Jan 30, 2009

Macam macam didunia ni ada...dari serban ke kugan ke....

Sejak lepas pulang dari KT ni bermacam cerita telah didengar dan berbagai geraklaku ahli masyarakat yang dapat kita renungi dan ulas, kadang-kadang rasa meluat membaca cerita dan berita sampai sakit kepala untuk difikirkan. Masalah nak kaji samada serban boleh dipakai ke tidak bila menunggang motosikal, apakah mereka yang pakai serban perlu buka serban dan pakai topi keledar pula, akan dikaji oleh polis dan JPJ. Bagi ana memang tak perlu nak kaji la wahai yang nak mengkaji, kalau nak berhujah pakai statistik macam selalu diajar kepada masyarakat, cukup lihat statistik yang ada pada polis dan JPJ, mana lebih ramai yang mati accident, yang pakai serban atau topi keledar, mana yang lebih ramai jadi mat rempit ganggu tugas polis dan orang ramai tengah malam ,yang pakai serban atau yang pakai topi keledar. Satu hal lagi, kalau kaum Sikh dikecualikan dalam semua bidang bila mereka nak pakai turban, apakah adil kalau orang Melayu yang pakai serban kita kenakan tindakan atas kesalahan pakai serban kalau mereka menunggang motosikal?. Bukankah pengecualian pakai topi keledar itu pun diberikan kepada mereka yang memakai serban setelah bantahan dilakukan diperingkat awal pemakaian topi keledar dulu setelah pengecualian diberikan kepada kaum sikh , setelah bantahan pemakai serban dilakukan, maka kerajaan pada ketika itu memberi pengecualian kepada pemakaian serban, tak semesti haji atau lebai atau bukan haji atau lebai, kerana serban ini layak dipakai oleh siapa saja yang ingin memakai, dan perlindungan bukan ada pada title haji atau lebai, tetapi ada pada lilitan serban dikepala. Ini juga adalah merupakan sunnah nabi yang dituntut. Jadi kita harap KPN faham la sikit, walaupun dia tak pernah dilihat pakai serban atau dalam keluarga beliau pun tak pernah dilihat memakai serban . Perkara kedua yang ana agak heran ialah bila Ketua Polis Selangor kata Kugan yang mati adalah kerana paru-paru dimasuki air. Sebenarnya sebagai pengamal perubatan yang sudah 25 tahun mengamalkan ilmu perubatan, belum pernah ana lihat orang yang paru-paru ada air mati terkejut setelah minum air akibat jatuh dan air masuk paru-paru lalu mati terkejut, kecuali kes pulmonary embolism. Itu pun tidak ada parut dan luka dibadan saperti dalam kes ini. Case TB yang sering kami rawat, case canser paru-paru yang kami rawat, biasanya paru-paru mereka penuh dengan air, itu pun mereka penat dan setelah di X ray dan diagnosed dimasukkan chest tube dan drain keluar air, boleh sihat dan hidup insyaallah dengan dirawat dan diizin allah sihat segar bugar. Tapi bila lihat gambar yang didedahkan, maka ana rasa ada perkara lain yang mungkin menyebabkan beliau mati mengejut dan ada perkara yang hendak dilindungi oleh polis. Kita sering mendengar orang yang sedang disiasat mati dalam lock up, tiba-tiba sebab kematian memang tak boleh diterima dek akal. Ana setuju kalau diadakan satu siasatan bebas dan post mortem kedua dilakukan sebagai second opinion. Lihat pada kesan lebam dan luka pada leher, kita sebagai doktor sudah boleh agak kenapa ia boleh mati terkejut atau tiba-tiba, begitu juga kesan luka yang lain dan kesan gari ditangan, boleh menceritakan berbagai perkara hasil dari gambaran yang dipamerkan itu. Semua ini berlaku diketika KPN adalah orang yang dipertikaikan dan yang terlibat dalam kes usung tilam dalam perbicaraan bekas TPM. Maknanya sekarang Allah nak menunjukkan apa yang patut beliau lakukan dikala beliau menjadi ketua setelah pengalaman yang telah beliau alami semasa menjadi pegawai penyiasat dulu. Isu mata lebam, siapa yang lakukan kalau bukan KPN ketika itu, setelah ditubuh suruhanjaya diraja baru tahu siapa yang terlibat dalam kes itu sebenarnya. Kalau kepada bekas TPM pun ketua polis ketika itu sanggup lakukan, bayangkan kalau orang biasa macam kita yang tidak ada title ini !. Kes lain adalah mengenai pengakuan orang kuat UMNO yang mengaku parti mereka sudah tidak ada daya penarik lagi, baik di Perlis, baik di Johor, baik di Selangor bahkan ini dikuatkan lagi dengan tindakan manusia yang kurang cerdik di JPM yang mahu menyekat semua kerjasama antara kerajaan pusat dengan negeri seolah-olah kerajaan pusat hidup tidak bergantung kepada negeri, semacam dia tidak tahu bahawa hasil getah,minyak, kelapa sawit yang dihasilkan di Malaysia ini ditanam atau diambil dari tempat lain bukan hasil negeri-negeri dalam Malaysia ini. Macamlah kilang-kilang yang mengeksport barang keluar itu tidak terletak didalam negeri-negeri didalam Malaysia ini, macamlah kilang itu tak terletak diatas tanah yang terletak didalam negeri-negeri didalam negara ini, macamlah gaji beliau itu hasil dari atas langitm bukan dari hasil negara yang diperah dari negeri-negeri. Begitu juga dengan cukai yang dipungut, semacam bukan dari rakyat dari negeri-negeri didalam Malaysia ini. Suatu tindakan yang amat sesuai untuk mempercepatkan pelupusan UMNO dan BN dari bumi Malaysia ini kalau diteruskan juga. Kes rasuah politik yang sudah menjadi begitu hot dan memenuhi dada akhbar saban hari mutakhir ini, kalau diperhati huraian orang besar UMNO, memang nampak jelas bahawa saatnya sudah tiba bagi rakyat untuk menilai apakah jenis manusia yang dilahirkan oleh UMNO selama ini apabila salah seorang MP BN menyatakan penubuhan SPRM adalah untuk membersihkan UMNO dari gejala rasuah. Ana rasa satu kenyataan yang mengesahkan bahawa selama ini penyakit rasuah ini memang tidak dapat dibendung oleh BPR kerana tidak dapat bertindak kalau tidak mendapat restu daripada pemimpin besar mereka, tetapi bila SPRM yang dimahukan oleh pemimpin besar agar lawan politik beliau di perkenakan maka ramailah nanti yang akan di "dakwa" kononnya, lepas tu atas alasan tidak cukup bukti, lalu lepas bebas, bila lepas bulan Mac nanti, maka menanglah pemimpin besar ini dan terus-terusan dapat jadi Menteri Perdana, sebab itu kita dapati sekarang ini semacam ada trend hanya satu negeri saja yang terlibat dengan rasuah politik ini, walaupun Dr M pernah dedahkan bahawa di Kubang Pasu ada pemberian rasuah untuk mesyuarat agong bahagian suatu masa dulu. Tetapi tidak ada tindakan pun yang diambil, mungkin SPRM belum ada kut.

Anak saudara Presiden PAS maut dilanggar kereta milik KPN

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Hrkh) - Anak saudara Presiden PAS, Abdul Qahar Mansor maut dalam satu kemalangan jalan raya di Kuala Terengganu kira-kira jam 10 pagi semalam.

Beliau dilanggar oleh sebuah kereta Honda CRV nombor plat WNN 6517 yang didaftarkan atas nama Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Qahar yang berusia 23 tahun maut selepas dilanggar Honda CRV dipandu seorang anggota polis yang dikenali sebagai Lans Koperal Mohd Farez di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

Menurut peguam keluarga mangsa, Fariz Mustafa, kemalangan tersebut terjadi ketika mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Rusila menuju ke Kuala Terengganu.

Ketika sampai di sekitar Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai, motorsikal yang ditunggangi beliau dilanggar kereta yang dipandu Mohd Farez yang baru sahaja selesai membeli keropok di sebuah kedai berhampiran yang ingin membuat pusingan U di jalan tersebut.

"Kereta tersebut berada di sebelah kiri jalan terus membuat pusingan U tanpa memberikan signal malah secara tiba-tiba menukar line, menyebabkan motorsikal yang ditunggangi arwah gagal mengawal keadaan sehingga menyebabkan beliau maut di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Harakah.

Tambahnya, saksi di tempat kejadian memaklumkan Mohd Farez meninggalkan kereta tersebut di lokasi kemalangan tanpa kunci kenderaan tersebut yang menyebabkan pihak polis trafik sukar mengalihkannya.

"Malah, menurut anggota polis di beliau(Mohd Farez) kini telah pulang ke Kuala Lumpur manakala kereta tersebut ditinggalkan.

"Akibat kemalangan tersebut, kereta tersebut mengalami kesan kemek di pintu sebelah kanan," ujarnya.

Walau bagaimanapun, Fariz memberitahu Harakah bahwa pihaknya akan membuat dakwaan terhadap kes tersebut di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan iaitu kesalahan kecuaian memandu sehingga menyebabkan kematian.

Jelasnya, pemandu terbabit sepatutnya direman untuk siasatan kerana kemalangan tersebut melibatkan kematian.

Sementara itu, bapa saudara mangsa, Mohd Hisham Awang berkata pihaknya kesal dengan sikap yang ditunjukkan oleh Lans Koperal Mohd Farez yang begitu ego ketika diminta memberi kerjasama kepada penduduk setempat sebaik sahaja kejadian tersebut berlaku.

"Kita kesal dengan sikap ego polis tersebut, yang seolah-olah berbangga dengan mengaku merupakan pegawai polis daripada Balai Polis Bukit Aman," katanya.

Setakat ini ujarnya, pihak polis masih belum memberikan apa-apa respon mengenai kejadian tersebut.

Abdul Qahar katanya maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala selepas jenazahnya dituntut oleh keluarga mangsa dari Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Rusila pada hari yang sama. -azm_

Nik Aziz ibaratkan Umno pokok hampir mati

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan perkembangan dalam Umno sekarang menunjukkan parti itu hilang daya tarikan sehingga ada pemimpinnya yang berpaling tadah.

Kata beliau, kalau diibaratkan sebatang pokok, Umno kini sebuah parti yang hampir mati dan akan gugur sendiri dahannya satu persatu sebelum menjadi pokok mati.

"Umno kini tiada daya tarikan atau 'graviti' untuk menarik rakyat menyokong perjuangannya dan ini menyebabkan ramai ahli dan pemimpinnya mula berpaling tadah menyertai parti pembangkang, terutama PAS," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Exco Kerajaan Negeri Datuk Anuar Tan di sini hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata apa yang sedang berlaku dalam Umno merupakan perkembangan yang baik bagi Pakatan Rakyat, khasnya PAS, yang sedang berusaha menarik sokongan rakyat terhadap perjuangan yang akan membawa perubahan kepada mereka.

Ditanya mengenai cadangan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail supaya sayap Umno dibubarkan bagi mengelak politik wang dalam parti itu, Nik Aziz berkata, itu adalah masalah dalaman Umno.

"Ia terjadi dengan sendiri apabila pemimpinnya tidak mengamalkan dasar yang betul.

"Inilah juga punca yang menyebabkan Umno diibaratkan parti yang hilang graviti untuk menarik rakyat menyokong perjuangannya," katanya.

Jan 29, 2009

Rithauddeen akui Umno semakin menjunam

KOTA BHARU, 29 Jan (Hrkh) - 'Bubar sayap Umno - bagi membanteras politik wang kata Tengku Rithauddeen'. Sesuatu yang cukup mengejutkan biar pun ditolak pemimpin lain Umno.

Sebagai orang lama dalam Umno, Pengerusi Lembaga Displin Umno itu merasakan sudah sampai masanya Puteri, Putera dan Pergerakan Wanita Umno tidak perlu lagi kerana menyebabkan berlaku politik wang akibat berebut jawatan.

Inilah luahan yang semakin nyaring. Ia tiba-tiba muncul ketika demam pilihan raya kecil Kuala Terengganu 17 Januari lalu belum kebah lagi.

Bagi Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat petanda yang menimpa rumah tangga Umno sekarang semakin jelas, retak menunggu belah.Image

"Kalau sebelum ini media yang mengampu Umno mendakwa Pakatan Rakyat retak menunggu belah, sedangkan hakikat sebenar situasi itu berlaku dalam Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Petanda yang berlaku sekarang tidak mampu lagi dinafikan, bukankah keruntuhan tamadun bermula dengan konflik dalaman dan disokong gerak geri musuh dari luar," katanya di sini.

Menurutnya kenyataan yang dikeluarkan veteran Umno, Tengku Ahmad Rithauddeen sebenarnya tidak mengejutkan kerana pemimpin Umno sendiri mempamerkan parti itu menuju ke arah kehancuran.

Kata beliau kes demi kes politik wang yang sudah lama membelit pemimpin Umno kini terpaksa diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila gagal ditangani Lembaga Disiplin Umno.

Zainuddin berkata, 'lelangit' tempat bergantung Umno sekarang sudah gonyang sehingga ada di kalangan pemimpin Umno mencadang digubal undang-undang antilompat parti bagi mengelakkan parti itu merudum dengan lebih cepat.

Mereka sedang merasai betapa resahnya tanpa kuasa politik selepas tindakan nekad Adun Bota, Dato' Nasaruddin Hashim meninggalkan parti itu dan menyertai KeADILan.

Sedangkan cadangan seperti itu sudah lama dilaksanakan di Dewan Undangan Negeri Kelantan, namun ditolak mentah-mentah Mahkamah Agung.

Dun Kelantan telah meminda perlembagaan negeri Perkara XXX1A yang menyatakan sekiranya seorang Adun meninggalkan parti atau dipecat maka kerusi yang dimenangi dalam pilihan raya menjadi kosong.

Bagaimanapun Mahkamah Agung menolak pindaan tersebut dengan alasan bertentangan dengan Perkara 10 (1)(c) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan berpersatuan.

Zainuddin yang juga Adun Limbongan berkata, kerajaan PAS di Kelantan sudah merasakan apa yang ditanggung Umno sekarang, namun Umno dilihat cukup gawat dan amat bimbang.

