Feb 28, 2009

Anwar kecewa wakil rakyat PKR ditahan polis

KAWASAN sekitar Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di ibu negara dikawal ketat dengan himpunan Unit Simpanan Persekutuan. - foto The Star oleh ABDUL RAHMAN SENIN

[DIKEMAS KINI, 7 MALAM] KUALA LUMPUR: Polis terpaksa bertindak "tegas" menyuraikan sekumpulan individu, yang berhimpun di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di sini pagi tadi untuk membuat laporan secara beramai-ramai berhubung layanan tidak adil kepada salah seorang tahanan ISA, P. Uthayakumar.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Mohd Sabtu Osman berkata, 17 orang termasuk Ahli Parlimen Kapar, Manikavasagam dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditahan kerana mengadakan perhimpunan haram.

Antara ditahan termasuk seorang wanita yang dihantar ke hospital.

Bagaimanapun polis enggan mengulas lanjut mengenainya.

Kesemua mereka dibebaskan kemudian.

Mereka adalah sebahagian daripada kumpulan yang enggan bersurai walaupun diarahkan agar beredar oleh polis beberapa kali.

Terdahulu kira-kira 200 orang itu terdiri daripada beberapa Ahli Parlimen.

Pihak polis membenarkan kira-kira 50 orang yang terdiri daripada lima anggota keluarga Uthayakumar dan 45 wakil iaitu lima orang bagi setiap negeri termasuk ahli-ahli Parlimen memasuki IPD untuk membuat laporan masing-masing.

Bagaimanapun mereka yang menunggu di luar IPD pula diminta meninggalkan pekarangan premis tersebut.

Ramai yang mematuhi arahan tersebut tetapi kira-kira 30 orang enggan berbuat demikian.

Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga mula melepaskan air ke arah kumpulan tersebut.

Pada awalnya mereka meninggalkan kawasan itu tetapi kembali semula, menyebabkan FRU terpaksa meneruskan tindakan mereka.

Kumpulan itu berhimpun semula buat kali ketiga lalu berhadapan dengan tindakan FRU, tetapi akhirnya meninggalkan kawasan IPD.

Menurut Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, polis menahan 17 orang termasuk Manikavasagam.

Sehubungan itu, polis menetapkan ruang lingkup kawasan larangan demi keselamatan.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Mohammad Sabtu Osman berkata, rancangan 500 individu untuk membuat laporan secara beramai-ramai di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields hari ini dianggap sebagai perhimpunan haram dan menasihatkan orang ramai agar tidak menyertainya.

Kata beliau, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menganjurkan dan melibatkan diri di dalam perhimpunan tanpa permit yang jelas boleh menggugat ketenteraman awam, tegas beliau.

Sekumpulan 500 individu yang merupakan penyokong tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) P.Uthayakumar merancang untuk membuat laporan polis beramai-ramai di IPD Brickfields esok kerana mendakwa pihak berkuasa mengabaikan kesihatan Uthayakumar yang berada dalam tahanan.

Beliau berkata tindakan membuat laporan polis beramai-ramai dilihat sebagai satu cara untuk mempersendakan tugas pihak polis kerana menurutnya walaupun hanya satu sahaja laporan dibuat, ia tetap akan disiasat seadil-adilnya.

Katanya, polis tidak pernah menghalang mana-mana individu untuk membuat laporan polis tetapi bukan secara beramai-ramai.

Polis akan mempertimbangkan untuk membenarkan mereka membuat laporan polis dengan minimum tiga orang.

KOMEN ANWAR

Dalam pada itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa kesal dengan tindakan polis menahan Ahli Parlimen Kapar.

"Beliau hanya datang untuk membuat laporan kerana merasakan berlaku ketidakadilan kepada rakan di Kamunting dan ditahan kerana menyebabkan kesesakan di kawasan itu (Brickfields).

"Mereka (polis) boleh jaga lalu lintas... pada hal sebelum ini, saya pernah melihat perhimpunan Umno di Pulau Pinang, polis menjaga kesesakan lalu lintas dan tiada yang ditahan," katanya.

Sidang tergempar DUN Perak Selasa ini

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Hrkh) - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar memanggil sidang tergempar dewan itu Selasa depan (3 Mac) untuk membahaskan dua usul bagi menangani krisis politik negeri tersebut.

Menurut laporan, beliau menggunakan kuasanya di bawah peraturan tetap 8 dan 11 DUN itu untuk membahaskan isu-isu utama yang menjadi ketegangan pokok antara Pakatan Rakyat dan BN sejak awal bulan ini.

Usul pertama, mengesahkan Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar yang sah sebelum ditumbangkan dalam rampasan kuasa BN.

Kedua, membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihanraya peringkat negeri diadakan seperti hasrat Pakatan Rakyat sebelum ini.

Krisis politik di negeri itu tercetus susulan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat meninggalkan kerajaan campuran itu dan menyatakan sokongan kepada BN.

Speaker membenarkan kesemua Adun hadir di persidangan khas itu kecuali mereka yang telah digantung pada 18 Feb lalu, iaitu menteri besar kerajaan BN sekarang Dato' Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exconya.

Tiga wakil rakyat bebas - yang dianggap telah mengosongkan kerusi masing-masing melalui surat peletakan jawatan mereka - juga dilarang menyertai sidang tersebut.

Jika larangan itu dipatuhi, barisan wakil rakyat BN akan tinggal 21 orang, sementara Pakatan Rakyat 27 orang, tidak termasuk Sivakumar.

Sidang tergempar DUN ini akan mencetuskan satu lagi babak tegang dan tidak menentu perebutan kuasa antara BN dan Pakatan.

Menurut agensi berita, Sivakumar memberitahu media di Ipoh bahawa sidang tergempar itu tidak memerlukan perkenan Sultan Perak terlebih dahulu kerana notis 14 hari hanya perlu dikeluarkan persidangan biasa DUN dan bukannya untuk sidang tergempar.

Katanya, arahan telah diberikan kepada Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong, untuk menghantar notis secepat mungkin kepada semua 49 Adun yang dibenarkan hadir bagi menyertai sidang itu.

Ditanya sama ada tindakannya memanggil sidang tergempar itu tanpa perkenan Sultan Azlan Shah akan dianggap sebagai tidak menghormati baginda, Sivakumar berkata beliau hanya mengikut Perintah Tetap dewan.

Beliau juga enggan mengulas tindakan selanjutnya jika kesemua Adun BN enggan menghadiri sidang tergempar itu atau jika kesemua 10 wakil rakyat yang dilarang itu tetap hadir ke sidang tersebut, lapor agensi berita itu lagi.

Sementara itu, exco kanan Perak bawah kerajaan Pakatan Rakyat, Dato' Ngeh Koo Ham dilaporkan berkata penasihat undang-undang negeri Dato' Ahmad Kamal Mohd Shahid cuba menghalang notis sidang tergempar itu dikeluarkan.

Tambahnya, tindakan sedemikian boleh disifatkan menghina dewan dan boleh dikenakan tindakan oleh DUN tersebut. - azm _

Umno-BN tadbir negara dengan hasil judi

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Hrkh) - PAS khuatir tindakan yang dilakukan oleh bakal Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak seolah menggambarkan Umno/BN mentadbir negara dengan hasil wang judi.

Ini berikutan, tindakan Najib yang meluluskan 10 'special draw' judi sebaik sahaja menerajui Kementerian Kewangan menampakkan 'tembelang' sebenar bakal Presiden Umno itu.

Demikian kata Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli semasa mengulas jawapan bertulis Kementerian Kewangan mengenai kelulusan 10 cabutan 'special draw' kepada Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook baru-baru ini.

"Jawapan bertulis yang diberi kepada Loke terdapat 10 kali 'special draw' (cabutan khas) yang dibuat selepas Najib menerajui Kementerian Kewangan.

"Dengan cabutan itu kerajaan mendapat hasil cukai itu sebanyak RM77,026,171.04. dan dalam jawapan kementerian itu bahawa cabutan bertujuan untuk dana pendidikan, kesihatan dan sebagainya, "dakwa Hatta.

PAS khuatir tindakan ini sekali lagi menggambarkan bahawa Umno/BN mentadbir negara dengan hasil wang judi, katanya.

Malah paling dikesali, dalam keadaan ketiadaan wang kerajaan Umno/BN begitu mudah menggunakan industri judi untuk mendapatkan sumber kewangan, ujarnya.

"Ini juga menunjukkan kerajaan sebenarnya menggalakkan orang ramai berjudi, sedangkan judi akan mengundang kepada masalah sosial dan sebagainya," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.

Paling membimbangkan, dalam keadaan ekonomi gawat, tabiat judi ini digalakkan dengan kelulusan 'special draw' akan hanya memusnahkan lagi ekonomi dan kantung rakyat, kata Hatta.

Sementara itu, Loke mendedahkan Kementerian Kewangan telah meluluskan 10 cabutan 'special draw' (cabutan khas) pada tahun 2008.

Katanya jumlah kutipan cukai yang diperolehi daripada cabutan khas tersebut adalah sebanyak RM77,026,171.04.

Kerajaan membenarkan cabutan khas diadakan berdasarkan kepada keperluan semasa yang bertujuan untuk membiayai pelbagai program dan projek pembangunan yang berbentuk sukan, kebajikan, pendidikan, kesihatan dan kemasyarakatan, dedahnya.- azm/mks. _

Feb 25, 2009

Telah Ditemui Di Malaysia: Spesis Katak Berlidah Biawak!

Oleh: pendikar gunung kriang Utusan Online melaporkan pagi tadi bahawa pihaknya telah menerima SMS dari Ibrahim Ali berbunyi: "Terima kasih sajalah, saya tak minat pun nak masuk mana-mana parti buat masa sekarang." Itu apa yang Ibrahim katakan malam tadi kepada Utusan. Petang ini, tiba-tiba Ibrahim yang terkenal suka lompat parti itu berkata lain pula. Berita Harian Online melaporkan Ibrahim sebagai berkata beliau akan mempertimbang pelawaan menyertai semula Umno selepas mengambil kira pandangan pengundi di kawasannya. "Saya amat menghargai pelawaan daripada Umno namun pada masa ini, saya sedang memikirkan banyak perkara termasuk mendapatkan maklum balas daripada penyokong. Kalau nak terima saya, terimalah kelantangan saya selagi saya tidak melanggar disiplin tetapi kalau saya ada kes rasuah atau menjejaskan parti, silalah buang saya secepat mungkin tetapi jangan buang saya hanya kerana kelantangan saya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen petang tadi. Aiik.....belum pun genap 24 jam sudah berubah pandangan? Dulu Ibrahim ini terkenal dengan gelaran Raja Katak kerana suka melompat dari satu parti ke parti lain. Hari ini pula dia bercakap melompat-lompat, malam tadi kata tidak berminat dengan mana-mana parti tetapi hari ini pula kata dia sedia menimbangkan untuk menyertai UMNO. Yang saya tahu katak hanya suka melompat, tetapi tidaklah pula tahu lidah katak pun boleh melompat-lompat juga, semalam kata lain hari ini kata lain. Atau ada spesis katak yang berlidah biawakkah di dunia fana ini? http://pendikargunung.blogspot.com/

SPR: 4 Mac putuskan pilihan raya kecil Batang Ai

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menerima notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai, Sarawak pagi ini akan memutuskan tarikh pilihan raya kecil kawasan itu 4 Mac ini.

Difahamkan pilihan raya kecil itu akan diadakan selepas dua pilihan raya kecil serentak di Bukit Gantang dan Bukit Selambau awal April.

Mesyuarat itu akan diadakan di Kuching berbanding empat pertemuan sebelum ini yang berlangsung di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya.

"Oleh kerana ia melibatkan bahagian di Sarawak dan oleh kerana SPR juga bercadang mengunjungi pejabat Pilihan Raya Negeri Sarawak, maka mesyuarat akan diadakan di Kuching bagi menetapkan tarikh pilihan raya," kata Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi sebentar tadi.

Wan Ahmad juga mengulangi kemungkinan pilihan raya kecil Batang Ai tidak akan diadakan serentak dengan Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

"Kerusi Batang Ai melibatkan kawasan pedalaman dan ia terletak di Sarawak manakala Bukit Gantang dan Bukit Selambau di Semenanjung.

"Jadi, banyak persiapan perlu diadakan... jadi tidak mungkin diadakan serentak," katanya.

Ketika ditanya sama ada pilihan raya kecil Batang Ai diadakan selepas 7 April, Wan Omar berkata, "secara peribadi saya merasakan kita tidak perlu tergesa-gesa kerana masih ada masa (tempoh 60 hari).

"Bagaimanapun katanya, aspek itu akan ditentukan secara mendalam oleh panel SPR minggu depan.Pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau akan berlangsung 7 April manakala penamaan calon pula 29 Mac.

Pilihan raya kecil DUN Batang Ai perlu diadakan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Dublin Unting Ingkot daripada Barisan Nasional (BN) semalam.

Terdahulu, Pengarah SPR Sarawak, Takun Sunggah memberitahu Bernama bahawa notis yang ditandatangani oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Datuk Seri Mohd Asfia Awang Nassar itu dihantar melalui faks terus ke SPR di Putrajaya.

Unting, yang merupakan Menteri Muda Pertanian dan Menteri Muda Sukan Sarawak, meninggal dunia di Pusat Perubatan Pakar Normah di sini pada 1.25 pagi semalam akibat serangan angin ahmar yang dialaminya pada 22 Mei lepas.

Pada pilihan raya negeri Mei 2006, beliau menewaskan Nicholas Bawin Anggat dari Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) dengan majoriti 806 undi.

Dua ADUN Perak ditawar imbuhan lapor kepada SPRM

IPOH: Dua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada pakatan pembangkang hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa mereka ditawar wang sehingga RM20 juta serta jawatan oleh pihak tertentu supaya menjadi wakil rakyat Bebas atau menyertai Barisan Nasional (BN).

Mereka yang membuat laporan di pejabat SPRM di sini ialah Adun Malim Nawar Keshvinder Singh daripada DAP dan Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamsari daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bercakap kepada pemberita di luar pejabat itu, Keshvinder berkata beliau menerima pelbagai tawaran daripada beberapa agen mendakwa mewakili Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan seorang daripada agen itu ialah seorang wartawan akhbar berbahasa Cina tempatan.

Adun Malim Mawar itu berkata antara tawaran yang diterima ialah imbuhan RM20 juta jika beliau keluar daripada DAP dan mengisytiharkan diri sebagai wakil Bebas dan menyokong BN seperti yang dilakukan tiga Adun pakatan pembangkang sebelum ini.

Kerajaan pakatan pembangkang Perak tumbang awal bulan ini selepas BN menguasai majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila mereka mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas dan menyokong BN.

Keshvinder turut mendakwa bahawa tawaran lain yang diterima adalah beliau akan dilantik sebagai Pengerusi MIC Perak sekiranya menyertai parti itu dan dilantik sebagai anggota Exco Kerajaan Negeri.

Tawaran jawatan Anggota Exco adalah yang terbaru dibuat oleh seorang agen sebaik selepas BN mengambil alih kerajaan negeri, katanya.

"Saya minta Datuk Seri Najib tampil membuat kenyataan berhubung perkara ini kerana perbuatan ini jelas menunjukkan kerajaan negara ini terlalu korup dan amat terdesak," katanya.

Sementara itu, Abdul Yunus berkata selain tawaran wang tunai antara RM3 hingga RM8 juta, beliau turut ditawarkan konsesi kawasan balak sekiranya beliau meninggalkan partinya.

Beliau berkata tawaran berkenaan dibuat oleh beberapa orang agen yang terdiri daripada ahli perniagaan yang mendakwa mewakili kepimpinan kerajaan negeri Perak.

Turut menemani dua Adun berkenaan ke pejabat SPRM adalah tujuh Adun pakatan pembangkang yang lain iaitu Ramli Tusin (Semanggol); A. Sivasubramaniam (Buntong); Chan Ming Kai (Simpang Pulai); Chang Lih Kang (Teja); Sum Cheok Leng (Bercham); Leong Mee Meng (Jalong) dan Khalil Idham Lim Abdullah (Titi Serong). BERNAMA

'Ketua Menteri Sarawak guna deretan Rolls Royce, Timbalannya guna BMW 7 Series...'

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Hrkh) - Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution membangkit persoalan kereta kerajaan Perak dan Selangor yang ditohmah oleh kerajaan BN sedangkan pemimpin mereka yang terlibat memiliki kenderaan mewah.

Berikut adalah sesi soal jawab di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail (Machang): Terima kasih Batu Pahat. Batu Pahat berulang kali sebut berkenaan Camry serta Selangor dan juga Perak. Gegak gempitalah seolah-olah itu benda yang cukup besarlah.

Apa pandangan Yang Berhormat Batu Pahat kalau saya katakan bahawa Kerajaan Barisan Nasional di Sarawak, Ketua Menterinya deretan Rolls Royce, Timbalan Ketua Menterinya dua orang, kereta rasminya BMW 7 Series. Ex Officio, Pegawai Undang-undang, Pegawai Kewangan, Setiausaha Kerajaan Negeri pula Kompresor, Menteri pula Mercedes.

Siapa yang pakai Camry JUSA �A�, �B�, �C�? JUSA sahaja. Jadi saya percaya Yang Berhormat Batu Pahat tidak akan hilang dari sudut sentimen ini bahawa dia boleh bersetuju hal yang berlaku di Sarawak itu tidak patut berlaku.

Rolls Royce ini Ketua Menteri yang ini Menteri Besar ini cuma Camry sahaja. Ketua Cawangan UMNO sahaja pakai sebenarnya tetapi soal rasuah ini, soal rasuah Yang Berhormat Batu Pahat. Apakah Yang Berhormat Batu Pahat boleh, apakah pandangan Yang Berhormat Batu Pahat maksud saya ya, bahawa soal rasuah ini saya bersependapat dengan Yang Berhormat Batu Pahat. Ini adalah bahawa jika sekiranya amalan pemberian ataupun perolehan kerajaan dapat mematuhi pekeliling kerajaan sendiri berkenaan dengan syarat rundingan terus ini.

Di hadapan saya yang akan saya ambil bahagian pada peringkat perbahasan nanti beberapa kes yang menyaksikan bagaimana ketika pemimpin negara sendiri menyebut bahawa rundingan terus tidak boleh lagi menjadi amalan dalam projek-projek besar.

Akan tetapi di Kementerian Pertahanan misalnya, kita sudah beli dua kapal selam. Sekarang kita hendak beli pula penyelamat kapal selam itu. Di khabarkan Yang Berhormat Batu Pahat�.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi (Batu Pahat): Ya faham sudah tu soalan itu.

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail (Machang): �Tender penyelamat ini sahaja RM2.45 bilion itu runding terus.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Okey. Biar saya jawab.

(sila rujuk Hansard Parlimen untuk bacaan selanjutnya)- azm_

Skandal kewangan RM17 juta babitkan Khir Toyo

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Hrkh) - Setelah menjadi juara dakwaan penyelewengan kuasa membabitkan pengagihan 46 lembu korban dan caj servis kenderaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; mantan Menteri Besar Selangor yang juga calon Ketua Pemuda Umno, Dato' Seri Mohd Khir Toyo kini terpaksa berhadapan skandal membabitkan penerimaan bayaran RM17 juta daripada seorang individu hasil jualan tujuh unit hartanah Al Marwa Tower di Makkah, Arab Saudi.

Pembayaran tanpa sebarang resit rasmi itu diterima hasil jualan tujuh daripada 12 unit hartanah yang dibuat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) di Makkah.

Apa yang menghairankan, Resolusi Pengarah PNSB bertarikh 14 September 2007 hanya meluluskan pembelian lima unit kediaman berjumlah RM8,352,427.66 sedangkan rekod PNSB menunjukkan sejumlah RM25,603,545 telah dibayar ke akaun individu di Arab Saudi dari 17 September hingga 19 September 2007.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Akhbar Menteri Besar Selangor, 24 Februari lalu, kesemua transaksi dibuat atas nama Mohd Khir selaku Pengerusi PNSB atas alasan Arab Saudi hanya membenarkan hartanah di Makkah dibeli oleh individu muslim.

"Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Pengerusi Perbadanan Menteri Besar (MBI) berhasrat mendapatkan jawapan terhadap persoalan di atas dan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas jika kes ini membabitkan unsur jenayah," kenyataan akhbar itu dipetik.

Sebelum ini dua orang Pegawai PNSB telah diminta bercuti selama sebulan bagi membolehkan siasatan dalaman dijalankan.

Siasatan tersebut berhubung dakwaan kelemahan dan kesalahan urusan simpanan rekod perakaunan anak syarikat kerajaan negeri.

Abdul Khalid selaku Pengerusi PNSB telah mengenal pasti beberapa kelemahan dan kesalahan dalam penyimpanan rekod tersebut.- tajdid_

Feb 24, 2009

Kuasa Speaker lumpuhkan BN - Nizar

GABUNGAN Pakatan Rakyat di Perak hanya menggunakan kuasa speaker Dewan Undangan Negeri untuk menggantung Menteri Besar baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan anggota exconya. Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin menegaskan demikian dalam ucapan malam tadi di Felcra Serigala di Slim River yang dihadiri kira-kira 1,000 orang, dan berhujah bahawa Pakatan kini telah melumpuhkan BN kerana gabungan itu menguasai 28 kerusi, berbanding 21 kerusi BN selepas penggantungan tersebut.
"Ekoran itu, Pakatan adalah kerajaan untuk mentadbir Perak. Hari ini, kalau kami nak gulingkan kerajaan baru pun sudah boleh...tetapi kita ini ikut undang-undang dan peraturan. Bukan macam mereka merampas dengan cara penuh jijik. "Mereka lupa, kuasa besar dan tinggi yang BN pernah berikan kepada Speaker 50 tahun dahululah kita guna balik ikut peraturannya," kata Nizar. Felcra Serigala terletak dalam dewan undangan negeri Behrang, yang diwakili Jamaluddin Mohd Radzi yang keluar PR dan menjadi Adun bebas yang menyokong BN. Mohd Nizar menegaskan bahawa beliau masih menjadi menteri besar yang sah yang dilantik oleh sultan.
"Saya masih menyimpan Watikah yang sah, yang tidak pernah pun dibatalkan oleh sesiapa. Watikah itu di atas lantikan Sultan dan disaksikan sendiri oleh Hakim Mahkamah Tinggi," katanya yang merupakan Adun Pasir Panjang.Mohd Nizar berkata jawatannya itu akan terbatal atau terlucut hanya melalui tiga cara iaitu, Perletakan jawatan secara sukarela, Pembubaran DUN dan Undi tidak percaya ke atas dirinya. Beliau turut mencabar Umno untuk berhadapan dengan rakyat Perak melalui pilihan raya."Umno penakut. Takut kalah macam di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu sebab itu mereka rampas kuasa."Kami anak jantan, sangup berdepan dengan mereka dengan apa jua keadaan pun!" tegasnya.
Sementara itu di Ipoh, Mohd Nizar secara rasmi berpindah dari kediaman rasmi menteri besar hari ini.Katanya, beliau berpindah sebagai menghormati peraturan dan arahan Setiausaha Kerajaan negeri Perak dan bukan bermakna menyerah kalah kerana proses mahkamah masih berjalan dalam menentukan kedudukannya sebagai Menteri Besar yang sah. Berucap di majlis meraikan wartawan sempena perpindahan beliau secara rasmi dari kediaman itu, Mohd Nizar berkata, Perak tidak lagi menjadi destinasi yang meyakinkan pelabur asing ekoran kemelut peralihan kuasa kerajaan negeri yang mencetuskan krisis perlembagaan.Katanya, pelabur tidak yakin untuk datang ke Perak jika krisis perlembagaan yang berlaku itu dibiar berterusan.Keadaan yang menjejaskan ekonomi dan pembangunan negeri itu tidak akan selesai selagi Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak dibubar dan rakyat diberi hak untuk memilih kerajaan yang dikehendaki, katanya. - sumber malaysiakini.com

Pemberian rebat petrol tidak diteruskan

ORANG RAMAI mengerumuni kaunter di Pejabat Pos untuk menuntut wang rebat tunai kenderaan persendirian. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang menimbangkan untuk tidak meneruskan pemberian rebat petrol kepada pemilik-pemilik kenderaan selepas Mac ini.

Keputusan itu didorong oleh prestasi harga minyak semasa yang sudah menurun ketika ini, beritahu Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah di persidangan Dewan Rakyat semalam.

"Mengenai rebat ini, oleh kerana harga minyak sudah turun, kita belum membuat satu dasar tapi saya jangka kita tidak akan teruskan rebat ini,'' kata Ahmad Husni ketika menjawab pertanyaan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang).

Terdahulu, beliau memberitahu, jumlah rebat tunai yang telah dibayar kepada pemilik kenderaan yang layak adalah sebanyak RM3.6 bilion bagi tempoh 14 Jun 2008 hingga 31 Januari lalu dengan jumlah pemilik kenderaan kira-kira 7.5 juta.

Sementara jumlah komisen kepada Pos Malaysia Bhd. mencecah RM22.8 juta.

Feb 23, 2009

APA ISU SEBENAR DI PERAK?

Di atas kertas, kerajaan negeri Perak telah bertukar daripada Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional. Saman DS Nizar di mahkamah tinggi baru bermula. Speaker V Sivakumar bersama Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan DUN telah memutuskan penggantungan Dato' Dr. Zambry dan enam Exco pilihannya. Lapan belas dan dua belas bulan tidak dibenarkan menghadiri sidang DUN.

Pemuda UMNO telah membuat laporan Polis dan laporan kepada SPRM menuntut supaya Speaker disiasat kerana salahguna kuasa. DS Nizar sudah berangkat meninggalkan kediaman rasmi MB manakala Dato' Dr. Zambry telah pun masuk pejabat MB dan selesai mengadakan mesyuarat Exco kali pertama. Judicial review terhadap keputusan aneh SPR menolak perisytiharan kekosongan kerusi Behrang dan Changkat Jering masih di mahkamah untuk tempoh yang tak dapat nak dijangka.

