakan untuk meletupkan mayat Altantuya, berkemungkinan diletakkan ke dalam mulut wanita itu. Hujahan Manoj di akhir kes pembelaan juga berkata keduadua tertuduh mempunyai motif untuk membunuh dan jenayah yang dilakukan telah dirancang lebih awal. Manoj berkata beberapa keterangan keadaan yang cuba dibuktikan oleh pihak pendakwaan kekal tidak disangkal, tidak dijelaskan dan tidak dijawab oleh keduadua tertuduh. "Kekukuhan gabungan beberapa keterangan itu apabila dipintal telah membentuk dua utas tali, cukup kuat untuk menggantung setiap tertuduh... "Pihak pendakwaan telah membuktikan keraguan melampaui munasabah akan kesalahan keduadua tertuduh, mewajarkan sabitan terhadap pertuduhan membunuh yang dilakukan atas niat bersama keduadua mereka," katanya. PEMBELAAN DI AKHIR KES Azilah yang mula memberi keterangan pada 15 Jan lalu , berkata dia tidak mempunyai sebarang motif untuk membunuh dan melenyapkan wanita itu sebaliknya tujuan dia berjumpa dengannya (Altantuya) hanya untuk menasihati Altantuya secara lembut supaya tidak mengugut Abdul Razak dan tidak membuat kecoh di rumah penganalisis politik itu. Azilah juga memberitahu mahkamah dia diarahkan oleh seorang anggota polis atasan, DSP Musa Safri untuk membantu Abdul Razak dan tidak mungkin melakukan perbuatan "bodoh" (membunuh) itu apatah lagi dia adalah anggota polis. Pembelaan Sirul Azhar pula amat mengejutkan kerana dia bukan sahaja dilihat mengalirkan air mata, malah kenyataannya bahawa dia sekadar kambing hitam yang harus dikorbankan, amat menyentuh perasaan. "Saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam. Saya merayu kepada mahkamah yang kini berada di dalam kedudukan dan mempunyai kuasa untuk menentukan hidup dan mati saya, agar tidak menghukum saya sekaligus menyempurnakan perencanaan mereka terhadap saya," katanya pada 4 Feb lalu sambil membacakan nota bertulis. Kes ini bukan sahaja dilabelkan sebagai perbicaraan yang paling panjang (159 hari) dengan mengemukakan 84 orang saksi di peringkat pendakwaan dan dua saksi (tertuduh sahaja) ketika pembelaan, tetapi merupakan kes utama mahkamah selama dua tahun (sebelum Abdul Razak bebas). Mengikut rekod, Azilah ditahan di penjara Sungai Buloh selama 891 hari manakala Sirul Azhar ditahan selama 895 hari. Peranan dua anggota UTK ini dalam pembunuhan Altantuya memang menjadi perdebatan dengan pelbagai tanggapan timbul, tetapi apapun keputusan mahkamah akan menentukan sama ada mereka akan bebas seperti mana Abdul Razak, atau berhadapan dengan hukuman gantung sampai mati.BERNAMA

Nik Aziz: Undi simpati bantu PAS di Bukit Gantang

KOTA BAHARU: Musyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan kemenangan PAS pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang semalam disumbang oleh undi simpati kepada calon parti itu. "Itu hanya Tuhan yang tahu," katanya kepada pemberita ketika ditanya sama ada pengundi memberikan undi kasihan kepada calon PAS, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang sebelum ini terpaksa melepaskan jawatan Menteri Besar Perak setelah kerajaan pakatan PAS, DAP dan PKR di negeri itu tumbang. Dalam pilihan raya kecil itu semalam, Mohammad Nizar menewaskan calon Barisan Nasional Ismail Saffian dengan kelebihan 2,789 undi. Nik Aziz berkata dengan kemenangan itu, PAS semakin diterima oleh rakyat bukan Islam. "Apa pun punca kemenangan di Bukit Gantang, ia membayangkan penerimaan rakyat terhadap PAS yang memperjuangkan konsep PAS Untuk Semua dan tidak terhad kepada orang Melayu semata-mata," katanya. BERNAMA

Bukit Gantang: Undi Melayu, Cina lebihi sasaran punca PAS menang

TAIPING: PAS, yang berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang, memperoleh kira-kira 43 peratus pengundi Melayu - lebih daripada disasarkan parti itu. Malah PAS juga memperoleh sokongan besar daripada pengundi-pengundi Cina kali ini untuk kekal di Bukit Gantang yang merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) sejak 1959. "Sokongan kaum Cina dianggarkan naik daripada 65 peratus ketika Mac 2008 kepada 75 peratus kali ini," kata Pengarah Operasi Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang, Asmuni Awi hari ini. "Dari segi sokongan pengundi Melayu, kami sebenarnya hanya menjangkakan kira-kira 40 peratus tetapi kami peroleh hampir 43 peratus, ia melebihi sasaran kami," kata beliau. Nizar memperoleh 21,860 undi manakala calon BN, Ismail Saffian menerima 19,071 undi dan calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris 62 undi. Peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 41,626 (75 peratus) naik tiga peratus dengan undi rosak sebanyak 456. Nizar, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, menang dengan majoriti 2,789 undi berbanding diperoleh Allahyarham Roslan Shaharum, dari PAS, sebanyak 1,566 undi. Mengenai sokongan pengundi India pula kata beliau, ia tidak jauh berubah dengan kekal dalam lingkungan 60 peratus berbanding 63 peratus ketika pilihan raya umum 2008. Bahagian Parlimen Bukit Gantang terdiri daripada 55,562 pemilih dengan kaum Melayu mewakili kira-kira 63.5 peratus, diikuti masyarakat Cina 27.1 peratus, India 9.1 peratus dan selebihnya kaum lain. Kata beliau, walaupun ada usaha untuk menghalang arah aliran sokongan pengundi Cina dan Melayu kepada PAS tetapi pihaknya berjaya memperoleh sokongan besar. Dari segi prestasi mengikut bahagian Dewan Undangan Negeri (DUN), beliau berkata, pihaknya menerima sokongan memuaskan di DUN Kuala Sepetang. Kali ini PAS memengani tambahan satu peti undi berbanding lima tahun lalu di DUN Kuala Sepetang. Di bahagian itu, PAS memperoleh 8,466 undi berbanding 7,490 manakala BN juga mengalami kenaikan iaitu daripada 6,193 kepada 6,259. Di DUN Changkat Jering, kali ini PAS kehilangan satu peti undi kepada BN iaitu Changkat Jering. Pada pilihan raya umum lalu PAS menguasai lapan peti undi di DUN Changkat Jering yang wakilnya telah keluar PKR dan Pakatan Rakyat lalu bertindak sebagai wakil rakyat Bebas. Kedua-dua BN dan PAS memperoleh sokongan undi lebih baik kali ini. PAS menerima 9,896 undi berbanding 9,163 Mac tahun lalu manakala BN pula 8,206 undi berbanding 7,939 undi. Berhubung kedudukan di DUN Trong, yang dikuasai BN tahun lalu, PAS juga kehilangan satu peti undi. Tahun lalu kedua-dua BN dan Pakatan Rakyat menguasai masing-masing tujuh peti undi. Dari segi undi sokongan, kedua-dua BN dan PAS menerima peningkatan undi. Misalnya PAS merekodkan 3,367 undi berbanding 3,301 tahun lalu manakala BN memperoleh 4,124 undi berbanding 4,021 undi Mac 2008. Dari segi undi diperoleh, PAS menguasai DUN Kuala Sepetang dan Changkat Jering.