Oleh itu beliau mengajak wakil-wakil rakyat BN berhijrah ke Pakatan Rakyat sebelum mereka jatuh bersama parti itu, yang mana kini sedang bergelosor turun. - mj _

Jan 25, 2009

Perutusan Tahun Baru Cina - Presiden PAS

Image

Ikhlas Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang Presiden PAS _

Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua anggota masyarakat Tionghua di Malaysia.Semoga tahun yang baru ini akan membawa kesejahteraan dan keamanan kepada semua, dan mudah-mudahan ia menjadi tahun yang baik, malah lebih baik dari yang terdahulu khasnya dari segi ekonomi dan politik buat negara kita yang tercinta dan seluruh dunia amnya.

Sesungguhnya masyarakat Tionghua tempatan telah memainkan peranan yang penting dalam membentuk dan mempengaruhi lanskap politik baru di Malaysia dan dengan dokongan kaum-kaum lain termasuklah orang-orang Melayu dan India, kita telah bersama-sama memberikan harapan baru ke arah lahirnya nanti satu negara Malaysia yang lebih adil dan aman buat semua.

Terbaru adalah peranan mereka dalam memenangkan calon PAS dari Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

PAS akan sentiasa menghormati dan mengiktiraf kehadiran dan peranan masyarakat Tionghua di Malaysia dalam membentuk sebuah kerajaan yang lebih adil dan makmur.

PAS juga kini melalui Kelab Penyokongnya telah berjaya menjalin hubungan baik dengan masyarakat Tionghua khususnya dalam saling faham-memahami dan hormat-menghormati serta saling tolong-menolong di antara satu sama lain. Semoga sifat bersefahaman dan saling menghormati ini akan terus diperkasakan.

Allah swt sendiri menyeru agar hubungan seumpama ini sentiasa dibentuk sebagaimana firman Nya dalam surah al-Hujuraat ayat 13 yang bermaksud:

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain)."

Gong Xi Fa Cai kepada semua. - azm

Seorang Hussein jadi Presiden AS

DALAM sejarah moden, empat negara telah dipimpin oleh seorang yang bernama Hussein. Malaysia pernah dipimpin oleh Allahyarham Tun Hussein Onn. Sementara Jordan pula pernah dipimpin oleh Almarhum Almalik Hussein. Tetapi tentunya Hussein paling terkenal ialah Saddam Hussein yang menyebabkan Iraq ditawan oleh Amerika Syarikat.

Penaklukan Iraq oleh George Walker Bush membuatkan orang Amerika juga marah. Maka antara perkara itulah yang memungkinkan rakyat Amerika memilih Barack Hussein Obama. Beliau ialah Hussein keempat dan terbaharu yang memerintah sebuah negara moden ekoran pengangkatan sumpah beliau pada 20 Januari lalu. Tentu nama Hussein yang ada padanya tidak akan dibesar-besarkan oleh media Barat kerana bukan saja ia merupakan nama tengah di mana di Amerika ia sering tidak disebut tetapi namanya yang berasal Islam itu hanya menimbulkan rasa tidak wajar oleh rakyat Amerika.

Maka ketika semua stesyen televisyen hanya menyebut nama Barack Obama, rangkaian Al-Jazeera terang-terang memaparkan namanya sebagai Barack Hussein Obama. Begitulah ironi hidup. Setelah menumbangkan seorang Presiden bernama Hussein di Iraq, kini Amerika memperoleh Presiden bernama Hussein.

Malangnya sebelum Obama mengangkat sumpah, Israel menyerang Gaza dan membunuh lebih 1,000 orang Palestin. Pada hari Obama mengangkat sumpah, Israel mengundurkan semua tenteranya dari Gaza. Adakah ini merupakan perancangannya untuk menghancurkan Gaza pada hari-hari akhir pemerintahan Bush? Kemudian serta-merta menghentikan serangan ke atas Gaza apabila Amerika memperoleh Presiden baru. Adakah perkara ini semuanya kebetulan?

Dan pada keesokan harinya juga mungkin kebetulan TV2 pada sebelah malamnya menyiarkan filem The Independence Day, sebuah filem fiksyen sains Hollywood yang sarat dengan mesej patriotisme Amerika. Tentu dalam keadaan banyak umat Islam yang sedang memboikot barangan Israel dan Amerika serta berasa benci terhadap kedua-dua negara, penayangan filem ini menimbulkan rasa serba pelik.

Independence Day dibikin pada tahun 1996. Ia menceritakan bagaimana makhluk asing menakluk planet bumi tetapi berjaya dikalahkan pada 24 Julai iaitu tarikh hari kemerdekaan Amerika. Maka dengan kemenangan itu, 24 Julai turut dihebahkan sebagai hari kemerdekaan bumi. Tidakkah ia mengandungi mesej bahawa Amerika yang menakluk dunia?

Dalam filem itu, kota-kota Amerika diserang teruk oleh kapal angkasa makhluk asing. New York, Washington dan Los Angeles musnah kerana serangan udara makhluk asing yang menggunakan bantuan satelit milik manusia. Maka dibicarakan betapa makhluk asing menggunakan peralatan milik Amerika untuk memusnahkannya.

Pada tahun 1996, Pusat Dagangan Dunia (WTC) belum diserang dan runtuh lagi. Maka dapat dilihat tersergam dua menara itu dalam filem tersebut. Tetapi kapal angkasa makhluk asing memusnahkan bandar-bandar itu termasuk White House. Pada tahun itu tentunya tidak ada sesiapa boleh sangka akan berlaku Peristiwa 11 September pada tahun 2001 di mana WTC runtuh apabila dirempuh oleh kapal terbang penumpang Amerika. Pengganas menggunakan peralatan Amerika untuk memusnahkan negara itu, selain dari WTC, ia juga mensasarkan Pentagon dan White House tetapi gagal.

Namun begitu, melihat filem Independence Day itu, runtuhan yang dilihat daripada bandar New York dan Los Angeles yang diserang oleh makhluk asing mengingatkan para penonton betapa ada persamaan gambaran antaranya dengan kemusnahan Gaza akibat serangan Israel. Bagi rakyat Palestin di Gaza, tentera Israel merupakan makhluk asing yang mahu memusnahkan kehidupan. Dalam cerita itu, Presiden Amerika adalah bekas juruterbang tentera yang cenderung untuk berperang. Tetapi ia memaparkan betapa kejayaan mengalahkan makhluk asing dapat dilakukan hasil daripada kecerdikan buah fikiran seorang penganut Yahudi. Maka idea yang merupakan kunci kemenangan manusia mengalahkan makhluk asing itu pula dilakukan oleh dua wira Amerika, seorang Yahudi dan seorang kulit hitam dilakonkan oleh aktor Will Smith sebagai ketua juruterbangnya. Mungkinkah ia menggambarkan suatu era akan datang di mana pemimpin Amerika yang berkulit hitam bekerjasama dengan pihak Yahudi untuk menentang makhluk asing. Maka adalah kebetulan bahawa tahun 2009 menyaksikan kejayaan Obama sebagai Presiden Amerika dapat dijayakan dengan sokongan lobi Yahudi.

Selain itu, dalam filem Independence Day, tentera bukan Amerika yang membantu dipaparkan datang dari Iraq dan Israel. Ia ditunjukkan melalui bendera mereka di mana tentera kedua-dua negara itu bekerjasama menentang makhluk asing di bawah pimpinan Amerika. Paparan itu merupakan satu ironi kerana ia dibikin lama jauh sebelum Iraq diserang dan ditawan Amerika. Perang Iraq itu berlangsung mulai tahun 2003 dan banyak penganalisis melihat antara sebab ia dilakukan adalah untuk menyelamatkan Israel. Kini Iraq seperti juga Israel adalah sekutu Amerika, suatu yang telah digambarkan oleh filem tahun 1996 itu.

Sememangnya Hollywood gemar mengeluarkan filem bencana dan kemusnahan di mana Amerika digambarkan sebagai sebuah negara baik yang sentiasa diancam. Maka seringkali gambaran pemusnahan ditunjukkan baik melalui bencana alam semula jadi mahupun serangan ketenteraan di pihak luar. Sedangkan pada hakikatnya, Amerika banyak melancarkan serangan terhadap negara-negara lain serta merestui Israel melakukannya terhadap jiran-jirannya.

sumber:/utusanonline.