Pakatan Rakyat tetap dengan pendirian sebagai Kerajaan Negeri Perak yang sah. Dato' Dr. Zambry juga berulangkali menyebut bahawa perlantikannya sebagai MB oleh DYMM Sultan adalah sah mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Kini ada dua Menteri Besar Perak dalam satu masa. Logiknya, keadaan itu memang tak logik.

Kumpulan awal sembilan demostran Kuala Kangsar telah ditangkap, direman, dan diikat jamin sementara menunggu sebutan kes dan perbicaraan di mahkamah. Kumpulan kedua menyusul seramai tiga orang. Ditangkap di rumah masing-masing, direman dan diikat jamin. Sebutan kes yang dijadualkan pada 20 Februari telah ditangguhkan ke 20 Mac kerana pendakwa masih belum menyerahkan fail pendakwaan ke mahkamah. Dua aktivis PKR dan dua orang bloggers ditangkap dan akan didakwa di bawah akta mesin cetak.

Lebih seratus laporan polis dibuat di seluruh negara oleh UMNO dan persatuan Melayu yang bercirikan UMNO menuntut siasatan dan tindakan pihak berkuasa ke atas DS Nizar, Karpal Singh dan beberapa nama di pihak Pakatan Rakyat kerana menderhaka dan menghina Sultan Perak. Demostrasi halal juga diadakan di merata tempat oleh UMNO dan persatuan yang ada kaitan dengan UMNO, berlatarkan pembelaan hak dan ketuanan Melayu serta Kedaulatan Raja-Raja.

Pemimpin Pakatan Rakyat turun padang hampir setiap hari bertemu orang ramai dan memberikan penerangan tentang isu ini. Istilah rampasan kuasa, kerajaan kudeta, coup de'tat, konspirasi Najib dan bermacam-macam istilah lain berkumandang saban hari. Beberapa nama tiba-tiba menjadi popular termasuk Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim (SUK), Dato' Ahmad Kamal Md Shahid (Penasihat Undang-Undang Negeri), Dato' Seri Panglima Mohd Annuar Zaini (Ahli Dewan Negara Perak) dan Dato' Abd Rahim Mohamad Nor (Setiausaha Sulit DYMM Sultan). Empat nama besar ini dikaitkan sebagai penggerak utama konspirasi rampasan kuasa arahan Najib dan Zahid.

TV, radio dan akhbar perdana yang dikuasai UMNO riuh rendah memainkan isu ini dengan gegak gempita yang memang diramalkan. DS Anwar diperlecehkan dengan misi 916 yang bertukar arah. Karpal pengkhianat negara. DS Nizar penderhaka Raja. Pakatan Rakyat menuju kehancuran. Rakyat telah sedar dan bergerak kembali kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Bukit Selambau dan Bukit Gantang menghangatkan suasana, diikuti Bukit Lanjan yang tiba-tiba muncul menambah luka kepada episod duka. SPRM tumpang sekaki mengintai populariti untuk anugerah taat setia kepada UMNO dengan kes Tan Sri Khalid Ibrahim. Tiga kontena fail kes Khir Toyo hilang dicuri toyol. Selang sehari menyusul kisah yang lebih bogel daripada Elizabeth Wong apabila anakanda kepada Pesuruhjaya SPRM ditangkap di Australia kerana koleksi bahan lucah kanak-kanak bawah umur. Drama ini jadi semakin 'heavy'.

Berbalik kepada krisis di Perak, apa sebenarnya yang berlaku? Apa yang tersirat di sebalik yang tersurat? Besar sangatkah isunya? Berat sangatkah kesnya? Rumit sangatkah krisisnya?

Sebenarnya ini hanyalah fenomena biasa di pentas politik. Gelombang yang lebih besar pernah berlaku sebelum ini seperti Tragedi 13 Mei serta krisis perlembagaan 1983 dan 1993 yang menelanjang dan menghenyak Raja-Raja. Kemudian berlaku ledakan reformasi menyusuli pemecatan DS Anwar daripada kerajaan dan UMNO. Cuma kes bagi krisis terbaru ini adalah kali pertama dalam sejarah Perak. Mungkin kerana itu rakyat merasakannya sebagai suatu yang sangat besar.

Sebagaimana Pakatan Rakyat mahu menumbangkan BN, begitulah juga BN, sentiasa mencari peluang dan kesempatan untuk menumbangkan Pakatan Rakyat. Sementelah BN ada senjata yang lebih baik dan lebih banyak untuk menyakiti PR, maka lebih mudahlah misi mereka. Pakatan Rakyat negeri Perak hanya ada seorang MB dan 10 Exco bersama dua setiausaha MB dan dua belas pegawai khas MB/Exco. Dalam kerajaan itu UMNO ada Dato' SUK, Dato' LA, Dato' SU Sulit Sultan, Dato' Panglima Annuar Zaini, pengarah-pengarah jabatan, pegawai-pegawai kanan dan sebahagian besar DO yang bertuankan Barisan Nasional. UMNO juga ada TV, radio dan akhbar harian yang taat setia 24 jam 365 hari setahun melaksanakan segala kehendak dan cita-cita politik mereka. UMNO juga ada Polis, SB, BTN, JASA, KEMAS, FRU, SPR, SPRM dan semua jentera pelaksana/penguatkuasa yang gerak mereka berpada hanya dengan satu petikan jari pemimpin UMNO. Itulah realiti politik Malaysia. Pakatan Rakyat umpama pasukan bolasepak Sekolah Kebangsaan Pangkor yang nak bertarung dengan Manchester United FC.

Isunya cuma BN mahu ambil alih kerajaan negeri Perak daripada Pakatan Rakyat. By hook or by crook matlamat itu mesti dicapai. Apa jua peluang yang terbuka mesti dimanfaatkan. Kesempatan yang datang tidak harus dilepaskan. Tajol telah usahakan di peringkat awal selepas PRU12 tetapi gagal. Waktu itu Harussani sudah berperanan namun PAS gagal dipujuk. Wang berjuta tidak dipandang oleh YB Pakatan Rakyat.

Pada 20 Ogos 2008, SPRM (ketika itu masih BPR) berjaya melaksanakan tugas memerangkap dua Exco kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak melalui petugas veteran yang bernama Imran. Kejayaan itu adalah aset besar BN untuk meneruskan misi mengambil alih kuasa. Ugutan dan tawaran bersilih ganti datang kepada dua Exco itu. Kalau tak sokong BN, mereka akan disabitkan bersalah di mahkamah dan hilang segala-galanya. Kalau mahu ikut BN, kes mahkamah boleh dirunding penyelesaiannya. Dalam kes bunuh Altantuya, Razak Baginda lagi boleh dibebaskan tanpa bicara, inikan pula kes kecil terima rasuah yang tidak diminta. Selajutnya, Jamaludin dan Osman cuma perlu buka akaun bank di Singapura atau di mana saja asalkan luar negara. Beres.

SPRM telah berjaya menukarkan nisbah kerusi DUN antara BN dan PR daripada 28:31 kepada 30:29. Kedudukan itu sudah cukup untuk BN membentuk kerajaan dengan kelebihan satu kerusi, namun keadaan akan lebih selesa jika kelebihan kerusi itu ditambah satu atau dua lagi. Hee Yit Foong telah menyediakan dirinya untuk jadi sasaran BN sejak awal lagi apabila dia memprotes partinya dalam banyak perkara, daripada tuntutan kerusi exco untuk wanita hingga kepada isu Camry yang tidak diperuntukkan kepada Timbalan Speaker. Kisah pertembungan pendapat yang berlarutan antara Hee dengan Ngeh menambahkan leleh liur BN terhadap OKU itu. BN tidak pernah berhenti mengasak dengan pujuk dan ancam.

Hee menukar nisbah kerusi DUN Perak kepada (BN)31:28(PR) dalam senyap dan tersembunyi. Ngeh dan Nga berjaya diyakinkan bahawa Hee tidak hilang seperti yang dihebohkan. Telefon tak diangkat hanya kerana Hee terlupa membawanya ketika keluar rumah menziarahi kakaknya. Hee tetap bersama DAP! Begitulah skrip mantap yang dibangunkan oleh BN.

Dalam riuh rendah misteri kehilangan tiga ADUN itu, tiba-tiba Dato' Nasa Bota muncul mengejut masuk PKR. Kedudukan kembali (BN)30:29(PR). Guruh yang berdentum di langit menyebabkan Pakatan Rakyat menterbalikkan tempayan untuk menakung hujan yang bakal turun. Malangnya angin yang kuat telah membawa awan berhujan di tempat lain. Ada teori yang menyatakan bahawa Dato' Nasa juga sebahagian dari skrip Dato' Najib. Keterujaan pada hijrah Dato' Nasa melekakan perhatian Pakatan Rakyat terhadap tiga sejoli yang sedang diandam oleh jin beragas BN. Analisis lain mengaitkan SPRM sekali lagi sebagai penyelamat BN. Bapak si lucah di SPRM itu dengan pantas menyediakan fail untuk memasung Dato' Nasa dengan pertuduhan rasuah. Maka Dato' Nasa pun surrender tanpa mempedulikan kekecewaan Datin Umi. Score-board bertukar kembali ke angka (BN)31:28(PR).

Ketika itu Speaker DUN telah memaklumkan kekosongan kerusi Behrang dan Changkat Jering kepada SPR. Ada surat perletakan jawatan yang telah ditandatangani semasa pembentukan kerajaan pada bulan Mac 2008. Dari segala sudut undang-undang, surat itu sah tetapi SPR terpaksa akur kepada kemahuan bos politiknya iaitu BN lalu mengumumkan tiada pilihanraya kecil di dua kawasan itu. Pakatan Rakyat terjerat lagi.

Pilihan terakhir ialah membubarkan DUN dan mengembalikan kepada rakyat untuk memberikan mandat baru yang lebih jelas, sama ada kepada PR atau kembali kepada BN. DS Nizar mengadap mohon perkenan. Tuanku Sultan bertempoh hingga esok hari. Petang hari yang sama, Najib mengumumkan BN akan membentuk kerajaan di Perak dalam sidang media yang dihadiri tiga sejoli dan Dato' Nasa.

Detik inilah bermulanya krisis. Kecelaruan yang rumit untuk difahami dan sukar dijangkau oleh andaian, analisis dan jangkaan. PR dengan hak dan maruahnya. BN dengan kehendak dan budayanya. Sultan dengan daulat dan survivalnya. Rumit dan celaru.

Krisis boleh dielakkan jika Tuanku Sultan perkenankan permohonan DS Nizar untuk membubarkan DUN. Tamatlah pertikaian tentang siapa yang ada majoriti dalam DUN. Keputusan pilihanraya menentukan sama ada rakyat mahukan Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional. Tuanku selamat daripada 'sembah derhaka' dan sebarang tohmahan. Tiada himpunan di Bukit Chandan. Tiada saman di mahkamah. Tiada demonstrasi UMNO di seluruh negara. Tiada ungkitan sejarah derhaka. Tiada ugutan peluru hidup. Tiada dan tiada.

Misteri krisis ini berlegar di istana. Seluruh dunia tahu kehebatan Tuanku Sultan dan Raja Muda dengan latarbelakang undang-undang dan sains politik peringkat tertinggi dalam kerjaya dan pendidikan. Terasa mustahil keputusan tidak memperkenankan pembubaran DUN dan memperkenankan perlantikan MB baru itu muncul dari pertimbangan normal kedua-dua payung negeri itu. Lalu timbullah pelbagai andaian dan tanggapan.

Rakyat tidak pelik tentang perangai dan budaya UMNO. Sepak terajang politik UMNO sudah ditonton selama lebih 50 tahun. Rakyat sudah khatam malah menghafal strategi dan taktik politik UMNO yang serba boleh itu. Sesama sendiri di dalam UMNO itu pun mereka bercakaran, berbunuhan, rasuah dan saling menjatuhkan maka tentulah lebih dahsyat lagi percaturan mereka dalam perang melawan musuh.

Yang pelik ialah keputusan istana. Keganjilan itu merangsang seribu siasatan oleh rakyat serta mengundang pelbagai tanggapan dan tuduhan. Persepsi negatif yang pertama ialah ugutan Najib berkaitan seorang puteri Tuanku yang menguasai Gamuda. Menyusul kemudiannya tuduhan yang lebih dahsyat iaitu ugutan menyingkirkan Raja Nazrin sebagai bakal Sultan. Ugutan itu dikaitkan dengan kononnya Tuanku sendiri dinaikkan ke takhta melalui rencana Dr. Mahathir walau pun sebenarnya tidak berhak ke atas takhta. Rakyat diberitahu rupanya bonda Tuanku Sultan tidak berdarah raja, maka hak bersinggahsana di takhta sepatutnya berpindah kepada waris yang lain. Begitu juga dengan Permisuri Bainun yang juga bukan berdarah raja. Maka Raja Nazrin kononnya tiadalah berhak bergelar Raja Muda namun mantan Perdana Menteri menyusun segalanya dengan sempurna sehingga tiada siapa berani mempertikaikannya. Najib umpama mengacukan pistol ke kepala Tuanku dan berkata "sama ada Tuanku mengikut apa yang patek mahu atau Raja Nazrin tidak akan menaiki takhta". Dipetik daripada artikel Accept Najib Or Lose The Throne (DI SINI).

Pelbagai dakwaan yang berlegar di mulut rakyat sekarang ini memang sukar dipercayai dan tidak dapat disahkan ketulenannya, namun keganjilan titah dan perkenan istana telah mengundang semua bualan itu. Jika benar begitu maka malanglah bumi tercinta ini dan hancurlah nasib seluruh warganya di tangan Najib dan UMNO yang durjana. Jika bukan begitu siratannya maka apalah agaknya yang tersemat di minda Tuanku?

Terdapat juga analisis yang merumuskan bahawa drama berat ini adalah cara Tuanku nak mengajar Najib dan UMNOnya. Lantaran itulah Tuanku berpesan kepada DS Nizar dengan membacakan ayat Quran yang bermaksud "Sesungguhnya Allah bersama dengan hambanya yang sabar". Kegelojohan UMNO perlu ditangani dengan teliti dan sempurna. Menentang UMNO secara terbuka memang bahaya. Risikonya terlalu besar berdasarkan rekod kesanggupan UMNO menderhakai Raja tanpa sedikit pun rasa hormat dan belas. UMNO ada pengalaman dan kemahiran memanipulasi semua jentera kerajaan dan seluruh rakyat bangkit menentang istana bermula daripada perderhakaan Dato' Onn Jaafar hingga kepada penderhakaan Abdullah Badawi, Idris Jusoh dan Shahidan Kasim. Juaranya sudah tentulah Mahathir Mohamad dengan kejayaan melucutkan immuniti sekelian Raja-Raja melalui pindaan perlembagaan.

Analisis itu meyakini kebijaksanaan Tuanku Sultan sementelah kepakaran Tuanku adalah di bidang perundangan. Tuanku amat arif betapa UMNO yang kepingin sangat untuk berkuasa itu, tak akan aman dengan perkenan yang dipaksakan itu. Tuanku tahu sempadan kuasanya berhubung lantik dan lucut memanda Menteri Besar negerinya. Oleh kerana UMNO itu jenis bantah yang tak boleh ditegah maka Tuanku turuti dahulu kemahuan mereka. Tuanku arif betapa DS Nizar boleh membawa kes ini ke mahkamah tanpa melibatkan istana. UMNO perlu jawab dan pertahankan diri tanpa boleh bersandar kepada Tuanku lagi. Tuanku juga amat arif peruntukan Undang-Undang Tubuh tentang Speaker. UMNO terlupa hal itu kerana kemaruk yang tak tertahan lagi. Biarkan ... biarkan! Biar UMNO layari ombak ganas dan lautan bergelora yang mereka sendiri menempahnya. Tuanku akan tersenyum puas di jendela istana. Kalau UMNO masih mahu bicara soal maruah, mereka akan merafak sembah mohon perkenan agar dipulangkan mandat ini kepada rakyat jelata. Pohon Tuanku membubarkan DUN.

Krisis ini besar tetapi isunya sedikit saja. Puncanya UMNO tamak kuasa. Tongkat bernama kuasa itu telah berjasa kepada mereka berpuluh tahun lamanya. Dengan kuasa, mereka boleh hidup senang lenang menjarah harta negara dan kederat rakyat. Hilang kuasa menjadikan mereka tak keruan gila. Itulah puncanya.

Pertikaian yang menjadi nyawa krisis ini juga sedikit saja. Perdebatan dan rujukan ke mahkamah hanya berkaitan Fasal 16(6), 16(7), 18(2)(a), 18(2)(b), 36A(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dan Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN Perak.

Krisis ini akan panjang tempohnya jika UMNO terus angkuh terhadap undang-undang dan takut kepada undi rakyat. Jika UMNO memang jantan dan percaya sokongan rakyat masih gagah bersama mereka, ayuh bubarkan DUN dan turun bertarung di gelanggang. Kalau jantan!

Buah Tangan UMNO Untuk Pakatan Rakyat

Buah Tangan UMNO Untuk Pakatan Rakyat

Dalam keadaan lebih daripada separuh sedar, biasanya musuh akan mengakui segala kesilapan, kesalahan, kekurangan dan kecacatan, iaitu bila berdepan dengan keadaan yang benar – benar kritikal, terdesak dan terancam. Kebiasaannya masa itu akal dah jadi separuh waras, atau tidak waras.

Tidak kira sesiapa pun juga, ahli politik, ahli perniagaan, kakitangan kerajaan, pelajar dan sebagainya, selagi nama manusia, ada suatu saat segala kecacatan, kesalahan, kesilapan dan kekurangan tadi akan diceritakan tanpa perlu kita mendesak atau memaksa mereka mendedahkannya. Begitu Juga Dengan Parti Umno Ni.

Dalam keadaan hampir semua peringkat kepimpinan, dari orang no 1, 2, 3 dan seterusnya percaya iaitu umno perlu berubah, tetapi itu hanya slogan sahaja, kerana tindak tanduk mereka ini tidak membayangkan kesediaan untuk berubah, rakyat masih melihat ianya tidakk berubah . Contohnya kejadian yang berlaku di Perak sebagai buktinya.

Ada lagi satu golongan dalam parti ini, iaitu ’think tank’ mereka juga menyeru supaya seluruh peringkat dalam parti umno mesti berubah, dari orang no 1 hingga ahli – ahli biasa di peringkat cawangan. Golongan ini yang terpaksa memerahkan otak siang malam, bahkan 24 jam sehari memikirkan kaedah, strategi dan pendekatan yang perlu dibuat oleh kepimpinan, guna bagi menarik kembali sokongan rakyat terhadap mereka.

Risau benar mereka ini dengan ketidakpedulian pemimpin – pemimpin atasan, khuatir andainya PRU13 nanti adalah kemuncak parti ini ditolak oleh rakyat dari semua kaum Melayu, Cina, india, Iban, Kadazan dan lain – lain.

Bimbang mereka ini ada fakta dan justifikasinya. Memang ada data lengkap, bukan hari ini tapi sejak dari dulu lagi, bahkan ianya amat ketara dalam PRU12 lalu, diikuti PRK P44 dan yang terbaru dalam PRK P36 Kuala Terengganu. Ianya bakal menjadi kenyataan dalam PRK P59 Bukit Gantang dan N 25 Bukit Selambau nanti, dan juga mungkin nanti dalam N 37 Bukit Lanjan, dan juga ura -ura di P 22 Pasir Mas.

Elok dibaca isi hati penulis ini. Banyak kebenaran, data, fakta dan justifikasinya. Mana yang baik elok sangat dijadikan panduan, mana yang buruk hendaklah dibuang saja.

’Virus’ Saluran 4 Dan 5

SENARIO yang berlaku ketika proses pengiraan undi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari lalu agak menarik untuk direnung. Ini kerana ketika proses pengiraan bermula, Barisan Nasional (BN) dilihat mendahului kerana majoriti undi saluran 1,2 dan 3 menyebelahi parti itu. Bagaimanapun situasi berubah apabila kotak undi saluran 4 dan 5 dikira, BN tewas satu demi satu sebelum diisytiharkan kalah.

Namun begitu kegagalan BN menguasai saluran 4 dan 5 yang dianggap suara generasi muda bukanlah suatu kejutan, sebaliknya ia sememangnya sudah dijangkakan. Malah itu merupakan kali kedua BN tewas dalam pilihan raya kecil akibat saluran berkenaan, sebelumnya BN kecundang di Permatang Pauh. Kegagalan BN mempertahankan majoriti dua pertiga di Parlimen serta kehilangan kuasa di Kedah, Perak dan Selangor juga dikaitkan dengan saluran tersebut.

Malah di Kelantan, pengundi muda dikatakan sama sekali tidak menyebelahi BN sehingga memungkinkan Pas terus berkuasa di negeri tersebut. Generasi muda yang menguasai undi di saluran 4 dan 5 mempunyai pemikiran berbeza. Perkembangan teknologi maklumat yang berkembang pesat telah membolehkan mereka bukan sahaja mendapat sebarang perkembangan dengan cepat malah boleh diracuni fikiran mereka oleh permainan kotor pembangkang.

Persepsi yang paling mencabar untuk dihapuskan oleh BN di kalangan generasi muda ialah kalau BN cakap itu propaganda dan kalau pembangkang cakap itu kebenaran.

Mengulas isu saluran 4 dan 5 ini, penganalisis politik, Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, generasi mudah tidak mahu mendekati BN kerana mereka melihat parti itu termasuklah UMNO seperti tidak mewakili aspirasi mereka sebaliknya hanya untuk kepentingan orang-orang yang lebih dewasa khususnya golongan elit.

''Kepada mereka, UMNO sudah menjadi terlalu elitis, malah golongan muda dalam BN dan UMNO juga sangat elitis dengan gaya hidup 'super newah' dan umpama selebriti," katanya ketika dihubungi.

Kenyataan Dr.Mohamed Mustafa ini bukanlah perkara baru tetapi inilah persepsi rakyat termasuk generasi muda kepada BN terutamanya UMNO. Dalam tinjauan penulis di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, baru-baru ini, persepsi ini juga wujud di kalangan penduduk.

Mereka mengaitkan UMNO dengan gaya hidup mewah, mereka muak dengan gelagat sesetengah pemimpin Pemuda yang dilihat terlalu elit apabila masuk ke kampung-kampung.

Lebih memburukkan lagi keadaan melalui propaganda yang dilakukan oleh pembangkang tanpa mahu mengkaji sama ada sesuatu dakwaan itu benar atau tidak, pemimpin-pemimpin BN terutamanya UMNO sering dikaitkan dengan rasuah, skandal dan sebagainya.

Mungkin ia adalah persepsi tetapi akibat persepsilah BN hampir kecundang dalam pilihan raya umum lalu.

Semua ini tidak menguntungkan BN, persepsi buruk masih menebal di kalangan rakyat terhadap parti itu terutamanya generasi muda yang menguasai saluran 4 dan 5 masih menebal.

BN akan terus menghadapi masalah jika persepsi ini tidak ditangani dengan betul. Keadaan menjadi semakin mencabar apabila tiada usaha bersungguh-sungguh dilakukan oleh pemimpin-pemimpin muda dalam BN untuk mendekati pengundi-pengundi muda.

''Pemimpin-pemimpin atas BN dan UMNO sudah lama disenggaged dengan orang muda di institut pengajian tinggi dan kolej-kolej, tiada dialog dua hala dan interaksi dengan golongan muda," kata Dr. Mohamed Mustafa.

Bagi parti tersebut, masalah lebih ketara ialah generasi muda tidak melihat mana-mana pemimpin parti itu yang sesuai atau setaraf dengan ketokohan yang ada kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Jika dulu walaupun mereka tidak menyukai BN dan UMNO tetapi berikutan ketokohan yang ada kepada Dr. Mahathir mereka sedia menyebelahi BN begitu juga kaum bukan Melayu.

Namun sekarang suasana sudah berbeza. Walaupun apa yang dikatakan oleh generasi muda mengenai barisan kepimpinan BN dan UMNO hanyalah persepsi tetapi tafsiran seumpama itu tidak harus dibiarkan.

''Kita terpaksa akui bahawa kepetahan bercakap yang ada kepada pembangkang tidak ada kepada sebahagian besar pemimpin BN, walaupun apa yang dikatakan oleh pembangkang hanyalah retorik dan hipokrit tetapi macam mana hendak kita hendak yakinkan rakyat, ini soalnya," kata seorang pemimpin Pemuda UMNO bertaraf Ahli Parlimen ketika dihubungi.

Sebagai contohnya, isu lompat parti, ia hakikatnya dipelopori oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi apabila ada ahli pembangkang beralih arah menyokong BN, pembangkang berjaya meracuni pemikiran rakyat untuk mempercayai ia perbuatan tidak bermoral tetapi semasa mereka menguar-uarkan 'mimpi 16 September' bagi menumbangkan kerajaan BN tidak pula soal ini ditimbulkan?

Begitu juga soal moral, apabila pemimpin BN didapati melakukan perbuatan yang bertentangan dengan moral, mereka menyerang habis-habisan sehinggakan rakyat melihat pemimpin BN terlalu jijik tetapi apabila ia dikaitkan dengan pembangkang, ia akan dianggap satu fitnah dan konspirasi politik paling jahat dan keji.

Tetapi BN tidak mampu menangani ini semua, generasi muda amat dekat dengan internet, membaca blog setiap hari adalah rutin mereka tetapi BN tidak mempunyai blog yang benar-benar berwibawa menangkis pembangkang.

Sebaliknya pembangkang bukan sahaja mempunyai ribuan blog yang menyokong mereka, malah 'memiliki' media on line yang menyebelahi mereka.