Bekas Exco V. Arumugam pulang jelaskan sebab larikan diri

ALOR SETAR: Bekas anggota Exco Kedah, V. Arumugam yang pulang dari India hari ini berkata beliau melarikan diri kerana faktor keselamatan diri dan keluarganya terancam berikutan menerima banyak ugutan dan desakan supaya melompat parti. "Saya melarikan diri berseorangan ke Mumbai untuk menenangkan fikiran dan hanya akan pulang selepas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau berakhir kerana merasakan keadaan pada masa itu sudah tenang dan selamat," katanya. Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama pihak yang mendesaknya melompat parti tetapi berkata cara itu sahaja yang boleh dilakukan bagi mengelak daripada menjadi mangsa keadaan. "Saya tidak menyesal melepaskan kedua-dua jawatan (wakil rakyat dan Exco) pada 8 Feb lepas," katanya kepada pemberita semasa ditemui sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini, kira-kira pukul 3 petang. Kepulangan Arumugam dapat dihidu wartawan dan jurugambar yang menunggu di lapangan terbang sejak pukul 1.45 petang. Isteri beliau M. Mariyaee, 36, dan anak bongsunya, Selvanthiran, 7 tahun menunggu beliau dengan ditemani peguam, Murshidah Mustafa. Turut menyambut kepulangan Arumugam ialah Speaker DUN Kedah, Datuk Dr. Abd Isa Ismail, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukti Selambau yang baru, S.Manikumar dan setiausaha politik Menteri Besar Kedah, Md Sanusi Md Nor. Arumugam memenangi kerusi Bukit Selambau sebagai calon Bebas pada pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas dan kemudian menyertai PKR. Beliau mendakwa telah banyak kali membuat laporan polis mengenai ugutan yang diterima dan cermin keretanya dipecahkan. "Sampai bila saya hendak tunggu...sampai kena bunuh dulu baru polis hendak bertindak padahal orang nak culik saya dan kawad pengecaman juga telah dibuat. Takkan tidak ada suspek," katanya. Arumugam berkata beliau menyerahkan keputusan kepada pimpinan tertinggi parti untuk menentukan kedudukannya dalam PKR tetapi pada masa sama merancang mencari pekerjaan. "Saya masih ahli PKR dan memegang jawatan Timbalan Pengerusi Perhubungan negeri dan Naib Ketua Bahagian Merbok," katanya sambil menambah akan meminta maaf kepada penduduk Bukit Selambau dan berharap Manikumar akan menyambung tugas yang ditinggalkan," kata beliau. Beliau menambah PKR akan mengambil tindakan lebih berwaspada dan sewajarnya supaya 'malang' yang menimpa dirinya tidak menjangkiti Manikumar tetapi percaya ADUN baru itu tidak akan melompat menyerti parti lain. BERNAMA

Apr 7, 2009

keputusan sah

P059 BUKIT GANTANG PAS : 21,860 (MB DS Ir. Muhammad Nizar) BN : 19,071 (Ismail Sapian) BEBAS : 54 ROSAK : 71 MAJORITI PAS : 2,789 Pilihan Raya Umum 2008 Roslan Shaharum (PAS) – 20,015 Azim Zabidi (Umno) – 18,449 M Morgan (Bebas) - 872 Majoriti PAS: 1,566 N25 - BUKIT SELAMBAU PKR : 13,327 BN : 10,936 BEBAS (longgok semua dalam sebakul) : 532 MAJORITI PKR : 2,391 Pilihan Raya Umum 2008 V Amurugan (Bebas*) - 13,225 (menyertai PKR) S Krishnan (MIC) - 10,863 Majoriti Bebas: 2,362 Kepada para Menteri yang dalam perjalanan pulang ke Ibu Negara, BERHATI-HATILAH DI JALAN RAYA... esok mungkin ada kepala yang akan dipancung.... sebab ROSMAH AKAN BELI KABINET DAPUR YANG BARU... PENGUNDI BUKIT GANTANG, BUKIT SELAMBAU & BATANG AI ANDA MEWAKILI MAJORITI RAKYAT MALAYSIA!

PKR dahului calon BN di Bukit Selambau

SUNGAI PETANI: Sehingga pukul 8.40 malam, calon PKR, S. Manikumar mendahului dengan 2,621 undi berbanding calon BN, Datuk S. Ganesan yang mendapat 2,034 undi. Jumlah tersebut hasil kiraan 16 peti undi daripada keseluruhan 65 peti undi. Sementara itu, jumlah undi bagi 13 lagi calon Bebas ialah: 1. R Loganathan (kelapa sawit) - 11 2. Tan Hock Huat (kunci) - 18 3. Radzi Md Lazim (kerusi) - 7 4. Mohd Fazil Wahab (kepala harimau) - 31 5. Abdul Rahim Abu (jam loceng) - 17 6. L Sarala (basikal) - 23 7. A Jayagopal (payung) - 9 8. S Moganakumar (buku) - 13 9. Khamis Awang (ayam jantan) - 9 10. Husaini Yaacob (bas) - 59 11. M Vaneson (ikan) - 12 12. Mej (B) Anuar Abd Hamid (telefon) - 133 13. T Chandrarajan (kapal terbang) - 26

Keputusan tidak rasmi Nizar menang kerusi Bukit Gantang

TAIPING: Keputusan tidak rasmi, calon Pas, Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin dipercayai telah memenangi pilihan raya kecil kawasan Bukit Gantang dengan majoriti 3,022 undi. Mohd Nizar memperolehi 18,891 undi. Sementara calon Barisan Nasional (BN) mendapat 15,859 undi manakala calon Bebas, Kamarul Ramizu mendapat 51 undi. Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Roslan Shahrom daripada Pas pada 9 Februari lalu. Pada pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008, calon PAS memperoleh 20,015 undi menewaskan calon Abdul Azim Mohd Zabidi (BN) 18,449 manakala M Mogan (Bebas) memperoleh 882 undi. Calon Pas menang dengan majoriti 1556 undi. Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa berkata beliau yakin pihaknya akan memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya kali ini.

Apr 6, 2009

PAS-PR PECAHKAN ROYONG DAPATKAN SAGU .

