Mar 26, 2009

Hati-hati dengan lirik lagu merosakkan akidah

HARI ni saya memang nak meluahkan satu benda yang dah lama terbuku dihati. Rasanya wajib disampaikan lebih-lebih lagi untuk mengingatkan diri yang senantiasa leka ni.

Dari lirik-lirik lagu yang saban hari tersiar di radio dari dulu hingga sekarang ada lirik-lirik lagu yang boleh merosakkan akidah kita sebagai umat Islam.

Bait-bait perkataan yang digunakan sangat tidak sesuai dan berlebih-lebihan. Antaranya:

Faizal Tahir - Mahakarya Cinta

Kau bagaikan udara yang membantu aku untuk terus hidup diatas dunia tanpamu ku lemah pasti aku tak berdaya kerna kau maha karya cintakau takkan dapat aku lupakan kerna kau lah punca cinta kita mengajar aku erti bahagia kembalilah .. terimalah pesan daku yang akan terus menunggu

Gigi - 11 Januari

Akulah PenjagamuAkulah PelindungmuAkulah PendampingmuDi setiap langkah-langkahmuPernahku Menyakiti HatimuPernah kau melupakan janji iniSemua Karena kita ini manusia

Banyak lagi sebenarnya. Kita boleh tafsir sendiri kenapa aku kata merosakkan akidah. Tapi itulah menjadi siulan dan penghayatan ramai anak-anak remaja sekarang ni.

Bila dengar lagu-lagu yang liriknya boleh merosakkan akidah memang saya akan tukar cepat untuk dengar stesen lain. Nak ikut atau tidak terpulang.

Yang penting saya dah sampaikan. Dan lagi satu buat peminat-peminat fanatik Agnes Monica yang nyanyi lagu Matahari tu semak la balik lagu dia yang ni.

Kalau dengar ada orang Islam yang nyanyi lagu ni memang boleh dipancung saja. Memang elok diban saja lagu ini.

Agnes Monica- Allah Peduli

Allah mengertiAllah peduliSegala persoalan yang kita hadapiTak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiriSbab Allah Yesus ku mengerti

AZWAN MUHAMMAD

PKR kemuka dokumen kepada SPRM mengenai dakwaan penyelewengan MIC

SHAH ALAM Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Gerakan Belia Prihatin (CYM), sebuah NGO, hari ini mengemukakan pelbagai dokumen mengenai dakwaan penyelewengan oleh MIC melibatkan tanah milik sebuah sekolah rendah Tamil di Bandar Utama, ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di sini.

Naib presiden PKR dan anggota Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah, berkata kes itu membabitkan dakwaan penyelewengan dilakukan oleh presidan MIC Datuk Seri S.Samy Vellu ke atas tiga ekar (1.2 hektar) tanah perdana yang pada asalnya diketepikan untuk Sekolah Tamil Effingham.

Beliau berkata tanah itu dikhaskan untuk kegunaan awam dan tidak harus dijual atau dipindahkan kepada manamana individu atau parti politik, oleh itu tidak sesuai bagi MIC mengambilnya.

"Kami mahu Samy Vellu berbuat sesuatu yang betul dengan mengembalikan baki tiga ekar tanah yang pada asalnya diketepikan untuk Sekolah Tamil Effingham kepada rakyat.

"Adalah baik beliau mengakui bahawa ini adalah kesilapan pentadbiran yang mengakibatkan namanya disenaraikan sebagai pemilik separuh daripada tanah itu di Jalan Bandar Utama 1/1.

"Tetapi kini sudah hampir enam bulan sejak beliau meminta maaf dan kita mahukan beliau membetulkan kesilapan itu," kata Sivarasa kepada pemberita sebelum menyerahkan dokumen bukti kepada pengarah SPRM Selangor Moh Samsudin Yusof.

Sebelum ini, setiausaha agung MIC Datuk Dr S. Subramaniam menjelaskan bahawa tanah itu dimiliki oleh parti dan berlaku kesilapan dalam keterangan mengenai tuanpunya tanah.

Beliau dilaporkan berkata bahawa kesilapan itu telah dibawa ke perhatian Pengarah Tanah dan Galian Selangor dan MIC sedang mengambil langkah membetulkan perkara itu menerusi peguamnya.BERNAMA

Mar 24, 2009

Boleh berpolitik, Tapi jangan gila politik !

SAYA terbaca Sifat al-Safwah karya Ibn al-Jauzi yang meriwayatkan bahawa ketika Khalifah Harun al-Rasyid menaiki Bukit Safa, seorang tokoh umat bernama ‘Abd Allah bin ‘Abd al-Aziz al-‘Umari berkata kepadanya: “Lihatlah ke arah Kaabah.” Harun al-Rasyid menjawab: “Aku sedang lihat.” Kata beliau lagi: “Berapa jumlah mereka yang kau lihat?” Jawab Harun: “Siapa yang mampu membilangnya.”

Kata beliau pula: “Berapa jumlah manusia yang seperti mereka?” Jawab Harun: “Hanya Allah yang mampu menghitungnya.” Kata al-‘Umari lagi: “Ketahuilah engkau bahawa setiap mereka itu hanya akan ditanya pada hari kiamat tentang diri mereka sahaja, hanya engkau yang akan ditanya tentang diri mereka semua, maka hati-hatilah engkau tentang nasib engkau nanti.”

Maka terduduk dan menangislah Harun al-Rasyid mengenangkan masa depannya di akhirat kelak.

Jawatan kepimpinan adalah amanah dan beban. Ia menimbulkan kegerunan dalam setiap hati yang menyedari besarnya bebanan kedudukan politik pada hari Allah menghitung amalan manusia nanti.

Namun bagi yang tidak insaf, kedudukan politik dan kuasa adalah satu kegilaan buatnya. Sehingga fikiran, harga diri, bahkan agamanya pun sanggup dipertaruhkan untuk mendapatkan kerusi politik.

Ini disebabkan pandangan terhadap kuasa politik itu berbeza-beza antara seorang dengan yang lain.

Ada yang melihatnya sebagai amanah Allah dan ada pula yang melihat sebagai kesempatan untuk kemasyhuran, kedudukan dan pengumpulan harta atau pengikut.

Jika kita lihat kepada Palestin, apalah sangat yang hendak direbutkan sehingga sanggup bermati-matian antara Fatah dan Hamas.

Banyak sangatkah projek mega di Palestin itu? Selesa sangatkah jawatan-jawatan di bumi yang bergolak itu? Namun, begitulah kuasa dan politik, ia menjadi kegilaan tanpa mengira tempat dan waktu.

Sejak dahulu manusia sanggup melakukan apa sahaja; sekalipun membunuh sesama saudara hanya semata kerana kuasa. Kadangkala kegilaan kepada kuasa lebih dahsyat daripada candu atau ganja.

Seseorang sanggup memfitnah orang lain dengan berbagai-bagai fitnah kerana kuasa. Ada yang sanggup melupakan jasa orang lain, hanya kerana kuasa.

Ada yang bermasam muka, tidak bertegur sapa dan memutuskan saudara hanya kerana politik dan kuasa. Ada pula yang sanggup menjatuhkan, bahkan mengkafirkan sesama Muslim semata-mata kerana kuasa.

Politik kadangkala benar-benar meracun hidup sesetengah orang, sehingga seakan hilang ingatan dan daya tumpuan melainkan hanya politik.

Sepanjang waktu segala pemikirannya ditumpukan kepada politik. Apa sahaja tindakan, percakapan atau kebaikan orang lain dinilai dengan nilaian politik. Gila politik ini kadangkala mengenai orang bawahan melebihi orang atasan.

Ada pula yang melelongkan agama secara murahan, sehingga segala nas agama ditafsirkan serasi dengan hasrat politik, sekalipun tafsiran itu menyimpang dari roh syariat yang diturunkan Allah.

Ada pula yang menipu orang ramai tentang hasratnya yang sebenar dalam berpolitik. Entah berapa ramai yang menyebut tentang hasrat untuk berkhidmat kepada rakyat, tetapi dalam masa yang sama sebenarnya dia mengidam harta rakyat.

Apabila manusia seperti ini menguasai politik, maka medan politik bukan lagi menjadi ruang tanggungjawab melaksanakan amanah Allah untuk berkhidmat kepada rakyat dan umat, sebaliknya menjadi saluran membina kekayaan dan kekebalan diri serta kebongkakan di atas muka bumi.

Kegilaan ini dalam banyak hal tidak mengenal latar negeri, pendidikan atau parti. Hanya yang selamat, mereka yang insaf tentang tanggungjawab kuasa politik pada hari kiamat kelak.

Petunjuk

Justeru itu, petunjuk Nabi s.a.w. begitu jelas dalam hal ini. Daripada Abu Musa katanya: Aku dan dua orang lelaki dari kaumku telah masuk kepada Nabi. Salah seorang daripada dua lelaki berkenaan berkata: Lantiklah kami menjadi ketua wahai Rasulullah! Seorang lagi juga berkata demikian.

Lalu baginda bersabda: Sesungguhnya kami tidak melantik dalam urusan ini sesiapa yang memintanya atau bercita-cita untuk mendapatkannya (riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ketika mengucapkan hadis ini, Nabi adalah pemimpin dalam politik. Dalam menentukan pemilihan calon kepimpinan, baginda memaklumkan bahawa dasar baginda adalah tidak memilih individu yang mempunyai ‘kegilaan politik’.

Ini kerana yang menggilai itu kurang atau tidak ada keinsafan terhadap amanah kepimpinan. Dasar seperti ini wajar diberikan perhatian oleh kepimpinan setiap negeri dan negara.

Dalam hadis yang lain baginda menyebut: Kamu semua begitu bercita-cita terhadap jawatan kepimpinan, ia akan menjadi penyesalan pada hari kiamat. Ia sesuatu yang nikmat pada permulaannya tapi keburukan pada akhirnya (riwayat al-Bukhari).

Orang yang gila politik ialah individu yang tipis ingatan terhadap akhirat, maka rengganglah hubungannya dengan Allah.

Oleh itu dalam hadis yang lain, yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, baginda Nabi menasihati sahabatnya Abd. ar-Rahman bin Samurah: Wahai ‘Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin.

Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu.

Banyak lagi nas Islam menunjukkan seorang yang gila ingin mendapatkan kuasa politik tidak layak untuk diberikan kepadanya jawatan. Hal ini mesti disedari oleh kepimpinan negara dan rakyat jelata.

Berpolitik itu bukanlah sesuatu yang buruk atau dikeji oleh syariah. Ia termasuk dalam tanggungjawab Islam juga. Ia adalah fardu kifayah. Rasulullah dan para sahabat pun berpolitik demi amanah Islam.

Apa yang dikeji ialah gila berpolitik atau tamakkan jawatan sehingga melupai dasar- dasar agama.

Maka bukan semua hasrat dan keinginan mendapatkan kerusi politik itu buruk di sisi Islam.

Jika niat seseorang menyertai politik itu untuk menyelamatkan keadaan seperti mengelakkan kezaliman, penyelewengan atau demi keselamatan umat Islam seperti keadaan sesetengah negara, maka hasrat politik seperti itu patut dipuji.

Nabi Yusuf pun pernah meminta jawatan dalam negara Mesir. Firman Allah dalam surah Yusuf ayat 55-56: (maksudnya): Yusuf berkata: Jadikanlah aku mentadbir perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya.

Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; dia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan.

Jelas, Nabi Yusuf meminta jawatan, bahkan menyatakan ciri-ciri kelayakan yang dimiliki olehnya demi membolehkan dia mendapatkan jawatan tersebut.

Tindakan ini tidak dianggap salah kerana tuntutan keadaan atau keperluan semasa zamannya.

Kata al-Imam al-Qurtubi (meninggal 671H): “Sesungguhnya Yusuf hanya meminta kuasa setelah dia mengetahui bahawa tiada sesiapa yang setanding dengannya, yang dapat melaksanakan keadilan, pembaikan dan menyampaikan hak-hak fakir miskin.

"Dia melihat yang demikian itu adalah fardu ain bagi dirinya, kerana tiada siapa lagi selain dia. Demikian juga hukumnya pada hari ini. Sekiranya seseorang insan tahu mengenai dirinya, bahawa dia dapat menegakkan kebenaran dalam kehakiman dan hisbah, sementara tiada seseorang pun yang sesuai dan setanding dengannya maka jawatan itu fardu ain ke atas dirinya.

"Wajib dia mengendali dan memintanya. Dia juga hendaklah memberitahu sifat-sifat yang melayakkannya iaitu ilmunya, kemampuannya dan lain-lain.” (Tafsir al-Qurtubi, 9/21, Beirut: Dar al-Fikr).

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) juga menyebut bahawa meminta jawatan atas tujuan kemaslahatan agama bukanlah sesuatu yang dilarang oleh syarak (lihat: Ibn Taimiyyah, Majmu’ah al-Fatawa, 8/68, Riyadh: Maktabah al-Abikan).

Bahkan seseorang itu mendapat pahala jika dia inginkan jawatan itu kerana sedar akan kelayakan dirinya yang mampu memberikan khidmat terbaik untuk umat dan menyelamatkan mereka dari kerosakan atau kezaliman, atau bimbang jawatan tersebut akan dikuasai oleh seseorang yang tidak layak atau zalim.

Jika kita lihat para pejuang sebelum dan selepas kemerdekaan, mereka menuntut jawatan politik, tetapi demi kepentingan umat dan rakyat bukan untuk kemewahan diri. Semoga Allah memberikan ganjaran untuk mereka.

Dari segi teorinya, demikianlah. Namun apabila kita sampai ke pelaksanaan hari ini, hampir semua akan mendakwa niat dan tujuannya adalah untuk berkhidmat kepada rakyat, mengelakkan kezaliman atau memastikan orang yang tidak layak tidak mendudukinya. Namun niat hakiki mereka hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Niat

Pun begitu, dalam banyak keadaan, niat sebenar seseorang akan terpapar juga akhirnya.

Sekalipun yang menggunakan nama Islam, belum tentu bebas dari gila politik. Dahulu saya telah catatkan kata-kata al- Nadwi dalam membicarakan tentang dakwah para Nabi.

Di sini saya petik sekali lagi: “Wahai tuan-tuan! Besarnya perbezaan antara matlamat yang dituju dan natijah yang muncul.

Perbezaan ini akan zahir dalam jiwa yang bekerja untuk itu. Maka, yang bertujuan mendapatkan kerajaan, akan hilang kesungguhan dan diam apabila tidak memperolehinya, atau hilang harapan mendapatkannya. Dia akan berhenti dari dakwah. Dia juga akan melampau jika berjaya.

“Bahaya bagi setiap jemaah (kumpulan) yang pemikiran mereka dibentuk atas cinta (mendapatkan) kerajaan (kuasa) dan bekerja untuk itu. Kerana ia akan menyebabkan mereka meninggalkan jihad di jalan dakwah atau boleh terpaling dan terseleweng tujuan mereka. “Sebabnya, uslub (cara) untuk mendapatkan kerajaan berbeza dengan uslub dakwah.

"Wajib kepada kita membersihkan akal dan jiwa kita, semata-mata untuk dakwah. Hanya dakwah, khidmat, pengorbanan, mengutamakan saudara Muslim, mengeluarkan manusia – dengan izin Allah – dari segala kegelapan kepada cahaya (Islam), dari jahiliah kepada Islam, dari kesempitan dunia kepada keluasannya.

"Dari kekejaman agama-agama yang sesat, sistem-sistem yang zalim, mazhab-mazhab yang tidak menentu, kepada keadilan Islam dan lembayungnya.

“Jika pada satu peringkat dakwah, atau pada satu masa – setelah prinsip-prinsip dakwah dan akidah kukuh dalam jiwa pendakwah – tujuan dakwah tidak dapat dicapai melainkan dengan mendapatkan kerajaan, kita akan berusaha untuk mendapatkannya. Demi kemaslahatan dakwah.

"Dengan jiwa yang luhur dan bersih, benar dan amanat, khusyuk dan tulus, seperti kita bersungguh dalam tanggungjawab dan rukun agama, juga ibadah-ibadah yang lain. Tiada beza bagi seorang mukmin antara kerajaan dan ibadah yang lain, jika telah ikhlas dan betul niatnya. Kesemua itu dalam reda Allah, kesemuanya pada jalan Allah. Kesemuanya ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah.” (rujukan: al-Qaradawi, al- Syeikh Abu al-Hasan al-Nadwi kama ‘araftu, m.s. 122-125, Damsyik: Dar al-Qalam).

Justeru itu, seperti kita berkempen bahaya dadah, bahaya rasuah, bahaya pandu laju, kita juga kena berkempen tentang bahaya gila politik. Ia telah mengorbankan ramai manusia sehingga sanggup menjadi hamba orang lain, melanggar batasan syarak, memutuskan silaturahim, bermusuhan sesama Muslim, mengkhianati agama dan negara, menyalahgunakan nama agama, pulau-memulau bahkan ke peringkat menumpah maruah dan darah hanya semata kerana kegilaan mendapatkan kerusi politik.

Jika kegilaan ini tidak dikawal ia akan menjadi politik gila yang akhirnya membawa kepada masyarakat disibukkan dengan desus-desas yang berbagai-bagai, umpat- mengumpat, tuduh-menuduh, surat dan e-mel layang bertebaran dan berbagai-bagai sensasi akan menggugat ketenteraman masyarakat. Ketika orang lain sibuk membina kekuatan ekonomi dan pendidikan mereka, umat Islam pula tidak habis-habis menyibukkan diri dengan gosip dan keresahan politik.

Dalam usaha membina modal insan yang cemerlang dan negara yang bahagia, kepimpinan negara dan rakyat hendak bergerak menghapuskan kegilaan politik yang boleh membawa kepada politik gila ini. Kembali kepada firman Allah: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. (an-Nisa’: 58).

Sumber drmaza.blogspot.com

Mar 23, 2009

Ketam Mengajar Anak Ketam

Berdekah-dekah aku ketawa kerana tak tahan dengan lawak jenaka UMNO. Ini berkaitan dengan usaha mereka, kononnya, nak membenteras politik wang atau rasuah di kalangan pimpinan dan ahli mereka. Jika satu ketika dulu mereka telah ’kerjakan’ Isa Samad kerana dia ini dianggap mengancam orang-orang tertentu sedangkan waktu itu pun boleh kata hampir semua pimpinan dan ahli-ahli UMNO turut terlibat sama tetapi selamat daripada sebarang hukuman. Jadi alasan politik wang ini sangat ampuh untuk digunakan bagi menyekat kemaraan orang-orang daripada kumpulan lain dan secara terang-terangan digunakan kepada sesiapa saja yang tidak dikehendaki oleh orang-orang atasan UMNO.

Saya berani jamin hampir semua pimpinan dan ahli-ahli UMNO terlibat di dalam politik wang cuma yang dihukum berpilih-pilih. Ali Rustam dihukum kerana dia mengancam kedudukan Muhyiddin (yang diyakini akan tewas dengan Ali Rustam). Norza pula dihukum sebab dia dianggap orang kuat Pak Lah. Memanglah mereka ini terlibat di dalam politik wang tetapi bukankah yang lain-lain turut terlibat termasuk Khir Toyo, Khairy, dan semua yang sewaktu dengan mereka.

Bertambah kelakar lagi apabila mereka-mereka yang didapati bersalah diberi hukuman berbeda-beda mengikut selera pimpinan atasan mereka. Ada yang digantung keahlian, ada yang diharamkan daripada bertanding, ada yang bersalah tetapi hanya diberi amaran, malah ada yang didapati bersalah tetapi tiada hukuman yang dikenakan. Lebih hairan bin ajaib ialah Khir Toyo pula didapati tidak bersalah! Kesimpulannya sarkas UMNO ini akan berterusan sehingga si UMNO terjun dengan keris-kerisnya.

Di dalam kemeriahan sarkas UMNO ini, Tun Mahathir pula memberi teguran kepada ’bakal’ PM supaya jangan membuat kesilapan di dalam memilih barisan kabinet nanti dan memastikan yang bersih saja dipilih. Si Najib pula lantas membuat kenyataan bahawa beliau hanya memilih yang bersih saja untuk menganggotai kabinet beliau. Persoalannya adakah lagi orang yang bersih di dalam UMNO? Dia sendiri pun bukan setakat terpalit malah diselimuti dengan pelbagai skandal rasuah, jadi macamana nak jadi kabinet bersih?

Anak Bapa: Daripada gambaran di atas yang saya nampak memang boleh buat kabinet bersih, yakni kabinet sapu bersih ........

http://anakbapa.blogspot.com/2009/03/ketam-mengajar-anak-ketam.html

Guan Eng tolak khabar angin pilihan raya kecil DUN Penanti

BUKIT MERTAJAM: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menolak khabar angin bahawa satu lagi pilihan raya kecil akan diadakan di negeri ini ekoran peletakan jawatan Timbalan Ketua Menteri I Mohammad Fairus Khairuddin.

Beliau berkata kerajaan negeri, bagaimanapun, perlu bersedia berdepan apa jua kemungkinan, namun pada masa ini tiada sebab untuk diadakan satu lagi pilihan raya kecil di Pulau Pinang.

"Saya telah katakan bahawa kita perlu bersedia untuk segala kemungkinan, tetapi saya tidak mengatakannya untuk anda semua (wartawan) membuat spekulasi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan kilang EGalv Steel Industry Sdn Bhd di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri berfungsi atas dasar bahawa terdapat TKM 1 pada Khamis dan Jumaat lepas hinggalah kerajaan negeri menerima surat Mohammad Fairus pada Sabtu, yang menyatakan beliau akan meletak jawatan sebagai TKM 1.

"Kami menghormati keputusannya dan akan membenarkan beliau mengumumkan alasannya, tetapi buat masa kini, biarlah kami uruskan keadaan itu seperti mana ia berlaku."