Kita akui bahawa BN cuba melawan melalui internet tetapi ia tidak dilakukan secara bersungguh-sungguh, kalau pun wujud blog tersebut ia ibarat tempat melepaskan geram sahaja, lebih malang lagi ada sesetengah blog yang diketahui diasaskan oleh pemimpin UMNO bertindak 'membelasah' pemimpin UMNO sendiri.

Kesudahannya rakyat terutamanya generasi muda menjadi keliru dan membolehkan mereka menjadi yakin bahawa apa yang diperkatakan oleh pembangkang terhadap sesetengah pemimpin UMNO adalah betul.

Berdasarkan apa yang diperkatakan, ia jelas menunjukkan bahawa cabaran BN untuk menarik generasi muda mengundi mereka amat getir.

Saluran 4 dan 5 tidak harus menjadi seolah-olah 'satu virus' yang merosakkan keseluruhan sokongan yang diperolehi melalui saluran 1,2 dan 3. BN tidak harus leka tentang ancaman ini kerana dalam pertemuan penulis dengan beberapa pemimpin kanan UMNO mereka pastinya akan mengeluh apabila ditanya apa peluang BN untuk menang di saluran 4 dan 5.

Ini satu masalah yang BN perlu tangani segera jika tidak mahu BN kecundang dalam pilihan raya akan datang, ikhlaslah mengakui bahawa semua sayap BN dan UMNO buat masa ini dianggap gagal meraih sokongan generasi muda tetapi belum terlambat untuk memperbaiki keadaan.

24.02.2009

Hakim putus dengar kes Nizar Rabu ini

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Mohamad Ariff Md Yusof akan memutuskan Rabu ini sama ada beliau patut menarik diri daripada mendengar saman yang difailkan oleh bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap penggantinya Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

Mohamad Ariff berkata beliau akan memberi pertimbangan serius mengenai isu itu dan mengkaji hujahan peguam Sulaiman Abdullah selama sejam yang mewakili Nizar dan Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said bagi Pejabat Peguam Negara.

Rabu lepas, Mohamad Ariff melahirkan kebimbangan sama ada beliau mahu atau tidak untuk mendengar prosiding kerana pembabitan beliau dalam PAS sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman, September tahun lepas.

Mohamad Ariff harus memutuskan semakan kehakiman yang dipohon oleh Nizar bagi mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah dan bagi injunksi untuk menghalang Zambry daripada menjalankan tugas dan fungsi sebagai Menteri Besar Perak.

Hari ini, Kamaluddin berkata Mohamad Ariff patut menarik diri daripada mendengar kes tersebut bagi mengelak persepsi negatif tentang unsur berat sebelah.

"Adalah pandangan Pejabat Peguam Negara bahawa bagi mengekalkan keyakinan awam dalam badan kehakiman dan demi kepentingan keadilan, adalah elok Yang Arif menarik diri," hujahnya.

Kamaluddin berkata wujud bahaya berat sebelah oleh hakim dengan alasan Mohamad Ariff adalah bekas anggota PAS dan penasihat undangundang PAS dalam beberapa petisyen pilihan raya.

Hujahan itu dibantah oleh Sulaiman yang menyatakan bahawa mengikut Kod Etika Hakim, seorang hakim tidak dilarang mendengar kes parti politik selagi hakim berkenaan tidak menjadi anggota semasa dalam sebarang parti politik.

Beliau juga berkata tidak ada asas bagi Mohamad Ariff menarik diri daripada mendengar kes itu tetapi apa yang lebih penting adalah integriti dan keikhlasan hakim berkenaan.

"Jika anda menarik diri, anda memberi mesej bahawa anda tidak boleh membuat keputusan secara objektif dalam perkara yang kontroversi. Ini bukan mesej yang hendak diberikan," katanya.

"Penarikan diri Yang Arif mungkin mengundang komen yang tidak menyenangkan mengenai badan kehakiman," kata Sulaiman, yang menambah ujian sebenar bahaya soal berat sebelah dalam keadaan kes ini tidak dipenuhi.

Peguam Nga Hock Cheh, juga bagi Nizar, menukar topik hujahan apabila tibatiba membaca sajak empat rangkap dalam mahkamah berbunyi:

"Harapkan pagar, pagar makan padi, harapkan Adun, ada Adun lompat parti, memang tidak berprinsip dan berintegriti, cara BN rampas kuasa cabul demokrasi," katanya.

Peguam pemerhati bagi UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun, membantah dengan menyebut prosiding harus bertumpukan kepada isu undangundang dan bukan sebarang agenda politik.

Nizar diwakili oleh barisan lapan peguam manakala penasihat undangundang negeri Perak Datuk Ahmad Jamal Md Shahid bertindak bagi Zambry. BERNAMA

Golongan celaka mahu teruskan PPSMI - Hj Hadi

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang mengelarkan mereka yang masih mahu meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebagai golongan celaka.

Beliau turut menyelar tindakan merendahkan peratus kelulusan pelajar semata-mata kerana mahu mempertahankan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Tindakan tersebut kata beliau merupakan satu perbuatan yang dianggap sebagai menipu bangsa sendiri.

"Pemimpin jenis ini merupakan pengkhianat kepada bangsa dan bahasa serta lebih menyedihkan lagi kerana mereka sanggup meneruskan dasar PPSMI ini kerana memetingkan kroni," tegas beliau dalam satu forum himpunan dan ikrar mansuh PPSMI malam tadi.

Selain itu, Hadi juga menegaskan, tamadun bangsa yang pernah wujud mempunyai bahasa masing-masing dan kemajuan tamadun ini berkembang bersama dengan perkembangan bahasa mereka.

Beliau menggesa supaya rakyat di didik dengan ilmu dengan menggunakan bahasa sendiri dan bukan dengan bahasa asing.

"Tidak salah belajar bahasa asing tetapi rakyat perlu di ilmukan dengan bahasa kebangsaan," kata beliau.

Lebih kurang 20 orang pemuda yang dipimpin oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) Kamaruzaman Mohamad membaca ikrar taat setia dan berjanji akan mempertahankan Bahasa Kebangsaan.

Majlis tersebut yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor itu turut diserikan dengan bacaan sajak oleh Dinsman.

Turut berucap pada forum tersebut adalah Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali yang menggantikan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Presiden GMP, Dato' Dr Hassan Ahmad, Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat Dato' Abu Bakar Chik dan Presiden Teras Hj Azmi Abdul Hamid.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat bertindak selaku pengerusi forum tersebut.- tmj _

DVD seks muncul semula, Soi Lek disiasat

PETALING JAYA: Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek menjadi perhatian semula dalam isu skandal seks, dengan hari ini beliau diambil keterangan oleh polis berikutan aduan seorang peniaga yang menerima cakera video digital (DVD) aksi seks dalam peti suratnya.

Chua, bekas Menteri Kesihatan berkata, beliau telah mengunjungi Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya hari ini untuk mengecam sebuah pita ekoran laporan yang dibuat oleh penduduk Petaling Jaya baru-baru ini.

"Saya memberitahu polis bahawa ia merupakan pita yang sama yang saya kenal pasti Januari tahun lalu," kata beliau dalam blognya hari ini.

Bekas Ahli Parlimen itu juga berkata, beliau merasakan ia merupakan satu usaha pihak-pihak tertentu menyebarkan semula pita seumpama bagi mencemarkan namanya.

"Saya memberikan kerjasama penuh kepada polis," kata beliau yang meletakkan semua jawatan kerajaan dan parti ekoran munculnya pita berkenaan awal tahun lepas.

Pada Oktober lalu beliau kembali aktif dalam politik sekaligus memenangi jawatan Timbalan Presiden MCA.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC II Hasnan Hassan berkata, peniaga berkenaan, lelaki berumur 50 tahun membuat laporan itu pada 10 Februari lalu selepas menerima sampul surat itu di rumahnya di Kelana Jaya.

"Dalam sampul surat itu, peniaga mendapati satu VCD berserta dua keping surat dan pengadu setelah menonton VCD itu mendapati ia adegan seks antara seorang lelaki dan seorang perempuan," katanya.

Beliau berkata kes itu sedang disiasat di bawah Seksyen 377 (a)Kanun Keseksaan.

Polis juga menjalankan siasatan mengikut Sekyen 292 (a) akta yang sama atas kesalahan mengedarkan bahan lucah, katanya.

Isu Chua muncul semula ketika polis masih menyiasat penyebaran foto dan video separuh bogel Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong.

Bola Kini Di Kaki Pakatan Rakyat

GELORA politik Perak yang menampakkan keredaan seminggu lalu sebenarnya sebagai satu petanda gelombang yang lebih besar bakal melanda Perak.

Speaker DUN Perak, dengan kuasa yang diperuntukkan kepadanya oleh Dewan Undangan Negeri dan juga Undang-Undang Tubuh Negeri Perak ternyata tidak melepaskan peruntukkan tersebut. Peluang yang muncul di depan mata digunakan sebaik mungkin oleh Tuan Speaker, V.Sivakumar.

Hasilnya, Menteri Besar (H) Dr Zambry Kader bersama 6 lagi anggota Exco Kerajaan (H) nya telah digantung dan dilarang dari menghadiri Sidang DUN masing-masing 18 dan 12 bulan. Asas kepada penggantungan yang diputuskan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak itu ialah penghinaan ke atas Dewan Yang Mulia ekoran Majlis Angkat Sumpah yang dihadiri mereka, sedangkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Nizar masih sah dan belum lagi meletakkan jawatan.

Selepas penggantungan ini dijalankan dan berkuatkuasa, para pencinta keadilan mula menarik nafas lega. Rakyat pula bagaikan mendapat sinar baru. Apa tidaknya, kalau sebelum ini Kerajaan yang mereka pilih secara sah dalam PRU 12 lepas dirampas dan diranapkan begitu sahaja oleh Umno BN, kini mereka (rakyat) bagaikan mendapat peluang kedua.

Dalam permainan bola sepak, boleh diibaratkan bahawa bola yang berada di kaki Umno BN telah berjaya dirampas kembali oleh Pakatan Rakyat. Dan bola yang direbutkan itu kini berada di kaki Pakatan Rakyat. Selepas ini Pakatan Rakyat hanya perlu mengelecek beberapa pemain pertahanan (anda boleh teka sendiri siapa gerangannya) sebelum melepaskan tendangan padu yang bisa menggegarkan jaring dan gawang Umno BN.

Pada waktu-waktu getir sebegini, ketelusan dan keadilan daripada pegawai perlawanan sama ada Pengadil, Penjaga Garisan dan Pegawai Masa adalah amat-amat dituntut.

http://pemudakemehe1.blogspot.com/2009/02/bola-kini-di-kaki-pakatan-rakyat.html

Khalid bagi 3.. Tapi RAKYAT senaraikan 20 kes pasai TOYOL..

Abis tu kes khir toyo ni apa cerita? Tak kan SPRM tak teliouq kot...atau dah boh bawah kapet dah.... 1. Meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings. Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta. 2. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja. Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut. 3. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen. 4. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri).Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun. 5. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000. 6. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi. 7. Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada. 8. Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu. 9.Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering. 10. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS? 11. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan. 12. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB. 13. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam. 14. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor. 15. Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya. 16. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya. 17. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, "Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang." 18. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir. 19. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya. 20. Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.

Jemputan "bakar bukti rasuah depan SPRM"

Pengumuman :

Perhimpunan Anak Muda Malaysia Protes SPRM yang kelihatan 'seronok' menjadi kuda

Gendang perang yang dipalu kerajaan amat menarik dan ramai mula bernafas lega. Namun sejak gendang itu dipalu seolah tiada tindakan konkrit sehinggalah Badan Pencegah Rasuah (BPR) ditukar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diwujudkan.

Walaupun SPRM gagal menjawab dua persoalan penting yang menjadi punca utama kelemahan BRP iaitu

  • masih tidak bebas semua lantikan dan kenaikan pangkat masih dibawah ketiak Perdana Menteri seharusnya diletakkan terus di bawah Parlimen Malaysia untuk menjamin kebebasan.
  • masih terikat iaitu tidak punya kuasa pendakwaan. Maknanya kejadian siasatan keatas menteri boleh disiapkan namun tidak boleg didakwa kerana Peguam Negara mendapat arahan dari atas boleh berulang.

Namun ramai yang masih cuba melihat positif. Saya sendiri telah menjadi individu pertama menghantar laporan beserta bukti rasuah kepada SPRM pada hari pertama kewujudanya. Laporan ini menguji sejauh mana efisyensi SPRM yang menggunakan buget wang rakyat yang jauh lebih banyak dari BPR.

Namun setelah namun setelah masuk bulan ketiga langsung tiada khabar dari laporan yang mengandungi bukti dan kes rasuah yang amat mudah diselesaikan itu. Ada maklumat dalaman yang diperolehi ada antara kes yang dihantar tersebut ditutup begitu sahaja. Malah jauh dari itu SPRM kelihatan lebih berminat bertindak berdasarkan kepentingan politik pihak tertentu.

Kes 1 10 orang pegawai SPRM telah menahan ahli Puteri Umno di bahagian Jempol, lalu sesi soal siasat dijalankan di sebuah hotel murah di Bahau. Ahli Puteri ini yang dikerutung oleh 10 lelaki pegawai SPRM tanpa ditemani sesiapa ketakutan dan dipaksa menandatangani surat akuan palsu bahawa dia menerima rasuah. Selepas perkara ini terdedah Setiausaha KEADILAN Rembau telah membuat laporan polis sebaliknya SPRM telah membuat laporan balas dan mengugut untuk saman. Kes ini disenyapkan begitu sahaja.

Kes 2 Seorang AJK Umno Bahagian Temerloh telah diseksa 'ala siksaan Abu Gharib' untuk mendapatkan tandatanganya dalam satu akuan 'palsu' yang mengakui dia menerima wang dari seorang pemimpin Umno

Setelah diselidiki dua kes ini bukan kes terpencil. Banyak kes berlaku lagi namun ahli Umno yang 'terkena' takut untuk tampil ke depan. Perkembangan ini membuktikan SPRM kelihatan seronok diperkudakan oleh kumpulan politik tertentu untuk mencapai kehendak politik mereka.

Dalam perkembangan antara parti pula SPRM jelas menjalankan kerja politik bagi pihak Bn.

Kes 1 Seorang ahli KEADILAN bahagian Kuala Pilah pilah telah ditangkap ekoran laporan Ahli Parlimen Kuala Pilah. Kononya dia yang bekerja sebagai budak pejabat di sebuah institusi kewangan menawarkan jumlah wang mencecah jutaan ringgit untuk memujuk ahli parlimen Kuala Pilah untuk keluar Bn. Ahli KEADILAN yang ditahan ketika bekerja di pejabatnya ini dibawa ke Pejabat SPRM Seremban untuk sesi soal siasat. Namun amat menyedihkan sesi soal siasat ini bertukar menjadi sesi brain wash atau turn over dimana Pegawai Penyiasat menyerang peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kes 2 Dalam isu hangat bertukar parti akhir - akhir ini, Ketua Pengarah SPRM secara tiba - tiba mengeluarkan kenyataan berminat untuk menyiasat ADUN Bota apabila beliau mengistiharkan masuk KEADILAN. Namun apabila 4 ADUN Pakatan Rakyat masuk Bn, SPRM seolah seronok dengan perkembangan tersebut dan tidak pun keluar kenyataan minat untuk siasat.

Kes 3 dan seterusnya berkaitan dengan ratusan malah mungkin mencecah ribuan laporan yang dibuat semenjak BPR dan kini di bawa kehadapan atas nama SPRM mengenai salahguna kuasa pemimpin politik Bn mahupun pegawai tinggi kerajaan. Namun seolah tiada tindakan diambil. Saya pernah menghantar semula kertas siasatan dimana BPR pernah menyelesaikan kertas siasatan dengan mendapati 2 menteri bersalah kerana rasuah namun BPR sendiri dalam kertas siasatan yang sama menyarankan agar pendakwaan tidak dilakukan jika menteri tersebut meletakkan jawatan dalam kerajaan dan parti politik. Nampaknya SPRM juga gagal berbuat apa-apa ke atas kertas siasatan tersebut.

Laporan kes penglibatan Peguam Negara dan Ketua Polis negara mereka bukti dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim juga gagal disiasat. Kes Pita Linggam SPRM diamkan.

Di Selangor tentu ramai yang pertikaikan sebelum PRU 12, terlalu banyak tuduhan rasuah ke atas Khir Toyo tetapi selepas Khir Toyo tumbang sebagai MB kenapa tiada pendakwaan. Untuk pengetahuan semua Khir masih selamat kerana dilindungi aparat kerajaan seperti SPRM. Selepas kalah polis mengepung bangunan yang menempatkan SUK dan Pejabat MB Selangor untuk operasi musnahkan dokumen. Laporan rasuah telah dibuat bukan dalam satu isu tetapi berpuluh isu ke atas Khir Toyo namun SPRM kelihatan mandul.

Jika BPR kelihatan sebagai kuda tunggangan Bn tapi kini SPRM ini kelihatan bukan setakat jadi kuda tetapi kelihatan seronok dan bersungguh untuk jadi kuda terbaik kumpulan politik tertentu dalam Bn.

Sehubungan dengan itu, atas nama Solidariti Anak Muda Malaysia, sebuah badan gabungan 'tanpa ikatan' yang menggabungkan anak muda Malaysia yang mempunyai cita - cita perubahan (tanpa kira latar politik, kaum dsb) mengajak anak - anak muda Malaysia un tuk hadir di depan Pejabat SPRM Putrajaya memprotes dan memberi amaran kepada SPRM.

Himpunan Anak Muda Malaysia Protes SPRM - seronok jadi kuda kelompok politik 25 Febuari 2009, Rabu 11.00 pagi Depan Pejabat SPRM Putrajaya.

Kemuncak himpunan ini akan dibakar 'salinan' laporan dan bukti - bukti rasuah yang pernah dihantar kepada Polis, SPRM / BPR. Ini sebagai menifestasi rakyat Malaysia hilang harapan terhadap SPRM. SPRM lebih baik tidak wujud kerana kewujudanya selain membazirkan ratus juta wang negara, ia juga akan menjadikan Malaysia sebagai tawan tawa dunia. Biar dunia mentertawakan SPRM tetapi bangga melihat kebangkitan anak muda Malaysia.

Ini bukan kegiatan ganas tetapi amaran keras dari anak muda Malaysia.

23 Februari 2009

Badrul Hisham Shaharin Sekretariat Solidariti Anak Muda Malaysia

http://chegubard.blogspot.com

p/s : Solidariti anak muda Malaysia terlibat menganjurkan banyak forum diskusi dan aksi politik. Seperti menghantar bantal kepada Abdullah sempena tahun baru, menyerbu dan mengepung Tun Mahathir di Mahkamah, forum ISA dan banyak lagi yang semuanya menjadi perhatian media dunia.

Usul tidak percaya terhadap MB Perak


IPOH – Senario politik di Perak tidak akan berakhir begitu mudah walaupun bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sudah keluar dari kediaman rasminya semalam.

Ini ekoran cadangan Pakatan Pembangkang untuk mengemukakan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir (gambar) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) khas yang bakal diadakan selepas mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Menurut Mohammad Nizar, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar telah menulis surat meminta persetujuan Sultan Perak untuk diadakan satu persidangan khas DUN itu dalam tempoh terdekat.

Katanya, surat ‘rayuan’ itu telah dihantar oleh ADUN Tronoh berkenaan kepada Sultan Azlan Shah pada minggu lalu untuk mendapat perkenan bagi mengadakan sidang khas tersebut.

“Dalam sidang khas itu, kita akan menentukan siapa sebenarnya memperolehi majoriti undi supaya dapat dilihat jelas oleh rakyat tentang kedudukan sebenar senario politik di negeri ini.

Feb 22, 2009

Raja muda perlis Umno/BN Jahil perlembagaan

Saya sangat bersetuju dengan titah Raja Muda Perlis, bahawa kejahilan perlembagaan punca kekecohan awam, Disebabkan kejahilan tersebutlah maka kita dapat lihat kebangangan tindakan dan ulasan daripada pimpinan Umno / BN.Berikut adalah antara nya :
  • Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Hilmi Ismail dengan mulut celuparnya telah mengecam dan mengugut Sivakumar bengan berkata, "Kami juga telah lama bersabar dengan sikap biadab dan kurang ajar yang ditunjukkan oleh beliau. Tahap kesabaran rakyat di negeri ini ada hadnya, jangan sampai kami perlu bertindak sendiri," katanya ketika dihubungi di sini
  • Tindakan membuat laporan polis terhadap Speaker Sivakumar oleh Pemuda Umno Kubang Kerian
  • Tindakan SPRM akan siasat Speaker DUN Perak Walhal Yang Dipertua Dewan tidak boleh dicabar oleh mana-mana mahkamah.Maka nampak sangat jahil dan bebalnya Umno /BN sepertimana titah Raja Muda Perlis kerana tidak memahami peruntukan perlembagaan seperti berikut : Perkara 72. Keistimewaan Dewan Undangan. (1) Kesahan apa-apa prosiding di dalam Dewan Undangan mana-mana Negeri tidaklah boleh dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah. (2) Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan atau apa-apa undi yang diberikan olehnya semasa mengambil bahagian dalam prosiding Dewan Undangan mana-mana Negeri atau prosiding mana-mana jawatankuasanya. (3) Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang disiarkan oleh atau di bawah kuasa Dewan Undangan mana-mana Negeri. (4) Fasal (2) tidaklah terpakai bagi mana-mana orang yang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen di bawah Fasal (4) Perkara 10 atau atas suatu kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 sebagaimana yang dipinda oleh Ordinan No. 45 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970. (5) Walau apa pun Fasal (4), tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya tentang Raja mana-mana Negeri semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding Dewan Undangan mana-mana Negeri atau mana-mana jawatankuasanya kecuali jika dia menganjurkan penghapusan kedudukan Raja itu sebagai Raja berperlembagaan Negeri itu.
  • Rujuk : di sini
  • http://alhusseyn51.blogspot.com

    IBRAHIM ALI BAKAL TUBUH PARTI BARU ?

    Di saat Pakatan Rakyat berhadapan dengan tekanan demi tekanan yang maha hebat dari Umno khususnya, kesemua rakyat bersatu dan memekakkan telinga terhadap apa jua yang cuba disampaikan oleh `lidah-lidah Syaitan' melalui media-media munafik yang ada. MP-MP dari Pakatan Rakyat turut bersatu dan melupakan segala perselisihan pendapat demi menentukan Umno/BN terkubur secepat mungkin. Suasana politik sekarang benar-benar memberi kelebihan kepada PR dan benar-benar membuatkan Umno kecut perut sehingga melarikan diri dan menyorok di belakang tembok-tembok Istana. Di dalam keadaan begitu, terdapat seorang manusia yang diangkat oleh rakyat atas dasar simpati dan kesihan agar manusia ini dapat menyuarakan kehendak rakyat sejajar dengan perjuangan PR. Insan dhaif yang telah diberikan ikhsan oleh PAS itu tidak lain tidak bukan adalah Ibrahim Ali dari Parlimen Pasir Mas, Kelantan. Beliau diberi kepercayaan oleh PAS untuk duduk di kerusi Parlimen Pasir Mas meskipun ketika pemilihannya ramai rakyat di Pasir Mas ragu-ragu akan prinsip perjuangannya. Selaku wakil Bebas, PAS berharap Ibrahim Ali dapat sepenuhnya menyuarakan apa jua pandangan demi kebaikan rakyat. Malang sekali, Ibrahim Ali tetap Ibrahim Ali dan beliau tidak mampu untuk mengubah dirinya dari dikenali sebagai `Raja Katak' untuk menjadi seorang manusia yang mulia. Nasi sudah menjadi bubur, rakyat Pasir Mas menjadi mangsa percaturan politik yang merugikan. Setelah sekian lama PAS berdiam diri terhadap sebarang tindak tanduk Ibrahim Ali yang mula menikam PR khususnya PAS sendiri, maka tahap kesabaran pimpinan PAS sudah ke kemuncaknya. Kini, PAS Kelantan membuat satu keputusan agar Ibrahim Ali meletakkan jawatan beliau sebagai MP Pasir Mas. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz yang selama ini terlalu berat untuk memberi komen ke atas Ibrahim Ali yang beliau sendiri restui sebagai calon mewakili PAS di Pasir Mas, akhirnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz terpaksa menerima hakikat bahawa Ibrahim Ali sebenarnya adalah musuh di dalam selimut. Setiap darah yang mengalir di dalam batang tubuh Ibrahim Ali sebenarnya masih berdarah UMNO iaitu musuh politik terbesar bagi PAS dewasa ini. Maka, tidak hairanlah Ibrahim Ali berlagak dan berlakon di pentas Parlimen semata-mata untuk menunjukkan beliau sebagai jaguh atau hero sedangkan semua isu yang beliau bangkitkan tidak lain tidak bukan adalah untuk memberikan imej yang buruk kepada PR. Benar, ada ketikanya Ibrahim Ali mengkritik Umno/BN di Parlimen di dalam sesuatu perkara, tetapi semua kritikan yang beliau berikan itu tidak membantu langsung kerana isu yang beliau nyatakan terlebih awal disuarakan oleh kebanyakan pimpinan PR sendiri. Beliau gagal menyahut cabaran untuk bersama-sama rakyat bagi menyokong pengharaman Akta ISA tetapi beliau lebih senang dengan lagaknya menyindir, memperlekehkan pimpinan PR terutamanya DS Anwar. Apabila Ibrahim Ali gagal untuk memprovokasi DS Anwar yang licik di dalam mengenal budi pekerti beliau itu, Ibrahim Ali kini menumpukan kepada tuan yang memberikannya kerusi Parlimen Pasir Mas iaitu PAS. Bukankah ini kerja-kerja Umno dan tugas ini amat disenangi oleh Ibrahim Ali lakukan. Mungkin ada udang di sabalik batu memandangkan beliau diHARAMkan oleh Umno seumur hidup. Jika sudah Umno haramkan, dan kini PAS turut menganggap beliau adalah wakil rakyat yang diharamkan (tidak direstui) oleh PAS di Pasir Mas, maka ke mana arah perjuangan Ibrahim Ali ? Seekor katak tidak mungkin boleh hidup bersendirian untuk memanggil hujan. Perkara yang lebih melucukan kita apabila Ibrahim Ali menyatakan Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz jangan berlagak kerana beliau juga turut berjasa kepada PAS. Benarkah Ibrahim Ali berjasa pada PAS ? Adakah dengan berdirinya Ibrahim Ali suatu ketika di pentas PAS untuk berkempen, ini merupakan jasa yang boleh ungkit-ungkitkan ? Adakah ini bermaksud tanpa Raja Katak ini PAS tidak akan bertahan di Kelantan ? Ibrahim Ali patut meletakkan cermin di mukanya terlebih dahulu sebelum memberi kenyataan sedemikian. Di Kelantan amat sukar mana-mana tokoh-toloh politik yang bertanding di dalam Pilihanraya akan hilang deposit, melainkan apa yang dicipta oleh Ibrahim Ali suatu waktu dahulu ketika beliau tidak mendapat restu PAS. Beliau seorang bekas tokoh politik Umno bahkan seorang bekas Menteri hilang deposit di Kelantan. Imej beliau hancur ketika itu, dan PAS bersimpati dengan anak Kelantan ini dan membersihkan kembali imejnya setelah ditendang oleh Umno dan kini menjadi MP Parlimen Pasir Mas. Siapa yang berjasa sekarang dan siapa yang patut merasa malu sekarang ? Memang benar, sesiapa yang melepaskan jawatan sebagai Wakil Rakyat tidak dibenarkan bertanding semula jika kerusi tersebut dikosongkan. Tetapi, jika saya menjadi Ibrahim Ali saya akan melindungi maruah saya daripada mempertahankan kerusi yang tidak lagi direstui kepada saya. Apalah ertinya saya menjadi Imam kepada Makmum yang jelas menolak saya ? Tetapi, Ibrahim Ali tidak sanggup berbuat demikian kerana baginya bukan mudah untuk berada di tempat itu kerana beliau telah sekian lama mengimpikan kerusi tersebut dan terpaksa hilang deposit kerananya. Jadi, rugi besar beliau jika mengosongkan kerusi yang di`sedekah'kan oleh PAS itu. Nampaknya maruah YB Eli Adun Bukit Lancan dan YB Arumugam Adun Bukit Selambau jauh lebih bermaruah daripada Raja Katak ini. Suka saya nasihatkan kepada Ibrahim Ali agar membuat rayuan semula kepada Umno untuk kembali ke lubuk yang beliau impikan itu. Sekiranya Umno masih jijik dengan Ibrahim Ali, beliau boleh mencuba nasib ke parti-parti lain samada parti baru yang ditubuhkan oleh Dato' Nalla dan mungkin beliau boleh menjadi Timbalan atau Naib Presidennya. Paling kurang pun, Ibrahim Ali boleh tubuhkan parti baru yang beliau boleh menjadi Presidennya. Mungkin beberapa tiga Adun Bebas di Perak bersedia menimbang untuk bersama partinya nanti. Terpulanglah kepada Ibrahim Ali untuk menamakan parti barunya itu nanti, cuma lambang atau logo yang paling secucuk dengan partinya itu nanti adalah lambang `KATAK'..

    MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA

    Feb 19, 2009

    Kes foto bogel Elizabeth bermotifkan politik - Mahathir

    CAMBRIDGE: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad percaya penyebaran gambar separuh bogel Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong adalah bermotifkan politik.

    “Di Malaysia sekarang, kita dapat lihat ramai yang mengamalkan taktik politik kotor,” katanya ketika diminta mengulas sama ada Wong merupakan mangsa parti politik tertentu.

    Tambahnya, banyak perkara yang terjadi di Malaysia akhir-akhir ini ada kaitan dengan politik.

    “Ini tidak bagus kerana amat mudah untuk mengambil gambar dan merosakkan reputasi seseorang individu,” katanya kepada The Star selepas memberi ceramah tentang Malaysia At The Crossroad di Unversiti Cambridge semalam.

    Jelas Dr. Mahathir, keputusan sama ada Wong meletakkan jawatan atau tidak terletak kepada Parti Keadilan Rakyat walaupun ADUN berkenaan telah menawarkan diri untuk berbuat demikian.

    Salah tafsir sembah derhaka

    KUALA LUMPUR, 20 Feb (Hrkh) - "...ada pemimpin yang terajang pintu istana kerana tidak puas hati dengan baginda. Bukankah itu satu tindakan yang jauh lebih menderhaka lagi."

    (Bahagian pertama) Image

    Beliau adalah antara ulama terkemuka yang masih berhubung rapat dengan Istana dan Raja-Raja Melayu, tetapi tetap dekat di hati rakyat. Justeru, Dato' Dr Haron Din dirasakan tokoh paling sesuai yang boleh mengupas situasi gawat di Perak terutama berkaitan hal yang digembar-gemburkan media, iaitu isu taat setia kepada kepimpinan dan masalah derhaka kepada Raja-Raja Melayu, dari perspektif agama.

    Ketua Pengarang Kumpulan Harakah AHMAD LUTFI OTHMAN dan Penolong Pengarang Harakahdaily AZAMIN AMIN beserta jurugambar WAN ZAHARI WAN SALLEH sempat mewawancara Timbalan Mursyidul Am PAS itu, di kediamannya di Bandar Baru Bangi, pagi 16 Februari lalu.

    HARAKAH: Insiden di Perak, terutama berkaitan kegagalan Menteri Besar, Dato' Seri Mohamamd Nizar Jamaluddin untuk mematuhi titah Sultan agar meletakkan jawatan disorot dari pelbagai sudut. Ada pihak merujuk kepada maksud surah an-Nisa ayat 59 yang bermaksud, "Taatilah Allah, taatilah Rasul dan pemimpin di kalangan kamu," bagi menempelak tindakan Nizar yang dianggap melanggar tuntutan al-Quran itu. Minta Dato' jelaskan.

    DR HARON DIN: Telah berlaku beberapa kali dalam peristiwa di Malaysia, PAS menggunakan ayat-ayat al-Quran itu sebagai suatu hujah untuk mengajak manusia mengikut perintah Allah sesuai dengan dasar PAS sendiri untuk merealisasikan hukum Allah SWT. Adapun Umno-BN menggunakan ayat ini dan ayat al-Quran yang lain hanya untuk kepentingan dan memberi keuntungan kepada mereka semata-mata. Image

    Ayat al-Quran sememangnya boleh dijadikan sandaran hujah dan ianya ayat 'muhkam.' Namun kita nampak sangat bahawa mereka hanya guna yang di hujungnya sahaja iaitu 'pemimpin di kalangan kamu' tetapi tidak memberi perhatian kepada pangkal ayat iaitu 'Taatilah Allah dan taatilah Rasul", seolah-olah menggambarkan bahawa perintah Allah dan Rasul boleh dilanggar namun, jangan langgar arahan pemerintah.

    Mereka sengaja tidak mahu melihat, istilah yang Allah guna, pertamanya kalimah 'taat' hanya kepada Allah. Kali kedua disebut 'taat' hanya pada Rasul dan kali yang ketiga tiada perkataan 'taat' kepada pemimpin. Diulang dua kali perkataan 'taat'. Kali ketiga bila menyebut perkataan pemimpin, tiada perkataan 'taat'.

    Ahli-ahli tafsir menafsirkan ayat ini bahawa perintah Allah dan Rasul wajib ditaati secara mutlak, adapun taat kepada pemerintah adalah tidak secara mutlak. Maknanya, taat kepada pemimpin selama mana ia tidak bercanggah dengan perintah Allah dan Rasul.

    Untuk mentaati perintah Ulil Amri ataupun pemerintah, ada kaedahnya iaitu yang Nabi sebut,taatlah kepada pemerintah selagi ia tidak menderhaka kepada Allah SWT. Kalau ada derhaka kepada Allah maka perintah taat tadi gugur. Ada hadis bermaksud, tidak boleh taat pada mana-mana makhluk dalam melaksanakan kemaksiatan kepada Allah.

    Dalam Islam, tiada orang yang maksum selain daripada Rasullulah. Pemerintah Islam iaitu Ulil Amri ataupun khalifah-khalifah, tidak maksum. Contohnya, Umar al-Khatab pernah dibawa ke mahkamah dalam beberapa kes. Hatta Saidina Ali Abi Talib pun pernah dibawa ke mahkamah semasa jadi khalifah. Mereka boleh terima keadaan begitu dengan berlapang dada tanpa timbulisu atau masalah derhaka kepada pemerintah atau khalifah. Image

    Dalam satu kes, Ali pernah mendakwa baju besinya dicuri oleh seorang Yahudi. Dan Yahudi itumembawanya ke mahkamah untuk dibicarakan. Hakim bertanya Ali tentang bukti Yahudi itu mencuri, namun Ali gagal membawa bukti yang cukup dan mahkamah memutuskan bahawa baju besi itu kepunyaan Yahudi.

    Ali kalah dalam perbicaraan tetapi tidak timbul masalah dengan seperti yang dibebankan hari ini. Oleh itu pengunaan ayat itu sepatutnya difahami secara menyeluruh. Bahawa yang tidak boleh dipersoalkan ialah ketaatan pada Allah dan Rasul. Adapun kepada mana-mana makhluk ianya tidak mutlak. Ada ketikanya boleh dan ada masanya tidak boleh. Bergantung kepada keadaan dan suasana ketika itu.

    Elok sangat jangan disalah-tafsirkan ayat itu sehingga memaknakan ia seolah-olah perintah yang dikeluarkan pemerintah selama-lamanya tidak boleh disanggah. Itu kefahaman yang silap. Ia perlu diperbetulkan.Lagi satu, maksud "pemimpin di kalangan kamu". Perkataan "di kalangan kamu" membawa maksud "di kalangan orang-orang yang beriman yang taat pada Allah dan taat Rasul".

    Bukan setakat itu, dalam konteks di Perak ini, Nizar merujuk tindakannya adalah mengikut kehendak Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, iaitu Sultan tidak mempunyai kuasa memerintahkan ia meletakkan jawatan. Sultan hanya ada kuasa membenarkan permohonannya untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri ataupun tidak.

    Maknanya, selain tafsiran ayat Quran di atas, Nizar mempunyai hujah kukuh dari segi undang-undang yang berjalan hari ini?

    Saya sendiri melihat senario politik Perak itu berbalik kepada kefahaman terhadap Undang-Undang Tubuh Negeri. Kefahaman dan tafsiran yang berbeza boleh berlaku. Oleh yangdemikian kelainan tafsiran sepatutnya tidaklah sampai mengatakan ianya satu penderhakaan. Image

    Tafsiran yang ada pada orang awam mungkin lain kepada tafsiran yang dibuat oleh pakar undang-undang. Tafsiran pengamal undang-undang juga mungkin lain seperti yang ditafsirkan oleh hakim-hakim di mahkamah. Semua ini kena ambil kira.

    Kes Perak, saya sendiri faham bahawa seorang menteri besar yang dilantik secara sah mengikut amalan negeri, akan gugur jawatannya hanya melalui tiga sebab sahaja.Yang pertama, jika dia letak jawatan, kedua kalau Dun dibubarkan dan ketiga jika ada undi tidak percaya yang dikemukakan dalam sidang Dun. Itu saja tiga cara untuk memberhentikan seorang menteri besar. Jadi, tidak berlaku satu pun daripada tiga itu.

    Dengan sendirinya, beliau masih lagi Menteri Besar yang sah.Tiba-tiba ada lantikan menteri besar yang kedua. Maka timbul persoalan, sahkah yang kedua itu, dalam keadaan Nizar masih lagi memegang jawatan? Ini memerlukan kepada keputusan yang perlu dibuat oleh pengamal undang-undang rasmi ataupun perintah mahkamah.

    Ada kes seumpamanya iaitu kes 1966, membabitkan Ketua Menteri Sarawak Stephen Kalong Ningkan, yang menyebabkan krisis tafsiran perlembangaan di negeri Sarawak. Undang-undang Tubuh Sarawak tidak jauh bezanya macam di Semenanjung seperti di Perak. Akhirnya kes itu sampai di Mahkamah Tinggi Borneo yang memutuskan perlembagaan negeri menyebut bahawa kehilangan kepercayaan seorang Ketua Menteri hanya boleh ditunjukkan melalui undang-undang, iaitu undi tidak percaya dalam dewan.

    Oleh kerana ini tidak berlaku dalam Dun Sarawak, maka Kalong Ningkan terus menjadi Ketua Menteri. Tidak berlaku pula kata beliau melawan atau melanggar undang-undang. Image

    Hal sama berlaku di Perak, jika mahu memberhentikan seorang menteri besar, sepatutnya undang-undang tubuh itu jadi penentu. Jika nak digugurkan, gugurkanlah dengan tiga cara itu tadi. Bagi saya, kenapa perlu Nizar letak jawatan sedangkan ketika itu masih ada 28 kerusi Pakatan, juga 28 kerusi BN dan tiga kerusi bebas. Mengapa dia mesti letak jawatan?

    Adapun tiga Adun yang bebas itu, selama-lamanya bebas. Mereka boleh undi kekalkan atau singkirkan menteri besar. Yang penting, semua mesti dilakukan dengan undi tidak percaya. Kalau di luar dewan mengaku nak sokong BN, adakah pengakuan luar dewan dikira ada kesan undang-undang atau boleh diguna dari sudut undang-undang tubuh negeri?

    Jadi wajar Dun dibubarkan dan kembali mandat pada rakyat. Rakyat yang pilih, biar rakyat yang menentukan semula. Nizar tidak meletakkan jawatan kerana dia memegang amanah rakyat,dia hendak kembalikan semula kepada rakyat. Itu tafsirannnya.Saya tidak nafikan Tuanku Sultan ada tafsirannya.

    Jadi jika ada perselisihan tafsiran undang-undang, maka saya tidak fikir itu boleh dinamakan sebagai derhaka. Itu proses biasa dalam amalam demokrasi, telah berlaku di Malaysia dan mana-mana negara di dunia. Ini bukan kali pertama di Perak. Ini sepatutnya diselesaikan dengan cara paling baik iaitu, kembalikan kepada rakyat. Biar rakyat yang menentukan.

    Atau kita berlapang dada dan bersabar sedikit, biar Mahkamah Tinggi memutuskan kesahihan perlantikan menteri besar kedua.

    Dengan membawa isu ini ke mahkamah, sesetengah pihak melihat tindakan undang-undang itu boleh meletakkan kedudukan Raja-Raja Melayu terjejas dan menyebabkan institusi istana tercalar dari segi kemuliaan dan penghormatan rakyat. Apa pandangan Dato?

    Dalam sejarah di Malaysia, sudah ada beberapa kes membabitkan raja yang dibawa ke mahkamah, maka ia bukan kali pertama berlaku. Ini pada saya tidak menjejaskan kemuliaan Raja-raja.Saya ingin menegaskan Raja-Raja Melayu perlu kekal pada takhta mereka. Rakyat perlu bersatu dan mengekalkan kedudukan mereka. Tetapi itu tidak bermakna secara mutlak ataupun dianggap peluang untuk melakukan apa saja oleh seorang raja.

    Merujuk kes di Perak, tidak timbul terjejasnya institusi raja. Keputusan Sultan Perak dikira wajar bagi pihak sultan dan kewajaran Nizar juga ada dipihak rakyat. Kedua-duanya memikirkan kewajaran masing-masing. Ia proses biasa dalam sistem demokrasi berParlimen dan raja berperlembagaan.

    Jika perlu, ia seharusnya diputuskan di mahkamah, tetapi pilihan lebih terbaik adalah bubarkan Dun, untuk diadakan pilihan raya seluruh negeri semula.Memang tidak terjejas institusi raja-raja kerana kita kembalikan hak kepada rakyat yang ikhlas mahu membuat pilihan pemimpin mereka sendiri. Kita perlu sangat menjaga raja-raja tetapi bukanlah sesuatu yang ganjil pada masa sama diadakan pilihan raya negeri. Image

    Istilah 'sembah derhaka' yang dilafazkan Dato' Ser Nizar ketika menghadap Sultan telah menimbulkan tanggapan negatif, terutama oleh pihak media, walaupun sudah dijelaskan oleh pakar perundangan juga pakar bahasa. Malah Dato' sendiri turut mengulasnya, tetapi Menteri Besar Perak itu tetap dilabel penderhaka hanya kerana istilah istana itu. Mohon Dato' jelaskan lebih lanjut maksud sebenar istilah 'sembah derhaka' itu.

    Istilah 'sembah derhaka' bukan bermaksud perbuatan menderhaka tetapi sengaja pihak-pihak tertentu dan media arus perdana 'menangguk di air yang keruh'. Mereka telah mengungkit dan membesar-besarkan bahawa apabila Nizar 'sembah derhaka', seolah-olah ianya 'confrim' derhaka kepada raja.

    'Sembah derhaka' bermaksud apa yang diminta oleh seorang Raja atau Sultan tidak dapat dipenuhi atau ditunaikan oleh seorang hamba rakyat, sama ada kecil atau yang besar. Justeru, seseorang rakyat akan menuturkan bahawa 'patik sembah derhaka'. Ia bukan bermaksud perbuatan menderhaka, melawan atau menyakiti raja.

    Contoh terdekat, minggu lepas saya dititah untuk mengadap seorang Raja di Kuala Lumpur. Tetapi saya tidak dapat hadir kerana ada urusan lain, lalu saya terpaksa memaklumkan bahawasaya terpaksa 'sembah derhaka' dan meminta tarikh lain untuk bertemu.Maknanya, kehendak raja saya tidak boleh tunai. Adakah itu maksudnya saya derhaka?

    Begitu juga apabila saya mahu dilantik untuk menjadi Mufti di sebuah negeri, dan waktu saya nak menolak saya sebut 'patik terpaksa sembah derhaka'. Dan bukan sekali saya, dalam konteks berurusan dengan Tuanku Raja-Rama Melayu, yang mana saya terpaksa 'sembah derhaka'. Ia suatu istilah bahasa istana.Dan tidak timbul soal kemurkaan raja kerana itu istilah yang lazim diguna pakai.

    Tidak sepatutnya pihak-pihak tertentu memperalatkan istilah yang dipakai Nizar, 'sembah derhaka' sebagai perbuatan derhaka yang sebenarnya. Dari sudut bahasa, ia dilafazkan apabila apa yang diminta raja itu tidak boleh ditunaikan. Apabila diberikan sebab-sebab yang munasabah kepada raja maka ia bukanlah derhaka.Kalau itu dianggap derhaka, sebenarnya banyaklah perbuatan derhaka kepada raja, tetapi ia tidak pernah ditonjolkan.

    Saya tidak mahu sebut kronologi yang jelas tentang perbuatan menderhaka dan menyakiti raja ini kerana tidak mahu terdedah kepada umum wujudnya pihak-pihak tertentu yang memang benarderhaka kepada raja sehingga menggambarkan wujud masalah antara istana dan pihak-pihak tertentu itu.

    Ada menteri besar yang sepatutnya tiap minggu pada hari tertentu menghadap raja untuk memberi taklimat tentang perkembangan negeri, langsung tak datang. Ada yang raja yang minta wang rakyat digunakan untuk projek demi kepentingan rakyat, tetapi menteri besar membazir untuk projek mega yang memperkayakan kroni.

    Ada raja yang suruh menteri besar hentikan projek tertentu kerana membazir, tetapi tidak diendahkan. Ada raja suruh bantu ekonomi orang Melayu, dengan menyalurkannya melalui projek tertentu, tetapi tetap diagihkan kepada kroni mereka.

    Malah ada seorang raja yang memberitahu saya, ada pemimpin di negerinya yang terajang pintu istana kerana tidak puas hati dengan baginda. Bukankah itu satu tindakan yang jauh lebih menderhaka lagi.

    (Bersambung)_

    "Tidak ikut peraturan...!!"

    Begitulah suara2 dari BN dan penyokong serta penjilatnya mengenai penggantungan MB dan Exco2 Palsu Negeri Perak oleh Speaker yang sah dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang juga sah itu...

    Hmmm...baru sekarang cerita nak ikut peraturan...

    Pecat Nizar macam tu sah ke? Ikut peraturan ke?

    Bila terkena batang hidung sendiri pandai pulak....

    Teman tertarik dengan komen Nazri Aziz mengenai kes ini yang tersiar dalam Malaysiakini....

    Nazri berkata, seluruh episod itu adalah satu "komedi" kerana keputusan oleh Sivakumar itu "amat tidak masuk akal".

    "Speaker bertindak sendiri menjadi hakim dan juri sedangkan beliau tidak langsung mempunyai bidang kuasa itu."

    "Ini benar-benar kelakar dan satu persendaan dalam seluruh episod," kata Nazri pada sidang akhbar di bangunan Parlimen.

    "Saya rasa untuk menghentikan ini semua, anggota-anggota DUN Barisan Nasional hendaklah ke mahkamah untuk menyelesaikan kebuntuan dan menjelaskan situasi," kata Nazri.

    Bukan episod ini aje komedi Nazri oii!! Episod lompat 360 degree...episod jadi MB lalu pintu belakang malah episod suruh Nizar berhentipun...kelakar juga. Kalu tengok Mr. Beanpun tak sekelakar ini...

    Dan untuk menghentikan ini semua...bawalah ke mahkamah rakyat untuk menentukan...once for all yob!! Apa macam.? Takut ke?

    http://kopitiam-bang-nan.blogspot.com/2009/02/tidak-ikut-peraturan-malaysiakini.html

    MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA

    Kiriman Firdaus - Kopitiam Bang Nan

    Anwar dakwa BN terus cuba musnahkan Pakatan

    KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa bahawa Umno cuba merasuah wakil rakyat di negeri dikuasai pakatan pembangkang untuk memujuk mereka menyertai Barisan Nasional (BN).

    Beliau mendakwa kononnya ejen-ejen pemimpin Umno juga menggunakan kaedah tidak beretika lain termasuk mengugut untuk membuat wakil rakyat pakatan tersebut supaya meninggalkan parti masing-masing dalam usaha mereka mahu menjatuhkan kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang.

    Ketika berucap membahaskan titah ucapan Yang diPertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Anwar yang juga Ketua Pembangkang mendakwa beliau mempunyai bukt-ibukti yang menyokong dakwaannya.

    Beliau memberitahu pemberita di luar dewan kemudian bahawa beliau mempunyai rakaman tv litar tertutup bagi membuktikan ejen-ejen Umno menawarkan rasuah dan akan mengemukakan bukti berkenaan apabila tiba masanya.

    Menyentuh mengenai perkembangan politik di Perak, Anwar (PKR-Permatang Pauh) mengulangi pendiriannya tidak bersetuju dengan cadangan Pengerusi DAP Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) untuk menyaman Sultan Perak Sultan Azlan Shah, sebaliknya bersetuju jika kerajaan negeri yang disifatkannya tidak sah, disaman.

    Kerajaan Perak kini dikuasai BN selepas tiga Adun bebas di negeri itu menyatakan sokongan kepada BN yang mempunyai 28 kerusi, menumbangkan pakatan DAP, PAS dan PKR yang juga mempunyai 28 kerusi. BERNAMA

    Kisah perempuan miskin, lembu tua dan Gaza

    Lokasi kisah benar ini berlaku di salah sebuah daerah di Yaman dan ianya terjadi dalam bulan Januari lalu

    Kisah penderitaan dan keperitan yang dilalui oleh penduduk Gaza tersebar ke seantero dunia. Semua marah, benci, kesumat dan mendidih pedih. Lebih banyak yang terasa sayu dan terharu apabila kanak-kanak kecil nan comel menjadi korban muntahan peluru dan darah membasah bumi tanpa henti.

    Tragedi dasyhat ini juga sampai juga ke pengetahuan seorang perempuan tua yang hidup miskin di salah sebuah kampung di Yaman. Sama seperti orang lain, dia juga turut sedih dan pilu sehingga berjurai air mata.

    Lantas suatu hari, dia berazam sedaya upaya untuk cuba membantu sekadar mampu. Kebetulan , 'harta' yang dia ada hanyalah seekor lembu tua, terlalu uzur, kurus dan sudah tidak bermaya.

    ImageDengan semangat tinggi dan perasaan simpati amat sangat, dia berhajat menyedekahkan lembunya itu kepada penduduk Gaza lalu berjalan kaki dari rumah pergi ke salah sebuah masjid di Yaman sambil memegang lembu tunggal kesayangannya itu.

    Kebetulan hari itu Jumaat dan para jemaah sudah mengerumuni pekarangan masjid untuk melaksanakan ibadat tersebut.

    Ketika itu, betapa ramai yang memerhati dan menyorot mata melihat gelagat perempuan tua nan miskin dengan lembunya yang berada di sisi luar masjid. Ada yang mengangguk, ada yang menggeleng kepala. Tanpa kecuali ada juga yang tersenyum sinis malah terpinga-pinga melihat perempuan miskin itu setia berdiri di sisi lembunya.

    Masa berlalu, jemaah masjid walaupun khusyuk mendengar khutbah imam namun sesekali memerhati dua mahkhluk tuhan itu. Perempuan dan lembu itu masih di situ tanpa ada cebis rasa malu atau segan diraut wajah.

    Setelah imam turun dari mimbar, solat Jumaat kemudiaannya dilakukan, biar dibakar terik mentari dan peluh menitis dan memercik di muka, perempuan dan lembu tua itu masih lagi di situ.

    ImageSebaik selesai sahaja semua jemaah solat dan berdoa, tiba-tiba perempuan itu dengan tergesa-gesa mengheret lembu itu betul-betul di depan pintu masjid sambil menanti dengan penuh sabar tanpa mempedulikan jemaah yang keluar. Ramai juga yang tidak berganjak dan perasaan ingin tahu, apa bakal dilakukan oleh perempuan tua itu.