Tokoh-tokoh Ulamak Kelantan

TazkirahTokoh-tokoh Ulamak Kelantan Marilah sama-sama kita mengenangkan kembali sejarah hidup para alim ulamak dari Kelantan. Seramai dua belas orang tokoh telah dipilih. Kita mulakan dengan kisah dari seorang demi seorang. TOK KENALI (1870 - 1933) Tok Kenali (1870-1933)Tokoh ulama Kelantan paling masyhur, malah termasuk antara ulama besar Semenanjung Melayu. Sezaman dengan Tuan Husein Kedah, Pak Wan Sulaiman (Syeikhul Islam Kedah), Haji Abdullah Fahim (Mufti Pulau Pinang), Haji Abu Bakar Alim (Muar), Haji Mat Shafie Losong (Terengganu) dll. Guru pondok yang sangat dihormati, bahkan hingga sekarang pun namanya masih menjadi bualan dan disebut ramai. Nama sebenar tokoh pendidik yang dilahirkan di Kg. Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu pada 1287H/1870M ini ialah Haji Mohd. Yusoff Ahmad. Menuntut di Makkah selama 22 tahun (1305H – 1327H). Sangat alim dalam ilmu tatabahasa Arab (nahu/soraf), malahan beliaulah yang merintis kemasukan mata pelajaran ini ke dalam kurikulum pengajian pondok (sebelum ini, tertumpu pada usuluddin, fiqh dan tasawuf sahaja). Walaupun Tok Kenali tidak meninggalkan karya tulis yang besar seperti Tuan Padang, Tuan Tabal dan Tok Wan Ali Kutan, namun beliau berjaya melahirkan satu angkatan ulama pelapis paling berwibawa – bukan sahaja di negeri Kelantan, tetapi juga di luar Kelantan. Antara murid-murid jempolannya termasuklah : Hj. Mat Jebeng (kemanakannya), Hj. Che Mat Padang Mengkali, Lebai Deraman Pasir Mas, Hj. Seman Sering (Syeikh Osman Jalaluddin al-Kalantani), Hj. Yaakub Lorong Gajah Mati, Hj. Abdul Kadir Melor, Hj. Abdullah Tahir Bunut Payong, Hj. Yusoff Padang Bemban, Hj. Awang Lambor, Dato’ Hj. Ahmad Maher al-Azhari, Hj. Ali Pulau Pisang, Hj. Abdul Majid Kayu Rendang, Hj. Mat Pauh, Hj. Awang Serendah, Hj. Daud Bukit Abal, Hj. Awang Beta, Hj. Hamzah Padang Bemban, Hj. Ismail Perol, Dato’ Hj. Ismail Yusoff, Hj. Abdul Rahman Lubok Tapah, Hj. Hasbullah Bot dan Hj. Nor Bot. Manakala dari luar Kelantan pula tersenarai pula nama-nama seperti Hj. Wan Abdul Latif Jerteh, Hj. Zainal Abidin Dungun, Dato’ Hj. Hasan Yunus al-Azhari (Menteri Besar Johor), Dato’ Hj. Abdul Rahim Yunus (Mufti Kerajaan Johor), Hj. Abdul Wahid Osman Sungai Udang, Hj. Ibrahim Bongek Rembau, Syeikh Mohd. Idris al-Marbawi al-Azhari Kuala Kangsar, Hj. Osman Bukit Besar, Hj. Abdullah Abbas Nasution Jitra, Hj. Bahauddin Sumatera Jeneri, Hj. Hasan Lampung, Hj. Yaakub Legor dan Tok Lata (Patani). Di samping itu, dua orang putera Tok Kenali sendiri – Tuan Guru Hj. Ahmad dan Syeikh Mohd. Saleh Kenali (menetap di Makkah) – juga tergolong ulama dan pendakwah yang berjasa besar. Nyatalah rumusan yang menyebut Kelantan sebagai “Serambi Mekah” itu sangat terkait dengan kehebatan dan kemasyhuran nama Tok Kenali. Tok Kenali kembali ke rahmatullah di kediamannya pada pukul 7.30 pagi Ahad 2 Syaaban 1352 bertepatan 19 November 1933 dan dikebumikan di Kubang Kerian. HAJI YAAKUB LORONG GAJAH MATI (1895 – 1956) Haji Yaakub Lorong Gajah Mati (1895-1956)Salah seorang guru agama paling terkemuka di Kota Bharu pada suku kedua abad ke-20 Masihi. Murid kanan Tok Kenali yang sebarisan dengan Haji Saad Kangkong, Haji Ali Pulau Pisang, Haji Abdullah Tahir Bunut Payong, Haji Mat Jebeng, Haji Ahmad Batu Tiga Repek dll. Nama lengkap tokoh ulama yang berkediaman di Lorong Gajah Mati, Kota Bharu ini ialah Haji Yaakub bin Haji Ahmad. Kerjaya awalnya bermula sebagai kerani di Mahkamah Syariah Kota Bharu dan pernah ditugaskan mengambil peringatan mesyuarat Jemaah Ulama Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK). Mulai 1 April 1922, dilantik sebagai guru di Madrasah Muhammadiah (Sekolah Melayu Majlis) dengan gaji permulaan $20 sebulan. Selepas 15 tahun (mulai 1 Julai 1938), bertukar menjadi guru kitab di Masjid Muhammadi (nama rasmi Masjid Besar Kota Bharu) yang berperanan sebagai pusat pengajian pondok terpenting di Kelantan ketika itu. Gajinya meningkat ke $28 sebulan. Seterusnya mulai 1 Januari 1940, bertukar ke Jami’ Merbau al-Ismaili (nama awal Maahad Muhammadi) apabila pengajian kitab di Masjid Muhammadi berpindah ke situ. Gaji bulanannya sejak awal 1940 ialah $34 dan beliau kekal berkhidmat di situ sehingga 1945. Antara murid-murid harapannya tersenarailah nama-nama seperti Tuan Guru Dato’ Hj. Nik Abdul Aziz (Menteri Besar Kelantan sekarang), Dato’ Hj. Ismail Yusoff (bekas Mufti Kerajaan Kelantan), Tuan Guru Engku Hj. Syed Hasan Lemal, Tuan Guru Hj. Awang Nuh Beris Kubor Besar, Ustaz Wan Mohd. Saghir Kg. Baru, Pasir Pekan, Tuan Guru Hj. Abdul Wahid Sungai Udang (Melaka) dan Tuan Guru Hj. Ahmad Osman, Hutan Palas, Bukit Keplu, Kodiang (Kedah). Kewibawaan dan pengalaman luasnya sedemikian melayakkan beliau dilantik menganggotai Jemaah Ulama MAIK (seawal 1932) beberapa penggal. Pada mulanya beliau termasuk pengikut Sidi Muhammad al-Azhari (pengembang tarekat Ahmadiyah di negeri Kelantan), tetapi kemudian mengubah sikap, iaitu setelah beliau berdamping dengan Maulana Tok Khurasan, guru perintis ilmu hadith di Kelantan. Tuan Guru Haji Yaakub meninggal dunia di Kota Bharu pada waktu fajar hari Sabtu 6 Jamadilawal 1376 bersamaan 8 Disember 1956 dengan meninggalkan, antara lain, tiga orang putera yang dikenali ramai :- • Dato’ Haji Che Husain (ahli perniagaan) – pewakaf Masjid al-Muttaqin di Lundang dan Masjid al-Ihsan di Dusun Muda, Kota Bharu; • Hj. Hasan (pengasas Pustaka Aman Press, Kota Bharu); • Ustaz Yusoff Zaky @ Dato’ Sri Setia Raja (pengarang terkemuka, pengasas Pustaka Dian, Kota Bharu). HAJI ABDUL MALEK SUNGAI PINANG (1834 – 1934) Haji Abdul Malek Sungai Pinang (1834-1934)Tokoh guru pondok akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 yang seangkatan dengan Tok Mesir, Tok Ayah Kerasak, Haji Nik Mat Dagu dan Haji Ismail Pengkalan Paung. Rakan akrab Haji Abdul Latif Jalaluddin (Bilal Masjid Kayu Kota Bharu). Nama penuhnya ialah Haji Abdul Malek bin Hasan. Lahir di Kg. Sungai Pinang, Tumpat sekitar 1834 dari kalangan keluarga yang sangat miskin. Menuntut ilmu di Patani dan kota suci Makkah selama 14 tahun. Beliau masyhur alim Quran dan kitab Jawi. Selain mengajar al-Quran dan kitab Jawi beliau banyak terlibat dalam usaha membanteras amalan khurafat dan syirik, termasuk memuja kubur serta amalan ilmu sihir. Di peringkat negeri pula, beliau turut tersenarai dalam panel ulama yang dijadikan pakar rujuk oleh Sultan Mansor Ibn Sultan Ahmad (dekad 1890-an) dalam menguatkuasakan undang-undang Islam seperti hukuman hudud kepada pencuri dan pembunuh (diarak keliling pekan), hukuman ta’zir kepada orang yang tidak berpuasa dan tidak menutup aurat (dilumur belaking). Kebanyakan murid-murid Tuan Guru Haji Abdul Malek diberkati Allah dengan ilmu mereka serta berjaya melahirkan barisan pendidik pelapis pada zaman masing-masing. Antara murid-murid kenamaannya : Tok Jerulong @ Haji Mohd. Said Muhammad, Haji Samat Hasan Padang Chenok, Haji Che Mat Taib Pasir Pekan Hilir, Haji Ismail Musa Temangan, Haji Wan Abdullah Kg. Chap/Sungai Pinang, Wak Haji Khatib Ahmad Bemban/Binjai, Tok Kedah @ Haji Idris Penggawa Kangkong, Haji Mahmud Ali (Imam Kangkong), Haji Daud Saamah (bapa kepada Tuan Guru Haji Saad Kangkong), Haji Mohd. Akib Ismail Kg. Kelar, Tuan Guru Haji Ali Pulau Pisang, Tuan Guru Haji Abdullah Senik (pengasas Pondok Padang di Pasir Mas), Tuan Guru Haji Wan Ahmad Abdul Halim (pengasas Pondok Padang Jelapang), Tuan Guru Haji Abdul Rahman Osman (pengasas Pondok Selehong), Tuan Guru Haji Yusoff Abdul Rahman (pengasas Pondok Pulau Ubi), Haji Ibrahim Tok Raja (Mufti Kerajaan Kelantan) dan Haji Seman Sering (kemudian lebih terkenal dengan nama Syeikh Osman Jalaluddin al-Kalantani). Datuk kepada Dato’ Dr. Nik Safiah Karim (Profesor Adjung di Universiti Malaya) ini kembali ke rahmatullah di Sungai Pinang pada malam Rabu 11/12 Ramadhan 1353 bersamaan 18 Disember 1934. HAJI ISMAIL PONTIANAK (1882 – 1950) Haji Ismail Pontianak (1882-1950)Tokoh ulama’ perantau. ‘Khatib Masjib Muhammadi dekad 1940-an yang paling popular. Lahir sezaman dengan Mufti Haji Idris , Dato’ Perdana Haji Nik Mahmud, Tok Seridik dan Syeikh Osman Jalaluddin al-Kalantani. Nama penuhnya ialah Haji Ismail bin Abdul Majid, tetapi lebih dikenali dengan panggilan Haji Ismail Pontianak kerana lamanya beliau berkelana dan bermastautin di Pontianak (Kalimantan Barat), bahkan pernah dilantik menjadi Mufti Kerajaan Pontianak – berkhidmat selama suku abad (1910 – 1935). Meskipun demikian, Haji Ismail akhirnya kembali menetap di Kelantan. Kerjaya awal tokoh lepasan Makkah ini dalam perkhidmatan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) bermula pada 1 Januari 1940 apabila beliau dilantik menjadi guru kitab di Jami’ Merbau al-Ismaili dengan gaji permulaan $47.50 sebulan. Selanjutnya, beliau dipilih menganggotai Jemaah Ulama’ MAIK (10 April 1940 hingga 8 Februari 1947). Selain daripada itu, dilantik sebagai Penterjemah Arab (semenjak 1 Julai 1941). Zaman gemilang perkhidmatannya bermula pada 1 Mei 1943 apabila beliau dilantik menjadi Khatib di Masjid Muhammadi, Kota Bharu. Berbeza dengan tok-tok khatib sebelumnya yang masih terikat dengan nota atau teks Arab sepenuhnya, Haji Ismail memperkenalkan khutbah tanpa teks di tangan. Kepetahan beliau menyampaikan khutbahnya secara spontan, dalam bahasa ibunda pula, terbukti sangat berkesan. Walaupun khutbahnya agak panjang, tetapi ahli jemaah tidak bosan. Ini kerana beliau bijak menyusun kata, pandai menyelit ungkapan bahasa “segar”, bersesuaian dengan suasana yang mampu membuat sidang hadirin tidak jemu atau mengantuk. Beliau bukan sahaja popular di kalangan ahli jemaah dan anak-anak muridnya, malah sangat disenangi oleh Sultan Ibrahim sehinggalah dilantik menjadi guru agama merangkap Imam di Istana baginda. Khatib panutan ini meninggal di rumahnya, Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu pada tengah malam Isnin 18 Muharram 1370 bersamaan 19 Oktober 1950 dan dikebumikan di Kg. Labok, Machang – kampung asalnya. Satu-satunya pusaka penulisan beliau yang diketahui sempat dicetak edar ialah Kitab Pedoman Kemuliaan Manusia (cetakan pertama 1938), setebal 320 muka iaitu sebuah karya “bunga rampai”. - Ismail Che Daud HAJI ALI PULAU PISANG (1899 – 1968) Haji Ali Pulau Pisang (1899-1968)Salah seorang guru pondok pertengahan abad ke-20 yang paling ternama di Kelantan. Murid harapan Tok Kenali terkanan yang mewarisi ilmu tatabahasa Arabnya. Seangkatan dengan Haji Abdullah Tahir Bunut Payong, Haji Yaakub Lorong Gajah Mati, Haji Saad Kangkong, Haji Awang Lambor dan Haji Awang Serendah. Rakan akrab Ayah Chik @ Lebai Omar Kubang Tuman. Nama penuh tokoh ulama’ kelahiran mukim Pulai Pisang, daerah Badang, Kota Bharu ini ialah Haji Mohd. Ali Solahuddin bin Awang. Ibunya bernama Wan Kalsom. Beliau adalah anak ketiga daripada 9 beradik. Selain Tok Kenali, guru-guru tempatan lainnya termasuk juga Haji Abdul Malek Sungai Pinang, Haji Yusoff Sungai Pinang (kemudian lebih dikenali dengan nama Tok Pulai Ubi), Tok Kemuning (di Pulau Kundor), Haji Omar Sungai Keladi, Pak Chik Musa, Haji Yaakub Legor dan Haji Ahmad Hafiz. Namanya “timbul” kerana kealimannya dengan ilmu soraf (cabang tatabahasa Arab) sehingga digelar “Tok Sibaweh”. Tidak hairanlah jika Madrasah al-Falah (nama rasmi Pondok Pulau Pisang) yang dibangunkan beliau di Telok Chekering, Pulau Pisang senang menjadi tarikan para pelajar pondok. Sementelahan pula seawal 1932 lagi, Haji Ali dipilih menganggotai Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) yang dipengerusikan oleh Dato’ Haji Ahmad Maher al-Azhari (Mufti Kerajaan Kelantan). Berikutan dengan kematian Haji Saad Kangkong (1943), beliau dipinjam sebagai guru agama Kelas Khas di Jami’ Merbau al-Ismaili (pusat pengajian ilmu-ilmu Islam berbentuk sekolah pertama di Kelantan) yang menampung ramai pelajar elit dari dalam dan luar Kelantan pada awal dekad 1940-an; berkhidmat sehingga 1 Mac 1946. Selepas itu kembali semula ke kampus Masjid Muhammadi. Antara murid-murid jempolannya Dato’ Haji Ismail Yusoff (Mufti Kerajaan Kelantan), Ustaz Dato’ Yusoff Zaki Yaakub (pengarang terkemuka dan penterjemah Tafsir fi Zilal al-Quran, Ustaz Ismail Yusoff (Imam Waktu Masjid Muhammadi), Ustaz Wan Mohd. Saghir Wan Konok Pasir Pekan, Ustaz Azhari Abdul Rahman Melor, Hj. Abdul Aziz dan Hj. Mustafa Pasir Tumboh, Hj. Zakaria Selising, Hj. Daud Geting, Hj. Daud Perakap, Hj. Nik Daud Tanah Merah, Hj. Wan Abdul Latif Jerteh, Hj. Abdul Wahid Sungai Udang (Melaka), Hj. Abdul Rashid Bagan Datok Perak dan Hj. Abdullah Abbas Nasution Tanjung Pauh (Kedah). Ulama’ kesayangan Dato’ Mufti Haji Ahmad Maher ini kembali ke rahmatullah di kediamannya di Kg. Limau Putenge, Pulau Pisang pada pukul 7.05 pagi Khamis 11 Rejab 1388 bersamaan 3 Oktober 1968 dengan meninggalkan dua buah karya bercetak yang mengupas tentang ilmu soraf dan terjemahan Surah Yasin. -Ismail Che Daud TOK SELEHONG (1872 – 1935) Tok Selehong (1872-1935)Tokoh Guru Pondok paling terkemuka di Jajahan Tumpat selepas zaman Haji Abdul Malek Sungai Pinang. Seangkatan dengan Tok Kenali, Tok Padang Jelapang, Tok Bachok, Tok Seridik dan Tok Kemuning. Nama sebenarnya ialah Haji Abdul Rahman bin Haji Osman. Kadang-kadang dipanggil juga dengan nama Haji Abdul Rahman Syair atau Tok Syair kerana kepandaiannya mengarang syair. Seorang daripada guru awalnya tentulah Haji Abdul Malek Sungai Pinang yang berdekatan dengan kampungnya. Kemudian menyambung belajar di Pondok Cha-ok, Patani berguru dengan Tok Cha-ok @ Haji Abdullah bin Mohd. Akib. Akhir sekali pergi mendalami pengajian di kota Makkah – berguru dengan Pak Chik Wan Daud Patani, Tuan Mukhtar Bogor, Tok Shafie Kedah dan ramai lagi. Selepas 18 tahun bermukim di tanah suci Makkah, pulang ke tanah air (1921) lalu mengasas pusat pengajian pondok sendiri di pinggir Sungai Selehong. Di pondok inilah beliau mengajar dan mengembangkan pondoknya yang sangat dikenali ramai pada zaman itu. Bidang ilmu yang sangat ditumpukannya ialah ihsanuddin atau tasawuf dengan Syarh Hikam Ibn Ata’Allah sebagai teks utama. Tok Guru Selehong masyhur sebagai ahli sufi yang zahid. Bagi tujuan supaya hatinya tidak tertambat kepada dunia, beliau menggali sebuah lubang khas dalam kawasan tanah perkuburan Islam berhampiran Pondok Selehong yang dijadikannya semacam kamar khusus tempat beliau beribadat dan bersuluk. Hobi tok guru yang pandai bersilat ini pun agak aneh. Beliau bukan sahaja sering keluar memikat ikan dan berburu rusa, malahan meminati haiwan yang cantik-cantik seperti kuda, biri-biri jantan, ayam jantan laklung persis orang pilihara ayam serama zaman kini. Bapa mertua kepada Tuan-tuan Guru Haji Ahmad Bat Tiga Repek dan Haji Awang Beta ini kembali ke rahmatullah pada jam 8.30 malam Khamis 18 Zulkaedah 1353 bersamaan 20 Februari 1935 dan dikebumikan di Kubor Selehong, Tumpat. Kegiatan dakwah Islamiahnya diteruskan oleh murid-muridnya hingga ke hari ini. Antara yang masyhur termasuklah Pak Chu Che Abbas Kelong, Haji Yaakub Kelong, Haji Pak Man Berangan, Haji Che Mamat Kok Keli., Haji Awang Lambor, Haji Yaakub Wakaf Bharu, Haji Abdul Rahman Dalam Pator, Haji Abdul Rahman Tendong, Hj. Abdul Rahman Pohon Tanjung, Hj. Abdullah Tal Tujoh, Hj. Che Mat Padang Upeh, Hj. Abdul Aziz Kg. Tujoh, Hj. Mat Bola Geting, Hj. Saleh Pedada Bunohan, Pak Su Wil Kg. Dangar, Hj. Abdul Kadir Gaal, YB Hj. Muhammad Batu Hitam dan Hj. Wan Abdul Latif Jerteh (Terengganu). - ISMAIL