Beliau berkata kerajaan negeri masih berfungsi seperti biasa. "Ketua Menteri masih ada, bukan?" katanya berseloroh.Bagaimanapun, Lim berkata beliau tidak mahu mengulas mengenai dakwaan (konspirasi) yang dibuat oleh timbalannya memandang itu adalah urusan dalaman Parti Keadilan Rakyat(PKR).

Sabtu lepas, Lim mengumumkan bahawa Mohammad Fairus akan meletak jawatan sebagai TKM 1 dan anggota Exco berkuat kuasa 8 April, tetapi kekal sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti serta anggota PKR.

Dalam perkembangan lain, Lim yang juga Setiausaha Agung DAP, berkata sungguhpun akhbar membuat spekulasi bahawa Barisan Nasional (BN) akan memenangi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Ai, pakatan pembangkang perlu bersedia menangkis apa jua rintangan.

"Dalam pilihan raya kecil, kemenangan sering berpihak kepada parti pemerintah, jadi, pilihan raya kecil yang akan datang bukanlah mudah untuk kami namun kami akan berusaha sedaya upaya untuk menang," katanya.

Lim berkata tidak ada sumber yang cukup bagi membantu ketigatiga calon pakatan pembangkang dalam kempen mereka memandangkan ketigatiga pilihan raya kecil itu diadakan serentak.

Mengenai pilihan raya kecil Batang Ai, Lim menggesa DAP Sarawak supaya menggerakkan semua tenaga kerja yang ada bagi membantu PKR meraih kemenangan mengejut.

Hari ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menamakan bekas Anggota Parlimen Lubok Antu, Jawah Gerang, 55, sebagai calon pilihan raya kecil Batang Ai pada 7 April.BERNAMA

Mohd Ali sepatutnya ikut jejak langkah Fairus - Husam

KOTA BHARU, 23 Mac (Hrkh) - Ketua Menteri Melaka, Dato� Seri Mohd Ali Rustam seharusnya mengikut jejak langkah Mohd Fairus Khairuddin yang meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang bagi memantapkan lagi kedudukan parti.

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, pemimpin Umno seharusnya mempelajari tindakan berani dilakukan pemimpin Pakatan Rakyat sehingga sanggup melepaskan jawatan biar pun tiada masalah besar berlaku.

"Jawatan bukan sesuatu perkara �mutlak yang perlu diwarisi �sampai bila-bila. Fairus tidak mempunyai masalah namun boleh melepaskan jawatan.. tak kan Ali yang terang-terangan melakukan kesalahan rasuah tak boleh letak jawatan.

"Umno kena belajar daripada pemimpin Pakatan Rakyat yang jauh lebih bertanggungjawab," katanya kepada pemberita di pejabatnya semalam.

Beliau ditemui selepas menyampaikan kerusi roda elektrik kepada pelajar cemerlang spastik peringkat kebangsaan Hashim Mohammad, 20 dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2008. Beliau mendapat 2A dan 3B.

Baru-baru ini Fairus meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 dan anggota Exco kerajaan Pulau Pinang. Perletakan jawatan itu dimaklumkan kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng. �

Mengulas isu kerajaan perpaduan katanya, ia tidak semestinya memerlukan kerjasama antara PAS dengan Umno, sebaliknya ia boleh dilaksanakan tanpa penglibatan parti berkenaan.Image

Beliau berkata, walau pun tanpa kehadiran Umno, kerajaan perpaduan dapat dibentuk.

"Sebagai sebuah parti yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara, kerajaan sedemikian boleh diwujudkan tanpa kehadiran Umno.

"Kita jangan ingat bila sebut saja soal perpaduan atau kerajaan perpaduan mesti ada penglibatan Umno, itu tidak betul bahkan sekiranya Umno runtuh, tidak semestinya kerajaan itu tidak dapat dicapai," ujarnya.

Beliau berkata, perbezaan pendapat mengenai sesuatu perkara merupakan perkara biasa berlaku dalam mana-mana parti. - mj_

Mar 22, 2009

Hanya Melayu Umno Berpecah

Oleh hermansamsudeen " Setiap kali Umno terdesak mereka akan memainkan isu perpecahan yang kononnya berlaku dikalangan orang Melayu. Tidak cukup dengan itu, mereka juga mengapi-apikan kaum Melayu dengan menganggap kaum lain sebagai ancaman. Bila sebut sahaja soal ekonomi, Melayu dikatakan terancam dengan kaum lain (Cina & India) walhal kedua-dua kaum itu berdiri dengan sendirinya tanpa subsidi dari Kerajaan.

Bila diperhalusi semula, rupanya bukan keseluruhan orang Melayu berpecah. Hanya kaum Melayu yang masih taat menyokong Umno sahaja berpecah. Mereka diasuh untuk menyokong pimpinan tertentu, khasnya pimpinan yang boleh menabur duit semasa sesi pemilihan atau pilihanraya. Lihat sahaja krisis politik wang yang lebih tepat lagi adalah rasuah dalam Umno. Isa Samad, Ali Rustam, Norza, Khairy dan ramai lagi merupakan pimpinan Umno yang pernah disiasat, dan didakwa kerana rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Pengikut-pengikut mereka mula membuat kacau dan menggangu ahli Umno lain. Bukan itu sahaja, sikap mereka ini bukan lagi mencerminkan semangat Umno yang kononnya pejuang Melayu tetapi telah membawa Umno itu dilihat sebagai Parti Rasuah, samseng dan juga berpuak-puak.

Jelas disitu bahawa orang Melayu jadi pecah belah dalam Umno.

Manakala sebahagian besar orang Melayu yang ada di Malaysia ini sudah beralih kepada Pas kerana disitu mereka melihat perpaduan kalangan kaum Melayu dan juga kaum-kaum lain.

Orang Melayu dalam Pas lebih dihormati berbanding Melayu Umno yang berpecah dan sangat taksub dengan ideologi Ketuanan Melayu yang sebenarnya adalah ideologi ketuanan Umno.

Lihatlah bagaimana orang Melayu dalam Pas tidak pernah menumbuk, memukul, memaki apa lagi merasuah sesama mereka untuk menjadi pemimpin.

Orang Melayu dalam Pas diasuh untuk:

  1. Taat pada perintah Allah dan Rasul
  2. Taat pada pemimpin tanpa mengira usia, kekayaan atau latar belakang asal sahaja pimpinan itu masih lagi mengikuti sunnah Rasulullah dan berjuang kerana Allah.
  3. Tidak bersikap tamak dan jangan lokek bersedekah atau beri sumbangan pada Islam.
  4. Menghormati setiap ahli dari yang kecil hingga yang sudah berusia.
  5. Menghormati mereka yang bukan Islam, bukan Melayu dan setiap makhluk yang ada dalam dunia.
  6. Berjuang bersungguh-sungguh untuk Islam, tanpa mengharap ganjaran dunia.
  7. Sentiasa memperbaiki diri dan dekatkan diri pada Allah

Maka dengan apa yang dianjurkan dalam Pas ini ahli dapat menjaga diri mereka dari dirosakkan atau merosakkan orang lain.

Pas tidak pernah menolak sesiapa pun untuk bersama. Mana yang dulunya bukannya orang-orang baik atau alim tetap akan diterima kerana disinilah mereka dididik dan mendidik diri menjadi orang yang lebih baik dari semalam.

Sebab itulah ke mana sahaja orang Pas pergi rakyat mudah memberikan kepercayaan. Orang bukan Melayu pun tidak ragu-ragu kerana semua orang Pas ini adalah 'Orang Sembahyang' kata mereka.

"kalau amanah Allah yang kita tidak nampak itu orang Pas boleh jaga, inikan pula dengan amanah-amanah yang kita beri secara terang-terangan pada mereka. Pasti mereka boleh jaga" Itu kata-kata yang sering dinyatakan oleh orang bukan Islam terhadap Pas.

Jadi, soal Melayu atau tidak bukanlah persoalan utama dalam Pas. Bagi kami kita semua adalah saudara bukannya musuh apalagi dalam saat ingin menjawat jawatan.

Umno dengan Pas umpama langit dan bumi maka orang-orang Umno yang ingin memperbaiki diri disaran untuk tinggalkan Umno dan bersatu dengan kami dalam Pas.

Semoga kaum Melayu bukan sahaja dilihat sebagai kaum Melayu sahaja. Kita mahu orang melayu dilihat sebagai insan iaitu Makhluk Allah yang paling mulia. Tidak kira Melayu, Cina, India atau apa sahaja kita ini semua adalah Insan yang menjadi hamba Allah bukan hamba pemimpin Umno-BN.

"

(EXCLUSIVE) Umno Benarkan 400 Perwakilan Muflis Hadiri Persidangan dan Mengundi

Perhimpunan Agung dan Pemilihan Umno yang akan diadakan selama lima hari mulai 24 Mach ini mungkin terpaksa dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan kerana didakwa membenarkan lebih 400 perwakilan yangh bertaraf muflis menghadiri persidangan dan mengundi apad pemilihan parti. Menurut ahli Umno dari Muar, Datuk Kadar Shah Sulaiman setakat ini beliau telah mendapat maklumat dan mengenal pasti empat perwakilan yang sudah disahkan bankrap di sisi undang-undang. "Saya sudah ada empat nama tersebut dan pihak ibu pejabat Umno pun sudah minta daripada saya tetapi saya tidak mahu beri sebab itu tanggungjawab mereka menyaring dam memastikan semua yang hadir mestilah perwakilan yang sah," kata beliau. Kadar Shah berkata sumber yang diperolehi beliau memberitahu kemungkinan wujud lebih 400 perwakilan haram pada persidangan Umno tahun ini yang dikategorikan sebagai bankrap. "Saya sudah beri amaran kepada Datuk Seri Najib (Razak) mengenai perkara ini sejak dulu lagi supaya panggil saya untuk beri keterangan tapi amaran dan saranan saya tidak diendahkan. "Sekarang ni saya kira sudah terlambat untuk berbuat apa-apa kerana persidangan tahun ini sudah pasti tidak boleh diadakan," tegas beliau lagi. Beliau menambah perwakilan yang muflis tersebut terlepas pandang pada peringkat bahagian dan kebanyakan daripada mereka bertanding jawatan di peringkat bahagian dan menang tanpa diketahui sebenarnya mereka telah diisytiharkan bankrap oleh mahkamah. "Ini amat merisaukan, sepatutnya pada peringkat bahagian lagi mereka yang muflis telah dikenalpasti tetapi mereka lepas begitu sahaja dan dipilih ke perhimpunan dan lebih parah lagi apabila mereka juga akan mengundi memilih pucuk pimpinan Umno," ujar anak bekas Pengerusi Tetap Umno itu. Dakwa beliau antara perwakilan muflis itu datang dari empat bahagian di Johor, Selangor, Pahang dan Kedah. Sekiranya dakwaan beliau didapati berasas, Pendaftar Pertubuhan boleh bertindak membatalkan perhimpunan Umno tahun ini di bawah peraturan sedia ada. Jika Umno berkeras untuk meneruskan juga persidangan dan pemilihan parti maka semua keputusan termasuk pemilihan presiden baru Umno yang dimenangi oleh Datuk Seri Najib Razak November lalu akan terbatal dan dianggap tidak sah, kata Kadar Shah.

sumber://tvantara.com

Almost RM43,000 collected in tree auction

IPOH, March 22 - Five shards of the Pakatan Rakyat (PR) erected democracy plaque here went on the auction block today. The highest bid stood at RM17,100.

A Johor based businessman who only wanted to be known as Lee collected the prized black marble inscription, widely seen to be a symbol of democracy for the ousted PR government.

But he told reporters he was only a proxy for "a friend."

He refused to divulge further details. But it is believed the new owner originates from the Perak royal town of Kuala Kangsar.

The auction was organised by the DAP and launched by Datuk Seri Nizar Jamaluddinn who maintains he is the lawful mentri besar of the state.

It was held under the shade of the rain tree at Persiaran Istana opposite the Perak state secretariat.

Bidding started from RM500.

The amount collected from the auction was almost RM43,000.

It will be used to build a "new greater more lasting monument" to democracy, said Nizar..

Source & comments: HERE

Biar Anwar jelaskan - Guan Eng

PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, biarlah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjelaskan dakwaan tentang konspirasi dalaman parti itu sehingga menyebabkan Mohammad Fairus Khairuddin meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang.

"Baik tanya Anwar. Saya tidak mahu jelaskan perkara ini kerana ia melibatkan perkara dalaman PKR," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, Lim mengumumkan peletakan jawatan Mohammad Fairus sebagai timbalan ketua menteri dan anggota exco berkuatkuasa 8 April.

Mohammad Fairus bagaimanapun masih kekal sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti dan juga anggota PKR.

Akhbar hari ini pula melaporkan Mohammad Fairus mendakwa menjadi mangsa konspirasi dalaman parti.

Mengenai sebab peletakan jawatan timbalan ketua menteri oleh Mohammad Fairus, Lim juga menyerahkan kepada Mohammad Fairus sendiri untuk menyatakan sebabnya.

"Kita beri ruang kepada Mohammad Fairus untuk menjelaskan sendiri sebab-sebab beliau meletak jawatan," katanya.

Pengerusi Perhubungan PKR negeri, Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata beliau terkejut dengan kenyataan Mohammad Fairus berhubung dakwaan konspirasi tersebut.

"Selama ini saya yang mempertahankan beliau ketika pelbagai dakwaan dilemparkan terhadapnya," katanya.

Beliau turut berkata sebarang penjelasan berhubung peletakan jawatan Mohammad Fairus perlu dirujuk kepada Anwar. BERNAMA

Serpihan tugu 'Pokok Demokrasi' dilelong

DILELONG... Pengerusi Pasukan Khidmat DAP Jelapang, Frankie Wong mengumumkan lelongan lima serpihan plak tugu peringatan 'Pokok Demokrasi' di Ipoh, hari ini. Turut hadir ADUN dan pemimpin Pakatan Rakyat termasuk bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.--fotoTHE STAR oleh ZABIDI TUSIN

IPOH: Sebanyak RM42,900 termasuk sumbangan telah dikumpulkan hasil daripada lelongan lima ketul serpihan batu marmar plak "Tugu Demokrasi" yang dibina pakatan parti pembangkang Perak sempena memperingati persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diadakan di bawah pokok.

Bidaan tertinggi serpihan "cenderahati" yang dilelong daripada harga RM500 itu adalah sebanyak RM17,100 yang dibuat oleh seorang ahli perniagaan melalui ejennya yang juga Anggota Dewan Undangan (Adun) kawasan Tebing Tinggi, Ong Boon Piow.

Plak yang pertama dilelong pada harga RM6,800, plak kedua (RM5,200), plak ketiga (RM6,800) dan plak yang keempat dijual pada harga bidaan sebanyak RM7,000.

Lelongan berkenaan berlangsung di bawah pokok hujan di Medan Istana di sini, tempat plak yang dirobohkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Ahad lepas.

Plak itu dibina oleh PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sempena sidang Dewan yang diadakan di situ selepas 27 wakil rakyat mereka tidak dibenarkan masuk ke Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Lelongan berkenaan diadakan bagi mengutip dana pembinaan semula tugu peringatan serta tabung guaman pakatan pembangkang dan dihadiri oleh lebih 200 orang termasuk bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Dalam sidang akhbar selepas itu, Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming berkata pihaknya akan menghantar surat kepada Datuk Bandar Ipoh Roshidi Hashim untuk memaklumkan tentang pembinaan semula tugu peringatan berkenaan.

"Saya akan menulis surat kepadanya untuk meminta MBI menjaga dan memelihara plak baru sebagai tarikan pelancongan di bandar raya ini dan bukannya memusnahkan tugu itu," katanya.

Nga yang juga Adun Pantai Remis berkata enam kepingan serpihan tugu demokrasi tersebut telah dijadikan cenderahati tetapi pakatan pembangkang hanya akan melelong lima sahaja dan satu lagi akan disimpan sebagai kenangan di Wisma DAP.

Beliau berkata tugu baru yang akan dibina adalah lebih besar dan akan memaparkan empat bahasa iaitu bahasa Malaysia, Mandarin, Tamil dan Inggeris.

Tugu peringatan yang dibina di bawah pokok hujan di Medan Istana diroboh oleh Majlis Bandaraya Ipoh pada 15 Mac lepas kerana pembinaannya melanggar peraturan.

Datuk Bandar Ipoh semalam berkata tindakan akan tetap diambil terhadap pembinaan tugu yang dilakukan tanpa kebenaran dan tidak mengikut saluran undang-undang. BERNAMA

Mahathir: 4 peluang akhir selamatkan Umno

KUALA LUMPUR: Umno perlu menyerahkan kepada perwakilandalam perhimpunan agung parti itu mulai Selasa ini bagi memulihkan imej serta mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti itu, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Peluang (ketiga) itu terletak di tangan perwakilan di mana sekiranya perwakilan turut pilih orang yang terlibat dengan rasuah maka satu lagi peluang Umno (untuk pulihkan kedudukan) akan hilang.

"Kalau perwakilan pilih juga calon yang terlibat dengan rasuah, sedangkan tribunal telah mengatakan dia terlibat dengan rasuah, kalau pilih juga (calon) itu, maka terpulanglah kepada kepimpinan parti," katanya.

Ketika menggariskan empat peluang bagi memulihkan imej Umno serta menghapuskan politik wang bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada parti itu, Dr. Mahathir berkata, peluang itu juga bergantung kepada siapa yang akan bakal menjadi Perdana Menteri dan apakah langkah yang akan diambil.

"Peluang yang terakhir ada pada Datuk Seri Najib Tun Razak (yang bakal menjadi Presiden Umno), kalau dia juga pilih orang yang terlibat dengan rasuah menjadi anggota Kabinet, saya fikir harapan untuk Umno terus kukuh pada masa depan akan hilang," katanya.

Dipetik Bernama, jelas beliau, kebanyakan peluang yang ada untuk memperbetul dan mengukuhkan kedudukan Umno telah dilepaskan begitu sahaja.

"Banyak peluang yang diraih oleh Umno untuk kukuhkan kedudukannya telah dilepaskan, contohnya, kalau Bahagian Umno itu jujur, dia akan memilih calon yang tidak sogok wang tetapi kita tahu bahagian-bahagian Umno ada yang pilih calon yang terlibat dengan sogokan wang dan ini peluang pertama nak bersihkan Umno sudah hilang," katanya.

Peluang kedua yang dilepaskan Umno adalah apabila Jawatankuasa Lembaga Disiplin parti itu gagal menangani gejala politik wang dan seakan-akan masih merestui politik wang di dalam Umno, katanya kepada pemberita selepasucaptamanya pada Persidangan Kemuncak Pribumi Perkasa Negara di sini.

"Jawatankuasa Lembaga Disiplin Umno jelas gagal kerana orang yang membuat kesalahan yang sama mendapat hukuman yang berbeza.

"Ada yang kena buang kerja, ada yang tidak kena buang kerja, ada yang seluruh dunia sedia maklum bahawa dia salah tetapi pada pandangan parti, dia tidak bersalah... jadi kredibiliti jawatankuasa disiplin itu telah tamat," katanya.

Terdahulu dalam ucaptamanya, Dr. Mahathir menyeru orang Melayu bersatu dan melakukan perubahan demi masa depan dan kedudukan mereka di negara i

Mar 21, 2009

NAJIB TERSENYUM BILA ALI RUSTAM TERPAKSA AKUR

Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam kelihatan begitu emosi dan tertekan apabila PR Melaka sudah mula menggerakkan usaha untuk mendesak beliau meletakkan jawatannya akibat dibuktikan oleh Lembaga Displin Umno terlibat di dalam rasuah. Bukan pembangkang yang menuduh beliau rasuah, tetapi beliau dikatakan melakukan rasuah oleh Lembaga Disiplin yang dibentuk oleh parti yang beliau cintai dan sayanginya itu. Rakyat mana yang boleh percaya bila Ali Rustam mengaku tidak melakukannya kerana sedikit pun beliau tidak mempertahankan dirinya malahan beliau menghormati badan yang menyatakan beliau terlibat melakukan rasuah? Tindakan beliau untuk merayu bukan bererti mempertahankan dirinya, merayu adalah bertujuan untuk meringankan hukuman sahaja. Dan, rayuan beliau ternyata telah ditolak.

Saya yakin, jika beliau benar-benar bermaruah dan tahu menjaga maruah diri dan keluarga bahkan keturunannya, beliau pasti akan melawan segala tuduhan-tuduhan tersebut biarpun akhirnya beliau tetap teraniaya. Sebagai contoh, DS Anwar tetap melawan habis-habisan apabila beliau dituduh melakukan liwat meskipun akhirnya beliau teraniaya. DS Anwar sanggup kehilangan jawatan malahan terpenjara dan tersiksa demi mempertahankan maruah. Begitu juga dengan YAB Lim Guan Eng yang terpaksa meringkuk di penjara kerana membela maruah gadis Melayu yang dirogol. Jadi, jauh bezanya dengan apa yang Ali Rustam lakukan sekarang. Apa yang Ali Rustam telah lakukan untuk membela maruah dirinya sekiranya beliau benar-benar tidak terlibat di dalam rasuah tersebut? Apakah kerana takut untuk derhaka pada Umno maka sanggup Ali Rustam dicap sebagai perasuah? Mungkin kerana sayangkan kerusi empuk Ketua Menteri Melaka maka beliau sanggup mencemarkan nama baik dan seluruh keturunannya? DS Anwar sanggup tinggalkan kerusi empuk sebagai TPM asalkan maruah diri dan keturunannya terpelihara. Dan, terbukti beliau kini disanjung di merata-rata dunia atas sikap beliau yang berani dan bermaruah.