    Tatkala keluar imam masjid, perempuan tua itu bingkas berkata :" Wahai imam, aku telah mendengar kisah sedih penduduk di Gaza. Aku seorang yang miskin tetapi aku bersimpati dan ingin membantu. Sudilah kau terima satu-satunya lembu yang aku ada untuk dibawa ke Gaza, beri kepada penduduk di sana."

    Gamam seketika. Imam kaget dengan permintaan perempuan itu namun keberatan untuk menerima. Ya, bagaimana nak membawa lembu tua itu ke Gaza, soal imam itu. Keliling-kelalang para jemaah mula bercakap-cakap. Ada yang mengatakan tindakan itu tidak munasabah apatah lagi lembu itu sudah tua dan seolah-olah tiada harga.

    "Tolonglah..bawalah lembu ini ke Gaza. Inilah saja yang aku ada. Aku ingin benar membantu mereka," ulang perempuan yang tidak dikenali itu. Imam tadi masih keberatan.Masing-masing jemaah berkata-kata dan berbisik antara satu sama lain. Semua tertumpu kepada perempuan dan lembu tuanya itu.

    Mata perempuan tua yang miskin itu sudah mula berkaca dan berair namun tetap tidak berganjak dan terus merenung ke arah imam tersebut. Sunyi seketika suasana.

    Tiba-tiba muncul seorang jemaah lalu bersuara mencetuskan idea:" Tak mengapalah, biar aku beli lembu perempuan ini dengan harga 10,000 riyal dan bawa wang itu kemudian sedekahkanlah kepada penduduk di Gaza.

    Imam kemudiannya nampak setuju. Perempuan miskin yang sugul itu kemudian mengesat-ngesat air matanya yang sudah tumpah. Dia membisu namun seperti akur dengan pendapat jemaah itu.

    Tiba-tiba bangkit pula seorang anak muda, memberi pandangan yang jauh lebih hebat lagi:"Apa kata kita rama-ramai buat tawaran tertinggi sambil bersedekah untuk beli lembu ini dan duit itu nanti diserahkan ke Gaza?"

    Perempuan itu terkejut, termasuk imam itu juga. Rupa-rupanya cetusan anak muda ini diterima ramai. Kemudian dalam beberapa minit bidaan itu pun bermula dan ramai kalangan jemaah berebut-rebut menyedekahkan wang mereka untuk dikumpulkan.

    Ada yang membida bermula dari 10,000 ke 30,000 riyal dan berlanjutan untuk seketika. Suasana pekarangan masjid di Yaman itu menjadi riuh, apabila jemaah membida 'bertubi-tubi' sambil bersedekah.

    Akhirnya lembu tua, kurus dan tidak bermaya milik perempuan tua miskin itu dibeli dengan harga 500,000 riyal (sekitar RM500,000.00)!

    Semua melalui bidaan para jemaah dan orang ramai yang simpati dengan penduduk Gaza termasuk niat suci perempuan miskin itu. Paling manis, setelah wang itu diserahkan kepada imam masjid itu, semua sepakat membuat keputusan sambil salah seorang jemaah bersuara kepada perempuan tua itu.

    "Kami telah membida lembu kamu dan berjaya kumpulkan wang sejumlah 500,000 riyal untuk memiliki lembu itu.

    "Akan tetapi kami telah sepakat, wang yang terkumpul tadi diserahkan kepada imam untuk disampaikan kepada penduduk Gaza dan lembu itu kami hadiahkan kembali kepada kamu," katanya sambil memerhatikan perempuan tua nan miskin itu kembali menitiskan air mata...gembira.

    Tanpa diduga, Allah mentakdirkan segalanya, hajat perempuan miskin itu untuk membantu meringan beban penderitaan penduduk Palestin akhirnya tercapai dan dipermudahkan sehingga berjaya mengumpulkan wang yang banyak manakala dia masih lagi terus menyimpan satu-satunya 'harta' yang ada. Subhanallah.

    ImageJusteru, iktibarnya ialah segala niat murni yang baik sentiasa mendapat perhitungan dan ganjaran Allah apatah lagi ianya datang daripada hati kecil seorang yang miskin yang mahu membantu umat islam yang menderita akibat dizalimi rejim zionis israel biarpun diri serba payah dan serba kekurangan.- azm

    Sekiranya anda bersimpati, sudilah hulurkan sumbangan,demi insan-insan yang sedang dizalimi di Palestin melalui Tabung Kemanusiaan Harakah di akaun BIMB: 14069010021298

    (Kisah ini telah disusun semula daripada cerita Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Haron Din kepada Harakahdaily melalui kisah benar yang dipaparkan di sebuah majalah Arab)

    (Sebarang kritikan dan pandangan kepada saya sila majukan ke azaminamin@yahoo.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya ) _

    Feb 18, 2009

    Dunia akhir zaman

    PENTING ...tolong sebarkan. Moga Allah yang balas jasa baik....

    Yang pasti............ ini bukan ayat al-Quran...... Semoga kita semua berhati2 jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita. Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara2 kita. Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh org2 KAFIR .................. Perhatian Kalau ternampak penghujungnya ditulis "Surah Injilu Matay"(Terus reject) Assalammualaikum Al Muslimin dan sahabat-sahabat semua.... Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada di dalam e-mail ini... Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah..... Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan sel id ikilah isinya juga... tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah, Hhmm.... sekali pandang macam ayat/kalimah Al-Quran......sebenar ayat Bible.

    MB Perak dilarang hadir DUN 18 bulan, 6 Exco 12 bulan

    IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir digantung sertamerta dan dilarang daripada menghadiri sesi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak selama 18 bulan.

    Sementara enam Anggota Majlis Mesyuarat (Exco) kerajaan negeri digantung selama 12 bulan daripada menghadiri sesi DUN juga berkuatkuasa hari ini.

    Speaker DUN Perak V. Sivakumar mengumumkan keputusan itu selepas Zambry dan enam Exco berkenaan tampil di hadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN di sini hari ini.

    Kesemua tujuh Adun BN itu sebelum ini diberi notis saman supaya tampil di hadapan jawatankuasa itu berikutan aduan Adun Canning (DAP), Wong Kah Woh, bahawa majlis angkat sumpah jawatan mereka bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, belum meletak jawatan secara rasmi.

    Sivakumar berkata setelah meneliti aduan tersebut, beliau mendapati satu kes prima facie terhadap Zambry (Adun Pangkor), Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).

    "Keputusan ini diambil selepas mendapati kesemua mereka gagal dan tidak memberikan sebarang penjelasan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang diadakan hari ini.

    "Mereka telah gagal menawarkan sebarang penjelasan atas tindakan mereka yang menghina Dewan Undangan Negeri," kata Sivakumar dalam satu kenyataan akhbar empat perenggan di sini lewat petang ini.

    Selain Sivakumar, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN dianggotai Husin Din (Pas-Selingsing), Chan Ming Kai (PKR-Simpang Pulai), Ong Boon Piow (DAP-Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (DAP-Kepayang) dan Sum Chok Leng (DAP-Bercham), manakala wakil tunggal Barisan Nasional (BN) ialah Datuk Hasbullah Osman (Temenggor).

    Sebelum itu, kesemua tujuh Adun terbabit telah dipanggil untuk memberi keterangan pada pukul 3 petang di Bilik Mesyuarat Bahagian Kewangan, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini.

    Zambry dan enam Exco itu yang dilihat keluar dari bilik mesyuarat itu pada kira-kira 3.30 petang enggan memberikan sebarang komen kepada pemberita yang menunggu.

    Sementara itu, Zambry Abdul Kadir berkata beliau dan enam Exco kerajaan negeri akan mengambil tindakan susulan mengikut peraturan dan undang-undang berhubung tindakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang menggantung dan melarang mereka daripada menghadiri sesi DUN.

    Beliau bagaimanapun enggan menyatakan apakah tindakan susulan itu.

    Zambry berkata jawatankuasa tersebut yang dipengerusikan oleh Speaker DUN Perak V. Sivakumar tidak boleh membuat keputusan itu dengan sewenang-wenangnya tetapi sebaliknya perlu membawanya ke sidang DUN terlebih dahulu.

    "Keputusan jawatankuasa itu juga adalah menidakkan kuasa Sultan Perak yang membuat pelantikan Menteri Besar dan barisan Exco berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam ini.

    Katanya tindakan jawatankuasa berkenaan juga adalah subjudis memandangkan isu pelantikan beliau sebagai Menteri Besar telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang ingin mencabar kesahihan pelantikan berkenaan. Menteri Besar berkata Sivakumar juga telah melakukan satu penipuan yang besar apabila mendakwa di dalam kenyataan akhbarnya hari ini bahawa Zambry dan enam Exco berkenaan telah gagal dan tidak memberikan sebarang penjelasan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang diadakan petang tadi.

    Menurut Zambry, beliau dan Exco berkenaan telah memberikan penjelasan kepada jawatankuasa tersebut dan turut mengemukakan bantahan awal dengan mengemukakan sebab-sebab mengapa beliau dan enam exco berkenaan tidak boleh dikenakan tindakan terhadap pertuduhan yang dikenakan.

    "Oleh itu dakwaan Speaker bahawa kami telah gagal menawarkan sebarang penjelasan merupakan satu penipuan paling serius yang dilakukan oleh seorang speaker," katanya.BERNAMA

    Saman Nizar: Mahkamah tetapkan Isnin untuk sebutan

    KUALA LUMPUR:Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan Isnin ini bagi sebutan untuk mempertimbangkan tiga isu yang dibangkitkan pada hari pertama prosiding undang-undang yang difailkan oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mencabar pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak. Tiga isu itu ialah sama ada Pesuruhjaya Kehakiman Mohamad Ariff Md Yusof patut menarik diri daripada mendengar saman itu, mengenai sama ada kes itu patut dirujuk ke Mahkamah Persekutuan untuk penentuan daripada segi persoalan undang-undang dan mengenai kedudukan Penasihat Undang-undang Negeri Perak Datuk Ahmad Kamal Md Shahid untuk mewakili Dr Zambry dalam saman itu.

    Mohamad Ariff menetapkan tarikh itu selepas Peguam Kanan Persekutuan See Mee Chun memaklumkan mahkamah yang beliau perlu mendapatkan arahan mengenai pendirian Pejabat Peguam Negara mengenai tiga isu itu.

    Kes itu ditetapkan untuk sebutan hari ini selepas Mohammad Nizar memfailkan saman itu Jumaat lepas.

    Hadir di mahkamah ialah Mohammad Nizar, yang diwakili oleh sepasukan lapan peguam yang diketuai Sulaiman Abdullah.

    Dr Zambry diwakili oleh Ahmad Kamal manakala See mewakili Pejabat Peguam Negara dan Datuk Mohd Hafarizam Harun adalah peguam pemerhati bagi Umno.

    Mohammad Nizar memohon semakan kehakiman untuk mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah dan bagi injunksi untuk menghalang Dr Zambry atau ejennya daripada menjalankan tugas dan fungsi sebagai Menteri Besar.BERNAMA

    Sangsi Pak Lah tidak lepaskan jawatan PM?

    PETALING JAYA: Ketika tinggal enam minggu menjelang pemilihan Umno dan peralihan kepimpinan kerajaan, masih wujud kesangsian yang Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak akan berundur?

    Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyentuh isu ini sekali lagi menerusi tulisan blognya dengan mendakwa ada usaha mengekalkan Abdullah sebagai Perdana Menteri.

    Abdullah tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno kali ini. Ia dimenangi tanpa saingan oleh Timbalannya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

    Najib secara rasmi diisytiharkan Presiden Umno hujung bulan depan dan dijangkakan Abdullah menyerahkan kuasa Perdana Menteri kepada Najib hujung Mac atau awal April.

    "Seperti biasa, terdapat banyak berita angin akan perancangan mereka. Jika boleh, mereka akan halang peralihan kuasa, sekurang-kurangnya buat sekian lama.

    "Kata berita angin mereka sedang menasihat Datuk Seri Abdullah supaya tidak letak jawatan apabila sahaja Datuk Seri Najib Razak jadi Presiden parti.

    "Kata mereka tidak semestinya Presiden parti jadi Perdana Menteri. Ini bukan syarat dalam Perlembagaan negara. Ia hanya amalan parti tanpa peruntukan tertulis," kata beliau yang menyerahkan tampuk kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan Umno kepada Abdullah pada Oktober 2003.

    Kata bekas Presiden Umno, oleh kerana yang menentukan segala-galanya ialah Perdana Menteri, "jika Perdana Menteri tidak letak jawatan itu haknya, sepertimana memilih menteri atau timbalan perdana menteri adalah haknya."

    Lazimnya, yang dipilih menjadi Timbalan Perdana Menteri bukan Timbalan Presiden Umno.

    Justeru, Dr. Mahathir yang dianggap sebagai "orang penting" dalam menggerakkan Najib bagi mempercepatkan proses peralihan kuasa Mac ini berbanding Jun 2010 menyoal: "Apakah Najib akan memberontak" jika ia berlaku?

    "Tidak," kata beliau yang mewajarkan tulisannya dengan berkata, "mungkin cerita-cerita berkenaan usaha Tingkat Empat (Jabatan Perdana Menteri) untuk mengekalkan Abdullah sebagai Perdana Menteri selepas Najib menjadi Presiden Umno hanya rekaan orang-orang tertentu.

    "Jika ia ternampak akan memberontak ada cara untuk melawannya. Jika dapat dicetuskan keadaan tertentu, seperti rusuhan atau huru-hara, ini boleh dijadikan alasan untuk Datuk Seri Abdullah tidak letak jawatan. Ramai ahli Umno dan ahli Majlis Tertinggi pasti akan sokong Datuk Seri Abdullah. Mereka semua terhutang bukan sahaja budi kepadanya," kata Dr. Mahathir lagi.

    Dr. Mahathir juga meramalkan kemungkinan ada antara ahli Umno yang menentang kuat dan bercadang untuk mengadakan undi tidak percaya dalam parti atau dalam Parlimen.

    "Umno boleh ditangani melalui cara biasa. Jika terpaksa hilang berjuta pun tak mengapa kerana kuasa Tingkat Empat boleh menampung dengan punca-punca yang sudah ada. Apa gunanya wang jika kuasa untuk mendapatnya sudah hilang?

    "Jika Ahli Parlimen pula bercadang untuk mengadakan undi tidak percaya dalam Parlimen, ini tidak mungkin berjaya. Sebahagian daripada ahli Parlimen BN mungkin tidak akan sokong tindakan ini.

    "Ahli parti lawan memang hendak Datuk Seri Abdullah terus jadi Perdana Menteri. Mereka telah pun menyatakan sokongan mereka. (Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, (Pengerusi DAP), Karpal Singh dan (Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri) Anwar Ibrahim telah menyatakannya secara terbuka," katanya.

    Jelas beliau, dengan sokongan ahli parti lawan kepada Abdullah, sukar bagi BN mendapat cukup bilangan untuk meluluskan undi tidak percaya.

    "Jika undi tidak percaya dalam Parlimen tidak berjaya, Abdullah akan jadi Perdana Menteri yang amat lemah, kerana memerlukan sokongan parti lawan untuk meluluskan sebarang undang-undang yang dibawa ke Dewan Rakyat," katanya.

    SPRM diminta siasat Timbalan Speaker Dun dan dua bekas Exco Perak

    IPOH:Satu laporan dibuat di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memintanya menyiasat Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dan dua bekas anggota exco kerajaan negeri kerana didakwa menerima imbuhan untuk keluar dari parti masingmasing sehingga menyebabkan kerajaan pakatan DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat di Perak tumbang baru-baru ini.

    Pengerusi Kelab Penyokong Pakatan Rakyat Perak, Khalil Idham Lim Abdullah, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Titi Serong, membuat laporan kepada SPRM berhubung perkara itu petang tadi bagi meminta agar SPRM menyiasat Timbalan Speaker, Hee Yit Fong daripada DAP dan dua bekas exco, Jamaluddin Md Radzi dan Osman Jailu, kedua-dua daripada PKR didakwa menerima sejumlah wang supaya menyokong Barisan Nasional.

    Jurucakap SPRM ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu. BERNAMA

    Feb 17, 2009

    Tak berani Saman Karpal Singh?

    Sejak dua tiga hari ini, umno sibuk berdemontrasi membantah Karpal Singh. Sibuk buat laporan polis ke atas Karpal yang dikatakan derhaka kerana nak saman Sultan Perak.

    Demontrasi dari sehari ke sehari itu cuma menjangkau 100 hingga 200 orang sahaja, tetapi dibesar-besarkan oleh media pengampu umno. Paling tinggi 500 orang di Perak, itupun diangkut dengan bas dari beberapa negeri.

    Media pengampu umno kata dianjurkan oleh NGO-NGO Melayu, fokuskan gambar bagi nampak macam ramai walapun tak ramai. Kita tahu NGO-NGO Melayu dibelakangnya umno.

    Tindakan Karpal Singh nak saman Sultan Perak dikatakan derhaka, tetapi sampai hari ini tidak ada seorang pun daripada mereka yang berani saman Karpal. Kalau betul-betul pertahankan sultan, kenapa tak berani saman Karpal?. Saman la .

    Harap menjerit depan media pengampu, cabut keris telanjang kemudian cium tak jadi. Tunjukkan kesalahan derhaka Karpal dengan menyamannya.

    Paling menonjol tunjuk kehebatan pertahan raja tentunya calon-calon Ketua Pemuda umno. Khir Toyo sanggup ke Pulau Pinang untuk ketuai tunjuk perasaan depan rumah Karpal. Media pengampu kata dia di'tahan' polis. Sebenarnya bukan ditahan pun, cuma diambil kenyataan kerana berhimpun tanpa permit atau pun tumpang kencing ja kat balai polis tu.

    Kita tunggu la bila polis nak saman Khir Toyo. Kalau pemimpin PR yang anjur sah kena saman. Apa pun Khir Toyo telah tunjukkan kejantanannya lebih hebat dari Mukhriz dan Khairi. Khairi juga tunjuk hebat di Ipoh tapi itu di premis sendiri, tidak seperti Khir Toyo yang sanggup 'berdepan' dengan polis. Mukhriz pula hanya boleh cakap saja.

    Penulis kelakar tengok orang-orang umno dan pemimpin mereka yang nampakkan muka bengis, suara garang, angkat sepanduk malah bertakbir marahkan Karpal Singh derhaka. Kemudian kaitkan tuduh Anwar dan Nizar derhaka juga. Sampai minta ISA kan pemimpin PR.

    Namun sedarkah mereka, kenapa Karpal berani nak saman Sultan Perak?. Kerana sultan sudah tidak ada kekebalan, sultan boleh disaman. Siapa yang hapuskan kekebalan raja-raja Melayu. Tak lain tak bukan UMNO. Pada tahun 1993, umnolah yang menjadi tunjang BN membawa usul dalam Parlimen supaya raja-raja Melayu dihapuskan kekebalannya, raja boleh disaman.

    Kenapa pada masa itu tidak ada orang umno dan NGO Melayu umno yang berdemontrasi membantah umno?. Kenapa tak angkat keris telanjang marahkan pemimpin umno yang derhaka hapuskan kekebalan raja-raja Melayu?.

    Ramai pemimpin umno yang ada sekarang adalah mereka yang sokong hapuskan kekebalan raja. Hari ini merekalah jadi hero tuduh pemimpin PR derhaka.

    Pada masa itu, raja-raja Melayu diaibkan seteruk-teruknya dalam media pengampu umno. Sultan Kelantan larikan kereta Lamborgini, Sultan Johor pukul orang dengan kayu golf dan banyak lagi berita aib raja-raja Melayu dipaparkan oleh media pengampu umno.

    Tidak cukup dengan itu, ditayangkan kepada rakyat melalui TV filem-filem yang ceritakan tentang zalimnya raja-raja. Filem Laksamana Bentan dan Hang Jebat lakonan Nordin Ahmad, Raja Bersiong dan banyak lagi filem Melayu tentang raja zalim di tayangkan.

    Sekarang mereka tuduh pemimpin PR derhaka, orang Perak derhaka. Walaupun sebenarnya, pimpinan PR dan rakyat Perak cuma minta keadilan dari Tuanku Sultan Perak supaya ikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Beri hak pilih kerajaan kepada rakyat kembali.

    Tidak ada dalam media rasmi PR yang cerita aib sultan, kerana PR bukan hendak derhaka cuma mahu keadilan diberi kepada rakyat.

    Orang-orang umno yang sibuk berdemontrasi kena fikir. Mereka berdemontrasi untuk siapa?. Adakah untuk pertahankan sultan atau pertahankan pemimpin umno?. Kalau mereka pertahankan sultan, mereka silap kerana umnolah yang derhaka kepada raja-raja Melayu.

    Mereka sebenarnya berdemontrasi untuk pertahankan pemimpin umno yang takut hilang kuasa. Mereka diperalat oleh pemimpin umno yang ingin tunjuk kehebatan untuk bertanding dalam pemilihan umno.

    Mukhriz, Khairi dan Khir Toyo sedang pergunakan orang-orang umno untuk tunjuk mereka paling layak menjadi Ketua Pemuda umno. Orang umno berpanas, berpeluh diarah kononnya nak pertahankan raja, rupanya nak pertahankan pemimpin umno.

    Kalau betul-betul Mukhriz, Khairi dan Khir Toyo berani, samanlah Karpal Singh. Siapa antara mereka yang berani saman Karpal. Dialah yang paling layak dipilih oleh perwakilan pemuda umno sebagai Ketua Pemuda umno Malaysia..

    http://tulahan.blogspot.com/

    Feb 15, 2009

    BERTUAHNYA RAKYAT PERAK PUNYAI INSAN BERNAMA NIZAR INI

    Kesan daripada krisis politik yang baru berlaku di Perak, hikmahnya semua rakyat Malaysia menunjukkan ketaatan secara mutlak kepada Raja dan Sultan. Semua parti lebih-lebih lagi Umno hampir setiap hari menjalankan usaha untuk menunjukkan sokongan ketaatan tidak berbelah bahagi kepada Sultan. Parti Pembangkang juga bersikap sedemikian secara zahirnya mereka turut mengakui ketaatan kepada Sultan. Begitulah hebatnya negara Tanah Melayu ini yang mungkin satu-satunya negara yang amat menyanjungi institusi kesultanan.

    Apa yang lebih mengharu dan memilukan kita bila mana YAB Nizar MB Perak telah sanggup mengenepikan kepentingan diri dan politiknya di dalam mengambil tindakan mahkamah bagi mendapatkan haknya sebagai MB Perak semula. Di dalam samannya terhadap `MB Perak’ yang baru diperkenankan oleh Sultan Perak, nama Sultan Perak langsung tidak dikaitkan. Ini bukti menunjukkan Pakatan Rakyat khususnya YAB Nizar tidak sanggup mencemar nama baik lebih-lebih lagi menunjukkan penentangan dan kedurhakaan kepada Tuanku Sultan Perak. Cuma, Umno yang kononnya dilihat sebagai wira pihak istana ini cuba untuk `menjerat’ pemimpin PR agar terus mengikut tari dan rentak mereka. Hakikatnya, umum megetahui sehingga sekarang Umno tidak pernah memohon ampun dan maaf kepada pihak istana setelah Umno sendiri mengusahakan pindaan perlembagaan menghapuskan imuniti Raja-Raja pada tahun 1993. Pernahkan Umno memohon maaf kepada Sultan Kelantan setelah Umno memainkan peranan apabila menabalkan Sultan Kelantan yang baru suatu ketika dahulu ? Bilakah UMNO khususnya di Terengganu memohon maaf di atas ketelanjurannya menghina Sultan Terengganu ketika isu perlantikan MB Terengganu selepas Pilihanraya Umum ke 12 baru-baru ini? Tidakkah sepanduk yang tertera perkataan `Natang’ tidak mendurhakai Sultan ?

    Di saat semua rakyat berbalah dan berdebat untuk mempertahankan institusi kesultanan, rakyat lupa kepada seorang tua yang kini mendiamkan diri kerana beliau faham ini semua berlaku adalah akibat dari kesan `tangan-tangan’nya yang kotor ketika beliau berkuasa dahulu. Orang tua ini suatu ketika pernah digelar Wira Dunia Ketiga tetapi beliau tetap dikenang sebagai perosak institusi beraja dan juga perosak kestabilan politik negara ini. Kehangatan politik negara tercetus apabila orang tua ini menggunakan kuasanya ketika itu menfitnah dan menghina tokoh politik yang disanjung oleh Orang Melayu iaitu DS Anwar. Akibat dari tangannya yang `kotor dan jijik’ itu menyebaban pewaris yang mengambil alih kekuasannya tidak mampu mengubati `penyakit’ yang dibawa olehnya sehingga sekarang. Beliau berjaya merosakkan Umno kemudian beliau lari dari Umno. Beliau berjaya merosakkan kuasa Raja-Raja kemudian beliau menyepikan diri ketika isu terhadap Sultan mula diperkatakan orang. Saya cukup yakin, anak beliau akan menjadi mangsa hasil dari tangan-tangan beliau. Tidak mungkin Pemuda Umno mahukan pewaris perosak politik dan Institusi Raja ini menjadi pemimpin mereka.

    Berbalik kepada tindakan yang dilakukan oleh YAB Nizar, beliau telah menyelamatkan dua keadaan ketika beliau dianiayai. Pertama, beliau telah menyelamatkan nama dan imej Sultan daripada terseret ke Mahkamah walaupun undang-undang membenarkan jika beliau ingin berbuat demikian. YAB Nizar masih perlukan Sultan dan beliau tidak sanggup mencemar nama baik Sultan yang amat dikasihinya itu meskipun terpaksa berkorban maruah diri dan partinya sendiri. Kedua, beliau juga tidak sanggup mengkhianati amanah rakyat yang mahukan beliau sebagai pemimpin di Perak. Justeru itu, beliau tidak sedikit melakukan pengorbanan dan bukan tiada risiko besar yang mungkin beliau hadapi ketika membawa kes ini ke Mahkamah. Namun, YAB Nizar rela melakukan apa jua asalkan amanah rakyat terpelihara dan didaulatkan. Seandainya Mahkamah menentukan keputusan yang tidak menyebelahi kehendak rakyat, YAB Nizar mungkin terlepas dari tanggungjawabnya sebagai pemegang amanah ini kerana beliau telahpun berusaha sedaya upaya. Semoga Allah memberkati perjuangan yang amat berat yang sedang dipikul oleh YAB Nizar.