PRK P. 59 BUKIT GANTANG: PAS-PR PECAHKAN ROYONG DAPATKAN SAGU. REFERENDUM PENGUNDI KEPADA PM KEPALA RAMPASKUASA; RAMPAS TUBUH KERAJAAN HARAM PERAK KEPADA MB HARAM. PADA 7 APRIL 2009 SELASA Negara secara amnya serta negeri Perak Darul Redzuan khususnya, maka pengundi-pengundi mudalah yang akan mencorak dan menentukan dalam pengisian politik negara dan politik negeri. Gelombang tiupan tsunami perubahan politik negara yang meletakkan PR yang didominasikan oleh PAS, PKR dan DAP dengan ‘Ketuanan Rakyat” telah menafikan UBN menguasai Parlimen dengan penguasaan mutlak. Hatta anak muda telah merobek dan runtuhkan kerajaan UBN di Perak, Selangor, di Kedah, di Pulau Pinang, di Wilayah Persekutuan dan terus mempertahankan Kelantan dibawah Tok Guru. Anak muda yang telah mengerti dan memahami arah tuju dan keperluan politik negara yang tidak berpaksi kepada duri dan api dogma perkauman yang sentiasa disemai dibajai oleh UBN sekiranya diri mereka dalam keadaan teresak diasak untuk kembali bangun memerentah. Besok, 7 April 2009 Selasa, anak Perak yang berjiwa besar yang berada diluar Perak kerana bekerja merealisasikan hidup dan kehidupan masing-masing diperantauan, yakni dimaksudkan rakyat dan pengundi di PRK P. 59 Bukit Gantang, kembalikan hari ini ke Bukit Gantang saya berseru dan merayu, kerana anak-anak semua mempunyai tugas keramat dan tanggungjawab besar, lebih besar dari Bukit Gantang itu sendiri, dan beratnya lebih berat dari timbangan Bukit Gantang itu sendiri, dengan pulang dan mengundi calun PAS-PR YB DS Ir. Nizar Jamaluddin. Anak-anakku pengundi budiman, kembalilah dirimu dan tebuskanlah kerajaan PR yang anak-anak mertabatkan pada 8 Mac 2009 telah dirompak dirampas digantikan dengan KERAJAAN HARAM UBN oleh PM baru melalui mamak pedukang Pulau Pangkor. Anak-anakku tegakkanlah, persadakan maruah kita maruah kerajaan Pakatan Rakyat – PAS, PKR dan DAP Perak Darul Redzuan, dengan anak-anakku kembali dan pastikan memberi undi dan memangkah calun PR-PAS YB DS Ir. Nizar, Inshaallah. Pasang dan pasakkanlah selama dan semasa perjalanan pulang hari ini dan pagi besuk, pemusatan fokas adalah untuk mengundi calun PAS-PR di Bukit Gantang, Alhamdulillah, Jazzakumullahhukhirankasira kepada Allah lah kita tenttukan kemenangan itu. Undi keramat, undi dipertanggungjawaban itu dengan anak-anak memangkah undi kepada calun PAS-PR YB DS Ir. Nizar Jamaluddin, ianya merupakan satu detik menyusur perjalanan kita menuju PRU13. Kemenangan tutas di P. 59 Bukit Gantang pada 7 April 2009 yang dibokti dan direaliti laksanakan anak-anak, ianya bukan kosong dan bersahaja. Anak-anakku! Ianya adalah ‘REFERENDAM-PUNGUTAN SUARA RAKYAT’ didalam peristiharan menolak Najib PM baru juga sebagai kepala lanun merampaskuasa kerajaan dan kepala perompak menubuh kerajaan haram UBN Perak. Penjarah dan banjingan wajarlah diajar dipeti undi Bukit Gantang, Bukit Selambau dan di Batang Ai serentak. Tokoh yang mengepalai kerja-kerja haram rampasan kuasa tersebut adalah TPM DS Najib Ataspaya, yang semuanya mengikut skrip dan program terancang untuk nilai tambah dan lonjakkan sokongan keatas beliau di PAU baru-baru ini. Untuk memperkukuhkan kepercayaan perwakilan untuk beliau menduduki Perdana Menteri. Suara rakyat, undi keramat rakyat, yang membara berterusan tanpa padam. Diatas kemarahan dan untuk mengajar UBN yang mendapat IMMUNITI dari SPR, PDRM, KHN, PN dan banyak lagi rangkaian immuniti membias kepada UBN termasuk di PRK P 59 Bukit Gantang dan di dua PRK yang lain. Diatas kesatuan PR, membulatkan kemarahan kepada UBN disinilah penyokong PR akan bergandingan Melayu, Cina dan India untuk memberi undi kepada calun PR dari PAS YAB DS Ir. Nizar Jamaluddin MB PR. Pengundi akan mengajar dengan menterjermahkan ‘REFERENDUM’ tutas kepada UBN keatas calun mereka. Pengundi dan rakyat Bukit Gantang tidak menghirau dan berkesah dengan merayu dan meminta peluang undi dari pengundi. Rakyat dah bertekad 50 tahun kami bersama UBN dan kini kami bercerai talak 3 yang kami akan terjermahkan dipeti undi pada 7 April 2009 ini. Semboyan yang bergema dan disambut rakyat dan pengundi muda P 59 Bukit Gantang. Diatas rangsangan dan bertanggungjawabnya anak-anak kembali ke Bukit Gantang untuk undi pangkah untuk memenangkan calun PAS-PR YB DS Ir Nizar Jamaluddin MB sah PR Negeri Perak Darul Redzuan. Diatas semangat itulah Pakcik Ibn Abdullah merumuskan kerja-buat kerja pangkah sokongan anak-anak besuk, dengan menganggarkan kemuncak pengundi yang akan keluar mengundi adalah dari jumlah pengundi berdaftar 55,562 pengundi membuang undi hetong panjang/pukul rata diantara 78% - 85% mengikut komposisi kaum. Walau bagaimanapun saya mengambil jumlah jangkaan keluar mengundi dengan peratus yang realistik iaitu 81.5% keluar mengundi. Bermakna jumlah jangkaan keluar membuang undi dari jumlah pengundi berdaftar adalah seramai 45,283 pengundi. Saya menjangkakan bahawa calun bebas yang menyertai PRK Bukit Gantang akan hilang deposit, cuma mampu dapat undi Melayu 1% sahaja iaitu kira-kira 452 undi sahaja. Menjelang PRK P 59 Bukit Gantang Perak Darul Redzuan, pada 7 April 2009 jumlah pengundi berdaftar disahkan seramai 55,562 pengundi. Pecahan pengundi mengikut kaum adalah: (1) - Melayu 63.51% berjumlah 35,287 pengundi (2) – Cina 27.28% berjumlah 15,157 pengundi dan (3) – India 9.21% berjumlah 5,117 pengundi. Seruan PR - PAS sebagai calun yang bertanding, yang mendapat sokongan 100% dari PKR dan DAP, dengan fokas satu matlamat dan satu tekad iaitu PRK P 59 Bukit Gantang ini merupakan “REFERENDUM – PUNGUTAN SUARA” rakyat diatas penubuhan kerajaan haram UBN dalam lagenda haram rampasan kuasa keatas kerajaan PR Negeri Perak Darul Redzuan. Ø Jumlah undi Melayu 35,287 - 81.5% keluar undi : 28,759 (Bebas Melayu perolehi 1%: 452 undi) Bakinya: 28,307 undi. Ø Jumlah undi India 5,117 – 81.5% keluar undi: 4,170 undi. Ø Jumlah undi Cina 15,157 – 81.5% keluar undi : 12,352 undi. (1) - Calun PAS- PR : DS Ir Nizar Jamaluddin – dapat undi Melayu 50% : 14,153 undi India 53% : 2,210 undi - undi Cina 58% : 7,164 undi – Jumlah undi diperolehi : 23,527 undi. Majoriti 2,510 undi. (2) - Calun UMNO-BN – Encik Ismail Safian – dapat undi Melayu 49% : 13,870 undi India 47% : 1,960 undi – undi Cina 42% : 5,187 undi – Jumlah undi diperolehi : 21,017 undi. Untuk mencapai anggaran majoriti menang 2,510 undi maka kepulangan anak-anak pengundi yang berada diluar Bukit Gantang adalah wajar pulang dengan jiwa yang besar sebagai wira dan pahlawan moden bertarong dimedan peperangan demokerasi yang senjata umph yang ampuh adalah tenaga pembunuh peledak C4 yang berada disetiap tangan anak-anak dan pengundi sedia dalam kawasan iaitu PANGKAH CALUN PAS YB DS Ir Nizar Jamaluddin. Pasti kejayaan selanjutnya menanti dan pasti kedudukan Najib PM di persoalkan dengan 3 referendum rakyat keatasnya. Seluruh tenaga kerja, yang terlibat didalam semua posisi keperluan menjana dan mengembeling PRK P 59 Bukit Gantang atas fokas menjana kemenangan besar PR. Modal insan yang mewakafkan diri anda, perkhidmatan anda sehingga jam 2 pagi 8 April 2009, sabarlah dengan cabaran yang lebih besar besuk dihari pembuangan undi. Tabahkanlah hati, rapatkan kerjasama erat dikalangan ahli-ahli, penyokong khususnya dikalangan kepimpinan PR – PAS, PKR dan DAP. Anak muda yang berjiwa waja perkasa, kawalkanlah poster, bena khususnya pos dan MTD anda, bertindaklah berpandu kewarasan dengan menerima pandangan tegur ajar dari orang-orang tua, sekalipun datangnya dari pemimpin Cina, pemimpin India hurmatilah demi untuk kmenangan. Malam terakhir ini, bagi yang mempunyai lidah masin hamburkanlah amanat akhir pegangan kukuh pengundi tekad untuk memangkah undi kepada calun PAS-PR YB DS Ir Nizar Jamaluddin. Untuk perisai dan defending terakhir sejak penamaan calun segala daya usaha dibulatkan. Maka besuk jam 6.30 pagi 7 April 2009 Selasa wahai wiraku PACA iaitu petugas Polling Agen dan Caunting Agen, ditangan andalah Ir Nizar Jmaluddin, PAS dan PR selain dari Allah, anda semualah tempat bergantung harap, menyempurnakan tugas sepenuhnya dengan tanggungjawab dan dipertanggungjawabkan, sebagai benteng pertahanan terakhir. Sempurnakan semua tanggungjawab anda, bantahlah ditempat yang wajib dibantah sampai ketengahkan. Ketua kaunting agen setiap saloran, wajib Borang perjumlahan Unsi kalau tidak salah ingatan saya Borang 14 (maaf kalau tersilap) pastikan ditandatangani oleh KTM, di TT PA BN dan kita sendiri, nyawa bercerai badan sahaja yang mampu memisahkan B14 tersebut, pastikan B14 bersama anda selamat bersama peti undi dengan satu salinan untuk diserahkan di tempat perjumlahan undi. Harganya bernilai besar disisi pilihanraya yang dihadapi ini. Anak-anakku dan adik-adikku!!!!! Ingatlah sebulan seluruh kepimpinan Perak setiap malam mengadakan ceramah menghadapi pengundi dan pengundi-pengundi telah bersama kita. Tidak perlulah disebut tokoh besar PAS, PKR dan DAP yang berceramah. Pengawasan selia UPU, markas dan sebagainya dengan gigih dan semangat yang waja kental. Maka anak-anakku dan aik-adikku yang bertuga sebaga PACA dengan perkasa stamina, minda sejahtera. Alim Ulamak berdoalah anda kita tunaikan peranan masing-masing mengikut urutan dan susunan kemampuan. Bagi pahlawan uzur syaraai sepertiku ini (Ibn abdullah Al Awab) inilah modium dan medan peperangan yang sisa-sisa satu-satunya dimiliki. Iaitu gerakjari ditetikus laptop dengan minda yang terbatas, turut berjuang bersama. Rayuanku, sebaik Allah tentukan takdirnya kita mempertahankan kemenangan dan tinta menang, seluruh hadirin yang berada didewan maupun iluar dewan Pusat Perjumlahan Undi, tunaikanlah gemakanlah serentak mengalunkan lagu KEBANGSAAN KITA-NEGARAKU diikuti dengan doa yang dipanjat syukurkan oleh AlFadzil Ustaz Ahmad Awang. Itulah daulatkan negara junjung kesukuran kepangkuan Allah. Selamat mengundi, selamat bertugas dan redza dan relalah dengan perjuangan ini, Inshaallah, Alhamdulillah. http://tintaibnabdullahawab.blogspot.com/2009/04/pas-pr-pecahkan-royong-dapatkan-sagu.html Dinukilkan oleh: Ibn Abdullah Awab:

Saman tiga wakil rakyat Perak akan diputuskan Rabu ini

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini akan memutuskan Rabu ini sama ada ia mempunyai bidang kuasa untuk menentukan isu perlembagaan berhubung pihak yang berhak dan berkuasa untuk mengisytiharkan kekosongan sesuatu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar penghujahan mengenai bantahan awal oleh peguam Sulaiman Abdullah, yang mewakili Speaker DUN Perak V. Sivakumar, yang mencabar supaya perkara itu dirujuk ke Mahkamah Persekutuan. Empat lagi hakim dalam panel yang bersidang hari ini terdiri daripada Hakim Besar Malaya, Datuk Ariffin Zakaria; Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nik Hashim Ab Rahman dan Datuk S. Augustine Paul serta Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk James Foong. Sivakumar dan ahli DUN bebas Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kapt (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) yang mengemukakan saman tersebut tidak hadir. Tiga wakil rakyat bebas itu telah memohon supaya saman itu dirujuk ke Mahkamah Persekutuan di bawah Perkara 63 Perlembagaan Perak 1957. Sulaiman membantah atas alasan bahawa mahkamah tersebut tidak mempunyai bidang kuasa untuk menangani isu berhubung Perkara 63 Perlembagaan Perak kerana ia merupakan perundangan sebelum Merdeka. Perkara 63 Perlembagaan Perak berbunyi: "Tanpa menjejaskan apa-apa bidang kuasa rayuan atau penyemakan Mahkamah Besar, jika dalam mana-mana prosiding di hadapan suatu mahkamah lain suatu soal berbangkit tentang kesan mana-mana peruntukan Perlembagaan ini, Mahkamah Besar boleh, atas permohonan salah satu pihak dalam prosiding itu, memutuskan soal itu dan sama ada membereskan kes itu atau menghantar balik kes itu kepada mahkamah yang satu lagi untuk dibereskan mengikut keputusan itu." Dalam penghujahan selama sejam mengenai sejarah badan kehakiman Malaysia bertarikh sejak 1948, Sulaiman berkata Perkara 63 berkuat-kuasa sebelum 31 Ogos, 1957 dan ayat "Mahkamah Besar" dalam artikel itu dirujuk kepada dua mahkamah Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan seperti ditubuhkan pada 1948 di mana Mahkamah Persekutuan hanya ditubuhkan pada September 1963. Katanya walaupun ayat "Mahkamah Besar" dalam Perkara 63 kemudian dipinda kepada "Mahkamah Persekutuan" pada 1997, Perkara 63 Perlembagaan Perak tidak diperuntukkan untuk membenarkan pemohon merujuk isu perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan. Artikel 121 Perlembagaan Persekutuan memberi tiga bidang kuasa kepada Mahkamah Persekutuan bidang kuasa rayuan, perunding dan bidang kuasa lain yang mungkin diperuntukkan oleh undangundang persekutuan. Perlembagaan Perak tidak boleh menjadi undang-undang persekutuan. "Hanya cara untuk menafsirkan Perkara 63 seiring dengan Artikel 162 Perlembagaan Persekutuan adalah untuk menterjemahkan ayat 'Mahkamah Besar' sebagai 'Mahkamah Tinggi'," kata Sulaiman. Bagaimanapun, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, yang bertindak sebagai pencelah dalam perbicaraan itu, mengemukakan bahawa Perkara 63 itu sah dan kesahihan bidang kuasa diperuntukkan kepada Mahkamah Persekutuan untuk mendengar permohonan tersebut. "Ianya adalah elok dan sesuai bagi Mahkamah Persekutuan untuk menentukan ianya memiliki bidang kuasa untuk mendengar permohonan ini di bawah Perkara 63," katanya. Peguam utama dalam tiga wakil rakyat tersebut, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, yang mengambil pendirian sama seperti Peguam Negara, berkata Mahkamah Persekutuan mempunyai kuasa untuk membuat tafsiran bagi memutuskan isu-isu perlembagaan. Pada 16 Mac lepas, Pesuruhjaya Kehakiman, Ridwan Ibrahim merujuk saman yang difailkan oleh ketiga-tiga wakil rakyat itu ke Mahkamah Persekutuan bagi menentukan lima persoalan perlembagaan kesahihan surat peletakan jawatan yang tidak bertarikh dan sama ada Speaker DUN atau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa mutlak menentukan sesuatu kerusi DUN itu kosong atau sebaliknya. Jamaluddin, Mohd Osman dan Hee telah mengemukakan saman terhadap Sivakumar kerana mengisytiharkan kerusi mereka itu kosong. Terdahulu itu, SPR berkata kerusi tersebut tidak kosong. BERNAMA