Oleh yang demikian, kita merasa hairan dengan sikap Ali Rustam yang cuba menyamakan dirinya dengan DS Anwar dan Lim Guan Eng. Jauh umpama langit dan bumi. Apabila Ali Rustam tidak berani berbuat apa-apa ke atas apa yang berlaku ke atas dirinya, maka umum mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Jadi, tidak perlulah Ali Rustam berkata beliau tidak bersalah, tetapi beliau menghormati keputusan Lembaga Disiplin yang telah `menelanjang'kannya. Mungkin, kerana terlalu hormatnya beliau kepada Najib yang mahukan beliau terima keputusan lembaga tersebut, maka Ali Rustam pun patuh sepatuh-patuhnya. Kini, Najib mungkin tersenyum kerana masih ada di kalangan pemimpin Umno yang begitu taat kepadanya dan sanggup mukanya di`berak' dan di`kencing'kan. Selagi Ali Rustam berada di kerusi Ketua Menteri Melaka tanpa apa-apa tindakan berani untuk mempertahankan dirinya, selagi itulah penyakit Umno akan terus berkudis dan bakal membawa maut.

Sebelum saya menutup kalam ini, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Tun Mahathir yang telah memberitahu kita semua betapa seorang lagi calon Timbalan Presiden Umno adalah seorang yang buta membaca, menulis dan bertutur di dalam Bahasa Inggeris. Mungkin ramai dikalangan kita yang masih tidak tahu bahawa rupa-rupanya terdapat pemimpin Umno yang jahil berbahasa Inggeris tetapi bercita-cita untuk menjadi TPM. Mungkin pemimpin berkenaan adalah salah seorang yang bertegang urat mempertahankan usaha kerajaan di dalam isu pembelajaran Mathematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Mungkinkah kita bakal punyai TPM yang buta Bahasa Inggeris ?

MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA

W.FAUZDIN NS

Usul Undi Percaya Terhadap P/Lah Bakal Berlaku?

Kalau mengikut suasana politik dinegara kita sekarang ini berbagai kemungkinan bakal berlaku. Ada kedengaran mengenai 'Kerajaan Perpaduan' dan juga 'usul undi percaya' terhadap P/Lah. Motif kemungkinan2 ini kedengaran adalah sama, iaitu untuk menyekat Najib dari mengambil-alih jawatan PM dari P/Lah. Adakah antara 2 desas-desus ini betul2 akan berlaku? Bagi saya antara 2 perancangan ini, usul undi percaya terhadap P/Lah bakal berlaku. Ini kerana P/Lah adalah jauh lebih baik dari Najib. Cuba kita imbas kembali adakah kita terasa kelainan walaupun sedikit semenjak P/Lah mengambil-alih jawatan dari Mahathir. Tidak lama selepas P/Lah menjadi PM, perkara yang teramat penting kita menilainya adalah beliau dengan berani dan tegas membetulkan apa yang tidak betul iaitu membebaskan DSAI dari penjara besertakan menggugurkan semua pertuduhan yang masih menanti. Kerana P/Lah tahu, segala kekalutan dalam UMNO mahupun negara adalah berpunca dari Mahathir yang tekad mahu 'menyekat' DSAI dari mara kedepan. Lalu diciptanya 'konspirasi kotor' demi memperjuangkan agama, bangsa dan negara ( edisi sesat Mahathir) yang sentiasa dilaung-laungkan oleh puak2 UMNO. Pada masa itu ramai rakyat yang tidak mendalami 'perubahan besar' yang dilakukan oleh P/Lah. Betapa susahnya Mahathir membuat perancangan dengan memperkudakan semua badan2 terpenting negara demi merialisasikan konspirasi kotor itu. Dengan beraninya P/Lah menampar Mahathir dengan membebaskan DSAI. Kalau mengikut kebiasaan, orang yang betul2 jahat teramat susah untuk menjadi baik. Sejak kebelakangan Mahathir nampaknya cuba berlakon dengan mengeluarkan pendapat yang nampaknya berada ditengah-tengah dan kadang2 dah macam pro PR. Yang terbaru, Mahathir berkata, "ada kemungkinan berlakunya usul 'undi percaya' di Parlimen bagi mengekalkan P/Lah sebagai PM. Ia tidak bertentangan. Undang2 membenarkan bahawa anda mesti mendapat undi majoriti dalam Parlimen. Menurut perlembagaan, seseorang yang akan dilantik sebagai PM adalah seseorang yang mendapat 'sokongan majoriti' di Parlimen. Jika anda lantik seseorang yang gagal untuk mendapat sokongan majoriti, ia akan terkeluar. Dalam Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut bahawa Presiden Umno mesti menjadi PM. Tiada peruntukan. Ia merupakan aturan kita sahaja. Dari segi undang2, PM sekarang boleh meneruskan tugas sehingga pilihan raya umum akan datang jika beliau(P/Lah) mahu. Tapi sudah tentu beliau akan berdepan dengan undi tidak percaya di Parlimen. Jika dia pergi ke Parlimen, dia punya peluang yang baik untuk menang dengan sokongan pembangkang tapi dia akan menjadi 'PM pembangkang'. Ini kerana pembangkang juga mempunyai undi di Parlimen dan jika pembangkang, bersama-sama dengan sebahagian anggota BN bagi mengundi Abdullah, ketika itu dia akan menjadi PM".

http://ppmas-proreform.blogspot.com/2009/03/usul-undi-percaya-terhadap-plah-bakal.html

Mar 19, 2009

Hukuman berbeza, Ku Li pertikai Lembaga Disiplin Umno

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah semalam mempertikaikan keputusan Lembaga Disiplin semalam yang menjatuhkan hukuman berbeza antara pemimpin tertinggi dan pemimpin peringkat bawah Umno walaupun kesalahan yang dilakukan seolah-olah sama.

Katanya, beliau khuatir orang ramai akan mempertikaikan kredibiliti Lembaga Disiplin kerana ramai yang merasa keliru dengan dengan keputusan yang diumumkan kelmarin.

"Macam ada di peringkat bawah digantung keahlian tetapi yang terlibat secara tidak langsung, jadi dalang merancang penggunaan duit dalam politik ini terlepas begitu sahaja dengan amaran, cuma tidak dibenarkan bertanding begitu sahaja," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Lembaga Disiplin Umno semalam yang menjatuhkan hukuman ke atas 15 ahli daripada 29 kes yang disiasat berhubung politik wang.

Antara yang dikenakan hukuman adalah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno dan dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan minggu depan.

Selain itu, calon Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin turut didapati bersalah mengikut Perkara yang sama tetapi hanya diberikan amaran dan masih dibenarkan bertanding.

Sementara itu, enam ahli yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin peringkat bawahan digantung keahlian selama tiga tahun, lima ahli digantung selama setahun dan dua lagi diberi amaran.

Mengulas lanjut, Ku Li berkata, beliau berdukacita kerana siasatan membuktikan gejala politik wang melibatkan ahli peringkat senior.

"Orang yang menawar diri adalah untuk jawatan nombor dua parti dan bakal menjadi Timbalan Perdana Menteri (merujuk Mohd Ali). Kalau menang, bukannya (jawatan) di peringkat rendah.

"Jadi kalau benar bersalah patut dihukum, tidak boleh diberi amaran saja. Jadi kalau tak bersalah, patut dia dibenarkan bertanding.

"Jangan pilih ikan bilis saja...jerung lepas. Ada sesuatu yang tidak kena sama ada silap maklumat tak cukup, saya tidak tahu tapi pandangan orang ramai akan keliru," katanya.

Ditanya kebarangkalian Mohd Ali akan dibenarkan bertanding sekiranya rayuan beliau semalam berhubung keputusan Lembaga Disiplin kelmarin diterima, Tengku Razaleigh berkata, hal itu akan menyebabkan tindakan yang diambil Lembaga semalam dilihat sebagai 'tidak kena'.

"Kalau begitu, ahli-ahli Lembaga Disiplin kena berhenti. Mereka sudah pun menjejaskan kedudukan seorang calon untuk bertanding.

"Tiba-tiba selepas rayuan didengar, dia dibenarkan bertanding. Jadi saya rasa, di mana nak letak muka (ahli-ahli Lembaga).

"Mereka semua kena letak jawatan. Kalau begitu, semua tindakan Lembaga tidak kena," katanya.

Ditanya sama ada Khairy perlu menarik diri daripada bertanding kerana melibatkan hal moral dan etika, Tengku Razaleigh berkata, beliau tidak menyalahkan Khairy dalam hal itu sebaliknya hukuman itu sendiri yang sepatutnya dijatuhkan secara adil.

"Kalau betul bersalah, patut semua orang tidak boleh bertanding, patut dihukum.

"Tengok (Tan Sri) Isa Samad dihukum enam tahun. Kalau ada orang terlibat dengan politik wang patut dikenakan hukuman setimpal, tidak hanya amaran saja, patut digantung terus.

Mar 17, 2009

Seri Mentaloon Mencatat Sejarah Lagi…….

Seri Mentaloon Mencatat Sejarah Lagi……. Pada 18 Januari 2009 yang lalu, Seri Mentaloon mencipta sejarah negara apabila Persidangan Menteri-menteri Besar dan Exco-exco lima negeri Pakatan Rakyat (PR) bersama pemimpin tertinggi parti PR menghasilkan Deklarasi Mentaloon. Persidangan itu turut disertai Dato’ Seri Nizar Jamaluddin, Kapten (B) Osman Jailu (mewakili Perak) dan Elizebeth Wong (Selangor) yang juga mencatat sejarah dalam politik Malaysia. Mempengerusikan persidangan itu ialah Dato’ TG Nik Abdul Aziz Nik Mat, disertai oleh Dato’ Husam Musa, Mejer (B) Anizam Abd Rahman dan Nik Amar Abdullah mewakili Kelantan. Kedah diwakili oleh Dato’ Seri Ustaz Azizan, Dato’ Phahrolrazi Zawawi, Dato’ Amiruddin Hamzah dan Dato’ Taulan Rasul. Menyertai Dato’ Menteri Besar Selangor ialah Taressa Kok, Elizaberth Wong dan Dato’ Dr Hassan Ali. Selain Dato’ Seri Nizar, Perak diwakili oleh Nga Kor Meng, Hj Zainuddin dan Osman Jailu. P. Pinang pula disertai oleh Lim Guan Eng, Fairuz, Abd Malik dan seorang EXCO yang saya tidak ingat namanya. Semua Setiausaha Politik Menteri Besar juga turut serta. Deklarasi Mentaloon mengandungi pembentukan satu Majlis Menteri-Menteri Besar Kelantan, Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang untuk menggubal kerjasama antara negeri-negeri PR dalam Persekutuan Malaysia. Satu Majlis EXCO PR antara negeri juga diwujudkan. Deklarasi dan persidangan ini adalah sau peristiwa besar dalam sejarah politik Malaysia. Pada hari ini, 15 Mac 2009, sekali lagi Seri Mentaloon mencatat sejarah. Sasterawan Negara (SN) A. Samad Said, dihadapan 1,000 hadirin yang memenuhi Dewan Besar Seri mentaloon mengistiharkan ’perang’ dengan UMNO/BN. Selepas membaca sarangkap puisi dari bukunya yang sukar difahami, beliau mengungkapkan satu frasa yang terang dan jelas. ”Saya minta tuan-tuan yang hadir pada malam ini menggunakan undi tuan-tuan untuk tidak mengundi UMNO dalam mana-mana pilihanraya dalam negara ini”. ”Saya namakan perjelajahan saya ini Kembara Bahasa, saya akan pergi ke mana sahaja saya dipanggil dan dijemput, dengan syarat tuan-tuan tidak mengundi UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang. Saya perlukan undi tuan-tuan itu untuk melawan pemimpin politik yang bongkak dan sombong, yang membunuh bahasa saya. Saya namakan perlawanan ini perlawanan antara pemimpin politik yang angkuh melawan pemimpin budayawan yang santun...” Luahan hatinya yang remuk dengan kedegilan pemimpin UMNO terhadap isu PPSMI. Ucapan selama 45 minit itu diselangi dengan bacaan puisi-puisi beliau yang sangat tinggi nilainya dan maknanya sejak 1996, 2002, dan 2003 berkaitan pengkhianatan bahasa dan sekolah agama rakyat yang dibunuh oleh pemimpin UMNO dan BN. Puisi-puisi beliau ternyata mendahului tindakan rakus para pembunuh bahasa dan sekolah agama, kerana sebuah puisi beliau tentang kegilaan para pemimpin kerajaan kepada bahasa Inggeris ditulis pada tahun 2002. Pada 2003, Dr Mahadhir telah melaksanakan PPSMI. Beliau berbaju ’T’ dan memakai jaket menyandang beg galas berwarna biru, di dalamnya terdapat beberapa buku dan kertas. Rambut dan jambang putih, dengan raut wajah yang bersih, menonjolkan keperibadian dan ketrampilan yang tersendiri. Itulah kali pertama saya menatapnya dari dekat. Saya mengungkapkan dalam ucapan aluan bahawa wajah ’seram’ beliau kini menjadi ikon perjuangan suci menyelamatkan bahasa dan semua yang ’dikendong’ oleh bahasa. Bagi pihak YAB Menteri Besar Kedah, saat ini adalah satu sejarah dan penghormatan yang sangat tinggi kepada perjuangan yang didokong oleh seluruh rakyat Kedah kerana turut dilibatkan dalam perjuangan beliau dalam isu PPSMI. Turut berucap dan mendeklamasikan sajak dan puisi ialah Azizi Hj Abdullah, Pak Salleh Bakar, Ahmad Kasim dan Cikgu Hj Mohd Azmi Hamid (Presiden TERAS). Seluruh hadirin bertepuk dan bertakbir menyambut kesedaran yang dilontarkan oleh Pak Samad pada malam ini. ’Saya tidak diperalatkan, malah saya dimanfaatkan. Saya akan naik ke mana-mana pentas keranan saya sedar saya memerlukan pentas. Saya sifatkan penglibatan saya di pentas politik sebagai win win situation kerana saya tidak rugi dan parti mendapat manfaat.’ Kata beliau lagi, dua parti politik yang boleh dipercayai dan dinaungi oleh seluruh rakyat negara ini pada waktu ini ialah PAS dan PKR. Jangan terpedaya lagi dengan UMNO dan BN. Bahasa Melayu adalah bahasa saya, saya amat yakin kepada bahasa saya sebagai bahasa tinggi untuk ilmu pengetahuan. Bahasa ini tidak lagi diyakini oleh UMNO. Kalau ada pemimpin UMNO datang berceramah di tempat tuan-tuan, jeritkan kepada mereka "berceramahlah dalam bahasa Inggeris, itu yang kamu mahu”. Beliau juga berharap Perhimpunan Agong UMNO pada bulan ini juga dijalankan dalam bahasa Inggeris kerana mereka gila kepada bahasa itu. Malam ini sangat bersejarah....... Terima kasih Pak Samad.

Profil Ali Rustam

MELAKA: Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang hari ini didapati melanggar tataetika parti oleh Lembaga Disiplin Umno dan dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu depan, menjadi Ketua Menteri Melaka sejak 2 Dis 1999.

Mohd Ali, 60, dilahirkan di Kampung Bukit Katil di sini, pernah bertugas sebagai kerani di Lembaga Letrik Negara (LLN) dari 1969 hingga 1979, sebelum kerjayanya meningkat menjadi Pengarah Kemas di Perlis, Wilayah Persekutuan dan Melaka.

Dalam politik, beliau menjadi Ketua Pemuda Umno cawangan Bukit Katil pada 1972 dan memegang pelbagai jawatan sebelum menjadi Ketua Umno Bahagian Batu Berendam pada tahun 1986. Bahagian itu kini ditukar nama kepada Umno Bahagian Bukit Katil.

Mohd Ali kemudian menjadi Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Melaka pada 1988 sebelum dilantik pengerusi badan perhubungan itu pada 1996.

Pada pemilihan Umno 2004, Mohd Ali dipilih sebagai Naib Presiden Umno selepas mendapat undi kedua terbanyak (1,329 undi) di belakang Tan Sri Mohamed Isa Abdul Samad, bekas Menteri Wilayah Persekutuan (1,507 undi). Tempat ketiga ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang ketika itu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (1,234).

Pada November lepas, Mohd Ali menerima 46 pencalonan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu depan bersama-sama dua lagi calon iaitu Muhyiddin, kini Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Muhammad Muhamad Taib.

Pada 1986, Mohd Ali memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Ayer Molek di Melaka dan dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Melaka, seterusnya memenangi kerusi DUN Sungai Udang pada pilihan raya umum 1990.

Pada pilihan raya umum 1995, beliau memenangi kerusi Parlimen Batu Berendam dan dilantik sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan sehingga Januari 1999, kemudiannya menjadi Timbalan Menteri Kesihatan sehingga November 1999.

Pada pilihan raya umum 1999, beliau memenangi kerusi DUN Paya Rumput dan dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka menggantikan Datuk Seri Abu Zahar Isnin.

Mohd Ali juga memegang jawatan tertinggi dalam badan bukan kerajaan termasuk Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) dan Presiden World Youth Foundation (WYF). BERNAMA

Speaker Dewan Rakyat ikut jejak Speaker Dun Perak

MACHANG, 17 Mac (Hrkh) - Tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menggantungkan anggota parlimen Puchong, Gobind Singh Deo secara jelas mengiyakan segala tindakan dilakukan Speaker Dun Perak, V Sivakumar sebelum ini.

Tidakkah ia menggambarkan speaker berkuasa penuh, biar pun dalam kes di parlimen dianggap melampau apabila segala elaun dan kemudahan dinikmati anggota parlimen berkenaan dibekukan.

Maka penggantungan terhadap Dato' Dr Zambry Abdul Kadir dan enam lagi Adun Barisan Nasional di Perak dianggap sah. Cuma mereka lebih bernasib baik kerana segala elaun tidak dibekukan.

Mengulas perkembangan itu, bekas pensyarah undang-undang UIAM, Dr Mohd Fadzli Hassan berkata, kuasa speaker untuk menggantungkan seseorang anggota dewan sama ada di parlimen atau Dun semakin jelas sekarang.

"Mengapa keputusan Speaker Dun Perak sebelum ini dipertikai pemimpin Umno dan sekarang pula menyokong Speaker Dewan Rakyat menggantungkan seorang ahli.

"Kita jangan bersikap double standard kerana kuasa yang ada pada speaker lebih kurang sama. Jelas apa yang dilakukan Speaker Perak sebelum ini mengikut bidang kuasa yang ada," katanya ketika ditemui pada majlis perasmian Dewan Utama Dun Temangan di sini hari ini.

Perasmian itu disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Semalam Yang Dipertua Dewan Rakyat mengumumkan penggantungan Gobind daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama setahun berkuatkuasa serta merta.

Berikutan penggantungan tersebut anggota parlimen terbabit dibeku sebarang elaun dan kemudahan.

Dr Mohd Fadzli yang juga anggota Exco kerajaan Kelantan berkata, kejadian yang menimpa ke atas anggota Parlimen Puchong menjadi permulaan kebebasan wakil rakyat untuk bersuara dipancung bagi kepentingan politik Umno

. Menurutnya, isu yang dibangkit Gobind seharusnya dijawab Dato' Seri Najib Razak secara telus memandangkan dakwaan hubungannya dengan Altantuya tersebar luas di Perancis.

"Timbalan Perdana Menteri sepatutnya mengambil tindakan sewajarnya terhadap media asing yang menyebarkan hubungannya dengan Altantuya.

"Negara luar akan memerhati negara kita seolah-olah mempunyai bakal Perdana Menteri yang diragui keperibadiannya," kata beliau.

Anggota parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail berkata, tindakan yang diambil terhadap Gobind tidak akan menyelesaikan masalah kerana isu kisah peribadi Timbalan Perdana Menteri sudah tersebar luas di luar negara.

Menurutnya, Gobind ketika menjadi peguam bela kes Raja Petra mendapat maklumat daripada pegawai di mana Najib dikatakan menjadi saksi penting berkaitan kes Altantuya.

"Oleh itu Gobind menggunakan peluang di parlimen minggu lepas mempertikaikan kaedah siasatan polis. Gobind mendesak Najib menjawabnya.

"Keberanian Gobind seharusnya dipuji rakyat yang inginkan ketelusan berkaitan kes pembunuhan rakyat Mongolia tersebut," ujar beliau.

Menurutnya juga penarikan segala imbuhan sebagai anggota parlimen terhadap Gobind jelas tidak adil dan ia merupakan satu episod hitam terhadap demokrasi di negara ini.

Kata beliau sistem perundangan di negara ini semakin jelas kembali ke zaman gelap. - mj

Apakah hanya dua ekor tupai sahaja yang jatuh ke bumi?

SEPANDAI-PANDAI tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Itulah yang terjadi kepada dua calon utama pertandingan Majlis Tertinggi Umno hujung bulan ini.

Mereka didapati bersalah mengamalkan politik wang (rasuah) dan melanggar disiplin parti oleh Lembaga Disiplin Umno.

Mereka yang dibabitkan kesalahan adalah:

1. Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam, yang dicalonkan untuk jawatan Timbalan Presiden. Kerana kesalahan itu dia diharamkan bertanding jawatan berkenaan.

2. Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin, calon Ketua Pemuda. Dia diberikan amaran tetapi tidak diharamkan daripada bertanding.

Pengerusi lembaga, Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail, memberitahu sidang akhbar di Ibu Pejabat Umno di Kuala Lumpur yang bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo, bebas daripada segala tuduhan.

Dengan penyingkiran Mohd Ali, pertandingan jawatan Timbalan Presiden adalah antara Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Muhyiddin Yassin dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Muhammad Muhd Taib.

Dalam sidang akhbar itu, Tengku Ahmad Rithauddeen mengumumkan hasil penyiasatan membabitkan 29 orang ahli parti.