    Sekiranya ingin ditangisi, tidak cukup bumi perak ini dibanjiri air mata oleh kesedihan rakyat Perak ketika bumi mereka terjajah oleh bangsanya sendiri. Tetapi Allah tidak mengajar manusia untuk menangis sekiranya menghadapi kesusahan atau penderitaan. Allah mengajar setiap manusia agar berusaha, berdoa dan bertawakkal kepadanya nescaya bantuan Allah akan tiba. Kepada manusia yang telah merasakan diri mereka bijak di dalam merampas hak dan kuasa rakyat, mereka tidak akan senang di dalam kehidupannya di dunia apatah lagi di Akhirat selagi mereka menyuapkan rezeki ke mulut mereka dan anak-anak mereka dari hasil `air mata’ rakyat.

    WFAUZDIN NS

    Feb 11, 2009

    NAJIB PENDERHAKA SEBENAR

    Tahniah kita ucapkan kepada mereka yang telah membuat dakwaan betapa Umno di bawah Najib cuba melaga-lagakan Pakatan Rakyat dengan Institusi Sultan. Kebenaran itu diserlahkan oleh tajuk akhbar serta ulasan media yang amat menggila dengan perkataan derhaka terhadap Raja! Kali terakhir rakyat Malaysia dikenakan hukuman yang berkaitan dengan derhaka kepada Institusi Raja ialah kumpulan Al-Maunah yang kononnya sebahagian mereka telah pun menjalani hukuman gantung sampai mati.

    Kenapa derhaka kepada Raja dijadikan isu sedangkan apa yang terjadi ialah pencabulan kuasa oleh Paduka Sultan dalam memecat Dato Seri Nizar dari jawatan Menteri Besarnya tanpa mematuhi lunas undang-undang? Bukannya MB Nizar yang suruh Sultan melanggari undang-undang sehinggakan baginda menjadi bahan gurauan. Kenapakah sewenangnya tohmahan besar itu dilemparkan kepada sebuah kerajaan yang sungguh prihatin dan berhemah dengan rakyat bahkan istana juga? Bukannya sebuah kerajaan yang mengamalkan rasuah dan penyelewengan. Apakah Sultan lebih gemar sebuah kerajaan yang korup untuk sama berkongsi membalun harta negeri?

    Takkan lah derhaka bagi seorang Menteri Besar semata-mata mempersembahkan hujah dan ditutupi dengan ungkapan “Ampun Tuanku, sembah patik sembah derhaka…..” dan mempertahankan kedudukannya mengikut lunas undang-undang demokrasi Raja Berperlembagaan? Apa yang disiarkan akhbar hanyalah kelentongan serta salah maklumat.

    Dalam mana-mana kemelut yang terjadi, pemerhati politik sentiasa mengungkapkan perkataan ‘cui bono’ sebagai klu mencari siapa dalang serta tabir yang ada di belakang sesuatu krisis. Kemelut politik Negeri Perak ini jelas memberikan keuntungan kepada UmnoBn (terutamanya Najib) yang sedang dalam peralihan kuasa kepada Najib yang terpalit dengan rasuah pembelian kelengkapan tentera serta kes Altantuya!!

    Ada pun menurut sumber, memang Najib lah yang menjadi jembalang di belakang kekecohan politik yang memualkan itu. Setelah gagal menerajui dua pilihan raya kecil, Najib cuba membuat ‘check mate’ terhadap Pakatan Rakyat dengan cara mencari ADUN yang bermasalah untuk menjatuhkan kerajaan yang ada. Telah pun dikenali strategi Najib untuk menjulang kedudukannya sebagai PM pada Mac nanti, pertama wujudkan perpecahan dalam Pakatan Rakyat dan yang keduanya merobekkan kredibliti pemimpin PR terutamanya DS Anwar Ibrahim.

    Akan tetapi dengan melibatkan Tuanku Sultan Perak untuk mencapai matlamat sempitnya memanglah satu kerja dajal yang tidak boleh dimaafkan. Apakah tawar-menawar atau nasihat yang diberikan oleh Najib sehinggakan Paduka Tuanku di’boo’ rakyat sendiri dan diunjukkan tanda jari yang lucah bukan satu kerja derhaka? Malahan perjalanan mereka ke istana telah tersekat oleh rakyat Perak yang menunjuk perasaan. Apakah pendekatan demokrasi yang Najib gunakan sehingga Raja lulusan perundangan serta bekas Ketua Hakim Negara sudah setaraf dengan Tun Kepala Taik Mahathir di mata rakyat?

    Perlakuan begini hampir samalah dengan kerja dajal pembesar dalam kisah Hang Nadim budak cerdik yang mengatasi masalah serangan todak di Singapura dengan cara yang pintar dan munasabah. Akhirnya budak itu menjadi mangsa ekoran adu domba dan fitnah pembesar yang sampai ke telinga Raja sehingga dihukum bunuh. Manakala Rajanya didendang sehingga ke hari ini sebagai pemerintah yang hanyir lagi haprak.

    Nampaknya nasib yang serupa menimpa Sultan yang paling cerdik taraf ilmunya dalam negara. Sejak Sultan Mahmud mangkat dijulang, inilah baru terjadi Raja dibenci dan dicemuh. Kita tolak ke tepi kes penghinaan pemimpin Umno terhadap Sultan dalam kes era Mahathir mahupun di Terengganu sedikit masa dahulu.

    Sultan telah mencelah-kangkangkan segala ilmu dan peraturan undang-undang tubuh negeri semata-mata terpikat dengan hujah Najib. Apakah setakat angka majoriti Wakil Rakyat yang dicuri mereka menjadi penyebab kepada keputusan yang semberono itu? Apakah baginda mengambil kira akan bilangan besar wakil Melayu dalam BN? Ataukah ada tawar menawar ekonomi yang dirahsiakan dari pengetahuan rakyat?

    Bukan lagi satu rahsia apabila puteri Paduka Sultan banyak mendapat habuan dari kerajaan BN melalui Syarikat Gamuda. Begitu juga tentang kenaikan mendadak Raja Nazrin yang melangkaui kedudukan kanan kerabat lain menjadi Raja Muda. Semua itu dibuat Azlan dengan bantuan kerajaan UmnoBn.

    Kesimpulannya, Sultan Perak Raja Azlan Shah tercemar sudah di mata rakyat terutamanya orang Melayu. Keputusan yang dibuat Mamat Raja ini bukan lagi non-partisan, bebas serta mematuhi peraturan hukum dan Undang-undang Tubuh Negeri Perak. Memang tepat apabila ada penulis yang memperolok-olokkan baginda sebagai ADUN Umno N60. Siapakah yang bertanggungjawab dalam merudumkan kedaulatan Sultan Perak serta ilmuan perundangan yang ulung di kalangan Raja-raja Melayu?

    Siapakah penderhaka itu yang bergerak licik laksana belut di sawah bendang? Siapakah manusia bejat laksana Raja Mendeliar yang menjatuhkan empayar Melaka? Penderhaka manakah yang telah membuli Sultan Perak dengan tawaran habuan dunia sehingga beliau dimaki dan dihamput rakyat negerinya? Siapakah yang menyebabkan perpecahan di kalangan rakyat dan merogol kedaulatan Sultan?

    Jika melihat kepada modus operandi yang dijalankan, negeri Kedah dan Selangor bakal menjadi sasaran yang berikutnya.

    - Dr. Nologareng

    Karpal tidak akan wakili Nizar

    [DIKEMAS KINI] PUTRAJAYA: Peguam veteran Karpal Singh hari ini berkata, beliau tidak akan mewakili Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam memfailkan saman untuk mengisytiharkan pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang baru adalah batal dan tidak sah.

    Katanya beliau tidak mahu bersama-sama dalam pasukan itu kerana pandangan beliau dengan pandangan pasukan Mohammad Nizar (pasukan Pakatan Rakyat) adalah berbeza.

    Karpal Singh, yang juga pengerusi DAP berkata demikian semasa ditanya pemberita semasa ditemui di luar Mahkamah Persekutuan di sini sama ada beliau akan mewakili Mohammad Nizar dalam perkara itu.

    Pada 6 Feb, Mohammad Nizar dilaporkan berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Dr Zambry, yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-11 pada hari yang sama, kerana kini terdapat dua menteri besar di negeri itu dan perkara itu telah mencetuskan krisis perlembagaan.

    Mohammad Nizar, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, mempertahankan pendiriannya, menyatakan beliau masih menteri besar dan pelantikan Dr Zambry bercanggah dengan perlembagaan persekutuan dan Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

    Mengenai hasratnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah kerana membenarkan Barisan Nasional (BN) mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri daripada Pakatan Rakyat, Karpal sekali lagi menegaskan pendiriannya untuk meneruskan hasrat itu walaupun pemimpin Pakatan Rakyat menyatakan enggan berbuat demikian.

    Beliau berkata, tidak dapat dinafikan bahawa Sultan Azlan Shah boleh didakwa di mahkamah atas kapasiti rasmi baginda kerana selepas 1993, Perlembagaan Persekutuan dipinda dan mahkamah khas ditubuhkan untuk mengendalikan perkara membabitkan kerabat diraja dan sultan.

    "Saya pasti malahan baginda (Sultan Azlan Shah) tahu apa yang saya katakan adalah betul. Baginda ialah bekas Ketua Hakim Negara dan telah mengendalikan banyak kes. Tidak berlaku sebarang pelanggaran undang-undang atau menderhaka mengenainya, mereka kata saya tidak menghormati Sultan.

    "Saya hanya mengikut undang-undang sahaja. Saya berpegang padanya. Perlu terima hakikat ini. Ini merupakan perkara asas yang malahan pelajar tahun satu undang-undang juga tahu bahawa sultan boleh didakwa di mahkamah. Kenapa nak kecoh?," kata Karpal.

    Kepada soalan sama ada polis menyiasatnya berhubung hasrat beliau untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sultan, Karpal berkata beliau bersedia untuk memberikan kenyataan kepada polis.

    Karpal juga mengulas demonstrasi oleh kirakira 200 anggota Pemuda Umno di luar pejabatnya di Jalan Pudu, Kuala Lumpur semalam dengan memberi amaran kepada mereka supaya menghentikan demonstrasi haram itu.

    "Saya ingin beri amaran kepada Pemuda Umno, jangan desak saya. Saya tidak akan tunduk kepada sebarang ugutan. Apa yang saya lakukan termaktub dalam undang-undang, polis sepatutnya melindungi saya semalam," katanya.

    "Demonstrasi semalam adalah melanggar undangundang. Kenapa mereka tidak didakwa di mahkamah kerana mengadakan perhimpunan haram, kenapa berlaku berat sebelah apabila membabitkan kami," katanya.

    Mengenai kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak dan kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau di Kedah, beliau berkata Pakatan Rakyat akan fokus untuk menang di kerusi berkenaan walaupun wujud sedikit perselisihan pendapat dalam pakatan itu.Katanya apa juga perselisihan pendapat dalam parti, mereka akan selesaikannya demi kebaikan Pakatan Rakyat.

    "Saya dan Lim Kit Siang (veteran DAP yang turut hadir) telah bersama-sama berjuang sejak 40 tahun lepas. Adalah lebih baik untuk membuat penyelesaian dalam parti, tiada masalah dengan perkara itu, ada tugas lebih besar sedang menanti, sebenarnya tiada apa yang perlu dibimbangkan mengenai masa depan PR," katanya.

    Dua kerusi itu kosong berikutan kematian anggota Parlimen Bukit Gantang Roslan Shaharom dan peletakan jawatan wakil rakyat Bukit Selambau V. Arumugam. BERNAMA

    Feb 10, 2009

    Tahniah V Arumugam kerana pertahan prinsip - Nik Aziz

    KOTA BHARU, 10 Feb (Hrkh) - PAS merakamkan ucapan tahniah kepada bekas Adun Bukit Selambau, V Arumugam kerana sanggup menolak tawaran Barisan Nasional (BN) dengan meletak jawatan sebagai Adun.

    "Bukan senang nak melepas tekanan daripada Umno dan BN yang mengugut dengan macam-macam perkara," ujar Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika ditemui pemberita di pejabat Menteri Besar di sini, hari ini.

    Kata beliau pada mulanya beliau kesal dengan tindakan bekas Adun terbabit yang mengambil tindakan melepaskan jawatan hanya kerana menghadapi tekanan politik.

    Bagaimanapun menurutnya tekanan diterima Arumugan begitu hebat sehingga tidak tertanggung lagi.

    "Oleh itu tindakan beliau mengosongkan kerusi Dun yang dipegang sebelum ini wajar sekali.

    "Mungkin ugutan yang diterima itu kuat sangat sampai kepada keluarganya. Kerana itu perletakan jawatan Arumugam sebagai langkah terbaik bagi mendapatkan semula mandat daripada rakyat," katanya.

    Beliau juga berkata, berlainan dengan situasi di Kelantan kerana rakyat sudah masak dengan tekanan Umno dan BN sejak sekian lama sehingga pernah berlaku perisitwa Mageran pada 1977.

    Kata beliau kerana rakyat masak dengan ugutan BN maka pada pilihan raya umum lalu parti itu sekarang hanya tinggal enam kerusi Dun berbanding sebelum ini 22 kerusi.

    Petang semalam Menteri Besar, Dato' Seri Azizan Abdul Razak memaklumkan Arumugam meletak jawatan sebagai Adun Bukit Selambau berkuatkuasa serta merta melalui suratnya bertarikh 8 Februari 2009.

    Bekas Adun terbabit melalui surat akuan bersumpah juga menjelaskan menerima ugutan sejak memenangi Dun Bukit Selambau pada pilihan raya umum lalu.

    Dalam perkembangan lain, Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak bersetuju sekiranya Dato' Seri Nizar Jamaluddin dicalonkan bertanding di kerusi Parlimen Bukit Gantang memandangkan dua tugas serentak begitu berat hendak dipikul.

    Menurut beliau sekiranya wakil rakyat biasa memikul dua amanah serentak sama ada di peringkat Dun dan Parlimen, ia tiada masalah.

    "Tetapi sekiranya seorang Menteri Besar turut memikul tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat di peringkat Parlimen memang berat," katanya.

    Anggota Parlimen PAS Bukit Gantang, Roslan Shaharum meninggal dunia akibat serangan jantung tengahari semalam. - mj _

    MB Kedah: Arumugam dakwa ditawar RM5 juta sertai BN

    BERSAMA... MENTERI Besar Kedah, Datuk Azizan Abdul Razak bersama V. Arumugam pada majlis sambutan Deepavali di Alor Setar, Kedah pada Oktober lalu.

    ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau, V. Arumugam disebabkan beliau mendakwa tidak tahan dengan ugutan pelbagai pihak supaya meninggalkan Pakatan Rakyat.

    "Ugutan itu termasuklah termasuklah kononnya terdapat individu tertentu yang mewakili pemimpin Barisan Nasional (BN) menawarkan habuan RM5 juta supaya beliau melompat parti.

    "Saya hormati pendiriannya dan menolak habuan RM5 juta itu dan menurut surat itu, beliau (Arumugam) telah menerima pelbagai ugutan sejak Mac 2008 lagi dan disebabkan tidak lagi tahan dengan ugutan dan demi keselamatan keluarganya, beliau mengambil keputusan untuk meletak jawatan," katanya dalam sidang media di di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon di sini malam tadi.

    Terdahulu pada tengah hari tadi, Azizan mengesahkan Arumugam melepaskan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri.

    Arumugam merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India.

    Bagaimanapun sebelum ini peletakan jawatan Arumugam dikaitkan dengan masalah peribadi yang dihadapinya.

    Baru-baru ini sekumpulan lelaki yang mendakwa mewakili 500 penduduk Taman Ria di Sungai Petani menghantar petisyen mengenai salah laku seorang anggota Exco kerajaan negeri kepada Sultan Kedah di Istana Anak Bukit.

    Mereka mendakwa Arumugam mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita yang telah berkahwin dan mempunyai anak.

    Arumugam gagal dihubungi dan enggan menjawab sebarang panggilan telefon, termasuk daripada Menteri Besar dan wartawan manakala rumahnya di Sungai Petani telah kosong sejak dua hari lepas.

    Feb 8, 2009

    SELAMATKAN PERAK DARUL RIDZUAN DARIPADA MENJADI ‘DARUL RASUAH’

    ‘Detik 06hb Feb 2009 merupakan tragedi hitam dalam sejarah perjuangan rakyat Perak Darul Ridzuan dalam membina kerajaan yang ‘good governance’, adil dan berkebajikan…’

    ‘ Rampasan Kuasa ini menjadi faktor ‘Semangat Perak’ sebagai sebuah Darul Ridzuan dan negeri Madani mula terhakis…’

    Permulaan pemerintahan UMNO/BN secara ‘rasminya’ di Perak dimulakan dengan satu majlis angkat sumpah di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar. Tanpa dihadiri oleh 28 orang ADUN daripada Pakatan Rakyat menjadi simbol penolakan total kepada kerajaan rampasan kuasa ini. Di luar Istana Iskandariah Kuala Kangsar tiada sambutan percikan bunga api daripada rakyat untuk meraikan kejayaan rampasan kuasa ini.

    Namun sambutan ini ‘dimeriahkan’ dengan puluhan tembakan gas pemedih mata yang memenuhi ruang suasana sekitar luar Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Malahan diberitakan tembakan gas pemedih mata juga dihalakan ke Masjid Ubudiah untuk santapan mata rakyat sambil rakyat berlinangan air mata kepedihan gas pemedih mata tersebut. Satu gambaran tragis permulaan terhadap pemerintahan UMNO/BN selepas ini yang bakal menyaksikan kemerdekaan dan kebebasan rakyat mula terhakis sedikit demi sedikit.

    Belum pernah berlaku dalam sejarah moden Perak apabila menyaksikan kegawatan siasah yang hebat dan getir ini. Perak selepas ini untuk seketika mempunyai dua orang Menteri Besar dalam satu masa. Menteri Besar Perak Mohammad Nizar Jamaluddin merupakan lantikan daripada rakyat Perak pada 08 Mac 2008 manakala Dr Zambri Abdul Kader merupakan Menteri Besar hasil satu rampasan kuasa yang diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri.

    Di media-media pro-UMNO/BN isu derhaka kepada Sultan kembali dikumandangkan. Ianya cuba mengalihkan isu utama yang menjadi penyebab kemelut siasah negeri Perak ini. Isunya ialah soal penculikan politik, ugutan dan ancaman yang menyebabkan ketidaktentuan dalam politik. Persoalan rampasan kuasa ini cuba ditutup daripada dibincangkan dalam masyarakat. Dalam soal ini rakyat jelas sudah membuat pilihan pada 08hb Mac 2008 dengan memberikan sokongan penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat.

    Kemelut rampasan kuasa ini juga menyebabkan berlakunya krisis perlembagaan. Tafsiran terhadap beberapa undang-undang dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak sewajarnya diserahkan kepada pihak mahkamah dalam menentukan tafsiran yang tepat. Fakta kes rampasan kuasa ini yang bermula dengan keluarnya 2 Adun daripada PKR dan seorang daripada DAP dengan mengistiharkan diri sebagai Bebas mewujudkan pelbagai andaian umum.

    Kes perbicaraan rasuah dua bekas ADUN daripada PKR bermula pada 10hb Februari ini bakal menjadi perhatian utama. Kita menjangkakan mungkin kes ini akan ditangguhkan lagi untuk satu tempoh masa yang mungkin agak lama. Apa-apa keputasan yang berlaku bakal mengundang pelbagai spekulasi.

    Jika disabitkan kesalahan pasti kedua-duanya akan gugur jawatan sebagai ADUN.Pastinya Kerajaan BN Perak akan tumbang sekali lagi dalam tempoh yang paling singkat dalam sejarah. Manakala jika dibebaskan pasti wujud persepsi bahawa ia akan menjadi asas kepada kes bahawa lompat parti itu adalah disebabkan mungkin tawaran pembebasan daripada tuduhan rasuah ini.

    Fakta kini ialah kerusi ADUN daripada Pakatan Rakyat ialah 28, dan ADUN BN juga 28 kerusi, 3 ADUN daripada Bebas. Jumlah keseluruhan ialah 59 kerusi. Kewujudan kerajaan baru BN Perak kini berdiri atas ‘belas ehsan’ 3 ADUN Bebas yang bermasalah besar. Cukuplah jika hanya dua sahaja ADUN Bebas atau BN bertukar fikiran dan menyertai kembali Pakatan Rakyat maka tumbanglah kembali Kerajaan BN di Perak.

    Justeru pembubaran DUN dilihat sebagai jalan terbaik untuk mendapatkan sokongan rakyat. Biar rakyat yang diberi hak untuk membuat kembali pilihan mereka sendiri. Apa yang berlaku kini ialah tindakan keluar parti disebabkan kronologi kehilangan misteri mereka beberapa hari terakhir dan hanya tiba-tiba muncul semasa satu sidang media bersama TPM di Putrajaya.

    Apakah budaya penculikan politik ini akan menjadi-jadi lagi jika TPM kini menjadi Perdana Menteri kelak. Apa jaminan pula selepas ini ahli-ahli politik di Malaysia dan rakyat merasa selamat daripada menerima nasib serupa ?.

    Rakyat seluruh negara kini amat bimbang kepada krisis rampasan kuasa di Perak ini. Yang dibimbangi ialah rasuah akan terus menjadi-jadi selepas ini. Ianya disebabkan proses cubaan untuk ‘membeli’ ADUN-ADUN daripada Pakatan Rakyat terus berjalan. Malahan barisan exco yang dilantik kelak bagai menimbulkan pelbagai isu yang akan timbul.

    Apakah barisan exco ini bakal mengisi salah seorang daripada 4 orang ADUN yang berpaling tadah sebelum ini ? Bagaimana pula dengan imbangan barisan exco yang dilihat tidak memperlihatkan keseimbangan antara kaum yang akan menjejaskan hubungan kaum selepas ini ?

    Rakyat kini sedang menilai 100 hari pertama pemerintahan Dr Zambry Abdul Kader dalam membawa pembaharuan dan ‘good governance’. Apakah juga Dr Zambry Abdul Kader mampu bertahan sebagai Menteri Besar Perak dalam tempoh 100 hari ini. Apakah juga beliau mampu berhadapan dengan satu kes besar yang bakal dikemukakan di Mahkamah untuk mencabar kedudukannya sebagai Menteri Besar yang sah di sisi perlembagaan dan undang-undang.

    Menilai situasi kini dijangkakan ketidaktentuan bakal berlaku dalam pentadbiran 100 hari Dr Zambry sebagai Menteri Besar. Majoriti rakyat pastinya sukar menerima realiti rampasan kuasa ini kerana jelas rakyat diketepikan dalam proses membuat pilihan. Rakyat juga tidak dapat menerima bagaimana UMNO/BN kini berusaha melaga-lagakan antara pihak Istana Perak dan rakyat yang cintakan keadilan.

    Isu soal hormat kepada Sultan kembali dicanang oleh propaganda UMNO/BN. Seolah-olah mereka jaguh seperti Hang Tuah yang mempertahankan nasib Sultan-Sultan Melayu. Mereka sebenarnya lupa kepada fakta dan sejarah siapakah yang sebenarnya telah mencabut kekebalan institusi Kesultanan Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.

    Siapakah juga yang telah ‘merantai’ institusi Kesultanan Melayu sehingga menyebabkan Kesultanan Melayu hanya dilihat bertindak sebagai ‘rubber stamp’ ?. Rakyat tidak pernah lupa kepada apa yang dilakukan oleh UMNO/BN kepada krisis perlembagaan terhadap Kesultanan Melayu yang telah berlaku dahulu. Perlu diingat Hang Jebat mati bukan kerana derhaka kepada Sultannya tetapi Hang Jebat mati kerana berjuang menegak keadilan dan memperjuangkan kebenaran serta menentang sebarang bentuk kezaliman.

    Barisan kepimpinan Pakatan Rakyat tidak pernah berhasrat derhaka kepada Kesultanan Melayu. Tetapi mereka ikhlas membetulkan kesilapan yang mungkin ada berlaku. Mereka menuntut sistem yang adil dan membawa kerajaan yang bersih dan telus. Malahan institusi Kesultanan Melayu terus dipertahankan malahan terus diperkasakan.

    Rakyat Malaysia juga sudah muak melihat lakonan murahan ini, bagaimana UMNO/BN memperlakukan kesultanan Melayu sebelum ini di Perlis dan Terengganu. Apakah mereka UMNO/BN sudah lupa. Perlu diingat membetulkan apa yang silap dalam keputusan yang dibuat oleh Sultan bukannya bermakna derhaka. Tetapi bagi memastikan amanah rakyat dipelihara di samping memastikan Kesultanan Melayu terus dihormati dan disegani.

    Derhaka kepada rakyat itu lebih besar kesannya kepada negara dan tamadun. Amanah dan tanggungjawab kepada rakyat dipandang ringan. Memperkenankan berlakunya rasuah dan penyelewangan kuasa juga merupakan satu penderhakaan yang cukup besar kerana ianya akan dibicarakan di Mahkamah Agung di Padang Mahysar di Akhirat kelak !.