Faktor kemenangan PAS di Bukit Gantang

Berdasarkan mood pengundi yang disokong oleh rakyat Perak dari pelbagai kaum, Pakatan Rakyat boleh diisytihar menang! Kenyataan ini boleh dikongsi bersama berasaskan senario yang wujud di Bukit Gantang. Berdasarkan sambutan pada penamaan calon yang menyebelahi Pakatan Rakyat apabila perarakan itu disertai kira-kira 50 ribu rakyat yang datang menzahirkan sokongan tinggi terhadap Dato Seri Mohammad Nizar Jamaludddin (Ir Mohd Nizar) selaku calon. Pada pusingan awal ini, majoriti mood rakyat yang disokong oleh senario hangat politik Perak sejak berlaku rampasan mandat rakyat pada 5-6 Februari lalu boleh diratingkan sebagai menang Pakatan Rakyat. Kesannya rakyat telah bangkit (dalam perarakan calon Pakatan Rakyat) bagi menyatakan bangkangan terhadap tindakan anti sistem yang dimulakan oleh Dato' Seri Mohd Najib yang menggunakan taktik permainan kotor. Apabila berlakunya pilihan raya kecil Bukit Gantang, maka ruang terbuka luas bagi rakyat membuktikan mandat rakyat pada pilihan raya umum 2008 adalah masih kekal. Justeru itu, pilihan raya kecil kali ini adalah peluang membuktikan bahawa rakyat tidak merestui kerjatangan Mohd Najib yang baru dilantik sebagai Perdana Menteri pada 3 Mac lalu. Selanjutnya, bagi membuktikan bantahan rakyat Perak terhadap permainan kotor rampasan mandat rakyat itu, ia telah diterjemahkan melalui sambutan hangat kempen calon Pakatan Rakyat dan isu-isu yang disampaikan kepada setiap pengundi. Ia disusuli dengan sambutan luar biasa kehadiran kali pertama Presiden PAS dan Mursyidul Am PAS ke Bukit Gantang, diikuti dengan Penasihat Umum KeADILan yang ceramahnya berdepan dengan halangan polis atas alasan akan membawa kesesakan teruk trafik. Mood tersebut berkekalan sebaik sahaja Ir Mohd Nizar diamanahkan sebagai calon yang berdepan dengan calon BN dan Bebas. Calon BN mahupun Bebas adalah memiliki populariti yang jauh tercorok berbanding Ir Mohd Nizar. Setiap kali kempen peribadi anjuran calon PAS secara langsung mahupun tidak adalah mendapat publisiti percuma beberapa media perdana (kerana melaporkan isu-isu manipulatif seperti peristiwa tazkirah di Masjid Simpang). Begitu juga media berbahasa Mandarin turut melapor secara terperinci pergerakan kempen calon Pakatan Rakyat itu. Kesemua senario itu, membawa kepada ramalan awal perjalanan kempen adalah berpihak kepada Pakatan Rakyat, maka Pakatan Rakyat layak menang. Sehinggalah Timbalan Presiden Umno, Muhyidin dan Dr Zambry Menteri Besar 'rampasan mandat rakyat' begitu tertekan. Begitu pula, Naib Presiden Umno, Zahid terpaksa berkempen secara 'unIslamic' menggunakan hiburan 'panas' (disertai tarian gadis terdedah) untuk meraikan kumpulan pengundi muda Cina!! Gambar Malaysiaikini membuktikan. Walaupun itu adalah melanggari nilai-nilai masyarakat Melayu Bukit Gantang, ia terpaksa dilakukan demi meraih simpati pengundi Cina yang sedang menolak calon BN yang mirip wajah Dr Zambry itu. Begitu pula di dalam usaha memenangi jiwa 'agama' pengundi Melayu, Muhyidin telah terpaksa menjadi imam solat di salah sebuah masjid diikuti dengan majlis sumbangan 'wang' untuk pengerusi-pengerusi masjid (bukan rasuah kerana ia dibuat atas nama agensi kerajaan, walaupun tujuannya untuk meraih undi). Sedangkan berapa lama dah UMNO memerintah Perak, dan berapa banyak pungutan zakat dibuat dan sudah jutaan ringgit projek pembangunan masjid diluluskan dalam bajet kerajaan... masjid yang ada terus diabai sehingga berlaku pilihan raya kecil barulah disalurkan sumbangan untuk pembangunan masjid! Pihak bukan BN mempersoalkan: Tindakkah itu satu cara memperalatkan masjid dan imam serta pengerusi masjid; menerima wang politik yang mirip kepada rasuah. Mungkin Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) boleh mentafsirkan itu sebagai rasuah dari pemimpin Umno untuk kelompok pengundi! Sekiranya pengundi Melayu Bukit Gantang dalam memahami tindakan sumbangan wang politik itu adalah amalan rasuah dan amalan rasuah pengundi adalah tradisi kempen pilihan raya BN, maka fahaman ini akan menyebabkan pengundi Melayu bakal melakukan react dengan mengundi calon PAS Ir Mohd Nizar layak berada dipihak menang! Meskipun calon PAS menerima serangan peribadi yang teruk dalam dua isu utama: penderhaka dan boneka Cina. Kedua-dua isu ini dinilai oleh pemerhati bebas sebagai chewgum yang terlekat dalam ketiadaan air liur sahaja. Ini bermakna pengundi muda yang bermaklumat tidak mudah dipengaruhi. Kerana dua isu ini adalah 'klasik' dan bersifat order lama. Hal ini memungkin pengundi muda kekal bersama Pakatan Rakyat yang statusnya majoriti mengundi Pakatan Rakyat. Rating ini adalah melayakkan Pakatan Rakyat menang! Bagaimana pula pengundi wanita? Apakah dengan peralihan pimpinan wanita Umno, kekalahan Rafidah Aziz yang sekian lama membawa imej wanita Perak dalam arus nasional masih membawa kelebihan kepada calon BN. Apa yang berlaku, segelintir pengundi wanita diberitahu 'calon kite' adalah peminat pusat hiburan di Danok. Lalu pemerhati luar yang mendapat respon, betapa Danok itu adalah lokasinya di Thailand adalah pusat hiburan yang berat kepada 'kemaksiatan'. Apakah wanita Bukit Gantang boleh menerima seorang 'calon kite' yang memiliki kegemaran demikian? Persoalan ini terjurus kepada kain pemidang yang tertulis huruf besar "DANOK" berwarna biru. Ia boleh jadi satu isyarat daripada kumpulan wanita prihatin ditujukan kepada Ismail bukannya Kamarul bukan juga Ir Mohd Nizar. Jika tafsiran ini tepat, sudah pasti pengundi wanita tidak akan berfikir banyak kali untuk tidak mengundi BN dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang! Layaknya Pakatan Rakyat dapat memenangi hati wanita, kerana Ir Mohd Nizar dilihat bebas dengan imej "DANOK". Daripada analisis senario di atas, blog ini merumuskan: Dalam kempen yang normal, tanpa penglibatan ugutan pihak samseng terhadap pengundi Cina dan India, mahupun Melayu, maka Pakatan Rakyat menguasai kempen dan layaknya mencapai kemenangan. Namun Tuhan yang Esa adalah perancang mutlak, manusia sekadar merancang untuk mencapai segala tujuan. Tujuan itu tetap tercapai bila diizin-Nya. (Penulis adalah Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, yang juga bekas Ahli Parlimen Bachok, analisis beliau boleh dilayari di greencresent-wanibrah.blogspot.com - Editor) - mr _