Sepuluh digantung keahlian selama tiga tahun bermula 12 Mac dan diberikan surat amaran.

Keputusan penyiasatan terhadap Mohd Ali tidak memeranjatkan kerana buat sekian lama wujud pelbagai tuduhan dan spekulasi mengenai pembabitannya dalam kegiatan yang melanggar disiplin dan peraturan parti, termasuk mengamalkan politik wang.

Yang pasti memeranjatkan umum adalah perbezaan antara hukuman berat yang dijatuhkan ke atas Mohd Ali dengan hanya amaran yang dikenakan ke atas Khairy.

Khairy serta merta mengisytiharkan dirinya tidak bersalah tetapi senada dengan itu berkata dia menghormati keputusan lembaga itu.

Soalnya, bagaimanakah di suatu pihak dia berkata dia tidak bersalah sedangkan di pihak yang lain dia berkata dia menghormati keputusan Lembaga Disiplin yang mendapatinya bersalah?

Malaysiakini dalam laporannya memetik Khairy sebagai berkata: "Yang penting adalah saya hanya diberi amaran dan dibenarkan bertanding. Saya masih akan bertanding."

Menantu Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi itu berkata ada percubaan (agenda) untuk menyekat beliau daripada bertanding.

Turut didapati bersalah mengamalkan rasuah politik wang adalah wakil Mohd Ali yang juga Setiausaha Politiknya, Saadun Basirun. Saadun digantung daripada parti selama tiga tahun.

Khairy juga didapati bertanggungjawab ke atas salah laku wakil. Tetapi kesalahan wakil Khairy, menurut Tengku Ahmad Raithauddeen, adalah lebih ringan daripada Saadun.

Maka ada tupai yang jatuh "gedebuk" ke tanah yang keras dan ada yang jatuh atas rumput yang lembut. Namun jatuh tetap jatuh dan terpalit lumpur tetap terpalit juga.

Soalnya apakah hanya dua ekor tupai yang terjatuh ke bumi? Apakah yang sudah atau sedang terjadi dengan ratusan aduan yang diterima oleh Lembaga Disiplin? Apakah politik wang yang diheboh-hebohkan itu melibatkan dua orang calon ini sahaja?

Kalau begitu eloklah. Kalau tidak, apa yang terjadi kepada ikan-ikan besar yang lain?

- kadirjasin.blogspot.com_

Mar 16, 2009

SISTEM PENGADILAN YANG TIDAK ADIL: KATI PERLU TUKAR KEPADA KILO

Ucapan tahniah kepada PDRM dan khususnya Pejabat Peguam Negara yang telah mengambil tindakan yang paling cepat dan pantas di dunia. Tindakan mendakwa enam orang yang dikatakan terlibat menghina Sultan Perak telah dibuat di mahkamah di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Kota Kinabalu dan Butterworth. Diberitahu juga ada beberapa orang lagi [tidak beritahu bilangan yang tepat] akan didakwa di mahkamah di Kuala Terengganu.

Peguam Negara mengambil tindakan sedemikian kerana individu terlibat melontarkan komen [sekadar meluahkan perasaan marah yang meluap-luap] yang dianggap menghina Sultan Perak berhubung krisis rampasan secara haram yang dikepalai oleh Najib Tun Razak selaku Pengerusi UMNO Perak yang juga Timbalan Perdana Menteri.

Najib melalui kuncu-kuncunya, pertama memulakan operasinya dengan membuat perangkap samar dengan kaedah menawar rasuah wang dan rasuah seks kepada ADUN Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu [kes mereka sedang dalam tindakan mahkamah dan keputusannya memang orang awam boleh menjangkakan seperti kes perbicaraan pembunuhan Altantuya] . Perangkap yang dipasang terkena mangsanya kerana kedua-dua mereka tidak dididik dalam harakah Islamiah.

Kedua, melalui operasi penculikan, ugutan, ancaman dan suapan yang menjadi amalan UMNO sejak zaman berzaman lagi dan akhirnya Jamaluddin Mat Radzi, Osman Jailu, Hee Yit Fong [Timbalan Speaker dan ADUN Jelapang] dan ADUN Bota [yang baru masuk PKR] Nasarudin Hashim diculik dan dilarikan. Kemudian mereka muncul di persidangan akhbar Najib di Putra Jaya pada petang 4 Februari lalu mengisytiharkan pendirian mereka menyokong UMNO. Kedudukan DUN ketika itu seimbang, iaitu 28 Pakatan Rakyat dan 28 UMNO[BN] dan tiga ADUN lagi itu bertindak sebagai calon bebas.

Ketiga, Najib telah memperalatkan dan memperkudakan istana dengan memberi penafsiran yang mengelirukan Sultan Perak yang UMNO/BN memperolehi majoriti dalam DUN Perak. Oleh kerana Sultan Perak terlalu pintar dan cerdik [kerana baginda bekas Ketua Hakim Negara] telah mengeluarkan arahan memaksa Mohammad Nizar Jamaluddin meletakan jawatan MB dan melantik Dr. Zambri Abdul Kadeer mengambilalih jawatan MB.

Operasi Najib akhirnya berjaya. Beliau dan kuncu-kuncunya ketawa besar, menari-nari dan bersenang hati kerana operasi yang pernah yang dilakukan oleh Allahyarham bapanya dulu di Kelantan, di Terangganu dan Selangor mencapai kejayaan yang cemerlang. Dari situ timbullah apa yang dikatakan krisis perlembagaan yang menimbulkan berbagai haru-biru politik di Perak.

Kesan daripada rampasan kuasa itu [Sultan yang angkuh dengan kedaulatan yang ada padanya itu enggan membubarkan DUN] rakyat bangkit membantah dan tercetuslah berbagai insiden yang telah kita dengar, membaca dan menonton gelagat-gelagat rakyat yang tidak berpuas hati terhadap tindakan Sultan seolah-olah pro kepada UMNO dan anti Pakatan Rakyat. Maka, rakyat mengeluarkan pendapat dan meluahkan rasa dengan berbagai cara termasuklah enam orang ini. Tahniah sekali.

Kita sambut baik tindakan ini kerana kita tidak mahu sesiapa pun dihina, diperlecehkan dan dikeji dengan kata-kata nesta yang buruk dengan berbagai cara sama ada melalui tulisan, lukisan, atau pun melalui perkataan baik Sultan, pemimpin atau rakyat marhaen. Tindakan yang sama perlu diambil secara adil dan saksama.

Tetapi, malangnya amalan ini tidak berlaku dalam sistem keadilan dalam negara kita. Terdapat sikap double standard dalam hal mengambil tindakan ini. Ia bergantung kepada orang itu berkuasa atau tidak atau orang itu mempunyai link dengan orang-orang berkuasa khususnya dengan para pemimpin UMNO.

Kita lihat kes menghina Yang DiPertuan Agong dalam krisis perlantikan MB Terengganu dulu. Penyokong-penyokong Idris Jusuh menulis banner “Kami Nak Idris, natang" [masudnya: Kami mahu Idris Jusuh sebagai MB Terangganu, Binatang].Perkataan ‘binatang’ itu dituju kepada Yang DiPertuan Agong selaku Sultan Terengganu. Sebanyak 26 laporan polis dibuat contohnya pada 26 Mac 2008, Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu [Mampat], membuat laporan polis di balai polis Kuala Terengganu jam 11.20 pagi. Ketua Pemuda PAS Terengganu, Azman Shapawi Abdul juga turut berbuat sedemikian.

Seperti amalan-amalan biasa kes-kes yang melibatkan kepentingan. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan juga melibatkan Seksyen 11 (2) Akta Mesin Cetak 1984 kerana kesalahan mencetak dokumen tanpa mengandungi nama pencetak dan penerbit. Tetapi sampai sekarang kes itu tidak di bawa ke mahkamah. Orang-orang yang terlibat sihat wal afiat. Ketawa besar, berbanding dengan enam orang itu.

Jadi, sekiranya rakyat mahukan sistem keadilan ditegakkan di negara ini, maka kita wajib menukarkan KATI KEPADA KILO. Rebutlah segera peluang ini dalam PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau dan lain-lain siri PRK pada masa akan datang dan jangan lupa pada PRU ke-13 nanti. InsyaAllah.

Selamat berjuang ke titisan darah terakhir.

MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA

Mar 14, 2009

Hanya 19 peratus Melayu mahu Umno perintah

KUALA LUMPUR, (Hrkh) - Hanya 19 peratus dari responden Melayu yang mahu Umno terus memimpin negara, lapor Malaysian Insider dalam berita bertajuk ” Umno corrupt, says survey”.

Menurut laporan itu, dalam tinjauan Merdeka Centre yang dibuat ke atas 1,031 responden itu, prospek Umno di kalangan masyarakat Cina dan India jelas lebih buruk lagi.

Hanya satu peratus responden berbangsa Cina dan tiga peratus responden berbangsa India yang mahu Umno terus memimpin negara.

Lebih buruk lagi, tidak ada seorang pun responden Cina yang percaya Umno akan melaksana dan menunaikan janjinya walaupun satu peratus di kalangan mereka yang menaruh harapan kepada Umno untuk membangunkan negara ini.

Tinjauan pendapat itu juga jelas memperlihatkan imej Umno semakin buruk.

61 peratus berpendapat rasuah adalah masalah Umno yang paling serius manakala 13 peratus peratus berpendapat masalah kedua Umno yang paling serius ialah kegagalan parti itu memahami masalah rakyat.

Selaras dengan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini yang menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak cekap, lemah dan pengecut, para pengundi juga bimbang dengan “pemimpin yang lemah” dan “pentadbir ekonomi yang lemah” dalam Umno.

Dari 1,031 responden itu, 57 peratus adalah orang-orang Melayu, 31 peratus China and 12 peratus India berdasarkan tinjauan rawak.

Kajian Merdeka Center itu dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Sementara itu, mengulas isu rasuah Umno di dalam blognya, Dr Mahathir tidak percaya ada ahli-ahli parti itu yang akan didapati bersalah kerana terlibat dengan rasuah politik menjelang pemilihan parti itu bulan ini.

“Saya sinis dan tidak percaya barang seorang pun akan didapati bersalah,” katanya.

Mengulas pendedahan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen yang mendedahkan bahawa pihaknya menerima 900 aduan yang sebahagiannya berkaitan dengan politik wang, Dr Mahathir berkata: “Orang ramai tertunggu-tunggu untuk mendengar tentang siasatan dan tindakan yang diambil terhadap mereka yang terlibat.

“Sekarang Mesyuarat Agong yang akan memilih ahli-ahli Majlis Tertinggi akan diadakan tidak lama lagi. Tetapi tidak ada apa-apa pun kedengaran berkenaan 900 aduan tersebut.

“Apakah semua 900 aduan ini sudah didapati tidak berasas dan tidak ada salahlaku oleh sesiapa? Apakah pemilihan calon Majlis Tertinggi bersih seperti kain putih?”

Sekarang, kata bekas Presiden Umno itu, “kita dengar pula tentang sogokan kepada perwakilan yang akan hadir di mesyuarat Agong yang akan undi dan tentukan siapa yang akan pegang jawatan apa di dalam parti.

“Katanya ratusan ribu diberi kepada perwakilan. Benarkah? Takkanlah semua cerita yang didengar tidak berasas?”

Menurut Dr Mahathir, wakil-wakil ke perhimpunan agong Umno bulan ini “boleh disogok dan mereka boleh beri kemenangan kepada orang yang sogok mereka.

“Tetapi ingat. Rakyat sedang memerhati tingkahlaku Umno dan pemilihan yang akan dilakukan,” katanya.

Dr Mahathir mengingatkan, jika pada bulan Mac tahun lalu ramai rakyat termasuk juga ahli-ahli Umno yang kecewa telah mengundi parti lawan, dalam Pilihanraya Umum ke-13 mereka ini akan mengundi parti lawan sekali lagi jika mereka lihat Umno sudah diambilalih oleh perasuah.

PAS PADANG TERAP: MEMPERALATKAN DUA MB

Telah menjadi acara tahunan. Setiap tahun, PAS Kawasan Padang Terap akan mengadakan Ekspo perdagangan dan keusahawanan. Dalam program itu diisi dengan pelbagai aktiviti seperti untuk kanak-kanak, untuk dewasa, muslimat dan muslimin yang kebiasaannya diadakan pada waktu siang. Pada sebelah malamnya pula diadakan pula aktiviti ceramah penerangan yang menyentuh berbagai isu-isu semasa yang disampaikan oleh tokoh-tokoh politik peringkat kebangsaan, negeri dan tempatan.

Program ceramah ini menjadi agenda terpenting setiap kali Ekspo diadakan dalam usaha memberi penerangan secara ‘first hand’ atau secara terus kepada rakyat kawsasan Padang Terap. Semua kita tahu bahawa sebahagian besar berita-berita politik yang melibatkan kepentingan PAS dan Pakatan Rakyat [PR] yang disiarkan telah dimanipulasikan oleh media milikan UMNO untuk mencalarkan imej PAS dan PR di kaca mata rakyat khususnya orang Melayu di kampung-kampung yang berkitabkan media dan TV milik UMNO.

Dalam masa yang sama, media-media ini berusaha sedaya upaya untuk menyembunyikan sebarang fakta benar mengenai keburukan UMNO kepada pengetahuan awam. Tujuannya ialah bagi menjaga imej buruk UMNO itu kepada gambarkan seolah-olah UMNO itu sebuah parti yang amat ‘bersih’ yang diturunkan khas dari langit oleh Allah swt untuk memimpin rakyat Malaysia. Semua orang, semua pertubuhan dan semua organisasi, selain daripada UMNO adalah berada dalam kedudukan bersalah. Jabatan/agensi kerajaan, SPRM, pasukan polis dan mahkamah dipergunakan bagi tujuan tersebut.

Media-media berkenaan menipu rakyat seokah-olah UMNO itu terhindarkan daripada sebarang perbuatan dosa dan noda [pahala sahaja yang diperbuatkannya sepanjang masa]. Media-media ini turut memberi gambaran bahawa para pemimpin UMNO pada setiap waktu memperjuangkan haq rakyat. Mengutamakan kepentingan rakyat daripada kepentingan diri sendiri. Kejahatan para pemimpin UMNO dapat disembunyikan dengan melacurkan etika kewartawan yang pengaruhi oleh pemikiran syaitan dan iblis.

Bagi mengimbangi berita finah dan bohong itu, maka pada tahun ini program seperti itu tetap diteruskan seperti biasa. Pada kali ini ia dikenali sebagai “ Ekspo Penerangan dan Keusahawan” yang akan bermula mulai 18 Mac hingga 21 Mac 2009 bertempat di Markas PAS Padang Terap.

Majlis penerangan dalam bentuk ini amat berkesan kerana orang ramai berduyun-duyun akan memeriahkan majlis ini kerana di dalamnya mengandungi berbagai aktiviti. Dalam suasana seperti itu, penerangan berkaitan isu-isu semasa akan dapat disampaikan secara terus ke pangkuan rakyat seperti isu rampasan kuasa di Perak, krisis Perlembagaan yang berlaku di Perak dan isu PPSMI serta lain-lain isu yang melibatkan kepentingan rakyat.

Telah diketahui ramai, bahawa Ekspo ini diadakan bagi tujuan mengumpul dana bagi PAS Kawasan untuk menjalankan aktivitnya, disamping untuk mendapatkan dana untuk menyiapkan kompleks PAS Padang Terap.

Matlamat mengumpul dana seperti ini amat digalakkan, tetapi kaedah kutipan sumbangan melalui penjualan kupon makan malam bersama pemimpin sangat-sangat saya tidak persetujui. Lihat kupon yang dijual dan lihat juga aturcara program yang bakal dilaksanakan nanti :

KAD MAKAN BERSAMA PEMIMPIN BERHARGA RM5.00

ATURCARA PROGRAM

Pertama, cuba kita rujuk pada kad makan malam bersama pemimpin. Gambaran umum tentu sekali rakyat menjangkakan bahawa majlis pada 18 Mac yang bermula pada 8.00 malam akan dihadiri oleh YB MB Kelantan dan YB MB Kedah. Oleh itu [maksud kad], kedua-dua pemimpin tersebut akan hadir dan menikmati makan makan bersama rakyat.

Program makan malam ini sangat popular dan dianjurkan oleh berbagai pihak dan ia diadakan di hotel-hotel, di restoran-restoran, rest house dan sebagainya. Pihak yang berminat yang hendak hadir dalam program itu dikenakan bayaran tertentu melalui belian meja atau kupon seperti yang disediakan oleh PAS Kawasan Padang Terap. Apabila menghadiri program ini, sudah tentu pemimpin yang tertara di kupon itu akan hadir bersama. Sambil-sambil makan itu, para hadirin akan mendengar ucapan atau ceramah daripada tetamu utama berkenaan.

Kedua, cuba kita rujuk pula aturcara program. Kita dapati YB MB Kedah akan hadir dalam program itu pada 20 Mac dan YB MB Kelantan pada 21 Mac iaitu malam terakhir. Adalah amat mustahil, kedua-dua MB akan hadir dua kali dalam program yang sama kerana masing-masing mempunyai aturcara rasmi yang padat di tempat masing-masing.

Pengalaman penulis menghadiri program makan malam seperti ini ialah nasi dan lauk pauk dihidang secara terbuka tanpa kehadiran pemimpin yang tercatatkan dalam kupon yang kita beli itu. Makan berselerak. Sesiapa sahaja boleh menjamu selera, sama ada orang itu yang memberi sumbangan atau tidak. Lebih malang lagi makanan yang dihidang itu telah habis lebih awal, belum sempat dijamah oleh orang-orang yang benar membeli kupon bagi tujuan tersebut.

Tujuan saya bangkitkan perkara ini ialah untuk menunjukkan bahawa PAS Kawasan Padang Terap, tanpa segan silu telah melanggar etika hubungan awam dengan mempergunakan atau memperalatkan ‘nama’ dua orang MB yang dihormati. Ianya untuk mengkaburi mata rakyat supaya mereka dengan senang hati dan menarik minat orang ramai untuk memberi sumbangan bagi menyertai makan malam bersama dua MB [sebenarnya pihak PAS Kawasan sudah tahu yang kedua-dua MB tidak dapat hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan itu]. Perbuatan ini satu dakyah atau pembohongan secara tersembunyi yang agenda sebenarnya ialah untuk mengumpul dana sebanyak mungkin bagi tujuan yang saya nyatakan di atas tadi.

Sebenarnya, perkara ini telah penulis bangkitkan beberapa kali dalam mesyuarat. Jangan kita kita bohongi rakyat untuk menghalalkan matlamat kita untuk mengutip sumbangan sebanyak mungkin. Kita hendaklah berterus terang. Ianya lebih mulia dan lebih berakhlak, tidak ada gunanya kita dapat mengumpul dana yang banyak, tetapi kita telah membohongi rakyat untuk menderma kepada kita.

Lebih baik kita berterus terang dengan menggunakan tema seperti berikut [sekadar contoh]:” Makan Malam Sempena Ekspo Penerangan dan Keusahawanan 2009” jangan melibatkan nama pemimpin yang dihormati bagi menarik perhatian rakyat. Berapa banyak rakyat yang hendak memberi sumbangan atau derma, terpulanglah kepada rakyat tentukan. Sekiranya kita hendak selitkan juga nama pemimpin, pastikan yang mereka dapat hadir dan makan bersama rakyat. Program seperti ini boleh diatur dan diprogramkan lebih professional lagi.

Saya rasa cukuplah setakat tahun ini sahaja kita perlu membohongi rakyat. Untuk tahun-tahun mendatang lebih baik kita berterus sahaja, jangan melibatkan mana-manan pemimpin yang pada pandangan kita, mereka tidak ruang waktu untuk makan malam bersama kita.

Selamat berjuang ke titisan darah terakhir.

MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA

Mar 13, 2009

Gaji Pengerusi Syabas RM425,000 sebulan, mampu tampung bil air rakyat

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Hrkh) - Dewan Rakyat kelmarin menjadi sedikit 'riuh' apabila diberitahu bahawa gaji Pengerusi Syabas Tan Sri Razali Ismail sejumlah RM5.1 juta setahun.

Perkara ini diungkap kembali oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika membahaskan rang undang-undang perbekalan tambahan 2009 yang dalam masa yang sama menjawab soalan Ahli Parlimen Titiwangsa Dr. Lo' Lo' Ghazali berhubung gaji dan elaun pengurus atau pengarah GLC.

"Apa dan mengapa nak dirahsiakan gaji GLC ini? Gaji syarikat boleh dibuka. Oleh sebab itu seperti mana yang saya sebutkan tadi, keadaan di Syarikat Bekalan Air Selangor bila tanggungan begitu bila sudah naikkan beban bagi rakyat, baru kita tahu rupa-rupanya pengurusnya RM5.1 juta.

"Itu basic belum lagi elaun-elaun tambahan. Ini keterlaluan kalau dibiarkan keadaan begitu," kata Anwar.

Sementara itu turut menarik perhatian ahli-ahli dewan ialah Zulkifli Noordin(KeADILan -Kulim Bandar Baharu) yang membuat pecahan kiraan gaji pengerusi syarikat air itu yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat.

"Saya buat 'simple calculation' ini. Pada gaji RM5.1 juta setahun, bermakna gaji beliau RM425,000 sebulan. Satu hari, gaji dia RM14,166... Satu jam gaji dia RM1,770. Satu minit, dia dibayar RM29.51...

Kata Zulkifli gaji beliau itu boleh membayar gaji 34 Ahli Parlimen sebulan ataupun boleh membayar 425 anggota polis dengan gaji RM1,000 sebulan.