CHE DAUD HAJI ABDULLAH TAHIR BUNUT PAYONG (1897 – 1961) Haji Abdullah Tahir Bunut Payong (1897 – 1961)Salah seorang ulama besar negeri Kelantan yang masyhur alim dalam ilmu fiqh. Pendiri Pondok Bunut Payong yang terkenal ke seluruh Semenanjung itu. Seangkatan dengan Haji Ali Pulau Pisang, Haji Yaakub Lorong Gajah Mati, Haji Saad Kangkong, Haji Ahmad Batu Tiga Repek, Haji Saleh Pedada dll. Dilahirkan di Kg. Sireh, Kota Bharu pada 20 Muharram 1315 bersamaan 20 Jun 1897, Bapanya, Haji Ahmad bin Mohd. Zain yang berasal dari Kg. Chepa, Kedai Lalat pernah berkhidmat sebagai Imam Tua di Masjid Langgar, Kota Bharu (berkhidmat sehingga 1920). Sesudah berguru selama 15 tahun dengan Tok Kenali, beliau belayar ke tanah suci Makkah mendalami pengajiannya. Antara lain mengikuti kuliah Tuan Mukhtar Bogor, Syeikh Said al-Yamani, Syeikh Mohd. Ali al-Maliki dan beberapa tokoh yang lain lagi. Sekembali ke Kelantan, beliau diminta menyertai kumpulan tenaga pengajar Halaqat Kitab di Masjid Muhammadi, Kota Bharu. Bagaimanapun, khidmatnya tidak lama kerana pada 1931, beliau memulakan kegiatan keguruannya sendiri di Bunut Payong yang diberi nama Madrasah Ahmadiah. Madrasah ini kemudian terkenal ke seluruh pelosok Semenanjung Melayu sebagai pusat pengajian pondok yang berprestasi tinggi di Kelantan. Di Pondok Bunut Payong inilah Tuan Guru Haji Abdullah Tahir mengajar kitab hingga ke akhir hayatnya. Beliau terkenal sebagai seorang tok guru yang tekun mengajar serta mengamalkan disiplin diri yang keras lagi tegas. Kerana kegigihannya yang sedemikian maka tidak peliklah jika Pondok Bunut Payong berjaya melahirkan ramai murid berilmu tinggi seperti Hj. Husain Rahimi, Hj. Nik Man Sungai Budor, Hj. Abdul Aziz Pasir Tumboh, Hj. Ismail Padang Lepai, Hj. Abdullah Kok Lanas, Hj. Omar Kubang Bemban, Hj. Abdul Rahman Slow Machang, Hj. Wook Lubok Chekok, Hj. Noor Teliar, Hj. Saulaiman Siram, Hj. Daud Bukit Bunga, Hj. Yaakub Kelong, Hj. Ghazali Pulai Chondong, Hj. Zakaria Selising, Hj. Osman Perlis, Hj. Ahmad Kodiang, Hj. Yahya Joned Gurun, Hj. Ibrahim Bongek, Hj. Abdul Wahid Sungai Udang, Hj. Husain Umbai, Hj. Ahmad Relai, Hj. Hasanuddin Berhala Gantang, Hj. Ismail Phuket, Hj. Ghazali Mundok. Kerana ketokohannya juga beliau dilantik menganggotai Jemaah Ulama Majlis Agama Islam Kelantan beberapa penggal (seawal 1932). Kematian Fuqaha’ ini pada pukul 7.20 pagi Selasa 4 Rabiulawal 1381 bersamaan 15 Ogos 1961 menyebabkan negeri Kelantan kehilangan seorang tokoh ilmuan yang menerangi budaya ilmu dan dakwah Islamiahnya. - ISMAIL CHE DAUD HAJI DAUD BUKIT ABAL (1906 – 1976) Haji Daud Bukit Abal (1906-1976)Syeikh tarekat Ahmadiyah terpenting di rantau ini selepas generasi Mufti Haji Wan Musa/Sidi Muhammad al-Azhari/Syeikh Mohd. Said Linggi. Adik kandung Tuan Guru Haji Mat Limbat/Gong Kemudu. Nama penuh ahli sufi ini ialah haji Daud Shamsuddin bin Haji Omar al-Libadi. Lahir di Kg. Kerasak, Limbat, Kota Bharu sekitar 1903. Ibunya, Wan Halimah bt. Hj. Ismail ialah adik kepada Tuan Guru Haji Wan Ahmad bin Haji Ismail (lebih terkenal dengan panggilan Haji Awang Limbat). Manakala bapanya, Haji Omar bin Haji Taib berasal dari Kg. Mentera, Bukit Marak. Antara guru-guru awalnya : Haji Ahmad Limbat, Haji Sulaiman Kubang Kachang, Tok Kenali, Tok Seridik, Haji Omar Sungai Keladi, Haji Nik Abdullah Khatib, Yaakub Legor dan Maulana Tok Khurasan. Di kota Makkah pula, antara lain beliau mendalami pengajiannya dengan Syeikh Omar Hamdan, Syeikh Mohd. Ali al-Maliki, Syeikh Hasan al-Masyat, Syeikh Hasan al-Yamani, Syeikh Muhammad al-Azhari dan Syeikh Mohd. Shafie Kedah (Tok Shafie). Kedua-dua penama akhir inilah yang banyak mencurahkan amalan tarekat Ahmadiyah (termasuk ilmu ihsanuddin) kepadanya. Setelah kembali dari Makkah pada awal 1941, beliau berkebun sambil mengajar agama dibeberapa tempat. Akhir sekali pulang menetap di Bukit Abal, Pasir Puteh lalu berusaha menghidupkan semula sekolah pondok peninggalan bapa mertuanya, Haji Awang Limbat. Peringkat awalnya kurang mendapat sambutan – mungkin kerana namanya belum terserlah. Hanya selepas 1968 barulah majlis ilmunya mula mendapat perhatian ramai. Kupasan ilmu usuluddin, furu’uddin (fiqh 4 mazhab) dan ihsanuddin yang menjurus kepada pengalaman zikir tarekat kemudiannya terbukti sangat popular. Untuk kemudahan murid-muridnya beliau mengulang cetak karyanya sendiri, iaitu Risalat al-Aqaid wa al-Fawaid (cetakan pertama 1956); dan pada awal 1970-an diedarkan pula stensilan Risalat al-Tasawuf yang sempat disusun setakat 8 siri sahaja kerana masalah kesihatannya. Tuan Guru Haji Daud meninggal dunia di Bukit Abal ketika pondoknya sedang berkembang maju, iaitu pada pukul 2 petang Ahad 1 Safar 1396 bersamaan 1 Februari 1976. Warisan ilmunya kini disebarkan pula oleh tokoh-tokoh seperti Tuan Guru Haji Ghazali Tunjong, Pak Da Awang Kampung Pek, Ustaz Mustafa Muhammad al-Ahmadi (pengarang buku Mengenal Diri dan Wali Allah yang sangat popular itu). Ustaz Wan Hasan Muhammad Bukit Tanah (ahli Jemaah Ulama MAIK), Drs. Abdul Rahman Haji Ahmad (Timbalan Ketua Pengelola Dakwah Halaqat Negeri Kelantan) dan Prof Dr. Hamdan Hassan (Universiti Brunei Darussalam). - ISMAIL CHE DAUD HAJI AWANG LAMBOR (1900 – 1963) Haji Awang Lambor (1900-1963)Salah seorang guru pondok yang paling berpengaruh di Jajahan Tumpat pada pertengahan abad ke-20 Masihi. Seangkatan dengan Haji Mohd. Saleh Pedada, Haji Yaakub Kelong, Haji Daud Geting dan Haji Pak Man Berangan. Nama sebenar tokoh ulama’ yang dilahirkan di Kg. Padang Merbau, Lambor, Wakaf Bharu sekitar 1900 ini ialah Haji Abdullah bin Haji Omar. Bapanya Haji Omar bin Haji Abdul Rahman – lepasan pondok di Patani – ialah seorang Khatib di surau mukim Jal Kecik, juga adik kepada Haji Yusoff bin Haji Abdul Rahman, Imam Tua mukim Meranti di Jajahan Pasir Mas. Datuknya, Haji Abdul Rahman yang berasal dari Kota Bharu Reman adalah Imam perintis di surau mukim Jal Kecik. Beliau sendiri bersepupu dengan Hajjah Zainab bt. Hj. Yusoff yang kemudiannya menjadi isteri kepada Tuan Guru Haji Mohd. Zain Meranti, guru awalnya. Seorang sepupunya lagi ialah Haji Ahmad bin Haji Yusoff, Imam mukim Meranti yang meninggal dunia pada 21 Ogos 1961. Juga bertalian dua pupu dengan Tuan Guru Haji Abdullah bin Haji Ali, Kg. Jalah, Bunut Susu (meninggal 2 Ogos 1931). Manakala Pak Chu Haji Mat Saman bin Haji Abu, guru al-Quran ternama di kawasan Lambor/Kubang Batang sebelum Bah Air Merah (1926) itu pula ialah abang iparnya. Kerana latar belakang keluarga yang sedemikian maka tidak hairanlah jika beliau sudah mula terdedah kepada pengajian asas agama sejak kecil lagi. Selepas menuntut beberapa ketika dengan Tok Kenali dan Tok Selehong beliau pergi menamat di kota Makkah selama 9 tahun lagi. Barisan gurunya termasuk Syeikh Omar Hamdan, Tuan Mukhtar Bogor, Tok Senggora, Tok Shafie Kedah, Pak Cik Wan Daud Patani, Haji Sulong Patani, Pak Da Ail Patani dan Syeikh Muhammad bin Syeikh Nik Dir Patani. Pada 1934, pulang ke Kelantan iaitu mendirikan Pondok Lambor yang telah melahirkan tokoh-tokoh seperti Haji Mat Nor Rushdi Haji Awang Gagah (pengasas Pondok Tasat di Legor, Thailand). Haji Wan Mat Wan Saleh (pendiri Pondok Paya Ular di Bunut Susu), Haji Mohd. Nor Haji Abdullah (guru Pondok Teliar), Pak Su Che Wil Haji Abdul Rahman (Imam Tua mukim Delima), Pak Su Loman (Imam Bunut Susu), Haji Yaakub Awang, Kg. Jelutong, Gunong, Bachok dan Haji Che Wil Abdul Latif, Kg. Meranti Besar. Tuan Guru Haji Awang Lambor berpulang ke rahmatullah pada pukul 3 petang Sabtu 27 Zulkaedah 1382 bertepatan 20 April 1963 dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Pondok Lambor, Wakaf Bharu. - Ismail Che Daud MUFTI HAJI WAN MUSA (1875 – 1939) Mufti Haji Wan Musa (1875-1939)Ahli tasawuf berpendirian tegas. Bergiat sezaman dengan Tok Selehong, Haji Che Leh Kg. Laut, Tengku Mahmud Zuhdi (Syeikhul Islam Selangor). Putera kedua Tuan Tabal dan adik kandung Mufti Haji Wan Muhammad, juga abang kepada Haji Nik Abdullah Khatib. Nama penuhnya ialah Haji Wan Musa bin Haji Abdul Samad. Bapanya, Haji Abdul Samad bin Mohd. Saleh al-Kalantani (lebih masyhur dengan gelaran Tuan Tabal) ialah penyebar perintis tarekat Ahmadiyah di rantau ini, juga tergolong ulama pengarang yang banyak menulis kitab Jawi – terpentingnya Minhat al-Qarib (1883). Haji Wan Musa adalah seorang rakan seperguruan Tok Kenali, terkenal dengan fikiran-fikiran yang berani tetapi kontroversi. Namun, beliau terpilih dan ditawarkan jawatan Mufti Kerajaan Kelantan selepas pengunduran Mufti Haji Wan Ishak pada awal 1909. Sikapnya yang tegas serta pandangan-pandangannya yang cenderong kepada reformasi telah menyeret beliau ke kanchah pertelagahan pendapat dengan tokoh-tokoh “Kaum Tua” seperti Haji Omar Sungai Keladi, Haji Ibrahim Tok Raja, Haji Ismail Kemuning dan Haji Ahmad Abdul Mannan. Di luar Kelantan pula, beliau pernah berpolemik dengan Tengku Mahmud Zuhdi al-Fatani – penulis Tazkiyat al-Anzar (1920) yang menghujah balas pendapat Haji Wan Musa. Antara persoalan kontroversi yang berbangkit sehubungan dengan pendapat beliau ialah isu membina masjid dengan harta zakat fitrah, hal muqaranah sembahyang, talqin, kain telekung sembahyang, talfiq mazhab, pemindahan harta wakaf/pusaka dan perbahasan jilatan anjing. Keyakinannya kepada pendapat-pendapat yang pernah diluahkannya serta pertelingkahannya yang lama dengan tokoh-tokoh “Kaum Tua” menyebabkan beliau melepaskan jawatan Mufti pada pertengahan 1916. Sebagai tokoh berwibawa, halaqat pengajian kitab di suraunya di Jalan Merbau, Kota Bharu berjaya melahirkan ramai pendakwah pelapis yang mampu mengajar baik di sekolah pondok mahupun di sekolah moden. Mereka termasuk Hj. Saad Kangkong, Pak Su Wan Adam Kg. Laut, Hj. Mohd. Zain Meranti, Hj. Nik Mat Alim Pulau Melaka, Hj. Abdul Mannan Sumatera, Hj. Abdul Wahid Melaka, Hj. Ahmad Perak dan Hj. Ayyub Kemboja. Putera-putera beliau sendiri pun tergolong alim ulama’ yang disegani. Antara tokoh-tokoh yang dimaksudkan ialah Hj. Nik Abdullah, Hj. Nik Mat Nazir, Hj. Nik Mud, Hj. Nik Leh dan Hj. Nik Mat Din. Pusaka lainnya ialah dua risalah terjemahan yang selesai disusun seawal 1906 lagi. Mufti Haji Wan Musa kembali ke alam baka pada 3.00 petang Sabtu 24 Zulkaedah 1357 bertepatan 14 Januari 1939 dan dikebumikan di tanah perkuburan Kg. Banggol, Jalan PCB, Kota Bharu. - Ismail Che Daud HAJI SAAD KANGKONG (1893 – 1943) Haji Saad Kangkong (1893-1943)Imam waktu perintis di Masjid Besar Kota Bharu. Guru kitab Arab paling muda di Halaqat Kitab Masjid Muhammadi. Rakan setugas Haji Yaakub Legor dan Haji Yaakub Lorong Gajah Mati. Nama penuhnya ialah Haji As’ad bin Haji Daud, berasal dari Kg. Kangkong, Pasir Mas. Beliau tidak jemu-jemu belajar dan mengajar, semenjak muda sampai tua. Guru-guru utamanya termasuk Tok Kenali, Haji Ahmad Hafiz, Mufti Haji Wan Musa dan anaknya, Haji Nik Abdullah. Juga disebut-sebut pernah menuntut di Makkah selama tujuh tahun. Apabila pentadbiran Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) memperkenalkan jawatan Imam Sembahyang Waktu di Masjid Besar Kota Bharu (sekarang Masjid Muhammadi), beliau terpilih sebagai penyandang pertamanya – berkhidmat mulai 19 Jun 1927 hingga 31 Disember 1930, bergaji $15 sebulan. Sepanjang dasawarsa 1930-an beliau bertugas sepenuh masa sebagai guru kitab Arab di Masjid Muhammadi (nama rasmi Masjid Besar Kota Bharu), bergaji $30 sebulan dan meningkat ke $40 apabila bertukar ke Jami’ Merbau al-Ismaili (sejak awal 1941). Haji Saad menggalakkan murid-muridnya supaya membaca akhbar dan majalah bagi menambah ilmu pengetahuan. Antara murid-murid kenamaannya termasuk Dato’ Haji Ismail (Mufti Kerajaan Kelantan), Haji Abdul Rahman Lubok Tapah, Haji Nik Man Sungai Budor, Haji Awang Beta, Haji Yusoff Tasek Berangan, Haji Nik Daud Tanah Merah, Haji Osman Padang Siam, Haji Ibrahim Apa-Apa, Haji Ismail Kg. Talak, Haji Che Mat Padang Upeh, Haji Yaakub Wakaf Bharu, Haji Abdullah Kg. Laut, Hj. Abdullah Aur China, Haji Abdullah Gemuk, Hutan Pasir, Hj. Mohd. Amin Tok Bachok (Qadhi), Haji Mustapha Idris (pesara Timbalan Qadhi Besar Kelantan), Ustaz Haji Wan Ahmad Kg. Menuang, Haji Yaakub Kg. Sireh (Pegawai Agama MAIK), Haji Abdul Shukor Kubang Gendang (kemudian menjadi menantunya), Haji Abdul Wahid Sungai Udang (Melaka), Haji Husain Hafiz Umbai (Melaka), Ahmad Zaini Haji Tahir Asahan (Sumatera) dan Haji Shuaib Ahmad Pulau Kerengga, Marang (Terengganu). Sebagaimana rakan-rakan seperjuangannya beliau turut dilantik menjadi Ahli (Mesyuarat) Majlis Agama Islam Kelantan (1940). Tuan Guru Haji Saad Kangkong ditakdirkan meninggalkan dunia secara mengejut di rumahnya sekitar jam 11.00 pagi 22 Jamadilakhir 1362 bersamaan 26 Jun 1943. Bakat beliau dalam kegiatan dakwah kini diwarisi cucunya, Dr. Abdul Hayei Abdul Shukor (pensyarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya). - Ismail Che Daud SHEIKH OSMAN JALALUDDIN AL-KALANTANI (1880 – 1952) Sheikh Osman Jalaluddin al-Kalantani (1880 – 1952)Salah seorang guru pondok dan ulama’ pengarang tersohor di Semenanjung Melayu pada suku kedua abad ke-20 Masihi. Seangkatan dengan Tok Seridik, Haji Ismail Pontianak, Haji Omar Banggol Kulim, Dato’ Perdana, Haji Mat Jebeng. Beliau bukan sahaja terkenal di Kelantan dan Pulau Pinang, tetapi juga terbilang di Makkah. Nama penuh tokoh ulama kelahiran Kg. Panjang, daerah Sering di sempadan jajahan Kota Bharu/Bachok pada penghujung 1297H/1880M ini ialah Haji Osman bin Muhammad. Lantaran itu pada peringkat awalnya beliau lebih dikenali dengan panggilan Haji Seman Sering. Beliau termasuk dalam kumpulan murid kesayangan Tok Kenali. Juga pernah berguru dengan Haji Jamaluddin Perupok dan Haji Abdul Malek Sungai Pinang. Di Makkah pula, beliau sering mendampingi Tuan Mukhtar Bogor (Syeikh Mohd. Mukhtar bin Atarid) yang ternama itu. Namanya mula “timbul” selepas kejayaan beliau mendirikan Madrasah Manabi’ al-Ulum (1932) di Penanti, Bukit Mertajam. Madrasah ini kemudiannya muncul sebagai pusat pengajian pondok yang paling maju di Seberang Perai, khususnya pada dasawarsa 1930-an dan 1940-an. Sebagai pendidik yang dedikasi beliau banyak menghasilkan karya sendiri dan terjemahan. Syeikh Osman bukan sahaja berhati-hati dalam menghasilkan sesuatu karangan, tetapi juga selalu memilih topik yang berkait rapat dengan persoalan yang dihadapi oleh masyarakat. Kitab al-Durrat al-Nafi’ah (Alamat Kiamat) karangannya meletakkan beliau sebagai sasterawan Islam yang berpandangan jauh kerana ia dianggap buku berbahasa Melayu paling terperinci membicarakan perihal tanda-tanda dunia hampir kiamat. Di samping itu Syeikh Osman kerap berulang-alik ke Makkah dan diberi kepercayaan mengajar di Masjid al-Haram. Sebab itu muridnya ramai. Mereka termasuk Hj. Abdul Rahman Sungai Durian, Hj. Abdul Rahman Lubok Tapah, Hj. Abdullah Lati, Hj. Abdullah Kg. Laut, Hj. Hassan Ketereh, Hj. Abu Bakar Tiu, Hj. Mohd. Ibrahim Akibi Pulau Pinang, Hj. Ismail Merbok, Hj. Husein Umbai, Hj. Abdul Ghani Kubang Bemban dan antara yang masih ada lagi ialah Ustaz Abdul Kadir Kamaluddin (lahir 1921), Ketapang Tengah, Pekan, Pahang. Tokoh yang amat mementingkan istiqamah dan disiplin diri ini ditakdirkan meninggal di tanah suci Makkah waktu fajar hari Jumaat 30 Zulhijjah 1371 bersamaan 19 September 1952. - Ismail Che Daud Badan Kebajikan Sekolah SEK. MEN. KEB. ISMAIL PETRA Kompleks Sekolah-Sekolah, 15300 Kota Bharu, Kelantan. Tel : 09-7481848 Fax : 09-7479936 Email : smkip@hotmail.com