    Sejarah kegemilangan Islam sudah memperlihatkan bagaimana sikap Saidina Umar Al-Khattab menerima kritikan dan pandangan berbeza daripada rakyatnya dengan sikap terbuka dan berlapang dada. Status sebagai Khalifah Islam adalah yang tertinggi dalam pentadbiran negara pada ketika itu. Namum mempertikaikan keputusan yang dibuat tidak pernah dianggap sebagai satu penderhakaan tetapi jelasnya adalah untuk menyelamatkan khalifah daripada menjawab persoalan besar di Padang Mahsyar kelak.

    Ini sifat sebenar pemimpin agung dan hebat yang mampu menerima pendapat daripada rakyatnya walaupun khalifah mempunyai pandangannya sendiri. Keadaan ini yang sepatutnya wujud dalam soal membina kepercayaan kepada memperkasakan Kesultanan Malayu. Rakyat tidak pernah ada niat untuk derhaka tetapi rakyat ihklas dalam memberi pandangan yang berbeza semata-mata untuk kesejahteraan negeri dan negara.

    Para penganalisis menjangkakan dan apa melihat fakta situasi kepimpinan Dr Zambry akan berada terumbang-ambing. Ianya dijangka apabila berlakunya sedikit salah faham dengan ADUN Bebas ini pasti tumbang juga kerajaannya. Beliau juga pasti tidak mampu membuat keputusan besar untuk membawa pembaharuan serta kerajaan adil dan telus kerana keputusannya terpaksa bergantung ‘belas ehsan’ daripada ADUN-ADUN yang melompat ini.

    Kesetiaan ADUN Bebas ini boleh dipertikaikan kredibilitinya kerana mempunyai prinsip perjuangan yang kabur kini. Apakah kepentingan peribadi akan lebih diutamakan selepas pandangan rakyat diketepikan selama ini. Tidak mustahil juga di kalangan ADUN BN juga boleh mengalihkan sokongan kepada kerajaan sebelum ini jika mereka diketepikan dan kecewa terhadap sesuatu perkara walaupun isu-isu kecil. Jelas kini kepimpinan Dr Zambry Abdul Kader berada dalam kedudukan yang amat lemah untuk membawa Perak menjadi sebuah negeri Madani serta ‘good governance’.

    Selepas ini pastinya rakyat juga mahu melihat peristiharaan harta Dr Zambry Abdul Kader bersama barisan exconya. Mampukah beliau menjalankan urusan pentadbiran dengan telus dan amanah seperti yang ditunjukkan oleh Kerajaan pimpinan Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Rakyat akan menilai prestasi kedua-dua pimpinan ini yang pasti PRU-13 bakal menjadi tarikh penting untuk rakyat membuat keputusan penilaian.

    Kita juga mahu melihat perjuangan membentuk good governance kerajaan negeri Perak di bawah Dr Zambry benar-benar komited dan konsisten. Selepas tarikh perbicaraan dua ADUN bebas ini apakah beliau mampu untuk berbuat sesuatu untuk memastikan barisan pentadbirannya bersih dan bebas daripada rasuah?.

    Rakyat Perak pastinya tidak mahu melihat Perak yang dikenali ramai sebagai sebuah negeri dengan gelaran Darul Ridzuan akan bertukar pula kepada ‘Perak Darul Rasuah’. Cabaran membanteras rasuah dan membawa good governance adalah amanah yang perlu dilaksanakan dalam 100 hari pertama beliau mengetuai pentadbiran negeri Perak.

    Akhirnya, semua mengharapkan agar kuasa rakyat dikembalikan, peranan Kesultananan Melayu diperkasakan dan membina sebuah negeri madani serta ‘good governance’ dilaksanakan. Asas membina sebuah tamadun yang gemilang bermula daripada perjuangan rakyat yang cinta kepada keadilan,pemimpin yang istiqamah membawa keadilan, para ulama yang terus mendidik ummah dan keihlasan kepada para pejuang-pejuangnya.

    KE ARAH DUNIA YANG LEBIH ADIL DAN AMAN

    Mohd Ezli Mashut (LL.B Hons) ezli007@hotmail.com THE BEST OF THE BEST

    Feb 7, 2009

    NAJIB ANCAMAN BESAR KEPADA RAKYAT MALAYSIA

    Saya ingin menyeru kepada semua rakyat Malaysia bahawa Najib Razak yang dikatakan akan menjadi Perdana Menteri Mac ini merupakan ancaman besar yang akan menjahannamkan bukan sahaja harta benda Negara malah nyawa rakyat yang tidak berdosa. Beliau ternyata akan bertindak lebih kejam dan zalim mengatasi Mahathir dahulu kerana mahu mengekalkan kekuasaannya dan menutup kelemahannya. Mastermind di belakangnya adalah Rosmah si Queen Qontrol yg akan memastikan Najib melakukan apa sahaja demi kuasa. Antara bukti-bukti bahawa Najib akan menjadi Firaun baru apabila menjadi PM nanti adalah; 1. Pembunuhan Altantuya - Najib dan Rosmah merupakan pembunuh sebenar dan mengupah jutaan ringgit Kopral Sirul dan Cif Inspektor Azilah Hadri untuk membunuh dan meletupkan Altantuya. Bab ini tiada keraguan lagi dan 100 % Najib dan Rosmah lah pembunuhnya 3. Mengugut Adun Bota yang berpaling tadah kembali kepada BN untuk membunuh atau mencederakan ahli keluarganya, memaksa Nasaruddin tiada pilihan kecuali kembali kepada UMNO demi nyawanya dan keluarga. 4. Mengugut Sultan Perak agar tidak memperkenankan pembubaran DUN Perak untuk pillihanraya semula dengan ancaman apabila beliau menjadi PM nanti akan ada akibatnya. Sultan Azlan yang dah hampir nyanyuk itu terpaksa mengikut sahaja walhal beliau tahu tindakannya itu tidak berlaku adil kepada rakyat. Untuk itu dan demi menyelamatlkan negara ini drp menjadi ketidaktentuan serta nyawa rakyat drp menjadi taruhan pemimpin paling jahat pernah dilahirkan di muka bumi Malaysia itu, saya menyeru agar mana-mana rakyat yang sayangkan negara ini agar melakukan SOLAT HAJAT PEMBINASA ke atas Najib ini. Jika dibiarkan dia menjadi PM, amat merbahaya kerana beliau sanggup membunuh sesiapa sahaja demi survival politiknya. Solat Hajat Pembinasa ini boleh dilakukan oleh mereka yang tidak ingin melihat negara ini musnah di tangan Najib. Kaifiat Solat Hajat Pembinasa ini adalah; 1. Dilakukan 12 rakaat dengan 6 salam. Pada tiap rakaat hanya membaca Ayatul Kursi dan Surah Al-Ikhlas sahaja selepas al Fatihah sehingga cukup 12 rakaat. 2. Dilakukan di waktu yang sunyi dan hening terutama di waktu malam. 3. Boleh seorang diri atau pun berjemaah

    4. Dibuat sebaik-baiknya sehingga 7 malam berturut-turut, 21 malam, 40 malam atau sehingga doa dimakbulkan

    5. Apabila genap 12 rakaat, Istighfar 300x, Selawat 300x, Tahlil 1000x

    6. Kemudian berdoa kpd Allah s.w.t dengan dimulai selawat ke atas Nabi s.a.w. Doanya adalah:

    ”Maha Suci Tuhan yang memakai akan kemuliaan dan berfirman dengannya. Maha Suci Tuhan yang bersifat dengan kebesaran dan kemurahan. Maha Suci Tuhan yang menghinggakan bilangan setiap sesuatu dengan ilmuNya. Maha Suci Tuhan yang bertasbih hanya untukNya. Maha Suci Tuhan yang mempunyai nikmat dan kurnia. Maha Suci Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Maha Suci Tuhan yang mempunyai kekuasaan. Aku bermohon kepada Engkau dengan segala tempat kemuliaan dari ArasyMu, dengan rahmat yang setingginya dari KitabMu, dengan namaMu Yang Maha Agung, kesungguhanMu yang Maha Tinggi dan kalimat-kalimatMu yang sempurna, lagi melengkapi, yang tidak dilampaui oleh orang yang berbuat kebajikan dan yang berbuat kejahatan. Bahawa Engkau anugerahkan rahmat ke atas Muhammad s.a.w dan keluarganya.

    Ya Allah, sesungguhnya telah zahir pemimpin yang jahat lagi kejam ke atas kami sedangkan kami tiada tempat meminta pertolongan selain Engkau Ya Allah. Aku/Kami mohon kepadaMu ya Allah, Engkau binasakanlah pemimpin zalim kami bernama Mohd Najib bin Abdul Razak itu ya Allah kerana kezalimannya ke atas hamba-hambaMu. Kerana dia pemimpin yang jahat dan mengkhianati rakyat dan merosakkan kerajaan yang kami pilih di negeri Perak ya Allah. Janganlah Engkau biarkan pemimpin zalim ini tinggal lama bersama kami ya Allah dan kami berlindung dengan Engkau daripada kejahatannya . Binasakanlah dia wahai Tuhanku sebagaimana Engkau membinasakan Firaun, Abu Jahal dan Abu Lahab.

    Ya Qahhar Ya Jabbar Ya Muntaqim Ya Dzal Jalalil wal ikraam. Perkenankanlah wahai Tuhan yang membinasakan sesuatu dengan Kudrat dan IradatNya !

    Ingat !! Bertindak sebelum terlambat. Hapuskan Najib si Firaun baru. Lagi ramai orang yang mendoakan kebinasaannya lagi cepat dia musnah !! Bahawa Musa Hassan kini sudah tidak berapa galak sangat nak tunjuk kuasa selepas bertarung dengan maut hari itu. Mari kita tengok apa kesudahan si bedebah Najib Razak ini, si pembunuh Altantuya . Jangan biarkan pembunuh menjadi pemimpin kita. CUCU DATUK BAHAMAN – pewaris Ilmu Kiyai Salleh Batu Pahat 11 Safar 1430 H

    Feb 5, 2009

    “Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah”

    “Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah” “Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah” “Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah” “Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah” “Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah” “Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah” “Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah” “Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah” “Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah” “Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah” “Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah” “Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah” “Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah” “Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah”

    BN takut Pilihanraya, Sokongan Rakyat kepada Pakatan meningkat

    Situasi politik Perak yang meruncing mempamerkan belang sebenar Barisan Nasional (BN) yang masih fobia dengan kekalahan dalam Pilihanraya Umum lalu. Mereka tiada pilihan melainkan dengan mengumpan 2 Adun PKR yang sedang dibicarakan dan Seorang Adun DAP untuk menyokong mereka.

    Pakatan Rakyat yang mencabar BN untuk bertanding semula dalam Pilihanraya tergempar ternyata lebih yakin dan berani berbanding pemimpin BN yang ada sekarang.

    BN nyata tidak yakin untuk memenangi kerusi yang dimiliki oleh Pakatan dan khuatir akan kehilangan lebih banyak kerusi kepada Pakatan jika Pilihanraya diadakan.

    Isu Ketuanan Melayu.

    Isu ketuanan Melayu sering dimainkan oleh BN khususnya Umno sejak Pakatan memerintah dan nyatalah modal ini dijadikan senjata untuk mereka memikat hati Sultan. Pada masa ini BN mempunyai 27 Adun Melayu dan 1 Cina manakala 2 adun Melayu bebas dan seorang cina menyokong BN untuk membentuk Kerajaan baru.

    Matlamat menaikkan semula orang Melayu memang baik tetapi caranya yang dilakukan begitu menghairankan kerana tidak dilakukan melalui jalan Pilihanraya.

    Mandat perlu kembali kepada rakyat

    Mandat untuk memilih Kerajaan baru sewajarnya diberikan kepada rakyat kerana 3 Adun bebas yang menyokong BN mempunyai masalah, goyah dan seolah-olah ada tekanan diberikan kepada mereka untuk sokong BN.

    Rakyat berhak untuk memilih kerajaan baru yang lebih kukuh, bukannya menukar Kerajaan yang hanya bergantung pada sokongan lemah 3 Adun bebas.

    BN semakin takut pada Pakatan

    Jelas BN lebih suka memilih strategi lompat untuk merampas Kerajaan berbanding Pilihanraya dimana pada suasana kini sokongan kepada Pakatan begitu meningkat. Rakyat jelas lebih simpatis dan mahukan Pakatan kembali memerintah melalui Pilihanraya semula.

    Jika Sultan enggan untuk membubarkan DUN sekarang, tidak mengapa. Rakyat boleh bersabar untuk tunggu Pilihanraya Umum akan adtang.

    Tapi, rakyat akan tetap ingat apa yang berlaku hari ini dan BN akan menerima padahnya.

    Kerajaan baru yang akan memerintah juga tidak akan tenang kerana ADUN yang masih ada ini pasti akan terus mengegarkan DUN Perak setiap detik, setiap waktu dan setiap hari untuk memastikan BN buat kerja untuk rakyat bukan merompak rakyat.

    Kedudukan yang begitu tipis ini akan lebih memperlihatkan kelemahan BN dan tidaksesekali Pakatan menyesal jika kalah dalam keadaan sebegini kerana Pakatan dilihat berjuang sebagai anak jantan dihati Rakyat.

    Feb 4, 2009

    Najib bertindak, umum terburu-buru tanpa dapat perkenan Sultan

    IPOH, 5 Feb (Hrkh) - Sepatutnya Ahli Dewan Undangan Negeri Perak yang mendapat sokongan majoriti Dewan, dan bukannya Pengerusi Umno Negeri Dato' Seri Najib Tun Razak yang mengadap Sultan Perak Raja Azlan Shah bagi proses pembetukan sebuah kerajaan negeri yang baru yang kononnya akan berada di bawah Barisan Nasional (BN).

    Dari segi proses dan prosedur, Najib jelas mencabuli urusan undang-undang tubuh negeri dan institusi rara-raja melayu apabila tanpa sebarang kapisiti terus bertemu Raja Azlan sedangkan beliau tiada sebarang kaitan dengan urusan Dewan undangan Negeri.

    Demikian ulas Ketua Penerangan PAS Pusat Dato' Mahfuz Omar berhubung situasi mutakhir yang berlaku di Perak ketika menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.

    Katanya beliau merasa sangsi dengan tindakan tergesa-gesa Najib mengumumkan secara terbuka bahawa kerajaan Perak dikuasai BN tanpa menunggu terlebih dahulu restu dan perkenan Sultan Perak.

    "Apa muslihat Najib yang tidak mengikut proses undang-undang malah mempunyai agenda tersendiri untuk membelakang perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri Perak.

    "Yang layak bertemu Sultan ialah Adun yang mewakili majoriti dewan bukannya seorang ahli parlimen yang tiada kaitannya dengan kerajaan negeri ini," katanya.

    Katanya insiden ini tidak pernah berlaku dalam sejarah dan amat memalukan bagi seorang yang dicanang sebagai calon Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Pengerusi BN sendiri pun tidak 'mencampuri' urusan istana dan negeri Perak.

    "Tindakan Najib ini menunjukkan Adun-adun yang kononya akan kuasai Perak tidak mendapat sokongan Dewan, apatah lagi daripada majoriti rakyat negeri Perak.

    "Cara terbaik untuk memastikan mendapat sokongan baru, sewajarnya Dun dibubarkan dan serahkan kembali mandat kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang benar-benar bersih dan berwibawa di samping membentuk kestabilan politik yang lebih utuh," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.- azm _

    4 pilihan Sultan Perak untuk rakyat Perak ?

    .kerajaan Perak masih lagi kerajaan Pakatan Rakyat. Walaupun BN mendakwa ada lebih Adun tetapi selagi Tuanku tidak bubar DUN dan tiada persidangan utk mengemukakan usul x percaya, maka kerajaan negeri masih dibawah Pakatan Rakyat. Persidangan DUN akan bermula pada bulan 4 akan datang, masih ada masa untuk memperbaiki keadaan…Menukar kerajaan tidak semudah menukar isteri !!
    Kini ada 4 Pilihan Di Tangan Sultan Perak. Situasi di Perak kini dalam keadaan yang tidak menentu, dengan PR dan BN masing-masing berusaha untuk meminta perkenan Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbudin Shah. PR memohon perkenan daripada Sultan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala BN memohon perkenan daripada Sultan untuk membentuk kerajaan Baru.

    Maka di tangan bagindalah sekarang untuk menentukan siapakah yang akan menerajui Negeri Perak untuk hari seterusnya. Keputusan Sultan Perak ini sangat besar maknanya berkebetulan baginda baru menyambut ulang tahun Jubli Perak pemerintahan baginda.

    Situasi yang ada seperti inilah yang menjadikan baginda benar-benar berperanan sebagai pemerintah berdaulat dan tidak berpihak, yang akan dikenang dalam sejarah pemerintahan beraja di Malaysia.Baginda Sultan Perak mempunyai pilihan untuk memperkenankan pembubaran DUN Perak sebagai yang dituntut oleh Menteri Besar sekarang.

    Kuasa untuk memperkenankan pembubaran DUN itu terletak di tangan Baginda. Sekiranya baginda memperkenankan permohonan ini, baginda akan dilihat sebagai bertindak bijak untuk memberi semula mandat kepada rakyat untuk memilih siapakan yang bakal menerajui negeri Perak.

    Namun begitu tindakan seperti ini bukanlah penyelesaian terbaik, kerana pilihan ini akan menyebabkan usaha untuk melompat akan terus berlaku di masa akan datang. Mana-mana kerajaan yang mendapat kepercayaan rakyat secara majoriti mudah akan sentiasa terdedah kepada ketidakstabilan dan rampasan kuasa secara tipuhelah jijik dan mual.

    Pilihan yang lain, Sultan Perak boleh memperkenankan pembentukan kerajaan baru oleh BN. Sekiranya baginda memperkenankan pembentukan kerajaan baru ini, maka baginda akan dilihat berpihak malah akan dianggap dipergunakan oleh BN untuk menyempurnakan tipu helah yang jijik dan memualkan tersebut.

    Baginda Sultan Perak yang terkenal dengan ketegasan dan kebijaksanaan tidak mungkin akan dipengaruhi dengan budaya politik tidak bermaruah yang diamalkan oleh BN. Sekiranya Baginda mengambil tindakan seperti ini, sejarah hitam akan terpalit kepada pemerintahan baginda, kerana bertindak untuk menyokong mereka yang mengkhianati kepercayaan rakyat Baginda.

    Secara umum, rakyat baginda telah memberi mandat kepada PR untuk memerintah dalam PRU yang lalu.Sebagai Sultan yang bijaksana, Baginda boleh menjadi pendamai antara kedua pihak dengan mencadangkan pembentukan sebuah kerajaan campuran antara PR dan BN.

    Pilihan ini lebih praktikal berbanding dua pilihan sebelum ini. Dalam konteks ini baginda sekali lagi memainkan peranan yang berkesan sebagai pemerintah sebenar kepada negeri Perak dengan menggunakan kuasa budi bicara mewujudkan sebuah kerajaan yang lebih stabil melalui pembentukan kerajaan campuran tersebut.

    Sekiranya kerajaan campuran itu berjaya dibentuk, kerajaan itu tidak mungkin tergugat lagi dengan permainan kotor politik. Sebaliknya masing-masing akan berusaha untuk menunjukkan prestasi terbaik bagi mendapat kepercayaan rakyat pada pilihanraya yang akan datang.Pilihan yang terakhir yang ada di tangan Baginda Sultan ialah mengekalkan Kerajaan Negeri yang sedia ada sebagai sebuah kerajaan minoriti.

    Baginda mempunyai kuasa untuk bertindak sedemikian kerana Baginda boleh menggunakan budibicara baginda menyerahkan mandat kepada mana-mana pihak yang dilihat mendapat sokongan majoriti. Sokongan majoriti itu boleh jadi datang daripada ADUN dan boleh jadi datang daripada rakyat. Majoriti yang datang daripada rakyat diterjemahkan dalam PRU yang lalu, manakala majoriti yang datang daripada ADUN sentiasa boleh berubah berdasarkan lompat-melompat.

    Oleh itu Baginda boleh menggunakan budibicara itu untuk mengekalkan kerajaan yang sedia ada. Sekiranya ini pilihan Sultan Perak, Baginda akan dilihat sebagai Sultan yang tegas. Malah lebih penting lagi akan menamatkan sejarah lompat-melompat parti yang telah berlaku sejak selepas merdeka.Latarbelakang Baginda sebagai Bekas Ketua Hakim Negara menjadi pentunjuk bahawa tidak mungkin pilihan kedua diambil. Baginda Sultan Azlan telah teruji untuk memutuskan keputusan yang adil semasa menjadi Ketua Hakim sebelum ini.

    Baginda juga telah melihat bagaimana institusi kehakiman telah menjadi bahan ketawa apabila ketua-ketua hakim yang selepasnya menjadi balaci politik kepada pihak tertentu. Kali ini institusi istana pula menjadi perhatian, sedangkan Bagindalah yang sedang menjadi perhatian seluruh negara. Dengan pengalaman yang luas memberi keadilan semasa menjadi hakim, maka Baginda diyakini akan bertindak dengan saksama kepada situasi yang berlaku sekarang.

    sumber:/pinkturtel

    Kurang bijak bawa masuk wakil rakyat berkualiti rendah - Dr Mahathir

    KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata adalah kurang bijak bagi Barisan Nasional (BN) untuk mendapatkan majoriti dengan membawa masuk pemimpin berkualiti rendah.

    Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas langkah empat wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

    Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang), Mohd Osman Jailu (PKR-Changkat Jering) dan timbalan speaker Dewan Undangan Negeri Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) mengisytiharkan hasrat untuk menjadi wakil rakyat Bebas manakala Datuk Nasaruddin Hashim (Bota) yang baru-baru ini menyertai PKR telah kembali semula kepada Umno.

    Berikutan perkembangan itu, majoriti kerusi pakatan PAS-PKR-DAP dalam 59 kerusi Dewan Undangan Negeri merosot daripada 32 kepada 28 manakala kerusi BN meningkat kepada 28 daripada 27.

    Pada sidang akhbar petang tadi, Timbalan Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak berkata, BN telah memperoleh wakil rakyat mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri Perak yang baru berikutan tiga wakil rakyat Bebas itu telah berikrar akan menyokong BN.

    Dr Mahathir berkata: "Dua wakil rakyat dituduh rasuah. Jika anda bawa masuk orang yang rasuah sebelum mereka didapati bersalah, ia tidak akan meningkatkan kualiti parti. Jika mahu menerima orang yang berhasrat menyertai parti kita, perlu ketahui kualiti orang itu," katanya.

    Jamaluddin dan Mohd Osman menghadapi pertuduhan rasuah dan kes mereka sedang menunggu perbicaraan di mahkamah.

    Beliau juga mengingatkan bahawa jika kedua-dua mereka didapati tidak bersalah oleh mahkamah selepas menyertai BN, rakyat akan berkata sistem kehakiman telah dimanipulasi.BERNAMA

    Feb 3, 2009

    Pakatan Rakyat bantah SPR, ketepikan kuasa Speaker

    IPOH, 4 Feb (Hrkh) - PAS bersama Pakatan Rakyat sepakat membantah keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang secara jelas mengenepikan bidang kuasa Speaker yang termaktub dalam Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan SPR di mana perlu mengadakan pilihan raya kecil setelah keputusan Speaker menghantar notis makluman kekosongan kerusi dua Dun kepada badan itu.

    Setiausaha Agung PAS Dato' Kamaruddin Jaffar ketika dihubungi Harakahdaily lewat tengah malam tadi memberitahu bahawa bidang kuasa Speaker sudah jelas dan SPR tidak mempunyai kuasa untuk menolak notis pengosongan tersebut.

    "SPR hanya boleh terima keputusan Speaker dan bukannya menyiasat atau membuat inkuiri. Asasnya pilihan raya kecil mesti disyhtiharkan oleh SPR dan sebarang keraguan yang berbangkit boleh dicabar dimahkamah.

    "Setakat ini PAS bersama Pakatan Rakyat beranggapan dua Adun tersebut telah meletakkan jawatan," katanya yang telah pun mengadakan perbincangan dengan pimpinan komponen Pakatan Rakyat berhubung keputusan SPR itu.

    Beliau dalam pada itu menyeru kepada rakyat khususnya penduduk Negeri Perak supaya terus memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat dan bersedia untuk mengahadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku kelak berikutan tindakan dua Adun yang dilihat cuba untuk menggugat kestabilan politik Perak.

    Image"Tindakan undang-undang sedang dirancang oleh Pakatan Rakyat untuk menangani hal terbabit," katanya ringkas dan mahu seluruh rakyat berdoa supaya kerajaan Pakatan Rakyat Perak semakin kukuh sekaligus terus mentadbir dan memimpin rakyat amnya.

    Pengerusi DAP, Lim Kit Siang berkata, SPR telah bertindak di luar perlembagaan dalam keputusannya tidak mahu mengiktiraf notis makluman kekosongan yang disampaikan oleh Sivakumar.

    "Sebagaimana dijelaskan oleh bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, fungsi SPR ialah bertindak selaras dengan notis pemakluman rasmi Speaker Perak mengenai kekosongan yang wujud dan mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari," kata beliau dalam satu kenyataannya.

    Sementara itu DAP memberi tempoh 48 jam untuk SPR menarik balik keputusannya untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil. Pengerusi DAP Perak, Dato' Ngeh Koo Ham berkata, jika SPR gagal melakukan demikian, Pakatan akan mengambil tindakan susulan yang akan ditentukan kemudian.

    "SPR tiada kuasa untuk menentukan sama ada notis makluman kekosongan Speaker sahih ataupun sebaliknya.Kami juga menggesa SPR supaya meletakkan jawatan memandangkan ia bukan lagi bebas," kata beliau dalam sidang akhbar di ibu Pejabat DAP negeri dekat sini.

    Sementara itu Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua mahu penduduk Perak menolak keputusan SPR yang tidak menghormati malah tidak berhak sama sekali mengenepikan Perlembagaan Persekutuan.