"Bermakna lima unit FRU boleh ditanggung dengan gaji beliau... ataupun kalau bil air... RM100 sebulan, boleh membayar 4,250 rumah atau kalau bil air itu RM50, boleh bayar 8,500 sebulan," katanya yang menyebabkan ramai ahli parlimen ketawa dan cuba mencelah. - azm_

Plak "Pokok Demokrasi" dipecahkan

SPEAKER Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar melihat plak di bawah "Pokok Demokrasi" yang telah dipecahkan. --fotoTHE STAR oleh ZABIDI TUSIN

IPOH: Beberapa individu telah menceroboh dan merosakkan plak yang dijadikan tugu "Pokok Demokrasi", lokasi berlangsungnya mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) tergempar ADUN Pakatan Rakyat pada 3 Mac lalu.

ADUN Pantai Remis, Nga Kor Ming daripada DAP berkata, sebuah tabung akan dilancarkan bagi mengutip derma bagi membina plak baru yang lebih besar dan cantik bagi menggantikan plak yang rosak itu.

"Plak baru ini akan menggunakan bahasa kebangsaan, Tamil, Cina dan Inggeris bagi memudahkan pelancong memahaminya," katanya.

Ahad lalu, Pakatan Rakyat meletakkan tugu dan menanam lima batang anak pokok hujan-hujan di tapak 'sidang tergempar' DUN tersebut.

Sambil merujuk pokok tempat sidang tergempar itu berteduh sebagai 'pokok demokrasi', mereka melabelkan setiap anak pokok dengan lima prinsip pemerintahan kerajaan sebelum ini iaitu wibawa, keadilan, amanah, ketelusan dan kebajikan.

Mar 12, 2009

UMNO RANAP APABILA DITIMPA OLEH POKOK DEMOKRASI DI PERAK

MB Perak dokongan rakyat YAB Ir Nizar telah menyempurnakan penanaman `pokok demokrasi' di kawasan tempat bersejarah persidangan DUN Perak baru-baru ini. Seperti biasa, Umno akan sentiasa mencari kesalahan apa jua yang dilakukan oleh PR di Perak terutamanya oleh MB Perak YAB Ir Nizar beserta DUN-DUN PR yang lain. Maka, menanam `pokok demokrasi' yang tanpa mengeluarkan satu sen pun wang Kerajaan Negeri Perak dianggap menderhaka kepada Sultan Perak sepertimana yang direpekkan oleh YB Zambry. Begitulah betapa takut dan gementarnya mereka kepada kebenaran sehinggakan apa jua yang dilihat oleh mereka seolah-olah ingin merampas kekuasaan yang mereka miliki secara jijik itu. `Pokok Demokrasi' yang ditanam oleh pejuang-pejuang keadilan di Perak itu ternyata lebih mulia dari tertegaknya sebuah tugu negara yang jelas bertentangan dengan Islam. Tugu Negara yang telah berpuluh tahun tertegak megah di ibu negara itu saban tahun seolah-olah menjadi tempat `pujaan' dan `sembahan' tatkala menyambut Hari Pahlawan.. Majlis fatwa pernah mengeluarkan fatwa tentang pembinaan tugu tersebut, namun ianya tidak diendahkan oleh pemerintah. Mereka lebih sensitif dengan suburnya `Pokok Demokrasi' yang menjadi lambang betapa rakyat Perak akan tetap mempertahankan demokrasi yang tulen di Perak. Apa yang tidak kena dengan pokok tersebut? Apakah dengan adanya beberapa batang pokok di situ akan menimpa Umno di Perak? Tidak mustahil ianya akan berlaku, oleh yang demikian memang wajar Umno di Perak khususnya berada dalam penuh ketakutan dan trauma dan menganggap pokok tersebut `berpuaka'. Siapakah yang `berpuaka' antara pokok-pokok yang ada di situ atau mereka yang takut kepada pokok-pokok berkenaan? Saya bimbang apabila ketakutan dan ketaksuban kepada kuasa yang kononnya ada pada pokok-pokok berkenaan, akan wujud pula beberapa puak dari Umno atau lain-lainnya `bertapa' atau `menurun' nombor ekor di bawah pokok berkenaan. Perbuatan tersebut adalah syirik, dan janganlah kaitkan pokok-pokok yang tidak berdosa itu dengan pihak Istana. Memadailah dengan apa yang telah kamu lakukan sehingga menimbulkan perasaan kurang mesra di antara Sultan dan rakyat di Perak. Pokok-pokok berkenaan jauh lebih mulia daripada Tugu Negara yang ada malahan jauh lebih disayangi oleh rakyat daripada kamu. Kepada rakyat Perak, memandang kehijauan pokok-pokok berkenaan lebih mententeramkan hati dan jiwa daripada melihat kamu yang bersenang lenang dari hasil titisan air mata rakyat. Mungkin ajal pokok-pokok berkenaan tidak panjang selepas ini namun bagi rakyat yang tidak pernah menganggap pokok-pokok berkenaan berkuasa untuk mengubah nasib rakyat Perak, perjuangan menuntut keadilan akan terus dilaksanakan. Tumbangnya nanti pokok-pokok berkenaan tidak bererti tumbangnya perjuangan rakyat malahan semangat rakyat akan bertambah untuk menghancurkan sisa-sisa Umno di Perak. Umno di Perak kini tiada lagi kekuatan dan mereka akan berpaut kepada sesiapa sahaja untuk bernafas hatta kepada 4 ekor katak sekalipun. Percayalah, katak-katak yang dimiliki oleh Umno sebagai tempat bergantung sekarang kelihatan semakin lemah dan sudah pasti tidak lagi mampu melompat dan akhirnya katak-katak ini akan lenyap dan akan menjadi bangkai yang teramat busuk baunya. Rakyat di Perak tidak lagi menghitung waktu untuk kembali mendaulatkan negeri mereka. Rakyat di Perak hanya tahu berjuang meskipun mereka tidak sempat melihat hasil perjuangan mereka sekiranya Allah menghendakinya kembali ke sisi Tuhannya. Namun hati mereka pasti puas dan roh mereka pasti tenteram jika hasil perjuangan mereka akan dinikmati oleh anak dan cucu-cicit mereka. Biarkanlah Umno untuk seketika bersorak dan bergembira dengan kerja-kerja mereka, tetapi akhirnya Umno akan menangis untuk selama-lamanya.

MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA W.FAUZDIN NS

Nizar mohon menghadap Sultan Perak bubar DUN

PETALING JAYA: Surat mohon menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi menyembahkan tiga resolusi yang diluluskan ketika sidang tergempar di bawah pokok di Ipoh, Selasa lalu telah difakskan kepada pihak Istana semalam.

Menurut Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Perak, Mohd Misbahul Munir Masduki surat tersebut telah dihantar secara faks pada pukul 12 tengah hari semalam.

"Saya sendiri memfakskan surat mohon menghadap Sultan kepada pihak istana tengah hari. Insya-Allah esok kita akan menghantar surat tersebut secara rasmi dengan menggunakan perkhidmatan pos laju pula," katanya kepada mStar Online.

Jelas Misbahul, kerajaan Pakatan Rakyat sedang menunggu tarikh menghadap untuk mempersembahkan tiga resolusi yang telah diluluskan minggu lalu.

"Kerajaan Pakatan Rakyat yakin kita akan dapat perkenaan untuk mohon menghadap Sultan Perak secepat mungkin," katanya.

Ditanya apakah kandungan surat yang dihantar itu, Misbahul berkata, surat tersebut merupakan prosedur yang perlu dilakukan bagi memohon perkenaan menghadap Sultan Perak.

"Tiga resolusi yang diluluskan dalam mesyuarat tergempar menjadi agenda utama kerajaan Pakatan yang mahu dipersembahkan kepada Sultan Perak," katanya.

Selasa lalu, sidang tergempar DUN Perak yang berlangsung di bawah pokok 100 meter dari bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri Perak, meluluskan tiga usul.

Usul-usul itu ialah menyatakan sokongan kepada Nizar sebagai Menteri Besar; membubarkan Dewan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan; dan mengesahkan keputusan Speaker V. Sivakumar melarang Menteri Besar Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan.

Persidangan itu, yang berlangsung selama 30 minit bermula 10.20 pagi, dihadiri semua 27 ADUN PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

Usul pertama dibentangkan oleh wakil rakyat Titi Serong, Khalil Idham Lim, usul kedua oleh ADUN Teja, Chang Lih Kang, dan satu lagi oleh ADUN Pantai Remis, Datuk Ngeh Koo Ham. Mesyuarat itu ditangguhkan pada 10.33 pagi.

Persidangan yang dipanggil oleh Sivakumar itu diadakan di situ selepas polis menghalang beliau dan 27 ADUN pembangkang daripada memasuki Dewan.

Persidangan yang berlangsung sambil wakil-wakil rakyat terbabit berdiri dan ia dijalankan dengan bantuan Setiausaha Dewan yang baru dilantik, Mohd Misbahul Munir Masduki, dengan penggunaan alat pembesar suara.

Kawasan persidangan yang berlangsung di sebuah lorong itu dipagari oleh sekumpulan penyokong pembangkang manakala lebih 200 orang berada di sekitar kawasan berkenaan.

Kos tambang udara Khir Toyo lebih RM300,000

SHAH ALAM: Kos tambang perjalanan udara bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo ke luar negara dari September 2001 hingga Januari tahun lepas berjumlah RM349,134 yang melibatkan 21 perjalanan.

Antara destinasi luar negara yang dikunjungi oleh beliau ialah London, Bangkok, Beijing, Los Angeles, Dubai, Osaka, Tokyo, Seoul, Taipei, Paris, Perth, Milan, Venice dan Amsterdam.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata statistik itu berdasarkan rekod waran perjalanan udara yang diperoleh daripada Pejabat Menteri Besar.

Bagaimanapun jelas beliau, jumlah kos seperti penginapan, makanan dan minuman serta lain-lain kos yang berkaitan masih dalam semakan Pejabat Menteri Besar, katanya menjawab soalan Mohamad Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.

Azmin bertanyakan jumlah kos perjalanan Menteri Besar ke luar negara yang ditanggung oleh kerajaan negeri bermula dari tahun 2000 hingga sekarang dan siapakah ejen yang menguruskan hal perjalanan Menteri Besar.

Abdul Khalid berkata, ejen yang terlibat bagi menguruskan perjalanan udara Khir ialah Green Adventure Holidays Sdn Bhd manakala ejen-ejen lain yang terlibat masih dalam semakan Pejabat Menteri Besar.

Semasa menjawab soalan tambahan Mohamd Azmin sama ada terdapat hubungan kekeluargaan antara Dr Mohamad Khir dengan Green Adventure, beliau berkata pihaknya tiada bukti untuk mengaitkan bekas Menteri Besar itu dengan syarikat ejen perjalanan itu.

Justeru, beliau berkata kerajaan negeri telah membuat satu keputusan melantik syarikat pelancongan Tourism Selangor Sdn. Bhd untuk menguruskan perjalanan bagi pihak kerajaan negeri.

Bagaimanapun bagi mengelakkan amalan monopoli dalam hal ini, kerajaan negeri juga mengalualukan ejen-ejen perjalanan lain untuk turut serta.

Namun, Abdul Khalid berkata:"Tapi setakat ini kita dapati kebanyakan Exco lebih berminat untuk membeli tiket secara dalam talian terutama syarikat penerbangan AirAsia kerana kos yang tinggi jika melalui ejen." BERNAMA

Najib perlu selesai politik Perak sebelum ajak Pakatan pulih ekonomi - Nik Aziz

KOTA BHARU, 12 Mac (Hrkh) - Dato' Seri Najib Razak wajar menterjemahkan saranannya yang mahu Pakatan Rakyat mengenepikan perbezaan politik supaya terlebih dahulu memulihkan kegawatan politik di Perak.

Ini kerana Timbalan Perdana Menteri itu dilihat banyak pihak sebagai orang yang bertanggungjawab menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di luar lunas demokrasi.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pemimpin terbabit perlu mempamerkan keikhlasannya bagi meredakan kecamukan politik di Perak dengan memohon kepada istana supaya dibubar Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak.

Katanya, tiada cara lain lagi dalam situasi sekarang di Perak kerana pertembungan menggunakan undang-undang tidak boleh memuaskan hati semua pihak melainkan dikembalikan semula mandat kepada rakyat.

"Saya hairan kerana banyak pihak menunding jari ke arah Timbalan Perdana Menteri sebagai pencetus kepada krisis yang berlaku di Perak sekarang.

"Jadi bagaimana dengan mudah beliau mahu Pakatan Rakyat mengenepikan perbezaan politik bagi memberi fokus kepada perkembangan ekonomi dan rakyat," katanya di sini.

Semalam Najib dilaporkan mengajak Pakatan Rakyat mengenepikan perbezaan politik untuk bersama-sama kerajaan persekutuan memberi fokus kepada ekonomi dan rakyat.

Beliau mengajak semua pihak supaya berganding bahu dan berusaha gigih untuk mengembalikan ekonomi negara ke landasan pertumbuhan yang lebih kukuh dan mampan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, biarpun ucapan Menteri Kewangan ketika membentang mini bajet kelmarin kelihatan bernas, namun pemulihan politik di Perak patut menjadi keutamaan kerana ia turut memberi kesan kepada perkembangan ekonomi.

Menurutnya juga peruntukan yang disediakan bagi merangsangkan ekonomi negara begitu besar dan ia perlu digunakan secara telus dengan mengamalkan tender terbuka dan bukannya mengutamakan kroni.

"Semua tender projek kerajaan perlu dibuat secara terbuka, berasaskan merit, dan track record syarikat yang diberi kontrak kerajaan bagi memastikan ia mendatangkan manfaat kepada rakyat dan bukan segelintir pihak sahaja," katanya.

Mengenai bon syariat yang diumumkan dalam mini bajet tersebut bagi memperkasakan ekonomi Islam, kata beliau sepatutnya kerajaan melihat dalam konteks yang lebih luas mencakupi akidah Islam.

"Apa salahnya selain tumpuan kepada ekonomi Islam, kerajaan pusat juga mengutamakan akidah Islam sebagai dasar bagi memulihkan seluruh sistem dalam masyarakat termasuk aspek sosial dan keadilan di Malaysia," katanya.

Menurut beliau titik pertemuan tiga bangsa utama di negara ini iaitu Melayu, Cina dan India hanya dapat disatukan melalui akidah dan syariat Islam.

Kata beliau sekiranya kerajaan sukar untuk melihat contoh pelaksanaan pentadbiran berasaskan Islam, modelnya sudah ada di Kelantan sekarang.

Antaranya penghapusan judi, larangan hiburan melampau, sistem pajak gadai Islam (al Rahn), bantuan Ladang Rakyat, skim Takaful Armalah dan Takaful Kifaalah sudah dilaksana di Kelantan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, program kebajikan itu diterima semua kaum di negeri ini.

Katanya juga Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah mengagungkan sesuatu bangsa melainkan menjadikan Islam sebagai teras kepada perpaduan nasional dan keadilan sejagat. - mj/mks._

Mar 11, 2009

Antara 60 biliyon dan santapan tengahari

Laki Rosmah bentang bajet 60 biliyon! Tapi orang dok sibuk tanya sapa makan tengahari ngan Paklah tadi? Hahaha

Bab makan tengahari Paklah, Anwat, dan Syeikh Mahmud, itu kita biaq para Nostradamus telek dalam timba. Apa yang depa besembang selama sejam sebelum masing2 balik ke Parlimen tersenyum riang, gua no komen. Timba ada ayaq, cuma tadak limau purut nak kacau dengan jari telunjuk. Dok nampak icon kertas koyak saja.

Anyway, aku cuma nak sentuh bab bajet laki Rosmah. 60bilion bukan sikit. Rasanya itulah angka yang akan diprint untuk headline paper pagi besok. Banyakkk.

Ada beberapa komen dari rakyat bangang macam aku di bawah ni. Pertamanya, adakah anak Pak Tam Kob aku yang baru kena buang kerja dari kilang di Penang sebulan lepas akan diambil bekerja sebagai pekerja kontrak membaiki dan membina bangunan2 sekolah seperti yang telah diumumkan? Atau adakah kontraktor2 ini masih dan akan terus menggaji pekerja dari indon dan bangla?

Keduanya, dalam bajet stimulus, laki rosmah ada menyatakan bahawa seratus juta diperuntukkan untuk buat jejantas dan bumbung pejalan kaki kat kawasan strategik dan segitiga emas. Selama tempoh menyiapkan jejantas dan bumbung, apakah jaminan kerajaan agar jalan tu tak jam dan kelewatan orang macam aku sampai ke tempat kerja sebab jam orang tutup sebelah jalan tak dijadikan alasan oleh bos untuk bagi notis sebab “tak menepati masa”. Dan kalau aku kena buang, adakah DBKL akan kejar aku dan halau aku kalau aku terpaksa berbusker di bawah bumbung baru untuk mengemis dari pelancong2 yang rata2nya sangat ramai dan kedekut di situ?

Dan yang last, laki Rosmah juga berkata 10 sekolah swasta akan didirikan dan BUKAN bertujuan untuk buat duit. Jika swasta tak buat duit, adakah ia masih dipanggil swasta, atau dipanggil “Public Welfare”? Jika Public Welfare, apakah kriteria yang menjadikan 10 sekolah tadi sebagai “sekolah swasta”? Adakah swasta dan walfare sudah hilang garis pemisahnya? Adakah itu sebabnya kerajaan sekarang dah tak tau mana satu yang patut diberi, dan mana satu yang patut diniagakan? Adakah laki Rosmah makan nasik kandar kuah kari terlebih kas2 masa menulis bajet?

Adussss

So, macamana? Orang macam aku cuma dapat pengecualian cukai ATAS FAEDAH yang dikenakan pada rumah yang dah dibeli. Banyak mana? Cukupla untuk save beli baju pagoda baru lagi dua lai untuk tahun ni. PTPTN? Kot la nak dengaq “kerajaan jugak akan memansuhkan bunga pinjaman selama tiga tahun” ka, hapa kaa. Haram. Subsidi pengangkutan awam untuk orang yang ghagaih LRT dan bas macam aku ni? Hampehs. Tol diturunkan lagi? Jangan harap! “Untuk menggalakkan urusniaga atas talian, kerajaan juga melalui syarikat TM akan menurunkan 50% harga langganan internet” hanya akan disebut bila aku jadi menteri kewangan. Setakat sekarang, laki Rosmah lebih selesa memastikan semua kontraktor2 yang terdiri dari ketua bahagian dan cawangan dan kumpulan G7 (ka G6?) dapat survive untuk mengundi perwakilan2 yang telah dicaturkan.

Rakyat kebanyakan macam kita ni, sekali lagi dipinggirkan. 60biliyon. Berapa sen aku dapat? Dua lai baju Pagoda. Saya sayang Malaysia!

Untuk memberikan komen / maklumbalas, sila ke: http://jahilgoblog.net/?p=269

Tarikh peralihan kuasa PM mungkin ditukar

BANYAK pihak percaya tarikh peralihan kuasa di antara Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak berganjak daripada tarikh asal memandang banyak isu besar membabitkan pemimpin negara.
Pendedahan dibuat media luar negara mengenai hubungan Najib dengan model Mongolia, Altantuya yang mati dibunuh dengan kejam di Malaysia mungkin menjadi penyebab utama peralihan kuasa diperlewatkan.
Naib Presiden PAS, Datuk Paduka Husam Musa berkata, tarikh asal pelan peralihan kuasa di negara ini mungkin berubah menjelang Perhimpunan Agung Umno 24 Mac ini.
"Keadaan itu berlaku apabila pemimpin terbabit menerima tekanan berterusan dalam kes pembunuhan kejam Altantuya. "Laporan media asing telah menghangatkan kembali isu tersebut. Bagi saya ia menyebabkan kemungkinan besar berlaku pertukaran tarikh peralihan kuasa," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Muslimat PAS Kubang Kerian, baru-baru ini.
Husam berkata, tekanan dalam isu Altantuya bukan sesuatu yang kecil dan apa yang pasti ia boleh merubah pelan peralihan kuasa seperti diuar-uarkan sebelum ini. Menurutnya ketika Umno sedang berusaha untuk memulihkan kepercayaan rakyat, tentunya mereka tidak akan kompromi dengan pemimpin yang bermasalah kerana ia boleh menjejaskan imej Umno.
"Saya yakin Umno keberatan menerima seorang bakal pemimpin yang mengalami masalah kerana ia boleh merugikan Umno sendiri. "Umno memerlukan pemimpin yang lebih berintegriti, maka pilihan yang ada mungkin boleh ditunda Perhimpunan Agung Umno seperti disarankan dua pemimpin parti itu sebelum ini," katanya.
Baru-baru ini bekas Exco Pemuda Umno Malaysia, Dato' Mazlan Haron dan ketua cawangan Umno di Johor, Dato' Kadar Sulaiman mahu Umno menangguhkan perhimpunan agung bagi menyelesaikan aduan politik wang yang berlaku. Mereka juga bersedia memohon injunksi daripada mahkamah bagi menghalang perhimpunan agung Umno sekiranya saranan mereka diabaikan parti.
Husam berkata, secara jelas ada asas bagi menangguhkan Perhimpunan Agung yang bermula 24 Mac ini, berkaitan politik wang yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan Lembaga Disiplin Umno. Beliau yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, rakyat memerhati dari dekat perlanggaran undang-undang oleh pemimpin Umno seperti yang berlaku di Perak Febuari lalu.
"Pencabulan terhadap semua institusi utama negara menyebabkan rakyat hilang keyakinan kepada kewibawaan kerajaan diterajui Umno-BN," katanya. - sumber harakahdaily.net
PANGLIMA HITAM: Dalam politik apa-apa pun tidak mustahil. Hanya Pak Lah sahaja yang boleh menentukan bila tarikh sebenar peralihan kuasa ini akan berlaku.