Kes Adun Bota: Fitnah dan hasutan Umno menikam diri - Nik Aziz

KOTA BHARU, 25 Jan (Hrkh) - Penyertaan Adun Bota, Dato' Nasharuddin Hashim, ke dalam Parti KeAdilan Rakyat membuktikan fitnah dan hasutan Umno terhadap Pakatan Rakyat selama ini demi untuk meraih sokongan akhirnya 'menikam' diri.

Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, juga menyifatkan 'penghijrahan' Adun Bota itu sebagai hukuman terhadap pemimpin Umno yang mengecam Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohd Nizar selama ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penyertaan Nasharuddin yang menyertai KeADILan sambil mengucap tahniah di atas tindakan itu.

Sambil melahirkan rasa terharu serta rasa syukurnya, beliau berkata fenomena itu memberi tamparan hebat kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) di mana rakyat semakin menolak mereka.

"Sekiranya sebelum ini angin perubahan telah berlaku kepada rakyat sehingga BN kalah teruk dalam pilihan raya umum lalu, namun perkara yang sama turut berjangkit di kalangan Adun.

"Perkembangan ini amat membanggakan kita dan sewajarnya kita perlu bersyukur kepada Allah di atas kurniaan yang amat besar ini," ujarnya lagi.

Tuan Guru seterusnya berkata, dengan penyertaan itu juga, bererti warga wakil rakyat di kalangan Pakatan Rakyat turut bertambah dan ia akan menjadi benteng pertahanan yang semakin kuat khususnya di Perak.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua anggota dan penyokong Pakatan Rakyat sama-sama mengukuhkan perpaduan di samping menterjemahkan imej yang cukup baik pada masyarakat umum.

"Dengan imej yang baik, bersih selain perjuangan kita yang lebih pada kebajikan berbanding lawan, rakyat termasuk penyokong parti akan tertawan," ujarnya.

Tambahnya, tidak mustahil ada lagi dikalangan Adun BN akan menyertai Pakatan Rakyat sama ada menyertai PAS, KeAdilan atau DAP. - mns_

Jan 23, 2009

Nik Aziz terima serban ganti topi keledar

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju pakaian serban digantikan dengan topi keledar bagi penunggang motosikal yang mahu memakainya, jika ia didapati boleh mencegah daripada kecederaan apabila berlaku kemalangan.

Mursyidul Am PAS itu berkata, jika serban dipakai dengan ikatan kemas dan boleh mencegah kecederaan, ia boleh digantikan dengan topi keledar yang dianggap lebih selamat.

Malah, katanya, topi keledar yang keras itu tidak selamat jika tidak dipakai kemas dan diikat dengan betul.

"Kadang-kadang serban dan semuntal yang diikat kemas lebih selamat, kerana ia lembut apabila berlaku hentakan kuat berbanding topi keledar yang keras itu.

"Topi keledar pun jika tidak dipakai dengan kemas dan diikat dengan betul boleh menyebabkan penggunanya tidak selamat apabila berlaku kemalangan, kerana mudah tercabut atau kecederaan dalaman akibat hentakan kuat," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seorang pelajar sekolah pondok di Pasir Tumboh di sini, pada dua hari lalu dijatuhi hukuman denda RM90 atau penjara dua hari kerana didapati bersalah tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal sebaliknya memakai serban.

Bagaimanapun, pelajar pondok terbabit, Ahmad Nasir Darus, 28, memilih untuk menjalani hukuman penjara dua hari.

Nik Abdul Aziz berkata, umum mengetahui berapa ramai penunggang motosikal yang terbunuh akibat nahas jalan raya walaupun mereka memakai topi keledar sewaktu menunggang motosikal.

Katanya, soal ia merupakan pakaian pak lebai atau golongan haji tidak berbangkit walaupun undang-undang dan peraturan jalan raya mengklasifikasikan begitu dan beliau tidak mahu campur urusan agama dengan peraturan jalan raya.

"Cuma bagi saya, mereka yang memakai pakaian serban tidak harus dikenakan tindakan, jika ia dipakai dan diikat dengan kemas," katanya.

Menurut Nik Aziz, serban bermakna dalam bahasa Melayu asal ialah ikatan kain kepala, seperti juga semuntal bagi pakaian tradisi orang Melayu Kelantan sedikit masa dulu.

Beliau berpendapat, jika masyarakat keturunan Sikh yang memakai serban dan boleh dikecualikan daripada undang-undang jalan raya, tidak ada sebab orang Islam yang memakai serban tidak boleh dikecualikan daripada peraturan itu.

"Saya tidak mahu ganggu soal agama. Lebai atau jahil, bukan boleh dinilai pada pakaian kerana ini mengikut tafsiran masingmasing, kerana ada orang lebai atau haji tetapi tidak pakai serban atau kupiah, dan ada juga yang pakai serban sebesar bakulpun tetapi tidak dianggap lebai," katanya.

Sehubungan itu, beliau mahu kerajaan mengkaji semula peraturan itu bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul seperti apa yang terjadi kepada kes berkenaan. BERNAMA

Jan 21, 2009

Penolong Kanan sekolah diberkas kes rasuah politik

KUANTAN 21 Jan. - Seorang penolong kanan sebuah sekolah di Raub ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang hari ini kerana disyaki terbabit kes rasuah politik.

Guru lelaki berusia 40-an itu ditahan di sekolahnya pada 2.15 petang tadi.

Pengarah SPRM negeri, Sutinah Sutan ketika dihubungi Bernama berkata guru itu akan didakwa esok di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah hotel di ibu negara.

Dia didakwa memberi rasuah RM200 kepada seseorang sebagai dorongan bagi mengundi seorang calon ketua bahagian Umno di Pahang pada pemilihan bahagian itu November tahun lepas. - Bernama

Jan 20, 2009

Dulu dicop 'pengganas, kini Sanjay Dutt bertanding jadi ahli Parlimen

Sanjay Dutt dijangka akan meneruskan legasi peninggalan ayahnya, mendiang Sunil Dutt, juga pelakon ternama Bollywood, yang pernah terjun ke arena politik satu ketika dulu.

SETELAH pelakon veteran Amitabh Bachchan membuka jalan menjadi ahli politik pada satu ketika dulu, kini giliran Sanjay Dutt pula mempertaruhkan popularitinya untuk bergelar ahli Parlimen.

Pelakon Bollywood popular yang pernah dikaitkan dengan serangan militan di Mumbai pada tahun 1993 itu, dilaporkan akan bertanding untuk Parti Samajwadi (SP) bagi kawasan Parlimen Lok Sabha bagi negeri Lucknow.

Sanjay Dutt mempunyai peluang cerha memenangi kerusi Parlimen di Lucknow. Kelihatan beliau diarak dengan penuh istiadat dan suasa meriah di kawasan Lucknow dan sempat bermesra dengan penduduk di sana.

Pada minggu lepas, ketika membuat pengumuman akan bertanding dalam satu sidang akhbar, Dutt telah diarak dengan penuh istiadat dalam keadaan suasana yang sangat meriah di kawasan Lucknow dan sempat bermesra dengan penduduk di sana.

Sanjay dijangka akan meneruskan legasi peninggalan ayahnya, mendiang Sunil Dutt, juga pelakon ternama Bollywood, yang pernah terjun ke arena politik satu ketika dulu.

Namun, desas-desus mengatakan bahawa Dutt teragak-agak membuat keputusan untuk bertanding sebelum ini, seandainya bekas Perdana Menteri Atal Behari Vajpayee, akan turut bertanding sama.

Atas dasar hormat, beliau tidak ingin meneruskan niatnya sekiranya Vajpayee, yang dianggap sebagai figura ayah, turut bertanding sama.

Aura seorang bintang Bollywood yang akan terjun ke bidang politik.

Namun menurut Setiausaha Agung SP, Amar Singh, beliau yakin Vajpayee tidak berminat untuk bertanding. Setelah mendengar pengesahan itu, barulah Dutt bersetuju.

Dalam sidang akhbar tersebut, Dutt melahirkan rasa terkilannya apabila dia pernah dilabelkan sebagai teroris (pengganas).

Kes tersebut dilalui Dutt 17 tahun yang lampau ketika ayahnya masih bergelar ahli politik.

"Waktu itu, saya tahu ayah saya cukup kecewa. Ayah saya tahu saya tidak bersalah dan dia mahu mendengar verdik itu tetapi sayangnya bapa saya meninggal dunia tanpa mengetahui perkara yang sebenarnya, yang saya bukan seorang teroris," jelas Dutt yang cukup terkenal dengan filem 'Munnabhai' dan beru mendirikan rumahtangga dengan Manyata.