Orang Melayu Perak turut dapat tanah

BUKIT GANTANG: Penganugerahan hak milik tanah kepada rakyat Perak berketurunan Cina dijadikan modal oleh BN untuk membangkitkan isu perkauman dan kemarahan pengundi Melayu kepada Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin. Nizar dituduh sebagai 'Menteri Besar Boneka DAP' kerana memberikan tanah kepada orang Cina sahaja. Tohmahan ini disebarkan di Bukit Gantang oleh para pemimpin Umno yang gilakan kuasa dan mahu mempertahankan rampasan kuasa yang mereka lakukan. Bagaimanapun tohmahan itu tidak mudah ditelan rakyat negeri ini. Penduduk di Kampung Kurnia Jaya, Taiping contohnya tahu pemimpin mana yang membela nasib mereka dan pemimpin mana yang hanya menabur janji. "Kampung Kurnia Jaya ini dahulu tapak bekas lombong, selama 30 tahun kampung ini menjadi tanah setinggan, penduduk di sini sering kali dijanjikan dengan geran hak milik setiap kali pilihan raya oleh pemimpin pemimpin Umno," kata Ketua Kampung Rahmah dan Kampung Kurnia Jaya, Yahya Sidek. Penduduk katanya sudah bosan dengan janji-janji Umno yang hanya pandai berjanji tetapi tidak pernah mengotakannya. "Semasa pemerintahan BN, pihak tertentu telah menggazetkan kampung ini sebagai tanah kosong yang tidak ada penghuni dalam peta Mukim Asam Kumbang, sedangkan di sini ramai penghuni. Tanah kampung ini kemudiannya telah dibeli MK Land sebelum pilihan raya umum ke-12," ujarnya. Apabila Pakatan Rakyat memerintah negeri Perak dan Roslan Shaharum menjadi Ahli Parlimen Bukit Gantang, masalah penduduk di sini telah dikemukakan kepadanya dan beliau berjanji menyelesaikannya dalam tempoh dua tahun. "Pada 16 Disember lalu telah diadakan taklimat dengan Pejabat Tanah Taiping dan dialog diadakan di Dewan Orang Ramai Kamunting bersama Menteri Besar, Ir Mohamad Nizar. "Pegawai Daerah memberi jaminan urusan menyukat tanah diselesaikan pada Mac. "Kemenangan Pakatan Rakyat telah membuka sejarah baru bagi penduduk di sini. Kerajaan negeri telah membatalkan perjanjian dengan pihak pemaju. "Serentak dengan itu juga pada 11 Jun 2008 Menteri Besar telah menggazetkan tanah ini untuk diberikan geran hak milik," jelas beliau. Menurut Yahya, keputusan kerajaan negeri Pakatan Rakyat meluluskan tanah tersebut untuk diberikan hak milik membuktikan Ir Nizar memberikan tanah kepada orang Melayu, sekaligus menafikan tohmahan BN kononnya Nizar hanya memberi tanah kepada orang Cina. "Tidak lama selepas episod rampasaan kuasa, Dato' Zambry ada datang ke sini dan memaklumkan kononnya pihak beliau telah meluluskan tanah perkampungan ini untuk diberikan hak milik. "Ini satu penipuan kerana hak milik tanah ini telah diluluskan oleh Nizar selaku Menteri Besar," katanya. Kenyataan Yahya disokong seorang penduduk, Mohd Hassan Ahmad yang telah tinggal di kampung itu sejak 15 tahun lalu. "Cerita hendak beri hak milik tanah ini sudah lama, setiap kali pilihan raya pemimpin Umno berjanji, tetapi janji hanya tinggal janji," katanya. Beliau selaku ahli Jawatankuasa Bertindak Masalah Tanah di kampung itu turut kesal apabila jawatankuasa 'mee segera' yang diwujudkan pihak tertentu bertindak sebagai 'hero' kononnya merekalah yang menyelesaikan masalah hak milik tanah di kampung itu. Penduduk di sini, katanya melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Pakatan Rakyat kerana meluluskan permohonan tanah dan memberikan hak milik kepada mereka. Beliau bagaimanapun kesal apabila Zambry ketika datang ke kampung itu mendakwa telah meluluskan permohonan tanah tersebut. "Ini satu penipuan sekaligus menafikan apa yang telah dibuat oleh Ir Mohamad Nizar. "Zambry juga berjanji dalam masa dua minggu urusan mengeluarkan geran hak milik tanah akan selesai tetapi hingga sekarang belum diperolehi; penduduk sudah bosan dengan janji BN," ujarnya. Seorang lagi penduduk Othman Lah, turut sependapat dengannya dan mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pakatan Rakyat yang prihatin dengan masalah penduduk di sini. "Tohmahan BN yang mengatakan Nizar beri tanah kepada orang Cina sahaja tidak berasas, orang Melayu kampung ini turut diberikan hak milik tanah," katanya. Kampung Rahmat dan Kampung Kurnia Jaya dahulunya adalah kubu kuat Umno tetapi kini berubah menjadi 'kawasan hutam' bagi Umno. Sekiranya pada PRU ke-12 lalu BN berkuasa lagi, tambah Othman, penduduk kampung terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada jiran-jiran kampung berdekatan kerana tanah dan Kampung Kurnia Jaya Tambahan sudah tiada lagi.- tajdid _

Mahathir: Si tikus derhaka yang kononnya membela raja

SEORANG perwakilan Umno daripada Pulau Pinang mengejutkan perhimpunan agung Umno pada tahun 1991 dengan pertanyaan sinis: "Siapakah tikus yang sanggup menggantungkan loceng di leher kucing." Dewan Merdeka PWTC tempat berlangsungnya perhimpunan agung Umno itu tiba-tiba menjadi senyap sunyi. Masing-masing perwakilan yang sebelumnya bersorak-sorai apabila Raja-raja Melayu dihina dan dipermain-mainkan sepanjang tiga hari perhimpunan itu berlangsung mula berasa seram sejuk. Sepanjang tiga hari, perhimpunan Agung Umno tahun itu berubah menjadi 'sidang penderhakaan' terbesar Melayu terhadap Raja-rajanya. Tidak cukup dengan kata-kata nista dan cemuhan yang dilemparkan terhadap Raja-raja Melayu, media massa pro-Umno juga turut menyiarkan ucapan-ucapan perwakilan dan pemimpin Umno yang mengecam dan mempersendakan Raja-raja. Matlamatnya satu, mahu perlembagaan dipinda bagi membataskan kuasa dan menghapuskan imuniti Raja-raja Melayu. Dato' Zainal Abidin Sakom, wakil Umno Selangor yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar waktu itu menjadi wira dalam perhimpunan itu. Beliau tanpa segan silu dan tidak beradab menyerang peribadi Sultan Selangor. Zainal turut menyerahkan senarai salah laku Sultan Selangor kepada Dr Mahathir untuk didedahkan kepada rakyat. Penderhakaan terbuka Zainal menaikkan semangat para perwakilan Umno. Satu demi satu aib Raja-raja Melayu didedahkan dan keaiban-keaiban ini disiarkan oleh media elektronik pro-Umno secara langsung dan media cetak pro-BN keesokan harinya. Bagaimanapun cerita tikus dan kucing oleh perwakilan Umno Pulau Pinang itu tiba-tiba mengecutkan perut para perwakilan yang sebelum itu begitu biadap dan celupar menghina istana. Tiada seorang pun perwakilan Umno yang berani menyahut cabaran perwakilan Umno itu sehinggalah ucapan penangguhan Presiden. Dan ketika memberikan ucapan penangguhannya Presiden Umno, Dr Mahathir Mohamad (Dato' Seri) dengan beraninya berkata: "Ada perwakilan yang bertanya siapa tikus yang berani menggantung loceng di leher kucing... Jawapannya kamilah... Kami yang berada di atas pentas ini (Ahli Majlis Tertinggi Umno)." Maka bersorak-sorai para perwakilan Umno meraikan keberanian Dr Mahathir itu. Hasilnya satu Resolusi 4 Perkara telah diluluskan Perhimpunan Agung Umno untuk mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu. 18 tahun kemudian Lapan belas tahun kemudian, di Bukit Gantang; Dr Mahathir yang baru dua hari menyertai Umno mencerca calon PAS, Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin kerana kononnya menderhaka kepada Sultan Perak. "...'Saya pohon derhaka'. Cukup special. Tidak pernah dengar perkataan ini sejak (peristiwa) Sultan Mahmud mangkat dijulang, inilah kali pertama kita dengar," kata Mahathir dihadapan ribuan penyokongnya. "Kalau tidak bersetuju (kepada raja), kita tidak bersetuju, OK. Tapi jangan sampai kata mohon menderhaka. Wah, bukan main, besar," kelentong Dr Mahathir. Tidak payahlah rasanya untuk kita mengulas kenyataan 'negarawan' itu. Sejarah panjang pentadbiran Mahathir sudah cukup untuk menyaksikan peri derhakanya beliau kepada Raja-raja Melayu. Cuma dikesalkan adalah kelompok Melayu penyokong Umno di Bukit Gantang yang masih bersorak-sorai menyokong Dr Mahathir, si tikus tua yang kononnya masih punyai aura untuk memartabatkan Umno dan BN. Sungguh benar kenyataan Dr Mahathir... "Melayu mudah lupa"._