Malaysia Akan Ada GEREJA TERBESAR di ASIA

Calvary Convention Centre (CCC) itulah namanya Gereja yang sedang dibina di Bukit Jalil sekarang ini. Kompleks gereja setinggi 6 tingkat ini dibina di kawasan seluas 600,000 kaki persegi. Dibina oleh Nam Fatt Construction Sdn. Bhd, lengkap dengan pelbagai fasiliti dan dewan auditorium yang boleh memuatkan 5,000 orang. Jika ada sesiapa yang perasan pada papan tanda pembinaan gereja ini ditulis "Adanya Harapan", "There Is Hope". Harapan baru untuk menjadikan Malaysia ini lebih baik? Jika siap nanti, CCC bakal menjadi gereja yang terbesar di Asia. Patutlah ada usaha dari pihak-pihak tertentu untuk menggunakan nama Allah SWT dalam Herald Catholic. Rupa-rupanya ianya adalah sebahagian daripada persediaan umat missionary tersirat CCC ini. Mampukah umat Islam menghadapi cabaran dari CCC ini?
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Anwar, PKR nafi runding dengan Pak Lah semalam

PETALING JAYA: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan pertemuan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam, sebelum melepaskan jawatan hujung bulan ini, telah merundingkan 'caturan politik'.

"Terlalu banyak andaian dan tafsiran mengenai kehadiran saya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi di Hulu Langat tengah hari tadi (semalam)," kata beliau dalam blognya.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen berkata, beliau dijadual ke Madrasah Nurul Iman sempena sambutan Maulidur Rasul dan meraikan ulama Sheikh Mahmud.

"Antara tetamu adalah ulama dari Indonesia, Gambia, India, Patani dan lain-lain.

"Turut sama adalah ketua sami Buddha dari Bangkok serta bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kehakiman Thailand Profesor Dr. Bhokin.

"Saya dan (isteri, Datuk Seri Dr. Wan) Azizah (Wan Ismail) terlambat tiba kerana terpaksa melayani karenah dan drama di Mahkamah Tinggi termasuk urusan ikat jamin," katanya lagi.

Semalam kes liwat Anwar disebut semula dan Mahkamah Tinggi menetapkan 1 Julai ini sebagai tarikh baru perbicaraan.

"Sebaik menghampiri kawasan madrasah, saya diberitahu Datuk Seri Abdullah telah pun tiba.

"Saya disambut Sheikh Mahmud dan menjamah hidangan bersama Datuk Seri Abdullah, Profesor Bhokin dan para ulama yang hadir.

"Kami dapat ngobrol biasa untuk seketika. Selesai bersama berjemaah Zuhur, kami berlepas ke Parlimen," katanya lagi.

Abdullah dan Anwar kemudian berada di Parlimen untuk mengikuti sesi pembentangan Pakej Rangsangan yang dikemukakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam pada itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin menyangkal dakwaan Sayuti Omar dalam blognya bahawa Abdullah dan Anwar telah berunding di Hulu Langat.

"Kehadiran kedua-dua pimpinan adalah di atas jemputan Al-Fadhil Tuan Guru Syeikh Mahmud Al-Majzub (yang lebih selesa dikenali dengan panggilan Tok Ayah) bersempena dengan majlis Maulidur Rasul dan Sambutan Tamat Latihan Kerohanian 40 tahun di Madrasah Nurul Iman, Hulu Langat, Selangor," kata beliau.

Bagaimanapun kata Shamsul, beliau bersetuju dengan penulis blog itu bahawa pertemuan semalam mempunyai sejarah yang tersendiri.

Abdullah dan Anwar berasal dari Pulau Pinang.

Mar 10, 2009

Kes liwat didengar Julai, Anwar kata "pertarungan sudah mula"

DATUK Seri Anwar Ibrahim ketika tiba di pekarangan mahkamah pagi tadi untuk mendengar sebutan semula kes liwat. - foto AP

[DIKEMAS KINI, 2.45 PETANG] KUALA LUMPUR: Kes liwat Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan didengar oleh Mahkamah Tinggi Julai ini.

Mahkamah menetapkan 1 hingga 24 Julai sebaga tarikh perbicaraan pagi tadi.

Apabila kes itu disebut semula hari ini, Anwar mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan.

Selepas tuduhan dibacakan, Anwar berkata: "Saya minta bicara, ini fitnah jahat."

Hakim Mohamad Zabidin menetapkan tarikh itu selepas kes berkenaan secara rasminya dipindahkan dari Mahkamah Sesyen hari ini walaupun mendapat bantahan daripada peguam utama Anwar, Sulaiman Abdullah.

Sulaiman berhujah bahawa sijil pemindahan kes itu sepatutnya dikemukakan kepada Hakim Mahkamah Sesyen S. M. Komathy Suppiah memandangkan perkara itu pada asalnya didengar oleh beliau.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden memberitahu mahkamah bahawa Komathy sedang bercuti dan manamana mahkamah rendah boleh mendengar perkara berkenaan.

Hakim Mahkamah Sesyen Rozana Ali Yusoff bersetuju dengan Mohamed Yusof dan memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi.

TARIKH TIDAK TERLALU AWAL

Sebelum menetapkan tarikh perbicaraan itu, pihak pembelaan diketuai Sulaiman Abdullah meminta tarikh perbicaraan ditetapkan tidak terlalu awal memandangkan pihaknya sedang menunggu keputusan Mahkamah Rayuan berhubung permohonan semakan semula keputusan Mahkamah Tinggi yang memindahkan kes Anwar dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi minggu lalu.

Khamis lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi selepas Mohamad Zabidin mengenepikan keputusan Mahkamah Sesyen 7 November lalu yang menolak permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes tersebut.

Dalam penghakimannya minggu lalu, Mohamad Zabidin berkata, Hakim Mahkamah Sesyen S.M Komathy Suppiah telah terkhilaf dalam memutuskan sijil pemindahan kes yang ditandatangani oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai tidak sah.

Selain itu, Sulaiman berkata, pihaknya juga memerlukan masa untuk menerima dokumen lengkap daripada pihak pendakwaan memandangkan dokumen yang diserahkan sebelum ini termasuk termasuk rakaman percakapan, laporan DNA dan gambar tidak jelas.

Katanya, pihaknya telah menghantar dua pucuk surat kepada Peguam Negara supaya dokumen yang jelas dihantar kepada mereka namun tidak mendapat maklum balas.

Mohd. Yusof Zainal Abiden berkata, beliau tidak membaca surat yang dimaksudkan Sulaiman dan memberi jaminan akan menyerahkan dokumen tersebut.

BON BARU ANAWAR

Hakim Mohamad Zabidin turut memerintahkan Anwar supaya menandatangani bon jaminan peribadi yang baru tanpa bayaran sebagai jaminan yang beliau tidak akan gagal hadir sepanjang sesi perbicaraan berlangsung.

Anwar sebelum ini menandatangani bon jaminan peribadi dengan seorang penjamin sebanyak RM20,000.

Sementara itu, Anwar ketika ditemui berkata, beliau berpuas hati dengan tarikh yang ditetapkan kerana ia akan memberi peluang kepada pihaknya membuat persediaan lebih rapi sebelum perbicaraan.

Katanya, ia juga akan memberi peluang kepada beliau untuk memberi tumpuan kepada tiga pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 7 April ini.

"Kita juga harap perjalanan mahkamah akan berjalan bebas dan adil. Kita juga menunggu dokumen daripada pendakwa raya yang masih belum diserahkan.

"Kita harapkan perbicaraan yang adil. Sikap badan kehakiman adalah yang paling penting buat kita dan saya lantang dalam perkara ini.

"Bagaimanapun saya boleh beri jaminan kepada kamu, pertarungan sudah bermula," katanya.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23 di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lalu.

Jika sabit kesalahan, Anwar, 62, boleh dipenjara sehingga 20 tahun di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Terdahulu, sebutan semula kes Anwar didengar di Mahkamah Sesyen kira-kira pukul 10.20 pagi.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23 di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lalu.

Jika sabit kesalahan, Anwar, 62, boleh dipenjara sehingga 20 tahun di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Beliau kini bebas dengan ikat jamin seorang penjamin sebanyak RM20,000.

Sulaiman memohon kepada mahkamah memerintahkan pihak pendakwaan untuk membekalkan semua dokumen berkaitan bagi persediaan pihak pembelaan.

Beliau menegaskan bahawa pihak pembelaan memerlukan laporan DNA bagi mendapatkan pandangan pakar luar negara.

BERITA TERDAHULU

Mahkamah Tinggi putus tarikh baru kes liwat Anwar

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini mendengar sebutan semula kes liwat Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hakim Rozana Ali Yusoff memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi pada pukul 10.20 pagi untuk menetapkan tarikh perbicaraan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohammad Zabidin Mohad Diah akan memutuskan tarikh perbicaraan tersebut sebentar lagi.

Anwar tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta kira-kira 10.10 pagi tadi bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

BERITA TERDAHULU

Khamis lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan kes tersebut dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi selepas Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengenepikan keputusan Mahkamah Sesyen 7 November lalu yang menolak permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes tersebut.

Dalam penghakimannya, Mohamad Zabidin berkata, Hakim Mahkamah Sesyen S.M Komathy Suppiah telah terkhilaf dalam membuat keputusan itu sebelum ini dengan memutuskan sijil pemindahan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai tidak sah.

Mohamad Zabidin berkata, Abdul Gani hanya menjalankan fungsi pentadbiran dengan menandatangani sijil tersebut dan bukan menjalankan fungsi penghakiman atau separa-penghakiman.

Anwar sebelum ini mempertikaikan kesahihan sijil pemindahan kes itu dengan alasan Abdul Gani tidak sepatutnya menandatanganinya kerana beliau sedang disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) berhubung dakwaannya yang Abdul Gani memalsukan keterangan dalam insiden "mata hitam" yang dialami Anwar 10 tahun lalu.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23 di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lalu.

Jika sabit kesalahan, Anwar, 62, boleh dipenjara sehingga 20 tahun di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Beliau kini bebas dengan ikat jamin seorang penjamin sebanyak RM20,000.

Mar 9, 2009

GALERI GAMBAR SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

BERANGKAT TIBA... Yang Di-pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin ketika berangkat tiba pada majlis perasmian Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Dataran Merdeka hari ini. Seri Paduka Baginda diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badaw(kanan).

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan kepada adik Muhammad Haziq Samrat sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2009 di Dataran Merdeka di sini, hari ini. Turut hadir Menteri DiJabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri). Adik Muhammad Haziq,14, merupakan kanak-kanak istimewa yang kurang upaya dari dari bahagian pinggang hingga ke bawah.

TAHNIAH... Penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2009, Prof Dr Sidek Baba (dua, kanan) seorang Profesor Pendidikan di Institut Pendidikan Univesiti Islam Antarabangsa (UIA) bergambar bersama penerima Anugerah Maulidur Rasul selepas majlis penganugerahan sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Dataran Merdeka hari ini. Antara penerima anugerah ialah (dari kiri) pelajar tahfiz Muhammad Ahmad Zahid, 12, Yang Dipertua Persatuan Pengasih Malaysia Mohd Yunus Pathi Mohd, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Dr Maamor Osman dan Pengarah Urusan Syarikat Nusantara Sdn Bhd, Mortadha Lau Abdullah. Turut menerima anugerah kanak-kanak istimewa yang kurang upaya dari bahagian pinggang ke bawah Adik Muhammad Haziq Samrat (duduk). Penerima Anugerah Perdana membawa pulang wang tunai RM50,000 beserta plak manakala kelima-lima penerima Anugerah Maulidur Rasul menerima wang tunai yang kesemuanya berjumlah RM22,000 dan plak.

SEBAHAGIAN daripada peserta perarakan mengaminkan doa ketika menyertai perarakan meraikan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2009 di Dataran Merdeka hari ini.

KEMAS... Kontinjen daripada Agensi Nuklear Malaysia membawa sepanduk " Muhammad Pemimpin Terbilang Modenisasi Ummah Duniawi Ukhrawi"berarak melintasi Bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka di sini sambil berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w ketika meyertai perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2009 hari ini.

SEMANGAT... Peserta-peserta perarakan membawa sepanduk tema sambutan "Wahdah Pemangkin Khaira Ummah" dan pelbagai sepanduk lain berarak sambil berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w ketika meyertai perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2009 di Dataran Merdeka hari ini.

KONTIJEN Polis Diraja Malaysia (PDRM) membawa sepanduk ketika menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Dataran Merdeka hari ini.

ALTERNATIF... Sebahagian peserta terpaksa menjadikan sepanduk untuk berteduh dari hujan ketika meraikan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Dataran Merdeka hari ini.

WALAUPUN hujan turun peserta ini tidak berganjak untuk meraikan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Dataran Merdeka hari ini.

SEBANYAK 1430 buah motosikal menyertai Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2009 di Dataran Merdeka hari ini.

TURUT menghiburkan tetamu pada Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2009 di Dataran Merdeka hari ini ialah penyanyi Waheeda dan Akhil Hayy.

Di Ipoh

SULTAN Perak Sultan Azlan Shah (kiri) meletakkan Al-Quran di atas rehal sebagai simbolik perasmian sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri di Bangunan Darul Ridzuan hari ini. Turut kelihatan Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir (kanan). Sambutan yang bertemakan 'Wahdah Pemangkin Khaira Ummah' dihadiri seramai 1,500 hadirin.

SULTAN Perak Sultan Azlan Shah (kiri) menyampaikan anugerah Tokoh Guru Sekolah Agama Rakyat kepada Ahmad Shahimi Pandak Hassan (kanan) pada majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri di Bangunan Darul Ridzuan hari ini.

TAHNIAH... (Dari, kiri) Tokoh Kelurga Mithali, Azizan Mohamed Desa, Tokoh Pegawai Masjid, Abdul Mokti Ayob, Tokoh Guru Sekolah Agama Rakyat Ahmad Shahimi Pandak Hassan dan Tokoh Guru Agama Dakwah Ali AC Din bergambar bersama anugerah yang diterima masing-masing pada majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri di Bangunan Darul Ridzuan hari ini.

Di Seremban

Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir (tengah) dan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan (dua, kiri) mengetuai perarakan sambutan Maulidul Rasul peringkat negeri di Jalan Yam Tuan hari ini. Kira-kira 9,000 peserta yang terdiri daripada 62 kontinjen dari jabatan dan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta serta orang ramai menyertai perarakan mengelilingi bandar itu sambil membawa sepanduk dan berselawat.

SEBAHAGIAN daripada peserta yang menyertai perarakan sambutan Maulidul Rasul peringkat negeri berarak sambil membawa poster di Jalan Datuk Bandar Tunggal hari ini.

Perutusan Maulidur Rasul: Laksana ajaran Nabi dalam pemerintahan

MENGINGATI Rasulullah s.a.w. adalah dituntut oleh syarak. Cara tuntutan itu adalah umum, apa sahaja yang boleh dilakukan dengan tujuan untuk mengingati Rasulullah, bukan semata-mata kerana jasmaninya tetapi kerana risalah atau mesej yang dibawa untuk memberi kebahagiaan kepada manusia di dunia hingga ke akhirat.

Pada zaman mutakhir ini umat Islam umumnya, tidak lagi menghayati petunjuk-petunjuk Rasulullah s.a.w., malah mereka juga terasing daripada menghayati perjuangan baginda, menyebabkan Islam terpinggir dan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.tidak lagi menjadi idola.

Oleh itu, amat perlu diadakan sambutan yang bersesuaian dengan keadaan zaman ataupun perayaan-perayaan yang dilakukan selama ini seperti perarakan atau ceramah-ceramah agama sudah menjadi sesuatu yang ritual. Kadang-kadang ia tidak memberi makna yang sepatutnya bagi ditimba oleh orang-orang Islam.

Oleh demikian, saya mencadangkan supaya kalau benar-benar mengaku semuanya itu kerana hendak mengikuti jejak Rasulullah, maka ada baiknya diubah, ditambah sambutan itu dengancara pemerintah itu sendiri mengisytiharkan setiap tahun yang diadakan sambutan keputeraan Baginda, sekurang-kurangnya satu dari ajaran baginda dilaksanakan dalam pemerintahan.

Sebagai contoh, kalau Rasulullah s.a.w. amat memerangi arak, maka satu tahun diambil tahun 'pengharaman arak' untuk selamanya, manakala tahun hadapan pula satu lagi diambil untuk dilaksanakan, contohnya, seperti menutup aurat. Maka dilaksanakan perintah itu dengan sebaiknya oleh pemerintah. Bagi tahun ketiga pula, sebagai contoh, mengharamkan judi.

Ertinya, jika setiap tahun diadakan sambutan, diambil sekurang-kurangnya satu ajaran itu, maka ternampaklah kita ini serius dan wujud perubahan yang baik sempena Maulidur Rasul itu.

Manakala, satu hal lain pula, pihak yang berkuasa atau badan amal yang berwibawa, perlu mengadakan penyelidikan yang rapi tentang beberapa episod daripada sejarah hidup Rasulullahyang boleh dijadikan modul hidup atau praktikal modul untuk dilaksanakan, sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya bagi kamu ada sejarah Rasulullah itu contoh teladan yang amat baik untuk dilaksanakan."

Namun, selama ini hampir tidak pernah dilakukan penyelidikan sedemikian di Malaysia dalam hal ini.

Atas sebab-sebab itu, seperti dinyatakan tadi perlunya beberapa pendekatan dan ajaran Rasulullah s.a.w. itu diambil satu daripadanya setiap tahun bagi memberikan kemanfaatan kepada seluruh ummah.

* Dato' Dr Haron Din, Timbalan Mursyidul Am PAS _

Mar 7, 2009

Isyarat jelas rakyat tolak PPSMI, himpunan 100,000 berjaya! - Abu Bakar Chik

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Hrkh) - Sungguhpun himpunan 100,000 hari ini dianggap hebat dan luar biasa kejayaannya namun insiden kekasaran dan serangan pihak polis yang terpaksa menurut arahan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak boleh diterima sama sekali. Image

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat Dato' Abu Bakar Chik berkata serangan bertubi-tubi dan tanpa belas kasihan itu tidak mematahkan semangat tinggi dan 'membakar' hasrat rakyat khususnya para pejuang bahasa yang mahu menjujung dan memartabatkan Bahasa Melayu sekaligus membantah dasar PPSMI yang diperkenal kerajaan BN.

"Saya bersyukur dan rasa terharu dengan sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat seluruhnya yang sanggup bersusah-payah mengharungi asakan pihak polis untuk menyampaikan suara hati mereka kepada Yang Dipertuan Agong. Image

"Target dan hasrat kita hari tercapai dengan terkumpulnya lebih 100,000 rakyat dan serahan memo juga berjaya disampaikan," katanya ketika dhubungi Harakahdaily kira-kira jam 5.00 petang tadi.

Beliau juga kagum dengan semangat para pejuang bahasa yang menunggu dan bersama-sama rakyat berarak dari mula acara sehinggalah himpunan bersurai seusai bacaan doa di adakan di pekarangan masjid negara kira-kira 4.45 petang tadi

"Isyaratnya sudah jelas, rakyat sangat-sangat tidak puas hati terhadap dasar kerajaan BN dalam menggangkat bahasa Melayu dan meneruskan dasar PPSMI itu. Oleh itu rakyat mahukan perubahan dan tidak mahu melihat lagi kedegilan kerajaan BN. Image

"Justeru kita berharap agar Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-raja akan memperhalusi dan mempertimbangkan isu ini demi kedaulatan Bahasa Melayu di negara ini," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu.

Sementara itu, beliau yang kecewa dengan sikap dan tindak tanduk polis yang sewajarnya melindungi orang awam dan para peserta daripada berlaku insiden tidak diingini sebaliknya mencetuskan suasana huru-hara mengakibatkan ramai pihak yang diasak teruk dan mengalami kecederaan.

"Asalnya polis benarkan, tiba-tiba di penghujung meraka bertindak kasar kepada orang ramai. Saya kira ini bukan kehendak mereka tetapi terpaksa ikut arahan BN yang tidak peduli keselamatan rakyat dan meremehkan suara mereka Image

"Yang hadir ada 60, 70 tahun ke atas malah kanak-kanak juga terpaksa menghadapi gas pemedih mata dan insiden kejar-mengejar yang menjadikan suasana hiruk-pikuk sedangan PDRM berperanan menjaga keselamatan. Saya sangat kecewa dengan tindakan polis yang hanya mengikut telunjuk Bn yang terang menganiaya rakyat" katanya dengan penuh semangat. Image

Katanya pihak polis perlu menghormati rakyat yang bersungguh-sungguh hadir untuk menunjukkan sokongan memartabatkan bahasa melayu dan bukan datang seperti 'penjenayah' yang wajar diperlakukan sebegitu rupa.

Di akhir perbualan beliau sekali lagi merasa bersyukur dan menganggap ianya satu sejarah telah tercipta membuktikan rakyat sudah berani bersuara untuk memastikan kerajaan bertindak demi kepentingan bahasa, bangsa dan agama. -azm _

Mar 6, 2009

Ku Li: Kita tak da pilihanlah bro...

"Walaupun kita akan kalah...tapi kita tak da choice lah bro."

Begitulah lebih kurang pandangan dan nasihat Ku Li kepada Umno bagi menangani krisis di Perak.

Cuma teman nak tambah sikit...Ku Li patut cakap macam ni...

"Kalu macam ni gayenye perangai kita bro...PRU13 nanti kita bukan sahaja akan kehilangan Perak... kita akan jadi pembangkang di Parlimenlah bro..!!"

Cheerio!!

Razaleigh calls for fresh polls in Perak

KUALA LUMPUR, March 6 — Barisan Nasional lawmaker and former Finance Minister Tengku Razaleigh Hamzah has added his voice to a growing chorus of Malaysians demanding fresh elections in Perak to resolve its month-long political impasse.