Dutt, bagaimanapun, melahirkan rasa lega apabila Setiausaha Agung Parti All-India Congress membuat kenyataan bahawa beliau bukan seorang pengganas.

Sanjay Dutt mempunyai peluang cerah untuk menang kerana beliau disifatkan sebagai simbol perpaduan Hindu-Muslim di Lucknow.

"Untuk pertama kalinya seorang wakil Parti All-India Congress membuat kenyataan demikian. Seandainya ayah saya masih hidup hidup tentu dia gembira mendengar berita tersebut," jelas Dutt yang sebelum ini agak kecewa dengan Parti All-India Congress tapi tetap sabar dengan segala kerenah dan tohmahan.

Dutt mempunyai peluang cerah untuk menang kerana beliau disifatkan sebagai simbol perpaduan Hindu-Muslim di Lucknow.

Dan kini setelah namanya dibersihkan dari label 'pengganas', Dutt hanya perlu menghadapi tuduhan memilikki senjata api sahaja.

PAS ucap terima kasih kepada semua

KUALA TERENGGANU, 20 Jan (Hrkh) - PAS Terengganu khasnya merakamkan ucapan terima kasih dengan seribu penghargaan kepada semua ahli parti, para petugas, jentera PAS, rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat seperti Parti KeADILan Rakyat (KeADILan)), DAP, Kelab Penyokong PAS dan para pengundi khususnya di Kuala Terengganu.

Ucapan penghargaan itu kerana semua pihak yang terlibat bekerja dan berusaha bagi memenangkan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil kali ini.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut melahirkan rasa terharu dengan sokongan serta bantuan semua pihak bekerja bagi memenangkan PAS dalam pilihan raya kecil ini.

"Saya hendak ambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak, kepada SPR, kepada polis dan khususnya kepada para pengundi yang telah pun memberikan kepercayaan dan mandat untuk kita (PAS) menang dalam pilihan raya ini.

�Begitu juga kepada petugas-petugas dari semua parti yang terlibat dalam Pakatan Rakyat seperti Parti KeADILan Rakyat, DAP dan PAS," jelasnya.

Menurutnya, bantuan petugas bagi menggerakkan jentera parti bukan sahaja dari negeri ini tetapi termasuk di luar Terengganu yang datang membantu.

"Mereka yang datang bukan sahaja dari Terengganu tetapi dari seluruh negara yang bekerja sepanjang masa.

�Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan Insya-Allah, saya akan cuba mengambil masa untuk jelajah ke seluruh negara dan mengadakan ceramah-ceramah di seluruh negara," jelasnya.

Katanya, kehadiran para petugas PAS dan Pakatan Rakyat dari luar Terengganu yang begitu ramai dengan mengorbankan masa, tenaga dan kewangan.

Menurutnya, pada peringkat awal ini diatur program menyambut kesyukuran di atas kemenangan di setiap Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Unit Peti Undi (UPU) dalam negeri terlebih dahulu. - mns_

Jan 19, 2009

“Selamat Jalan Perantau, Lain Kali Undi PAS Lagi”

Walaupun baru sehari mencapai kemenangan dan belum mengangkat sumpah sebagai anggota Parlimen, Mohd Abdul Wahid Endut telah menunaikan tanggungjawab berkhidmat untuk rakyat.

Walaupun baru sehari mencapai kemenangan dan belum mengangkat sumpah sebagai anggota Parlimen, Mohd Abdul Wahid Endut telah menunaikan tanggungjawab bertemu dengan rakyat dan berkhidmat untuk rakyat.

“Selamat Jalan Perantau, Lain Kali Undi Lagi”

Rusila – Seramai lebih 150 orang anak-anak Terengganu yang bekerja di Lembah Kelang Kuala Lumpur memulakan perjalanan kembali, setelah pulang ke Kuala Terengganu semalam untuk mengundi dalam Pilihanraya Kecil Parlimen (PRK) Kuala Terenganu. Bagi mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka, calon Pakatan Rakyat dari PAS yang menang PRK Kuala Terengganu hadir sendiri dan bersua muka dengan mereka sebelum berangkat.

Walaupun baru sehari mencapai kemenangan dan belum mengangkat sumpah sebagai anggota Parlimen, Mohd Abdul Wahid Endut telah menunaikan tanggungjawab berkhidmat untuk rakyat.

Beliau yang ditemui diperkarangan Masjid Rusila berkata beliau telah pun menerima jemputan beberapa Unit Peti Undi yang mengadakan majlis kesyukuran.

”Beberapa Peti Undi adakan majlis kesyukuran, antaranya Gong Tok Nasek buat jamuan tengahari ini,

”pagi tadi dah pergi ziarah orang meninggal di Losong, petang ni ada yang berhajat bercukur anak, hantar ’baby’ mereka kerumah,” katanya kepada Buletinonline.

http://buletinonline.net

Jan 18, 2009

Nik Aziz ingatkan pemimpin PAS jangan keluar kenyataan angkuh

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta pemimpin PAS dan komponen Pakatan Rakyat tidak mengeluarkan kenyataan yang angkuh berikutan kemenangan PAS pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu semalam.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, mengeluarkan kenyataan negatif seperti itu tidak akan membawa gambaran yang baik kepada parti dan menjejaskan persepsi masyarakat terhadap PAS.

"Jangan buat kenyataan yang boleh melukakan hati pihak lawan kerana tujuan kita buat kerja (memperjuangkan parti) adalah kerana dakwah.

"Kalau dia (pihak lawan) terluka, kita nak paut (pikat semula) dia tidak boleh. Jadi kita kena ingat, kerja kita adalah untuk akhirat," katanya di sini hari ini.

Barisan Nasional (BN) gagal mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu apabila calonnya Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh tewas kepada calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dengan majoriti 2,631 undi pada pilihan raya kecil kawasan itu semalam.

Calon Bebas Azharudin Mamat @ Adam hanya memperoleh 193 undi dan hilang wang pertaruhan.

Nik Abdul Aziz yang bersyukur dengan kemenangan PAS itu berkata kemenangan itu adalah petanda perjuangan PAS mula difahami oleh semua kaum termasuk penyokong DAP.

Beliau berkata ini menunjukkan yang mereka memahami bahawa PAS dan Islam tidak menolak kemajuan seperti digembar-gemburkan oleh pihak tertentu sebelum ini.

Ini dibuktikan sendiri dengan kemajuan dan pembangunan yang dibawa PAS di Kelantan mengikut acuan Islam sejak 1990, katanya. BERNAMA

Mahathir: Berubah jika mahu BN menang PRU ke-13

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata Barisan Nasional (BN) perlu melakukan perubahan jika parti itu jika ingin memastikan kejayaan dicapai dalam pilihan raya akan datang.

Menurutnya kekalahan BN di tangan PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu semalam adalah berpunca daripada kebencian rakyat terhadap kepimpinan parti itu.

"Semua orang tak suka kepada Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) dan calon pilihannya.

"Sebahagian daripada sebab mereka tidak meyokong (BN) ialah kerana mereka tidak suka kepada calonnya," katanya dalam sidang media selepas merasmikan program Kempen Selamatkan Rakyat Palestin anjuran Gabungan Badan Bukan Kerajaan Malaysia Menentang Penindasan Rakyat Palestin di sini hari ini.

Jelas beliau lagi pada dasarnya kedua-dua parti iaitu BN dan PAS mempunyai masalah mereka yang tersendiri.

"Namun masalah BN ini ialah meletakkan calon yang tidak disukai oleh orang ramai semata-mata kerana dia ialah calon Pak Lah.

"Mereka juga tidak suka kepada PAS dan mereka terpaksa membuat pilihan dan saya fikir mereka seperti pilihan raya umum Mac 2008, pilihan mereka ialah untuk menolak BN kerana mereka tidak suka kepada kepimpinan BN lebih daripada mereka tidak suka kepada parti-parti lawan," katanya.

Beliau berkata antara langkah yang wajar dilakukan BN bagi mengembalikan sokongan rakyat ialah dengan menyingkirkan pemimpin yang tidak diterima oleh rakyat dan terlibat dengan rasuah.

"Tapi apa yang kita lihat pemimpin yang tidak dipercayai serta terlibat dengan rasuah, mereka masih dipilih sebagai calon dalam pemilihan Umno.

"Jika mereka dipilih sebagai calon dan menang, dan selepas menang mereka menjadi anggota pentadbiran kerajaan, BN akan tewas dalam pilihan raya ke-13... kalau nak menang, singkir dan jangan pilih mereka," katanya.

Bagaimanapun menurut bekas Presiden Umno itu, jika golongan pemimpin yang terlibat dengan rasuah itu masih dipilih sebagai pemimpin Umno, mereka tidak seharusnya dipilih untuk menyertai Kabinet.

Ditanya sama ada kekalahan BN di Kuala Terengganu akan memberi cabaran dan kesan terhadap pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang akan mengambil alih kepimpinan kerajaan daripada Abdullah Mac ini, beliau berkata Najib tidak akan dipersalahkan dalam kekalahan tersebut.

"Kekalahan di Kuala Terengganu bukan disebabkan Najib, ini sebab Pak Lah...Najib tak akan dipersalahkan.

"Tapi jika Najib terus memilih pemimpin yang rasuah, saya fikir beliau juga akan tewas dalam pilihan raya nanti," katanya.

Jan 17, 2009

BN kini tinggal 137 kerusi Parlimen

Barisan Nasional (BN) kehilangan satu lagi kerusi Parlimen apabila calonnya, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh gagal mempertahankan kerusi Kuala Terengganu dalam pilihanraya kecil yang diadakan hari ini. Sebelum ini, BN kehilangan dua kerusi Parlimen apabila Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil tindakan keluar dari gabungan tersebut. Dengan itu, BN kini mempunyai 137 kerusi di Parlimen. Ekoran kemenangan hari ini, PAS pula kini mempunyai 23 kerusi Parlimen.

Dalam pilihanraya kecil hari ini, calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut menang dengan majoriti 2,631 undi. Beliau mendapat 32,883 undi manakala Wan Ahmad Farid mendapat 30,252 undi. Calon bebas, Calon bebas, Azharudin Mamat pula mendapat 193 undi. Seramai 79.3 peratus pemilih keluar mengundi hari ini. Pengundian di 144 saluran di 36 pusat pengundian bermula pada jam 8 pagi dan ditutup tepat jam 5 petang. Pengumuman rasmi keputusan pilihanraya tersebut diumumkan oleh pegawai pengurus pilihanraya, Wan Mustapha Wan Hassan pada jam 9.29 malam. Pilihanraya kecil itu diadakan berikutan kematian Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail di Institut Aminudin Baki, Genting Highlands pada 28 November lalu. Dalam pilihanraya umum lalu, Allahyarham Razali menewaskan calon PAS, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf dengan majoriti 628 undi.

Dengan itu, pembangkang pula kini mempunyai 82 kerusi Parlimen dan tiga calon bebas - Datuk Ibrahim Ali dan dua ahli Parlimen SAPP.

Selepas pilihanraya umum lalu, BN memenangi 140 kerusi Parlimen, PKR (31 termasuk kerusi PSM), DAP (28) dan PAS (22).

Anwar: Tanda rakyat dahagakan perubahan...

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucap tahniah dan syabas kepada calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut dan seluruh jentera Pakatan Rakyat yang berkempen untuk menjamin kemenangan Pakatan di Kuala Terengganu. "Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, Pakatan Rakyat berjaya menambah satu lagi kerusi di Dewan Rakyat, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 82 kerusi," katanya dalam satu kenyataan. "Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setingi-tinggi penghargaan kepada para pengundi Kuala Terengganu kerana memilih calon PAS, YB Mohd Abdul Wahid Endut sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang baru," kata beliau yang juga ketua umum PKR. Anwar berkata, beliau percaya Abdul Wahid akan melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin. "Bukan sahaja kepada warga Kuala Terengganu, bahkan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya. "Kemenangan beliau menjadi bukti bahawa rakyat sememangnya dahagakan perubahan. "Maknanya hari ini kita menyaksikan di Kuala Terengganu, rakyat menuntut perubahan. "Warga Kuala Terengganu melalui pilihanraya kecil ini telah memilih seorang calon yang mereka yakini akan dapat bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat lainnya di Parlimen untuk merealisasikan agenda perubahan tersebut. "Kemenangan ini juga seharusnya menjadi pemangkin serta pencetus keazaman di kalangan pendokong Pakatan Rakyat untuk terus bekerja dengan lebih kuat, bukan untuk kita, akan tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia. Moga Ketuanan Rakyat akhirnya menjadi kenyataan," kata Anwar.

Calon PAS menang pilihan raya kecil Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU: Calon PAS, Mohd Abd Wahid Endut hari ini telah memenangi pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

Keputusan itu diumumkan oleh Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Wan Mustafa Wan Hassan sebentar tadi.

Mohd Abdul Wahid memperolehi 32,883 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dengan 30,552 undi.

Sementara itu, calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam memperoleh 193 undi Pilihan raya kecil ini diadakan selepas kematian ahli Parlimennya, Datuk Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran pada 28 Oktober lalu ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands.

PENGUNDI PERTAMA... Calon PAS, Mohd. Abdul Wahid Endut (PAS) ditemani bersama isterinya, Wan Fatimah Wan Abdullah semasa membuang undi di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Chabang Tiga.

Jan 15, 2009

Alangkah hebatnya pangkah BN, dapat RM1,000

IKA seseorang pengundi membuktikan beliau mengundi Barisan Nasional (BN) dengan mengambil gambar kertas undinya menggunakan telefon tangannya yang mempunyai kamera, rasuah RM1,000 akan diberikan kepadanya.

Perkara itu didedahkan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dalam blognya, http://www.jeffooi.com/...

Seterusnya di: http://nakmarahmarahlah.blogspot.com/2009/01/alangkah-hebatnya-pangkah-bn-dapat.html

Pegawai p'raya KT tarik diri mengejut

Tinggal satu hari lagi sebelum pengundian pilihanraya kecil Kuala Terengganu, pegawai pengurusnya Datuk Mat Razali Kassim menarik diri selepas didakwa berat sebelah oleh PAS.

Beliau, yang juga datuk bandar Kuala Terengganu (foto), meletakkan jawatan mendadak hari ini selepas PAS menuduhnya meminta kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menyokong calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Dalam kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) awal malam ini, Mat Razali digantikan oleh penolong pegawai pengurus pilihanraya parlimen ini Wan Mustafa Wan Hassan, yang juga setiausaha MBKT.

"SPR bersetuju menerima penarikan diri Mat Razali sebagai pegawai pengurus pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu berkuatkuasa serta-merta," kata Setiausaha SPR Datuk Ngah Senik.