Rasuah basikal dan tabur wang RM400 seorang

BUKIT GANTANG, 6 April (Hrkh) - Umno memberi sebuah basikal dan wang berjumlah RM400 kepada semua penduduk di Changkat Jering untuk memastikan penduduk di kawasan itu memberi undi simpati kepada calon mereka. Perkara tersebut diakui oleh seorang penduduk yang enggan dikenali bahawa semua penduduk telah menerima pemberian daripada Umno. Dalam perkara yang sama seorang peniaga Cina turut mengakui Umno telah memberi wang sebanyak RM300 kepada orang Melayu manakala orang Cina hanya di beri RM100 setiap seorang. Beliau yang berniaga di Simpang, Changkat Jering menyelar sikap Umnoyang tidak adil dalam pemberian wang tersebut. "Masyarakat Cina marah sebab orang Melayu dibagi RM300 tetapi orang Cina hanya diberi RM100. Ini tidak adil kenapa mesti bezakan antara orang Melayu dengan Cina, kita sama-sama rakyat Malaysia," katanya. Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh yang turut berkempen di Simpang, Changkat Jering berkata, pemberian wang dan sebagainya daripada Umno-BN itu sudah menjadi amalan biasa parti itu. Beliau menegaskan, setiap kali pilihan raya sama ada kecil atau pilihan raya umum Umno-BN cuba kelabukan mata rakyat dengan memberi berbagai-bagai bantuan. Menurut beliau, pengundi Bukit Gantang tidak perlu takut untuk turun mengundi pada hari Selasa, 7 April nanti. "Pengundi perlu fikir panjang jangan kerana wang RM400 dan sebuah basikal kita sudah menggadaikan prinsip generasi masa hadapan," katanya. Beliau mengingatkan seluruh pengundi supaya jangan takut untuk memberi kepercayaan kepada calon PAS dan Pakatan Rakyat untuk mentadbir kerajaan negeri Perak. "Kita akan berkhidmat dengan lebih baik kerana BN yang telah memerintah selama 51 tahun rakyat di Perak masih lagi ketinggalan untuk menikmati pembangunan," jelas beliau. Ini dibuktikan tambah beliau, penduduk di Pekan Terong masih ramai yang dhaif kerana selama ini Umno-BN hanya pandai membuat janji ketika kempen pilihan raya tetapi tidak pandai menepati janji. Bagi petugas PAS beliau berharap supaya dapat terus istiqamah dan sabar menempuh segala provokasi daripada Umno-BN dalam tempoh akhir ini sebelum menjelang hari mengundi. Beliau berkata melalui sumber mengatakan petugas Umno-BN akan menjatuhkan semua bendera PAS untuk menimbulkan kemarahan kepada penyokong-penyokong PAS. Katanya, Umno-BN boleh melakukan apa sahaja dan akan menunding jari kepada PAS atau kesalahan tersebut. Sehubungan itu beliau berharap petugas PAS dapat bersabar dan membanyakkan doa kepada Allah disamping menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara maksiat. _

Apr 5, 2009

Esok, hari akhir Najib bersihkan diri!

SUNGAI LALANG, 5 April (Hrkh) - Esok merupakan hari terakhir bagi Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak untuk membersihkan namanya dari kaitan kes Altantuya Shariibu sebelum berdepan 'hukuman' oleh para pengundi bagi Pilihan Raya Kecil di tiga tempat iaitu Parlimen Bukit Gantang, Dun Bukit Selambau dan Batang Ai pada 7 April ini. "Di mana esok adalah hari terakhir dia (Najib) boleh bertindak sekurang-kurangnya menyatakan saman kepada akhbar Liberation di Perancis untuk memohon maaf di atas laporan oleh akhbar tersebut," demikian ditegaskan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shahrin pada sidang media parti itu di Yayasan Aman, di sini hari ini. Sikap berdiam diri Najib katanya, menunjukkan seolah-olah beliau akur dengan laporan akhbar tersebut. Jelas Badrul lagi, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pernah mengemukakan saman terhadap akhbar di London kerana mengaitkan PAS dengan rangkaian Al-Qaeda di Asia Tenggara dan PAS menang dalam pendakwaan itu manakala akhbar berkenaan turut mohon maaf. Ujar beliau, begitu juga saman fitnah yang dikemukakan Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar terhadap sebuah akhbar tempatan di mana Mahfuz turut memenangi kes itu. "Jadi ini perlu diikuti oleh PM, jika tidak pengundi-pengundi di tiga tempat ini boleh meletakkan penghakiman terhadap PM yang gagal menjawab isu tersebut," tegasnya. - mks. _