“I think that constitutional rule in Perak has collapsed and the only way to rectify the situation is to go back to the people,” Tengku Razaleigh told BT in an exclusive interview yesterday. “That would be the appropriate thing for the Ruler to do.”

The reference is to Sultan Azlan Shah, the state's monarch who, on Feb 2, rejected a request by Perak's then Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin — of the Pakatan Rakyat opposition alliance — to dissolve the state's assembly and pave the way for fresh polls.

Nizar made the request after his government was toppled when three of his representatives defected to become independents supportive of the Barisan Nasional.

Sultan Azlan decided that, to his mind, the BN held the majority in the assembly (31-28) and so appointed Datuk Zambry Kadir from the dominant Umno as the state's new menteri besar.

Things have got worse since. On Tuesday, assembly Speaker V. Sivakumar called for an emergency sitting of the assembly but was barred by the civil service and the police. Undeterred, he convened the meeting under a tree.

The House's meeting which was boycotted by all BN representatives decided — unanimously — that Nizar commanded the confidence of the House and that he should request the Sultan for the assembly's dissolution — again!

Meanwhile, BN reps had rushed to court which gave them an injunction prohibiting Sivakumar from holding further meetings. But it isn't clear if the meeting under the tree was invalid — if it was, the order would have had to be retrospective which is unheard of. That implied that Zambry was, indeed, suspended and that the state had drifted into a constitutional black hole.

Both the BN and the opposition have vowed fresh court cases but the problem may not be easily resolved. Most of the calls for fresh polls — except for anonymous commentators on Internet websites — generally tip-toe around the episode's background for fear of offending either the Sultan or the BN.

Tengku Razaleigh didn't have any such compunction. To be sure, he has the gravitas to carry off such a statement — some quarters might consider it lese-majeste — because he is a royal himself, being the uncle of the Sultan of Kelantan. In addition, he is an elder statesman of Umno, having narrowly lost its presidency in 1987 to former premier Tun Dr Mahathir Mohamad by a scant 44 votes.

Why did he think elections weren't called? “The chances are that we (the BN) will lose badly in Perak,” said the Kelantan prince. “That seems to be why they are reluctant to have the Sultan dissolve the assembly.”

“This is not good and I fear for the future,” continued Tengku Razaleigh. “I have no claim for the throne anywhere so I can be frank but I would like to see the monarchy strong. It's unfortunate that it happened the way it did in Perak. But still it depends on what he (the Sultan) will do next.”

For Tengku Razaleigh, the solution is simple. “The rakyat (people) of Perak are his subjects,” he said, referring to Perak's monarch. “So in the end, he has to side with his people.”

In fact, Tengku Razaleigh thinks that Umno should take the lead in the matter. “Umno should be magnanimous and be the first to call for elections,” he noted. “It would be an elegant solution and it would certainly save the Ruler further embarrassment.”

“It may not be good for Barisan but we have no choice,” he said. “We can't go on with this impasse.” — Business Times Singapore

Majlis Raja-raja tuntut imuniti dikembalikan

ALOR SETAR: Persatuan Kerabat Diraja Kedah (PKDK) akan meminta Persidangan Majlis Raja-Raja supaya menuntut semula imuniti raja agar pihak tertentu tidak mempersenda Raja-Raja Melayu yang merupakan tonggak dan payung kepada kekuatan orang Melayu.

Yang Dipertuanya, Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya berkata, desakan itu akan dibuat selepas satu perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur melibatkan 250 NGO bagi menyatakan taat setia kepada raja-raja Melayu tidak lama lagi.

"Kalau imuniti rajaraja dikembalikan, isu persenda Raja-Raja Melayu tak mungkin timbul," katanya kepada pemberita selepas majlis pelepasan peserta Mencari Harta Karun anjuran PKDK di sini hari ini.

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah melepaskan 45 kereta yang menyertai acara itu dari Alor Setar ke Haadyai.

Pada acara itu, Tengku Zainol Rashid mengetuai lebih 100 peserta untuk melafazkan ikrar taat setia kepada Raja-Raja Melayu.

Tengku Zainol Rashid juga memberi amaran kepada ahli politik yang cuba membangkitkan isu kedaulatan raja-raja dalam agenda mereka.

"Sekiranya mereka buat lagi, kita akan cari jalan untuk mereka hentikannya," katanya. BERNAMA

Sivakumar saman Penasihat Undang-undang Negeri Perak

KUALA LUMPUR: Satu lagi tindakan undang-undang difailkan berhubung kemelut politik di Perak.

Kali ini Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar memfailkan saman terhadap Penasihat Undang-Undang Negeri Perak.

Writ saman itu difailkan melalui Tetuan Tommy Thomas di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil pukul 3.40 petang hari ini.

Sivakumar mahu mahkamah mengisytiharkan antaranya bahawa Penasihat Undangundang Negeri Perak, yang namanya tidak dinyatakan dalam writ saman, telah bertindak tanpa kuasa apabila defendan mewakili beliau semasa permohonan injunksi dalam prosiding pertama dalam kamar hakim pada Selasa lepas dan semalam.

Sivakumar juga menuntut deklarasi bahawa defendan telah bertindak secara cuai dan memungkiri tugasnya sehingga menyebabkan injunksi itu dibenarkan terhadap beliau dalam prosiding pertama itu.

Speaker DUN Perak itu juga mahu perintah deklarasi bahawa defendan telah memungkiri kewajipan fidusiarinya kepada beliau apabila mewakilkan dirinya sebagai peguam untuk pendengaran permohonan injunksi itu.

Di dalam pernyataan tuntutannya, Sivakumar memohon deklarasi bahawa perintah injunksi yang berikan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Ridwan Ibrahim dalam prosiding pertama adalah palsu, batal dan tidak sah.

Beliau meminta ganti rugi am, ganti rugi tambahan, ganti rugi teladan, faedah, kos tindakan dan relief lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Sivakumar mendakwa sebagai Speaker DUN Perak yang dilantik selaras dengan Artikel 36(A) Perlembagaan Negeri Perak, beliau adalah ketua badan perundangan kerajaan di Perak.

Sivakumar mendakwa defendan merupakan Penasihat Undang-undang kepada badan eksekutif kerajaan Negeri Perak pimpinan kerajaan Barisan Nasional sejak 5 Feb lepas yang bercanggah dengan kepentingan beliau yang bukannya seorang anggota Barisan Nasional.

Akibatnya, Sivakumar menegaskan bahawa sejak 5 Feb lepas, defendan tidak berada dalam sebarang kedudukan untuk melindungi dan mengekalkan kepentingan beliau.

Secara alternatifnya, Sivakumar mendakwa defendan berada dalam keadaan konflik di antara kepentingan peribadinya dalam mempromosikan keperluan majikannya dan kewajipannya kepada beliau.

Sivakumar juga mendakwa beliau tidak pernah melantik defendan sebagai penasihat undang-undangnya dan tidak pernah berunding atau berkomunikasi dengannya.

Pada Selasa lepas, Mahkamah Tinggi Ipoh membenarkan bantahan Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir bahawa Sivakumar tidak boleh diwakili oleh peguam sebaliknya memutuskan bahawa Sivakumar hendaklah diwakili oleh Penasihat Undang-undang Negeri Perak.

Sivakumar mendakwa selepas keputusan itu diumumkan pada pukul 10.30 pagi Selasa lepas, peguam yang mewakilinya telah berundur daripada kamar pesuruhjaya kehakiman itu.

Beliau mendakwa berdasarkan laporan media, prosiding dalam kamar diteruskan tanpa kehadiran peguam Sivakumar untuk mendengar dan seterusnya membenarkan permohonan injunksi yang difailkan oleh Dr. Zambry untuk menghalang Sivakumar daripada meneruskan sebarang persidangan DUN.

Sementara itu di IPOH, kumpulan peguam yang mewakili Sivakumar hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang tidak membenarkan Sivakumar diwakili oleh peguam yang dilantiknya sendiri.

Peguam Leong Cheok Keng berkata notis rayuan berkenaan difailkan serentak hari ini di Mahkamah Tinggi di sini dan juga di Mahkamah Rayuan di Putrajaya oleh peguam Philip Koh.

"Speaker telah dinafikan hak untuk memilih peguamnya sendiri dan saya fikir ia adalah satu perkara cukup serius bagi Mahkamah Rayuan untuk menimbangkannya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam Pesuruhjaya Kehakiman Ridwan Ibrahim memutuskan Sivakumar hanya boleh diwakili oleh Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri dan bukannya peguam swasta dalam permohonan bagi mengisytiharkan sebagai tidak sah dua keputusan beliau yang melibatkan Menteri Besar Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir, enam anggota exco dan tiga wakil rakyat Bebas.

Zambry dan enam anggota Exconya memohon mahkamah mengisytiharkan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang mereka daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri antara 12 bulan dan 18 bulan sebagai tidak sah dan terbatal manakala ketiga-tiga Anggota Dewan Undangan Negeri iaitu Jamaluddin Md Radzi (Behrang), Kpt (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) memohon mahkamah mengisytiharkan kerusi masing-masing tidak kosong dan mereka masih wakil rakyat yang sah.

Sementara itu, polis memanggil Sivakumar ke Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini pagi tadi bagi memberi keterangan berhubung laporan terhadapnya bersabit tindakan beliau menggantung dan melarang Dr Zambry dan barisan exconya daripada menghadiri sidang DUN Perak.

Bagaimanapun hanya peguam Sivakumar iaitu Anggota Parlimen Ipoh Barat M. Kulasegaran dan Anthony Augustin yang hadir bagi memaklumkan ketidakhadiran Speaker itu yang dikatakan kini sedang bercuti di luar Perak.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah memanggil Sivakumar untuk memberi keterangan berhubung tindakannya menggantung Zambry selama 18 bulan dan enam exconya selama 12 bulan daripada menghadiri sidang DUN Perak pada 18 Februari lepas. BERNAMA

Mar 5, 2009

JOM BOIKOT TV1,2,3 DAN MEDIA BN

SEMUANYA seperti tidak masuk akal… Bagaimana sebuah stesen penyiaran yang mendakwa sebagai ‘market leader’ dalam kelompoknya boleh melayan isu picisan tanpa sebarang merit dan kredibiliti.

Itulah TV3… Stesen penyiaran milik tidak langsung Umno yang bertemakan “Berita Terkini, Hiburan Sensasi”.

Sudah hampir seminggu stesen penyiar swasta itu memainkan isu ‘ucapan derhaka’ seorang ahli Exco Kerajaan Negeri kepada Sultan Kedah kononnya. Maklumat berhubung perkara itu diterima oleh Pemuda Umno negeri khususnya Setiausaha pergerakan itu melalui satu surat layang.

Hanya berdasarkan surat layang itu, TV3 becara bersungguh-sungguh menyiarkan protes Pemuda Umno negeri dan memberikan liputan meluas siri-siri protes itu di rancangan Buletin Utama - program berita waktu puncak TV3.

Apa yang melucukan, hingga saat ini Pemuda Umno negeri dan TV3 gagal mendedahkan butiran spesifik tuduhan mereka. Terbukti Pemuda Umno tidak mempunyai apa-apa untuk didedahkan kecuali sehelai surat layang - tanpa nama, tanpa alamat, tanpa kredibiliti dan tanpa akauntabiliti.

Seperti kata Menteri Besar Kedah, sesiapa sahaja boleh menulis surat layang termasuk Pemuda Umno negeri sendiri.

“Mungkin dia jumpa (surat layang itu) di pasar, orang buang dia ambil, dia tu pula tak ada kerja, dia pun cakap pasai nota tu. Jadi macam mana pulak dia pergi ambil benda yang tak ada sebarang kualiti dimasuk dalam berita dan TV3 pun siar sekali. Tak tahu nak bezakah di antara dialog ni; dua orang bercakap, di mana dialog (itu)?

“Ni cakap-cakap seperti ini dia ada ‘malafide’ (niat jahat), dia berniat buruk untuk memfitnah sebuah kerajaan dan mengheret Tuanku Sultan dalam kes ini. Kita dukacitalah, patutnya bagi profesional sikitlah dalam hal ini. Sebab itu kita minta polis buat siasatan, orang yang buat laporan ini dia dapat dari mana (nota itu)?

“Mungkin dia sendiri yang buat dia kata orang kata (dibuat pihak lain), mungkin. Benda ni tak layanlah, benda ni kerja budak-budak!” tegas Ustaz Azizan pada sidang media selepas merasmikan Majlis Dialog Industri Dan Program Pembangunan Industri Halal Nasional Peringkat Negeri Kedah di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar, 28 Februari lalu.

Sambil menyifatkan Pemuda Umno sebagai ‘gembala kerbau’ kerana hanya tahu berbuat bising, Ustaz Azizan tidak menolak kemungkinan bahawa isu itu sengaja dibangkitkan sebagai persediaan Umno berhadapan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Bukit Selambau, 7 April ini.

Sebenarnya ini bukan kali pertama TV3 menyiarkan berita bohong tentang kerajaan negeri Kedah. Tentu kita masih ingat menjelang sambutan Jubli Emas pemerintahan Sultan Abdul Halim, TV3 telah menyiarkan berita kononnya Menteri Besar Kedah berbelanja mewah kerana menyewa jet eksekutif dalam urusan rasmi. ‘Footage’ menunjukkan kelibat Ustaz Azizan memasuki pesawat tersebut disiarkan berulang kali oleh TV3.

Tanpa disedari, Ustaz Azizan sebenarnya hanya mengiringi kerabat Diraja Kedah menyampaikan jemputan kepada Sultan Brunei untuk hadir ke majlis sambutan Jubli Emas pemerintahan Sultan Abdul Halim. Maksudnya, program itu adalah urusan rasmi istana Kedah dan Ustaz Azizan cuma melaksanakan ‘Urusan Diraja’. Maka jelas fitnah yang dilemparkan TV3 itu telah mencemarkan imej istana Kedah khususnya Sultan Abdul Halim.

Diberitakan ‘orang kuat’ TV3 terpaksa menghadap Sultan Kedah memohon ampun atas keterlanjuran laporan itu. Bagaimanapun hanya beberapa bulan selepas memohon ampun, TV3 kembali mengamalkan tabiat buruk melaporkan pembohongan dan fitnah terhadap kerajaan negeri.

Ustaz Azizan menyifatkan isu terbaru yang dimainkan TV3 dan dilakonkan Pemuda Umno negeri itu sebagai tindakan mencari publisiti murahan dan kebudak-budakan serta berniat jahat.

“Kerana kerja tu kerja tak ada asas, kalau ada asas tak apa juga. Ini tak ada tandatangan, yang tak ada tandatangan tu dia pergi cakap. TV3 Kuala Lumpur pun tak layan dah (kerja macam ini), TV3 Kedah saja layan; tak berapa cerdik, buat rugi masa saja,” bidas beliau.

Menurut Ustaz Azizan, Tuanku Sultan pun tahu yang buat kerja ni orang bodoh.

“Tuanku tak layanlah, kalau orang cerdik Tuanku layanlah. Orang bodoh nak layan buat apa, kalau kita layan orang bodoh kita pun bodoh macam dia juga.

“Tambah budak-budak (Pemuda Umno), susu mak dok ubuh di mulut lagi tu, baru habis susulah orang kata, baru berhenti menyusu saja. Biarlah… budak-budak.

“Hari tu dia (Pemuda Umno) melompat di Parlimen, kepung Karpal Singh. Tempik macam nak runtuh Parlimen tu, Karpal Singh jentik pun tidak. Patutnya jatuh Karpal Singh tu (dikerjakan mereka). Ini (buat) bising macam gembala kerbau!” sindir beliau disambut gelak ketawa wartawan yang hadir.

Buat masa ini TV3 akan terus memperlihatkan kebodohannya untuk memperbodohkan orang kampung. Isu tanpa kredibiliti akan terus dimainkan asalkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dapat diburuk-burukkan.

Pembohongan akan terus dilaporkan dan fitnah akan terus menerus disensasikan walaupun tanpa sebarang bukti dan fakta. Etika kewartawanan sebenarnya telah lama dilacurkan stesen TV itu.

Elok rasanya TV3 menukar ‘tagline’nya kepada “Pembohongan Terkini, Fitnah Sensasi”.

Sumber : Harakahdaily

Apabila kita tengok tv kita marah dan sumpah seranah mereka. Bila tak tengok rasa nak tengok pulak. Lepas tu sumpah seranah lagi. Kalau tv harga murah, tiap-tiap hari tendang keluar rumah.

Begitu juga dengan akhbar. Kita beli untuk nak tahu perkembangan berita semasa. Apabila dah beli kita sakit hati dan marah. Jadi lebih baik jangan beli lagi.. Kalau terjumpa, rasa nak baca kita baca. Kalau tak, tak payah sentuh-sentuhpun.

Adalah lebih baik tidak tahu fitnah mereka dari mengetahuinya. Kalau nak tahu juga tanya member-member yang biasa dengan internet, biar dia orang print untuk kita baca. Kalau boleh layari, lebih baik menyusuri sendiri.

Jadi cara nak selesaikan masalah kemarahan dan sumpah seranah itu adalah lebih baik kita BOIKOT BERITA TV1,2,3 DAN AKHBAR-AKHBAR YANG MENYEBAR FITNAH DAN BERAT SEBELAH ITU.

Habis cerita….

Kita akan merasa tenang dan senang apabila kita jauhi Media Massa Kerajaan BN. Jom kita lancarkan perang kita terhadap mereka. Mereka sudah lama memerangi kita, cuma kita sahaja yang tidak tahu atau buat-buat tak tahu.

Ayuhhhhh mulakan serangan

Ekoran Pendedahan Akhbar Perancis: PM patut gantung TPM

PM patut gantung TPM

Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Tamby Chik pernah digantung jawatannya berikutan dakwaan skandal dengan gadis bawah. Bagi menjaga moral seorang pemimpin sebuah negeri bersejarah maka Umno mengambil tindakan sedemikian yang boleh membunuh karier politik Rahim. Memang kesan cukup besar dan Rahim terpaka mengambil masa lama untuk pulih dan bangkit dalam politik. Namun kesan daripada dakwaan tersebut beliau belum tentu boleh pergi jauh dalam politik kerana ramai yang lebih baik daripada itu. Kita tidak mahu mempertikaikan keputusan keatas rahim walaupun dilihat siasatan yang dilakukan cukup lemah. Mungkin kesan pengaruh Umno keatas siasatan tersebut. Berdasarkan daripada moral tersebut memang patut Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memanggil jawatankuasa disiplin Umno membincangkan kes timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini kerana kes beliau yang dikaitkan dengan gadis Mongolia, Altantuya Sharibuu yang dibunuh kejam dengan bom C4 dibelukar dekat Shah Alam. Perkara ini telah dibincangkan dalam akhbar di Perancis. Ia cukup memalukan Malaysia kerana orang nombor dua yang dijangka bakal jadi perdana menteri dalam tempoh sebelum sebulan lagi. Nama pemimpin negara kita telah dibincangkan diperingkat luar negeri. Maka Najib sepatutnya berundur dan berehat dahulu bagi menyelesaikan masalah beliau kerana kita bimbang negara makin sukar diurus oleh menteri kewangannya yang makin bermasalah. Kalau Najib enggan PM patut nasihatkan beliau atau Kabinet boleh membuat keputusan bagi menjaga nama baik Malaysia. Dalam Najib berehat nanti atau nak jaga nama baik dia sekarang tolonglah saman akhbar Perancis tu ya. Dia dah cemar nama baik kita tu. Tergamak dia orang putih kata kita macam-macam. Ada ke patut kita ni orang baik nombor dua kat malaysia bila-bila masa nak naik PM, dia tuduh kita. Kita tak kenal pun gadis mongolia tu. Saya besumpah saya tak kenal. Nak junjung Quran. Wallahi, Wabillahi saya tak kenal gadis Mongolia tu.