Tambahnya, selaras dengan peruntukan Seksyen 3(c) dan 5(1)(a) Akta Pilihan Raya 1958, suruhanjaya itu melantik penolong Mat Razali sebagai pegawai pilihanraya baru berkuatkuasa serta-merta.

Selain dakwaan PAS, satu laporan polis dibuat oleh ketua Angkatan Muda PKR Terengganu, Mohd Fariz Musa dengan mendakwa Mat Razali mengugut kira-kira 590 kakitangan MBKT dalam satu pertemuan di Dewan Tunku Abdul Rahman pagi semalam.

Dalam laporan polisnya petang semalam, pemimpin muda PKR itu mendakwa Mat Razali pernah berucap: "kalau berani dan tidak takut dibuang kerja, silalah (sokong pembangkang)".

"Saya memohon pihak polis supaya menyiasat dakwaan bahawa wujud amaran dan ugutan oleh pegawai pengurus pilihanraya Datuk Mat Razali Kassim yang telah memaksa dan mengugut kakitangan bawahannya," laporan polisnya dipetik.

Hari mengundi Sabtu ini menyaksikan persaingan Wan Ahmad Farid dengan calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dan calon bebas Azharudin Mamat @ Adam.

Selain mengkritik Mat Razali, pembangkang juga mempertikaikan beberapa amaran kepada pegawai kerajaan agar memihak kepada BN dan janji-janji pembangunan yang melimpah di kawasan parlimen dengan mendakwa ia sejenis rasuah.

http://www.malaysiakini.com/news/96538

Losyen 3 Lines dan Losyen Kamar Sutera

Produk yang ditunggu-tunggu selama ini telahpun berada di pasaran. Losyen 3 lines (untuk suami) dan Losyen Kamar Sutera (untuk isteri) telah berada di pasaran pada 26 September 2008. Kami yakin, anda akan berpuas hati dengan kehebatan produk terbaru kami ini. Sekali cuba tidak mungkin anda akan lepaskan... Rugi.. kalau tak beli...Untuk keterangan lanjut, DAPAT KAN DI www.gamat4u.blogspot.com

Wan Farid 'takut': Debat royalti minyak batal

KUALA TERENGGANU, 15 Jan (Hrkh)- Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) melahirkan rasa dukacita ekoran tindakan calon Barisan Nasional (BN), Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang gagal memberi sebarang respon terhadap undangan menyertai 'debat royalti'.

Mengikut perancangan asal Mampat akan menganjurkan Debat Perdana bertajuk 'Royalti: Antara Hak dan Maruah Rakyat Terengganu' yang akan diadakan malam ini.

Pengerusi Mampat, Mohamad Fauzi Abu Samah berkata surat jemputan undangan sebagai salah seorang ahli panel debat tersebut telah dihantar kepada Pejabat Perhubungan Umno Negeri Terengganu dan Pejabat Umno Bahagian Kuala Terengganu pada 12 Januari 2009.

"Kami rasa dukacita dan kesal kerana langsung tidak mendapat 'respon' dari pihak Umno terutama calon BN.

"Saya sendiri yang hantar ke Pejabat Perhubungan Umno Negeri Terengganu dan Pejabat Umno Bahagian Kuala Terengganu," katanya pada sidang media di Lobi Terengganu Equestrian Resort (TER) Kuala Ibai, dekat sini, hari ini.

PAS Terengganu yang pernah menerajui kerajaan negeri antara tahun 1999 hingga 2004 pernah menghadapi saat getir apabila hak mendapat royalty disekat serta 'dirampas' oleh kerajaan pusat.

Berikutan itu, kerajaan negeri di bawah pimpinan PAS ketika itu bertindak menyaman pihak Petronas dan Kerajaan Persekutuan kerana didakwa melanggar perjanjian serta Akta Petroleum 1974.

Kini, pilihan raya kecil di Parlimen Kuala Terengganu telah membangkitkan semula isu tersebut apabila Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak menyerahkan sejumlah wang RM408.6 juta kepada Menteri Besar Terengganu, Dato� Ahmad Said pada akhir Disember 2008 lalu.

Antara ahli panel yang dicadangkan pada debat tersebut iaitu Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut dengan Ketua Bahagian Umno Kuala Terengganu, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Manakala, pengerusi Debat Perdana itu akan dikendalikan oleh seorang Dekan Universiti Malaya, Profesor Dato' Paduka Dr Muhammad Bakar.

Mohamad Fauzi berkata, rasional debat royalti itu diadakan bagi memberi ruang dan peluang seluas-luasnya kepada bakal Ahli Parlimen menjelaskan pendirian dan komitmen masing-masing terhadap isu tersebut.

"Kita mahu isu royalti terus dibela kerana ia (royalti) adalah hak rakyat dan kedua-dua pihak boleh berhujah untuk menjelaskan kekeliruan kepada rakyat," ujarnya.

Katanya, agenda 'Debat Perdana' yang dicadangkan itu kini telah menjadi pentas baru bagi negara-negara maju menampilkan calon kepimpinan yang bakal bertanding. - azm _

Jan 13, 2009

Ezam hanya sekadar mahu mencari makan dalam Umno- Husam

Saya kenal Ezam, dah berapa kali dia mendakwa akan mendedahkan pelbagai jenis penyelewengan. Dulu dia kata ada menyimpan enam kotak maklumat berhubung penyelewengan yang dilakukan Dr Mahathir.

Saya kenal Ezam, dah berapa kali dia mendakwa akan mendedahkan pelbagai jenis penyelewengan. Dulu dia kata ada menyimpan enam kotak maklumat berhubung penyelewengan yang dilakukan Dr Mahathir. Bagi saya dia hanya sekadar mahu mencari makan dalam Umno dan bukannya masuk untuk perjuangan membanteras rasuah- Husam

Tiada intergriti punca Ezam tidak lagi dihormati - Husam

KOTA BHARU, 13 Jan (Hrkh) - Kemunculan bekas Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK), Ezam Mohd Noor di Kuala Terengganu tidak mampu membantu Umno memandangkan intergritinya sudah dipertikaikan.

Biar pun kali ini Ezam hadir dengan ugutan mahu mendedahkan surat damai antara Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad, namun ia tidak lebih sekadar gimik politik.

Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa berkata, integriti bekas Setiausaha Politik Anwar itu sudah tidak boleh dipercayai berdasarkan dakwaan-dakwaan penyelewengan pemimpin negara sebelum ini tidak didedahkan.

“Saya kenal Ezam, dah berapa kali dia mendakwa akan mendedahkan pelbagai jenis penyelewengan. Dulu dia kata ada menyimpan enam kotak maklumat berhubung penyelewengan yang dilakukan Dr Mahathir.

“Sehingga kini pun dia tidak didedah apa-apa, ini menunjukkan integriti dia sudah tiada. Dakwaan-dakwaan yang dibuat hanya gimik politik,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Kelmarin Ezam mendakwa akan mendedahkan surat rahsia mengenai usaha perdamaian antara Anwar dan Dr Mahathir kepada umum sebelum pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, tindakan Ezam dengan membuat pelbagai dakwaan baru hanya akan menjejaskan dirinya sendiri.

Kata beliau tindakan Ezam menyertai Umno kononnya bagi membanteras rasuah dalam parti berkenaan, tidak sampai ke mana-mana.

“Bagi saya dia hanya sekadar mahu mencari makan dalam Umno dan bukannya masuk untuk perjuangan membanteras rasuah,” ujarnya.

Sebelum itu, Husam mempengerusikan Mesyuarat Misi Cakna Palestin bersama 23 wakil pertubuhan bukan kerajaan, jabatan kerajaan, wakil-wakil kaum di Bilik Gerakan Kota Darul Naim.

http://www.harakahdaily.net

Ahli Umno bakal sertai PAS beramai-ramai di Kubang Kerian

KOTA BHARU, 13 Jan (Hrkh) - Ketika Umno dan Barisan Nasional (BN) berhempas pulas mempertahankan kerusi parlimen Kuala Terengganu, sebaliknya rakan mereka di sini pula mengisytiharkan meninggalkan parti itu.

Hari ini seramai enam bekas Ketua Cawangan Umno di bahagian Kubang Kerian menyerah borang menyertai PAS kepada Yang Dipertua PAS kawasan itu, Dato’ Husam Musa.

Hadir sama pada majlis bersejarah itu Timbalan Yang Dipertua, Ustaz Abdul Rahman Yunus dan Adun Pasir Tumboh, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah.

Mereka yang menyertai PAS iaitu bekas ahli jawatankuasa Umno Kubang Kerian yang juga Ketua Cawangan Umno Kampung Parit Barat, Mohd Noor Mustafa, Naib Ketua Cawangan Pasir Tumboh, Mohd Basir Mohd Zain, bekas Ketua Cawangan Taman Tiong, Ismail Daud.

Selain itu anggota jawatankuasa Cawangan Padang Enggang, Zahari Yaacob, ahli di cawangan Taman Tiong, Abdullah Kadir dan Mohamed Yusoff, bekas ketua cawangan Umno Pengkalan Patah.

Ismail Daud yang menjadi ahli Umno lebih 40 tahun berkata, Umno bukan lagi menjadi landasan kepada perjuangan orang Islam dan Melayu.

“Umno kini sudah hilang maruah. Kami merasakan Umno sudah hancur setelah menjalani pemilihan Umno peringkat cawangan Julai lalu. Rayuan kami terhadap penyelewengan yang berlaku tidak diendahkan pemimpin peringkat tertinggi,” ujar beliau.

Mohd Basir Mohd Zain berkata, Umno sering mempermainkan hukum hudud seolah-olah memperlihatkan kejahilan mereka.

Menurutnya Umno yang menguasai negara ini sepatutnya melaksanakan hukum hudud dan bukannya mempersalahkan PAS yang hanya berkuasa di peringkat negeri.

“Saya amat tercabar apabila pemimpin Umno mempermainkan hukum Allah dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu sekarang, sedangkan mereka tahu tanggungjawab itu di bawah bidang kerajaan pusat,” ujar beliau.

Mohd Noor Mustafa memberitahu lebih ramai lagi ahli dan penyokong Umno termasuk pemimpin peringkat bahagian akan menyertai PAS selepas pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

Sementara itu, Husam berkata, Umno Kubang Kerian dan Kelantan kini sedang dilanda masalah dalaman terutamanya selepas pilihan raya umum ke-12 dan pemilihan peringkat bahagian baru-baru ini.

“Saya mengucap berbanyak terima kasih kepada mereka yang telah menyertai PAS. Ini memberi gambaran jelas akan reputasi Umno di kalangan ahli mereka sendiri telah tercemar,” ujarnya.

Beliau juga berkata, mereka yang menyertai PAS itu akan dibawa membantu kempen pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dalam masa terdekat ini.

http://www.harakahdaily.net

Jan 12, 2009

Umno USJ 1 lumpuh,100 ahli sertai PAS

SUBANG JAYA, 12 Jan (Hrkh) - Umno USJ 1 yang terdiri daripada cawangan Angsana dan Subang Mewah lumpuh apabila 100 orang ahlinya menyertai PAS selepas menyerahkan borang keahlian yang diserahkan dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Hotel 3K Majlis Perbandaran Subang Jaya, di sini semalam.

Kedua-dua cawangan ini terletak di bawah Umno bahagian Kelana Jaya yang diketuai oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Selangor,Tan Sri Muhammmad Mohd Taib.

Penyerahan 100 borang kemasukan keahlian PAS itu yang diketuai oleh bekas ahli Umno cawangan Angsana USJ 1, Azli Sham kepada Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Selangor,Dato’ Dr. Hasan Ali.

Bekas ahli Umno itu berkata, beliau mengambil keputusan keluar dari parti itu untuk mendapat kebenaran selepas pimpinan Umno bahagian itu tidak lagi bersih dengan mengunakan kemudahan rakyat untuk kepentingan sendiri.

“Saya tidak bersetuju apabila Pengerusi Umno bahagian Kelana Jaya sebelum ini menukar nama dewan masyarakat kepada dewan parti sehingga menyebabkan tidak semua golongan boleh menggunakan kemudahan itu.

“Pada mulanya selepas membuat keputusan menyertai PAS, saya mensasarkan kira-kira 50 bekas ahli Umno yang lain terdiri daripada pemuda dan puteri Umno akan bersama-sama untuk keluar parti,” tegasnya.

Namun begitu katanya, dalam tempoh 3 hari mereka mendapati lebih ramai ahli Umno mempunyai hasrat yang sama.

“Kita berjaya mengumpul 100 orang yang menunjukkan minat untuk menyertai PAS apabila melihat parti itu lebih bersih melalui cara kepimpinannya.

“Sikap pemimpin Umno sebelum ini seperti mahu memecahbelahkan apabila ada kemudahan dan sumbangan seolah-olah diberi kepada mereka menyertai parti sahaja.

“Saya mengambil contoh dalam pemberian sumbangan beg sekolah baru-baru ini, ada kanak-kanak yang tidak dapat menerima sumbangan itu apabila ibu bapa mereka tidak menjadi ahli Umno.

“Malah kemudahan dewan yang dibina dengan menggunakan wang rakyat juga tidak semua penduduk dapat menggunakan unutk melakukan aktiviti,” jelasnya.

http://www.harakahdaily.net

Sokongan kaum Cina semakin meningkat

PAS yang meletakkan calonnya untuk merampas semula kerusi Kuala Terengganu yakin sokongan pengundi sudah melebihi 50 peratus. PAS pernah memenangi kerusi ini pada pilihan raya umum 1999.

Timbalan Pengerusi Pilihan Raya PAS Terengganu, Datuk Wan Abd. Muttalib Embong berkata, berdasarkan pemantauan pihaknya termasuk kunjungan dari rumah ke rumah, parti itu berada dalam kedudukan yang lebih baik. “Berdasarkan perkembangan semasa, boleh dikatakan sedikit lebih daripada 50 peratus,” kata beliau pada sidang media harian di Markas PAS Kuala Terengganu di sini, hari ini..

Jan 11, 2009

TERSEMBUNYI SEBALIK PRK K.TERENGGANU...

"Pertama sekali aku ingin ucap "Selamat ulang tahun ke-25" kepada sebuah stesyen Televisyen Swasta. Selamat juga aku ucapkan kerana berjaya menjadi stesyen pilihan nombor 1 penguasa untuk menjalankan propaganda mereka. Agak aneh, sebuah stesyen swasta yang sepatutnya bebas terlihat ditunggang dengan sewenangnya oleh penguasa.