    "Kepada penduduk Perak, anda supaya perlu tahu bahawa kerajaan yang anda sendiri pilih juga mempunyai haknya," katanya yang mahu semua pihak bertenang dan terus menjalani kehipan seperti biasa tanpa mengambil kira propaganda Barisan Nasional bahawa Pakatan Rakyat sudah goyah sedangkan ianya masih kukuh dan stabil.- azm _

    Feb 2, 2009

    UMNO Akan Pupus Selepas Ini… Najib Merana

    ,Najib bakal menghitung hari karier politiknya akan berakhir.Kau kena perangkaplah Najib.Pak Lah dan Khairi sengaja beri tanggungjawab baru kepada kau sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak. "Najib bakal menghitung hari karier politiknya"

    Kali ini Najib terperangkap dan berada di laluan sukar untuk mengejar impiannya menjadi PM setelah kedua exco PKR Perak meletakkan jawatannya.

    Ini bermakna kerusi Dun Changkat Jering dan Dun Behrang diisytiharkan kosong dan pilihanraya kecil akan diadakan dalam tempoh 60 hari.

    Apakah SPR akan mengadakan pilihanraya kecil untuk kedua-dua kerusi DUN ini serentak?sama-samalah kita tunggu dan lihat.

    Mood rakyat ketika ini memihak Pakatan Rakyat dan peluang BN untuk menang boleh dikatakan agak tipis.

    Jika congakan ini diambilkira,Najib bakal menghitung hari karier politiknya akan berakhir.Kau kena perangkaplah Najib.Pak Lah dan Khairi sengaja beri tanggungjawab baru kepada kau sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak.

    Kalau BN kalah dua-dua kerusi DUN ini,alamatnya Najib kena letak jawatan sebagai TPM,Menteri Kewangan dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak.

    Tok nak tengok macamana gandingan Najib dan Zahid berdepan dengan situasi ini.Kedua-duanya dulu bekas orang kanan Anwar tapi bila dah senang bos korang sendiri kau kenakan.Pengakuan bersumpah oleh saiful bukhari yang mengatakan dia diliwat dah sah rancangan licik korang.

    Langit tak selalunya cerah dan korang akan berdepan dengan hukuman rakyat sebelum berdepan dengan hukuman Tuhan.

    Najib telah memanggil mesyuarat tergempar semua ahli dewan undangan Perak pagi ini di rumah nya di Putrajaya mengenai situasi politikdi Perak. Didapati tiga orang Adun Perak tidak hadir.

    Mereka yang gagal hadir di Putrajaya ialah Datuk Ahmad Pakeh Adam (Lintang), Datuk Hamdi Abu Bakar (Pengkalan Baharu) dan Hamidah Osman (Sungai Rapat).

    Ketiga-tiga trio ini diberitakan akan melompat ke Pakatan Rakyat.Satu lagi tamparan hebat buat gandingan Najib-Zahid.

    Eloklah korang mintak nasihat kat PM pencen tu,Tun Mahathir.Selama ini dialah penasihat korang.

    UMNO tentu sudah pening sekarang.Pemilihan UMNO Mac ini dimeriahkan dengan pilihanraya kecil DUN Behrang dan changkat Jering.

    Nak kempen untuk jawatan parti atau untuk Pilihanraya Kecil kedua-dua DUN ini.Tak kempen untuk diri sendiri nanti kalah pulak dan peluang nak jadi calon BN untuk PRU13 tipis.Dilema ni.Biar BN kalah asalkan aku menang,demikianlah pendirian kebanyakan pemimpin UMNO yang akan bertanding dalam pemilihan UMNO Mac depan.

    Pilihanraya kecil di Behrang dan Changkat Jering akan menjadi mimpi ngeri buat Najib dan Zahid.Khairi menunggu giliran menghukum korang kerana mensabotaj orang-orangnya Wan Farid dan Norza Zakaria.

    Tok juga nak cadangkan kepada Pakatan Rakyat Perak agar tidak berebut dan bergaduh ketika menamakan calon untuk kedua-dua kerusi DUN tersebut.Berbincanglah dan berlapang dadalah terhadap calon yang diputuskan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

    Kerajaan Pakatan Rakyat perlu berhati-hati mulai sekarang dan mengawal ketat kesemua ADUN mereka agar tidak diculik Najib sehingga berakhirnya Pilihanraya Kecil Behrang dan Changkat Jering.

    Kepada pengundi-pengundi dikedua-dua DUN tersebut,segala pemberian kerajaan BN korang ambiklah.Anggaplah durian runtuh tapi time mengundi nanti korang undilah Pakatan Rakyat.

    Kedua-dua exco PKR itu telah hilang kelayakan untuk bertanding selama 5 tahun.UMNO dan BN pecah kepala untuk memikirkan calonnya.Adegan baling kerusi,pulau memulau,bergaduh dan sabotaj akan menjadikan UMNO,parti yang luput tarikh semakin menghampiri zaman kepupusannya.Katakan tidak kepada UMNO dan BN

    http://notoumno.blogspot.com

    SPR mesyuarat esok, Pakatan buat siapan pilihan raya kecil

    PEGAWAI khas ADUN Behrang, Firdaus Saharuddin (duduk, kiri) membaca kenyataan dan menjawab soalan para wartawan ketika sidang media ringkas di sebuah hotel dekat Sepang hari ini. Dalam sidang media itu Firdaus berkata ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi menjelaskan beliau masih lagi anggota PKR dan menafikan beliau menghantar surat meletak jawatan kepada Speaker Dewan Undangan Perak, V.Sivakumar. - fotoBERNAMA
    SEBAHAGIAN daripada kenyataan bertulis yang diperolehi daripada Pegawai Khas ADUN Behrang, Firdaus Saharuddin selepas beliau selesai membaca kenyataan dan menjawab soalan para wartawan pada sidang media ringkas hari ini. - fotoBERNAMA

    [DIKEMAS KINI, 10 MALAM] PETALING JAYA: Kerajaan Pakatan Rakyat dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak sudah memulakan persediaan untuk menghadapi pilihan raya kecil membabitkan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika kemelut "kesahihan" kekosongannya masih menjadi teka-teki.

    Esok, menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusuf, pihaknya akan mengadakan mesyuarat khas bagi meneliti perkembangan tersebut - setelah menerima notis kekosongan dan surat, dipercayai mempersoalkan kesahihan notis kekosongan, daripada kedua-dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang dan Changkat Jering pagi tadi.

    "Saya dimaklumkan Pengarah Pilihan Raya Negeri Perak bahawa Speaker sudah memaklumkan kekosongan kerusi dan pada masa yang sama, ada menerima surat daripada kedua-dua ADUN.

    "Hari ini cuti (bagi Wilayah Persekutuan), jadi kami adakan mesyuarat dalaman esok, sebelah pagi antara 10 dan 11 pagi, dan kami akan teliti kandungan surat itu," kata beliau ketika dihubungi mStar Online hari ini.

    Beberapa pakar perundangan dan penganalisis pula mempersoalkan kesahihan surat letak jawatan yang tidak bertarikh, yang digunakan oleh Speaker DUN Perak untuk mengumumkan kekosongan yang wujud.

    Mereka merujuk kepada kes tahun 1982 dan 1993.

    Pagi tadi, bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ketika dihubungi memberitahu, suruhanjaya itu perlu menghormati notis kekosongan kerusi dengan memanggil pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari.

    Bagaimanapun katanya, soal kesahihan surat seumpama itu dan sama ada kemungkinan kedua-dua ADUN terbabit boleh mengambil tindakan undang-undang atau mencabar merupakan soal yang berbeza.

    PKR, PAKATAN BERSEDIA

    Dalam pada itu, Pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman, Badan Perhubungan PKR negeri telah mengadakan mesyuarat petang tadi dan menganggap kedua-dua ADUN, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) bukan lagi wakil rakyat PKR dan komited dengan keputusan yang dibuat oleh Speaker DUN Perak, V. Sivakumar yang mengumumkan kerusi tersebut kini kosong.

    "Mereka bukan lagi ADUN PKR. Speaker Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PKR, DAP dan PAS telah pun menyerahkan surat secara rasmi memaklumkan kepada Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak mengenai kekosongan kerusi tersebut," katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.

    Beliau bagaimanapun enggan memdedahkan perkara-perkara lain yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

    Dalam pada itu, Bernama melaporkan, Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menerima kunjungan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kediamannya di Ipoh dan agenda utama perbincangan adalah pilihan raya kecil bagi dua kerusi yang disandang oleh wakil daripada PKR.

    Menurut sumber kerajaan negeri, Anwar dan Nizar mengadakan perbincangan itu selepas jamuan tengah hari.

    "Kami percaya selain membincangkan perkembangan semasa, kedua-dua pemimpin itu turut membincangkan persediaan untuk menghadapi pilihan raya kecil bagi mempertahan kerusi berkenaan," katanya.

    Semalam, Sivakumar dalam satu kenyataan media mengumumkan Jamaluddin dan Mohd. Osman telah mengemukakan surat peletakan jawatan mereka sebagai ADUN pukul 5.45 petang.

    Beliau telah pun menyerahkan surat secara rasmi memaklumkan kepada Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak mengenai kekosongan kerusi bagi dua DUN tersebut pagi tadi.

    Bagaimanapun, hari ini kedua-dua wakil rakyat dari PKR yang tidak dapat dikesan sejak 26 Januari lalu menafikan dakwaan tersebut melalui wakil masing-masing bahawa mereka telah meletakkan jawatan sebagai ADUN.

    Mereka mendakwa surat yang dimaksudkan oleh Sivakumar adalah surat yang ditandatangani oleh mereka pada 8 Mac lalu selepas pilihan raya umum ke-12.

    PENDIRIAN JAMALUDDIN

    Jamaluddin ketika dihubungi mStar Online lewat petang tadi memberitahu, beliau menerima keputusan SPR jika mahu mengadakan pilihan raya kecil.

    "Kita terima sahaja keputusan SPR jika itu yang dibuat mengikut undang-undang.

    "Bagaimanapun saya masih mengadakan perbincangan dengan peguam mengenai tindakan susulan yang mahu diambil," katanya.

    Sambil mengesahkan bahawa masih berada di Pahang untuk mengikuti rawatan tradisional bagi mengubati sakit pinggang, Jamaluddin berkata, beliau tidak pernah menyerahkan surat letak jawatan kepada Speaker.

    Ketika ditanya sama ada akan mengambil tindakan perundangan jika SPR memanggil pilihan raya beliau memberitahu: "Saya akan berbincang dengan peguam dulu."

    Jamaluddin memberitahu, surat letak jawatan yang tidak bertarikh itu telah disimpan kepada Setiausaha PKR Perak pada Mac lalu dan kemudian ia diserahkan kepada pemangku pengerusi PKR negeri.

    Surat itu antara lain menyebut mengenai keputusan untuk mengosongkan kerusi yang dipegang dan ditandatangani secara berasingan oleh tujuh ADUN PKR.

    Jamaluddin juga mengakui bahawa beliau ada mengemukakan salinan surat yang mempertikaikan keputusan Speaker DUN kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri, Ahmad Adil Abdullah pagi ini.

    SURAT LETAK JAWATAN

    Mengulas lanjut, Osman berkata, beliau tidak tahu-menahu mengenai surat itu kerana beliau baru sahaja mengambil alih jawatan Pengerusi PKR Negeri Disember lalu.

    Katanya, beliau tidak dimaklumkan mengenai surat tersebut sebelum ia dihantar kepada Speaker.

    "Saya memang tidak tahu mengenainya. Surat itu dihantar terus kepada Speaker," kata beliau yang turut mendakwa tidak mengetahui penghantar surat terbabit.

    Ditanya berhubung kenyataan Jamaluddin dan Mohd. Ismail bahawa mereka masih lagi ADUN, Osman berkata, perkara itu sememangnya menimbulkan dilema.

    "Hal itu hanya dapat diselesaikan oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya). Hanya mereka yang boleh memutuskan status kerusi dan ADUN tersebut," katanya.

    Bagaimanapun katanya, Jamaluddin dan Mohd Ismail masih lagi ahli PKR kerana mereka tidak menghantar sebarang surat untuk keluar parti.

    Keadaan yang tidak menentu mengenai kedudukan keduadua ADUN ini telah menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai mengenai kedudukan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang mempunyai 32 kerusi berbanding Barisan Nasional (BN) yang menyandang 27 kerusi.

    Daripada 32 kerusi itu, DAP mempunyai kerusi terbesar sebanyak 18 kerusi, PKR lapan dan PAS enam.

    BN menang 28 kerusi tetapi ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim menyertai PKR minggu lepas.

    Pada pilihan raya lepas, Jamaluddin menerima 6,771 undi untuk menewaskan calon BN Datuk M. Ramasamy yang mendapat 5,744.

    Mohd Osman pula menang dengan majoriti 1,102 undi bagi merampas kerusi DUN Changkat Jering. Beliau memperolehi 9,411 mengalahkan penyandang dari BN yang juga Speaker DUN Perak sebelum itu Datuk Mat Isa Ismail yang memperoleh 8,309 undi.

    MEDIA MENANTI MB

    Setiausaha Politik Menteri Besar Misbahul Munir Masduki sementara itu ketika dihubungi berkata, Mohammad Nizar tidak akan membuat sebarang kenyataan kepada media pada hari ini kerana sibuk dengan persiapan menyambut perayaan Jubli Perak Sultan Perak, Sultan Azlan Shah esok.

    Beliau berkata, pada petang ini Menteri Besar akan menghadiri majlis kesyukuran bacaan Yassin dan tahlil di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar.

    Esok pula akan berlangsung istiadat mempersembah ucapan dan taat setia dan istiadat pengurniaan khas Darjah Dato' Seri Azlanii (D.S.A.) kepada 25 penerima yang akan diadakan di Istana Iskandariah dan sebelah petangnya, majlis pelancaran setem memperingati Jubli Perak dan pameran setem akan diadakan di Dewan Bandaran, Ipoh.

    Menurut Misbahul, media mungkin berpeluang mendapat kenyataan daripada Menteri Besar selepas tamat majlismajlis berkenaan.

    Wakil rakyat letak jawatan tidak boleh tanding semula

    PETALING JAYA: Wakil rakyat yang meletakkan jawatan tidak boleh bertanding dalam mana-mana pilihan raya bagi satu tempoh selama lima tahun daripada tarikh mereka berbuat demikian, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

    Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, peruntukan undang-undang adalah jelas di mana mana-mana anggota Dewan Rakyat dan Dewan Undangan egeri (DUN) yang dengan sendiri meletakkan kerusi masing-masing akan hilang kelayakan untuk bertanding semula sepanjang tempoh lima tahun.

    "Tindakan meletakkan jawatan (sebagai Ahli Parlimend dan ADUN) ada implikasinya di mana wakil (rakyat) yang meletakkan jawatan tidak boleh bertanding semula," kata beliau sambil merujuk kepada Perkara 48(6) Perlembagaan Persekutuan.

    "Peruntukan itu juga selari dengan peruntukan melibatkan kedudukan anggota DUN," katanya.

    Wan Ahmad ditanya mengenai implikasi perundangan ke atas seseorang wakil rakyat yang memilih untuk meletakkan jawatan dengan memberikan surat tidak bertarikh kepada parti mereka wakili.

    Difahamkan anggota DUN Perak dari Pakatan Rakyat telah mengemukakan surat letak jawatan tanpa tarikh kepada pucuk pimpinan sebaik sahaja mereka dipilih dalam pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.

    Mengulas lanjut aspek itu, Wan Ahmad berkata, perkara itu berada di luar bidang kuasa perundangan pilihan raya.

    Bagaimanapun katanya, lunas perundangan adalah jelas iaitu melarang wakil rakyat yang menang pilihan raya meletakkan jawatan ikut kehendak mereka.

    Mengenai pembubaran DUN pula, jelas beliau, ia terserah kepada keputusan kerajaan semasa yang memerintah.

    "Jika kerajaan semasa yang memerintah (dalam kes Perak) memutuskan untuk membubarkan DUN, ia perlu mendapatkan perkenan Tuanku Sultan.

    "Jika ada perkenan, maka DUN boleh dibubarkan dan SPR akan mengadakan pilihan raya negeri dalam tempoh 60 hari," katanya.

    Tegas beliau, keputusan sama ada mahu mengadakan pilihan raya tergempar ataupun sebaliknya, ia terserah kepada kerajaan negeri yang menguasai sesebuah negeri.

    Feb 1, 2009

    2 ADUN PKR "hilang" letak jawatan

    [DIKEMAS KINI, 8.40 MALAM] PETALING JAYA: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang didakwa "hilang" dan "tidak dapat dihubungi" sejak lima hari lalu, meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat berkuat kuasa hari ini.

    Kedua-dua ADUN berkenaan ialah Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering).

    Jamaluddin, 52, adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan manakala Osman, 57, pula pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.

    Sebelum ini kedua-dua mereka menghadapi tuduhan rasuah melibatkan kelulusan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dan perbicaraan kes berkenaan akan didengar di Mahkamah Sesyen pada 10 Februari ini.

    DISAH SPEAKER

    Ia dinyatakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar di Ipoh pukul 5.45 petang tadi.

    Kata beliau, kedua-dua mereka menghantar surat menggariskan keputusan itu menerusi faks yang dihantar ke rumahnya.

    "Kedua-dua Mohd. Osman dan Jamaluddin meletakkan jawatan sebagai ADUN berkuat kuasa serta-merta dan saya menerima peletakan jawatan mereka di bawah Perkara XXXV Perlembagaan Negeri.

    "Sebagai Speaker, saya akan mengumumkan kedua-dua kerusi N14 Changkat Jering dan N59 Behrang kosong secepat yang mungkin," kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

    Speaker akan memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara rasmi esok untuk memaklumkan perkembangan tersebut.

    Pakatan Rakyat mempunyai 32 anggota di Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim yang menyertai PKR pada Ahad lalu manakala BN dianggotai 27 wakil dan walaupun dua Adun PKR berkenaan keluar, kerajaan negeri masih mempunyai majoriti satu kerusi.

    REKASI MB PERAK

    Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ketika dihubungi mStar Online berkata, pihaknya sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan akan meminta supaya SPR mengadakan pilihan raya kecil.

    "Sah kedua-dua mereka (ADUN) letak jawatan... saya telah dimaklumkan mengenainya sebentar tadi," katanya.

    Ketika ditanya sama ada kecewa dengan keputusan mereka, pemimpin dari PAS itu memberitahu: "Bukan soal kecewa tapi ini menunjukkan Umno dan BN bertindak jahat memancing orang kami."

    SPR TUNGGU NOTIS

    Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya akan mengambil tindakan susulan termasuk memanggil pilihan raya kecil jika menerima pengesahan rasmi mengenai kekosongan yang wujud.

    "(Berdasarkan maklumat media)... maknanya sudah ada kekosongan... SPR apabila menerima surat tentang kekosongan akan mengambil langkah-langkah perlu," katanya.


    [PERKEMBANGAN SEMASA:

    1 FEBRUARI: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata ada kemungkinan ADUN dari Pakatan Rakyat di Perak akan menyertai BN.

    1 FEBRUARI: Di Ipoh, Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meminta dua ADUN dari PKR yang "hilang" sejak Isnin lepas supaya mengisytiharkan segera pendirian jika telah keluar daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak.

    30 JANUARI: Di IPOH, Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan laporan mengenai anggota exco kerajaan negeri, Jamaluddin Mohd Radzi dan Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu, kedua-dua daripada PKR, akan menyertai BN.

    29 JANUARI: Di KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak dan Pengerusi BN Perak bagi menggantikan Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali yang meletak keduadua jawatan itu, berkuat kuasa serta merta.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak dan Timbalan Pengerusi BN Perak.

    25 JANUARI: ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashi keluar Umno dan BN untuk menyertai PKR dan Pakatan Rakyat.

    Dua Exco Perak 'disembunyikan', disyaki kerja jahat BN

    IPOH, 1 Feb (Hrkh) - Dua Exco Kerajaan Negeri Perak, Othman Jailu dan Jamaludin Radzi dipercayai telah 'disembunyikanan' dan ia disyaki angkara jahat BN untuk dalam usaha mereka cuba mengkucar-kacir serta menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak.

    "Sehingga kini sudah lima hari saya cuba menghubungi mereka tetapi gagal dan dipercayai ini satu strategi jahat BN yang mahu mengambil kesempatan daripada kes rasuah dua Exco berkenaan yang akan dihadapkan ke mahkamah 10 Februari ini untuk 'memaksa' kedua-duanya mereka menyertai BN."

    Demikian dinyatakan oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam sidang media di kediamannya, di sini, pagi tadi selepas mengadakan perjumpaan dengan Adun-Adun Pakatan Rakyat dan pimpinan tertinggi PAS, DAP dan KeADILan Negeri.

    Sehubungan itu Pakatan Rakyat Negeri Perak mengecam tindakan jahat BN yang menggangu-gugat dua Exco tersebut sehingga tidak memberikan ruang kepada pimpinan Pakatan Rakyat menghubungi dua Exco yang disyaki telah disembungikan itu.

    "Pertemuan kita tadi telah membuat persiapan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini kita akan laksanakan tindakan mengikut peraturan, Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak akan mengambil tindakan," katanya.

    Menurut Mohammad Nizar seluruh Adun Pakatan Rakyat Negeri Perak telah mengambil ketetapan untuk mempertahankan Kerajaan Paskatan Rakyat negeri ini.

    "Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak masih kuat dan cukup kuat dan kami berasa cukup lega apabila Adun Bota Dato' Nasarudin turut bersama kami dan beliau telah menegaskan bahawa walau apa yang berlaku beliau tetap bersama Pakatan Rakyat," jelas Nizar.

    Kerajaan Pakatan Rakyat negeri ini katanya, akan terus menjalankan pentadbiran seperti biasa, kerana itu seluruh rakyat tidak perlu merasa cemas dengan berita berita yang tidak benar yang dihebahkan oleh pihak tertentu.

    Tindakan BN yang telah 'mencuri' dan menyembunyikan dua exco tersebut merupakan satu penganiayaan terhadap rakyat negeri Perak serta satu penghinaan terhadap Kerajaan Pakatan Negeri Perak, tegasnya.

    "BN sebenarnya cuba mengambil kesempatan kes tuduhan rasuah dua Exco negeri Perak yang akan dihadapkan ke mahkamah 10 Februari ini tetapi sebenanya kes itu tidak wujud.

    "Sehubungan itu seluruh Exco Kerajaan Negeri dan Adun Pakatan Rakyat akan meneruskan kerja untuk mentadbir dan membangunkan negeri ini seperti biasa," katanya.

    Hadir sama di majlis itu Adun Pakatan Rakyat termasuk Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Ahmad Awang, Pengerusi KeADILan Negeri, Osman Abdul Rahman dan Pengerusi DAP Perak, Dato' Ngeh Koo Ham.

    Dalam pada itu, Bernama melaporkan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata ada kemungkinan Adun dari Pakatan Rakyat di Perak akan menyertai Barisan Nasional.

    "Insya-Allah betul kut," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai khabar angin yang tersebar luas bahawa beberapa Adun dari Pakatan Rakyat di Perak akan menyertai Umno dan BN.

    "(Mereka akan) diterima dengan baik kerana itu pilihan mereka dan mereka hendak menyertai kita dalam perjuangan yang lebih besar dalam Umno dan BN .. menjadi satu pengalaman baru dan memberi kesempatan untuk berjuang (dalam BN)," kata Abdullah. - mns _

    Najib & Zahid laksana "Misi Sulit" tawan semula Perak?

    ADA motif besar nampaknya apabila MT Umno memutuskan Timbalan Presiden parti itu, Najib Tun Razak dilantik Pengerusi Perhubungan Umno negeri sebagai pengganti Tajol Rosli di Perak. Dalam kenyataan Pak Lah, Tajol yang mahu Najib menggantikan tempatnya, ini kerana beliau sudah tidak layak duduk di situ.

    Sementara itu, Ahli Parlimen Bagan Datoh yang juga Menteri di JPM, Zahid Hamidi dijadikan regu Najib untuk membantu beliau sebagai Timbalan Pengerusi. Zahid pernah menjadi Setiausaha Pemuda Umno ketika Najib menjadi Ketua Pemuda Umno Malaysia.

    Kehadiran Najib bakal menyaksikan satu perubahan drastik dalam politik di Perak. Zahid dalam kenyataannya hari ini, juga mencerminkan ada ramai Adun Pakatan Rakyat akan melompat dalam masa terdekat. Dalam erti kata lain, Umno akan "bershopping" sakan membeli Adun-Adun Pakatan Rakyat selepas ini bagi memperkuatkan misi Najib untuk duduk di Putrajaya.

    Kegagalan Najib di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu dilihat dalam konteks pilihan raya telus tetapi dalam merealisasikan "tindakan jahat" politik, ia dilihat mampu dilakukan oleh Najib dan perkara ini bukan suatu yang baru dan pernah terjadi di Kelantan, Selangor dan Terengganu malah di Sabah, sewaktu merampas negeri itu dari PBS di bawah Pairin Kitinggan.

    Misi Najib begitu besar. Selain merampas negeri-negeri Pakatan Rakyat secara tidak sah dan melanggar etika demokrasi, Najib juga sedang giat berhempas pulas mempastikan Adun-Adun dan Ahli-ahli Parlimen BN yang sudah condong kepada Pakatan Rakyat tegak semula dengan pelbagai tawaran lumayan. Maklumlah, Najib bakal PM dan kini Menteri Kewangan yang boleh mengagih dan "melarikan" peruntukan untuk apa-apa tujuan sekalipun.

    Syabas buat Adun-Adun PAS di Perak yang tidak goyah tetapi anda juga tidak akan terlepas dari sogokan dan godaan dunia dari BN. Kuatkan iman, perjuangan kita untuk Allah dan Rasul. Kemewahan dunia terlalu kerdil dan tidak bermakna apa-apa di sisi Allah SWT.- tmj _