15 DALIL UMNO PENDERHAKA SEBENAR!

1. Pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar di buang daripada istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana mengkritik Sultan atas isu harta dan hutang keluarga beliau. 2. Pada tahun 1974 Tan Sri Ghazali Jawi, ayah kepada Datuk Seri Tajol Rosli enggan meletak jawatan Menteri Besar Perak, walaupun perjanjian asalnya beliau hanya mahu memegang jawatan tersebut selama dua tahun sahaja. Sampai masa beliau mungkir janji menyebabkan Sultan Idris murka. Baginda bernazar tidak mahu bercukur jambang selagi Ghazali tidak mahu melepaskan jawatannya. Bukan ini derhaka namanya. Tiba-tiba sahaja Tajol Rosli berkata Umno tidak pernah derhaka. Kalau begitu apa tafsiran tindakan bapanya itu? 3. Pada tahun 1979, Menteri Besar Pahang ketika itu, Datuk Abdul Rahim Bakar berselisih faham dengan Sultan Pahang. Media pro Umno mengkritik Sultan secara terbuka. 4. Pada 1983 Umno mengurangkan kuasa YDP Agong berhubung pengisytiharan darurat. Apabila Majlis Raja-Raja Melayu menolak cadangan tersebut Umno membelasah institusi raja melalui media kawalannya. 5. Semasa Perhimpunan Agung Umno pada 1991 Sultan Kelantan dikritik secara terbuka kerana didakwa menjadi penyebab kekalahan Umno di Kelantan. 6. Dalam Perhimpunan Agung Umno itu juga perwakilan Umno meminta supaya harta raja-raja Melayu disiasat. Laporan ini disiarkan oleh utusan Malaysia pada muka surat depan. Tidakkah ini derhaka namanya? 7. Satu demonstrasi dan menghantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan. Kenapa FRU tidak tembak gas pemedih mata serta menangkap penderhaka-penderhaka Umno? 8. Pada 18 Januari 1993 Umno membuat pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja dihadapkan ke Mahkamah Khas. Apabila raja-raja Melayu meminta menangguhkan pindaan tersebut Umno melancarkan kritikan terbuka terhadap salah laku raja-raja. 9. Pada tahun yang sama juga beberapa siri rapat umum haram Umno dibuat di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri (sekarang Tun) Dr Mahathir Mohamad dan mengecam raja-raja Melayu. 10. Tengku Razaleigh Hamzah dengan sinis mengatakan mana satukah yang lebih merbahaya: Pindaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat kepada Sultan Perak pada 6 Februari 2009? Beliau tidak bersetuju dengan tindakan Karpal Singh mahu menyaman Sultan Azlan Shah tetapi beliau juga menyatakan Karpal membuat suatu perkara yang dibenarkan oleh Perlembagaan tahun 1993. Tiba-tiba sekarang Umno pula menjerit marah kepada Karpal. Sepatutnya orang Umno pun kena buat demonstrasi depan pejabat Umno kerana pemimpin merekalah yang menjatuhkan martabat raja sehingga boleh diheret ke mahkamah kata Tengku Razaleigh. 11. Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sultan Ismail Petra pada 29 April 1993 di bawah pokok ketapang di Ketereh, Kelantan oleh Datuk Seri Annuar Musa. Kalau ini bukan sesuatu yang amat memalukan atau derhaka dan kurang ajar, apa namanya? 12. Kenyataan biadap Datuk Seri Shahidan Kassim, bekas Menteri Besar Perlis yang mengatakan beliau mempunyai bukti Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta. 13. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib mendakwa Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin "derhaka". Lupakah dia siapa yang melarikan Ku Yah, puteri Sultan Selangor sampai baginda murka? Tidakkah ini perbuatan derhaka? 14. 23 daripada 24 Adun Terengganu mengugut untuk memboikot majlis angkat sumpah datuk Ahmad said selepas pilihan raya umum 2008. Mereka buat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana dan mahu Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar. Manakala penyokong Umno pula mengatakan Sultan sebagai binatang pada kain rentang. Kenapa polis menangkap mereka yang hanya berdemontrasi di hadapan istana Kuala Kangsar pada 6 Februari 2009 sahaja? 15. Datuk Seri Shahidan Kassim memboikot perlantikan Datuk Seri Dr Mohd Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis, bukankah ini derhaka namanya? ADMIN - KedahLaNie TIME - 3:56 PM Labels: UMNO

Kejutan Anwar hanya selepas 7 April?

SUNGAI PETANI: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih membiarkan rakyat berteka-teki apabila tidak mengumumkan 'kejutan' yang didakwa beliau amat penting dalam ceramahnya sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau malam tadi. Anwar berkata, beliau hanya akan mengumumkan perkara itu pada 7 April ini selepas Pakatan menang di tiga pilihan raya kecil termasuk juga di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Batang Ai. "Saya harus menggunakan majlis ini untuk menambah satu pengumuman yang penting. "Kita bincang semalam dan kita tahu, kalau kita bagi pengumuman itu malam ini, risikonya terlalu besar. "Oleh yang demikian, saya nak tunggu sampai 7 hari bulan (April). "Kita menang di Bukit Selambau, menang di Bukit Gantang, menang di Batang Ai dan kita sambung pengumuman penting kepada rakyat Malaysia semua," katanya di hadapan kira-kira 3,000 orang di Dewan Hock Seng, Sungai Lalang di sini. Jumaat lalu, Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution menyatakan Anwar akan mengumumkan satu kejutan yang didakwa beliau akan memberi ‘nilai tambah’ kepada Pakatan Rakyat dan impak besar kepada pilihanraya kecil tersebut. Pada majlis itu juga, seramai 6,000 ahli PPP daripada lapan bahagian di Kedah telah meninggalkan parti itu dan menyertai PKR termasuk Naib Presidennya, V. Nadarajan. Tindakan itu didakwa telah menyebabkan enam bahagian parti itu termasuk Kubang Pasu, Kuala Kedah, Pokok Sena, Kulim, Baling dan Merbok dibubarkan. Nadarajan dalam ucapannya berkata, PKR telah memberi nafas baru kepada mereka menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk meninggalkan PPP. Dalam reaksi segera, Pengerusi Perhubungan PPP Kedah, R Daass pula berkata, tidak ada mana-mana ahli yang meninggalkan parti itu kerana pihaknya tidak menerima sebarang surat keluar parti. "Kami tidak menerima sebarang surat. Mereka boleh dakwa apa yang mereka mahu tetapi sepanjang pengetahuan kami, tidak ada yang meninggalkan parti kerana mereka tidak memulangkan kad keahlian," katanya.

Pelantikan Najib, bukti Umno pinggirkan rakan komponen BN

SUNGAI LALANG, 5 April (Hrkh) - Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua menyifatkan tindakan keluar parti oleh Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Dato' V.Nadarajan bersama 6,000 ahli parti itu di Kedah dan menyertai KeADILan sebagai arus yang tidak boleh dielakkan Menurutnya, telah wujud kontra yang besar sejak sekian lama di mana Barisan Nasional (BN) tidak tidak dapat memberi layanan sama rata dan positif kepada sesama teman-teman komponen mereka. Perkara tersebut juga katanya tidak dapat diselesaikan dengan pelantikan Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri. Malah ujar Tian Chua, pelantikan Najib melanggar semangat di dalam BN sehingga rakan-rakan komponen mereka semakin ramai meninggalkan BN. "Sebagai contoh Najib telah disahkan sebagai Presiden Umno pada persidangan Umno baru-baru ini. Umno bukan parti yang tunggal memerintah di negara ini, mereka berkongsi kuasa dengan 13 parti. "Sepatutnya sebelum Najib dikemukakan kepada Yang Di-Pertuan Agong bagi pelantikannya, Majlis Tertinggi BN sepatutnya bersidang untuk 'confirm' cadangan dari Umno melantik Najib sebagai PM," ujarnya pada sidang media di Yayasan Aman, di sini hari ini. Jelasnya, perkara tersebut dilakukan pada pelantikan semua PM sebelum ini tetapi tidak dibuat semasa melantik Najib. Katanya lagi, Umno juga tidak menguasai majoriti dalam Parlimen tetapi Umno bertindak seolah-olah telah mengenepikan rakan komponennya yang lain termasuk parti-parti kecil dalam komponen itu. "Umno membuat satu anggapan atau asumsi bahawa Presiden Umno ini secara automatik menjadi Perdana Menteri. Sungguhpun secara tektikal begitu, tetapi sekurang-kurangnya dalam muafakat satu barisan, ianya harus dibincangkan. "Ia kontra dengan Pakatan Rakyat di mana konsultasi dan perundingan merupakan satu proses yang sangat penting," ujarnya yang turut menyatakan bahawa BN sering melemparkan tohmahan kononnya Pakatan Rakyat tidak sepakat dan cuba melaga-lagakan antara PAS, KeADILan dan DAP. Ujarnya juga, BN tidak memahami konsep perundingan secara ikhlas yang diamalkan Pakatan Rakyat dan menyifatkan perlantikan Najib sebagai kembali ke era Mahathirisme. Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar melahirkan rasa bangganya kerana Najib sebagai PM telah memilih untuk melawat kawasan Parlimen diwakilinya berbanding kawasan parlimen lain yang turut diwakili KeADILan. Bagaimanapun beliau mengingatkan Najib agar tidak menggunakan lawatan itu sebagai gimik politik sebaliknya melaksanakanlah janji dan memastikan golongan miskin bandar terutamanya sekitar Kerinchi turut diperjuangkan BN walaupun Parlimen Lembah Pantai diwakili oleh KeADILan. Katanya juga, Najib belum dapat memastikan perubahan benar-benar berlaku di bawah pemerintahannya. - mks. _