Temubual antara TV ini dengan seorang makcik gagap bertaraf Senator merangkap Ketua wanita U..O amat mengelikan hati. Aku juga menanti kalau-kalau ada temubual ketua Muslimat yang tidak bertaraf Senator, namun jangkaan aku tepat! sudah tentu TV ini tidak akan sekali-kali menyua Mikrofon bersalut spannya itu kepada Parti Pembangkang.( tobat seribu rahmat la kalau die bagi)Inilah yang dikatakan Pilihanraya bebas dan adil mengikut tafsiran U..O, Ruang mereka terbuka luas sedang lawannya disempitkan serta punya ruang yang cukup terbatas.

Bacaan seterusnya di: http://hanyar.blogspot.com/2009/01/tersembunyi-sebalik-prk-kterangganu.html

Jan 10, 2009

BN yakin, PAS selesa aliran sokongan di Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU:Ketika tempoh berkempen sudah menghampiri 50 peratus hari ini, pelbagai pihak sudah mula memikirkan secara serius peluang bagi parti-parti yang bertanding memperoleh kemenangan di Kuala Terengganu.

Tinjauan rambang mStar Online menunjukkan ada yang sudah meletakkan majoriti undi yang bakal diperoleh oleh parti yang bertanding manakala sesetengah pihak lain pula sudah mula bercakap mengenai peratusan undi.

Awal minggu ini, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said berkata, Barisan Nasional (BN) berpeluang untuk memperoleh majorit lebih 3,000 undi.

Hari ini kempen pilihan raya memasuki hari kelima. Tinggal lagi enam hari menjelang hari pengundian pada 17 Januari ini.

Semalam calon PAS, Mohd Abdul Wahid memberitahu pemberita bahawa beliau yakin akan mendapat sokongan pengundi Cina pada pilihan raya kali ini.

"Sokongan daripada pengundi Cina saya amat berpuas hati dan saya telah terangkan kepada mereka tentang wadah perjuangan saya dalam Pakatan Rakyat dan saya yakin mereka menyokong saya," katanya.

Calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid yang telah berkempen sejak tiga minggu lalu - sejak diumumkan sebagai calon oleh BN juga melihat sokongan yang semakin meningkat.

"Senyuman dan salaman hangat mereka saya fikir dapat diterjemahkan dalam bentuk undi nanti," katanya semalam.

Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohd Abdul Wahid, Wan Ahmad Farid dan calon Bebas, Azharudin Mamat alias Adam.

Bahagian Parlimen Kuala Terengganu mempunyai 80,229 orang pengundi. Pengundi-pengundi pos akan mengundi mulai esok.

Timbalan Presiden PAS, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa ketika ditemui mStar Online di sini hari ini berkata, sudah ada petunjuk-petunjuk yang menandakan calon mereka akan memperoleh kemenangan.

"PAS berada dalam kedudukan yang selesa (untuk mencapai kemenangan)... cuma kita perlu meningkatkan momentum (menjelang hari pengundian)," kata beliau sambil mengakui perjalanan masih jauh dan "apa sahaja boleh berlaku."

"Keadaan juga boleh berubah pada malam menjelang hari pengundian," katanya.

Sambil memberikan gambaran tentang petunjuk tersebut Ahli Parlimen Bachok itu mengakui pihaknya turut menimbangkan jurang ralat.

Pada 1 Januari lalu, ahli Majlis Tertinggi Umno dan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menyifatkan, calon BN, Datuk Wan Farid Wan Salleh bagi pilihan raya kecil kawasan Parlimen Kuala Terengganu ini sebagai calon "bukan pilihan."

Beliau memberikan alasan pada pilihan raya umum lepas, BN hanya menang satu daripada empat kerusi Dewan Undangan Negeri dalam kawasan Kuala Terengganu.

"Jadi sebagai bukan pilihan, kita kena kerja lebih keras," kata beliau dipetik Bernama.

Pada sidang media sebentar tadi, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang akan berkampung di sini sehingga 17 Januari ini berkata, mementum untuk calon Pakatan Rakyat mencapai kemenangan semakin cerah.

Ahli Parlimen Batu itu meletakkan sandaran berdasarkan perkembangan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar yang menyaskikan ramai pengundi masyarakat Cina.

"Jika arah aliran sokongan di DUN Bandar memperlihatkan kemenangan, kami yakin calon Pakatan akan menang," katanya.

Ketika berkempen di Kampung Gelogor Raja yang terletak di DUN Wakaf Mempelam, Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, tiada sebab kemenangan BN tidak dapat dikekalkan kali ini.

"Perjuangan (pertarungan) masih sama, cuma watak yang berlainan sekarang... apa bezanya antara Mac dan sekarang," kata beliau sambil menambah, tiada beza antara 8 Mac lalu dan sekarang.

Oleh kerana pengundi telah memilih calon BN pada pilihan raya umum ke-12 awal tahun lalu, Khairy berharap calon akan mengekalkan sokongan bagi membolehkan BN mempertahankan kerusi tersebut.

Khairy juga mengulangi asas banyak pihak bahawa "walaupun pilihan raya ini namanya pilihan raya kecil, tetapi ia penting untuk membawa kepada kebangkitan semula BN."

Sumber-sumber berkongsi maklumat tentang peluang BN dan PAS masing-masing 50:50%, 45:55% dan 43:57%. Bagaimanapun angka ini sudah tentu tidak tepat memandangkan persaingan kali ini merupakan pertarungan tiga penjuru.

Sebagaimana dikatakan oleh Nasharuddin, anggaran ini perlu memberi ruang kepada soal jurang ralat.

Pada tahun 1990, kerusi Kuala Terengganu dimenangi oleh calon S46, 1995 (BN), 1999 (PAS) dan 2004 dan 2008 oleh BN.

Tiga kesilapan pilih Wan Farid

KESILAPAN besar Umno ialah dengan meletakkan Wan Ahmad Farid Wan Salleh menjadi calon Barisan Nasional untuk mempertahankan kerusi Allahyarham Razali Ismail.

Silap bukan kerana Wan Farid calon pilihan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi yang tidak diterima kumpulan TPM, Mohd Najib Abdul Razak.

Walaupun ada cerita-cerita orang Umno, Najib lebih suka jika Roslan Awang Chik, Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia menjadi calon.

Wan Farid dan Roslan berseteru. Roslan yang dikenali lebih rapat dengan TPM sebelum ini adalah Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu yang ditewaskan oleh Wan Farid ketika menjadi Setiausaha Politik Abdullah beberapa tahun lepas.

Perseteruan ini bukannya persepsi. Perseteruan ini adalah realiti yang tidak dapat ditolak Umno, akibat perpecahan dalaman yang serius. Perseteruan yang berpanjangan ini merupakan kesilapan pertama Umno.

Sehingga ada orang-orang Umno tertentu, sudah menyatakan sokongan dan kesediaan untuk mengundi calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut secara diam-diam.

Hari ini Umno-BN yang meletakkan Wan Farid sebagai pengganti Razali, berkempen dengan memuji kehebatan serta jasa-jasa bekas Ahli Parlimen itu.

Rakyat di luar Terengganu boleh dibohongi. Tetapi orang-orang Umno dan rakyat Terengganu sendiri menyaksikan bagaimana ketika hayat Razali, beliau diketepikan dan dikalahkan oleh orang-orang Wan Farid dalam pemilihan bahagian.

Bagaimana mungkin Wan Farid atau Umno KT, boleh menjaja beliau sebagai kesinambungan legasi Razali, jika allahyarham bekas timbalan menteri itu langsung tidak dipedulikan ketika hayatnya?

Kesilapan kedua ialah soal personaliti Wan Farid. Bukan soal hendak dibahaskan dia orang baik atau jahat. Bukan juga nak dibangkitkan kegemarannya berkaraoke.

Masalahnya ialah beliau tidak dilihat mewakili golongan marhain dan golongan miskin bagi negeri Terengganu, yang sentiasa terletak dalam kelompok negeri-negeri termiskin di Malaysia.

Masalahnya bukan pada rakyat sahaja. Ada kalangan orang-orang Umno sendiri yang mendakwa Wan Farid jenis 'hidung tinggi'. Barangkali beliau tidak begitu, mungkin pada raut wajahnya kelihatan begitu tetapi hatinya tidak.

Soalnya perkara ini bukan persepsi atau ia menjadi bahan serangan kempen PAS untuk memburuk-burukkan personaliti lawan.

Ianya adalah hakikat yang berlaku, wujud dalam Umno sendiri. Sehingga ada kalangan Umno yang mendakwa, jika pun keluarga Wan Farid membuat kenduri, beliau lebih mengutamakan kawan-kawan di KL daripada orang Terengganu sendiri. Itu cerita orang Umno, entah betul entah tidak.

Tetapi, jika TPM sendiri yang risau dengan personaliti calon BN ini, dan meminta beliau lebih tersenyum kerana raut wajahnya yang serius berbanding Abdul Wahid, maka ada banyak perkara yang 'tidak kena' kepada calon BN itu.

Kesilapan ketiga ialah isu penguasaan kekayaan negara, sama ada peruntukan dari Kerajaan Persekutuan dan penggunaan wang royalti yang dikaitkan dengan Wan Farid serta Idris Jusoh dan anggota keluarga mereka.

Orang-orang Umno ramai yang tidak berpuashati dengan penguasaan kedua-dua mereka kepada hasil kekayaan negeri. Penglibatan abang calon BN iaitu bekas Adun Ladang, Wan Hisham Wan Salleh dalam projek besar Monsoon Cup diratib dibibir orang Umno.

Kedua-duanya Wan Farid dan Idris dikatakan tidak disenangi kumpulan Menteri Besar, Ahmad Said.

Kedua-dua mereka adalah kroni rapat menantu PM, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang juga Ahli Parlimen Rembau dan Patrick Lim yang dikenali sebagai Patrick Badawi.

Ketiga-tiga isu ini adalah isu besar kepada Umno. Ianya bukan rahsia dan amat diketahui oleh rakyat, khususnya pengundi-pengundi di KT.

Hakikat daripada ini menyebabkan, BN menjadi terlalu defensif. BN tidak mampu lagi menjual idea pembangunan.

Mereka terpaksa menjawab isu-isu ini sebelum rakyat menjatuhkan hukuman terhadap BN.

Bagaimanapun di kalangan BN juga sedar bahawa tidak mungkin dalam tempoh seminggu dua ini semuanya dapat di atasi.

Bagaimana mungkin ralon BN yang sudah lama dikenali termasuk dalam golongan elitis yang tidak mesra rakyat, boleh mengubah sikapnya dalam tempoh dua minggu.

Bagaimana mungkin seseorang yang sifatnya susah untuk 'manis muka' boleh diterima rakyat hanya selepas menjadi seperti 'badut sarkas' dalam tempoh dua minggu sahaja?

Hakikatnya, angin perubahan rakyat selepas PRU Mac 2008 sudah tidak dapat lagi dibendung. Umno sudah semakin tidak relevan dan BN semakin tidak diterima rakyat.

Implikasi kekalahan Wan Farid bukan setakat beliau hilang jawatan timbalan menteri, senator atau setiausaha politik, ia adalah signal bahawa rakyat terus menolak legasi Abdullah dan tidak menerima kepimpinan yang bakal diwarisi Najib. - mks. _

Jan 2, 2009

Bincang soal hudud secara terang dan ikhlas di saluran media

Soalnya beranikah pihak kerajaan pimpinan Barisan Nasional diketuai UMNO membincangkan soal hudud secara terang dan ikhlas di saluran media?

Kalau benar mereka ikhlas, kenapa sampai sekarang tak diadakan majlis penerangan secara besar besaran.

Buatlah umpama Jom Heboh dan segala macam keramaian yang didakwa membawa berbagai bagai kebaikan.

Tidakkah isu hudud ini jauh lebih penting dari Jom Heboh? Tidakkah kefahaman tentang isu ini beribu ribu kali lebih berfaedah dari Jom Heboh dan seangkatan dengannya?

Atau sebenarnya kefahaman rakyat terutama yang Islam nanti akan menyebabkan ramai orang terasa seperti ditelanjangkan?

Lantas, kebodohan itu menjadi pelindung kepada yang durjana!

Bagi yang sedar, sebenarnya tidak perlu diulang seribu kali kerana Beriman kepada Al Quran satu dari syarat menjadi penganut Islam.

Apa yang termaktub, itulah yang wajid diimani dan diyakinkini.

Mohamed Tormizi

Hudud bukan tanggungjawab PAS sahaja

Macamana kita boleh katakan PAS tidak konsisten memperjuangkan hudud? Baca Harakah, Sinar dan surat khabar lain dan nilai sendiri. Jangan kita diperbodohkan oleh media massa yang mencedok ayat tertentu dan menyorok sebahagian yang lain semata-mata untuk kepentingan politik. Memang sukar untuk melaksanakan hudud selagi perlembagaan persekutuan tidak diubah. Apalagi mentaliti umat islam yang masih ragu-ragu dengan hukum Allah. Islam ditakrifkan di dalam Jadual 9, senarai negeri, perlembagaan persekutuan. Sila rujuk. Kenapa kita takut akan hudud. Kalau kita tak berzina, minum anak, mencuri dan lain-lain. Kan hukum Allah untuk menjaga kepentingan semua. Tak kira Islam atau kafir. Tidak pelik jika orang kafir menentang hukum hudud kerana polemik parti tertentu yang menakut-nakutkan pelbagai pihak. Penerangan yang betul patut diadakan.. Kenapa kita tak mengadakan perbincangan secara ilmiah. Zaman sekarang, anak luar nikah berlambak. Nak keluar rumah pun takut anak kena rogol, culik, arak bersepah-sepah.

Apa kualiti yang kita dapat dari masyarakat sebegini? Tak kira siapa kita, apa parti sekalipun. Hudud bukan tanggungjawab PAS. Hudud tanggungjawab kita semua untuk memperjuangkannya agar Hukum Allah tertegak di muka bumi. Belajarlah tentang syariah Islam.Hukum Islam ada 3 - Hudud, qisas dan takzir.

Sekalipun ada pendapat mengatakan hudud untuk orang Islam, tetapi pesalah bukan Islam masih boleh dikenakan hukuman takzir (hukuman boleh ditentukan oleh pemerintah) Bayangkan seorang kafir ingin merogol orang Islam sudah tentu akan berfikir dua kali. Islam bukan nak menghukum orang. Yang penting hukum Allah untuk menjaga kita semua agar kita semua hidup dalam keadaan aman.

HILMI HASHIM