Mar 4, 2009

'Seret saya ke mahkamah, saya akan dedah Najib'

dikemaskini Seorang pemimpin PKR mencabar polis menyeretnya ke mahkamah agar dapat mendedahkan butiran dakwaan percubaan Datuk Seri Najib Razak merasuah wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk melompat parti bagi menjatuhkan kerajaan Perak. "Saya bersedia untuk ke mahkamah di mana saya akan berpeluang mendedahkan semua bukti yang saya ada termasuk rakaman tentang perbualan dan perbincangan saya tentang isu membeli Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan yang diusahakan oleh Najib," kata ketua bahagian PKR Ipoh Barat, Fauzi Muda. "Saya mendesak polis agar segera mendakwa saya di mahkamah adalah kerana saya tahu pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis pasti tidak akan mendakwa Datuk Seri Najib di mahkamah terhadap apa yang telah saya laporkan. fauzi lodge macc report in ipoh 040309"Jadi jika mereka mendakwa saya, itulah saja jalan yang terbaik untuk saya berdepan dengan Najib di mahkamah dan mendedahkan segala bukti-bukti yang ada pada saya terhadap rasuah dan pembelian Adun yang melompat parti dan menyokong BN." Dalam satu kenyataannya hari ini, beliau juga mendakwa SPRM tidak berminat menyiasat aduannya atau mengambil tindakan terhadap timbalan perdana menteri. Sebaliknya polis seolah-olah diarah untuk bertindak terhadapnya berhubung akuan berkanun yang mengandungi butiran dakwaan tersebut, kata Fauzi lagi. "Saya telah dipanggil oleh pihak C Team Ipoh pada 10 Februari 2009 untuk diambil keterangan. "Tetapi selepas itu saya berkali-kali dihubungi oleh pihak polis untuk datang memberi keterangan tambahan kepada mereka," katanya. Tambahnya, kelmarin beliau diminta ke Cawangan Jenayah Berat polis Ipoh untuk diambil keterangan berhubung akuan itu. Dalam akuannya bertarikh 2 Februari lalu, Fauzi mendakwa Najib menawarkan sejumlah besar wang untuk memujuknya melobi dua wakil rakyat Pakatan Rakyat di Perak supaya melompat parti. Pertemuan itu diadakan di kediaman rasmi timbalan perdana menteri di Putrajaya beberapa hari selepas pilihanraya umum 8 Mac tahun lepas. Fauzi mendakwa, beliau ditawar RM50 juta bagi perkhidmatannya itu dan untuk membayar mereka yang berjaya dipujuk melompat parti. Bagaimanapun, katanya, beliau tidak membuat apa-apa tindakan untuk memenuhi hasrat Najib itu. Sehubungan itu, Fauzi mempertikaikan motif dan tujuan polis menyiasatnya dalam kes tersebut sedangkan akuan berkanun yang dibuatnya itu untuk tindakan SPRM. Katanya, beliau amat kecewa kerana polis bertindak di luar bidang siasatan kerana pihak Najib sendiri tidak membuat laporan terhadapnya. "Sehubungan dengan ini, saya ingin menegaskan dan mendesak pihak polis yang cukup serius menyiasat akuan bersumpah saya itu, agar segera mendakwa saya di mahkamah," tambahnya. zainal abidin zin pc 030209 02Bekas timbalan menteri pertahanan Datuk Zainal Abidin Zin mengesahkan memang ada pertemuan antara Najib dengan Fauzi pada 11 Mac tahun lalu seperti didakwa. Beliau - yang turut dinamakan dalam akuan berkanun Fauzi - bagaimanapun tidak mengetahui butiran perbincangan antara pemimpin PKR itu dengan timbalan presiden Umno. Menurut Zainal lagi, perbincangan itu diadakan di tempat terbuka di kediaman rasmi Najib - waktu itu menteri pertahanan - tetapi tidak mendengar perbualan Fauzi itu kerana terdapat ramai orang di situ. Zainal juga mengakui beliau menaiki kereta yang sama dengan Fauzi dan seorang rakannya Sulaiman Mansor, yang juga seorangan rakan Fauzi. Bagaimanapun, tegasnya, beliau tidak mengenali Fauzi dan tidak mengetahui bahawa Fauzi seorang pemimpin PKR.

Tiga Pilihan Raya serentak 7 April, penamaan calon 29 Mac

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Hrkh) - Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai di Sarawak akan diadakan pada 7 April, manakala penamaan calon tetap diadakan pada hari sama iaitu 29 Mac.

Demikian diumumkan sendiri oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof di Kuching, Sarawak hari ini.

Serentak dengan itu, ketiga-tiga pilihan raya kecil - kerusi Parlimen Bukit Gantang dan kedua-dua DUN Bukit Selambau dan Batang Ai akan diadakan pada hari yang sama. - azm

Mar 3, 2009

Majlis Peguam: Pilihan raya, peluang baik atasi krisis Perak

Sidang DUN bawah pokok, provokasi, injunksi warnai hari ini

SEJARAH Sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) diadakan di bawah pokok, di kawasan kira-kira 100 meter dari bangunan SUK Perak, Ipoh antara 10 hingga 10.30 pagi tadi. - foto The Star oleh ZABIDI TUSIN

[DIKEMAS KINI, 10.30 MALAM] PETALING JAYA: Pilihan raya tergempar cara terbaik! Majlis Peguam mengesyorkan agar diadakan pilihan raya baru untuk keluar daripada krisis politik Perak yang berlarutan lebih sebulan termasuk beberapa insiden membabitkan soal perundangan dan kehakiman hari ini.

"Tidak ragu-ragu bahawa akan ada lagi kes (baru) yang difailkan di mahkamah. Dan, publik terpaksa melalui kesan ketidaktentuan (politik semasa).

"Situasi ini sukar dipertahankan dan memerlukan satu perkara yang akan menyelesaikan secara konklusif - pilihan raya baru.

"Kini ada pintu peluang bagi keadaan ini berlaku. Biarkan orang ramai memutuskannya," kata Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan dalam kenyataan yang dikeluarkan lewat petang ini ekoran "episod drama politik" terbaru yang disaksikan di Perak sejak pagi tadi ini.

Kenyataan beliau itu menyentuh pelbagai aspek yang berlaku sejak pagi tadi di Ipoh, antaranya penganjuran sidang tergempar di luar DUN, keputusan Mahkamah Tinggi untuk tidak mengiktiraf peguam swasta mewakili Speaker, tindakan polis menghalang ADUN daripada memasuki pekarangan bangunan SUK - yang menempatkan DUN.

Kata beliau, perkara yang berlaku di Perak di luar dugaan dan membabitkan isu perundangan yang kompleks.

Sungguhpun ia tidak munasabah untuk satu pandangan konklusif mereka, sesetengah perkara itu hendaklah ditangani sebagai satu perkara prinsip, katanya dalam kenyataan.

Beliau menanyakan sama ada dibenarkan untuk mengadakan persidangan Dewan Undangan di luar Bangunan Sekretariat Negeri.

"Tentulah, Bangunan Sekretariat Negeri di mana Dewan Undangan Negeri patut diadakan.

"Bagaimanapun, Speaker dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilarang daripada mengadakannya di satu tempat yang sesuai oleh polis dan ini membangkitkan isu serius mengenai kesahihan tindakan polis.

"Dengan itu Speaker tersebut tidak ada pilihan tetapi untuk bertindak dalam apa yang dilihat sebagai kuasa yang luas untuk mengadakan persidangan ini di tempat lain," kata beliau.

Beliau berkata ada pandangan berbeza, tetapi keadaan itu di luar dugaan dan Aturan Mesyuarat mungkin tidak meliputi sepenuhnya seperti keadaan yang tidak diingini, menyerahkan kepada Speaker dengan kuasa untuk bertindak mengikut keadaan kes itu.

Sreenevasan berkata keadaan itu tidak boleh dipertahankan daripada kritikan dan hanya mendesak untuk satu perkara iaitu pilihan raya negeri.

"Kini ada harapan untuk ini berlaku. Biarlah rakyat menentukan," tambah beliau.

Krisis politik Perak yang bermula 25 Januari lalu hari ini menyaksikan beberapa detik menarik dan mencemaskan serta menimbulkan pelbagai tanda - ke mana menujunya amalan demokrasi di negeri itu.


PERKEMBANGAN TERKINI KRISIS POLITIK PERAK

URUTAN DETIK KRISIS POLITIK DI PERAK

GALERI GAMBAR KRISIS POLITIK DI PERAK

Anwar pertahan sidang DUN Perak bahawa pokok

Sidang tergempar DUN Perak bawah pokok tidak bertamadun - pemimpin Umno


PERINTAH MAHKAMAH

Kira-kira pukul 4.45 petang tadi, Mahkamah Tinggi Ipoh mengeluarkan perintah melarang Speaker Dewan Undang Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar daripada mengadakan sebarang sidang DUN yang tidak mengikut undang-undang.

Perintah dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Ridwan Ibrahim setelah mendengar penghujahan dalam kamarnya oleh pihak Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exco kerajaan negeri yang diwakili sepasukan tujuh peguam diketuai oleh Firoz Husain Ahmad Jamaluddin.

Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah, Firoz Husain berkata, perintah larangan itu tidak mempunyai had tempoh.

Beliau berkata, antara hujah utama yang beliau kemukakan kepada Ridwan adalah Seksyen 44 Akta Relief Spesifik yang memperuntukkan satu perintah boleh diberi terhadap seorang penjawat awam.

"Dalam kes ini, Speaker adalah penjawat awam. Selain itu kami turut meneliti undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan yang memberi imuniti kepada Speaker dan prosiding Dewan.

"Kami telah berhujah di mana imuniti itu tidak terpakai dalam keadaan semasa kerana prosiding itu bukan satu prosiding di dalam DUN dan imuniti di bawah Perlembagaan Persekutuan itu tidak terpakai," katanya.

Firoz Husain berkata, Artikel 36(1) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak turut menyatakan dengan jelas bahawa hanya Sultan Perak boleh memanggil sidang DUN pada waktu yang difikirkan sesuai dan tidak ada peruntukan yang membolehkan Speaker memanggil sidang DUN.

"Speaker tidak mempunyai kuasa memanggil sidang DUN melainkan mendapat perkenan daripada Sultan Perak," katanya.

Zambry dan enam Exco kerajaan negeri hari ini menfailkan satu permohonan baru - perintah injunksi di Mahkamah Tinggi di sini untuk menghalang sebarang persidangan DUN.

Permohonan injuksi itu difailkan pada 8.30 pagi tadi oleh panel tujuh peguam Barisan Nasional (BN) yang diketuai Firoz.

Salah seorang peguam dari panel tersebut Datuk Hafarizam Harun ketika ditemui di luar mahkamah berkata permohonan perintah injunksi itu adalah sampingan daripada pemohonan deklarasi yang turut difailkan oleh plaintif semalam.

"Kami juga membantah panel lima peguam swasta mewakili Speaker DUN Perak V. Sivakumar kerana beliau tidak mendapat kebenaran daripada penasihat undangundang kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan berhujah berhubung permohonan perintah injunksi untuk menghalang sebarang mesyuarat yang akan dijalankan oleh Speaker dan anggota Dewan pihak pembangkang.

Permohonan perintah injunksi itu didengar mulai 3 petang di dalam kamar Ridwan.

PEGUAM SPEAKER TIDAK DIIKTIRAF

Sementara itu, peguam Tommy Thomas, yang mewakili defendan iaitu Sivakumar dan anggota DUN pembangkang pula berkata, bantahan dibuat pihak yang mewakili plaintif terhadap beliau dan pasukannya.

"Mereka membantah dengan menyatakan kami tidak mempunyai locus standi mewakili Sivakumar kerana Speaker adalah sebahagian daripada kerajaan dan hanya Peguam Negara atau peguam yang dilantik Peguam Negara boleh mewakili Speaker," katanya.

Mengenai permohonan deklarasi mahkamah yang difailkan oleh plaintif semalam, Hafarizam berkata pendengaran bagi permohonan itu setakat petang tadi belum dibuat dan ia terpulang kepada mahkamah.

Semalam, Zambry dan enam Exco kerajaan negeri memfailkan satu permohonan deklarasi supaya Mahkamah Tinggi di sini mengisytiharkan keputusan Sivakumar yang menggantung dan melarang mereka menghadiri persidangan DUN sebagai terbatal dan tidak sah.

Mereka turut memohon supaya mahkamah mengisytiharkan mereka berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang DUN dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan.

SIDANG TERGEMPAR

Hampir waktu serentak Ridwan mendengar hujah peguam itu kira-kira 10 hingga 10.30 pagi tadi, Sivakumar dan 27 anggota dewan daripada pembangkang mengadakan "persidangan tergempar DUN" di bawah pokok, 100 meter di luar bangunan DUN.

Persidangan pada 10.20 pagi itu diadakan setelah kumpulan ADUN berkenaan dihalang oleh polis daripada memasuki bangunan Perak Darul Ridzuan, yang menempatkan DUN Perak pagi ini, kerana persidangan itu disifatkan sebagai tidak sah kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Persidangan itu ditangguhkan 25 minit kemudian selepas meluluskan tiga usul.

Sebelum itu, kekecohan berlaku di luar perkarangan bangunan Perak Darul Ridzuan apabila ADUN pembangkang cuba memasuki ke kawasan bangunan itu untuk menghadiri persidangan di dalam dewan.

Polis bagaimanapun hanya membenarkan Sivakumar memasuki bangunan itu pada kira-kira 9.45 pagi dan orang ramai termasuk media yang berada di situ telah diminta bersurai.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias memberi amaran akan menahan sesiapa sahaja termasuk wakil rakyat yang enggan bersurai.

Polis sejak petang semalam telah mengadakan kawalan ketat termasuk menutup beberapa jalan menghala ke bangunan berkenaan Perak Darul Ridzuan.

Tiga usul yang diluluskan ialah menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar; membubarkan Dewan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan; dan mengesahkan keputusan Sivakumar melarang Zambry dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan.

Persidangan itu, yang berlangsung selama 30 minit bermula 10.20 pagi, dihadiri semua 27 ADUN PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

3 USUL

Usul pertama dibentangkan oleh wakil rakyat Titi Serong, Khalil Idham Lim, usul kedua oleh ADUN Teja, Chang Lih Kang, dan satu lagi oleh ADUN Pantai Remis, Datuk Ngeh Koo Ham.

Mesyuarat itu ditangguhkan pada 10.33 pagi.

Persidangan yang berlangsung sambil wakilwakil rakyat terbabit berdiri dan ia dijalankan dengan bantuan Setiausaha Dewan yang baru dilantik semalam, Mohd Misbahul Munir Masduki, dengan penggunaan alat pembesar suara.

Kawasan persidangan yang berlangsung di sebuah lorong itu dipagari oleh sekumpulan penyokong pembangkang manakala lebih 200 orang berada di sekitar kawasan berkenaan.

Ia disusuli sidang akhbar di pejabat DAP Perak yang terletak berhampiran.

MOHON PERKENAN SULTAN

Pada sidang akhbar itu Nizar berkata, beliau akan memohon perkenan untuk menghadap Sultan Perak secepat mungkin bagi mempersembahkan keputusan Dewan hari ini untuk membubarkan DUN Perak.

Zambry dan Setiausaha DUN, Abdullah Antong Sabri berkata, persidangan itu tidak sah kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak.

Ketika ditanya apakah tindakan seterusnya jika Sultan Azlan enggan memperkenankan pembubaran DUN, Nizar berkata, jika pembubaran dewan tidak dilaksanakan, ia akan hanya menyebabkan krisis perlembagaan kini berpanjangan sekaligus menjejaskan kestabilan politik, ekonomi dan sosial di Perak.

"Jadi, kami menyampaikan hasrat rakyat Perak agar Tuanku mendengar suara rakyat dan membubarkan dewan," katanya.

Apabila diberitahu bahawa beberapa ADUN dari Barisan Nasional mendakwa tidak menerima sebarang notis daripada Setiausaha Dewan mengenai persidangan hari ini, Nizar berkata, Speaker telah memaklumkannya kepada semua ADUN.

Ngeh pula meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Zambry supaya bersetuju dengan pembubaran dewan kerana, menurutnya, itu adalah satu-satunya penyelesaian segera terhadap masalah dan krisis yang berlaku kini.

Beliau berkata, laporan polis akan dibuat terhadap polis, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Abdul Rahman Hashim serta kakitangan awam yang terlibat menghalang sidang tergempar hari ini, kerana menghina.

Dalam pada itu, ADUN kerusi Titi Serong, Khalil Idham Lim, dan ADUN Pantai Remis, Nga Kor Ming, hari ini membuat laporan polis berasingan terhadap Abdul Rahman dan Ketua Polis Daerah Ipoh kerana didakwa menghalang mereka dan 26 ADUN yang lain daripada memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan pagi tadi.

"Kami telah dihalang secara jelas oleh Azisman melalui pengumuman yang mengarahkan kami tidak masuk atas arahan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Abdul Rahman Hashim", kata Khalil kepada pemberita di perkarangan IPD Ipoh hari ini.

Nga pula berkata, Abdul Rahman dipertanggungjawabkan kerana menghalang ADUN daripada memasuki bangunan dengan mengunci dewan menyebabkan persidangan DUN tidak dapat diadakan dalam bangunan.

TV3: Pembohongan terkini, fitnah sensasi

SEMUANYA seperti tidak masuk akal... Bagaimana sebuah stesen penyiaran yang mendakwa sebagai 'market leader' dalam kelompoknya boleh melayan isu picisan tanpa sebarang merit dan kredibiliti.

Itulah TV3... Stesen penyiaran milik tidak langsung Umno yang bertemakan "Berita Terkini, Hiburan Sensasi".

Sudah hampir seminggu stesen penyiar swasta itu memainkan isu 'ucapan derhaka' seorang ahli Exco Kerajaan Negeri kepada Sultan Kedah kononnya. Maklumat berhubung perkara itu diterima oleh Pemuda Umno negeri khususnya Setiausaha pergerakan itu melalui satu surat layang.

Hanya berdasarkan surat layang itu, TV3 becara bersungguh-sungguh menyiarkan protes Pemuda Umno negeri dan memberikan liputan meluas siri-siri protes itu di rancangan Buletin Utama - program berita waktu puncak TV3.

Apa yang melucukan, hingga saat ini Pemuda Umno negeri dan TV3 gagal mendedahkan butiran spesifik tuduhan mereka. Terbukti Pemuda Umno tidak mempunyai apa-apa untuk didedahkan kecuali sehelai surat layang - tanpa nama, tanpa alamat, tanpa kredibiliti dan tanpa akauntabiliti.

Seperti kata Menteri Besar Kedah, sesiapa sahaja boleh menulis surat layang termasuk Pemuda Umno negeri sendiri.

"Mungkin dia jumpa (surat layang itu) di pasar, orang buang dia ambil, dia tu pula tak ada kerja, dia pun cakap pasai nota tu. Jadi macam mana pulak dia pergi ambil benda yang tak ada sebarang kualiti dimasuk dalam berita dan TV3 pun siar sekali. Tak tahu nak bezakah di antara dialog ni; dua orang bercakap, di mana dialog (itu)?

"Ni cakap-cakap seperti ini dia ada 'malafide' (niat jahat), dia berniat buruk untuk memfitnah sebuah kerajaan dan mengheret Tuanku Sultan dalam kes ini. Kita dukacitalah, patutnya bagi profesional sikitlah dalam hal ini. Sebab itu kita minta polis buat siasatan, orang yang buat laporan ini dia dapat dari mana (nota itu)?

"Mungkin dia sendiri yang buat dia kata orang kata (dibuat pihak lain), mungkin. Benda ni tak layanlah, benda ni kerja budak-budak!" tegas Ustaz Azizan pada sidang media selepas merasmikan Majlis Dialog Industri Dan Program Pembangunan Industri Halal Nasional Peringkat Negeri Kedah di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar, 28 Februari lalu.

Sambil menyifatkan Pemuda Umno sebagai 'gembala kerbau' kerana hanya tahu berbuat bising, Ustaz Azizan tidak menolak kemungkinan bahawa isu itu sengaja dibangkitkan sebagai persediaan Umno berhadapan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Bukit Selambau, 7 April ini.

Sebenarnya ini bukan kali pertama TV3 menyiarkan berita bohong tentang kerajaan negeri Kedah. Tentu kita masih ingat menjelang sambutan Jubli Emas pemerintahan Sultan Abdul Halim, TV3 telah menyiarkan berita kononnya Menteri Besar Kedah berbelanja mewah kerana menyewa jet eksekutif dalam urusan rasmi. 'Footage' menunjukkan kelibat Ustaz Azizan memasuki pesawat tersebut disiarkan berulang kali oleh TV3.

Tanpa disedari, Ustaz Azizan sebenarnya hanya mengiringi kerabat Diraja Kedah menyampaikan jemputan kepada Sultan Brunei untuk hadir ke majlis sambutan Jubli Emas pemerintahan Sultan Abdul Halim. Maksudnya, program itu adalah urusan rasmi istana Kedah dan Ustaz Azizan cuma melaksanakan 'Urusan Diraja'. Maka jelas fitnah yang dilemparkan TV3 itu telah mencemarkan imej istana Kedah khususnya Sultan Abdul Halim.

Diberitakan 'orang kuat' TV3 terpaksa menghadap Sultan Kedah memohon ampun atas keterlanjuran laporan itu. Bagaimanapun hanya beberapa bulan selepas memohon ampun, TV3 kembali mengamalkan tabiat buruk melaporkan pembohongan dan fitnah terhadap kerajaan negeri.

Ustaz Azizan menyifatkan isu terbaru yang dimainkan TV3 dan dilakonkan Pemuda Umno negeri itu sebagai tindakan mencari publisiti murahan dan kebudak-budakan serta berniat jahat.

"Kerana kerja tu kerja tak ada asas, kalau ada asas tak apa juga. Ini tak ada tandatangan, yang tak ada tandatangan tu dia pergi cakap. TV3 Kuala Lumpur pun tak layan dah (kerja macam ini), TV3 Kedah saja layan; tak berapa cerdik, buat rugi masa saja," bidas beliau.

Menurut Ustaz Azizan, Tuanku Sultan pun tahu yang buat kerja ni orang bodoh.

"Tuanku tak layanlah, kalau orang cerdik Tuanku layanlah. Orang bodoh nak layan buat apa, kalau kita layan orang bodoh kita pun bodoh macam dia juga.

"Tambah budak-budak (Pemuda Umno), susu mak dok ubuh di mulut lagi tu, baru habis susulah orang kata, baru berhenti menyusu saja. Biarlah... budak-budak.

"Hari tu dia (Pemuda Umno) melompat di Parlimen, kepung Karpal Singh. Tempik macam nak runtuh Parlimen tu, Karpal Singh jentik pun tidak. Patutnya jatuh Karpal Singh tu (dikerjakan mereka). Ini (buat) bising macam gembala kerbau!" sindir beliau disambut gelak ketawa wartawan yang hadir.

Buat masa ini TV3 akan terus memperlihatkan kebodohannya untuk memperbodohkan orang kampung. Isu tanpa kredibiliti akan terus dimainkan asalkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dapat diburuk-burukkan.

Pembohongan akan terus dilaporkan dan fitnah akan terus menerus disensasikan walaupun tanpa sebarang bukti dan fakta. Etika kewartawanan sebenarnya telah lama dilacurkan stesen TV itu.

Elok rasanya TV3 menukar 'tagline'nya kepada "Pembohongan Terkini, Fitnah Sensasi". - tajdid_